• Tidak ada hasil yang ditemukan

S E S I DIS Ver

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "S E S I DIS Ver"

Copied!
22
0
0

Teks penuh

(1)

S E S I DIS 2 0 2 0

(2)

ALUAN PENGARAH

POLITEKNIK MERLIMAU

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang berjaya mendapat tempat untuk menyambung pengajian di Politeknik Merlimau, Melaka (PMM). Adalah diharapkan agar semua pelajar akan berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapai kecemerlangan dalam program yang dipilih seiring dengan misi Politeknik untuk menghasilkan tenaga kerja separa profesional yang berkualiti bagi menampung keperluan sektor awam dan swasta di Malaysia.

Saya amat berharap agar para pelajar baharu dapat menggunakan Buku Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu ini sebagai panduan supaya sesi pendaftaran sebagai warga PMM nanti dapat berjalan dengan baik dan lancar. Akhir kata, saya dan seluruh warga PMM mengalu-alukan kedatangan para pelajar baharu dan mengharapkan agar setiap pelajar menggunakan peluang yang ada bagi mengukir kejayaan sebagai seorang insan yang cemerlang. Akhir kata SELAMAT MAJU JAYA.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

En. Mohd Hatta Bin Zainal

Pengarah

(3)

SELAMAT DATANG

ke POLITEKNIK MERLIMAU

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Tahniah diucapkan kepada semua siswa dan siswi pelajar baharu kerana berjaya mendapat tempat pengajian di Politeknik Merlimau, Melaka (PMM). Sehubungan dengan itu, anda dikehendaki mendaftar diri sebagaimana yang dicetak pada Surat Pendaftaran Pelajar Baharu. Sila fahami isi kandungan Buku Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu ini dan melengkapkan semua borang-borang pendaftaran yang disertakan. Akhir kata, kami mengalu-alukan kedatangan bakal pelajar baru dan mengharapkan agar perjalanan bersama keluarga ke politeknik ini nanti berada dalam keadaan selamat hendakNya.

Sekian, terima kasih.

Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar

Politeknik Merlimau, Melaka

Tel : 06-263 6687 ( ext: 1183 / 1185 / 1186 ) HOTLINE : 011-56944427

(4)

MAKLUMAT UMUM

Politeknik Merlimau (PMM) merupakan politeknik ke-14 yang ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Ia terletak di daerah Jasin, 2 km dari pekan Merlimau, 24 km dari bandar Melaka dan 19 km dari bandar Jasin. Politeknik mula beroperasi pada 17 November 2002 dan telah mula mengambil pelajar perintis pada sesi kedua 2002 iaitu 23 Disember 2002. PMM telah beroperasi sepenuhnya dan menjadi salah satu nukleus yang penting kepada Merlimau.

VISI

Menjadi Institusi TVET Yang UNGGUL

MISI

1.Membangunkan graduan TVET yang holistik, bercirikan keusahawanan dan seimbang melalui pendidikan yang dinamik seiring dengan revolusi industri terkini.

2.Memanfaatkan sepenuhnya perkongsian pintar dengan pihak berkepentingan.

3.Memperkasa komuniti melalui pembelajaran sepanjang hayat, penyelidikan dan inovasi.

DASAR KUALITI

“Dasar kualiti Politeknik Merlimau Melaka (PMM) adalah membangunkan potensi pelajar ke arah kecemerlangan di dalam bidang Kejuruteraan, Perdagangan dan Pelancongan & Hospitaliti melalui

penambahbaikan yang menyeluruh secara berterusan. PMM komited untuk memastikan kehendak pelanggan dipenuhi melalui pencapaian objektif-objektif kualiti yang disemak secara berkala bagi memastikan

keberkesanan sistem. Dasar ini disebarkan untuk difahami oleh semua peringkat kakitangan”.

Semua Perkhidmatan Ini Akan Sentiasa Ditambah Baik Secara Berterusan Berasaskan Standard Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 & ISO 21001:2018.

MOTO

(5)

PERINGATAN

Baca maklumat am berikut dengan teliti dan sila ambil tindakan yang sewajarya agar proses pendaftaran anda dapat

berjalan dengan lancar dan dapat memulakan pengajian anda di politeknik dengan selesa. Anda tidak akan didaftarkan sekiranya mana-mana perkara tersebut di bawah tidak dipatuhi dan mengemukakan maklumat palsu.

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia juga berhak menarik balik tawaran tempat pengajian di PMM sekiranya terdapat percanggahan maklumat di antara dokumen asal dengan maklumat yang telah anda berikan semasa memohon ke politeknik.

(6)

PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

Pembayaran yuran perlu dibuat di Bank Islam Malaysia Berhad mengikut jumlah yang telah ditetapkan oleh PMM. Pelajar yang mendapat tawaran asrama TIDAK DIBENARKAN membawa kenderaan sendiri.

Semua dokumen berikut MESTILAH DITANDATANGANI pelajar, ibubapa/penjaga dan *saksi

1. Borang HEP 1 : Borang Maklumat Peribadi Pelajar

2. Borang HEP 2 : Laporan Pemeriksaan Doktor

(Pemeriksaan Perubatan dicop dan ditandatangani oleh Doktor Perubatan Kerajaan/Swasta yang SAH. Pihak kami TIDAK menanggung sebarang kos pemeriksaan tersebut. Filem X-Ray TIDAK PERLU disertakan)

3. Borang HEP 3 : Kebenaran IbuBapa / Penjaga Untuk Rawatan Pembedahan

4. Borang HEP 4 : Ikrar Pelajar dan Lepas

Tanggung

5. Borang HEP 5 : Akuan Pelajar

6. Borang HEP 6 : Aku Janji Pelajar

7. Salinan penyata akaun bank

pelajar.

Segala dokumen ASAL perlu dibawa bersama oleh pelajar semasa hari PENDAFTARAN.

Saksi MESTILAH terdiri daripada Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional / Guru Besar / Penghulu / Ketua Kampung / Ketua Kaum

(7)

PERINGATAN SEBELUM PENDAFTARAN

a. Semakan dokumen asal akan dilaksanakan pada hari pendaftaran. Anda MESTI membawa dokumen asal seperti yang disenaraikan oleh pihak PMM. Pendaftaran akan DITOLAK

sekiranya anda gagal menunjukkan dokumen-dokumen tersebut dan terdapat PERCANGGAHAN maklumat di antara dokumen asal dengan maklumat yang telah anda berikan semasa memohon ke politeknik.

b. Lengkapkan semua borang yang terdapat di dalam Panduan Pendaftaran ini sebelum pendaftaran. (sila turunkan TANDATANGAN anda, ibu/bapa/penjaga dan saksi).

c. Ka e da h b ayaran bagi Yuran Pengajian, Yuran Asrama dan Yuran Pendaftaran hendaklah dibayar menggunakan CDM, ATM dan Perbankan Atas Talian (Online). (Sila rujuk laman sesawang http://www.jheppmm.com/portal/index.php untuk jumlah bayaran).

d. Pelajar yang mendapat tajaan daripada mana-mana agensi kerajaan atau swasta hendaklah membawa bersama SURAT PENGESAHAN PENAJAAN (SURAT ASAL) semasa mendaftar. Mana-mana bayaran yang tidak ditanggung oleh penaja hendaklah dijelaskan oleh pelajar semasa pendaftaran.

RUPA DIRI SEMASA PENDAFTARAN

PAKAIAN DAN RUPA DIRI PELAJAR LELAKI

Baju Kemeja lengan panjang dan bertali leher.

Seluar Seluar panjang ‘slack’ – jeans dan denim tidak dibenarkan. Tali pinggang berwarna hitam –corak atau kepala tali pinggang yang berbentuk keterlaluan tidak dibenarkan.

Kasut Hendaklah sesuai untuk kerja di pejabat dan berstokin.

(8)

Rambut Pendek, kemas dan tidak diwarnakan.

Belakang tidak menyentuh paras kolar baju, paras tepi tidak menyentuh paras atas telinga dan paras depan tidak menyentuh paras dahi.

Paras belakang tidak Paras tepi tidak melebihi Paras depan tidak melebihi paras kolar. paras atas telinga. melebihi paras dahi

Perhiasan Sebarang bentuk perhiasan DILARANG melainkan cincin yang tidak keterlaluan. Cincin emas dilarang.

PAKAIAN DAN RUPA DIRI PELAJAR PEREMPUAN

Baju Berbaju kurung / blouse labuh melepasi paras punggung.

Bertudung dan melebihi paras bahu bagi yang beragama Islam.

Pakaian hendaklah bersopan dan tidak menjolok mata seperti pakaian yang ketat, jarang, pendek, berbelah, nipis dan mendedahkan manamana bahagian badan yang sensitif tidak dibenarkan

Kasut Berbaju kurung / blouse labuh melepasi paras punggung. Bertudung dan melebihi paras bahu bagi yang beragama Islam.

Pakaian hendaklah bersopan dan tidak menjolok mata seperti pakaian yang ketat, jarang, pendek, berbelah, nipis dan mendedahkan manamana bahagian badan yang sensitif tidak dibenarkan

Rambut Berbaju kurung / blouse labuh melepasi paras punggung. Bertudung dan melebihi paras bahu bagi yang beragama Islam.

Pakaian hendaklah bersopan dan tidak menjolok mata seperti pakaian yang ketat, jarang, pendek, berbelah, nipis dan mendedahkan manamana bahagian badan yang sensitif tidak dibenarkan

Perhiasan Tidak digalakkan memakai barang kemas. Perhiasan yang berlebihan adalah DILARANG.

(9)

Kemudahan kamsis Pelajar Kam

he

kalku minu

KEMUDAHAN KAMSIS / PENGINAPAN

adalah terhad dan ditawarkan untuk satu semester sahaja. sis hendaklah membawa dua (2) helai kain selimut, dua (2) lai kain cadar single bed dan dua (2) sarung bantal 60cm x 40cm dan bantal sendiri. Peralatan elektrik yang dibenarkan di kamsis: Komputer riba, pencetak, telefon bimbit dan lator. Pelajar Kamsis boleh membeli makanan dan man di kafeteria. Dianggarkan RM10.00 hingga RM15.00 sehari diperlukan untuk perbelanjaan makan.

Semester seterusnya, anda perlu mengatur sendiri penginapan anda jika tidak ditawarkan kamsis. Terdapat rumah sewa di persekitaran politeknik dengan anggaran kadar sewa sekitar RM300 – RM1,000. Jenis sewaan pula ialah sebuah rumah atau dikira mengikut kepala (kadarnya RM 80- 120/orang).

KEMUDAHAN DOBI

Kemudahan dobi ada terdapat di setiap aras yang berkonsepkan layan diri dan hanya ditawarkan kepada pelajar yang menduduki kamsis sahaja.

(10)

at dari

BANTUAN KEWANGAN

Maksud bantuan kewangan (peringkat diploma) adalah:- i. Pinjaman Pengajian – perlu membayar balik

ii. Biasiswa Pengajian - tidak perlu bayar balik (tertakluk kepada syarat-syarat perjanjian) iii. Bantuan Khusus Pengajian – Tidak perlu bayar balik seperti contoh pelajar OKU, pelajar

miskin/fakir, MARA (ibu/bapa berkhidmat dengan MARA), orang asli dan sebagainya. Adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk menyediakan wang perbelanjaan secukupnya untuk sara hidup, pengangkutan, alatan pembelajaran, buku dan lain-lain. Pelajar perlu menampung sendiri segala perbelanjaan yang diperlukan sepanjang pengajian.

Pelajar dinasihatkan supaya berusaha mendapatkan maklum dan seterusnya (jika layak) memohon biasiswa/pinjaman Yayasan Negeri masing-masing sebelum mendaftar diri di PMM. Pelajar boleh menggunakan surat tawaran ke politeknik untuk tujuan tersebut. Pelajar-pelajar yang layak juga boleh memohon daripada Tabung Kebajikan Bekas Perajurit dan Tabung Kebajikan Bekas Polis.

Sila buat salinan Surat Tawaran PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU untuk memohon pinjaman @ bantuan kewangan @ biasiswa.

A. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

KAEDAH PERMOHONAN PTPTN (SECARA ONLINE)

1. Pemohon hendaklah memohon pinjaman PTPTN secara online melalui laman web pinjaman online di alamat: http://www.ptptn.gov.my/gateway/

2. Sebelum membuat permohonan secara online, pemohon perlu mendapatkan maklumat terperinci di laman web http://www.ptptn.gov.my/gateway/

3. Pelajar-pelajar Politeknik Merlimau yang memohon dikehendaki untuk meletakkan nombor akaun Bank Islam Malaysia Berhad dan membeli no pin permohonan PTPTN di Bank Simpanan Nasional. Garis panduan permohonan online seperti di laman web

http://www.ptptn.gov.my/

4. Serahan borang secara berkelompok akan dimaklumkan oleh Jabatan Hal Ehwal Dan Pembangunan Pelajar.

(11)

B. Bantuan Kewangan (Kategori Fakir / Miskin)

Pelajar yang telah sedang mengikuti pengajian boleh memohon bantuan kewangan di agensi- agensi yang menghulurkan khidmat bantuan kewangan seperti Lembaga Zakat Negeri / Majlis Agama Islam Negeri. Pemohon boleh merujuk kepada agensi berkenaan mengikut negeri tempat tinggal. Pemohonan adalah tertakluk kepada syarat-syarat oleh agensi yang berkenaan.

C. Biasiswa

Pelajar boleh memohon biasiswa daripada agensi-agensi awam/swasta. Pemohon adalah terdiri daripada mereka yang telah melepasi peperiksaan semester satu dalam tempoh pengajian di Politeknik dan mendapat keputusan yang cemerlang (CGPA yang tinggi – bergantung kepada syarat-syarat agensi yang menawarkan biasiswa)

Secara umumnya pinjaman dari mana-mana agensi Yayasan Negeri tidak dikenakan caj faedah untuk bayaran balik, manakala PTPTN mengenakan caj faedah mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun semua agensi yang menawarkan khidmat pinjaman tertakluk kepada syarat- syarat perjanjian mengikut kepada sebarang perubahan semasa agensi tersebut. Pemohon boleh menyemak dengan agensi yang berkaitan melalui laman web / telefon terus dengan agensi tersebut

(12)

PANDUAN UNTUK KE POLITEKNIK MERLIMAU

Koordinat GPS : N 2°10'6" E 102°25'38" WAZE : Politeknik Merlimau

(13)

CARTA ALIR HARI PENDAFTARAN

MULA

SARINGAN KESIHATAN

LALUAN KAMSIS

LELAKI: LALUAN

BLOK V5 & V6

PEREMPUAN:

SUSUR HEP

PENDAFTARAN KAMSIS

SERAHAN KUNCI DI BLOK KAMSIS

PEMBAYARAN YURAN:

DI BLOK KAMSIS

(14)
(15)

PEMBAYARAN YURAN

Semua bayaran perlu dijelaskan sebelum hari pendaftaran. Calon yang tidak menjelaskan yuran TIDAK boleh mendaftar ke dalam sistem. Sekiranya pelajar bertukar tempat pengajian/ institusi atau berhenti Politeknik Merlimau yuran yang telah dibayar boleh dituntut melalui saluran seperti dalam jadual di bawah :

Bil Jenis Yuran Tuntutan

1. Yuran Pengajian

Unit Kewangan, Politeknik Merlimau Melaka

2. Yuran Asrama

3. Yuran Pendaftaran Pejabat, Koperasi Politeknik Merlimau

Melaka Berhad

Calon yang mendapat tajaan daripada mana-mana agensi kerajaan atau swasta hendaklah membawa bersama dokumen asal tajaan semasa mendaftar. Calon perlu menjelaskan semua pembayaran walaupun mendapat tajaan. Pihak PMM akan membuat tuntutan kepada agensi berkenaan dan akan mengembalikan semua tuntutan yang diterima daripada agensi kepada pelajar.

(16)

JUMLAH BAYARAN YANG PERLU DIJELASKAN

1. Terdapat 2 jenis yuran yang perlu dijelaskan sebelum Hari Pendaftaran iaitu :

Yuran Pengajian

Yuran Asrama

2. Yuran Pendaftaran/ Pelbagai boleh dijelaskan semasa pelajar lapor diri di Politeknik Merlimau.

Bil Jenis Yuran Jumlah Bayaran Pilihan di skrin ATM / CDM PELAJAR DIPLOMA

1. Yuran Pengajian RM 200.00 POLITEKNIK KPT14xxxxxRM200

2. Yuran Asrama RM 60.00 POLITEKNIK KPT14xxxxxRM60

3. Yuran Pendaftaran/ Pelbagai RM 300.00 BAYARAN TUNAI ATAU QRPAY MAYBANK

KAEDAH BAYARAN

1. Pindahan wang mesin ATM Bank Islam Malaysia Berhad 2. Mesin deposit wang (CDM) Bank Islam Malaysia Berhad 3. Bayaran secara Atas Talian Bank Islam Malaysia Berhad

(17)

PANDUAN PEMBAYARAN

1. Bayaran di mesin ATM BIMB :

CTH KOD YURAN PENGAJIAN PMM 14000251RM200

CTH KOD YURAN ASRAMA PMM 14000251RM60

(18)

2. Bayaran Cash Deposit Machine :

CTH KOD YURAN PENGAJIAN PMM 14000251RM200

CTH KOD YURAN ASRAMA PMM 14000251RM60

(19)

3. Bayaran Secara Atas Talian :

Yuran Kolej Kediaman Bagi PMM adalah RM 60

(20)
(21)

SENARAI SEMAK

Sila bawa dokumen di bawah semasa Hari Pendaftaran :

BIL PERKARA

1. Borang Jawapan Tawaran ( selain calon rayuan ) 2. Salinan surat tawaran program pengajian (surat dari Jabatan Pengajian Politeknik) 3. Salinan surat panggilan Pendaftaran Pelajar Baharu (surat dari Politeknik Merlimau) 4. Borang HEP1, HEP2, HEP3, HEP4, HEP5 dan HEP6

Dokumen lampiran (dokumen ASAL):

Kad pengenalan

5. Sijil SPM @ slip keputusan SPM

Sijil berhenti sekolah

Sijil ko-kurikulum 6. Resit bayaran Yuran Pengajian 7. Resit bayaran Yuran Asrama

8. Membuat pendaftaran online di http://www.jheppmm.com

9. Mencetak Slip Pendaftaran Online

10. 8 keping gambar paspot – Tulis nama & No. K/p di belakang gambar

11. Pakaian secukupnya sepanjang Minggu Haluan Siswa 12. Salinan Penyata Akaun Bank

(22)

SELAMAT MENDAFTAR

JABATAN HAL EHWAL DAN PEMBANGUNAN PELAJAR

POLITEKNIK MERLIMAU KB1031, Pejabat Pos Merlimau

77300 Merlimau, Melaka

Tel : 06-263 6687 ( ext: 1183 / 1185 / 1186 ) HOTLINE : 011-56944427

E-mel : jhep@pmm.edu.my

Referensi

Dokumen terkait

Analisis Buku Mathematics For Junior High School Grade VIII 1 st Semester (Bilingual) Berdasarkan Kriteria Bell; I Gede Beni Manuaba, 080210101018; 2013; 137

Orang tua Anda memberikan pujian bila Anda mendapat nilai bagus pada pelajaran terutama mata pelajaran Bahasa Inggris saat mengambil rapot. 1 1 5

bahwa Surat Keberatan Nomor: 015/VVSMS/PJKN/2014 tanggal 30 Mei 2014, memuat alasan-alasan keberatan yang jelas dan perhitungan besarnya pajak yang terutang menurut Pemohon

bahwa dalam rangka pelaksanaan perkuliahan pada Program Studi Magister Ilmu Hukum Fakultas Hukum Universitas Sriwijaya Semester Ganjil Tahun Akademik 2017/2018,

Faktor kekuatan internal yang paling dominan mempengaruhi strategi peningkatan keputusan pembelian mobil Suzuki melalui pembiayaan melalui implementasi E-Marketing

Uang kuliah (BPP SKS) adalah biaya penyelenggaraan pendidikan yang harus dipenuhi dan dibayar oleh mahasiswa untuk dapat mengikuti kegiatan perkuliahan pada setiap

Mahasiswa yang tidak mengikuti pembelajaran dalam bentuk praktikum secara penuh 100 (seratus) persen dari suatu mata kuliah dalam satu semester dinyatakan gagal

Tetapi yang terjadi pada puncak latihan fisik adalah berupa peningkatan denyut jantung yang sedikit lebih besar terjadi pada kelompok yang mendapat minuman beroksigen