• Tidak ada hasil yang ditemukan

Bitcoin Analisis Melalui Muamalat dan Ma

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Bitcoin Analisis Melalui Muamalat dan Ma"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

1

Bitcoin: Analisis Bitcoin Melalui Muamalat dan Maṣlahaṯ

Che Mohd Fakhri Che Ludin,

Muhamad Hafiz Fahmi Ahmad Sukri,

Muhammad Ridzuan Dolah

Atif Aiman Abd Halim1

Abstrak

Bitcoin merupakan satu mata wang kripto yang setakat ini menduduki kedudukan tertinggi berbanding mata wang kripto yang lain sama ada pada nilainya mahupun penglibatan dalamnya. Keadaan ini membawa kepada keperluan untuk menganalisis beberapa isu berkenaan Bitcoin di sisi syarak. Bagi memenuhi keperluan ini, makalah ini bakal mendedahkan kepada para pembaca gambaran berkenaan Bitcoin termasuk sistem operasi, sandaran nilai serta risikonya. Seterusnya, perbincangan juga akan berkisar tentang prinsip-prinsip muamalat yang berkaitan sebelum menganalisis Bitcoin berdasarkan prinsip-prinsip tersebut. Makalah ini masih berada pada peringkat cadangan memandangkan kajian yang dibuat masih di peringkat awal dan tidak menyeluruh. Hasil daripada cadangan ini diharapkan dapat memperkenal kepada pembaca berkenaan Bitcoin dan isu yang mungkin timbul dalam penggunaannya oleh umat Islam. Penonjolan ini juga bermatlamat agar pembaca dapat melihat kesyumulan Islam dalam semua perkara termasuk dalam sistem ekonomi selain dapat memahamkan bagaimana sistem muamalat mampu memenuhi salah satu daripada maqāṣid al-sharῑ‘ah iaitu menjaga harta (hifz al-māl).

Kata kunci: bitcoin, mata wang maya, mata wang kripto, muamalat, thamaniyyah, nuqud, fulus

Bitcoin: Bitcoin Analysis According to Muamalat and Maṣlahaṯ

Abstract

Bitcoin is one of cryptocurrency existing and be at the highest ranking among other cryptocurrencies for its value and popularity. This situation leads to a necessity to analyse some issues regarding Bitcoin from shariah perspective. Against this background, this article exposes the readers about the concept of Bitcoin including its operational system, value determining and the risks. This discussion then will

1

(2)

2

summarise the principles of muamalat that are mandatory to be understood. Furthermore, the discussion will also address the relevant muamalat principles before analyzing Bitcoin based on that principle. The paper is still in the recommendation stage as the studies done are still in its early stages and not yet completed. Hopefully the outcome of this proposal will give the reader a bit of information about Bitcoin and the issues that may arise in their use among Muslims. This proposal also aimed for the readers to see the perfection of Islam in every aspect of life including the economic system and to understand how the muamalat system is capable of fulfilling one of the maqāṣid al-sharῑ'ah which is guarding the property (hifz al-māl).

Pendahuluan

(3)

3 Pengenalan Bitcoin

Bitcoin adalah salah satu daripada mata wang kripto yang telah diperkenalkan sejak tahun 2008. Mata wang kripto ini turut dikenali sebagai mata wang maya atau mata wang digital. Allen dan Overy mendefinisikan mata wang maya sebagai perwakilan digital dalam nilai yang boleh diperdagangkan secara digital dan berfungsi sebagai satu medium pertukaran, unit akaun dan nilai simpanan tetapi tidak mempunyai status “legal tender” dari mana-mana pihak berkuasa. Ianya tidak diisukan atau diberi jaminan oleh mana-mana kerajaan, dan memenuhi fungsi ini melalui persetujuan di antara komuniti pengguna mata wang digital. Ianya berbeza dengan wang fiat, di mana wang fizikal yang menjadi “legal tender” bagi sesebuah negara dan juga berbeza dengan wang elektronik yang mewakili nilai wang fiat2. Bank Induk Eropah mendefinisikan mata wang maya sebagai satu objek yang mewakili nilai mata wang yang tidak diisukan oleh bank pusat atau mana-mana pihak berkuasa dan tidak juga terdapat perkaitan dengan mata wang fiat, tetapi ia digunakan sebagai satu medium pertukaran dan boleh dipindahkan, disimpan atau diperdagangkan secara elektronik3. Berbeza dengan mata wang fiat, mata wang digital ini bukanlah legal tender tapi diterima di kalangan komuniti maya sebagai medium pertukaran dan juga sebagai unit akaun. Mata wang maya ini juga berbeza dengan mata wang elektronik seperti Paypal atau Ven. Dalam skim wang elektronik, hubungan antara wang elektronik dan wang fiat adalah terjamin melalui asas undang-undang dan nilai dananya dinyatakan dalam unit akaun yang sama seperti U.S dollar, Euro, Ringgit dan lain-lain. Skim mata wang maya ini menggunakan unit akaun yang tersendiri, yang hanya wujud di dalam bentuk digital seperti Bitcoin, Ethereum, Litecoin dan lain-lain. Wang ini boleh digunakan sebagai alternatif kepada mata wang fiat, atau boleh diubah kepada mata wang fiat.

Literasi ilmiah berkaitan Bitcoin dan mata wang kripto masih terhad dalam membincangkan tentang hubung kait melibatkan lapangan-lapangan lain di dalam sektor ekonomi dan industri kewangan. Sebab utamanya adalah kerana kewujudan Bitcoin itu sendiri adalah baru dan masih dalam tempoh 10 tahun pertama pengenalannya. Satoshi Nakamoto - nama samaran bagi individu yang dipercayai mencipta teknologi blockchain dan bitcoin. Satoshi Nakamoto merupakan individu pertama yang menulis sebuah penulisan berkaitan Bitcoin. Sumbangan terbesar penulisan beliau itu adalah dalam memperkenalkan teknologi blockchain dan bitcoin kepada dunia. Penulisannya menerangkan tentang manfaat sistem blockchain dalam menghapuskan ketidakcekapan yang wujud dalam sistem kewangan dan pemasaran sedia ada sekaligus menghasilkan satu sistem yang lebih pantas, transaksi dengan kos yang lebih rendah, meningkatkan kelancaran urusan, ketelusan dan keselamatan. Walaubagaimanapun, penulisan beliau itu tidak membincangkan secara panjang bekaitan sifat kewangan Bitcoin tetapi lebih memfokuskan tentang penerangan teknologi di sebalik Bitcoin. Selain itu, penulisan Nakamoto membentangkan tentang analisis data transaksi akaun Bitcoin bagi menunjukkan bahawa Bitcoin digunakan sebagai barang pelaburan dan bukanlah sebagai mata wang alternatif atau sebagai medium pertukaran. Walaupun begitu, terdapat penegasan dalam penulisan beliau bahawa Bitcoin ini boleh digunakan sebagai medium pertukaran barang, tetapi hal ini tidak akan mencerminkan sifat sebenar Bitcoin4. Hal

2

Overy, A. &. (2005). Virtual Currencies Mining the possibilities. Retrieved from Allen & Overy: http://www.allenovery.com/SiteCollectionDocuments/Virtual%20Currencies.pdf

3

Bank, E. C. (2012). Virtual Currency Schemes. In E. C. Bank, Virtual Currency Schemes (h. 13-14). Frankfurt: European Central Bank.

4

(4)

4

ini kerana, rumusan menarik yang diberikan berkaitan Bitcoin ini adalah ia bukanlah satu komoditi yang berharga dengan nilai intrinsiknya dan bukan juga mata wang fiat yang didasari oleh legal tender sesebuah kerajaan, tapi Bitcoin adalah satu unsur gabungan antara komoditi dan mata wang fiat.

Apa yang dimaksudkan dengan gabungan ialah, Bitcoin sebagai satu unsur gabungan antara komoditi dan mata wang fiat ialah Bitcoin itu sendiri memainkan dua peranan iaitu sebagai komoditi dan juga sebagai mata wang. Walaupun begitu penulisan beliau gagal mengetengahkan elemen mata wang yang ada pada Bitcoin, tetapi perbahasan-perbahasan ini dicatatkan dalam beberapa penulisan yang terkemudian oleh Barber et al. (2012) dan juga Evans (2015). Usul yang dibincangkan antaranya ialah bagaimana Bitcoin boleh menjadi mata wang yang lebih baik berbanding wang fiat yang digunakan oleh dunia pada waktu sekarang. Ia menekankan tentang ciri-ciri yang terdapat pada Bitcoin yang menjadikan ia suatu perkara yang baik untuk menjadi mata wang yang stabil dan bertahan. Penulisan Evans (2015), “Bitcoin in Islamic Banking and Finance” lebih berbentuk akademik berbanding penulisan-penulisan sebelumnya5. Pada peringkat permulaan pengenalan Bitcoin, nilai satu unit bitcoin ini sangat kecil sepertimana catatan penisbahan nilai pada Mei 2010 berdasarkan transaksi pembelian dua keping piza bernilai 25 $ dari Papa John’s Pizza oleh Laslo Hanyecz dengan menggunakan 10,000 BTC (unit bagi bitcoin). Pembelian ini bukanlah dibuat secara terus di restoran tersebut tetapi sebagai bayaran kepada seorang sukarelawan yang sanggup membeli piza tersebut menggunakan wangnya setelah menerima Bitcoin tersebut daripada Hanyecz. Penggunaan Bitcoin terus melalui naik turunnya sehingga nilai 1 BTC mampu untuk bersaing dengan nilai Dollar Amerika Syarikat pada tahun 2011 dengan penisbahan 1 BTC bersamaan 31 USD daripada nilai asalnya 10,000 BTC bersamaan 25 USD.

Bermula penghujung tahun 2012, Bitcoin mula diterima dalam pembayaran servis secara terus oleh pembangun laman web Wordpress, 4Chan.org dan Lumfile. Penerimaan pembayaran terus menggunakan Bitcoin ini terus berkembang pada tahun 2013 tetapi pada penghujung tahun 2013, satu hentakan besar berlaku ke atas perkembangan nilai Bitcoin apabila bank negara China memutuskan untuk menyekat pengurusan dan permerdagangan wang kripto tersebut di negaranya. Seiringan perkembangan Bitcoin ini, ianya pernah digelarkan sebagai “Mata wang untuk Penjenayah” kerana ianya pernah menjadi mata wang utama yang digunakan oleh pasaran dadah sejak tahun 2011 yang digelar sebagai “The Silk Road” atau terjemahannya “Jalan Sutera”. Bitcoin digunakan dalam urusan jual beli dadah kerana ciri-ciri istimewa transaksinya yang selamat dan tidak boleh dikesan. Tetapi, pada 2014, gelaran ini sudah tidak terpakai setelah kerajaan Amerika Syarikat melelongkan lebih daripada 29,000 unit Bitcoin yang dirampas daripada “Jalan Sutera”. Seterusnya, nilai Bitcoin ini terus naik secara stabil sepanjang 2015 sehingga pertengahan 2016 dan menjadi satu lonjakan yang begitu tinggi pada tahun 2017. Hal ini adalah kerana impak daripada tindakan China dalam melonggarkan undang-undang terhadap jual beli Bitcoin dan juga tindakan Jepun dalam memperkenalkan undang-undangnya dalam mata wang digital. Dengan penerimaan yang pesat dalam Bitcoin ini, golongan-golongan yang terlibat dalam memastikan keterusan process catatan transaksi Bitcoin yang digelar sebagai pelombong berbeza pandangan dalam menentukan saiz penyimpanan data Bitcoin yang membawa kepada lahirnya wang kripto yang baru daripada Bitcoin, iaitu Bitcoin Cash. Process yang diistilahkan oleh komuniti sebagai “forking” berlaku pada Ogos 2017.

5Evans, C. (2015). Bitcoin in Islamic Banking and Finance. Jurnal of Islamic Banking and

(5)

5 Sistem Asas Bitcoin

Bitcoin ialah mata wang kripto yang dibangunkan menggunakan sistem kriptografi. Kriptografi ialah satu proses dalam menyembunyikan sesuatu data daripada bentuk biasa kepada bentuk yang tidak dapat difahami yang dipanggil enkripsi dan juga proses merungkai data yang tersembunyi tadi kepada bentuk asalnya yang dipanggil dikripsi. Sistem yang menjadi dasar kepada urusan transaksi dan rekod Bitcoin ialah blockchain, iaitu sistem rantaian blok-blok digital yang mempunyai maklumat pemilikan Bitcoin serta segala transaksi yang berlaku. Sistem blockchain ini turut menggunakan kriptografi sebagai asas utama operasinya, dan jenis enkripsi yang digunakan adalah enkripsi sehala, tanpa dikripsi. Sistem inilah yang menjadikan setiap data pada rantaian blok itu selamat dan tidak boleh diubah. Dalam operasi penambahan blok ke atas rantaian blok yang sedia ada, satu proses perkomputeran yang rumit menggunakan enkripsi sehala dilakukan oleh komuniti yang digelar sebagai pelombong Bitcoin. Aktiviti melombong ini dipanggil sebagai pembuktian kerja, pelombong-pelombong ini menjalankan perisian pelombongan (kriptografi) yang menggunakan sejumlah besar tenaga perkomputeran untuk memenangi hak dalam menambah blok baru dalam rantaian-rantaian Blockchain dan disertakan juga bersama-sama hak ini Bitcoin sebagai ganjaran di atas proses perkomputeran yang besar dalam melakukan aktiviti pelombongan.6

Tambahan daripada itu, rekod data dan maklumat pada rantaian-rantaian blok ini dipegang oleh semua komuniti yang terlibat dengan Bitcoin (individu yang memiliki dompet wang kripto) secara tidak berpusat melalui sambungan internet secara peer-to-peer, teknologi ini dipanggil sebagai “distributed ledger technology” atau terjemahannya teknologi lejar yang tersebar. Ianya menjadikan sistem ini bebas daripada pengendalian data oleh satu pihak seperti rekod transaksi perbankan yang dipegang dan dikendalikan oleh pihak bank. Dengan ini, setiap transaksi yang berlaku akan terus dicatat di dalam blok dan akan dipegang oleh semua komuniti yang terlibat. Rekod-rekod ini boleh dicapai oleh semua orang secara terbuka, sekaligus menjamin tiada penipuan transaksi yang akan berlaku. Walaupun transaksi ini boleh dicapai secara terbuka, komuniti tidak mampu untuk mengenalpasti pelaku kepada setiap transaksi yang direkodkan kecuali transaksi yang melibatkan dirinya sendiri. Setiap transaksi dilakukan dengan menggunakan alamat digital di antara dompet pemberi dan penerima Bitcoin. Contoh alamat digital bagi transaksi Bitcoin adalah seperti berikut: “14LN1YHbCeC6vHZpHgQTh6HPEVb2nNAHgf”. Alamat ini yang akan menjadi rujukan transaksi di dalam rekod terbuka dan bentuk alamat ini tidak menyimpan apa-apa gambaran kepada identiti pemiliknya. Dengan ini, setiap transaksi hanya boleh dikenal pasti oleh individu yang terlibat dengan transaksi sahaja walaupun rekod-rekod ini boleh dicapai oleh semua komuniti yang terlibat.7 Dengan sistem rekod transaksi secara terbuka ini, Bitcoin sekaligus menyelesaikan “masalah pembelanjaan dua kali ganda” dengan maksud menggunakan wang yang sama untuk transaksi melebihi satu kali. Setiap transaksi yang dibuat tidak memerlukan kepada mana-mana pihak ketiga yang bertindak sebagai pengurus yang mengawal transaksi menjadikan sistem Bitcoin ini seakan-akan sistem tunai dalam bentuk digital kerana setiap transaksi dibuat hanya melibatkan pemberi dan penerima sahaja.

6

Norbik Bashah Idris, Profesor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Temubual pada 29 November 2017 di Seminar Cryptocurrency, Blockchain & Distributed Ledger Technology: Synergizing Technology & Shariah.

7

(6)

6 Penggunaan Bitcoin

Bitcoin telah banyak diterima pada masa sekarang sama ada oleh kedai-kedai atas talian mahupun kedai-kedai biasa dan situasi ini adalah sama di negara kita Malaysia. Terdapat sebilangan kedai dan restoran yang menerima pembayaran menggunakan Bitcoin di Malaysia sebagai contoh, RuzNor Corner, Johor, Viv’s Boutique Café & Restaurant, Kuala Lumpur dan Al-Mithaq Enterprise, Kuala Lumpur.8 Terdapat ramai pengguna yang menjadikan Bitcoin sebagai satu pelaburan masa singkat dengan memanfaatkan naik turun harga Bitcoin. Mereka membeli Bitcoin pada kadar harga yang rendah dan menjual pada kadar harga yang tinggi. Berlaku peningkatan nilai Bitcoin yang sangat besar daripada permulaan pengenalannya hingga sekarang. Hal ini selari dengan perkembangan komuniti pengguna Bitcoin di dunia dari 720,705 pengguna pada penghujung tahun 2011 kepada 6,700,000 pengguna pada penghujung tahun 2013. Kumpulan pengguna yang paling besar ialah kumpulan pengguna hibrid, iaitu kumpulan yang terdiri daripada penjual dan pembeli yang menggunakan Bitcoin sebagai medium pertukaran barang dan khidmat. Kumpulan pengguna kedua terbesar pula ialah pelabur yang menjadi pemegang kepada 30.22% Bitcoin pada tahun 2013. Kumpulan ini mengandaikan bahawa Bitcoin adalah satu kenderaan untuk pelaburan bukanlah untuk perniagaan.

Bitcoin dikatakan tidak sesuai untuk dijadikan mata wang kerana nilainya yang begitu cepat berubah dan boleh menjejaskan Bitcoin sebagai penyimpan nilai dan unit akaun.9 Tetapi, kadar perubahan atau kestabilan nilai semata-mata tidak cukup untuk dijadikan kayu ukur sesuatu samada layak untuk menjadi mata wang atau tidak. Ini kerana, wang fiat yang digunakan sekarang ini turut melalui fasa-fasa nilai yang tidak stabil. Ini kerana, Bitcoin adalah satu benda baru yang diperkenalkan dan belum mencecah umur 10 tahun. Selain itu, Bitcoin ini juga masih belum diterima dan dimiliki oleh semua individu di dunia, oleh itu, masih ada kumpulan yang masih dalam proses mengenali dan cuba untuk memiliki Bitcoin menyebabkan permintaan terhadap Bitcoin sangat tinggi sekaligus menyebabkan penjual-penjual meletakkan harga yang sangat tinggi untuk satu unit Bitcoin. Sebaliknya, masih terdapat banyak kumpulan yang majoritinya membincangkan samada patut diterima Bitcoin sebagai mata wang atau tidak, lalu menimbulkan dilema dalam masyarakat terhadap penerimaannya, hal ini sedikit sebanyak turut menjadi faktor penentu kestabilan nilai Bitcoin. Sebagai contoh, tindakan yang pernah diambil oleh Bank Negara China dalam menyekat pengendalian Bitcoin di negaranya dan mengakibatkan penurunan nilai Bitcoin. Manakala, tindakan Jepun dalam menerima penggunaan Bitcoin dalam jual beli secara rasmi pula memberi kesan terhadap peningkatan nilai Bitcoin.

Analisis Risiko, Cabaran dan Keperluan

Memahami risiko cabaran dan keperluan Bitcoin ini membantu dalam memahami Bitcoin dengan lebih baik. Kerana dalam mempertimbangkan sama ada sesuai atau tidak Bitcoin diterima sebagai mata wang perlu melihat secara keseluruhan termasuk sudut pengaplikasiannya secara teliti. Seterusnya barulah dapat ditentukan keharusan dalam penggunaannya dari sudut hukum syarak. Sistem Bitcoin ini beroperasi dengan tiga elemen asas iaitu, blok data, lejar dan sambungan internet. Andainya berlaku satu gangguan pada

8

Colbert, bitcoinmalaysia.com/2014/07/20/list-of-bitcoin-accepting-merchants-in-malaysia/, 20 Julai 2014.

9

(7)

7

internet di seluruh dunia pada waktu yang satu waktu yang sama, maka boleh menjejaskan rekod-rekod lejar kerana tiada satu pihak autoriti berpusat yang dilantik untuk menyimpan data ini secara rasmi. Oleh kerana sifat asas Bitcoin ialah berbentuk kripto atau boleh juga diterjemahkan sebagai samar dengan memastikan identiti individu yang terlibat sentiasa rahsia dalam keadaan kurangnya ketetapan dan undang-undang berkaitannya, menjadikan ia sangat menarik bagi kumpulan-kumpulan penggodam dan penipu kerana terdapat satu lapisan keselamatan tambahan yang melindungi identiti setiap pelaku transaksinya. Antara kes terkini ialah kandungan dompet digital milik syarikat mata wang kripto, NiceHash dicuri pada awal bulan Disember 201710. NiceHash merupakan satu laman yang menjalankan aktivi perlombongan Bitcoin secara berkelompok dan terdapat banyak Bitcoin milik pelanggan di dalam dompet digital syarikat tersebut. Lebih merisaukan lagi ialah, masih belum ada alat untuk mengesan ke manakah perginya mata wang ini.

Sifat mata wang kripto yang tidak dapat dijejak ini turut mendorong dalam berlakunya kegiatan pengubahan wang haram. Identiti yang tercatat pada setiap transaksi hanyalah menggunakan alamat digital yang terdiri daripada satu set huruf dan nombor sebanyak 27 hingga 34 unit. Tambahan pula, setiap transaksi boleh dibuat menggunakan alamat digital yang berbeza. Kelebihan ini memudahkan lagi kegiatan pengubahan wang haram berlaku dimana kegiatan itu akan terselamat daripada dijejaki oleh pihak berkuasa. Oleh itu, industri-industri yang mempertimbangkan untuk menerima penggunaan Bitcoin harus melihat lebih lanjut dalam protokol anti-penggubahan wang haram. Selain itu, risiko kecurian dalam bentuk digital turut tinggi kerana sifatnya yang sememangnya berasaskan dunia digital sepertimana kes penggodaman syarikat data NiceHash yang disebutkan sebelum ini. Aktiviti-aktiviti jual beli dadah seperti kes “Jalan Sutera” turut menjadi contoh bagi perlakuan jenayah yang pernah berlaku melibatkan Bitcoin. Walaupun begitu, sebelum wujudnya Bitcoin, kegiatan-kegiatan jenayah ini sememangnya telah lama dijalankan dan beza yang terdapat antara kedua-dua situasi ini ialah transaksi yang boleh dijejak dan tidak boleh dijejak. Terdapat beberapa jenis dompet bagi Bitcoin iaitu berbentuk perisian komputer, berbentuk alat fizikal, berbentuk cetakan kertas dan juga berbentuk atas talian. Sekiranya pengguna Bitcoin menggunakan dompet berbentuk perisian komputer pengguna perlu memastikan kata kunci untuk mengakses dompetnya tidak hilang seperti terlupa. Ini kerana, dompet itu tidak akan dapat diakses tanpa kata laluan tersebut dan semua wang kripto yang ada di dalamnya tidak akan dapat digunakan lagi. Oleh itu, pemilik dompet Bitcoin harus menyimpan maklumat untuk mengakses dompet dengan baik seperti menyimpannya di dalam beberapa set salinan. Bitcoin pada waktu sekarang ibarat buih-buih yang akan pecah pada bila-bila masa. Hal ini terjadi apabila berlaku perbezaan antara nilai sebenar dan harga pasaran. Nilai sebenar Bitcoin adalah kabur dan penilaiannya boleh berasaskan apa sahaja seperti, kemudahan untuk digunakan, tenaga yang digunakan untuk melombong, di mana ia boleh digunakan atau kerumitan teknologinya. Kekaburan ini mengakibatkan ketidakstabilan nilai Bitcoin yang amat tinggi.

Bitcoin Menurut Sistem Kewangan: Ciri-ciri Matawang dalam Islam

Hukum-hakam Islam merangkumi semua perkara yang berlaku di dunia. Semua perkara mesti dinilai oleh syarak sama ada ia termasuk dalam larangan Allah atau sesuatu yang harus. Memandangkan hukum asal setiap perkara selain ibadah adalah harus, maka dalam isu ini, perkara yang dibincangkan ini akan cuba menilai sama ada Bitcoin ini adalah

10

(8)

8

perkara yang termasuk dalam perkara-perkara yang diharamkan atau tidak. Islam tidak menolak sistem matawang dalam urusan harian manusia malah Rasulullah sendiri telah melakukan urus niaga menggunakan emas dan perak, walaupun ia diwarisi daripada tamadun Roman dan Parsi seperti yang disebutkan oleh Ibn Abdul Barr11. Secara umumnya, sumber utama Islam tidak menetapkan apa-apa syarat bagi wang memandangkan semua manusia telah maklum dengan wang yang digunakan pada zaman Rasulullah. Maka, dirham dan dinar itu dikenali secara tabi’i, bukanlah secara syar’i. ‘Adat dan istilah memainkan peranan untuk menentukan penerimaan satu-satu mata wang. Menurut Ibn Taymiyyah, emas dan perak bukanlah tujuan asal yang ingin didapatkan manusia seperti komoditi, tetapi hanya sebagai pengukur nilai antara komoditi12.

Terdapat dua wang dalam Islam, iaitu: Al-Thaman Al-Khilqi dan Al-Thaman Al-`Urfi. Al-Thaman Al-Khilqi ialah wang semula jadi atau wang yang dicipta sebagai medium pertukaran yang memiliki ciri-ciri semula jadi sebagai wang. Imam Al-Ghazali menyebutkan bahawa Allah menciptakan emas dan perak untuk manusia bagi menggunakannya sebagai standard dan ukuran harga. Al-Thaman Al-`Urfi pula ialah wang diangkat sebagai medium pertukaran di mana nilainya sebagai wang tidak wujud padanya. Wang komoditi dan matawang-matawang fiat adalah dua jenis wang al-’urfi yang wujud13. Perbezaan antara keduanya adalah sumber penerimaan nilainya (thamaniyyah), dalam bahasa mudah; “siapa dan apa yang pertama kali menerimanya sebagai wang”. Al-thaman al-khilqi mempunyai nilai yang sebenar(intrinsik) sedangkan al-thaman al’urfi mempunyai nilai ekstrinsik. Al-thaman al’urfi telah diterima pada zaman pemerintahan empayar Uthmaniyyah. Pada asalnya, setelah wang fiat tidak lagi mewakili nilai emas yang sebenar, ia tidak mencukupi syarat sebagai wang yang boleh diterima oleh syarak. Hal ini demikian kerana terdapatnya unsur penindasan dan monopoli mata wang oleh negara-negara maju di dunia. Tetapi, para pakar kewangan Islam telah sepakat untuk membenarkan penggunaannya atas dasar darurat dan tiada alternatif lain14.

Mengikut apa yang disimpulkan oleh pakar muamalat semasa daripada sumber kitab-kitab muamalat berkenaan ciri-ciri matawang adalah:

● Pertukaran sesama wang tidak boleh menghasilkan keuntungan kerana ia dilarang dalam Islam15.

● Medium pertukaran, pengukur nilai, pembayaran hutang, penyimpan nilai (merentasi

11 Salmy Edawati(2009), “Sejarah Dinar Emas dan Kronologi Pertukaran Mata Wang Dunia”, Jurnal Al-Tamaddun, Bil. 4 h. 109.

12 A mad bin ‘Abd al- alīm bin Taymiyyaṯ(1995), Majmu’ Al

-Fatāwā. Madinah: Majma’ Malik

Farhad. j. 19 h. 252.

13Muhammad Taqi Uthmani(2013), “A k m Awr q Naqdiyyaṯ wa Taghayyur Qīmaṯ

Al-‘Umlaṯ wa Rab uh bi Q ’imaṯ al-As‘ r”, Buḥūth fī Qaḍāyā Fiqhiyyaṯ Mu‘āṣaraṯ, j. 1. h 143.

14 Majma‘ Al-Fiqh Al-Isl mī, “Al-Mu qashaṯ fī A k m al-Nuqūd al-Waraqiyyaṯ wa Taghayyur Qīmaṯ

al-‘Umlah”, Ma jallaṯ Majma‘ Al-Fiqh Al-Islāmī, No. 3, h. 953.

15

(9)

9 masa)16

● Mempunyai sifat umum yang boleh diterima semua

● mesti mempunyai nilai yang kekal atau yang stabil, iaitu tidak terlalu cepat berubah nilai

● Mempunyai nilai yang boleh dibahagikan

Berdasarkan ciri-ciri ini, Bitcoin belum memenuhi syarat untuk diterima sebagai matawang memandangkan nilainya berubah dengan drastik setiap hari. Perbincangan seterusnya adalah melibatkan garis panduan dalam urus niaga Bitcoin jika ia telah diterima sebagai matawang. Adakah sistem dan operasi Bitcoin memenuhi syarat dalam fiqh muamalat(bay’ al-sarf, tijarah) dan sistem kewangan Islam semasa? Adakah ia bebas daripada unsur riba sama ada riba al-fadhl atau riba nasi’ah?

Pertukaran Bitcoin dengan Wang Fizikal

Terdapat tiga prinsip asas pertukaran barangan ribawi17 yang dalilnya disepakati oleh para ulama’ dalam keempat-empat mazhab utama Islam. Ia berdasarkan hadis yang disebutkan oleh Rasulullah18:

رعشلاو ،رلاب رلاو ،ةضفلاب ةضفلاو ،بهذلاب بهذلا

حلماو ،رمتلاب رمتلاو ،رعشلاب

فيك اوعيبف سا جأا ذه تفلتخا اذإف .ديب ادي ،ءاوسب ءاوس ،لثم اثم ،حلماب

ديب ادي ناك اذإ متئش

“Emas mestilah dengan emas, perak dengan perak, bijirin dengan bijirin, gandum dengan gandum, kurma dengan kurma, garam dengan garam dan dua perkara yang sama itu mestilah sama(timbangan atau sukatan) serta dilakukan serta -merta. Apabila berbeza jenis-jenisnya, maka berjual belilah

16

Kementerian Waqaf dan Perkembangan Islam Kuwait(2007). Al-Mawsūʻaṯ Al-Fiqhiyyaṯ Al

-Kuwaytiyaṯ. Kuwait: Penerbitan Kementerian

,

j. 41. h. 173.

وأ دولج وأ ساح وأ ةضف وأ بهذ نم ناك ءاوس لدابتلل اطيسو لمعتسي ام لكل مسا هنأ

اماع اوبق ىقلي ناك اذإ كلذ رغ وأ قرو

Mu ammad Sal maṯ Jabar(1974),Aḥkām al-Nuqūd fī Al-Sharī‘aṯ Al-Islāmiyyaṯ. Kuwait: Syarikat Penerbitan Al-Shu‘ ‘. h. 125.

17

Semua matawang termasuk dalam barangan ribawi kerana ia mempunyai ‘illah yang sama seperti emas dan perak, iaitu digunakan sebagai wang.

(10)

10

antara kamu sebagaimana yang kamu mahu dengan syarat dilakukan dengan serta-merta .”19

Prinsip asas tersebut adalah:

a) Wujudnya akad (ījāb dan qabūl) atau disebut sebagai kontrak.

b) Pertukaran barang yang sama jenis mestilah sama pada nilainya bagi matawang yang sama dan sama pada timbangan/sukatan untuk barangan fizikal lain yang sama jenis.

c) Mestilah proses serah-terima matawang berlaku secara lani (spot-yadan bi yadin) dalam majlis al-ʻaqd.

Syeikh Ali Muhyiddin Al-Qurahdaghi, seorang pakar kewangan dan ekonomi Islam semasa, telah mengklasifikasi majlis akad kepada dua bentuk20; pertama, majlis akad hakiki

iaitu yang benar-benar berlaku majlis kontrak antara dua atau beberapa pihak secara fizikal di tempat yang sama dalam waktu yang sama. Kedua, majlis akad hukmi, iaitu majlis tidak berlaku secara fizikal di satu tempat, tetapi berlaku pada masa yang sama. Majlis seperti ini biasanya berlaku melalui teknologi moden. Manakala, bagi syarat “dalam satu masa” ini masih dibenarkan penyerahan terlewat dalam masa dua hari(T+2) selepas majlis kontrak berdasarkan amalan pasaran(‘urf tijāri), kekangan operasi atau berlakunya gangguan sistem luar jangkaan(unexpected disruption). Jika proses serah-terima matawang sengaja dilewatkan, maka ia termasuk dalam riba nasi’ah. Majlis akad hukmi merupakan fokus perbincangan dalam isu Bitcoin ini memandangkan ia berlaku secara atas talian dan tidak mampu diserahkan secara fizikal. Apabila majlis berlaku atas talian atau secara maya, maka terdapat pula beberapa garis panduan yang perlu dipatuhi:

(a) Mestilah mendapatkan kepastian sama ada pihak yang dihubungkan melalui talian adalah pihak yang sebenar.

(b) Bagi majlis akad yang dibuat melalui telefon, majlis akad bermula apabila lafaz akad dimulakan dan berakhir apabila tamatnya perbualan telefon.21

(c) Bagi kontrak yang dimeterai melalui emel, faksimile atau telegram, majlis akad bermula ketika penawaran sampai kepada pihak yang ditawarkan. Majlis dikira berakhir jika pihak yang ditawarkan itu menolak tawaran atau beralih kepada perkara lain tanpa melakukan penerimaan(qabūl).22

19Muslim bin Hajjaj (1954), Sahih Muslim, ”Kitab al q”. no. hadith 2587. j.3. Beirut: Dar Ihya

al-Turath al-‘Arabī, h.1211.

20 Ali Muhy al-Din Al-Qurahdaghi, “ ukm al-Ijr ’ al-‘Uqūd bi l t al-Ittiṣ l al- adīthiyyaṯ”, Majallaṯ

Majma‘ Al-Fiqh Al-Isl mī, No. 6, h. 704.

21

Al-Qurahdaghi, h. 704.

22

(11)

11

Perkara pertama yang perlu dinilai; bagi Bitcoin, proses pertukaran matawang kepada Dolar contohnya, masih akan dimulakan dengan akad atau perjanjian antara dua pihak sama ada melalui telefon atau media lain. Maka, garis panduan di atas juga terpakai kepada dua pihak yang akan melakukan penukaran matawang Bitcoin dan matawang lain. Tetapi, ia juga tertakluk kepada konsep khiyar seperti dalam urusan muamalat yang lain. Maka, pemilik Bitcoin dikira membatalkan kontrak jika dia tidak menghantar public key atau private key kepada pihak satu lagi dan begitulah sebaliknya kerana penghantaran keys daripada kedua-dua pihak diperlukan untuk mengesahkan transaksi. Realitinya, penukaran bitcoin kepada matawang lain kini lebih mudah kerana ia dilakukan melalui aplikasi yang disediakan oleh organisasi yang menawarkan khidmat penukaran bitcoin kepada matawang lain. Antara aplikasi yang menawarkan khidmat ini ialah Coinbase dan Luno. Kedua-dua organisasi ini menyediakan platform kepada pengguna untuk melakukan pertukaran wang fiat kepada wang digital dan juga platform untuk melakukan jual beli Bitcoin sepertimana platform jual beli saham. Ini bermakna kontrak(akad) berlaku antara pemegang bitcoin dan syarikat yang menyediakan perkhidmatan ini, tetapi ia berlaku dalam bentuk secara tidak langsung. Syarikat telah menyediakan syarat dan terma yang umum buat semua yang ingin melaksanakan penukaran matawang, manakala pemilik bitcoin yang menggunakannya dikira telah bersetuju dengan kontrak tersebut kerana kuasa memilih berada pada tangan pemilik bitcoin. Jadi, transaksi bitcoin telah memenuhi syarat-syarat bay’ al-sarf (فرصلا عيب) jika penukaran dibuat melalui aplikasi. Manakala, penukaran Bitcoin kepada matawang fiat antara individu dan individu mestilah berlaku proses terima-serah secara lani. Perkara ini tidak termasuk dalam ‘urf tijāri yang membolehkan proses serah-terima berlaku dalam tempoh dua hari(T+2) selepas kontrak dibuat kerana pemindahan dan penerimaan boleh dibuat secara langsung, tidak seperti penukaran matawang melalui bank.

Jual Beli, Zakat dan Waqaf Menggunakan Bitcoin

(12)

12 Analisis Bitcoin dari Segi Maṣlahaṯ dan Mafsadah

Jumhur ulama’ sepakat bahawa hikmah pensyariatan hukum-hakam kepada manusia adalah untuk mencapai manfaat dan menolak kemudharatan. Malah, perbahasan maslahah dibincangkan lebih luas lagi sehingga kepada tahap menjadikan konsep maslahah sebagai sumber hukum. Tetapi, Imam Al-Ghazali menegaskan bahawa jalb al-manfaʻaṯ wa dafʻ al -muḍāraṯ bukanlah untuk mencapai kehendak dan kepentingan manusia, sebaliknya untuk memelihara tujuan syarak yang lima. Satu lagi perkara yang perlu diambil perhatian adalah syarat-syarat serta ḍawābityang digariskan para ulama’ sebelum sesuatu perkara itu diterima sebagai maslahah. Hal ini demikian kerana manusia mempunyai pemikiran yang berbeza dalam menilai maslahah. Mereka akan melihat sesuatu maslahah itu mengikut keadaan masing-masing dan tidak mampu melihat maslahah yang hakiki. Antara syarat yang diberikan oleh Imam Al-Ghazali adalah 23:

a. Mestilah maslahah ini bersifat mula’imah, iaitu sesuai dengan tujuan pensyariatan secara umumnya.

b. Maṣlahaṯ mestilah sesuatu yang tidak bertentangan dengan dalil syarak. Syarak mestilah menjadi kayu ukur maslahah agar dapat memberikan keadilan sesama manusia dan bebas daripada pengaruh hawa nafsu.

c. Ghalabaṯ al-ẓann iaitu mempunyai ẓann yang kuat sehingga tiada hujah yang lebih kuat dapat menolaknya.

d. Mestilah maslahah itu berada pada tahap ḍarūriyyaṯ atau hajiyyat yang menempati posisi ḍarūriyyaṯ. Manakala, taḥsīniyyaṯ tidak boleh sama sekali menjadi faktor dalam penentuan maslahah.

Ini hanya sebahagian prinsip umum dalam penerimaan sesuatu sebagai maslahah. Selain itu, maslahah terbahagi kepada dua bahagian; iaitu yang boleh menerima perubahan dan tidak menerima perubahan sehingga kiamat. Perkara yang tidak boleh menerima perubahan adalah dalam hal ehwal ibadah kerana ianya mesti diambil sepenuhnya daripada sumber wahyu. Manakala, muamalat dan perkara yang melibatkan ‘urf masih boleh menerima perubahan seperti urf tijari yang disebutkan sebelum ini. Ini bukanlah bermakna hadis berkenaan syarat transaksi itu ditolak sepenuhnya. Hadis tersebut masih menjadi dalil utama dalam keadaan yang tidak ada keperluan mendesak. Malah, perubahan tersebut masih didasari oleh konteks disebalik lafaz asal hadis tersebut.Penilaian pertama yang akan dibuat adalah berdasarkan syarat maslahah di (d). Kami telah menyebutkan sebelum ini bahawa buat masa ini, Bitcoin belum diterima sebagai matawang yang sah dalam shariah kerana nilainya yang tidak stabil. Beberapa persoalan perlu ditimbulkan sebelum menggunakan konsep maslahah untuk mengharuskan Bitcoin: Adakah penggunaan Bitcoin dalam urus niaga di Malaysia telah mencapai tahap ḍarūriyyaṯ sehingga kita memerlukannya untuk menjaga harta? Atau adakah ia telah mencapai tahap hajiyyat yang membantu dalam penjagaan harta? Atau adakah ia hanya bersifat kemudahan tambahan yang tidak menjejaskan urusan harian? Jawapannya tentu tidak. Malah, mengikut pemerhatian kami, keadaan majoriti rakyat Malaysia yang tidak ada pengetahuan dalam penggunaan Bitcoin boleh membawa kepada

23 Akbar Sharif(2012), “Analisis Perbandingan Konsep Maslahah dan Mafsadah antara Imam

(13)

13

mudarat jika Bitcoin dibenarkan. Kemungkinan berlakunya penipuan juga sangat tinggi jika mereka yang tidak mahir terlibat dalam urus niaga Bitcoin akibat dijanjikan ganjaran yang lumayan.

Risiko Luaran Penggunaan Bitcoin di Malaysia

Pada 5 Julai 2001, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram telah diwartakan24. Ia adalah suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi kesalahan pengubahan wang haram, langkah-langkah yang hendaklah diambil bagi mencegah pengubahan wang haram dan kesalahan membiayai keganasan dan untuk mengadakan peruntukan bagi pelucuthakan harta yang terlibat dalam atau yang diperoleh daripada kesalahan pengubahan wang haram dan membiayai keganasan, serta harta pengganas, hasil daripada aktiviti haram dan peralatan kesalahan, dan bagi perkara-perkara yang bersampingan atau berkaitan dengannya.

Berdasarkan akta ini, satu peraturan(regulation) dibuat untuk mengawal dan mengenalpasti perlakuan pengubahan wang haram. Mengikut peraturan ini, mana-mana bank dalam negara perlu melaporkan secara segera kepada Bank Negara Malaysia jika terdapat kemasukan sejumlah wang dengan nilai yang sangat tinggi ke dalam akaun mana-mana pemegang akaun25. Pihak bank akan berdepan dengan denda jika dalam proses audit, didapati ada sebarang kes seperti yang disebutkan. Melalui kawalan dan peraturan ini, kes jenayah pengubahan wang haram dan pembiayaan kepada aktiviti keganasan dapat dikurangkan dengan dikesan secepat mungkin. Penjenayah seperti mafia dan pihak yang terlibat dalam pasaran gelap(blackmarket) amat beruntung dan gembira dengan kewujudan matawang maya ini kerana ia berasaskan konsep public ledger dan tiada satu peraturan ditetapkan bagi mengawal keselamatan, jaminan dan pencegahan jenayah. Selain itu, seperti yang diterangkan di (3.2), tidak ada pihak yang boleh mengenal pasti siapakah yang terlibat dalam mana-mana transaksi kerana maklumat wujud dalam bentuk kod atau keys tanpa maklumat tempat. Tambahan pula, alamat transaksi boleh diubah setiap kali transaksi dilakukan. Jadi, identiti pihak yang terlibat boleh dikatakan mustahil untuk diketahui. Kesimpulan awal berkenaan analisis ini, penggunaan Bitcoin di Malaysia belum memenuhi syarat diterima sebagai maslahah yang akan mengharuskannya memandangkan keperluan kepadanya tidak mencapai tahap ḍarūriyyaṯ atau taḥsīniyyaṯ yang mendesak. Malah, terdapat banyak risiko wujudnya mafsadah atau mudharat jika ia diterima buat masa sekarang. Wallahu a’lam.

Kesimpulan

Isu Bitcoin dan pandangan Islam terhadapnya adalah suatu perkara yang masih baru untuk Malaysia dan pastinya masih dalam peringkat kajian dalam kalangan sarjana teknologi maklumat dan muamalat di Malaysia. Perkara ini juga perlu satu kajian pada peringkat ijazah sarjana atau doktor falsafah(PhD) di universiti untuk mendapatkan gambaran yang lebih menyeluruh dan penilaian yang lebih tepat. Menurut kajian di peringkat kami, Bitcoin belum

24

Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan hasil daripada Aktiviti Haram 2001, (Akta No. 613, 2001).

25

(14)

14

(15)

15 Bibliografi

Akbar Sharif(2012), Analisis Perbandingan Konsep Maslahah dan Mafsadah antara Imam Al-Ghazzali dan Imam Al-Shatibi, (Disertasi Sarjana Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya), h. 73.

Bank, E. C. (2012). Virtual Currency Schemes. In E. C. Bank, Virtual Currency Schemes (h. 13-14). Frankfurt: European Central Bank.

Ibn Taymiyyaṯ, A mad bin ‘Abd al- alīm (1995), Majmu’ Al-Fatāwā. Madinah: Majma’ Malik Farhad. j. 19 h. 252.

Kementerian Waqaf dan Perkembangan Islam Kuwait(2007). Al-Mawsūʻaṯ Al-Fiqhiyyaṯ Al -Kuwaytiyaṯ. Kuwait: Penerbitan Kementerian, j. 41. h. 173.

Uthmani, Muhammad Taqi, (1998), An Introduction to Islamic Finance. Karachi: Dar Al-Ish ‘at. h. 12.

Dirk G. Baur et al. (2015), “Currency of Assets”, h. 10.

Evans, C. .. (2015). Bitcoin in Islamic Banking and Finance. Jurnal of Islamic Banking and Finance,

Qurahdaghi, Ali Muhy al-Din Al-(Dr), “ ukm al-Ijr ’ al-‘Uqūd bi l t al-Ittiṣ l al -adīthiyyaṯ”, Majallaṯ Majma‘ Al-Fiqh Al-Islāmī, No. 6, h. 704.

Salmy Edawati(2009), “Sejarah Dinar Emas dan Kronologi Pertukaran Mata Wang Dunia”, Jurnal Al-Tamaddun, Bil. 4 h. 109.

Majma‘Al-Fiqh Al-Isl mī, “Al-Mu qashaṯ fī A k m al-Nuqūd al-Waraqiyyaṯ wa Taghayyur Qīmaṯ al-‘Umlah”, Majallaṯ Majma‘ Al-Fiqh Al-Islāmī, No. 3, h. 953

Uthmani, Muhammad Taqi, (2013), “A k m Al-Awr q Al-Naqdiyyaṯ wa Taghayyur Qīmaṯ Al-‘Umlaṯ wa Rab uh bi Q ’imaṯ al-As‘ r”, Buḥūth fī Qaḍāyā Fiqhiyyaṯ Mu‘āṣaraṯ, j. 1. h 143..

Colbert, http://bitcoinmalaysia.com/2014/07/20/list-of-bitcoin-accepting-merchants-in-malaysia/, 20 Julai 2014.

Nakamoto, S. (n.d.). Bitcoin: A Peer-to-Peer Electronic Cash System. Retrieved from https://bitcoin.org: https://bitcoin.org/bitcoin.pdf

Norbik Bashah Idris, Profesor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Temubual pada 29 November 2017 di Seminar Cryptocurrency, Blockchain & Distributed Ledger Technology: Synergizing Technology & Shariah.

Wan Muhammad Hasni Wan Sulaiman, CEO Farad Program. Temubual pada 29 November 2017 di Seminar Cryptocurrency, Blockchain & Distributed Ledger Technology: Synergizing Technology & Shariah.

Referensi

Dokumen terkait

Dalam mind map terdapat gagasan masing – masing anggota kelompok yang terdiri dari atribut – atribut produk Mind map hasil brainstorming produk transfer board dari masing –

Manawi toemrap ing wanda menga, ingkang mawi sandangan: soekoe oetawi: taling angan: soekoe oetawi: taling taroeng, mangka boten loeloeh, poerwaning panambang malih dados: ꦈ꧋..

Diharapkan setelah mencapai target kompetensi keperawatan ini, anda tetap aktif melakukan tindakan sesuai Standar Prosedur Operasional yang berlaku di RS.

Untuk semua pihak yang telah membantu penulis baik dari segi moril maupun materil dalam penyusunan skripsi ini, penulis mengucapkan banyak terima kasih, mohon maaf jika saya

Total jumlah hotspot dan titik kebakaran untuk pengujian hotspot FIRMS-NASA pada waktu akusisi berdekatan dengan citra SPOT-4 (≤ 2 jam) diperoleh sebesar 189 titik,

pertumbuhan dan perkembangan pada makhluk hidup, Menyusun rancangan, melakukan percobaan tentang pertumbuhan dan perkembangan makhluk hidup. 4) Guru menyampaikan garis besar

Pengembangan infrastruktur Bidang Cipta Karya entitas regional antara lain dalam rangka pengembangan kota metropolitan, KAPET, KEK, dan lain-lain.. Adapun contoh program

Menurut Rasyid et al., (1996), onggok merupakan bahan sumber energi yang mempunyai kadar protein kasar rendah, tetapi kaya akan karbohidrat yang mudah dicerna (BETN) bagi