• Tidak ada hasil yang ditemukan

PBS Bahasa Melayu patung paling dunia

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PBS Bahasa Melayu patung paling dunia"

Copied!
20
0
0

Teks penuh

(1)

TAJUK KAJIAN:

(2)

1.0 PENGENALAN

Bahagian ini menjelaskan latar belakag kajian, iaitu keterangan tentang

penggunaan bahasa slanga dalam novel Cinta Tiga Suku serta definisi

konsep-konsep penting yang digunakan dalam kajian ini.

1.1 Latar Belakang

Penerbitan novel pada masa kini semakin banyak di pasaran seperti

cendawan tumbuh selepas hujan. Kebiasaannya, golongan remaja yang

membeli bahan-bahan bacaan seperti novel hanyalah bertujuan untuk

mengisi masa lapang mereka. Bagi penulis pula, mereka menghasilkan

novel adalah untuk tujuan pengkomersialan dan keuntungan

semata-mata. Kebanyakan novel baru yang diterbitkan tidak menerapkan

nilai-nilai murni. Hal ini akan mempengaruhi sikap atau tingkah laku

pembaca. Namun begitu, yang menjadi pertikaian dan persoalannya

sekarang ialah mesej yang didedahkan kepada remaja melalui

novel-novel tersebut serta gaya bahasa yang cukup mengelirukan.

Berdasarkan novel yang dikaji iaitu Novel Cinta Tiga Suku Karya

Herna Diana, variasi bahasa yang digunakan dalam novel tersebut

adalah pelbagai tetapi bahasa slanga merupakan bahasa yang paling

(3)

Pada asasnya, bahasa ini sering digunakan oleh golongan remaja.

Bahasa ini seakan-akan menjadi kebiasaan dan tanpa segan silu

dipertuturkan oleh mereka di mana-mana sahaja. Golongan remaja

yang mempopularkan bahasa slanga selalunya memanipulasikan

ungkapan atau perkataan dengan memberi makna baharu kepada

perkataan tersebut. Pada hakikatnya, penggunaan bahasa slanga atau

bahasa tidak formal tidak sepatutnya digunakan oleh penulis novel

(4)

1.2 Definisi Konsep

Menurut Fischer (1996), slanga muncul pada abad ke-18 yang

bermaksud “origin uncertain ” iaitu ketidaktentuan sebenarnya. Secara

etimologi, kata slanga berasal daripada perkataan “sling” yang

dihubungkaitkan dengan “beggar language dan rogues language” iaitu

bahasa kelompok pengemis dan anak jalanan.

Brooke (1973), telah mengungkapkan bahawa variasi bahasa yang

terdapat dalam bahasa diberi beberapa nama oleh ahli bahasa

berdasarkan faktor-faktor yang tertentu. Umpamanya, variasi atau

ragam bahasa mengikut penggunaan sebagai register atau laras dalam

ilmu sosiolinguistik. Antara variasi bahasa yang lain termasuklah

variasi seperti dialek, diglosia, slanga dan idiolek.

Nik Safiah Karim (1996), menjelaskan bahawa slanga memiliki

kecenderungan yang diguna pakai secara paling asas dan umum untuk

memenuhi fungsi sosialnya. Perkara seumpama ini terjadi dalam semua

bahasa di dunia, tambahan pula kosa kata slanga ditakrif seusia atau

lebih awal dengan sesebuah bahasa bagi bangsa itu sendiri.

Asmah Haji Omar (1993), menegaskan bahawa bahasa slanga

mempunyai ciri-ciri unik dalam bentuk ungkapan dan pengujaran

sehingga akhirnya menjadi sangat sinonim, akrab dan berakar umbi

(5)

Ajid Che Kob (1998), berpendapat kata kunci dalam pengajaran bahasa

slanga yang merupakan ciri-ciri uniknya yang bertujuan menguat,

memberi lebih makna sambil mengetengahkan identiti kelompok

sosialnya.

Kesimpulannya, jelaslah bahawa bahasa slanga merupakan kata-kata,

ungkapan dan seumpamanya yang tidak tergolong dalam bahasa baku

atau bahasa tinggi tetapi lazim digunakan dalam percakapan tidak

(6)

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah

untuk:-a) Menyenaraikan perkataan slanga yang digunakan dalam Novel Cinta Tiga

Suku.

b) Mengenal pasti makna perkataan slanga dalam Novel Cinta Tiga Suku. c) Mengenal pasti kesan-kesan penggunaan bahasa slanga dalam Novel

Cinta Tiga Suku.

3.0 KEPENTINGAN KAJIAN

Kepentingan kajian ini adalah seperti

berikut:-a) Dapat mencuba perkataan-perkataan baru sebagai tanda pengenalan

kumpulan komunikasi yang tersendiri.

b) Dapat menyatakan makna-makna baru terhadap sesuatu perkataan slanga

yang dicipta.

c) Penggunaan bahasa slanga juga dapat memudahkan kumpulan individu

yang menuturkannya untuk menyebut perkataan-perkataan baru yang

dicipta sekaligus membolehkan mereka mengingati setiap perkataan yang

diujarkan.

4.0 SKOP KAJIAN

Kajian ini berfokus kepada penggunaan bahasa slanga dalam Novel Remaja

Cinta Tiga Suku dari muka surat 5 hingga muka surat 66. Hasil karya oleh

Herna Diana ini diterbitkan pada tahun 2010 oleh Karang Kraf Sdn. Bhd.

(7)

Kajian ini dilaksanakan terhadap bahasa slanga dalam Novel ‘Cinta Tiga

Suku’. Oleh itu, bahasa tersebut hanya dipertuturkan oleh sekumpulan penutur

tertentu seperti golongan remaja. Penulis juga terdiri daripada golongan yang

kurang berpendidikan. Bahasa slanga jelas menunjukkan bahawa bahasa yang

digunakan adalah tidak formal, tidak baku, dan bersifat tidak kekal.

Istilah-istilah yang digunakan mungkin akan pupus setelah beberapa masa. Oleh itu,

kosa kata dalam bahasa slanga yang digunakan hanya mempunyai makna

tersendiri yang difahami oleh kumpulan tersebut. Tinjauan untuk memperoleh

maklumat berkaitan dengan penggunaan bahasa slanga hanya dilakukan

terhadap sumber bertulis. Pengkaji mendapati bahawa Novel ‘Cinta Tiga

Suku’ mempunyai banyak penggunaan bahasa slanga.

(8)

Terdapat beberapa teknik pengumpulan data yang digunakan untuk

memperoleh data bagi menyiapkan kajian ini. Di antara teknik pengumpulan

data yang telah diguna pakai adalah seperti berikut.

6.1 Kajian Kepustakaan

Pengkaji telah membaca bahan bacaan yang berkaitan dengan bahasa

slanga, termasuklah buku rujukan Bahasa Melayu STPM, tesis tentang

bahasa slanga yang diterbitkan dalam beberapa buku hasil kajian

sarjana luar negara.

6.2 Maklumat Daripada Internet

Pengkaji juga telah melayari laman web untuk mendapatkan maklumat

berkaitan bahasa slanga, khususnya penulisan dan kajian ilmiah yang

berfokuskan bahasa slanga di Malaysia.

6.3 Kajian Teks

Novel Cinta Tiga Suku (Herna Diana 2010) digunakan dalam kajian ini

untuk mengkaji bahasa slanga bagi melengkapkan kajian ini.

(9)
(10)

Berdasarkan pembacaan novel Cinta Tiga Suku, terdapat beberapa perkataan

slanga yang sering digunakan penulis dalam novel ini. Berikut merupakan

(11)

11

“WASSUP bro,” tegur Iman sambil

menepuk bahu teman sekerjanya,

Amir.

m/s 5

2 Mamat

“kurang asam betul mamat ni, aku

pulak digelakkan”, hamun Iman

didalam hati.

m/s 6

3 Cool

“Tahu takut.Nasib baik aku ni

cool.Kalau tak…malam ni orang makan nasi kau makan gigi paprik”.

m/s 8

4 Mood

“Tak guna punya minah sewel.Aku

bukak mata aje, dia dah spoil mood

aku”, marah Arie sambil

melemparkan telefonnya ke katil.

“Yupp, aku akan terus macam ni

sehingga aku berjumpa dengan insan

yang ditakdirkan Allah untuk

menjadi pelindung aku”.

m/s 10

6 Beb

“Ni yang aku malas.Tak sukalah

jiwang-jiwang ni, beb!” ujar Iman

memecah suasana.

m/s 12,

m/s 16 dan

m/s 57

7 Poyo

“ Dah kau tu asyik termenung aje dari

tadi aku tengok.Macam poyo aje…

aku semburlah air sikit untuk

mengembalikan kau ke alam realiti”,

dalih Iman.

m/s 14 dan

m/s 15

8 Chow

“Sampai sana nanti, aku call

(12)

Berdasarkan jadual 1, penggunaan bahasa slanga semakin popular

terutama pada era teknologi maklumat dan juga melalui penulisan karya karya

seperti novel. Penggunaan bahasa slanga bukanlah fenomena baru yang

melanda bahasa Melayu kerana lebih 20 tahun yang lalu, penggunaan bahasa

slanga telahpun digunakan.

Kesimpulannya, penulis Novel Cinta Tiga Suku banyak menerapkan

unsur-unsur slanga dalam novel ini untuk menarik mibat pembaca. Bahasa

slanga yang lebih santai ini memudahkan pembaca terutamanya golongan

remaja untuk memahami setiap makna perkataan yang terdapat dalam novel

tersebut.

(13)

7.2 Makna-makna perkataan slanga dalam novel Cinta Tiga Suku

Berikut merupakan makna perkataan-perkataan slanga yang terdapat dalam

novel Cinta Tiga Suku.

1 m/s 5 Wassup bro Wassup bermaksud akhbar, bro bermaksud brother iaitu sapaan untuk kawan-kawan lelaki

2 m/s 6 Mamat

Mamat merupakan satu perkataan yang merujuk kepada seorang lelaki

3 m/s 8 Cool Tenang

4 m/s 11, m/s 41 Mood Perasaan yang sedang digambarkan seseorang

5 m/s 10 Yupp Mempersetujui sesuatu perkara

6 m/s 12, m/s 16, m/s 57

Beb Sayang

7 m/s 14, m/s 15 Poyo Membangga diri

8 m/s 16 lepak

Merujuk kepada individu atau kumpulan yang

melakukan sesuatu perbuatan yang tidak

berfaedah

9 m/s 17 chow Pergi/menghalau seseorang

10 m/s 19 lu Panggilan dalam bahasa cina yang bermaksud kau

11 m/s 20 Bro

Brother iaitu sapaan untuk kawan-kawan

lelaki

12 m/s 21 Sis Sister iaitu sapaan bagi kawan-kawan perempuan

13 m/s 21 Sengal

Bermaksud lenguh-lenguh tetapi

disalahgunakan yang membawa maksud

14 m/s 29 Geng

(14)

15 m/s 38 Kot Kot beerti barangkali, agaknya dan kalau-kalau

16 m/s 39 Bikin Melaksanakan sesuatu perkara 17 m/s 40 Blah Pergi atau menghalau seseorang

18 m/s 66 Makwe Kawan perempuan

Jadual 2 : Makna perkataan slanga

Berdasarkan jadual 2, perkataan “beb” berada pada kedudukan tertinggi

penggunaanya dalam novel ini. Hal ini jelas menunjukkan bahawa penulis kerap

menggunakan perkataan slanga dalam penulisan novelnya. Seperti ‘mamat’, ‘kot’

dan ‘sengal’. Bahasa slanga bertujuan untuk menonjolkan identiti sesuatu

kumpulan atau kelompok tertentu agar diketahui umum. Slanga juga dituturkan

oleh sekumpulan remaja atau masyarakat dan hanya dapat difahami oleh

kumpulan tertentu sahaja.

Kesimpulannya, cara, gaya dan emosi yang dibawa oleh bahasa slanga itu

sendiri sudah mempamerkan kefahaman yang meluas tentang kaedah

pengaplikasian peranan bahasa dalam kehidupan seharian.

7.3 Kesan-kesan penggunaan bahasa slanga dalam novel Cinta Tiga Suku

Bahasa slanga kerap digunakan dalam kalangan remaja. Bahasa ini merupakan

bahasa yang tidak formal. Oleh itu, terdapat beberapa kesan yang dikenal

pasti. Antaranya ialah:

7.3.1 Menjejaskan Kedaulatan Bahasa

Penggunaan bahasa slanga yang meluas dalam kalangan remaja

menyebabkan bahasa slanga kerap digunakan dalam percakapan

seharian tetapi juga dalam penulisan. Hasil penulisan yang diterbitkan

(15)

telah terpengaruh dengan bahasa slanga. Oleh itu, penggunaan bahasa

slanga dalam sebuah buku atau karya akan menjejaskan kedaulatan

bahasa.

7.3.2 Lenyap Bahasa Melayu yang Gramatis

Jika kita menerima kebiasaan daripada penggunaan bahasa slanga bagi

penggunaan di alam realiti maka bahasa melayu yang gramatis dan

murni akan lenyap. Kini, penggunaan bahasa slanga yang yang

berleluasa akan menyebabkan bahasa Melayu yang gramatis semakin

terhakis sedikit demi sedikit.

7.3.3 Kedudukan Bahasa Melayu akan Terjejas

Tidak dinafikan bahawa prestasi bahasa Melayu sebagai bahasa

kebangsaan amat baik. Namun begitu, sejak kebelakangan ini bahasa

yang kita agungkan ini mula dicemari oleh anasir-anasir dari luar. Jika

ditinjau penggunaan bahasa slanga amat jelas kepada kita bahawa

kedudukan bahasa Melayu kini nampak seolah-olah semakin

dianaktirikan oleh pengguna bahasa kita sendiri.

7.3.4 Implikasi kepada Generasi Pelapis Negara

Pencemaran bahasa merupakan penyakit yang mula tersebar kepada

masyarakat dan negara. Bagaimana kita ingin meletakkan bahasa

Melayu sebagai bahasa rasmi atau bahasa berbudaya tinggi sedangkan

mutu bahasa yang kita perjuangkan mula terabai. Apabila keadaan ini

(16)

cerdik pandai yang tidak mampu menggunakan bahasa yang betul

dengan baik dan berkesan, sama ada secara lisan ataupun bahasa

tulisan.

7.3.5 Mempengaruhi kosa kata dalam penulisan formal dan komunikasi formal

Bahasa slanga yang melanda para remaja kita seharusnya dibendung

untuk mengelakkan mereka melakukan kesalahan bahasa tidak kira

dalam penulisan ataupun dalam komunikasi formal. Sebagai contoh,

penggunaan bahasa slanga dalam novel-novel remaja yang digunakan

oleh penulis kadang kala membuatkan kita tidak memahami dan

mengerti maksud sebenar yang ingin disampaikan.

7.3.6 Matlamat untuk Mengembangkan Bahasa Melayu akan terhalang

Matlamat untuk mengembangkan bahasa Melayu akan terhalang

kerana penggunaan bahasa slanga telah memperkenalkan banyak

elemen yang mencemarkan bahasa. Seperti kata pepatah, “bahasa

menunjukkan bangsa”, sesuatu bahasa itu melambangkan sesuatu

bangsa mereka sendiri. Jika bahasa slanga terus merebak dan

(17)

sendiri. Usaha-usaha yang dilaksanakan untuk mengembangkan bahasa

Melayu di peringkat antarabangsa tidak akan dicapai sekiranya

pengguna bahasa Melayu itu sendiri tidak menggunakan bahasa

mereka dengan betul.

8.0 RUMUSAN KAJIAN

Hasil kajian ini mendapati bahawa penggunaan bahasa slanga kerap

digunakan dalam Novel Cinta Tiga Suku. Kajian ini disandarkan kepada tiga

objektif iaitu menyenaraikan perkataan-perkataan slanga, mengenal pasti

makna perkataan slanga dan mengenal pasti kesan-kesan penggunaan bahasa

slanga dalam novel ini.

Daripada hasil kajian yang diperoleh, penngkaji mendapati bahawa

penulis Novel Cinta Tiga Suku menggunakan dialog yang berbaur “slanga

rock”. Hal ini kerana penulisnya cuba untuk mencungkil realiti masyarakat

remaja kini yang gemar menggunakan bahasa slanga. Disamping itu

perkataan-perkataan slanga yang digunakan turut memperlihatkan kreativiti

dalam bahasa slanga itu sendiri menyebabkan pembaca tertarik dengan novel

tersebut. Namun begitu, terdapat juga beberapa kesan yang dikenal pasti

(18)

baru, menjatuhkan kedaulatan bahasa dan lenyaplah bahasa Melayu yang

gramatis.

9.0 PENUTUP

Kajian ini telah memaparkan salah satu variasi bahasa iaitu

penggunaan bahasa slanga. Jelaslah bahawa terdapat beberapa aspek bahasa

slanga yang dapat dilihat dalam novel Cinta Suku dan dapat dipelajari oleh

setiap individu. Seterusnya, memudahkan pemahaman terhadap aspek bahasa

slanga ini dalam kehidupan seharian. Ternyata bahasa slanga juga berupaya

memberi impak, aura dan pengenalan diri kepada individu serta kumpulan

menerusi pelbagai media dan latar sosial kelompok mereka.

Akhir sekali, semoga kajian ini dijadikan titik tolak kepada pengkaji

lain untuk melaksanakan kajian terhadap aspek lain berkaitan dengan bahasa

slanga seperti jenis-jenis bahasa ini secara lebih terperinci dan khusus. Kajian

ini diharapkan dapat menjadi panduan kepada pengkaji-pengkaji lain pada

(19)

BIBLIOGRAFI

Herna Diana. 2010. Novel Cinta Tiga Suku. Karangkraf Sdn Bhd.

Nor Asyikin. 2012. Slanga Dalam Bab 5 Novel Rooftop Rant Aplikasi Komputer Dalam Kajian http://asyikinrazak.wordpress.com/category/projek-1/

Ashrol Rahimy Bin Pg Damit. 2012. Bahasa Slanga Dalam Facebook.

(20)

Referensi

Dokumen terkait

Alat pemisah fase padat – padat ini memiliki prinsip kerja yaitu dengan melewatkan suatu material campuran (padatan non-logam dan padatan logam) pada suatu bagian

Adapun manfaat kemampuan motorik kasar anak usia dini menurut Hurlock (1978: 162) yaitu melalui keterampilan motorik anak dapat menghibur dirinya untuk memperoleh

Hasil penelitian yang diperoleh menunjukkan bahwa mayoritas responden yang memiliki hobi baik memiliki pola makan baik sebesar 239 siswa 61,4%, namun data yang diperoleh

- bahwa kemudian setelah mendengar berita bahwa ternyata nama Penggugat tidak tercantum dalam pengumuman di Koran terbitan Medan sebagaimana yang dijanjikan oleh

Maka dari itu, dapat disimpulkan bahwa regulasi emosi adalah strategi yang digunakan individu dalam mengatur emosinya terkait dengan cara mereka merasakan,

Calon dokter harus dapat memahami cara menentukan dosis obat dengan tepat dengan cara perhitungan yang benar dan harus memahami formula resep yang tepat digunakan untuk

Manajemen Pemasaran : Suatu Pendekatan.. Strategis Dengan

Bab kedua merupakan telaah pustaka yang membahas mengenai : (i) teori pertukaran sosial yang menjadi landasan teori penelitian ini, definisi profesi akuntan publik,