• Tidak ada hasil yang ditemukan

Ujian Profisiensi Penggal 1 STPM 2014

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Ujian Profisiensi Penggal 1 STPM 2014"

Copied!
17
0
0

Teks penuh

(1)

1

Nombor Kad Pengenalan: ... Nama : ... JKDPENGAJIANAMBATUPAHAT JKDPENGAJIANAMBATUPAHATJKDPENGAJIANAM JKDPENGAJIANAMBATUPAHAT JKDPENGAJIANAMBATUPAHATJKDPENGAJIANAM JKDPENGAJIANAMBATUPAHAT JKDPENGAJIANAMBATUPAHATJKDPENGAJIANAM JKDPENGAJIANAMBATUPAHAT JKDPENGAJIANAMBATUPAHATJKDPENGAJIANAM JKDPENGAJIANAMBATUPAHAT JKDPENGAJIANAMBATUPAHATJKDPENGAJIANAM JKDPENGAJIANAMBATUPAHAT JKDPENGAJIANAMBATUPAHATJKDPENGAJIANAM JKDPENGAJIANAMBATUPAHAT JKDPENGAJIANAMBATUPAHATJKDPENGAJIANAM JKDPENGAJIANAMBATUPAHAT JKDPENGAJIANAMBATUPAHATJKDPENGAJIANAM JKDPENGAJIANAMBATUPAHAT JKDPENGAJIANAMBATUPAHATJKDPENGAJIANAM

UJIAN PROFISIENSI

PENGGAL 1 TAHUN 2014

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)

Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN.

Kertas ini mengandungi tiga bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B, dan Bahagian C.

Calon dikehendaki menjawab semua soalan dalam Bahagian A dan

satu soalan Bahagian B dan dua soalan dalam Bahagian C.

Calon dikehendaki menjawab soalan dalam Bahagian A pada kertas objektif yang disediakan.

Gunakan helaian jawapan bagi menjawab soalan dalam bahagian B dan C.

Mulakan setiap jawapan pada helaian kertas yang baharu dan susun jawapan anda mengikut tertib berangka. Ikat helaian jawapan anda bersama dengan kertas soalan ini.

Markah untuk tiap-tiap bahagian soalan dan soalan diberikan dalam tanda kurung [ ].

Kertas soalan ini terdiri daripada 7 halaman bercetak.

© JKD Pengajian Am Daerah Batu Pahat

Untuk kegunaan pemeriksa Bahagian A 15 Bahagian B 16 17 18 19 Bahagian C 20 21 22 Jumlah

900/1

PENGAJIAN AM

KERTAS 1

Dua Jam

STPM 2014

(2)

2

Bahagian A: [ 15 markah ]

Jawab semua soalan.

1 Yang manakah yang benar tentang ciri-ciri sebuah negara yang berdaulat? I Memiliki sempadan negara yang jelas

II Mempunyai sistem pemerintahan yang sistematik III Mempunyai ketua negara yang dilantik oleh rakyat IV Membuat hubungan diplomatik dengan semua negara luar

A I dan II B I dan III C II dan lV D III dan IV

2 Apakah faktor-faktor pembentukan Malaysia? I Menghalang penyebaran ideologi komunis. II Meningkatkan jumlah penduduk di Malaya.

III Mempercepatkan proses kemerdekaan Sabah, Sarawak dan Singapura. IV Membolehkan pilihan raya diadakan di Sabah, Sarawak dan Singapura.

A I dan II

B I dan III

C II dan IV

D III dan IV

3 Yang manakah berkaitan dengan agama dalam Perlembagaan Persekutuan? I Agama Islam merupakan agama rasmi Persekutuan.

II Kuasa menggubal undang-undang Islam merupakan kuasa Parlimen.

III Setiap orang boleh menyebarkan ajaran agamanya kepada penganut agama lain. IV Setiap orang boleh menubuh dan menyelenggarakan yayasan bagi agamanya.

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

4 Yang manakah jawatan yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja?

I Ketua Pendaftar

II Hakim Mahkamah Rayuan III Hakim Mahkamah Tinggi

IV Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-Undang

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

(3)

3 5 Yang manakah fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya?

I Menentukan calon yang bertanding dalam pilihan raya.

II Membuat kajian persempadanan semula kawasan pilihan raya.

III Menjalankan urusan pendaftaran pemilih baru dan semakan daftar pemilih. IV Menetapkan tarikh persidangan pertama Dewan Rakyat selepas pilihan raya.

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

6 Keanggotaan seseorang ahli Dewan Rakyat akan terlucut apabila beliau

A dijatuhi hukuman penjara enam bulan B diisytiharkan muflis dan tidak dilepaskan.

C dituduh mengamalkan rasuah dan dihadapkan ke mahkamah. D dirujukkan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan.

7 Tadbir urus yang baik perlu memberi tumpuan kepada aspek

A Prestasi B Peralatan C Ketelusan D Kemanusiaan

8 Yang manakah benar tentang tugas Perdana Menteri? I Mengetuai Jemaah Menteri

II Melantik Setiausaha Jemaah Menteri

III Memegang kuasa eksekutif Kerajaan Persekutuan

IV Memohon kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen.

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

(4)

4 9

Agensi Kerajaan Peranan

P Perbendaharaan I Menubuhkan dan menyusun semula syarikat-syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan

Q Unit Penyelarasan Pelaksanaan

II Menyediakan belanjawan bagi program dan projek pembangunan

R Unit Perancang Ekonomi

III Mengurus, melaksanakan dan memantau peruntukan khas YB Ahli Dewan Rakyat Yang manakah padanan yang betul antara agensi kerajaan dengan peranannya?

P Q R

A I III II

B II I III

C II III I

D III I II

10 Yang manakah kriteria peruntukan kewangan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri?

I Keluasan negeri II Jumlah penduduk III Jaringan jalan raya

IV Jumlah pendapatan Kerajaan Negeri

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

11 Yang manakah merupakan agensi di bawah kawalan Kerajaan Negeri? I Jabatan Imigresen Negeri

II Lembaga Hasil Dalam Negeri III Unit Perancang Ekonomi Negeri IV Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

(5)

5

12 Yang manakah tanggungjawab Kerajaan Tempatan? I Memungut cukai pintu

II Memungut cukai tanah III Mengurus pasar dan gerai IV Menyediakan perumahan awam

A I dan II

B I dan III

C II dan III

D II dan IV

13 Yang manakah benar tentang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan? I Mengarahkan penutupan premis perniagaan yang kotor II Mendaftarkan dan mengeluarkan lesen syarikat perniagaan

III Mengenakan kompaun terhadap salah laku yang melibatkan papan iklan perniagaan

IV Menggubal undang-undang kecil tentang tanah negeri untuk kegunaan premis perniagaan

A I dan II

B I dan III

C II dan IV

D III dan IV

14 Yang manakah kepentingan tadbir urus yang baik?

A Memperkasa daya saing negara

B Mengekalkan kepimpinan sedia ada

C Meningkatkan pertumbuhan ekonomi

D Menyusun semula agihan sumber tenaga kepada semua sektor.

15 Yang manakah menjadi cabaran utama dalam membentuk tadbir urus yang baik?

A Penentuan skim gaji B Pengaruh amalan tradisi C Perkembangan teknologi D Pendidikan yang rendah

(6)

6

Bahagian B [15 markah]

Jawab semua soalan.

16. Huraikan dua keistimewaan Parlimen Malaysia [ 4 ]

(i) ... ... (ii) ...

... 17. Nyatakan tiga fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) [ 3 ]

(i) ... (ii) ... (iii) ...

18. Nyatakan empat peranan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) [ 4 ]

(i) ………

(ii) ……… (iii) ……… (iv) ………

19. Huraikan dua peranan Majlis Tanah Negara yang terdapat dalam Perlembagaan

Persekutuan [ 4 ]

(i) ………

……… (ii) ………

(7)

7

Bahagian C: [50 markah]

Pilih dua daripada tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 300 hingga 350 patah perkataan.

20. Pengangkutan awam dapat menyediakan pelbagai kemudahan kepada pengguna. Namun, masyarakat kita kurang berminat untuk menggunakan perkhidmatan ini. Huraikan.

21. Kenaikan harga barangan telah menyusahkan masyarakat kerana terpaksa menanggung pelbagai kesulitan. Jelaskan.

22. “1 Malaysia bermatlamat untuk mengekal dan meningkatkan perpaduan kerana banyak memberi kepentingan kepada negara kita yang mempunyai pelbagai kaum. Seharusnya, institusi sekolah dapat memainkan peranan dalam memupuk perpaduan nasional. Bincangkan.

(8)

8 JKDPENGAJIANAMBATUPAHAT JKDPENGAJIANAMBATUPAHATJKDPENGAJIANAM JKDPENGAJIANAMBATUPAHAT JKDPENGAJIANAMBATUPAHATJKDPENGAJIANAM JKDPENGAJIANAMBATUPAHAT JKDPENGAJIANAMBATUPAHATJKDPENGAJIANAM JKDPENGAJIANAMBATUPAHAT JKDPENGAJIANAMBATUPAHATJKDPENGAJIANAM JKDPENGAJIANAMBATUPAHAT JKDPENGAJIANAMBATUPAHATJKDPENGAJIANAM JKDPENGAJIANAMBATUPAHAT JKDPENGAJIANAMBATUPAHATJKDPENGAJIANAM JKDPENGAJIANAMBATUPAHAT JKDPENGAJIANAMBATUPAHATJKDPENGAJIANAM JKDPENGAJIANAMBATUPAHAT JKDPENGAJIANAMBATUPAHATJKDPENGAJIANAM JKDPENGAJIANAMBATUPAHAT JKDPENGAJIANAMBATUPAHATJKDPENGAJIANAM

SKEMA JAWAPAN DAN PEMARKAHAN

UJIAN PROFISIENSI

PENGGAL 1 TAHUN 2014

Bahagian A [15 markah] PENGAJIAN AM 1 (900/1) 2014 KUNCI JAWAPAN NO. SOALAN KUNCI JAWAPAN 1 A 2 B 3 B 4 C 5 C 6 B 7 A 8 B 9 A 10 C 11 D 12 B 13 B 14 A 15 C

900/1

PENGAJIAN AM

KERTAS 1

Dua Jam

STPM 2014

(9)

9

Bahagian B: [15 markah]

Skema Jawapan.

16. Keistimewaan Parlimen Malaysia:

i. Menjamin kebebasan bercakap dan berbahas dalam kalangan ahli(1m)

Perkara 63 dalam Perlembagaan memberi keistimewaan kepada ahli-ahli Parlimen.(1m)

ii. Keesahan perjalanan (prosiding)(1m) dalam mana Majlis Parlimen atau mana-mana jawatankuasa parlimen tidak boleh dipersoalkan oleh mahkamah (1m).

iii. Seseorang tidak boleh didakwa dalam mahkamah (1m) tentang apa-apa yang dikatakan dan diundi semasa mengambil bahagian dalam apa-apa prosiding Majlis Parlimen atau jawatankuasanya.

iv. Seseorang tidak boleh didakwa dalam mahkamah tentang apa-apa yang disiarkan (1m) dengan atau di bawah kuasa Majlis Parlimen.

(Pilih mana-mana 2 jawapan)

17. Fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR):

i. Membuat kajian dan persempadanan semula setiap 8 – 10 tahun. ii. Menjalankan urusan pendaftaran pemilih baru

iii. Membuat semakan daftar pemilih.

iv. Menjalankan pilihan raya umum dan pilihan raya kecil

(Pilih mana-mana 3 jawapan)

18. Peranan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA):

i. Pelantikan – tetap, sementara, kontrak, tukar sementara dan pinjaman ii. Pengesahan Dalam Perkhidmatan – lulus atau gagal dalam jawatan iii. Pemberian Taraf Berpencen

iv. Pertukaran Perkhidmatan v. Kenaikan Pangkat

vi. Kawalan Tatatertib

(10)

10 19. Peranan Majlis Tanah Negara:

i. Membentuk dasar negara untuk memajukan dan mengawal penggunaan tanah di seluruh Persekutuan(1m) bagi perlombongan, pertanian, perhutanan atau apa-apa maksud lain(1m)

ii. Mentadbirkan mana-mana undang-undang yang berhubungan dengannya (1m) dan kerajaan-kerajaan Persekutuan dan Negeri hendaklah mengikuti dasar yang dibentuk sedemikian (1m)

iii. Menasihati kerajaan mengenai penggunaan tanah (1m) atau berkenaan dengan apa-apa perundangan yang dicadangkan mengenai tanah

(11)

11

Bahagian C: [ 50 markah]

Jawab dua soalan sahaja

20. Pengangkutan awam dapat menyediakan pelbagai kemudahan kepada pengguna. Namun, masyarakat kita kurang berminat untuk menggunakan perkhidmatan ini. Huraikan.

Skema Jawapan:

Pendahuluan :

Pengangkutan awam merujuk pada kenderaan perkhidmatan awam, yang digunakan untuk mengangkut penumpang, dan dibayar sejumlah wang tertentu sebagai perkhidmatan untuk sesuatu perjalanan. Kemudahan pengangkutan awam ini sangat baik tetapi kebanyakan masyarakat kita kurang berminat untuk menggunakannya.

Bil Idea Huraian

1.

A: Kebaikan

Menjimatkan kos / perbelanjaan

- Harga tambang yang berpatutan, membolehkan

pengguna pergi ke mana-mana destinasi dengan mudah. - Tidak perlu membelanjakan wang untuk membeli bahan api / minyak, yang harganya semakin meningkat.

- Tidak perlu membayar tol dan bil parkir untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat.

2. Mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas

- Perkhidmatan pengangkutan awam akan mengurangkan bilangan kenderaan persendirian terutamanya di bandar- bandar besar seperti Kuala Lumpur.

- Apabila masyarakat menggunakan pengangkutan awam dalam urusan seharian, mereka dapat mengurangkan jumlah kenderaan di jalan raya.

- Hal ini menyebabkan pergerakan trafik lebih lancar, terutama di bandar-bandar besar.

3. Mengurangkan kadar kemalangan

- Pengurangan kenderaan di jalan raya, mengurangkan risiko kemalangan terutamanya semasa musim perayaan dan pada waktu puncak.

- Penggunaan pengangkutan awam, seperti bas, kereta api, LRT atau monorel, dapat meminimakan kes kemalangan di jalan raya.

4. Mewujudkan interaksi sosial

- Masyarakat pelbagai kaum akan menaiki pengangkutan awam ke pelbagai destinasi.

- Interaksi sosial, secara tidak langsung akan berlaku sepanjang perjalanan itu.

- Penggunaan pengangkutan awam yang berterusan oleh masyarakat majmuk di negara kita, sudah tentu dapat mengeratkan silaturahim.

(12)

12 5.

B. Punca kurang berminat

Mutu perkhidmatan yang tidak memuaskan

- Sesetengah pemandu pengangkutan awam tidak mematuhi jadual perjalanan menyebabkan pengguna sukar untuk merancang dan menjangka tempoh perjalanan yang bakal dihadapi oleh mereka.

- Hal ini menyebabkan mereka tidak mahu menanggung risiko untuk sampai lewat ke tempat kerja atau ke mana- mana destinasi.

- Bilangan penumpang yang terlalu ramai, menimbulkan kesesakan dalam bas dan monorel, menyebabkan penumpang tidak selesa.

- Kekerapan jadual perjalanan bas yang terlalu lama, tiada kemudahan penyaman udara atau rosak, kusyen yang rosak, menyebabkan pengguna tidak selesa dan enggan menggunakan perkhidmatan awam.

6. Sistem aliran

pengangkutan awam tidak bersepadu

- Rangkaian pengangkutan awam di negara kita terdiri daripada pengangkutan bas, teksi, Sistem Transit Tren Ringan (LRT) dan monorel

- Penumpang terpaksa bergerak ke stesyen yang lain untuk meneruskan perjalanan.

- Hal ini menyukarkan penumpang terutamanya warga tua dan orang kelainan upaya (OKU).

7. Risiko menjadi mangsa jenayah

- Sikap sesetengah penumpang lelaki dan segelintir pemandu bas atau teksi yang tidak sopan, dan

keterlaluan, sehingga melakukan pelbagai jenis jenayah seksual, menyebabkan golongan wanita takut atau trauma untuk menggunakan pengangkutan awam. - Wujud aktiviti ’seluk saku’ dalam kalangan penumpang. 8. Sikap negatif masyarakat - Sesetengah masyarakat menganggap mereka yang

menggunakan perkhidmatan ini berstatus rendah, tidak berkemampuan atau miskin.

- Hal ini menyebabkan mereka malu untuk menggunakan pengangkutan awam.

Kesimpulan

Penggunaan perkhidmatan pengangkutan awam menyumbang banyak manfaat. Oleh itu, masyarakat digalakkan mengguna pengangkutan awam.

Pilihan Jawapan : Mana-mana 3 + 2/2+3

Pemarkahan: Idea : 5 Huraian : 15 Bahasa : 4 Format : 1 Jumlah : 25

(13)

13

21. Kenaikan harga barangan telah menyusahkan masyarakat kerana terpaksa menanggung pelbagai kesulitan. Jelaskan.

Skema Jawapan :

Pendahuluan

Kenaikan harga barangan bukanlah satu perkara yang dapat dipandang enteng oleh masyarakat kerana memberi kesan kepada masyarakat bagi jangka masa pendek dan masa panjang

Bil Idea / Isi Huraian

1

Kesan:

Meningkatkan beban kos hidup yang tinggi

Peningkatan harga bagi barangan keperluan dan barang penggunaan harian amat membebankan

Masyarakat yang miskin dan berpendapatan rendah berasa susah untuk membeli barangan keperluan dengan harga mahal

Terpaksa berbelanja tinggi untuk sewa rumah dan makanan

2 Rasa tidak puas hati Masyarakat akan berasa tidak puas hati dengan kenaikan harga barangan secara sewenang-wenangnya

Berasa marah terhadap Menteri Perdagangan dan peniaga

Dapat menggalakkan rusuhan dan demonstrasi jalanan Merugikan rakyat jika harta benda rosak

3 Ketidakstabilan politik Kenaikan harga barangan secara berterusan menimbulkan ketidakstabilan politik

Rakyat akan mula tidak yakin kepada kerajaan yang memerintah

Keadaan akan menjejaskan kebolehpercayaan terhadap pemimpin yang dianggap tidak berpotensi

Mungkin akan menyebabkan perubahan kepada pucuk pimpinan pemerintah parti

4 Menjurangkan pendapatan Kenaikan harga barangan membolehkan golongan peniaga memindahkan beban harga terhadap pengguna Golongan miskin terpaksan membayar harga tinggi terhadap barangan keperluan

Golongan kaya tidak akan merasa beban seperti orang miskin atau berpendapatan rendah

Berlaku jurang perbezaan antara golongan miskin dan kaya

(14)

14 tidak tercapai 5 Tabungan tidak dapat

dilakukan

Rakyat yang banyak menggunakan wang untuk berbelanja sukar untuk menabung

Apabila tabungan berkurangan , masa depan mereka tidak terjamin dan sentiasa dihimpit masalah kewangan Mereka terpaksa berhutang apabila berlaku kecemasan

Penutup :

 Harga barang yang tinggi akan sentiasa menimbulkan kesan kepada banyak pihak

 Perlu memberi perhatian kepada semua pihak sebelum melaksanakan kenaikan harga barang Skema Jawapan : 5 + 0 Pemarkahan: Idea : 5 Huraian : 15 Bahasa : 4 Format : 1 Jumlah : 25

(15)

15

22. “1 Malaysia bermatlamat untuk mengekal dan meningkatkan perpaduan kerana banyak memberi kepentingan kepada negara kita yang mempunyai pelbagai kaum. Seharusnya, institusi sekolah dapat memainkan peranan dalam memupuk perpaduan nasional. Bincangkan.

Skema Jawapan :

Pengenalan

Perpaduan sememangnya telah menjadi teras utama dalam hala tuju negara menuju kecemerlangan bermula sejak negara mencapai kemerdekaan. Kerajaan telah memperkenalkan konsep 1Malaysia bertujuan menyemarakkan semula semangat perpaduan dan persaudaraan dalam kalangan rakyat di negara ini. Sekolah merupakan antara institusi penting bagi

merealisasikan hasrat ini.

Bil Idea/Isi Huraian

1

A. Kepentingan perpaduan

Menjadi sebuah negara merdeka

- Pelbagai ranjau dan duri yang telah dilalui oleh generasi terdahulu untuk menuntut kemerdekaan.

- Hasil perpaduan masyarakat ketika itu yang berganding bahu menuntut kemerdekaan telah membuka mata pihak Inggeris supaya memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu.

- Perpaduan yang telah wujud kini adalah warisan daripada nenek moyang yang harus dikekalkan agar masyarakat kini dapat hidup harmonis tanpa campur tangan anasir luar.

2. Mewujudkan semangat kekitaan dalam

masyarakat

- Menggalakkan semangat kekitaan dan menghapuskan sikap mementingkan diri sendiri.

- Semangat ini akan mengelakkan berlaku permusuhan antara kaum.

- Akibatnya, wujudlah keharmonian antara kaum dan mengurangkan isu perkauman.

3. Membangunkan ekonomi negara

- Menarik minat pelancong asing untuk mengenali dengan lebih dekat lagi budaya masyarakat Malaysia yang berbeza kaum dan agama tetapi dapat hidup dengan harmonis di bawah satu bumbung.

- Perpaduan antara kaum berjaya melahirkan suasana yang harmonis.

- Menarik minat pelabur asing dan menggalakkan perkembangan industri pelancongan di negara ini. - Kedua-dua kegiatan ini dapat menyediakan peluang pekerjaan dan seterusnya mengembangkan ekonomi negara.

(16)

16 4. Merealisasikan wawasan

negara.

- Perpaduan dapat mengekalkan keharmonian dan kedamaian rakyat di Malaysia.

- Kedamaian dan kesejahteraan dapat mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham antara satu sama lain.

- Justeru, cabaran pertama dalam merealisasikan Wawasan 2020 dapat diatasi. 5. B. Cara-cara memupuk perpaduan di sekolah Memantapkan pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan

- Keseragaman sukatan pelajaran, buku teks, peperiksaan, pakaian seragam, sistem latihan guru dan bahasa

pengantar.

- Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan, telah mewujudkan generasi daripada pelbagai etnik yang lebih memahami antara satu sama lain dan mengelakkan prasangka kaum.

6. Aktiviti sekolah sebagai medium perpaduan

- Setiap subjek yang diajar di sekolah harus

menitikberatkan aspek-aspek pendidikan yang harmonis. - Pendedahan kepada nilai-nilai yang sama seperti

perasaan kasih sayang, hormat menghormati, saling bantu membantu, berbudi bahasa, cintakan keamanan, bencikan kekejaman, jujur, bertanggungjawab dan sebagainya.

- Aktiviti kokurikulum dan khidmat masyarakat yang disertai oleh kumpulan etnik membolehkan pelajar berinteraksi dan melaksanakan aktiviti-aktiviti bersama. 7. Pendemokrasian

pendidikan

- Memastikan agar semua kaum dapat menikmati kemudahan yang sama dalam pendidikan sama ada mereka bersekolah di bandar atau di luar bandar /antara Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Jenis Kebangsaan. - Pelajar-pelajar berhak untuk bersekolah di mana-mana sekolah di negara kita.

- Dengan ini sekolah dapat memupuk proses integrasi antara etnik.

8. Pelaksanaan Sekolah Wawasan

- Sekolah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum dan agama.

- Membolehkan pelajar-pelajar yang berlainan etnik menggunakan pelbagai kemudahan secara bersama. - Matlamat penubuhan sekolah ini adalah untuk

mewujudkan perpaduan atau integrasi antara murid yang berlainan etnik dan agama.

- Melahirkan sifat toleransi, persefahaman yang tinggi dan menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua pelajar melalui perkongsian kemudahan sekolah dan pelaksanaan aktiviti.

(17)

17 9. Pelaksanaan sekolah satu

aliran

- Sistem yang menggunakan satu bahasa pengantar sahaja di sekolah.

- Tidak akan menghapuskan bahasa ibunda kaum-kaum lain (dijadikan mata pelajaran elektif).

- Boleh bergaul secara meluas dan memahami budaya kaum-kaum lain.

- Semangat perkauman akan dapat dihapuskan.

- Pergaulan antara pelbagai etnik menjadikan mereka lebih bertoleransi antara satu sama lain.

Kesimpulan.

Kita seharusnya mempertahankan nilai-nilai perpaduan yang diasaskan sebelum ini. Pendidikan merupakan medium terpenting bagi mewujudkan perpaduan antara etnik. Kegagalan sekolah dalam proses integrasi akan menyebabkan kegagalan integrasi dalam pendidikan di negara ini.

Jawapan : 2 + 3 / 3 + 2 Pemarkahan: Idea : 5 Huraian : 15 Bahasa : 4 Format : 1 Jumlah : 25

Referensi

Dokumen terkait

1) Insert bar, memuat tombol-tombol yang berfungsi untuk memasukkan/menyisipkan berbagai jenis obyek seperti gambar, tabel dan layer ke dalam suatu dokumen.

Film ini memiliki unsur satir di dalamnya bahwa, dimana didalam setiap budaya selalu diajarkan untuk bersosialisasi dari satu orang terhadap orang lainnya, namun didalam

Nomor Telp dan Sarana Komunikasi Satuan Unit Kerja yang bisa dihubungi.. :

Gong adalah salah satu alat musik gamelan yang terbuat dari perunggu dan termasuk gamelan berpencu. Gong dimainkan dengan cara dipukul. Gong diletakan dengan cara menggantung,

Sedangkan, penelitian yang dilakukan oleh Dedi Abdul (2004) menyimpulkan struktur audit mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap keputusan auditor.Penelitian yang berkaitan

Kondisi spesifik Kabupaten Malang yang menjadi tantangan dalam penyelenggaraan pelayanan di bidang lingkungan hidup adalah wilayah administratif yang cukup luas

Moralitas hanya terdapat pada manusia dan tidak terdapat pada makhluk hidup lain. Makhluk yang paling dekat dengan manusia tentunya biantang. Karena itu dalam

Dari permasalahan tersebut, harus ada upaya untuk menyelesaikannya, munculnya konsep Open Course Ware (OCW) sebagai platform baru dibidang teknologi pendidikan