• Tidak ada hasil yang ditemukan

KEMAJUAN BIOTEKNOLOGI MEMACU KECEMERLANG docx

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "KEMAJUAN BIOTEKNOLOGI MEMACU KECEMERLANG docx"

Copied!
18
0
0

Teks penuh

(1)

PENGAKUAN

Sesungguhnya karya esei ini ’Kemajuan Bioteknologi Memacu Kecemerlangan

Industri Asas Negara’, adalah hasil kerja saya sendiri iaitu melalui rujukan

kepada artikel, buku rujukan, bahan ilmiah, internet dan juga idea pemikiran

saya.Walaupun begitu mungkin terdapat beberapa petikan ayat atau fakta

tertentu yang saya gunakan semula di dalam ini sebagai bahan sokongan

Alamat tempat bertugas : Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Terengganu

(2)

Kemajuan sesebuah negara jika diperhatikan secara umum banyak bergantung

kepada tahap kemampuan rakyatnya menguasai bidang sains dan teknologi .

Malahan kehebatan sesebuah tamadun itu juga kerana kemajuan yang

diperolehi di dalam bidang sains , seterusnya merintis jalan penemuan teknologi

termasuk di bidang pertanian, kesihatan dan sebagainya. Di Malaysia , bidang

sains adalah menjadi keutamaan sejak kemerdekaannya pada 31 Ogos 1957.

Suasana ini lebih dirasai pada era 1980-an dengan pelbagai penekanan

diberikan oleh pihak kerajaan ketika itu di bawah pimpinan Datuk Seri Dr.

Mahathir bin Mohamad iaitu Perdana Menteri Malaysia yang ke 4, iaitu yang

berkaitan dengan teknologi maklumat dan bioteknologi.

Kini negara kita mengorak langkah yang lebih jauh lagi berkaitan dengan aspek

perkembangan sains, teknologi dan bioteknologi. Di bawah kepimpinan Perdana

Menteri Malaysia sekarang iaitu Dato’ Seri Abdullah bin Hj. Ahmad Badawi,

negara kita telah berupaya menghantar angkasawan ke angkasa lepas dan

melakukan penyelidikan berkaitan dengan perkembangan sains dan teknologi.

Bersesuaian dengan pendekatan Islam Hadhari iaitu yang menitikberatkan

pencapaian kemajuan masyarakat di bidang ekonomi, sains dan teknologi, maka

usaha-usaha untuk memantapkan keadilan dan kestabilan perkara – perkara

berkenaan terus diberikan keutamaan. Di dalam suasana ekonomi dunia yang

sangat mencabar dan tidak menentu, perancangan dan dasar ekonomi yang

(3)

pertumbuhan ekonomi negara, demi keselamatan negara , sektor pertanian akan

terus diberikan perhatian yang sewajarnya. Pembekalan kepada makanan asasi

rakyat, adalah sesuatu dituntut oleh Islam. Negara kita tidak seharusnya

berterusan bergantung kepada makanan import untuk menampung keperluan

negara. Sebagai contohnya Malaysia membelanjakan hampir RM 680 juta

setahun untuk mengimport sayur-sayuran. Kelebihan yang kita perolehi daripada

kemajuan sains dan teknologi seharusnya memberikan tiga jenis pulangan

kepada rakyat iaitu keuntungan kewangan, peningkatan kualiti hidup dan

penambahan pengetahuan serta keupayaan diri. Oleh yang demikian kemajuan

di bidang sains bioteknologi, akan membolehkan negara berusaha untuk

memajukan sektor pertanian dengan teknologi tersebut. Pengetahuan dalam

aspek bioteknologi di dalam pembangunan sesbuah negara amatlah penting

kerana dengan adanya pengetahuan berkenaan, ianya akan dapat membantu

meningkatkan hasil bumi seperti tanaman makanan, penternakan, perikanan,

ubat-ubatan dan zat daripada tumbuhan hutan serta herba sehingga berlipat kali

ganda jumlahnya.

Bioteknologi merupakan suatu bidang yang menggunakan teknologi atau kaedah

untuk memanipulasikan organisma hidup bagi pelbagai tujuan seperti

menghasilkan atau mengubah hasil sesuatu produk biologi, meningkatkan mutu

hasil keluaran ternakan atau tanaman dan membangunkan penggunaan

mikroorganisma di dalam sesuatu tujuan yang khusus. Perkataan bioteknologi

(4)

dua cabang bioteknologi iaitu Bioteknologi Tradisional yang merangkumi

pembuatan baja organik, baja kimia, agen biokawalan dan sel serta kultur tisu.

Sementara itu Bioteknologi Moden pula merangkumi kombinasi kejuruteraan

genetik seperti genomik, bioinformatik, transformasi molekul, pembiakan,

diagnostik dan teknologi vaksin. Pembangunan di dalam bidang bioteknologi

juga mampu menyelesaikan masalah pengangguran yang sedang dialami oleh

dunia, di mana bidang ini memerlukan kepada tenaga kerja yang banyak dan

secara tidak langsung akan dapat mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.

Pasaran global yang berasaskan bioteknologi juga telah berkembang luas.

Bidang bioteknologi telah membantu dunia dengan kewujudan pelbagai teknologi

baru seperti instrumentasi pembangunan peralatan baru, reka bentuk perubatan

yang rasional dengan penggabungan farmaseutikal konvensional dan

pembangunan ubat-ubatan yang berasaskan protein. Ianya juga menghasilkan

produk baru untuk industri pertanian dan asas tani seperti benih kacang soya,

baka baik baru untuk haiwan ternakan, produk – produk teknologi tinggi seperti

klon kultur pisang dan sebagainya.

Di dalam industri pertanian, penggunaan bioteknologi akan dapat mengatasi

masalah kesuburan tanaman, jangkitan penyakit dan haiwan perosak serta

pengaruh alam sekitar akan dapat dikurangkan. Dengan penggunaan teknologi

genetik, tumbuhan yang dihasilkan akan lebih bermutu dan produktif. Sebagai

contoh, buah yang lebih besar, buah tanpa biji, tumbuhan yang lebih tahan

(5)

dan lasak dengan perubahan persekitarannya. Di samping itu juga, kemajuan

bidang bioteknologi dalam industri penternakan juga boleh menghasilkan haiwan

yang mengeluarkan susu yang lebih banyak, ayam yang menghasilkan telur

yang lebih besar dan bervitamin serta ikan yang lebih besar dan tahan lasak

dengan persekitaran ekologinya.

Sebenarnya bidang bioteknologi bukanlah suatu perkara yang baru. Ianya telah

terbentuk sejak beribu-ribu tahun yang lalu dan teknologi ini semakin dimajukan

mengikut perkembangan semasa. Sama ada disedari atau tidak, kita telahpun

menjadi pengguna kepada hasil bioteknologi tersebut. Bersesuaian dengan

kedudukan Malaysia di dalam kawasan tropika yang kaya dengan sumber asli

yang bernilai, cara terbaik untuk memanafaatkan sumber-sumber berkenaan

ialah dengan menggunakan kemajuan sains bioteknologi.

Secara amnya di Malaysia, sebanyak 80% daripada pengeluaran makanan

pertanian yang dihasilkan adalah dijual secara segar daripada ladang. Keadaan

ini telah menyebabkan berlaku masalah lambakan apabila terdapat penawaran

bekalan yang melebihi permintaan. Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini

ialah menggunakan hasil pertanian segar ini di dalam aktiviti pemprosesan hiliran

yang mempunyai nilai tambah yang tinggi. Aktiviti ini juga dikenali sebagai

industri asas tani. Penumpuan baru untuk memajukan industri asas tani akan

membantu masyarakat tani menjana pendapatan tambahan yang sebenarnya

(6)

yang boleh melonjakkan prestasi industri asas tani negara adalah berdasarkan

kepada kemampuan kita dalam mengembangkan keupayaan bioteknologi yang

kita miliki. Negara kita sebenarnya perlu lebih menggandakan usaha

penyelidikan dan pembangunan (R & D) untuk mencari pembaharuan yang

berterusan dan inovasi bagi mencari sumber-sumber biji benih alternatif,

menambahkan produktiviti dan keberkesanan kos pengeluaran pertanian di

samping menghasilkan produk-produk baru yang inovatif.

Di Malaysia, industri bioteknologi pertanian memerlukan pelaburan yang tinggi

untuk infrastruktur, peralatan, kemudahan dan sumber manusia. Program

pembangunan bioteknologi di Malaysia, hendaklah diterajui oleh sektor swasta

(private-sector driven). Selaras dengan hasrat kerajaan berkenaan, Projek Bio

Valley Malaysia telah diwujudkan bagi membentuk satu hub baru bioteknologi di

rantau ini. Projek ini akan menempatkan Institut Agro-Bioteknologi Kebangsaan

yang khusus menjalankan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang

bioteknologi pertanian. Potensi dalam bidang bioteknologi ini menjanjikan

pulangan yang amat tinggi. Oleh yang demikian, produk-produk yang

berasaskan bioteknologi pertanian perlulah dikomersilkan untuk menjana

sumbangan bagi pertumbuhan baru di dalam sektor pertanian. Kerajaan juga

telah mewujudkan suatu status bioteknologi yang setaraf dengan Koridor Raya

Multimedia (MSC) iaitu status Bionexus kepada syarikat-syarikat yang

membangunkan projek berorientasikan bioteknologi di negara ini sebagai suatu

(7)

pemberian status Bionexus ini yang akan dinilai oleh Jawatankuasa Antara

Kementerian dan ditadbir sepenuhnya oleh Malaysian Biotechnology Corporation

(MBC), bermakna syarikat-syarikat tersebut akan mendapat insentif kerajaan,

diberikan kebebasan hakmilik, tiada sekatan dalam pengambilan pekerja asing,

capaian rangkaian maklumat dengan pusat kecemerlangan penyelidikan serta

penggunaan makmal, kemudahan dan perkhidmatan secara perkongsian

profesional. Berpandukan data yang diperolehi sehingga tahun 2006, sebanyak

25 projek bioteknologi telah dilakukan dengan nilai pelaburan sebanyak RM 543

juta, di antaranya ialah biofarmaseutikal sebanyak 9 projek, agrobioteknologi

sebanyak 7 projek, bioteknologi perubatan sebanyak 6 projek dan industri

bioteknologi sebanyak 3 projek.

Kerajaan selaku pihak berwajib telah memainkan peranan yang besar di dalam

memajukan industri bioteknologi. Kerajaan mempunyai peranan yang besar di

dalam usaha membangunkan bidang bioteknologi terutama sebagai

pemudahcara bagi para saintis dan usahawan termasuklah para petani dan

penternak. Selaras dengan usaha itu, kerajaan telah melancarkan Dasar

Bioteknologi Negara pada pertengahan tahun 2005. Sebanyak sembilan inisiatif

utama telah digariskan iaitu Pembangunan Bioteknologi Pertanian,

Pembangunan Penjagaan Kesihatan Bioteknologi, Pembangunan Bioteknologi

Perindustrian, Penyelidikan dan Pembangunan serta Pemerolehan Teknologi,

Pembangunan Modal Insaniah, Pembangunan Prasarana Kewangan,

(8)

Strategi dan akhir sekali ialah Komitmen Kerajaan. Sememangnya pihak

kerajaan begitu komited untuk membangunkan bioteknologi negara dan pelbagai

rancangan telah dirangka pelaksanaannya. Ini termasuk memperkukuhkan

keupayaan institusi-institusi penyelidikan negara seperti MARDI, MPOB dan

Institut Penyelidikan Perubatan serta melancarkan pusat kecemerlangan

bioteknologi di dalam bidang pertanian, kesihatan dan genomik. Bioproducts

Validation Centre dengan kos bernilai RM 30 juta akan dilancarkan di Johor

Bharu di samping sebuah dana khas iaitu Malaysian Life Sciences Capital Fund

di bawah pengurusan Malaysian Technology Development Corporation

ditubuhkan bagi melabur di dalam projek berasaskan bioteknologi. Ini akan

memberikan impak yang besar kepada industri asas tani negara yang bergerak

seiringan dengan perkembangan sihat bidang bioteknologi terutamanya yang

berkaitan dengan bioteknologi pertanian.

Kini setelah 51 tahun menikmati kemerdekaan, rakyat Malaysia dapat melalui

dan menikmati pelbagai perubahan dan peningkatan cara hidup. Dengan kata

lain, rakyat kini dapat mengecapi kehidupan yang selesa. Pelbagai usaha telah

dilakukan oleh pihak kerajaan untuk memastikan rakyat di negara ini dapat

menikmati kehidupan yang selesa, sesuai dengan status negara kita yang

merdeka. Setengah abad usia kemerdekaan telah memperlihatkan kemampuan

Malaysia sebagai sebuah negara yang rancak memasuki era kemajuan secara

menyeluruh. Kini rakyat hidup selesa dan melalui transformasi dalam pelbagai

(9)

binatang kerbau untuk melakukan kerja-kerja membajak, kini telah ada jentera

canggih yang mempercepatkan aktiviti pertanian, daripada sistem pendidikan

pondok kepada dunia pengkomputeran dan teknologi maklumat komunikasi,

daripada jalan raya yang sempit dan tidak bertar kepada jaringan lebuhraya yang

luas terbentang menghubungkan Utara dan Selatan serta Timur dan Barat ; dan

tidak perlu lagi untuk menaiki kapal laut yang mengambil masa berbulan

lamanya untuk pergi ke destinasi luar negara. Itulah tandanya kejayaan

sesebuah negara yang merdeka.

Kegemilangan Malaysia adalah berterusan di bawah kepimpinan Perdana

Menteri yang ke 5 iaitu Dato’ Seri Abdullah bin Hj. Ahmad Badawi. Beliau adalah

merupakan Perdana Menteri yang telah melontarkan satu konsep pembinaan

manusia atau apa yang dipanggil sebagai pembangunan modal insan dan

pembinaan peradapan Islam semasa menerusi pendekatan konsep Islam

Hadhari. Penekanan beliau di dalam proses pembentukan modal insan adalah

lebih menjurus kepada aspek ‘sofware’ dan bukannya ‘hardware’. Beliau

berazam untuk melahirkan individu-individu yang hebat, cemerlang, gemilang

dan terbilang seperti Profesor Diraja Ungku Aziz (ahli akademik terkenal), Tan

Sri Shamsuddin Abdul Kadir (tokoh korporat berjaya) , Datuk Ibrahim Hussien

(pelukis tersohor bertaraf dunia) dan individu-individu lain yang telah diiktiraf

sebagai manusia terbilang dalam bidang – bidang yang mereka ceburi. Selain

daripada itu, beliau juga telah memberikan nafas baru kepada industri pertanian

(10)

Pendekatan konsep ‘Pertanian Adalah Perniagaan’ , adalah melibatkan

perkembangan pertanian berskala besar yang meluas dan penerokaan aktiviti

pengeluaran dan pemprosesan berkualiti yang mempunyai nilai tambah tinggi

serta memanafaatkan sepenuhnya potensi bioteknologi. Hasil produktiviti,

kecekapan serta potensi dalam penjanaan pendapatan dan kekayaan akan

dipertingkatkan melalui kaedah pertanian moden dan teknologi maklumat dan

komunikasi, pengukuhan penyelidikan dan pembangunan (R & D), inovasi serta

peningkatan keupayaan pemasaran, merangsangkan penyertaan sektor swasta

dalam bidang sains bioteknologi. Sebagai Perdana Menteri yang telah

membentangkan Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK -9) iaitu bagi tempoh

2006 - 2010, Dato’ Seri Abdullah bin Hj. Ahmad Badawi ingin melihat kemajuan

bidang pertanian Malaysia adalah yang paling memberangsangkan. Lantaran itu

sebanyak RM 2 billion telah disediakan bagi pembangunan bidang bioteknologi.

Bagi tujuan tersebut, beberapa teras strategik telah dikenalpasti termasuk usaha

bagi mengubah dan meningkatkan nilai di dalam sektor pertanian melalui

kelebihan bidang bioteknologi .

Pembangunan modal insan yang berteraskan aspek bioteknologi bagi memenuhi

keperluan negara juga adalah perlu bagi memastikan pengwujudan pusat

kecemerlangan penyelidikan dan pembangunan (R & D) dan mempercepatkan

pembangunan, penyebaran dan pengkomersialan teknologi. Pusat Lembah

Makanan serta pusat kecemerlangan pengeluaran dan pemprosesan makanan

(11)

Selangor. Agropolis akan melaksanakan penyelidikan dan pembangunan (R&D)

melalui kerjasama erat di antara penyelidikan dan pembangunan (R&D) awam,

institut pengajian tinggi dan sektor swasta. Selaras dengan usaha kerajaan untuk

membangunkan sumber pertanian baru, penyelidikan dan pembangunan (R&D)

bagi amalan agronomi dan pembangunan produk serta pengkomersilan produk

daripada biojisim dan produk baru bioteknologi akan terus dipertingkatkan.

Sehubungan dengan itu juga , usaha akan ditumpukan kepada pemanafaatan

biokepelbagaian negara yang luas dan pengetahuan tempatan mengenai ubat

tradisional dan pelengkap untuk menerajui pembangunan industri farmaseutikal

dan nutraseutikal. Oleh yang demikian, cadangan kerajaan untuk menubuhkan

Institut Farmaseutikal dan Nutraseutikal Kebangsaan dan Institut Kebangsaan

Produk Asli, sebagai pusat kecemerlangan penyelidikan dan pembangunan

(R&D) dalam bidang bioteknologi berkaitan penjagaan kesihatan adalah

merupakan hadiah kegemilangan kemerdekaan 51 tahun negara kita tercinta ini.

Penemuan-penemuan baru dalam bidang teknologi perubatan penternakan

seperti vaksin KUSTEMvax iaitu vaksin yang dapat mencegah radang

paru-paru ternakan kambing oleh sekumpulan saintis daripada Kolej Universiti Sains

dan Teknologi Malaysia (KUSTEM) atau nama barunya Universiti Malaysia

Terengganu (UMT) dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM),

membuktikan bahawa rakyat kita mampu mencipta sejarah dan kegemilangan

tersendiri. Hasil penyelidikan berterusan para saintis tempatan juga iaitu

(12)

Institut Teknologi Maju (ITMA), Universiti Putra Malaysia, kita telah mampu untuk

mencipta sejenis sebatian kimia yang dinamakan LaSt24 iaitu sejenis bahan aktif

untuk merangsangkan pengeluaran susu getah dan seterusnya membantu

dalam peningkatan pengeluaran komoditi industri pertanian serta memberikan

nilai tambah kepada hasil ekonomi negara kita. Hasil penemuan ini juga telah

berjaya memenangi pingat emas semasa ‘The 34th Exhibition Of Inventions Of

Geneva 2006’ di Geneva , Switzerland pada April 2006 yang lalu. Ianya

membuktikan bahawa anak tempatan mampu bersaing di dunia antarabangsa.

Kejayaan yang diperolehi ini sudah pastinya akan meletakkan nama Malaysia di

tempat yang berprestij pada kaca mata dunia luar terutama yang berkaitan

dengan keupayaan bidang bioteknologi negara.

Kemajuan di dalam bidang bioteknologi yang dapat memacu kecemerlangan

industri asas tani negara diperhebatkan lagi dengan galakan yang berterusan

daripada pihak kerajaan. Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah bin Hj. Ahmad

Badawi telah mengesyorkan agar para petani mengusahakan tanaman kenaf

yang boleh digunakan bagi penghasilan komponen elektronik serta automotif

sebagai alternatif kepada tanaman tembakau. Beliau amat yakin bahawa negara

Malaysia mampu untuk menjadi pengeluar tanaman kenaf yang terkemuka di

dunia berdasarkan kekuatan yang ada khususnya pengalaman pengurusan

ladang para petani, penyelidikan dan pembangunan (R & D) dari sudut

bioteknologi serta jalinan antarabangsa yang kukuh. Jika kita melihat kepada

(13)

sebuah Taman Teknologi Kaprima Bestari bernilai RM 10 juta di kawasan Taman

Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di Serating, Marang, Terengganu; ianya

membuktikan kesungguhan pihak kerajaan dalam meningkatkan pengeluaran

industri pertanian berasaskan penternakan kambing hasil daripada faedah

penggunaan sains bioteknologi. Keupayaan sekumpulan pensyarah Universiti

Teknologi Petronas (UTP) menghasilkan biodiesel daripada biji getah yang

terbukti lebih murah serta lebih berkualiti berbanding biodiesel yang dihasilkan

daripada minyak sawit, sekali lagi membuktikan kecemerlangan bidang sains

dan teknologi di negara kita. Oleh yang demikian, penemuan para saintis

tempatan ini telah diiktiraf dengan kemenangan pingat emas di Pameran Innova

Eureka , di Brussels, Belgium. Lantaran itu, kecemerlangan bidang bioteknologi

ini terutama daripada aspek biji benih dan penanaman pokok getah perlulah

ditingkatkan bagi menyokong penemuan-penemuan baru berkenaan yang sudah

pasti akan memberikan pulangan yang lebih besar kepada pendapatan industri

asas tani negara.

Di dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke 9 (RMK-9), objektif pembangunan

bioteknologi adalah untuk menggunakan potensi bioteknologi sebagai sumber

penjanaan kekayaan yang semakin berkembang dalam meningkatkan aplikasi

bioteknologi dalam pelbagai sektor ekonomi. Sasaran pembangunan

bioteknologi adalah untuk menggandakan bilangan syarikat bioteknologi dan

yang berkaitan kepada 400 buah menjelang tahun 2010. Sebagai usaha untuk

(14)

pertanian, penekanan perlulah diberikan kepada pembangunan industri

bioteknologi. Oleh yang demikian, bagi mewujudkan sumber kekayaan yang

baru, beberapa pendekatan baru perlulah diambil untuk memperkukuhkan asas

industri serta menarik penyertaan sektor swasta yang lebih besar dan kukuh

melalui pelaburan dan pengwujudan peniagaan di dalam komponen strategi

rantaian nilai sains bioteknologi. Pengetahuan dan kepakaran terkumpul yang

dibangunkan oleh pelbagai institusi penyelidikan berasaskan sains dan teknologi

seperti MARDI, Lembaga Getah Malaysia dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia

yang akan berperanan sebagai pusat kecemerlangan negara bagi penyelidikan

dan pembangunan (R & D), pengkomersilan dan penyebaran bioteknologi

pertanian. Ini sudah pasti akan memberikan nilai tambah yang tinggi kepada

produk hasil industri asas tani sepertimana yang dapat kita lihat pada hari ini

terutama apabila ianya dapat dipertontonkan kepada orang ramai di pameran –

pameran yang bertaraf dunia sepertimana Pameran Pertanian, Hortikultur dan

Pertanian Berasaskan Pelancongan Malaysia (MAHA) tahun 2008. Dengan

adanya pameran yang bertaraf antarabangsa seperti MAHA tersebut, ianya

sudah tentu akan membantu penyebaran teknologi dan amalan pertanian moden

seterusnya kehebatan nama Malaysia kepada dunia luar.

Keupayaan negara di dalam industri pembuatan dan pemprosesan, telah dapat

menyediakan pelbagai peluang bagi pembangunan industri bioteknologi. Bidang

bioteknologi yang dikenalpasti termasuklah pembangunan pemangkin biologi

(15)

pemprosesan tekstil dan proses perindustrian yang lain. Biopemprosesan

merupakan antara bidang pertumbuhan yang boleh digunapakai dalam

pengeluaran biobahan seperti bioplastik, biodiesel dan bahan kimia. Harga

minyak mentah yang meningkat naik serta keperluan untuk mendapatkan tenaga

yang boleh diperbaharui bagi menggantikan bahan api fosil yang semakin

berkurangan, menjadikan biodiesel sebagai bidang pertumbuhan baru yang

berdaya maju. Permintaan terhadap bahan api termasuk diesel minyak sawit

oleh negara maju dijangka mencapai 10.5 juta tan metrik menjelang tahun 2007.

Malaysia yang mempunyai 3.9 juta hektar ladang kelapa sawit dijangka mampu

untuk memenuhi permintaan biodiesel global yang semakin meningkat. Selaras

dengan Dasar Bioteknologi Negara (DBN) yang diumumkan pada bulan Ogos

2005, pelbagai strategi perlulah dilaksanakan untuk meningkatkan penggunaan

biodiesel sebagai alternatif kepada diesel yang berasaskan petroleum.

Perkembangan ini juga seterusnya akan membantu aktiviti hiliran pertanian iaitu

industri asas tani yang sudah pasti akan menerima impak yang positif kesan

daripada kepelbagaian dan kemajuan bidang bioteknologi berkenaan.

Malaysia merupakan sebuah negara yang bertuah kerana mempunyai pemimpin

yang berpandangan jauh terutama di dalam bidang penyelidikan dan

pembangunan (R & D). Malaysia merupakan salah sebuah daripada 12 buah

negara di dunia yang diakui sebagai pusat biodiversiti mega. Sementara sebelas

negara lain ialah China, India, Indonesia, Zaire, Brazil, Colombia, Ecuador,

(16)

memberikan pengiktirafan terhadap kepentingan bioteknologi. Kerajaan telah

melihat aspek bioteknologi ini sebagai salah satu daripada pemacu utama di

dalam pembangunan negara, kini dan masa hadapan. Bidang bioteknologi tidak

hanya menjana kemajuan di dalam kualiti hidup rakyat, bahkan ianya

mencambahkan pengetahuan dan inovasi di dalam negara, iaitu elemen penting

di dalam usaha kita untuk mencapai tahap pembangunan yang mempunyai nilai

tambah serta hasrat akhir menuju ke arah negara maju pada tahun 2020.

(17)

Senarai Rujukan :

1. Utusan Malaysia – Keluaran Khas – Rancangan Malaysia ke 9 – 1 April 2006.

2. Utusan Malaysia – Keluaran Khas – Laporan Ekonomi 2005/06 –

1 Oktober 2005.

3. Utusan Malaysia – Sisipan Mega –’Kustemvax Vaksin Cegah Radang Paru-

paru Kambing ’– 7 Julai 2006.

4. Utusan Malaysia – Sisipan Mega –’LaSt24 Bahan Pengalak Susu Getah’

21 Julai 2006.

5. Utusan Malaysia – Keluaran Khas Kemerdekaan – Malaysiaku Gemilang –

17 Ogos 2007.

6. Utusan Malaysia – Pelan Induk Perindustrian Ketiga (PIP3) – Malaysia Ke

Arah Daya Saing Global – 19 Ogos 2006.

7. Utusan Malaysia – Sisipan Mega – Melahirkan Usahawan Asas Tani –

18 Ogos 2006.

8. Utusan Malaysia – Pelan Tindakan Dilancar : Sasar 10,000 Usahawan Industri

Asas Tani Menjelang 2010 – 18 Ogos 2006.

9. Utusan Malaysia – Sisipan CELIK : Langkah Pertama Ke Arah Pelaburan –

Bahanapi Bio Dilancarkan – Envo Diesel Mampu Atasi Kenaikan Harga

Minyak – 7 April 2006.

10. Jabatan Penerangan Malaysia – Perpaduan Rakyat – Asas Kecemerlangan

Negara – 2006.

11. Mingguan Malaysia – Fokus Kampus - Cipta Biodiesel Biji Getah –

(18)

12. Utusan Malaysia – Mengiktiraf Kejayaan Gemilang Malaysia di Bidang Sains

– 14 Ogos 2008.

13. Berita Harian – Nasional – Kenaf Hasil Komoditi Penting : PM -

23 Ogos 2008.

14. Laman Web –http://www.islam.gov.my/islamhadhari/index.php?=ekonomi

15. Laman Web – http:/www.nbbnet.gov.my/pintarbiotek

16. Laman Web – http:/www.biomalaysia.com.my

17. Laman Web – http:/www.pmo.gov.my/RancanganWeb/Rancangan1.nsf

18. Laman Web – http:/www.bioteknologi.smkberangan.com

19. Laman Web – http:/www.utusan.com.my

20. Laman Web – http:/bioteknologi.smkberangan.com/index.html

Referensi

Dokumen terkait

kemitraan sesuai dengan peraturan yang berlaku. c) Penyaluran dalam bentuk pinjaman dapat digunakan untuk modal kerja dan.. pembelian aktiva produktif sesuai dengan peraturan

Tujuan penelitian ini untuk mengetahui sitotoksisitas bahan pemutih gigi karbamid peroksida 10%, 15%, 20% dan hidrogen peroksida 38% terhadap sel BHK-21 menggunakan

Komplikasi tersebut diantaranya, kemungkinan terjadinya fraktur pada segmen yang bergerak, kesulitan dalam penyelesaian osteotomi pada daerah lingual, alat dengan ukuran

Hasil analisis menunjukkan bahwa dengan menggunakan analisis IFAS dan EFAS serta menggunakan analisis SWOT dapat menunjukkan posisi pengembangan objek wisata berada pada kuadran

Kegiatan ini dilaksanakan dengan menanyakan materi pelajaran kepada guru kelas sebelum mahasiswa praktikan membuat RPP yang akan diajarkan terhadap kelas tersebut,

All of them will measured their blood pressure (BP), heart rate (HR), salivary amylase, and skin temperature. Further, the experiment data will analyzed using

80 Penerapan Model Pembelajaran Inkuiri Terbimbing ( Guided Inquiry ) pada Materi Sistem Koordinasi untuk Meningkatkan Keterampilan Proses Sains pada Siswa Kelas.. XI IPA 3 SMA

Cara Menghasilkan uang dari Internet serta belajar blog dan youtube semua ada disini?. Cara Mempercepat Loading Blog TLD