• Tidak ada hasil yang ditemukan

Laporan Inovasi

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Laporan Inovasi"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

Projek Inovasi 1 1.0 TUJUAN

Program Ekplorasi Bahasa ini merupakan satu Projek Inovasi yang melibatkan warga sekolah bagi memenuhi syarat Latihan Mengajar (LM) Program pensiswazahan Guru , Pelajar Bacelor Pendidikan (Pendidikan Sekolah Rendah) Dengan Kepujian Ambilan Mac 2011 ( Kohort 1).

2.0 PENGENALAN

Sistem Bahasa merupakan sebahagian komponen yang terdapat dalam sukatan kurikulum Standard Sekolah Rendah. Setiap komponen ini perlu dikuasai oleh murid. Sistem Bahasa Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada bahasa Melayu yang terdiri daripada tatabahasa, ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata dan peribahasa. Aspek tatabahasa merangkumi morfologi dan sintaksisi manakala aspek kosa kata terdiri daripada kosa kata umum dan istilah yang terdapat dalam mata pelajaran lain.

Corak dan budaya pembelajaran di dalam bilik darjah menjadi kebiasaan bagi murid dan suasana ini kurang merangsang minat dan kehendak naluri mereka. Pada peringkat 7 hingga 12 tahun, kanak-kanak bertindak aktif dan naluri suka bermain. Namun cabaran untuk mendidik golongan ini memerlukan kreativiti dan teknik yang menarik.

▸ Baca selengkapnya: contoh laporan inovasi pembelajaran

(2)

Projek Inovasi 2 Program “Eksplorasi Bahasa” Hari Bahasa Melayu ini merupakan aktiviti yang menjadi platform kepada pencapaian kendiri murid selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

Sifat kepimpinan juga dapat dipupuk dalam aktiviti berkumpulan dengan melihat kerjasama yang diberikan setiap murid bagi menjayakan aktiviti yang dijalankan. Selain itu, ia juga memberi peluang kepada murid-murid untuk menunjukkan bakat dan kebolehan mereka dalam berbahasa.

3.0 JUSTIFIKASI

Sistem bahasa merupakan tunjang dalam Bahasa Melayu. Penguasaan sistem bahasa yang baik mampu meningkatkan kefasihan dan kemampuan untuk menuturkan bahasa Melayu dengan betul. Pembelajaran secara menarik berbentuk permainan dapat meningkatkan minat untuk mempelajari dan menguasai bahasa Melayu sekaligus merubah situasi belajar iaitu belajar kerana minat dan bukan kerana terpaksa.

(3)

Projek Inovasi 3 4.0 OBJEKTIF

Objektif program ini adalah untuk:-

 Mendapatkan strategi-strategi mengajar yang boleh menolong serta menggerakkan kecenderungan para pelajar terhadap pelajaran khasnya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu;

 Membaiki prestasi pelajar-pelajar dalam peperiksaan/PKSR berasaskan kepada sasaran yang ditetapkan iaitu minima 80% kelulusan dan minima 20% yang memperoleh keputusan cemerlang;

 Menunjukkan semangat kerjasama antara guru mata pelajaran Bahasa Melayu;  Mendengar dan memahami pengucapan dengan teliti serta menghayati

pengucapan dalam konteks perbualan harian dan situasi formal;

 Bertutur petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul dalam pelbagai situasi;

 Berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah, mencapai persetujuan, dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara;

 Membaca pelbagai bahan sastera dan bahan bukan sastera dengan menggunakan teknik membaca yang sesuai dan berkesan untuk memperoleh ilmu dan memproses maklumat secara kritis;

 Memupuk minat membaca sebagai satu amalan ke arah membina budaya pembelajaran berterusan;

 Memperkembang ingatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis, dan penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca dan menulis;

(4)

Projek Inovasi 4  Mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan berunsur pengetahuan menggunakan kemahiran menulis serta proses penulisan yang sesuai dan betul.

 Menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa, dan sebutan yang betul dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca dan menulis;  Menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan karya

bukan sastera;

 Menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotik, dan semangat kewarganegaraan.

5.0 TARIKH, MASA & TEMPAT PROGRAM

Tarikh : 18 Februari 2014 – 29 April 2014 (Setiap hari

Selasa)

Masa : 7.20 pagi – 7.30 pagi

Tempat Program : Kelas, Tapak Perhimpunan & Dewan Sekolah

6.0 PESERTA/ SASARAN

 Murid-murid Pra Sekolah

(5)

Projek Inovasi 5 7.0 KAEDAH atau STRATEGI PELAKSANAAN

 Pertandingan  Persembahan

 Aktiviti Permainan Bahasa  Pembentangan

HARI/TARIKH CADANGAN AKTIVITI FASILITATOR

SELASA

(18 FEBRUARI 2014)

Majlis Pelancaran Program ’Eksplorasi Bahasa’

 Ucapan Ketua Panitia  Ucapan dan Perasmian

oleh Guru Besar

 Persembahan Murid Nyanyian Lagu ’Cintai Bahasa Kebangsaan’.  Pn. Nor Azila  En. Andreas  Pn. Zainab  Pn. Roszitah  Semua Guru Bahasa Melayu SELASA (25 FEBRUARI 2014) Tahap 1  Menyatakan Penjodoh Bilangan bagi objek yang ditunjukkan

Tahap 2

 Menyenaraikan judul buku cerita yang pernah dibaca  Pn. Roszitah  En. Andreas  En. Mohan SELASA ( 4 MAC 2014 )

 Melafazkan pantun dua kerat dan empat kerat

 Pn. Zainab  Pn. Norimah SELASA (11 MAC 2014 ) Pra Sekolah  Mari Mengeja Tahap 1 dan Tahap 2

 Pn. Nga  En. Islahuddin

(6)

Projek Inovasi 6  Teka Silang Kata

SELASA

(18 MAC 2014 )

Sehari Bersama Kamus

 Murid mencari makna perkataan yang diberikan oleh guru. contoh : Sinonim

 En. Mohan  Pn. Norimah

SELASA

( 1 APRIL 2014 )

Menyatakan Maksud Simpulan Bahasa  Pn. Zainab  En. Mohan SELASA ( 8 APRIL ) Tahap 1  Permainan Bahasa Tahap 2  Mendeklamasikan sajak  En. Andreas  Pn. Norimah SELASA ( 15 APRIL ) Pra Sekolah  Mari Mengeja Tahap 1 dan Tahap 2

 Aktiviti bercerita yang berunsurkan tauladan  Guru Pra  Semua guru Bahasa Melayu SELASA ( 22 APRIL ) Tahap 1  Melengkapkan perkataan Tahap 2

 Membentuk ayat yang gramatis berdasarkan perkataan yang diberi

 Pn. Nor Azila  Pn. Nga

(7)

Projek Inovasi 7 SELASA

(29 APRIL)

Pra Sekolah

 Permainan Bahasa Tahap 1 dan Tahap 2

 Membaca dialog

 Guru Pra  En. Islahuddin

Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah

 Pn. Nor Azila

 Semua guru Bahasa Melayu

(8)

Projek Inovasi 8 8.0 HASIL DAN IMPAK PROGRAM

Sebelum ini, program yang melibatkan Bahasa Melayu hanya diadakan semasa program Minggu Pusat Sumber. Jangka masa aktiviti atau program adalah terhad mengikut perancangan yang telah ditetapkan oleh Pusat Sumber Sekolah. Oleh sebab itu Program Eksplorasi Bahasa ini dijalankan agar ia dapat memberikan input dan output yang berkesan kepada murid-murid.

Setiap hari murid akan membawa buku ke tapak perhimpunan dan meluangkan masa lebih kurang 5 minit untuk membaca buku cerita dalam Bahasa Melayu yang di bawa. Aktiviti ini telah Berjaya memupuk semangat suka membaca dikalangan murid-murid terutamanya meningkatkan minat murid-murid bukan Melayu untuk membaca buku dalam Bahasa Melayu.

Pendedahan perlbagai jenis aktiviti seperti bercerita, berpantun, mendeklamsikan sajak, berdialog dan sebagainya menjadikan murid lebih yakin bila berhadapan dengan khalayak ramai.

Kepelbagaian aktiviti menjana idea guru agar lebih kreatif semasa aktiviti pengajaran. Aktiviti yang dijalankan boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran semasa di kelas. Misalnya pendekatan dan teknik pembentangan mampu memupuk keyakinan murid. Aktiviti permainan bahasa menarik minat murid untuk lebih mendalami Bahasa Melayu. (Rujuk gambar yang dilampirkan).

Melalui program seperti ini, ia dapat mendedahkan kepada murid cara atau intonasi yang betul apabila mengujarkan dialog. Begitu juga semasa mendeklamasikan sajak, atau melafazkan pantun. Pendedahan seperti ini lebih berkesan dan boleh diaplikasikan semula dalam kelas.

(9)

Projek Inovasi 9 Program ini meibatkan seluruh warga sekolah termasuk murid-murid Pra Sekolah. Seperti kita semua sedia maklum, murid-murid Pra Sekolah lebih cenderung untuk bermain. Oleh itu, beberapa aktiviti dijalankan melibatkan integrasi antara mata pelajaran Bahasa Melayu dengan mata pelajaran lain. Contohnya kemahiran menulis dan membaca digabungkan dengan aktiviti Seni Visual. Murid menulis dan membaca ayat kemudian menghasilkan aktiviti seni visual berkaitan dengan ayat yang ditulis dan yang dibaca. (Rujuk Gambar Lampiran).

Penggunaan Bahan Bantu Mengajar seperti “Buku Besar” mampu menarik minat murid terutama apabila murid bercerita. Guru menyediakan bahan dan murid mengaplikasikannya. (Rujuk lampiran)

9.0 KESIMPULAN

Program ini telah sedikit sebanyak membantu memupuk minat murid terhadap Bahasa Melayu. Ia membuka minda murid dan guru bahawa kepelbagaian teknik dan kaedah dalam penyampaian maklumat mampu menarik minat murid. Walaupun program ini dijalankan hanya sehingga penggal pertama persekolahan, namun saya percaya ianya pasti akan diteruskan dan diharap ia akan menjadi salah satu program panitia Bahasa Melayu untuk sepanjang tahun.

(10)

Referensi

Dokumen terkait

Kinerja Badan Litbang dan Inovasi tahun 2017 didasarkan pada pencapaian tiga sasaran program, yang diukur dari target-target kinerja pada 3 (tiga) Indikator Kinerja Program (IKP)

Sistem iPSH ini merupakan satu inovasi terhadap sistem pengurusan data manual yang sedia ada untuk memastikan semua rekod data dan aktiviti yang dijalankan di bawah JPSH

Ho4:Tidak wujud perbezaan penggunaan peta pemikiran (peta pelbagai alir) terhadap pencapaian murid bagi penulisan ulasan dan karangan Bahasa Melayu dalam pasca ujian

Ho4:Tidak wujud perbezaan penggunaan peta pemikiran (peta pelbagai alir) terhadap pencapaian murid bagi penulisan ulasan dan karangan Bahasa Melayu dalam pasca ujian

Ho2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pencapaian murid dalam pembelajaran Bahasa Melayu antara kumpulan eksperimen yang menggunakan pembelajaran

Penetapan varian inovatif ini sebagai inovasi leksikal penuh berdasarkan ditemukannya varian yang bentuknya berbeda sama sekali dengan bentuk kata asal di titik pengamatan

Penguasaan penulisan ini juga penting memandangkan apabila murid-murid ini melangkah ke sekolah menengah kebanyakan matapelajaran yang diajar adalah dalam Bahasa Melayu

Laporan Tahunan Projek 013- KEBERKESANAN KEPIMPINAN SINERGI KOLABORATIF DALAM MEDIUM BAHASA MELAYU TERHADAP PENCAPAIAN PENDIDIKAN SAINS Eizuan Mueizany Bin Abd Aziz Fakulti