• Tidak ada hasil yang ditemukan

Bab 7 Sistem Pemerintahan Dan Pentadbiran Negara Malaysia

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Bab 7 Sistem Pemerintahan Dan Pentadbiran Negara Malaysia"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

BAB 7 SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN NEGARA MALAYSIA a) Ciri-ciri Demokrasi Berparlimen.

Pada akhir pelajaran ini, murid-murid akan dapat: Memahami ciri-ciri Demokrasi Berparlimen di Malaysia Aras 1

• Mentakrif Demokrasi Berparlimen.

• Menyenaraikan ciri-ciri Demokrasi Berparlimen. • Menjelaskan konsep keluhuran perlembagaan. • Menyenaraikan kuasa Yang DiPertuan Agong.

• Menyenaraikan badan-badan pemerintah dan fungsinya. • Menyatakan proses pilihanraya.

• Menyatakan pihak yang ter libat dalam pilihanraya.

• Menyenaraikan parti politik yang ditubuhkan sehingga tahun 1963. Aras 2

• Menjelaskan ciri-ciri Demokrasi Berparlimen. • Menjelaskan kepentingan perlembagaan. • Menjelaskan proses pindaan perlembagaan. • Membandingkan fungsi badan-badan pemerintah. • Menghuraikan proses pilihanraya.

• Menggalurkan perkembangan parti politik di Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah selepas Perang Dunia Kedua sehingga tahun 1963

Aras 3

• Menjelaskan kepentingan pindaan perlembagaan

• Merasionalkan perlembagaan memperuntukkan perkara-perkara yang tidak boleh dipersoalkan

• Mewajarkan peranan rakyat dalam menentukan pemerintahan negara

Murid-murid juga akan dapat menghayati dan mengamalkan unsur dan tingkahlaku patriotisme berikut:

Sistem demokrasi sebagai ideologi pemerintahan negara • Mendokong amalan demokrasi negara kita

Keluhuran Perlembagaan

• Mempertahankan dan mendaulatkan Perlembagaan Negara Kesetiaan kepada raja dan negara

• Menghormati raja dan pemimpin negara Kedaulatan undang-undang

• Patuh kepada peraturan dan undang-undang Kepimpinan melalui teladan

• Bertanggungjawab dalam kepimpinan

Pilihan raya penting dalam sistem demokrasi • Menunaikan hak dan tanggungjawab

(2)

1. a. Terangkan ciri-ciri sistem pemerintahan yang mengamalkan demokrasi berparlimen. (Rujuk BT m.s: 161) •Rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara

•Raja-raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat •Rakyat berpeluang membentuk kerajaan

•Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihan raya

•Mereka berhak menyokong,mengekalkan atau menukar kerajaan yang sedia ada melalui pilihan raya.

•Sistem ini berjaya mengekalkan kerajaan yang adil, sejahtera dan stabil. •Negara kita yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen mempunyai perlembagaan, raja berperlembagaan, parlimen, mengadakan pilihanraya, terdapat kuasa pemerintahan, parti-parti politik dan kebebasan asasi rakyatnya.

2. a. Apakah perlembagaan? (Rujuk BT m.s: 162) •Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada pembentukan sesebuah kerajaan.

•Ia adalah dokumen rasmi dan di dalamnya terkandung segala peraturan dan prinsip sebagai panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasanya dan mentadbir negara.

•Parti politik yang memerintah mendapat panduan hala tuju pentadbiran negara, menjamin kerajaan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat.

2. b. Terangkan perkara-perkara yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia.

(Rujuk BT m.s: 163) •Perlembagaan Malaysia mengandungi 183 perkara

•Ia mengandungi peruntukan seperti Senarai Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, Institusi Yang Di Pertuan Agong, Parlimen,Jemaah Menteri dan badan kehakiman

•Perlembagaan Malaysia telah membuat pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri

•Negeri-negeri yang bergabung dalam persekutuan malaysia diberikan hak,kuasa dan tanggungjawab seperti dalam perlembagaan negeri

•Perlembagaan Malaysia telah memperuntukan Senarai Persekutuan,Senarai Negeri dan Senarai Bersama.

2. c. Apakah makna keluhuran perlembagaan? (Rujuk BT m.s: 163) •Keagungan dan ketertinggian undang-undang atau pelembagaan itu sendiri

•Keluhuran perlembagaan Malaysia mengatasi Yang di-Pertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan Mahkamah.

•Semua jenis undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia adalah tidak sah.

•Perkara 75 menyatakan undang-undang negeri yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan adalah terbatal dengan sendirinya.

•Mahkamah berkuasa membatalkan akta yang diluluskan di luar bidang kuasa Parlimen atau bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia.

•Mahkamah berkuasa menentukan kesahihan setiap undang-undang bagi menjamin keluhuran dan ketertinggian Perlembagaan Malaysia.

(3)

2. d. Huraikan kepentingan perlembagaan kepada negara kita. (Rujuk BT m.s: 163-165) •Perlembagaan berperanan untuk menjamin kestabilan sesebuah negara dengan menentukan rangka dan bentuk pentadbirannya

•Membantu dan menjamin kecekapan, kejujuran, keadilan, ketelusan serta kelicinan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah kerajaan.

•Sebagai panduan kepada pemimpin memerintah supaya pemerintahannya menepati kehendak perlembagaan dan aspirasi rakyat

•Menjamin taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi kepada negara

•Perkara 24 menyatakan seseorang yang mempunyai kerakyatan negara lain akan dilucutkan kewarganegarannya.

•Perkara 25 menyatakan seseorang warganegara boleh dilucutkan kerakyatannya jika terbukti tidak setia kepada negara ini. Tujuannya supaya rakyat memberikan sepenuh ketaatan kepada tanah air untuk mengekalkan identiti negara dan bangsa Malaysia.

•Menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat di negara ini. Setiap warganegara mempunyai hak asasi dan kebebasan seperti berpersatuan, beragama dan memiliki harta

•Dalam Perkara 153, Yang di Pertuan Agong bertanggungjawab menjaga dan memelihara hak istimewa serta kedudukan orang Melayu dan bumiputera di Sarawak dan Sabah. Hak istimewa dalam pemberian jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, kemudahan pendidikan serta pemberian lesen perniagaan dan perdagangan, tetapi tidak mengabaikan kaum-kaum yang lain.

•Menjamin kerjasama, kesepakatan, keadilan dan kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri untuk diselaras tanpa sebarang Perbalahan.

•Pembahagian ini menjelaskan Perlembagaan Negeri pula tidak boleh bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia

•Menjamin kedudukan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sarawak dan Sabah tidak dipersoalkan

•Kerajaan persekutuan menggunakan senarai kuasanya dalam bidang pendidikan dan kesihatan untuk membantu memesatkan pembangunan di negeri Sarawak dan Sabah.

3. a. Mengapakah perlembagaan negara kita dipinda? (Rujuk BT m.s: 165)

•Melindungi kepentingan rakyat, menjaga keselamatan negara dan melicinkan urusan pentadbiran negara.

•Supaya sentiasa relevan dan sesuai dengan keperluan semasa.

•Menjadikan perlembagaan sebagai undang-undang yang munasabah dan kandungannya dipatuhi oleh rakyat dengan rela hati.

•Melarang perkara sensitif dipersoalkan secara terbuka, antaranya pemerintahan beraja,agama Islam, kedudukan bahasa Melayu dan hak istimewa orang Melayu. •Meluluskan pindaan Akta Hasutan 1970 yang mengehadkan seseorang individu bercakap perkara sensitif yang boleh menimbulkan perbalahan antara kaum •Memelihara keselamatan, ketenteraman dan keharmonian masyarakat berbilang kaum dinegara kita

•Pemansuhan imuniti bagi Yang di Pertuan Agong dan raja yang memerintah negeri daripada kesalahan jenayah.

(4)

3. b. Terangkan kaedah-kaedah meminda perlembagaan dan perkara-perkara yang telah dipinda berdasarkan kaedah-kaedah tersebut. (Rujuk BT m.s: 166) KAEDAH PERTAMA

•Persetujuan majoriti lebih suara dua pertiga Dewan Parlimen dan persetujuan Majlis Raja-raja.

PERKARA DIPINDA

•Tugas dan kuasa Majlis Raja-raja Melayu. •Kewarganegaraan.

•Keutaman Yang di Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong,Raja-raja dan Yang Dipertuan Negeri.

•Kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak. •Perubahan sempadan negeri.

KAEDAH KEDUA

•Persetujuan majoriti lebih suara dua pertiga Dewan Parlimen dan kelulusan Yang Dipertua Negeri Sarawak dan Sabah.

PERKARA DIPINDA

•Keanggotaan dan bidang kuasa mahkamah Tinggi di Sarawak dan Sabah.

•Hak dan kuasa kepada kerajaan negeri tentang kuasa menahan kemasukan orang yang bukan dari Sarawak dan Sabah.

•Perkara perundangan dan pemerintahan kuasa negeri, agama, bahasa dan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sarawak dan Sabah.

KAEDAH KETIGA

•Persetujuan lebih suara dua pertiga Dewan parlimen. PERKARA DIPINDA

•Perkara yang tidak disebut dalam mana-mana tiga kaedah pindaan. KAEDAH KEEMPAT

•Persetujuan lebih suara Dewan Parlimen PERKARA DIPINDA

•Pindaan Jadual 2, 6 dan 7, Bahagian III tentang kewarganegaraan, bentuk sumpah, ikrar, pemilihan dan persaraan ahli Dewan Negara serta persempadanan kawasan pilihan raya.

•Pindaan Perkara 74 membolehkan Parlimen meminda atau membuat undang- undang mengenai perkara yang disebut dalam Senarai Persekutuan dan Senarai Bersama

•Hal yang sama boleh dilakukan oleh Dewan Undangan negeri mengenai perkara berhubung Senarai Negeri atau Senarai Bersama yang diperuntukan oleh

Perlembagaan.

•Dalam Perkara 76 Parlimen boleh membuat undang-undang dalam Senarai Negeri yang melibatkan perlaksanaan persetiaan, perjanjian atau konvonsyen antara persekutuan dengan mana-mana negara lain.

4. a. Apakah Raja Berperlembagaan? (Rujuk BT m.s: 167) •Sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia. •Yang di-Pertuan Agongbertindak berdasarkan Perlembagaan Malaysia dan nasihat Perdana Menteri.

•Baginda tidak boleh bertindak sendirian kecuali dalam hal tertentu yang memerlukan budi bicara baginda untuk membuat keputusan.

(5)

4. b. Bagaimanakah Yang di-Pertuan Agong dipilih? (Rujuk BT m.s: 167) •Yang di Pertuan Agong dipilih daripada sembilan buah Negeri Melayu secara bergilir-gilir selama lima tahun.

•Pemilihan Yang di Pertuan Agong dibuat mengikut peruntukan dalam perlembagaan Malaysia.

•Pemilihan Yang di Pertuan Agong dibuat oleh Majlis Raja-raja Melayu.

4. c. Apakah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong mengikut perlembagaan Malaysia? (Rujuk BT m.s: 168) •Mengetuai tiga badan kerajaan iaitu badan perundangan,badan kehakiman dan badan pelaksana.

•Berkuasa memanggil persidangan aprlimen dan membubarkan parlimen. •Merupakan Ketua Tertinggi Angkatan Bersenjata.

•Berkuasa mengampun atau menangguh sesuatu hukuman terhadap kesalahan yang dibicarakan oleh Mahkamah Tentera.

•Bertanggungjawab menjaga dan memelihara kedudukan dan hak orang Melayu •Boleh menitah Majlis Raja-Raja Melayu mesyuarat bagi membincangkan keistimewaan,kedudukan dan kehormatan serta kemuliaan Raja-Raja Melayu. •Ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri, Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan,Sarawak dan Sabah.

•Mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik Perdana Menteri.

•Berkuasa melantik dan melucutkan jawatan Jemaah Menteri dn Timbalan Menteri setelah mendapat nasihat Perdana Menteri.

•Boleh mengisytiharkan undang-undang darurat di bawah undang-undang X jika mendapati keselamatan negara terancam.

•Berkuasa melantik Pengerusi dan suruhanjaya Pilihan Raya,ahli Perkhidmatan Awam.

•Bertanggungjawab melantik Peguam negara dan seorang Ketua Audit Negara bagi Persekutuan.

•Mempunyai kuasa mentauliah duta-duta negara kita.

5. Apakah konsep pengasingan kuasa? (Rujuk BT m.s: 171) •Konsep pengasingan kuasa ini adalah kuasa pemerintahan dibahagikan kepada tiga cabang iaitu badan perundangan,badan pelaksana dan badan kehakiman.

•Ketiga-tiga badan ini harus dipegang oleh pihak yang berasingan untuk mengelakkan pembolotan kuasa.

6. a. Apakah perundangan? (Rujuk BT m.s: 172) •Perundangan merujuk kepada undang-undang yang digubal oleh badan

perundangan yang dipertanggungjawabkan oleh perlembagaan.

•Parlimen ialah badan perundangan yang bertanggungjawab menggubal undang- undang di negara kita.

6. b. Terangkan fungsi badan perundangan (Legislatif). (Rujuk BT m.s: 172) •Fungsi badan perundangan adalah mengubal undang-undang bagi menjamin keadilan dan kesejahteaan rakyat.

(6)

6. c. Jelaskan fungsi dan keahlian Dewan Negara. (Rujuk BT m.s: 172) •Dewan Negara atau Senat merupakan dewan tertinggi dalam sistem pemerintahan negara kita.

•Dewan Negara mengandungi 69 orang ahli iaitu 26 orang ahli dipilh daripada 13 buah negeri,dua orang dipilih Yang diPertuan Agong mewakili Wilayah Kuala Lumpur.seorang dipilh mewakili Wilayah Persekutuan Labuan,manakala 40 lagi dilantik oleh Yang diPertuan Agong yang terdiri daripada individu yang cemerlang dan berjasa kepada negara.

•Ahli Dewan Negara digelar senator ini mewakili setiap negeri dan mereka dilantik tanpa melalui pilihan raya.

•Seseorang Senator memegang jawatan selama tiga tahun. •Senator mestilah berumur sekurang-kurangnya 30 tahun.

•Taraf Senator sama dengan Ahli Parlimen dan mereka boleh dilantik menjadi ahli jemaah menteri.

6. d. Jelaskan fungsi dan keahlian Dewan Rakyat. (Rujuk BT m.s: 172 ) •Dewan Rakyat merupakan dewan terpenting kerana ahlinya dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya umum.

•Dewan rakyat mengandungi 219 orang ahli yang mewakili semua kawasan pilihan raya diseluruh negara.

•Tempoh jawatan ahli Dewan Rakyat adalah lima tahun.

•Tugas utama Dewan Rakyat adalah menggubal dan meluluskan undang-undang pada peringkat Dewan Rakyat.

6. e. Jelaskan proses meluluskan udang-undang di Parlimen. (Rujuk BT m.s: 173) •Dicadangkan oleh Kementerian yang terlibat.

•Penggubalan rang undang-undang oleh Peguam Negara.

•Pembacaan pertama di Dewan Rakyat iaitu pembacaan tajuk rang undang-undang sahaja.

•Pembacaan Kedua di Dewan Rakyat dan rang undang-undang ini dibahaskan. • Perbincangan secara terperinci rang undang-undang pada peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat.

•Pembacaan Ketiga di Dewan Rakyat dengan mengadakan perbahasan sebelum diluluskan untuk dikemukakan kepada Dewan Negara.

•Penbentangan di Dewan Negara juga melalui proses yang sama dengan Dewan Rakyat.

•Penyerahan rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Negara kepada DYMM Yang di Pertan Agong untuk diperkenankan dan diturunkan cop mohor Negara.

•Pewartaan undang-undang dalam warta kerajaan untuk dikuatkuasakan.

7. a. Apakah badan pelaksana (Eksekutif)? (Rujuk BT m.s: 173) •Jemaah Menteri atau Kabinet merupakan badan pelaksana dasar-dasar kerajaan. •Kabinet merupakan pembuat dasar tertinggi negara.

•Tugas Jemaah Menteri atau kabinet adalah menggubal dasar-dasar kerajaan dalam semua perkara.

(7)

7. b. Jelaskan perjalanan kementerian sebagai badan pelaksana.

(Rujuk BT m.s: 173-174) •Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri juga mengetuai sesebuah atau beberapa kementerian.

•Setiap kemeterian bertanggungjawab menggubal dasar-dasar kerajaan. •Merancang program pembangunan ekonomi dan sosial di negara kita. •Menyelaras program pembangunan ekonomi dan sosial di negara kita.

•Setiap kementerian diketuai oleh seorang Menteri dan dibantu oleh Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen dan Setiausaha Politik.

•Seseorang Menteri yang tidak diberikan tugas dalam kementerian tertentu dikenali sebagai Menteri Tak Berpotrfolio.

•Kementerian ini diberikan tugas-tugas khas oleh Perdana Menteri.

8. a. Apakah fungsi badan kehakiman (Judisiari)? (Rujuk BT m.s: 174) •Badan kehakiman mempunyai kuasa mendengar serta menentukan perkara sivil dan jenayah, perkara sivil berkaitan dengan saman biasanya memerlukan afidavit, perkara jenayah pula melibatkan kanun keseksaan.

•Badan Kehakiman boleh menentukan kesahihan undang-undang yang dibuat oleh badan perundangan dan pihak badan pelaksana.

•Badan Kehakiman juga berkuasa mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri.

•Mahkamah telah diwujudkan oleh Perlembagaan Malaysia untuk melaksanakan tugas kehakiman di negara ini.

•Mahkamah mengisytiharkan undang-undang bertulis Kerajaan Persekutaun atau kerajaan Negeri.

•Mempunyai kuasa mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan tidak sah disisi undang-undang.

•Mahkamah tidak boleh meminda undang-undang kerana perkara itu merupakan kuasa badan perundangan atau parlimen.

8. b. Terangkan kuasa-kuasa yang dimiliki oleh mahkamah di negara kita.

(Rujuk BT m.s: 175) •Mahkamah mempunyai kuasa mentafsikan perlembagaan negara, mentafsirkan undang-undang,mengisytiharkan undang-undang bertulis Kerajaan persekutuan atau Kerajaan Negeri dan mempunyai kuasa mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan tidak sah di sisi undang-undang.

•Mahkamah tidak boleh meminda undang-undang kerana perkara itu merupakan kuasa badan perundangan atau parlimen. 8. c. Jelaskan perlantikan dan peranan hakim di negara kita. (Rujuk BT m.s: 176)

•Semua hakim dilantik oleh Yang di Pertuan Agong dgn nasihat Perdana Menteri. •Urusan perlantikan,kenaikan pangkat dan pelucutan jawatan terletak di bawah kuasa Duli Yang Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong.

•Seseorang hakim tidak boleh dipecat dengan sewenangnya tanpa sebarang sebab yang munasabah.

•Hakim tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam politik.

•Tujuannya supaya hakim dilindungi daripada pengaruh politik untuk menjamin keadilan dan kesaksamaan undang-undang.

(8)

9. a. Apakah pilihanraya? (Rujuk BT m.s: 177) •Proses memilih wakil rakyat untuk memerintah samada di peringkat negeri atau di peringkat persekutuan.

•Pemilihan ini dilakukan secara sulit dengan menggunakan prosedur yang telus dan teratur.

9. b. Bagaimanakah pilihan raya dikendalikan di negara kita?

(Rujuk BT m.s: 177-180) •Pilihan raya dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.

•Proses memilih wakil rakyat untuk memerintah sama ada pada peringkat negeri atau persekutuan.

•Pemilihan dilakukan secara sulit dengan menggunakan prosedur yang telus dan teratur.

•Pengiraan undi dibuat secara terbuka dan keputusannya direkodkan.

•Calon yang mendapat undi terbanyak dikira menang melalui sistem majoriti mudah •Pilihan raya merupakan ciri penting sistem demokrasi berparlimen

•Suruhanjaya pilihan raya adalah badan bebas tanpa tekanan dari pihak pemerintah atau pembangkang.

•Keanggotaan SPR dilantik oleh Yang di Pertuan Agong.

•SPR bertindak menentukan sempadan bahagian-bahagian pilihan raya,menjalankan pendaftaran dan mengendalikan pilihan raya.

•Pilihan raya umum diadakan 5 tahun sekali.

•Pilihan raya umum diadakan untuk memilih ahli dewan rakyat dan ahli Dewan Undangan negeri serentak di seluruh negara.

•Pilihan raya umum di sabah dan Sarawak diadakan secara berasingan

•Pilihan raya kecil diadakan apabila berlaku kekosongan kerusi di mana-mana kawasan parlimen atau Dewan Undangan Negeri disebabkan kematian,perletakan jawatan dan perlucutan jawatan.

•Selepas kekosongan itu, pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari bagi semenanjung Malaysia dan 90 hari bagi Sabah dan Sarawak.

•Calon daripada pelbagai parti yang bertanding dibenarkan berkempen •Tempoh berkempen adalah antara 7 hingga 15 hari sahaja

9. c. Jelaskan proses pilihan raya di Malaysia. (Rujuk BT m.s: 178) •Pembubaran Parlimen oleh Yang di Pertuan Agong.

•Penetapan tarikh penamaan calon dan pengundian oleh Suruhanjaya Pilihan Raya. •Penamaan calon-calon yang bertanding.

•Penyediaan manifesto oleh parti-parti yang bertanding. •Pelancaran kempen pilihan raya.

•Pengumuman tempat pengundian dan temapat pengiraan undi oleh SPR.

•Pemberian kertas undi yang mengandungi lambang parti calon yang bakal dipilih kepada pengundi di tempat mengundi.

•Pembuangan undi di mana pengundi akan memangkah calon pilihan raya pada kertas undi dan memasukkan ke dalam peti undi.

•Pengiraan undi calon yang bertanding.

•Pengumuman keputusan pilihan raya oleh Pegawai Pilihan Raya.

9. d. Apakah tujuan pilihan raya diadakan? (Rujuk BT m.s: 177-178) •Membentuk kerajaan di peringkat negeri dan persekutuan.

(9)

9. e. Apakah syarat-syarat menjadi calon dalam pilihan raya? (Rujuk BT m.s: 179) •Seseorang yang ingin menjadi calon dalam pilihan raya mestilah w/n Malaysia. •Berumur 21 tahun.

•Bermastautin di Malaysia. •Sempurna akal.

•Bukan orang muflis.

•Tidak memegang jawatan dalam perkhidmatan awam. •Tidak sabit kesalahan oleh mahkamah.

•Seseorang warganegara akan hilang kelayakannya sebagai ahli Parlimen atau ahli Dewan Undangan Negeri jika dihukum penjara tidak kurang daripada 12 bulan atau pada tidak kurang daripada RM2000 dan belum mendapat pengampunan. •Calon-calon dalam sesuatu pilihan raya boleh bertanding atas nama parti atau atas nama individu sebagai calon bebas.

9. f. Apakah syarat-syarat menjadi pengundi dalam pilihan raya? (Rujuk BT m.s: 179) •Seseorang pengundi yang berkelayakan boleh mengundi jika namanya didaftarkan dalam senarai daftar pemilih.

•Warganegara yang berumur 21 tahun dan keatas. •Bermastautin atau tidak bermastautin.

•Tinggal di mana-mana kawasan pilihan raya Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri boleh mengundi dalam pilihan raya tersebut.

•Seseseorang pengundi hanya boleh mengundi dalam sesebuah kawasan pilhan raya sahaja.

•Perlembagaan membenarkan anggota pasukan keselamatan,pelajar diluar negara dan pegawai kerajaan yang bertugas di luar negara mengundi melalui pos dengan s syarat nama mereka didaftarkan sebagai pengundi.

10. Senaraikan Parti-parti politik yang terdapat di Malaysia sehingga tahun 1963. (Rujuk BT m.s: 181-184) •Malayan Democratic Union

•Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu ( UMNO ) •Malayan Indian Congressti

•AMCJA

•Hizbul Muslimin

•Malayan Chinese Association •IMP

•Parti Islam Se Tanah Melayu •Parti Buruh Se Melayu •Parti Negara •PKMS •SUPP •SNAP •BARJASA •PESAKA •PCS •PANAS •UNKO •USNO •PASOK MOMOGUN •SCA

(10)

b) Kerajaan Persekutuan. i) Kerajaan Pusat. ii) Kerajaan Negeri

Pada akhir pelajaran ini, murid-murid akan dapat:

Memahami bidang kuasa Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Aras 1

• Menyatakan kerajaan persekutuan.

• Menyatakan senarai kuasa kerajaan pusat dan kerajaan negeri. • Menyatakan bidang kuasa senarai bersama.

Aras 2

• Menghuraikan bidang kuasa kerajaan pusat, kerajaan negeri dan senarai bersama. Aras 3

• Menghuraikan kepentingan kerjasama kerajaan pusat dan kerajaan negeri bagi mewujudkan sebuah kerajaan persekutuan yang kukuh.

• Merasionalkan kepentingan pembahagian kuasa.

Murid-murid juga akan dapat menghayati dan mengamalkan unsur dan tingkahlaku patriotisme berikut:

Persefahaman dalam kerajaan Persekutuan menjamin kesejahteraan negara • Mengamalkan sikap bermuafakat.

• Kekayaan negara dinikmati bersama.

11. a. Apakah maksud negara persekutuan? (Rujuk BT m.s: 184) •Persekutuan bermaksud penyatuan beberapa buah negeri yang mempunyai sebuah kerajaan Persekutuan serta beberapa buah kerajaan negeri.

•Kedua-dua kerajaan ini menjalankan tugas berdasarkan kuasa yang diperuntukan dalam Perlembagaan Malaysia.

•Contoh negara persekutuan adalah negara Malaysia.

11. b. Nyatakan bidang kuasa persekutuan seperti yang terkandung dalam Senarai Persekutuan. (Rujuk BT m.s: 185) •Hal ehwal luar negeri

•Keselamatan dalam negeri •Kerakyatan negara

•Kewangan

•Perkapalan, Pelayaran dan Pengangkutan •Pertahanan

•Pentdbiran dan keadilan •Pilihan Raya

•Perniagaan, Perdagangan dan Perusahaan •Jabatan ukur dan penyelidikan

•Kerja raya dan tenaga pusat •Pelajaran

•Kesihatan

•Keselamatan buruh dan sosial •Orang Asli

(11)

11. c. Nyatakan bidang kuasa kerajaan negeri seperti yang terkandung dalam Senarai Negeri. (Rujuk BT m.s: 185) •Undang-undang Islam

•Pertanian dan Perhutanan •Perkhidmatan tempatan •Hari Cuti Negeri •Tanah

•Kerajaan Tempatan •Kerajaan Negeri

•Undang-Undang Negeri

11. d. Nyatakan bidang kuasa persekutuan dan negeri seperti yang terkandung dalam Senarai Bersama. (Rujuk BT m.s: 185) •Kebajikan Sosial

•Taman Negara •Penjagaan haiwan •Parit dan tali air •Hiburan awam •Biasiswa

•Perancangan bandar dan wilayah •Kesihatan dan kebersihan awam •Pemulihan

•Perhubungan

11. e. Nyatakan kuasa Kerajaan Persekutuan dalam pentadbiran negara.

(Rujuk BT m.s: 186) •Perlembagaan Persekutuan memberikan peruntukan yg luas kpd Kerajaan

Persekutuan berhubung dengan pentadbiran negara.

•Bidang pentadbiran negara meliputi semua aspek perkhidmatan seperti perkhidmatan ekonomi, sosial, keselamatan dan pendidikan.

•Badan pelaksana mempunyai tugas untuk menjalankan kuasa-kuasa eksekutif mengikut perlembagaan dan undang-undang yang sedia ada.

•Mengikut Perlembagaan Persekutuan,kuasa eksekutif bagi kerajaan persekutuan terletak pada Yang di Pertuan Agong.

•Kabinet atau Jemaah Menteri ialah badan yang menjalankan kuasa eksekutif yang dipegang oleh Yang di Pertuan Agong.

•Jemaah Menteri ini diketuai oleh Perdana Menteri drp kalangan ahli D. Rakyat. 11. f. Nyatakan kuasa Kerajaan Negeri dalam pentadbiran negara. ? (Rujuk BT m.s: 187)

•Perlembagaan Malaysia memperuntukkan kuasa eksekutif kepada setiap negeri. •Kuasa eksekutif itu terletak pada raja atau sultan atau Yang Dipertua Negeri. •Menteri Besar atau Ketua Menteri dilantik oleh Raja atau Yang Dipertua Negeri drp kalangan ahli DUN yg mendapat kepercayaan majoriti ahli dewan.

•Urusan pentadbiran peringkat negeri pula terletak pada perlembagaan negeri sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia.

•Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) di semenanjung Malaysia, Majlis Teringgi di Sarawak dan Kabinet di Sabah mengandungi sebilangan ahli DUN serta tiga orang pegawai kerajaan iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri yang berperanan menjalankan dasar pentadbiran negara pada peringkat negeri.

(12)

c) Lambang-lambang negara.

Pada akhir pelajaran ini, murid-murid akan dapat:

Memahami kepentingan memartabatkan lambang-lambang negara Aras 1

• Menyenaraikan lambang-lambang negara.

• Menyatakan makna yang terdapat pada lambang-lambang negara. Aras 2

• Mentafsir lirik lagu kebangsaan.

• Menghuraikan fungsi lambang-lambang negara. Aras 3

• Mengaplikasikan cara-cara menghormati lambang-lambang negara.

• Menganalisis peranan lambanglambang negara ke arah pengukuhan jati diri bangsa Malaysia. Murid-murid juga akan dapat menghayati dan mengamalkan unsur dan tingkahlaku patriotisme berikut:

Lambang negara simbol kedaulatan

• Menghormati dan menghayati lambang-lambang negara • Memartabatkan lambang-lambang negara Jati diri bangsa kita • Bersikap jati diri

12. Apakah kepentingan lambang-lambang negara diwujudkan? (Rujuk BT m.s: 187) • Kepentingan lambang-lambang negara adalah supaya rakyat dapat menunjukkan kesetiaan, kesanggupan untuk berkorban dan kecintaan terhadap tanah air.

13. a. Apakah Jata Negara? (Rujuk BT m.s: 187) •Setiap negara mempunyai Jata negara.

•Jata Negara Malaysia menjadi lambang kemegahan penduduk negara ini.

13. b. Terangkan maksud yang terdapat dalam Jata Negara kita. (Rujuk BT m.s: 188) •Empat jalur berlainan ditengah-tengah perisai merujuk kepada negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang yang dahulunya dikenali sebagai Negeri- Negeri Melayu Bersekutu

•Warna hitam dan putih melambangkan negeri Pahang. Warna merah dan kuning melambangkan negeri selangor.Warna hitam,putih dan kuning melambangkan negeri Perak. Warna merah, hitam dan kuning melambangkan Negeri Sembilan •Lima bilah keris pada perisai melambangkan negeri Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor yang dahulunya dikenali sebagai Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu.

•Di bahagian kiri perisai terdapat sebatang pokok pinang yang mewakili negeri Pulau Pinang.

•Di atas perisai terdapat bulan sabit berwarna kuning yang bermaksud agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia.

•Bintang pecah empat belas melambangkan gabungan empat belas negeri dalam Persekutuan Malaysia.

(13)

•Di bahagian kanan perisai pula terdapat pokok Melaka yang melambangkan negeri Melaka.

•Negeri Sarawak dan Sabah dilambangkan dengan jata negeri tersebut. •Di antara negeri Sarawak dan Sabah terdapat sekuntum bunga raya yang melambangkan bunga kebangsaan negara kita.

•Dua ekor harimau yang menyokong perisai itu bermaksud keberanian

•Di bawah perisai itu pula terdapat cogan kata iaitu”Bersekutu Bertambah Mutu” yang bermaksud semangat permuafakatan akan mengeratkan lagi perpaduan antara negeri di Malaysia.

14. a. Terangkan bagaimana bendera kebangsaan negara kita direka bentuk.

(Rujuk BT m.s: 189-190) •Pada tahun 1949, sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan untuk membuat perakuan reka bentuk bendera Persekutuan Tanah Melayu.

•MPP mengadakan pertandingan peringkat kebangsaan bagi memilih bendera Persekutuan Tanah Melayu yang baru.

•Seramai 373 orang pereka bentuk mengambil bahagian dan tiga reka bentuk dipilh ke peringkat akhir.

•MPP dan akhbar The Malay Mail menjemput orang ramai memberikan pendapat tentang reka bentuk bendera tersebut.

•Pada 28 November 1949,akhbar The Malay Mail menyiarkan keputusan majoriti orang ramai.

•Reka bentuk ciptaan Encik Mohamad Hamzah arkitek kerajaan di Johor terpilih •Pada 22 dan 23 Februari 1950,beberapa pindaan teleh dibuat terhadap reka bentuk bendera tersebut sebelum diluluskan oleh MPP pada 19 April 1950.

•Pada 19 Mei 1950,King George VI telah memperkenankan reka bentuk bendera Persekutuan Tanah Melayu.

•Bendera Persekutuan Tanah Melayu berkibar buat kali pertama pada 26 Mei 1950 di perkarangan Istana Sultan Selangor dengan dihadiri oleh DYMM Raja-Raja Melayu dan pegawai-pegawai King George V.

14. b. Terangkan maksud yang terdapat dalam reka bentuk bendera kita.

(Rujuk BT m.s: 189) •Merah melambangkan keberanian.

•Putih melambangkan kesucian.

•Empat belas jalur merah dan putih melambangkan gabungan negeri di Malaysia. •Bulan sabit berwarna kuning melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi. •Bintang pecah empat belas melambangkan gabungan empat belas buah negari dalam persekutuan Malaysia.

•Warna kuning melambangkan kedaulatan Raja-raja Melayu.

•Warna biru melambangkan perpaduan rakyat berbilang kaum di negara kita.

15. a. Terangkan bagaimana Lagu Kebangsaan kita dicipta. (Rujuk BT m.s: 191) •Sebelum merdeka lagu kebangsaan kita lagu kebangsaan British iaitu God Save the Queen.

•Lagu Kebangsaan negara kita dikenali dengan tajuk “negaraku” dicipta pada tahun 1957.

•Pemilihan lagu dibuat oleh Tunku Abdul Rahman yang mengetuai sekumpulan jemaah hakim di Dewan Polis Depoh, Kuala Lumpur.

(14)

•Pasukan Pancaragam Plois Diraja telah memperkenalkan empat buah lagu iaitu lagu Terang Bulan,lagu kebangsaan negeri Perak dilipih kerana mempunyai unsur kemelayuan.

•Majlis Raja-raja Melayu telah memperkenankan keputusan jemaah hakim tersebut. •Lirik lagu kebangsaan ini telah digubah semula oleh Encik Saiful Bahri

berdasarkan lagu Terang Bulan.

•Lirik lagu kebangsaan negara menggambarkan kesetiaan rakyat yang tidak berbelah bagi kepada tanah air.

15. b. Apakah peranan Lagu Kebangsaan kita? (Rujuk BT m.s: 191) •Membangkitkan semangat patriotik dan cinta tanah air.

•Rakyat Malaysia berbangga dengan lagu kebangsaan negara.

•Menuntut supaya kita bersyukur, taat kepada raja dan sangguo berkorban demi mempertahankan negara.

Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pesongkan hati kami setelah Engkau berikan hidyah, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari

sisiMu. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang melimpah-limpah kurnianya. Wahai Tuhan kami, sesungguhnya Engkaulah

yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk menerima pembalasan pada hari kiamat yang

tidak ada keraguan padanya. Sesunguhnya Allah tidak memungkiri janji.

(Surah Ali Imran, ayat 8-9)

Wahai Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisiMu dan sempurnakanlah bagi kami

petunjuk yang lurus dalam urusan kami. (Surah al-Khafi, ayat 10)

Referensi

Dokumen terkait

Peringkat kedua ialah membuat kajian empirikal dengan mendapatkan maklumbalas dan pandangan daripada mereka yang terlibat dalam industri pembinaan yang melibatkan perlaksanaan

yang merdeka dinamai Malaysia kerana menurut beliau pada suatu masa nanti British akan menggabungkan negeri Sarawak, Sabah, Brunei dan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu..

Permusyawaratan Desa (BPD). Perubahan lainnya dalam Undang-undang ini adalah penambahan masa jabatan kepala desa, dari lima tahun menjadi enam tahun. Sedangkan camat tidak

Akibat apa yang timbul dari peralihan status kepegawaian bagi Pegawai Negeri Sipil Pusat di Propinsi Daerah Istimewa Yogyakarta setelah berlakunya Undang-Undang Nomor 22 Tahun

mengukuhkan kuasa di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang dengan membentuk Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) melalui Perjanjian Persekutuan 1895..

Dasar pertimbangannya adalah: (1) bahwa sistem pemerintahan Negara Kesatuan Republik Indonesia, menurut Undang-Undang Dasar Negara Republik Indonesia Tahun

Manfaat untuk masyarakat sebagaimana dimaksud pada ayat (1) adalah bahwa keuangan daerah diutamakan untuk pemenuhan kebutuhan masyarakat. Undang-Undang Dasar Negara

Di dalam Pasal 4 Undang – Undang Nomor 5 Tahun 1999 dinyatakan bahwa “Pelaku usaha dilarang membuat perjanjian dengan pelaku usaha lain untuk secara bersama-sama