• Tidak ada hasil yang ditemukan

NASI GORENG DAGING MERAH (1)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "NASI GORENG DAGING MERAH (1)"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

NASI GORENG DAGING MERAH Bahan untuk daging merah:

 200 gram daging  pewarna merah

 1 senduk minyak masak  1 inci halia, hiris nipis  3 ulas bawang putih, diketuk

 5 biji cili padi, tumbuk kasar supaya pecah sedikit  1/4 cawan cili kisar

 2 sudu besar sos tomato  1 sudu besar sos tiram  1 sudu besar sos ikan  2 helai daun limau purut

 3 batang kacang panjang, potong 2 inci  4 biji jagung muda, potong memanjang  sedikit tepung jagung

 Karot, potong memanjang Bahan untuk nasi goreng:

 4 cawan nasi

 Sayuran campur atau mixed vegie  2 sudu besar cili kisar

 1/2 ketul kiub ayam  1 biji telur

(2)

Cara Penyediaan: Cara untuk memasak daging merah:

1. Rebus daging di dalam air yg diletakkan sedikit pewarna merah sehingga empuk. 2. Angkat dan sejukkan daging, kemudian hiris nipis. Simpan air rebusan daging

untuk kuah.

3. Panaskan minyak dan goreng daging sehingga sedikit garing, tapi jangan terlalu garing. Angkat dan ketepikan.

4. Dalam minyak yang sama tumis bawang putih, halia dan cili padi sehingga naik bau.

5. Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.

6. Kemudian masukkan sos tiram, sos tomato, sos ikan dan karot. Masak seketika. 7. Masukkan daging, kacang panjang, jagung muda dan daun limau purut yang

dicarik kasar. Tuang air rebusan daging dan tambahkan sedikit bancuhan tepung jagung supaya kuah menjadi pekat. Jangan tambah terlalu banyak tepung jagung. Angkat dan hidang.

Cara untuk memasak nasi goreng:

1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.

2. Masukkan sayuran campur dan kiub ayam, kemudian masukkan nasi dan kacau sebati. Buat lubang di tengah dan pecahkan telur. Masak sehingga telur sedikit keras dan kacau sebati. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

NASI AYAM

Bahan untuk ayam (direbus) :

 1 ekor ayam dipotong 8

 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus  2 cm halia, ditumbuk halus

 1 kiub ayam Bahan untuk ayam (diperap) :

 1 sudu besar kicap pekat  1 sudu besar sos tiram  1 cm halia, ditumbuk halus

(3)

 Sedikit madu untuk sapuan Bahan untuk nasi:

 3 cawan beras

 4 cawan air rebusan ayam  2 sudu besar butter

 1 cm halia ditumbuk halus

 3 ulas bawang putih ditumbuk halus  Sedikit garam

 2 bunga lawang*  4 buah pelaga*  1 kayu manis*  1 batang serai ketuk  2 helai daun pandan

 Sedikit kunyit untuk warna dan aroma Bahan untuk sos:

 5 biji cili merah  3 ulas bawang putih  2 cm halia

 1 sudu besar cuka  1 sudu teh garam  1 sudu teh gula

 1/2 cawan air rebusan ayam Bahan untuk sup:

 Air rebusan ayam

 1 biji bawang besar, dikisar  Rempah sup bunjut

(4)

 Daun sup dan daun bawang yg dihiris Bahan untuk kuah kicap:

 Kuah kicap perapan ayam di atas  Kicap manis cap kipas udang  Sedikit garam

 Air rebusan ayam Cara Penyediaan:

Cara untuk ayam:

1. Bersihkan ayam, toskan air dan lumurkan dgn 2 ulas bawang putih dan halia yg diketuk.

2. Rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk.

3. Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam (rujuk bahan perap untuk ayam)

4. Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu.

Cara untuk memasak nasi:

1. Basuh beras dan tos air.

2. Panaskan butter lalu tumiskan rempah tumis(*), daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing. Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya. Masak nasi seperti biasa.

Cara untuk memasak sup:

1. Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, bawang besar, dan

masukkan garam secukup rasa. Taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup.

Cara untuk memasak sos:

1. Kisarkan semua bahan di atas.

2. Boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma. Cara untuk memasak kuah kicap:

1. Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak seketika. Sejukkan sebelum dihidang.

(5)

Pastikan ayam tidak direbus terlalu lama kerana nanti apabila di rebus terlalu lama isi ayam akan mudah hancur ketika menggoreng.

TOMYAM

Bahan untuk tomyam paste:

 15-20 biji cili kering, dibuang biji dan rebus  1 biji bawang besar, hiris kasar

 5 ulas bawang putih, hiris kasar  2 inci lengkuas. hiris kasar  2 inci halia. hiris kasar

 5 helai daun limau purut, hiris kasar  1 sudu besar serbuk ketumbar

 2 sudu besar udang kering, rendam dengan sedikit air sehingga lembut  1 cawan air asam jawa

 2 sudu besar gula perang (gula pasir biasa pun boleh)  2 batang serai. hiris nipis

 2 sudu besar sos ikan Thai  1 senduk minyak untuk menumis Bahan untuk kuah Tomyam:

 3 cawan air (boleh juga guna air rebusan ayam atau seafood, lagi sedap )  isi ayam, bahagian dada dihiris nipis

 udang, dibuang kepala

(6)

 1/2 batang karot  1 biji tomato, potong 4  cendawan tiram, jika suka  1 batang serai

 4 helai daun limau purut

 10-15 biji cili padi, belah dua di bahagian atas jangan smpai terputus  2 sudu besar sos ikan

 2 biji limau nipis, ambil jus

 tomyam paste (separuh dari bahan tomyam paste yang disediakan di atas)  sedikit daun ketumbar

 1/2 biji bawang holland atau bawang besar kuning, dipotong 4 Cara Penyediaan:

Cara untuk tomyam paste:

1. Kisar semua bahan tomyam paste (kecuali minyak masak) di dalam blender sehingga halus.

2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Masak di atas api yang sederhana dan selalu kacau supaya tomyam paste tidak hangus. 3. Kacau sehingga tomyam paste bertukar kepada warna merah gelap dan pecah

minyak. Anggaran masa 20-30 minit. 4. Angkat dan sejukkan.

Cara untuk masak tomyam:

1. Panaskan air. Masukkan tomyam paste (separuh dari tom yam paste yang dimasak di atas). Masak kuah sehingga mendidih dan masukkan serai bersama karot dan masak seketika hingga karot sedikit lembut.

2. Selepas itu masukkan ayam, seafood, cendawan, jus limau nipis, cili padi, bawang holland dan sos ikan. Rebus seketika sehingga mendidih dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Angkat dan tabur dengan hirisan daun ketumbar. Tips:

Jangan rebus seafood terlalu lama kerana seafood seperti udang akan mengecut dan keras, sotong juga akan jadi liat dan keras. Memadai dengan hanya beberapa minit di dalam kuah yang

(7)

Bahan untuk menggoreng ikan:

 1 ekor ikan siakap

 2 sudu besar tepung jagung  Sedikit garam

 Sedikit Kunyit Bahan untuk kuah:

 4 ulas bawang putih, dicincang halus  3 biji bawang merah, dicincang halus  1 inci halia, dicincang halus

 1 biji bawang besar dipotong bulat  1 biji tomato dipotong dadu

 1 batang bunga kantan, dihiris nipis  1 batang halia, dititik

 6 biji cili padi , dihiris nipis  1 biji cili merah, dihiris nipis  2 sudu besar cili kisar

 4 besar sos cili

 3 sudu besar sos tomato  1 sudu besar sos tiram  1 sudu besar sos ikan  2 helai daun limau purut  Garam dan gula secukup rasa  Dain bawang untuk hiasan Cara Penyediaan:

1. Ikan dibersihkan dilumurkan dengan garam, kunyit dan tepung jagung, goreng dalam minyak yang betul-betul panas sehingga garing, angkat dan ketepikan. 2. Dalam kuali yang berasingan, tumiskan bawang putih, bawang merah dan cili

(8)

3. Masukkan halia, serai, bunga kantan dan cili padi, kacau seketika

4. Masukkan tomato, sos cili, sos tomato, sos tiram, sos ikan dan masak sehingga kuah pekat. Jika terlalu pekat masukkan sedikit air.

5. Masukkan daun limau purut dan kacau sehingga kuah pekat sebati. 6. Tuangkan kuah diatas ikan yang digoreng tadi.

7. Hiasakan dengan daun bawang.

OMELETTE TELUR BAHAN-BAHAN

 3 biji telur

 3 sudu besar susu Full Cream  sedikit garam

 keju parmesan/mozarella (optional)  minyak zaitun

Bahan untuk filling:

 1/3 cawan daging kisar  1/2 biji kentang, diparut kasar

 capsicum/lada benggala hijau, dihiris nipis  1/2 biji bawang, dihiris nipis

 1/4 sudu kecil serbuk lada hitam  sedikit garam

Cara Penyediaan:

1. Panaskan minyak zaitun di dalam kuali non stick dan tumis bawang besar sehingga layu. Masukkan daging kisar, lada hitam dan sedikit garam. Kacau sehingga daging masak dan kering airnya.

2. Masukkan capsicum hijau dan parutan kentang, kacau selama 2-3 minit. Angkat dan sejukkan.

(9)

bahagian telur yang cair supaya masak sekata. Kemudian taburkan dengan bahan filling tadi di setengah bahagian telur sahaja supaya proses melipat telur menjadi mudah. Taburkan juga dengan cheese pilihan anda. Lipat telur dan masak setiap bahagian selama 1-2 minit. Angkat dan hidangkan.

Tips:

Cara untuk mengalihkan telur supaya tidak terkoyak atau hancur ialah dengan menelangkupkan pinggan di permukaan kuali. Terbalikkan telur di dalam pinggan, kemudian dengan perlahan longsorkan kembali telur ke dalam kuali panas di sebelah permukaan yang satu lagi.

SALAD AYAM Bahan-Bahan:

 2 ketul ayam (bahagian dada)  1 sudu kecil serbuk cayenne  1 sudu kecil serbuk paprika  1 ulas bawang putih

 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam

 2 sudu besar minyak zaitun (extra virgin)  sedikit garam

 Mixed salad leaves  Dressing:

 Dijon mustard

 1/2 perahan jus lemon

(10)

Cara Penyediaan:

1. Bersihkan ayam dan lap sehingga kering.

2. Potong dada ayam kepada 2 supaya menjadi nipis atau cucuk isi ayam dengan garfu supaya bahan perap mudah meresap (optional)

3. Taburkan serbuk cayenne, paprika, parutan bawang putih, serbuk lada hitam, minyak zaitun dan sedikit garam.

4. Perap selama minimum satu jam.

5. Dalam bekas berasinga, rendam mixed salad dalam air sejuk. Biarkan seketika. 6. Menggunakan non stick pan, grill ayam selama lebih kurang 15-20 minit (atau

sehingga keperangan dan masak. Apabila sejuk, hiris nipis. 7. Toskan salad dan potong kasar.

8. Campurkan ayamyg dihiris nipis, salad dan dressing. Sedia dihidang.

9. Nota: Anda boleh menggunakan 'ready made' salad dressing yg dijual dipasaran sebagai ganti.

IKAN BAKAR Bahan2nya:

2 ekor ikan siakap sederhana besar 4 biji limau kasturi diambil airnya 3 helai daun kunyit dihirs halus sedikit minyak untuk menumis sedikit garam dan gula

daun pisang atau aluminum foil

Semua bahan di mesin sehingga halus. 10 biji bawang merah

1 labu bawang besar 5 ulas bawang putih 1/2 inci halia

1/2 inci lengkuas 10 tangkai cili kering 10 biji cili padi

4 biji lada merah

2 biji buah keras (optional) 4 batang serai

segenggam udang kering 1/2 inci persegi belacan 3 helai daun limau purut

Caranya:

(11)

sehingga bersih kerana sekiranya tertinggal sedikit akan terasa macam berlumpur ikannya.

Apabila sudah bersih, ketepikan dan toskan

Tumis semua bahan yang dimesin sehingga garing. Ikan siakap tadi, dikelar, depan dan belakangnya

Masukkan rempah gareng tadi kedalam perut ikan dan ratakan diatas ikan bahagian atas dan bawahnya. Taburkan dengan hirisan daun kunyit.

Bungkus ikan tadi dalam daun pisang atau aluminium foil dan bakar didalam ketuhar selama 40 min. Bukakan bungkusan ikan tadi dan letakkan ke grill selama 5 min. Keluarkan dari ketuhar dan perahkan air asam limau di atas ikan

NASI MINYAK

3 cawan beras- dibasuh dan ditoskan 3 ½ cawan air

1 sudu besar kismis 2 sudu besar susu pekat 3 sudu besar planta

2 helai daun pandan (disimpul) Garam secukup rasa

1 sudu kecil pewarna kuning limau

Bahan b (bahan tumisan)

3 biji bawang merah (dihiris)

2 ulas bawang putih (diketuk kasar) 1 inci halia (di ketuk kasar)

1 batang kecil kulit kayu manis 2 kuntum bunga lawang

5 kuntum bunga cengkih 3 biji buah pelaga

Cara-cara Masakan Resepi Nasi Minyak Cara Mudah

dan

Sedap:-1. Panaskan planta dan tumiskan bahan tumisan sehingga wangi.

2. Masukkan beras dan kacau sehingga rata

3. Masukkan air, kismis dan garam. Gaul sekali lagi sehingga sebati.

4. Kemudian, masukkan kesemuanya ke dalam periuk elektrik.

5. Masukkan susu cair dan masak seperti nasi biasa.

(12)

Referensi

Dokumen terkait

Jadi, meski visi dan kopetensinya bagus, tetapi kerakter yang dimiliki generasi penerus bangsa tidak kokoh, maka akan dihasilkan generasi-generasi cerdas tetapi

Hal ini terbukti pada beberapa penelitian dan survei yang sudah dilakukan oleh Edwards (2014) bahwa individu yang berusia lebih dari 50 tahun lebih merasa cemas

s Modul training disusun dari berbagai sumber dan media pembelajaran dengan penyajian materi dalam bentuk pengenalan konsep; teori; dan praktek; serta tentunya dipandu oleh

Provinsi, Sekretariat Bawaslu Kabupaten/Kota, Sekretariat Panwaslu Kecamatan, atau Sekretariat Panwaslu LN dengan Pemberitahuan Tentang Status Penanganan Temuan

Pada tahun 2012 pihak Tiongkok mengatakan bahwa utusan negara Tiongkok telah bertemu dengan pimpinan Liga Arab di Kairo untuk membahas masalah konflik di Suriah

1 Panaskan minyak goreng, tumis bawang putih dan jahe hingga harum, masukkan ayam, dan daging asap, masak hingga ayam berubah warna, tambahkan serai, kecap manis, saus

Saus : panaskan margarin, tumis bawang putih hingga harum, masukkan wortel, cabai merah, cabai hijau, saus tomat, saus cabai dan air kaldu, masak hingga mendidih masukkan lada

Panaskan minyak goreng, tumis bumbu halus hingga harum, masukkan udang, daun jeruk, dan serai, aduk rata. Tambahkan santan dan masak hingga kuah