• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENDIDIKAN NEGARA BANGSA.pdf negara-negara budaya negara-negara budaya

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PENDIDIKAN NEGARA BANGSA.pdf negara-negara budaya negara-negara budaya "

Copied!
35
0
0

Teks penuh

(1)

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMAUSIAAN

PUSAT PENYELIDIKAN SEJARAH, POLITIK DAN KESELAMATAN

SARJANA SASTERA (SEJARAH MALAYSIA)

SKESE6103: EKONOMI DAN PEMBANGUNAN MALAYSIA

TAJUK TUGASAN

BINCANGKAN SEJAUH MANA USAHA-USAHA YANG DILAKUKAN

DALAM BIDANG PENDIDIKAN DI MALAYSIA TELAH BERJAYA

MENYATUKAN PENDUDUK DARI PELBAGAI LATAR BELAKANG BUDAYA

DEMI MENCAPAI USAHA PEMBINAAN NEGARA BANGSA.

PENSYARAH

PROF. MADYA DR. MOHD BIN SAMSUDIN

DR. SUFFIAN BIN MANSOR

DISEDIAKAN OLEH

SRI NILAM JUITA BINTI MD ZIN

(2)

ISI KANDUNGAN

Kandungan Halaman

1.0 PENGENALAN 1

2.0 SISTEM PENDIDIKAN SEMASA PEMERINTAHAN

BRITISH

2

2.1 Sekolah Aliran Inggeris 2

2.2 Sekolah Aliran Melayu 2

2.3 Sekolah Aliran Tamil 3

2.4 Sekolah Aliran Cina 4

2.5 Sekolah Agama 4

3.0 PENDIDIKAN DI MALAYSIA PASCA-MERDEKA 7

3.1 Laporan Razak 7

3.2 Laporan Rahman Talib 8

3.3 Akta Pendidikan 1961 9

3.4 Akta Pendidikan 1996 10

3.5 Dasar Pendidikan Kebangsaan 12

4.0 PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA MELALUI

PENDIDIKAN

14

4.1 Sistem Persekolahan Yang Seragam 14

4.2 Sukatan Pelajaran Yang Sama 16

4.3 Sistem Peperiksaan Yang Sama 18

4.4 Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pengantar 19

4.5 Pendidikan Sejarah 21

4.6 Kesepaduan Kokurikulum 23

(3)

4.8 Peningkatan Taraf Universiti di Malaysia 26

5.0 KESIMPULAN 28

(4)

1.0 PENGENALAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang dibentuk pada tahun 1963 dan masih lagi

mencari identitinya yang tersendiri. Proses mencari identiti ini amat penting untuk

menguatkan jati diri penduduknya. Oleh itu, Malaysia telah cuba membina negara

bangsanya yang tersendiri berlandaskan kebudayaan dan etnik yang wujud dalam

negara ini.1 Kepelbagaian etnik dalam Malaysia memberikan pelbagai kelebihan dan tidak kurang juga pelbagai masalah terhadap negara ini. Oleh yang demikian, pelbagai

usaha dan inisiatif dilakukan bagi menyelesaikan sebarang masalah yang mungkin

timbul akibat kepelbagaian etnik ini.

Takrif negara bangsa Malaysia menurut Tun Dr. Mahathir Mohamad, ialah

negara bangsa dibina dan dibangunkan dengan rakyat yang menyanjung masa depan

yang dikongsi bersama, berintergrasi seluruh wilayah dan kelompoknya, menikmati

kehidupoan bersama berasaskan hal dan keadilan serta menumpukn taat setia dan

pengabdian tidak berbelah bahagi terhadap bangsa dan negara.2 Pendidikan merupakan aspek yang mampu menyumbang kepada proses pembinaan negara bangsa

Malaysia yang mantap. Oleh itu penulisan ini akan membincangkan mengenai

sumbangan yang diberikan oleh bidang pendidikan dalam proses negara bangsa

Malaysia.

Sistem pendidikan di zaman penjajahan telah berkembang tanpa

mengambilkira kepada keperluan pembangunan, pembentukan identiti kebangsaan

dan perpaduan negara. Sistem Pendidikan berkenaan mengekalkan tumpuan taat setia

rakyat pendatang dan keturunan mereka kepada negara asal mereka dan menekan

semangat pembangunan rakyat tempatan. Sistem ini mungkin bersesuaian dengan

Tanah Melayu yang terjajah tetapi apabila Tanah Melayu sudah merdeka, ia didapati

tidak lagi sesuai. Oleh itu, langkah-langkah diambil bagi menggubal satu sistem

pendidikan kebangsaan yang sesuai untuk negara yang merdeka dan mempunyai

matlamat-matlamat sendiri. Pendidikan negara telah mengalami evolusi sejajar dengan

pembangunan dan kemampuan negara.

1

Syed Husin Ali, Ethnic Relation In Malaysia, Harmony And Conflict, Strategic Information And Research Development Centre, 2008, hlm. 26

2

(5)

2.0 SISTEM PENDIDIKAN SEMASA PEMERINTAHAN BRITISH

Semasa British masih lagi menguasai negara kita, pendidikan yang ada pada masa

tersebut adalah berbeza dengan pendidikan yang ada pada hari ini. Sebelum

kemerdekaan Tanah Melayu terdapat lima aliran sekolah yang utama pada masa

tersebut iaitu sekolah aliran Melayu, sekolah aliran Cina, sekolah aliran Tamil,

sekolah aliran Inggeris dan sekolah aliran agama (madrasah).

2.1 Sekolah Aliran Inggeris

Semasa zaman pemerintahan pemerintahan British, terdapat tiga sekolah Inggeris

ditubuhkan iaitu sekolah yang ditubuhkan oleh persatuan-persatuan pendakwah

Kristian, sekolah kerajaan seperti Maktab Melayu Kuala Kangsar atau disebut sebagai

Malay College Kuala Kangsar (MCKK) dan sekolah Inggeris persendirian.3 Maktab

Melayu ini dikekalkan sebagai suatu institusi ‘eksklusif’ di mana hampir kesemua penuntutnya terdiri daripada anak-anak golongan atasan sehinggalah perang dunia

kedua. Pelajar lepasan Maktab ini juga telah diberikan peluang yang lebih luas untuk diterima masuk dalam Malay Administrative Service (MAS) berbanding pelajar lepasan sekolah-sekolah lain di negeri-negeri Melayu Bersekutu. British sedar

bahawa, mereka perlu menjaga hati para elit Melayu demi mengekalkan kedudukan mereka sebagai penjajah. Melalui sistem pendidikan ini, anak-anak Melayu dihantar ke sekolah Inggeris dan diajar dengan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa

pengantar dan didedahkan dengan kurikulum yang dirangka dengan corak England,

sukan dan peraturan yang terdapat dalam pemerintahan di sekolah privasi.4

2.2 Sekolah Aliran Melayu

Semasa zaman kolonial, sekolah aliran Melayu telah ditubuhkan dan diuruskan oleh

pihak kerajaan.5 Sekolah aliran Melayu menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Kurikulum dan silibus pendidikan adalah setakat peringkat rendah sahaja

3Khoo Kay Kim & Jazamuddin Baharuddin (pnyt.), Malaysia: Sejarah dan Proses Perbahasan, 134-148. Hlm. 134.

4

Jim Baker, Crossroads, A Popular History Of Malaysia Singapore, Singapore, Times Book International, 1999, hlm. 190.

5

(6)

iaitu setakat darjah enam sahaja. Sekolah aliran Melayu ini terletak di kawasan

kampung dan desa luar bandar kerana tumpuan petempatan masyarakat Melayu pada

zaman tersebut. Sekolah tersebut juga tidak mempunyai kemudahan yang lengkap.

Menurut Zawawi Ibrahim dalam penulisannya Globalization And National Identity:

Managing Ethnicity And Cultural Pluralism In Malaysia beliau menjelaskan bahawa

dasar pendidikan Barat pada ketika itu untuk org Melayu adalah untuk menjaga hati

dan memelihara kaum Melayu yang terdiri daripada masyarakat petani. Oleh sebab

golongan petani dianggap penting sebagai pengeluar makanan ruji untuk buruh dan

para pemerintah6, pendidikan disediakan atas dasar untuk menjadikan golongan petani lebih berpengetahuan dan bukan untuk pekerjaan. Walaupun begitu, bagi pelajar yang

ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah, mereka perlu mengikuti Latihan

Perguruan. Bagi yang berjaya pula, mereka akan dimasukkan ke dalam Darjah Khas

Melayu (Special Malay Class) di sekolah Inggeris. Antara Sekolah aliran Melayu

yang awal adalah Sekolah Melayu Gelugor, Bayan Lepas, dan Ayer Hitam di Pulau

Pinang pada tahun 1826.7 Sehingga tahun 1892, terdapat 190 buah sekolah Melayu telah ditubuhkan, namun hanya segelintir sahaja yang mendaftar disebabkan kegiatan

pendidikan kurang diutamakan oleh masyarakat Melayu.

2.3 Sekolah Aliran Tamil

Pendidikan aliran Tamil sama seperti perkembangan sekolah Cina dimana pembukaan

sekolah di ladang-ladang yang dikendalikan oleh peladang dan mubaligh Kristian.

Penggunaan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar dan sukatan pelajaran serta buku

teks dibawa dari India. Antara sekolah Tamil yang awal adalah Sekolah Tamil di

Pinang (1816), Sekolah Anglo Tamil di Melaka (1850), dan Sekolah St. Xavier

Malabar di Singapura (1859).8 Sekolah Tamil ini didirikan untuk mengekalkan anak-anak menjadi buruh di ladang itu. Sistem pendidikan sekolah Tamil ini hanya setakat

sekolah rendah sahaja. Selain itu, sekolah Tamil juga menghadapi beberapa cabaran

seperti kemudahan yang tidak lengkap, kurang mendapat sambutan dalam kalangan

orang India, dan sebagainya.

6

Zawawi Ibrahim, Globalization And National Identity: Managing Ethnicity And Cultural Pluralism In Malaysia, 115-136

7

Ibid, hlm 7 8

(7)

2.4 Sekolah Aliran Cina

Bagi kaum Cina pula, sekolah aliran dipertanggungjawabkan kepada masyarakat Cina

sendiri. Semua sukatan pelajaran adalah berteraskan sistem pendidikan di negara Cina

dan tenaga pengajar juga dibawa dari negara Cina. Perkembangan sekolah vernakular

Cina agak pesat bukan sahaja dari segi bilangan sekolah yang ditubuhkan malahan

sistem pengajaran yang berasaskan dialek seperti Hakka, Kantonis, dan Hokkien telah

dimansuhkan dan menjadikan Bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantar pada tahun

1920. Terdapat tiga peringkat sistem pendidikan vernakular Cina iaitu sekolah rendah

selama 6 tahun pengajian, sekolah menengah rendah (junior middle three) dan sekolah

menengah atas (senior middle three) selama tiga tahun pengajian.9 British menggalakkan perkembangan sistem pendidikan berasaskan kaum ini. Tujuan utama

British menyokong penubuhan sekolah cina adalah untuk mengurangkan

pemberontakan dalam kalangan kaum cina terhadap pemerintahan British. Begitu

juga, tumpuan pendidikan sekolah cina semasa zaman kolonial adalah untuk

memupuk kesetian kepada negara dan maharaja China.

2.5 Sekolah Agama

Pada awalnya, sekolah agama adalah merupakan pendidikan yang melibatkan

pengajaran mengenai agama dan Al-Quran. Sekolah aliran agama menggunakan

bahasa Arab serta bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Sekolah aliran agama

atau madrasah ini menggunakan teks-teks agama sebagai sumber utama dalam

pelajaran. Mereka ketika itu menjadikan surau dan masjid sebagai tempat untuk

menuntut ilmu dengan mengkaji ayat-ayat kitab Al-Quran. Pelajaran yang diperolehi

ketika itu melalui dengan menghafal ayat-ayat Al-Quran, menghafal doa, dan

mempelajari mengenai ajaran Islam dengan merujuk kepada imam dan para guru

agama.10

Akibat daripada pelaksanaan dasar pecah dan perintah oleh pihak British, maka

penduduk di Tanah Melayu sudah terbiasa untuk hidup secara berasingan dan tidak

rapat. Oleh itu, kewujudan sekolah-sekolah vernakular ini juga adalah implikasi

9

Chelliah, D.D., 1940. A history of the educational policy of the straits settlements with recommendation for a new system based on vernaculars. University of London, hlm 35.

10

(8)

terhadap perkara ini.11 Sejak pertengahan tahun-tahun 40-an dan awal tahun-tahun 50-an, penjajah Inggeris telah cuba menyusun semula sistem pendidikan vemakular yang

berbeza di Tanah Melayu menerusi penggubalan beberapa dasar pendidikan seperti

Rancangan Cheeseman (1946), Laporan Pertama Jawatankuasa Pusat Penasihat

Pendidikan (1950), Laporan Kedua Jawatankuasa Pusat Penasihat Pendidikan (1951),

Laporan Jawatankuasa Khas (1951), Laporan Barnes (1951), dan Ordinan Pelajaran

1952. Kecuali Rancangan Cheeseman, dasar-dasar pendidikan lain menyarankan

pendekatan pendidikan dwibahasa ala bahasa Inggeris dan bahasa Melayu untuk

menyatupadukan sistem pendidikan di Tanah Melayu.12

Namun, dasar-dasar ini begitu mengutamakan kepentingan Bahasa Inggeris

sehingga Bahasa Melayu tidak berperanan sebagai teras pembinaan negara.

Sedangkan masyarakat Melayu pada masa itu begitu kecewa dengan kurangnya

peluang pendidikan untuk kanak-kanak Melayu serta kebuntuan sekolah-sekolah

Melayu.13 Perkara ini jelas menunjukkan bahawa British memang cuba melaksanakan dasar pendidikan yang tersusun tetapi dalam kerangka mengutamakan Bahasa Inggeris

dan akhirnya menjejaskan penggunaan bahasa Melayu itu sendiri. Sistem pelajaran

yang telah dilaksanakan oleh kolonial ini telah memecah-belahkan rakyat sungguhpun

ianya merupakan juga kuasa yang menyatukan anggota-anggota sesuatu bangsa

kerana setiap bangsa mempunyai lekongan bahasa dan kebudayaannya yang sendiri

dan pelajaran telah mengukuhkan dan melanjutkan perpecahan ini walaupun ianya

besifat menyatu-padukan namun ianya masih tidak jelas serta berpunca daripada

pelajaran dalam bahasa Inggeris itu sendiri.14

Walaupun begitu, sistem pendidikan di Tanah Melayu telah menerima perubahan

selepas kemerdekaan dan perubahan ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk

menyatupadukan masyarakat berbilang kaum bagi membentuk negara bangsa

Malaysia. Hal ini kerana pendidikan adalah suatu pemangkin kepada perubahan

11

Shahril Marzuki , Habib Mat Som, Isu Pendidikan di Malaysia:Sorotan dan Cabaran, Utusan Publication & Distributors, Kuala Lumpur, 1993, hlm. 3-7

12

Pelan Induk Pendidikan 2006-2010. 13

Tan Yao Sua, Politik dalam Pendidikan Vernakular Cina di Semenanjung Malaysia: Satu Perspektif Hubungan Etnik Majoriti-Minoriti, Jurnal Pendidik dan Pendidikan Jilid 16, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, 1998, hlm. 126.

14

(9)

kepada masyarakat untuk moboliti sosial dan juga sebuah indikator penting dalam

transformasi kelas sosial.15 Di Sabah, kesedaran tentang perlunya memperkukuh dan menggabungkan sistem pelajaran dengan tujuan memupuk satu kerakyatan dalam

lingkungan Komanwel British dapat dilihat dari cadangan-cadangan Laporan

Woodhead yang dilakukan pada 1955.16 Manakala di Sarawak, McLellan yang dilakukan pada tahun 1960 telah menekankan betapa pentingnya mengawal

sekolah-sekolah Cina supaya mengikuti sistem persekolah-sekolahan kolonial yang menggunakan

bahasa pengantar Inggeris sebagai cara untuk mencapai matlamat yang sama.

Kesan transformasi penglibatan pihak British di Tanah Melayu sememangnya

sangat ketara terutama sekali dalam bidang pendidikan. Walaupun sistem pendidikan

kolonial bersifat perkauman, namun keadaan tersebut telah mengubah perkembangan

sosial masyarakat dari segi kadar kenal huruf dan pembangunan intelek.

Perkembangan sistem pendidikan semasa zaman kolonial adalah bergantung kepada

pembiayaan dan perbelanjaan daripada kerajaan. Kemudahan persekolahan yang

lengkap akan disediakan di kawasan bandar-bandar besar di samping terdapat

kemudahan sosial yang lain. Malahan, sistem pendidikan yang berasaskan kaum ini

adalah refleksi daripada kesungguhan dan daya inisiatif dari setiap kelompok kaum

untuk membekalkan sebuah institusi yang mampu membekalkan ilmu pengetahuan

dalam kalangan masyarakat. Tanggungjawab dan kesan campur tangan pihak kolonial

dalam sistem pendidikan di Malaysia sebelum ini telah memberi kesan yang positif

kerana pembangunan intelek telah berkembang dan maju. Namun, Kesan dasar

kolonial yang begitu mendalam telah menyebabkan kesukaran untuk membentuk

sebuah sistem pendidikan yang selaras.

15

Abdul Rahman Embong, Social Transformation, The State and The Middle Classes in Post-Independence Malaysia, 1996, Southeast Asian Studies (34) 3: 56-79

16

(10)

3.0 PENDIDIKAN DI MALAYSIA PASCA-MERDEKA

3.1 Laporan Razak

Selepas mencapai kemerdekaan sistem pendidikan di Malaysia mula mengalami

perubahan dan rombakan telah dilakukan berasaskan laporan-laporan terdahulu yang

dilakukan. Sistem pendidikan di Malaysia selepas merdeka dapat di kelaskan

mengikut dasar-dasar yang digubal pada tempoh yang tertentu. Salah satu laporan

yang paling signifikan kepada pendidikan di Malaysia ialah Laporan Razak pada

tahun 1956. Walaupun laporan ini dijalankan sebelum negara mencapai kemerdekaan,

namun laporan ini adalah sangat penting sebagai asas kepada pendidikan yang

sempurna buat semua masyarakat Tanah Melayu, sekurang-kurangnya pada peringkat

awal. Laporan ini meletakkan asas bagi perkembangan sistem pendidikan untuk

memupuk perpaduan melalui Sistem Pelajaran Kebangsaan untuk semua, Bahasa

Melayu sebagai bahasa pengantar utama serta kurikulum kebangsaan, sukatan

pelajaran dan sistem peperiksaan yang sama bagi semua sekolah.17

Tujuan dasar pelajaran di dalam negeri ini ialah menyatukan pelajar-pelajar

daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran

yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa

pengantar dan semua sekolah-sekolah rendah dan menengah hendaklah bercorak

Tanah Melayu. Kaedahnya ialah dengan menyamakan sukatan pelajaran semua

sekolah-sekolah. Dan mengemukakan beberapa syor tentang pendidikan rendah,

pendidikan menengah dan sistem peperiksaan. Jawatankuasa ini telah meminta

saranan daripada orang ramai dan persatuan tentang isu-isu pendidikan. Hasil kajian

jawatankuasa ini terkandung dalam Laporan Razak yang dikemukakan pada bulan

April 1956.18 Laporan Razak telah menekankan semula tentang kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan, di samping pengajaran bahasa Inggeris. Kesemua

sukatan pelajaran menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan ianya

sudah lama diterima sebagai satu daripada cara untuk menyatupadukan masyarakat

berbilang kaum pada masa itu.

17

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010. 18

(11)

3.2 Laporan Rahman Talib

Laporan Razak telah mendapat tentangan daripada orang Melayu dan juga orang

bukan Melayu. Oleh itu, sebuah jawatankuasa Penyemakan Pelajaran telah ditubuhkan

pada tahun 1959 untuk mengkaji semula pelaksanaan Laporan Razak dan

langkah-langkah bagi mewujudkan satu sistem pendidikan kebangsaan. Jawatankuasa ini telah

diketuai oleh Abdul Rahman bin Haji Talib, Menteri Pendidikan pada masa itu.

Penyata Rahman Talib 1960 yang telah diperakukan dalam Akta Pendidikan 1961

telah mengabdikan cita-cita yang terkandung dalam Penyata Razak.

Terdapat empat aspek penting dalam laporan tersebut. Pertama menjadi titik

permulaan ke arah pelaksanaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Kedua,

mewujudkan sistem peperiksaan persekolahan yang sama walaupun berlainan bahasa.

Ketiga, memberi penekanan kepada pendidikan teknik dan vokasional untuk

keperluan tenaga mahir. Seterusnya yang terakhir adalah memberi penekanan kepada

pendidikan moral dan keagamaan untuk keperluan kerohanian.19 Malah, semua peperiksaan awam di sekolah-sekolah menengah diadakan dalam bahasa Melayu,

calon diwajibkan lulus dalam peperiksaan mata pelajaran bahasa Melayu untuk

memasuki sekolah menengah dan mewujudkan kelas peralihan. Kelas peralihan ini

diwujudkan supaya semua pelajar tingkatan tiga diwajibkan mengambil peperiksaan

yang dijalankan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.20 Namun syor ini telah mendapat masalah daripada sekolah rendah aliran Cina dan Tamil. Oleh itu satu kelas

peralihan sementara telah diwujudkan selama setahun untuk mengatasi masalah ini.

Peluang pendidikan selama 9 tahun disediakan secara automatik iaitu 6 tahun sekolah

rendah dan 3 tahun sekolah menengah. Pelajaran rendah percuma disarankan kepada

semua sekolah rendah kerajaan tanpa mengira bahasa pengantarnya.21 Oleh Laporan Rahman Talib ini dilihat sebagai salah satu penyelesaian yang dilakukan ke atas

pendidikan untuk mengelakkan berlakunya perpecahan terhadap generasi muda dan

akan menjejaskan pembangunan negara.

19

Omar Rozeyta. Atoma Paimah. 2009. Pluraliti Budaya Dan Etnik Di Alam Melayu Zaman Awal. Dlm. Hubungan Etnik di Malaysia: Perspektif, Teori dan Praktik. Jurnal Universiti Teknologi Malaysia hlm. 55-70.

20

Mohamad Rodzi Abd Razak, Pembinaan Negara Malaysia: Peranan Pendidikan Sejarah dan Dasar Pendidikan Kebangsaan, 2009, Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies (36): 90-106

21

(12)

3.3 Akta Pendidikan 1961

Sebaik mencapai kemerdekaan, usaha ditumpukan untuk mewujudkan satu sistem

pelajaran kebangsaan. Sehubungan itu, Ordinan Pelajaran 1957 digubal berdasarkan

perakuan Laporan Razak (1956) yang mengutamakan perpaduan dan menjadi teras

Dasar Pendidikan Kebangsaan. Perakuan Laporan Razak dikaji semula oleh

Jawatankuasa Rahman Talib pada tahun 1960. Laporan jawatankuasa ini menjadi asas

kepada penggubalan Akta Pelajaran 196122 yang menggariskan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama pada semua peringkat pendidikan serta penggunaan

kurikulum dan peperiksaan yang sama untuk semua pelajar.23 Segala syor yang terkandung dalam Laporan Rahman Talib telah dijadikan Akta Pelajaran 1961. Akta

pelajaran ini telah menetapkan satu kurikulum yang sama untuk semua sekolah yang

berlainan aliran bagi tujuan mewujudkan perpaduan kaum di negara ini. Bahasa

Melayu juga digunakan dengan sepenuhnya di semua peringkat pengajian iaitu dari

sekolah rendah hingga ke pusat pengajian tinggi. Akta ini juga menetapkan umur

minimum kanak-kanak meninggalkan sekolah iaitu 15 tahun.

Akta ini bermatlamatkan untuk membentuk sebuah sistem pendidikan yang

lebih tersusun dan bersepadu. Oleh yang demikian, sistem persekolahan yang

seragam, bahasa kebangsaan sebagai medium pengajaran dan pembelajaran serta

aspek peperiksaan yang seragam dititik beratkan dalam akta ini. Perkara ini meskipun

dilihat baik dalam sesetengah aspek namun ianya telah memburukkan lagi ketegangan

kaum yang telah wujud. Masyarakat bukan Melayu melihat perkara ini sebagai satu

kongkongan dan paksaan terhadap mereka untuk turut menjadi ‘Melayu’. Namun bagi

orang Melayu pula, pelaksanaan akta ini dilihat sebagai satu perkara yang positif

kerana bahasa kebangsaan akan lebih digunapakai dan dihormati.

22

Mohamad Rodzi Abd Razak, Pembinaan Negara Malaysia: Peranan Pendidikan Sejarah dan Dasar Pendidikan Kebangsaan, 2009, Jebat : Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies (36): 90-106

23

(13)

3.4 Akta Pendidikan 1996

Akta Pendidikan 1996 yang telah dilaksanakan juga telah memberi impak yang besar

terhadap pendidikan di negara kita. Menurut Rodzi, akta ini berfokuskan kepada

kesinambungan dasar-dasar sedia ada dan kepada pembangunan pentadbiran

pendidikan dan pembangunan beberapa jenis pendidikan, khususnya pendidikan

pra-sekolah, pendidikan khas, pendidikan tinggi, dan pendidikan swasta.24 Kerajaan Malaysia dilihat sedaya upaya cuba membentuk sebuah dasar yang lebih baik daripada

yang sebelumnya dalam usaha mereka menjadikan pendidikan sebagai teras

perpaduan. Dasar dan sistem pendidikan yang telah wujud di Malaysia sememangnya

mempunyai pelbagai kebaikan. Namun, terdapat pelbagai tentangan yang diberikan

oleh etnik-etnik yang ada di Malaysia dalam usaha mereka mengekalkan identiti etnik

masing-masing. Perkara ini telah menyebabkan agak sukar bagi dasar pendidikan

yang diluluskan untuk dilaksanakan dengan lebih menyeluruh. Berikut disenaraikan

beberapa perkara penting yang terlaksana dalam Akta Pendidikan ini:25

i. Landasan dan wawasan pendidikan adalah berlandaskan kepada Falsafah

Pendidikan Negara,

ii. Sistem Pendidikan Kebangsaan didefinisikan secara jelas yang meliputi semua

peringkat termasuk pra-sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah,

pendidikan pascamenengah dan pendidikan tinggi,

iii. Pengukuhan kedudukan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar dalam

sistem pendidikan kebangsaan,

iv. Pendidikan swasta dikawalselia melalui akta lain,

v. Kurikulum kebangsaan diperuntukan,

vi. Peruntukan peperiksaan awam yang perlu dipatuhi,

vii. Bahasa kebangsaan sebagai matapelajaran wajib,

viii. Peruntukan bahasa Cina, Tamil dan bahasa Orang Asli,

ix. Tempoh pendidikan rendah antara 5 hingga 7 tahun,

24

Mohamad Rodzi Abd Razak, Pembinaan Negara Malaysia: Peranan Pendidikan Sejarah dan Dasar Pendidikan Kebangsaan, 2009, Jebat : Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies (36): 90-106.

25

(14)

Menyedari bahawa Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum dan berdasarkan

pemuafakatan politik yang telah dibuat oleh pemimpin-peminpin terdahulu, Akta

Pendidikan 1996 mengambilkira kepentingan semua kaum dengan cara mengekalkan

status quo sekolah rendah jenis kebangsaan. Akta Pendidikan 1996 juga turut

memperuntukkan pengajaran bahasa suku kaum di negara ini sekiranya didapati

munasabah untuk dilaksanakan. Dalam akta pendidikan, konsep sistem pendidikan

kebangsaan dimantapkan dengan meliputi semua peringkat persekolahan dari

peringkat pra-sekolah hingga ke peringkat pendidikan tinggi, dan meliputi semua

kategori sekolah, iaitu sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan sekolah swasta.

Kedudukan bahasa kebangsaan diperkukuhkan dengan memperkenalkannya sebagai

bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan.26

Keadaan ini diperkuatkan lagi dengan menjadikan bahasa tersebut sebagai

mata pelajaran yang wajib diajar di semua sekolah dan institusi pendidikan.

Kurikulum semua jenis dan kategori sekolah diselaraskan dengan kehendak negara

apabila Kurikulum Kebangsaan, yang diperuntukkan dalam Akta Pendidikan 1996

wajib digunakan oleh semua pihak. Murid-murid dari semua jenis dan kategori

sekolah akan disediakan untuk mengambil peperiksaan yang ditetapkan oleh kerajaan,

dan sekaligus memudahkan kita menggunakan penilaian atau pengukuran yang sama

tentang pencapaian murid-murid dari sekolah-sekolah di negara ini.27 Pendidikan Islam akan diperluaskan untuk diikuti oleh murid-murid Islam di semua kategori

sekolah. Penyesuaian ini adalah diambil kira untuk penglibatan semua bangsa dan

kaum meletakkan diri mereka ke arah pencapaian negara bangsa. Hal ini juga adalah

salah satu sasaran Dasar Ekonomi Baru yang bukan hanya untuk meningkatkan

pemilikan saham Bumiputera kepada 30 peratus, tetapi juga menyeimbangkan

pengambilan pelajar dalam pendidikan Universiti28 supaya setiap Institusi Pengajian Tinggi itu mencerminkan akan etnik campuran yang melambangkan bangsa Malaysia.

26

Syed Othman Alhabshi. Hasnah Hakim. Dasar Dan Pelaksanaan Sistem Pendidikan Kebangsaan. Kertas Kerja Yang Dibentangkan Di Kongres Pendidikan Melayu di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Kuala Lumpur. 1-2 September 2001.

27 Ibid. 28

(15)

3.5 Dasar Pendidikan Kebangsaan

Pada tahun 1979, terdapat semakan semula pelaksanaan dasar pendidikan oleh

Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) telah

menggariskan cadangan pendekatan dan strategi baru untuk memantapkan sistem

pendidikan. Perkara yang paling penting yang perlu wujud dalam mana-mana sistem

pendidikan ialah dasar pendidikan itu sendiri. Dasar pendidikan ini adalah asas kepada

pembentukan sistem pendidikan yang juga menjadi panduan yang jelas dalam

pelaksanaan sesuatu sistem.29 Tanpa dasar yang jelas, sistem dan pelaksanaannya tidak akan tersusun dan tidak mempunyai matlamat yang hendak dicapai.

Oleh itu, kesedaran mewujudkan suatu dasar yang jelas ke atas sistem

pendidikan telah mula dicapai dalam tahun-tahun menuju kemerdekaan. Wujudnya

kesedaran di kalangan pemimpin dan rakyat Malaysia tentang betapa mustahaknya

diadakan satu sistem pendidikan kebangsaan untuk mengganti sistem pendidikan

penjajah bagi memenuhi kehendak negara. Atas kesedaran inilah lahir satu Dasar

Pendidikan Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 dan dimaktubkan dalam Ordinan

Pelajaran, 1957. Dasar pendidikan ini telah disemak semula dalam tahun 1960 yang

menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan Rahman Talib ini kemudian

dimaktubkan dalam Akta Pelajaran, 1961.30 Antara Strategi yang dijalankan bagi mencapai matlamat dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan ialah:

i. Menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama.

ii. Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi

semua jenis sekolah.

iii. Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua.

iv. Mempelbagai dan memperbanyakkan kemudahan pendidikan di peringkat

universiti terutama dalam bidang sastera gunaan dan sains gunaan;

v. Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum yang memupuk disiplin, seperti

pasukan-pasukan kadet tentera, kadet polis, pengakap, puteri Islam dan

lain-lain.

29

Syed Othman Alhabshi. Hasnah Hakim. Dasar Dan Pelaksanaan Sistem Pendidikan Kebangsaan. Kertas Kerja Yang Dibentangkan Di Kongres Pendidikan Melayu di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Kuala Lumpur. 1-2 September 2001.

30

(16)

Seiring dengan pembentukan Dasar Pendidikan Kebangsaan, sebuah falsafah

pendidikan telah digubal. Falsafah ini mengandungi matlamat dan kaedah pendidikan

yang meliputi proses-proses pendidikan di Malaysia itu sendiri. Falsafah Pendidikan

Kebangsaan telah digubal pada tahun 1988 bagi memperteguh hala tuju dan matlamat

pendidikan negara. Falsafah ini menekankan pendidikan yang menyeluruh dan

bersepadu bagi membentuk pelajar yang seimbang daripada segi jasmani, emosi,

rohani dan intelek. Pembentukan falsafah pendidikan ini adalah selepas kemerdekaan

negara di mana falsafah ini telah dirumuskan pada tahun 1988.

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi

dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha

ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu

pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan

terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga masyarakat dan negara.31

Petikan di atas menjelaskan bahawa kerajaan Malaysia amat menitikberatkan peranan

pendidikan bagi melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan dan seimbang

dari pelbagai aspek. Tidak dinafikan, kepercayaan kepada Tuhan adalah suatu

pengabdian rohani yang paling tinggi yang perlu dicapai oleh semua penganut agama

masing-masing. Tidak dinafikan pendidikan yang sempurna yang ditekankan di sini

selain melahirkan seorang insan yang berilmu, sifat yang baik seperti

bertanggungjawan dan berakhlak mulia adalah penting bagi melahirkan modal insan

yang berkualiti. Oleh itu, falsafah pendidikan negara ini telah mengambil inspirasi

daripada proses pembangunan bangsa dan negara yang agak panjang. Malah, apa yang

digariskan dalam falsafah ini juga amat berkait rapat dengan perkembangan dunia

Islam dan pembangunan negara Malaysia.

31

(17)

4.0 PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA MELALUI PENDIDIKAN

4.1 Sistem Persekolahan Yang Seragam

Dasar pendemokrasian pendidikan bermula pada tahun 1962 dengan memberi

penekanan kepada pendidikan percuma untuk semua pelajar. Dasar ini diperluas

dengan mengadakan pendidikan universal selama sembilan tahun apabila peperiksaan

pemilihan masuk ke sekolah menengah dihapuskan pada tahun 1964. Penghapusan

peperiksaan pemilihan ini menyebabkan peningkatan kadar penyertaan ke sekolah

menengah. Kadar ini terus meningkat apabila terdapat perubahan dasar yang

melanjutkan pendidikan universal kepada 11 tahun secara berperingkat mulai tahun

1992.32

Sistem pendidikan mengalami banyak perubahan, antaranya Bahasa Melayu

dijadikan sebagai bahasa pengantar utama yang dilaksanakan sepenuhnya pada

peringkat menengah di Semenanjung Malaysia dan Sabah pada tahun 1982, manakala

di Sarawak pada tahun 1990. Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua juga

turut diberi tumpuan. Walau bagaimanapun, selaras dengan Akta Pelajaran 1961,

sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan yang menggunakan bahasa Cina atau

bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar terus dikekalkan. Mata pelajaran Sivik

diperkenalkan bagi menyemai semangat jati diri di kalangan pelajar.33 Pendidikan Sains dan Teknikal diberi lebih penekanan pada peringkat menengah bagi

menghasilkan tenaga kerja mahir.

Sekolah yang pelbagai aliran ini telah mewujudkan kesukaran bagi negara ini

untuk membentuk bangsanya yang tersendiri. Hal ini kerana, setiap bangsa di negara

ini masih cuba mengekalkan identiti etnik masing-masing. Perkara ini merupakan

masalah utama yang dihadapi oleh kita saban hari. Melalui Akta Pendidikan 1961,

masalah sekolah vernakular ini cuba diselesaikan melalui pengajaran dan

pembelajaran menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar. Namun

sekali lagi, golongan bukan Melayu terutamanya etnik Cina menentang pelaksanaan

perkara ini. Golongan ini beranggapan bahawa perkara ini akan menghakis jati diri

32

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 33

(18)

mereka. Meskipun semenjak 1960an lagi telah wujud langkah-langkah untuk

menyelesaikan perpecahan dalam pendidikan, namun masalah ini akan terus melanda

negara ini pada dekad-dekad mendatang.34

Perkembangan terhadap sistem pendidikan berterusan sehingga ke hari ini

antaranya termasuklah penubuhan Sekolah Bestari 1995, Koridor Raya Multimedia

1999, Ujian Bahasa Inggeris (MUET), PSMI 2003, Sekolah Wawasan dan Pelan

Induk Pembangunan Pendidikan 2006. Perlaksanaan pelbagai program ke arah

perkembangan sistem pendidikan ini akan berlanjutan untuk masa-masa yang akan

datang. Pelajar-pelajar yang dahagakan ilmu pengetahuan terus meningkat dari

setahun ke setahun dalam mendaftarkan diri mereka ke sekolah-sekolah rendah dan

menengah di seluruh Malaysia. Malah melalui, Pelan Pembangunan Pendidikan

Malaysia yang dirangka pada tahun 2013 dalam tempoh bermula 2015 hingga 202535 di mana pelan pendidikan tinggi telah dibangunkan oleh rakyat Malaysia dan akan

memacu Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi. Melalui perkembangan ini,

Malaysia semakin jelas ke arah pembentukan sebuah unit masyarakat yang

berpaksikan kepada satu sistem identiti yang sama, melahirkan modal insan yang

bermanfaat untuk pembangunan negara serta menjana pendapatan negara melaluinya.

Pembentukan negara bangsa, selain dipengaruhi oleh semangat kekitaan dalam diri

masyarakat itu sendiri, ia juga disemai melalui pendidikan dan ia masih berterusan

sehingga ke hari ini apabila sebuah dasar telah dirangka untuk tempoh sepuluh tahun.

34

Mohamad Rodzi Abd Razak, Pembinaan Negara Malaysia: Peranan Pendidikan Sejarah dan Dasar Pendidikan Kebangsaan, 2009, Jebat : Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies (36): 90-106

35

(19)

4.2 Sukatan Pelajaran Yang Sama

Apabila berbincang mengenai sistem pendidikan yang wujud di Malaysia, kita tidak

dapat lari daripada turut membincangkan mengenai sukatan pelajaran yang

digunapakai di negara ini. Sebagaimana yang telah dibincangkan, negara kita

mempunyai pelbagai aliran persekolahan dan masing-masing menggunakan sukatan

pelajaran yang berbeza. Namun begitu selepas kemerdekaan dan pembentukan

Malaysia, terdapat usaha bagi menyeragamkan sukatan pelajaran. Perkara ini

dilakukan untuk memudahkan kerajaan menyemai sifat perpaduan dalam kalangan

murid sekolah dan merapatkan jurang antara kaum di Malaysia. Perpecahan yang

wujud dalam kalangan penduduk Malaysia ini dapat diselesaikan melalui sukatan

pelajaran yang seragam. Oleh itu, Laporan Mahathir menekankan supaya sukatan

pelajaran yang lebih tersusun dan seragam digunapakai di seluruh Malaysia.

Jawatankuasa Kabinet yang diketuai oleh Dr. Mahathir ini telah meneliti

tentang keperluan bagi negara ini mempunyai sukatan pelajaran yang seragam dan

kemudiannya Kurikulum Bersepadu Sekolah rendah dan Kurikulum Bersepadu

Sekolah Menengah telah dilaksanakan.36 Laporan yang dikeluarkan oleh jawatankuasa ini telah menekankan beberapa perkara iaitu kedudukan Bahasa Inggeris sebagai

bahasa kedua, lebih menfokuskan kepada pendidikan kerohanian, disiplin yang kukuh,

pendidikan menengah atas terbahagi kepada dua jurusan iaitu jurusan akademik dan

vokasional dan kurikulum ala Malaysia lebih ditegaskan. Perkara ini menunjukkan

bahawa kerajaan Malaysia sememangnya komited dalam usaha menyeragamkan

sukatan pelajaran di negara kita.

Sekiranya dilihat kembali sukatan pelajaran yang digunapakai sebelum

kemerdekaan, sekolah-sekolah di Tanah Melayu masih lagi berbeza antara satu

dengan yang lain. Sekolah vernakular Cina menggunapakai buku teks dan sukatan

pelajaran yang digunapakai di sekolah-sekolah China. Manakala sekolah vernakular

Tamil pula menggunapakai buku teks dan sukatan pelajaran yang digunapakai di

sekolah-sekolah India. Begitu juga dengan sekolah vernakular Melayu yang

menggunapakai buku teks dan sukatan pelajaran yang mirip kepada sekolah-sekolah

36

(20)

di Indonesia. Sekolah aliran agama ( madrasah ) pula menggunakan teks-teks agama

sebagai sumber utama dalam pelajaran. Memburukkan lagi keadaan apabila

sekolah-sekolah vernakular ini menggunakan tenaga pengajar daripada negara ibunda mereka.

Melihat kepada aspek sukatan pelajaran, ternyata sekiranya tidak terdapat

sukatan pelajaran yang seragam pembinaan negara bangsa Malaysia adalah sukar

untuk dicapai. Meskipun terdapat pelbagai inisiatif lain yang dilakukan oleh kerajaan

namun sekiranya sukatan pelajaran yang seragam diabaikan maka bangsa Malaysia

hanyalah sekadar impian. Untuk mencapai bangsa Malaysia yang kukuh, kerajaan dan

rakyat Malaysia harus bersedia untuk menggunapakai sebuah sukatan pelajaran yang

bersepadu dan seragam. Hal ini bermaksud, terdapat pengorbanan yang terpaksa

dilakukan oleh etnik-etnik yang terdapat di Malaysia termasuk golongan Bumiputera.

Sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya di mana yang telah disyorkan oleh

Jawatankuasa Kabinet dianggap sebagai salah satu asas kepada sistem pendidikan

kebangsaan bagi mewujudkan pembentukan negara bangsa. Jawatankuasa Sukatan

Pelajaran Am dan Jadual Waktu yang dibentuk pada tahun 1956 telah membentuk

sukatan pelajaran yang sama kandungan bagi semua matapelajaran di semua aliran

sekolah37. Dalam tahun 1960 Penyata Rahman Talib yang mana telah menyemak semula Penyata Razak telah menitikberatkan perlunya kurikulum sekolah disesuaikan

dengan keadaan dan keperluan negara. Usaha yang serius telah dibuat bagi menyemak

semula dan mempebaharui sukatan-sukatan pelajaran supaya dapat membentuk negara

bangsa.

Murid-murid dikehendaki mengambil mata pelajaran yang sememangnya

membantu ke arah perpaduan seperti Pendidikan Agama Islam atau Pendidikan Moral

dan ilmu pendidikan sosial yang lain38. Selain itu, Kementerian Pelajaran juga telah merancang untuk memperkenalkan matapelajaran Pendidikan Moral di semua

sekolah. Matapelajaran ini penting bagi melahirkan masyarakat yang mempunyai

sifat-sifat toleransi, kerjasama dan persefahaman yang mana ianya merupakan asas

penting dalam pembinaan negara bangsa.

37

Mokhtar bin Haji Shamsuddin, Negara Kita: Sejarah, Pentadbiran dan Dasar-dasar Pembangunan, Institusi Tadbiran Awam Negara, Kuala Lumpur, 1982, hlm 161.

38

(21)

4.3 Sistem Peperiksaan Yang Sama

Kerajaan telah menseragamkan kurikulum di sekolah-sekolah dengan cara

mewujudkan satu sistem peperiksaan awam yang sama. Hal ini membolehkan

murid-murid di peringkat pendidikan menengah untuk mengambil Peperiksaan Sijil Rendah

Pelajaran (SRP) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Dengan adanya sukatan

pelajaran yang sama isi kandungannya dan peperiksaan yang sama. Maka pelajaran

murid-murid tidak terganggu apabila terpaksa berpindah sekolah. Selain itu, sukatan

pelajaran yang sama kandungannya yang boleh diikuti oleh semua murid dari berbagai

aliran bahasa pengantar membolehkan mereka mendapat pendidikan yang sama. Hal

ini dapat membantu dalam menjayakan proses menyatupadukan murid-murid yang

berbilang kaum. Di samping itu, ianya juga dapat membantu dalam proses pembinaan

negara bangsa. Sebaliknya jika murid-murd tidak mengikuti sukatan pelajaran yang

berlainan, maka rupa bangsa dan keperibadian tidak dapat diwujudkan39.

Oleh itu, seperti yang termaktub dalam Dasar Pendidikan Negara di mana

peruntukan terhadap sebuah peperiksaan yang seragam di Malaysia, suatu keseragama

dari aspek peperiksaan sememangnya akan memberikan kemudahan dalam

pendidikan, malah walaupun perbezaan tenaga pengajar dan perbezaan cara

penyampaian kurikulum dalam setiap sekolah yang dijalankan sama ada sekolah

Vernakular dan Sekolah Kebangsaan itu sendiri, namun satu sistem pendidikan yang

sama telah berjaya dibentuk. Keadaan ini seiring dengan satu usaha dalam

mewujudkan satu pendidikan yang sempurna dan relevan kepada semua pelajar di

Malaysia. Kesepaduan dapat diwujudkan melalui sistem peperiksaan yang seragam

apabila terdapatnya program-program atau bengkel pendidikan yang akan dijalankan

oleh sekolah-sekolah yang berlainan daerah dan murid-murid akan berkumpul untuk

bersama melakukan perbincangan mengenai subjek dan soalan. Secara tidak langsung

melalui peperiksaan yang seragam, keseragaman dalam pembelajaran setiap sekolah

di Malaysia juga dapat diwujudkan dan sekaligus hal ini memperlihatkan akan budaya

sihat yang dibawa sejak sekolah lagi dalam mengeratkan kesepaduan.

39

(22)

4.4 Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pengantar

Keadaan ini adalah bertetapan dengan strategi dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan

yang mana bagi mencapai matlamat dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk

menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan Negara

dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi, dan politiknya. Oleh

itu, di sekolah-sekolah bahasa Melayu adalah merupakan satu alat yang dapat

menyatupadukan semua kaum dalam peringkat awal.

Bahasa pengantar yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga

antara masalah yang dihadapi oleh Malaysia dalam sistem pendidikannya. Kewujudan

sekolah-sekolah vernakular di Malaysia semenjak sebelum kemerdekaan lagi telah

menyebabkan sistem pendidikan negara sukar untuk distruktur semula.

Sekolah-sekolah vernakular ini menggunakan bahasa ibunda masing-masing sebagai bahasa

pengantar. Bahasa pengantar yang berbeza-beza ini menyebabkan perpaduan yang

cuba dipupuk kelihatan semakin susah. Oleh itu, kerajaan Malaysia telah menubuhkan

pelbagai jawatankuasa untuk mengkaji mengenai perkara. Malah semenjak sebelum

merdeka lagi perbincangan mengenai bahasa pengantar di sekolah-sekolah telah

wujud.

Dalam Laporan Razak ada menyatakan mengenai bahasa pengantar ini;

“Kami percaya iaitu mustahak bagi sekolah-sekolah kita berjiwa Tanah Melayu dan kami telah mencadangkan perkara ini boleh dapat dicapai dengan jalan

diadakan satu sukatan pelajaran yang sama bagi semua sekolah supaya semua

murid itu mempelajari sama jenis perkara pelajaran walaupun menggunakan

bahasa-bahasa lain.”40

40

(23)

Pada masa laporan ini dikeluarkan, tidak ada keperluan lagi untuk bahasa

pengantar yang seragam digunapakai dalam sistem pendidikan negara. Namun begitu,

isu mengenai bahasa pengantar ini akan terus membelenggu negara kita. Selain itu,

bahasa pengantar yang digunakan di sekolah sekiranya tidak dijadikan perkara yang

mampu membina bangsa Malaysia maka ianya berkemungkinan untuk menjadi faktor

yang memustahilkan bangsa Malaysia untuk wujud. Pembinaan negara bangsa

memerlukan penyatuan dalam kalangan penduduk. Sekiranya bahasa pengantar tidak

menjadi ejen perpaduan maka adalah sukar untuk Malaysia membina negara

bangsanya yang tersendiri. Untuk merapatkan jurang antara etnik ini dan

menyelesaikan masalah bahasa pengantar ini maka pada tahun 1960 Laporan Rahman

Talib telah membuat penegasan terhadap kepentingan mempunyai bahasa pengantar

yang seragam. Dalam laporan ini menyatakan;

“...mengekalkan perbezaan bahasa dan perbezaan perkauman itu bagi seluruh sistem pelajaran yang dibelanja dengan wang orang ramai tentulah tidak akan

sesuai dengan satu dasar pendidikan yang bertujuan menimbulkan kesedaran kebangsaan dan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.”41

Laporan Rahman Talib ini menunjukkan bahawa usaha untuk menyeragamkan bahasa

pengantar di sekolah-sekolah telah wujud sejak awal lagi. Pemupukan perpaduan

melalui bahasa adalah aspek penting dalam proses pembinaan negara bangsa. Malah,

sehingga ke hari ini penggubalan Akta Bahasa Kebangsaan ini sendiri adalah

merupakan satu kompromi bahasa oleh berbagai-bagai kaum di negara ini, dan hal ini

perlu dipupuk sejak dari zaman persekolahan lagi. Sifat kemajmukan yang terdapat

dalam masyarakat Malaysia dapat ditangani dengan berkesan dengan mengukuhkan

peranan bahasa kebangsaan sebagai alat pembinaan minda kebangsaan di samping

menjadi alat pembudayaan dan integrasi kaum yang amat berkesan selepas Malaysia

mencapai kemerdekaan.42

41

Tan Yao Sua, Politik dalam Pendidikan Vernakular Cina di Semenanjung Malaysia: Satu Perspektif Hubungan Etnik Majoriti-Minoriti, Jurnal Pendidik dan Pendidikan Jilid 16, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, 1998, hlm. 130.

42

(24)

4.5 Pendidikan Sejarah

Merujuk kepada konteks pembinaan negara bangsa, matapelajaran sejarah memainkan

peranan utama dalam membetuk negara bangsa. Hal ini kerana sejarah merupakan

penyumbang yang sangat berkesan dalam mencapai matlamat pembangunan. Proses

pembangunan murid-murid di sekolah dapat ditanamkan semangat patriotisme,

kebangsaan dan kesetiaan kepada negara. Melalui matapelajaran sejarah dapat

membina semangat perpaduan dan perasaan hormat menghormati terutamanya dalam

masyarakat yang berbilang kaum, keturunan, agama dan adat resam. Atas kesedaran

ini, sukatan mata pelajaran sejarah baru yang telah digubal memberi penekanan

kepada sejarah rakyat Malaysia dan perjuangannya.43

Pendidikan sejarah merupakan mata pelajaran yang wajib diambil oleh semua

rakyat Malaysia. Hal ini kerana, tidak dapat dinafikan lagi sejarah ini merupakan

tunjang utama bagi mengukuhkan kesinambungan pembinaan sebuah negara. Jadi

dengan itu, bagi melengkapkan proses tersebut, cara yang terbaik bagi

merealisasikannya adalah melalui sukatan pendidikan dalam mata pelajaran sejarah.

Hal ini kerana sejarah sangat penting kerana melalui sejarah dapat memantapkan lagi

asas pembinaan negara bangsa. Identiti negara bangsa sangat sinonim dengan

nasionalisme dan patriotisme negara44.

Perkara yang paling penting dalam pengajaran sejarah adalah pembinaan

semangat negara. Hal ini kerana melalui sukatan mata pelajaran sejarah dapat

menimbulkan kesedaran dalam diri murid-murid mengenai masa lampau dan menjadi

panduan untuk perjuangan masa depan. Masyarakat yang tahu akan hakikat

kepentingan sejarah tidak akan mengabaikan sejarah tersebut malah mereka

menggunakannya sebagai asas untuk membina masa depan serta membaiki segala

kepincangan yang berlaku bagi membentuk sebuah negara bangsa yang harmoni45. Malah, keadaan pendidikan sejarah juga bertetapan matlamat kerajaan dalam

43

Mohamad Rodzi Abd Razak, Pembinaan Negara Malaysia: Peranan Pendidikan Sejarah dan Dasar Pendidikan Kebangsaan, 2009, Jebat : Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies (36): 90-106

44

Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman, Mohd b. Samsudin, Kamaruzaman Yusoff, Sejarah dan Proses Pemantapan Negara Bangsa, 1998, hlm. 34.

45

(25)

mewujudkan kesepaduan antara kalangan pelajar di mana mata pelajaran sejarah juga

telah menjadi salah satu mata pelajaran yang wajid lulus dalam peperiksaan SPM dan

hal ini telah digariskan dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan.46

Pendidikan sejarah adalah asas penting dalam pembinaan bangsa Malaysia.

Mempelajari sejarah bukanlah semata-mata untuk mendapatkan pengetahuan, tetapi

ianya boleh menjadi pedoman dan memberi iktibar kepada sesuatu bangsa tentang apa

yang telah berlaku. Oleh sebab sejarah memberikan banyak pengajaran yang

berkaitrapat dengan jatuh bangunnya sesuatu bangsa dan negara maka sejarah patut

dijadikan garis panduan untuk pembinaan semula kedudukan dan kekuatan bangsa dan

negara. Patriotisma adalah satu elemen utama dalam pendidikan sejarah yang

bertujuan membina kesedaran dan mengukuhkan semangat perjuangan dan cintakan

bangsa dan negara. Memupuk nilai-nilai patriotisme pada umumnya menjadi matlamat

penting pendidikan sejarah dan ianya dapat dicapai sekiranya kurikulum sejarah

negara ini menitikberatkan nilai-nilai ini. Melalui nilai patriotisme yang menjadi asas

untuk mengembangkan semangat kebangsaan dan semangat kenegaraan, adalah

diharapkan generasi muda mempunyai semangat ketahanan yang baik, berbangga

dengan negara mereka dan mampu menghadapi persaingan dalam dunia yang

berubah.

Semangat patriotisme ini akan memperkukuhkan perkembangan individu

dengan membina semangat cintakan bangsa dan negara, mencurahkan kesetiaan dan

perjuangan mereka kepada kepentingan agama, bangsa dan negara. Beberapa contoh

pendidikan yang bertujuan menanamkan semangat patriotisme boleh diteliti seperti

yang berlaku di negara Jepun dan Amerika Syarikat. Nilai-nilai patriotisme di negara

ini disemai dengan meluas dalam sistem pendidikan dan persekolahan.47 Justeru itu, kurikulum pendidikan di sekolah perlu dikaji semula bagi tujuan memupuk dan

menyemaikan semangat patrotisme di kalangan generasi muda. Semangat patriotisme

amat penting bagi menghadapi cabaran globalisasi yang melanda dan cuba

menghancurkan pembinaan konsep negara-bangsa.

46

Mohamad Rodzi Abd Razak, Pembinaan Negara Malaysia: Peranan Pendidikan Sejarah dan Dasar Pendidikan Kebangsaan, 2009, Jebat : Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies (36): 90-106

47

(26)

4.6 Kesepaduan Kokurikulum

Asas sokongan lain untuk menjayakan proses pembinaan negara bangsa adalah

melalui ko-kurikulum di sekolah. Ko-kurikulum ini memerlukan penglibatan

murid-murid dalam kegiatan berkumpulan. Perkara ini telah memberi peluang baik kepada

murid-murid untuk bargaul membuat kerja-kerja berkumpulan. Dengan itu,

ko-kurikulum ini dianggap sebagai asas sokongan penting ke arah matlamat perpaduan

dalam kalangan murid-murid yang berbilang kaum dan lapisan masyarakat. Melalui

perpaduan inilah dapat mencapai matlamat bagi membina negara bangsa.

Kegiatan ko-kurikulum yang dijalankan telah menggalakkan semangat

berkumpulan, bekerjasama dan menghormati. Selain itu, kegiatan seperti pergerakan

persatuan dapat memberi pengalaman yang boleh memupuk semangat perpaduan

dalam kalangan murid-murid. Di samping itu, kegiatan ini melibatkan penyertaan

murid beramai-ramai dan ini merupakan satu cara yang sesuai untuk memupuk

semangat kekitaan antara murid-murid yang berlainan latar belakang serta cara hidup

yang berbeza. Matlamat penubuhan persatuan adalah sangat baik kerana dapat

menggalakkan murid-murid berkenalan sesama sendiri. Oleh itu, kegiatan tersebut

telah menyumbang kepada kejayaan proses pembinaan negara bangsa. Aspek

kokurikulum ini juga telah termaktub dalam strategi pelaksanaan dalam Dasar

Pendidikan Kebangsaan di mana aspek kokurikulum antara pelajar telah ditekankan.

Sehingga ke hari ini, beberapa penambahbaikan telah dilakukan terhadap aspek

ini. Aktiviti kokurikulum diperbaiki dengan penambahan peruntukan per kapita

pelajar daripada RM2.50 kepada RM10.00 untuk sekolah rendah dan RM12.00 untuk

sekolah menengah mulai 2006 telah dipersetujui secara bersama oleh Jemaah Menteri.

Aktiviti kokurikulum ini juga telah dijadikan syarat kelayakan kemasukan ke institusi

pengajian tinggi awam mulai 200648 Hal ini menunjukkan bahawa kerajaan Malaysia memandang serius setiap aspek yang perlu ditekankan di dalam pendidikan di

Malaysia. Walaupun aspek kokurikulum bukan merupakan agenda utama dalam

falsafah pendidikan kebangsaan, namun aspek ini dilihat sebagai aspek sampingan

yang akan mewujudkan perpaduan kaum di Malaysia bagi pembinaan satu identiti

Malaysia.

48

(27)

4.7 Peningkatan Kemudahan Pendidikan

Sejak tahun 1980-an, peluang pendidikan untuk warganegara ditingkatkan dengan

menambahkan kemudahan fizikal dan infrastruktur terutama di luar bandar. Keadaan

ini adalah untuk mengurangkan jurang perbezaan peluang pendidikan antara golongan

kaya dengan miskin, program sokongan pendidikan seperti Skim Pinjaman Buku Teks

(SPBT), Televisyen Pendidikan, Sekolah Berasrama Penuh (SBP), asrama desa dan

asrama harian, biasiswa, Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan program

kesihatan dipertingkatkan. Selain itu juga, usaha merekaraya kurikulum dibuat dan ini

menyaksikan lahirnya Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1983 dan

diikuti dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun

berikutnya.49

Pembangunan pendidikan dari Zaman Dasar Pembangunan Negara hingga ke

Zaman Dasar Wawasan Negara telah berjaya mencapai banyak kemajuan khususnya

dalam penyediaan infrastruktur, kemudahan pendidikan dan latihan perguruan.

Strategi meningkatkan peluang pendidikan berjaya mencapai sasarannya. Walau

bagaimanapun, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sentiasa peka dan prihatin

kepada perubahan yang berlaku dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan dan

menghasilkan modal insan beracuan sendiri. Kerjasama antara KPM dan Kementerian

Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) dalam aspek latihan dan keluaran guru juga dapat

dilihat di mana penambahbaikan norma perjawatan telah berlaku.

Selain itu, Program Pensiswazahan Guru bagi memenuhi dasar menyediakan

50 peratus guru sekolah rendah dan 100 peratus guru sekolah menengah siswazah

terlatih menjelang tahun 2010 dengan memberi kelonggaran guru mengikuti program

ijazah melalui pelbagai kaedah termasuk Pendidikan Jarak Jauh. Guru adalah suatu

pendorong kepada murid di sekolah dan sekaligus bertindak sebagai tenaga pengajar

yang akan memikul tanggungjawab yang besar, terutamanya dalam mewujudkan

pendidikan yang berkualiti dan berkesan. Oleh itu, kerajaan Malaysia komited

terhadap penaiktarafan kualiti guru-guru di Malaysia. Malah sejak tahun 2006 lagi,

49

(28)

maktab perguruan kepada Institut Pendidikan Guru (IPG) yang boleh

menganugerahkan ijazah telah dilaksanakan mulai tahun 2006.50

Malah, kemudahan dari aspek pendidikan juga dilanjutkan kepada beberapa

program-program bimbingan bagi membantu pelajar dari pelbagai aspek. Program

Bimbingan dan Kaunseling telah diperkukuhkan dengan memperuntukkan seorang

kaunselor bagi setiap 500 pelajar mulai tahun 2003 adalah menjadi salah satu

penambahbaikan yang baik buat kemudahan semua pelajar. Pemberian Bantuan

One-Off RM120 kepada murid sekolah rendah daripada keluarga miskin pada tahun

2002-2003 bagi pelaksanaan Pendidikan Wajib Bantuan ini digantikan dengan Kumpulan

Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) mulai 2004 juga merupakan salah satu

inisiatif kerajaan untuk membantu pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan untuk

mendapatkan pelajaran dengan sempurna.

Namun begitu, terdapat banyak perkara yang perlu dipertingkatkan lagi seperti

penyediaan bekalan elektrik yang belum mencukupi, penyediaan bekalan air bersih

belum disediakan sepenuhnya dan juga penyediaan bilik darjah yang masih belum

mencukupi. Malah terdapat bangunan sekolah lama yang telah melebih tempoh 30

tahun memerlukan penyelenggaraan yang tinggi, kemudahan bilik makmal sains dan

sebagainya. Namun begitu, usaha kerajaan dalam mewujudkan beberapa kemudahan

kepada pelajar adalah satu usaha yang baik untuk meningkatkan kualiti pelajaran itu

sendiri. Penambahbaikan kemudahan-kemudahan di sekolah-sekolah akhirnya akan

dapat melenyapkan jurang pendidikan antara sekolah bandar dan sekolah luar bandar.

Malah, sekolah-sekolah yang bukan daripada aliran kebangsaan juga menerima

kemudahan yang sama. Oleh itu, kesamarataan yang cuba diwujudkan dan diteruskan

oleh kerajaan Malaysia ini adalah salah satu usaha positif ke arah pembentukan negara

bangsa melalui Dasar Pendidikan Malaysia. Malaysia masih meneruskan strategi

untuk menyatupadukan masyarakat melalui sistem persekolahan yang sama, bahasa

pengantar yang sama, peperiksaan yang sama, kurikulum yang seragam dan

meningkatkan infrastruktur pendidikan. 51

50

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 51

(29)

4.8 Peningkatan Taraf Universiti di Malaysia

Institusi Pengajian Tinggi juga adalah salah satu cabang pendidikan yang juga mampu

melahirkan sebuah negara bangsa Malaysia. Hal ini kerana, setiap institusi ini

sehingga ke hari ini masih melibatkan semua kaum di Malaysia, sama ada di

Semenanjung atau di Sabah Sarawak. Oleh itu, dapat dikatakan bahawa penyertaan

masyarakat yang berbilang bangsa, kaum dan agama adalah lebih besar berbanding

pendidikan di sekolah rendah dan sekolah menengah. Sistem pendidikan tinggi di

Malaysia dalam usaha untuk pembinaan pendidikan berkelas dunia, selain

mewujudkan dasar pendidikan yang mampan dan melahirkan graduan yang mampu

menyumbang kepada pembangunan negara melalui pekerjaan.52 Oleh itu, sistem pendidikan universiti memerlukan perspektif antarabangsa dalam semua aspek

operasinya bagi membolehkannya mendapatkan pengiktirafan antarabangsa malah

penawaran kursus ini sendiri seharusnya mempunyai nilai pasaran bagi bakal

graduan.53 Hal ini kerana, peranan universiti kini adalah lebih sukar dalam memenuhi tuntutan pasaran pekerjaan kepada graduan yang dilahirkan dengan pengekalan

peranannya sebagai gedung ilmu yang penting dalam pembinaan negara bangsa.54 Oleh itu, pengantarabangsaan pendidikan tinggi atau peningkatan taraf

pendidikan ini telah berperanan sebagai institusi yang membekalkan ilmu, penghasilan

modal insan, pembinaan negara bangsa dan juga penjana ekonomi negara. Penjanaan

ekonomi negara melalui pendidikan telah di dasarkan dalam Rancangan Malaysia

Ksepuluh (2011-2015) di mana pendidikan telah diletakkan sebagai salah satu Bidang

Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang dapat meningkatkan prestasi pelajar,

berkemahiran tinggi dan mampu melonjakkan negara ke arah status negara maju.55 Penggubalan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara juga merupakan salah satu

52 Economic Planning Unit Prime Minister’s Department, Malaysia and the Knowledge Economy: Building a World-Class Higher Education System, Human Development Sector Reports East Asia and the Pacific Region The World Bank, 2007.

53

Norain Mat Lazim, Nooriah Yusof, Universiti, Pembangunan Modal Insan Dan Penumpuan Ruang Komuniti Berpendidikan Tinggi Di Malaysia: Suatu Ulasan Kritis, 2012, Journal Of Social Sciences and Humanities, 7 (2): 308-327

54 Ibid. 55

(30)

platform untuk mempertingkatkan pembangunan modal insan untuk

memartabatkannya di peringkat antarabangsa.56

Berpandukan kepada Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) dalam

jangka masa 2006 hingga 2010, teras pertama dalam pelan ini adalah dalam

pembinaan negara bangsa melalui pendidikan. Pembangunan negara bangsa yang

berlaku di universiti adalah bermula daripada awal persekolahan di mana usaha untuk

membangunkan warganegara dengan ciri patriotik dan menjunjung warisan budaya

serta kesenian bangsa.57 Pelaksanaan negara bangsa adalah merujuk kepada perkongsian identiti di mana cabaran terbesar adalah melalui bahasa pengantar. Jika di

sekolah, penggunaan bahasa pengantar bahasa Melayu adalah didasarkan oleh

kerajaan Malaysia, namun di universiti cabaran yang nyata dalam usaha

memperkasakan bahasa kebangsaan ini berlaku di sebabkan perbezaan antara

universiti awam dan swasta serta penggunaan bahasa Inggeris adalah menjadi salah

satu nilai pengantarabangsaan sesebuah universiti. Walau bagaimanapun, beberapa

startegi telah digerakkan bagi menghadapi masalah berkaitan bahasa Melayu dalam

kalangan pelajar universiti iaitu melalui usaha Dewan Bahasa dan Pustaka. Dewan

Bahasa dan Pustaka adalah pihak yang bertanggungjawab untuk melaksanakan

pelbagai aktiviti seperti kegiatan penterjemahan, pembinaan istilah dan penerbitan

buku-buku ilmiah.58

Oleh itu, pendidikan tinggi di Malaysia sememangnya salah satu pemangkin

kepada wujudnya satu identiti Malaysia melalui program-program ilmiah, program

kesukanan, subjek wajib universiti seperti kursus-kursus umum. Meskipun matlamat

penawaran kursus- kursus bertaraf umum di universiti adalah untuk pendidikan,

namun matlamat akhir kursus-kursus ini boleh disimpulkan menjurus kepada

matlamat penting iaitu pembinaan negara bangsa dan pembinaan kemahiran umum

kepada bakal graduan untuk menjamin kemajuan kepada negara.

56

Kerajaan Malaysia, Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara, Perletakan Asas Melagkaui 2020, Kementerian Pengajian Tinggi, 2004.

57

Jamil Ahmad, Norlia Goolamally, Pentadbiran dan Pengurusan Sistem Pendidikan Malaysia Ke Arah Pendidikan Berkualiti, Panitia Diklat Mahajemen Guru Internasional, 2008.

58

(31)

5.0 KESIMPULAN

Dasar Pendidikan Kebangsaan sememangnya dapat menampung keperluan-keperluan

negara buat masa ini dan masa depan. Selaras dengan hasrat negara untuk mencapai

tahap Negara perindustrian adalah penting rakyatnya diberikan pendidikan secucuk

dengan keperluan-keperluan swasta bagi bidang-bidang tertentu seperti pengeluaran,

pelancongan, perkhidmatan, dan sebagainya. Oleh itu dasar ini bukan sahaja dapat

memenuhi keperluan tenaga manusia dari segi jumlah tetapi juga dari segi kualiti.

Dasar ini seharusnya dapat menggalakkan lebih ramai rakyat yang terlibat secara aktif

dalam bidang keusahawanan dan tidak bergantung semata-mata kepada kerajaan

untuk mencari kerja. Ini adalah selaras dengan dasar kerajaan semasa yang

menekankan penyertaan swasta secara aktif.

Malaysia masih lagi sebuah negara bangsa yang muda berbanding dengan

negara-negara bangsa lain seperti England, Perancis, mahupun Jerman. Namun,

perkara ini tidak menghalang kita untuk terus membina negara bangsa kita sendiri.

Meskipun terdapat halangan yang pelbagai dalam proses ini kita tidak boleh terus

mengalah. Pendidikan merupakan aspek yang sangat penting dalam pembinaan sebuah

negara bangsa Malaysia. Aspek pendidikan ini tidak boleh diketepikan begitu sahaja

kerana sekiranya pendidikan diketepikan maka impak yang buruk akan melanda

negara kita. Dasar-dasar British sebelum kemerdekaan negara ini ternyata

menyumbang kepada ketidakstabilan dalam perpaduan di Malaysia. Sistem

pendidikan yang diamalkan semasa zaman British juga tidak membantu dalam

membentuk negara bangsa Tanah Melayu pada ketika itu.

Walaupun pendidikan di Malaysia, masih belum mencapai kesempurnaan

namun kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) masih

merangka dasar pendidikan untuk ke arah itu. Bagi menjayakan Misi Nasional, KPM

menyediakan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) secara menyeluruh yang

menggariskan fokus, strategi utama dan pelan pelaksanaan untuk menjadikan

pendidikan negara relevan dengan keadaan semasa dan masa hadapan. Dengan usaha

ini, setiap jurang dan kekurangan dalam pendidikan akan diberikan tumpuan. Selain

itu, proses menganalisis sejarah, perkembangan dan pencapaian dalam bidang

(32)

strategi penyediaan PIPP, KPM.59 Keadaan ini adalah merupakan salah satu usaha yang telah dilakukan dalam mewujudkan suatu pendidikan yang sempurna dan

seragam bagi rakyat Malaysia.

Isu pendidikan bukanlah suatu isu yang baru dan rakyat Malaysia acap kali

digemparkan dengan perbalahan antara kaum mengenainya, sama ada mengenai isu

sekolah Vernakular60, bahasa pengantar yang digunakan dan juga mengenai jurang pendidikan antara masyarakat bandar dan luar bandar. Walaupun isu pendidikan di

Malaysia mendapat perhatian serius semua pihak berkepentingan. Kerajaan telah

melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) pada tahun

2013-2025 untuk melahirkan ekosistem pendidikan yang bersesuaian dengan kehendak

masyarakat.61 Matlamat utama adalah supaya generasi muda Malaysia akan terus mendapat pendidikan berkualiti setanding dengan standard pendidikan antarabangsa

yang semakin meningkat, dan untuk membolehkan mereka berperanan sebagai sumber

tenaga manusia di Malaysia yang berhasrat untuk membina negara bangsa Malaysia.

Keadaan ini adalah salah satu usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan untuk

mewujudkan sistem pendidikan yang sempurna.

Walaupun pendidikan sehingga hari ini masih belum memainkan peranan yang

besar dalam proses pembinaan negara bangsa tetapi terdapat pelbagai kebaikan yang

telah kita perolehi. Meskipun terdapat pelbagai isu dan insiden yang mampu

memecahkan lagi hubungan antara etnik ini namun rakyat Malaysia tidak mengulangi

kesilapan dalam rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Perkara ini jelas menunjukkan

walaupun pendidikan tidak berjaya seratus peratus dalam membina negara bangsa

Malaysia tetapi sumbangannya dalam proses ini tidak dapat dinafikan.

59

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010

60

Wan Norhasniah Wan Husin, Nation-Building And 1Malaysia Concept: Ethnic Relations Challenges In The Educational Field, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2011, hlm. 235

61

Referensi

Dokumen terkait

Namun hal ini berbeda jika terjadi kemerosotan dalam hubungan keluarga, baik itu berupa kurang perhatiannya orangtua atau konflik yang sering terjadi dalam

yang hanya dapat diakses jaringan lokal, PPTP memungkinkan koneksi yang aman dan terpercaya kepada jaringan kantor melalui internet.Hal ini sangat berguna untuk

Pemanfaatan teknologi VPN dengan menggunakan protokol PPTP ini juga pernah diimplementasikan oleh mahasiswa dari program Studi Teknik Informatika Stimik Provisi yang

Penyakit tekanan darah tinggi atau hipertensi yaitu penyakit yang ditimbulkan karena tekanan darah di atas normal (140/90 mm Hg).. Hipertensi disebabkan oleh

16 Desmita, Op.Cit, hlm. Santrock, Op.Cit ,hlm.. Attachment adalah suatau hubungan yang psikologis yang diskriminatif dan spesifik serta mengikat seseorang dengan

Gangguan mobilitas sendi, fungsi motor, kinerja otot dan ROM yang berkaitan dengan.. Cedera

 Akan tetapi meskipun tidak ada gejala yang muncul, virus hepatitis B dapat merusak hati secara diam-diam selama bertahun-tahun.  Oleh karena itu PENTING bagi

Belajar akan lebih berhasil apabila sesuai dengan minat dan kebutuhannya. Cita-cita tentang jenis pekerjaan di masa datang merupakan faktor penting yang