• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pendahuluan. Pencerakinan Isu Syariah dan Undangundang Wahana Pelestarian Akademik

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Pendahuluan. Pencerakinan Isu Syariah dan Undangundang Wahana Pelestarian Akademik"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

Pencerakinan Isu Syariah dan

Undang-undang Wahana Pelestarian Akademik

Md Yazid Ahmad, Anwar Fakhri Omar & Mohammad Zaini

Yahaya

Sudut sejarahnya, siri keluaran pertama buku Isu Syariah dan Undang-undang yang bertajuk ‘Isu-isu Syariah dan Undang-undang (Siri

Kumpulan Kertas Kerja)’ yang diilhamkan dan dijelmakan pada tahun 1988 adalah terdiri daripada rangkuman kumpulan makalah ahli-ahli akademik Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Fakulti Ekonomi dan Fakulti Sains Fizis dan Gunaan, Universiti Kebangsaan Malaysia yang telah dibentangkan dalam beberapa siri Seminar Bulanan Jabatan Syariah sepanjang tahun 1986. Buku ini telah disunting oleh Mohd Ridzuan bin Awang dan diterbitkan oleh Jabatan Syariah di bawah pentadbiran Ketua Jabatan Syariah (pada waktu itu), Ustaz Md Akhir Hj. Yaacob yang mengandungi lima buah makalah (Mohd Ridzuan 1988). Kelahiran buku ini telah menambah variasi kemeriahan perkembangan akademik yang merupakan hasil pencerakinan ceruk isu dan masalah yang melingkari masyarakat Islam di Malaysia melalui perspektif kesarjanaan ilmu Islam dan undang-undang walaupun aspek yang disentuh agak terhad dan tidak menyeluruh.

Kesinambungan tradisi keilmuan berteraskan pencerakinan isu syariah dan undang-undang ini adalah warisan yang perlu kepada pelestarian oleh generasi pelapis ahli akademik di Jabatan Syariah khususnya dan Universiti Kebangsaan Malaysia umumnya. Ia adalah satu harapan dan amanah yang perlu digalas bersama untuk memenuhi tanggungjawab sosial dalam mendepani permasalahan masyarakat Islam di Malaysia. Justeru, cabaran untuk merealisasikan gagasan yang disuarakan oleh Ketua Jabatan Syariah pada sirinya yang pertama (Mohd Ridzuan 1988) disambut dengan menyusulnya ‘Isu Syariah dan

Undang-undang Siri 20’ ini sebagai bukti bahawa usaha pelestarian tradisi tersebut sentiasa subur dan berterusan.

Perbincangan yang dipaparkan dalam Siri ke 20 ini menggarap isu-isu yang dapat diklasifikasikan kepada beberapa tema iaitu perundangan Islam, muamalat dan kewangan Islam, kehartaan serta undang-undang keluarga Islam di Malaysia. Menerusi bab kedua,

Muhammad Adib Samsudin, Anwar Fakhri Omar, Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim dan Mohammad Zaini Yahaya mengupas

(2)

beberapa istilah signifikan yang dipelopori oleh Imam al-Nawawi

rahimahulLah yang menjadi teras dalam kitab beliau yang berjudul

Minhaj al-Talibin dan diguna pakai oleh ulama al-Shafi‘iyyah selepas

daripada Imam al-Nawawi khususnya dalam kitab-kitab fiqh karangan mereka. Mereka juga menekankan peri pentingnya memahami terminologi tersebut dalam konteks penguasaan khazanah ilmu fiqh mazhab Shafi‘i radiaLlahu‘anhu dan kegagalan menguasainya akan menjejaskan pemahaman hukum hakam yang terkandung dalam mazhab Imam al-Shafi‘i secara komprehensif.

Perbincangan berhubung tema muamalat dan kewangan Islam dimulai dengan bab ketiga. Melalui bab ketiga ini, Mat Noor Mat Zain membahaskan tentang kerja ataupun tanggungjawab yang terhasil daripada pembentukan kontrak muamalah. Menurut beliau, terdapat kontrak yang boleh menghasilkan kerja ataupun tanggungjawab walaupun pada asalnya untuk tujuan lain (contohnya perkongsian) dan tidak semua transaksi muamalah berasaskan kerja kerana ada kontrak yang tidak menimbulkan apa-apa kerja seperti kontrak ibra’ dan seumpamanya. Selain itu, berhubung dengan peranan kontrak dalam membentuk kerja, beliau berpendapat kontrak bukanlah merupakan satu-satunya faktor tetapi ia adalah salah satu faktor yang yang boleh mewujudkan kerja ataupun tanggungjawab. Pada akhir perbincangan, beliau menggariskan implikasi kegagalan menunaikan kerja ataupun tanggungjawab iaitu pihak yang menunaikan mempunyai hak untuk mengarahkan agar pelaksanaannya dilakukan, menahan subjek kontrak, menuntut ganti rugi dan memfasakhkan kontrak. Sebagai rumusan, beliau menekankan bahawa kerja ataupun tanggungjawab yang wujud melalui pembentukan kontrak muamalah antara kedua-dua pihak perlu ditunaikan kerana ia bukan sahaja memberi impak di dunia malah di akhirat.

Perbincangan berhubung tema ini diteruskan dengan bab keempat. Dalam bab keempat, Shofian Ahmad dan Samsinar Sulaiman

menganalisis aplikasi hiyal dalam produk-produk perbankan khususnya

bay‘ al-‘inah dan bay‘ al-tawarruq oleh institusi kewangan Islam di Malaysia. Hasil daripada penganalisisan yang dilakukan, mereka merumuskan bahawa walaupun jumhur fuqaha mengatakan bay‘

al-‘inah tidak sah namun Imam al-Shafi‘i, Dawud al-Zahiri, al-Qadi Abu

Yusuf dan Muhammad ibn al-Hasan al-Shaybani berpendapat bahawa akad tersebut adalah sah. Selain itu, sebilangan sarjana Islam berpendapat, penggunaan hilah dalam bay‘ al-‘inah di Malaysia merupakan suatu keperluan kerana dapat mengelakkan mudarat yang lebih besar dan juga dapat mengelak isu bay‘atayn fi bay‘ah (dua jual beli dalam satu jual beli). Berhubung dengan tawarruq pula, penulis berpendapat walaupun aplikasi tawarruq yang diamalkan oleh perbankan Islam mengandungi salah satu dawabit hilah kerana wujudnya akad wakalah kepada bank yang sepatutnya tidak diperlukan oleh pihak-pihak dan menyerupai amalan bay‘ al-‘inah, namun pada

(3)

hakikatnya, peranan tawarruq sebagai produk pengurusan kecairan perbankan adalah sangat besar kerana tanpa kecairan yang mencukupi bank akan menghadapi risiko-risiko yang mampu menjejaskan kestabilan dan melumpuhkan operasi bank keseluruhannya. Di hujung penulisannya, Shofian Ahmad dan Samsinar Sulaiman mencadangkan pihak bank perlu memastikan produk tawarruq yang ditawarkan adalah menepati garis panduan syariah yang ditetapkan dan mengikut aturan serta proses perjalanan akad yang sebenar

.

Manakala makalah Nik Abdul Rahim Nik Abdul Ghani dalam bab kelima pula menganalisis secara kritis konsep pemilikan benefisial (beneficial ownership) dalam struktur sukuk seperti mana amalan semasa berdasarkan penilaian fiqh. Perbincangan dimulakan dengan kupasan konsep pemilikan (milkiyyah) dalam Islam sebagai kerangka asas kepada perbincangannya dalam amalan sukuk semasa. Seterusnya penulis menghuraikan definisi sukuk dan jenis-jenisnya dan diikuti dengan analisis maksud pemilikan benefisial menurut undang-undang dan penggunaannya dalam struktur sukuk. Sehubungan itu, penulis mengutarakan empat karektor fiqh (takyīf fiqhī) untuk dipadankan dengan kontrak jual beli yang mengguna pakai prinsip pemilikan benefisial bagi menentukan status sebenar pemilikan benefisial menurut perspektif Syariah. Di akhir penganalisisannya, penulis merumuskan bahawa berdasarkan kepada empat andaian takyīf fiqhī bagi penggunaan pemilikan benefisial dalam penstrukturan sukuk yang dibincangkan, takyīf kedua iaitu pemilikan benefisial adalah pemilikan sah yang diwujudkan oleh akad jual beli yang hakiki adalah lebih bersesuaian. Konsep pemilikan benefisial ini telah dipraktikkan dalam kes penerbitan sukuk terutamanya sukuk asset-based namun satu garis panduan khusus perlu dibentuk bagi mengawal penggunaan istilah pemilikan benefisial (beneficial ownership) dalam konteks kewangan Islam.

Bab keenam menyentuh perbahasan berhubung tema kehartaan iaitu undang-undang pusaka Islam. Isu yang diperhalusi oleh Ahmad Muhammad Husni, Md Yazid Ahmad, Mohd Zamro Muda, Noor Lizza Mohamed Said dan Zaini Nasohah adalah kedudukan jenayah pembunuhan tidak sengaja dan kesannya terhadap pewarisan harta pusaka menurut Undang-undang Pusaka Islam. Penulisan makalah ini dimulakan dengan kupasan konsep halangan dan dindingan dalam faraid diikuti dengan perbahasan secara analitis pendapat fuqaha terhadap implikasi jenayah pembunuhan khususnya pembunuhan tidak sengaja dalam konteks pewarisan harta pusaka (al-tarikah). Di akhir penulisan makalah ini merumuskan bahawa hanya pembunuhan secara sengaja sahaja yang menjadi penghalang secara mutlak daripada mewarisi harta pusaka. Kebanyakan negara Islam lebih cenderung untuk mengguna pakai pandangan mazhab Maliki dalam melaksanakan undang-undang berkaitan pewarisan pusaka berhubung hal ini kerana hanya pembunuhan secara sengaja serta pelaku yang sudah baligh dan

(4)

berakal ataupun mukallaf sahaja yang menjadi penghalang untuk mewarisi. Manakala pembunuhan-pembunuhan selain daripada itu tidak menjadi penghalang oleh ahli waris daripada mewarisi pusaka pewarisnya.

Selanjutnya, tema undang-undang keluarga Islam dimulakan dengan bab ketujuh. Zaini Nasohah dalam bab ketujuh ini membawa perhatian para pembaca menelusuri evolusi undang-undang keluarga Islam dari aspek sejarahnya di Malaysia yang telah mengalami beberapa fasa reformasi bermula dari zaman kerajaan Melayu lama, penjajahan Inggeris, menjelang merdeka hinggalah ke fasa pasca merdeka. Rantaian penceritaan sejarah undang-undang keluarga Islam yang dipersembahkan oleh penulis ini telah diadun dengan analisis ringkas isu-isu penyeragaman yang melingkari peruntukan dan struktur undang-undang keluarga Islam tersebut. Di akhir penulisan, Zaini Nasohah berpendapat perkembangan undang-undang keluarga Islam di Malaysia mempunyai prospek yang positif sekiranya masalah penyeragaman undang-undang tersebut dapat diatasi melalui kerjasama dan komitmen yang penuh pihak negeri-negeri.

Bab kelapan masih berkisar dengan tema undang-undang keluarga Islam. Dalam bab ini, Md Yazid Ahmad, Ahmad Muhammad Husni dan Noor Lizza Mohamed Said memaparkan perbincangan berhubung elemen-elemen utama yang berkait rapat dengan pembahagian harta sepencarian orang Islam dalam perkahwinan poligami di Malaysia terutama kedudukannya menurut akta dan enakmen undang-undang keluarga Islam, justifikasi pembahagiannya, pihak-pihak yang layak menuntut dan asas penentuan kadar penilaian untuk pembahagian harta sepencarian dalam poligami. Penulisan makalah ini menyimpulkan tuntutan harta sepencarian boleh dipohon semasa atau selepas berlaku perceraian hidup ataupun kematian dan dalam perkahwinan poligami. Selain itu, pihak-pihak yang boleh menuntut dan asas penentuan kadar pembahagian harta sepencarian dalam poligami adalah sama seperti mana tuntutan harta sepencarian yang melibatkan perceraian ataupun kematian.

Dua bab selanjutnya dalam buku ini menyentuh tema perundangan Islam. Pada bab kesembilan, Nabilah Huda Zaim dan Zuliza Mohd Kusrin mengutarakan analisis bentuk-bentuk sokongan terhadap saudara baru yang dilaksanakan pada zaman Rasulullah SAW, yang terbukti berkesan dalam melahirkan individu muslim di kalangan para sahabat Baginda yang memiliki keimanan yang unggul. Pendedahan bentuk-bentuk sokongan ini kepada pihak berautoriti di institusi agama awam mahupun swasta yang terlibat secara langsung dengan golongan muallaf adalah sangat signifikan sebagai panduan kepada mereka. Perbincangan dalam bab ini dimulakan dengan membincangkan konsep saudara baru menurut syarak dan perundangan di Malaysia, keperluan sokongan kepada saudara baru tersebut dan jenis sokongan tersebut

(5)

yang dibahagikan kepada sokongan spiritual dan fizikal. Nabilah Huda Zaim dan Zuliza Mohd Kusrin merumuskan di akhir penulisan mereka bahawa sokongan terhadap saudara baru menerusi model yang diaplikasikan pada zaman Rasulullah SAW terbukti amat penting dan perlu serta wajar dijadikan panduan dan teladan sepanjang zaman bagi menangani masalah-masalah berkaitan saudara baru khususnya di Malaysia.

Bab terakhir iaitu bab kesepuluh sebagai penutup tirai dalam buku

Isu Syariah dan Undang-undang Siri 20 ini masih dalam tema perundangan Islam yang memaparkan perbincangan berhubung kedudukan adat perkahwinan kaum Dusun muslim di Mukim Kirokot, Tambunan, Sabah menurut hukum syarak. Kaum tersebut mempunyai kepelbagaian kebudayaan yang unik yang mewarnai cara hidup mereka termasuk adat perkahwinan yang berbeza dengan suku kaum Dusun yang lain. Penelitian yang dibuat oleh Mohd Sopiee Shiddeq, Noor Lizza Mohamed Said dan Md Yazid Ahmad dari sudut amalan adat istiadat perkahwinan mereka mendapati sememangnya wujud beberapa perkara yang bercanggah dengan syariat Islam antaranya perkahwinan yang tidak memenuhi rukun nikah, larangan melangsungkan perkahwinan dalam lingkungan keluarga sehingga empat generasi, harta yang tidak diiktiraf oleh syarak dalam urusan perkahwinan, hidangan makanan dan minuman yang dilarang syarak, acara membuang sial ke atas pasangan pengantin dan lain-lain. Justeru itu, tindakan proaktif perlu dilakukan bagi mengubah dan memperbaiki adat-adat yang bertentangan agar selaras dengan hukum perkahwinan yang dianjurkan Islam.

Pencerakinan isu-isu yang digarap dalam kesemua makalah yang dikumpulkan dalam buku ini secara keseluruhannya mencerminkan permasalahan yang mewarnai kehidupan masyarakat Islam di Malaysia. Sehubungan itu, perbincangan isu-isu tersebut dari sudut ilmu syariah dan undang-undang adalah sebagai inisiatif kecil para penyumbang makalah untuk menghasilkan penyelesaian yang efektif dalam menangani permasalahan yang membelenggu urusan umat Islam di Malaysia di samping memperkasa usaha pelestarian khazanah ilmu syariah dan undang-undang agar sentiasa hidup dan berkembang.

Referensi

Dokumen terkait

Dari hasil penelitian diperoleh bahwa masalah conduct anak remaja, khususnya remaja SMAN 2 Rangkasbitung dimasa COVID-19 ini perlu mendapat perhatian yang lebih serius

memberikan jasa layanan delivery order untuk memudahkan para konsumen agar konsumen tidak ribet untuk membeli sepatu olahraga, dan saya juga akan memberikan diskon apabila

Obat Kuat Super Power Man – Obat Kuat Super Power Man Obat Kuat Tahan Lama Berjam-jam merupakan obat kuat sex pria terbaik yang mampu mengatasi para pria dari masalah hubungan

perkembangan pengetahuan, keterampilan, pemikiran, dan sikap yang hendak dikomunikasikannya. Fungsi komunikasi juga berkaitan dengan ekspresi diri, karena komunikasi

Program kerja yang telah dicapai oleh mahasiswa kuliah kerja nyata IAIN Tulungagung di Desa Pulerejo berdasarkan kunjungan sebelumnya adalah (1) telah terbentuk posdaya

Setelah semua data disajikan dari hasil observasi, wawancara dan dokumentasi yang penulis lakukan pada saat penelitian, makalangkah selanjutnya adalah melakukan

UML adalah se uah ahasa ya g telah e jadi sta dar dala i dustri u tuk visualisasi era a g dan mendokumentasikan sistem piranti lunak.. Sistem

Hasil penelitian ini dapat menjadi masukan dan pertimbangan bagi organisasi sektor publik yang ada di Indonesia, khususnya pemerintah daerah di wilayah Provinsi