• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu Melayu

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu Melayu"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

1.0

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera, pertama sekali kami ingin memanjatkan rasa syukur kehadrat ilahi dengan limpah kurniaNya kami dapat melaksanakan kerja kursus pendek ini dengan sempurna. Berkat doa dan usaha gigih kami selama tempoh kerja kursus pendek ini diberikan telah membuahkan hasil kerja seperti yang telah diarahkan kepada kami. Disamping itu, kami telah diberikan amanah dan tanggungjawab ke atas diri kami untuk menyiapkan kerja kursus pendek ini dengan jayanya.

Seterusnya saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dr. Hamdan Bin Aziz selaku pensyarah Sejarah 2 bagi unit Sejarah PPISMP Semester 1 Ambilan Jun 2011 kerana telah memberikan tugasan ini kepada kami untuk kami melaksanakannya dalam tempoh yang diberikan. Tugasan ini kami pikul dengan penuh rasa tanggungjawab dan serba sedikit dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan kami dalam bidang sejarah.

Kami juga ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua ibu bapa kami yang telah banyak memberikan bantuan dari segi kewangan dan sokongan sepanjang kami menyiapkan kerja kursus pendek ini dengan sempurna. Merekalah yang telah banyak memberikan kami semangat untuk sentiasa bersabar dalam mencari maklumat. Mereka sanggup mengirimkan wang tambahan untuk kami gunakan sebagai kemudahan dan keselesaan semasa mencari maklumat contohnya seperti menyewa kenderaan dan sebagainya memandangkan elaun yang dibekalkan tidak mencukupi.

(2)

2.0

PENDAHULUAN

Ekonomi dapat dibahagikan kepada dua iaitu sistem ekonomi sara diri dan ekonomi komersial. Sebelum kedatangan penjajah barat ke tanah Melayu, masyarakat Melayu menjalankan sistem ekonomi sara diri. Merujuk kepada aktiviti yang tidak menghasilkan lebihan produk untuk pemasaran. Ia bertujuan untuk keperluan asas dan bukannya untuk diperdagangkan. Antara contoh aktiviti ekonomi sara diri adalah seperti bercucuk tanam, menternak binatang, dan mengusahakan padi sawah dan padi huma. Penghasilan kapal wap dan beberapa faktor yang lain telah merubah sistem ekonomi di tanah Melayu kepada ekonomi dagangan atau ekonomi komersial lantas merubah landskap-landskap kosong di tanah melayu kepada ladang-ladang perusahaan. Pertanian dagangan bermaksud pertanian yang berasaskan eksport.

Bagi memajukan sesebuah negara, ia haruslah mempunyai sistem ekonomi yang teguh dan berkesan. Penjajah barat telah banyak mengeksploitasikan ekonomi Tanak Melayu sebelum kita mencapai kemerdekaan negara. Rancangan Malaya Pertama diperkenalkan setahun sebelum mencapai kemerderkaan negara iaitu pada tahun 1956-1960. Kemudian usaha tersebut diteruskan dengan tertubuhnya Rancangan Malaya Kedua pada tahun 1961-1965 dan seterusnya Rancangan Malaysia Pertama iaitu pada tahun 1966-1970.

(3)

3.0

KAEDAH MENGUMPUL MAKLUMAT

Dalam menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini, kami telah menggunakan beberapa kaedah untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. Pelbagai kaedah ini adalah untuk memastikan maklumat yang diperoleh adalah sahih dan tepat. Kaedah tersebut ialah perbincangan kumpulan, temubual, arkib dan membuat rujukan di laman sesawang serta buku-buku rujukan.

Perbincangan kumpulan

Perbincangan kumpulan merupakan kaedah asas yang sangat penting dalam menyiapkan kerja kursus pendek ini. Hal ini demikian kerana, melalui perbincangan kumpulan, banyak idea dapat diketengahkan. Selepas itu, ahli kumpulan akan membincangkan pro dan kontra idea yang diketengahkan tersebut. Kaedah ini juga dapat meningkatkan lagi kerjasama dan dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli kumpulan. Dengan mengadakan perbincangan, kata sepakat telah diperoleh dan kami telah menganalisis tajuk dan mentafsir maklumat berkenaan tajuk tersebut.

Temubual

Kami telah menggunakan kaedah temubual bagi mendapatkan maklumat berkenaan dengan pembangunan FELDA pertama Ayer Lanas,Kelantan merupakan salah satu topik kecil dalam kerja kursus pendek ini. Kami telah menemubual salah seorang yang pernah hidup ketika rancangan itu dijalankan. Malah, kami juga telah menemubual beberapa penduduk di situ bertanyakan pendapat tentang perubahan dan kesan daripada Rancangan Malaya Pertama yang ditubuhkan lebih kurang 55 tahun dahulu. Kaedah ini merupakan sumber pertama dan kami berjaya memperoleh banyak maklumat tentang tajuk yang dibincangkan.

Membuat rujukan

(4)

Arkib

(5)

4.0

DEFINISI EKONOMI TRADISIONAL DAN EKONOMI KAPITALIS

4.1. DEFINISI EKONOMI TRADISIONAL

Perkataan “tradisional” merujuk kepada Kamus Pelajar Edisi Kedua didefinisikan sebagai sesuatu yang bersifat atau bercorak tradisi. Maka, ekonomi tradisional diertikan sebagai sistem ekonomi yang diterapkan oleh masyarakat tradisional secara turun temurun dengan hanya mengandalkan alam dan tenaga kerja. Sistem ekonomi ini juga merupakan sistem ekonomi di mana kegiatan ekonominya bersifat sangat sederhana.Antara contoh kegiatan ekonomi tradisional termasuklah kegiatan pertanian dan kegiatan penternakan.

CIRI-CIRI EKONOMI TRADISIONAL

1. Teknik yang digunakan dipelajari secara turun-temurun 2. Menggunakan modal yang sedikit

3. Tidak mempunyai pembahagian tugas 4. Terikat dengan tradisi

5. Terdapat pertukaran barangan secara barter

4.2 DEFINISI EKONOMI KAPITALIS

Kapitalisme merupakan sistem ekonomi dan sosial yang cenderung ke arah pengumpulan kekayaan oleh individu tanpa gangguan kerajaan dan bermatlamatkan keuntungan. Takrif individu di sini tidak semestinya merujuk kepada orang perseorangan tetapi juga termasuk sekumpulan individu seperti syarikat. Sistem ekonomi kapitalis digerakkan oleh kuasa pasaran dalam menentukan pengeluaran, kos, penetapan harga barang dan perkhidmatan, pelaburan dan pendapatan.

CIRI-CIRI EKONOMI KAPITALIS

1. Pengakuan yang luas atas hak-hak peribadi 2. Pemilikan alat-alat produksi di tangan individu

3. Inidividu bebas memilih pekerjaan/ usaha yang dipandang baik bagi dirinya. 4. Perekonomian diatur oleh mekanisme pasar

5. Pasar berfungsi memberikan “signal” kepda produsen dan konsumen dalam bentuk harga-harga.

(6)

6.0 PERKEMBANGAN EKONOMI DI TANAH MELAYU

ERA PRAPENJAJAHAN (1400-1511)

 Penduduk tanah melayu ketika itu menjalankan aktiviti ekonomi sara diri.  Orang-orang setempat untuk bergiat dalam bidang-bidang perkhidmatan dan

perdagangan.

 Institusi politik dan sosial seperti sistem kerah, berhutang, ufti dan

persembahan hasil daripada jajahan-jajahan takluk pemerintah merupakan hasil pengeluaran yang melebihi keperluan.

 Menjalankan sistem cukai dan pengawalan keluaran terhadap pertanian dan hasil bumi seperti emas dan bijih timah.

ERA PENJAJAHAN (1511-31 OGOS 1957)

 Titik permulaan campurtangan kuasa-kuasa Barat (orang Eropah).  Penjajahan beberapa pihak luar seperti Portugis, Belanda, dan British.  Ekonomi negara telah dieksploitasi.

 Pada zaman penjajahan British lebih tertumpu kepada kegiatan perlombongan bijih timah dan perladangan getah.

 Beberapa syarikat perdagangan seperti Sime Darby, Guthrie, Harrisons & Crossfield, dan Straits Steamship Company turut terlibat dalam kegiatan perladangan, industri memproses dan perlombongan.

 Pembinaan kemudahan infrastruktur, khususnya di kawasan-kawasan lombong bijih timah, kegiatan melombong emas, bijih besi, arang batu dan bauksit turut dijalankan di Tanah Melayu.

ERA KEMERDEKAAN

 Rancangan Pembangunan Ekonomi diperkenalkan.  Rancangan Malaya 1 dari tahun (1956-1960).

 Agensi seperti FELDA, RIDA dan Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar.

(7)

Ekonomi di tanah melayu telah bermula sejak empayar Melaka lagi. Sejak dibuka pada tahun 1400 oleh Parameswara, Tanah Melayu telah berkembang menjadi sebuah negara yang pesat membangun. Penduduk tanah melayu ketika itu menjalankan aktiviti ekonomi sara diri. Kedudukan geografi Semenanjung Tanah Melayu yang terletak di persimpangan lalu-lintas perairan utama Selat Melaka, serta muara-muara sungai yang beroperasi sebagai pelabuhan semulajadi telah meninggalkan kesan kepada perkembangan ekonomi negara ini. Kedudukan ini memberi peluang kepada orang-orang setempat untuk bergiat dalam bidang-bidang perkhidmatan dan perdagangan. Dengan pembukaan lebih meningkat dan berkembang pesat dengan wujudnya ekonomi lebihan. Institusi politik dan sosial seperti sistem kerah, berhutang, ufti dan persembahan hasil daripada jajahan-jajahan takluk pemerintah merupakan hasil pengeluaran yang melebihi keperluan. Di samping itu kerajaan Melaka juga menjalankan sistem cukai dan pengawalan keluaran terhadap pertanian dan hasil bumi seperti emas dan bijih timah. Asas sistem ekonomi Melaka pada keseluruhannya adalah berpandukan kepada undang Kanun Melaka dan undang-undang laut yang berteraskan Undang-undang-undang Islam.

Kejatuhan Empayar Melaka ke tangan Portugis membentuk satu era baru. Ia merupakan titik permulaan campurtangan kuasa-kuasa Barat (orang Eropah) di rantau ini amnya di Tanah Melayu khusunya. Orang-orang Eropah berlumba-lumba untuk menjelajah kawasan-kawasan baru dengan tujuan untuk menambah kekayaan, di samping meluaskan sistem perdagangan serta menyakinkan pengaruh-pengaruh politik mereka. Portugis yang menduduki Melaka hanya berkeupayaan mengawal kawasan-kawasan di sekitar Melaka sahaja. Serangan-serangan yang dilakukan oleh Kerajaan Melayu selepas kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka menghalang kemaraan orang-orang Portugis yang berazam untuk meluaskan kuasa mereka. Namun demikian, pihak Portugis berjaya mengawal lalu-lintas perairan Selat Melaka dengan menguatkuasakan sistem cukai. Ini merupakan peluang pihak Portugis untuk membawa para pedangang singgah dan berdagang di Kota Melaka.

(8)

Pada masa yang sama, pihak Belanda telah mendapat kejayaan daripada segi kawalan ekonomi dan politik yang berkesan tetapi terpaksa menumpukan sebahagian besar kuasa mereka di Kepulauan Indonesia. Orang-orang Belanda tidak berjaya untuk memonopoli perdagangan tempatan pada keseluruhannya dengan munculnya orang-orang British.

Dasar perluasan kuasa tanah jajahan oleh kerajaan British di Britain di bawah kepimpinan Disraeli dari Parti Konservatif, telah menjadi sebab sebenar campur tangan British.2 Kegiatan ekonomi Tanah Melayu pada zaman penjajahan British lebih tertumpu

kepada kegiatan perlombongan bijih timah dan perladangan getah. Oleh sebab itu, perkembangan eksport kedua-dua hasil tersebut menjadi penggerak utama kepada pertumbuhan ekonomi dan kegiatan perniagaan ekonomi tempatan termasuk pembinaan kemudahan infrastruktur, khususnya di kawasan-kawasan lombong bijih timah, kegiatan melombong emas, bijih besi, arang batu dan bauksit turut dijalankan di Tanah Melayu. Perkembangan getah dan perlombongan bijih timah hanya sebahagian daripada aspek proses pertambahan kegiatan ekonomi di Tanah Melayu. Kegiatan komersial lain seperti perkhidmatan perkapalan, rumah-rumah saudagar, firma insurans dan syarikat-syarikat perdagangan turut berkembang. Beberapa syarikat perdagangan seperti Sime Darby, Guthrie, Harrisons & Crossfield, dan Straits Steamship Company turut terlibat dalam kegiatan perladangan, industri memproses dan perlombongan. Syarikat-syarikat ini bertindak sebagai agen pengurus pertanian dan perlombongan. Pengurusan kedua-dua perusahaan tersebut dikaitkan dengan kepentingan mereka dalam perdagangan di Singapura serta kepentingan kewangan, pengurusan dan sumber teknikal mereka di Britain

Pelaburan asing dalam kedua-dua industri getah dan bijih timah semakin bertambah disebabkan industri tersebut menjanjikan pulangan yang lumayan. Kemahiran pentadbiran, pengurusan dan teknologi turut mengalir masuk seiring dengan aliran pelaburan asing. Sebagai contoh, pada tahun 1877, sebuah enjin stim digunakan untuk melombong bijih timah di Taiping bagi menambah hasil dan mempercepatkan proses kerja melombong. Seterusnya, penggunaan kapal korek mula diperkenalkan di Tanah Melayu pada tahun 1912. Kemajuan infrastruktur dipertingkatkan menerusi pembinaan jalan raya dan landasan kereta api dengan tujuan memenuhi keperluan industri berkenaan khususnya bagi mempercepatkan pengangkutan hasil getah dan timah. Walau bagaimanapun, kebanyakan pembinaan infrastruktur berkenaan lebih tertumpu di kawasan bandar yang terlibat dengan perusahaan getah dan perlombongan bijih timah. Landasan kereta api mula dibina pada tahun 1885 menghubungkan bandar Taiping dan Port Weld. Jalan raya juga dibina bagi

(9)

menghubungkan kawasan ladang getah dan perlombongan bijih timah. Pembinaan jalan raya semakin meluas kesan daripada penggunaan kenderaan bermotor selepas 1902.

Bank-bank British3 mula ditubuhkan dalam abad ke-19 diikuti oleh penubuhan

bank-bank Cina pada permulaan abad ke-20. Bank dan institusi kewangan yang lain memainkan peranan yang penting dalam pelbagai bidang kewangan termasuk perdagangan tradisional, pertukaran mata wang serta pembiayaan aktiviti pertanian. Sehingga awal 1960-an, struktur ekonomi Tanah Melayu tidak berubah. Ini kerana pergantungan yang tinggi terhadap keluaran timah dan getah serta import barangan hasil kilang dan makanan tambahan kekal sama. Sejak awal abad ke-19, pemerintahan British di Tanah Melayu lebih tertumpu kepada kegiatan ekonomi yang cenderung ke arah meningkatkan hasil eksport tetapi tidak memberi perlindungan kepada keluaran dalam negeri. Di samping itu, duti import yang rendah membolehkan barangan import dijual dengan murah. Situasi ini memberi kelebihan kepada pengeksport British kerana pasaran yang terjamin serta margin4 keuntungan yang tinggi.

Dasar ekonomi British di Tanah Melayu juga tidak menggalakkan pertumbuhan perindustrian tempatan bagi mencegah persaingan. Di samping itu, dasar mereka lebih cenderung kepada mewujudkan situasi yang membantu perkembangan sektor-sektor tertentu yang dari aspek ekonominya, menguntungkan kepentingan perdagangan British.

Untuk menyokong ekonomi eksport yang diasaskan oleh komoditi utama iaitu bijih timah dan getah, banyak buruh imigran telah dibawa masuk ke negara ini dari China dan India.5 Hasil daripada dasar liberal dan terbuka terhadap kemasukan imigran Cina dan India

ini yang bermula dari suku terakhir abad ke-19 ialah, terbentuknya suatu masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, keturunan dan cara hidup.

7.0

USAHA-USAHA KERAJAAN BAGi MENINGKATKAN TARAF SOSIO

EKONOMI

3 Antara bank British yang ditubuhkan pada abad ke -19 termasuklah Bank Scotland. 4 Suatu amaun yang melebihi jumlah minimum yang perlu.

5 Imigran dibawa masuk ke negara ini dengan pelbagai cara. Sebagai contoh, buruh imigran Cina dibawa masuk ke negara ini melalui Sistem Tiket Kredit, Sistem

Pengambilan Kakitangan dan Sistem Pengambilan Rumah Kongsi. Manakala, buruh imigran dari India pula melalui Sistem Buruh Bebas, Sistem Kontrak dan Sistem Kangani.

(10)
(11)

Kesannya, Rancangan Malaya Pertama telah diperkenalkan. Parti Perikatan yang mendapat mandat menubuhkan kerajaan selepas memenangi Pilihan Raya Umum 1955 terus melaksanakan Rancangan Malaya Pertama. Rancangan Malaya Pertama diperkenalkan sebelum kemerdekaan lagi, iaitu pada tahun 1956. Berikutan dengan beberapa perakuan tentang pembangunan negara oleh misi Bank Dunia kepada Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu (PTM) maka pada tahun 1954, Kerajaan PTM telah melaksanakan pembangunan yang menyeluruh.

Rancangan Malaya Pertama telah dilancarkan yang membawa tanda peralihan daripada perancangan mengikut projek-projek kepada suatu perancangan pelaburan sektor awam yang bersepadu. Matlamat utama rancangan pembangunan ini adalah untuk membangunkan ekonomi negara dengan memberi penekanan kepada sektor luar bandar bagi merapatkan jurang perbezaan dengan kawasan bandar di samping mengurangkan kadar kemiskinan penduduk kawasan luar abndar. Sejumlah RM478.2 juta telah diperuntukkan bagi membangunkan sektor ini. Rancangan Malaya Pertama juga adalah untuk mempelbagaikan aktiviti ekonomi dan sumber pendapatan negara agar tidak terlalu bergantung pada bijih timah dan getah.

Pelaksanaan Rancangan Malaya Pertama merupakan rancangan pembangunan bersepadu yang bukan sahaja menekankan sektor ekonomi, malah sektor sosial dan awam. Sehubungan dengan itu, rancangan ini telah menampakkan kejayaan cemerlang dengan penubuhan dua agensi Kerajaan iaitu Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar pada tahun 1956. Dalam sektor ekonomi, tanah-tanah dibuka untuk kawasan pertanian baru, penanaman semula getah pekebun kecil dan ladang digalakkan, hasil keluaran pertanian dipelbagaikan, dan perusahaan perlombongan bijih timah digiatkan. Dalam sektor sosial pula, pelbagai perkhidmatan disediakan seperti kemudahan kesihatan, perhubungan dan pendidikan. Dalam sektor awam, infrastruktur seperti balai polis, kem tentera, pejabat pos, mahkamah, dan rumah kakitangan kerajaan disediakan. Satu pembaharuan yang penting dalam sejarah perancangan dan pembangunan Negara Malaysia sehingga ke hari ini ialah pelaksanaan Sitem Buku Merah.

8,1 Rural Industrial Development Authority (RIDA)

(12)

kecil yang ingin mengusahakan tanaman kecil-kecilan dan tidak memerlukan modal yang banyak. Selain itu, RIDA juga banyak membantu pemasaran hasil keluaran pertanian bagi memudahkan mereka untuk mendapat kewangan untuk menyara keluarga. Disamping itu, RIDA telah menggalakkan penyertaan orang-orang Melayu dalam sektor perniagaan supaya orang melayu dapat menguasai bidang ekonomi seperti Negara lain yang sedang membangun.

Peranan RIDA berterusan selepas merdeka dengan membangunkan dan memajukan masyarakat luar bandar.

8.2 Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau Federal Land Development Authority (FELDA)

FELDA ditubuhkan pada tahun 1956 sebagai badan berkanun. Salah satu peranan FELDA adalah meningkatkan taraf hidup masyarakat luar Bandar seiring dengan masyarakat-masyarakat bandar. Selain itu, FELDA juga membantu dalam meningkatkan hasil pertanian negara.

Tanah-tanah baru dibuka secara besar-besaran untuk pertanian dan petempatan baru. Petempatan baru dilengkapi dengan kemudahan asas seperti bekalan elektrik, air paip, klinik, sekolah, dan jalan raya. Penduduk luar bandar yang miskin dipindahkan ke petempatan baru dan menjadi petani moden. Jenis tanaman yang diberikan tumpuan ialah getah, kelapa sawit, tebu, dan koko. Setiap rancangan FELDA dalam Rancangan Malaya Pertama meliputi kawasan seluas 1,600 hingga 2,000 hektar.

8.3 Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar

(13)

Menteri Persekutuan Tanah Melayu pada ketika itu. Salah satu peranan Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar adalah menyelaras segala program pembangunan luar Bandar. Setelah itu, RIDA dan FELDA kemudiannya diletakkan di bawah kementerian ini.

9.0

KESIMPULAN

(14)

pelbagai aspek amnya, dari segi ekonomi. Negara kita Malaysia sebagai contoh, merupakan suatu bukti yang cukup jelas dan tidak dapat dipertikaikan lagi kebenarannya.

Malaysia pada awalnya merupakan sebuah negara yang berasal dari sebuah perkampungan yang dibuka pada 1400 yang lalu. Pada ketika itu ekonomi berbentuk sara diri merupakan aktiviti ekonomi yang cukup penting dalam kalangan penduduk. Aktiviti seperti menternak, bertani dan sebagainya yang tidak melibatkan keuntungan dan bertujuan untuk menampung kehidupan diri dan keluarga merupakan aktiviti utama penduduk. Amalan pertukaran barangan atau lebih dikenali sebagai sistem barter turut menjadi sebahagian daripada sistem ekonomi penduduk. Selanjutnya, kesan daripada pentadbiran pemerintah yang sistematik dan berkaliber menyebabkan aktiviti perdagangan muncul. Namun, penjajahan yang berlaku telah mengubah segala-galanya. Struktur ekonomi negara berubah dengan pesat sekali terutamanya ketika penjajahan oleh pihak british. Sistem ekonomi kapitalis mengambil tempat di negara ini. Sistem kapitalis yang diamalkan oleh pihak penjajah secara tidak langsung telah mengubah pemandangan dinegara ini. Infrastruktur-infrastruktur seperti jalan raya.jalan kereta api dan sebagainya dibina oleh pihak penjajah bagi memudahkan kerja-kerja eksploitasi dijalankan.

Referensi

Dokumen terkait

Hipotesis yang kedua yaitu untuk mengetahui apakah variabel atribut produk blackberry, yang terdiri dari merek, kemasan, label, layanan pelengkap, dan garansi

Penelitian ini dilakukan untuk mengetahui perbedaan kemampuan menulis puisi antara sebelum menerapkan teknik pembelajaran rangsang gambar dan sumbang kata dengan

Menimbang, bahwa setelah mempelajari dengan seksama berkas perkara yang terdiri dari Berita Acara Persidangan, berikut turunan resmi Putusan Pengadilan Negeri Balige Nomor

Dari distribusi hujan secara temporal yang ditunjukkan pada kedua grafik di atas, mengindikasikan bahwasannya hujan yang terjadi pada jam 12 hingga 15 UTC

Padahal kalau melihat dari jumlah Link yang ada, cukup banyak halaman pada situs sehingga akan jauh lebih baik jika terdapat Link yang menuju site map.. 2.2 Analisis Halaman

Menetapkan mekanisme kerja dan kesesuaian antara bidang pekerjaan dan keahlian (Wawancara dengan Bapak H. Sumari, Kepala Seksi Gara Hajum Kemenag Kab. Disamping itu

Untuk mengukur kinerja ketiga algoritma tersebut digunakan metode pengujian Confusion Matrix dan Kurva ROC, diketahui bahwa algoritma Naïve Bayes memiliki nilai

• Kerajaan Malaysia, mana-mana Kerajaan Negeri dalam Persekutuan, agensi Kerajaan Malaysia atau agensi Kerajaan Negeri dalam Persekutuan Dimasuki dengan Kerajaan