• Tidak ada hasil yang ditemukan

KRISIS KEHAKIMAN DI MALAYSIA 1988 REFLEK

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "KRISIS KEHAKIMAN DI MALAYSIA 1988 REFLEK"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

KRISIS KEHAKIMAN DI MALAYSIA 1988: REFLEKSI ANAK MUDA IDZUAFI HADI KAMILAN

Di negara-negara Barat mahkamah adalah dianggap sebagai satu benteng untuk melindungi kedudukan rakyat daripada perbuatan-perbuatan yang tidak diingini oleh pihak berkuasa atau pihak-pihak lain juga. Dan para hakim dianggap sebagai SINGA DI BAWAH TAKHTA KERAJAAN. Dia bukannya sebagai alat pemerintah bahkan sebagai pengawal supaya pihak pemerintah tidak menyalahgunakan kuasa yang ada padanya1

PENDAHULUAN

Sistem pemerintahan negara Malaysia terdiri daripada tiga cabang kerajaan yang terdiri daripada badan legislatif, eksekutif dan kehakiman. Ketiga-tiga cabang kerajaan ini penting di dalam mengemudi pemerintahan negara dan saling bertindak sebagai

sistem ‘semak dan imbang’ dengan mempunyai peranan tertentu bagi memastikan ianya tidak mempengaruhi antara salah satu cabang.

Kewujudan fungsi tertentu badan-badan ini seperti badan eksekutif yang menguatkuasakan urusan pentadbiran dan pemerintahan dengan nama Yang Di Pertuan Agong, badan legislatif (perundangan) pula yang berfungsi menggubal undang-undang di dalam Parlimen manakala badan kehakiman berperanan untuk melindungi dan mempertahankan Perlembagaan dengan menegakkan keadilannya berlandaskan undang-undang.2

Namun menariknya dalam sistem Westminster yang dicedok ini, kehadiran badan kehakiman yang bebas bukan sahaja penting tanpa pengaruh mana-mana pihak malahan signifikan dengan fungsinya sendiri mempertahankan dan melindungi perlembagaan serta menyelesaikan pertikaian di antara pihak-pihak yang bertelingkah seperti individu, syarikat mahu pun sesama kerajaan (Persekutuan dan negeri) sendiri. Malahan juga, kewujudan badan kehakiman tanpa mendapat kepercayaan rakyat juga tidak akan bermaksud apa-apa di dalam sistem kerajaan moden pada hari ini.3

Buktinya krisis kehakiman yang berlaku pada tahun 1988 ini di tandai dengan pelbagai keputusan kes-kes perundangan yang kontroversi sehingga membawa kepada klimaks mengheret badan kehakiman dengan perlucutan jawatan Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Salleh Abas dan dua hakim kanan yang lain. Malahan, kes sekitar tahun 1986 hinggalah 1988 sebelum itu pun telah dapat memperlihatkan sikap Mahkamah membuat banyak keputusan yang bertentangan dengan kehendak kerajaan.4

1Tun Salleh Abas, 1989, ‘Kebebasan Kehakiman Singa Di Bawah Takhta dijerat’, Penerbitan Pena

Sdn Bhd, muka surat 2.

2Tun Mohamed Suffian, 1987, ‘The Role of The Judiciary’ ucapan di makan tengahari di Malaysian

Institute of Management, Kuala Lumpur, muka surat 51.

3 Visu Sinnadurai, 2004, dalam The Judiciary : The Role of Judges A Selection of Speeches dalam

buku Constitutional Monarchy, Rule of Law and Good of Governance Selected Essays and Speeches 4 JP Berthelsen v Director General of Immigration [1987]1 MLJ 134, Mamat bin Daud v Public

(2)

Terdapat pandangan beberapa sarjana yang menukilkan faktor yang menyumbang kepada krisis kehakiman 1988 itu. Faktor-faktor ini bolehlah dikategorikan faktor luar dan dalam badan kehakiman sendiri termasuklah apabila berlakunya pindaan perlembagaan pada tahun 1985 yang membawa kepada negara berhenti daripada merujuk kepada Jawatankuasa Rayuan Privy Council di United Kingdom malahan Mahkamah Agung ketika itu telah mempunyai tanggungjawab besar di dalam membuat keputusan sebagai Mahkamah Rayuan terakhir di Malaysia. Pada 1 Januari 1985, segala kes rayuan dari Malaysia tidak lagi di rujuk ke Jawatankuasa Kehakiman Privy Council yang telah dibubarkan. Dengan cara ini, Mahkamah Agung telah menjadi Mahkamah Apex di Malaysia.

Kedudukan badan kehakiman sebagai badan rayuan kehakiman terakhir telah memberikan satu tanggungjawab penting kepada mereka untuk meneliti kes-kes bersifat kepentingan awam dengan penuh teliti dan tertib. Maka Mahkamah menjadi lebih cakna, berhati-hati mendengar kesemua penghujahan dengan mengambil kira latar belakang negara sebelum mengambil keputusan menginterpretasikan undang -undang sebagai kuasa rayuan terakhir.5 Malahan Salleh Abbas (1988) mengungkapkan hakim sekarang merupakan tuan di ‘rumah’nya sendiri, dan

merasakan mereka mempunyai tanggungjawab untuk membawa hala tuju baru terhadap badan kehakiman ketika itu.6

FAKTA KRISIS BADAN KEHAKIMAN 1988

Krisis badan kehakiman yang berlaku pada tahun 1988 bukan sahaja mendapat liputan dari dalam dan luar negara7 malahan jauh lebih penting ia merupakan pemecatan seorang Ketua Hakim Negara, peristiwa yang jarang-jarang berlaku di dalam mana-mana negara yang mengamalkan sebuah sistem pemerintahan demokratik khususnya negara yang mengamalkan sistem Common Law.8 Reputasi besar badan kehakiman Malaysia ketika itu yang terkenal bebas daripada kuasa badan Eksekutif dengan sekelip mata punah.9

Antara faktor yang dikemukakan para sarjana adalah pada tahun 1988 juga terdapat banyak kes perundangan di Mahkamah yang melibatkan kerajaan dan parti yang membentuk kerajaan tidak memihak kepada mereka malahan akhirnya menjadi serangan kepada badan kehakiman.10

Mustapha bin Datu Harun [1987]1 MLJ 471, Theresa Lim Chin Chin v Minister of Home Affairs [1988]1 MLJ 294, Superintendent of Pudu Prison v Sim Kie Chon [1986]1 MLJ 494, Lim Kit Siang v Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad [1988]3 MLJ 82, Mohamed Noor bin Othman v Mohamed Yusoff Jaafar [1988]3 MLJ 82, dan Minister of Home Affairs v Karpal Singh [1988]3 MLJ 29

5Andrew Harding, 2012, ‘The Constitution of Malaysia A Contextual Analysis’ Hart Publishing, muka

surat 208.

6 Tun Salleh Abas, Kuliah Peringatan John Galway Foster, University College London, 4 November

1988. Tun Salleh Abas, ‘Independence of The Judiciary’ [1987] 1 MLJ xi.

7 A.J. Harding, 1990, The 1988 Constitutional Crisis in Malaysia, ICLQ muka surat 57

8 F. A Trindade and Owen Dixon, The Removal of the Malaysian Judges, The Law Quarterly Review,

January 1990.

9Andrew Harding, 2012, ‘The Constitution of Malaysia A Contextual Analysis’ Hart Publishing, muka

surat 208.

(3)

Tun Salleh Abas dan dua hakim Mahkamah Agung (Tan Sri Wan Suleiman bin Pawan dan Datuk George Seah) telah dilucutkan jawatannya. Manakala tiga hakim Mahkamah Agung yang lain, Tan Sri Mohd Azmi bin Dato Kamaruddin, Tan Sri Dato Seri Eusoffe Abdoolcader dan Tan Sri Wan Hamzah bin Mohd Salleh, turut di gantung perkhidmatannya dengan ditubuhkan jawatankuasa pendengaran.

Ini disebabkan tindakan beliau pada 26 Mac 1988 menulsi surat kepada Sultan Iskandar yang juga merupakan Yang DiPertuan Agong ke 6 dan juga salinannya ditujukan kepada Sultan-sultan Melayu yang lain.11 Kandungan surat itu menyembah maklum kepada Yang DiPertuan Agong berhubung pekembangan terkini hubungan di antara badan Eksekutif dan Kehakiman.

Antara kandungan surat tersebut adalah memaklumkan berhubung serangan Perdana Menteri terhadap badan kehakiman khususnya di dalam Dewan Rakyat. Justeru itulah sebelum surat tersebut dihantar, Tun Salleh Abas memanggil mesyuarat tergempar dengan kehadiran 20 hakim di Kuala Lumpur pada 23 Mac 1988 dengan sebulat suara bersetuju (kecuali seorang hakim Mahkamah Agung tidak bersetuju).

Selepas pemecatan Tun Salleh Abas, terdapat hakim yang hadir mesyuarat dan menukar pendiriannya termasuklah Tun Hamid Omar (Pemangku Ketua Hakim) dan Hakim Yeop Sani (Pemangku Hakim Besar). Hari pertama Tun Hamid Omar memangku jawatan Ketua Hakim Negara adalah menangguhkan pendengaran kes rayuan UMNO 11.12

Pertuduhan itu bermula apabila Tun Salleh Abas cuba mempertahankan badan kehakiman daripada serangan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad yang membawa kepada penggantungan jawatan pada 29 Mei 1988. Satu kenyataan daripada Jabatan Perdana Menteri pada 31 Mei 1988 menyatakan dengan satu kesalahan: bahawa Tun Salleh Abas telah melakukan kesalahan berkelakuan tidak senonoh dengan tindakan awalnya menulis surat kepada Yang Di Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu ketika itu. Kita harus melihat bahawa perlucutan jawatan hakim-hakim kanan termasuklah Ketua Hakim Negara ketika itu bukanlah disebabkan rasuah mahupun keadaan kesihatan namun dikaitkan dengan ‘tingkah laku yang tidak baik’.13

Hanya pada 14 Jun 1988, Tun Salleh Abas menerima pertuduhan secara bertulis daripada Peguam Negara yang melibatkan 5 pertuduhan penting. Perbicaraan berhubung pertuduhan beliau bermula pada 29 Jun 1988.14

i) Ketua Hakim Negara telah membuat satu ucapan di mana dia menuduh pegawai kerajaan telah tidak menghormati kedaulatan undang-undang dan tidak melaksanakan tugasnya dengan baik, malahan telah wujud gangguan oleh kerajaan berhubung dengan kebebasan badan kehakiman;

11 Laporan Tribunal Pertama, Volume 1

12 Rais Yatim, 1994, ‘The Rule of Law and Executive Power in Malaysia: A Study of Executive Supremacy’, Tesis PhD yang dikemukakan kepada King College, University of London, muka surat 330 13Mark Gillen dan Ted L. Mcdorman, 1991, ‘The Removal of Three Judges of The Supreme Court of Malaysia’, British Columbia Law Review, muka surat 171.

(4)

(ii) Ketua Hakim Negara telah membuat satu lagi ucapan di mana beliau telah menuduh kerajaan menjejaskan kebebasan badan kehakiman, mendakwa bahawa kerajaan telah mengabaikan kepentingan peranan badan kehakiman, mencadangkan bahawa kerajaan tidak percaya hakim dan menganjurkan penerimaan undang-undang Islam sistem dalam penafsiran Undang-Undang Sivil Malaysia dan aplikasi umum;

(iii) Ketua Hakim Negara telah ditangguhkan sine mati kes yang melibatkan isu pilihan kanak-kanak itu dari agama;

(iv) Ketua Hakim Negara, dalam surat kepada Raja, membuat kenyataan palsu bertujuan untuk mempengaruhi Raja dan Raja-Raja Melayu untuk mengambil tindakan terhadap Perdana Menteri yang mungkin kesan negatif menjejaskan hubungan baik antara Raja-raja Melayu dan kerajaan, dan mengakui bahawa kenyataan yang dibuat oleh Perdana Menteri telah meninggalkan dia tidak lagi mampu menunaikan dengan baik nya fungsi sebagai Ketua Hakim Negara; dan

(v) Ketua Hakim Negara membuat pelbagai kenyataan kepada media selepas beli au penggantungan yang berisi kebohongan dan dihitung untuk mendiskreditkan lagi kerajaan dan mempolitikkan isu-isu antara kerajaan dan dirinya sendiri.15

Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas telah dilucutkan daripada jawatannya pada 8 Ogos 1988 selepas 6 ahli-ahli Tribunal yang dilantik Yang DiPertuan Agong mendapati beliau bersalah atas lima pertuduhan yang berhubungkait dengan tingkah laku buruk.

Setelah itu,beberapa peguam kanan yang telah menawarkan diri mereka untuk mewakili setiap lima Hakim Mahkamah Agung telah menolak berhujah sebagai tanda protes, untuk hadir di hadapan Tun Hamid ketika dia sedang duduk di bangku simpanan. Pada tahun 1994 Tun Hamid memainkan peranan penting dalam memuktamadkan penubuhan Mahkamah Rayuan baru, gelanggang perantara antara Mahkamah Tinggi dan Mahkamah yang besar.16 Selain itu, amalan melantik pesuruhjaya kehakiman pada kontrak dua tahun menjadi prosedur standard untuk pelantikan hakim-hakim Mahkamah Tinggi di zaman beliau juga.

KONSEP KEBEBASAN KEHAKIMAN

Tema kebebasan kehakiman adalah sama pentingnya dengan beberapa tema-tema undang-undang Inggeris lain di dalam Perlembagaan Persekutuan seperti pemisahan kuasa, demokrasi berparlimen, dan raja berperlembagaan. Malahan konsep kebebasan kehakiman ini juga menunjukkan kepentingan kedudukan badan kehakiman dengan badan eksekutif dan legislatif dalam sistem pemerintahan yang demokratik yang diamalkan di dalam negara ini.

15Report of The Tribunal Established under Article 125(3) and (4) of the Federal Constitution Re: YAA Tun Dato’ Haji Mohamed Salleh Abas’, [1988]3 MLJ xxxiii, muka surat

(5)

Sekiranya kita meneliti apa yang berlaku di dalam krisis kehakiman 1988 ini maka kita akan menyedari bahawa kebebasan badan kehakiman sebenarnya adalah satu konsep yang terbatas dan rapuh dalam sistem di mana meresapi kuasa eksekutif dan kawalan semua cabang kerajaan.17 Oleh itu apabila wujudnya tindakan menyerang oleh badan Eksekutif dan badan perundangan (legislatif) terhadap badan kehakiman maka secara automatiknya keyakinan terhadap institusi kehakiman ini akan terhakis bersama-sama konsep kebebasan kehakiman menjadi luntur.18

Keupayaan mahkamah dan hakim untuk menjalankan tugas dan tanggungjawabnya secara bebas tanpa mana-mana pengaruh atau tekanan oleh pihak-pihak yang berkepentingan.19

Mahkamah bukan sahaja mempunyai kuasa dan tanggungjawab sebagai hakim untuk memutuskan pertelingkahan di antara warganegara dan beberapa pihak di dalam negara, malahan menyelesaikan pertelingkahan antara Persekutuan dan negeri atau sesama negeri malahan mempunyai kuasa untuk menyemak undang-undang itu bertepatan dengan perlembagaan atau tidak dan keabsahan tindakan eksekutif mahupun mahkamah sendiri.20

Reputasi badan kehakiman dinilai berdasarkan sejauh mana kebebasannya, tingkahlaku hakim-hakimnya dan statusnya sebagai badan bebas di bawah kerajaan.21

Perlantikan hakim yang dicadangkan diperingkat awal di dalam Suruhanjaya Perlembagaan Reid adalah bertujuan untuk mengasingkan pengaruh politik di dalam sistem pemilihan seseorang hakim. Suruhanjaya Reid mencadangkan agar kuasa melantik Ketua Hakim hanya digunakan kepada Yang Dipertuan Besar sahaja manakala Yang Di Pertuan Besar boleh melantik mana-mana hakim Mahkamah Agung selepas perbincangan dengan Ketua Hakim Negara.22

Pada masa itu Suruhanjaya Reid membantah penglibatan Suruhanjaya Perkhidmatan Perundangan dan Kehakiman di dalam melantik hakim-hakim Mahkamah Agung memandangkan badan ini tidak sesuai melantiknya disebabkan pada masa yang sama ia melantik hakim diperingkat mahkamah rendah, dan pada masa yang sama untuk melantik hakim Mahkamah atasan.

Suruhanjaya Perlembagaan Reid juga mengesyorkan agar seseorang hakim tidak boleh dipecat daripada jawatan, kecuali dengan perintah YDPA dengan memerlukan

17 Rais Yatim, 1994, ‘The Rule of Law and Executive Power in Malaysia: A Study of Executive Supremacy’, Tesis PhD yang dikemukakan kepada King College, University of London, muka surat

305.

18 Yeong Sien Seu, 1992,’ Clarity or Controversy – The Meaning of Judicial Independence in Singapore and Malaysia’ The Singapore Law Review, muka surat 89.

19David S. Law, 2010,’ Judicial Independence’, University in St. Louis, Washington di dalam Bertrand

Badie, International Encyclopedia of Political Science, Volume 5, muka surat 1369.

20 Andrew Harding, 1995,’ Law, Government and the Constitution in Malaysia’ Malayan Law Journal,

muka surat 129.

21 Visu Sinnadurai, 2007,’Constitutional Landmark s in Malaysia: The First 50 years’, Lexis Nexis

Malaysia, muka surat 173.

22 Perkara 114(2) Part IX, Deraf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu di dalam Laporan

(6)

kelulusan daripada majoriti dua pertiga daripada setiap Majlis Parlimen. Sebelum notis usul itu, harus ada bukti salah laku atau kelemahan akal atau tubuh.23 Namun begitu, Jawatankuasa kerja telah mencadangkan di dalam kertas putih kepada kerajaan agar perbicaraan oleh ahli-ahli sesama badan kehakiman adalah perlindungan terbaik bagi kebebasan kehakiman. 24

Justeru itulah frasa kebebasan kehakiman ini tidak muncul di dalam mana-mana peruntukan di dalam Perlembagaan malahan ia diperkukuh dengan beberapa peruntukan lain antaranya

1. Apabila seseorang hakim itu dilantik adalah hampir mustahil kedudukan hakim itu dilucutkan daripada jawatannya, apabila tiada hakim boleh dilucutka n jawatannya atau dieknakan tindakan disiplin (melalui Yang DiPertuan Agong) sebelum usianya mencapai umur persaraan wajib 65 tahun kecuali dengan cadangan daripada jawatankuasa yang terdiri daripada lima hakim atau hakim bersara.

2. Gaji dan elaun perkhidmatan hakim mesti disediakan Akta Parlimen dan di bayar daripada Dana Wang yang Disatukan. Gaji mereka tidak boleh diubah termasuk pencen mereka.

3. Hakim layak untuk menerima pencennya.

4. Hakim tidak boleh dipindahkan oleh sesiapa sahaja kecuali dengan kebenaran Ketua Hakim Negara.

5. Tingkah laku hakim tidak boleh dibincangkan di dalam Parlimen kecuali dengan usul substantif dengan sokongan satu perempat ahli parlimen.

6. Hakim menikmati keistimewaan secara langsung dalam Mahkamahnya dan tidak boleh dikenakan apa-apa tindakan saman dan sebagainya.25

KUASA KEHAKIMAN

Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang utama dan mengatasi mana-mana undang-undang lain bahkan ini di sebut di dalam Perkara 4 (1). Kedudukan Perlembagaan sebagai undang-undang utama ini juga menyebabkan badan-badan eksekutif, legislatif dan kehakiman mendapat punca kuasanya melalui Perlembagaan. Peruntukan Perkara 39 menyebut kuasa Eksekutif Persekutuan pada Yang Di Pertuan Agong tetapi dijalankan kuasanya itu oleh Jemaah Menteri manakala kuasa perundangan di jalankan Parlimen dan di sebut di dalam Perkara 66(1). Namun begitu, kuasa kehakiman selepas tahun 1988 seolah-olah dipadamkan dengan pindaan perlembagaan besar yang dilakukan pada tahun itu.26

Pada 17 Mac 1988, kerajaan telah mengemukakan pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan. Terdapat empat pindaan besar yang dilakukan kerajaan merangkumi dalam Perkara 5, Perkara 85, Perkara 121 dan Perkara 145 dengan melebar luaskan

23 Para Laporan Suruhanjaya Reid. Deraf peruntukan yang dicadangkan Suruhanjaya Perlembagaan

Reid di dalam Perkara 116.

24 Perkara 125, Kertas Putih Kerajaan

25 Tun Mohamed Suffian, 1987, ‘The Role of The Judiciary’ ucapan makan tengahari di Malaysian

Institute of Management, Kuala Lumpur, muka surat 51.

(7)

kuasa eksekutif di dalam pelbagai aspek dan pada masa yang sama mengurangi kuasa badan kehakiman.27

Salah satu implikasi penting pindaan perlembagaan yang dilakukan adalah berhubung kait dengan badan kehakiman di dalam Perkara 121. Dua aspek penting yang menjadi perhatian adalah membuang frasa kuasa kehakiman Persekutuan daripada Mahkamah Tinggi dan menafikan bidang kuasa Mahkamah Tinggi di dalam apa-apa perkara yang di dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah.28

Dengan kewujudan cadangan kepada pindaan kepada perlembagaan ini maka perkataan-perkataan “kuasa-kuasa Kehakiman Persekutuan”29 adalah dipotong dan digantikan dengan frasa lain yang membawa maksud kewujudan Mahkamah Tinggi yang mempunyai bidang kuasa dan kuasa tertentu.30 Tujuan cadangan supaya Perkara 121 ini dipinda secara terang dan jelas adalah untuk menghapuskan peruntukan tentang meletakhak kuasa-kuasa kehakiman pada mahkamah-mahkamah dan dengan maksud meletakkan frasa Mahkamah Tinggi. Dengan kewujudan peruntukan baru, maka Mahkamah tidak lagi akan memberi penekanan pada meletakhak kuasa kehakiman Persekutuan pada mahkamah-mahkamah tetapi akan hanya memperkatakan tentang jenis-jenis mahkamah dan bidang kuasa serta kuasa-kuasanya.

Hal ini timbul apabila ketidakpuashatian kerajaan31 terhadap satu keputusan Mahkamah di dalam kes Dato’ Yap Peng vs Public Prosecutor32 yang bermaksud kuasa kehakiman itu adalah kuasa bagi setiap kerajaan yang berdaulat perlukan untuk membuat keputusan dan menyelesaikan hal kontroversi diantara subjek atau diantara subjek-subjeknya sama ada hak berkaitan dengan kehidupan, kebebasan atau harta.33 Dengan pembuangan makna kuasa badan kehakiman ini maka kerajaan berhasrat agar mahkamah hanya membuat keputusan berdasarkan undang-undang Persekutuan yang digubal di Parlimen dari masa ke semasa dengan tidak merujuk perundangan negara-negara Komanwel lain.34

Kehilangan kuasa kehakiman secara nyata di dalam Perlembagaan ini mungkin nampak remeh namun mempunyai kesan yang berat dan berpanjangan. Mahkamah kehilangan kuasa yang seharusnya ada pada bidang kuasa badan itu dengan kuasanya sekarang hanya boleh diambil dari undang-undang Persekutuan yang

27 Rais Yatim, 1994, ‘The Rule of Law and Executive Power in Malaysia: A Study of Executive Supremacy’, Tesis PhD yang dikemukakan kepada King College, University of London, muka surat

114.

28 Rais Yatim, 1994, ‘The Rule of Law and Executive Power in Malaysia: A Study of Executive Supremacy’, Tesis PhD yang dikemukakan kepada King College, University of London, muka surat

116.

29Sebelum tahun 1988, peruntukan Perkara 121 berbunyi ‘… the judicial power of the Federation shall

be vested in two High Courts… and in such inferior courts as may be provided by federal law…’

30 Penyata Rasmi Dewan Rakyat Parlimen Ketujuh Penggal Kedua pada 17 Mac 1988 muka surat 1353 31 Penyata Rasmi Dewan Rakyat Parlimen Ketujuh Penggal Kedua pada 17 Mac 1988 muka surat 1354 32 [1987]2 MLJ 311

33 Pencerahan terhadap maksud kuasa kehakiman di atas juga dicedok daripada kes di Australia di

dalam kes Hardad, Park er & Co. Proprietary Ltd. Vs Morehead. Griffif.

34 Penyata Rasmi Dewan Rakyat Parlimen Ketujuh Penggal Kedua pada 17 Mac 1988 muka surat

(8)

diluluskan di Parlimen.35 Hujah ini juga disokong oleh International Commission of Jurists yang menyatakan bahawa dengan meletakkan bidang kuasa dan kuasa Mahkamah Tinggi bergantung kepada undang-undang Persekutuan ini bermakna ia menghilangkan fungsi asal bidang kuasanya disisi Perlembagaan.36

Pandangan Dr. Mahathir ketika itu kuasa kehakiman adalah terbatas dengan undang -undang yang di gubal dengan niat kerajaan sahaja di Parlimen. Justeru itulah sebarang idea berhubung keadilan asasi (natural justice), common law dan sistem perundangan Inggeris ditolak dan elemen yang berkehendakkan kebebasan tidak akan dikompromi.37

Pendakwa raya telah menukarkan kes pecah amanah ini dari Mahkamah Rendah ke Mahkamah Tinggi. Tindakan Pendakwaraya juga dirujuk sebagai salah disisi Perlembagaan walaupun Pendakwa Raya dibenarkan di bawah kuasa seksyen 418A Kanun Prosedur Jenayah.

Cadangan kerajaan untuk meminda peruntukan Perkara 121 ini bukan sahaja telah dibantah di dalam Dewan Rakyat memandangkan ia akan merosakkan nadi serta struktur asas sistem kerajaan di bawah peruntukan Perlembagaan Persekutuan.38

KRISIS UMNO 1987

Rais Yatim (1994) di dalam memperkatakan krisis badan kehakiman tidak menafikan malah bersetuju keputusan kontroversi penghakiman yang berlaku sekitar tempoh tiga tahun di antara tahun 1986 hingga 1988 tidak seharusnya menjadi kayu ukur kepada krisis pemecatan Ketua Hakim Negara dan dua hakim kanan yang lain namun perkembangan di luar Mahkamah juga memainkan faktor penting seperti krisis kepimpinan UMNO pada tahun 1987.39

Buat pertama kalinya di dalam pemilihan Parti UMNO bagi jawatan Presiden UMNO di cabar pada tahun 1987 sedangkan menjadi budaya UMNO sebelum itu proses transisi kepimpinan di serahkan secara tertib dari Presiden kepada Timbalan Presiden. Pemilihan pada April 1987 itu merupakan pertembungan di antara Pasukan A diketuai Dr Mahathir manakala pasukan B diketuai Tengku Razaleigh Hamzah apabila Dr Mahathir menang dengan hanya majoriti 43 undi.

Pasukan B tidak berpuas hati dengan keputusan pemilihan dengan mendakwa terdapat ketidakteraturan mengikut peraturan pemilihan yang ada. Maka mereka telah

35 Sultan Azlan Shah, ‘The Role of Constitutional Rulers and the Judiciary Revisited’ di dalam Visu

Sinnadurai es, 2004, ‘Constitutional Monarchy, Rule of Law and Good Governance’ Professional Law Books’, di muka surat 385.

36 Kevin Yl Tan dan Thio Li Ann, 2010, Constitutional Law in Malaysia and Singapore, Lexis Nexis

Singapore, muka surat 507

37 Penyata Rasmi Dewan Rakyat Parlimen Ketujuh Penggal Kedua pada 17 Mac 1988 muka surat

1356-1357

38 Penyata Rasmi Dewan Rakyat Parlimen Ketujuh Penggal Kedua pada 17 Mac 1988 muka surat 1376 39 Rais Yatim, 1994, ‘The Rule of Law and Executive Power in Malaysia: A Study of Executive Supremacy’, Tesis PhD yang dikemukakan kepada King College, University of London, muka surat

(9)

membawa kes ini ke Mahkamah pada 3 Februari 1988 dan didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Kes Mohd Noor bin Othman & Ors v. Mohd Yusof Jaafar40 yang juga dikenali sebagai kes UMNO 11melibatkan isu pertikaian sama ada ahli-ahli UMNO daripada Bahagian UMNO yang tidak didaftarkan ini boleh terlibat dengan di pemilihan UMNO di peringkat Mesyuarat Bahagian pada April 1987.

Ini kerana di bawah seksyen 12(3) Akta Pertubuhan 1966 sebuah pertubuhan yang menubuhkan cawangan tanpa didaftarkan atau tanpa mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada Pendaftar Pertubuhan maka cawangan itu dianggap tidak sah disisi undang-undang.

Namun begitu Harun Hashim (Hakim) memutuskan bahawa UMNO merupakan sebuah parti politik yang tidak sah berdasarkan fakta sebanyak 30 Bahagian UMNO di beberapa buah negeri tidak mendaftar yang secara terang dan jelas melanggar peruntukan seksyen 12(3) Akta Pertubuhan 1966.41 Keputusan ini telah mengemparkan negara malahan bukan hasrat pempetisyen untuk mengharamkan parti UMNO. Pempetisyen hanya memohon agar pemilihan pada tahun 1987 diisytiharkan sebagai tidak sah agar memberi laluan kepada satu pemilihan baru untuk diadakan semula.

Sebelas pempetisyen ini mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Agung. Tun Salleh Abas menetapkan pendengaran kes ini pada 13 Jun 1988 dengan sembilan panel hakim Mahkamah Agung untuk memutuskan rayuan tersebut. Kes ini juga menjadi satu kes penting pertembungan antara eksekutif dan badan kehakiman yang juga membabitkan kedudukan Presiden parti UMNO (Perdana Menteri) di masa hadapan.42

ANALISIS KRISIS KEBEBASAN KEHAKIMAN 1988: PANDANGAN ANAK MUDA

Berdasarkan sorotan peristiwa dan kepelbagaian keputusan penghakiman yang dilakukan badan kehakiman, dapatlah disimpulkan bahawa pra 1988 badan kehakiman tidak menghadapi kritikan secara keterlaluan bahkan mendapat pujian dan dipandang tinggi. Ini dapat dilihat daripada perlantikan dan penerimaan beberapa hakim Malaysia menduduki kerusi hakim di dalam Jawatankuasa Rayuan Privy Council.

Namun begitu pasca kes pemecatan Tun Salleh Abas, Presiden Mahkamah Agung (ketika itu) dan dua hakim kanan Mahkamah Agung Tan Sri Wan Suleiman dan Datuk George Seah pada tahun 1988 peristiwa ini bukan sahaja menjadi tragedi hitam dalam badan kehakiman negara malahan ramai generasi muda pasca 90 an gagal mengetahui secara lengkap perjalanan penting kes ini.

40 [1988]2 SCR 219; [1988]2 MLJ 129

41Section 12 (3) of the Societies Act 1966 stipulates: “Where a registered society establishes a branch

without the prior approval of the Registrar the branch so established shall be an unlawful society.” Under section 70 of the Act, however, the Minister of Home Affairs has the power to “exempt any society registered under this Act from all or any of the provisions of this Act.”

(10)

Kegagalan anak muda secara keseluruhannya memahami sorotan apa yang terjadi terhadap pada badan kehakiman lebih ketara terhadap graduan muda undang -undang yang hanya mengetahui secara permukaan sahaja bukannya secara mendalam hubung kait peristiwa 1988 dengan prinsip kebebasan kehakiman.

Menariknya, bagi anak-anak muda yang cenderung mengetahui dan mengikuti perjalanan politik tanah air, krisis 1988 dianggap klimaks terhadap campur tangan Eksekutif ke dalam badan Kehakiman. Justeru, kelompok anak-anak muda ini bukan sahaja bersifat kritikal malahan mempunyai pandangan dan sisi negatif terhadap pemerintahan badan Eksekutif ketika itu.

Krisis yang berlaku terhadap badan kehakiman ini adalah satu peristiwa dalam lipatan sejarah negara yang tidak mungkin akan dipulihkan kembali. Walau pun, Pak Lah telah mencuba menebus kesilapan peristiwa ini dengan gratuiti yang diberikan kepada mantan hakim-hakim namun ia luka yang sangat dalam.

Malahan selepas 26 tahun peristiwa ini, Generasi Y atau pun generasi yang lahir sekitar tahun 1980 an mungkin tidak mengingati malahan tidak mengetahui satu peristiwa hitam ini namun kesannya menimbulkan ‘luka’ yang sangat dalam sehingga hari ini. Kegagalan memahami tragedi hitam ini dalam lipatan sejarah bukanlah semata-mata boleh diletakkan di atas pundak masyarakat mahu pun generasi muda malahan mahasiswa undang-undang yang mempelajari peristiwa ini di dalam subjek undang-undang perlembagaan pun belum pasti dapat menekuni keseluruhan perjalanan kes yang terjadi kepada Tun Salleh Abas selaku mantan ketua hakim negara.

PENUTUP

Justeru dua ucapan mantan Ketua Hakim Negara ini akan menyedarkan kita selepas krisis pada tahun 1988 terhadap badan kehakiman di Malaysia

Adalah menjadi satu harapan yang bersungguh-sungguh agar badan kehakiman Malaysia akan meraih semula keyakinan orang awam, sepertimana harganya yang sama seperti dulu pernah dicapai. Sistem badan kehakiman yang bebas membawa kebanggaan kepada negara-negara yang mengamalkan pemerintahan demokratik. Anggota badan eksekutif dan legislatif datang dan pergi, tetapi badan kehakiman yang bebas harus tetap teguh selama-lamanya, memenuhi aspirasi dan cita-cita rakyat. Dalam badan kehakiman, orang meletakkan kepercayaan dan harapan mereka ke atasnya.43

Dan ucapan Tun Mohamed Suffian

Saya berkeyakinan bahawa hakim (di Malaysia) akan berterusan menjadi Penjaga kepada Perlembagaan dan undang-undang, mengangkat kedaulatan undang-undang dan tidak akan menjadi alat kepada ahli politik

(11)

dan kerajaan; berdiri teguh di antara yang berkuasa dengan yang lemah, di antara kaya dan miskin, di antara kuku besi dan rakyatnya serta menyebar luas keadilan dengan seadil-adil dan saksama tanpa takut dan gundah gulana.44

Apakah kini badan kehakiman menjadi teras kepercayaan anak muda selepas dua cabang kerajaan; badan Eksekutif dan badan kehakiman sudah mula hilang taringnya di mata anak muda. Saya lontarkan soalan ini kepada diri anak muda untuk menjawabnya kembali.

44 Tun Mohamed Suffian, 1987, ‘The Role of The Judiciary’ ucapan di makan tengahari di Malaysian

Referensi

Dokumen terkait

Pemberdayaan Kelompok Wanita Tani (KWT) Melalui Kegiatan Pemberian Nilai Tambah Olahan Jagung ( Zea mays L.) (Suatu Kasus Pada Kelompok Wanita Tani Cipta Lestari Di Desa Haurgeulis

Dengan melihat segala keterbatasan sumber daya yang ada, maka dalam perencanaan pembangunan perlu ditentukan sektor-sektor dan subsektor-subsektor ekonomi yang

PERANCANGAN SISTEM APLIKASI KOPERASI SIMPAN PINJAM PADA KOPERASI KELUARGA. BESAR

Antara tumbuhan berikut yang manakah dikelaskan dalam kumpulan X dan YB. A B

Pemanfaatan Situs Kesultanan Deli Dalam Pembelajaran Sejarah Lokal Berbasis Multikultural (Penelitian Naturalistik Inkuiri di SMA Panca Budi Medan).. JPIS (Jurnal

Deskripsi Hasil Pengolahan Data Pengunaan Strategi Active Learning Tipe Quiz Team untuk Menumbuhkan Karakter Rasa Ingin Tahu Siswa Dalam Pembelajaran Sejarah ………

Untuk mengambil sampel pada penelitian ini digunakan metode purposive sampling, yaitu sampel yang diambil oleh peneliti merupakan data yang telah dinilai oleh

Komposisi Pegawai Pusbindiklat Peneliti LIPI pada Desember 2015 Berdasarkan Bidang/Bagian dan Tingkat