• Tidak ada hasil yang ditemukan

TUNTUTAN BERTINDIH YANG DIHADAPI NEGARA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "TUNTUTAN BERTINDIH YANG DIHADAPI NEGARA "

Copied!
22
0
0

Teks penuh

(1)

NAMA PROGRAM SAINS POLITIK

KOD & NAMA KURSUS

SKSJ 3113 POLITIK ASIA TENGGARA

TAJUK TUGASAN

BINCANGKAN TUNTUTAN BERTINDIH YANG DIHADAPI NEGARA-NEGARA ASIA TENGGARA DAN IMPLIKASI KRISIS TERSEBUT KE ATAS KESTABILAN

POLITIK SERANTAU

NAMA PENSYARAH

PROF. MADYA DATO` DR. MOHAMMAD AGUS YUSOFF

NAMA

AHMAD DANIAL BIN AHMAD

NO MATRIK A154847

(2)

1.0 PENGENALAN

Dalam konteks geografi, Asia Tenggara terletak di benua Asia yang dibataskan dengan sempadan utara Asia Timur dan barat Selatan Asia. Rantau Asia Tenggara berkeluasan 4.5 juta kilometer per segi dengan populasi penduduk hampir 641 juta orang penduduk yang membuatkan rantau ini sebagai rantau ketiga terpadat dengan penduduk di dunia selepas Asia Timur dan Asia Barat. Indonesia merupakan negara yang mempunyai jumlah penduduk tertinggi dengan mencapai 230 juta orang penduduk dan Brunei mempunyai jumlah populasi yang rendah yang tidak melebihi 500 ribu orang penduduk (Phillips 2006:6). Kini, Asia Tenggara terdiri daripada 11 buah negara berdaulat iaitu Brunei Darulssalam, Thailand, Malaysia, Indonesia, Singapura, Kemboja, Laos, Myanmar, Filipina, Vietnam dan Timor Leste. Faktor sejarah kolonialism ini telah menyebabkan landskap politik Asia Tenggara khasnya di Kepulauan Melayu atau “Malay Archipelago” telah berubah dan pada hari ini terdiri daripada Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei dan Timor Leste. Malay Archipelago terdiri daripada 25 ribu buah pulau dan merupakan laluan maritim yang terpenting untuk menghubungkan Timur dan Barat. Laut China Selatan, Selat Johor, Selat Melaka dan Laut Sulawesi berkongsi sempadan maritim dalam kalangan negara Asia Tenggara dan serta

mempunyai banyak pulau yang dijadikan sebagai sempadan kedaulatan negara-negara ini.

(3)

penyelesaian krisis ini. Pada masa yang sama, tuntutan bertindih juga memberi impak kepada kestabilan politik serantau kerana melibatkan wilayah kedaulatan negara dan sebarang pencerobohan akan menjejaskan kestabilan politik Asia Tenggara.

Wilayah menjadi elemen utama dalam menentukan kedaulatan sesebuah negara. Negara yang berdaulat mempunyai kuasa untuk mentadbir, mengawal serta mempertahankan wilayah kekuasaannya daripada ancaman persekitaran luar yang mampu mengancam kestabilan politik serta kedaulatan negara. Pada masa yang sama, wilayah yang berdaulat di mana kerajaan mempunyai kuasa untuk mentadbir amat penting sebagai pengiktirafan kepada

sebuah sistem negara yang berdaulat (Gilbert 1998). Selain itu, wilayah kekuasaan yang jelas dan tidak berlaku sebarang tuntutan bertindih memberi kelebihan kepada negara untuk menetapkan garis sempadan negara dengan lebih jelas supaya fungsi negara dapat dipertingkatkan lagi. Secara asasnya, wilayah kekuasaan memberi banyak kelebihan kepada negara yang dapat mengawalnya serta meningkatkan kedaulatan dan keabsahan negara. Oleh itu, sesetangah kawasan atau wilayah yang terletak berdekatan dengan dua atau lebih negara sering berlaku tuntutan bertindih untuk merebut wilayah tersebut.

Tuntutan bertindih, pertikaian wilayah atau “territorial disputes” adalah perselisihan atau pertikaian yang berlaku di antara dua atau lebih negara mengenai pemilikan dan kawalan sesebuah wilayah. Selain itu, tuntutan yang diletakkan keatas sesebuah kawasan adalah untuk mengawal kawasan tersebut dengan lebih efektif dengan menggunakan faktor sejarah, faktor geografi, undang-undang antarabangsa, “uti possidetis” iaitu pemilikan wilayah selepas berakhirnya konflik atau perang, perjanjian dan keseragaman budaya (Sumner 2004: 1780). Di rantau Asia Tenggara, tuntutan bertindih berlaku terutamanya di Laut China Selatan yang merupakan laluan utama kapal perdagangan dengan anggaran USD 5 trilion perdagangan antarabangsa dilalukan setiap tahun (The National Interest 16 July 2016). Hal ini menyebabkan Laut China Selatan menjadi antara laluan maritim yang sibuk dan pesat dengan perdagangan antarabangsa. Negara yang mempunyai kawalan Laut China Selatan yang lebih luas dengan memperluaskan wilayah kedaulatannya secara tidak langsung dapat meningkatkan kepentingan ekonomi negara. Pada masa yang sama, Laut China Selatan juga mempunyai beberapa buah

(4)

Tuntutan bertindih yang berlaku di Asia Tenggara merupakan konflik yang panjang dan sukar untuk diselesaikan kerana melibatkan pelbagai negara yang mempunyai kepentingan nasional tersendiri. Secara umumnya, tuntutan bertindih sering diselesaikan melalui rundingan di antara negara dan rundingan ini memakan masa yang lama. Menurut Carleton & Schofield (2002: 43) dalam Developments in the Technical Determination of Maritime Space, “…by far

the preferred method of handling disputes among states, including those related to maritime boundaries, is through bilateral negotiations…”. Rundingan merupakan pilihan utama negara dalam menangani kes tuntutan bertindih dan pertikaian wilayah maritim seleras dengan

matlamat penubuhan Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) iaitu menyelesaikan konflik dengan rundingan dan mengekalkan kestabilan politik serantau. ASEAN merupakan salah satu medium untuk menyelesaikan tuntutan bertindih melalui rundingan dalam kalangan negara anggota seperti termetrainya Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkaitan Dengan Laut China Selatan di antara ASEAN dan China pada 2002 (Sinar Harian 1 Ogos 2013).

Selain itu, tuntutan bertindih juga dapat diselesaikan dengan membawa kes pertikaian ke International Court of Justice (ICJ) atau Mahkamah Keadilan Antarabangsa di The Hague, Belanda. Antara contoh kes tuntutan bertindih yang berlaku di Asia Tenggara dan telah diselesaikan di ICJ ialah berkenaan tuntutan bertindih di antara Indonesia dan Malaysia mengenai Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan. Kes ini telah dibawa ke ICJ pada 2 November 1998 apabila kedua-dua buah negara bersetuju untuk membawa kes ini ke Court of a Special Agreement di mana Indonesia dan Malaysia perlu mengemukan bukti pemilikan pulau tersebut dari sudut geografi, faktor sejarah, perjanjian dan sebagainya. Pada 17 Disember 2002, ICJ telah mengiktiraf Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan adalah milik mutlak Malaysia berdasarkan bukti dan hujahan yang diberikan oleh panel dari Malaysia. Terdapat pelbagai tuntutan bertindih lain yang diselesaikan di ICJ seperti pertikaian Pulau Batu Puteh di antara Malaysia dan Singapura dan akhirnya ICJ menetapkan bahawa pulau tersebut adalah milik Singapura. Tuntutan bertindih perlu diselesaikan melalui rundingan mahupun campur tangan institusi kehakiman antarabangsa kerana krisis ini mampu menjejaskan dan memberi implikasi kepada

(5)

2.0 PENYATAAN MASALAH

Tuntutan bertindih merupakan krisis antarabangsa yang sukar diselesaikan kerana melibatkan banyak rundingan dan dipengaruhi oleh kepentingan ekonomi serta politik yang menyebabkan krisis ini sukar untuk diselesaikan. Penulisan ini akan membincangkan tuntutan bertindih yang dihadapi negara di Asia Tenggara khususnya di Kepulauan Spratly dan Laut Sulawesi yang memberi impak kepada kestabilan politik serantau. Seterusnya, krisis tuntutan bertindih perlu dinilai dari aspek yang lebih luas iaitu dengan melihat dari sudut kepentingan ekonomi dan

politik. Permasalahan utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor yang menyebabkan berlakunya tuntutan bertindih. Selain itu, kajian ini akan menganalisis impak tuntutan bertindih terhadap kestabilan politik di rantau Asia Tenggara ini.

3.0 KONSEP KAJIAN

Penulisan ini akan menggunakan konsep kestabilan politik untuk menilai sejauh manakah tuntutan bertindih memberi kesan serta implikasi kepada kestabilan politik rantau Asia Tenggara. Addis Ababa Othow Akongdit (2013) dalam bukunya Impact of Political Stability on Economic Development: Case of South Sudan, mendefinasikan kestabilan politik ialah keadaan negara yang aman dan kepatuhan undang-undang oleh masyarakat di mana proses pembuatan keputusan adalah berdasarkan institusi kerajaan yang berdaulat dan fungsi yang telah ditetap di dalam perlembagaan. Pada masa yang sama, kestabilan politik dapat dinilai melalui beberapa aspek utama iaitu kerajaan yang stabil, sistem perundangan yang berfungsi dan kestabilan persekitaran luaran (Borner, Kaser & Paldam 1998). Kerajaan yang stabil merujuk kepada satu set institusi tertentu dan orang yang ditugaskan oleh dokumen formal seperti perlembagaan bagi tujuan meluluskan undang-undang, mentadbir, menggubal dasar awam dan menguatkuaskan peraturan terutamanya dalam mengekalkan kedaulatan negara.

Seterusnya, sistem perundangan yang berfungsi merupakan salah satu petunjuk dalam

(6)

menangani isu pencerobohan wilayan maritim di mana pihak berkuasa Indonesia membakar dan menenggelamkan bot nelayan asing yang memasuki perairannya (Sinar Harian 8 Januari 2016). Tindakan agresif Indonesia dengan memperuntukan undang-undang untuk membakar bot yang memasuki perairannya adalah untuk mempertahankan wilayah kedaulatannya dari mana-mana penceroboh. Pada masa yang sama, Borner, Kaser & Paldam (1998) dalam The

Political Dimension of Economic Growth, kestabilan politik dapat dilihat melalui kestabilan persekitaran luaran. Kestabilan persekitaran luaran merujuk kepada adakah wilayah dan sempadan negara tersebut sering diancam atau diceroboh oleh kuasa lain. Wilayah dan

sempadan negara merujuk kepada kedaulatan luaran negara dimana negara tersebut mendapat pengiktirafan oleh negara-negara lain akan kemerdekaannya, intergriti wilayah dan hak yang tidak boleh diceroboh oleh mana-mana kuasa. Ancaman persekitaran luar seperti tuntutan bertindih dan perebutan wilayah maritim mampu menjejaskan kestabilan politik negara dan rantau Asia Tenggara jika tidak ditangani dengan cekap. Selain itu, negara yang berkongsi sempadan perairan antarabangsa seperti di Laut China Selatan sering disusupi oleh kuasa yang lebih besar seperti China yang dilihat cuba untuk mendominasi Kepulauan Spratly untuk kegunaan ketenteraan.

Oleh hal yang demikian, konsep kestabilan politik merupakan konsep yang sesuai dalam membincangkan tuntutan bertindih yang dihadapi negara di Asia Tenggara dan bagaimana krisis ini memberi impak kepada kestabilan politik serantau.

4.0 METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini secara keseluruhannya menggunakan kaedah kualitatif. Kaedah kualitatif ini meliputi kajian perpustakaan bagi mendapatkan bahan-bahan berkaitan. Dalam memperolehi maklumat berkenaan kajian, beberapa maklumat perlu didapatkan terlebih dahulu seperti

konsep kajian dan juga sorotan kajian lepas yang juga merupakan sumber sekunder. Sumber sekunder ini diperolehi daripada buku-buku akademik, jurnal, dokumentasi, laporan tahunan,

(7)

5.0 ANALISIS PERBINCANGAN

Analisis perbincangan akan terbahagi kepada beberapa bahagian seperti faktor yang menyebabkan berlakunya tuntutan bertindih, kawasan yang berlaku tuntutan bertindih dan implikasi krisis ini kepada kestabilan politik serantau.

5.1 Isu Peta Baru Malaysia 1979

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) merupakan pihak berkuasa dalam menentukan sempadan maritim di antara Malaysia dan negara-negara jiran. Pada 21 Disember 1979, Peta Baru Malaysia 1979 yang terdiri daripada Syit 1 (Semenanjung Malaysia) dan Syit 2 (Sabah & Sarawak) dan menunjukkan kawasan Perairan Wilayah serta Pelantar Benua Malaysia telah diisytiharkan menerusi Pemberitahuan No. 5745 (Tan Liat Choon 2015). Peta tersebut menetapkan garis pangkal bagi perairan Malaysia adalah 12 batu nautika dan diiktiraf sebagai “territorial sea” iaitu semua hak berkenaan dengan penjelajahan pelantar benua dan eksplotasi sumber alamnya adalah dengan ini diletakkan “vested” pada Malaysia dan hendaklah dijalankan “exercisable” oleh Kerajaan Persekutuan berdasarkan Seksyen 3 Akta Pelantar Benua 1966 (Law of Malaysia).

Peta Baru Malaysia 1979 telah memasukkan Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan ke dalam “territorial sea” Malaysia dan peta ini telah ditentang oleh Indonesia. Peta Malaysia itu tidak dipersetujui oleh negara-negara jiran kerana didakwa bertindih dengan banyak wilayah. Negara yang tak bersetuju adalah Singapura, Brunei, Filipina, Thailand dan Vietnam. Pada masa yang sama, peta ini juga telah menetapkan blok Ambalat yang terletak di Laut Sulawesi sebagai perairan Malaysia dan bagi Republik Indonesia, Ambalat adalah maruah bangsa di mana mereka tidak akan berkompromi lagi dengan Malaysia dalam mempertahankan kedaulatan wilayah Ambalat ini. Kerajaan Malaysia menegaskan bahawa pengisytiharan Peta Baru yang telah dibuat pada tahun 1979 dianggap sah dalam menentukan zon wilayah maritim dan

(8)

thereafter. Mahathir, Malaysia’s new Prime Minister and President Suharto met three times in three consecutive years of 1992, 1993 and 1994. Still, no solution was reached in any of those meetings…” (Asri Salleh, Che Hamdan Che Mohd Razali & Kamaruzaman Jusoff 2009: 110). Sehingga pada hari ini, tuntutan bertindih terhadap blok Ambalat masih tidak mencapai sebarang keputusan kerana rundingan yang dilakukan kedua-dua negara tidak mencapai kata sepakat.

Implikasinya, Peta Baru Malaysia yang diterbitkan pada 1979 telah memberi impak kepada perubahan wilayah maritim Malaysia dan negara jirannya kerana terdapat beberapa

tuntutan bertindih. Tuntutan bertindih yang tidak selesai seperti Blok Ambalat mempunyai potensi untuk mengancam kestabilan politik serantau kerana tiada kata sepakat di antara kedua-dua negara dalam rundingan. Isu pencerobohan tentera merupakan perkara yang sering berlaku keatas wilayah yang mempunyai tuntutan.

5.2 Kepulauan Spratly

Kepulauan Spratly merupakan tuntutan bertindih yang paling rumit dan sukar diselesaikan negara-negara Asia Tenggara termasuk Malaysia. Kepulauan ini terletak di Laut China Selatan dan berdekatan dengan sempadan perairan Malaysia, Filipina, Vietnam, Taiwan dan China. Spratly terdiri daripada pulau, terumbu karang dan batuan yang membentuk sebuah kepulauan yang menjadi rebutan banyak negara kerana kaya dengan sumber alam seperti ikan, petroleum dan gas asli. Pada masa yang sama, Kepulauan Spratly mempunyai keluasan tanah tidak melebihi 490 ekar yang membentuk gugusan pulau, terumbu karang dan batuan yang berkeluasan 425,000 km2. Kepulauan ini menjadi krisis di rantau Asia Tenggara kerana berlakunya perebutan keatas wilayah maritim ini yang kaya dengan sumber minyak dan gas asli dengan anggaran mempunyai rizab sebanyak 17.7 bilion tan (Caceres 2014: 110). Kekayaan sumber alam ini menyebabkan Kepulauan Spratly menjadi rebutan negara di Asia Tenggara dan penglibatan China sebagai kuasa ketenteraan yang besar dalam tuntutan bertindih ini menambahkan lagi kerumitan terhadap krisis ini. Sehingga hari ini, Tentera Laut Di Raja

(9)

Tuntutan bertindih Kepulauan Spratly adalah disebabkan kepentingan ekonomi dan kepentingan nasional “national interest” negara. Hal ini demikian kerana negara yang mempunyai pemilikan yang sah keatas kepulauan ini dapat memperluaskan “territorial sea” seluas 12 batu nautika dan zon ekonomi eksklusif (ZEE) seluas 200 batu nautika untuk eksplorasi sumber alam seperti minyak dan gas asli. Pada masa yang sama, pemilikan dan kawalan keatas Spratly akan meluaskan lagi perairan maritim negara untuk tujuan ketenteraan. Perebutan Kepulauan Spratly ini memberi impak kepada kestabilan politik serantau apabila berlakunya berbalahan dan konfrontasi di antara tentera Vietnam dan China pada 1988.

Konfrontasi ini dikenali sebagai 1988 Spratly Battle apabila China menghantar 4 buah kapal peronda ke barat laut Kepulauan Spratly dan Vietnam menuduh China melakukan provokasi untuk menakluki Johnson South Reef. Pihak China pula menuduh tentera Vietnam telah membina sebuah pos pemerhatian di Fiery Cross Reef secara haram dan apabila tentera China menghalau, tentera Vietnam telah melepaskan tembakan (Dzurek 1996: 22). Pertempuran ini telah mengakibatkan 2 buah kapal peronda Vietnam karam dan seramai 64 orang tentera Vietnam terkorban. Konflik ini telah mengancam kestabilan politik serantau apabila tuntutan bertindih tidak dapat diselesaikan melalui rundingan dan berlakunya pertempuran. Kestabilan politik Vietnam dari sudut persekitaran luar terancam apabila kuasa besar seperti China menggunakan kekuatan ketenteraan untuk menakluk wilayah maritim yang berlaku pertikaian. Krisis Kepulauan Spratly ini dan kegagalan Vietnam mempertahankan wilayah yang berlaku tuntutan bertindih telah menyebabkan China menawan Johnson South Reef dan 6 lagi terumbu karang pada tahun 1988 (Min Gyo Koo 2009).

Selain itu, ketegangan di Kepulauan Spratly mampu mengancam kestabilan politik serantau apabila China, Vietnam dan Taiwan meletakkan tuntutan keatas keseluruhan kepulauan tersebut manakala Malaysia dan Filipina hanya meletakkan tuntutan keatas sebahagian kepulauan Spratly terutamanya yang termasuk dalam garis ZEE (Asri Salleh, Che Hamdan Che Mohd Razali & Kamaruzaman Jusoff 2009: 111). China menggunakan Nine-Dash Line yang memasukkan keseluruhan wilayah Spratly ke dalam peta negara China sejak

(10)

Kepulauan Spratly yang secara tidak langsung memberi ancaman kepada kestabilan politik serantau.

Perebutan Kepulauan Spratly menimbulkan ketegangan antara negara Asia Tenggara apabila pada tahun 2013, China telah membina pangkalan tentera di Fiery Cross Reef yang terletak di antara Vietnam dan Filipina. Kerajaan China telah melakukan pembinaan pangkalan tentera dengan menambak pasir ke terumbu karang Fiery Cross sehingga berkeluasan 3,200 ekar. Pangkalan tentera di Laut China Selatan ini dilengkapi dengan lapangan terbang untuk kegunaan tentera, senjata anti-pesawat, pos kawalan, menara peninjau dan peluru berpandu

(The Guardian 14 Disember 2014). Tindakan China membina fasiliti ketenteraan di kawasan yang berlaku tuntutan bertindih menimbulkan ketegangan dalam kestabilan politik serantau kerana China telah menjadi ancaman kepada kestabilan politik negara-negara jirannya. ASEAN mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan China mampu menjejaskan kestabilan, keselamatan dan kestabilan politik serantau. Tuntutan bertindih seharusnya diselesaikan melalui rundingan dan diplomasi bukannya menggunakan kuasa ketenteraan untuk mendominasi negara-negara lain (CNN 14 Mei 2015).

Sistem perundangan seperti UNCLOS yang mentakrif hak dan tanggungjawab negara berkenaan dengan penggunaan lautan dunia dilihat gagal dalam mengekalkan kestabilan politik serantau khasnya di Laut China Selatan. Pada masa yang sama, UNCLOS juga mentakrif bahawa Kepulauan Spratly khususnya Fiery Cross Reef terletak di laluan utama perdagangan antarabangsa dan tidak membenarkan kapal perang menggunakan laluan tersebut (United Nations Convention on the Law of the Sea). Selain itu, kerajaan Malaysia, Filipina, Vietnam dan lain-lain tidak dapat melakukan apa-apa tindakan melainkan membawa krisis ini persidangan ASEAN untuk perbincangan antara negara anggota. Pada masa yang sama, Malaysia dan negara-negara ASEAN tidak mengiktiraf tuntutan China terhadap Kepulauan Spratly kerana tuntutan itu tidak selaras dengan undang-undang antarabangsa UNCLOS dan China telah melanggar Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkepentingan Laut China Selatan (DOC) yang ditandatangani pada tahun 2002 (Utusan Malaysia 26 April 2016).

Tuntutan bertindih Kepulauan Spratly merupakan krisis antarabangsa yang mampu

(11)

perundangan antarabangsa dan berpotensi menjadi ancaman kepada kestabilan politik Asia Tenggara. Kebanyakkan negara Asia Tenggara yang masih dalam fasa negara membangun tidak dapat menghalang kemaraan China yang menguasi Kepulauan Spratly secara haram dan bertentangan dengan undang-undang UNCLOS. Kependudukan China secara tidak sah menambahkan lagi kerumitan dalam tuntutan bertindih Kepulauan Spratly dan mampu mengancam kestabilan politik serantau apabila China semakin berani menceroboh perairan maritim negara lain.

5.3 Blok Ambalat

Ambalat merupakan sebuah blok laut yang terletak di Laut Sulawesi lebih kurang 65 km daripada barat ke arah timur dan 135 km daripada selatan ke arah utara. Blok ni hanya mengambil masa lebih kurang dua jam jika bertolak daripada pengkalan Tarakan, Kalimantan Timur dan sejauh 150 kilometer ke arah timur jika dikira dari Bandar Tawau, Sabah. Tuntutan bertindih keatas blok ini bermula apabila Petronas memberi konsesi eksplorasi petroleum dan gas asli kepada Shell pada 16 Februari 2005. Kerajaan Malaysia mendakwa blok lautan ini adalah milik Malaysia berdasarkan Peta Baru Malaysia 1979. Indonesia pula telah memberi konsesi ekplorasi petroleum kepada syarikat minyak Itali ENI sejak 1999 di blok Ambat dan hal ini telah mewujudkan ketegangan di antara dua negara (Eriyanto 2017: 251).

Tuntutan bertindih blok Ambalat juga berpunca daripada kepentingan ekonomi di mana berpotensi untuk menghasilkan petroleum berjumlah 764 juta tong dan 1.4 trillion kaki gas per kubik (Muhamad Sayuti Hassan 2010: 183). Hal ini menyebabkan blok minyak ini mempunyai keistimewaan yang kuat jika dilihat dari perspektif ekonomi dan pendapatan negara. Oleh hal yang demikian, Indonesia dan Malaysia tidak akan mengambil mudah dalam menuntut wilayah Ambalat dalam mengekalkan kedaulatan wilayah masing-masing. Dalam konteks kestabilan politik, tuntutan bertindih ini masih tidak menimbulkan konfrontasi atau ketegangan yang mampu menjejaskan kestabilan politik serantau. Walaubagaimanapun, pada tahun 2005 krisis pertikaian blok Ambalat hampir menjadi konflik bersenjata apabila kapal TLDM KD Rencong

(12)

kelas “corvette” untuk mengawal blok Ambalat dan Malaysia telah menghantar jet pejuang Hawk dari Tawau sebagai langkah berjaga-jaga (Weiss 2014).

Bagi Indonesia, Ambalat adalah maruah bangsa di mana mereka tidak akan berkompromi lagi dengan Malaysia dalam mempertahankan kedaulatan wilayah Ambalat ini. Manakala di pihak Malaysia, kemenangan ke atas Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan pada tahun 2002 secara langsung memberi kekuatan untuk menentukan kedaulatan yang penuh ke atas blok minyak Ambalat. Kerajaan Malaysia menegaskan bahawa pengisytiharan Peta Baru yang telah dibuat pada tahun 1979 dianggap sah dalam menentukan zon wilayah maritim dan

kedaulatannya (Muhamad Sayuti Hassan 2010: 185). Perundangan antarabangsa seperti UNCLOS yang diratifikasi pada 1982 untuk mentakrif kedaulatan wilayah maritim sesebuah negara dan mengekalkan kestabilan politik serantau dilihat tidak dapat menyelesaikan tuntutan bertindih ini. Sebaliknya, kedua-dua negara memiliki hak kedaulatan “sovereign right” seperti yang diperuntukan di bawah fasal 77(1) UNCLOS 1982 iaitu hak untuk eksplorasi dan menikmati segala sumber mineral yang ada di kawasan tersebut (United Nations Convention on the Law of the Sea).

Tuntutan bertindih ini tidak selesai sehingga ke hari ini kerana kedua-dua negara mempunyai justifikasi yang tersendiri dalam menuntut hak kedaulatan. Tuntutan bertindih terhadap blok Ambalat bertambah rumit apabila undang-undang tidak boleh memaksa kedua-dua negara ini untuk menyelesaikan pertikaian ini dengan segera kerana wujudnya faktor seperti perbatasan undang-undang, hambatan politik antara dua negara, kekangan isu teknikal di Laut Sulawesi dan kegagalan untuk bertoleransi menyebabkan kemelut ini gagal diselesaikan melalui undang-undang yang sedia ada dengan segera.

5.4 IMPLIKASI TUNTUTAN BERTINDIH

Tuntutan bertindih yang berlaku di rantau Asia Tenggara telah memberi kesan kepada

kestabilan politik negara-negara yang terlibat. Negara-negara Asia Tenggara yang kebanyakkannya berkongsi sempadan maritim menghadapi kesukaran dalam menyelesaikan

(13)

“bilateral” melalui platform seperti ASEAN atau badan kehakiman antarabangsa ICJ untuk menyelesaikan krisis yang mampu mengancam kestabilan politik Asia Tenggara.

5.5 Ketegangan sempadan maritim

Sejak berakhirnya Perang Dunia Kedua, isu sempadan maritim telah menjadi ancaman kepada kestabilan politik di peringkat rantau mahupun antarabangsa. Peningkatan nilai ekonomi di lautan dan penyebaran negara-negara berdaulat telah merancakkan persaingan dalam merebut

wilayah maritim untuk kepentingan ekonomi dan politik (Buzan 1978). Penemuan sumber alam seperti rizab petroleum dan gas asli di Laut China Selatan telah menghasilkan suatu geografi konflik yang baharu di mana kepentingan ekonomi menjadi punca utama ketegangan bukannya pepecahan politik (Yee 2011). Hal ini telah menjadikan Laut China Selatan sebagai medan perebutan negara-negara Asia Tenggara dan kuasa besar seperti China untuk merebut wilayah maritim yang akan memperolehi manfaat dari sumber asli berkenaan seterusnya akan membantu pertumbuhan ekonomi.

Wilayah maritim yang mempunyai tuntutan bertindih seperti Kepulauan Spratly dan blok Ambalat sering diceroboh oleh negara-negara jiran kerana masing-masing mempunyai justifikasi dalam menuntut kedaulatan. Kes ketengangan sempadan maritim apabila China telah menjadi kuasa besar ekonomi dan kuasa kenteraan yang dominan di benua Asia (Yee 2011: 166). China menggunakan kekuatan tentera untuk mengawal kedaulatannya di Kepulauan Spratly berdasarkan Nine-Dash line yang tidak diiktiraf UNCLOS 1982. Pada tanun 2014, kapal peronda China telah menembak “water canon” kearah kapal peronda Vietnam yang cuba memintas kapal korek milik negara China yang melakukan ekplorasi carigali petroleum di Kepulauan Spratly (The Guardian 7 Mei 2014). Pada masa yang sama, polis maritim China juga menawan nelayan Vietnam dan Filipina yang menangkap ikan di kawasan tersebut kerana dituduh menceroboh perairannya. Ketegangan sempadan ini sukar diselesaikan kerana rundingan kerap gagal dan China menggunakan kekuataan tentera untuk membelakangi perundangan antarbangsa. Valencia (2000) dalam Regional Maritime Regime Building:

(14)

dan mencapai kata sepakat dalam tuntutan bertindih. Ketegangan sempadan di Laut China Selatan merupakan krisis antarabangsa yang memberi ancaman kepada kestabilan politik rantau Asia Tenggara berikutan tuntutan bertindih ke atas Kepulauan Spratly.

5.6 Campur tangan kuasa asing

Wilayah yang sering berlaku konflik akan menjadi tumpuan kuasa asing seperti Amerika Syarikat untuk meluaskan hegemoni kuasa. Pada Januari 2018, kapal perang Amerika Syarikat

jenis pemusnah “destroyer” USS Hopper yang dilengkapi dengan peluru berpandu pemusnah telah melakukan pelayaran bebas di Scarborough Shoal, Kepulauan Spratly yang merupakan kawasan yang dituntut oleh China dan Filipina. Tentera Laut Filipina dan Tentera Laut Amerika Syarikat melakukan pelayaran bebas sebagai latihan kerjasama ketenteraan dalam memastikan kestabilan politik di Laut China Selatan terus terpelihara. Walaubagaimanapun, tindakan Amerika Syarikat telah diancam oleh China dengan mendakwa perairannya telah diceroboh kuasa asing dan akan mengambil segala tindakan untuk mempertahankan kedaulatannya (The Guardian 21 Januari 2018). Namun, tiada sebarang ketegangan yang berlaku di antara China dan Amerika Syarikat berhubung isu ini. Kedatangan kapal perang Amerika Syarikat di Laut China Selatan dilihat sebagai campur tangan kuasa asing dalam konflik serantau di mana Amerika Syarikat menggunakan krisis ini sebagai peluang untuk memasuki perairan ini dalam meluaskan hegemoninya.

Seterusnya, Bill Hayton (2014) dalam The South China Sea: The Struggle for Power in

Asia, mengatakan kegagalan Amerika Syarikat dalam menundukkan pengaruh dan kebangkitan China di Laut China Selatan akan menyebabkan reputasinya sebagai kuasa paling besar di dunia musnah. Dalam konteks antarabangsa, Amerika Syarikat akan dilihat lemah kerana tidak dapat menghalang kemaraan China yang mendominasi Laut China Selatan untuk kepentingan ekonomi sehingga melanggar undang-undang antarbangsa. Pada Februaru 2018, Amerika Syarikat telah mengarahkan kapal pengangkut “aircraft carrier” USS Carl Vinson untuk belayar di Laut China Selatan dan berlabuh di Manila, Filipina sebagai langkah berjaga-jaga

(15)

Februari 2018). Kapal pemusnah tersebut juga berlayar ke perairan Vietnam untuk melindungi kawasan tersebut yang sering di ceroboh China.

Campur tangan Amerika Syarikat dalam konflik Laut China Selatan adalah releven kerana Amerika Syarikat merupakan satu-satunya negara yang mampu menghalang kemaraan China dalam membina pangkalan tentera di Kepulauan Spratly serta menceroboh perairan maritim negara-negara lain. Pembinaan pangkalan tentera China di Fiery Cross Reef merupakan tindakan China menggunakan kekuatan tentera dalam menduduki Kepulauan Spratly secara haram dan bercanggah dengan UNCLOS 1982 serta menggunakan kekesaran

dalam menangani pencerobohan perairan. Hal ini menyebabkan campur tangan Amerika Syarikat adalah relevan dalam memastikan China tidak melakukan langkah yang lebih agresif dalam tuntutan bertindih di Spratly.

5.7 Konflik persenjataan

Tuntutan bertindih telah mewujudkan konflik persenjataan di Kepulauan Spratly apabila negara-negara Asia Tenggara telah mula menempatkan tentera di terumbu karang dan pulau untuk melindungi kedaulatan wilayah negara. Konflik persenjataan yang telah bermula pada awal 1970an di mana Vietnam menempatkan tentera di 8 buah pulau untuk mempertahankannya daripada China. Pasca Spratly Battle 1988 telah memperlihatkan konflik persenjataan semakin rancak ketika China berjaya menawan Johnson South Reef dan beberapa terumbu karang lalu menempatkan tentera laut (The Diplomat 20 Mac 2018). Malaysia juga tidak terkecuali daripada konflik ini apabila menempatkan tentera di 6 buah pulau dan terumbu lalu meningkatkan kapasiti ketenteraan di Markas Briged Kelima Infantri di Kota Kinabalu, Sabah untuk tujuan pertahanan. Pada masa yang sama, Filipina pula telah menggabungkan beberapa pulau dan terumbu di Kepulauan Spratly ke dalam provinsi Palawan (Djelantik 2015:124).

Konflik persenjataan dalam kalangan negara Asia Tenggara khususnya anggota ASEAN tidak menimbulkan sebarang ketegangan kerana kebanyakkan tuntutan bertindih

(16)

pengebom telah menimbulkan ketegangan dalam konflik persenjataan di Laut China Selatan. China juga menggunakan kapal perang untuk memintas kapal peronda Vietnam dan Filipina yang melakukan rondaan di Kepulauan Spratly. Tindakan agresif China dalam menuntut kedaulatan di keseluruhan Kepulauan Spratly sentiasa mencetuskan ketegangan di antara negara-negara lain apabila tentera China sering menceroboh perairan negara dan memintas kapal peronda negara lain. Amerika Syarikat mengutuk tindakan China menggunakan Kepulauan Spratly sebagai medan ketenteraan akan menjejaskan laluan perdagangan terpenting di dunia (Reuters 30 Jun 2017).

Kerjasama ketenteraan juga terhasil daripada konflik persenjataan iaitu latihan ketenteraan “Exercise Bersama Lima” yang dianggotai Malaysia, Singapura, Australia dan United Kingdom untuk memastikan Laut China Selatan bebas daripada mana-mana kuasa ketenteraan (ABC News 5 Oktober 2016). Selain itu, Filipina juga melakukan kerjasama kenteraan sehala dengan Amerika Syarikat yang melibatkan US Navy Seal dan Armed Forces of the Philippines di Laut China Selatan sebagai langkah berjaga-jaga untuk menghalang penguasaan ketenteraan China di Kepulauan Spratly (The Diplomat 19 September 2017). Filipina juga menjadi lokasi utama bagi kapal perang Amerika Syarikat berlabuh dalam melakukan pelayaran bebas di Laut China Selatan. Konflik persenjataan di Laut China Selatan berpunca daripada tuntutan bertindih negara-negara Asia Tenggara dan penguasaan tentera China di Kepulauan Spratly menambahkan lagi kepada ketegangan dalam hubungan diplomatik rantau ini.

5.8 Diplomasi

Melakukan diplomasi atau rundingan merupakan langkah utama yang sering dilakukan negara-negara dalam menangani isu tuntutan bertindih. Tuntutan bertindih di Asia Tenggara telah memperlihatkan banyak rundingan dilakukan oleh negara-negara yang terlibat bagi menyelesaikan isu ini. Rundingan merupakan langkah menyelesaikan masalah tanpa kekerasan seperti mana yang ditekankan dalam matlamat penubuhan ASEAN.

(17)

terhadap tuntutan bertindih yang berlaku. Pada masa yang sama, penglibatan China sebagai kuasa besar ekonomi dan ketenteraan dalam krisis ini menyukarkan lagi proses rundingan. Pada Ogos 1995, kerajaan Filipina telah melakukan rundingan dengan China berhubung tuntutan bertindih untuk mempersetujui beberapa perkara seperti mengelakkan konfrontasi ketenteraan dalam mewujudkan sebuah kod etika di antara kedua negara tersebut. Namun, rundingan ini tidak mencapai kata sepakat (Abocejo 2012). Pada tahun 2002, ASEAN dan China telah melakukan beberapa siri rundingan untuk menyelesaikan tuntutan bertindih ini dan berjaya menandatangani Deklarasi Tatalaku Pihak–pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DOC) yang menjamin kebebasan pelayaran bebas “freedom navigation”, menghormati kedaulatan negara-negara berkepentingan dan menyelesaikan segala tuntutan melalui rundingan (asean.org). Namun, tindakan China membina pangkalan tentera di Fiery Cross Reef dan menceroboh perairan negara lain adalah bertentangan dengan DOC, secara tidak langsung menunjukkan deklarasi ini gagal mengekalkan kestabilan politik serantau. Pada masa ini, ASEAN dan China sedang berusaha untuk mewujudkan Kod Tatalaku di Laut China Selatan (COC) untuk menggantikan DOC 2002. Selain itu, bagi pihak China, COC diharapkan dapat mengurangkan campur tangan Amerika Syarikat di rantau ini dalam menyelesaikan tuntutan bertindih (The Diplomat 18 November 2017).

(18)

6.0 KESIMPULAN

Tuntutan bertindih merupakan sebuah krisis antarabangsa yang mampu menjejaskan kestabilan politik di Asia Tenggara. Lautan pada hari ini telah menjadi medan pertembungan kuasa-kuasa besar untuk meluaskan hegemoni dalam mengukuhkan kepentingan ekonomi dan nasional. Laut China Selatan yang kaya dengan sumber alam dan berperanan sebagai laluan utama perdagangan antarabangsa telah menjadi rebutan negara-negara Asia Tenggara dan kuasa besar seperti China. Tuntutan bertindih yang kebanyakkannya berlaku kerana kepentingan ekonomi

telah mencetuskan ketegangan di antara negara-negara yang terlibat. Hal ini demikian kerana semua negara mempunyai justifikasi tersendiri dalam meletakkan tuntutan berhubung Kepulauan Spratly yang menjadi krisis tuntutan bertindih paling sukar untuk diselesaikan.

Dalam mencari penyelesaian terhadap tuntutan bertindih, diplomasi atau rundingan menjadi pilihan utama negara-negara Asia Tenggara untuk mengelakkan berlakunya sebarang konflik persenjataan yang akan menjejaskan kestabilan politik serantau. DOC 2002 merupakan antara rundingan yang berjaya mencapai kata sepakat dalam usaha menyelesaikan tuntutan bertindih di Laut China Selatan. Walaubagaimanapun, deklarasi ini tidak mampu mengawal tindakan negara-negara berkepentingan terutamanya China yang telah membina pangkalan tentera di Kepulauan Spratly dan merupakan tindakan yang menimbulkan ketegangan serta konflik persenjataan. Tuntutan bertindih yang melibatkan lebih daripada dua negara sangat sukar untuk diselesaikan kerana masing-masing mempunyai kepentingan dari sudut ekonomi, politik, strategi dan kedaulatan. Dalam konteks ASEAN pula, pertubuhan ini menjadi platform utama dalam melakukan rundingan terhadap tuntutan bertindih dan negara anggota ASEAN mementingkan penyelesaian secara rundingan seperti yang berlaku diantara Malaysia dan Indonesia dalam menyelesaikan isu tuntutan blok Ambalat. Semangat ASEAN yang menekankan kerjasama dan kestabilan politik serantau menyebabkan Indonesia dan Malaysia yakin tuntutan bertindih blok Ambalat dapat diselesaikan melalui rundingan.

Pada masa yang sama, tuntutan bertindih bukan sahaja melibatkan ketegangan

(19)

antara China dan Amerika Syarikat di rantau Asia Tenggara lalu menjejaskan kestabilan politik rantau ini.

Negara-negara Asia Tenggara perlu mencari jalan penyelesaian terhadap krisis tuntutan bertindih yang berlaku supaya krisis ini dapat diselesaikan tanpa konflik. Jika rundingan tidak mencapai kata sepakat, negara-negara Asia Tenggara perlu membawa tuntutan ke badan kehakiman antarabangsa ICJ untuk menyelesaikannya tanpa sebarang konflik. Hal ini demikian kerana tuntutan bertindih adalah krisis antarabangsa yang serius di mana berupaya menjejaskan kestabilan politik serantau.

7.0 SUMBANGAN AKADEMIK

Secara dasarnya, penulisan ini adalah untuk mengkaji tuntutan bertindih yang berlaku di Asia Tenggara dan sejauh manakah memberi implikasi kepada kestabilan politik serantau. Berdasarkan analisis perbincangan yang dikemukankan, tuntutan bertindih berlaku disebabkan faktor kepentingan nasional negara serta kepentingan ekonomi yang menyebabkan negara-negara meletakkan tuntutan terhadap sesebuah kawasan yang mempunyai sumber ekonomi yang tinggi. Pada masa yang sama, faktor ekonomi mempengaruhi tindakan sesetengah negara untuk meluaskan kawasan ZEE untuk meningkatkan jarak ekplorasi sumber alam. Dalam kes Malaysia, Peta Baru 1979 merupakan tindakan Malaysia untuk meningkatkan jarak ZEE untuk melakukan ekplorasi petroleum dan sumber alam. Manakala, China menggunakan Nine-Dash

Line sebagai justifikasi dalam meluaskan wilayah maritimnya.

Kesannya, tuntutan bertindih serta konflik telah berlaku kerana sesetengah negara juga mendakwa wilayah tersebut terletak dalam kedaulatannya. Hal ini menyebabkan Laut China Selatan menjadi perebutan dalam kalangan negara Asia Tenggara dalam melindungi kepentingan ekonomi dan meluaskan kedaulatan negara. Tuntutan bertindih merupakan krisis antarabangsa yang kritikal kerana mampu menjejaskan kestabilan politik serantau apabila

berlakunya konflik persenjataan, ketegangan sempadan maritim, campur tangan kuasa asing dan kegagalan diplomasi. Oleh hal yang demikian, isu tuntutan bertindih perlu menjadi skop

(20)

kepada negara yang menceroboh wilayah maritim negara lain. Pertubuhan antarabangsa seperti United Nation dan ASEAN perlu meningkatkan penglibatan sebagai medium utama dalam menyelesaikan tuntutan bertindih melalui rundingan dan diplomasi untuk mengekalkan kestabilan politik.

8.0 RUJUKAN

Asri Salleh & Kamaruzaman Jusoff. 2009. Malaysia's policy towards its 1963 - 2008 territorial disputes. Journal of Law and Conflict Resolution Vol. 1(5), pp. 107-11.

Buzan, B. 1978. A Sea of Troubles? Sources of Dispute in the New Ocean Regime, Adelphi Paper 143, London: International Institute for Strategic Studies.

Carleton, C & Schofield, C. 2002. Developments in the Technical Determination of Maritime Space: Delimitation, Dispute Resolution, Geographical Information System & the Role of Technical Expert. Volume 3 Number 4. Durham: University of Durham.

Dzurek, D.J. 1996. The Spratly Islands Dispute: Who's on First?. Durham: IBRU Centre for Borders Research.

Eriyanto. 2017. Analisis Naratif: Dasar-dasar dan Penerapannya dalam Analisis Teks Berita Media. Jakarta: Kencana.

Ferdinand Tesado Abocejo. 2012. The Spratly Islands Conflict: Implications to China and the Philippines. Fifth Taiwan-Philippines Academic Conference: Digital Humanities and Cultural StudiesAt: Aletheia Univeristy.

Gerstl, A. & Strašáková, M. 2016. Unresolved Border, Land and Maritime Disputes in Southeast Asia: Bi- and Multilateral Conflict Resolution Approaches and ASEAN`s Centrality. Leiden: Brill.

Hayton, B. 2014. The South China Sea: The Struggle for Power in Asia. Connecticut: Yale University Press.

Kratoska, P.H. 2001. South East Asia, Colonial History: Imperialism before 1800. New York: Routledge.

Law of Malaysia. Act 137. Fisheries Act 1985

Min Gyo Koo. 2009. Island Disputes and Maritime Regime Building in East Asia: Between a Rock and a Hard Place. New York: Springer Publishing.

Phillips. D.A. 2006. Southeast Asia. New York: Infobase Publishing.

(21)

Valencia, Mark J. (2000), Regional Maritime Regime Building: Prospects in Northeast and Southeast Asia, in: Ocean Development and International Law, 31, 223-247.

Weiss, M.L. 2014. Routledge Handbook of Contemporary Malaysia. London: Routledge.

Yee, A. 2011. Maritime Territorial Disputes in East Asia: A Comparative Analysis of the South China Sea and the East China Sea, in: Journal of Current Chinese Affairs, 40, 2, 165-193.

Sinar Harian. 1 Ogos 2013. Tuntutan bertindih: Asean dicadang runding dahulu.

Sinar Harian. 8 Januari 2016. Bot nelayan Malaysia dibakar pihak berkuasa Indonesia.

Sinar Harian. 30 Oktober 2015. Yakin isu sempadan selesai dengan rundingan.

Utusan Malaysia. 26 April 2016. Isu tuntutan bertindih: Malaysia tidak iktiraf China.

$5 Trillion Meltdown: What If China Shuts Down the South China Sea?

http://nationalinterest.org/blog/5-trillion-meltdown-what-if-china-shuts-down-the-south-china-16996 (atas talian 23 April 2018)

Photos show Beijing’s militarisation of South China Sea in new detail

https://www.theguardian.com/world/2018/feb/06/photos-beijings-militarisation-south-china-sea-philippines (atas talian 23 April 2018)

Tensions rise in South China Sea as Vietnamese boats come under attack

https://www.theguardian.com/world/2014/may/07/chinese-vietnamese-vessels-clash-south-china-sea (atas talian 23 April 2018)

United Nations Convention on the Law of the Sea

http://www.un.org/depts/los/convention_agreements/texts/unclos/unclos_e.pdf (atas talian 23 April 2018)

Why the world is wary of China's 'great wall of sand' in the sea

https://edition.cnn.com/2015/05/14/opinions/china-great-wall-sand-spratly/index.html (atas talian 23 April 2018)

South China Sea: Chinese military tells US ship 10 times to turn around

https://www.theguardian.com/world/2017/aug/11/south-china-sea-chinese-military-tells-us-ship-to-turn-around-10-times (atas talian 23 April 2018)

Land Law and Regulation Survey: Marine Cadastre and Maritime Boundary

(22)

China vows action after US warship sails near South China Sea island

https://www.theguardian.com/world/2018/jan/21/china-vows-action-after-us-warship-sails-near-south-china-sea-island (atas talian 24 April 2018)

USS Carl Vinson aircraft carrier sails through South China Sea in defiance of China

http://www.abc.net.au/news/2018-02-26/us-navy-pushes-through-the-south-china-sea-in-defiance-of-china/9483828 (atas talian 24 april 2018)

Learning From the Battle of the Spratly Islands

https://thediplomat.com/2018/03/learning-from-the-battle-of-the-spratly-islands/ (atas talian 24 April 2018)

China builds new military facilities on South China Sea islands: think tank

https://www.reuters.com/article/us-southchinasea-china-islands/china-builds-new-military-facilities-on-south-china-sea-islands-think-tank-idUSKBN19L02J (atas talian 24 April 2018)

Australian Defence Force says military exercises in South China Sea region not aimed at Beijing

http://www.abc.net.au/news/2016-10-05/australia-defence-begins-joint-military-exercises-in-singapore/7906794 (atas talian 24 April 2018)

What’s in the New US-Philippines Military Exercise?

https://thediplomat.com/2017/09/whats-in-the-new-us-philippines-military-exercise/ (atas talian 24 April 2018)

DECLARATION ON THE CONDUCT OF PARTIES IN THE SOUTH CHINA SEA

http://asean.org/?static_post=declaration-on-the-conduct-of-parties-in-the-south-china-sea-2 (atas talian 24 April 2018)

A South China Sea Code of Conduct: Is Real Progress Possible?

Referensi

Dokumen terkait

Hasil estimasi menunjukkan bahwa faktor-faktor yang berpengaruh terhadap produksi kopi secara signifikan adalah luas lahan, jumlah tanaman dan penggunaan pupuk,

Bahan ajar yang ditawarkan seyogyanya untuk saat sekarang sudah harus disesuaikan dengan kebutuhan lapangan kerja yang tentunya dengan tidak melupakan nilai-nilai

Peneliti akan meneliti yang berkaitan dengan pelaksanaan pembinaan akhlak pemuda dan kendala apa saja yang mempengaruhi pembinaan akhlak pemuda di lembaga pemasyarakatan kelas

Saat ini kerap terjadi pelanggaran privasi di media sosial berbasis ojek online, timbulnya pelanggaran privasi pada ojek online ini karena aplikasi

Keputusan pendanaan akan berpengaruh positif terhadap nilai perusahaan jika proporsi hutang meningkat maka dana operasional yang tersedia meningkat, jika hutang

penyisihan atau cadangan yang dibentuk terhadap total kredit yang diberikan (Lukman Dandawijaya, 2009 : 123), yang kedua yaitu Loan to asset ratio (LAP) yaitu rasio

Puji syukur kepada Allah SWT atas rahmat dan karunia-Nya, sehingga penulis dapat menyelesaikan penyusunan skripsi dengan judul “FAKTOR - FAKTOR YANG MEMPENGARUHI