• Tidak ada hasil yang ditemukan

HAJI: SUATU PERJALANAN DALAM KEHIDUPAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "HAJI: SUATU PERJALANAN DALAM KEHIDUPAN"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

HAJI: SUATU PERJALANAN DALAM KEHIDUPAN

Seperti tahun yang sudah-sudah, pada ketika menjelang kedatangan bulan Ramadhan yang mulia, ramai bakal jemaah yang sedang sibuk membuat persiapan untuk ke tanah suci, samada sedang sibuk menghadiri kursus ibadah haji ataupun sedang sibuk membuat pemeriksaan kesihatan untuk mendapatkan kelulusan bagi ke tanah suci. Semua maklum bahawa perjalanan ke Mekah untuk mengerjakan haji adalah salah satu perkara yang ditunggu oleh semua orang Islam. Ia merupakan kemuncak kepada perancangan dan persediaan yang dibuat selama beberapa tahun bagi kebanyakan bakal jemaah dan ia merupakan rukun Islam yang ke lima dan wajib dikerjakan bagi orang Islam yang mampu dari segi kewangan dan berupaya secara fizikal dan mental.

Melalui pengalaman lepas, ramai bakal jemaah yang berasa takut untuk pergi menjalani pemeriksaan kesihatan dan menyembunyikan penyakit mereka dan tidak kurang juga ada yang mempertikaikan sejak bila pemeriksaan kesihatan menjadi salah satu dari syarat wajib haji. Ramai yang lupa bahawa maksud “Allah mewajibkan mengerjakan haji bagi yang mampu dan berkuasa mengunjungi Baitullah” (ayat 97, surah Al Imran) mempunyai maksud yang luas. Kemampuan itu bukan hanya dari sudut perbelanjaan tambang pergi balik dan untuk keluarga yang ditinggalkan tetapi juga dari segi kesihatan tubuh yang merangkumi komponen fizikal dan mental.

Di dalam artikel ini akan kita perkatakan tentang kepentingan pemeriksaan kesihatan bagi bakal jemaah haji, persediaan yang perlu dilakukan sebelum berangkat ke tanah suci dan apakah cabaran yang bakal dihadapi di sana.

(2)

APAKAH KELAINAN PERSEKITARAN DAN AKTIVITI DI TANAH SUCI YANG BOLEH MEMPENGARUHI KESIHATAN JEMAAH HAJI?

Bakal haji perlu memahami keadaan di tanah suci kerana ia sangat berbeza dengan keadaan di negara kita. Perbezaan paling ketara adalah dari segi perubahan cuaca. Hawanya berdebu dan kering berbanding dengan keadaan cuaca kita yang lembap. Perubahan suhu juga amat ketara dan ekstrem. Purata suhu pada waktu siang adalah 30°C dan pada waktu malam adalah 18°C. Perubahan suhu ekstrem dan keadaan berdebu ini mendedahkan bakal jemaah kepada jangkitan saluran pernafasan. Bakal haji dinasihatkan supaya menyemak keadaan suhu di media massa sebelum berangkat ke Tanah Suci.

Bila kita teliti ibadah haji itu sendiri memerlukan kekuatan fizikal seperti saie, tawaf dan melontar. Jemaah terpaksa berjalan beberapa kilometer untuk memunaikan ibadah-ibadah tersebut, terpaksa bermalam di Arafah, Mina dan Mudzalifah dengan kelengkapan tempat tidur dan tandas yang paling asas dan perlu berjalan untuk ibadah melontar untuk 4 hari berturut-turut. Oleh kerana bilangan jemaah yang ramai, maka untuk melaksanakan sesuatu ibadah itu akan mengambil masa yang panjang.

Jemaah juga terpaksa berulang-alik ke masjid di mana jarak tempat penginapan dengan masjid adalah diantara 50 meter ke 700 meter. Ringkasnya jemaah haji terpaksa berjalan kaki kemana saja samada untuk menunaikan ibadah atau urusan peribadi ketika di Tanah Suci.

Semasa musim Haji, populasi di mekah mencecah hampir 3 juta orang yang datang dari segala pelusuk dunia. Dengan bilangan jemaah yang ramai ini, banyak masalah kesihatan yang mungkin timbul yang mungkin disebabkan oleh kuman yang di bawa oleh jemaah negara lain; tambahan pula cuaca yang berlainan di Tanah Suci berbanding dengan cuaca kita di sini. Justeru itu amat

(3)

penting bagi bakal jemaah menyiapkan diri untuk menjamin kesihatan diri dan seterusnya memudahkan kelancaran perjalanan haji.

KEPENTINGAN PEMERIKSAAN KESIHATAN TERHADAP BAKAL HAJI Lulus pemeriksaan kesihatan dan mendapat akuan doktor merupakan salah satu dari peraturan haji kerajaan Arab Saudi sebelum diluluskan mendapat visa haji bagi ke tanah suci. Bakal jemaah dinasihatkan agar jangan menyembunyikan penyakit yang mereka hidapi semata-mata untuk mendapatkan kelulusan kesihatan. Dengan pemeriksaan kesihatan yang sempurna maka penyakit boleh dikesan lebih awal dan kita boleh pastikan bahawa penyakit tersebut mendapat rawatan yang sepatutnya. Apa yang kita harapkan adalah segala penyakit yang dikesan mendapat rawatan yang optima di tanah air supaya bakal jemaah sihat semasa di tanah suci dan dapat melakukan ibadah haji dengan sempurna.

Bakal haji yang sedang menghidap penyakit-penyakit yang berisiko tinggi seperti kencing manis, darah tinggi, sakit jantung dan lelah hendaklah memberitahu doktor supaya dicatatkan semua penyakit dan rawatannya ke dalam Buku Rekod Rawatan untuk rujukan semasa di Tanah Suci nanti. Dalam hal ini, eloklah bakal jemaah sendiri meminta atau memperingatkan doktor supaya merekodkan segala butir-butir mengenai penyakit tuan/puan kerana perkara ini mustahak, khususnya di waktu kecemasan di Tanah Suci.

Pastikan buku rekod rawatan anda lengkap diisi oleh doktor dan segala tambahan atau perubahan dos ubat-ubatan mestilah dicatit di dalam buku. Jemaah dinasihatkan membawa bekalan ubat yang mencukupi bagi sepanjang musim Haji dan buku rekod rawatan hendaklah sentiasa berada di dalam beg galas dan di bawa bersama-sama. Ini adalah untuk memudahkan urusan sekiranya berlaku kecemasan.

(4)

Perlu dinasihatkan bagi bakal haji yang menghidap penyakit jantung atau penyakit-penyakit lain dan memerlukan ubat khas yang diambil dari doktor pakar swasta atau Institut Jantung Negara, ubat-ubat ini hendaklah dibawa ke Tanah Suci secukupnya, kerana dikhuatiri ubat-ubat „khas‟ tersebut tidak dapat diperolehi dari Klinik Malaysia atau farmasi di Tanah Suci.

Vaksinasi yang diambil juga mesti dicatitkan di buku rekod rawatan kerana tanpa vaksinasi wajib iaitu vaksinasi meningococcal, jemaah tidak dibenarkan masuk ke tanah suci.

Kita amat menekankan agar buku rekod rawatan diisi dengan lengkap dengan ubat-ubat dan dos yang terkini kerana hanya buku itu sahaja yang menjadi alat/media penghubung antara doktor di Malaysia dan doktor yang akan bertugas di tanah suci. Jika buku tidak mempunyai informasi lengkap maka doktor yang bertugas di tanah suci akan menghadapi kesulitan memberi rawatan yang sebaik mungkin.

APAKAH PENYAKIT-PENYAKIT YANG TIDAK LAYAK KE TANAH SUCI Di antaranya adalah:

i. Gila, tidak siuman, nyanyuk dan tidak tahu menjaga diri. Di dalam kes-kes begini, keupayaan berakal telah tiada lagi.

ii. Kencing manis dengan tanda atau gejala yang tidak terkawal seperti kencing kerap, sentiasa berasa dahaga, kerap mengalami serangan hypoglisemia (kurang gula dalam darah) dan paras gula yang sentiasa tidak stabil

iii. Kencing manis dengan komplikasi yang mengancam nyawa seperti kegagalan buah pinggang dan gangrene kaki.

(5)

iv. Darah tinggi yang tidak terkawal dengan komplikasi yang mengancam nyawa seperti kegagalan jantung, kegagalan buah pinggang dan angin ahmar/strok

v. Sakit jantung dalam keadaan merbahaya contohnya ‟unstable angina‟, atau mendapat serangan jantung sejurus sebelum berangkat ke tanah suci

vi. Sedang menghidap penyakit berjangkit. vii. Wanita hamil.

viii. Penyakit kanser dalam peringkat teruk dan berbahaya

ix. Pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang dan memerlukan hemodialisis.

VAKSINASI YANG DIPERLUKAN VAKSINASI WAJIB

Vaksinasi boleh membantu menyediakan ketahanan badan terhadap penyakit. Pada musim haji 1407 Hijrah (1987), wabak penyakit meningitis telah berlaku di Tanah Suci. Wabak meningitis ini juga berlaku pada musim haji tahun 2000 dan 2001. Berikutan itu, pihak haji kerajaan Arab Saudi telah mewajibkan vaksinasi meninggococcal (suntikan vaksin Quadrivalent meningokokus ACWY-135) kepada semua jemaah sebelum berangkat ke tanah suci. Sekiranya tidak mendapat suntikan ini, pihak Arab Saudi tidak akan membenarkan jemaah haji masuk ke tanah suci. Suntikan ini di beri percuma di klinik-klinik kesihatan kerajaan yang menjalankan pemeriksaan kesihatan jemaah haji. Hanya jemaah yang lulus pemeriksaan kesihatan sahaja yang akan diberi vaksinasi meningococcal. Vaksinasi ini akan beri perlindungan ketahanan imuniti selama 2-3 tahun.

(6)

VAKSINASI PILIHAN

Vaksinasi juga boleh membantu menyediakan ketahanan terhadap kuman yang menyebabkan radang paru-paru. Vaksinasi pilihan yang disyorkan adalah suntikan influenza (selsema bermusim) dan suntikan pneumococcal. Kedua-dua suntikan adalah suntikan „pilihan‟ dan terpaksa ditanggung oleh bakal jemaah sendiri dan boleh didapati di klinik-klinik swasta. Pada tahun lepas, oleh kerana wabak H1N1, pihak haji Arab Saudi telah mewajib vaksinasi influenza. Walaupun untuk musim ini, kita masih belum mendapat arahan mewajibkan vaksinasi suntikan influenza, namun saya amat mengsyorkan agar jemaah mengambil vaksinasi influenza juga. Vaksinasi ini member perlindungan imuniti untuk tempoh 1 tahun.

Siapakah yang digalakkan mendapat vaksinasi?  Jemaah yang berumur „65 tahun ke atas‟

 Pesakit yang mengidap penyakit kronik seperti sakit buah pinggang, diabetes dan sakit paru-paru

 Pesakit yang mempunyai ketahanan badan yang rendah seperti pengidap kanser

Sehingga artikel ini ditulis, vaksinasi yang wajib untuk semua jemaah adalah vaksinasi meningococcal untuk ketahanan badan terhadap jangkitan selaput otak. Vaksinasi influenza dan pneumococcal adalah vaksinasi pilihan untuk ketahanan badan terhadap jangkitan paru-paru.

(7)

APAKAH PERSIAPAN YANG BOLEH DILAKUKAN DARIPADA SEKARANG  Jagalah kesihatan diri sejak dari Malaysia lagi. Tingkatkan kecergasan dengan

melakukan senaman secara berkala. Mulakan dengan senaman ringan dan kemudian tingkatkan aktiviti senaman itu.

 Temuilah doktor apabila mendapat apa-apa masalah kesihatan sebelum ia berlarutan.

 Sekiranya bakal haji jatuh sakit selepas lulus pemeriksaan kesihatan, bakal haji hendaklah memaklumkan kepada pegawai perubatan yang berkenaan untuk memasukkan maklumat terkini dalam Buku Rekod Rawatan.

 Makanlah makanan seimbang dan ambillah vitamin-vitamin yang boleh menambah ketahanan badan.

 Rehatkan badan, tenangkan fikiran dan tidur yang cukup sejurus sebelum bertolak ke tanah suci.

 Kenalpasti waris anda; dan waris hendaklah memastikan orang yang hendak ditemani sihat tubuh badan

 Jemaah Haji di nasihat supaya mengambil peluang dari sekarang untuk berhenti merokok. Sekiranya bakal jemaah mempunyai masalah untuk berhenti merokok maka disyorkan untuk pergi ke klinik Berhenti Merokok di klinik kesihatan kerajaan yang berhampiran dengan rumah masing-masing.

(8)

 Bagi kaum wanita yang mempunyai masalah haid yang tidak teratur haruslah berjumpa dengan doktor sekurang-kurangnya 2 bulan sebelum berangkat ke Tanah Suci. Jika datang terlalu lewat maka agak sukar memberi ubat yang bersesuaian dan ini mungkin memburukkan kagi kitaran haid jemaah tersebut.

 Bagi jemaah wanita yang hendak mengambil ubat penahan haid, maka bolehlah berjumpa dengan doktor dari sekarang untuk membincangkan ubat yang bersesuaian. Jangan beli ubat sendiri dari farmasi tanpa mendapat nasihat doktor. Sekiranya telah di beri ubat, maka pastikan makan ubat penahan haid seperti yang diarahkan oleh doktor.

PENYAKIT-PENYAKIT YANG SERING DIHIDAPI DI TANAH SUCI

Oleh kerana perubahan suasana, suhu dan aktiviti di Tanah Suci seperti hawa yang panas dan berdebu, kesesakan tempat tinggal dan tempat ibadat, kekurangan air dan keletihan badan; maka jemaah sering di hidapi PENYAKIT RINGAN seperti:

Batuk dan demam selsema. Pada kebiasaannya hampir 90% dari jemaah haji menghidapi penyakit batuk. Mereka perlulah mendapat rehat yang secukup-cukupnya.

Banyakkan minum air, 3-4 liter sehari terutama selepas menggunakan tenaga fizikal yang berlebihan dan penting bagi mereka mendapatkan rawatan awal dari klinik sebelum keadaan bertambah teruk.

Pecah-Pecah Kulit, Tumit dan Bibir (khususnya di Madinah). Cara mengatasinya adalah dengan menyapukan krim pelembap atau minyak zaitun sejurus selepas berada di tanah suci. Keadaan cuaca yang kering menyebabkan

(9)

kulit, bibir dan tumit pecah. Dinasihatkan agar memakai krim pelembap awal-awal lagi untuk mengelakkan kulit dan bibir pecah. Sekiranya kulit, tumit atau bibir sudah pecah, ia amat menyakitkan dan rawatannya tetap sama, iaitu menyapukan krim pelembap di tempat tersebut. Kurangkan penggunaan sabun apabila mandi untuk mengelakkan kekeringan kulit dan jangan berjalan tanpa alas kaki.

Lain-lain penyakt ringan adalah sakit kerongkong, hidung berdarah, sembelit dan cirit-birit.

Diantara PENYAKIT TERUK yang biasa dihidapi adalah:

Penyakit radang paru-paru/Pneumonia.

Pneumonia merupakan di antara 5 penyakit utama yang dirawat semasa musim Haji. Hawa yang berdebu dan keadaan yang bersesak-sesak terutama apabila hampirnya hari wukuf, meningkatkan lagi risiko jemaah haji untuk mangalami pneumonia. Merokok terutama di dalam tempat tinggal turut mendedahkan jemaah haji kepada pneumonia dan juga menjejaskan kesihatan jemaah lain yang mempuyai penyakit saluran pernafasan seperti lelah. Pneumonia dapat dicegah dengan meningkatkan tahap penjagaan kesihatan diri seperti menjauhi tempat yang sesak dan berhabuk, utamakan tempat tinggal yang bersih, pastikan tempat tinggal mempunyai peredaran udara yang sempurna, berhenti merokok, memakai topeng muka (mask) semasa keluar dan menutup hidung dan mulut dengan saputangan ketika batuk dan bersin.

(10)

Penyakit meningitis/jangkitan dan radang selaput otak

Penyakit ini disebabkan oleh kuman meningococcal. Tanda-tanda penyakit ini adalah demam panas, sakit kepala, hidung berair, ruam badan, kejang di bahagian leher (stiffness of neck) rasa loya atau muntah, kurang ingatan, meracau (delirium), pengsan dan sawan.

Cara-cara pencegahan adalah mengambil vaksinasi meningococcal, menjaga kebersihan diri, kebersihan tempat tinggal, elakkan tempat-tempat yang begitu sesak dan rehat secukupnya. Apabila terdapat tanda-tanda penyakit, SEGERA berjumpa dengan doktor, kerana boleh diselamatkan jika mendapat rawatan awal.

KEMUDAHAN PERKHIDMATAN KESIHATAN DI TANAH SUCI

Berikut adalah senarai lokasi perkhidmatan kesihatan Malaysia di tanah suci: Di Jeddah

 Klinik Malaysia yang terletak di terminal haji memberi perkhidmatan pesakit luar dan kecemasan untuk Jemaah Haji yang baru tiba dari tanah air.

 Klinik Malaysia yang terletak di Madinatul Hujjaj memberi perkhidmatan pesakit luar dan kecemasan untuk Jemaah Haji yang akan berangkat pulang ke tanah air.

(11)

Klinik Jumum

Menyediakan perkhidmatan kecemasan di Pusat Pemeriksaan (checkpoint) untuk Jemaah Haji masuk dari Madinah ke Makkah

Klinik Maktab

Menyediakan perkhidmatan Pesakit Luar dan Kecemasan yang dikendalikan oleh doktor dan penolong pegawai perubatan. Klinik ini terletak di bangunan penginapan Jemaah Haji

Klinik Syisya

Terletak di kawasan Syisya berhampiran tempat melontar (lebih kurang 2 km dari tempat melontar dan 5 km dari Masjidil Haram).Menyediakan perkhidmatan Pesakit Luar, Kecemasan, Pesakit Dalam, Makmal, Farmasi, ambulan, X-ray serta fisiotherapi. Berfungsi sebagai Pusat Rujukan pesakit dari Klinik-klinik Maktab terutamanya kes-kes respiratori dan kes-kes yang berjangkit.

Hospital Aziziah

Terletak di kawasan Aziziah (lebih kurang 5 km dari Masjidil Haram). Menyediakan perkhidmatan yang sama sebagaimana terdapat di Pusat Rawatan Syisya dengan pengkhususan kepada kes-kes kardiovaskular dan mental.

Di Madinah Klinik Zon

Terletak di zon penginapan Jemaah Haji di Madinah. Menyediakan perkhidmatan Pesakit Luar dan Kecemasan

(12)

Terletak di Ibu Pejabat Tabung Haji Madinah, menyediakan perkhidmatan Pesakit Luar, Kecemasan, Pesakit Dalam, Makmal, Farmasi, ambulan, X-ray serta fisiotherapi. Selain itu ia juga menyediakan pasukan perubatan untuk Jemaah Haji Malaysia di Lapangan Terbang Madinah. Berfungsi sebagai Pusat Rujukan pesakit dari Klinik-klinik Zon.

Perkhidmatan Hospital Arab di Madinah, Mekah dan Jeddah

Jemaah Haji hanya dirujuk ke Hospital Arab untuk rawatan lanjut bagi perkhidmatan perubatan yang tidak terdapat di Klinik / Hospital Malaysia (contohnya seperti pesakit yang memerlukan alat bantuan pernafasan, pemindahan darah, keguguran dan pembedahan)

PENGENDALIAN PESAKIT YANG BERADA DI HOSPITAL SEMASA WUKUF 1. Pesakit yang sakit sebelum wukuf yang berada di Hospital Tabung

Haji Malaysia (Aziziah, Syisya) / Hospital Arab

Pesakit akan dibawa ke Arafah oleh Rombongan Perubatan Tabung Haji dengan menaiki bas/ambulans dan duduk seketika sahaja di Arafah pada waktu wukuf dan kemudian dibawa terus balik ke Hospital. Pesakit juga tidak akan bermabit di Mudzalifah dan Mina. Atas sebab keuzuran syarie maka mereka tidak dikenakan membayar dam.

Sekiranya keadaan pesakit tidak stabil, dalam keadaan tidak sedarkan diri atau memerlukan bantuan pernafasan, pihak Hospital Arab mungkin tidak akan memberi kebenaran untuk mereka dibawa ke Arafah. Ini sekaligus menyebabkan ibadah haji pesakit tidak dapat disempurnakan.

(13)

2. Jemaah yang jatuh sakit semasa di perkhemahan Arafah-Mina

Pesakit akan terus dirujuk ke Hospital Arab yang terdekat dengan menaiki ambulans.

LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN PENULARAN PENYAKIT INFLUENZA Pada waktu ini, kita masih lagi mendengar terdapat kes-kes H1N1 walaupun bukan di peringkat wabak. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memberi peringatan agar mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan penularan penyakit influenza. Langkah-langkah yang disarankan amat mudah namun ramai yang masih tidak mempraktikkan langkah-langkah pencegahan ini, walhal kita semua maklum bahawa pencegahan adalah lebih penting dari rawatan.

1. Amalkan Etika Batuk

Hendaklah menutup mulut dan hidung ketika batuk atau bersin dengan tisu. Kemudian basuh kedua-dua tangan dengan air dan sabun atau gunakan pembersih tangan beralkohol. Tisu yang telah diguna hendaklah dibuang ke dalam tong sampah.

2. Jaga Kebersihan diri

a. Bersihkan tangan selalu menggunakan air dan sabun atau pembersih tangan beralkohol.

b. Gunakan tisu untuk mengeringkan tangan atau gunakan tuala tangan yang khas untuk seorang individu sahaja. Jangan berkongsi tuala.

(14)

3. Jangan berkongsi barang-barang keperluan peribadi

Basuh pinggan mangkuk dan sudu garfu yang telah digunakan oleh orang yang sakit (selsema, batuk) dengan sabun dan air sebelum menggunakan peralatan tersebut.

4. Bagi orang yang mempunyai gejala flu (batuk dan selsema), pakailah mask (topeng muka) dan praktikkan etika batuk seperti yang diterangkan di atas dan amalkan pembersihan tangan selalu.

Saya harap artikel ini dapat memberi kesedaran tentang kepentingan kesihatan tubuh badan bagi mereka yang akan ke tanah suci bagi menunaikan haji. Anggaplah bahawa jemaah yang mendapat tawaran menunaikan haji amat bertuah kerana secara tidak langsung telah juga membuka jalan untuk mereka membuat pemeriksaan kesihatan, mungkin untuk kali pertama bagi sesetengah individu, membuka peluang bagi seseorang untuk berhenti menghisap rokok dan juga memberi ruang untuk bakal jemaah haji mula mengamalkan cara hidup yang sihat dan mula bersenam.

Ramai yang beranggapan bahawa semua penyakit akan sembuh di tanah suci maka mereka akan berhenti makan ubat yang telah diberi oleh doktor. Saya selalu berpesan di dalam ceramah kesihatan untuk bakal haji, sekiranya di beri nikmat kesihatan tubuh badan semasa di tanah suci, Alhamdulillah itu adalah kurniaan dari Allah tapi yang pentingnya adalah usaha dan ikhtiar kita untuk menjaga kesihatan yang seharusnya bermula dari tanah air lagi.

(15)

Kesimpulannya, setelah melintasi beribu-ribu kilometer dan mengeluarkan sejumlah wang yang banyak untuk ke tanah suci bagi menunaikan rukun Islam yang kelima maka kita hendaklah bersiap sedia secara mental, fizikal dan rohani bermula dari sekarang. Minda dan kesihatan yang baik akan menjamin kelancaran melakukan ibadah Haji. Semoga kelancaran ini dapat membantu bakal jemaah mendapat haji yang mabrur.

Penulis : Dr Hajah Azah Binti Abdul Samad Pakar Perubatan Keluarga

Referensi

Dokumen terkait

Kudeta militer pada tahun 1999 yang dilakukan oleh Jenderal Pervez Musharraf terhadap Perdana Menteri Pakistan saat itu yaitu Nawaz Sharif, dilatarbelakangi oleh berbagai macam hal,

Pada sistem ini digunakan Easy VR 3.0 yang memiliki fitur user- defined speaker dependent yang dapat menyimpan suara sebagai referensi untuk dibandingkan dengan perintah

Apabila terdapat selisih kurang pembayaran subsidi BBM Jenis BBM Tertentu antara yang telah dibayar kepada Badan Usaha dengan hasil audit sebagaimana dimaksud dalam

This filter prevents particle spread inside cabinet, unlike if Class II type B2 is used.. LAMINAR AIR

Dalam hal ini juga sering kelompok kehilangan arah untuk memecahkan masalah dan mereka juga kehilangan kesempatan menemukan cara yang lebih baik maka dari itu

Teknik analisis data hasil belajar pada aspek kognitif atau penguasaan konsep menggunakan analisis deskriptif dengan menggunakan teknik persentase dari setiap siklus

Pendekatan Linear Programming yang diformulasikan dengan satu fungsi tujuan untuk minimasi biaya distribusi dan dibatasi beberapa fungsi kendala terkait kapasitas

(2) Ketentuan lebih lanjut rnengenai perijinan sebagaimana dimaksud dalam ayat (1) diatur oleh Menteri dengan memperhatikan ketentuan peraturan perundang-undangan