• Tidak ada hasil yang ditemukan

1.0 MEMAHAMI PENGATURCARAAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "1.0 MEMAHAMI PENGATURCARAAN"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

1

1.0 Memahami Pengatur caraan

PROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 6

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

TAJUK

1.0 MEMAHAMI PENGATURCARAAN

A. Objektif

Pada akhir sesi ini, peserta dapat:

1. Menyenaraikan kegunaan atur cara komputer dalam perkakasan harian.

2. Menyatakan proses kerja dalam satu alatan digital yang digunakan dalam kehidupan seharian.

3. Menyusun semula baris-baris arahan untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau tugasan.

4. Menukar langkah-langkah aktiviti harian kepada set arahan.

5. Memilih atur cara lengkap untuk membolehkan peralatan digital melaksanakan sesuatu tugasan.

6. Memberi justifikasi terhadap atur cara tambahan yang dicadangkan.

7. Menambah atur cara bagi mewujudkan fungsi baharu sesuatu peralatan digital sedia ada.

B. Kandungan Pengajaran

1.1 Menyenaraikan kegunaan atur cara komputer dalam perkakasan harian.

1.2 Membuat perkaitan antara langkah-langkah aktiviti harian dengan satu set arahan dalam atur cara komputer.

1.3 Menulis beberapa set arahan yang menggambarkan aktiviti harian.

1.4 Menulis set arahan bagi beberapa peralatan digital yang digunakan untuk melakukan tugasan.

1.5 Membina arahan-arahan tambahan dalam atur cara untuk menambah fungsi sesuatu peralatan digital.

(2)

2

1.0 Memahami Pengatur caraan

1.1 MENYENARAIKAN

KEGUNAAN

ATUR

CARA

KOMPUTER

DALAM

PERKAKASAN HARIAN

Atur cara komputer merupakan satu siri arahan langkah demi langkah yang memberitahu komputer apa yang perlu dilakukan. Arahan ini diberi untuk melaksanakan sesuatu tugas seperti pengiraan, perbandingan dan sebagainya. Sesuatu atur cara dapat dihasilkan dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan. Antara contoh bahasa pengaturcaraan ialah JAVA Script, Visual Basic, HTML dan Action Script seperti dalam Jadual 1.1.1.

Ikon

Nama Bahasa Pengaturcaraan

JAVA Script

MS Visual Basic

HTML (Hypertext Markup Language)

Action Script

Jadual 1.1.1: Ikon dan Nama Bahasa Pengaturcaraan

Atur cara ditulis oleh pengatur cara (programmer) dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan. Kerjaya pengatur cara ini adalah sangat mencabar namun boleh memperoleh pendapatan yang lumayan. Pengatur cara yang terkenal di dunia ialah Bill Gates dan Steve Jobs. Antara aplikasi yang dibangunkan oleh pengatur cara termasuklah permainan komputer seperti Angry Bird, Candy Crush dan Talking Tom.

Selain itu, pengatur cara juga boleh menghasilkan pelbagai bahan multimedia kreatif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Antara contoh bahan multimedia yang dihasilkan termasuklah teaching courseware, VLE Frog dan i-Think.

(3)

3

1.0 Memahami Pengatur caraan

1.2 MEMBUAT PERKAITAN ANTARA LANGKAH-LANGKAH AKTIVITI HARIAN

DENGAN SATU SET ARAHAN DALAM ATUR CARA KOMPUTER

Atur cara komputer adalah satu set arahan tertib yang mengarahkan komputer melaksanakan sesuatu aktiviti. Atur cara komputer dihasilkan dengan menggunakan bahasa pengatur caraan. Proses menghasilkan atur cara komputer dikenali sebagai pengaturcaraan komputer.

Dalam kehidupan seharian kita melakukan pelbagai aktiviti seperti membasuh pakaian menggunakan mesin basuh, menggunakan lif dan menggunakan ketuhar gelombang mikro untuk memasak. Setiap aktiviti ini mempunyai langkah-langkah yang perlu diikuti supaya mencapai hasilnya. Sebenarnya langkah-langkah ini merupakan satu set arahan dalam atur cara komputer.

a) Perkaitan langkah-langkah aktiviti harian dengan satu set arahan dalam

atur cara komputer.

Situasi: Ahmad ingin menziarahi rakannya yang sakit di sebuah hospital. Untuk mencapai matlamat ini, dia perlu mengikut langkah-langkah yang tertib seperti yang ditunjukkan dalam Contoh 1 di bawah.

Contoh 1:

Menaiki bas yang menuju ke hospital Membayar tambang

Tiba di hospital Turun dari bas

Berjalan menuju ke lif hospital Menekan butang naik ke atas Tunggu pintu lif terbuka Masuk ke dalam lif

Menekan butang ke tingkat lima Menekan butang tutup pintu lif Tunggu pintu lif tertutup Sampai di tingkat lima Tunggu pintu lif terbuka Keluar dari lif

Atur cara komputer lif

(4)

4

1.0 Memahami Pengatur caraan

Jika diteliti langkah-langkah yang dilakukan oleh Ahmad, didapati Ahmad mencapai matlamatnya dengan bantuan atur cara komputer seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.2.1. Jadual ini menunjukkan perbandingan antara langkah-langkah aktiviti harian dengan set arahan dalam atur cara komputer.

Langkah-langkah aktiviti harian

Set arahan atur cara komputer

Berjalan menuju ke lif hospital Menekan butang naik ke atas Tunggu pintu lif terbuka Masuk ke dalam lif

Menekan butang ke tingkat lima Menekan butang tutup pintu lif Tunggu pintu lif tertutup Sampai di tingkat lima Tunggu pintu lif terbuka Keluar dari lif

Menerima input daripada pengguna (cth: untuk naik ke atas)

Pintu lif terbuka seketika Pintu lif tertutup

Menerima input daripada pengguna (cth: tingkat 5)

Lif sampai di tingkat lima Pintu lif terbuka seketika Pintu lif tertutup

Jadual 1.2.1: Perbandingan langkah-langkah aktiviti harian dan set arahan atur cara

1.3 MENULIS BEBERAPA SET ARAHAN YANG MENGGAMBARKAN AKTIVITI

HARIAN

Untuk mencapai sesuatu hasil dalam aktiviti harian, kita perlu mengikut set arahan, iaitu langkah-langkah yang tertib. Langkah-langkah ini mempunyai persamaan dengan set arahan dalam atur cara komputer.

Cuba teliti aktiviti harian yang dilakukan oleh guru, sebelum guru masuk ke dalam bilik darjah, guru telah membuat banyak persediaan mengikut langkah-langkah yang tertib. Langkah-langkah ini perlu supaya objektif Pembelajaran dan Pengajaran tercapai. Begitu juga dengan langkah-langkah persediaan memulakan permainan bola jaring. Langkah-langkah ini ditunjukkan dalam Contoh 2 dan Contoh 3 di bawah.

(5)

5

1.0 Memahami Pengatur caraan

Contoh 2:

Situasi: Guru menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Merujuk Rancangan Pengajaran Tahunan Menyediakan Rancangan Pengajaran Harian Memilih pedagogi yang sesuai

Menyediakan bahan bantu belajar

Memastikan bahan bantu belajar berfungsi Masuk ke dalam kelas

Memastikan kelas kondusif untuk PdP Menjalankan sesi PdP

Membuat penilaian formatif Refleksi PdP

Contoh 3

:

Situasi: Permainan bola jaring

Murid bersedia dengan pakaian sukan Berjalan ke gelanggang bola jaring Murid memanaskan badan

Undian dibuat untuk memulakan permainan Murid mengambil posisi masing-masing

Wisel dibunyikan untuk memulakan permainan Murid mula bermain

Wisel penamat dibunyikan Murid keluar padang Tamat

(6)

6

1.0 Memahami Pengatur caraan

Aktiviti 1:

Berdasarkan gambar diberi tuliskan langkah-langkah aktiviti harian dan satu set arahan dalam atur cara komputer bagi satu perkakasan yang telah dipilih dengan menggunakan persembahan slaid.

Keperluan perkakasan: 1. Gambar Projektor LCD. 2. Gambar Kamera Digital.

3. Gambar Pencetak Pelbagai Guna.

Langkah-langkah aktiviti: (Masa untuk aktiviti ialah 20 minit) 1. Guru dibahagikan kepada 3 kumpulan.

2. Setiap kumpulan akan diberi sekeping gambar perkakasan.

3. Setiap kumpulan menyediakan slaid persembahan dan membentangkan hasil perbincangan.

Langkah-langkah aktiviti harian dan set atur cara:

Bil Gambar Langkah-langkah aktiviti harian Set Atur cara 1

Cadangan jawapan

Pastikan kabel disambungkan dari komputer ke projektor LCD.

Suis dihidupkan dan tekan butang ON.

Tunggu sehingga lampu projektor LCD terpasang. Setkan resolusi paparan dan

tekan butang paparan skrin di komputer.

Apabila paparan yang sama kelihatan pada skrin komputer dan layar putih, projektor sedia untuk digunakan.

Mula

Hidupkan komputer

Sambung komputer pada projektor LCD

Hidupkan suis projektor LCD

Tekan butang ON lampu projektor akan terpasang

Setkan tetapan (fokus, resolusi, zoom)

Tekan butang paparan skrin di komputer

Tamat. 2

3

(7)

7

1.0 Memahami Pengatur caraan

1.4 MENULIS SATU SET ARAHAN BAGI BEBERAPA PERALATAN DIGITAL

DALAM MELAKUKAN TUGASAN

Peralatan digital ialah alat elektronik yang boleh menerima, menyimpan, memproses atau menghantar maklumat digital. Contoh peralatan digital yang biasa digunakan dalam melakukan tugasan harian ialah kamera digital, perakam video digital, kalkulator, jam tangan pintar, robot dan peti sejuk pintar.

Peti sejuk pintar Jam tangan pintar Perakam video digital Kamera digital

Contoh 4: Set arahan peralatan digital (robot)

Robot yang sedang berjalan di khalayak ramai dan mengelak daripada bertembung dengan objek

.

Mula

Robot melangkah ke hadapan

Jika bertembung dengan objek

Robot akan berhenti seketika

Robot akan mengubah haluan ke kiri atau kanan

Robot terus berjalan ke hadapan

(8)

8

1.0 Memahami Pengatur caraan

Aktiviti 2

: Susunan set arahan atur cara komputer berdasarkan gambar.

Keperluan perkakasan:

1. Gambar dan set atur cara: a) Projektor LCD

b) Kamera Digital

c) Pencetak Pelbagai Guna d) Ketuhar Gelombang Mikro 2. Sampul surat

3. Kertas A4 berwarna 4. Gam

Langkah-langkah aktiviti: (Masa untuk aktiviti ialah 20 minit) 1. Guru diminta memilih kumpulan masing-masing.

2. Setiap kumpulan akan diberi sampul surat yang mengandungi gambar dan set arahan bagi satu peralatan digital.

3. Setiap kumpulan diminta untuk menyusun arahan mengikut tertib supaya menjadi atur cara.

4. Semakan jawapan bersama Jurulatih Utama.

1.5 MEMBINA ARAHAN-ARAHAN TAMBAHAN DALAM ATUR CARA UNTUK

MENAMBAH FUNGSI SESUATU PERALATAN DIGITAL

Untuk mengelakkan robot daripada terlanggar objek apabila berjalan di khayalak ramai yang penuh sesak, pengatur cara telah menambahbaikkan fungsi robot supaya robot itu lebih efisien.

Mula

Robot melangkah ke hadapan Jika bertembung dengan objek Robot akan berhenti seketika

Robot akan mengubah haluan ke kiri atau ke kanan Robot terus berjalan ke hadapan

Jika di kiri dan kanan robot ada objek

Robot akan berhenti seketika

Robot akan mengeluarkan bunyi beep, beep

Tamat

(9)

9

1.0 Memahami Pengatur caraan

Aktiviti 3

:

Merujuk pada Aktiviti 2, setiap kumpulan diminta untuk membina arahan tambahan dalam atur cara bagi menambah fungsi sesuatu peralatan digital.

Referensi

Dokumen terkait

Selain itu, potensi diskriminasi dan bu- ruknya kualitas pelayanan juga terlihat jelas dari pemisahan manfaat medis dan non medis, lihat pustaka (27). Karena dari aspek

Hasil penelitian menunjukkan bahwa penambahan tepung daun sukun (Artocarpus altilis) dalam pakan puyuh berpengaruh tidak nyata (P>0,05) terhadap produksi telur dan bobot

Pada penelitian ini dilakukan pencatatan waktu kedatangan ke IGD, waktu ditetapkan pasien dalam keadaan sepsis berat, serta mengamati waktu pemasangan CVC dan juga waktu

[r]

Misi Global TV sebagai media untuk menyaluarkan energi, dinamika dan proses kreatif keluarga muda yang berjiwa muda dengan memadukan tatanan perkembangan informasi dan

Rancangan penelitian ini didasarkan pada penelitian tindakan kelas (PTK) di SMP, SMPN-3 Parenggean. Penelitian ini menemukan bahwa model berbasis komunitas belajar: 1)

Memperhatikan hasil penelitian seperti yang terlihat pada Tabel 1 di atas, diketahui bahwa pada siklus I, pertemuan 1, jumlah langkah pembelajaran yang terlaksana sebanyak

Interaksi menunjukkan bahwa perubahan skor pretes dan postes menuju postes pada kedua sampel (eksperimen dan kontrol) sehingga ada pengaruh model pembelajaran problem based learning