• Tidak ada hasil yang ditemukan

(1) tanam budi (2) makan suap. (3) perah tenaga (4) tangan terbuka. (5) tumbuk rusuk (6) seperti kacang lupakan kulit

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "(1) tanam budi (2) makan suap. (3) perah tenaga (4) tangan terbuka. (5) tumbuk rusuk (6) seperti kacang lupakan kulit"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

1

MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

Arahan: Setiap petikan ringkas di bawah ini menggambarkan maksud satu peribahasa. Padankan petikan tersebut dengan peribahasa yang paling sesuai daripada senarai yang diberikan. Kemudian, tulis nombor jawapan pilihan kamu itu di tempat kosong yang disediakan.

(1) tanam budi (2) makan suap

(3) perah tenaga (4) tangan terbuka

(5) tumbuk rusuk (6) seperti kacang lupakan kulit (7) umpama minyak setitik, di laut

sekalipun timbul jua

(8) sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain

1 Johan tidak melupakan asal-usulnya. Setiap hujung minggu, dia akan kembali ke Rumah Tumpangan Muhammadiyah untuk membantu secara sukarela di situ.

2 Kami tidak dapat melupakan percutian kami ke Pulau Langkawi. Kehadiran kami di hotel itu disambut dengan paluan kompang, iringan muzik dan juga taburan bunga. Bukan itu sahaja, kami juga disajikan dengan minuman manis dan makanan ringan yang enak-enak belaka. 3 Seorang petinju dari Norway telah didakwa kerana menerima wang sebanyak sejuta dolar

bagi perlawanan tinju sedunia kelmarin. Dia akan dihadapkan ke mahkamah kerana kesalahan tersebut dan tidak akan dapat mengambil bahagian dalam apa jua perlawanan dalam masa terdekat ini.

4 Untuk cemerlang dalam pelajaran Matematik, kita tidak boleh belajar hanya apabila peperiksaan sudah hampir. Kita selalu dinasihatkan supaya membuat latihan setiap hari dan bertanya sekiranya tidak memahami sesuatu perkara.

5 Kebakaran hari itu telah memusnahkan sebahagian besar rumah-rumah kampung di kawasan itu. Walaupun demikian, para penduduknya tidak pernah berpatah semangat. Mereka bergotong-royong setiap pagi dan petang untuk membina semula kampung halaman mereka supaya dapat disiapkan sebelum hari raya menjelang.

SOALAN JAWAPAN 1 2 3 4 5 Markah yang diperoleh

(2)

2

MENGEDIT TEKS (10 MARKAH)

Arahan: Petikan yang berikut mengandungi lima patah perkataan yang telah digarisi kerana penggunaannya salah. Betulkan kesalahan tersebut dengan menggunakan imbuhan yang tepat atau menggantikan perkataan tersebut. Kemudian, tulis jawapan kamu di tempat kosong yang disediakan.

Tahukah kamu bagaimana keadaan pusat-pusat penjaja di Singapura pada masa dahulu? Kebanyakan pusat penjaja pada masa itu terletak sama ada di tepi-tepi jalan raya, di lorong-lorong belakang atau pun di tanah-tanah (6) kosong. Pusat-pusat penjaja ini hanya merupakan deretan warung-warung sahaja. Peniaga-peniaga tidak mengamalkan (7) pembersihan, sisa-sisa makanan dibuang sembarangan. Akibatnya, tempat itu menjadi (8) rumah lalat dan langau. Pinggan dan mangkuk tidak dicuci dengan bersih (9) jika tidak ada sistem bekalan air yang tetap dan mencukupi. Keadaan pusat-pusat penjaja yang terletak di tepi-tepi jalan raya lebih buruk lagi. Setiap kali ada kenderaan yang bergerak di situ, berterbanganlah habuk ke udara lalu (10) berhinggap makanan yang dibiarkan terdedah.

Bagi mengatasi masalah-masalah ini, Kementerian Sekitaran telah memindahkan pusat-pusat penjaja ke tempat-tempat yang lebih selesa, bersih dan lengkap dengan segala kemudahan seperti yang terdapat sekarang.

SOALAN JAWAPAN 6 7 8 9 10 Markah yang diperoleh

(3)

3

KEFAHAMAN 1: MELENGKAPKAN TEKS (10 MARKAH)

Arahan: Pilih ayat yang paling sesuai bagi melengkapkan teks yang diberikan. Kemudian, tulis nombor jawapan kamu di tempat kosong yang disediakan.

(1) Patuhilah peraturan di buku panduan murid.

(2) Tolong ikut laluan yang diaturkan bagi setiap kelas. (3) Jalanlah ke kelas dalam satu barisan dengan senyap.

(4) Jauhi kawasan larangan yang telah ditandakan dan dikepung.

(5) Jagalah keselamatan diri kamu dan ikutlah peraturan yang ditetapkan.

(6) Kamu diingatkan supaya lebih berwaspada dan sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan selama kerja-kerja itu dijalankan.

(7) Pihak sekolah tidak mahu sesiapa cedera ketika melalui tangga yang terletak berhampiran dengan kawasan yang maksudkan itu.

(8) Baru-baru ini, dua orang murid didapati melanggar peraturan sekolah lalu mengakibatkan kecederaan kepada diri mereka sendiri.

Harap berikan perhatian! (11)___________________________. Perkara sebegini perlu dielakkan, terutama sewaktu kerja-kerja pengubahsuaian sekolah sedang giat dijalankan. (12)___________________________. Kerja-kerja ubahelok akan mula dijalankan pada Isnin hadapan, di makmal komputer yang terletak di aras tiga.

(13)___________________________. Aturan yang khusus ini perlu dipatuhi oleh setiap murid supaya keselamatan kamu terjaga dan kerja-kerja ubahelok itu tidak terganggu. (14)___________________________. Beberapa orang pengawas sekolah akan ditugaskan untuk mengawasi kawasan tersebut pada waktu rehat. (15)___________________________. Sekian, terima kasih. SOALAN JAWAPAN 11 12 13 14 15 Markah yang diperoleh

(4)

4

KEFAHAMAN 1: MENGENAL PASTI IDEA UTAMA (4 MARKAH)

Arahan: Baca petikan yang berikut dengan teliti. Kemudian, jawab semua soalan yang mengikutinya.

Masyarakat Melayu memang sudah lama terkenal dengan kerja bergotong-royong. Membuat kerja bersama-sama ini dijadikan amalan sejak masyarakat Melayu hidup di kampung dahulu. Mereka mengusahakan sesuatu bersama-sama dan saling tolong-menolong ketika mengadakan sesuatu majlis contohnya, ketika mendirikan rumah, masjid dan mengadakan majlis perkahwinan.

Cara hidup begini perlu diteruskan dalam masyarakat kita pada zaman ini. Kebanyakan daripada kita tinggal di estet-estet rumah pangsa. Jika kita amalkan sikap bergotong-royong, kita dapat hidup berjiran dengan lebih harmoni lagi kerana kita saling memahami sesama jiran. Kita memang memerlukan bantuan jiran tetangga terutama pada waktu kecemasan. Dengan cara bergotong-royong, sekitaran kita boleh dijaga bersama dan jenayah dapat dikurangi. Maka, amalan masyarakat Melayu dahulu masih relevan pada masa kini.

Arahan: Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan mengenal pasti idea utama dalam teks yang diberikan. Tulis jawapan kamu di tempat kosong yang diberikan.

16. Idea utama yang hendak disampaikan dalam perenggan pertama ialah _________________ __________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________ (2 markah)

17 Hidup bergotong-royong penting hari ini kerana ____________________________________ __________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________ (2 markah) Markah yang

(5)

5

KEFAHAMAN 2 (26 MARKAH)

Arahan: Baca petikan karangan di bawah ini dengan teliti.

Lana melangkah lemah ke arah Pak Atan yang sedang duduk di bangku kolong blok rumah mereka. Dia gagal lagi dalam ujian Matematiknya dan tidak tahu bagaimana lagi hendak berusaha bagi peperiksaan Prelim yang bakal menjelang. Wajah Pak Atan kelihatan lesu. Dua batang tongkat yang membantu Pak Atan berjalan diletakkan di sisinya seperti lazimnya. Tatkala melihat Lana menghampirinya dengan wajah yang sugul, Pak Atan pun menyapanya sambil tersenyum. Lana menjawab pertanyaan jirannya itu dengan sopan lalu duduk bertentangan dengannya.

Farah kasihan melihat hidup Pak Atan yang bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga. Gara-gara ingin menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki yang berusia enam tahun dari dilanggar sebuah lori, kedua belah kaki Pak Atan menjadi lumpuh. Pak Atan terpaksa dirawat di hospital selama sebulan. Akibat kecacatannya, dia kehilangan pekerjaan sebagai seorang juruteknik.

Namun, insan yang malang ini tetap berusaha untuk mencari rezeki buat keluarga yang amat dikasihinya. Setelah beberapa bulan, dia mendapat pekerjaan sebagai seorang pegawai keselamatan yang hanya bertugas di balik kaunter di sebuah hotel. Malangnya, tempoh tugas Pak Atan tidak lama. Walaupun majikannya amat suka dengan sikap Pak Atan, dia diberhentikan kerja buat kali kedua. Majikannya tidak dapat menggajikannya lagi.

Pada waktu itu, Pak Atan baru menerima cahaya matanya yang pertama. Hatinya sungguh hiba melihatkan keadaan keluarganya yang semakin dicengkam kesempitan itu. Isterinya, Mak Timah, meminta izin daripadanya untuk membantu mencari nafkah buat keluarga mereka. Walaupun Pak Atan keberatan kerana dia sedar bahawa tugas menyara hidup isteri dan anak-anaknya adalah kewajipannya yang utama, dia rasa lemah pada ketika itu kerana dia telah patah hati. Mak Timah akhirnya mendapat pekerjaan sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang yang terletak berhampiran dengan rumah mereka.

Keluarga Lana dan jiran-jiran mereka meringankan beban keluarga Pak Atan dengan menyumbangkan beberapa barang keperluan dapur. Walaupun demikian, setiap kali memandang isterinya yang terpaksa keluar bekerja sementara dia menjaga anak mereka di rumah, hati Pak Atan menjadi sayu. Azamnya untuk mencari sumber nafkah bagi keluarganya semakin membara.

Setelah beberapa hari berusaha dengan bantuan bapa Lana, akhirnya Pak Atan diterima bekerja sebagai operator mengambil pesanan pelanggan dengan sebuah restoran makanan. Syarikat makanan segera itu memang sudah lama membuka ruang pekerjaan bagi mereka yang kurang sempurna. Pak Atan amat bersyukur dengan pekerjaannya itu.

“Lana ada masalah dengan pelajaran ke?” tanya Pak Atan lalu mengejutkan Lana dari lamunannya. Lana menggeleng-gelengkan kepalanya sambil tunduk membisu.

“Pak Atan ingin Lana sedar bahawa setiap manusia pasti ada kekurangan tetapi mereka tidak boleh berdiam diri. Lana lihat sahaja Pak Atan. Walaupun Pak Atan cacat, Pak Atan tidak melihatnya sebagai halangan dalam hidup Pak Atan. Bagi Pak Atan, ada orang lain yang lebih malang nasibnya daripada Pak Atan. Pak Atan bersyukur kerana Pak Atan masih boleh bekerja,” jelas Pak Atan. Lana mulai insaf.

(6)

6

Arahan: Berdasarkan petikan karangan di halaman 5, jawab semua soalan yang berikut dengan menggunakan ayat kamu sendiri. Kemudian, tulis jawapan kamu itu di tempat kosong yang disediakan.

18 Apakah yang membuat Lana sugul pada hari itu? (2 markah) ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________

19 Nyatakan kebiasaan Pak Atan setelah pulang dari kerja. (4 markah)

____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________

20 ‘Hidup Pak Atan bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga’. Jelaskan. (4 markah)

____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ Markah yang diperoleh Markah yang diperoleh Markah yang diperoleh

(7)

7

21 Berikan dua bukti yang menunjukkan bahawa Pak Atan seorang suami yang amat bertanggungjawab. (4 markah)

____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________

22 Hal-ehwal orang-orang yang kurang sempurna seperti Pak Atan dijaga oleh masyarakat. Berikan dua contoh. (4 markah) ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________

23 ‘Lana mulai insaf’. Berikan dua sebab Lana berperasaan demikian. (4 markah) ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ Markah yang diperoleh Markah yang diperoleh Markah yang diperoleh

(8)

8

Selesai

24 Berdasarkan petikan karangan di halaman 5, berikan maksud perkataan dan frasa yang berikut.

(i) dicengkam kesempitan (2 markah) ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________

(ii) pesanan (2 markah) ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________

Markah yang diperoleh

(9)

9

P6HML SA1 2016

JAWAPAN

SOALAN JAWAPAN SOALAN JAWAPAN SOALAN JAWAPAN

1 1 6 lapang 11 8 2 4 7 kebersihan 12 6 3 2 8 sarang 13 2 4 8 9 kerana 14 4 5 3 10 menghinggap 15 7 16

... amalan bergotong-royong sudah lama terkenal dalam masyarakat Melayu (1m) sejak mereka hidup di kampung dahulu (1m).

17

... hidup berjiran akan menjadi lebih harmoni lagi kerana kita saling memahami sesama jiran ( ½m) dan membantu kita pada waktu kecemasan (½m ) serta sekitaran kita boleh dijaga bersama (½m ) dan jenayah dapat dikurangi (½m).

18

Lana sugul pada hari itu kerana dia gagal lagi dalam ujian Matematiknya dan tidak tahu bagaimana lagi hendak berusaha bagi peperiksaan Prelim yang bakal menjelang (2m).

19

Setelah pulang dari kerja, Pak Atan akan duduk di kolong blok rumahnya (2m) dan meletakkan kedua-dua batang tongkat yang membantunya berjalan di sisinya (2m).

20

Hidup Pak Atan bagai sudah jatuh ditimpa tangga kerana kedua belah kakinya menjadi lumpuh setelah dia cuba menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki yang berusia enam tahun dari dilanggar sebuah lori (2m) dan akibat kecacatannya, dia kehilangan pekerjaan sebagai seorang juruteknik (2m).

21

Dua bukti yang menunjukkan Pak Atan seorang suami yang amat bertanggungjawab ialah pertama, tetap berusaha untuk mencari rezeki buat keluarga yang amat dikasihinya walaupun dia cacat (2m) dan kedua, dia menjaga anaknya ketika isterinya keluar bekerja (2m).

ATAU ...dia tidak membiarkan isterinya terus bekerja untuk membantunya mendapatkan rezeki (2m).

ATAU ... dia tahu tugas menyara hidup isteri dan anak-anaknya ialah kewajipannya yang utama (2m).

(10)

10

22

Dua contoh yang menunjukkan hal-ehwal orang-orang yang kurang sempurna seperti Pak Atan dijaga oleh masyarakat adalah pertama, ruang pekerjaan dibuka untuk mereka seperti yang disediakan oleh sebuah restoran makanan segera (2m) dan kedua, keluarga Lana dan jiran-jiran mereka meringankan beban keluarga Pak Atan dengan menyumbangkan beberapa makanan (2m).

23

Dua sebab Lana berperasaan demikian adalah pertama, kata-kata Pak Atan iaitu, setiap manusia pasti ada kekurangan tetapi mereka tidak boleh berdiam diri (2m) dan kedua, pengalaman hidup Pak Atan dan sikapnya yang kuat berusaha (2m).

Jawapan-jawapan lain yang sesuai boleh diberikan markah yang berpatutan.

24

(i) dilanda kesusahan / ditimpa kesusahan (2m)

(ii) tempahan / sesuatu yang ditempah / sesuatu yang diminta oleh seseorang untuk dibeli (2m)

Referensi

Dokumen terkait

Tabel 4.24 menyatakan bahwa sebagian besar industri (82%) menyatakan bahwa penggantian HCFC dilakukan karena adanya penerapan peraturan tentang pengurangan konsumsi

2 Wakil Dekan Bidang I SALINAN TERKENDALI 02 3 Wakil Dekan Bidang II SALINAN TERKENDALI 03 4 Manajer Pendidikan SALINAN TERKENDALI 04 5 Manajer Riset dan Pengabdian

Tabel 3 menunjukkan terdapat perbedaan yang bermakna secara statistik pada perubahan skor tingkat pengetahuan, sikap dan perilaku ibu serta tingkat kecukupan energi,

1.5.1.3 Mendapatkan solusi dalam menangani kendala pelaporan kinerja pembinaan gizi masyarakat melalui sistem informasi gizi di Dinas Kesehatan Kota Tangerang

Pengawasan kualitas merupakan alat bagi manajemen untuk memperbaiki kualitas produk bila dipergunakan, mempertahankan kualitas produk yang sudah tinggi dan

informasi rekomendasi penjurusan siswa baru yang akan dibuat di SMK Negeri 1 Bondowoso, yang telah dianalisis ke dalam bentuk yang mudah dimengerti oleh calon. Use

Rekod Latihan Jurulatih penggunaan sumber/ peralatan yang berkaitan Jika perlu Penilaian boleh dibuat berdasarkan contoh yang berikut: penggunaan sumber yang relevan

Penelitian menggunakan 60 ekor ayam pedaging, dua puluh ekor ayam di awal penelitian diambil darahnya untuk pengamatan titer antibodi asal induk terhadap infeksi virus