• Tidak ada hasil yang ditemukan

TATACARA PELAKSANAAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU (AMBILAN BACELOR) SESI AKADEMIK 2020/2021 UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "TATACARA PELAKSANAAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU (AMBILAN BACELOR) SESI AKADEMIK 2020/2021 UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

1

TATACARA PELAKSANAAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU (AMBILAN BACELOR)

SESI AKADEMIK 2020/2021

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

1. PENGENALAN

Seperti yang kita sedia maklum, YAB Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula pada 7 Jun 2020 hingga 31 Disember 2020. Bermula pada tempoh PKPP ini, banyak aktiviti sudah mula dibenarkan beroperasi termasuk pembukaan Institusi Pendidikan Tinggi. Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah menggariskan Prosedur Operasi Standard (SOP) berhubung Pengendalian Aktiviti Akademik di Kampus Institusi Pengajian Tinggi Semasa dan Pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKPP) pada 20 Jun 2020 yang lalu. SOP ini membenarkan pelaksanaan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara bersemuka kepada pelajar baharu bagi peringkat Sijil, Asasi, Diploma, dan Ijazah Sarjana Muda bagi Sesi Akademik 2020/2021.

Selaras dengan Edaran Dalaman daripada Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsda) Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 4 September 2020, UPM akan meneruskan aktiviti PdP secara bersemuka untuk program Bacelor, Master dan PhD bagi semester 1 Sesi 2020/2021 yang akan bermula pada 19 Oktober 2020. Bagi program Diploma, aktiviti PdP secara bersemuka akan bermula pada 28 September 2020 sebagaimana Edaran Dalaman TNCAA bertarikh 29 Jun 2020.

Baru – baru ini pada 18 September 2020, Kerajaan Negeri Sarawak telah mengumumkan bagi semua Warganegara Malaysia dan Bukan Warganegara Malaysia yang datang dari / melalui Sabah yang ingin datang ke Sarawak, mereka perlu melengkapkan borang “EnterSarawak” secara atas talian dan disertakan bersama dokumen sokongan yang diperlukan. Individu berkaitan juga perlu membuat ujian Covid-19 (rT-PCR test) 3 hari sebelum perjalanan. Arahan ini berkuatkuasa bermula pada 21 September 2020 (Isnin). Bagi individu yang tiba dari Semenanjung Malaysia termasuk Pulau Pinang, keperluan untuk

mengisi E-Health Declaration Form (E-HDF) melalui laman sesawang

https://sarawakdisastermc.com/ 12 jam sebelum penerbangan masih berkuat kuasa dan ujian Covid-19 secara rawak akan dibuat setiba di lapangan terbang.

(2)

2

2. PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

Secara amnya, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) telah menetapkan tarikh pendaftaran bagi pelajar baharu (Ambilan Bacelor) Sesi Akademik 2020/2021 adalah pada 10 & 11 Oktober 2020. Maklumat keseluruhan pelaksanaan Minggu Perkasa Putra adalah seperti berikut:

NO. PERKARA TARIKH CADANGAN

TEMPAT CATATAN

1. Pendaftaran Pelajar Baharu

10 & 11 Oktober 2020 (Sabtu & Ahad)

Kolej Sri Rajang,

UPMKB

Dilaksanakan dengan mengikut SOP yang

ditetapkan 2. Program Minggu Perkasa Putra 10 hingga 16 Oktober 2020 (Isnin hingga Jumaat) Dewan Kuliah Pusat 2A & 2B Dilaksanakan secara bersemuka namun tertakluk

kepada perubahan dari semasa ke semasa 3. KAEDAH PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

Secara amnya, terdapat 2 proses pendaftaran yang perlu dipenuhi oleh seseorang pelajar untuk menjadikan pendaftarannya dikira lengkap dan Sistem Maklumat Pelajar (SMP) pelajar berkaitan aktif iaitu Pendaftaran Atas Talian (Pra-Pendaftaran) dan Pendaftaran Secara Fizikal. SMP ini perlu diaktifkan agar pelajar dapat mendaftar kursus yang akan diambil bagi semester pertama pengajian.

3.1 Pendaftaran Atas Talian (Pra-Pendaftaran)

Semua pelajar baharu program Bacelor perlu melengkapkan pendaftaran secara atas talian (pra-pendaftaran) melalui portal e-daftar bermula 19 Ogos 2020 sehingga 2 Oktober 2020. Di sini, pelajar perlu melengkapkan 8 proses pendaftaran yang telah digariskan sebelum pelajar dapat mencetak Slip Pengesahan Pra Pendaftaran yang perlu dibawa bersama semasa Pendaftaran Secara Fizikal di UPMKB kelak. Antara proses pendaftaran yang ada pada portal e-daftar seperti berikut:

(3)

a) Pelajar perlu mengesahkan penerimaan tawaran dan mencetak surat tawaran kemasukan.

b) Pelajar perlu mencetak dan membaca kandungan buku panduan.

c) Pelajar perlu melengkapkan profail peribadi dan membuat pengesahan profail. d) Pelajar perlu memuat naik gambar mengikut saiz yang ditetapkan.

e) Pelajar perlu membuat pembayaran yuran dan memuat naik bukti bayaran. f) Pelajar perlu mencetak borang pemeriksaan kesihatan.

g) Pelajar perlu mencetak dan melengkapkan Borang Penerimaan Kunci. h) Pelajar perlu membuat pengesahan pra pendaftaran.

3.2 Pendaftaran Secara Fizikal

Semua pelajar yang telah melengkapkan portal e-daftar perlu melapor diri di UPMKB mengikut tarikh pendaftaran yang telah ditetapkan. Asasnya, pelajar perlu menyerahkan Slip Pengesahan Pra Pendaftaran dan Borang Penerimaan Kunci kepada petugas sebelum butang “Y” diklik untuk mengaktifkan SMP pelajar berkaitan. Pelan Lantai Pendaftaran seperti di Lampiran 1.

4. PELAKSANAAN MINGGU PERKASA PUTRA SESI AKADEMIK 2020/2021

Pelaksanaan Minggu Perkasa Putra (Minggu Orientasi) pada kali ini akan dilaksanakan secara bersemuka di Dewan Kuliah Pusat 2A & 2B dengan pematuhan kepada SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) terutamanya dari aspek penjarakan sosial. Jadual Minggu Perkasa Putra Sesi Akademik 2020/2021 (Ambilan Bacelor) seperti di Lampiran 2.

(4)

5. PROSES/ATURAN DAN TINDAKAN PELAJAR/PETUGAS SEBELUM TIBA DI KAMPUS

Melengkapkan semua proses pendaftaran pada portal e-daftar

Melengkapkan Borang Pengisytiharan Kesihatan yang disediakan secara Google Form

* pautan hanya akan dibuka bermula 7 Oktober 2020 dan pelajar perlu screenshot keputusan

https://forms.gle/KSMiioUcyiaLTovn6

Melengkapkan Borang E-Health Declaration Form (E-HDF) 12 jam sebelum waktu penerbangan

* Khusus untuk pelajar dari Semenanjung Malaysia. Sila layari https://sarawakdisastermc.com/

Bagi pelajar yang masuk ke Sarawak dari / melalui Sabah, sila ambil langkah berikut:

a) Melengkapkan borang “EnterSarawak” secara atas talian b) Sediakan dokumen sokongan berkaitan seperti Surat

Tawaran

c) Membuat ujian COVID-19 (rT-PCR test) 3 hari sebelum perjalanan

(5)

SEMASA TIBA DI KAMPUS

TIBA DENGAN MENGGUNAKAN KAPAL TERBANG

TIBA DENGAN KENDERAAN SENDIRI / E-HAILING

 Bas akan disediakan pada 10 & 11 Oktober 2020 untuk membawa pelajar ke UPMKB.

 Pelajar dikehendaki menjalankan beberapa proses sebelum dibenarkan menaiki bas:

a) Pelajar perlu daftar masuk pada aplikasi MySejahtera.

b) Tunjukkan keputusan My Sejahtera

dan Borang Pengisytiharan

Kesihatan Covid–19 kepada

petugas. Hanya pelajar yang

menunjukkan risiko rendah

dibenarkan masuk ke kampus. c) Suhu badan pelajar akan diperiksa.

Hanya pelajar yang mempunyai suhu di bawah 37.5⁰C dibenarkan masuk ke kampus.

 Pelajar dan ibu bapa boleh memasuki UPMKB dengan menggunakan Pintu Masuk Jalan Nyabau atau Taman Li Hua  Kenderaan perlu diberhentikan untuk

pemeriksaan pihak Polis Bantuan UPMKB.  Pelajar dan Ibu Bapa dikehendaki

menjalankan beberapa proses sebelum dibenarkan memasuki kampus:

d) Pelajar perlu daftar masuk pada aplikasi MySejahtera.

e) Tunjukkan keputusan My Sejahtera dan Borang Pengisytiharan Kesihatan Covid-19 kepada petugas. Hanya pelajar yang menunjukkan risiko rendah dibenarkan masuk ke kampus. f) Suhu badan pelajar dan ibu bapa akan

diperiksa. Hanya pelajar dan ibu bapa yang mempunyai suhu di bawah 37.5⁰C dibenarkan masuk ke kampus.  Ibu bapa hanya boleh menurunkan anak

dan barangannya di hadapan Pejabat Kolej Sri Rajang. Ibu Bapa tidak dibenarkan turun atau keluar dari

kenderaan dan perlu meletakkan

kenderaan di Parkir Dewan Sri Kenyalang (DSK).

 Ibu Bapa boleh menunggu anak masing – masing di kawasan yang disediakan iaitu di Ruang Legar DSK.

CATATAN

 Pelajar dan ibu bapa yang mempunyai suhu melebihi 37.5⁰C diminta terus ke Hospital Bintulu untuk pemeriksaan lanjut.

(6)

TIBA DI PERKARANGAN KOLEJ SRI RAJANG

Buat imbasan pada QR Code yang disediakan oleh Bahagian Keselamatan UPMKB

Tulis nama pada masking tape yang disediakan dan lekat serta simpan bagasi dan barangan masing –

masing pada kawasan yang ditetapkan.

* Semua bagasi dan barangan pelajar akan disembur dengan cecair nyah kuman oleh petugas

Bergerak ke Pejabat Kolej Sri Rajang

Pelajar akan diberikan cecair nyah kuman tangan sebelum masuk ke dalam Pejabat Kolej Sri Rajang

Bergerak ke Kaunter 1 : Kaunter Semakan Bahagian Akademik. Sila sediakan dokumen berikut: a) Kad Pengenalan

b) Slip Pengesahan Pra Pendaftaran c) Surat Tawaran (Cetakan Online)

Bergerak ke Kaunter 2 : Kaunter Kolej Sri Rajang. Sila serahkan dokumen berikut sebelum pengesahan

butang “Y” dibuat: a) Slip Pengesahan Pra Pendaftaran

(7)

Bergerak ke Kaunter 3 : Kaunter Kolej Sri Rajang untuk mendapatkan kunci bilik masing -

masing

Bergerak ke Kaunter 4 : Kaunter Soal Selidik untuk melengkapkan Borang Soal Selidik Tahap

Kepuasan Pelanggan

Pelajar Lelaki

Ambil bagasi dan barangan yang telah disanitasi sebelum bergerak ke blok kediaman masing –

masing

Pelajar Perempuan

Bergerak ke ruang legar Klinik Satelit untuk mendapatkan bagasi dan barangan sebelum bergerak ke blok kediaman masing – masing. Barangan dan bagasi akan dihantar oleh petugas ke

ruang legar Klinik Satelit

Mendapatkan suntikan Anti-Tetanus dan

menyerahkan dokumen berkaitan ke Klinik Satelit UPMKB bermula 10 Oktober 2020 hingga 26 Oktober 2020. Senarai dokumen seperti berikut:

a) Perakuan Kesihatan b) Akuan Bebas Dadah c) Akuan Kuasa

(8)

STESEN 1

PEJABAT KOLEJ SRI RAJANG

PELAN LOKASI

PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU (AMBILAN BACELOR) SESI AKADEMIK 2020/2021

1

PINTU MASUK KAUNTER SEMAKAN (BAHAGIAN AKADEMIK) PEJABAT AM

HANYA PELAJAR BAHARU DIBENARKAN MASUK

KLINIK SATELIT

Penyerahan Dokumen & Suntikan

Anti-Tetanus STESEN 2 KAUNTER BAHAGIAN KEWANGAN KAUNTER MENGAMBIL GAMBAR R U A NG A N ME NU NG G U PELA JAR

2

KAUNTER KOLEJ SRI RAJANG – KAUNTER “Y”

3

KAUNTER KOLEJ SRI RAJANG – SERAHAN KUNCI KAUNTER EDAFTAR

4

PELANGGAN KEPUASAN RUANG LEGAR DEWAN SRI KENYALANG

Ruang menunggu ibu

bapa KHEMAH BAGI MENYIMPAN BAGASI PELAJAR (RUANGAN PARKIR)

KHEMAH POLIS BANTUAN

KAUNTER BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR

Ruangan menunggu pelajar jika bahagian bawah penuh

Dewan Kolej Sri Rajang (KK1)

(9)

As At 4 September 2020 TENTATIF PROGRAM MINGGU PERKASA PUTRA SESI AKADEMIK 2020/2021 (AMBILAN BACELOR)

10 HINGGA 16 OKTOBER 2020 TARIKH/ MASA 6.30 am – 7.30 am 8.30 am – 4.30 pm 4.30 PM – 8.00 pm 8.00 pm – 8.30 pm 8.30 pm – 10.30 pm 10 Oktober 2020 (Sabtu) SOLAT SUBUH/ SARAPAN

PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU (Kolej Sri Rajang)

11 Oktober 2020 (Ahad)

PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

(Kolej Sri Rajang) REHAT /SOLAT/ MAKAN MALAM

Taklimat Program En. Mohd. Syukri bin Mohd Adnan Taklimat Bahagian Teknologi Maklumat En. Abdul Mohamad bin Omar 12 Oktober 2020 (Isnin) 8.30 am – 10.30 am 10.30 am – 12.30 pm 12.30 pm – 2.30 pm 2.30 pm – 3.30 pm 3.30 – 4.30 pm 4.30 pm – 5.30 pm 6.30 pm – 8.30 pm 8.30 pm -10.30 pm Majlis Bersama TNC (AA) (Siaran Langsung)

Taklimat Hal Ehwal Pelajar

Puan Hairunisah binti Abdul Rahman

REHAT/ SOLAT ZOHOR/ MAKAN TENGAH HARI Taklimat Kesihatan Encik Sebastian Collin Ak Suni Bersua Bersama Pengarah Kampus YBhg. Prof Dr. Bujang B.K. Huat RIADAH/ SOLAT ASAR SOLAT MAGHRIB / MAKAN MALAM

Majlis Bersama Menteri

(Siaran Langsung) 13 Oktober 2020 (Selasa) 8.30 am – 9.30 am 9.30 am – 10.30 am 10.30 am – 12.30 pm 2.30 pm – 4.30 pm 8.30 pm – 10.30 pm Taklimat Bahagian Keselamatan Cik Carolyne Ak Lua Taklimat Bahagian Perpustakaan Puan Daisy Pawie Majlis Bersama Pengetua

Dr Kamil bin Latif Majlis Bersama Dekan FSPP & FKPS

Taklimat Akademik

Encik Noor Hakim bin Ahmad / En. Mohd. Amaludin Salleh

14 Oktober 2020 (Rabu) 8.30 am – 10.00 am 10.00 am – 11.30 am 11.30 am – 12.30 pm 2.30 pm – 4.30 pm 8.30 pm -10.30 pm Bersama Majlis Perwakilan Pelajar (Siaran Langsung) Kenali UPM – COSCOMM (Siaran Langsung) Pengukuhan Aktiviti Pembinaan Sahsiah dan Kebajikan Pelajar

– BHEP

(Siaran Langsung)

Majlis Bersama Tokoh Negara Terbilang

(Siaran Langsung) Majlis Bersama TNC (HEPA) (Siaran Langsung)

15 Oktober 2020 (Khamis) 8.30 am – 10.00 am 10.00 am – 12.30 pm 2.30 pm – 4.30 pm 8.30 pm -10.30 pm Rehearsal Majlis Ikrar (Siaran Langsung)

Majlis Bersama Naib Canselor & Majlis Ikrar Pelajar Baharu

(Siaran Langsung)

Pembangunan Kendiri & Kesihatan Mental Pelajar – BKUPM

(Siaran Langsung)

Sesi Perkongsian: Persiapan Diri dan Pembelajaran Secara Maya

(Interaksi kumpulan secara maya bersama fasilitator/buddy)

16 Oktober 2020 (Jumaat)

Taklimat Jabatan & Pendaftaran Kursus

Penyelaras: En. Mohd. Amaludin Salleh

Talk Show 4C2U: Perkongsian Icon/Alumni UPM – PKPP, CEM, Pusat Alumni & Pusat

Sukan

(Siaran Langsung)

Talk Show: Pembinaan Kemahiran Kehidupan di Kolej Kediaman

Bersama Felo dan MPK KSR

*Pelaksanaan MPP (Ambilan Bacelor) akan diadakan secara bersemuka di Dewan Kuliah Pusat 2A & 2B, UPMKB dan tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa **Taklimat Hal Ehwal Pelajar (Termasuk urusan Imigresen, Permohonan PTPTN, Biasiswa, Zakat dan lain-lain bantuan.)

***Perakuan Kesihatan dan suntikan Anti-Tetanus (WAJIB) hendaklah diserahkan ke Klinik Satelit sepanjang Minggu Perkasa Putra dan SELEWAT-LEWATNYA sehingga 26 Oktober 2020 (Isnin).

Referensi

Dokumen terkait

 Kad Pendaftaran Pelajar akan disediakan dalam tempoh 2 minggu dari tarikh pendaftaran pelajar baharu.  Kad Pendaftaran Pelajar WAJIB dipakai di dalam kawasan kampus.  Kad

22 Mekar Sari Jl.Kenjeran No.35 Surabaya Perdagangan eceran khusus komoditi makanan dari hasil pertanian di toko Usaha Yang Dilakukan Sudah Sesuai Izin. 23 Toko Hasan

Adapun tujuan dalam penelitian ini adalah untuk mengetahui besarnya presentase (%) kredit produktif dari total kredit dan presentase (%) kredit konsumtif dari

“Pengaruh Reputasi Underwriter, Return On Asset (ROA) dan Earning Per Share (EPS) terhadap Underpricing Saham pada Initial Public Offering (IPO) di Bursa Efek

Analisa Perubahan Nilai pada Nozzle Load Inlet (Suction) dan outlet (Discharge) Pada Pompa Lama (Pompa A, B dan C ) Akibat Adanya4. Penambahan Pompa Baru ( Pompa D, E, dan

Metode pill count pada penelitian ini mengukur kepatuhan dengan menghitung jumlah obat dalam jangka waktu pendek sesuai jarak kunjungan ke rumah pasien yang

Form “Evaluasi Kecukupan Pemberian Pakan” digunakan untuk mengetahui apakah pakan yang diberikan sudah mencukupi kebutuhan nutrien ternak (BK, TDN, PK, Ca dan P) pada

Semua pelajar baharu program Diploma dan Persediaan Diploma Sains perlu melengkapkan pendaftaran Sistem E-Daftar (Pra-Pendaftaran) melalui portal E-Daftar bermula 17