• Tidak ada hasil yang ditemukan

KERTAS KERJA MAJLIS APRESIASI DAN MAKAN MALAM AMAL TAHUNAN GEOLOGI UKM 2014 TARIKH TEMPAT BANGI GOLF RESORT BANDAR BARU BANGI

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "KERTAS KERJA MAJLIS APRESIASI DAN MAKAN MALAM AMAL TAHUNAN GEOLOGI UKM 2014 TARIKH TEMPAT BANGI GOLF RESORT BANDAR BARU BANGI"

Copied!
20
0
0

Teks penuh

(1)

KERTAS KERJA

MAJLIS APRESIASI DAN MAKAN MALAM AMAL TAHUNAN GEOLOGI UKM 2014

TARIKH 26 APRIL 2014

TEMPAT

BANGI GOLF RESORT BANDAR BARU BANGI

ANJURAN KELAB GEOLOGI

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

TEMA

“ MENJALIN INTERAKSI, MELAKAR MEMORI ”

▸ Baca selengkapnya: kertas kerja majlis apresiasi prasekolah

(2)

MAJLIS APRESIASI DAN MAKAN MALAM AMAL TAHUNAN GEOLOGI 2014

1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini adalah untuk memohon pertimbangan dan kelulusan serta kewangan dari Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel) untuk mengadakan Majlis Apresiasi dan Makan Malam Amal Tahunan Geologi Universiti Kebangsaan Malaysia

2.0 PENGENALAN / LATAR BELAKANG

Kelab Geologi Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan sebuah kelab sosial yang bernaung dan bergiat aktif di bawah Pusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumber Alam (PPSSSA), Fakulti Sains dan Teknologi (FST). Keahlian kelab ini dikhususkan kepada mahasiswa/i yang mengambil jurusan Geologi di Universiti Kebangsaan Malaysia sahaja.

Antara matlamat penubuhan kelab ini adalah untuk memperbaiki serta mempertingkatkan aspek kepimpinan dan kemahiran interpersonal terutama dalam kalangan mahasiswa/i Program Geologi sendiri. Pelbagai aktiviti telah dianjurkan oleh kelab ini antaranya Hari Keluarga Geologi, Pertandingan Badminton Pangea, Hari Interaksi Geologi, Pameran- pameran Geologi dan beberapa aktiviti akademik yang berkaitan dengan bidang Geologi.

Pelaksanaan program-program sedemikian bertujuan melahirkan mahasiswa/i berkredibiliti tinggi, berketerampilan, berkebolehan dan mahir berorganisasi serta berkomunikasi.

Justeru bagi menghargai jasa dan sumbangan mahasiswa/i terutama mahasiswa/i tahun akhir, kakitangan akademik dan Program Geologi ini, Majlis Apresiasi dan Makan Malam Amal Tahunan Geologi UKM telah diadakan pada setiap tahun dan dianjurkan sendiri oleh Kelab Geologi UKM. Majlis ini turut meraikan tetamu khas daripada Pusat Jagaan Kanak-kanak Yatim/Miskin Darul Rukaiyah, Kajang. Oleh yang demikian, berdasarkan sambutan yang amat mengalakkan terhadap program seperti ini pada setiap tahun, Sekretariat Majlis Apresiasi dan Makan Malam Amal Tahunan Geologi UKM ingin mengambil inisiatif yang sama untuk menganjurkan Majlis Apresiasi dan Makan Malam Amal Tahunan Geologi UKM bagi tahun 2014 ini.

3.0 MISI

Menjadikan program ini sebagai wadah penghubung antara mahasiswa/i, pensyarah, alumni,

warga Program Geologi UKM dan tetamu khas daripada Pusat Jagaan Kanak-kanak

Yatim/Miskin Darul Rukaiyah untuk bersama dan berinteraksi, di samping ingin memberi

peluang latihan kepada ahli kelab Geologi UKM dalam berorganisasi dan menganjurkan

sebuah program yang dapat memupuk sifat kepimpinan dan kerjasama antara ahli.

(3)

4.0 MATLAMAT

4.1 Menjalinkan hubungan baik dan erat antara mahasiswa/i , pensyarah, alumni dan semua warga geologi UKM

4.2 Menyampaikan kutipan sumbangan ikhlas warga Geologi UKM kepada Pusat Jagaan Kanak-kanak Yatim/Miskin Darul Rukaiyah, Kajang

4.3 Menyediakan peluang untuk mahasiswa/i Program Geologi UKM untuk melatih diri dalam berorganisasi dan pengurusan

5.0 OBJEKTIF

5.1 Menghargai jasa dan sumbangan para pensyarah dan warga Geologi UKM 5.2 Meraikan dan memberi sumbangan kutipan amal kepada tetamu khas daripada

Pusat Jagaan Kanak-kanak Yatim/Miskin Darul Rukaiyah, Kajang

5.3 Mengeratkan tali silaturahim antara para pelajar , pensyarah dan anak-anak yatim daripada Pusat Jagaan Kanak-kanak Yatim/Miskin Darul Rukaiyah, Kajang

5.4 Meningkatkan interaksi, keaktifan dan kerjasama yang lebih progresif antara mahasiswa Program Geologi UKM

6.0 TEMA

“Menjalin Interaksi, Melakar Memori”

7.0 ANJURAN

Kelab Geologi Universiti Kebangsaan Malaysia 8.0 TARIKH DAN MASA

Program ini dicadangkan untuk diadakan pada : Tarikh : 26 April 2014

9.0 TEMPAT PROGRAM

Bangi Golf Resort, Bandar Baru Bangi

(4)

10.0 PUBLISITI

1. Mengantung banner dan bunting di bangunan Geologi UKM 2. Menampal poster di sekitar bangunan Geologi UKM

3. Hebahan melalui papan digital UKM

11.0 PENGLIBATAN DAN PENYERTAAN

 Jumlah mahasiswa/i Program Geologi : (110 orang)

 Penyelia : (1 orang)

 Pensyarah : (10 orang)

 Warga Pusat Jagaan Kanak-kanak Yatim/Miskin Darul Rukaiyah (20 orang)

 Para kakitangan akademik dan sokongan Jabatan Geologi : (5 orang)

 Alumni Geologi : (10 orang)

 Tetamu Kehormat : (3 orang)

12.0 CADANGAN PERASMI

 Prof. Dr. Sahibin Abdul Rahim

Pengerusi Pusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumber Alam (PPSSSA)

 Prof Madya Dr. Azimah Binti Hussin

Ketua Program Geologi

Fakulti Sains & Teknologi

Pusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumber Alam

Universiti Kebangsaan Malaysia

(5)

13.0 STRUKTUR ORGANISASI Rujuk Lampiran A

14.0 TENTATIF PROGRAM Rujuk Lampiran B

15.0 PERINCIAN PROGRAM

Perasmian Majlis Apresiasi & Makan Malam Amal Tahunan Geologi 2014

Majlis akan dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Azimah Binti Hussin, Ketua Program Geologi Universiti Kebangsaan Malaysia. Majlis akan diserikan dengan kehadiran tetamu jemputan khas daripada Pusat Jagaan Kanak-kanak Yatim/Miskin Darul Ruqaiyah, Kajang. Pelajar akan menyambut kehadiran tetamu jemputan iaitu para pensyarah, kakitangan sokongan dan semua warga geologi UKM. Ucapan pembukaan majlis dan gimik perasmian akan diadakan.

Penyampaian Sumbangan Ikhlas kepada Pusat Jagaan Kanak-kanak Yatim/Miskin Darul Ruqaiyah, Kajang

Kutipan sumbangan ikhlas daripada warga geologi dan sumbangan luar akan disampaikan kepada wakil Pusat jagaan Kanak-kanak Yatim/Miskin Darul Ruqaiyah , Kajang. Kanak- kanak daripada pusat jagaan ini akan diraikan di dalam majlis ini. Persembahan istimewa daripada mereka akan dipersembahkan untuk menghiburkan tetamu yang hadir.

Penyampaian Anugerah Khas Kelab Geologi Universiti Kebangsaan Malaysia

Tiga penyampaian anugerah khas akan disampaikan kepada warga geologi UKM iaitu Anugerah Tokoh Pelajar, Anugerah Dekan dan Anugerah “Jasamu Dikenang’ kepada pensyarah-pensyarah yang telah dan akan bersara pada tahun 2014 ini. Penyampaian anugerah ini bertujuan memberi penghargaan kepada individu-individu yang cemerlang dan yang telah menabur bakti kepada program geologi Universiti Kebangsaan Malaysia.

Penutupan Majlis Apresiasi dan Makan Malam Amal Tahunan Geologi 2014

Persembahan istimewa daripada mahasiswa/i Geologi tahun akhir akan menutup majlis ini.

Persembahan Nyanyian akan dialunkan mereka bagi memperingati segala memori dan kenangan mereka sepanjang tempoh pembelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Persembahan ini merupakan satu penghormatan kepada segala jasa dan bakti yang mereka

curahkan kepada program geologi Universiti Kebangsaan Malaysia

(6)

16.0 BELANJAWAN Rujuk Lampiran C

17.0 PEJABAT URUSAN

Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat menyurat, sila hubungi:

MUHAMMAD FAREEZ BIN THAER Ketua Pengarah

Majlis Apresiasi dan Makan Malam Amal Tahunan Geologi UKM 2014 Kelab Geologi, Program Geologi

Fakulti Sains dan Teknologi

Pusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumber Alam Universiti Kebangsaan Malaysia

43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan.

Tel : 017 645 8250

E-mel : geologistukm@gmail.com

(7)

18.0 PENUTUP

Adalah menjadi harapan agar Majlis Apresiasi dan Makan Malam Amal Tahunan Geologi UKM 2014 anjuran Kelab Geologi Universiti Kebangsaan Malaysia ini akan dapat dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang diharapkan. Semoga dengan sokongan dan kerjasama daripada semua pihak, program ini akan berjaya melahirkan mahasiswa yang bukan sahaja memiliki modal insan yang berkualiti, malahan mahasiswa yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Segala sokongan dan kerjasama daripada semua pihak kami dahulukan dengan ucapan

terima kasih. Sumbangan baik dalam bentuk idea mahupun wang ringgit amat dialu-alukan

bagi menjayakan program ini. Semoga program ini mendapat limpahan kurnia dan

keberkatan oleh Allah S.W.T.

(8)

LAMPIRAN A

STRUKTUR ORGANISASI

SEKRETARIAT MAJLIS APRESIASI DAN MAKAN MALAM AMAL TAHUNAN GEOLOGI 2014

Penaung

Y.Bhg. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali Naib Canselor, Universiti Kebangsaan Malaysia

Pengerusi

Y.Bhg. Prof. Datin Noor Aziah Mohd Awal Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)

Universiti Kebangsaan Malaysia

Penyelaras

Tuan Hj. Musa Zainal Abidin Bin Othman Timbalan Pendaftar,

Jabatan Perkhidmatan Pelajar, UKM

Penasihat I

Prof. Madya Dr. Juhari Mat Akhir Penasihat I Kelab Geologi

Penasihat II

Prof. Dr. Mohd. Shafeea Leman FASc

Penasihat II Kelab Geologi

(9)

Ketua Pengarah Muhammad Fareez Bin Thaer FST / 2 / A142236 / 0176458250

Timbalan Ketua Pengarah Amira Sofia Binti Rosdi FST / 2 / A141403 / 0148462985

Setiausaha

Muhammad Adib Bin Haris FST / 2 / A142391 / 0126426217

Timb. Setiausaha Hamizah Binti Saari FST/ 1 / A145602 / 0195028857

Bendahari

Nurul Nisya Binti Amran FST / 2 / A141233 /0124525856

Timb. Bendahari Wan Nur Maisarah

FST / 1 / A145588 / 0193993634

Pengarah Program : Nur Amanina Binti Mazlan FST/ 2 / A140708 /0174517507 Timbalan Pengarah : Muhammad Farid Bin Mohamed Dali

FST / 2 / A141343 / 0174502210 Abdul Malik Bin Hassan

FST / 2 / A140937 / 0172799856 Muhamad Zainol Bin Mohamad Raafik FST / 2 / A142742 / 0172492238 Pengarah Pemasaran : Shaidatul Munirah Binti Musa

FST / 2 / A141414 / 0135333225 Timbalan Pengarah : Aifa Syahirah Binti Sulaiman

FST/ 1 / A145621 / 0177962924 Brian Jefri

FST / 1 / A146659 / 0126816760

Amaleina Binti Mohd Kamarudin

FST/ 1 / A145597 / 0145274986

(10)

Pengarah Protokol : Nur Imani Binti Abdullah FST / 2 / A141429 / 0172877715 Timbalan Pengarah : Afiq Farhan Bin Abdul Rahim

FST/ 1 / A146697 / 0172944717 Liya Saffura Binti Roeslan FST/ 1 / A145618 / 0179182545 Siti Noraishah Binti Mohd Azli FST/ 1 / A145610 / 0173265789 Izatul Azira Binti Yasip

FST / 2 / A141211 / 0137206323

Pengarah Cenderamata : Izzati Binti Azmi

FST / 2 / A140917 / 0122250034 Timbalan Pengarah : Nurul Afiqah Binti Mohd Zahir

FST / 1 / A145594 / 0175943130 Nursyahira Binti Mohamad Zaher FST/ 1 / A145727 / 0145133934 Nor Sahrina Binti Nordin

FST / 2 / A141450 / 0177189809 Zafira Adila Binti Mohd Yusof FST / 2 / A141219 / 0133121651

Pengarah Teknikal : Izharuddin Bin Sakip

FST / 2 / A140789 / 0193610134

Timbalan Pengarah : Mohamad Arif Fawwaz Bin Abdul Rahman FST/ 1 / A145607 / 0134164042

Muhammad Shahiran Bin Ahmad Karmidi

FST/ 1 / A145604 / 0145348832

Muhammad Syahmi Bin Mohamad

FST / 2 / A141202 / 0122604482

(11)

Pengarah Multimedia : Amali Bin Mohd Juraimi FST/ 2 / A136442 /0182206602 Timbalan Pengarah : Muhammad Sufi Bin Musa

FST/ 1 / A145622 /0197688025 Nurul Fahana Binti Zawri

FST / 2 / A141178 / 0125461573

Mohamad Faruq Syahmi Bin Md Aripin FST / 2 / A141023 /0122435648

Nurfatiha Binti Selamat

FST / 2 / A141022 / 01129054247

Pengarah Tugas-tugas Khas : Nur Siti Aisyah Binti Muhammad FST / 2 / A142709 / 0175088216 Timbalan Pengarah : Muhammad Khairel Izzuan Bin Ismail

FST/ 1 / A145608 / 0122431058 Farah A/P Liew King Man FST/ 1 / A145598 / 0192883454

Intan Syahira Binti M. Hazanee

FST/ 1 / A145625 / 0139614097 Nor Azrah Binti Md Atan

FST / 2 / A141291 / 0137551200 Pengarah Jamuan : Syahidaton Akmal Binti Hassan

FST / 2 / A141287 / 0134248226 Timbalan Pengarah : Nur Marjeena Md Yussof

FST/ 2 / A142581 / 0197527889 Nadhirah Binti Omar

FST/ 1 / A145612 / 0123570162 Ibnu Yakhzan

FST/ 1 / A146657 / 01123328119

Nurfatira Nasha Binti Mohd Rosle

FST / 2 / A140908 / 0127689107

(12)

Pengarah Logistik : Juliano Putra Perdana

FST / 2 / A142449 / 0189431247 Timbalan pengarah :Miqdad Marzuki

FST / 2 / A142435 / 0105145352 Mohd Syafiq Bin Mat Isa

FST/ 1 /A145878 / 0192586126 Azura Binti Bakar

FST / 2 / A139731 / 0146949982 Najiatun Najla Binti Mohamad FST/ 2 / A141244 / 0102138533

Raymond Entebang Anak Stephen Arin

FST / 2 / A141119 / 0148788660

(13)
(14)
(15)

LAMPIRAN B

ATURCARA PROGRAM 26 April 2014

8.00-8.20 malam : Pendaftaran Tetamu & Ketibaan VVIP

8.20-8.30 malam : Bacaan Doa & Ucapan oleh Ketua pengarah Majlis Apresiasi Dan Makan Malam Amal Tahunan Geologi 2014,

Saudara Muhammad Fareez Bin Thaer

8.30-8.35 malam : Ucapan aluan dan Perasmian majlis oleh Ketua Program Geologi, Dr Azimah Binti Hussin

8.35-9.00 malam : Gimik perasmian dan Perasmian majlis oleh Ketua Program Geologi, Dr Azimah Binti Hussin dan tayangan persembahan video montaj 9.00-9.15 malam : Jamuan bermula & persembahan pembukaan majlis

9.15-9.30 malam : Cabutan bertuah (sesi pertama)

9.30-9.40 malam : - Penyampaian Anugerah Tokoh Pelajar

- Penyampaian Sumbangan kepada Pusat Jagaan Kanak-kanak Yatim/Miskin Darul Rukaiyah, Kajang.

- Penyampaian Anugerah Khas ‘Jasamu Dikenang’

9.40-10.00 malam : (Sesi tidak rasmi)

Persembahan pelajar Tahun Satu Persembahan Pelajar Tahun Dua 10.00-10.10 malam : Cabutan bertuah (sesi kedua)

10.10-10.20 malam : Persembahan Istimewa oleh pelajar Tahun Tiga 10.20-10.30 malam : Cabutan bertuah (sesi ketiga)

10.30- 11.00 malam : Pengumuman ‘King & Queen of the Night’ & Penyampaian hadiah

11.00 malam : Majlis bersurai

(16)

LAMPIRAN C

BELANJAWAN MAJLIS APRESIASI & MAKAN MALAM AMAL TAHUNAN GEOLOGI 2014

BIL PERKARA RM

1 SUMBANGAN

 Fakulti Sains dan Teknologi

 Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel)

 Peserta

-Pelajar UKM (110 orang x RM 30)

 Sumbangan Alumni

 Tajaan

- Persatuan Geologi Malaysia - IM4U

- Nestle - Sumbangan

RM 800.00 RM 500.00

RM 3300.00 RM 2700.00

RM 1000.00 RM 1,000.00 RM5 00.00 RM 2125.50

JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN RM 11, 925.50

(17)

KOS ANGGARAN BELANJAWAN ( JAMUAN)

BIL. PERKARA KUANTITI RM/UNIT JUMLAH

1. VIP 24 RM 35.00 RM 840.00

2. Alumni 16 RM 30.00 RM 480.00

3. Pelajar 136 RM 30.00 RM 4,080.00

4. Anak yatim 20 RM 30.00 RM 600.00

JUMLAH RM 6,000.00

KOS ANGGARAN BELANJAWAN ( CENDERAMATA) BIL

.

PERKARA KUANTITI RM/UNIT JUMLAH

1. VIP 1 RM 40.00 RM 40.00

2. Hadiah persaraan 5 RM 50.00 RM 250.00

3. Cabutan bertuah 9 RM 25 RM 225.00

4. ‘Door gift’ 250 RM 8.00 RM 2,000.00

5. Anugerah dekan 9 RM 20.00 RM 180.00

6. Anak yatim 20 RM 15.00 RM 300.00

7. Anugerah ‘King and Queen’

2 RM 10.00 RM 20.00

JUMLAH RM 3,015.00

KOS ANGGARAN BELANJAWAN ( PUBLISITI)

BIL. PERKARA KUANTITI RM/UNIT JUMLAH

1. Poster (A4) 6 RM 1.00 RM 6.00

2. Bunting (2’ × 5’) 7 RM 30.00 RM 210.00

3. Banner (3’× 7’) 1 RM 80.00 RM 80.00

4. Backdrop stage (15’×4’) 1 RM 200.00 RM 200.00

JUMLAH RM 496.00

(18)

KOS ANGGARAN BELANJAWAN (TEKNIKAL)

KOS ANGGARAN BELANJAWAN ( PROGRAM) BIL

.

PERKARA KUANTITI RM/UNIT JUMLAH

1. Persembahan - - RM 200.00

JUMLAH RM 200.00

KOS ANGGARAN BELANJAWAN (PROTOKOL) BIL

.

PERKARA KUANTITI RM/UNIT JUMLAH

1. Kad jemputan 80 RM 2.00 RM 160.00

2. Buku program 80 RM 1.50 RM 120.00

JUMLAH RM 280.00

BIL. PERKARA KUANTITI RM/UNIT JUMLAH

1. Dry Ice / Smoke Machine 1 Unit - RM300.00

2. Standing Spotlight 1 Unit - RM200.00

3. Peralatan Tambahan : Wireless Microphone

1 Unit - RM20.00

JUMLAH KOS PERALATAN RM520.00

(19)

KOS ANGGARAN BELANJAWAN ( TUGAS-TUGAS KHAS) BIL

.

PERKARA KUANTITI RM/UNIT JUMLAH

MEJA PENDAFTARAN

1. Badges 250 RM 2.00 RM 500.00

2. Alas kain emas 3m RM 2.00 RM 6.00

3 Alas kain kelabu 3m RM 2.00 RM 6.00

4. Marshmallow + candy 1 RM 50.00 RM 50.00

5. Kertas warna 1 RM 5.00 RM 5.00

6. Batang lidi 1 RM 3.00 RM 3.00

7. Masquerade 25 RM 5.00 RM 125.00

JUMLAH RM 695.00 PHOTOBOOTH

1. Kertas warna 5 RM 5.00 RM 25.00

2. Polisterin 3 RM 4.00 RM 12.00

3. Bunga Mangga 5 RM 3.50 RM 17.50

4. Cardboard 2 RM 5.00 RM 10.00

5. Kain emas+kelabu 10m RM 2.00 RM 40.00

6. Lampu suluh 3 RM 4.00 RM 12.00

7. Bateri 1 RM 10.00 RM 10.00

8. Span 2 RM 2.00 RM 4.00

9. Batang mop 2 RM 3.00 RM 6.00

10. Bunga ros kertas besar 4 RM 4.00 RM 16.00

11. Warna air 1 RM 7.00 RM 7.00

12. Gam 1 RM 4.00 RM 4.00

13. Gunting 2 RM 2.00 RM 4.00

14. Berus warna air 3 RM 3.00 RM 9.00

JUMLAH RM 176.50 PENTAS

1. Polisterin 3 RM 4.00 RM 12.00

2. Kain ela hitam 5m RM 2.00 RM 10.00

3. Cardboard 2 RM 5.00 RM 10.00

4. Kain ela emas+kelabu 10m RM 2.00 RM 20.00

5. Kertas emas 3 RM 3.00 RM 9.00

JUMLAH RM 61.00 GIMIK

1. Cardboard 2 RM 5.00 RM 10.00

JUMLAH RM 10.00 ATAS MEJA MAKAN

1. Masquerade 30 RM 5.00 RM 150.00

2. Beg goodie 5 RM 12.00 RM 60.00

JUMLAH RM 210.00 LAIN-LAIN

1. Sprinkle 4 RM 3.00 RM 12.00

2. Rencam - - RM 250.00

JUMLAH RM 262.00

JUMLAH

KESELURUHAN

RM 1,414.50

(20)

JUMLAH KESELURUHAN KOS ANGGARAN BELANJAWAN MAJLIS APRESIASI & MAKAN MALAM AMAL TAHUNAN GEOLOGI 2014 BI

L.

PERKARA JUMLAH KOS ANGGARAN

1. Jamuan RM 6,000.00

2. Cenderamata RM 3,015.00

3. Publisiti RM 496.00

4. Teknikal RM 520.00

5. Program RM 200.00

6. Protokol RM 280.00

7. Tugas-tugas khas RM 1,414.50

JUMLAH KESELURUHAN RM 11,925.50

Referensi

Dokumen terkait

Setiap karyawan mempunyai hak yang berhubungan dengan data dan informasi yang disimpan pada komputer induk, sehingga diberikanlah username dan password untuk

Puji syukur penulis panjatkan kepada Tuhan YME karena hanya dengan rahmat dan karunia-Nya, penulis dapat menyelesaikan tugas akhir berjudul Perancangan Buku

Berdasarkan karakteristik permasalahan dan tujuan yang ingin dicapai, penelitian ini akan dilaksanakan dengan rancangan penelitian dan pengembangan pendidikan

Pembuktian dokumen dalam hal ini dapat dimaknai sebagai upaya untuk menilai apakah putusan pengadilan yang telah berkekuatan hukum tetap berkenaan pelanggaran

 Ip(x,y)=255*[Io(x,y)-min]/(max-min)  Objek yang dikenali pada citra rontgen terkadang memiliki tepi yang kurang jelas sehingga tersamarkan dengan objek lain.

Dari hasil penelitian dapat disimpulkan bahwa terdapat 17 spesies tumbuhan yang dijadikan sebagai pohon penyusun habitat Lutung Budeng di Kawasan Hutan Adinuso

Umpan balik merupakan aspek penting dalam proses motivasi karena dapat memberikan informasi kepada karyawan apakah hasil kerjanya telah berhasil mencapai hasil

Penulis mengamati bahwa Pemerintah Seketariat daerah Kabupaten Boyolali selalu berusaha memberikan informasi kepada seluruh lapisan masyarakat dikota Boyolali, sesuai