• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kesan Negatif dan Positif Pendudukan Jep

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Kesan Negatif dan Positif Pendudukan Jep"

Copied!
19
0
0

Teks penuh

(1)

ISI KANDUNGAN HALAMAN

1.0 PENGENALAN...2

2.0 PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU...3

3.0 KESAN NEGATIF SOSIO-EKONOMI PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU TERHADAP MASYARKAT TEMPATAN...4

3.1 KEMELESETAN EKONOMI...4

3.2 MASALAH INFLASI...6

3.3 PASARAN GELAP (BLACK MARKET)...7

3.4 PENINDASAN TERHADAP ORANG CINA...8

3.5 TARAF KESIHATAN YANG MEROSOT...9

3.6 PENGHINAAN TERHADAP AGAMA...10

4.0 KESAN POSITIF SOSIO-EKONOMI PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU TERHADAP MASYARKAT TEMPATAN...10

4.1 PENERAPAN NILAI PERPADUAN, NASIONALISME DAN PEMIKIRAN BAHARU...10

4.2 MEMUPUK KEBERANIAN DAN JATI DIRI...11

5.0 KESIMPULAN...12

6.0 BIBLIOGRAFI...13

(2)

1.0 PENGENALAN

Pada penghujung abad ke-19, perkembangan militerisme di Jepun telah mengheret negara

tersebut ke dalam kancah Perang Dunia Kedua (1939-1945) yang dianggap sebagai detik

permulaan kepada perluasan dasar Jepun.1 Menurut Chaphekar, kemenangan Jepun dalam

peperangan dengan China (1894-1895) dan Russia (1904-1905) telah membuka mata

kuasa-kuasa Eropah untuk lebih berhati-hati terhadap empayar Jepun yang berada di bawah

pemerintahan Maharaja Meiji yang di anggap sebagai bapa pemodenan Jepun.2

Dasar perluasan kuasa Jepun ini adalah didorang oleh perkembangan perusahaan dan

perdagangan Jepun. Menurut Isa, hegemoni politik adalah satu keperluan bagi Jepun untuk

menguasai pasaran dan bahan mentah.3 Perkara ini dibuktikan oleh Chaphekar apabila popolusi

rakyat Jepun meningkat daripada 50 million pada tahun 1990 kepada 90 million pada tahun 1940

yang menyebabkan Jepun tidak dapat menampung populasi yang sebesar itu dan berhasrat untuk

meluaskan industri-industri Jepun di negara-negara yang mempunyai sumber bahan mentah yang

banyak bagi keperluan-keperluan rakyatnya.4 Asia Tenggara yang mempunyai keperluan bahan

mentah yang banyak seperti Jadual 1 menjadi lokasi pilihan utama kepada Jepun untuk

dieksploitasi. Namun apa yang akan dibincangkan dalam penulisan ini adalah lebih

mengfokuskan di wilayah Tanah Melayu dari segi kesan-kesan yang dialami oleh masyarakat

tempatan daripada pelbagai aspek terutamanya sosio-ekonomi.

1 Mohamad Isa Othman, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu 1942-1945 : (Tumpuan di Negeri Kedah), (Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992), hlm. 1.

2 S.G. Chaphekar, A Brief Study of The Malayan Campaign 1941-42, (Poona : Maharashtra Militarisation Board, 1960), hlm. 7.

3 Mohamad Isa Othman, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu 1942-1945 : (Tumpuan di Negeri Kedah), (Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992), hlm. 1.

(3)

2.0 PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU

Penaklukan Jepun di Tanah Melayu seperti dalam Peta 1 di bahagian lampiran, bermula

dengan pendaratan tentera Jepun di Singora dan Patani, Thailand serta Kota Bharu, Kelantan

pada 8 Disember. Serangan ini dilakukan melalui tiga penjuru iaitu di bahagian utara melalui

Jitra, Jalan Keroh-Grik dan melalui Pantai Timur.5 Tindak balas yang dikenakan oleh pihak

British melalui Operasi Matador ternyata gagal dalam menangai kemaraan Jepun sehingga

mereka berjaya menembusi kubu-kubu Britsh dengan mudah. Hal ini dinyatakan apabila strategi

dan taktik yang digunakan oleh British ternyata mempunyai kelemahan yang banyak apabila

mereka mengambil keputusan untuk bertahan sahaja daripada serangan Jepun di sesetengah

tempat seperti Kedah.6 Pada 11 Januari 1942, Jepun berjaya menduduki Kuala Lumpur dan

seterusnya mara sehingga menakluk Kajang dan Klang. Kejayaan Jepun yang berakhir di

Singapura pada tanggal 15 Februari 1942 menandakan bahawa seluruh tanah Melayu telah jatuh

ke tangan Jepun. Jepun yang membawa slogan Asia untuk orang Asia dan Kemakmuran

Bersama Asia Timur Raya telah mempengaruhi pemikiran orang tempatan di Tanah Melayu.7

Oleh itu kita dapat lihat sewaktu kemasukan Jepun, orang tempatan seolah-oleh menyambut baik

kedatangan mereka yang dianggap sebagai penyelamat.8 Apakah benar kedatangan Jepun ini

sebagai penyelamat ? Oleh hal demikian, kita akan melihat dan membincangkan kesan-kesan

sosio-ekonomi yang dialami oleh masyarakat tempatan di Tanah Melayu secara kritis bagi

melihat apakah benar penaklukan Jepun ini sebagai penyelamat.

3.0 KESAN NEGATIF SOSIO-EKONOMI PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU

5 Ho Hui Ling, “Zaman Pendudukan Jepun di Tanah Melayu, 1941-1945 : Penentangan Orang Cina Melalui Malayan People’s Anti Japanese Army (MPAJA).” dalam Malaysia Dari Segi Sejarah, Bil.37, (2009), hlm. 109.

6 Mohamad Isa Othman, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu 1942-1945 : (Tumpuan di Negeri Kedah), (Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992), hlm. 13.

7 Patricia Pui Huen Lim, Diana Wong, War and Memory in Malaysia and Singapore, (Singapura : Institute of Southeast Asian Studies, 2000), hlm. 5.

(4)

TERHADAP MASYARKAT TEMPATAN.

3.1 KEMELESETAN EKONOMI

Kehidupan penduduk tempatan semasa pendudukan Jepun dilihat merosot dengan begitu

ketara akibat daripada kemelesetan ekonomi. Menurut Ooi Keat Gin, semasa penaklukan Jepun,

British telah mengamalkan Dasar Bumi Hangus bagi menghalang Jepun untuk mengambil alih

kegiatan ekonomi perlombongan bijih timah, penanaman padi dan penghasilan getah.9 Perkara

ini telah menyebabkan penduduk tempatan yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India

mengalami kebuluran. Dengan demikian menurut Krastoska di dalam bukunya The Japanese

Occupation of Malaya: A Social and Economic History, makanan merupakan kunci utama

kepada kestabilan di kawasan Asia semasa perang.10 Hal ini kerana, ketika perang jalan

perdagang laut lumpuh sama sekali untuk aktiviti perdagangan eksport dan import. Perkara ini

diburukkan lagi apabila negara-negara lain seperti Thailand, Burma, Java dan Indochina seperti

dalam Jadual 2 tidak dapat mengeksport beras kepada Tanah Melayu akibat daripada Dasar Bumi

Hangus. Oleh itu, Jepun telah mempromosikan usaha penanaman padi bagi meningkatkan

pengeluaran domestik di Tanah Melayu. Antara usaha Jepun adalah membenarkan ladang getah

ditebang untuk dijadikan sawah. Usaha Jepun dilihat berjaya dalam meningkatkan penghasilan

padi di mana menurut statistik, penghasilan padi meningkat dari 160,000 tan kepada 635,000 tan

pada tahun 1940-an.11 Namun adakah peningkatan ini dilihat mampu menstabilkan taraf hidup

penduduk tempatan ? Ini ternyata tidak apabila Jepun hanya mengeksport beras kepada

negaranya sendiri, wilayah takluknya di wilayah selatan dan kuasa paksi.12

9 Ooi Keat Gin, Warisan Wilayah Utara Semenanjung Malaysia, (Pulau Pinang : Penerbit Universiti Sains Malaysia, 2012), hlm. 175.

10 Paul H. Krastoska, The Japanese Occupation of Malaya: A Social and Economic History, (Australia : Allen & Unwin, 1998), hlm. 247.

11 Ibid, hlm. 248.

(5)

Kesengsaraan penduduk tempatan disebabkan kemelesetan ekonomi dihuraikan oleh Isa

Othman di mana zaman pendudukan Jepun ini digelar sebagai Zaman Ubi Kayu.13 Perkara ini

adalah kerana ketidakcukupan pengeluaran beras untuk menampung keperluan penduduk

tempatan telah menyebabkan Jepun menggalakkan penduduk tempatan menanam untuk makanan

sendiri seperti sayur-sayuran, jagung dan ubi kayu. Selain itu, taraf hidup penduduk tempatan

juga dilihat merosot apabila sistem catuan beras diperkenalkan oleh Jepun melalui Rice

Purchasing Cards.14 Sistem ini membenarkan peruncit untuk menjual beras hanya kepada

mereka yang berdaftar sahaja. Hal ini bertambah rumit apabila syarikat-syarikat Jepun yang

dikenali sebagai kaisha telah diberi kuasa untuk memonopoli urusan pembelian padi dan

pengawasan ke atas kilang padi. Sebagai contohnya di Kedah syarikat tersebut adalah Daimaru

dan Mitsubishi Shi Shoji.15 Perkara ini dapat dilihat melalui rekod Food Control Department

yang ditubuhkan oleh Pendtadbiran Tentera Jepun seperti dalam Jadual 3 di mana kadar catuan

yang dikenakan kepada Singapura amat ketara penurunannya.16 Walaupun jika dilihat masih ada

pembahagian beras di setiap wilayah di Tanah Melayu namun apakah masyarakat tempatan yang

kebanyakannya adalah miskin tegar mampu untuk membeli beras dengan harga yang begitu

mahal iaitu pada kadar harga maksima $35.00 sepikul.17 ? Bagi keluarga Abu Bakar Sentol dari

Kampung Melayu Renggam, Kluang, “saya terpaksa mengikat perut jika tananam yang ditanam

belum menjadi lebih-lebih lagi adik-beradik saya tujuh orang, masa itu ubi kayu yang masih

kecil pun sudah dicabut untuk direbus.” katanya pada Bernama.18

13 Mohamad Isa Othman, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu 1942-1945 : (Tumpuan di Negeri Kedah), (Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992), hlm. 83.

14 Paul H. Krastoska, The Japanese Occupation of Malaya: A Social and Economic History, (Australia : Allen & Unwin, 1998), hlm. 251.

15 Ibid, hlm. 87-88.

16 Ibid, hlm. 252.

17 Mohamad Isa Othman, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu 1942-1945 : (Tumpuan di Negeri Kedah), (Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992), hlm. 90.

(6)

3.2 MASALAH INFLASI

Inflasi menurut Dwivedi ialah peningkatan yang amat ketara dan berterusan terhadap

harga umum dalam tempoh masa yang panjang atau dengan maksud yang mudah ialah, “too

much money chasing too few goods”.19 Inflasi semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu

dihuraikan oleh Layton dalam bukunya Japanese Military Administration in Malaya and The

Philippines, yang telah menyebabkan penduduk tempatan patah semangat disebabkan oleh

kekurangan barangan keperluan yang kritikal dan nilai wang yang mengalami susut nilai. 20

Perkara ini menurut Syazwanuddin adalah kerana hasil pengeluaran produk pertanian yang

semakin berkurang dan ditambah lagi dengan strategi Jepun dengan memperkenalkan wang

kertas yang dikenali sebagai ‘Wang Pokok Pisang’ seperti dalam Gambar 1, yang menjadikan

ekonomi Tanah Melayu berada di paras inflasi.21 Berikutan cetakan wang tanpa kawalan

menyebabkan lambakan dan kejatuhan nilai sedangkan barang yang ingin diperoleh adalah

terhad dan berkurangan. Dalam masa dua bulan, 65 juta wang Jepun berada dalam edaran dan

pada bulan Februari 1943 terdapat 285 juta wang kertas.22 Menurut Ghazali, keadaan yang telah

sedia buruk ditambah lagi dengan pengeluaran wang Jepun yang begitu banyak sehingga ianya

tidak berharga telah menyebabkan pengeluaran barangan utama dikawal dan permit dikenakan

bagi semua pengangkutan dan perdagangan.23 Bukan itu sahaja, Jepun juga ingin menguasai

kewangan penduduk tempatan dengan membekukan wang deposit di bank dan menubuhkan

cawangan bank Jepun antaranya ialah Southern Regions Development Bank, Bank Yokohama

19 D.N.Dwivedi, Macroeconomics, Theory and Policy, (New Delhi : Tata McGraw-Hill Publishing Company Limited, 2005), hlm. 389.

20 Horner Layton, Japanese Military Administration in Malaya and The Philippines, (Michigan : Xerorx Company, Ann Arbor, 1973), hlm. 225-226.

21 Muhamad Aliemran Norasid, Periuk Nasi, (Kuala Lumpur : Oarorang Idea, 2015), hlm. 70.

22 Mohamad Isa Othman, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu 1942-1945 : (Tumpuan di Negeri Kedah), (Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992), hlm. 81.

(7)

dan People’s Bank dalam usaha meluaskan kuasa kewangan Jepun.24 Jadi, ianya akan

memudahkan penguasaan dan eksploitasi ekonomi oleh Jepun terhadap penduduk tempatan.

3.3 PASARAN GELAP (BLACK MARKET)

Salah satu kesan negatif yang dapat dikesan dengan mudah adalah kewujudan pasaran

gelap ataupun black market. Menurut Krastoska, akibat daripada pengangguran, penduduk

tempatan terpaksa menjual barang-barang peribadi mereka untuk mendapatkan wang dan Jepun

hanya membenarkan satu amalan iaitu penggabungan jualan swasta dengan perdagangan haram

bagi barang-barang kawalan.25 Timbul persoalan mengapa Jepun membenarkan amalan ini dan

tidak mengambil tindakan ke atas pasaran gelap ? Hal ini adalah kerana sikap pihak Jepun yang

tidak campur tangan, mendiamkan diri, rasuah, pilih kasih dan orang Jepun sendiri terlibat

dengan penyeludupan menjadikan pasaran gelap dan penyeludupan bertambah.26 Kegiatan

pasaran gelap ini mewujudkan inflasi dan dilihat sebagai kesan negatif kepada penduduk

tempatan kerana makanan-makanan asas seperti beras putih berharga 6 sen sekati pada bulan

Disember 1941, gula putih 8 sen sekati, telur 3 sen sebiji manakala pada bulan Disember 1943,

harga ini meningkat kepada $2.50, $3.80 dan 28 sen. Pada bulan Disember 1944 ia meningkat

kepada $8.20, $18.00 dan $1.25. Lalu pada bula Ogos 1945, meningkat lagi kepada $75, $120,

dan $35.27 Perkara ini jelas dapat digambarkan bahawa kesengsaraan yang dihadapi oleh

penduduk tempatan di mana apakah mereka mampu untuk membeli barangan keperluan dengan

harga yang begitu mahal ?

24 Mohamad Isa Othman, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu 1942-1945 : (Tumpuan di Negeri Kedah), (Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992), hlm. 81.

25 Paul H. Krastoska, The Japanese Occupation of Malaya: A Social and Economic History, (Australia : Allen & Unwin, 1998), hlm. 167.

26 Abu Talib Ahmad, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu: Kumpulan Esei Oleh Pelajar-Pelajar USM, (Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia, 1989), hlm. 38.

(8)

3.4 PENINDASAN TERHADAP ORANG CINA

Pendudukan Jepun di Tanah Melayu jika dilihat daripada aspek sosial kesan negatif yang

dihadapi oleh penduduk tempatan adalah dari segi layanan mereka terhadap kaum yang

dibeza-bezakan. Namun dasar dan layanan Jepun terhadap orang Cina adalah lebih kejam berbanding

dengan orang Melayu dan India. Menurut Ho Hui Ling dalam artikelnya, perkara ini terjadi

akibat sentimen anti-Jepun yang muncul di kalangan orang Cina ketika Jepun menakluki

Manchuria pada tahun 1931 dan penglibatan orang Cina di Tanah Melayu semasa Perang

Cina-Jepun pada tahun 1937 lalu kaum Cina telah menubuhkan Malayan Anti-Imperialist League dan

China Relief Fund bagi membantu Tentera Pembebasan Nasional iaitu Nanyang National

Salvation Movement.28 Apabila Jepun berjaya menakluk Tanah Melayu, menurut Cheah, mereka

mula melakukan operasi terhadap elemen-elemen anti-Jepun. Operasi ini dikenali sebagai “Sook

Ching” atau “Operation Clean-up” ke atas orang Cina di Tanah Melayu.29 Secara ringkasnya

operasi ini membawa kepada kekejaman kepada orang Cina, sebagai contohnya di Kedah,

operasi ini berlaku di Batu Kapur, Sungai Petani di mana orang Cina dipaksa untuk mengorek

lubang kubur besar terlebih dahulu sebelum dibunuh.30 Manakala di Jalan Besar Singapura,

orang Cina dikumpulkan dan diseksa di dalam parit yang berisi air dan dikelilingi oleh

dawai-dawai berduri.31 Yang paling kejam apabila kepala mangsa dipotong dan dipamerkan di

kawasan-kawasan utama di sesebuah negeri Melayu kepada orang ramai.32

28 Ho Hui Ling, “Zaman Pendudukan Jepun di Tanah Melayu, 1941-1945 : Penentangan Orang Cina Melalui Malayan People’s Anti Japanese Army (MPAJA).” dalam Malaysia Dari Segi Sejarah, Bil.37, (2009), hlm. 111.

29 Cheah Boon Kheng, Red Star Over Malaya : Resistance and Social Conflict During and After the Japanese Occupation of Malaya, 1941-1946, (Singapura : Singapore University Press, 1983), hlm. 21.

30 Mohamad Isa Othman, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu 1942-1945 : (Tumpuan di Negeri Kedah), (Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992), hlm. 102.

31 Abdul Samad Ismail, Memoir A. Samad Ismail di Singapura, (Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia, 1993), hlm. 199.

(9)

3.5 TARAF KESIHATAN YANG MEROSOT

Semasa pendudukan Jepun, taraf kesihatan penduduk tempatan melalui kenyataan

Krastoska adalah merosot akibat kekurangan makanan lalu penduduk tempatan tidak

memperoleh zat makanan yang cukup dan ini menyumbang kepada peningkatan yang besar

jumlah bilangan kematian akibat daripada pelbagai penyakit.33 Melalui Jadual 4, apa yang dapat

dilihat ialah statistik kematian yang berlaku akibat daripada pelbagai penyakit antaranya ialah

Malaria, Tuberculosis (Batuk Kering), Beri-beri, Pneumonia, Cirit-birit dan Sawan bayi.34 Selain

itu di negeri-negeri lain seperti di Johor, angka kematian yang berdaftar dalam tahun 1942 ialah

10,296 orang meningkat kepada 17,895 orang dalam tahun 1943.35 Perkara ini jelas

menggambarkan kepada kita Jepun tidak menitikberatkan hal-hal kesihatan penduduk tempatan.

Walaupun terdapat pusat-pusat kesihatan seperti hospital namun kelengkapan perubatan yang

tidak mencukupi dan diberi keutamaan kepada kelas-kelas Jepun sahaja.

3.6 PENGHINAAN TERHADAP AGAMA

Perkara ini dapat dilihat melalui masyarakat Melayu di mana Jepun membenarkan agama

Islam diamalkan namun tindakan Jepun tanpa sedar telah mencemarkan amalan agama Islam.

Sebagai contohnya mereka menggunakan masjid sebagai tempat untuk makan, minum, tidur dan

dijadikan kubu. Selain itu, orang Islam tidak dapat menyambut hari kebesaran kerana tarikh,

waktu, tepat untuk sembahyang dan puasa tidak dapat ditentukan. Lebih buruk, mereka yang

ingin menunaikan haji terpaksa dilupaka akibat daripada kemelesetan ekonomi dan pula dipaksa

33 Abu Talib Ahmad, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu: Kumpulan Esei Oleh Pelajar-Pelajar USM, (Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia, 1989), hlm. 277.

34 Ibid, hlm. 276.

(10)

untuk sujud kepada matahari terbit yang melambangkan penyembahan kepada Maharaja Jepun.36

Tindakan Jepun ini bukan sahaja telah mencabuli tetapi dianggap sebagai satu penghinaan

kepada agama sesuatu kaum.

4.0 KESAN POSITIF SOSIO-EKONOMI PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU

TERHADAP MASYARKAT TEMPATAN.

4.1 PENERAPAN NILAI PERPADUAN, NASIONALISME DAN PEMIKIRAN BAHARU.

Secara keseluruhan, agak sukar untuk membicarakan tentang kesan positif yang diperoleh

oleh masyarakat tempatan semasa pendudukan Jepun kerana negatifnya lebih menonjol. Namun

jika diberi penekanan yang mendalam barulah aspek-aspek positif itu dapat dikesan. Sebagai

contohnya melalui sistem pendidikan yang diperkenalkan, di mana Jepun telah memansuhkan

sekolah-sekolah vernakular dan menjadikan sekolah awam yang terdiri daripada pelbagai

kaum.37 Bagi pendapat Halinah Bamadhaj, pembaharuan sistem ini mempunyai kebaikan dari

segi memberi peluang kepada pelajar berbilang bangsa untuk bercampur lalu dapat memupuk

perpaduan kaum di peringkat rendah.38 Selain itu, bagi pendapat penulis sendiri, kekalahan

British dalam peperangan dengan Jepun di Tanah Melayu telah membuka mata masyarakat

tempatan bahawa orang-orang Asia mampu mengalahkan kuasa-kuasa Eropah yang kuat di mana

selama ini British dianggap oleh penduduk tempatan sebagai penyelamat. Kesedaran-kesedaran

ini mula timbul apabila Jepun yang membawa semangat ‘Asia untuk orang Asia’ yang dapat

menanamkan semangat nasionalisme, penyatuan dan perkembangan ideologi pemikiran politik

masyarakat tempatan untuk memperoleh kemerdekaan. Hal ini dapat dibuktikan apabila British

36 Abu Talib Ahmad, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu: Satu Esei Kumpulan Pelajar 1986-1987, (Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia, 1988), hlm. 21.

37 Ahmad Sohaimi Lazim, Dasar dan Kesan Pendidikan Jepun di Tanah Melayu 1941-1945, (Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 2014), hlm. 36.

(11)

mengambil semula Tanah Melayu daripada Jepun telah mewujudkan parti-parti politik yang

sebenar-benarnya memperjuangkan kemerdekaan dalam menentang penjajahan antaranya ialah

Angkatan Pemuda Insaf (API), PKMM, Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Pusat Tenaga Rakyat

(PUTERA), Pembela Tanah Air (PETA) dan Hizbul Muslimin.39

4.2 MEMUPUK KEBERANIAN DAN JATI DIRI

Keberanian dan jati diri masyarakat tempatan dapat dilihat melalui usaha Jepun dalam

menerapkan pendidikan berteraskan kemahiran dan menanamkan seishin kepada penduduk

tempatan.40 Menurut Krastoska, matlamat sistem ini bertujuan menggantikan semangat

materialistik dan individualistik Barat dengan semangat Asia iaitu meningkatkan disiplin,

kesetiaan dan kerjasama serta menanamkan seishin.41 Perkara ini dapat dilihat melalui

pengenalan institusi latihan yang dikenali sebagai Koa Kunrenjo (Sekolah Latihan Kepimpinan)

yang dapat membina semangat dari aspek kecergasan fizikal dan mental penduduk tempatan.42

Keberanian ini juga dipengaruhi oleh penubuhan Guntai iaitu askar Jepun yang terdiri daripada

anak-anak tempatan daripada pelbagai kaum. Walaupun penubuhan guntai dilihat mempunyai

kepentingan daripada aspek keselamtan Jepun tetapi secara tidak langsung telah menanam

semangat keberanian dan jati diri masyarakat tempatan. Hal ini dapat dilihat melalui ucapan

Encik Omar suatu ketika dahulu yang merupakan bekas anggota guntai kepada masyarakat

tempatan di kawasan Balik Pulau, Pulau Pinang iaitu, “kita jangan leka, kita mesti bebas dari

penjajah, belajar dari semangat Jepun yang gigih dan berani”.43

39 Ishak Saat, Politik Suara Rakyat, (Pulau Pinang : Penerbit Universiti Sains Malaysia, 2013), hlm. 102-109.

40 Ahmad Sohaimi Lazim, Dasar dan Kesan Pendidikan Jepun di Tanah Melayu 1941-1945, (Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 2014), hlm. 30-31.

41 Paul H. Krastoska, The Japanese Occupation of Malaya: A Social and Economic History, (Australia : Allen & Unwin, 1998), hlm. 122.

42 Ahmad Sohaimi Lazim, Dasar dan Kesan Pendidikan Jepun di Tanah Melayu 1941-1945, (Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 2014), hlm. 34.

(12)

5.0 KESIMPULAN

Secara konklusinya, pendudukan Jepun di Tanah Melayu telah memberikan kesan yang

pelbagai kepada masyarakat tempatan. Kesan ini lebih berpihak kepada aspek negatif daripada

aspek positf. Kesusahan dan penderitaan masyarakat tempatan semasa pendudukan Jepun tidak

dapat digambarkan oleh penulis betapa teruknya keadaan mereka pada ketika itu. Hanya titisan

airmata sahaja yang mengalir apabila membaca kisah-kisah hidup masyarakat tempatan sewaktu

Jepun mula pentadbir Tanah Melayu. Sikap agresif Jepun dalam mentadbir Tanah Melayu serta

pengabaiannya dalam hal-hal yang berkaitan terutamanya kesihatan telah menyebabkan

kebuluran dan kematian yang berleluasa kesan daripada penyakit. Ketidakjujuran Jepun dalam

menjanjikan kehidupan yang lebih baik diungkap oleh kenyataan Aziz Taha iaitu, “penjajah

tetap penjajah, walau berbangsa apa sekalipun, selagi orang Melayu dijajah dan tidak merdeka,

maka selama itulah mereka akan menjadi mangsa”.44 Walaubagaimanapun, kesan baik itu dapat

dilihat menonjol selepas daripada pengunduran Jepun di Tanah Melayu pada tahun 1946, di

mana kebangkitan orang-orang tempatan melalui semangat untuk membebaskan tanahair

daripada belenggu penjajah semakin membuak-buak melalui penyatuan, kerjasama dan

pembaharuan ideologi. Perkara ini dilihat apabila pelbagai parti-parti dan individu-individu

seperti Ahmad Boestamam, Burhanuddin, Mustapha Hussain, Shamsiah Fakeh dan ramai lagi

yang sanggup berjuang menggadaikan nyawa demi mempertahankan maruah bangsa, negara dan

agama dalam menentang British.

6.0 BIBLIOGRAFI

Abdul Samad Ismail. Memoir A. Samad Ismail di Singapura. Bangi : Universiti Kebangsaan

Malaysia. 1993.

(13)

Abu Talib Ahmad. Pendudukan Jepun di Tanah Melayu: Kumpulan Esei Oleh Pelajar-Pelajar

USM. Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia. 1989.

Ahmad Ali Seman, Nordin Hussin, Uqbah Iqbal. Dasar Ekonomi Jepun di Semenanjung Tanah

Melayu Semasa Perang Dunia Kedua. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pusataka.

2014.

Ahmad Sohaimi Lazim. Dasar dan Kesan Pendidikan Jepun di Tanah Melayu 1941-1945. Kuala

Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 2014.

Akashi Yoji, Yoshimura Mako. New Perspective on the Japanese Occupation in Malaya and

Singapore, 1941-1945. Singapura : NUS Press. 2008.

Bernama. “ Peritnya Kehidupan Dijajah.” Sinar Harian. 30 Ogos 2012.

Chan King Nui. A Time To Weep. Seri Kembangan : Chan King Nui. 1999.

Chaphekar, S.G. A Brief Study of The Malayan Campaign 1941-42. Poona : Maharashtra

Militarisation Board. 1960.

Cheah Boon Kheng. Red Star Over Malaya : Resistance and Social Conflict During and After

the Japanese Occupation of Malaya, 1941-1946. Singapura : Singapore University Press.

1983.

Dwivedi, D.N. Macroeconomics, Theory and Policy. New Delhi : Tata McGraw-Hill Publishing

Company Limited. 2005.

Ghazali Mayudin. Johor Semasa Pendudukan Jepun 1942-1945. Jabatan Sejarah Malaysia :

(14)

Ho Hui Ling. “Zaman Pendudukan Jepun di Tanah Melayu, 1941-1945 : Penentangan Orang

Cina Melalui Malayan People’s Anti Japanese Army (MPAJA).” dalam Malaysia Dari

Segi Sejarah. Bil.37. (2009).

Ishak Saat. Politik Suara Rakyat. Pulau Pinang : Penerbit Universiti Sains Malaysia. 2013.

Krastoska, Paul H. The Japanese Occupation of Malaya: A Social and Economic History,

Australia : Allen & Unwin. 1998.

Layton, Horner. Japanese Military Administration in Malaya and The Philippines. Michigan :

Xerorx Company. Ann Arbor. 1973.

Mohamad Isa Othman. Pendudukan Jepun di Tanah Melayu 1942-1945 : (Tumpuan di Negeri

Kedah). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 1992.

Muhamad Aliemran Norasid. Periuk Nasi. Kuala Lumpur : Oarorang Idea. 2015.

Ooi Keat Gin. Warisan Wilayah Utara Semenanjung Malaysia. Pulau Pinang : Penerbit

Universiti Sains Malaysia. 2012.

Patricia Pui Huen Lim. Diana Wong. War and Memory in Malaysia and Singapore. Singapura :

Institute of Southeast Asian Studies. 2000.

Purcell, Victor. Orang-orang Cina di Tanah Melayu. (terj.). Skudai : Penerbit Universiti

Teknologi Malaysia. 1997.

(15)

Jadual 1 : Sumber Peratusan Keluaran Bahan Mentah di Asia Tenggara.

(16)

Peta 1 : Penaklukan Tentera Jepun di Tanah Melayu bermula pada 8 Disember 1941 hingga 15 Februari 1942.

(17)

Jadual 2 : Import Beras di Tanah Melayu, 1931 – 1945.

Sumber : Akashi Yoji, Yoshimura Mako, New Perspective on the Japanese Occupation in Malaya and Singapore, 1941-1945, Singapura : NUS Press, 2008, hlm. 116.

Jadual 3 : Penurunan kadar catuan beras yang dikenakan kepada Singapura dari tahun 1942-44.

(18)

Gambar 1 : Wang Pokok Pisang.

(19)

Jadual 4 : Jenis-jenis Penyakit yang membawa kepada kematian di Singapura pada tahun 1940-1946.

Gambar

Gambar 1 : Wang Pokok Pisang.

Referensi

Dokumen terkait

Beberapa dampak negatif internet yang dirasa begitu mempengaruhi para remaja yaitu Internet dapat menyebabkan remaja mengalami kecanduan game online,

Dalam konteks ini, Malaysia selaku sebuah negara yang rakyatnya berbilang kaum, seperti kaum Melayu, Cina, India, Kadazan Dusun, Iban, Murut, Bajau, Bidayuh, Penan, Kelabit,

Kedua, Sekolah Jenis Kebangsaan yang umumnya terdiri daripada pelajar Cina dan India, menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar,

Seperti sedia maklum, roti naan yang dikenali dalam etnik India ini disukai oleh kaum lain seperti Melayu dan Cina. Kebiasaannya kita akan jumpai roti ini di kedai makan India

- Jepun juga mengembalikan kuasa Sultan yang telah dirampas oleh Inggeris di Negeri-negeri Melayu tetapi sultan hanya sebagai ketua negeri dan menjalankan tugas sebagai Ketua

Walau bagaimanapun, dasar ‘pecah dan perintah’ yang dilaksanakan oleh pihak British bukan sahaja memisahkan orang Melayu daripada orang Cina tetapi juga telah memecahbelahkan

 0alan laut yang digunakan pada abad ke-1 masihi  0alan laut yang digunakan pada abad ke-1 masihi merentasi laut Arab ke $enua Ke&il India dan Kepulauan merentasi laut Arab ke

Mengikut kedudukan geografinya serta taburan penduduk kita dapat mengetahui yang kebanyakannya sekolah Melayu telah ditubuhkan di desa kerana adalah dasar British untuk