• Tidak ada hasil yang ditemukan

MANIFESTASI BUDAYA DALAM REKABENTUK MATA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "MANIFESTASI BUDAYA DALAM REKABENTUK MATA"

Copied!
22
0
0

Teks penuh

(1)

MANIFESTASI BUDAYA DALAM REKABENTUK

MATAWANG BRUNEI DARI ABAD KE-16

Abstrak

Budaya merupakan ciri-ciri dan pengetahuan terkumpul sesuatu kumpulan masyrakat, yang terdiri daripada beberapa aspek seperti bahasa, agama, masakan, tabiat, muzik dan seni. Budaya merupakan identiti sesuatu kumpulan yang telah diasuh atau ditekankan oleh sesuatu corak ataupun tabiat yang unik kepada kumpulan tersebut. Rekabentuk pula adalah merupakan satu seni daripada luahan sesuatu penyataan ataupun ungkapan ataupun ekspresi bagi sesuatu budaya. Rekabentuk adalah merupakan bukti keujudan sesuatu budaya.

Rekabentuk boleh dimanifestasikan di pelbagai media. Dalam kertas kerja ini, rekabentuk-rekabentuk yang akan diteliti adalah rekabentuk-rekabentuk di matawang Brunei yang telah digunakan di pasaran atau dalam ekonomi Brunei dimana ianya akan diteliti untuk melihat sejauh mana ianya membayangkan atau menggambarkan ataupun menjadi manifestasi kepada budaya bangsa Melayu Brunei semenjak abad ke-16 sehingga sekarang.

Kertas kerja ini mengenalkan penggunaan matawang secara menyeluruh dengan meneliti sejarah perkembangannya termasuk juga meneliti teknologi bagi pembuatan matawang syiling dan kertas; sebelum mendalami kepada matawang-matawang yang digunakan di Negara Brunei Darussalam dari Abad ke-16 dengan membahagikannya kepada beberapa periode masa dan seterusnya melihat bagaimana rekabentuk matawang-matawang tersebut menggambarkan atau mempamerkan budaya Brunei yang ada pada zaman matawang tersebut digunakan.

Biodata Penulis

Haji Mohd Rozan bin Dato Paduka Haji Mohd Yunos, berumur 53 tahun telah berkhidmat dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam selama 30 tahun bermula daripada tahun 1987 hingga 2017. Sepanjang perkhidmatan tersebut beliau pernah menyandang jawatan sebagai Setiausaha Tetap di tiga buah Kementerian termasuk Jabatan Perdana Menteri selain daripada beberapa jawatan kanan yang lain. Jawatan terakhir yang beliau sandang sebelum bersara adalah sebagai Pengarah Eksekutif, Pusat Pengajian Strategik dan Dasar (CSPS).

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Undang-Undang dan Ekonomi (BA Hons in Law and Economics) daripada University of Keele, England pada tahun 1987. Pada tahun 1997, beliau dianugerahkan ijazah Sarjana dalam bidang Pentadbiran Awam (MPA) daripada Harvard University, USA. Pada tahun 2002, beliau dianugerahkan ijazah Sarjana dalam bidang Pentadbiran Perniagaan (MBA) daripada Edinburgh Business School, Heriot-Watt University, Scotland. Beliau juga pernah mengikuti Program Perkembangan Eksekutif (EDP) bagi Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan di Universiti Brunei Darussalam pada tahun 2005. Pada masa ini beliau sedang menuntut di Institut Pengajian Dasar, Universiti Brunei Darussalam bagi Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Urustadbir Islam.

(2)

MANIFESTASI BUDAYA DALAM REKABENTUK

MATAWANG BRUNEI DARI ABAD KE-16

1

ROZAN YUNOS2

Pengenalan

Budaya merupakan ciri-ciri dan pengetahuan terkumpul sesuatu kumpulan

masyrakat, yang terdiri daripada beberapa aspek diantaranya bahasa, agama,

masakan, tabiat, muzik dan seni. Budaya merupakan identiti sesuatu kumpulan yang

telah diasuh atau dibentuk oleh sesuatu corak ataupun tabiat yang unik kepada

kumpulan tersebut. Budaya adalah sebagai pola berkongsi tingkah laku dan interaksi,

membina kognitif dan pemahaman yang diipelajari melalui sosialisasi dan diserapkan

ke setiap warga kumpulan melalui berbagai cara termasuk melalui seni dan rekabentuk.

Rekabentuk pula adalah merupakan satu bentuk seni daripada ilham dan luahan

sesuatu penyataan ataupun ungkapan ataupun ekspresi bagi sesuatu budaya.

Rekabentuk adalah merupakan bukti keujudan sesuatu budaya. Rekabentuk itu sudah

setentunya dipengaruhi oleh budaya sesebuah kumpulan ataupun masyarakat dan

pada masa yang sama ianya juga mempengaruhi budaya tersebut. Rekabentuk dari itu,

adalah merupakan manifestasi sesuatu budaya.

Rekabentuk boleh dimanifestasikan di pelbagai media. Dalam kajian ini,

rekabentuk-rekabentuk akan dilihat dari segi rekabentuk di matawang Brunei yang telah

digunakan di pasaran atau dalam ekonomi Brunei dimana ianya akan diteliti untuk

melihat sejauh mana ianya membayangkan atau menggambarkan ataupun menjadi

manifestasi kepada budaya bangsa Melayu Brunei semenjak abad ke-16 sehingga

sekarang.

Kertas kerja ini akan dimulakan dengan mengenalkan penggunaan matawang

secara menyeluruh iaitu dengan meneliti sejarah perkembangannya termasuk juga

meneliti teknologi bagi pembuatan matawang syiling dan kertas; sebelum mendalami

kepada matawang-matawang yang digunakan di Negara Brunei Darussalam dari Abad

ke-16 dengan membahagikannya kepada beberapa periode masa dan seterusnya

1 Kertas kerja bagi Sambutan Ulangtahun Majalah Beriga ke-50. Majalah Beriga adalah terbitan Dewan

Bahasa dan Pustaka Brunei Darussalam dengan penerbitan pertama pada tahun 1967.

2 Haji Mohd Rozan bin Dato Paduka Haji Mohd Yunos telah berkhidmat 30 tahun dengan Kerajaan

(3)

melihat bagaimana rekabentuk matawang-matawang tersebut menggambarkan atau

mempamerkan budaya Brunei yang ada pada zaman matawang tersebut digunakan.

Sejarah Ringkas Matawang

Mengikut sejarah, wang pertama yang digunakan adalah bukan dalam bentuk

matawang syiling ataupun kertas atau polimer yang kita gunakan sekarang. Matawang

yang digunakan tersebut adalah berbentuk berbagai-bagai seperti siput cowrie3, cincin,

logam emas dan sebagainya.

Penggunaan wang berbentuk syiling mengikut sejarah bermula lebih kurang

pada tahun 700 SM dimana di antara bukti penggunaan yang awal adalah terdapat di

Kepulauan Aegina.4 Walau bagaimanapun terdapat juga beberapa penulisan5 yang

memberikan bukti-bukti alternatif bahawa terdapatnya penggunaan wang syiling yang

lebih awal iaitu di Ephesus, Lydia pada tahun 650 SM. Kerajaan India purba6 pada Abad

ke 6 SM juga adalah di antara negara yang terawal yang mengeluarkan syiling bagi

kegunaan rakyatnya.

Syiling-syiling yang awal ini dibuat daripada ‘electrum’ iaitu satu logam kuning

campuran emas dan perak dan disalut dengan perak dan tembaga. Syiling emas7 yang

pertama yang digunakan adalah syiling Kerajaan Empayar Parsi yang dikenali sebagai

‘daric’ bersama dengan satu syiling perak yang dikenali sebagai ‘siglos’. Syiling-syiling Parsi ini terkenal semasa era pemerintahan Kerajaan Empayar Parsi (648 SM hingga

330 SM) dan Kerajaan Parsi Sassanid (224 M hingga 651 M).

Bagi kegunaan ekonomi semasa pemerintahan Kerajaan Islam pula, dinar

(dibuat dari emas) dan dirham (dibuat dari perak) telah diperkenalkan semasa Kerajaan

Bani Ummayah dari 661 M hingga 750 M. Syiling-syiling yang digunakan telah dicetak

dengan ayat-ayat Al-Quran. Matawang syiling dinar dan dirham yang dikeluarkan oleh

Kerajaan Bani Ummayah ini merupakan matawang syiling pertama yang dikeluarkan

oleh sebuah Kerajaan Islam. Keperluan bagi memenuhi Maqasid Al-Syariah iaitu bagi

tujuan maqasid untuk penjagaan harta, menghendaki satu sistem kewangan yang

3 Currency Gallery Brunei Darussalam. http://gallery.bruneiresources.com/ (retrieved 17 April 2017) 4 Aegina. http://snible.org/coins/hn/aegina.html (retrieved 17 April 2017)

5A Case for the World s Oldest Coi : Lydia Lio . http://rg.ancients.info/lion/article.html (retrieved 17

April 2017)

6Subodh Kapoor (January 2002). The Indian encyclopaedia: biographical, historical, religious ..., Volume

6. Cosmo Publications. ms. 1599.

(4)

beroperasi dan berjalan lancar dan pengenalan matawang adalah satu komponen yang

penting di dalam memenuhi maqasid ini.8

Wang yang bukan berbentuk syiling logam mulai digunakan di China semasa

Dinasti Han (206 SM hingga 220 M). Wang kertas bermula sebagai penggantian

barangan dan memudahkan perdagangan di antara saudagar-saudagar. Pada asalnya,

wang yang boleh dimudah aleh ini adalah dibuat daripada kulit semasa Dinasti Han

pada tahun 118 SM. Wang kertas yang terawal diketahui adalah adalah semasa Dinasti

Tang (618 M hingga 907 M) dan Dinasti Song (960 M hingga 1279 M). Semasa Dinasti

Yuan (1279 M hingga 1378 M), wang kertas juga telah digunakan oleh Empayar Mongol.

Di Eropah, konsep wang kertas mula diperkenalkan pada abad ke-13 oleh

pengembara-pengembara seperti Marco Polo, dan wang kertas Eropah yang diantara yang terawal

adalah dikeluarkan pada tahun 1661 M di Sweden.

Teknologi Matawang Syiling

Bagi teknologi pembuatan sebarang syiling, hanya terdapat tiga teknik iaitu

samada dipalu (hammered), digiling (milled) ataupun melalui acuan (cast).

Syiling pertama kali diperbuat daripada sisa logam. Syiling kuno mulai dihasilkan

melalui proses paluan dengan menggunakan tukul besi yang didudukan di atas sebuah

andas (anvil).

Sementara itu, Kerajaan Cina menghasilkan syiling dengan menggunakan

acuan (cast coinage) dan teknik ini juga telah banyak digunakan di Jepun dan

negara-negara di Asia Tenggara. Selain daripada penggunaan acuan di kawasan Timur Utara

Asia dan Asia Tenggara, tidak banyak negara di rantau lain yang menggunakan teknik

ini tetapi teknik acuan inilah yang banyak digunakan di kalangan pemalsu-pemalsu

matawang di rantau-rantau lain.

Bermula lebih kurang awal abad ke-18, mesin penggilingan atau penempaan

‘press’ (biasanya dirujuk sebagai ‘mills’) telah digunakan di Barat, bermula dengan

‘screw press’ sehingga abad ke-19 dimana mesin press yang menggunakan wap (steam press) mulai digunakan. Mesin-mesin ini mulanya digunakan di Perancis dan Jerman,

dan setelah itu mulai digunakan di Britain. Teknik penempaan atau penggilingan moden

pula menggunakan mesin elektrik dan hidraulik.

Jenis kaedah pembuatan syiling (samada dipalu, digiling atau menggunakan

acuan) menentukan bahan-bahan yang boleh digunakan untuk duit syiling. Sebagai

8

(5)

contoh, syiling dari logam antimoni, (satu syiling yang jarang digunakan) pada

kelazimannya sentiasa memerlukan acuan, kerana sifat logamnya yang rapuh, dan

dengan itu ia akan pecah jika dibuat kurang tepat.

Walaupun pada kelazimannya negara-negara di sebelah Asia Timur

menggunakan acuan untuk membuat syilingnya, tetapi menurut satu penulisan9,

matawang syiling terutama sekali syiling emas bagi kegunaan di negeri-negeri

Semanunjung Melayu adalah dibuat dengan cara penempaan dan bukannya acuan:

“Early Malay coins were struck rather than cast. Gold coins were minted in the Malay Peninsula were made by cutting metal discs or octagonal

plachets from sheets of beaten gold and then striking them individually

between pairs of inscribed dies. The next state was to trim the edges until

the desired weight was achieved. Biji saga, a kind of seed, was used to

measure the weight. They were two denominations for gold coins: mas and

kupang. Twenty-four biji saga, the equivalent of one mas of gold, is

approximately 2.6 grams. On the other hand, one kupang is equal to the

value of 0.62 grams of gold.”

Walau bagaimanapun, mengikut apa yang dapat diperhatikan daripada

syiling-syiling Brunei yang berada di dalam simpanan pengumpul-pengumpul wang Brunei,

syiling-syiling yang digunakan di Brunei pada zaman Kesultanan Brunei adalah dibuat

dengan menggunakan acuan. Ada sebahagian matawang syiling yang ada mempunyai

tangkai dimana tangkai ini adalah pemegang matawang syiling semasa proses

penuangan logam ke dalam acuan. Setakat ini hanya satu syiling emas yang diketahui

dalam simpanan seorang pengumpul10 yang mungkin menggunakan kaedah

penempaan. Syiling-syiling matawang Brunei yang menggunakan acuan ini akan dapat

dilihat di penerangan-penerangan seterusnya.

Sejarah Penggunaan Matawang Di Brunei

Bagi tujuan kertaskerja ini, penggunaan matawang di Brunei boleh dibahagikan

kepada beberapa periode masa seperti berikut:

1. Period zaman silam (Sebelum kedatangan Islam ke Brunei)

9

http://www.islamicmanuscripts.info/reference/books/IAMM-2005-Message-Monsoon/IAMM-2005-Monsoon-208-237.pdf (retrieved 18 April 2017)

10Bru ei s O ly Gold Pitis Coi . The Daily Bru ei ‘esour es e site, 8 July .

(6)

2. Period zaman Kesultanan Brunei (Abad ke 15 hingga ke 19)

3. Period zaman moden

Matawang Brunei Period Zaman Silam

Diantara dokumentasi awal hampir 1,500 tahun yang lalu yang memberikan

maklumat mengenai dengan penggunaan matawang di Brunei boleh didapati daripada

rekod-rekod China kuno. Diantara dokumen yang telah dikenalpasti adalah satu

petikan11 daripada buku di zaman Dinasti Song bertajuk Quan Zhi

泉志 (Sumber

Kekayaan)12 Jilid 12 di Bab Wai Guo Pin

外國品 (Matawang Luar Negeri) yang merujuk

kepada satu buku Zhu Fan Feng Su 诸蕃风俗 (Adat Negara Asing) yang ditulis semasa

pemerintahan Dinasti Sui (581 M hingga 618 M) ataupun Dinasti Tang (618 M hingga

907 M) yang memberikan penerangan mengenai dengan matawang yang digunakan di

Negeri Fo Nie (Brunei). Buku Quan Zhi ini merupakan buku katalog jenis-jenis

matawang yang digunakan di China pada masa itu. Terjemahan petikan tersebut adalah

seperti berikut:

“Disebelah kanan adalah gambar wang Negeri Fo Nie. Buku Zhu Fan Feng

Su mengatakan bahawa ia terletak di sebelah tenggara Guangzhou,

membuat duit dengan menggunakan tembaga, perak dan lain-lain”

Walaupun gambar yang dimaksudkan di dalam buku tersebut itu tidak

dipamerkan, dokumen ini telah membuktikan bahawa matawang dibuat dari tembaga

dan perak dan juga daripada lain-lain logam telah digunakan untuk kegunaan rakyat

dan penduduk bagi tujuan perdagangan dan ekonomi di Negara Brunei Darussalam

hampir 1,500 tahun yang lalu.

Penggunaan wang China banyak dapat dilihat daripada dapatan arkeologi di

Negara Brunei Darussalam sendiri. Dapatan-dapatan arkeologi di kawasan Sungai

Limau Manis juga menunjukan bahawa matawang syiling China banyak digunakan di

negara ini.13

11

Wu Zong Yu, 2010. Brunei Dalam Sejarah China. Pusat Sejarah Brunei. ms.87-88.

12

Buku Quanzhi ditulis oleh seorang guru bernama Hong Zun (1120 M – 1174 M) semasa zaman Dinasti Song Selatan (1127 M – 1279 M) tetapi tidak dicetak sehingga Dinasti Qing, lebih kurang 300 tahun kemudian

13Dru e, “tephe C. . The irth of Bru ei: Early polities of the orth est oast of Bor eo a d the

(7)

Dokumentasi barat yang pertama mengenai dengan penggunaan matawang di

Brunei telah ditulis pada tahun 1521 M oleh Pigafetta14, seorang yang berbangsa Itali

semasa pengembaraan mengelilingi dunia yang pertama, yang telah menulis seperti

berikut:

The money made by the Moros in those regions is of bronze pierced in the

middle in order that it may be strung. On only one side of it are four

characters, which are letters of the great king of China. We call that money

picis.”

Satu lagi dokumentasi barat yang menunjukan penggunaan wang dan juga

rekabentuk wang yang ada di Brunei pada zaman silam ialah dipetik daripada buku

Boxer Codex15. Buku ini menggambarkan keadaan Brunei yang ditulis oleh seorang

berbangsa Sepanyol pada tahun lebih kurang 1590 M seperti berikut:

“The King has a mint inside his fortress. The coins they mint are smelted,

and they are made of silver or gold, although in ancient times they were

made of silver, each of which weighed four and a half reales. The coin was

called a batguin, which had the stamp of the king of Brunei on one side,

which was as follows _______, and on the other side there is ______. And

because the foreigners who went there to conduct trade remove these

coins from the kingdom, and because there were no coins of small values,

the common people were poor and in debt. He gathered all these coins

together and devalued them, and ordered that two kinds of coin be minted

by pouring them into two separate molds. The first made of tin or lead, is

the size of half a real; they call it a pitis, which is worth 322 tomines, which

they call a laksa. The other coin is made of copper alloyed with silver in the

manner of Castilian blancas, except that they are thicker and weigh twice

as much. These coins are called paku; he assigned them the value of ten

of these two-real coins such that each paku was worth 32 pitis. He minted

these coins so that foreigners who conducted trade there would not remove

14 Robert Nicholl, Editor, 1975. European Sources for the History of the Sultanate of Brunei in the

Sixteenth Century. Muzium Brunei. ms. 12

15 George Bryan Souza dan Jeffrey S. Turley, Editors 2016. The Boxer Codex: Transcription and Translation

(8)

them from the kingdom, but would rather use them for things that are found

in the kingdom.”

Daripada rekod-rekod China dan Barat bagi period zaman silam ini, manifestasi

budaya dalam rekabentuk wang Brunei adalah agak sukar untuk ditentukan. Ini adalah

kerana gambar-gambar tidak dapat dilihat dan hanya berpandukan kepada penulisan

yang diberikan oleh penulis-penulis.

Penggunaan wang syiling China iaitu yang berlubang di tengah-tengah itu

nampaknya berleluasa. Besar kemungkinan wang itu tidak dibuat di Brunei tetapi dibuat

di negeri China dan digunakan secara meluas bukan sahaja di Brunei tetapi juga di

rantau Asia Tenggara secara amnya16. Ini tidak menghairankan kerana keperluan untuk

mengadakan perdagangan dengan sebuah empayar yang besar, China memerlukan

penggunaan satu matawang yang sama kerana tanpa adanya satu system kewangan

yang berdasarkan penggunaan matawang yang sama akan menyulitkan urusan

transaksi pembelian dan penjualan.

Perdagangan-perdagangan dengan negara-negara lain juga akan menjadi mudah

dengan menggunakan satu matawang yang dapat digunapakai di keseluruhan rantau

Asia Tenggara. Jika diperhatikan daripada jenis-jenis barangan yang didapatkan

semasa mengadakan kajian arkeologi kapal karam di Laut China Selatan iaitu kapal

yang sedang dalam perjalanan ke Brunei, ianya membawa perdagangan seperti

tembikar-tembikar dan manik-manik bukan sahaja daripada China malahan juga

termasuk barang perdagangan daripada negeri-negeri Indo China seperti Thailand dan

Vietnam.

Apa yang jelas ialah kawalan pengeluaran ataupun pembuatan wang syiling

Brunei dimana dokumentasi Boxer Codex memberikan penerangan mengenai dengan

terdapatnya sebuah ‘mint’ ataupun kilang bagi pembuatan wang syiling yang terletak di

Kota Raja (Fortress). Ini dengan sendirinya memberikan penjelasan bahawa rekabentuk

matawang syiling Brunei itu direka sendiri oleh kerajaan dan dari itu sudah setentunya

akan mempamerkan atau menggambarkan sesuatu yang berkaitan dengan negara dan

budaya negara Brunei pada masa itu.

Matawang Brunei Period Zaman Kesultanan

16 Keat Gin Ooi, 2004. Southeast Asia: A Historical Encyclopedia, from Angkor Wat to East Timor,

(9)

Matawang keluaran pertama yang dibuat dan digunakan di Brunei tidak dapat

ditentukan tarikhnya dan daripada dokumen-dokumen China dan Barat, tarikh

pengeluaran matawang Brunei mungkin melebehi 1,000 tahun yang lalu.

Mengikut kajian yang terawal terperinci yang dibuat bagi meneliti matawang

Brunei yang didapati sekarang oleh Saran Singh17, matawang syiling yang dapat

ditentukan tarikhnya adalah dalam tahun 1700. Walau bagaimanapun dengan meneliti

kesemua matawang-matawang syiling yang telah pernah dijumpai dan juga

berdasarkan kepada penulisan-penulisan di atas, tarikh 1700 adalah setentunya tidak

tepat. Kajian Saran Singh ditumpukan kepada matawang syiling Brunei yang dijumpai

selama lebih kurang 300 ke 500 tahun yang lalu.

Menurut William Barret, seorang pakar matawang Canada, rekabentuk

matawang syiling Brunei yang dikenali sebagai pitis Brunei ini adalah dianggap sangat

unik dan tidak ada bandingannya dengan mana-mana syiling matawang yang lain di

dunia ini daripada segi rekabentuk dan konsep,18 dan menurut beliau juga rekabentuk

matawang syiling Brunei seperti ini tidak pernah dilihat di tempat-tempat yang lain.

Menurut seorang lagi penulis asing, Annabel Gallop, Southeast Asia Curator daripada

British Library, United Kingdom, matawang syiling-syiling Brunei ini adalah dianggap

sebagai matawang syiling Islam yang sangat menarik dan ganjil di Asia Tenggara.19

Apa yang dapat dirumuskan daripada kedua-dua penulis asing ini ialah rekabentuk

matawang syiling-syiling Brunei ini memanglah menunjukan ciri-ciri dan budaya Brunei

yang hanya unik kepada Brunei dan tidak meniru daripada mana-mana budaya lain.

Matawang syiling Brunei ini dibahagikan kepada beberapa kumpulan menurut

klasifkasi yang dibuat awal oleh Saran Singh20 seperti berikut:

a. Kumpulan Pertama: Syiling Yang Mempunyai Nama Sultan

b. Kumpulan Kedua: Syiling Yang Menggunakan Gelaran

c. Kumpulan Ketiga: Syiling Tanpa Sebarang Kenyataan (Without Inscriptions)

Kumpulan pertama iaitu syiling-syiling yang mempunyai nama-nama Sultan

adalah kebanyakannya mempunyai ukuran yang kecil dan mempunyai motif kucing.

Syiling-syiling ini adalah dikenali dikalangan pengumpul matawang Brunei sebagai Pitis

Kucing Mas (Golden Cat Pitis).

17

Saran Singh, 1986. The Encyclopaedia of the Coins of Malaysia, Singapore and Brunei, 1400-1986.

18

William L.S. Barrett, 1988. Brunei and Nusantara: History in Coinage. Brunei History Centre. ms.89

19 Annabel Teh Gallop, 2005. Camels, Seals and the Early Tin Coinage of Brunei. Archipel Année

2005 Volume 70 Numéro 1. ms. 261-280

20

(10)

Syiling-syiling Kucing Mas ini nampaknya hanya digunakan oleh tiga orang

Sultan iaitu Sultan Nasruddin (1690 M hingga 1710 M), Sultan Kamaluddin (1710 M –

1730 M dan 1737 M hingga 1740 M) dan Sultan Muhammad Alauddin (1730 M – 1737

M). Syiling-syiling ini mempunyai ukuran dan saiz yang lebih kurang sama.

Syiling Sultan Nasruddin mempunyai tulisan jawi seperti berikut:

رها لا كلم نيدلارصن اطلس

iaitu “Sultan Nasruddin Malik Al Dzahir” di sebelah belakang. Sementara di sebelah muka depan pula terdapat satu binatang yang berupa kucing dikelilingi oleh satu bulatan

yang bertitik. Dalam sebahagian versi matawang syiling itu, kucing tersebut mengadap

ke kiri dan sebahagiannya pula mengadap ke kanan. Ukuran garis pusat syiling ini

adalah di antara 22.5 mm sehingga 23.5 mm.

Matawang syiling Sultan Kamaluddin mempunyai tulisan jawi seperti berikut:

رها لا كلم نيدلا ك اطلس

iaitu “Sultan Kamaluddin Malik Al Dzahir” di sebelah belakang. Sementara di sebelah

muka depan pula terdapat satu binatang yang berupa kucing mengadap ke kanan

dikelilingi oleh satu bulatan atau segi lapan yang bertitik. Perbezaan utama di antara

syiling Sultan Kamaluddin dan Sultan Nasruddin ialah rekabentuk syiling berkenaan.

Dua jenis rekabentuk telah diperbuat untuk syiling Sultan Kamaluddin iaitu syiling bulat

dan syiling segi lapan. Syiling segi lapan pula berlubang di tengah-tengah. Ukuran garis

pusat dalam lingkungan 22 mm.

Matawang syiling Sultan Muhammad Alauddin mempunyai tulisan jawi seperti

berikut:

نيدلا ءﻻ د حم اطلس

iaitu “Sultan Muhammad Alauddin” di sebelah belakang. Sementara di sebelah depan

pula terdapat satu binatang yang lebih mirip kepada seekor kuda ataupun keldai dan

bukannya kucing mengadap ke kanan. Ukuran garis pusat dalam lingkungan 22 mm.

Daripada rekabentuk penulisan di matawang syiling ini, adalah ternyata bahawa

ugama Islam adalah satu elemen yang penting dalam masyarakat Melayu Brunei pada

masa itu. Ini dapat dilihat dari penggunaan Arab ataupun Jawi dan juga

perkataan-perkataan Arab, “Malik Al Dzahir” boleh diertikan sebagai “Raja Yang Zahir” ataupun

“Raja Yang Terserlah”. Penggunaan perkataan-perkataan “Malik Al Dzahir” ini pada kelazimannya adalah digunakan bagi matawang syiling beberapa Dinasti Islam di Mesir

dan di Syria seperti Urtukid, Ayyubid dan Mamluk. Di Asia Tenggara, ianya juga sering

digunakan di matawang syiling Kesultanan Acheh dan Kesultanan Samudera-Pasai

(11)

Sementara penggunaan gambar kuching pula melambangkan kesultanan

kerana kucing emas21 adalah satu peralatan adat istiadat diraja. Walau bagaimanapun

bila diperhatikan dengan teliti, gambar binatang yang dimaksudkan itu mungkin bukan

kucing dan mungkin adalah binatang lain. Jika dibandingkan dengan syiling-syiling

negeri-negeri Islam yang lain pada jangkamasa yang sama seperti Empayar Parsi

Safavid yang menggunakan kerbau, kuda, unta dan singa; Kerajaan Islam Mughal India

menggunakan gambar kerbau, kambing dan singa; Kerajaan Islam Timurid

menggunakan kijang; dan begitu juga Kesultanan Islam Kelantan menggunakan kijang.

Besar kemungkinan juga binatang di dalam matawang syiling bagi Sultan Nasruddin

dan Sultan Kamaluddin itu adalah kuda ataupun kijang. Ini dapat dilihat di muka wang

syiling untuk Sultan Muhammad Alauddin dimana binatang yang dipamerkan itu lebih

mirip kepada kuda ataupun keldai dan bukannya kucing.

Kumpulan kedua matawang syiling Brunei adalah terdiri daripada syiling yang

menggunakan gelaran Sultan sahaja tanpa menyebut nama Sultan tersebut.

Koleksi dalam katalog yang dikumpulkan oleh Saran Singh menunjukan

berbagai-bagai jenis pitis mengandungi berbagai-bagai rekabentuk, berbagai-bagai

ukuran dan juga berbagai-bagai ketebalan syiling. Dengan jumlah yang begitu banyak,

besar kemungkinan pengeluaran wang syiling pitis ini adalah begitu panjang

jangkamasanya dan teori Saran Singh yang menyatakan hanya 300 tahun sahaja

pengeluaran pitis Brunei ini adalah setentunya kurang tepat. Walau bagaimanapun

untuk mengetahui tempoh masa matawang syiling pitis ini dikeluarkan tanpa sebarang

bukti bertulis juga adalah satu usaha yang sangat merumitkan.

Kebanyakan matawang syiling dalam kumpulan kedua ini mempamerkan

binatang-binatang seperti unta, harimau, keldai, gajah, kucing dan juga naga. Ada juga

yang tidak menunjukan gambar binatang tetapi menggunakan rekabentuk corak

geometeri dan sebagainya. Ada pula sebahagiannya hanya menggunakan tulisan di

depan dan di belakang matawang syiling pitis. Ada pula sebahagiannya menggunakan

tulisan di depan dan kosong di belakang.

Sementara tulisan-tulisan yang dipamerkan di dalam matawang syiling pitis ini

adalah Sultan Malik Al-Zahir (Sultan Raja Yang Zahir (Terserlah)), Sultan Al-Adil Malik

Al-Zahir (Sultan Yang Adil, Raja Yang Terserlah), Malik Al-Adil (Raja Yang Adil) dan

Sultan Al-Adil (Sultan Yang Adil).

21

(12)

Gaya tulisan Arab/Jawi yang digunakan adalah juga berbeza. Bagi

tulisan-tulisan “Sultan Malik Al Dzahir”, ianya ditulis secara ringkas dan mudah dibaca. Matawang syiling yang menggunakan keduanya juga mudah dibaca dimana di depan

akan diletakan “Sultan Al Adil” dan di sebelah belakang diletakkan “Malik Al Dzahir”.

Walau bagaimanapun ada terdapat matawang syiling yang memasukan bagi tulisan

“Sultan Al Adil Malik Al Dzahir” yang diletakkan di sebelah belakang, ianya ditulis dalam

empat petak dan menggunakan satu corak geometri yang unik. Corak geometri juga

berubah mengikut bila syiling tersebut dikeluarkan.

Penggunaan binatang-binatang seperti naga dan harimau mungkin boleh

ditafsirkan bahawa besar kemungkinannya matawang syiling tersebut dikeluarkan lebih

awal kerana kedua binatang itu mungkin ada persamaan dengan matawang China yang

digunakan. Memandangkan kepada keperluan perdagangan bersama dengan China

dan pedagang-pedagang asing lain juga memerlukan satu matawang yang boleh

dikenali dengan mudah dan dari itu penggunaan binatang seperti naga dan harimau

sebagai corak dalam matawang syiling Brunei tersebut. Walau bagaimanapun di

sebelah belakang syiling berkenaan masih diletakan perkataan-perkataan Arab “Sultan

Al Adil Malik Al Dzahir” dimana elemen Islam masih kuat teguh walaupun memasukan

gambar-gambar binatang seperti naga dan harimau.

Penggunaan corak geometri bagi tulisan “Sultan Al Adil Malik Al Dzahir” di dalam

empat petak adalah dikenali sebagai corak ‘mill-sale’ iaitu seperti kipas ataupun layar

yang terdapat di kincir angin (wind mills). Ianya juga digunakan di matawang Empayar

Parsi Savavid di Iran. Setiap corak juga dimatikan dengan menggunakan ‘cloud-collar’

China. Apa yang unik mengenai dengan rekabentuk ini adalah ianya satu-satunya yang

terdapat di dalam mana-mana matawang Islam yang pernah dikeluarkan.

Annabel Gallop22 menyatakan bahawa tanpa ragu-ragu pitis Brunei adalah

merupakan contoh pitis yang paling sempurna, berjaya, bercita-cita tinggi dan

mempunyai kaligrafi Islam yang canggih jika dibandingkan dengan mana-mana syiling

Asia Tenggara, mengalahkan syiling dari Aceh atau mana-mana negeri Melayu yang

lain dari segi keseniannya. Ini ditambah lagi tahap kepintaran kaligrafi adalah unik dan

kreatif, kerana dalam hampir semua kes-kes lain rekabentuk pada syiling-syiling Islam

dari dunia Melayu adalah rekabentuk biasa iaitu menfokuskan kepada keterangan

tulisan dan bukan kepada rekabentuk tulisan.

22

I id. A a el Gallop, . without doubt the most accomplished, ambitious and sophisticated examples of Islamic caligraphy found on any Southeast Asian coins, surpassing coins from Aceh or any other Malay state in terms of artistry. Furthermore, the degree of calligraphic ingenuity is unique, for in nearly all other cases the hands on Islamic coins from the Malay world are unremarkable, favouring

(13)

Ini menunjukan keupayaan daya seni orang Brunei pada masa tersebut yang

mempunyai kepintaran dan kreativiti dan juga keilhaman kesenian yang sangat unik

sehingga boleh merekabentuk satu matawang syiling yang sehingga kini masih dipuji

dan dapat mengalahkan mana-mana matawang syiling lain yang ada di rantau Asia

Tenggara ini.

Penggunaan gambar unta pula adalah berdasarkan kepada elemen-elemen

Islam yang mengaitkannya dengan penggunaan unta di negara-negara Arab dan dari

itu elemen ini telah dimasukan ke dalam rekabentuk matawang syiling Brunei ini. Walau

bagaimanapun Annabel Gallop mempunyai teori yang berlainan iaitu unta yang telah

dimasukan ke dalam rekabentuk matawang syiling Brunei ini adalah sebenarnya adalah

alat meterai (seal) yang berbentuk unta dimana mengikut teori beliau ini adalah kerana

Brunei telah diiktiraf sebagai sebuah negara oleh Kerajaan China. Menurut kajian

beliau, ‘seal’ ini diberikan kepada beberapa orang raja termasuk Champa, Cambodia,

Siam, Java, Samudera, Lamuri, Melaka, Brunei, Sulu dan Kumalalang.

Kumpulan ketiga adalah matawang yang tidak mengandungi sebarang tulisan

dan hanya mempunyai gambaran binatang ataupun bunga ataupun corak-corak seni.

Kesemua matawang syiling ini boleh dibahagikan kepada dua kumpulan kecil iaitu yang

pertama mempunyai gambaran binatang ataupun burong di sebelah depan dan corak

berbunga di sebelah syiling tersebut; dan kumpulan kedua mempunyai corak berbunga

di sebelah depan dan corak-corak seni di sebelah belakang syiling tersebut.

Rekabentuk corak-corak ini samada corak berbunga atapun corak seni

menunjukan bagaimana keunikan matawang syiling Brunei kerana corak-corak ini juga

hanya terdapat digunakan di Brunei sahaja.

Pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Momin (1852 – 1885), Baginda telah

mengeluarkan matawang syiling pitis yang baru yang pada masa ini lebih dikenali

sebagai ‘Pitis Payung.’ Ini disebabkan pitis ini menunjukan sebuah payung yang ketara

di muka depan pitis tersebut. Payung23 ini adalah merupakan satu daripada peralatan

tradisi adat istiadat diraja. Ianya juga merupakan sebagai satu simbolisma bahawa

payung itu adalah pelindung rakyat.

Muka belakang pitis yang nilainya setengah pitis mengandungi ayat-ayat dalam

tulisan jawi seperti berikut:

ةنس ٨ ينورب يرڬن جنلب ستيف هتيت هلينا

23

Marie-Sybille de Vienne dalam buku eliau Bru ei: Fro the Age of Co er e to the stCe tury

(14)

iaitu ‘inilah titah pitis belanja negeri brunei 1285 sannah’. Sementara muka belakang pitis yang nilainya satu pitis mengandungi ayat-ayat dalam tulisan jawi seperti berikut:

٨ يف هيرات ينورب يرڬن هجنلب ستاك نتقف ك هتنيرف هتيت هلينا

iaitu ‘inilah titah perintah kemuafakatan ke atas belanja negeri brunei tarikh 1285’.

Payung di matawang syiling pitis mempunyai dua sayap, lapan ‘pendants’

bergantung di bawah payung, dua pupuk bunga dengan enam kelopak dan satu

bendera di atas payung yang berkibar ke kanan tetapi ada juga variasi yang

menunjukan pitis yang benderanya berkibar ke kiri, payung dengan sebanyak sepuluh

‘pendants’ bergantung dan bunga dengan enam kelopak. Sebanyak dua jenis nilai bagi matawang syiling pitis payung telah diedarkan pada zaman pemerintah Sultan Abdul

Mumin iaitu satu dengan nilai setengah pitis dengan ukuran 24 mm garis pusat dan satu

dengna nilai satu pitis dengan ukuran 30 mm garis pusat.

Rekabentuk adalah khusus rekabentuk Brunei kerana payung yang digunakan

melambangkan budaya dan adat istiadat Negara Brunei Darussalam dan tulisan jawi

yang berada di belakang.

Matawang Brunei Period Zaman Moden

Matawang Brunei moden pertama24 telah dikeluarkan oleh Sultan Hashim (1885

M – 1906 M) pada tahun 1887. Matawang syiling Brunei ini telah digiling di Birmingham

Mint25 di United Kingdom. Lebih kurang 1,000,000 keping syiling ini telah dikeluarkan

oleh Birmingham Mint yangmana 500,000 daripadanya adalah dikawal oleh Sultan

sendiri.

Matawang syiling ini dikenali sebagai ‘duit bintang’ kerana di depan syiling ini

adalah sebuah bintang dengan lima penjuru dalam bulatan dan ini pula dikelilingi oleh

ayat seperti berikut:

نيس وتاس

ةنس ينورب هتنيرف جنلب

iaitu “satu sen, belanja perintah brunei, sannah 1304”. Matawang syiling ini dikeluarkan pada tahun 1304 H iaitu bersamaan dengan tahun 1887 M dengan nilai 1 sen. 1 sen

bermakna di sini satu keping kerana pada masa tersebut belum lagi ada istilah 1 ringgit.

Kebanyakan duit syiling yang dikeluarkan pada masa itu adalah bernilai 1 sen.

Di sebelah belakang matawang syiling tersebut adalah tulisan nombor satu

dalam bulatan dan ini dikelilingi oleh satu ayat dalam Bahasa Inggeris, “Sultanate of

Brunei 1304”.

24

Peter Blundell, 1923. The City of Many Waters. London: J.W. Arrowsmiths. ms. 62

25 The Birmingham Mint. http://bruneimoneystamps.blogspot.com/2007/09/birmingham-mint.html

(15)

Penggunaan bintang lima penjuru ini merupakan tanda yang banyak digunakan

oleh negara-negara yang mengamalkan Islam sebagai ugama mereka. Pada zaman

silam, ianya digunakan sebagai lambang Empayar Islam Usmaniah26 (1299 H 1922

H). Bintang lima penjuru ini digunakan kerana ianya adalah melambangkan Rukun Islam

yang lima. Sementara ayat-ayat dalam tulisan jawi juga melambangkan budaya bangsa

Melayu dan juga penggunaan tahun hijrah 1304. Walaupun di sebelah belakang

menggunakan Bahasa Inggeris, ianya masih menyebut “Sultanate of Brunei” ataupun

Kesultanan Brunei dan mengekalkan penggunaan tahun hijrah 1304 bersama dengan

perkataan Inggeris tersebut. Sebutan “Sultanate of Brunei” ini adalah mungkin yang pertama secara rasmi digunakan dalam apa jua bentuk media.

Daripada tahun 1906 sehingga tahun 1967, Brunei tidak mengeluarkan

matawangnya sendiri. Pada tahun 1906, Residen British pada masa itu mengarahkan

supaya semua matawang yang sedang digunakan di Brunei pada masa itu adalah

dibatalkan dan hanya matawang Kerajaan Selat sahaja yang akan digunakan.

Dalam matawang keluaran British bagi kegunaan di negeri-negeri Semanjung

Malaysia, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei mulai dimasukan panji-panji negeri

mulai wang keluaran tahun 1952 apabila Suruhanjaya Matawang Malaya dan British

Borneo ditubuhkan.27 Panji-panji Brunei boleh dilihat di dalam matawang-matawang

tersebut.

Pada tahun 1967, Brunei mengeluarkan matawangnya sendiri. Sebanyak lima

syiling dikeluarkan dengan nilai 1 sen, 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen. Sebanyak lima

nilai wang kertas juga dikeluarkan dengan nilai $1, $5, $10, $50 dan $100.

Rekabentuk Matawang Syiling28

Rekabentuk syiling adalah menggambarkan gambar wajah KDYMM Sultan Haji

Omar Ali Saifuddien Saadul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei

Darussalam ke-28 dan nama beliau mengelilingi gambar wajah dengan tulisan “Sultan

Omar Ali Saifuddien III” di sebelah depan. Di sebelah belakang pula adalah beberapa

gambaran unik dengan dikelilingi oleh perkataan “Kerajaan Brunei” dengan tahun

pengeluaran dan nilai syiling.

Mengikut penerangan daripada Lembaga Matawang Brunei, gambaran unik

tersebut (telah digunakan daripada tahun 1967 sehingga sekarang) adalah

menggambarkan perkara-perkara berikut — syiling 50 sen menggambarkan panji-panji

26

Ummayad Caliphate. http://www.sarna.net/wiki/Umayyad_Caliphate (retrieved on 30 April 2017)

27 Ibid. William Barett, 1988. ms.75 28

Steven Tan, 2015. Standard Catalogue of Malayisa, Singapore, Brunei, Coin & Paper Money 21st

(16)

Brunei Darussalam; syiling 20 sen mengambarkan rekabentuk tempatan satu corak

bujur menegak bagi mencorakan sebuah pokok; syiling 10 sen rekabentuk tempatan

cakar berbentuk sepit ketam bagi mencorakan seekor haiwan; syiling 5 sen

menggambarkan rekabentuk tempatan berupa pokok bagi mencorakan seekor burung;

dan syiling 1 sen menggambarkan rekabentuk tempatan bagi mencorakan sekuntum

bunga ataupun berbagai bunga.

Selepas KDYMM Sultan Haji Omar Ali Saifuddien turun takhta pada 4 Oktober

1967, syiling baru telah dikeluarkan mulai tahun 1968. Rekabentuk di belakang syiling

tidak berubah tetapi gambar wajah KDYMM Sultan Haji Omar Ali Saifuddien telah

digantikan dengan gambar wajah KDYMM Sultan Hassanal Bolkiah memakai dastar

dengan tulisan mengelilingi gambar wajah Baginda “Sultan Hassanal Bolkiah I”. Pada

tahun 1977, tulisan ini telah diubah kepada “Sultan Hassanal Bolkiah”. Pada tahun 1993, gambar wajah KDYMM Sultan Hassanal Bolkiah diganti dengan gambar wajah

Baginda yang memakai songkok. Pada tahun 1970 juga dikeluarkan matawang syiling

$1 dengan rekabentuk syiling di belakang yang menunjukan sebiji meriam Brunei.

Beberapa keping matawang syiling bagi memperingati peristiwa-peristiwa

bersejarah telah dikeluarkan oleh Lembaga Matawang Brunei. Pada tahun 1977,

matawang syiling bagi memperingati ulangtahun ke-10 Lembaga Matawang Brunei

dengan menggunakan rekabentuk bentuk yang sama tetapi di belakang ialah

dipamerkan Masjid Omar Ali Saifuddein dengan nilai muka syiling $10. Pada tahun

1978, matawang syiling bagi memperingati ulangtahun ke-10 KDYMM Sultan Haji

Hassanaal Bolkiah menaiki takhta. Matawang syiling emas ini menunjukan gambar

mahkota Sultan. Pada tahun 1980, matawang bagi memperingati Tahun Hijrah 1400

dengan menunjukan satu bunga hiasan. Pada tahun 1984 bersempena dengan

kemerdekaan Negara Brunei Darussalam, satu mawatang syiling dengan gambar

pelantar minyak dikeluarkan sementara bagi matawang syiling emas pula

menggunakan pemandangan Bangunan Sekretariat.

Pada tahun 1987 pula dikeluarkan matawang peringatan Ulangtahun ke-20

Penubuhan Lembaga Matawang Brunei dengan gambar pemandangan Masjid Omar

Ali Saifuddien. Pada tahun 1988, satu matawang syiling dikeluarkan bagi memperingati

Ulangtahun ke-20 Perpuspaan KDYMM Sultan Haji Hassanal Bolkiah dengan

menunjukan logo KDYMM Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Bagi memperingati

Ulangtahun ke-25 KDYMM menaiki takhta, tiga syiling dikeluarkan pada tahun 1992

dimana gambar di belakang adalah masing-masing logo KDYMM, pemandangan

semasa Baginda diusung semasa Perpuspaan dan gambar wajah KDYMM memakai

(17)

Pada tahun 1994, satu matawang dikeluarkan bagi memperingati 10 tahun

kemerdekaan dengan menggunakan beberapa alat kebesaran diraja iaitu kelasak,

kampilan dan pemuras di muka belakang. Bagi memperingati Ulangtahun ke-50

keputeraan KDYMM pada tahun 1996, matawang syiling yang dikeluarkan menunjukan

gambar pemandangan Bangunan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah,

pemandangan Kampong Ayer dan pemandangan Jame Asr Hassanil Bolkiah. Satu

ingot perak juga dikeluarkan dengan menggunakan pemandangan Istana Darussalam.

Pada tahun 1997 bagi memperingati Ulangtahun ke-30 ASEAN, tiga syiling dikeluarkan

dengan menggunakan gambar-gambar negara ASEAN, peta kawasan rantau ASEAN

dan logo ASEAN.

Pada tahun 1999 bagi memperingati Negara Brunei Darussalam menjadi tuan

rumah Sukan SEA dan syiling memperingatinya menunjukan logo SEA Games dan

gambar pemandangan Stadium Negara Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Dua mesyuarat

dimana Brunei menjadi tuan rumah iaitu APEC pada tahun 2000 dan Commonwealth

Finance Ministers Meeting 2003 telah menjadi bahan pengeluaran syiling. Bagi APEC,

adalah peta rantau APEC dan bagi Finance Ministers pula adalah peta dunia dengan

menandakan negara-negara Commonwealth.

Bagi memperingati Ulangtahun ke-20 Negara Brunei Darussalam pada tahun

2004 mencapai kemerdekaan, satu syiling yang menunjukan payung, kelasak, kampilan

dan pemuras telah digunakan. Pada tahun yang sama, satu syiling juga dikeluarkan

bagi memperingati Istiadat Perkahwinan DYTM Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee

Billah dengan Dayangku Sarah yang menunjukan gambar wajah kedua mempelai. Bagi

memperingati Ulangtahun ke-60 keputeraan KDYMM tiga syiling khas dikeluarkan

dimana gambar di muka belakang syiling menunjukan gambar wajah KDYMM dengan

memakai suit dan memakai pakaian seragam rasmi tentera.

Bersempena Brunei Darussalam mempengerusikan ASEAN pada tahun 2013,

satu syiling khas dikeluarkan dengan menunjukan logo mesyurat ASEAN 2013. Bagi

memperingati Ulangtahun ke-30 Kemerdekaan Negara Brunei Darussalam, satu

matawang syiling telah dikeluarkan dengan gambar pemandangan bangunan Majlis

Mesyuarat Negara yang baru. Bersempena dengan Ulangtahun ke-30 Perhubungan

Diplomatik Brunei-Jepun, satu matawang syiling telah dikeluarkan dengan gambar

bendera kedua negara dan bungai rasmi kedua buah negara.

Rekabentuk Matawang Kertas dan Polimer29

29

(18)

Sementara rekabentuk matawang bermula pada tahun 1967 adalah sama bagi

semua nilai kecuali yang membezakannya ialah dari segi nilai wang, warna dan ukuran.

Rekabentuk yang lain sama iaitu gambar wajah KDYMM Sultan Haji Omar Ali

Saifuddien di muka depan dengan perkataan-perkataan “Kerajaan Brunei”,

“Government of Brunei” dan tarikh keluaran berserta dengan tandatangan Baginda. Di

sebelah belakang pula adalah gambar Masjid Omar Ali Saifuddien dengan perkataan

jawi:

ينورب أجارك

Iaitu Kerajaan Brunei dan “Government of Brunei”.

Pada tahun 1972, matawang kertas Brunei yang baru dikeluarkan. Yang

berubah adalah gambar wajah KDYMM Sultan Haji Omar Ali Saifuddien digantikan

dengan gambar wajah KDYMM Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Nilai, warna dan

rekabentuk lain tidak berubah. Pada tahun 1979 pula dikeluarkan dua nilai baru iaitu

$5,000 dan $1,000. Gambar wajah KDYMM Sultan Haji Hassanal Bolkiah adalah

gambar wajah baru dengan memakai dastar, sementara gambar di belakang matawang

pula adalah Masjid Omar Ali Saifuddien di matawang nilai $500 dan Bangunan Muzium

Brunei di matawang nilai $1,000.

Pada tahun 1989, satu rekabentuk matawang Brunei yang baru dikeluarkan bagi

menggantikan siri tahun 1972 dengan nilai-nilai $1, $5, $10, $50, $100, $500, $1,000

dan $10,000. Gambar wajah KDYMM Sultan Haji Hassanal Bolkiah yang baru

menghiasi muka dengan matawang dan berbagai-bagai gambar digunakan bagi

menghiasi ruang belakang matawang. Bagi nilai $1, gambar digunakan adalah gambar

pemandangan Kampong Ayer, bagi $5 pula adalah pemandangan rumah di Pulau

Baru-Baru, bagi $10 adalah pemandangan Masjid Omar Ali Saifuddien berserta Kampong

Ayer, bagi $50 adalah pemandangan perahu membawa penumpang di Kampong Ayer,

bagi $100 adalah pemandangan Bandar Seri Begawan berserta Kampong Ayer, bagi

$500 adalah sebuah perahun yang dikayuh oleh seorang padian, bagi $1,000 adalah

gambar pemandangan Istana Nurul Iman berserta dengan Kampong Ayer dan bagi

$10,000 adalah pemandangan Bandar Seri Begawan. Matawang $10 juga menunjukan

lakaran ayer muleh. Sementara bagi matawang nilai besar masing-masing mempunyai

gambar tambahan di muka depan, bagi $100 adalah gambar beberapa buah rumah

Kampong Ayer, bagi $500 adalah beberapa buah durong bagi menyimpan padi, bagi

$1,000 adalah gambar seorang nelayan dengan rambat dan bagi $10,00 adalah gambar

Istana Nurul Iman. Penggunaan tulisan jawi adalah sama seperti siri sebelumnya.

Pada tahun 1992, satu matawang khas dikeluarkan bagi memperingati Jubilee

(19)

$25 dengan gambar wajah KDYMM Sultan Haji Hassanal Bolkiah menghiasi ruang

depan berserta dengan satu gambar Usungan Baginda semasa upacara Perpuspaan

Baginda pada tahun 1968 dan gambar di muka belakang menunjukan KDYMM Sultan

Omar Ali Saifuddien menempatkan mahkota di atas kepala KDYMM Sultan Haji

Hassanal Bolkiah. Tulisan jawi bagi mukadepan matawang ini adalah “wang kertas sah

diperlakukan dengan nilai dua puluh lima ringgit” dan di muka belakang adalah “1992

Ulangtahun ke 25 Menaiki Takhta 1967” dan perkataan “Negara Brunei Darussalam.”

Pada tahun 1996, matawang polimer bagi nilai $1, $5 dan $10 dan matawang

kertas bagi nilai $50, $100 dan $500 dikeluarkan. Rekabentuk matawang polimer

menggunakan gambar wajah KDYMM Sultan Haji Hassanal Bolkiah yang sama seperti

pengeluaran tahun 1992. Perbezaan utama adalah penggunaan bunga dan daun-daun

berserta dengan pemandangan gambar hutan bagi matawang nilai $1, $5 dan $10.

Tulisan jawi kekal dengan “Negara Brunei Darussalam” di muka belakang. Bagi

matawang nilai $50, $100 dan $500 pula menunjukan pemandangan pelantar minyak

bagi $50, pemandangan Lapangan Terbang Antarabangsa bagi $100 dan Bangunan

Alat-Alat Kebesaran Diraja bagi $500.

Pada tahun 2004, matawang polimer yang baru bagi nilai $50 dan $100

dikeluarkan dan rekabentuknya mengikut rekabentuk matawang polimer yang rendah

dengan menggunakan bunga dan daun dan juga pemandangan hutan di muka

belakang.

Pada tahun 2007, matawang polimer nilai $500 dikeluarkan dengan

menggunakan gambar wajah KDYMM Sultan Omar Ali Saifuddien di muka depan dan

pemandangan Bangunan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan Masjid Omar Ali

Saifuddien. Matawang polimer $1,000 dan $10,000 pula menggunakan gambar wajah

KDYMM Sultan Haji Hassanal Bolkiah memakai dastar dan gambar di belakang

menunjukan gambar Bangunan Kementerian Kewangan yang baru di nilai $1,000 dan

gambar Majlis Mesyuarat Diraja bagi nilai $10,000.

Pada tahun 2007 juga dikeluarkan satu nilai khas iaitu $20 sempena

memperingati Ulangtahun ke-40 Perjanjian Saling Pertukaran Matawang dengan

Singapura. Mukadepan menunjukan gambar wajah KDYMM Sultan Haji Hassanal

Bolkiah dengan satu bunga tempatan. Sementara gambar di muka belakang adalah

menunjukan pemandangan Republik Singapura dan pemandangan Masjid Omar Ali

Saifuddien berserta dengan bahtera diraja. Republik Singapura juga mengeluarkan

matawang dengan nilai yang sama dengan menggunakan gambar pemandangan

kedua buah negara yang sama.

Pada tahun 2011, matawang polimer yang baru dikeluarkan bagi nilai-nilai $1,

(20)

Hassanal Bolkiah dengan memakai dastar. Gambar pemandangan di muka belakang

adalah gambar Bangunan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan Masjid Omar Ali

Saifuddien bagi nilai $1, gambar Bangunan Lapau bagi nilai $5 dan gambar Masjid

Jame Asr Hassanil Bolkiah bagi nilai $10.

Rumusan

Daripada penelitian-penelitian rekabentuk matawang samada dalam bentuk

syiling ataupun wang kertas dan polimer, ia banyak menunjukan ciri-ciri ke-Bruneian

dan juga cuba mempamerkan perkara-perkara seperti pemandangan-pemandangan

tertentu di Negara Brunei Darussalam, gambar flora dan fauna,

gambar-gambar aktiviti perekonomian, gambar-gambar-gambar-gambar warisan budaya dan gambar-gambar-gambar-gambar

bangunan-bangunan yang menjadi kebanggaan negara.

Di rekabentuk matawang syiling yang awal adalah juga melihatkan budaya yang

ada dan juga pengaruh-pengaruh tertentu yang berlaku di zaman tersebut.

Rekabentuk-rekabentuk tersebut melihatkan ciri-ciri budaya tertentu yangmana walaupun dari

penelitian zaman ini adalah melihatkan budaya pengaruh luar tetapi ini harus difahami

bahawa rekabentuk tersebut adalah khusus untuk penggunaan pada masa tersebut.

Walau bagaimanapun ia masih menggambarkan budaya yang ada pada masa itu.

Sementara rekabentuk moden adalah melihatkan berbagai-bagi perkara yang

mana dengan adanya teknologi pada masa kini adalah jauh lebih senang untuk

membuat sebarang perubahan dan ini dengan sendirinya dapat dilihat dengan

kekerapan pertukaran rekabentuk-rekabentuk matawang tersebut semenjak tahun 1967

sehingga sekarang. Setiap pertukaran rekabentuk memberikan peluang kepada pihak

Lembaga Matawang untuk memasukan gambar-gambar baru yang menunjukan lagi

pemandangan-pemandangan terkini di negara ini dan juga memasukan aspek-aspek

budaya dan warisan termasuk warisan semulajadi ke dalam rekabentuk

matawang-matawang yang dikeluarkan tersebut.

Daripada penelitian ini dapatlah dirumuskan bahawa rekabentuk-rekabentuk

matawang syiling dan wang kertas dan polimer negara ini adalah merupakan satu

bentuk manifestasi budaya dan dapat mempamerkan aspek-aspek budaya kepada

(21)

Rujukan:

Annabel Teh Gallop, 2005. Camels, Seals and the Early Tin Coinage of

Brunei. Archipel Année 2005 Volume 70 Numéro 1

George Bryan Souza dan Jeffrey S. Turley, Editors 2016. The Boxer Codex:

Transcription and Translation of an Illustrated Late Sixteenth-Century Spanish

Manuscript Concerning the Geography, Ethnography and History of the Pacific,

South-East Asia and East Asia. Leiden: Brill Publishing

Keat Gin Ooi, 2004. Southeast Asia: A Historical Encyclopedia, from Angkor Wat to

East Timor, Volume 1. ABC-Clio.

Marie-Sybille de Vienne, 2015. Brunei: From the Age of Commerce to the 21st

Century. Singapore: NUS Press

Michael Alram, "DARIC", Encyclopaedia Iranica, December 15, 1994, last updated

November 17, 2011

Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr. Haji Awang Mohd Jamil

Al-Sufri, 2002. Adat Istiadat Diraja Brunei. Jabatan Adat Istiadat Negara.

Peter Blundell, 1923. The City of Many Waters. London: J.W. Arrowsmiths.

Robert Nicholl, Editor, 1975. European Sources for the History of the Sultanate of

Brunei in the Sixteenth Century. Muzium Brunei

Rozan Yunos. Evolution of Islamic Governance: With Special Reference to Brunei

Darussalam. Kertaskerja bagi Simposium Urustadbir Islam ke-3 dianjurkan oleh

Institut Pengajian Dasar, Universiti Brunei Darussalam pada 1 April 2017.

Saran Singh, 1986. The Encyclopaedia of the Coins of Malaysia, Singapore and

Brunei, 1400-1986.

Steven Tan, 2015. Standard Catalogue of Malaysia, Singapore, Brunei Coin and

Paper Money, 21st Edition. Kuala Lumpur: International Stamp and Coin Sdn Bhd

Subodh Kapoor (January 2002). The Indian encyclopaedia: biographical, historical,

religious ..., Volume 6. Cosmo Publications

William L.S. Barrett, 1988. Brunei and Nusantara: History in Coinage. Brunei History

Centre.

Wu Zong Yu, 2010. Brunei Dalam Sejarah China. Pusat Sejarah Brunei.

Rujukan Internet:

A Case for the World’s Oldest Coin: Lydia Lion. http://rg.ancients.info/lion/article.html

(retrieved 17 April 2017)

(22)

Brunei’s Only Gold Pitis (Coin). The Daily Brunei Resources website, 28 July 2013.

http://bruneiresources.blogspot.com/2013/07/bruneis-only-gold-pitis-coin.html

(retrieved on 21 April 2017)

Currency Gallery Brunei Darussalam. http://gallery.bruneiresources.com/ (retrieved 17

April 2017)

http://www.islamicmanuscripts.info/reference/books/IAMM-2005-Message-Monsoon/IAMM-2005-Monsoon-208-237.pdf (retrieved 18 April 2017)

The Birmingham Mint.

http://bruneimoneystamps.blogspot.com/2007/09/birmingham-mint.html (retrieved on 25 April 2017)

Ummayad Caliphate. http://www.sarna.net/wiki/Umayyad_Caliphate (retrieved on 30

Referensi

Dokumen terkait

Species Identification of Meat Products Using The Cytochrome b Gene.. Grzimek’s Animal Life Enctclopedia, 2 nd edition, Volume

KEDUA : Indikator Kineija Utama sebagaimana dimaksud pada diktum KESATU, merupakan acuan ukuran kinerja yang digunakan oleh Rumah Sakit Umum Daerah Kuala

Indeks daya dukung hasil ikutan pertanian (IDDHSP) berdasarkan produksi potensial dan produksi efektif dihitung dari total produksi pakan yang tersedia dibagi dengan jumlah

Dalam kegiatan pengabdian masyarakat ini, berfokus pada faktor predisposing yaitu pengetahuan siswa tentang sampah plastik, pengenalan macam-macam sampah plastik, bahaya

Berdasarkan hal tersebut, praktikan menyusun refleksi diri yang berisi catatan singkat secara global terkait dengan pelaksanaan pembelajaran Bahasa dan Sastra Jawa serta

Sebuah skripsi yang diajukan untuk memenuhi salah satu syarat memperoleh gelar Sarjana. Pendidikan pada Fakultas Pendidikan Bahasa

Tidak terdapat perbedaan efektivitas antara omeprazol dan lansoprazol terhadap perbaikan derajat berat reluks laringofaring (p>0,05), namun perbaikan kualitas hidup pada