• Tidak ada hasil yang ditemukan

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "HELAIAN KETERANGAN PRODUK"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

1

IKHLAS INDIVIDUAL MEDICAL SECURE TAKAFUL RIDER_v3.2

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

(Sila baca Helaian Keterangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai “IKHLAS Individual Medical Secure Takaful Rider”. Sila pastikan juga anda membaca terma dan syarat am.)

TAKAFUL IKHLAS BERHAD

(Dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia)

IKHLAS INDIVIDUAL MEDICAL SECURE TAKAFUL RIDER

Tarikh: 27/12/2017

1) Produk apakah ini?

Pelan rider ini boleh disertakan dengan pelan keluarga individu dengan Sumbangan Takaful berkala. Pelan rider ini menyediakan perlindungan perubatan menyeluruh, dengan membayar semula kepada Orang Yang Dilindungi, terhadap perbelanjaan perubatan yang tertanggung yang disebabkan oleh kemasukan ke hospital, pembedahan, atau rawatan perubatan pesakit luar seperti yang dinyatakan di dalam Jadual Manfaat.

Peserta Takaful boleh memilih untuk menyertai di antara sepuluh (10) pelan dengan tahap manfaat-manfaat dan Sumbangan Takaful yang berbeza, yang disediakan di bawah pelan rider ini. Peserta Takaful mempunyai pilihan untuk menyertai pelan tanpa tunai yang membolehkan kemasukan ke hospital tanpa kesulitan dengan kad perubatan bagi memenuhi perlindungan bersesuaian dengan bajet Peserta Takaful.

2) Apakah konsep-konsep Syariah yang diguna pakai?

Tabarru’ – bermaksud derma bagi tujuan perpaduan dan kerjasama di kalangan Peserta-peserta Takaful dan

akan digunakan untuk membantu Peserta-peserta Takaful yang ditimpa musibah. Di dalam konteks Takaful IKHLAS, Tabarru’ akan diperuntukkan ke dalam Dana Risiko.

Wakalah – bermaksud agensi. Di dalam konteks ini, ia merujuk kepada kontrak di antara Syarikat dan Peserta

Takaful di mana Peserta Takaful melantik Syarikat untuk menguruskan dana bagi pihak Peserta Takaful, yang membenarkan Syarikat untuk mengenakan yuran Wakalah.

3) Apakah perlindungan-perlindungan/manfaat-manfaat yang ditawarkan? a) Jadual Manfaat A B C D E F G H I J 1. 400 300 200 150 400 300 200 150 150 100 2. 3. 4.

Bilik Hospital & Makan, maksimum harian sehingga 180 hari Unit Rawatan Rapi, maksimum harian sehingga 30 hari Bekalan & Khidmat Hospital

Yuran Pembedahan, termasuk penjagaan selepas pembedahan sehingga 30 hari

Penerangan Manfaat-manfaat Pelan Platinum Pelan Gold Pelan Silver

Bahagian A: Manfaat Kemasukan ke Hospital dan Penjagaan Pembedahan

Seperti yang dicajkan, tertakluk kepada Keperluan, Kewajaran, dan Caj yang

Biasa Diamalkan

Seperti yang dicajkan, tertakluk kepada Keperluan, Kewajaran, dan Caj yang

Biasa Diamalkan, serta ko-Takaful.

Seperti yang dicajkan, tertakluk kepada Keperluan,

Kewajaran, dan Caj yang Biasa

(2)

2

IKHLAS INDIVIDUAL MEDICAL SECURE TAKAFUL RIDER_v3.2

A B C D E F G H I J 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 300 250 150 100 1. 80,000 60,000 40,000 30,000 2. 40,000 30,000 20,000 15,000 3. Seperti yang dicajkan, tertakluk kepada Keperluan, Kewajaran, dan

Caj yang Biasa Diamalkan Seperti yang dicajkan, tertakluk kepada

Keperluan, Kewajaran, dan Caj yang Biasa Diamalkan, serta ko-Takaful.

Tidak Dilindungi Tidak Dilindungi Penjagaan di Rumah,

secara harian dengan maksimum sehingga 60 hari dari tarikh dibenarkan keluar dari Hospital

Bahagian B: Penjagaan Jangka Panjang

(Tambahan kepada Had Tahunan Keseluruhan)

Rawatan Kanser Pesakit Luar, setahun

Rawatan Dialisis Buah Pinggang Pesakit Luar, setahun

Permindahan Organ,

sekali seumur hidup 30,000 Ujian Diagnosis Sebelum

Kemasukan ke Hospital dalam tempoh 30 hari sebelum kemasukan Lawatan Pengamal Perubatan semasa di Hospital, 2 lawatan sehari dengan maksimum sebanyak 180 hari Rawatan Susulan Selepas Keluar Hospital, dalam tempoh 60 hari dari tarikh dibenarkan keluar Yuran Ambulans Rawatan Pesakit Luar Akibat Kemalangan, setiap kemalangan termasuk rawatan susulan sehingga 30 hari

Rawatan Pergigian Akibat Kemalangan, setiap kemalangan termasuk rawatan susulan sehingga 30 hari

Yuran Pakar Bius Caj Bilik Bedah Rundingan Pakar Sebelum Kemasukan ke Hospital, dalam tempoh 30 hari sebelum kemasukan

Penerangan Manfaat-manfaat Pelan Platinum Pelan Gold Pelan Silver

Bahagian A: Manfaat Kemasukan ke Hospital dan Penjagaan Pembedahan

Seperti yang dicajkan, tertakluk kepada Keperluan, Kewajaran, dan Caj yang

(3)

3

IKHLAS INDIVIDUAL MEDICAL SECURE TAKAFUL RIDER_v3.2

A B C D E F G H I J 1. 2. 3. 600 400 250 150 600 400 250 150 4. 5. 6. 1. 150,000 100,000 65,000 50,000 150,000 100,000 65,000 50,000 35,000 20,000 2. 1,500,000 1,000,000 650,000 500,000 1,500,000 1,000,000 650,000 500,000 350,000 200,000 600 450 200 120 500 400 150 100 80 50 Bahagian D. Had-had Had Tahunan Keseluruhan Had Seumur Hidup Bahagian E: Ciri-ciri Istimewa

Manfaat Kesihatan Perbelanjaan Penginap

Pembedahan Katarak 1,000 Yuran Laporan Perubatan,

setiap hilang upaya 50 Cukai Perkhidmatan

Kerajaan Dilindungi

Bahagian C: Manfaat-manfaat Lain

Rawatan Perubatan Tradisional Akibat Kemalangan

200 200

Tidak Dilindungi Elaun Tunai harian

Hospital Kerajaan, sehari maksimum sehingga 60 hari

100 100

Penerangan Manfaat-manfaat Pelan Platinum Pelan Gold Pelan Silver

b) Manfaat Sijil Takaful Matang

Jumlah pembayaran sekali-gus di mana jumlah terkumpul di dalam PRIA, termasuk pendapatan pelaburan dari PRIA dan lebihan boleh-agih bersih daripada Dana Risiko, jika ada, akan dibayar apabila Sijil Takaful mencapai tarikh matang.

c) Manfaat Serahan Sijil Takaful

Jumlah pembayaran sekali-gus dimana jumlah terkumpul di dalam PRIA, termasuk pendapatan pelaburan dari PRIA dan lebihan boleh-agih bersih daripada Dana Risiko, jika ada, akan dibayar apabila berlakunya penyerahan Sijil Takaful.

4) Berapakah jumlah Sumbangan Takaful yang perlu dibayar?

Jumlah Sumbangan Takaful yang perlu dibayar mungkin berbeza bergantung kepada keperluan pengunderaitan, umur, tempoh dan Amaun Perlindungan. Sumbangan Takaful anda adalah seperti berikut:

Pelan : Pelan D

Umur Orang Yang Dilindungi : 35 Tahun

Jantina : Lelaki

Umur Matang : 60 Tahun

Sumbangan Takaful Tahunan : RM1,405.00

Sumbangan Takaful pembaharuan adalah TIDAK DIJAMIN dan Takaful IKHLAS berhak untuk menyemak kadar Sumbangan Takaful setiap Orang Yang Dilindungi pada ulang tahun Sijil Takaful berikutnya berdasarkan pengalaman tuntutan untuk keseluruhan produk. Takaful IKHLAS akan memberi tiga (3) bulan notis bertulis kepada Peserta Takaful sekiranya berlaku penyemakan semula Sumbangan Takaful atau penarikan-balik portfolio. Sumbangan Takaful boleh diubah sekiranya pengalaman tuntutan semakin meningkat, terdapat perubahan terhadap sebarang manfaat produk dan/ atau profil risiko Orang Yang Dilindungi. Sebab-sebab untuk perubahan ini adalah tidak terhad dan Sumbangan Takaful juga boleh disemak-semula di atas alasan-alasan lain yang munasabah.

(4)

4

IKHLAS INDIVIDUAL MEDICAL SECURE TAKAFUL RIDER_v3.2

5) Apakah yuran-yuran dan caj-caj yang perlu dibayar?

a) Yuran Wakalah*

Tahun Yuran Wakalah Komisyen

Pertama 63% daripada Sumbangan Takaful

Tahunan atau RM885.13

40% daripada Sumbangan Takaful Tahunan atau RM562

Kedua 63% daripada Sumbangan Takaful

Tahunan atau RM885.13

40% daripada Sumbangan Takaful Tahunan atau RM562

Ketiga 47% daripada Sumbangan Takaful

Tahunan atau RM660.33

25% daripada Sumbangan Takaful Tahunan atau RM351.25

Keempat 41.75% daripada Sumbangan Takaful Tahunan atau RM586.57

20% daripada Sumbangan Takaful Tahunan atau RM281

Kelima 39.25% daripada Sumbangan Takaful Tahunan atau RM551.44

17.5% daripada Sumbangan Takaful Tahunan atau RM245.88

Keenam 39.25% daripada Sumbangan Takaful Tahunan atau RM551.44

17.5% daripada Sumbangan Takaful Tahunan atau RM245.88

Ketujuh dan ke atas

20.5% daripada Sumbangan Takaful

Tahunan atau RM288.01 Tiada Komisyen Dibayar

* Komisyen adalah sebahagian daripada yuran Wakalah.

Satu yuran pengurusan sebanyak RM56.20 akan dikenakan setiap tahun terhadap setiap Peserta Takaful di bawah Sijil Takaful ini.

b) Caj Tabarru akan ditolak daripada PRIA dan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) akan dikenakan ke atas tabarru’. Tabarru’ akan meningkat seiring dengan peningkatan usia Orang Yang Dilindungi. Butiran amaun tabarru’ dan lain-lain caj untuk pelan ini adalah seperti yang dinyatakan di dalam ilustrasi manfaat.

6) Apakah terma-terma dan syarat-syarat utama yang perlu diketahui?

a) Pendedahan maklumat – anda dikehendaki mendedahkan semua maklumat dan fakta seperti umur, pekerjaan dan keadaan kesihatan dengan betul. Takaful IKHLAS mempunyai hak untuk menolak pembayaran tuntutan jika anda didapati gagal untuk mendedahkan maklumat yang releven yang akan mempengaruhi keputusan untuk menerima atau menolak risiko, dan tentang peruntukan-peruntukan yang akan ditetapkan pada anda.

b) Tempoh Bertenang – Anda boleh membatalkan Sijil Takaful dengan mengembalikan Sijil Takaful tersebut kepada pihak Syarikat dalam tempoh lima belas (15) hari dari tarikh Sijil Takaful diterima. Sumbangan Takaful yang telah dibayar (selepas ditolak dengan jumlah perbelanjaan perubatan – sekiranya ada) akan dikembalikan. Syarikat akan membatalkan Sijil Takaful dengan serta-merta setelah penerimaannya dan ianya akan dianggap tidak berkuatkuasa semenjak dari tarikh dikeluarkan.

c) Tempoh menunggu:

i. Tempoh menunggu selama tiga puluh (30) hari adalah terpakai tetapi tempoh menunggu tidak terpakai bagi sebarang kecederaan yang terjadi akibat kemalangan.

ii. Penyakit-penyakit berikut tidak akan dilindungi bagi 120 hari pertama Perlindungan Takaful Orang Yang Dilindungi:-

 Hipertensi, diabetes melitus dan penyakit kardiovaskular.

 Semua tumor, kanser, sista, nodul, polip, batu dalam sistem kencing dan sistem biliary  Semua keadaan telinga, hidung (termasuk sinus) dan tekak

 Hernia, Hemorrhoid, Fistulae, Hidrosel, Varikosele  Endometriosis termasuk penyakit sistem Pembiakan

(5)

5

IKHLAS INDIVIDUAL MEDICAL SECURE TAKAFUL RIDER_v3.2

d) Jumlah terkumpul di dalam PRIA – Pendapatan pelaburan sebenar boleh berubah-ubah mengikut keadaan pasaran. Oleh itu, jumlah terkumpul di dalam PRIA boleh meningkat naik atau menjadi kurang daripada jumlah Sumbangan Takaful yang telah dibuat ke dalam PRIA (berkemungkinan menyebabkan peluputan Sijil Takaful sebelum tempohnya).

e) Keuntungan pelaburan daripada PRIA, jika ada, akan dipulangkan kepada Peserta Takaful (melalui PRIA) setelah ditolak Yuran Prestasi Pelaburan sebanyak 30% daripada keuntungan pelaburan tersebut. Walau bagaimanapun pihak Syarikat boleh, mengikut budi bicara mengenakan caj kurang daripada 30% daripada keuntungan pelaburan sebagai Yuran Prestasi Pelaburan.

f) Syarikat akan mengenakan Caj Pengurusan Lebihan (SAC) sebanyak 50% daripada sebarang lebihan boleh-agih kasar yang diisytiharkan pada setiap akhir Tahun Kewangan Syarikat. Lebihan boleh-boleh-agih bersih (selepas ditolak SAC) daripada Dana Risiko akan diperuntukkan sepenuhnya (100%) kepada Peserta Takaful.

g) Adalah penting bagi anda untuk menerima dan menyimpan resit-resit sebagai bukti pembayaran Sumbangan-sumbangan Takaful.

h) Sekiranya anda tidak menerima Sijil Takaful selepas empat belas (14) hari dari tarikh penyertaan, sila hubungi kami.

i) Notis terhadap tuntutan haruslah dibuat secara bertulis kepada Syarikat dalam masa tiga puluh (30) hari selepas berlakunya kejadian yang mengakibatkan tuntutan. Setelah notis tuntutan dikemukakan, pihak Syarikat akan memberikan borang-borang berkaitan kepada pihak yang melakukan tuntutan bagi menfailkan bukti tuntutan serta memaklumkan pihak yang menuntut akan keperluan-keperluan lain yang mungkin diperlukan. Walaubagaimanapun, ini tidak akan menghalang pihak Syarikat dari meminta dokumen yang selanjutnya mengenai tuntutan tersebut sekiranya didapati perlu. Kesemua maklumat dan bahan bukti ini hendaklah di kemukakan kepada Syarikat dalam tempoh sembilan puluh (90) hari daripada tarikh berlakunya peristiwa-peristiwa yang dilindungi.

Nota: Senarai ini tidak muktamad. Sila rujuk kepada Sijil Takaful bagi mendapatkan senarai penuh terma-terma dan syarat-syarat yang terdapat di bawah Sijil Takaful.

7) Apakah pengecualian-pengecualian utama yang terdapat di dalam Sijil Takaful ini?

Pelan ini tidak melindungi sebarang kemasukan ke hospital, pembedahan atau caj yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung, sepenuhnya atau sebahagiannya, oleh salah satu (1) dari kejadian berikut:

a) Penyakit Sedia Ada;

b) Jagaan atau rawatan di mana bayarannya tidak diperlukan atau setakat mana ianya boleh dibayar oleh Pengendali Takaful/ Penanggung Insurans lain atau indemniti yang melindungi Orang Yang Dilindungi dan Hilang Upaya yang timbul daripada pekerjaan atau profesion yang dilindungi di bawah Kontrak Insurans/ Takaful Pampasan Pekerja;

c) Pembedahan atau rawatan kosmetik rawatan termasuk (tetapi tidak terhad kepada) sebagai contoh, kelopak mata berganda, akne, keloid, parut, tag kulit keguguran rambut / kehilangan rambut dan sebagainya, atau rawatan akibat komplikasinya kecuali yang diperlukan secara perubatan oleh kecederaan akibat kemalangan dalam tempoh enam bulan dari rawatan awalan. Bagi tujuan pengecualian ini “rawatan awalan” bermaksud rawatan pertama diterima dalam merawat kecederaan akibat kemalangan;

d) Mana-mana rawatan pergigian atau pembedahan kecuali bila diperlukan akibat kecederaan yang dialami di dalam kemalangan;

(6)

6

IKHLAS INDIVIDUAL MEDICAL SECURE TAKAFUL RIDER_v3.2

e) Perkhidmatan penjagaan jururawat persendirian atau lawatan kerumah yang diupah oleh Orang Yang Dilindungi atau perkhidmatan untuk rehat penyembuhan yang disediakan oleh rumah rehat / pusat penjagaan semata-mata untuk tujuan pemulihan;

f) Ubat-ubatan dan alat pencegah kehamilan, prosedur-prosedur pemandulan atau rawatan untuk komplikasi berkaitan, prosedurprosedur pembalik dan pemulihan atau rawatan disfungsi seksual atau ketidaksuburan, pembedahan tukar jantina dan terapi hormon seks;

g) Sebarang rawatan atau penilaian bagi kongenital, penyakit keturunan atau penyakit perkembangan, kecacatan dan mana-mana hilang upaya atau komplikasi yang timbul daripadanya termasuk tetapi tidak terhad kepada sista dermoid, hernia kanak-kanak/ hidrosel (semua jenis hernia sehingga usia enam tahun adalah tidak dilindungi), kaki belantan, kecacatan septum ventrikel (VSD), kecacatan atrium septal (ASD), Thalasemia, Mata Juling, Haemangioma dan lain-lain lagi;

h) Penyiasatan dan rawatan berkaitan kehamilan termasuk keguguran, kehamilan ektopia, menggugurkan kandungan, tahi lalat Vesikular, jagaan pranatal atau postnatal dan semua komplikasi yang berkaitan dengannya;

i) Penjagaan atau rawatan percubaan, tinjauan dan tidak mengikut piawaan profesional yang diterima dan/ atau tidak diperlukan secara perubatan. Pengecualian ini termasuk (tetapi tidak dihadkan kepada) rawatan seperti:  rawatan sel stem, latihan yang berkaitan dan sebarang komplikasi yang timbul selepasnya;

 penjamin darah;

 rawatan untuk gangguan menopaus, kecuali menopaus yang dicetuskan oleh pembedahan

j) Perkhidmatan bukan perubatan yang disediakan oleh Hospital seperti televisyen, telefon, faks, radio, atau kemudahan seumpamanya. Caj bagi perkhidmatan ini hendaklah dibayar oleh Orang Yang Dilindungi sebelum keluar dari Hospital atau pusat rawatan harian;

k) Vitamin dan krim atau ubat sapu yang berkaitan, Makanan Suplemen, Perubatan Herba, agen Anti Obesiti/ Agen Pelangsingan, Pelincir Mata, produk pembersihan atau kosmetik dan sebarang pelengkap atau ubat-ubatan yang boleh dibeli di kaunter;

l) Penggunaan atau pengambilalihan semua peralatan luaran (misalnya, anggota palsu, alat bantuan pendengaran, kebuk aero dan peralatan bagi penebulan, tekanan saluran udara positif berterusan (CPAP), dialisis peritoneum ambulatori berterusan (CAPD), alas ortopedik) dan kos sewa peralatan tersebut kecuali semasa berada di Hospital;

m) Sakit atau Kecederaan yang timbul daripada apa-apa jenis perlumbaan (kecuali perlumbaan jalan kaki), sukan berbahaya seperti tetapi tidak terhad kepada terjunan udara, luncur air, aktiviti dalam air yang memerlukan alat pernafasan, sukan musim sejuk, sukan profesional dan aktiviti yang tidak dibenarkan;

n) Rawatan yang timbul daripada kecederaan yang dialami semasa melakukan jenayah atau feloni, atau di bawah pengaruh alkohol, narkotik atau bahan pengkhayal minda atau sengaja mencederakan diri sendiri samada ketika siuman atau tidak siuman;

o) Bunuh diri, percubaan bunuh diri atau sengaja mencederakan diri sendiri ketika siuman atau tidak siuman;

p) Penyakit atau kecederaan yang dialami semasa perjalanan melalui udara kecuali sebagai penumpang bayar tambang sistem penerbangan yang diikitiraf yang beroperasi di laluan udara berjadual dan perjalanan udara oleh pesawat sewa khas yang dilesenkan sebagai pengangkut udara diiktiraf dan diterbangkan oleh krew profesional di antara lapangan terbang yang ditubuhkan dan diselenggarakan;

(7)

7

IKHLAS INDIVIDUAL MEDICAL SECURE TAKAFUL RIDER_v3.2

q) Peperangan, penyertaan langsung atau tidak langsung di dalam rusuhan, pemberontakan, pemberontakan militari, kegemparan awam, letupan senjata peperangan, revolusi, tindakan musuh asing atau pertempuran;

r) Sebarang rawatan langsung atau tidak langsung yang timbul akibat pendedahan kepada radioaktif, bahan mudah meletup atau bahan api nuklear yang berbahaya atau harta benda yang dicemari bahan api nuklear, atau kemalangan yang timbul daripadanya;

s) Gangguan psikotik, mental atau saraf dan keadaan tingkahlaku termasuk sebarang neurosis dan manifestasi fisiologi atau psikosomatik, dan gangguan tidur;

t) Perbelanjaan yang dikenakan bagi pendermaan sebarang organ badan oleh Orang Yang Dilindungi dan kos perolehan organ termasuk kos yang dikenakan oleh penderma semasa pemindahan Organ;

u) Berkhatan kecuali diperlukan secara perubatan untuk merawat penyakit;

v) Mana-mana rawatan pembetulan termasuk cermin mata atau kanta sentuh bagi salah bias termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut seperti Ortoptik, Stimulasi Visual, Radial Keratotomi, Lasik, Intralase, Zyoptics, implan Phakic lOL, atau pembedahan IOL kecuali untuk IOL Monofocul bagi pembedahan Katarak.

Nota: Senarai ini tidak muktamad. Sila rujuk kepada Sijil Takaful bagi mendapatkan senarai penuh pengecualian-pengecualian yang terdapat di bawah Sijil Takaful.

8) Bolehkah Sijil Takaful ini dibatalkan?

Anda boleh membatalkan Sijil Takaful anda dengan menyerahkan notis bertulis kepada pihak Syarikat. Jika anda tidak membuat sebarang tuntutan di bawah Sijil Takaful ini, anda layak untuk mendapat sejumlah pulangan Sumbangan Takaful selepas pembatalan Sijil Takaful ini.

9) Apakah yang perlu dilakukan sekiranya terdapat perubahan kepada maklumat untuk dihubungi?

Adalah penting anda memaklumkan kepada kami sebarang perubahan pada maklumat/alamat untuk memastikan semua komunikasi perhubungan sampai kepada anda dalam jangka masa ditetapkan.

10) Bagaimanakah saya boleh mendapatkan maklumat lanjut?

Jika anda memerlukan maklumat tambahan mengenai Takaful Keluarga dan/atau Takaful Perubatan dan Kesihatan, sila rujuk kepada buku panduan info insurans mengenai ‘Takaful Keluarga’ dan/atau ’Takaful Perubatan dan Kesihatan’. Anda boleh memperolehinya daripada ejen Takaful kami atau lawati www.insuranceinfo.com.my.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di:

Takaful Ikhlas Berhad

Jabatan CRM

IKHLAS Point, Tower 11A, Avenue 5 Bangsar South, No. 8 Jalan Kerinchi 59200 Kuala Lumpur.

Tel: +603-2723 9696 Faks: +603-2723 9998

Laman sesawang : www.takaful-ikhlas.com.my Emel: ikhlascare@takaful-ikhlas.com.my

(8)

8

IKHLAS INDIVIDUAL MEDICAL SECURE TAKAFUL RIDER_v3.2 11) Produk seumpama yang boleh didapati.

-TIADA-

NOTA PENTING:

ANDA HENDAKLAH MEMASTIKAN BAHAWA SIJIL TAKAFUL INI MEMENUHI KEPERLUAN ANDA. ANDA PERLU MEMBACA DAN MEMAHAMI SIJIL TAKAFUL DAN BERBINCANG DENGAN EJEN ATAU MENGHUBUNGI PENGENDALI TAKAFUL SECARA TERUS UNTUK MAKLUMAT SELANJUTNYA.

Referensi

Dokumen terkait

Penelitian bertujuan melihat bagaimana model kepemimpinan kepala sekolah kelas menengah muslim Yogyakarta dalam upaya meningkatkan, mengembangkan dan menjaga mutu lembaga

Puji syukur kehadirat Tuhan Yang Maha Esa atas segala rahmat dan kemurahanNya yang telah diberikan kepada penulis sehingga dapat menyelesaikan skripsi yang berjudul

Latar belakang muncul ketika penulis mencoba mencari film animasi Doodle Art di Youtube , beberapa video menggunakan tittle animasi doodle art tetapi kebanyakan

Pengaruh Work-Life Balance Terhadap Komitmen Organisasi, Kepuasan Kerja, Dan Motivasi Kerja Terhadap Kinerja Individu Pada Karyawan Perusahaan Asuransi Di Jakarta

Persoalan utama yang ditanya oleh penulis ialah setelah berlakunya pemodenan sistem perundangan negara-negara Islam dengan pengenalan undang-undang yang diimport dari Barat,

a. Pemilik bengkel dalam hal operasional bengkel bertugas sebagai pimpinan bengkel serta mengawasi mechanic dalam memberikan layanan jasa servis. Mechanic bertugas

Uji-t yang dilakukan dengan nilai kepercayaan 95 % menunjukkan bahwa ketiga metode ekstraksi ini memiliki hasil analisis yang berbeda nyata dalam mengekstrasi β-karoten,

Hasil pengujian menunjukkan bahwa MySQL cluster lebih efektif bila dibanding dengan teknologi MySQL non-cluster untuk query ringan, sedang, maupun berat. Pada kajian