• Tidak ada hasil yang ditemukan

DEFINISI DAN KONSEP PENGURUSAN DAN PENTA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "DEFINISI DAN KONSEP PENGURUSAN DAN PENTA"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

DEFINISI DAN KONSEP PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

Pentadbiran dan pengurusan sekolah merupakan satu aspek penting yang perlu diberi perhatian, kerana menurut kajian- kajian yang telah dijalankan di Malaysia, pembolehubah pengurusan seperti kepimpianna gruru besar adalah pengaruh utama dalam mennetukan kualiti pendidikan dan pencapaian akademik pelajar. Menurut Peter F. Drucker, Pengurusan ialah satu proses sosial dibentuk untuk mendapatkan kerjasama, penyertaan dan penglibatan ahli-ahli dalam sesebuah organisasi untuk mencapai sesuatu maklumat atau objektif yang paling berkesan, maklumat ini disokong oleh pandangan yang menyatakan bahawa kecekapan pentadbiran akan menyumbang kepada matlamat organisasi.( Morphet et al, 1982).

Dalam sesebuah organisasi termasuk organisasi pendidikan, pentadbiran atau pengurusan adalah tersangat penting. Tanpa pengurusan yang cekap proses pengeluaran tidak dapat berjalan dengan baik dan juga tidak dapat menyempurnakan kehidupan manusia.Dalam proses pentadbiran,ia berlaku sama ada di dalam sesebuah organisai yang besar mahupun kecil serta organisasi formal dan juga yang tidak formal.Untuk mengurus sesuatu organisasi,seseorang pentadbir atau pemimpin seharusnya memahami terlebih dahulu apakah yang dimaksudkan dengan pentadbiran. Griffiths(1959) , menyatakan pentadbiran adalah satu corak tingkahlaku yang didapati dalam semua organisasi manusia. Ia adalah proses yang mengatur dan mengawal sesuatu organisasi sosial itu. Drucker(1945) pula menjelaskan pentadbiran itu ialah sumber asas dan sumber yang paling berharga. Stoner(1984) mengatakan pengurusan ialah satu proses merancang, mengelola, memimpin, mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan.

(2)

formal mahupun tidak formal kuasa-kuasa yang bercorak manusia dan material kedalam satu sistem yang kukuh dengan tujuan memenuhi objektif yang ditetapkan.

Sementara itu Campbell,Bridges dan Nystrand (1977) pula berpendapat bahawa pentadbiran pendidikan ialah satu proses untuk menyelaras usaha dikalangan berbagai-bagai anggota bagi memenuhi matlamat yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. Jadi secara ringkasnya matlamat akhir yang dikehendaki dalam pentadbiran sekolah atau institusi ialah untuk meningkatkan taraf pengajaran dan pembelajaran. Ia meliputi peranan yang dimainkan oleh sekolah, jabatan pendidikan, institute pendidikan guru dan juga universiti. Pentadbiran sekolah tidak boleh dibezakan dengan bidang lain. Pada asasnya ia adalah segala usaha yang dijalankan oleh sesuatu organisai untuk memenuhi matlamat dan tujuan tertentu di samping menyelenggarakan dan mengekalkan struktur organisasi.

Dalam organisasi, konsep pentadbiran dan pengurusan sekolah selalu digunakan dan saling bertukar ganti. Definisi pengurusan lebih kurang sama dengan pentadbiran, iaitu proses mengarah, mengawal sesuatu institusi yang melibatkan perancangan. Di Malaysia istilah pentadbiran lebih kerap digunakan kerana ia lebih menitikberatkan kepada perkhidmatan dan bukan kepada keuntungan. Walaubagaimanpun ramai bersetuju pentadbiran dan pengurusan tiada bezanya. Jadi secara ringkasnya dapat rumuskan, perkara yang penting dalam aspek definisi pentadbiran pendidikan ialah Pengendalian, Matlamat, Kualiti atau mutu, dan juga keberkesanan apa yang telah dirancangkan.

Tugas Pentadbiran Sekolah Terdapat banyak pendapat yang menyenaraikan tugas pentadbiran sekolah, tetapi hanya tiga yang di ambil iaitu :

1. L . Gulick dan L . Urwick ( 1959 ) 2. Clark (1977)

3. Kimbraugh & Nunnery (1976)

(3)

{planning}, iaitu menentukan perkara yang mesti dilakukan dan cara melaksanakannya. Mengelola {organizing}, iaitu membentuk satu struktur formal tentang pembahagian kuasa dalam menyempurnakan tugas aktiviti yang telah dirancang. Mengisi tenaga {staffing}, iaitu fungsi tentang tenaga pekerja seperti melantik baru atau melatih pegawai yang sedia ada dan juga mengatur suasana tempat kerja yang memuaskan. Mengarah (directing),iaitu tugas membuat keputusan dan memberi arahan dan tunjuk ajar kepada kakitangan. Menyelaras (coordinating ), iaitu menyampaikan maklumat kepada pihak atasa atau bawahan melalui rekod-rekod kajian dan pemerhatian .Melapor (reporting ), iaitu menyampaikan maklumat kepada pihak atasan atas bawahan melalui rekod-rekod kajian dan pemerhatian. Merangkakan belanjawan (budgeting) iaitu mengendalikan urusan kewangan dari segi peruntukan , perbelanjaan dan kawalan.

Clark (1977) Empat lagi tugas pentadbiran telah dikenal pasti , iaitu komunikasi , hubungan awam ,penilaian dan membuat keputusan. Clark juga telah merumuskan fungsi pentadbiran bertumpu kepada :

1. Menggubal dan menjelaskan falsafah , matlamat dan polisi organisasi

2. Membentuk struktur formal dan tidak formal dalam menggunakan sumber-sumber manusia dan lain-lain dengan cekap , penyerahan autoriti dan perkongsian tanggungjawab.

3. Merancang untuk membuat jangkaan dan menyesuaikan perubahan-perubahan dalam matlamat dan polisi .

4. Mengekalkan komunikasi yang berkesan antara individu di dalam organisasi dan juga di luar organisasi.

5. Mengubal polisi yang meluas tentang prosedur dan kandungan program.

6. Menyediakan polisi yang meluas tentang keperluan-keperluan personel kecekapan standard kakitangan , polisi latihan , gaji dan lain-lain.

7. Mendapatkan sumber-sumber kewangan dan menjelaskan polisi penggunaan dan perbelanjaan wang.

(4)

9. Mewujudkan proses kawalan mutu kerja.

Proses pentadbiran berikut, iaitu merancang, membuat keputusan , komunikasi, mengawal dan menilai berfungsi dalam satu pusingan yang di sebut pusingan tugas- tugas pentadbiran ( lihat rajah di bawah). Proses pentadbiran ini bermula dengan merancang kemudian membuat keputusan serta memberitahu keputusan yang telah diambil ,mengadakan proses kawalan untuk mencapai keputusan yang telah ditentukan dan menilai kembali aktiviti- aktiviti .Pusingan ini dapat membantu pengetua menjalankan fungsi pentadbiran sekolahnya. Kimbrough dan Nunery (1976) Beliau telah menyenaraikan langkah bagi sesuatu petadbiran iaitu Merancang, Membuat keputusan, Komunikasi, Mengawal dan juga Menilai .

Secara amnya memang telah terdapat penjelasan fungsi-fungsi pentadbir pendidikan , iaitu membuat keputusan tentang apa yang hendak dilaksanakan , membentuk perancangan menurut matlamat yang telah ditentukan , mengurus peruntukan sumber manusia dan kewangan , mengadakan faktor-faktor motivasi yang boleh mendorong kakitangan , mengadakan kerja berkumpulan untuk meningkatkan semangat dan membuat penilaian antara prestasi sebenar dengan prestasi yang diharapkan supaya kelemahan dan penyelewangan dapat diatasi. Tugas Pengurusan Sekolah Secara umumnya pengurusan pendidikan di sekolah disokong oleh struktur pentadbiran yang lengkap dan mempunyai fungsi-fungsi yang tertentu di mana setiap fungsi itu saling melengkapi kepada fungsi yang lain (complimentary).

(5)

Dalam konteks reformasi pendidikan yang bertunjangkan Falsafah Pendidikan Negara, peranan pengurusan pendidikan dilihat amat penting bagi melahirkan generasi seimbang dan harmonis yang bukan sahaja memiliki keupayaan intelek yang baik dan ketangkasan jasmani yang teruji, tetapi dalam masa yang sama memiliki kekuatan dalaman yang berdaya tahan.

Peranan Guru Besar

Di antara peranan dan tanggungjawab guru besar sebagai pengurus sesebuah organisasi pendidikan ialah memahami dan mengetahui secara mendalam tentang Falsafah Pendidikan Negara yang terjelma dalam falsafah pendidikan sekolahnya, termasuk matlamat KBSR. membimbing, menyedar dan menyelia guru-guru di bawahnya ketika melaksanakan tugas mereka untuk memastikan segala program dan kegiatan yang dijalankan itu sesuai, selaras dan secocok dengan falsafah dan matlamat pendidikan tersebut. memainkan peranan yang positif dan serius untuk menjamin staf profesionalnya bukan sahaja setakat memahami bahkan juga bertindak untuk mencapai matlamat pendidikan yang ditetapkan, sama ada secara tersurat atau tersirat. mempunyai peranan dan tanggungjawab ke atas kejayaan pencapaian hasrat, cita-cita dan kehendak falsafah dan matlamat pendidikan sesebuah sekolah. membimbing dan mendorong serta meransang guru untuk bekerja dengan semangat dedikasi dan komitmen yang tinggi dengan menggunakan kemahiran berkomunikasi. menjadikan sekolahnya sebagai lambang kepada segala nilai, kepercayaan, cita-cita dan hasrat yang diperjuangkan oleh sekolahnya serta berkeupayaan untuk menjelaskan tujuan dan rasional di sebalik pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum sekolah kepada semua pihak yang berkenaan.

Peranan Guru

(6)

mereka dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran. Sebagai pendidik, guru-guru seharusnya menguasai pelbagai kemahiran iaitu:

1. Kemahiran belajar ke arah mempertingkatkan lagi potensi pelajar-pelajar dalam proses pembelajaran.

2. Kemahiran berfikir ke arah mewujudkan pemikiran yang lateral iaitu yang bersikap positif, kreatif dan inovatif.

3. Kemahiran merancang ke arah mewujudkan sistem penyampaian yang berkesan serta bersistematik.

4. Kemahiran menyediakan bahan pengajaran/pembelajaran ke arah mewujudkan pendekatan yang lebih bersifat resource base dalam proses pengajaran.

5. Kemahiran mengajar iaitu dapat menggabungkan aspek-aspek teori-teori, pedagogi dan teknologi pendidikan untuk diintegrasikan dalam pengajaran.

6. Kemahiran menilai supaya dapat membuat analisis dan diognisis terhadap pencapaian pelajar dan hubungkaitnya dengan objektif pembelajaran.

7. Kemahiran membuat kajian pendidikan ke arah membudayakan masyarakat yang peka terhadap perkembangan penyelidikan dalam menentukan kualiti pendidikan.

8. Kemahiran berkomunikasi secara lisan dan tulisan ke arah melahirkan masyarakat penyayang, mempunyai nilai-nilai murni, bersefahaman serta semangat bekerjasama dalam satu pasukan.

9. Kemahiran mengurus dan menjalankan aktiviti luar ke arah melahirkan generasi yang mempunyai nilai kepimpinan yang tinggi, sihat, berpengalaman, dinamik dan peka terhadap persekitaran luaran.

10. Kemahiran menangani masalah dan cabaran ke arah membentuk jiwa yang rasional berkeupayaan mengawal emosi dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas.

(7)

12. Kemahiran-kemahiran di atas bukan sahaja dapat diperolehi di bilik-bilik kuliah atau di pusat-pusat sumber, tetapi melalui penglibatan yang aktif dalam kelab atau persatuan dan juga aktiviti-aktiviti sosial.

Prinsip-prinsip Pentadbiran dan Pengurusan Sekolah

Pendekatan pengurusan saintifik menumpukan kepada pekerja atau peringkat bawah.Pendekatan yang dikenali juga sebagai analisis tugas ini diasaskan oleh Frederick Taylor(1856-1915).Penyumbang-penyumbang lain ilaha Henry L Gantt dan Frank Gilberth. Pendekatan ini timbul disebabkan oleh masalah dalam revolusi industry pada tahun 1900. Tujuan utama kajiannya ialah menilai prestasi pekerja dan meningkat profesionalisme dalam pengurusan. Dengan kejayaan pendekatan tersebut beliau digelar sebagai bapa pengurusan SAINTIFIK. Beliau yang berasala dari Amerika Syarikat mempunyai banyak pengalaman bekerja di kilang besi waja iaitu di Midvale Steel Company.Bermula dari buruh sehingga menjadi seorang jurutera.

Prinsip Taylor dalam pendekatan pengurusan saintifik ini ialah:

1. Produktiviti boleh ditingkatkan melalui kerja yang berkesan 2. Memilih pekerja paling sesuai sebab ada yang layak dan tidak. 3. Gaji seimbang dengan kerja

4. Perlu memotivasikan pekerja.

5. Masa yang standard bagi semua pekerja.

6. Tugas perancangan harus dipisah denagan pengeluaran. 7. Pengurus menentukan cara-cara bekerja bagi pekerja. 8. Pengurus dilatih prinsip-prinsip pengurusan dan kawalan.

(8)

Prinsip-prinsip am untuk menguruskan sekolah secara berkesan adalah dengan amalan demokrasi yang merupakan pertimbangan penting bagi pentadbir sekolah untuk mengurus guru secara individu dan kolektif.Masalah manusia yang dianggap kecilselalunya memerlukan perhatian dan pertimbangan yang luas. Pentadbir sekolah bertanggungjawab untuk memudahkana interaksi antara kakitangan dan perlu mengamalkan kepipmpinan ciri-ciri kepimpinan demokratik.Semua individu yang terlibat dalam sebarang keputusan hendaklah diberikan kesempatan untuk menentukan corak tindakan yang perlu dilaksanakan.

TOTAL QUALITY MANAGEMENT Definasi Kualiti

Sebelum kita memahami apakah itu TQM, kita perlu memahami maksud kualiti terlebih dahulu kerana ia merupakan asas kepada konsep dan falsafah pengurusan ini. Terdapat pelbagai definisi yang telah diberikan oleh guru-guru kualiti, daripada negara Amerika Syarikat dan Jepun, seperti Deming, Crosby, Garvin, Juran, Imai,daN Kanji. Menurut, Deming (tt): tahap kepiawaian dan kebergantungan terhadap kos yang rendah untuk disesuaikan bagi tujuan pasaran. Crosby (1979): menepati kehendak pelanggan (conformance to requirements) tetapi pada tahun 1992, beliau mentafsir kualiti sebagai apa yang telah dipersetujui oleh semua individu. David Garvin (1988): ciri-ciri yang dinyatakan seperti bagus, berdasarkan produk, pengguna, pengeluaran atau nilai.

Menurut Garvin lagi, ciri-ciri kualiti boleh dikenalpasti daripada lapan dimensi iaitu: kebolehpercayaan (reliability), penepatan (conformance), ketahanan (durability), keupayaan perkhidmatan (serviceability), estetik, persembahan, ciri-dri asas produk atau perkhidmatan dan kualiti yang dijangka (perceived quality). Imai (1986): apa-apa sahaja yang boleh diperbaiki. Juran (1988): kesesuaian dalam penggunaan (fitness for use).Kanji (1998): satu konsep yang relatif di mana orang yang berbeza mempunyai tanggapan yang berlainan.

(9)

kehendak-kehendak pelanggan yang berbeza terhadap produk atau perkhidmatan yang mereka ingini. Sekiranya syarikat dapat memenuhi kehendak mereka dan memastikan kualiti dipertingkatkan, hasilnya ialah kepuasan dan kesetiaan pelanggan yang tidak berbelah bagi.

Definisi TQM

Menurut Kanji (1998), TQM merupakan satu cara hidup bagi sebuah organisasi yang komited kepacta kepuasan pelanggan dan usaha ini dilakukan melalui proses peningkatan berterusan. Ia merupakan satu budaya korporat yang bercirikan peningkatan ke atas kepuasan pelanggan melalui penekanan terhadap aktiviti-aktiviti peningkatan berterusan di mana kesemua pekerja dalarn syarikat tersebut menyertai aktiviti-aktiviti tersebut dengan aktif. Pada masa yang sarna, terdapat takrifan yang berbeza mengenai TQM tetapi pada dasarnya, terdapat beberapa persefahaman seperti TQM merupakan satu budaya dalam sesebuah organisasi di mana ia menekankan kepada penglibatan menyeluruh, memfokus kepada pelanggan, penggunaan alat saintifik dan aktivitiaktiviti peningkatan berterusan dan inovasi.

Bagaimana TQM Mula DikenaIpasti

(10)

telah kehilangan peranannya sebagai pembekal dunia. Kesan yang paling buruk ialah pusat kewangan dunia yang dahulunya berpusat di bandar New York telah berpindah ke bandar Tokyo. Revolusi ini terjadi kerana negara Amerika Syarikat terlalu menekankan kuantiti, tidak kepada kualiti. Sebaliknya, syarikat-syarikat Jepun pula adalah lebih inovatif, kos efektif dan berupaya untuk memenuhi kehendak pelanggan. Bayaran untuk tenaga buruhnya pula adalah lebih murah sedangkan tenaga kerja buruh negara Amerika Syarikat adalah lebih mahal dan kurang mahir berbanding dengan negara-negara lain.

Faedah-faedah TQM

Terdapat banyak faedah yang dapat diperolehi daripada pelaksanaan TQM seperti pengurangan dalam kerja semula; kesilapan; penangguhan; kos; pusing ganti 70 Pengurusan Kualiti Menyeluruh: Satu Perbandingan pekerja dan jualan, peningkatan dalam kadar kepuasan pelanggan dalaman dan luaran; keuntungan dan kecekapan, penggunaan mesin dan bahan mentah yang lebih baik, kualiti produk yang lebih baik pada harga yang lebih rendah, syarikat dapat mengekalkan kedudukannya dalam pasaran dan hasilnya, ia dapat menawarkan lebih banyak pekerjaan. Selain daripada itu, terdapat faedah-faedah tidak boleh nampak (intangible) seperti peningkatan imej syarikat, kemahiran berkomunikasi, pengetahuan mengenai pekerjaan dan produk, hubungan pelanggan dan pembekal, pengurusan data serta kemahiran pengurusan proaktif. Faedahnya pula pada sekolah adalah tahap peningkatan pencapaian sekolah dapat dicapai kerana pengelibatan guru, pihak pentadbir, ibubapa dan juga pelajar dapat disatukan bagi mencapain matlamat yang diinginkan, semua mendapat kepuasan masing- masing dan dapat bekerja dalam situasi yang selesa dan sihat. Pentadbir dengan tugasnya sebagai pentadbir, guru menjalankan amanah dengan pebuh integrity, pelajar dapat belajar dengan baik dan ibubapa berpuashati dengan ape yang telah diberikan oleh pihak sekolah. Jadi dengan ini ianya dipanggil “win- win situation” iaitu masing masing mendapat hak masing- masing tapi mereka tidak alpa akan tanggungjawab yang telah diamalkan.

(11)

Guru-guru TQM baik dari Amerika Syarikat mahupun Jepun telah memberi asas kepada konsep dan falsafah TQM ini. Setiap guru mempunyai idea yang berbeza mengenai kualiti dan TQM yang boleh disintesis dan diintegrasikan bagi kegunaan organisasi. Secara keseluruhannya, terdapat dua prinsip penting dalam TQM iaitu penyertaan menyeluruh dan peningkatan berterusan. Prinsip Pertama: Penyertaan Menyeluruh (Total Involvement) TQM menekankan kepada penyertaan kesemua individu yang terdapat dalam sesebuah organisasi sebagai satu langkah untuk mencapai kualiti yang dikehendaki. Jika disekolah pihak yang terlibat adalah pihak pengurusan, guru, ibubapa dan juga murid.

Kumpulan Pertama: Pihak Pengurusan

Disekolah pihak pengurusan adalah terdiri daripada pihak pentadbir iaitu guru besar, pengetua, penolong kanan 1, penolong kanan HEM, penolongn kanan KO dan juga ada sesetengah sekolah mempunyai penolong kanan pendidikan khas. Tugas mereka adalah merancang dan memastiksn bagaimana untuk mengerakkan semua isi sekolah untuk mencapai objektif atau tujuan yang telah dirancangkan, jadi mereka akan memikirkan jalan yang sesuai, belanjawan, aktiviti, dan sebagainya untuk mencapai matlamat tersebut. Masing- masing mempunyai peranan dan tanggungjawab dalam memastikan matlamat tercapai, selain itu mereka juga perlu memikirkan bagaimana untuk menarik hati guru- guru lain untuk turut sama bekerja sama, ada yang menawarkan bentuk ganjaran, anugerah guru cemerlang dan sebagainya. Ia secara tidak lansung membangkitkan mood kerja yang lebih bagus dalam melaksanakan pekerjaan yang diamanahkan. Pihak pengurusan juga perlu memastikan guru-guru mereka setia kepada sekolah kerana mengikut konsep TQM, keanggotaan yang setia akan menghasilkan pelanggan (pelajar dan ibubapa) yang setia. Mereka juga perlu mendedahkan pekerja kepada rnisi, visi organisasi, nilai, objektif dan polisi kualiti, kaedah atau teknik -teknik TQM dan

(12)

Guru mempunyai kedudukan yang terbaik untuk meningkatkan kualiti, mengurangkan permasalahan dan juga ancaman. Guru merupakan kunci kepada peningkatan berterusan kerana semua guru mempunyai idea yang berharga yang boleh dikongsi bersama kerana mereka terdedah secara langsung kepada prosedur-prosedur dan proses-proses kerja. Oleh itu, mereka lebih mengetahui bagaimana untuk menangani masalah pelajar dan pada masa yang sarna cuba untuk meningkatkan kualiti kerja mereka juga. Sebagai seorang guru yang baik, mereka sangat peka dengan maslah yang berlaku keatas murid mereka, jadi jika masalah dapat ditangani maka sekolah tidak mempunyai masalah untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Guru yang kompeten merupakan aset sekolah yang perlu dibangunkan dan mereka bukanlah komoditi yang digunakan. Guru akan menjadi lebih bertanggungjawab dalam pekerjaannya mendidik pelajar sekiranya mereka dilatih, diberikan kepercayaan dan autoriti yang sepatutnya.

Kumpulan Ketiga: Pelajar

Kemampuan seorang pelajar dalam memastikan keberjayaan sesebuah organisasi adalah bergantung kepada kecekapan system pengurusan dan cara seseorang guru itu mengajar. Jika guru mengajar dengan baik maka prestasi pelajar akan meningkat dan sekaligus mencapai matlamat sekolah untuk menjadi sebuah institusi yang cemerlang. Selain belajar, pelajar juga harus diterapkan dengan pelbagai ilmu sampingan seperti kepimpinan, ko kurikulum, dan pelbagai lagi bagi melahirkan modal insan yang sempurna. Ini bermakna pelajar juga memainkan peranan yang penting dalam TQM di sekolah. Jika hanya guru dan pihak pentadbiran sahaja yang cemerlang tetapi pelajarnya tunggang langgang maka matlamat yang ingin dicapai tidak akan berjaya.

Kumpulan Keempat: Ibubapa

(13)

persekitaran sekolah yang lebih baik kerana mereka akan bersama- sama sedaya upaya untuk memastikan kecemerlangan anak mereka. Ibubapa yang prihatin ini kebiasaannya akan menyokong semua aktiviti sekolah dan akan memberikan sokongan moral yang kuat dalam apa sahaja program yang sekolah jalankan. Persatuan ibubapa dan guru (PIBG) juga akan menjadi hebat kerana ibubapa akan berkerja sama untuk memastikan kecemerlangan sekolah berada di tahap yang paling bagus. Jadi pihak pentadbiran haruslah bijak mengatur strategi bagi mendapatkan pengelibatan penuh warga ibubapa ini. jika ibubapa dapat bekerjasama dengan baik dengan pihak sekoloah nescaya apa yang di impikan pasti akan menjadi kenyataan oleh pihak sekolah.

Prinsip Kedua: Peningkatan Berterusan (Continuous Improvement)

(14)

Selain itu juga untuk peningkatan TQM yang berterusan aktiviti yang boleh juga diadakan ialah mewujudkan kumpulan kualiti (QCC) dimana telah dilantik satu pasukan yang diamanahkan untuk sentiasa menjaga kualiti sekolah contohnya ada skuad yang menjaga bahagian kualiti barang- barang milik sekolah, kualiti program- program sekolah yang telah dijalankan, dan bermacam lagi. Ini bertujuan untuk emnjaga kualiti sekolah, contohnya jika ada pelawat atau nazir datang ke sekolah semua bang yang hendak dilihat telah disediakan cotohnya jika nazir ingin melihat asset sekolah maka guru yang ditugaskan untuk menjaga kualiti asset sekolah akan kehadapan untuk menerangkan secara lebih lanjut tentang asset sekolah, jika ianya berjaya ini bermakna guru tersebut begitu cakna akan apa yang diamanahkan kepadanya, dan ini menunjukkan bahawa kualiti sekolah sentiasa dijaga dan dipertingkatkan. Seterusnya sistem cadangan, setiap guru haruslah menyumbangkan cadangan bagi meningkatkan lagi kualiti sekolah, semua isi sekolah ada hak untuk menyuarakan d\cadangan mereka dalam memastikan apa yang ingin dicapai menjadi reality. Mungkin ada daripada cadangan- cadangan tersebut boleh diambil guana untuk meningkatkan lagi perstasi sekolah.

(15)

Jadi secara kesimpulannya pihak pengurusan yang baik dan cekap akan menghasilkan keanggotaan yang setia untuk bersama –sama untuk menjaga kualiti sekolah dan juga sama-sama mencapai matlamat yang diinginkan dan berjaya memuaskan hati semua pelanggan yang sentiasa inginkan sesuatu yang terbaik dari sesebuah institusi,

RUJUKAN

Brent Daries, John West- Burnham (2009) Menyusun Semula Kualiti Di Sekolah, Terjemahan Zol Azlan Hamidin, Institut Terjemahan Negara Malaysia.

John West- Burnham (2009) Mengurus Kualiti Di Sekolah, Terjemahan Tengku Abdul Aziz Tengku Zainal, Institut Terjemahan Negara Malaysia

Roald F. Campbell, John E. Corbally, Raphael O. Nystrand (2008) Pengenalan Pentadbiran Pendidikan, Terjemahan Abdul Rahman Md. Aroff, Zaidatol Akmaliah Lope Pihie, Habibah Elias, Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Sonia Blandford (2009) Panduan Pengurus Peringkat Pertengahan Di Sekolah, Terjemahan Bahariah Yusuf, Institut Terjemahan Negara Malaysia.

Referensi

Dokumen terkait

Menghasilkan video animasi 3 dimensi untuk mekanisme alur pengurusan pasien umum dan jaminan yang akan berobat di bagian Rehabilitasi Medik RS. R.D

langkah yang boleh diikuti untuk menghasilkan sesuatu syarahan. Peringkat dan Langkah/Kemahiran: Persediaan Memahami tajuk dan kehendak soalan. Mengumpulkan idea / isi-isi

 Termasuk bagaimana seharusnya melayani tamu perusahaan, karena kita tidak pernah tahu, siapa dan untuk urusan apa tamu tersebut datang, bisa jadi mereka adalah calon pelanggan

perpustakaan.uns.ac.iddigilib.uns.ac.idcommit to user86.Sawi Monumen Sawi monumen tubuhnya amat tegak dan berdaun kompak. Penampilan sawi jenis ini sekilas mirip dengan petsai. Tangkai daun berwarna putih berukuran agak lebar dengan tulang daun yang juga berwarna putih. Daunnya sendiri berwarna hijau segar. Jenis sawi ini tegolong terbesar dan terberat di antara jenis sawi lainnya. D.Syarat Tumbuh Tanaman Sawi Syarat tumbuh tanaman sawi dalam budidaya tanaman sawi adalah sebagai berikut : 1.Iklim Tanaman sawi tidak cocok dengan hawa panas, yang dikehendaki ialah hawa yang dingin dengan suhu antara 150 C - 200 C. Pada suhu di bawah 150 C cepat berbunga, sedangkan pada suhu di atas 200 C tidak akan berbunga. 2.Ketinggian Tempat Di daerah pegunungan yang tingginya lebih dari 1000 m dpl tanaman sawi bisa bertelur, tetapi di daerah rendah tak bisa bertelur. 3.Tanah Tanaman sawi tumbuh dengan baik pada tanah lempung yang subur dan cukup menahan air. (AAK, 1992). Syarat-syarat penting untuk bertanam sawi ialah tanahnya gembur, banyak mengandung humus (subur), dan keadaan pembuangan airnya (drainase) baik. Derajat keasaman tanah (pH) antara 6–7 (Sunaryono dan Rismunandar, 1984). perpustakaan.uns.ac.iddigilib.uns.ac.idcommit to user9E.Teknik Budidaya Tanaman Sawi 1.Pengadaan benih Benih merupakan salah satu faktor penentu keberhasilan usaha tani. Kebutuhan benih sawi untuk setiap hektar lahan tanam sebesar 750 gram. Benih sawi berbentuk bulat, kecil-kecil. Permukaannya licin mengkilap dan agak keras. Warna kulit benih coklat kehitaman. Benih yang akan kita gunakan harus mempunyai kualitas yang baik, seandainya beli harus kita perhatikan lama penyimpanan, varietas, kadar air, suhu dan tempat menyimpannya. Selain itu juga harus memperhatikan kemasan benih harus utuh. kemasan yang baik adalah dengan alumunium foil. Apabila benih yang kita gunakan dari hasil pananaman kita harus memperhatikan kualitas benih itu, misalnya tanaman yang akan diambil sebagai benih harus berumur lebih dari 70 hari. Penanaman sawi memperhatikan proses yang akan dilakukan misalnya dengan dianginkan, disimpan di tempat penyimpanan dan diharapkan lama penyimpanan benih tidak lebih dari 3 tahun.( Eko Margiyanto, 2007) Pengadaan benih dapat dilakukan dengan cara membuat sendiri atau membeli benih yang telah siap tanam. Pengadaan benih dengan cara membeli akan lebih praktis, petani tinggal menggunakan tanpa jerih payah. Sedangkan pengadaan benih dengan cara membuat sendiri cukup rumit. Di samping itu, mutunya belum tentu terjamin baik (Cahyono, 2003). Sawi diperbanyak dengan benih. Benih yang akan diusahakan harus dipilih yang berdaya tumbuh baik. Benih sawi sudah banyak dijual di toko-toko pertanian. Sebelum ditanam di lapang, sebaiknya benih sawi disemaikan terlebih dahulu. Persemaian dapat dilakukan di bedengan atau di kotak persemaian (Anonim, 2007). 2.Pengolahan tanah Sebelum menanam sawi hendaknya tanah digarap lebih dahulu, supaya tanah-tanah yang padat bisa menjadi longgar, sehingga pertukaran perpustakaan.uns.ac.iddigilib.uns.ac.idcommit to user10udara di dalam tanah menjadi baik, gas-gas oksigen dapat masuk ke dalam tanah, gas-gas yang meracuni akar tanaman dapat teroksidasi, dan asam-asam dapat keluar dari tanah. Selain itu, dengan longgarnya tanah maka akar tanaman dapat bergerak dengan bebas meyerap zat-zat makanan di dalamnya (AAK, 1992). Untuk tanaman sayuran dibutuhkan tanah yang mempunyai syarat-syarat di bawah ini : a.Tanah harus gembur sampai cukup dalam. b.Di dalam tanah tidak boleh banyak batu. c.Air dalam tanah mudah meresap ke bawah. Ini berarti tanah tersebut tidak boleh mudah menjadi padat. d.Dalam musim hujan, air harus mudah meresap ke dalam tanah. Ini berarti pembuangan air harus cukup baik. Tujuan pembuatan bedengan dalam budidaya tanaman sayuran adalah : a.Memudahkan pembuangan air hujan, melalui selokan. b.Memudahkan meresapnya air hujan maupun air penyiraman ke dalam tanah. c.Memudahkan pemeliharaan, karena kita dapat berjalan antar bedengan dengan bedengan. d.Menghindarkan terinjak-injaknya tanah antara tanaman hingga menjadi padat. ( Rismunandar, 1983 ). 3.Penanaman Pada penanaman yang benihnya langsung disebarkan di tempat penanaman, yang perlu dijalankan adalah : a.Supaya keadaan tanah tetap lembab dan untuk mempercepat berkecambahnya benih, sehari sebelum tanam, tanah harus diairi terlebih dahulu. perpustakaan.uns.ac.iddigilib.uns.ac.idcommit to user11b.Tanah diaduk (dihaluskan), rumput-rumput dihilangkan, kemudian benih disebarkan menurut deretan secara merata. c.Setelah disebarkan, benih tersebut ditutup dengan tanah, pasir, atau pupuk kandang yang halus. d.Kemudian disiram sampai merata, dan waktu yang baik dalam meyebarkan benih adalah pagi atau sore hari. (AAK, 1992). Penanaman dapat dilakukan setelah tanaman sawi berumur 3 - 4 Minggu sejak benih disemaikan. Jarak tanam yang digunakan umumnya 20 x 20 cm. Kegiatan penanaman ini sebaiknya dilakukan pada sore hari agar air siraman tidak menguap dan tanah menjadi lembab (Anonim, 2007). Waktu bertanam yang baik adalah pada akhir musim hujan (Maret). Walaupun demikian dapat pula ditanam pada musim kemarau, asalkan diberi air secukupnya (Sunaryono dan Rismunandar, 1984). 4.Pemeliharaan tanaman Pemeliharaan dalam budidaya tanaman sawi meliputi tahapan penjarangan tanaman, penyiangan dan pembumbunan, serta pemupukan susulan. a.Penjarangan tanaman Penanaman sawi tanpa melalui tahap pembibitan biasanya tumbuh kurang teratur. Di sana-sini sering terlihat tanaman-tanaman yang terlalu pendek/dekat. Jika hal ini dibiarkan akan menyebabkan pertumbuhan tanaman tersebut kurang begitu baik. Jarak yang terlalu rapat menyebabkan adanya persaingan dalam menyerap unsur-unsur hara di dalam tanah. Dalam hal ini penjarangan dilakukan untuk mendapatkan kualitas hasil yang baik. Penjarangan umumnya dilakukan 2 minggu setelah penanaman. Caranya dengan mencabut tanaman yang tumbuh terlalu rapat. Sisakan tanaman yang tumbuh baik dengan jarak antar tanaman yang teratur (Haryanto et al., 1995). perpustakaan.uns.ac.iddigilib.uns.ac.idcommit to user12b.Penyiangan dan pembumbunan Biasanya setelah turun hujan, tanah di sekitar tanaman menjadi padat sehingga perlu digemburkan. Sambil menggemburkan tanah, kita juga dapat melakukan pencabutan rumput-rumput liar yang tumbuh. Penggemburan tanah ini jangan sampai merusak perakaran tanaman. Kegiatan ini biasanya dilakukan 2 minggu sekali (Anonim, 2007). Untuk membersihkan tanaman liar berupa rerumputan seperti alang-alang hampir sama dengan tanaman perdu, mula-mula rumput dicabut kemudian tanah dikorek dengan gancu. Akar-akar yang terangkat diambil, dikumpulkan, lalu dikeringkan di bawah sinar matahari, setelah kering, rumput kemudian dibakar (Duljapar dan Khoirudin, 2000). Ketika tanaman berumur satu bulan perlu dilakukan penyiangan dan pembumbunan. Tujuannya agar tanaman tidak terganggu oleh gulma dan menjaga agar akar tanaman tidak terkena sinar matahari secara langsung (Tim Penulis PS, 1995 ). c.Pemupukan Setelah tanaman tumbuh baik, kira-kira 10 hari setelah tanam, pemupukan perlu dilakukan. Oleh karena yang akan dikonsumsi adalah daunnya yang tentunya diinginkan penampilan daun yang baik, maka pupuk yang diberikan sebaiknya mengandung Nitrogen (Anonim, 2007). Pemberian Urea sebagai pupuk tambahan bisa dilakukan dengan cara penaburan dalam larikan yang lantas ditutupi tanah kembali. Dapat juga dengan melarutkan dalam air, lalu disiramkan pada bedeng penanaman. Satu sendok urea, sekitar 25 g, dilarutkan dalam 25 l air dapat disiramkan untuk 5 m bedengan. Pada saat penyiraman, tanah dalam bedengan sebaiknya tidak dalam keadaan kering. Waktu penyiraman pupuk tambahan dapat dilakukan pagi atau sore hari (Haryanto et al., 1995). perpustakaan.uns.ac.iddigilib.uns.ac.idcommit to user13Jenis-jenis unsur yag diperlukan tanaman sudah kita ketahui bersama. Kini kita beralih membicarakan pupuk atau rabuk, yang merupakan kunci dari kesuburan tanah kita. Karena pupuk tak lain dari zat yang berisisi satu unsur atau lebih yang dimaksudkan untuk menggantikan unsur yang habis diserap tanaman dari tanah. Jadi kalau kita memupuk berarti menambah unsur hara bagi tanah (pupuk akar) dan tanaman (pupuk daun). Sama dengan unsur hara tanah yang mengenal unsur hara makro dan mikro, pupuk juga demikian. Jadi meskipun jumlah pupuk belakangan cenderung makin beragam dengan merek yang bermacam-macam, kita tidak akan terkecoh. Sebab pupuk apapun namanya, entah itu buatan manca negara, dari segi unsur yang dikandungnya ia tak lain dari pupuk makro atau pupuk mikro. Jadi patokan kita dalam membeli pupuk adalah unsur yang dikandungnya (Lingga, 1997). Pemupukan membantu tanaman memperoleh hara yang dibutuhkanya. Unsur hara yang pokok dibutuhkan tanaman adalah unsur Nitrogen (N), Fosfor (P), dan Kalium (K). Itulah sebabnya ketiga unsur ini (NPK) merupakan pupuk utama yang dibutuhkan oleh tanaman. Pupuk organik juga dibutuhkan oleh tanaman, memang kandungan haranya jauh dibawah pupuk kimia, tetapi pupuk organik memiliki kelebihan membantu menggemburkan tanah dan menyatu secara alami menambah unsur hara dan memperbaiki struktur tanah (Nazarudin, 1998). 5.Pengendalian hama dan penyakit Hama yang sering menyerang tanaman sawi adalah ulat daun. Apabila tanaman telah diserangnya, maka tanaman perlu disemprot dengan insektisida. Yang perlu diperhatikan adalah waktu penyemprotannya. Untuk tanaman sayur-sayuran, penyemprotan dilakukan minimal 20 hari sebelum dipanen agar keracunan pada konsumen dapat terhindar (Anonim, 2007). perpustakaan.uns.ac.iddigilib.uns.ac.idcommit to user14OPT yang menyerang pada tanaman sawi yaitu kumbang daun (Phyllotreta vitata), ulat daun (Plutella xylostella), ulat titik tumbuh (Crocidolomia binotalis), dan lalat pengerek daun (Lyriomiza sp.). Berdasarkan tingkat populasi dan kerusakan tanaman yang ditimbulkan, maka peringkat OPT yang menyerang tanaman sawi berturut-turut adalah P. vitata, Lyriomiza sp., P. xylostella, dan C. binotalis. Hama P. vitatamerupakan hama utama, dan hama P. xylostella serta Lyriomiza sp. merupakan hama potensial pada tanaman sawi, sedangkan hamaC. binotalis perlu diwaspadai keberadaanya (Mukasan et al., 2005). Beberapa jenis penyakit yang diketahui menyerang tanaman sawi antara lain: penyakit akar pekuk/akar gada, bercak daun altermaria, busuk basah, embun tepung, rebah semai, busuk daun, busuk Rhizoctonia, bercak daun, dan virus mosaik (Haryanto et al., 1995). 6.Pemanenan Tanaman sawi dapat dipetik hasilnya setelah berumur 2 bulan. Banyak cara yang dilakukan untuk memanen sawi, yaitu: ada yang mencabut seluruh tanaman, ada yang memotong bagian batangnya tepat di atas permukaan tanah, dan ada juga yang memetik daunnya satu per satu. Cara yang terakhir ini dimaksudkan agar tanaman bisa tahan lama (Edy margiyanto,