• Tidak ada hasil yang ditemukan

KONFLIK DAN PENYELESAIAN KONFLIK KEPULAU

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "KONFLIK DAN PENYELESAIAN KONFLIK KEPULAU"

Copied!
41
0
0

Teks penuh

(1)

BAB 1: MAKLUMAT KAJIAN 1.0 PENGENALAN

Penentuan persempadanan negara telah ditetapkan melalui proses hukum dan deklarasi penetapan wilayah bagi sesebuah negara. Kadang kala ia mendatangkan kesukaran kerana terdapat beberapa buah negara yang tidak bersetuju dengan hasil penetapan garis persempadanan bagi sesebuah wilayah sehingga dianggap sebagai pencerobohan. Masalah yang melibatkan garis persempadanan sesebuah negara menjadi satu isu yang hangat kerana ia melibatkan persoalan kedaulatan sesebuah negara di peringkat antarabangsa.

Garis sempadan ialah satu garisan yang membahagikan satu kawasan geografi dengan satu kawasan yang lain secara lebih kompleks berbanding mengikut apa yang terlakar di peta. Secara umum, garis sempadan boleh diklasifikasikan kepada sempadan antarabangsa dan sempadan informal. Sempadan antarabangsa adalah satu garisan sempadan yang membahagikan sesebuah negara dengan negara yang lain. Antara konflik yang melibatkan penetapan garis sempadan sesebuah negara adalah konflik perebutan Kepulauan Spratly oleh enam buah negara yang telah menyebabkan status kepulauan ini menjadi tanda tanya tentang hak pemilikannya sehingga hari ini.

(2)

persempadanan antarabangsa yang dikenalpasti melalui kajian ini iaitu “Cease Fire Line” dan “Treaty Line”. “Cease Fire Line” merupakan persempadanan antarabangsa yang dipersetujui melalui satu perjanjian rasmi antara dua atau lebih negara bagi menyelesaikan konflik. Bagi “Treaty Line” pula ialah garisan sempadan yang dibuat berasaskan perjanjian rasmi antara dua atau lebih negara tetapi masih belum dipersetujui hak sebenar mereka yang berkonflik sehingga penyelesaian dibuat. Bagi memahami konflik Kepulauan Spartly, beberapa konsep asas mengenai masalah sempadan perlu difahami. Terdapat tiga konsep asas di bawah Perjanjian Persefahaman Sempadan (Treaty Line) iaitu Terra Nullius, Res Communist dan Intertemporal Law.

Dalam konteks konflik Kepulauan Spartly, ia boleh dikategorikan dalam kategori Terra Nullius. Menurut Levy (1979), Terra Nullius didefinisikan sebagai adalah menjadi hak seseorang untuk menguasai sesuatu kawasan baru yang ditemui dengan syarat kawasan tersebut bukan kawasan yang dimiliki secara mutlak oleh kuasa-kuasa lain. Oleh itu, antara negara yang menuntut hak pemilikan bagi Kepulauan Spartly ialah negara Malaysia, Taiwan, Filipina, Brunei, Vietnam dan China. Hal ini kerana Kepulauan Spratly kaya dengan sumber alam semulajadi dan kedudukannya yang strategik di tengah-tengah laluan Laut China Selatan. Konflik perebutan yang berterusan ini telah menyebabkan kata sepakat atau penyelesaian tidak dapat dicapai antara negara-negara yang dinyatakan di atas.

(3)

konflik ini dengan mengadakan pelbagai deklarasi bagi mencapai kata sepakat dalam menyelesaikan konflik Kepulauan Spartly. Namun begitu, peranan ASEAN masih tidak dapat menyelesaikan konflik perebutan kepulauan ini. Kebanyakan negara yang terlibat terus menuntut hak pemilikan ke atas Kepulauan Spratly sebagai sebahagian daripada wilayah naungan mereka.

Ketegangan yang muncul disebabkan ketidaksepakatan antara negara-negara yang terlibat memberikan kesan negatif terhadap hubungan diplomatik antara negara yang terlibat, khususnya yang menganggotai pertubuhan ASEAN. Oleh itu, kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti sebab perebutan Kepulauan Spartly, peranan yang dimainkan oleh ASEAN serta inisiatif yang diambil dalam menyelesaikan konflik tersebut.

1.1 APLIKASI TEORI

Isu perebutan Kepulauan Spartly ini telah menyebabkan beberapa negara di Asia Tenggara seperti China, Malaysia, Brunei, Vietnam, Filipina dan Taiwan bertelagah sesama sendiri. Hal ini kerana kedudukan Kepulauan Spratly yang strategik dan kaya dengan hasil bumi yang pelbagai menyebabkan negara-negara yang menuntutnya berminat dan ingin meguasai sumber-sumber tersebut atas dasar penguasaan ekonomi bernilai tinggi yang dimiliki oleh Kepulauan Spartly.

Bagi ASEAN, apabila terdapat apa-apa konflik yang berlaku di kawasan Asia Tenggara, ASEAN cuba mencari jalan penyelesaian secara damai antara negara-negara yang terlibat bagi mengatasi konflik ini terus berlarutan disamping mencari titik kesepakatan.

Teori Resolusi Konflik (Peranan pihak ketiga)

(4)

saling berhubung. Secara amnya, kedua-dua konsep tersebut adalah wajar diaplikasikan dalam masa yang sama bagi mencari jalan penyelesaian sesuatu konflik. Dalam konsep resolusi konflik, peranan pihak ketiga adalah amat diperlukan sebagai negosiasi atau mediator antara negara yang berkonflik. Menurut Burton, resolusi konflik bermaksud menghentikan konflik dengan cara-cara yang analitikal dan masuk ke akar permasalahan. Resolusi konflik dalam jangka masa panjang merupakan suatu proses analisis dan penyelesaian masalah yang mempertimbangkan keperluan-keperluan individu dan kelompok seperti identiti dan pengakuan, juga perubahan-perubahan institusi yg diperlukan untuk memenuhi tuntutan-tuntutan.

Terdapat tiga prosedur pokok dalam proses penyelesaian konflik iaitu:

a. Mediasi, iaitu adanya campur tangan pihak ketiga dalam proses rundingan tanpa kepentingan langsung

b. Perundingan bilateral atau multilateral diantara pihak yg terlibat langsung dalam konflik tersebut.

c. Keputusan dicapai dengan cara satu pihak bebas memutuskan penyelesaian melalui jenis imbalan tertentu.

(5)

proses penyelesaian konflik. Hal ini menunjukkan bahawa pihak ketiga sebagai mediator bertindak sebagai pendamai dalam sesuatu konflik.

Aplikasi teori ini dilihat sangat efektif dan berkesan bagi proses pengendalian konflik kerana lebih praktikal dan sesuai dalam mengatasi konflik dalam rumpun yang sama seperti konflik Kepulauan Spartly apabila keenam-enam negara berjiran berkonflik sesama sendiri. Dalam hal ini, konsep mediasi dilihat sebagai satu medium yang dapat dipraktikkan oleh pihak ASEAN untuk menyelesaikan konflik perebutan Kepulauan Spratly kerana kebanyakan anggota ASEAN sendiri adalah berasal daripada kawasan yang sama, jadi mereka lebih dipercayai dalam usaha menangani konflik ini atas dasar geo-politik, semangat kekitaan dan sosio-budaya yang hampir sama yang dikongsi dalam rumpun ini. Oleh itu, kekuatan mediasi dalam isu penyelesaian konflik ini jelas diterjemahkan melalui pelbagai usaha yang dijalankan oleh ASEAN untuk menyelesaikan konflik.

Dengan adanya campur tangan pihak ASEAN dalam penyelesaian konflik di Kepulauan Spratly diharapkan mampu menyelesaikan masalah akibat konflik tersebut. Campur tangan ASEAN juga diharapkan agar konflik ini akhirnya mencapai suatu keputusan yang bebas daripada pengaruh hubungan bilateral negara yang berkonflik dan menjamin keamanan di kawasan Laut China Selatan.

1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

(6)
(7)

Kepulauan Spratly merupakan pulau yang tidak berpenghuni dan secara relatifnya tiada aktiviti ekonomi yang dijalankan di daratannya. Ia mempunyai kawasan terumbu karang seluas lebih kurang 4 km² dan dikelilingi lautan seluas 410.000 km². Kepulauan ini dibatasi oleh wilayah perairan dari beberapa negara iaitu China, Filipina, Vietnam, Brunei, Taiwan dan Malaysia. Kepulauan Spratly merupakan kepulauan yang berada di Laut China Selatan yang terdiri daripada 350 gugusan pulau-pulau kecil yang kaya dengan hasil khazanah alam semulajadi seperti terumbu dan pulau batu karang.

(8)

pelbagai misalnya kekayaan sumber protein dan kedudukannya strategik berhampiran Laut China Selatan yang menjadi laluan utama perdagangan menyebabkan kepulauan ini menjadi rebutan.

Pendek kata, perebutan kepulauan ini adalah disebabkan keinginan mengeksploitasi kekayaan hasil bumi, hasil laut dan menguasai kedudukan laluan utama perdagangan yang strategik. Hal ini menunjukkan bahawa terdapat elemen persaingan antara negara-negara serantau untuk menguasai kelebihan-kelebihan yang terdapat di kepulauan ini dalam konteks ekonomi, politik, wilayah dan jaringan keselamatan yang tidak boleh dipandang enteng.

1.3 SEJARAH DAN LATAR BELAKANG KONFLIK.

(9)

Menurut data yang dikeluarkan oleh ‘The Geology and Mineral of People’s Republic of China’ (RCC) menyatakan bahawa kandungan minyak yang terdapat di kepulauan itu berjumlah sekitar 17.7 milion tan dan merupakan telaga minyak ketiga terbesar di dunia yang boleh mendatangkan keuntungan berlipat kali ganda bagi negara yang memiliki kepulauan ini.

Selain itu, kedudukannya yang strategik di tengah-tengah Laut China Selatan dan menjadi kawasan tumpuan hidupan laut seperti ikan menjadi salah satu faktor yang menyebabkan tercetusnya konflik di antara beberapa negara di Asia Tenggara. Lambakan kapal-kapal penangkap ikan yang singgah untuk menangkap hasil laut bagi mengaut keuntungan ynag besar telah memburukkan lagi keadaan konflik. Aktiviti penanagkapan ikan yang dilakukan di kawasan laut tersebut dianggap sebagai pencerobohan bagi zon perairan negara-negara yang berdekatan dengan kepulauan ini. Tambahan pula, konflik ini semakin parah apabila beberapa negara seperti Malaysia, Vietnam, Filipina, dan Taiwan menuntut penamaan terhadap gugusan pulau-pulau yang terdapat di Kepulauan Spratly. Bagi negara Brunei Darussalam pula, tuntutannya adalah berbeza apabila hanya menuntut wilayah laut di Kepulauan Spratly sebagai Zon Ekonomi Eksklusifnya untuk melebarkan sayap wilayahnya.

1.4 PERMASALAHAN KAJIAN

(10)

sendiri. Oleh itu, penyelidikan ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang menjadi tuntutan negara-negara tersebut terhadap Kepulauan Spartly serta peranan yang diambil oleh ASEAN dalam mengatasi kemelut perebutan ahli anggota pertubuhan ini. Jadi, permasalahan bagi kajian ini ialah :

i. Mengapakah Kepulauan Spartly ini menjadi rebutan oleh enam buah negara yang bersempadan dengannya sedangkan kepulauan ini tidak boleh didiami malahan tidak kelihatan apabila berlakunya air pasang?

ii. Mengapakah konflik perebutan kepulauan ini masih tidak selesai sehingga hari ini walaupun pelbagai inisiatif telah dilakukan?

1.5 OBJEKTIF KAJIAN

Terdapat beberapa perkara yang ingin diberi perhatian dalam kajian ini. Antaranya ialah :

i) Apakah faktor yang menyebabkan berlakunya konflik di Kepulauan Spratly? ii) Apakah peranan ASEAN dalam menyelesaikan konflik yang berlaku?

iii) Apakah inisiatif yang dilakukan oleh ASEAN dalam menyelesaikan konflik Spratly?

1.6 SKOP KAJIAN

(11)

i) Peranan ‘Association of Southeast Asia Nation’ (ASEAN) dalam mengendalikan konflik perebutan Kepulauan Spratly.

ii) Memberi tumpuan yang menyeluruh terhadap kawasan konflik iaitu Kepulauan Spratly yang menjadi tumpuan dan rebutan beberapa buah negara yang berhampiran dengannya.

1.7

JUSTIFIKASI KAJIAN

Antara kerelevenan konflik perebutan kepulauan Spratly ini dipilih kerana konflik ini adalah konflik melibatkan anggota ASEAN. Jadi, campur tangan ASEAN dalam konflik ini dilihat amat wajar. Tambahan pula isu ini belum lagi diselesaikan kerana terdapat beberapa negara menuntut kepulauan ini sehingga titik penyelesaian tidak dapat diambil dan tidak berkesudahan sehingga hari ini. Konflik perebutan ini melibatkan banyak negara dalam nisbah 6-1 iaitu beberapa negara seperti China, Malaysia, Vietnam, Filipina, Brunei, dan Taiwan. Negara-negara terlibat merebut kepulauan yang tidak berpenghuni ini dalam masa yang lama yang kaya dengan hasil buminya dan kedudukannya yang strategik berada di laluan antarabangsa Laut Cina Selatan. Disebabkan konflik ini tidak dapat diselesaikan secara baik antara negara-negara yang terlibat, campur tangan ASEAN diperlukan untuk mengkaji dan menyelesaikan konflik negara anggotanya. Antara sebab dan kelebihan ASEAN campur tangan dalam isu ini adalah kerana kepulauan Spratly ini merupakan titik persepadanan semulajadi bagi negara-negara ASEAN yang strategik. Tambahan pula, konflik perebutan ini hanya melibatkan negara-negara anggotanya sahaja dan tidak memerlukan campur tangan pihak kuasa laian yang mungkin boleh menyebabkan konflik ini menjadi serius.

1.8 DEFINISI OPERASIONAL

(12)

lebih pihak yang saling berusaha untuk menyingkirkan antara satu sama lain. Menurut Walker dan Daniel (1997), menyatakan bahawa konflik adalah suatu wacana yang dikonstruksikan secara sosial yang boleh dipandang dari pelbagai sudut. Hal ini menunjukkan bahawa konflik wujud dalam semua isu samada dapat ditangani secara rasional atau sebaliknya.

Garis sempadan pula merujuk kepada batas atau had sesuatu kawasan di luar kawasan yang dimiliki dan diperuntukkan oleh sesebuah negara sebagai salah satu kawasan keselamatan yang tidak boleh dimasuki atau dimiliki oleh pihak lain. Hal ini demikian kerana setiap negara mempunyai batas garis sempadan yang diperuntukkan untuk sesebuah negara mengiktiraf bahawa sesebuah kawasan itu berdaulat dan tidak boleh dimiliki oleh pihak lain.

Seterusnya, adalah sempadan antarabangsa. Definisi sempadan antarabangsa adalah satu garis sempadan yang membahagikan sesebuah negara dengan sebuah negara yang lain. kebiasaannya, pembahagian sempadan antarabangsa dilakukan secara persetujuan bersama atau melalui perjanjian yang telah berlaku sekian lama. (Mohd Foad Sakdan, Ahmad Martadha Mohamed, 2010).

1.8.1 PENGOPERASIAN KONSEP

(13)

i. Persepsi: Mengenalpasti sebab dan alasan kebanyakan negara di Asia Tenggara seperti Malaysia, Vietnam, Filipina, Taiwan dan Brunei menuntut Kepulauan Spartly sebagai wilayah naungan mereka.

ii. Penyesuaian: Peranan yang dilakukan ‘Association of Southeast Asia Nation’ (ASEAN) dalam menyelesaikan pertelingkahan antara anggotanya dalam konflik perebutan kepulauan Spratly yang tidak mencapai titik penyelesaian.

iii. Pengetahuan: Mengetahui faktor-faktor yang menyebabkan Kepulauan Spratly ini menjadi tuntutan beberapa negara yang menganggotai pertubuhan ASEAN.

1.9 DEFINISI METADOLOGI.

Metodologi dalam penyelidikan amat penting bagi memberi panduan kepada pengkaji bagaimana sesuatu data dikutip dan dikumpul untuk mendapatkan hasil kajian yang tepat dan berkualiti. Penjelasan tentang metodologi yang digunakan akan memudahkan pengkaji menjalankan keja-kerja penyelidikan secara lebih sistematik dan menjimatkan masa. Metodologi penyelidikan terbahagi kepada dua, iaitu kaedah kualitatif dan kaedah kuantitatif. Kaedah kualitatif lebih menjurus kepada pengumpulan maklumat yang bersifat kualitatif. Data yang dikumpul dengan cara perhatian, temubual, analisis dokumen dan apa-apa yangcara untuk mendapatkan maklumat lengkap. Bagi kaedah kuantitatif pula, kaedah ini menggunakan data yang bersifat kuantitatif. Data kuantitatif ini dapat diukur melalui proses pengukuran dan memerlukan alat-alat pengukuran seperti soal selidik dan ujian.

(14)

Reka bentuk penyelidikan ialah pelan tindakan memperlihatkan secara terperinci bagaimana sesuatu penyelidikan itu dijalankan (Sabitha, 2006). Kajian ini menggunakan kaedah reka bentuk penyelidikan sejarah. Penyelidikan sejarah ini menjurus kepada memberi kefahaman yang lebih khusus mengenai konflik perebutan kepulauan Spratly yang dituntut oleh sebahagian negara anggota ASEAN dan negara China. Dalam penyelidikan ini terdapat faktor-faktor semulajadi yang menyebabkan perebutan Kepulauan Spratly. Tambahan pula, melalui penyelidikan ini pengaruh sejarah dilihat turut memberi impak kepada tuntutan Pulau Spratly sebagai wilayah naungan sesebuah negara.

1.9.2 KAEDAH PENGUMPULAN DATA

Penyelidikan ini dilakukan dengan menggunakan data sekunder. Data sekunder merujuk kepada data yang telah dikumpulkan daripada pengkaji lain (Sabitha, 2006). Data sekunder yang digunakan dalam kajian ini berbentuk tulisan iaitu dari sumber jurnal, buku, tesis, laporan, internet dan sebagainya yang boleh diambil sebagai bukti sahih mengenai konflik perebutan Kepulauan Spratly ini.

(15)

Menurut Christopher C. Joyner dalam penulisan ilmiahnya yang bertajuk “The Spratly Island Dispute in The South China Sea : Problems, Policies, and Prospects for Diplomatoc

Acommodation”, beliau secara ringkasnya telah menerangkan serba sedikit tentang Kepulauan Spratly yang menjadi rebutan antara enam buah negara di Asia Tenggara yang bersempadan dengan kepulauan ini. Kepulauan Spratly merupakan gugusan pulau-pulau kecil yang tidak berpenghuni namun ia masih mempunyai nilai kerana memiliki sumber-sumber asli dan kaya dengan hasil lautnya yang tersendiri. Christopher berpendapat bahawa Kepulauan Spratly juga dianggap strategik oleh negara-negara di pesisir pantai Laut China Selatan kerana kawasan kepulauannya yang terletak di antara laluan kapal-kapal perdagangan komersial. Hal ini juga menjadi sebagai punca utama perebutan Kepulauan Spratly oleh enam buah negara iaitu Malaysia, Filipina, China, Taiwan, Brunei dan Vietnam. Antara petikan dalam penulisan Christopher yang menunjukkan kepentingan Kepulauan Spratly kepada negara-negara terhampir yang menuntut hak keatasnya :

“For the Spratlys, oil is but one security factor in the dispute. The Spratlys are considered by various disputants as strategic bases for sea-lane defense, interdiction, surveillance, and potential launching sites for land attacks.”

(16)

Kepulauan Spratly ini tiada akhirnya hingga kini. Hal ini kerana kesemua negara yang menuntut hak keatas Spratly tidak mahu menarik tuntutan. Keadaan tersebut jelas menunjukkan bahawa setiap negara mempunyai tujuan dan strategi tertentu bagi memiliki Spratly demi menjana ekonomi negara masing-masing, bahkan juga strategi maritim. Kepelbagaian sumber semulajadi yang dimiliki seperti petroleum, gas asli, hasil laut ditambah pula dengan kawasan kepulauan yang sangat strategik bagi tujuan pangkalan maritim adalah menjadi faktor penarik Kepulauan Spratly itu sendiri.

Apabila sesebuah negara itu mempunyai kepentingan sendiri untuk diketengahkan, maka kepentingan lain diketepikan walau dalam bentuk penglibatan mereka dalam mana-mana pertubuhan termasuklah ASEAN. Konflik ini yang terjadi dalam konteks perebutan Kepulauan Spratly apabila beberapa buah negara anggota ASEAN terlibat dalam menuntut hak persempadanan dan pemilikan Kepulauan Spratly iaitu Malaysia, China, Filipina dan Brunei. ASEAN sebagai sebuah pertubuhan yang besar di Asia dilihat turut mengadakan beberapa siri Forum Penyelesaian Konflik serta perundingan bagi memastikan konflik Kepulauan Spratly ini tidak menjadi semakin teruk sehingga menyebabkan peperangan meletus. Christopher dalam kata lain ingin menyimpulkan bahawa Kepulauan Spratly ini adalah kawasan potensi konflik dan dalam masa yang sama merupakan kawasan potensi kerjasama.

(17)

Pembantu Direktor di Institut Maritim Malaysia (MIMA). Artikel penulisan beliau ini juga telah diterbitkan dalam Kajian Malaysia, Jilid XVIII, Nos, 1&2 (2000).

Dalam artikel ini, beliau banyak menerangkan tentang usaha ASEAN sebagai sebuah badan yang menyokong negara-negara Asia Tenggara dan memainkan peranan penting dalam percubaan menyelesaikan Konflik Kepulauan Spratly. Kod Tingkahlaku ASEAN yang diwujudkan bagi memastikan agar China tidak sewengang-wenangnya menuntut Kepulauan Spratly sebagai hak mutlak mereka. Namun begitu, di awal kewujudan Kod Tingkahlaku ini, negara China sendiri tidak mematuhi setiap perjanjian yang telah dimeterai dalam Kod Tingkalaku tersebut.

Hal ini turut memberikan kesan kepada komuniti ASEAN. Beberapa negara dibawah ASEAN adalah negara yang juga menuntut hak pemilikan Kepulauan Spratly. ASEAN dilihat mengambil pendekatan ‘CARA ASEAN’ iaitu tiada campur tangan dalam hal-hal yang berkaitan negara ASEAN yang lain serta penggunaan strategi ke arah pembinaan perdamaian adalah “Diplomasi Senyap” iaitu salah satu cara berdiplomasi agar tidak memburukkan keadaan konflik.

(18)

Bagi M. Khalif Afif, penulisannya dalam Jurnal Ilmu Hubungan Internasional yang bertajuk “Upaya ARF Dalam Penyelesaian Konflik Kliam Kepulauan Spratly” (2014) adalah lebih menjurus kepada ASEAN dan konflik Kepulauan Spratly itu sendiri. M. Khalif Afif berpendapat bahawa konflik Kepulauan Spratly ini bukanlah hanya terbatas kepada tuntutan setiap negara mengenai Kepulauan Spratly, bahkan lebih dari itu. Hal ini bermaksud, konflik Spartly juga menjadi semakin membesar apabila ada antara negara Asia Tenggara yang menuntut Kepulaun Spratly sebagai hak milik mereka dan mula mengibarkan bendera di kepulauan tersebut. Bahkan ada juga antara negara-negara ini yang telah mula membangunkan Kepulauan Spratly seakan-akan kawasan tersebut sudah dalam pemilikan mereka.

Oleh itu, M. Khalif Afif membawa perbincangan menjadi semakin hangat apabila menyentuh usaha ASEAN dalam membentuk “ASEAN Regional Forum (ARF)” yang bertujuan untuk membincangkan masalah-masalah politik dan keamanan kawasan dalam komuniti ASEAN. Menurut M. Khalif Afif juga, pelbagai langkah dan usaha telah diambil oleh ASEAN bagi mewujudkan resolusi konflik Kepulauan Spratly ini. Tujuan utama adalah bagi mengelakkan konflik antara negara di wilayah Asia Tenggara tercetus. Pada masa yang sama, ASEAN sendiri mengakui dan menyedari bahawa konflik Kepulauan Spratly ini bukanlah satu konflik yang mudah untuk diselesaikan secara total. Apatah lagi konflik ini melibatkan negara-negara yang duduk dalam satu komuniti ASEAN. Banyak hati yang perlu dijaga, dan diplomasi memainkan peranan yang sangat penting agar konflik ini dapat dikawal dengan baik. Atas alasan itu maka ASEAN tetap terus berusaha bagi memastikan konflik Kepulauan Spratly ini tidak mencetuskan keadaan yang buruk sehingga memerlukan campur tangan tentera dan sebagainya.

(19)

seharusnya diberikan penghargaan kerana walaupun seringkali usaha ini dikecam dan dikritik kerana tidak bejaya, dalam masa yang sama kesungguhan yang ditujukkan oleh Komuniti ASEAN seharusnya mendapat pujian dan dicontohi oleh pertubuhan dunia yang lain.

Secara umumnya, banyak kajian lepas yang mengkaji tentang konflik Kepulauan Spratly ini hanya mengkaji punca Kepulauan Spratly menjadi rebutan banyak pihak. Tidak banyak individu yang melakukan kajian mengenai peranan pertubuhan-pertubuhan di peringkat Asia atau dunia tentang isu Kepulauan Spratly ini. Hal ini menyebabkan kebanyakan dari kita tidak benar-benar mengetahui status konflik ini dan kepelbagaian usaha yang sebenar-benarnya wujud dan masih berlaku dalam memastikan konflik ini dapat diselesaikan dengan cara yang paling baik dan teratur.

(20)

Terdapat enam buah negara yang menuntut hak pemilikan bagi Kepulauan Spartly iaitu Malaysia, China, Taiwan, Vietnam, Filipina dan juga Brunei. Setiap negara mempunyai justifikasi dan sebab-sebab tertentu untuk menuntut hak pemilikan Kepulauan Spartly ini. Pulau-pulau tersebut dituntut atas faktor sejarah mahupun faktor persempadanan dan faktor ekonomi iaitu konsep Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE). Tuntutan dari negara-negara yang dinyatakan di atas secara umum adalah seperti berikut:

1. China

Tuntutan yang dilakukan oleh China adalah atas dasar sejarah. Memang secara geografi, jarak antara RRC dengan Kepulauan Spratly sangat jauh dan tidak terjangkau dengan menggunakan konsep landas kontinen dan ZEE. Namun begitu, China masih melakukan tuntutan terhadap gugusan pulau di kepulauan Spratly atas dasar sejarah. Hal ini adalah disebabkan pada zaman sebelum arus modenisasi hadir, konon telah ada jejak kehidupan Dinasti China di Kepulauan Spratly. Menurut China sejak 2000 tahun yang lalu, Kepulauan Spratly sudah menjadi jalur perdagangan China. Selain itu, kenyataan ini turut disokong oleh fakta-fakta sejarah antaranya penemuan bukti-bukti arkeologi China Dinasti Han (206-220 SM) di beberapa gugus Kepulauan Spartly.

(21)

pertembungan tuntutan pada ketika itu kerana terjadinya Perang Dunia Pertama antara Perancis, Inggris dan Jepun yang melakukan penaklukan ke atas Laut China Selatan. Tuntutan yang lebih kuat adalah dengan penerbitan peta dengan memasukkan hampir seluruh wilayah Laut China Selatan ke dalam peta wilayah sekitar pertengahan abad 20.

Dalam catatan, baru sekitar tahun 1988 China melakukan penaklukan secara tidak rasmi ke atas Kepulauan Spratly. Penaklukan ini dilakukan dengan mengadakan kem ketenteraan secara besar-besaran di Kepulauan Spratly. Pada tahun ini, tercetusnya konflik China-Vietnam dimana pada ketika itu terjadi pendudukan di Kepulauan Spratly dan Paracel dengan mengusir paksa Vietnam. Hal ini semakin merumitkan konflik apabila China mewujudkan undang-undang tentang Laut Teritorial dan Contiguous Zone yang memasukkan Kepulauan Spratly sebagai wilayahnya. Hal tersebut terus giat dilakukan oleh China bahkan hingga sekarang. Pelbagai inisiatif telah dilakukan oleh China antaranya adalah perjanjian bilateral, dan perjanjian multilateral.

2. Taiwan

Taiwan juga tidak ketinggalan dalam melakukan tuntutan terhadap Kepulauan Spratly. Tuntutan yang dilakukan oleh Taiwan adalah dibuktikan dengan kependudukannya pada tahun 1956 di Kepulauan Spratly. Sebelumnya pada tahun 1947, Taiwan telah menerbitkan peta wilayah yang memasukkan Kepulauan Spratly di dalam wilayahnya. Salah satu tuntutannya adalah bagi pulau terbesar di kepulauan tersebut iaitu “Taiping Island”.

(22)

Vietnam juga melakukan tuntutan atas dasar sejarah. Vietnam menyatakan bahawa terdapat bukti kependudukannya terhadap Pulau Spratly dan Paracel sudah dimulai pada abad 17. Selain itu ada fakta sejarah yang menunjukkan bahwa wilayah tersebut telah masuk ke dalam wilayah daerah Binh Son,Vietnam. Vietnam Selatan menegaskan haknya atas Kepulauan Spratly dalam “San Francisco Conference”. Kemudian Vietnam mulai menyatakan pemilikannya atas Kepulauan Spratly pada tahun 1975 dengan menempatkan tentaranya di 13 buah pulau di Kepulauan tersebut.

Konflik-konflik yang terjadi yang melibatkan Vietnam sebagaimana sempat dijelaskan sebelumnya telah berlangsung beberapa kali. Konflik disebabkan berkeras antara para pihak, terutama Vietnam dan China. Sehingga sekarang Vietnam terus memperkuatkan kuasa ketenteraannya di wilayah Kepulauan Spratly.

4. Filipina

(23)

Malaysia melakukan tuntutan terhadap Kepulauan Spratly atas dasar peta Undang-Undang Persempadanan Antarabangsa. Memang secara jelas bahawa sebahagian daripada wilayah Kepulauan Spratly sudah memasuki zon wilayah landasan kontinen Malaysia atau persempadanan Malaysia. Selain itu, Malaysia pun melakukan inisiatif-inisiatif seperti kependudukan, tuntutan serta penamaan terhadap gugusan pulau di Kepulauan Spratly.

Pendudukan yang dilakukan Malaysia oleh pasukan ketenteraannya dimulai pada tahun 1977. Pada 4 September 1983 Malaysia telah menghantar lebih kurang 20 Pasukan Komando ke Terumbu Layang-layang dan pada tahun yang sama juga Malaysia melakukan survey dan kembali menyatakan bahawa kepulauan tersebut berada di perairan Malaysia. Sehingga saat ini kekuatan ketenteraan di pulau-pulau tersebut semakin giat dilakukan kerana terdapat desakan dan kepelbagaian inisiatif dan tuntutan dari negara lain terutama China.

6. Brunei Darussalam

Tuntutan yang dilakukan Brunei adalah berbeza daripada tuntutan-tuntutan yang dilakukan oleh negara-negara lain. Hal ini kerana Brunei bukan melakukan tuntutan terhadap gugusan pulau tetapi hanya kepada wilayah laut Kepulauan Spratly sahaja. Brunei merupakan satu-satunya negara yang menahan diri untuk menuntut dan melakukan penempatan ketenteraan di wilayah gugusan Kepulauan Spratly. Brunei melakukan tuntutan atas dasar konsep ZEE dimana sebahagian wilayah dari Kepulauan Spratly didapati memasuki kawasan dalam ZEE Brunei Darussalam.

(24)

belakang yang cukup rumit sehingga belum terjadi kesepakatan antara negara-negara bersengketa dalam usaha menyelesaikan konflik. Keadaan ini menjadi sukar apabila Kepulauan Spratly merupakan titik persempadanan yang berada di antara beberapa negara iaitu, Indonesia, Malaysia, Vietnam, Brunei Darussalam, China, Taiwan, dan Filipina.

Kepulauan Spratly pada awalnya tidak berpenghuni. Hal ini disebabkan kebanyakan pulau ini berupa gugusan karang. Namun tuntutan terhadap Kepulauan Spratly dilancarkan kerana Kepulauan Spratly mempunyai banyak kelebihan misalnya kekayaan kandungan minyak dan kedudukannya yang strategik. Kawasan Laut China Selatan apabila dilihat dalam konteks kaca mata Undang-Undang Laut Antarabangsa merupakan kawasan yang memiliki nilai ekonomi, politik dan sangat strategik. Sehingga menjadikan kawasan ini berpotensi untuk mencetuskan konflik mahupun potensi kerjasama antara negara yang bersempadan dengannya. Dengan kata lain, kawasan Laut China Selatan yang memiliki kandungan minyak bumi dan gas asli yang kaya didalamnya, serta berperanan sangat penting sebagai jalur perdagangan dan salah satu telaga minyak dunia, menjadikan kawasan Laut China Selatan sebagai objek perdebatan dan perebutan kawasan selama bertahun-tahun.

(25)

Namun Vietnam membantah serta tidak mengakui tuntutan pemilikan wilayah terhadap Kepulauan Spratly tersebut bahkan, Vietnam mengatakan bahawa wilayah Kepulauan Spartly merupakan sebahagian dari wilayah 4 negaranya. Vietnam mengakui wilayah Kepulauan Spratly dan sekitarnya merupakan kawasan sejak abad ke-17. Akibat perebutan pengakuan wilayah atas Kepulauan Spratly antara China dan Vietnam, pada tahun 1988 terjadi insiden antara Angkatan Laut China dan Angkatan Laut Vietnam. Insiden ini terjadi dimana kapal Angkatan Laut Vietnam yang sedang berlayar di Laut China Selatan disekat oleh kapal perang Angkatan Laut China. Dalam pemberontakan tersebut, Angkatan Laut Vietnam kehilangan 74 orang anggotanya. Akibat dari insiden ini juga, Vietnam memutuskan hubungan diplomatik dengan China, walaupun beberapa tahun kemudian hubungan diplomatik kedua negara berlangsung normal kembali.

(26)

Menurut Malaysia, langkah ini diambil berdasarkan Peta Undang-Undang Laut Malaysia Tahun 1979, yang mencakupi sebahagian dari wilayah Kepulauan Spratly. Malaysia bahkan membangunkan mercu tanda di salah satu wilayah di Kepulauan Spratly. Malaysia juga bersama Filipina dan Brunei merupakan sesama anggota Asean, dengan adanya konflik atas wilayah Kepulauan Spratly khusus untuk Malaysia-Filipina semakin menambah rumit hubungan diantara kedua-dua negara. Hubungan antara Malaysia dengan Filipina yang selama ini agak kurang harmoni disebabkan masalah tenaga kerja menjadikan masalah semakin kompleks dengan munculnya konflik tuntutan wilayah Spratly. Taiwan sebagai salah satu negara yang mengakui kedaulatan atas Kepulauan Spratly juga mengalami ketegangan hubungan dengan Flipina.

(27)

Brunei hanya menuntut sempadan kontinen perairan di Laut China Selatan. Brunei ingin ketegasan mengenai masalah sempadan kontinen perairan negaranya yang meliputi wilayah di sekitar perairan Kepulauan Spratly. Walaupun demikian tetap saja menimbulkan konflik dengan Malaysia, iaitu konflik mengenai terumbu karang di sebelah selatan Laut China Selatan yang sewaktu air pasang berada di bawah permukaan laut. Brunei mengakui gugusan karang dan landasan kontinen di sekitarnya merupakan sebahagian dari wilayahnya. Di pihak Malaysia pada tahun 1979 pula turut menuntut gugusan karang tersebut bahkan mendudukinya. Akan tetapi konflik antara Brunei-Malaysia mengenai tuntutan kedaulatan di sekitar Kepulauan Spartly relatif tenang, belum sampai menimbulkan konflik terbuka kearah peperangan antara kedua negara.

BAB 4 : FAKTOR YANG MENYEBABKAN KONFLIK KEPULAUAN SPARTLY TIDAK DAPAT DISELESAIKAN HINGGA KINI

(28)

Antara faktor-faktor yang menyebabkan isu ini masih belum diselesaikan sehingga sekarang, pertamanya ialah kerana ia menjadi rebutan banyak negara di Asia Tenggara iaitu Malaysia, Taiwan, Vietnam, Brunei, Filipina dan China. Perebutan Kepulauan Spartly ini berlaku kerana kedudukannya yang terletak di titik persempadanan negara-negara ASEAN seperti yang disebutkan di atas. Kesemua negara tersebut berebut kepulauan ini dengan menuntut bahawa kepulauan ini hak mereka berikutan kedudukannya yang berhampiran dengan negara-negara tersebut. Hal ini juga dikukuhkan lagi dengan status kepulauan tersebut sendiri yang tidak berpenghuni dan dimiliki secara mutlak oleh kuasa-kuasa yang lain. Sehingga kini, status kepulauan ini ialah Terra Nullius yang bermaksud hak sesebuah negara lain untuk menguasainya atas dasar ia tidak dimiliki oleh mana-mana kuasa lain. Malahan, perebutan yang berlaku antara negara-negara tersebut juga dikukuhkan lagi dengan keadaan kedudukan Kepulauan Spartly yang berada di Laut China Selatan yang merupakan laluan utama perdagangan antarabangsa. Kepulauan Spratly terhubung langsung dengan Kepulauan Indonesia, Selat Melaka, Selat Sunda dan Lautan Pasifik sehingga menjadikan kawasan itu mempunyai potensi konflik sekaligus potensi kerjasama peringkat antarabangsa.

(29)

Sumber protein yang terdapat di Kepulauan Spartly adalah berkualiti dan sukar untuk ditemui di lokasi lain. Hal ini adalah kerana Kepulauan Spartly mempunyai terumbu karang yang banyak yang menjadi habitat utama bagi kehidupan laut. Selain mempunyai sumber minyak dan sumber protein yang pelbagai, Spartly juga mempunyai kekayaan gas asli yang turut menjadi penyumbang kepada perebutan Kepulauan Spartly bagi negara-negara terbabit.

Faktor yang ketiga ialah tuntutan kesemua negara penuntut masih lagi seimbang, namun isu ini dilihat benar-benar mencabar kewibawaan undang-undang antarabangsa terutamanya dari aspek perundangan maritim. Hal ini kerana konflik Kepulauan Spartly ini telah berlarutan sekian lama semenjak Perang Dunia Kedua lagi. Namun begitu, pada tahun 1950, tuntutan terhadap Kepulauan Spartly ini masih tidak wujud lagi tuntutan yang sah dibuat ke atas kepulauan tetapi hanya dianggap sebagai halangan terhadap pelayaran semata-mata sahaja. Tuntutan pertama adalah dilakukan oleh negara China ke atas kepulauan ini iaitu pada tahun 1876. Kemudian barulah wujud tuntutan-tuntutan daripada negara-negara lain.

(30)
(31)

BAB 5: PERANAN ASEAN DALAM MENGURUSKAN KONFLIK

5.1 PENGENALAN MENGENAI ASEAN

ASEAN merupakan singkatan bagi “Association of Southeast Asian Nations” atau Persatuan Negara-negara Asia Tenggara. Antara negara yang mula mengasaskan penubuhan ASEAN ialah Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand di Bangkok dengan menandatangani satu perjanjian yang dikenali sebagai Deklarasi Bangkok. Menteri Luar yang terlibat dalam deklarasi tersebut ialah Adam Malik mewakili Indonesia, Narciso R. Ramos mewakili Filipina, Tun Abdul Razak mewakili Malaysia, S. Rajaratnam mewakili Singapura, dan Thanat Khoman mewakili negara Thailand.

(32)

ASEAN ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 di Bangkok, Thailand. Tujuan penubuhan pertubuhan ini adalah untuk mengukuhkan kerjasama serantau antara ahli-ahlinya. Keanggotaan ASEAN terdiri daripada 10 buah negara di Asia Tenggara iaitu Brunei Darussalam, Filipina, Indonesia, Kemboja, Loas, Malaysia, Myammar, Singapura, Thailand, dan Vietnam kecuali Papua New Guinea. Manakala, Timor Leste pula sebagai negara pemerhati. Pada bulan November pada setiap tahun, ASEAN akan mengadakan persidangan bagi membincangkan isu-isu terkini yang berlaku di negara-negara anggotanya.

(33)

5.2 USAHA YANG DILAKUKAN OLEH ASEAN

ASEAN merupakan suatu organisasi yang melindungi kepentingan negara-negara anggotanya telah berusaha mencari jalan untuk menyelesaikan persengketaan yang terjadi di laut China Selatan. Beberapa perjanjian multilateral telah dilakukan dalam usaha untuk menyelesaikan konflik Kepulauan Spratly. Antara perjanjian yang telah dimeterai oleh ASEAN ialah Deklarasi Kuala Lumpur 1971 yang ditandatangani oleh Menteri Luar bagi negara-negara ASEAN iaitu Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand yang membahaskan tentang kawasan keamanan, kebebasan, dan berkecuali atau lebih dikenali dengan nama ZOPFAN (Zone of Peace, Freedom and Neutrality). Dalam pengisytiharan tersebut, kesemua pihak secara terang-terangan menyatakan bahawa menjadi matlamat mereka bagi mengekalkan Asia Tenggara “bebas dari sebarang bentuk campur tangan dari kuasa luar dan kuasa nuklear” serta meluaskan lagi bidang kerjasama.

Dalam usaha meleraikan konflik mengenai Kepulauan Spratly, negara-negara yang

terlibat berusaha melakukan perundingan dan dialog bilateral yang dibantu oleh ASEAN.

Pertemuan bilateral dilakukan oleh negara-negara yang berkonflik sejak tahun 1988 untuk

menyelesaikan konflik tersebut melalui perbincangan dan perundingan. Pada peringkat ini, teori

mediasi telah diaplikasikan oleh ASEAN dalam usaha meleraikan konflik antara negara-negara

yang menuntut Kepulauan Spartly. ASEAN berusaha menjadi pihak ketiga yang bersifat neutral

dan bebas kepentingan. Daripada rundingan dan perbincangan yang dilakukan, negara-negara

tersebut telah bersetuju untuk mencari penyelesaian secara damai melalui perundingan,

mewujudkan kepercayaan kepada pihak ASEAN, membentuk kerjasama antara negara dan

(34)

Selain itu, bagi negara Cina, Vietnam dan Filipina setuju untuk mengakui atau

menyelesaikan konflik mereka atas dasar undang-undang termasuk Konvensi Hukum Laut 1982.

Namun pertemuan bilateral tersebut tidak berjalan sesuai dengan keinginan. Hal ini dilihat

melalui inisiatif ASEAN dalam penyelesaian Konflik Tuntutan Kepulauan Spratly.

Tidak efektifnya pertemuan bilateral negara-negara yang bekonflik tersebut dilihat ASEAN

sebagai ancaman keamanan kawasan yang suatu keadaan menjadi konflik terbuka.

ASEAN berpandangan bahawa, terjadinya beberapa insiden antara China – Filipina dan

Vietnam kembali menciptakan ketegangan serta berpotensi menciptakan perang terbuka terhadap

ketiga negara yang terlibat sekaligus menciptakan gangguan keamanan di Laut China Selatan.

Hal ini menunjukkan bahawa masih ada beberapa hal yang masih belum ditaati dan disepakati di

antara negara yang berkonflik, tujuan dari campur tangan ASEAN adalah untuk memastikan

bahawa perselisihan yang terjadi di Laut Cina Selatan yang melibatkan empat negara anggota

ASEAN ( Brunei, Malaysia, Filipina dan Vietnam) dengan China, dapat diselesaikan dengan

cara-cara diplomatik, tanpa harus menggunakan kekuatan militer. ASEAN berupaya menjadikan

kawasan Asia Tenggara sebagai sebuah kawasan yang aman, tertib, damai dan stabil. Dan itu

hanya dimungkinkan apabila masalah Kepulauan Spratly di Laut Cina Selatan dapat diselesaikan

(35)

5.3 ASEAN Regional Forum

Forum antarabangsa yang bertemakan ASEAN Regional Forum merupakan salah satu usaha yang telah dijalankan oleh ASEAN untuk berunding serta membincangkan permasalahan yang terdapat di kawasan Asia Tenggara. ARF ini dianggotai oleh sepuluh buah negara anggota ASEAN serta turut dianggotai oleh negara Amerika Syarikat, Australia, Jepun, Kanada, Korea Selatan, Rusia, China serta beberapa lagi negara Eropah yang lain. Forum ARF ini merupakan forum dialog rasmi antara pemerintah serta merupakan usahasama dalam membangunkan sikap saling percaya-mempercayai dalam kalangan negara-negara Asia Pasifik untuk membincangkan masalah-masalah keamanan serantau secara lansung dan lebih terbuka.

(36)

Pada forum ARF kedua yang diadakan di Brunie Darussalam, setelah disepakati oleh semua anggota forum tersebut, iaitu tiga konsep telah dicapai dalam penyelesaian persengketaan Laut China Selatan iaitu Confidence Building Measures (CBMs), Preventive Diplomacy (PD) dan Conflict Resolution (CR). Dasar daripada CBMs ini adalah bagaimana pihak-pihak yang berkonflik boleh mengurang ketegangan antara mereka bertujuan untuk mencari jalan penyelesaian dan langkah-langkah yang lebih efektif untuk membuka jalan bagi membolehkan perjanjian yang lebih komprehensif dapat dilakukan. Manakala Preventive Diplomacy (PD) atau diplomasi pencegahan merupakan tindakan kolektif yang dilakukan untuk mencegah konflik daripada awal untuk menegakkan perdamaian. PD terdiri daripada kumpulan diplomat, ahli politik, tentera, serta komuniti yang terlibat. Sementera itu, Conflict Resolution (CR) atau resolusi konflik mempunyai keupayaan yang lebih baik daripada Confidence Building Measures dan Preventive diplomacy.

(37)

PD yang dijalankan oleh pihak-pihak yang berkaitan di lapangan, akhirnya China bersedia membincangkan permasalahan tersebut secara pelbagai hala dengan negara-negara ASEAN untuk mencari jalan keluar dari permasalahan tersebut melalui cara yang damai.

5.4

Declaration on the Conduct of Parties in the South China Sea

Pada bulan November tahun 2002, Menteri Luar Negari ASEAN dan Timbalan Menteri Luar Negeri China iaitu Wang Yi menandatangani Declaration on the Conduct of Parties in South China Sea pada mesyuarat ASEAN di Phnom Phen yang bertujuan untuk mencegah ketegangan dalam konflik wilayah dan untuk mengurangkan risiko dari konflik ketenteraan di Laut China Selatan. Seterusnya pada 7 Oktober 2003 China menandatangani perjanjian The Treaty of Amity and Cooperation in Southeast Asia atau Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama di Asia Tenggara merupakan risalah atau perjanjian perdamaian antara negara-negara Asia Tenggara, yang di bentuk oleh negara-negara pengasas dari ASEAN. Perjanjian ini sebagai tanda hubungan perdamaian antara China dengan negara-negara ASEAN.

(38)

Program-program CBMs dan PD yang dipersetujui oleh pihak-pihak yang berkonflik di Laut China Selatan, berusaha dilaksanakan dan diaplikasikan oleh semua pihak. Walaupun pada awalnya banyak kekangan, tetapi seiring dengan masa semua pihak berusaha melaksanakan program-programnya dengan baik sehingga ketegangan boleh diredakan dan timbul kerjasama dan persefahaman diantara mereka. Tambahan pula, pihak-pihak yang berkaitan juga mempunyai keinginan untuk menyelesaikan persengketaan secara mutilateral melalui ASEAN Regional Forum, dan menghasilkan perjanjian-perjanjian dalam penyelesaian persengketaan Laut China Selatan khususnya Kepulauan Spratly dan Paracel serta dapat mengeratkan hubungan diantara China, Taiwan dan negara-negara ASEAN baik dalam kerjasama tentera dari kekuatan ketenteraan yang berada di kawasan Laut China Selatan serta kerjasama dalam pengurusan bersama kekayaan sumber alam yang berada di kawasan tersebut.

5.5 ASEAN-China Senior Officials Concultation (ACSOC) dan

China-ASEAN Joint Working Group

(39)

Namun tidak sepenuhnya berjalan dengan baik kerana tidak dicapainya peta pemilikan pulau, dan banyak pihak yang melanggar sendiri perjanjian tersebut. Misalnya Declaration Of Code yang secara nyata dilanggar dengan pemusnahan kapal yang dilakukan oleh pihak tertentu.

Rumusan bab

Konflik tuntutan bertindih terhadap Kepulauan Spratly merupakan konflik sempadan yang agak rumit untuk diselesaikan. Hal ini kerena kawasan tersebut memperlihatkan tuntutn bertindih sebanyak enam buah negara menuntut supaya Kepulauan Spratly menjadi hak milik negara mereka. Kepulauan Spratly di Laut Cina Selatan, berpotensi untuk menjadi tempat pertama meletusnya konflik bersenjata di wilayah Asia Tenggara. Penyebabnya adalah sengketa wilayah antara negara yang sudah puluhan tahun belum masih diselesaikan sehingga ke hari ini.

(40)

BAB 6 : KESIMPULAN

Secara tuntasnya, konflik Kepulauan Spratly ini merupakan salah satu contoh konflik berbentuk kepentingan dimana enam buah negara berebut untuk memiliki gugusan pulau-pulau kecilyang terletak di Laut China Selatan hanya kerana kepulauan tersebut memiliki kekayaan hasil bumi dan hasil laut serta berkedudukan strategik di tengah laluan perdagangan. Enam negara yang merebut Kepulauan Spratly ini mempunyai sebab tersendiri yang mendorong mereka berusaha untuk mendapatkan hak pemilikan ke atasnya.

ASEAN tidak dinafikan telah berusaha membantu menyelesaikan konflik perebutan 6-1 keatas Kepulauan Spratly melalui pelbagai deklarasi, seminar dan perundingan yang dianjurkan. Namun usaha ini tidak mencapai titik klimaks apabila enam negara yang terlibat dalam konflik perebutan ini tidak merendahkan ego dan duduk semeja berunding dalam keadaan bebas nilai kepentingan. Faktor kepentingan peribadi setiap negara yang berkonflik dalam menuntut kepulauan tersebut telah melemahkan proses pencapaian persefahaman dan kunci kepada peleraian konflik. Jika hanya pihak ketiga seperti ASEAN sahaja yang berusaha untuk meleraikan pertikaian tanpa kerjasama yang jitu daripada pihak berkonflik, proses mediasi itu menjadi sia-sia kerana pada akhirnya konflik tidak dapat ditransformasikan ke arah lebih baik.

(41)

Pihak ASEAN boleh bekerjasama dengan badan antarabangsa iaitu International Court of Justice (ICJ) dalam menentukan hak pemilikan kepulauan agar penyelesaian konflik dapat dijalankan secara adil dan telus. Perkara ini memerlukan badan antarabangsa untuk meningkatkan kredibiliti dalam undang-undang persempadanan antarabangsa.

Akhir sekali, ASEAN dapat menjayakan peranannya sebaik mungkin dengan kerjasama dan komitmen daripada negara – negara yang menuntut kepulauan tersebut. ASEAN juga perlu tegas tetapi bersifat neutral dalam menjadi pihak ketiga bagi menyelesaikan konflik ini. ASEAN perlu bijak menangani kes ini agar gugusan kepulauan kecil tidak menjadi punca tercetusnya konflik di antara negara-negara di Asia Tenggara. Kita sebagai komuniti ASEAN juga tidak terlepas daripada tanggungjawab untuk membantu dalam mewujudkan perdamaian.

Referensi

Dokumen terkait

Faktor-faktor yang digunakan didapatkan dengan menggunakan metode harga Hedonik Dalam penelitian ini akan menganalisis harga jual rumah dipengaruhi oleh faktor luas

Dapat dikatakan bahwa dua perkataan (perjanjian dan persetujuan) itu adalah sama artinya. Dari kedua pendapat ini dapat disimpulkan bahwa perjanjian sama pengertiannya

Mekanisme inferensi adalah rangkaian prosedur yang digunakan untuk menguji pangkalan pengetahuan dengan cara yang sistematik pada saat menjawab pertanyaan, persoalan

Berdasarkan model genangan banjir rob yang ditunjukkan pada Gambar 14, hampir seluruh kelurahan di Kecamatan Semarang Utara terkena dampak dari banjir rob, yang

Ameliorasi keracunan Fe yakni tambahkan kapur untuk mencegah keracunan Fe pada lahan kering yang digenangi (dosis kapur berkisar antara 500 – 2.000 kg/ha,

Publikasi yang diusulkan pada Bidang B (Penelitian) harus memperhatikan linearitas juga (point nomor 4), yaitu harus sesuai dengan bidang ilmu pendidikan terakhir

Pesantren yang telah berdiri pada masa pertumbuhan Islam di Jawa, antara lain Pesantren Sunan Ampel Surabaya yang didirikan oleh Raden Rahmat ( Sunan Ampel ) dan Pesantren Sunan

Dengan demikian, usaha intelektual utama yang harus dipresentasikan ke dalam pemikiran tentang Islam atau tentang agama lainnya pada saat ini, adalah ditujukan untuk