• Tidak ada hasil yang ditemukan

Laporan Pembuktian LMCK2922 & HHHC9701/HHHC9801 NAMA : NUR ADDINI BINTI AGUS NOMBOR MATRIK : A PROGRAM : SAINS BIOPERUBATAN/3

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Laporan Pembuktian LMCK2922 & HHHC9701/HHHC9801 NAMA : NUR ADDINI BINTI AGUS NOMBOR MATRIK : A PROGRAM : SAINS BIOPERUBATAN/3"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

Laporan Pembuktian

LMCK2922 & HHHC9701/HHHC9801

NAMA : NUR ADDINI BINTI AGUS

NOMBOR MATRIK : A144534

(2)

NAMA PROJEK : CELEBRATION OF EXCELLENCE (MAKAN MALAM KOLEJ)

Program ‘Celebration of Excellence‘ Kolej Tun Syed Nasir merupakan majlis makan malam tahunan kolej yang diadakan pada setiap sesi penghujung akademik. Program ini merupakan anjuran majlis eksekutif pelajar, Kolej Tun Syed Nasir. Pada kali ini iaitu sesi 2014/2015, kesepakatan telah dicapai dan konsep kejutan telah dipilih dengan tema yang begitu menarik untuk para mahasiswa/i iaitu Mysterious Night. Acara ini adalah satu luahan kolaborasi dan persepakatan mahasiswa/i untuk mengintepretasikan tanda ingatan terakhir dan penghargaan kepada pelajar tahun akhir khususnya. Pada mulanya majlis tahunan ini dirancang untuk diadakan pada waktu malam tetapi oleh kerana sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan majlis makan malam ini telah ditukar kepada majlis makan tengahhari.

Majlis makan tengahhari ini telah diadakan pada 23 Mei 2015 di restoran D’Saji yang terletak berdekatan dengan Tasik Titiwangsa. Pada hari kejadian, majlis makan tahunan ini telah berjalan dengan lancar walaupun majlis bermula agak lambat daripada masa yang dijadualkan kerana terdapat masalah pada sistem teknikal.

Program ini diadakan dengan tujuan untuk memupuk perpaduan dan mengeratkan silaturahim di antara semua penghuni Kolej Tun Syed Nasir sekaligus menobatkan kecemerlangan pencapaian akademik dan sahsiah pelajar. Matlamat program ini diadakan adalah untuk meneruskan budaya dalam memupuk perpaduan antara para pelajar dan pihak pengurusan kolej dan menjadikan majlis ini sebagai salah satu platform penghargaan kepada mahasiswa dan mahasiswi di kolej ini yang cemerlang dalam menjayakan kompetensi generik khususnya pelajar tahun akhir.

Melalui majlis makan tahunan ini juga, kita dapat memupuk perpaduan dalam kalangan warga kolej dan juga pihak pengurusan kolej, memberi penghargaan kepada pelajar tahun akhir dalam menjayakan kompetensi generic, memperkemaskan lagi kemahiran kepimpinan yang ada pada pelajar seperti menerima tanggungjawab, merancang dan mengurus, memberi arahan dan mengagihkan tugas, dan sebagainya, melatih para pelajar dalam kemahiran komunikasi seperti menggunakan kemahiran bukan lisan, mendengar dan memberi maklum balas yang relevan dengan cepat.

(3)

Pada akhir projek ini, saya / kami akan mencapai hasil pembelajaran berikut:

HP1

Kemahiran Komunikasi Efektif

- Berkebolehan untuk berkomunikasi dan berinteraksi secara efektif dan strategik. - Berkemahiran mengguna bahasa profesional.

- Berkemampuan untuk menguruskan maklumat dan berinteraksi dengan media.

HP2

Kemahiran Kepimpinan & Kreativiti

- Menunjukkan kemahiran mengarah atau menyelaras kerja-kerja ahli kumpulan. - Memimpin kumpulan secara terancang ke arah mencapai matlamat.

- Berfikir secara mendalam dan memberikan pertimbangan yang serius tentang sesuatu idea.

- Berfikir secara kreatif melalui analisis, mentafsir dan menilai dalam mencapai satu kesimpulan yang kukuh.

HP3

Kemahiran Pemikiran Kritikal & Penyelesaian Masalah

- Berfikiran rasional, mampu meneliti pengalaman lalu, menilai dan menimbang pelbagai pendapat dan idea sebelum membuat keputusan.

- Mempertimbangkan dan memutuskan kesahihan penyataan yang dikemukakan oleh pihak lain.

- Mengutamakan kejituan, objektiviti dan inginkan kejelasan serta ketepatan, sentiasa mempunyai maklumat yang cukup.

- Mencari alternatif dalam apa jua keadaan.

HP4

Kemahiran Etika & Profesional

- Menguasai tingkahlaku yang diharapkan dari seorang profesional pada peringkat personal (diri sendiri), organisasi (Fakulti/Universiti) dan korporat (kerjaya). - Mempamerkan tahap kompetensi, akauntibiliti, tanggungjawab, sikap boleh melaksanakan tugasan secara berintegriti, amanah dan boleh membuat keputusan secara bijaksana.

HP5

Tanggungjawab Alam Sekitar

- Mengenalpasti isu alam sekitar dan impaknya kepada masyarakat. - Memperlihatkan kompetensi pemahaman isu pemuliharaan alam sekitar.

- Memperlihatkan kesedaran dan keprihatinan terhadap isu kebersihan alam sekitar demi kepentingan pemuliharaan alam sekitar

(4)

HP6

Kemahiran Sosial & Kebertanggungjawaban

- Mengenalpasti kesedaran tentang peranan sosial dan tanggungjawab mereka kepada diri, keluarga dan masyarakat.

- Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam menangani kepelbagaian masyarakat.

- Meningkatkan kemahiran sosial dan kebertanggungjawaban sehingga menghasilkan perubahan dan impak positif kepada masyarakat setempat.

Laporan Pembuktian

Dalam program ini, saya telah memegang jawatan sebagai sekretariat persembahan. Kesemua ahli sekretariat persembahan ‘Celebration of Excellence’ adalah seramai enam orang termasuk dua orang exco. Sebelum berlangsungnya majlis ini, kami semua telah mengadakan perjumpaan sebanyak enam kali. Perjumpaan ini telah diadakankan untuk merangka persembahan yang akan diadakan semsa majlis berlangsung dan juga untuk memastikan kelancaran majlis ini.

HP1 : Kemahiran Komunikasi Efektif

Sebagai sekretariat persembahan, saya telah diarahkan oleh exco persembahan untuk mencari pelajar-pelajar Kolej Tun Syed Nasir yang berminat untuk melakukan persembahan ketika majlis makan tengahhari berlangsung. Persembahan ini diadakan untuk memeriahkan lagi majlis ini dan untuk menghiburkan warga kolej sepanjang majlis berlangsung. Untuk itu, saya telah banyak berjumpa dan berhubung dengan pelajar-pelajar yang mahu membuat persembahan. Saya juga telah menggunakan media sosial ‘facebook’ untuk mencari pelajar-pelajar yang berminat. Selain itu, terdapat kumpulan band yang akan membuat persembahan dan mereka memerlukan alat muzik. Oleh kerana itu, saya dan rakan sekretariat yang lain telah menghubungi Pusat Citra UKM untuk proses peminjaman alat-alat muzik.

HP2 : Kemahiran Kepimpinan & Kreativiti

Setelah menjumpai kumpulan-kumpulan pelajar yang memang pasti bahawa mereka akan menyertai persembahan itu, setiap ahli sekretariat dipertanggungjawabkan untuk menyelaras dan memantau kumpulan tersebut. Antara perkara yang saya lakukan adalah menetapkan hari latihan dijalankan, memastikan setiap ahli kumpulan tersebut hadir ketika latihan, memaklumkan kepada mereka sekiranya ada perjumpaan dan latihan dan memastikan setiap keperluan mereka untuk persembahan cukup. Ini bukan perkara yang mudah kerana, contohnya, setiap ahli dalam kumpulan itu mungkin tidak dapat hadir ke latihan pada hari tertentu kerana mereka mempunyai komitmen yang lain, oleh itu saya perlu memikirkan hari yang sesuai bagi memastikan setiap ahli kumpulan tersebut dapat hadir ke latihan. Selain itu, antara ahli sekretariat kami selalu mengingatkan antara satu sama lain tentang tugasan-tugasan yang perlu kami lakukan.

(5)

HP3 : Kemahiran Pemikiran Kritikal & Penyelesaian Masalah

Seperti yang saya katakan tadi, sebagai penyelaras kepada sesuatu kumpulan, saya perlu memastikan setiap ahli kumpulan hadir ketika latihan. Ini bukan perkara yang mudah kerana, contohnya, setiap ahli dalam kumpulan itu mungkin tidak dapat hadir ke latihan pada hari tertentu kerana mereka mempunyai komitmen yang lain, oleh itu saya perlu memikirkan hari yang sesuai bagi memastikan setiap ahli kumpulan tersebut dapat hadir ke latihan.

Selain itu, ketika seminggu sebelum majlis berlangsung terdapat satu daripada kumpulan di bawah pengelolaan saya telah menarik diri daripada persembahan kerana sebab-sebab tertentu. Dalam masa yang singkat, amat payah untuk mencari kumpulan persembahan yang baru kerana masa untuk berlatih yang amat pendek. Untuk menggantikan kumpulan persembahan tersebut, saya telah memujuk salah seorang rakan yang saya kenali, yang mempunyai bakat dalam bidang nyanyian untuk melakukan persembahandan beliau akhirnya bersetuju.

HP4 : Kemahiran Etika & Profesional

Ketika seminggu sebelum majlis berlangsung terdapat satu daripada kumpulan di bawah pengelolaan saya telah menarik diri daripada persembahan kerana sebab-sebab yang tertentu. Dalam masa yang singkat, amat payah untuk mencari kumpulan persembahan yang baru kerana masa untuk berlatih yang amat pendek. Walaupun pada waktu itu saya berasa amat tidak puas hati kerana mereka memaklumkan perkara tersebut pada saat- saat akhir saya tidak mudah melatah seperti memaki hamun mereka dan menerima alasan yang diberikan mereka dengan baik.

Di samping itu, sekiranya ada perjumpaan antara ahli sekretariat, saya sentiasa hadir tepat pada waktunya dan sekiranya saya tidak dapat hadir, saya akan maklumkan kepada ahli sekretariat yang lain. Setiap tugas yang dipertanggungjawabkan kepada saya, saya lakukan dengan bersungguh-sungguh.

HP5 : Tanggungjawab Alam Sekitar

Untuk mencukupkan dana bagi majlis ini, organisasi telah menganjurkan pesta makan. Oleh itu, setiap ahli organisasi telah dipertanggungjawabkan untuk memantau tapak pesta makan dijalankan. Semasa hari saya ditugaskan, saya dan rakan ahli organisasi yang lain juga sering mengingatkan penjual-penjual untuk membuang sisa-sisa makanan di tempat yang telah disediakan. Setelah pesta makan tamat, saya dan ahli-ahli organisasi yang lain telah membersihkan tapak pesta makan tersebut.

HP6 : Kemahiran Sosial & Kebertanggungjawaban

Sepanjang program ini berlangsung, saya dan ahli-ahli organisasi yang telah bergaul dengan baik walaupun terdapat perselisihan. Saya juga telah melakukan setiap tugasan saya dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab. Semasa memantau dan menyelaras kumpulan persembahan, saya telah belajar untuk mengamalkan sikap toleransi terhadap orang lain.

(6)

Gambar

Gambar 1 : Ketika raptai persembahan

(7)

LAPORAN POST-MORTEM SEKRETARIAT PERSEMBAHAN CELEBRATION OF EXCELLENCE 2014/2015

KOLEJ TUN SYED NASIR

Exco Persembahan : Julamri Bin Johor (Exco 1) A139394 Siti Firzada Arwani Binti Fikri (Exco 2) A140892 AJK Persembahan : Noorsana Binti Hosni A144495 Illya Syahirah Binti Mohd Taib A144533 Yang Adlina Binti Zulkifly A149457 Nur Addini Binti Agus A144534

Gerak Kerja

Tarikh Masa Aktiviti Tempat

10/3/2015 Selasa

9:30

pm-11:30 pm Mesyuarat 1 Bersama Sekretariat Kafeteria KTSN 22/3/2015

Ahad

9:30

pm-11:30 pm Mesyuarat 2 Bersama Sekretariat Kafeteria KTSN 25/3/2015

Rabu

9:30 pm-11:30 pm

Mesyuarat 3 Bersama Wakil

Persembahan Bilik MEP KTSN 22/4/2015

Rabu

9:30 pm-11:30 pm

Mesyuarat 4 Bersama Wakil

Persembahan Perkarangan DSG 7/5/2015

Khamis

9:30 pm-11:30 pm

Mesyuarat 5 Bersama Wakil

Persembahan Bilik Bunga Raya 14/5/2015

Rabu

9:30

pm-11:30 pm Mesyuarat 6 Bersama Sekretariat Perkarangan DSG 15/5/2015

Khamis

9:30

pm-11:30 pm Pemantauan Persembahan Oleh MEP Perkarangan KTSN 23/5/2015

Sabtu

8:30 pm-11:30 pm

Full Rehearsal Bersama Sekretariat

Protokol Court Bola Tampar 28/5/2015

Khamis

9:30

pm-11:30 pm Mesyuarat 6 Post-Mortem Bilik Bunga Raya

KELEMAHAN

1) Kekerapan penukaran tarikh menyukarkan keadaan menyebabkan banyak persembahan tarik diri.

2) Tiada alatan/ instrumen yang lengkap di KTSN menyebabkan ramai mahasiswa/i tidak berminat untuk mengambil bahagian dalam persembahan COE.

3) Tiada bilik khas/ bilik yang sesuai untuk berlatih memandangkan DSG sedang dinaiktaraf.

4) Masalah teknikal muncul semasa ‘rehearsal’ yang menyebabkan perjalanan ‘rehearsal’ tidak lancar.

5) Tidak mendapatkan nama kumpulan bagi setiap persembahan.

6) Terdapat peserta persembahan yang mengenakan pakaian yang terlalu menjolok mata. 7) Tidak dapat merekod masa untuk setiap persembahan.

(8)

Noorsana

KEKUATAN

1) Band + Instrumen merupakan persembahan yang ‘rare’ dan boleh jadi permulaan yang bagus untuk persembahan Majlis Makan Malam KTSN yang akan datang. 2) Komitmen dan kerjasama yang baik antara sekretariat dan wakil persembahan. 3) Komunikasi yang efektif antara sekretariat persembahan.

CADANGAN

1) KTSN perlu menyediakan alatan/ fasiliti/ instrument muzik untuk menarik minat mahasiswa/i bermain muzik.

2) Masalah teknikal yang berlaku boleh diatasi jika wakil teknikal turut serta dalam menyuarat bersama pihak D’Saji Titiwangsa.

3) Wakil daripada band sendiri menginginkan alatan musik moden ada di kolej KTSN. 4) Mendapatkan nama kumpulan bagi setiap persembahan agar majlis nampak lagi

hebat.

5) Merekod masa yang penuh untuk setiap persembahan atau perbanyakkan AJK Persembahan agar dapat membantu merekod masa setiap peserta persembahan. 6) Sentiasa mengingatkan mengenai adab pemakaian peserta persembahan dan

peserta persembahan perlu membawa pakaian yang akan dikenakan semasa hari kejadian untuk diperiksa kesesuaian pakaian tersebut.

7) Penyanyi perlulah diadakan uji bakat untuk mendapatkan lagi penyanyi yang berbakat.

Disediakan oleh:

NOORSANA BINTI HOSNI

Setiausaha,

Sekretariat Persembahan,

Celebration Of Excellence 2014/2015, Kolej Tun Syed Nasir UKM.

Gambar

Gambar 1 : Ketika raptai persembahan

Referensi

Dokumen terkait

Hasil perhitungan statistik analisis regresi linier sederhana dan korelasi products moment untuk uji sub hipotesis menyatakan bahwa terdapat hubungan kuat dan

Tesis ini disusun dengan judul “Model Analisis Kinerja Klaster Industri Kecil (Klaster Supply Chain) Studi Kasus: Industri Kecil Tekstil dan Produk Tekstil di

Peranannya sangat penting sebagai "boneka" Amerika Serikat (terutama pada masa kepresidenan Nixon dan Reagen) dalam 1990 : Nelson Mandela, seorang tahanan politik yang

Wilayah: ruang yang merupakan kesatuan geografis beserta segenap unsur terkait padanya, yang dibatasi oleh lingkup penqamatan tertentu.. Ruang : wadah yang meliputi ruang

Tujuan teks berbeda dengan teks negosiasi , dimana tujuan teks deskripsi sangat jelas yaitu agar orang yang membaca teks ini seolah-olah sedang merasakan langsung apa yang sedang

Gambaran mengenai kondisi transportasi khususnya berjalan kaki di kawasan Pendidikan Yogyakarta sebagaimana yang telah dijelaskan di atas menjadi dasar perlunya dilakukan

Nilai kerapatan relatif, frekuensi relatif dan dominansi relatif dari jenis tanaman Tengkawang disajikan pada Tabel 1 dan nilai kerapatan relatif, frekuensi relatif dan

Hal ini kemungkinan disebabkan karena kenaikan konsentrasi STPP yang cenderung kecil dan selang waktu lama perendaman yang relatif singkat sehingga tidak dapat