• Tidak ada hasil yang ditemukan

Penterjemahan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Dalam Pendidikan Teknik Dan Vokasional Dari Aspek Pembangunan Sumber Manusia

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Penterjemahan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Dalam Pendidikan Teknik Dan Vokasional Dari Aspek Pembangunan Sumber Manusia"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

Penterjemahan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Dalam Pendidikan Teknik Dan Vokasional Dari Aspek Pembangunan Sumber Manusia

Ananthi Ponnalagu Nor Aishah Buang Fakulti Pendidikan, UKM

________________________________________________________________________ Abstrak

Menghasilkan individu yang seimbang serta harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan fizikal, berasaskan pegangan teguh dan kepercayaan kepada Tuhan adalah matlamat utama pendidikan negara.Falsafah Pendidikan Kebangsaan memainkan peranan yang penting dalam merealisasikan hasrat pendidikan negara. Pendidikan Teknik dan Vokasional merupakan salah satu cabang pendidikan yang ditawarkan dan ianya merupakan suatu bidang pendidikan yang menyediakan sumber guna tenaga yang berkebolehan serta berkemahiran apabila memasuki alam pekerjaan.Perkembangan Pendidikan Teknik dan Vokasional sentiasa memastikan bahawa keperluan tenaga rakyat negara dapat dipenuhi pada setiap masa. Penterjemahan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional akan dibincangkan dalam kertas ini untuk memahami sejauhmana Pendidikan Teknik dan Vokasional dapat menjiwai Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam membangunkan sumber manusia dan melahirkan modal insan yang diperlukan oleh masyarakat serta negara. Kertas ini juga akan mengupas mengenai tugas semua pihak yang terlibat dalam memastikan Pendidikan Teknik dan Vokasional bergerak seiring dengan keperluan sumber manusia dan releven dengan kehendak pasaran.Memahami Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan menterjemahkannya melalui Pendidikan Teknik dan Vokasional memainkan peranan yang penting dalam membangunkan sumber guna tenaga bertaraf dunia selaras dengan hasrat Malaysia mencapai taraf negara maju menjelang2020.

Kata kunci: falsafah pendidikan kebangsaan, pendidikan teknik dan vokasional, pembangunan sumber manusia

__________________________________________________________________________ Pengenalan

Pendidikan memainkan peranan penting bagi merealisasikan hasrat negara untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020.Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan penting dalam menjayakan hasrat serta cita-cita negara.Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan bagi meningkatkan pencapaian akademik pelajar berteraskan konsep keseimbangan dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek. Menurut Ee Ah Meng (1994) melalui pendidikan generasi muda pada hari ini dan masa hadapan dapat diasuh dan dipupuk agar mereka membesar dan menjadi manusia yang bertanggungjawab kepada Tuhan, dirinya, masyarakat dan negara.

(2)

Pendidikan merupakan suatu proses yang berterusan bagi mengembangkan potensi individu ke arah kecemerlangan akademik serta mempunyai kepelbagaian kemahiran secara menyeluruh dan bersepadu selaras dengan hasrat kerajaan bagi melahirkan generasi yang berketerampilan dan berdaya saing di peringkat global.Ianya juga selaras dengan matlamat negara bagi melahirkan generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang di mata dunia.

Dalam sebuah negara yang kian pesat membangun, perubahan-perubahan dalam bidang pendidikan tidak dapat dielakkan. Ini adalah perlu bagi menampung keperluan-keperluan baru dalam pelbagai bidang. Sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami perubahan yang sangat ketara. Pendidikan adalah dalam bentuk keagamaan pada permulaanya.Pihak penjajah Inggeris telah mengubah corak pendidikan yang akhirnya menjadi asas kepada kepelbagaian dalam sistem pendidikan.Perkembangan politik dan ekonomi tanah air telah menjadi faktor-faktor utama dalam perubahan sistem pendidikan. Pendidikan terus berkembang semasa penjajahan Inggeris dengan memperkenalkan sekolah vernacular. Sekolah berasaskan etnik Melayu, Cina dan India yang menggunakan bahasa pengantar dan kurikulum masing-masing ditubuhkan. Semasa Jepun menjajah, sekolah Nihongo dibuka untuk menekankan kebudayaan mereka dan mewujudkan taat setia kepada Jepun. Sebelum merdeka, pemimpin tempatan berhasrat membina sistem pendidikan tersendiri. Laporan Penyata Razak 1956 menjadi asas Ordinan Pelajaran dibentuk tetapi gagal dilaksanakan.

Selepas merdeka, Jawatankuasa Rahman Talib telah mengeluarkan Laporan Rahman Talib 1960 dan Akta Pelajaran 1961 digubal. Agenda utama adalah memupuk perpaduan dan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Akta Pendidikan 1996 telah diwartakan. Implikasi daripada Laporan Kabinet, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah dilaksanakan.

Perubahan pendidikan hari ini lebih mengutamakan tenaga kerja yang berpendidikan tinggi supaya setaraf dengan negara lain.Senario pendidikan di negara ini daripada sebelum penjajahan Inggeris hinggalah ke era milenium kesemuanya adalah tidak terpisah daripada mengambil kira hal-hal berkaitan perpaduan dan kemajuan ke arah pembangunan dan kemakmuran negara.

(3)

Dasar Pendidikan Negara sememangnya dapat menampung keperluan sumber manusia buat masa ini dan masa depan. Ia adalah selaras dengan hasrat negara untuk mencapai tahap negara perindustrian. Oleh itu adalah penting rakyat diberikan pendidikan yang seiring dengan keperluan-keperluan kerajaan dan swasta bagi bidang-bidang tertentu seperti pengeluaran, pelancongan, perkhidmatan, dan sebagainya. Oleh itu dasar ini bukan sahaja dapat memenuhi keperluan tenaga manusia dari segi kuantitinya tetapi juga dari segi kualitinya.

Sumber manusia yang terlatih dan berkemahiran adalah nadi penggerak utama negara dan ianya adalah hasil dari sistem pendidikan yang mantap dan baik. Corak kemajuan di dalam sistem pengurusan dan perkhidmatan bagi sesebuah organisasi atau negara sebenarnya berkait rapat dengan kemantapan dan kehebatan sistem pendidikan di dalam negara tersebut. Kemampuan sumber manusia di dalam pengurusan organisasi dan perkhidmatan mempunyai kaitan yang rapat dengan sistem Pendidikan Teknik dan Vokasional.Oleh yang demikian, jika Malaysia ingin melihat kemajuan di dalam sistem pengurusan organisasi dan perkhidmatan maka perlulah ada satu gerakan secara tersusun dan bersepadu disemua peringkat untuk memperkasakan sistem latihan teknik dan vokasional sedia ada.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Fungsi asas falsafah pendidikan ialah memberi panduan atau haluan kepada pakar pendidikan untuk merancang dan mereformasikan sistem pendidikan berlandaskan idea, konsep dan matlamat pendidikan negara.Sehubungan ini, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) adalah digubal secara rapi dan teliti oleh pakar-pakar pendidikan dengan mengambil kira aspek-aspek yang berkaitan dengan keperluan individu, masyarakat dan negara.Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dahulunya disebut Falsafah Pendidikan Negara, merupakan dasar pendidikan yang dilaksanakan di negara ini.Falsafah Pendidikan Kebangsaan menyatakan:

“Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruhdan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan.Usaha ini adalah

(4)

bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”

(Akta Pendidikan1996, Akta 550) Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah menetapkan matlamat pendidikan negara dengan jelas, iaitu pendidikan ke arah melahirkan insan, masyarakat dan warganegara yang baik. Berdasarkan penyataan falsafah ini,matlamat pendidikan negara bolehlah dinyatakan secara ringkas sebagai usaha untuk melahirkan warganegara yang mempunyai sahsiah yang baik, seimbang dan sepadu dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan yang percaya dan patuh kepada Tuhan,berilmu pengetahuan, berfikiran kreatif dan rasional, berakhlak mulia, berketrampilan, berkeupayaan memberi sumbangan ke arah menambahkan kemakmuran masyarakat dan negara,setia kepada negara dan bertanggungjawab untuk menjaga hubungan baik dan mesra di antara insan dan memupuk perpaduan masyarakat Malaysia.

Dalam aspek ekonomi, rakyat Malaysia yang terlatih dalam pelbagai kemahiran dapat membantu negara memperkembang ekonomi dengan meningkatkan daya pengeluarannya. Tujuan ini dapat dicapai dengan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,berketrampilan, bertanggungjawab dan berupayaan memberi sumbangan terhadap kemakmuran negara. Cita-cita memperkembang ekonomi Malaysia telah menjadi salah satu matlamat pendidika negara yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Falsafah pendidikan yang diajar dengan betul akan membuatkan seseorang individu itu mengetahui apa yang dilakukannya dan kenapa melakukannya. Ini mendorong kepada individu yang memasuki alam pekerjaan supaya mereka boleh membezakan apa yang betul dan apa yang salah. Falsafah Pendidikan Kebangsaan menekankan kepada perkembangan potensi individu secara bersepadu dan menyeluruh kearah melahirkan insan yang mempunyai sikap yang dipercayai, yakin dan patuh kepada tuhan ( Mohd Fathi, Rohana, Amirmudin, 2010).

Pendidikan Teknik Dan Vokasional

Pendidikan teknik dan vokasional merupakan salah satu cabang pendidikan yang ditawarkan pada masa kini. Semenjak pendidikan pravokasional diperkenalkan banyak perubahan yang dinamik telah berlaku bagi memenuhi hasrat kerajaan dan halatuju

(5)

pendidikan negara sejajar dengan perkembangan sains dan teknologi. Pendidikan Teknik dan Vokasional di Malaysia diperkenalkan pada tahun 1964 iaitu di bawah Jabatan Pengurusan Teknik kini dikenali sebagai Bahagian Pengurusan Teknik dan Vokasional (BPTV).Pada awalnya, penubuhan bahagian ini berfungsi untuk memastikan kesinambungan polisi pendidikan dan perkembangan pendidikan teknik dan vokasional di Malaysia.

Antara bidang operasi yang terdapat di BPTV pada ketika itu ialah menyediakan perkhidmatan dalam penyelidikan, perancangan, pelaksanaan, pengkoordinasian, pengawasan dan pemantauan perkembangan pendidikan teknik dan vokasional sebagai agensi pusat untuk Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional. Dalam usaha menyelaraskan setiap bidang operasi yang ada di BPTV maka tujuh buah unit diwujudkan, iaitu:

1. Unit Ketukangan Kejuruteraan 2. Unit Perdagangan

3. Unit Ekonomi Rumah Tangga (ERT) 4. Unit Sains Pertanian

5. Unit Kursus Pendek 6. Unit Politeknik 7. Unit Pentadbiran

Pada tahun 1986, unit di dalam BPTV telah bertambah menjadi sepuluh unit iaitu: 1. Unit Kejuruteraan Awam

2. Unit Kejuruteraan Elektrik 3. Unit Kejuruteraan Mekanikal 4. Unit Perdagangan

(6)

6. Unit Sains Pertanian 7. Unit Pembangunan 8. Unit Pengurusan pelajar 9. Unit Pengurusan

10. Unit Pentadbiran

Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional dinaik taraf dan bertukar nama sebagai Jabatan Pendidikan Teknikal pada tahun 1995. Kementerian Pendidikan telah mengambil tindakan penting pada tahun 1995 dengan menggubal Pelan Tindakan Peningkatan Pengeluran Tenaga Manusia Teknikal yang menyebut bahawa:

”Pelan Tindakan Pengeluaran Tenaga Manusia Teknikal bertujuan meningkatkan keluaran juruteknik dan jurutera menjelang tahun 2020 dengan menggunakan satu strategi terancang yang radikal bagi menjuruskan pelajar ke bidang teknik semasa di sekolah menengah lagi. Pelan ini melibatkan penawaran mata pelajaran teknikal di beberapa buah sekolah menengah atas serta pengembangan sekolah menengah teknik dan

politeknik.” (Kementerian Pendidikan 1996:45)

Pada tahun 1995 pula, beberapa perubahan telah berlaku dalam PTV termasuklah penstrukturan semula 69 Sekolah Menengah Vokasional (SMV) kepada Sekolah Menengah Teknik (SMT). Ini bemakna semua SMV menjadi SMT dan pendidkan vokasional dijalankan oleh agensi kerajaan yang terlibat. Beberapa mata pelajaran teknikal juga telah diubah.

Pendidikan Teknik dan Vokasional diwujudkan bagi memberi peluang kepada pelajar yang mempunyai kecenderungan kepada pendidikan sains dan teknologi untuk memenuhi keperluan tenaga kerja di industri di dalam mahupun diluar negara. Bagi merealisasikan program pendidikan teknikal ini, banyak program yang berkaitan telah diwujud dan ditawarkan. Sistem latihan ini juga telah diperkenalkan diperingkat sekolah menengah sehinggalah ke peringkat universiti. Usaha-usaha ini adalah bagi membolehkan pelajar-pelajar yang berpotensi dilatih untuk menjadi tenaga kerja professional dan separa profesional di dalam pelbagai bidang teknologi dan kejuruteraan.

(7)

Melalui usaha - usaha ini pihak kerajaan berharap dapat melahirkan tenaga kerja yang berkualiti dan menyumbang kepada pembangunan sumber manusia.

Pihak kerajaan berhasrat untuk melonjakkan kecemerlangan pelajar sehingga boleh mengangkat nama dan sistem pendidikan negara di mata dunia melaui kecemerlangan mereka dalam bidang teknin dan vokasional.

Sistem Pendidikan Teknik dan Vokasional Di Malaysia

Enrolmen dalam pendidikan teknik dan voksional perlu dipertingkatkan dan kualiti latihan secara keseluruhan harus dberi perhatian yang sewajarnya untuk meningkatkan dengan ketara tahap kemahiran tenaga kerja. Sistem pendidikan di malysia bertujuann menambah bekalan modal insan berkemahiran di Malaysia melalui penyediaan pendidikan berkualiti kepada pelajar yang mempunyai kecenderungan dan keupayaan dalam bidang teknikal dan vokasional.

Pendidikan teknik dan vokasional di Malaysiah dijalankan oleh pihak kerajaan dan swasta. Kerajaan melaksanakan program formal pendidikan teknik dan vokasional melalui agensi-agensinya iaitu Kementerian Pendidikan, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Belia Dan Sukan, dan MARA. Kesemua agensi-agensi tersebut masing-masing mempunyai corak pendidikan dan latihan yang menjurus kepada melahirkan tenaga mahir dan separa mahir di bidang teknikal dan vokasional disamping pengetahuan teknologi. Agensi latihan swasta seperti Institut Teknologi Federal, Institut Teknologi Pekerja, TAFE (Seremban) dan juga Jayadiri Institute Of Technology yang menjalankan kursus dalam pelbagai peringkat untuk memenuhi keperluan mereka sendiri. Agensi latihan swasta menyediakan pelajar mereka menduduki peperiksaan atau ujian tempatan seperti yang dikelolakan oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) dan agensi luar negeri yang berkaitan dengan bidang mereka seperti British Technical Education Council (BTEC), City And Guilds (London) (Siti dan Nor Azizah,1995).

Isahak (1992) menegaskan bahawa tenaga manusia yang diperlukan di dalam pengurusan organisasi yang berasaskan kepada industri tentulah tenaga manusia yang cekap dan profesional, berfikiran terbuka untuk menerima dan mengkaji maklumat dan ilmu serta dapat membuat penyesuaian dengan cepat. Memandangkan aktiviti perindustrian pada masa hadapan adalah berteraskan teknologi tinggi maka adalah

(8)

sesuatu kemestian bagi pihak kerajaan dan swasta yang terlibat dengan pendidikan teknik dan vokasional ini untuk membuat perancangan yang teliti dan komprehensif demi mewujudkan suatu sistem pendidikan yang baik agar ia dapat mampu memenuhi keperluan semasa.

Kementerian Pendidikan selaku agensi kerajaan yang utama dalam mengendalikan pendidikan teknik dan vokasional telah melakukan pelbagai usaha dalam mempertingkatkan lagi kualiti pendidikan bidang ini, infrastruktur, kelayakan pengajar dan sebagainya. Shahril (1999) menyatakan bahawa selain menyediakan pendidikan vokasional dan teknikal di peringkat menengah atas, Kementerian Pendidikan juga telah mendirikan sebanyak tujuh buah politeknik yang menawarkan pelbagai kursus seperti kejuruteraan awam, elektrik, elektronik, jentera, kejuruteraan laut, perdagangan, komputer, pemprosesan maklumat, akauntasi dan pemasaran di peringkat sijil dan diploma bagi menyediakan tenaga kerja terlatih di peringkat separa iktisas. Ini menggambarkan akan usaha bersungguh-sungguh kerajaan dalam menyediakan prasarana yang mencukupi bagi membentuk suatu sistem pendidikan teknik dan vokasional yang sistematik, efisien dan mampu mengeluarkan produk menurut keperluan pasaran semasa. Amalan Dan Pelaksanaan Pendidikan Teknik Dan Vokasional Di Sekolah

Merujuk kepada portal rasmi Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Dasar Pendidikan Teknikal dan Vokasional (PTV) di Kementerian Pelajaran Malaysia adalah untuk memberikan akses, ekuiti dan pendidikan yang berkualiti kepada pelajar yang mempunyai kecenderungan, kebolehan, minat dan bakat dalam bidang teknik, vokasional dan kemahiran.

Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) menggariskan enam strategi serta beberapa pendekatan pengurusan terkini untuk memperkasa pendidikan vokasional dan teknikal. Enam strategi itu ialah:

i. Mempertingkatkan kualiti pengurusan vokasional dan teknik. ii. Memperkasakan kurikulum vokasional dan teknik.

iii. Meningkatkan hubungan industri dan badan profesional. iv. Memperkasa keusahawanan di sekolah .

(9)

swasta.

vi. Perancangan komunikasi – Mengubah minda masyarakat ke arah menjadikan program vokasional dan teknikal sebagai pilihan utama pendidikan.

Di antara strategi-strategi yang dinyatakan, terdapat beberapa strategi telah diamalkan dan dilaksanakan di sekolah Vokasional dan Teknik di Malaysia. Iaitu pihak sekolah telah meningkatkan hubungan industri dan badan professional dengan cara menghantar murid-murid aliran kemahiran untuk melakukan kerja-kerja amali di luar sekolah pada waktu persekolahan. Selain daripada itu, setiap sekolah vokasional dan teknik telah diminta untuk mewujudkan keusahawanan di sekolah . Dengan wujudnya keusahawanan ini, setiap murid akan mendapat ilmu perniagaan selain daripada kemahiranhands on.

Suatu sistem pendidikan teknik dan vokasional yang baik bagi maksud pembangunan sumber manusia yang lebih menyeluruh iaitu di kalangan pelajar yang cemerlang, sederhana dan lemah di dalam bidang akademik mereka telah diwujudkan. Ini juga merupakan suatu usaha untuk meluaskan lagi corak pendidikan yang tidak semata-mata menekankan akademik atau umum tetapi turut mengambil kira pendidikan teknik dan vokasional di samping teknologi dalam melahirkan sumber tenaga manusia di bidang yang amat diperlukan negara sekarang ini.

Pendidikan teknik dan vokasional juga berperanan sebagai sistem alternatif bagi menyediakan latihan pendidikan bercorak kemahiran pra-vokasional dalam usaha untuk menyediakan mereka memenuhi permintaan pasaran pekerjaan pada masa hadapan. Siti dan Nor Azizah (1995) telah menggariskan beberapa objektif penubuhan sekolah menengah teknik dan vokasional iaitu nenyediakan pelajar dengan pengetahuan asas dan kemahiran bagi memenuhi keperluan sektor industri dan perdagangan, menyemai sikap bertanggungjawab dan kesungguhan supaya menjadi pelajar yang berguna dan produktif, membina asas yang kukuh kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian di dalam bidang pengajian teknik dan vokasional dimasa hadapan.

Objektif-objektif ini membuktikan akan kepentingan pendidikan teknik dan vokasional dalam berperanan melatih, seterusnya melahirkan golongan yang mempunyai pengetahuan, sikap dan kemahiran tinggi yang berupaya memenuhi keperluan guna tenaga manusia di negara kita. Ini akan membantu melahirkan pekerja yang mampu untuk memenuhi harapan dalam aspek pengurusan organisasi dan perkhidmatan di Malaysia.

(10)

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) Dan Penterjemahnnya Dalam Kurikulim Pendidikan Teknik Dan Vokasional

Kurikulum subjek – subjek dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional digubal untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani. Kurikulum matapelajaran memainkan peranan penting dalam menjiwai Falafah Pendidikan Kebangsaan dan melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan dan mempunyai kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.

Bagi membantu guru melaksanakan pengajaran yang berkesan, Huraian Sukatan Pelajaran disediakan bagi setiap tahun pembelajaran. Huraian Sukatan Pelajaran mengandungi objektif khusus pembelajaran sebagai rujukan guru bagi melaksanakan pengajaran dan pembelajarannya. Di samping itu, ia juga mengandungi organisasi kandungan yang merangkumi kemahiran, hasil pembelajaran dan pengisian kurikulum.

Perubahan Pendidikan Teknik dan Vokasional di sekolah adalah selaras dengan cita-cita dan tujuan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ianya meliputi perubahan sukatan pelajaran Pendidikan Teknik dan Vokasional yang berorientasikan kepada program bersepadu contohnya penyediaan folio dalam subjek prinsip perakaunan dapat menyediakan pelajar yang memahami kitaran perakaunan yang lengkap dan memahami dengan baik proses perakaunan. Perubahan bahan-bahan pelajaran Pendidikan Teknik dan Vokasional yang mengutamakan nilai-nilai murni diserapkan dalam semua mata pelajaran contohnya mempelajari mengenai hak pengguna dalam subjek kemahiran hidup bersepadu. Perubahan program Pendidikan Teknik dan Vokasional yang berorientasikan ke arah pendidikan umum dan alam pekerjaan serta melatih kemahiran pelajar dalam bidang vokasional dan teknologi juga disediakan dalam kurikulum.

(11)

Pendidikan adalah syarat yang paling utama untuk pembangunan ekonomi sesebuah negara.(C.F.Ayres 2010). Tidak dapat dinafikan bahawa tanpa sumbangan sumber manusia yang berkualiti, agak sukar bagi sesebuah negara mencapai matlamat yang diinginkan sama ada dalam pembangunan ekonomi atau pun dalam aspek pembangunan sosial.

Sumber manusia ditakrifkan sebagai sekumpulan kakitangan dan pekerja yang berkhidmat dalam sesebuah organisasi. Sumber manusia dianggap lebih penting daripada sumber-sumber lain seperti wang, mesin, teknologi dan sebagainya kerana manusia atau pekerjalah yang menentukan penggunaan sumber-sumber tersebut secara optimum.. Sumber manusia atau pekerja dikatakan merupakan modal insan apabila dia mempunyai kebolehan, ilmu, kemahiran, pengalaman dan jaringan yang dapat digunakan untuk mengeluarkan produk atau perkhidmatan. Sumber manusia yang berkualiti adalah elemen terpenting dalam memastikan sesebuah negara dapat terus berdaya saing dan berdaya tahan, lebih-lebih lagi dalam era globalisasi yang berlandaskan pengetahuan, serta bertunjangkan sains dan teknologi.

Sumber manusia merupakan teras kepada pembangunan negara. Pembangunan sesebuah negara itu akan berjaya dalam persekitaran yang mencabar ini sekiranya sumber manusia yang ada pada negara tersebut berusaha dengan lebih tekun untuk meninggikan produktiviti, kecekapan dan daya saing, serta meningkatkan kemampuan inovasi dan daya kreativiti.

Pada era globalisasi yang penuh cabaran di mana ilmu tersebar luas dan datang dari pelbagaipunca, negara memerlukan modal insan yang bukan sahaja memiliki pengetahuan sahaja,tetapi mereka juga perlu mempunyai kemahiran, baik dari segi teknikal dan pandai berbahasa, berkomunikasi, kreatif dan berpandangan jauh agar mereka boleh bersaing dengan negara lain.Bagi melahirkan generasi masa hadapan yang berkemahiran, berketerampilan, berilmu dan beretika mulia yang dapat memenuhi keperluan guna tenaga dalam ekonomi yang berasaskan pengetahuan serta mewujudkan satu bangsa yang bersepadu, perkara-perkara berikut perlu dilakukan kepada pengurusan sumber manusia di negara ini terutamanya dalam sistem pendidikan seperti memperkasakan sekolah kebangsaan, memperkukuhkan penguasaan dalam Bahasa Inggeris, memantapkan profesion perguruan, meningkatkan kualiti sekolah luar bandar, menyediakan peluang pendidikan tinggi dan menggalakkan pendidikan sepanjang hayat,

(12)

membanteras amalan bibit-bibit perkauman di kalangan pelajar dan sebagainya (Ismail, 2005).

Pendidikan dan pembangunan sumber manusia adalah kunci kepada peningkatan daya saing negara. Bekalan tenaga kerja yang terlatih, produktif dan komited adalah keperluan utama bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara berterusan seperti negara lain. Kepelbagaian kemahiran, kecemerlangan intelek, ketinggian nilai moral dan keteguhan jati diri sepatutnya adalah hasil muktamad sistem pendidikan kita. Kekurangan buruh mahir akan memperlahankan peralihan Malaysia ke ekonomi yang berdasarkan pengetahuan.

Dalam aspek ekonomi, adalah penting menyediakan sumber manusia yang berilmu selaras dengan kemajuan negara berasaskan kemahiran, kreativiti, serta berdaya saing tinggi bagi mencapai kemajuan negara berasaskan K-ekonomi dan selaras dengan perkembangan globalisasi. Jadi penggunaan optimum guna tenaga buruh dan sumber sama ada sumber manusia atau sumber alam yang sedia ada akan mempercepatkan dan menjayakan matlamat ini. (Zuraidah,2003)

Pembangunan Sumber Manusia Melalui Pendidikan Teknik Dan Vokasional

Adalah penting bagi kita untuk mengekalkan daya saingan dan produktiviti dengan menghasilkan tenaga kerja yang berkemahiran, bermotivasi dan berpendidikan secara konsisten. Malaysia kini dalam usaha untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan industri dan seirirng dengan itu hasrat dan harapan negara terhadap latihan dan pendidikan dalam bidang teknik dan vokasional adalah amat tinggi. Kelemahan di dalam sistem latihan atau pun pendidikan teknik dan vokasional akan menyebabkan kurangnya tenaga mahir yang seterusnya menjejaskan kadar pertumbuhan industri dan pengeluaran nasional.

Pembangunan sumber manusia memerlukan komitmen yang tinggi dan berpanjangan dari pelbagai pihak. Pemahaman Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam kalangan semua pihak memainkan peranan penting dalam aspek pembangunan sumber manusia. Pendidikan berperanan membentuk modal insan yang mahir, harmonis, cekap, berketrampilan,beretika, berilmu dan beriman, berkebolehan, berfikiran terbuka, kreatif dan inovatif, bijak mencari dan menggunakan maklumat yang diperoleh, serta memiliki ciri-ciri seorang usahawanan. Pendidikan diharapkan dapat melahirkan seorang insan

(13)

berketrampilan seperti yang diharapkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Peningkatan bilangan murid dalam aliran pendidikan teknik dan vokasional berlaku disebabkan oleh kesedaran masyarakat, ibu bapa dan murid sendiri mengenai kepentingan pekerjaan yang mempunyai kemahiran vokasional dan teknikal serta kepentingannya terhadap permintaan pasaran kerja yang ada kaitannya terhadap keperluan untuk pembangunan ekonomi negara.

Kurikulum pendidikan teknik dan vokasional haruslah diubah dari masa ke semasa mengikut kesesuaian.Sistem pendidikan vokasioanal perlu kepada perubahan dari masa ke semasa mengikut kesesuaian keperluan organisasi dan perkhidmatan di Malaysia kerana sehingga kini tidak ada satupun sistem yang boleh dijadikan sebagai formula terbaik untuk menyelesai masalah tahap kemahiran sumber manusia. Keperluannya yang selalu berubah sejajar dengan perkembangan teknologi terkini menyebabkan sistem pendidikan teknik dan vokasional memerlukan kaedah penyelesaian yang lebih dinamik.

Dalam menjayakan kurikulum Pendidikan Teknik dan Vokasional warga pendidik yang mempunyai pengalaman dalam bidang tersebut haruslah disediakan. Untuk mendapat pelajar yang baik, para guru dan pendidik perlulah meningkatkan kemahiran mereka terlebih dahulu. Pendekatan yang diamalkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang diamalkan di dalam sistem penyampaian pendidikan vokasional juga perlu diubahsuai agar ia selari dengan kehendak organisasi dan perkhidmatan di Malaysia.

Pendidik memainkan peranan penting dalam menterjemahkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan melalui proses pengajaran dan pembelajaran di kelas. Pendidik yang benar-benar memahami Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan dapat mengubah sikap peribadi dengan pandangan dan visi yang positif terhadap tugasnya bagi merealisasikan matlamat Falsafah Pendidkan Kebangsaan. Melalui kefahaman ini juga, pendidik akan dapat mengubah strategi dan teknik pengajaran yang bersesuaian bagi melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, berketerampilan dan berakhlak mulia.Oleh yang demikian sangatlah penting bagi pendidik untuk benar-benar memahami matlamat dan tujuan yang ingin dicapai oleh negara melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dengan memahami sepenuhnya kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan, guru Pendidikan Teknik dan Vokasional akan dapat memertabatkan Pendidikan Teknik dan Vokasional setanding dengan aliran sains.(Mohd Fathi, Rohana, Amirmudin, 2010).

(14)

Pihak swasta juga memainkan peranan penting dalam menjayakan sisitem pendidikan di Malaysia.Pihak swasta harus berganding bahu dengan pihak kerajaan dan memastikan bahwa segala keperluan dan perubahan yang berlaku dalam trend

pembangunan sumber manusia disalurkan kepada pihak yang terlibat. Pendekatan yang diamalkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang diamalkan di dalam sistem penyampaian pendidikan vokasional juga perlu diubahsuai agar ia selari dengan kehendak organisasi dan perkhidmatan di Malaysia. bagi memastikan teknologi yang diajar diperingkat sekolah ataupun institut pengajian tinggi adalah seiring dengan keperluan organisasi dan perkhidmatan semasa maka perhubungan ini dapat dieratkan lagi dengan mewujudkan jawatankuasa penasihat akedemik. Jawatankuasa ini akan melibatkan pihak industri secara langsung di dalam merangka kurikulum diperingkat awal sehinggalah ke peringkat yang tinggi. Keadaan ini akan membantu di dalam melahirkan sumber manusia yang mahir di dalam menguruskan organisasi dan

perkhidmatan. Secara tidak langsung ia boleh membentuk sebuah organisasi yang mantap dan berdaya maju apabila menerajui mana-mana organisasi kelak.

Kesimpulan

Pembangunan sumber manusia merupakan sesuatu yang harus dititik beratkan kerana sumber manusia adalah penyumbang atau aset utama dalam pembangunan sesebuah negara. Dalam era globalisasi ini, sesebuah negara yang tidak mempunyai pembangunan sumber manusia akan terus ketinggalan dalam pelbagai bidang termasuklah dalam bidang ekonomi, sosial, politik dan sebagainya. Pendidikan Teknik dan Vokasional memainkan peranan penting untuk memajukan sumber manusia dan semua pihak harus bekerjasama dalam memastikan segala usaha ke arah mewujudkan pembangunan sumber manusia yang berkualiti tinggi dipraktikkan pada setiap tahap. Melalui sistem pendidikan ini lahirnya sumber manusia yang cemerlang, gemilang dan terbilang dan apabila kemajuan dalam bidang pendidikan telah di kecapi, istilah negara maju serta Wawasan 2020 bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dicapai.

RUJUKAN

Abdul Fatah Hasan. (2007). Mengenal Falsafah Pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

(15)

Ayres, R. U., & Warr, B. (2010). The economic growth engine: how energy and work drive material prosperity. Edward Elgar Publishing.

Ee Ah Meng (1994). Amalan dan pelaksanaan di sekolah Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Falsafah Pedidikan Kebangsaan (2007). 50 Tahun Pembangunan Pendidikan Tinggi di Malaysia (1957-2007) -Penerbit USM.

Isahak Haron, (1992).”Aliran Perkembangan Pendidikan dan Pembentukan Malaysia Sebagai Negara Industri Dalam Abad ke-21.UPM.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2002), Laporan Jawatankuasa Pusat Perkembangan Kurikulum, Kuala Lumpur, Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pelajaran Malaysia (1980), Laporan Jawatankuasa Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran, Kuala Lumpur, (Laporan Kabinet).

Kementerian Pendidikan Malaysia (1987), Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Kuala Lumpur. Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2001), Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat dan Misi. Kuala Lumpur. Pusat Perkembangan Kurikulum

Mohd Fathi, Rohana dan Amimudin (2010). Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional di Malaysia.

Shahril @ Charil Marzuki dan Habib Mat Som (1999), Isu Pendidikan di Malaysia dan Cabaran. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributor Sdn. Bhd.

Siti Maspiah Hassan danNor Azizah Salleh (1995). Pendidikan Vokasional: Formal Dan Normal Ke Arah Wawan 2020. UKM.

Undang-Undang Malaysia, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), 1996, Percetakan Nasional Berhad, Kuala Lumpur.

Zuraidah Mohd Zain (2003). TVET In Malaysia. Universiti Malaysia Perlis. .

Referensi

Dokumen terkait

Upaya yang dilakukan SPA untuk menyelesaikan permasalahan tersebut adalah bertindak dengan meminta pihak manajemen perusahaan guna melakukan pertemuan Tripartit dan

Pemahaman materi oleh siswa tersebut, ditunjukkan pada saat guru memberikan tugas pada siswa untuk mendiskripsikan tentang apa manfaat memiliki motivasi belajar,

Manusia tidak dapat terlepas dari lingkaran sistem, sistem apapun dalam dirinya, termasuk diantaranya adalah sistem hukum dan sistem peradilan pidana (Lihat J.W... Pendekatan

Untuk memecahkan masalah yang ada pada SMK Jakarta Pusat 1 adalah dengan media pengembangan sistem dengan menggunakan metode air terjun (Waterfall) yang dapat mengatasi

Dengan memanjatkan puji syukur kehadirat Allah SWT yang telah memberikan rahmat, taufik dan hidayah-Nya sehingga penulis dapat menyelesaikan skripsi yang berjudul

Dengan demikian dapat berarti bahwa hipotesis H3 motivasi dan etos kerja islam mempunyai pengaruh signifikan terhadap kinerja karyawan. Motivasi dan etos kerja Islam

Abstrak - Penelitian ini bertujuan untuk membandingkan penggunaan mesin semi otomatis dan penggunaan peralatan tradisional pada proses pembuatan agar – agar kertas,

Begitu juga dengan keluarga Maniam datang dari Kerala, India, bekerja sebagai buruh, bekerja di estet, difitnah, akhirnya menjadi tandil dan status sosialnya