• Tidak ada hasil yang ditemukan

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA NEGERI SABAH TAHUN 2004 JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA NEGERI SABAH TAHUN 2004 JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA"

Copied!
313
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

LAPORAN

KETUA AUDIT NEGARA

NEGERI SABAH

TAHUN 2004

JABATAN AUDIT NEGARA

MALAYSIA

(3)
(4)

K

PERKARA MUKA SURAT

KANDUNGAN i

KATA PENDAHULUAN v

INTI SARI LAPORAN ix

BAHAGIAN I : PENYATA AKAUN AWAM KERAJAAN NEGERI SABAH BAGI TAHUN BERAKHIR

31 DISEMBER 2004

Pendahuluan 1

Pengesahan Penyata Akaun Awam 1

Analisis Terhadap Penyata Akaun Awam 2

Kemajuan Pelaksanaan Projek Pembangunan RMK8 13

Rumusan Dan Syor Audit 16

BAHAGIAN II : PENGURUSAN KEWANGAN KEMENTERIAN/

JABATAN NEGERI

Pendahuluan 17

Kementerian Kewangan Negeri 19

Pengurusan Kewangan Kementerian/Jabatan/Pejabat Kerajaan Negeri 34

Program Penampilan Audit 44

Program Anak Angkat 45

(5)

ii

PERKARA MUKA SURAT

BAHAGIAN III : AKTIVITI KEMENTERIAN/JABATAN DAN KAJIAN KHAS

Pendahuluan 50

Jabatan Perhutanan Sabah 50

Pengurusan Pengeluaran Lesen Pembalakan dan Kilang Serta Sistem Kawalan Hasil

Jabatan Perikanan Sabah 78

Projek Penternakan Rumpai Laut

Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak 106 Pengurusan Projek Lembu Tenusu

Jabatan Pembangunan Sumber Manusia 135

Pengurusan Program Latihan Institut Latihan Teknikal Dan Perdagangan

BAHAGIAN IV : BADAN BERKANUN NEGERI, MAJLIS UGAMA ISLAM DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN

Pendahuluan 165

Pengauditan Penyata Kewangan 165

Kedudukan Penyerahan Penyata Kewangan 165

Persijilan Penyata Kewangan 166

Pembentangan Penyata Kewangan 167

Prestasi Kewangan 167

Rumusan Dan Syor Audit 169

Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah

Pengurusan Kewangan 170

Majlis Daerah Keningau dan Majlis Daerah Labuk Sugut, Beluran

(6)

PERKARA MUKA SURAT Korporasi Pembangunan Desa 190 Projek Ternakan Ayam Daging

Majlis Perbandaran Tawau 216 Pengurusan Pelesenan Premis Perniagaan

Majlis Perbandaran Sandakan 238

Penswastaan Pungutan Sampah BAHAGIAN V : PERKARA AM

Pendahuluan 260

Kedudukan Masa Kini Perkara Yang Dibangkitkan 260

Dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun Lepas

Perkara Yang Dibangkitkan Dalam Laporan Ketua Audit 271 Negara Yang Masih Belum Selesai

Pembentangan Laporan Ketua Audit Negara Mengenai 272 Penyata Akaun Awam Dan Aktiviti Jabatan Dan Agensi Kerajaan Negeri

Mesyuarat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri 273

(7)

iv

PERKARA MUKA SURAT

LAMPIRAN

I Sijil Ketua Audit Negara 2004 275

II Lembaran Imbangan 276

III Kedudukan Penyerahan Dan Pengauditan Penyata Kewangan 279 Badan Berkanun Negeri Dan Majlis Ugama Islam

Setakat 30 Jun 2005

IV Kedudukan Penyerahan Dan Pengauditan Penyata Kewangan 316 Pihak Berkuasa Tempatan Setakat 30 Jun 2005

V Punca Kelewatan Penyerahan Penyata Kewangan 317 Badan Berkanun Negeri

VI Persijilan Penyata Kewangan Badan Berkanun Negeri Dan 318 Majlis Ugama Islam Setakat 30 Jun 2005

VII Persijilan Penyata Kewangan Pihak Berkuasa Tempatan 319 Setakat 30 Jun 2005

VIII Kedudukan Pembentangan Penyata Kewangan Badan Berkanun 320 Negeri Dan Majlis Ugama Islam Setakat 31 Mei 2005

IX Kedudukan Pembentangan Penyata Kewangan Pihak Berkuasa 321 Tempatan Setakat 30 Jun 2005

X Prestasi Kewangan Badan Berkanun Negeri 322

Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2003

XI Prestasi Kewangan Pihak Berkuasa Tempatan 323 Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2003

(8)
(9)

v 1. Perkara 106 dan 107 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Audit 1957 menghendaki Ketua Audit Negara mengaudit Penyata Akaun Awam serta aktiviti Kerajaan Negeri dan mengemukakan Laporan mengenainya kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Tuan Yang Terutama Yang Pertua Negeri Sabah. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong akan menitahkan supaya Laporan itu dibentangkan di Parlimen manakala Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah mengarahkan untuk dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Sabah. Bagi memenuhi tanggungjawab ini, Jabatan Audit Negara telah menjalankan 3 kaedah pengauditan seperti berikut:

1.1 Pengauditan Penyata Kewangan – untuk memberi pendapat sama ada Penyata Akaun Awam Kerajaan Negeri bagi tahun berkenaan menggambarkan kedudukan yang sebenar dan saksama serta rekod perakaunan mengenainya telah diselenggara dengan teratur dan kemas kini. Pengauditan ini juga dibuat terhadap penyata kewangan Badan Berkanun Negeri, Majlis Agama Islam dan Pihak Berkuasa Tempatan.

1.2 Pengauditan Pengurusan Kewangan – untuk menentukan sama ada pengurusan kewangan di Kementerian/Jabatan/Agensi dilaksanakan mengikut undang-undang dan peraturan kewangan yang berkaitan.

1.3 Pengauditan Prestasi – untuk menentukan sama ada sesuatu aktiviti Kerajaan dilaksanakan dengan cekap, berhemat dan mencapai objektif/matlamat yang ditetapkan. 2. Laporan saya mengenai Penyata Akaun Awam Dan Aktiviti Kementerian/Jabatan/Agensi Negeri Tahun 2004 ini disediakan hasil daripada pengauditan sepanjang tahun 2004 melalui 3 kaedah pengauditan yang dinyatakan. Bagi tujuan pengesahan Penyata Akaun Awam Kerajaan Negeri Tahun 2004, pengauditan terhadap sistem perakaunan dan dokumen yang berkaitan dengan pembayaran dan terimaan telah dijalankan di Perbendaharaan Negeri serta 7 Pejabat Bendahari Daerah. Pengauditan tersebut melibatkan pemeriksaan terhadap 1,740 baucar bayaran bernilai RM81.71 juta, sebanyak 205 penyata pemungut bernilai RM32.80 juta dan 106 baucar jurnal bernilai RM364.38 juta. Pada masa yang sama, pengauditan pengurusan kewangan di 15 Kementerian/Jabatan/Agensi dan 7 pengauditan prestasi telah dijalankan. Berhubung dengan pengauditan prestasi, program/aktiviti yang diaudit adalah berkaitan dengan penternakan, perhutanan, penswastaan dan pelbagai kajian lain.

(10)

3. Semua Pegawai Pengawal yang berkenaan telah dimaklumkan tentang perkara yang akan dilaporkan untuk pengesahan mereka. Laporan ini turut mengandungi kedudukan masa kini perkara yang dibangkitkan dalam Laporan saya bagi tahun 2003 untuk memberi gambaran sejauh mana tindakan susulan dan pembetulan telah diambil oleh pihak Kementerian/Jabatan/ Agensi Negeri berkenaan terhadap isu yang telah dibangkitkan.

4. Pada umumnya, prestasi pengurusan kewangan di Kementerian/Jabatan/ Agensi Negeri pada tahun 2004 telah menunjukkan peningkatan namun ketidakpatuhan terhadap beberapa peraturan kewangan berhubung dengan kawalan hasil dan perbelanjaan, pengurusan aset dan penyelenggaraan rekod perakaunan di beberapa Jabatan/Agensi yang diaudit masih berlaku. Berhubung dengan pelaksanaan aktiviti pula, pada umumnya Jabatan/Agensi Kerajaan Negeri telah merancang aktiviti mereka dengan baik seperti menyediakan garis panduan yang lengkap, menetapkan matlamat pelaksanaan aktiviti, mengenal pasti keperluan kewangan dan guna tenaga serta menetapkan norma kerja. Bagaimanapun, dari segi pelaksanaan aktivitinya, tidak banyak kemajuan dapat dilaporkan. Beberapa kelemahan telah diperhatikan berpunca daripada kekurangan kakitangan dan peruntukan kewangan, penyeliaan yang kurang rapi serta tanpa pemantauan yang berterusan.

5. Jabatan Audit Negara terus mengambil beberapa pendekatan untuk membantu Kementerian/Jabatan/Agensi Negeri memperbaiki kelemahan pengurusan kewangan dan pelaksanaan aktivitinya. Antara pendekatan yang telah diambil adalah seperti berikut:

5.1 Program Anak Angkat – Program Anak Angkat telah dilaksanakan mulai tahun 2003. Asas pelaksanaan program ini adalah bagi mengatasi tanggapan bahawa Jabatan Audit Negara adalah sebuah Jabatan yang bersifat ’fault finder’ iaitu hanya mencari kesalahan kepada sifat developmental. Melalui program ini, lapan Jabatan/Agensi telah dipilih untuk diberikan bimbingan dan nasihat oleh Jabatan Audit Negara bagi membantu mereka memantapkan lagi tahap pengurusan kewangan terutamanya berhubung dengan penyelenggaraan rekod perakaunan. Sehingga akhir bulan April 2005, enam daripada 8 Jabatan/Agensi telah berjaya mengikuti program ini. Harapan saya, Jabatan/Agensi Negeri yang telah menamatkan program ini akan terus berusaha mengekalkan dan meningkatkan lagi tahap pengurusan kewangan di Jabatan/Agensi Negeri masing-masing. Pencapaian pelaksanaan program ini turut dilaporkan dalam Laporan ini.

5.2 Pengauditan Syarikat Kerajaan - Memandangkan penglibatan Kerajaan atau Agensi Kerajaan dalam syarikat Kerajaan/swasta melalui pegangan ekuiti, pemberian pinjaman/geran yang melibatkan jumlah kewangan yang besar dan meningkat dari tahun ke tahun, pengauditan terhadap syarikat berkenaan amatlah penting untuk menentukan wang awam yang terlibat digunakan dengan cara yang cekap, berhemat serta selaras dengan objektif yang ditetapkan. Sehubungan ini Jabatan Audit Negara telah mendapatkan perintah daripada Seri

(11)

vii Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk menjalankan pengauditan terhadap syarikat berkenaan selaras dengan peruntukan Seksyen 5(1)(d) Akta Audit 1957 pada 19 November 2003. Jabatan ini akan melaksanakan pengauditan terhadap beberapa syarikat mulai tahun 2005 dan pemerhatian Audit berhubung dengannya akan dilaporkan di dalam Laporan saya pada tahun 2005.

6. Pada pandangan saya, prestasi pengurusan kewangan dan pelaksanaan aktiviti Kerajaan Negeri dan Agensinya boleh terus dipertingkatkan sekiranya semua pihak yang terlibat mempunyai 5 perkara utama yang diringkaskan sebagai KASIH iaitu:

a) Knowledge – Setiap pegawai/kakitangan mempunyai pengetahuan yang cukup dalam bidang tugas masing-masing. Bagi tujuan ini, program latihan yang berterusan perlu dilaksanakan.

b) Attitude - Setiap pegawai/kakitangan melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing dengan penuh komitmen. Tidak ada sikap sambil lewa.

c) Skill – Setiap pegawai/kakitangan mempunyai kemahiran dalam bidang tugas masing-masing.

d) Interest - Setiap pegawai/kakitangan melaksanakan tugas mereka dengan penuh minat dan dedikasi.

e) Honesty - Setiap pegawai/kakitangan melaksanakan tugas mereka dengan jujur. 7. Laporan ini disediakan dalam 5 Bahagian seperti berikut :

Bahagian I : Penyata Akaun Awam Kerajaan Negeri Sabah Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2004

Bahagian II : Pengurusan Kewangan Kementerian/Jabatan Negeri Bahagian III : Aktiviti Kementerian/Jabatan Negeri Dan Kajian Khas

Bahagian IV : Badan Berkanun Negeri, Majlis Ugama Islam Dan Pihak Berkuasa Tempatan

Bahagian V : Perkara Am

8. Di samping memenuhi kehendak perundangan, saya berharap Laporan ini dapat dijadikan sebagai salah satu asas untuk memperbaiki segala kelemahan dan meningkatkan lagi tahap pengurusan wang awam. Ini penting bagi menjamin setiap Ringgit Malaysia yang dipungut dan dibelanjakan akan dapat menyumbang kepada pembangunan dan keselesaan hidup rakyat sesebuah negeri. Secara tidak langsung ianya akan menyumbang ke arah mewujudkan sebuah Negara Malaysia yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

(12)

9. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pegawai Kementerian/ Jabatan/Agensi yang telah memberikan kerjasama kepada pegawai saya sepanjang pengauditan dijalankan. Saya juga ingin melahirkan penghargaan dan terima kasih kepada pegawai saya yang telah berusaha gigih serta memberikan sepenuh komitmen untuk menyiapkan Laporan ini.

Ketua Audit Negara Malaysia

Putrajaya 6 Julai 2005

(13)
(14)

BAHAGIAN I : PENYATA AKAUN AWAM KERAJAAN NEGERI SABAH BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2004

1. Penyata Akaun Awam Kerajaan Negeri Sabah bagi tahun berakhir 31 Disember 2004

telah dapat disahkan kerana dokumen sokongan yang mencukupi bagi mengesahkan semua angka telah disediakan dengan sewajarnya. Pada keseluruhannya, Penyata Akaun Awam Kerajaan Negeri Sabah menunjukkan suatu gambaran yang benar dan saksama tentang kedudukan kewangan Kerajaan Negeri bagi tahun berakhir 31 Disember 2004.

2. Kedudukan kewangan Kerajaan Negeri pada tahun 2004 bertambah baik berbanding

pada tahun 2003. Kerajaan Negeri memperolehi surplus sejumlah RM228.16 juta kerana hasil sebenar yang diperolehi adalah berjumlah RM1.79 bilion berbanding perbelanjaan sebenar berjumlah RM1.56 bilion. Dengan surplus ini, Kerajaan Negeri mengakhiri tahun kewangan 2004 dengan lebihan terkumpul Akaun Hasil Disatukan sejumlah RM704.82 juta berbanding RM476.66 juta pada akhir tahun 2003.

BAHAGIAN II : PENGURUSAN KEWANGAN KEMENTERIAN/JABATAN NEGERI 3. Pengauditan pengurusan kewangan di Kementerian Kewangan Negeri, dua Pejabat

Bendahari Daerah dan 9 Kementerian/Jabatan/Pejabat yang lain menunjukkan tahap pengurusan kewangan adalah memuaskan. Penambahbaikan telah dibuat berbanding tahun lalu. Ketinggalan dan ketidakpatuhan peraturan yang belum diambil tindakan merupakan perkara yang mampu diambil tindakan segera.

4. Di bawah Program Penampilan Audit di 89 Kementerian/Jabatan/Pejabat yang dipilih

menunjukkan masih berlaku kelemahan penyelenggaraan rekod kewangan. Antara faktor utama yang menyebabkan wujudnya kelemahan tersebut ialah ketiadaan penyeliaan yang rapi oleh Pegawai Pengawal.

5. Pada tahun 2004, lapan Jabatan/Agensi telah menyertai Program Anak Angkat. Enam

daripadanya telah menunjukkan tahap pengurusan kewangan yang bertambah baik.

BAHAGIAN III : AKTIVITI KEMENTERIAN/JABATAN DAN KAJIAN KHAS

6. Jabatan Perhutanan Sabah : Pengurusan Pengeluaran Lesen Pembalakan Dan Kilang Serta Sistem Kawalan Hasil

Jabatan Perhutanan Sabah (Jabatan) yang ditubuhkan pada tahun 1914 adalah antara lain dipertanggungjawabkan untuk mengeluarkan lesen membalak dan lesen kilang berasaskan kepada Enakmen Hutan 1968 dan Peraturan Hutan 1969. Kajian Audit mendapati bahawa Jabatan mempunyai garis panduan yang lengkap mengenai

(15)

permohonan lesen serta pungutan hasil. Pada tahun 2004, Jabatan memungut hasil berjumlah RM384.38 juta. Kawalan pengeluaran lesen membalak dan kilang serta kutipan hasil adalah memuaskan. Bagaimanapun, garis panduan pengeluaran lesen membalak perlu dibukukan dengan teratur dan prosedur kerja berkaitan penguatkuasaan perlu dikemaskinikan. Jabatan Audit Negara juga berpendapat untuk mengoptimumkan kutipan hasil, pemberian lesen pembalakan hendaklah dibuat secara tender terbuka khususnya di luar kawasan FMU (Forest Management Unit).

7. Jabatan Perikanan Negeri Sabah : Projek Ternakan Rumpai Laut Di Sabah

Projek Ternakan Rumpai Laut di Sabah yang dijalankan oleh Jabatan Perikanan Negeri Sabah (Jabatan) bermula pada tahun 1999 secara perintis dengan peruntukan permulaan sejumlah RM7.74 juta. Mengikut kajian, kawasan perairan di Negeri Sabah seluas 102,414 hektar adalah berpotensi untuk dimajukan bagi ternakan rumpai laut. Pihak Audit mendapati penternakan rumpai laut telah berjaya meningkatkan pendapatan penternak. Namun demikian, oleh kerana kekurangan peruntukan, skim ini tidak dapat dilaksanakan secara meluas. Hanya seluas 113 hektar kawasan perairan telah dimajukan bagi ternakan rumpai laut. Bagaimanapun, penternakan rumpai laut ini masih boleh dipertingkatkan dengan mendapat kerjasama daripada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

8. Jabatan Perkhidmatan Haiwan Dan Perusahaan Ternak : Pengurusan Projek Lembu Tenusu

Projek Lembu Tenusu telah dimulakan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan Dan Perusahaan Ternak (Jabatan) sejak tahun 1980an. Objektif projek ini, antara lain adalah untuk meningkatkan pendapatan penternak dengan mengusahakan perladangan secara komersial, berdaya maju dan mampan serta meningkatkan pengeluaran susu segar untuk memenuhi permintaan tempatan dan dieksport. Keperluan terhadap susu segar di pasaran tempatan Negeri Sabah adalah 8 juta liter setahun. Pengeluaran susu daripada penternakan lembu tenusu negeri mencapai 71% permintaan tempatan. Jenis lembu yang diternak ialah baka kacukan Friesian Sahiwal yang diimport dari New Zealand. Bagi tempoh tahun 2001 hingga 2004 sebanyak 1,770 ekor lembu diimport melibatkan perbelanjaan berjumlah RM11.27 juta. Pengeluaran susu pada tahun 2004 mencapai sebanyak 5 juta liter berbanding 4.54 juta liter pada tahun 2003. Kerosakan susu mencatatkan peningkatan sebanyak 2.6% berbanding pengeluaran dan memerlukan tindakan bersepadu pihak yang terlibat. Semua hasil susu dikumpul di Pusat Pengumpulan Susu Jabatan dan dijual kepada syarikat pengilang. Jabatan bertindak untuk membayar susu yang dikeluarkan oleh penternak mengikut kadar RM1.00 setiap liter dan kemudian menuntut bayaran dari syarikat. Syarikat berkenaan masih belum menjelaskan tuntutan Jabatan berjumlah RM6.59 juta.

9. Jabatan Pembangunan Sumber Manusia : Pengurusan Program Latihan Di Institut Latihan Teknikal Dan Perdagangan (Institut)

Pengurusan program latihan kemahiran yang teratur dan relevan perlu bagi menjamin keberkesanan program latihan di samping dapat menampung keperluan industri terhadap

(16)

tenaga mahir. Institut telah menganjurkan 9 jenis kursus/latihan setahun kepada para belia manakala setakat tahun 2004, Institut telah melahirkan seramai 6,121 graduan. Secara keseluruhannya, pengurusan program latihan adalah memuaskan. Namun kekangan kewangan Kerajaan Negeri telah menyebabkan program latihan mengikut piawaian Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) hanya dapat dilaksanakan secara berperingkat manakala kekosongan jawatan tenaga pengajar tidak diisi dan kemudahan fizikal tidak dilaksanakan seperti mana yang dirancang. Analisis terhadap keberkesanan program latihan mendapati hanya sebilangan kecil saja telah bekerja/berniaga. Oleh yang demikian, satu kajian keberkesanan program secara menyeluruh perlu dijalankan bagi tujuan menentukan sama ada kursus/latihan yang dianjurkan masih relevan dengan perkembangan masa kini dan di masa hadapan.

BAHAGIAN IV : BADAN BERKANUN NEGERI, MAJLIS UGAMA ISLAM DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN

10. Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah : Pengurusan Kewangan

Pengurusan kewangan Lembaga secara keseluruhannya adalah memuaskan. Pihak Lembaga telah berusaha untuk mempertingkatkan lagi tahap pengurusan dengan mengambil tindakan susulan terhadap perkara yang dibangkitkan oleh pihak Audit. Namun begitu, Jawatankuasa Pengurusan Kewangan Dan Akaun belum ditubuhkan dan Jawatankuasa Audit Dan Pemeriksaan juga belum pernah bersidang sejak penubuhannya. Jawatankuasa ini perlu dipergiatkan supaya pengurusan kewangan Lembaga dipantau dengan lebih berkesan.

11. Majlis Daerah Keningau Dan Majlis Daerah Labuk Sugut, Beluran : Pengurusan Kewangan

Pengurusan kewangan di Majlis Daerah Keningau dan Labuk Sugut (Majlis) mempunyai banyak kelemahan yang perlu diperbaiki terutamanya berhubung kawalan pengurusan seperti penyediaan Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja. Majlis perlu meningkatkan kawalan hasil terutamanya dari aspek penyeliaan terhadap rekod kewangan dan kemasukan wang tunai ke bank. Dari segi kawalan perbelanjaan, Majlis perlu memberi perhatian berhubung penurunan kuasa dan penyelenggaraan Daftar Bil. Selain itu, pengurusan deposit dan aset juga kurang memuaskan dari segi penyelenggaraan rekod dan pematuhan terhadap peraturan yang berkaitan.

12. Korporasi Pembangunan Desa : Projek Ternakan Ayam

Projek Penternakan Ayam Daging secara kontrak ialah projek sosioekonomi Kerajaan dan telah diperkenalkan oleh Korporasi Pembangunan Desa (Korporasi) pada tahun 1989. Antara tujuan utama projek ini ialah untuk memperbaiki kedudukan sosioekonomi penduduk luar bandar khususnya yang miskin. Sepanjang tempoh tahun 2001 hingga 2004 projek ini telah mendatangkan hasil berjumlah RM30 juta dan pendapatan bersih penternak ialah RM5.15 juta. Secara purata pendapatan penternak setahun ialah

(17)

RM10,635. Selain itu para peserta juga telah berjaya membuat simpanan wajib di Korporasi berjumlah RM0.32 juta sepanjang tempoh tersebut. Projek ini juga telah menghasilkan pendapatan kepada Korporasi berjumlah RM29.99 juta dengan lebihan pendapatan RM5.24 juta. Namun demikian, syarikat pembekal anak ayam dan makanan ayam gagal membuat bekalan mengikut jadual. Selain itu, syarikat yang membeli hasil ternakan juga gagal membuat bayaran kepada penternak pada tempoh yang ditetapkan. Keadaan ini telah menjejaskan kelicinan pelaksanaan projek. Korporasi perlu mengkaji semula skim program penternakan ayam untuk menentukan tatacara dan bentuk bantuan kepada penternak, sebagai contoh menghadkan bantuan setakat 4 pusingan sahaja. Selepas itu penternak digalakkan untuk berdikari membeli dan menjual ayam manakala Korporasi hanya membantu dari aspek kepakaran dan perkhidmatan lain yang diperlukan.

13. Majlis Perbandaran Tawau : Pengurusan Pelesenan Di Premis Perniagaan

Secara keseluruhannya, pengurusan pemberian lesen di Majlis Perbandaran Tawau (Majlis) telah dilaksanakan dengan memuaskan kecuali beberapa perkara yang perlu diberi perhatian iaitu mengenai penyelenggaraan fail pelesen, maklumat sistem komputer yang kemas kini dan kelewatan memproses permohonan. Selain itu, Majlis perlu menggiatkan aktiviti penguatkuasaan oleh kerana pemeriksaan Audit di premis perniagaan mendapati pelesen gagal mematuhi syarat pelesenan. Keadaan ini menjejaskan keselamatan di premis serta mengakibatkan kehilangan hasil Majlis.

14. Majlis Perbandaran Sandakan : Penswastaan Pungutan Sampah

Perkhidmatan pungutan sampah di kawasan perkadaran Majlis Perbandaran Sandakan telah diswastakan pada awal bulan Januari 1999 untuk tempoh 10 tahun. Kajian awal penswastaan tidak dilaksanakan dan cadangan penswastaan tidak dirujuk kepada Jawatankuasa Penswastaan Negeri. Selain itu, draf perjanjian kontrak tersebut tidak dikemukakan kepada pejabat Peguam Besar Negeri Sabah untuk semakan maka ada beberapa syarat perjanjian yang tidak melindungi kepentingan kerajaan antaranya Bon Pelaksanaan yang tidak mengikut perkiraan yang ditetapkan serta bayaran yang tidak realistik. Bagaimanapun, pada keseluruhannya penswastaan pemungutan sampah ini telah dilaksanakan dengan berkesan kerana mutu perkhidmatan yang diberikan adalah memuaskan dan bertambah baik.

(18)

BAHAGIAN I

PENYATA AKAUN AWAM

KERAJAAN NEGERI

(19)

BAHAGIAN I

PENYATA AKAUN AWAM KERAJAAN NEGERI SABAH BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2004

1. PENDAHULUAN

1.1 Penyata Akaun Awam Kerajaan Negeri Sabah melaporkan semua urus niaga

kewangan bagi tahun 2004 yang berkaitan dengan sumber dan penggunaan wang awam. Penyata tersebut antara lainnya mengandungi Lembaran Imbangan, Penyata Akaun Memorandum dan Nota Kepada Akaun.

1.2 Selaras dengan Seksyen 16(1) Akta Acara Kewangan 1957, Pihak Berkuasa

Kewangan Negeri dikehendaki menyedia Penyata Akaun Awam secepat mungkin selepas penutupan akaun tahunan. Penyata tersebut hendaklah dikemukakan kepada Ketua Audit Negara dalam tempoh 7 bulan untuk diaudit seperti diperuntukkan di bawah Seksyen 9 Akta Audit 1957. Jabatan Bendahari Negeri telah mengemukakan Penyata Akaun Awam bagi tahun berakhir 31 Disember 2004 kepada Jabatan Audit Negara pada 25 April 2005.

1.3 Penyata Akaun Awam telah disediakan mengikut format yang diseragamkan bagi

setiap negeri selaras dengan cadangan yang dibuat oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Namun demikian pengubahsuaian dibuat sekiranya ia berkaitan dengan undang-undang negeri yang menghendaki sebaliknya. Contohnya Sistem Perakaunan Berkomputer Standard Kerajaan Negeri (SPEKS) yang belum digunakan dan cek bernilai RM50,000 ke atas tidak dikeluarkan oleh Jabatan Mengakaun Sendiri. Selain itu, hasil Kerajaan dikategorikan kepada 8 kelas dan tunggakan hasil mengambilkira faedah pinjaman kepada Agensi. Pengauditan terhadap Penyata Akaun Awam adalah untuk mengesah dan memastikan ketepatannya serta memberi pendapat sama ada Penyata itu menggambarkan kedudukan yang benar dan saksama serta mengikut prinsip perakaunan yang diterima umum. Bagi menentukan sama ada sesuatu kesilapan adalah material, faktor yang diambil kira ialah jumlah nilai kesilapan dalam akaun, corak (nature) kesilapan dan juga keadaan di bawah mana transaksi itu berlaku.

2. PENGESAHAN PENYATA AKAUN AWAM

2.1 Pengauditan Penyata Akaun Awam telah dilaksanakan mengikut Akta Audit 1957 dan

berpandukan kepada Piawaian Pengauditan Yang Diluluskan. Akta dan Piawaian tersebut menghendaki pengauditan dirancang dan dilaksanakan bagi mendapat kepastian yang munasabah sama ada Penyata Akaun Awam adalah bebas daripada kesilapan dan ketinggalan yang ketara. Pengauditan itu termasuk memeriksa rekod secara semak uji, menyemak bukti yang menyokong angka dan memastikan penzahiran yang mencukupi mengenai penyediaan Penyata Akaun Awam.

(20)

2.2 Pada pendapat Audit, Penyata Akaun Awam Kerajaan Negeri ini menunjukkan gambaran benar dan saksama terhadap kedudukan kewangan Kerajaan Negeri Sabah pada 31 Disember 2004. Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Akaun

Awam ini dan ringkasan Penyata Akaun Awam yang telah diaudit adalah seperti di

Lampiran I dan II. Prestasi persembahan Penyata Akaun Awam Kerajaan Negeri

hendaklah terus dikekalkan supaya sijil berbentuk tanpa teguran terus dapat dikeluarkan pada tahun akan datang. Usaha ini penting bagi memastikan akauntabiliti awam terhadap pengurusan kewangan Kerajaan Negeri terus dipertingkatkan.

3. ANALISIS TERHADAP PENYATA AKAUN AWAM

3.1 Analisis Penyata Akaun Awam dibuat bagi menilai kedudukan kewangan Kerajaan

Negeri Sabah pada akhir tahun 2004 berbanding dengan kedudukan pada akhir tahun 2003. Penilaian ini adalah berdasarkan kepada 2 jenis penyata utama iaitu Lembaran Imbangan dan Penyata Akaun Memorandum. Kedua penyata ini memberikan gambaran berbeza di mana Lembaran Imbangan menunjukkan keadaan sebenar kewangan Kerajaan Negeri pada akhir tahun berkenaan yang berasaskan tunai, sementara Penyata Akaun Memorandum mengandungi maklumat mengenai kedudukan kewangan Kerajaan Negeri yang lebih bercorak jangka panjang.

3.2 KEDUDUKAN KEWANGAN KERAJAAN NEGERI

3.2.1 Kedudukan kewangan sesebuah Negeri dapat dinilai daripada maklumat

kewangan yang terkandung di Lembaran Imbangan dan Penyata Akaun Memorandum. Lembaran Imbangan digunakan untuk mengakaunkan Kumpulan Wang Disatukan yang ditubuhkan melalui Perkara 97(1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan. Kumpulan Wang Disatukan ini terdiri daripada 3 akaun iaitu Akaun Hasil Disatukan, Akaun Amanah Disatukan dan Akaun Pinjaman Disatukan. Kedudukan kewangan Kerajaan Negeri Sabah pada akhir bulan Disember 2004 adalah seperti di Jadual 1.

(21)

Jadual 1

Kedudukan Kumpulan Wang Disatukan Mengikut Lembaran Imbangan Bil. Butiran Tahun 2003 (RM Juta) Tahun 2004 (RM Juta) Peningkatan/ (Penurunan) (RM Juta)

1. Akaun Hasil Disatukan 476.66 704.82 228.16 2. Akaun Amanah Disatukan (75.91) (27.82) 48.09

Terdiri daripada:

i) Kumpulan Wang Pembangunan (700.22) (729.54) (29.32)

ii) Kumpulan Wang Khas 50.05 50.05 -

iii) Kumpulan Wang Amanah Kerajaan 78.81 108.95 30.14

iv) Akaun Amanah Pelbagai 32.90 38.04 5.14

v) Deposit 269.42 271.75 2.33

vi) Akaun Kena Bayar 193.13 232.93 39.80

3. Akaun Pinjaman Disatukan - - -

Jumlah 400.75 677.00 276.25

Sumber: Penyata Akaun Awam Negeri Sabah

3.2.2 Mengikut Lembaran Imbangan, jumlah Kumpulan Wang Disatukan pada akhir

tahun 2004 adalah RM677 juta. Jumlah tersebut terdiri daripada aset berbentuk wang tunai sejumlah RM86.22 juta dan pelaburan sejumlah RM590.78 juta. Kumpulan Wang Disatukan Kerajaan Negeri telah mengalami pertambahan sejumlah RM276.25 juta iaitu daripada RM400.75 juta pada tahun 2003 menjadi RM677 juta pada tahun 2004. Punca utama pertambahan ini adalah disebabkan oleh peningkatan Akaun Hasil Disatukan dan Akaun Amanah Disatukan masing-masing sejumlah RM228.16 juta dan RM48.09 juta. Kedudukan kewangan Kerajaan Negeri adalah kukuh di mana aset yang berjumlah RM677 juta dapat menampung tanggungan berjumlah RM570.53 juta yang terdiri daripada Akaun Kena Bayar sejumlah RM232.93 juta, deposit sejumlah RM271.75 juta dan tunggakan ansuran bayaran balik pinjaman berjumlah RM65.85 juta.

3.2.3 Mengikut Penyata Akaun Memorandum, kedudukan kewangan Kerajaan Negeri

(22)

Jadual 2

Kedudukan Aset Dan Tanggungan Mengikut Penyata Akaun Memorandum

Bil Butiran Tahun 2003 (RM Juta) Tahun 2004 (RM Juta) Peningkatan/ (Penurunan) (RM Juta) 1. Aset

Penyata Hasil Belum Terima 446.99 461.40 14.41 Pinjaman Boleh Dituntut 1,658.40 1,596.34 (62.06) Pelaburan 2,483.02 2,498.02 15.00

Jumlah Aset 4,588.41 4,555.76 (32.65)

2. Tanggungan

Hutang Kerajaan Negeri 762.59 787.99 25.40

Jumlah Tanggungan 762.59 787.99 25.40 Sumber: Penyata Akaun Awam Negeri Sabah

3.2.4 Jumlah aset yang dinyatakan mengikut Penyata Akaun Memorandum telah

menurun sejumlah RM32.65 juta iaitu daripada RM4.59 bilion pada tahun 2003 menjadi RM4.56 bilion pada tahun 2004. Pengurangan ini berpunca daripada pinjaman boleh dituntut yang berkurang sejumlah RM62.06 juta. Selain itu, pelaburan dan tunggakan hasil meningkat masing-masing RM15 juta dan RM14.41 juta. Manakala jumlah tanggungan meningkat sejumlah RM25.40 juta iaitu daripada RM762.59 juta pada tahun 2003 menjadi RM787.99 juta pada tahun 2004.

Pada pendapat Audit, kedudukan kewangan Kerajaan Negeri Sabah adalah kukuh. Jumlah aset adalah mencukupi untuk menampung jumlah tanggungan. Kerajaan Negeri perlu terus mengawal perbelanjaan supaya kedudukan surplus berterusan.

LEMBARAN IMBANGAN 3.3 AKAUN HASIL DISATUKAN

3.3.1 Kerajaan Negeri telah mengakhiri tahun kewangan 2004 dengan surplus

berjumlah RM228.16 juta. Lebihan ini berpunca daripada kutipan hasil Kerajaan Negeri berjumlah RM1.79 bilion berbanding perbelanjaan sebenar berjumlah RM1.56 bilion.

3.3.2 Hasil

Pada keseluruhannya hasil yang dikutip oleh Kerajaan Negeri Sabah pada tahun 2004 berjumlah RM1.79 bilion iaitu menurun sejumlah RM93.83 juta berbanding tahun 2003 berjumlah RM1.88 bilion. Hasil ini diklasifikasikan kepada 8 kategori seperti di Jadual 3.

(23)

Jadual 3

Pungutan Hasil Tahun 2003 Dan 2004

Kelas Perihal Tahun 2003

(RM Juta) Tahun 2004 (RM Juta) Lebihan/ (Kurangan) (RM Juta)

I Cukai dan Lesen 1,087.96 1,204.02 116.06 II Hasil Daripada Perkhidmatan Kerajaan

Yang Tertentu

2.80 3.04 0.24 III Hasil Daripada Perkhidmatan Yang

Berupa Perniagaan

81.75 92.96 11.21 IV Hasil Daripada Harta Kerajaan 118.37 81.92 (36.45) V Pelabuhan dan Dermaga 2.52 2.18 (0.34) VI Pelbagai Hasil 289.67 175.61 (114.06) VII Bayaran Peruntukan Persekutuan,

Bayaran Balik dan Hasil Peruntukan

249.34 124.44 (124.90) VIII Peruntukan Persekutuan, Sumbangan

dan Bayaran Balik

47.21 101.62 54.41

Jumlah 1,879.62 1,785.79 (93.83) Sumber : Penyata Akaun Awam Negeri Sabah

Analisis Audit mendapati sebanyak 51 butiran hasil mengalami peningkatan berjumlah RM355.86 juta dan sebanyak 45 butiran mengalami penurunan berjumlah RM449.69 juta. Berikut adalah peningkatan dan penurunan yang ketara bagi butiran hasil tersebut.

a) Peningkatan Hasil Yang Ketara i) Penjualan Pelaburan

Hasil daripada penjualan pelaburan telah meningkat sejumlah RM84 juta bersamaan 133.3%. Hasil yang dikutip pada tahun 2004 berjumlah RM147 juta berbanding RM63 juta pada tahun 2003. Jumlah RM147 juta ini merupakan pembayaran baki daripada RM210 juta bagi penjualan pelaburan menerusi penswastaan operasi 7 pelabuhan dari Lembaga Pelabuhan-pelabuhan Sabah kepada 1 syarikat swasta.

ii) Royalti Petroleum

Kutipan royalti petroleum telah meningkat sejumlah RM47.53 juta bersamaan 22.9% menjadi RM254.89 juta pada tahun 2004 berbanding RM207.36 juta pada tahun 2003. Hasil ini meningkat disebabkan prestasi pengeluaran yang bertambah baik.

iii) Cukai Jualan Atas Minyak Kelapa Sawit

Cukai jualan kelapa sawit telah meningkat sejumlah RM44.39 juta bersamaan 13.6%. Hasil yang dikutip pada tahun 2004 berjumlah RM371.01 juta berbanding RM326.62 juta pada tahun 2003. Peningkatan ini disebabkan prestasi pengeluaran yang bertambah baik. Selain itu, harga purata minyak kelapa sawit

(24)

pada tahun 2004 adalah lebih tinggi iaitu RM1,618 satu metrik tan berbanding dengan RM1,538 satu metrik tan pada tahun 2003.

b) Penurunan Hasil Yang Ketara

i) Perolehan Daripada Pemindahan Pinjaman kepada Kumpulan Wang Badan-badan Berkanun Dan Lain-lain

Perolehan daripada pemindahan pinjaman kepada Kumpulan Wang Badan-badan Berkanun dan Lain-lain telah menurun sejumlah RM194.39 juta atau 99.5%. Jumlah yang dikutip pada tahun 2004 adalah RM882,868 berbanding RM195.27 juta pada tahun 2003. Penurunan ini disebabkan tidak banyak agensi membuat bayaran balik kepada Kumpulan Wang ini. Pada tahun 2004, bayaran balik pinjaman hanya berjumlah RM64.58 juta berbanding RM295.80 juta pada tahun 2003.

ii) Faedah Daripada Pinjaman kepada Badan Berkanun

Faedah dari Pinjaman kepada Badan Berkanun telah menurun sejumlah RM43.35 juta atau 83.9% menjadi RM 8.34 juta pada tahun 2004 berbanding RM51.69 juta pada tahun 2003. Penurunan hasil disebabkan bayaran balik pinjaman daripada Badan Berkanun berkurangan. Hanya RM14.32 juta dibayar balik oleh 2 Badan Berkanun berbanding RM57.19 juta oleh 5 Badan Berkanun pada tahun 2003.

iii) Premium Tanah

Kutipan premium tanah telah menurun sejumlah RM37.46 juta atau 33.6%. Hasil yang dikutip pada tahun 2004 berjumlah RM73.94 juta berbanding RM111.40 juta pada tahun 2003. Penurunan hasil disebabkan tidak banyak pembayaran premium pada tahun 2004 berbanding sejumlah RM40.70 juta daripada 1 syarikat swasta pada tahun 2003.

3.3.3 Perbelanjaan Mengurus

Perbelanjaan mengurus pada tahun 2004 berjumlah RM1.56 bilion berbanding RM1.73 bilion pada tahun 2003 iaitu menurun sejumlah RM167.64 juta atau 9.7%. Pada keseluruhannya, punca utama penurunan perbelanjaan mengurus tahun 2004 adalah disebabkan perbelanjaan khas dan perbelanjaan gaji masing-masing menurun sejumlah RM248.42 juta dan RM6.76 juta. Manakala perbelanjaan lain berulang setiap tahun meningkat sejumlah RM87.54 juta. Kedudukan perbelanjaan mengurus mengikut kategori pada tahun 2004 berbanding tahun 2003 adalah seperti di Jadual 4.

(25)

Jadual 4

Perbelanjaan Mengurus Pada Tahun 2003 Dan 2004

Bil. Kategori Perbelanjaan Tahun 2003 (RM Juta) Tahun 2004 (RM Juta) Peningkatan/ (Penurunan) (RM Juta) 1. Gaji 455.44 448.68 (6.76) 2. Perbelanjaan Lain

Berulang Setiap Tahun

388.80 476.34 87.54 3. Perbelanjaan Khas 881.03 632.61 (248.42)

Jumlah 1,725.27 1,557.63 (167.64)

Sumber : Penyata Akaun Awam Negeri Sabah

Analisis Audit selanjutnya mendedahkan antara butiran perbelanjaan yang menunjukkan peningkatan dan penurunan ketara adalah seperti berikut:

a) Peningkatan Perbelanjaan Yang Ketara i) Pembelian Peralatan Bekalan Air

Perbelanjaan mengurus berjumlah RM80.97 juta yang dilakukan oleh Jabatan Air untuk pembelian peralatan bagi meningkatkan kualiti pengagihan air. Ini merupakan peningkatan sejumlah RM35.24 juta berbanding RM45.73 juta pada tahun 2003.

ii) Caruman Kepada Pihak Berkuasa Tempatan

Caruman kepada Pihak Berkuasa Tempatan meningkat sejumlah RM17.26 juta menjadi RM22.76 juta berbanding RM5.50 juta pada tahun 2003. Peningkatan caruman ini adalah untuk menyelesaikan jumlah tunggakan bantuan dan pemberian kepada Pihak Berkuasa Tempatan.

b) Penurunan Perbelanjaan Yang Ketara

i) Pelaburan Ekuiti Di Perbadanan Awam/Badan Berkanun

Pada tahun 2004, pelaburan ekuiti di Perbadanan Awam/Badan Berkanun menurun sejumlah RM170.93 juta. Ini disebabkan Kerajaan Negeri hanya membuat pelaburan ekuiti di satu Perbadanan Awam sejumlah RM15 juta berbanding dengan RM185.93 juta di empat Perbadanan Awam pada tahun 2003.

ii) Caruman kepada Kumpulan Wang Bekalan Air

Caruman kepada Kumpulan Wang Bekalan Air menurun sejumlah RM52 juta menjadi RM3 juta berbanding dengan RM55 juta pada tahun 2003.

iii) Penukaran Pinjaman Kepada Geran

Pada tahun 2004, penukaran pinjaman kepada geran menurun sejumlah RM88.98 juta. Ini disebabkan Kerajaan Negeri hanya meluluskan penukaran pinjaman kepada geran berjumlah RM62 juta kepada satu Perbadanan Awam

(26)

dan satu Badan Berkanun berbanding dengan RM150.98 juta kepada satu Perbadanan Awam dan satu Badan Berkanun pada tahun 2003.

3.4 AKAUN AMANAH DISATUKAN

3.4.1 Akaun Amanah Disatukan terdiri daripada Kumpulan Wang Pembangunan,

Kumpulan Wang Khas, Kumpulan Wang Amanah Kerajaan, Akaun Amanah Pelbagai, Deposit dan Akaun Kena Bayar. Pada akhir tahun 2004, Akaun Amanah Disatukan berbaki defisit berjumlah RM27.82 juta berbanding baki defisit RM75.91 juta pada tahun 2003. Kedudukan adalah seperti berikut:

3.4.2 Kumpulan Wang Pembangunan

Kerajaan Negeri mendapat dana pinjaman daripada Kerajaan Persekutuan. Dana tersebut akan disalurkan kepada Kumpulan Wang Pembangunan untuk membiayai projek pembangunan Negeri serta dipinjam semula kepada Agensi Negeri. Selain itu, Kerajaan Negeri juga mendapat pemberian daripada Kerajaan Persekutuan. Pada tahun 2004, Kumpulan Wang Pembangunan telah mencatat defisit sejumlah RM29.32 juta berbanding lebihan sejumlah RM32.57 juta pada tahun 2003. Dengan kekurangan ini baki defisit terkumpul meningkat menjadi RM729.54 juta berbanding RM700.22 juta pada tahun 2003. Perbelanjaan pembangunan pada tahun 2004 meningkat sejumlah RM85.22 juta menjadi RM485.77 juta berbanding RM400.55 juta pada tahun 2003. Perbelanjaan di bawah satu Jabatan dan 5 Kementerian meningkat sejumlah RM92.85 juta menjadi RM378.95 juta berbanding RM286.10 juta pada tahun 2003. Manakala perbelanjaan di bawah 5 Kementerian menurun sejumlah RM7.63 juta menjadi RM106.83 juta berbanding RM114.46 juta pada tahun 2003. Berikut adalah prestasi beberapa butiran perbelanjaan yang berubah dengan ketara:

a) Peningkatan Perbelanjaan Yang Ketara

Pada tahun 2004, beberapa butiran perbelanjaan pembangunan meningkat dengan ketara. Antaranya adalah perbelanjaan bagi 4 projek bekalan air di bawah Kementerian Pembangunan Infrastruktur berjumlah RM159.19 juta berbanding RM102.11 juta pada tahun 2003. Selain itu, perbelanjaan bagi peruntukan khas di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar meningkat sejumlah RM12.43 juta menjadi RM23.72 juta berbanding dengan RM11.29 juta pada tahun 2003.

b) Penurunan Perbelanjaan Yang Ketara

Perbelanjaan yang menurun adalah tidak begitu ketara. Antaranya adalah perbelanjaan program penyewaan rumah dan penempatan semula yang menurun sejumlah RM3.31 juta menjadi RM5.19 juta berbanding RM8.50 juta pada tahun 2003. Selain itu, projek di bawah rancangan tebatan banjir serta program pengawasan dan pengawalan perosak yang dilaksanakan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan masing-masing menurun sejumlah RM1.99 juta dan RM1.24 juta.

(27)

3.4.3 Kumpulan Wang Khas

Kumpulan Wang Khas ditubuhkan di bawah Seksyen 9 Akta Acara Kewangan 1957. Kumpulan Wang ini terdiri daripada akaun yang tidak aktif dan dilaburkan sebagai simpanan tetap. Pada tahun 2004, akaun ini berbaki RM50.05 juta. Sejumlah RM50 juta terdiri daripada peruntukan bagi Tabung Amanah Warisan Negeri Sabah yang diwujudkan pada tahun 1996. Setakat kini, Tabung ini belum beroperasi.

3.4.4 Kumpulan Wang Amanah Kerajaan

Kumpulan Wang Amanah Kerajaan ditubuhkan di bawah Seksyen 10 Akta Acara Kewangan 1957 bagi maksud tertentu. Sebahagian daripada Kumpulan Wang ini adalah bercorak kumpulan wang pusingan. Sumber kewangan Kumpulan Wang ini adalah daripada peruntukan Kerajaan. Kumpulan Wang Amanah Kerajaan terdiri daripada 5 Akaun utama iaitu Akaun Antara Pentadbiran, Akaun Amanah Penyelesaian, Akaun Perniagaan, Akaun Pinjaman dan Kumpulan Wang Luar Jangka. Pada akhir tahun 2004, baki keseluruhan Kumpulan Wang Amanah Kerajaan berjumlah RM108.95 juta berbanding RM78.81 juta pada tahun 2003. Peningkatan sejumlah RM30.14 juta atau 38.2% adalah disebabkan pendahuluan diri sejumlah RM26.34 juta telah dijelaskan untuk Akaun Pinjaman dan lebihan hasil daripada perbelanjaan sejumlah RM9.03 juta bagi Kumpulan Wang Sewa Loji (Penyenggaraan) di Akaun Perniagaan.

3.4.5 Akaun Amanah Pelbagai

Akaun Amanah Pelbagai terdiri daripada 46 butiran. Baki keseluruhan akaun ini telah meningkat sejumlah RM5.14 juta atau 15.6% menjadi RM38.04 juta pada tahun 2004 berbanding RM32.90 juta pada tahun 2003. Peningkatan tersebut adalah disebabkan peningkatan masing-masing sejumlah RM3.68 juta dan RM1.43 juta bagi Projek Perhutanan Masyarakat dan Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok.

3.4.6 Deposit

Pada akhir tahun 2004, baki deposit yang terdiri daripada 58 akaun berjumlah RM271.75 juta. Jumlah ini meningkat sejumlah RM2.33 juta berbanding RM269.42 juta pada tahun 2003. Peningkatan ini adalah disebabkan pertambahan bagi cagaran pengguna air, deposit bagi pemberian lesen kepada pemaju perumahan dan Tabung Pemulihan Hutan masing-masing berjumlah RM2.23 juta, RM1.32 juta dan RM1.18 juta. Manakala cagaran lesen kayu balak dan hasil lelong kayu balak sementara menunggu keputusan menurun sejumlah RM2.80 juta.

3.4.7 Akaun Kena Bayar

Akaun ini diwujudkan bagi menyelesaikan tanggungan Kerajaan Negeri terhadap pelbagai bekalan dan perkhidmatan pada akhir tahun yang perlu dijelaskan pada awal tahun berikutnya. Pada akhir tahun 2004, baki akaun ini berjumlah RM232.93 juta berbanding RM193.13 juta pada tahun 2003. Ini menunjukkan peningkatan sejumlah RM39.80 juta atau 20.6%. Daripada amaun ini, pembayaran yang dikenakan oleh

(28)

pelbagai Kementerian/Jabatan Bukan Mengakaun Sendiri dan Jabatan Perhutanan telah meningkat sejumlah RM45.45 juta. Manakala 3 Jabatan Mengakaun Sendiri menunjukkan penurunan sejumlah RM5.65 juta.

3.5 AKAUN PINJAMAN DISATUKAN

Akaun Pinjaman Disatukan adalah satu akaun yang digunakan untuk mengakaun penerimaan pinjaman dan pindahan terimaan pinjaman ke Akaun Kumpulan Wang Pembangunan. Pada akhir tahun 2004, Akaun ini tidak mempunyai baki seperti pada tahun 2003 dan tahun sebelumnya. Pinjaman yang diperolehi akan diambil kira pada akaun ini sebelum dipindahkan kesemuanya kepada Kumpulan Wang Pembangunan. Pada tahun 2004, sejumlah RM52.35 juta telah diterima daripada Kerajaan Persekutuan untuk membiayai projek Bekalan Air.

PENYATA MEMORANDUM 3.6 PINJAMAN BOLEH DITUNTUT

3.6.1 Pinjaman boleh dituntut merupakan pinjaman Kerajaan Negeri kepada

Perbadanan Awam, Badan Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan dan Agensi lain yang boleh dituntut balik. Pada tahun 2004, baki pinjaman Kerajaan Negeri kepada 34 Agensi adalah berjumlah RM1.59 bilion berbanding RM1.65 bilion pada tahun 2003. Penurunan sejumlah RM59.93 juta ini adalah disebabkan pinjaman sejumlah RM60.36 juta ditukar menjadi geran dan bayaran balik pinjaman sejumlah RM4.22 juta. Selain itu, satu pinjaman baru berjumlah RM4.65 juta telah dikeluarkan pada tahun 2004.

3.6.2 Pada tahun 2004, enam Agensi peminjam membuat bayaran balik pinjaman

berjumlah RM64.58 juta. Sejumlah RM50 juta atau 77.4% daripada bayaran balik tersebut merupakan ansuran bayaran tahun 2004 dan baki RM14.58 juta bagi tahun 2002 dan sebelumnya. Dengan itu, tunggakan bayaran balik pinjaman meningkat sejumlah RM41.94 juta menjadi RM1.11 bilion berbanding RM1.07 bilion pada akhir tahun 2003. Kedudukan tunggakan ansuran bayaran balik oleh Agensi berkenaan adalah seperti di Jadual 5.

(29)

Jadual 5

Tunggakan Bayaran Balik Pinjaman Pada Tahun 2004

Agensi Peminjam Bil.

Baki pada 1.1.2004 (RM Juta) Bayaran Balik Semasa (RM Juta) Bayaran Diterima (RM Juta) Baki Pada 31.12.2004 (RM Juta) Perbadanan Awam 6 268.31 50.02 50.00 268.33 Badan Berkanun 8 751.35 56.07 14.32 793.10 Pihak Berkuasa Tempatan 12 44.10 0.05 0.02 44.13 Agensi Lain 7 6.36 0.38 0.24 6.50

Jumlah 33 1,070.12 106.52 64.58 1,112.06 Sumber: Penyata Akaun Awam Negeri Sabah

3.7 PELABURAN

3.7.1 Pada 31 Disember 2004 simpanan tetap Kerajaan Negeri adalah berjumlah

RM590.78 juta. Jumlah ini meningkat sejumlah RM263.51 juta berbanding RM327.27 juta pada tahun 2003. Kerajaan Negeri juga melabur sejumlah RM2.50 bilion di 24 Perbadanan Awam dan 3 Badan Berkanun. Jumlah ini meningkat sejumlah RM15 juta berbanding RM2.48 bilion pada akhir tahun 2003. Peningkatan ini adalah disebabkan penukaran dividen menjadi ekuiti Kerajaan Negeri di sebuah bank tempatan.

3.7.2 Pelaburan di 24 Perbadanan Awam dan 3 Badan Berkanun masing-masing

berjumlah RM1.75 bilion dan RM747.48 juta. Sehingga akhir tahun 2004, Kerajaan Negeri telah menerima dividen berjumlah RM36.46 juta daripada 7 Perbadanan Awam dan 3 Badan Berkanun. Sejumlah RM21.46 juta merupakan dividen yang diterima secara tunai. Manakala baki sejumlah RM15 juta adalah daripada sebuah bank tempatan yang ditukarkan kepada ekuiti Kerajaan Negeri.

3.8 TUNGGAKAN HASIL

3.8.1 Pada akhir tahun 2004, tunggakan hasil Negeri berjumlah RM461.40 juta iaitu

meningkat sejumlah RM14.41 juta berbanding dengan tunggakan pada tahun 2003 yang berjumlah RM446.99 juta. Analisis Audit terhadap tunggakan hasil mendapati perkara berikut:

a) Jumlah tunggakan hasil yang dilaporkan adalah termasuk tunggakan faedah

pinjaman berjumlah RM226.59 juta berbanding RM217.49 juta pada tahun 2003 iaitu peningkatan sejumlah RM9.10 juta. Peningkatan ini disebabkan tidak banyak pembayaran balik oleh Agensi peminjam.

b) Tunggakan hasil air berjumlah RM166.50 juta pada tahun 2004 iaitu berkurangan

(30)

disebabkan usaha berterusan Jabatan Air dan peningkatan penguatkuasaan undang-undang seperti pemotongan bekalan pengguna air yang gagal menjelaskan bil.

c) Tunggakan hasil cukai tanah meningkat sejumlah RM486,703 pada tahun 2004

menjadi RM31.83 juta berbanding RM31.34 juta pada tahun 2003. Pertambahan ini disebabkan kesukaran Jabatan untuk mengesan pemilik tanah kerana alamat pemilik tidak lengkap dan ada pemilik sudah berpindah tanpa memaklumkan alamat terkini kepada Jabatan.

d) Jumlah tunggakan sewa perkhidmatan pembetungan telah bertambah sejumlah

RM1.59 juta pada tahun 2004 menjadi RM7.13 juta berbanding RM5.54 juta pada tahun 2003. Ini disebabkan kegagalan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) membuat pembayaran walaupun surat peringatan telah dikemukakan kepada PBT berkenaan.

3.8.2 Butiran tunggakan hasil tahun semasa berbanding tahun lepas adalah seperti di Jadual 6.

Jadual 6

Tunggakan Hasil Pada Tahun 2003 Dan 2004

Bil Jenis Hasil Tahun 2003

(RM Juta) Tahun 2004 (RM Juta) Peningkatan/ (Penurunan) (RM Juta) 1. Faedah Pinjaman 217.49 226.59 9.10 2. Air 172.92 166.50 (6.42) 3. Cukai Tanah 31.34 31.83 0.49 4. Sewa Perkhidmatan Pembetungan 5.54 7.13 1.59 5. Lain-lain Hasil 19.70 29.35 9.65

Jumlah 446.99 461.40 14.41

Sumber : Penyata Tunggakan Hasil

3.9 HUTANG KERAJAAN NEGERI

Kerajaan Negeri dari semasa ke semasa menerima pinjaman daripada Kerajaan Persekutuan bagi membiayai projek pembangunannya. Semua hutang Kerajaan Negeri yang diterima pada tahun 2004 untuk projek tertentu telah dipindah ke Akaun Kumpulan Wang Pembangunan sebelum dibayar. Pada akhir tahun 2004, baki hutang Kerajaan Negeri adalah berjumlah RM787.98 juta berbanding RM762.59 juta pada akhir tahun 2003 iaitu meningkat sejumlah RM25.39 juta. Peningkatan hutang ini adalah disebabkan Kerajaan menerima 5 pinjaman baru berjumlah RM52.35 juta bagi tujuan membiayai projek Bekalan Air. Bagaimanapun, semua pinjaman tersebut belum disalurkan kepada Jabatan Air. Selain itu, faedah dipermodalkan bagi 1 pinjaman dikurangkan sejumlah RM22.86 juta berikutan penurunan kadar faedah pinjaman daripada 5% menjadi 2.5%. Pada tahun 2004 Kerajaan Negeri juga telah membuat bayaran balik pinjaman yang berjumlah RM4.10 juta kepada Kerajaan Persekutuan. Walau bagaimanapun, tunggakan bayaran balik pinjaman meningkat sejumlah RM16.70 juta menjadi RM65.85 juta berbanding RM49.15 juta pada tahun 2003. Daripada jumlah tersebut, sejumlah RM16.32 juta merupakan ansuran bagi

(31)

tahun 2004 dan selebihnya adalah ansuran dan tunggakan pinjaman bagi tahun 1999 hingga 2003 yang masih belum dibayar. Baki hutang mengikut jenis pinjaman adalah seperti di Jadual 7.

Jadual 7

Hutang Kerajaan Negeri

Tahun Jenis Hutang 2003 (RM juta) 2004 (RM juta) Peningkatan/ (Pengurangan) (RM Juta )

1. Perumahan Awam Kos Rendah 71.84 71.84 - 2. Pembangunan Ekonomi Negeri 126.17 126.17 - 3. Bekalan Air 244.47 292.72 48.25 4. Pelbagai 320.11 297.25 (22.86)

Jumlah 762.59 787.98 25.39

Sumber: Rekod Jabatan Bendahari Negeri

4. KEMAJUAN PELAKSANAAN PROJEK PEMBANGUNAN RMK8

4.1 Rancangan Malaysia Kelapan (RMK8) Negeri Sabah untuk tempoh 5 tahun

(2001-2005) merupakan perancangan fasa pertama Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga bagi peringkat kebangsaan. Rancangan ini digubal bagi menjelaskan strategi, program dan projek yang akan diperkenal dan dilaksanakan untuk mencapai objektif pembangunan Negeri Sabah. Ia juga signifikan jika dilihat dari perspektif ke arah menggerakkan Negeri Sabah mencapai status negeri maju pada tahun 2015 berbanding Rancangan Malaysia Ketujuh (RMK7) yang lebih menjurus kepada menyegerakan pemulihan ekonomi daripada kegawatan.

4.2 Bagi menjayakan RMK8, sejumlah RM2.71 bilion telah diperuntukkan bagi tempoh 5

tahun. Pada tahun 2004, sejumlah RM 609.26 juta telah diperuntukkan bagi 1 Jabatan dan 10 Kementerian. Daripada jumlah tersebut, sejumlah RM485.77 juta atau 79.7% telah dibelanjakan. Perbelanjaan bagi tempoh 2001 hingga 2004 adalah berjumlah RM1.81 bilion atau 66.8% daripada peruntukan RMK8 seperti di Jadual 8.

(32)

Jadual 8

Prestasi Perbelanjaan Pembangunan Di Bawah RMK8

Bil. Nama Kementerian/Jabatan

Peruntukan Diluluskan RMK8 (RM Juta) Perbelanjaan Sehingga 31.12.2004 (RM Juta) Pencapaian (%)

1. Jabatan Ketua Menteri 339.53 236.43 69.6 2. Kementerian Pembangunan Luar

Bandar

128.05 89.22 69.7 3. Kementerian Kewangan 63.67 44.45 69.8 4. Kementerian Pertanian Dan

Industri Makanan

484.41 365.76 75.5 5. Kementerian Pembangunan

Infrastruktur

1,243.34 756.07 60.8 6. Kementerian Kerajaan Tempatan

Dan Perumahan

119.02 73.63 61.9 7. Kementerian Pembangunan

Masyarakat Dan Hal Ehwal Pengguna

40.83 30.52 74.7

8. Kementerian Pelancongan, Kebudayaan Dan Alam Sekitar

39.89 25.51 63.9 9. Kementerian Pembangunan

Perindustrian

135.37 102.43 75.7 10. Kementerian Belia Dan Sukan 110.30 82.15 74.5 11. Kementerian Pembangunan

Sumber Dan Kemajuan Teknologi Maklumat

8.54 7.78 91.1

Jumlah 2,712.95 1,813.95 66.8

Sumber: Penyata Akaun Awam Negeri Sabah

4.3 Mengikut rekod Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), peruntukan yang disediakan

di bawah RMK8 ini adalah untuk membiayai 13,023 projek. Sebahagian daripada projek tersebut merupakan projek sambungan daripada RMK7. Daripada jumlah tersebut pihak Audit mendapati 6,977 projek atau 53.8% telah siap dilaksanakan sepenuhnya. Antara projek besar yang telah siap dilaksanakan ialah Kompleks Pemulihan Orang Kurang Upaya dan Pusat Khidmat Kanak-kanak Kurang Upaya (RM7.72 juta), Skim Penempatan Semula, Tuaran (RM5.22 juta) dan Pembinaan Bangunan Ibu Pejabat dan Pusat Maklumat, Perpustakaan Negeri Sabah (RM5 juta). Antara projek yang sedang dilaksanakan ialah Pembinaan Dewan Masyarakat Kota Belud (RM23.50 juta), Pembangunan Taman Zoologi dan Botanikal Lok Kawi (RM4.50 juta) dan Projek Jalan Paus-Tinakom (RM3 juta). Selain itu, sebanyak 4,407 projek masih belum dimulakan lagi kerana ketiadaan peruntukan, lewat menerima waran peruntukan, masalah tanah, tapak projek dan pemindahan setinggan. Antara projek yang belum bermula ialah Pembinaan Jambatan di Kemabong Lama (RM3.93 juta), Pembinaan Jalan Tengah Kota Kinabalu

(33)

Industrial Park (RM3.50 juta) dan Pembinaan Dewan Serbaguna, Lahad Datu (RM2.95 juta). Status pelaksanaan projek RMK8 adalah seperti di Jadual 9.

Jadual 9

Status Pelaksanaan Projek RMK8 Setakat 31 Disember 2004

Status Pelaksanaan Bil. Nama Kementerian/Jabatan Bil. Projek

Siap Sedang Dilaksana

Belum Mula

1. Jabatan Ketua Menteri 102 21 25 56 2. Kementerian Pembangunan

Luar Bandar 12,069 6,529 1,396 4,144 3. Kementerian Kewangan 11 5 2 4 4. Kementerian Pertanian Dan

Industri Makanan 235 120 106 9 5. Kementerian Pembangunan

Infrastruktur 400 225 72 103 6. Kementerian Kerajaan

Tempatan Dan Perumahan 59 24 14 21 7.

Kementerian Pembangunan Masyarakat Dan Hal Ehwal Pengguna

25 21 2 2

8. Kementerian Pelancongan,

Kebudayaan Dan Alam Sekitar 69 16 13 40 9. Kementerian Pembangunan

Perindustrian 20 10 5 5 10. Kementerian Belia Dan Sukan 26 2 4 20 11.

Kementerian Pembangunan Sumber Dan Kemajuan Teknologi Maklumat

7 4 0 3

Jumlah 13,023 6,977 1,639 4,407

(34)

5. RUMUSAN DAN SYOR AUDIT

Pada keseluruhannya, mutu penyediaan Penyata Akaun Awam pada tahun 2004 adalah memuaskan. Semua butiran di Penyata ini telah dapat disahkan dengan dokumen sokongan. Kedudukan kewangan Kerajaan Negeri pada akhir tahun 2004 adalah bertambah baik berbanding tahun 2003. Kedudukan kewangan adalah kukuh kerana aset Kerajaan Negeri yang berjumlah RM677 juta dapat mengimbangi tanggungan semasa yang berjumlah RM570.53 juta. Memandangkan kedudukan kewangan telah bertambah baik, Kerajaan Negeri perlu menjelaskan tunggakan bayaran balik yang berjumlah RM65.85 juta kepada Kerajaan Persekutuan mengikut keupayaan. Tindakan berterusan perlulah diambil untuk menambah dana dan meningkatkan prestasi kewangan Kerajaan Negeri terutamanya mendapatkan balik tunggakan pinjaman, memungut tunggakan hasil serta memperkemaskan pengurusan kewangan Kementerian dan Jabatan di samping melakukan perbelanjaan secara berhemah.

(35)

BAHAGIAN II

PENGURUSAN KEWANGAN

KEMENTERIAN/JABATAN NEGERI

(36)

BAHAGIAN II

PENGURUSAN KEWANGAN KEMENTERIAN/JABATAN NEGERI

6. PENDAHULUAN

6.1 Seksyen 15(A) Akta Acara Kewangan 1957 dan Arahan Perbendaharaan telah

menetapkan tugas dan tanggungjawab Pegawai Pengawal di sesebuah Kementerian/Jabatan/Pejabat bagi menjamin wujudnya akauntabiliti pengurusan kewangan Kerajaan. Antara lain, seseorang Pegawai Pengawal adalah bertanggungjawab untuk menentukan bahawa wujudnya kawalan dalaman yang berkesan terhadap terimaan hasil dan peruntukan kewangan serta sumber lain yang secukupnya diperolehi, diguna dan diperakaunkan mengikut peraturan kewangan.

6.2 Mengikut Seksyen 6 Akta Audit 1957, Jabatan Audit Negara dikehendaki

menjalankan pengauditan pematuhan bagi menentukan sama ada kutipan hasil, perbelanjaan, pinjaman, akaun amanah dan pengurusan harta modal Jabatan Kerajaan diurus mengikut peraturan yang ditetapkan. Selain itu pengauditan ini juga bertujuan untuk memastikan semua rekod dan dokumen kewangan diselenggara dengan lengkap dan kemas kini.

6.3 Pada tahun 2004, Jabatan Audit Negara telah menggunakan 3 pendekatan

pengauditan iaitu pengauditan pengurusan kewangan, Program Anak Angkat dan Program Penampilan Audit bagi mengesan dan membantu mempertingkatkan tahap akauntabiliti pengurusan kewangan Jabatan Negeri. Pengauditan pengurusan kewangan telah dijalankan di 12 Kementerian/Jabatan/Pejabat yang dipilih manakala lapan pejabat telah diambil menjadi Anak Angkat Jabatan Audit Negara dan 89 Jabatan/Pejabat telah dipilih untuk pemeriksaan di bawah Program Penampilan Audit. Meskipun pengurusan kewangan di Kementerian/Jabatan Negeri bertambah baik, hasil pemeriksaan Audit mendapati masih ada Kementerian/Jabatan yang gagal mematuhi peraturan berhubung dengan pengurusan kewangan dengan sepenuhnya. Antara ketidakpatuhan peraturan kewangan termasuk kelemahan kawalan hasil dan perbelanjaan, pengurusan akaun amanah, aset dan penyelenggaraan rekod kewangan. Pegawai Pengawal yang terlibat telah dimaklumkan mengenai kelemahan pengurusan kewangannya melalui surat pemerhatian Audit dan semasa Exit Conference. Aspek positif yang ditemui juga turut dimaklumkan. Hanya isu penting dilaporkan di Bahagian ini.

6.4 Pada tahun 2004, beberapa usaha telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk

meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan kewangan Kementerian/Jabatan Negeri. Antara langkah yang diambil adalah seperti berikut:

(37)

a) Meningkatkan pembangunan sumber manusia yang berdaya saing dan inovatif.

b) Memantap dan mempertingkat kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian agar lebih telus dan mesra. Untuk itu, lawatan kerja ke pejabat di pedalaman yang diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri telah dilaksanakan untuk memberi penekanan kepada sistem penyampaian dan suasana kerja.

c) Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan Pentadbiran Kerajaan Negeri yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri telah bermesyuarat satu kali pada tahun 2004 bagi membincangkan sistem pengurusan pentadbiran Kerajaan Negeri.

d) Ketua Menteri telah mengarahkan supaya semua Agensi menyediakan Manual Pengurusan mengenai hal ehwal pentadbiran dan kewangan. Arahan ini disusuli dengan pengeluaran surat Pekeliling Kementerian Kewangan.

e) Kementerian Kewangan Negeri mengambil beberapa langkah dan tindakan untuk mempertingkatkan hasil Negeri. Antaranya ialah untuk membincangkan kenaikan kadar cukai jualan kelapa sawit daripada 5% kepada 7.5%.

6.5 Sebagai sumbangan Audit untuk mengukuhkan akauntabiliti pengurusan wang awam di peringkat Negeri, Ketua Audit Negara telah memberi amanat dan penerangan mengenai peranan Jawatankuasa Akaun Awam Negeri Sabah kepada ahli Jawatankuasa tersebut pada bulan Julai 2004. Jabatan Audit Negeri Sabah telah memberi taklimat kepada Jawatankuasa Keutuhan Negeri Sabah pada bulan Ogos 2004 mengenai teguran Jabatan Audit Negara ke atas akaun Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan Negeri. Pada bulan Jun 2004 Jabatan Audit Negara telah memberi Sijil penghargaan kepada 5 Kementerian/Jabatan/Agensi di bawah Program Anak Angkat yang telah berjaya memperbaiki sistem kawalan dalaman dan pengurusan kewangan. Manual pengurusan kewangan yang disediakan oleh Jabatan Audit Negara pada tahun 2002 telah diterima pakai oleh Majlis Ugama Islam Sabah.

6.6 Pada tahun 2004, lima puluh mesyuarat entrance dan exit telah diadakan antara Jabatan Audit Negara Cawangan Negeri Sabah dengan Ketua Jabatan/Agensi untuk memaklum dan membincangkan mengenai pengauditan yang dilaksanakan. Bagi mempertingkatkan akauntabiliti pengurusan kewangan awam, Jabatan Audit Negara selain daripada mengesahkan Penyata Akaun Awam juga menjalankan pengauditan pengurusan kewangan dan mengaudit program dan aktiviti Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan Negeri.

6.7 Pegawai Audit turut menghadiri mesyuarat yang dianjurkan oleh Kementerian Kewangan Negeri dan Jabatan Bendahari Negeri pada tahun 2004 untuk memberi pandangan serta nasihat bagi mempertingkatkan tahap akauntabiliti pengurusan kewangan Negeri. Antaranya ialah mesyuarat mengenai Akaun Kumpulan Wang Amanah dan mesyuarat mengenai cadangan menaikkan harga dan hasil ternakan Jabatan Perkhidmatan Haiwan Dan Perusahaan Ternak.

(38)

KEMENTERIAN KEWANGAN NEGERI 7. LATAR BELAKANG

Kementerian Kewangan Negeri (Kementerian) terdiri daripada Jabatan Bendahari Negeri, Jabatan Perkhidmatan Komputer dan Perbadanan Pinjaman Sabah. Kementerian Kewangan Negeri Sabah bertanggungjawab mengawal selia pengurusan kewangan Kementerian/Jabatan Negeri bagi memastikan undang-undang dan peraturan kewangan dipatuhi dan dilaksanakan dengan cekap dan berkesan. Tanggungjawab ini merangkumi pengurusan bajet sebelum dan selepas pembentangan di Dewan Undangan Negeri seperti mengawal selia kutipan hasil, pengagihan peruntukan kepada Kementerian/Jabatan Negeri, mengawal bayaran, mengurus pinjaman dan pelaburan. Selain itu, Kementerian bertanggungjawab menentukan rekod kewangan Kementerian/Jabatan Negeri diselenggara dengan betul dan sempurna.

Jabatan Bendahari Negeri adalah merupakan Jabatan utama Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab kepada Pegawai Kewangan Negeri bagi kerja pengakaunan Kerajaan Negeri. Tanggungjawab ini meliputi pengendalian dan penyelenggaraan akaun awam Kerajaan Negeri, menerima dan mengakaun hasil, memproses dan membayar perbelanjaan, mengawal dan mengurus dana akaun awam dan mengurus sistem perakaunan Kerajaan Negeri serta menyediakan penyata akaun awam tahunan.

Kementerian mempunyai 6 bahagian iaitu Pentadbiran Dan Pengurusan Akaun, Belanjawan, Audit Dalaman, Pengawasan Agensi Awam Dan Pelaburan Negeri, Kewangan Dan Ekonomi dan Perolehan Dan Harta Awam Kementerian yang diketuai oleh Setiausaha Tetap dan mempunyai 239 anggota dengan 43 anggota daripadanya terdiri daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional. Pada tahun 2004, tiga puluh dua jawatan tidak diisi iaitu 3 kumpulan pengurusan tertinggi, tujuh kumpulan pengurusan dan profesional dan 22 kumpulan sokongan. Kementerian ini telah menyediakan carta organisasi yang kemas kini dengan menunjukkan secara lengkap berkenaan struktur dan perjawatan terkini Kementerian. Selain itu, pegawai yang terlibat dengan tugas kewangan telah diberi latihan sewajarnya.

Peranan Bahagian Audit Dalaman, Kementerian Kewangan antaranya adalah menilai keberkesanan sistem perakaunan, sistem kawalan dalaman, mengkaji pelaksanaan tugas dan tanggungjawab pengurusan serta prosedur organisasi. Selain itu, Bahagian ini juga memberi khidmat nasihat dan membantu memperbaiki dan memantapkan amalan serta prosedur pengurusan kewangan Kementerian/Jabatan/Pejabat. Lawatan juga dijalankan di peringkat daerah untuk memantau penguatkuasaan pungutan hasil serta pematuhan peraturan pengurusan kewangan. Bahagian Audit Dalaman turut menjalankan kajian khas terhadap Kementerian/Jabatan/Pejabat. Antaranya ialah kajian mengenai sistem pengurusan hasil dan akaun di Pejabat Daerah Tuaran, pengauditan khas atas kaedah pelaksanaan dan pengurusan Bangunan Urus Setia di Pejabat Daerah, kajian khas

(39)

mengenai kerja pengukuran pengambilan tanah di Jabatan Tanah dan Ukur serta kajian khas terhadap penggunaan dan kawalan minyak diesel di Pejabat Air, Daerah Pitas.

Surat Pekeliling Kementerian Kewangan Negeri Bilangan 1 Tahun 1998 menghendaki setiap Kementerian, Jabatan dan Badan Berkanun melantik Jawatankuasa Pengurusan Kewangan Dan Akaun untuk membincangkan hal berkaitan kewangan dan akaun bagi setiap Jabatan. Jawatankuasa di Kementerian Kewangan hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya 2 bulan sekali. Jawatankuasa ini telah ditubuhkan pada bulan Mei 2000 dan dipengerusikan oleh Setiausaha Tetap dengan 9 keahlian. Pada tahun 2004, Jawatankuasa Pengurusan Kewangan Dan Akaun telah bermesyuarat sebanyak 2 kali dengan dipengerusikan oleh Timbalan Setiausaha Tetap (II). Laporan Suku Tahunan juga telah disediakan bagi mematuhi Surat Pekeliling tersebut. Selain itu, Jawatankuasa Pasukan Petugas Penambahbaikan Pungutan Hasil telah ditubuhkan untuk tujuan mempertingkatkan lagi tahap pengurusan kewangan.

Pada tahun 2004, Sistem Perakaunan Berkomputer Standard Kerajaan Negeri (SPEKS) belum digunakan di Negeri Sabah. Sistem perakaunan hasil yang dikendalikan oleh Kementerian Kewangan adalah secara manual. Bagi sistem perakaunan perbelanjaan, Sistem Penyelenggaraan Buku Vot dan Penyediaan Baucar Berkomputer telah digunakan. Sistem ini dilaksanakan mulai tahun 1998 dan kini diguna pakai oleh semua Kementerian/Jabatan/Pejabat. Penyelenggaraan Daftar Harta Modal dan Inventori juga adalah secara berkomputer melalui Sistem Pengurusan Harta Awam Negeri Sabah dan sistem ini sedang dilaksanakan secara berperingkat.

8. OBJEKTIF DAN SKOP PENGAUDITAN

Objektif pengauditan adalah untuk menentukan keberkesanan Kementerian Kewangan Negeri mengawal dan memantau pengurusan kewangan yang dipertanggungjawabkan kepada 64 Pegawai Pengawal di Negeri Sabah. Pengauditan dijalankan dengan menguji sistem kawalan dalaman bagi memastikan sama ada sistemnya adalah berkesan dan rekod yang diselenggarakan adalah lengkap dan kemas kini.

Skop pengauditan meliputi tahun kewangan 2004. Pemeriksaan dilaksanakan di 6 bahagian di Kementerian dan 22 Pejabat Bendahari Daerah. Pengauditan dijalankan dengan menyemak dokumen kewangan yang diselenggarakan seperti Baucar Bayaran, Penyata Penyesuaian Bank, Baucar Jurnal, Waran Peruntukan, Lejar, Buku Tunai dan Buku Vot. Pemantauan terhadap penyerahan Akaun Tunai Bulanan Pemungut Hasil sepanjang tahun oleh Bendahari Negeri juga dilakukan. Perbincangan dengan pegawai yang terlibat juga telah diadakan.

(40)

9. PENEMUAN AUDIT 9.1 KAWALAN BAJET

Pekeliling Kementerian Kewangan Bilangan 1 Tahun 2003 memberi garis panduan kepada semua Setiausaha Tetap Kementerian dan Ketua Jabatan Negeri mengenai penyediaan bajet tahun 2004. Bajet Negeri tahun 2004 disediakan dengan menggunakan Sistem Belanjawan Tradisional. Jabatan Audit mengalu-alukan cadangan Kementerian Kewangan untuk menggunakan Sistem Belanjawan Yang Diubahsuai selaras dengan amalan yang digunakan oleh Kerajaan Persekutuan.

Pada tahun 2004, terimaan hasil dianggarkan berjumlah RM1.82 bilion manakala anggaran perbelanjaan berjumlah RM1.89 bilion. Anggaran hasil terdiri daripada hasil negeri berjumlah RM1.19 bilion, pemberian Persekutuan, sumbangan dan bayaran balik berjumlah RM371.21 juta dan terimaan Kumpulan Wang Pembangunan berjumlah RM254.46 juta. Anggaran perbelanjaan pula terdiri daripada perbelanjaan perbekalan yang berjumlah RM1.39 bilion dan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM502.71 juta. Pada keseluruhannya, bajet 2004 ini merupakan bajet defisit sejumlah RM69.66 juta. Defisit ini akan ditampung oleh lebihan wang dari Kumpulan Wang Disatukan.

Bajet 2004 ini dibentangkan oleh Menteri Kewangan pada akhir bulan Oktober 2003 untuk kelulusan Dewan Undangan Negeri. Selepas diluluskan, waran perbelanjaan dikeluarkan dan ditandatangani oleh Menteri Kewangan. Pada tahun 2004, dua anggaran peruntukan tambahan bagi perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan masing-masing berjumlah RM120.14 juta dan RM106.55 juta telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri pada bulan Julai dan November 2004. Keadaan ini adalah teratur dan selaras dengan kehendak Seksyen 13 Akta Acara Kewangan 1957. Sejumlah 434 pindah peruntukan iaitu 404 bagi perbelanjaan mengurus dan 30 bagi perbelanjaan pembangunan melibatkan RM35.98 juta dan RM13.87 juta telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan pada tahun 2004.

Pada pendapat Audit, kawalan bajet Kerajaan Negeri pada tahun 2004 bermula daripada peringkat penyediaan sehingga kelulusan dan pengeluaran Waran Am adalah teratur dan mengikut prosedur yang ditetapkan.

9.2 KAWALAN HASIL

Kementerian Kewangan adalah bertanggungjawab mengawal dan menerima hasil Kerajaan Negeri. Pada tahun 2004, hasil Kerajaan Negeri berjumlah RM1.79 bilion berbanding RM1.88 bilion pada tahun 2003. Hasil utama Kerajaan Negeri adalah terdiri daripada cukai jualan RM442.80 juta, hasil hutan RM384.38 juta, royalti petroleum RM254.89 juta, peruntukan dan sumbangan Persekutuan berjumlah RM226.06 juta. Pemeriksaan Audit terhadap kawalan hasil mendapati perkara berikut:

(41)

9.2.1 Penyerahan Akaun Tunai Bulanan

Jabatan Bendahari Negeri bertanggungjawab mengawal dan memantau semua Pemungut Hasil di peringkat Negeri. Arahan Perbendaharaan 145 menetapkan setiap Pemungut Hasil hendaklah mengemukakan Akaun Tunai Bulanan kepada Bendahari Negeri dalam tempoh 10 hari selepas akhir setiap bulan. Pemeriksaan Audit mendapati semua 22 Pemungut Hasil di peringkat Kota Kinabalu telah mengemukakan Akaun Tunai Bulanan kepada Jabatan Bendahari Negeri mengikut tempoh yang ditetapkan. Di peringkat daerah, Pejabat Bendahari Daerah berfungsi untuk menerima semua kutipan hasil dan menghantar akaun bulanan ke Jabatan Bendahari Negeri. Semua Pemungut Hasil dikehendaki mengemukakan Akaun Tunai Bulanan sehari selepas akhir bulan ke Bendahari Daerah. Bendahari Daerah akan menghantar akaun berkenaan kepada Jabatan Bendahari Negeri dalam tempoh 5 hari bekerja selepas akhir setiap bulan. Pemeriksaan Audit mendapati tahap penyerahan Akaun Tunai Bulanan oleh Pemungut Hasil adalah memuaskan. Pada tahun 2004, Akaun daripada 253 Pemungut Hasil di bawah kawalan 22 Pejabat Bendahari Daerah telah diserahkan mengikut tempoh yang ditetapkan.

9.2.2 Penyerahan Penyata Pemungut

Pemungut Hasil dikehendaki menyediakan Penyata Pemungut untuk memasukkan semua kutipan hasil ke akaun bank. Pihak Bendahari Negeri akan mengambil Penyata Pemungut yang telah diakui terima oleh bank pada keesokan harinya. Resit akan dikeluarkan oleh Bendahari Negeri selepas Penyata Pemungut disemak. Di peringkat daerah pula, Pemungut Hasil akan menghantar Penyata Pemungut ke pejabat Bendahari Daerah. Bendahari Daerah akan mengeluarkan resit pada hari yang sama. Semakan Audit terhadap pemprosesan Penyata Pemungut bagi 1 bulan mendapati secara amnya sistem kawalan dalaman adalah memuaskan.

9.2.3 Penyesuaian Laporan Hasil Bulanan

Mengikut Arahan Perbendaharaan 143(b), semua Pegawai Pengawal perlu menyesuaikan Laporan Hasil Bulanan yang diterima daripada Bendahari Negeri dengan rekod perakaunan mereka dan menyediakan Penyata Penyesuaian untuk dikemukakan kepada Bendahari Negeri. Semakan Audit mendapati pihak Bendahari Negeri telah menyediakan daftar untuk merekodkan serahan Penyata Penyesuaian Hasil Bulanan oleh semua Pegawai Pengawal. Semakan Audit terhadap Penyata Penyesuaian bagi 1 bulan mendapati Pegawai Pengawal telah membuat pengesahan serta penyesuaian hasil dengan sewajarnya. Berdasarkan daftar, semua Pegawai Pengawal telah mengemukakan Penyata Penyesuaian Hasil Bulanan pada tahun 2004.

9.2.4 Penyata Penyesuaian Bank

Mengikut Arahan Perbendaharaan 146, Perbendaharaan Negeri hendaklah menyediakan penyata penyesuaian bank bulanan yang ditandatangani oleh Bendahari Negeri dan mengemukakan salinan kepada Audit selewat-lewatnya 2 minggu selepas akhir setiap bulan. Pemeriksaan Audit terhadap rekod tersebut mendapati penyerahan

Gambar

Foto 6 dan 7 menunjukkan keadaan wiring bay  yang lama dan baru.

Referensi

Dokumen terkait

Kondisi tersebut menunjukkan bahwa Kabupaten Asmat memiliki potensi pengembangan gaharu yang besar, namun apakah nilai tambah dari industri minyak gaharu dapat

RINCIAN SUMBANGAN ATAU HIBAH BARANGDARI ORGANISASI PERANGKAT DAERAH DALAM RANGKA PENANGANAN DAN KEWASPADAAN COVID – 19.. DI

Skenario uji coba dengan mencocokan contoh kasus yang pernah dialami oleh pakar lalu di bandingkan dengan hasil dari sistem. Terdapat 8 data yang di uji coba,

Melalui penelitian ini diharapkan penelitian ini dapat bermanfaat bagi ilmu manajemen sumber daya manusia khususnya mengenai pengaruh sistem pengukuran prestasi

Oleh karena itu dilihat dari segi syarat-syarat akid (orang yang melakukan transaksi), maka jual beli yang dilakukan di Showroom Anugrah Jaya Pakis, Pati

Berdasarkan dua kondisi yaitu tegangan gesek τ 0 dan tekanan di dasar aliran p h , dapat dikatakan bahwa erosi di dasar saluran yang mempunyai kemiringan dasar antara 13°

Tujuan dari penulisan tugas akhir ini adalah untuk memenuhi persyaratan akademis yang harus di lakukan mahasiswa untuk menyelesaikan jenjang strata 1 pada

Dirjen Cipta Karya mengungkapkan, instalasi senilai lebih dari Rp 600 miliar sangat dinantikan para pengusaha perhotelan dan restoran selain juga masyarakat umum.“Para pemilik