• Tidak ada hasil yang ditemukan

APLIKASI SIYASAH SYARIYYAH DALAM SISTEM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "APLIKASI SIYASAH SYARIYYAH DALAM SISTEM"

Copied!
24
0
0

Teks penuh

(1)

1.0 PENGENALAN

Sebagaimana yang kita tahu bahawa, sistem demokrasi beraal dari barat. Nampaklah di sini perkara yang membimbangkan tentang keabsahan dan realiti semasa antara islam dan demokrasi yang merupakan produk barat. Dapatkah produk ini memenangi hati umat islam yang memikirkan tentang halal haram sesuatu pentadbiran. Hal ini kerana, islam tidak menerima pemerintahan secara aoutokratik iaitu, kuasa pemerintah berkuasa penuh.

Oleh hal yang demikian, kertas kerja ini menjelaskan serba sedikit mengenai sistem demokrasi di Malaysia sekali gus menghuraikan persoalan tentang penerimaan sistem demokrasi dalam politik islam, khususnya dalam pemilihan pemimpin sebagai

tanggungjawab rakyat untuk melayakkan mereka membawa aduan atau cadangan rakyat ke Dewan Negara atau Dewan Rakyat.

Demokrasi islamik menekankan konsep-konsep seperti shura (perunding), ba’iah (janji ketaatan bersama), ijma’ (persemuafakatan), ijtihad (mengeluarkan pendapat) dan maslahah (kepentingan awam) untuk menunjukkan bahawa islam tidak kurang dalam landasan-landasan yang sesuai dengan perjalanan dan matlamat demokrasi di Malaysia.

(2)

1.1 SISTEM DEMOKRASI DI MALAYSIA

Demokrasi berasal daripada perkataan Yunan, yang bemaksud ‘kekuatan rakyat’. Istilah ini dibentuk daripada dua perkataan yang berlainan iaitu Demos bermaksud ‘rakyat’ manakala Kratos bermaksud ‘kekuasaan’. Oleh itu, Demokrasi adalah pemerintahan oleh rakyat.

Dalam mana-mana sistem demokrasi di dunia, ia terbahagi kepada dua, iaitu, demokrasi yang mempunyai institusi raja dan demokrasi yang tiada institusi raja. Kedua-duanya mempunyai perbezaan kerana dalam sistem demokrasi yang mempunyai institusi raja atau demokrasi beraja, mengekalkan beberapa perkara berkaitan dengan raja. Manakala demokrasi yang tiada institusi beraja, atau demokrasi republik tiada perkara tersebut dan mengamalkan sistem presiden, sama ada presiden dipilih oleh rakyat secara langsung dan mempunyai kuasa besar, seperti sistem Amerika Syarikat, atau Presiden yang tidak dipilih oleh rakyat secara langsung dan tidak mempunyai kuasa besar, seperti Singapura. Dalam sistem demokrasi beraja pula, walaupun dikatakan sebagai tidak mempunyai banyak kuasa atau sebagai istiadat sahaja, tetapi raja tetap memegang beberapa perkara yang dikategorikan sebagai reserve powers atau istilah lain, prerogative powers atau dalam istilah yang

digunakan dalam Perlembagaan Persekutuan ialah discretionary power atau kuasa budi bicara (Shamrahayu A. Aziz 2007:118).

Malaysia mempraktikkan sistem demokrasi berparlimen. Sistem ini telah diamalkan di Malaysia sejak kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dicapai. Sistem demokrasi ini terus digunakan dan berkekalan sehingga ke hari ini. Dalam sistem demokrasi ini, pilihan raya merupakan satu mekanisme utama dalam menentukan hala tuju pemerintahan negara. Dalam sistem demokrasi terutamanya berkait dengan pemilihan pemimpin dan kerajaan yang akan memerintah, ia tidak dapat dipisahkan daripada aktiviti politik yang dinamakan sebagai pilihan raya. Apabila adanya pilihan raya maka pada ketika itu rakyat berkuasa untuk memilih pemimpin yang mereka suka dan diyakini dapat mewakili mereka di dewan perundangan (parlimen atau dewan undangan negeri). Justeru itu, demokrasi merupakan sistem pemerintahan yang diuruskan oleh rakyat. Dalam proses pilihan raya, rakyat akan keluar mengundi bagi menentukan perwakilan yang akan mewakili kawasan masing-masing. Perwakilan yang dipilih akan mewakili suara rakyat untuk memerintah dan mentadbir negara. Perwakilan atau parti yang memperoleh majoriti kerusi diberikan hak untuk memerintah.

(3)

pilihan raya adalah urusan Suruhanjaya yang dilantik di peringkat Persekutuan. Pilihan raya adalah perkara pertama berkaitan dengan demokrasi. Sehubungan dengan itu terdapat peruntukan melantik Suruhanjaya yang mengendalikan proses pilihan raya (ibid).

(4)

1.2 KONSEP SIYASAH SYAR’IYYAH DALAM PEMILIHAN PERDANA MENTERI BERDASARKAN SISTEM DEMOKRASI DI MALAYSIA

Siyasah syar’iyyah berkaitan dengan urusan pentadbiran dan perkara-perkara yang bersesuain dengan aturan syariah iaitu berpandukan kepada al-Quran, al-Sunah atau ijtihad bagi

menjamin kepentingan dan kemaslahatan rakyat dan negara. Ia mencakupi seluruh aspek pentadbiran dan pemerintahan negara yang merangkumi bidang politik, pentadbiran,

kewangan, ekonomi, sosial dan kemasyarakatan. Bagi memahami pemilihan perdana menteri hari ini bersesuaian atau tidak dalam konteks siyasah syar’iyyah. Bahagian ini akan

membincangkan pelaksanaan siyasah sya’iyyah dalam pemilihan pemimpin iaitu Perdana Menteri di Malaysia.

1.2.1 Pengertian Siyasah Dari Segi Bahasa

Perkataan Siyasah Syar’iyyah berasal dari dua perkataan bahasa Arab iaitu Siyasah dan al-Syar’iyyah. kedua-dua perkataan ini perlu diperjelaskan sebagai kunci bagi memahami konsep Siyasah Syar’iyyah yang sebenar. Perbincangan akan dimulakan dengan pengertian dari segi bahasa kemudian dari segi istilah. Mengikut Kamus Arab, perkataan Siyasah adalah kata terbitan daripada kata dasar sasa – yasusu – siyasatan.

Apabila disebut sasa al-amr, siyasatan ia bermaksud mentadbir dan mengendalikan sesuatu urusan, pekerjaan sebagainya dengan baik (Al-Muqirri: 1994 :295). Dalam

(5)

1.2.2 Pengertian Syar’iyyah Dari Segi Bahasa

Perkataan Syar’iyyah diambil dari lafaz syara’. Ia sebagai menjelaskan atau membuktikan mengenai sesuatu yang sah. Secara literalnya, perkataan syar’iyyah memberi maksud tentang sesuatu yang sah di sisi syarak ( Ibrahim Anis: t.t: 681). Namun dari segi bahasanya ia

bermaksud jalan yang lurus dan tempat laluan air. Tempat laluan air itulah disebut al-Syar’. Selain itu, ia juga disamakan dengan perkataan al-Din dan al-Millah (Badran Abu al-‘Ayn: t.t: 27).

Dalam pengajian Ilmu fiqh, para fuqaha mentakrifkan al-Syariah sebagai hukum-hakam yang diwahyukan oleh Allah kepada para Nabi untuk dibawakan kepada sekalian hambaNya. Dinamakan hukum-hakam tersebut syariah kerana ia satu ajaran yang lurus dan disamakan kedudukannya seperti tempat aliran air kerana Syariah Islam menghidupkan jiwa dan akal manusia sebagaimana air menghidupkan tubuh badan.

Dari segi kaedah Bahasa Arab perkataan Syar’iyyah menunjukkan sesuatu yang disandarkan (dinisbahkan) kepada syarak dan syarak menerimanya sebagai sesuatu yang sah, atau secara literalnya perkataan syar’iyyah memberi maksud tentang sesuatu yang sah di sisi hukum syarak (Ahmad Al-Ayid: t.t: 681). Apabila syariah dinisbahkan kepada agama, maka ia adalah suatu perkara yang disyarakkan oleh Allah. Atau dengan kata lain perkataan syariah bermaksud sesuatu hukum yang dinisbahkan kepada hukum syarak sebagai syariah yang wajib dilaksanakan dalam pentadbiran negara, di mana pemimpin-pemimpin dan pentadbir yang tidak melaksanakan hukum-hukum Allah sebagai syariah akan menerima balasan buruk di akhirat kelak (Haji Said Haji Ibrahim: 1997: 3833).

1.2.3 Definisi Siyasah Syar’iyyah Menurut Istilah

Definisi terhadap istilah Siyasah Syar’iyyah mengikut kefahaman dan persepsi para ulama’ silam dalam penulisan mereka adalah yang sesuai dengan realiti zaman mereka. Antara ulama’ yang memberikan definisi tersebut ialah:

(6)

walaupun tindakan tersebut tidak dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. atau pun tidak ada wahyu berkenaan perkara tersebut.

II. Ibn Nujaim berpendapat: Siyasah Syar’iyyah ialah satu tindakan sesuatu dari pihak pemerintah berdasarkan kemaslahatan yang dilihatnya sekalipun tidak ada dalil secara langsung dan terperinci ke atas perbuatan itu.

III. Ibn Abidin menegaskan: Siyasah ialah mengelokkan keadaan orang ramai dengan membimbing dan memimpin mereka ke jalan yang selamat di dunia dan akhirat. IV. Al-Bujairimī menyatakan: Siyāsah ialah mengelokkan urusan rakyat dan mentadbir

urusan mereka.

V. Al-Nasafī pula berpendapat: Siyāsah ialah mengendalikan urusan rakyat kepada kebaikan secara lemah lembut atau.

Para sarjana Islam masa kini bersetuju dengan pentakrifan yang telah dibuat oleh ulama terdahulu. Antara ulama yang bersetuju dengan pentakrifan di atas ialah:

I. Rizq Muhammad al-Zalbani di mana beliau menjelaskan: Siyasah Syar’iyyah ialah mengendalikan urusan awam atau bersama berdasarkan hikmah yang tidak bercanggah dengan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah walaupun tindakan tersebut tidak disokong oleh dalil-dalil juz’i.

II. Fath al-Duraynī pula berpendapat: Siyāsah ialah menjalankan pentadbiran negara (umat) sama ada hal ehwal dalam negara atau luar negara berpandukan maslahah. III. Dr. Muhammad Na‘īm Yāsin menjelaskan: Siyāsah ialah pentadbiran hal ehwal

rakyat yang dijalankan oleh pemimpin Islam atau pembantunya berdasarkan maqasid al-Ammah walaupun perkara itu tidak menepati pendapat para imam mazhab.

IV. Syeikh ‘Abd al-Rahmān Tāj mendefinisikan Siyāsah Syar‘iyyah sebagai: Hukum-hukum atau peraturan yang mengatur perjalanan pentadbiran negara dan rakyat, di mana ianya hendaklah bertepatan dengan ruh syariah, selaras dengan usul-usul kulliyah, seterusnya dapat mencapai objektif kemasyarakatan, walaupun hukum-hukum itu tidak disebut secara langsung oleh nas-nas al-Qur’an dan al-Sunnah. V. Syeikh ‘Abd al-Wahhāb Khallāf pula menjelaskan: Siyāsah Syar‘iyyah ialah

menjalankan pentadbiran awam sebuah negara Islam berdasarkan sesuatu yang menjamin kebaikan dan mengelakkan keburukan dimana ia tidak terkeluar dari batas-batas syariat dan dasar-dasar umumnya walaupun perkara itu tidak menepati pendapat para imam mazhab.

(7)

peraturan dan polisi negara. Ia meliputi seluruh institusi kerajaan seperti kemeterian, agensi-agensi kerajaan, jabatan dan jentera kerajaan. Justeru cakupannya adalah lebih luas lagi yang membabitkan tentang perjalanan dan pentadbiran di bawah bidang kuasa kerajaan.

Penggubalan polisi dan dasar kerajaan diperluaskan kepada keperluan semasa selagi tidak bertentangan secara hakiki dengan syariat Islam mengikut kemaslahatan ammah iaitu sebagai neraca bagi menimbangkan polisi atau dasar pemerintah terhadap rakyat.

1.3 SIYASAH SYAR’IYYAH DALAM SISTEM DEMOKRASI

Seperti yang dijelaskan di atas, Malaysia menerima sistem demokrasi sebagai kaedah pemerintahan di samping sistem beraja bermula pada tahun 1955. Tiada pengalaman Islam sepanjang sejarah, tertubuhnya parti politik dalam sistem pemerintahan negara. Ini bermakna kehidupan demokrasi hendaklah disaring untuk mencapai objektif kehidupan berteraskan maqasid al-syariah.

Malaysia seperti negara islam yang lain menerima demokrasi Barat secara bertapis. Secara umumnya, kita mengamalkan pilihan raya tetapi masih mengekalkan nilai asal yang diwarisi dari pengalaman pemerintahan Islam yang lampau. Negara Islam tidak menerima sepenuhnya falsafah demokrasi ala Barat. Isu penerimaan terhadap sistem demokrasi pilihan raya menjadi perbahasan hangat dalam kalangan masyarakat Islam satu masa dahulu.

Demokrasi memberi ruang penyertaan dalam kalangan rakyat dalam menentukan pemimpin, dasar dan hala tuju negara. Umat menjadi sumber kuasa dan hak dalam menilai pemerintah dan dianggap nilai yang baik dalam demokrasi.

Dr. Yusuf al-Qaradharwi dalam bukunya Priorities of the Islamic Movement in the Counting Phase ada bab mengenai Pergerakan dan Kebebasan Politik dan Demokrasi. Dalam buku ini ada menunjukkan bahawa islam tidak membenarkan sebarang jenis sistem autokrasi dan monarki. Beliau menyokong sistem demokrasi dan politik bebas. Namun beliau

(8)

1.3.1 Kriteria pemilihan seorang pemimpin

Dalam Siyasah Syari’yyah terdapat beberapa ciri-ciri pemimpin yang perlu ada pada

seseorang yang ingin menjadi pemimpin atau yang dipilih sebagai pemimpin. Antara ciri-ciri sebagai pemimpin adalah seperti berikut:

1. Islam

Dalam negara Islam, pemimpin yang perlu dilantik adalah beragama islam, dan bukannya agama selain islam. Hal ini kerana, pemimpin beragama islam perlu menjaga agama dan kemaslahatan sesebuah negara berserta hukum-hukum dan melaksanakan perintah-perintah Allah SWT. Berdasarkan firman Allah SWT:

) Surah Ali Imran 3:28 (

(9)

) Surah an-Nisa 4:141 (

Maksud: (Mereka yang munafiq itu ialah) orang-orang yang sentiasa menunggu-nunggu (berlakunya sesuatu) kepada kamu; maka kalau kamu mendapat kemenangan dari Allah (dalam sesuatu peperangan), berkatalah mereka (kepada kamu): “Bukankah kami turut berjuang bersama-sama kamu? (Oleh itu kami juga berhak menerima bahagian dari harta rampasan perang)”. Dan jika orang-orang kafir pula mendapat bahagian (yang menguntungkan dalam peperangan), berkatalah mereka (kepada orang-orang kafir itu): “ Bukankah kami turut membatu kamu dan mempertahankan kamu dari (serang balas) orang-orang yang beriman (dengan mendedahkan rahsia perpaduannya)?” Maka Allah akan menghakimi d antara kamu semua pada hari kiamat; dan Allah tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk membinasakan orang-orang-orang-orang yang beriman.

Berdasarkan kedua-dua firman Allah ini, jelaslah bahawa wajib seorang pemimpin itu adalah beragama Islam. Seterusnya menjaga aqidah Islam.

2. Lelaki

Berdasarkan sabda Rasullullah SAW:

ةأرما مهرمأ اولو موق حلفي نل

(لبنح نبا و يذمرتلا و يراخبلا هاور(

Maksud: Tidak akan berjaya sesuatu kaum itu jika mereka menurut perintah seorang wanita.

Secara amnya, pemimpin adalah lelaki dan wanita tidak seeloknya untuk memimpin sesebuah

negara. Kenapa lelaki ditaklifkan ke atas tugasan ini? Hal ini kerana segala kesusahan dalam masalah yang berpanjangan dan kerja-kerja yang berkaitan ketenteraan adalah bersesuaian dengan seorang lelaki. Bagi wanita pula, sifatnya adalah sangat bertentangan dengan keadaan untuk memimpin sebuah negara.

(10)

Adil adalah seorang pemimpin itu melaksanakan amalan fardhu dan menambah amalan sunat dalam ibadahnya. Beliau juga hendaklah sentiasa menjaga diri agar jauh daripada perkara maksiat dan menjaga kewibawaannya sebagai seorang yang berpengaruh.

4. Berilmu

Berilmu bukan sahaja mengetahui halal dan haram, malah tahu cara mentadbir untuk

menyesuaikan ke atas kemaslahatan bersama. Antara yang dimaksudkan ilmu itu adalah tahu hukum-hakam syariah, seorang yang pakar dalam politik, mengetahui selok-belok hal ehwal negeri, mengetahui keadaan negeri dan pemerintahnya. Jika beliau tidak mampu, maka pemimpin boleh meminta pandangan bagi orang yang mengetahuinya.

5. Kifayah

Maksud kifayah di sini adalah seseorang yang mempunyai satu tarikan atau pengaruh dalam sesebuah masyarakat. Selain itu, mampu menghadapi rakyat, jujur dalam menggalas

tanggungjawab melaksanakan hukum-hakam Allah, pakar dalam hal ehwal keadaan masyarakat dan mampu menjaga agama dan mentadbir maslahat umum. Al-Mawardi pula menambah dua perkara dalam kifayah iaitu mempunyai pemikiran yang luas bagi mentadbir dan mengurus urusan rakyat berdasarkan kemaslahatan, serta menambah mempunyai

keberanian dan pengalaman dalam menjaga keselamatan daripada musuh.

6. Lengkap anggota tubuh badan

Seseorang pemimpin yang berwibawa adalah seorang yang tidak cacat fizikalnya termasuklah cerah penglihatannya, boleh bercakap, dan boleh mendengar serta sihat akalnya.

7. Quraisy

Para ulama’ fuqaha’ berselisih pendapat mengenai ciri ini. Jumhur bersepakat bahawa memilih pemimpin di kalangan keturunan Quraisy adalah wajib. Manakala menurut

Muktazilah dan Khawarij memilih pemimpin dari kalangan keturunan Quraisy adalah tidak wajib.

Taraf keturunan bangsa Quraisy ini ada diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim dalam sahihnya, iaitu:

(11)

ii) Ibnu Umar pernah meriwayatkan, bahawa Rasulullah (s.a.w) pernah bersabda: “Kekuasaan itu terletak di tangan kaum Quraisy walaupun mereka hanya berjumlah dua orang sahaja”.

iii) Abu Hurairah meriwayatkan. Rasulullah (s.a.w) bersabda: “Manusia dalam hal kebajikan dan keburukan adalah ikut kepada kaum Quraisy; kemusliman mereka juga mengikut kemusliman kaum Quraisy demikian pula halnya dengan kekufuran mereka.

iv) Jabir bin Samurah meriwayatkan bahawa agama ini akan sentiasa berjaya dan kuat di tangan dua belas khalifah dan mereka itu semuanya datang dari kalangan kaum Quraisy.

Atas dasar ini yang menjadikan ramai dalam kalangan ulama’-ulama’ ahli sunah meletakkan syarat pemimpin mestilah di kalangan kaum Quraisy dilihat sebagai keutamaan berbanding kaum yang lain. Mungkin disebabkan manhaj ahli sunah itu sendiri yang beramal dan mentaati pernyataan hadis sahih walaupun terdapat hadis dan pernyataan sahabat yang melonggarkan keutamaan kaum Quraisy ini. Sebagaimana yang pernah disabdakan sendiri oleh Nabi Muhammad iaitu, mafhumnya:

“Dengarlah dan taatilah walaupun seandainya yang memimpin kamu semua adalah seorang hamba Habsyi Dzu Zabibah”.

Manakala Umar pernah mengatakan, mafhumnya:

“Seandainya Salim hamba Huzaifah masih hidup, akan saya angkat beliau untuk menduduki kekuasaan atau tidak akan ada keraguan dalam hatiku akan

kedudukannya”.

Keutamaan kaum Quraisy waktu itu yang dilantik sebagai khalifah bukan keran darahnya dan tidak juga kerana kerabatnya dengan Nabi Muhammad tetapi semata-mata kerana kedudukan politik dan agama mereka yang sangat kuat ketika itu. Kebanyakkan orang Islam yang pertama adalah datangnya dari kaum Quraisy sehingga mereka merasai keperitan dan penderitaan dakwah bersama Nabi Muhammad (s.a.w). Kebanyakkan pahlawan-pahlawan Islam juga datangnya dari kaum Quraisy. Namun setelah kuasa politik mereka mulai hilang, maka hak untuk menjadi pemimpin diberikan seluas-luasnya bagi sesiapa yang memenuhi syarat agama, moral dan politik yang sempurna.

(12)

yang diperolehinya dari segenap penjuru negara, maka berkuranglah kewibawaan mereka sehingga menimbulkan keraguan sesetengah ulama’ dan akhirnya mereka menolak syarat Quraisy sebagai sesuatu yang mutlak.

Manakala, dalam sistem demokrasi di Malaysia ciri-ciri atau yang menjadi syarat untuk menjadi pemimpin adalah tidak diperjelaskan secara terperinci dalam Perlembagaan. Berdasarkan Perkara 47, tiap-tiap warganegara yang bermastautin di Persekutuan layak menjadi ahli Dewan Negara, jika dia berumur tidak kurang daripada tiga puluh tahun, dan layak menjadi ahli Dewan Rakyat, jika dia berumur tidak kurang daripada dua puluh satu tahun, melainkan jika dia hilang kelayakan untuk menjadi ahli mengikut Perlembagaan ini atau mengikut mana-mana undang-undang yang dibuat menurut Perkara 48. Perkara 48 membincangkan kehilangan kelayakan menjadi ahli Parlimen. Salah satu faktornya ialah dia disyakki dan telah didapati atau diisytiharkan tidak sempurna akal, merupakan faktor yang paling dekat dengan keberadaan Islam di sisi Perlembagaan.

Walaupun Perlembagaan membuat peruntukan tertentu mengenai pelaksanaan demokrasi, tetapi kriteria-kriteria calon ahli Majlis Parlimen (Dewan Rakyat) yang akan dipilih menerusi pilihan raya itu tidak diperincikan oleh Perlembagaan. Perlembagaan hanya menyebut mengenai syarat umur calon (per. 47), tetapi tidak mempunyai peruntukkan khas yang mmeletakkan syarat-syarat lain. Begitu juga juga dengan kriteria ahli Dewan Negara yang dilantik melalui Dewan Undangan Negeri (Shamrahayu A. Aziz 2007:120).

Namun begitu, Perlembagaan meletakkan kriteria Ahli Dewan Negara iaitu dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik mereka yang “pada pendapatnya telah memberikan perkhidmatan awam yang cemerlang atau telah mencapai keunggulan dalam profesion, perdagangan, perindustrian, pertanian, aktiviti kebudayaan atau perkhidmatan sosial atau yang mewakili ras minoriti atau berkebolehan mewakili

kepentingan orang asli. Syarat ini sedikit sebanyak bertepatan dengan kehendak syarak (per 45). (Shamrahayu A. Aziz 2007:120).

(13)

sebagaimana kehendak syarak ke atas calon Perdana Menteri tersebut. (Shamrahayu A. Aziz 2007:120-121).

Satu aspek perbezaan yang ketara dalam proses pemilihan ketua negara di antara sistem demokrasi berparlimen dan syura Islam ialah kriteria muslim sebagai syarat utama. Dalam sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan di Malaysia, perdana menteri dan ahli-ahli kabinet tidak disyaratkan beragama Islam. Apa yang diperuntukkan hanyalah, seseorang itu boleh dilantik menjadi Perdana Menteri ialah warganegara Malaysia, menjadi ahli dewan rakyat dan mendapat undi majoriti separuh ahli dewan. Hal ini bermakna perlembagaan membenarkan kepada sesiapa sahaja tanpa mengira agama yang dianuti asalkan memenuhi syarat yang ditetapkan. (Mohamad Hilmi bin Mat Said 2000:35)

Ketiadaan peruntukan yang mensyaratkan jawatan Perdana Menteri itu disandang oleh orang Islam merupakan satu kerugian besar kepada masyarakat Islam di negara ini. Meskipun demikian, rakyat Malaysia harus akur dengan fakta sejarah yang telah

membuktikan bahawa teraju kepimpinan negara lebih dikuasai oleh orang Islam semenjak kemerdekaan dicapai hinggalah ke hari ini. Walaupun buat masa ini, pucuk pimpinan negara masih lagi dikuasai bangsa Melayu yang beragama Islam. Namun dalam jangka masa yang akan datang ,jawatan ini belum menjamin pengekalannya di tangan orang Melayu. Bagi mengatasi apa jua kemungkinan yang bakal timbul, pemimpin dan masyarakat Islam harus memainkan peranan mengambil langkah-langkah yang positif agar dapat mengekalkan ketuanan bangsa Melayu khususnya dan masyarakat Islam umumnya.

Setelah melantik Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong akan melantik Jemaah Menteri atas nasihat Perdana Menteri. Lantikan ini tidak diperincikan syarat-syaratnya dalam Perlembagaan Persekutuan. Namun begitu, peranan yang dimainkan oleh raja di peringkat negeri dalam lantikan barisan pimpinan negeri, secara harfiahnya berbeza daripada peranan Yang di-Pertuan Agong di peringkat Persekutuan. Walaupun kedua-duanya mempunyai kuasa budi bicara, namun kuasa Raja di negeri-negeri dalam melantik Menteri Besar hendaklah bersandarkan syarat agama dan bangsa calon. Semua Perlembagaan negeri Melayu

mensyaratkan supaya menteri besar yang dilantik oleh Sultan atas kuasa budi bicara baginda bagi negeri Melayu hendaklah beragama islam dan berbangsa Melayu. Oleh itu agak jelas di sini kesan kedudukan agama Islam dalam Perlembagaan Negeri ke atas sistem demokrasi. Walaupun pemilihan pimpinan dilakukan menerusi proses demokrasi, Perlembagaan

(14)
(15)

Kepimpinan menjadi suatu topik khas yang sering dibincangkan oleh pengkaji Siasah Syar’iyyah. Ini kerana dunia Islam pernah menguasai sempadan politik yang besar dengan pengaruh politik yang luas. Malahan topik kepimpinan menjadi persoalan yang genting kerana terpaksa diputuskan oleh para Sahabah sebaik kewafatan Rasulullah s.a.w. Untuk itu, tidak hairanlah perhatian besar turut diambil oleh fuqaha bagi memberi panduan pemilihan kepimpinan. Isu yang timbul dalam pemilihan ketua negara di Malaysia ialah adakah

pelantikan perdana menteri di Malaysia diiktiraf dalam konsep siyasah syariyyah? Oleh itu , terdapat beberapa pandangan dalam menjawab persoalan tersebut.

1.4.1 Tiada dalil yang khusus untuk menetapkan kaedah-kaedah tertentu yang harus diikuti dalam urusan melantik ketua negara.

Pada umumnya pengkaji politik Islam membahagikan institusi khalifah kepada 2 fasa utama iaitu fasa Khulafa ar-Rashidin dan fasa Pasca Khulafa ar- Rashidin. Fasa Khulafa ar-Rashidin diperakui oleh majoriti Ulama Islam khususnya ASWJ mempunyai legitimasi atau sah menurut prinsip-prinsip syariat yang sempurna. Malahan fasa ini dianggap sebagai model yang diangkat menjadi panduan melahirkan sistem pemerintahan Islam. Keadaan ini diterima dengan baik kerana fasa ini melibatkan generasi yang mendapat pendidikan terus daripada Rasulullah s.a.w. Malahan rujukan hukum yang mereka putuskan mendapat tempat sebagai sumber hukum Islam dalam usul fiqh. Kesepakatan mereka dalam sesuatu hukum pula diangkat ke status al-Ijma’ yang mempunyai implikasi mengikat. Ini bermakna kapasiti sebagai Sahabah dalam ilmu Usul fiqh mendapat kedudukan yang unik menjadi satu sumber hukum yang layak diikuti dan dijadikan bahan pertimbangan.

Sehubungan dengan itu, persepakatan sahabah dalam menegakkan kekhalifahan termasuk dalam Ijma. Ini kerana tiada seorang pun sahabah yang menentang dengan

(16)

Pertemuan para sahabah di Saqifah bagi merungkai permasalahan pemilihan pemimpin telah melahirkan suatu prinsip dalam pengajian Siyasah Syar’iyyah. Prinsip tersebut merujuk kepada pemilihan seorang khalifah hanya terlaksana melalui prosedur pemilihan dari umat mencerminkan aspirasi umat atau representatif ummah (Mumasiliha) mencerminkan kedaulatan umat. Dengan kata lain ia melalui prosedur pemilihan umum oleh umat (al-Ihktiyār Ummah) yang dicerminkan dengan prosedur ba’iah. Hal ini disimpulkan dengan rujukan kepada proses diterima Abu Bakar r.a sebagai Khalifah pertama melalui bai’ah yang dilakukan oleh rakyat dengan sebuah upacara rasmi bai’ah umum di dalam masjid pada keesokan harinya. Kemudian diikuti dengan khutbah yang menjelaskan beberapa prinsip penting dalam sistem pemerintahan Islam. (Mohamad Zaidi 2015:10)

Gabenor prosedur bai’ah juga boleh dikesan melalui perlantikan Umar r.a sekalipun bentuknya tidak sama dengan Abu Bakr r.a. Ini kerana Abu Bakar r.a telah mencalonkan Umar r.a atas pertimbangan maslahah perpaduan ummat mesti dikekalkan. Alasan beliau sangat kukuh kerana negara ketika itu berhadapan dengan dua Empayar iaitu Rom dan Parsi. Membiarkan pemilihan secara terbuka besar kemungkinan melahirkan perebutan jawatan dengan implikasi perpecahan kelahiran aliran penyokong masing-masing.

Atas kebijaksanaan beliau, rujukan dilakukan kepada beberapa orang sahabah yang memiliki kualiti Ahlul alli wa al-Aqdi seperti Abd al-Rahman bin Auf dan Uthmān bin Affan. Setelah itu, diumumkan kepada khalayak dengan katanya:

...sesungguhnya aku telah mencalonkan (Istakhlaftu) untuk kalian Umar al-Khatab sebagai khalifah pengganti, demi kebaikan kalian? Apakah kalian rela dengan orang yang aku tunjuk sebagai khalifah untuk untuk kalian?...

Kemudian disebutkan asas pemilihannya setelah memikir semasak-masaknya dan bukan disebabkan oleh nepotisme (dha al-Qurābah) tetapi seorang yang namanya sudah sedia popular di kalangan sahabah iaitu Umar al-Khattab. Akhirnya beliau diangkat melalui permesyuaratan (al-Syura) dan persetujuan sebulat suara.(Abdul Hadi Awang 2013:40)

Umar al-Khattab pula mencipta suatu bentuk pemilihan yang berbeza dari

(17)

al-menduduki jawatan tersebut. Abd al-Rahman terpilih sebagai pengerusi untuk mencari calon paling sesuai menduduki jawatan khalifah melalui pemerhatian dan perbincangan dengan rakyat. Akhirnya nama Uthman r.a diangkat kerana lebih terkehadapan berbanding yang lain.

Umumnya ketiga-tiga bentuk perlantikan yang berlaku seperti di atas berasaskan bai’ah dengan jalan pemilihan dan kerelaan daripada umat berdasarkan permesyuaratan. Ia berjalan secara pencalonan sehingga kekhalifahan mereka menjadi sah dan sesuai dengan syara’. Cara ini dinilai oleh semua kalangan ASWJ, juga Mu’tazilah dan Mur’jiah

mempunyai legitimasi.

Perlantikan khalifah seterusnya tidak berada dalam situasi yang lancar kerana Uthman r.a telah terbunuh ditangan sekumpulan masyarakat yang fanatik kabilah. Lantaran itu, urusan perlantikan khalifah tidak berasaskan pencalonan daripada khalifah sedia ada. Situasi inilah yang dihadapi oleh Ali r.a yang tercalon sedangkan umat masih berada dalam keadaan ketidakpastian. Gabenor majoriti masyarakat Islam di Madinah telah memba’iah Ali r.a diikuti mereka yang berada di Hijaz dan Iraq. Kumpulan pemberontak turut menyokong Ali r.a. Namun, Muawwiyah yang berada di Syam menolak untuk membaiah. Sebaliknya mereka menuntut hak qisas dilaksanakan dengan segera dan membantah penyertaan pemberontak dalam pembaiahan. (Mohamad Zaidi 2015:11)

Ali r.a menyakini bahawa baiah yang diperolehinya daripada masyarakat Madinah mempunyai legitimasi. Menurut ASWJ penduduk Madinah telah terlibat dalam pemilihan 3 khalifah sebelum ini menjadikan kualiti mereka memenuhi syarat sebagai Ahli Halli wa al-Aqdi. Tambahan pula kota besar yang lain turut menerima perlantikan tersebut. Selain itu, Ali r.a juga memiliki syarat-syarat yang terbaik dan terbilang dikalangan Ṣ ḥa ābah yang lain. Alasan tersebut melayakkan Ali diangkat sebagai Khalifah ar-Rashidin yang keempat.

(18)

dimulai dengan satu forum pembai’atan yang bebas atau melalui pemilihan dari semua umat. Sebaliknya beliau di baiah untuk pertama kalinya oleh penduduk Syam gabenor beliau sendiri adalah gabenor di sana. Ummat hanya membaiahnya pada tahun perpaduan (Ām al-Jamāah) yang menjadi asas ASWJ untuk mengiktiraf legitimasinya. Kecenderungan ini dapat difahami mungkin didorong dari perakuan terhadap realiti yang ada khususnya kecacatan pada proses baiah yang bebas dan umum. Justeru, ia dianggap tidak lebih dari perakuan terpaksa terhadap realiti dalam usaha menjaga kesatuan umat. Ini kerana wujudnya unsur kekuatan dan keterpaksaan menggantikan kesukarelaan atau permusyawaratan. Penerimaan tersebut akhirnya mendorong kepada perubahan bentuk pelantikan ketua negara dari bentuk al-Khilafah ke bentuk warisan (al-wirāthah). Lantaran itu detik ke arah sistem monarki mula mengambil tempat sistem kekhalifahan lalu menimbulkan penyisihan antara idealisme dengan realiti.

Idea awal sistem ini dicadangkan oleh al-Mughirah bin Syu’bah iaitu Gabenor Kufah pada pemerintahan Muawiyyah r.a. Ia bermula melalui perasaan bimbang al-Mughirah akan kemungkinan berlakunya pertumpahan darah akibat dari ketiadaan calon jelas bakal menjadi ketua negara. Kebimbangan ini diasaskan kepada rujukan kes kematian Uthman r.a yang mencetuskan konflik berdarah dan ketakstabilan negara. Cadangan dilontarkan agar Yazid diangkat menjadi calon tersebut. Saranan ini mempengaruhinya dengan meminta pandangan gabenor-gabenor yang lain. Misalnya Muawiyyah menulis surat meminta pandangan Marwan bin Hakam, Gabenor Madinah mengenai perkara tersebut. Malahan beliau turut meminta gabenor dari Bashra, Kufah dan Madinah untuk menghantar delegasi mereka ke Syam bagi mengadakan suatu pertemuan (ijtima’) atau yang menyerupai mu’tamar. Dalam pertemuan ini kata sepakat diperolehi untuk menyokong pembaiatan Yazid diikuti majoriti umat tahun 56 hijrah.

(19)

Al-Maududi mengatakan bahawa oleh sebab tidak ada cara tertentu yang telah ditetapkan oleh shari’ah maka cara perlantikan itu terserahlah kepada apa yang dianggap sesuai untuk sesuatu masa atau tempat. Apa yang perlu diingat ialah rakyat tidak boleh dipaksa membuat perlantikan dan ia hendaklah benar-benar bebas dan tidak dimonopoli oleh golongan tertentu.

Pemimpin juga tidak boleh dilantik daripada orang yang inginkan jawatan tersebut untuk kepentingan peribadi kerana urusan perlantikannya berkait dengan ummah secara langsung dan semua urusan ummah pula berkait secara langsung dengan urusan islam. Sebaliknya pemimpin haruslah dipilih dari kalangan individu yang memenuhi kriteria-kriteria yang telah ditetapkan.

1.4.3 Bersandarkan Maslahah

Dalam Siyasah Syar‘iyyah metodologi berteraskan pencapaian maslahah menjadi kriteria penting. Dalam hal ini, siyasah syar‘iyyah memberi pertimbangan yang besar terhadap maslahah bagi setiap keputusan yang bakal dilaksanakan dalam kalangan rakyat. Untuk itulah sejak dari dahulu lagi penekanan pada maqasid syar‘iyyah serta penggunaan al-ra’y diberi keutamaan dalam siyasah syar‘iyyah.

Prof. Dr Mahmood Zuhdi menyatakan dalam sebuah masyarakat yang membangun, metode pentadbiran yang bersandarkan maslahah amat diperlukan. Ianya dianggap lebih sempurna untuk melayani keperluan-keperluan yang timbul akibat dari perubahan-perubahan yang pesat dalam masyarakat berkenaan. Perubahan itu biasanya membawa bersama

kelahiran banyak masalah-masalah luar jangka yang memerlukan penyelesaian dengan segera dan tepat. Lantaran itu beliau berpendapat sekiranya satu bentuk pentadbiran yang

konservatif dipertahankan dalam masyarakat yang membangun begini, ia boleh

(20)

Rahman & Raja Hisyamudin Raja Sulong 2008:17)

Kenyataan di atas menggambarkan proses penerapan hukum harus mengambil kira faktor-faktor seperti keadaan, masa dan tempat. Langkah pengubahsuaian hukum boleh dilakukan andai mempunyai cukup alasan untuk disesuaikan dengan keperluan semasa dan setempat. Ini bererti hukum sedia ada dalam batas-batas tertentu boleh menerima modifikasi atau mengekalkannya bergantung kepada faktor-faktor tersebut. Perkara tersebut merupakan langkah pemeribumian hukum yang melibatkan suatu proses tranformasi atau pemindahan satu hukum atau fahaman fiqh yang sedia ada kepada suatu bentuk hukum atau fahaman fiqh yang baru. (Mahmood Zuhdi,Mek Wok Mahmud&Akhtarzaite 2012:39)

(21)

Di zaman awal Islam, kepimpinan tertinggi yang memegang jawatan pemimpin utama menggunakan istilah Khalifah. Dalam konteks negara Malaysia, Perdana Menteri adalah individu yang mengetuai dalam

pentadbiran negara. Khalifah juga diturunkan sebagaimana juga diutuskan Nabi kepada umat Islam pada suatu ketika dahulu. Ibnu Khaldun melihat khalifah adalah seseorang yang dipertanggungjawabkan sebagai wakil

Nabi dalam menjalankan siyasiah dan juga agama yang pada akhirnya

nanti membawa kepada kebahagiaan dunia dan akhirat .

Pelantikan pemimpin atau khalifah adalah perintah dari Tuhan. Oleh yang demikian itu,di awal-awal penulisan ini lagi telah dijelaskan bahawa kepentingan jawatan ini adalah keutamaan dalam Islam. Ini jelas

menunjukkan kepada kita bahawa pelantikan khalifah mahupun perdana menteri bukan sahaja membawa misi kelangsungan untuk hidup di duni ini tetapi misi yang lebih penting adalah membawa misi kelangsungan

sistem syariah islam terus bersinar dan berkembang.

Secara fitrahnya juga tidak dinafikan bahawa manusia memang berhajat kepada pemimpin. Ini jelas dapat dilihat dengan perutusan para rasul ke muka bumi bagi membimbing manusia ke jalan yang benar lagi lurus. Sebagaimana yang ditetapkan para pemimpin adalah merupakan tonggak utama penentu kemajuan dan kemunduran bagi sesebuah

masyarakat yang dipimpin.(Mohamad Hilmi bin Mat Said 2000:15)

Hubungan Islam dan demokrasi merupakan persoalan yang menarik dikaji baik dari segi prinsip mahupun praktikal. Dari segi prinsip, meskipun rata-rata umat Islam menerima demokrasi, ada segelintir dari mereka yang bergelut dengan dilema apakah selari dengan Islam. Bahkan ada yang menolak mentah-mentah demokrasi kerana dianggap asing dengan Islam. Di antara faktor-faktor yang menyebabkan perbezaan dalam cara perlantikan ketua negara ini ialah perkembanan teknologi yang mengubah

corak ekonomi dan kehidupan sosial, pergerakan agama (reformation),

dan penyalahgunaan kuasa oleh pemerintahan tradisional.

(22)

perlantikan khalifah mahupun ketua negara, pendapat al-Maududi tentang cara perlantikan ketua negara dan untuk menjaga maslahah jelas

menunjukkan bahawa perlantikan perdana menteri mengikut sistem

(23)

Al-Khaiyyat. 1999. Al-Nizhamu al-Siyasii Fil Islam. Kaherah: Dar al-Salam.

Al-Muqirri. 1994. Al-misbah al-Munir. J.2. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.

Mahmood Zuhdi Abdul Majid, Mek Wok Mahmud & Akhtarzaite Abdul Aziz. 2012. Maqasid Al-Shari’ah. Selangor. Penerbit UIAM.

Malike Brahim. 2012. Sistem Demokrasi Berpalimen di Malaysia. Kuala Lumpur. IBS Buku SDN BHD.

Mohamad Hilmi bin Mat Said. 2000. Pemilihan Pemimpin: Kajian Perbandingan Sistem Demokrasi Dan Syura.Tesis Ijazah Sarjana Muda, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohamad Zaidi Abdul Rahman. 2015. Maqasid A-Shariah Dalam Pentadbiran Negara:Satu Tinjauan Sejarah Islam . Jurnal Fiqh, No. 12 (2015) 29-56

Mohd Izani Mohd Zain. 2007. Demokrasi dan Dunia Islam Perspektif Teori dan Praktik. Ed 2. Dlm. Shamrahayu A. Aziz (pnyt.). Islam, Demokrasi dan Raja di Malaysia:

Perspektif Perlembagaan. Hlm. 115-126. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Mohd Izani Mohd Zain. 2007. Demokrasi dan Dunia Islam Perspektif Teori dan Praktik. Ed 2. Dlm. Wan Abdul Rahman Wan Ab. Latif (pnyt). Islam, Demokrasi dan Pilihan raya di Malaysia. Hlm. 43-56. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Muhamad Zaidi Abdul Rahman & Raja Hisyamudin Raja Sulong. 2008. Pengaruh Perubahan Dalam Pembinaan Hukum Siyasah Syar’iyyah. Jurnal Syariah Jil. 16, Bil 1 (2008) 17-31.

P Quereshi. 2009. Islamic Democracy. New Delhi: MD Publications Pvt Ltd.

Perlembagaan Persekutuan Malaysia 1957

(24)

Referensi

Dokumen terkait

Kawasan perdesaan merupakan kawasan yang mempunyai kegiatan utama pertanian, termasuk pengelolaan sumberdaya alam dengan susunan fungsi kawasan sebagai tempat

Peserta didik tahap pendidikan lembaga Sekolah Dasar dan Madrasah Ibtidaiyah memiliki latar belakang pendidikan, orang tua, lingkungan sekitar yang

Jadi, ajaran laku bakti (Xiao) mengandung arti bahwa kita manusia harus berbakti (memuliakan hubungan) dengan Tuhan Yang Maha Esa (Tian) sebagai Khalik Pencipta, memuliakan

Sebuah sistem database terdistribusi berisikan sekumpulan site, di mana tiap-tiap site dapat berpartisipasi dalam pengeksekusian transaksi-transaksi yang mengakses data pada satu

Indikator Kinerja Kegiatan Target 1 2 3 4 5 6 7 1.1.1 Meningkatnya Jalan dan Jembatan akses agropolitan dan kawasan cepat tumbuh Peningkatan rasio panjang jalan dalam kondisi baik 20

Perbandingan kinerja server aplikasi web GIS Scibun sebelum dan sesudah menggunakan TileCache untuk proses zoom in dapat dilihat pada Gambar 8.. Gambar 8 Grafik

Efisiensi dari suatu kegiatan merupakan akibat dari waktu yang dipakai, jarak yang ditempuh, dan jumlah pengulangan (volume), beban dan kecepatannya, intensitas,

Hasil angket respon siswa dalam uji coba lebih luas memperoleh kriteria sangat layak dengan nilai keseluruan diperoleh adalah 229 dan rata-rata penilaian dan