• Tidak ada hasil yang ditemukan

46658719 Bab 2 Kotak Bentuk

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "46658719 Bab 2 Kotak Bentuk"

Copied!
19
0
0

Teks penuh

(1)

TUJUAN

PEMBINAAN KOTAK BENTUK

1

NOTA :

Pemadatan bermaksud proses membuang udara-udara yang terperangkap di dalam konkrit basah, bagi meningkatkan ketumpatan konkrit. Kerja pemadatan dijalankan dengan menggunakan mesin vibrator (penggetar). KOTAK BENTUK

Definisi : “satu struktur sementara yang dibina untuk menampung konkrit basah

bagi membentuknya kepada bentuk-bentuk dan saiz (dimensi) yang diperlukan

dan menyokongnya sehingga ia boleh berdiri dengan sendiri (mengeras). Kotak

bentuk terdiri daripada bahan (papan) yang bersentuhan dengan konkrit dan bahan penggalas yang menyokong atau

menupang bahan permukaan tersebut.

BAB 2

TUANG BENTUK RASUK

(BEAM CASTING)

(2)

 Menampung konkrit basah yang baru dituang bagi

membentuknya ke bentuk dan saiz yang dikehendakki.

 Menanggung konkrit semasa kerja-kerja pemadatan

(compaction)

 Menahan konkrit sehingga konkrit tersebut memperolehi kekuatan yang mencukupi untuk berdikari

(self-supporting).

SYARAT-SYARAT KETEGUHAN KOTAK BENTUK  Cukup kuat untuk menampung konkrit basah  Cukup tegar

 Penyambungan yang kuat, kemas dan rapat pada bahagian sambungan

Tidak telap air

 Ukuran dan dimensi yang betul

Aras permukaan yang rata

 Boleh digunakan semula setelah kotak bentuk

ditanggalkan

CIRI-CIRI KOTAK BENTUK

Untuk memastikan mutu siap struktur konkrit, kotak bentuk hendaklah mempunyai ciri-ciri berikut :

1. Kotak bentuk hendaklah tegak untuk menahan deflection semasa konkrit dituang

2. Kotak bentuk mestilah mempunyai kekuatan untuk menampung berat atau tekanan serta getaran semasa proses compaction

konkrit

NOTA : -Tidak telap air

bermaksud air tidak dapat meresapi sesuatu

bahan/permukaan. -Aras permukaan yang rata boleh diuji dengan menggunakan alat aras spirit.

(3)

3. Kotak bentuk hendaklah dipasang dengan tepat dan betul mengikut ukuran dan searas sebagaimana yang telah ditentukan.

4. Sambungan kotak bentuk mestilah rapat dan kemas supaya tidak bocor untuk mengelakkan kehilangan air konkrit.

BAHAN UNTUK MEMBINA KOTAK BENTUK  Kayu

 Plastik

 Keluli  Fyberglass

Rajah 2.1 :

Penyediaan kotak bentuk dari bahan kayu

PEMASANGAN KOTAK BENTUK

3

NOTA :

-Sekiranya berlaku kehilangan air konkrit semasa proses penuangan konkrit basah ianya boleh memberi kesan honey comb (sarang lebah) pada struktur konkrit.

NOTA :

-Bahan kayu sering digunakan dalam kebanyakkan kerja kerana bahan ini mempunyai sifat yang semulajadi, senang untuk dikerjakan dan mudah untuk didapati.

(4)

1. Kotak bentuk memerlukan tupang bagi menahan struktur kotak bentuk yang dibina yang menampung konkrit basah.

2. Untuk satu projek pembinaan, kos bagi kotak bentuk boleh mencecah sehingga 20% hingga 25% daripada kos pembinaan. Untuk mendapat hasil kerja yang baik, kotak bentuk hendaklah digunakan sekali sahaja (kayu). Kecacatan yang terdapat pada permukaan kayu akan menyebabkan hasil kerja tidak

memuaskan.

3. Penggunaan kayu untuk kotak bentuk adalah lebih ekonomi jika digunakan berulang-ulang kali, tetapi tidak boleh melebihi empat kali. Sekiranya sesuatu projek pembinaan itu memerlukan

penggunaan kotak bentuk yang berulang kali, ianya adalah lebih ekonomi jika digunakan kotak bentuk sistem (keluli).

4. Kayu yang digunakan untuk kotak bentuk adalah bertujuan menampung konkrit basah sehingga ia menegras dan kering secukupnya. Dengan itu, kayu yang hendak digunakan sebagai kotak bentuk hendaklah tidak terlalu kering dan tidak

mengandungi lembapan yang berlebihan. Sebaiknya kayu tersebut perlu mengandungi kadar lembapan sebanyak 20%.

PENANGGALAN KOTAK BENTUK

NOTA :

-Jika kayu yang hendak digunakan terlalu kering, ia akan menyerap air daripada konkrit dan menyebabkan kehilangan air daripada konkrit dan boleh menyebabkan kesan honey comb pada struktur konkrit. Di samping itu, kayu akan mengembang dan membengkok. -Jika kayu yang digunakan terlalu basah, kotak bentuk boleh mengecut dan renggang akan terbentuk pada sambungan kotak bentuk. Ini akan menyebabkan kebocoran dan air akan mengalir keluar dari regangan ini seterusnya menyebabkan aras konkrit yang terhasil tidak rata.

(5)

Kerja-kerja penanggalan kotak bentuk biasanya dilakukan secara berperingkat-peringkat terutama sekali jika kotak bentuk yang sama akan digunakan semula. Sementara menunggu konkrit yang baru dituang mengeras ke tahap yang maksimum, sesetengah bahagian sudah boleh dibuka terlebih dahulu untuk membina kotak bentuk yang seterusnya.

Kerja penanggalan kotak bentuk perlu dilakukan dengan berhati-hati supaya kerosakan tidak berlaku pada kotak bentuk tersebut. Ia juga perlu dengan cara yang betul supaya tidak merosakkan dan mencacatkan konkrit.

Tempoh Penanggalan Kotak Bentuk

Jadual 2.1 : Tempoh Untuk Membuka Kotak Bentuk Bahagian / struktur Simen Portland Biasa Simen Portland Cepat Mengeras Hari Hari

Sisi rasuk, tembok dan

tiang (tanpa beban) 3 2

Papan (penyangga pada

papak) 4 3

Penanggalan penyangga

pada papak 10 5

Bahagian bawah rasuk (penyangga tidak

ditanggalkan)

6 5

Penanggalan penyangga

pada rasuk 21 8

Rasuk bumi Ditanggalkan bila konkrit mengeras

sepenuhnya KOTAK BENTUK RASUK

DEFINISI RASUK

5

“Rasuk merupakan struktur bangunan yang dibina mendatar. Rasuk menerima beban daripada lantai, dinding , bumbung dan beban

binaan lain. Beban ini dirintangi oleh momen lentur dan daya ricih pada rasuk.”

(6)

Rasuk Bumi Rasuk Tingkat Atas

Rasuk Bumbung Jenis-jenis rasuk :

 Rasuk tupang mudah

 Rasuk selanjar

 Rasuk julur Kedudukan rasuk :

 Rasuk bumi (ground beam)  Rasuk tingkat atas

 Rasuk bumbung (roof beam)

Rajah 2.2 : Kedudukan struktur rasuk pada sebuah bangunan Rasuk Konkrit Bertetulang

Rasuk konkrit bertetulang terdiri daripada tetulang utama dan tetulang pencekak. Tetulang utama berfungsi bagi menanggung beban, manakala tetulang pencekak berfungsi untuk menetapkan kedudukan dan saiz dimensi tetulang utama. Biasanya rasuk terdiri

(7)

daripada empat batang tetulang utama. Untuk rasuk yang menanggung beban yang tinggi, penambahan tetulang akan dinyatakan di dalam plan struktur.

Rajah 2.3 : Komponen bagi rasuk konkrit bertetulang PEMBINAAN KOTAK BENTUK RASUK BUMI

1. Dibina menggunakan kayu bersaiz 1” x 2” dan papan lapis 12 mm.

2. Kotak bentuk perlu dibina mengikut saiz dan ketinggian yang telah ditetapkan di dalam pelan.

3. Pembinaannya mestilah kuat dan kukuh untuk menahan getaran semasa kerja-kerja pemadatan konkrit dijalankan.

4. Perlu dipastikan tiada kebocoran pada bahagian-bahagian serta sambungan-sambungan kotak bentuk bagi mengelakkan

kehilangan air konkrit yang boleh menyebabkan honey combing.

5. Setelah pemasangan kotak bentuk siap, kerja pengarasan dijalankan bagi memastikan paras permukaan kotak bentuk adalah rata dan searas.

6. Permukaan papan lapis perlu disapu dengan minyak hitam terlebih dahulu supaya konkrit yang dimasukkan tidak melekat pada kotak bentuk tersebut.

7 Tetulang utama

(8)

Rajah 2.4 : Permukaan kotak bentuk disapu dengan

minyak hitam

(a) (b)

Rajah 2.5 (a)(b) : Pemasangan kotak bentuk bagi pembinaan rasuk bumi

PEMBINAAN KOTAK BENTUK RASUK BUMBUNG / TINGKAT ATAS 1. Berbentuk sama seperti ground beam, tetapi ianya perlu

disokong oleh tupang bagi memelihara kedudukan dan sisiannya. Sokongan kotak bentuk dikenali sebagai T-post.

(9)

3. Kerja-kerja pembinaan kotak bentuk rasuk bumbung / tingkat atas memerlukan papan jalan @ prop terlebih dahulu.

4. Kerja-kerja memasang prop akan disertakan dengan kerja-kerja menupang menggunakan T-post ataupun peranca.

5. Saiz kayu T-post ialah 2” x 3” dan hendaklah mempunyai jarak lebih kurang 2 kaki antara satu sama lain di bawah kotak bentuk. 6. Kayu yang digunakan untuk T-Post adalah dari kayu yang terpilih

untuk dijadikan sebagai penyokong kepada kotak bentuk rasuk bumbung / tingkat atas supaya dapat menanggung beban apabila pekerja berdiri di atasnya untuk kerja-kerja menuang konkrit.

7. Prop akan dipasang di atas penutup tiang, yang dipasang terlebih dahulu pada setiap tiang.

8. Tujuannya untuk memastikan ketinggian tiang adalah sama antara satu sama lain, dan juga melindungi tiang daripada pecah atau retak.

9. Kerja-kerja memasang prop perlu dilakukan dengan berhati-hati, begitu juga dengan kerja-kerja meletak tupang di bawahnya. 10. Untuk memastikan keselarian, kerja-kerja setting-out akan

dijalankan di mana benang akan direntang pada papan jalan untuk dijadikan panduan memasang kotak bentuk roof beam. 11. Bagi memastikan kedudukan roof beam adalah selari

dengan ground beam, pelambab akan digunakan. Caranya batu pelambab akan digantung dan dijatuhkan bebas. Perlu dipastikan ianya jatuh betul-betul pada setiap penjuru ground beam.

(10)

12. Kerja pengarasan dijalankan bagi memastikan paras permukaan kotak bentuk adalah rata dan searas.

Rajah 2.6 : Pemasangan kotak bentuk bagi pembinaan rasuk

bumbung / tingkat atas PEMASANGAN TETULANG

1. Sebelum pemasangan tetulang, kotak bentuk perlu dipseriksa dari segi saiz, verticality, alignment, rigidity, cleanliness, prop dan aras.

2. Tetulang yang telah siap dibentuk dan diikat akan dimasukkan ke dalam kotak bentuk.

3. Ianya boleh berlaku samada sebelum, semasa atau selepas kotak bentuk dibina.

4. Block spacer akan dipasang sekali semasa pemasangan tetulang ke dalam kotak bentuk.

5. Tebal block spacer adalah bersamaan dengan tebal penutup konkrit sebagaimana yang dikehendakki dalam plan struktur. 6. Saiz tetulang yang digunakan untuk roof beam biasanya berbeza

(11)

(a) (b) Rajah 2.7 : (a) Pemasangan tetulang bagi rasuk bumi

(b) Pemasangan tetulang bagi rasuk bumbung/tingkat atas

PENUANGAN KONKRIT

1. Konkrit yang telah siap dibancuh akan dimasukkan ke dalam kotak bentuk yang telah pun dipasang tetulang.

2. Perlu dipastikan sebelum penuangan konkrit dilakukan,

pemasangan tetulang perlu diperiksa dengan teliti seperti saiz, jenama, grade, lapping, concrete cover, link spacing dan

bilangan.

3. Setelah konkrit dituang, kerja pemadatan/penggetaran konkrit perlu dilakukan dengan menggunakan mesin vibrator bagi memastikan tiada ruang-ruang udara yang tertinggal di dalam bancuhan konkrit. Kaedah manual juga boleh digunakan iaitu dengan mencocok-cocok rod besi dalam bancuhan konkrit. 4. Ini akan menghasilkan konkrit yang lebih padat.

5. Jika tidak, akan terdapat ruang-ruang udara yang terperangkap yang menyebabkan lompang. Ini boleh menghasilkan struktur konkrit yang mudah pecah dan tidak kuat.

(12)

6. Permukaan konkrit hendaklah diratakan semasa penuangan dan mesti diratakan permukaannya bagi mengelakkan pengasingan bahan-bahan.

(a) (b)

Rajah 2.8 : Kerja penuangan konkrit ke dalam kotak bentuk rasuk

PENGAWETAN KONKRIT

Semasa air dibancuh dengan simen, tindakbalas akan berlaku yang menyebabkan simen akan membeku dan mengeras. Air hanya cukup untuk tindakbalas kimia pada peringkat permulaan sahaja, jika air kurang semasa simen mengeras konkrit tidak dapat mencapai kekuatan maksimum.

Apabila konkrit ditempatkan, kandungan airnya akan hilang dengan cepat melalui proses penyejatan, jikalau tindakan segera tidak diambil. Tindakan mencegah kehilangan air dari konkrit dinamakan

pengawetan konkrit.

Pengawetan ialah satu tindakan menjaga konkrit setelah dituang dan dipadatkan sehingga ianya mencapai kekuatan konkrit yang

(13)

Amalan pengawetan yang dilakukan adalah seperti berikut

:-• Permukaan konkrit boleh ditutup dengan bahan-bahan yang dibasahkan seperti beg guni, jerami, habuk kayu, pasir dan sebagainnya.

• Merendamkan permukaan konkrit dengan air. Kaedah ini sesuai digunakan untuk mengawet lantai konkrit.

• Membasahkan konkrit dengan air. Amalan ini dilakukan pada-tempat-tempat seperti tembok, tiang, rasuk dan sebagainya yang sukar diawet dengan cara lain.

• Menyapu bahan-bahan kimia pada permukaan konkrit untuk mengelakkan kehilangan air melalui proses sejatan.

• Menggunakan wap air (stim). Biasa digunakan dikilang terutama sekali konkrit prategasan.

Rajah 2.9 : Proses pengawetan konkrit melalui kaedah semburan air TUJUAN PENGAWETAN

- Memastikan pembentukan kekuatan mampatan yang dikehendaki

- Mengelakkan terjadinya kehilangan lembapan yang mengejut ke atas konkrit

(14)

- Mengelakkan berlakunya keretakan pada permukaan konkrit

- Untuk membiarkan konkrit berada di dalam keadaan lembap seberapa lama yg boleh supaya proses pengerasan berjalan secara sederhana sehingga mencapai kekuatan yg maksima

- Mengelakkan konkrit dirosakkan oleh keadaan/cuaca sejuk

BAHAGIAN-BAHAGIAN KOTAK BENTUK

Kotak bentuk terdiri daripada elemen-elemen yang membolehkan kotak bentuk dibina mengikut saiz , cukup kuat, dan mampu menanggung beban yang dikenakan ke atasnya.

Kotak bentuk bagi rasuk biasanya terdiri daripada bahagian-bahagian yang berikut:

 Pampan tepi acuan rasuk (Beam / girder side)  Pampan bawah acuan rasuk (Beam/girder bottom)  Tiang T-Post (T-Head

Shore)

 Belebas (Joist Ledger)  Beroti (Stiffener)  Tupang (Brace)  Pengikat (ties)

(15)

PENGIKAT KOTAK BENTUK (FORMWORK TIES) Fungsi pengikat kotak bentuk :

1. Menguatkan dan mengukuhkan pembinaan kotak bentuk 2. Menetapkan saiz dan dimensi kotak bentuk

3. Menghalang kotak bentuk daripada melengkung

4. Mengikat kotak bentuk pada dinding dan lantai bangunan 5. Menjadikan binaan kotak bentuk yang kemas

Dua kategori pengikat kotak bentuk :

1. Recoverable – boleh digunakan semula

2. Non recoverable – tidak boleh digunakan semula

APLIKASI PENGIKAT KOTAK BENTUK

15 5 4 1 1 2 5 4 3

(16)

Jenis-jenis pengikat kotak bentuk 1- Snap tie

2- Loop End Tie 3- Flat Strap Tie

3

4 5

1 – Tie two sides of formwork 2 – Act as a spacer

3 – Anchor one side only

4 – Provide anchorage for succeeding lifts

(17)

Sistem Pemasangan Pengikat Kotak Bentuk 1- Waler Rod Tie Syatem

2- Coil Tie Sistem

KOTAK BENTUK SISTEM

Kotak bentuk sistem merupakan kotak bentuk yang komponennya dibina dikilang dengan mengikut saiz dan spesifikasi mengikut

standard yang telah ditetapkan. Setiap komponen ini akan dibawa ke tapak untuk dipasang dan dibina.

(18)

Bahan untuk kotak bentuk sistem terdiri daripada logam, fiberglass, plastic, kayu dan aluminium.

Kebaikan

1. Komponen kotak bentuk yang standard 2. Kerja merekabentuk dikurangkan

3. Setiap komponen atau bahagian telah direkabentuk supaya dapat menanggung beban tertentu

4. Tiada risiko kelemahan komponen atau terlebih beban

5. Boleh didirikan (dipasang) dengan lebih cepat, lebih mudah dan lebih jitu (accurate)

6. Tidak memerlukan kemahiran dan peralatan yang banyak

7. Kebanyakkan kotak bentuk sistem tahan lama, boleh diguna berulang kali tanpa had sekiranya dijaga dengan baik

8. Komponen bersaiz tertentu, mudah disusun dan diangkut 9. Bahan binaan sama ada logam atau kayu yang telah

diperkuatkan dan tidak mudah rosak 10. Terdapat rekabentuk yang pelbagai. Kelemahan

1. Walaupun mudah dikendali tetapi ianya agak berat

2. Komponen yang standard; tidak sesuai digunakan untuk mengkonkrit bentuk-bentuk yang unik /canggih

3. Berat; satu panel yang besar memerlukan kren untuk mengangkut seperti kren

4. Kos perolehan yang tinggi; tidak ekonomi bagi projek-projek yang kecil.

(19)

(a) (a) (a) (a) (a) (a) (a) (a) (a) (a) (a) (a) (b)

Rajah 2.10 : Komponen kotak bentuk sistem (logam) bagi rasuk

(a) (b) (c) (d)

Aplikasi penggunaan kotak bentuk sistem :

(a) (b) – Pemasangan kotak bentuk sistem di tapak bina (c ) – Penanggalan kotak bentuk sistem

(d) – Struktur konkrit yang telah siap dibina

Referensi

Dokumen terkait

Bila kadar air pada sisa makanan terlalu banyak, maka dinding usus besar akan menyerap kelebihan air tersebut. Sebaliknya, bila sisa makanan kekurangan air, maka dinding usus

Desain pada sikat sepatu menggunakan teknik engraved hal ini digunakan untuk memberikan kesan timbul pada kayu mengingat material sikat sepatu yang natural,

humektan dapat juga menarik air dari bagian epidermis dan dermis yang dapat. menyebabkan kulit menajdi

Pemanasan yang digunakan dalam pengawetan rendaman panasdingin berfungsi mengeluarkan udara dan uap air dari rongga sel kayu, sedangkan pendinginan menyebabkan

Pori-pori inilah yang menyebabkan karbon aktif mempunyai kemampuan untuk menyerap (Sembiring, 2003). Pembuatan karbon aktif dilakukan dengan proses dehidrasi,

Stroke adalah suatu sindrom klinis dengan karakteristik kehilangan fungsi otak dengan gejala lebih dari 24 jam, dapat menyebabkan kematian dan dihubungkan dengan

3.4.2 Suprasegmen Material Dinamis Berdasarkan Sifat, Kesan dan Akustika Jenis material yang digunakan dalam proses perancangan adalah jenis bahan yang dapat mendukung

Sifat khusus dari bentonit adalah kemampuan untuk membentuk gel thixotrophic dengan air, kemampuan untuk menyerap besar jumlah air, dan kapasitas kation tukar