• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kedudukan Malaysia di kawasan Khatulisti

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Kedudukan Malaysia di kawasan Khatulisti"

Copied!
3
0
0

Teks penuh

(1)

Kedudukan Malaysia di kawasan Khatulistiwa menyebabkannya tidak mengalami kemarau yang melampau. Malaysia menerima pancaran matahari sepanjang tahun dengan purata enam jam sehari.Malaysia juga berkeadaan lembap sepanjang tahun.

Malaysia juga bebas daripada ancaman taufan dan siklon tropika disebabkan oleh kedudukan. Biasanya, kawasan yang dipengaruhi oleh angin siklon tropika ialah antara garisan lintang 6°U hingga 20°U. Siklon tropika merupakan ribut kencang yang bertiup menuju ke

kawasan tekanan rendah di lautan tropika. Peta 1.1 menunjukkan negara-negara di seluruh dunia.

Angin monsun

Negara kita menerima dua jenis angin monsun yang utama, iaitu angin Monsun Timur Laut dan angin Monsun Barat Daya. Kedua-dua jenis angin tersebut mempengaruhi taburan hujan.

Hujan

Monsun Timur Laut bermula dari awal bulan November dan berakhir pada bulan Mac. Pada musim ini, kawasan Asia Tengah mengalami musim sejukdan menghasilkan satu

kawasantekanan udara tinggi. Pada masa yang sama, kawasan pedalaman Australia pula mengalami musim panas dan menghasilkan satu kawasan tekanan udara rendah. Perbezaan tekanan udara di antara kedua-dua kawasan tersebut mengakibatkan aliran udara dari kawasan tekanan tinggi ke kawasan tekanan rendah. Oleh itu, angin bertiup keluar dari Asia Tengah menuju ke kawasan pedalaman Australia. Angin ini merentasi negara kita sebagai angin Monsun Timur Laut.

Angin Monsun Timur Laut yang bertiup dari Laut China Selatan membawa hujan bukit yang lebat ke kawasan

tanah tinggi pantai timur Semenanjung Malaysia, bahagian tengah Banjaran Titiwangsa, pantai utara Sabah, dan

hampir seluruh negeri Sarawak.

Angin ini membawa sedikit hujan ke pantai barat Semenanjung Malaysia, Kawasan sekitar Tawau dan pedalaman Sabah kerana kedudukannya di kawasan lindungan hujan.

Monsun Barat Daya bermula pada pertengahan bulan Mei hingga akhir bulan September. Semasa

(2)

pedalaman Australia pula mengalami musim sejuk dan meanghasilkan satu kawasan tekanan tinggi. Oleh itu ,angin bertiup keluar dari kawasan pendalaman Australia ke kawasan Asia Tengah. Angin ini merentasi negara kita sebagai angin Monsun Barat Daya.

Tiupan angin Monsun Barat Daya membawa hujan yang lebat ke Bukit Larut di Banjaran bintang dan Gunung Jerai(melebihi 2000mm). Kawasan Gunung Batu Putih di Banjaran Titiwangsa ,tanah tinggi di Terengganu, pantai barat Sabah , serta kawasan tanah tinggi di pedalaman Sarawak turut menerima hujan lebat . Daerah Kuala Pilah merupakan kawasan yang sangat kering pada Monsun Barat Daya kerana kawasan inin terlindung daripada angin yang membawa hujan . Jumlah hujan yang diterimanya kurang daripada 750mm. Kawasan-kawasan lain menerima hujan sederhana .

Suhu kawasan Subang Jaya adalah lebih tinggi berbanding dengan suhu di Tanah Tinggi Cameron . Min suhu tahunan di Subang Jaya ialah 27.7*C,manakala min suhu tahunan di Tanah Tinggi Cameron ialah

17.8*C.Keadaan ini disebabkan oleh Tanah Tinggi Cameron terletak di kawasan tanah rendah(40m). Suhu turun

dengan kadar 1*C bagi setiap kenaikan 165 meter .

Kesimpulannya , suhu tempatan di Malaysia dipengaruhi oleh ketinggian.Lapisan udara yang lebih hampir dengan permukaan bumi lebih banyak dipanaskan oleh haba dari bumi .Lapisan udara yang semakin tinggi kurang mendapat haba dari bumi. Oleh itu ,kawasan yang lebih tinggi mempunyai suhu yang lebih rendah .

KEPULAUAN

Malaysia dikelilingi oleh kawasan laut yang luas.Pada waktu siang,kawasan laut yang lambat

menerima haba(panas) merendahkan suhu di kawasan pinggir pantai dan menjadikannya sederhana panas .Keadaan tersebut dipengaruhi oleh bayu laut .

(3)

Referensi

Dokumen terkait

Pesantren yang telah berdiri pada masa pertumbuhan Islam di Jawa, antara lain Pesantren Sunan Ampel Surabaya yang didirikan oleh Raden Rahmat ( Sunan Ampel ) dan Pesantren Sunan

Dari percobaan yang telah penulis lakukan ini, dapat disimpulkan bahwa proses pembajakan suatu konten digital dapat dilakukan dengan mudah tanpa dapat

Manfaat dari tugas akhir Pengimplementasian Paralel Virtual File System adalah menyediakan cluster-wide consistent name space (pengaksesan direktori (jari beberapa

Komisi IV DPR RI meminta Kementerian Kelautan dan Perikanan untuk melakukan langkah-langkah strategis secara cermat dengan tidak melakukan pemotongan anggaran

Seperti terlihat pada pola arus pada bulan April (Wyrtki,1961) di perairan Kepulauan Wakatobi ditemui arus yang berasal dari Laut Jawa masuk ke Laut Flores dengan

Penelitian ini dibuat untuk melihat kemampuan siswa dalam memproduksi dan mempersepsikan suara Triftong. Dengan mempelajari Triftong, dipercaya dapat membantu siswa

"Thematic Similarities in Rumi's and Iqbal's Poetry" by Seddigheh Sadat Rajaeizadeh under supervision of Prof. Qazi Jamal Husain is

Tilastokeskuk- sen ennakon (1998) mukaan tuotantopanosten hinnat ovat nousseet vuosina 1995- 1997 keskimäärin noin 4%.. Energian hinta on noussut 20 % ja rehujen hinnat 9%,