• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kesan Pendidikan Kolonial Terhadap Sosio

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Kesan Pendidikan Kolonial Terhadap Sosio"

Copied!
24
0
0

Teks penuh

(1)

1.0

PENGENALAN

Tujuan penulisan esei ini adalah untuk membincangkan bagaimana pendidikan kolonial telah mendatangkan kesan terhadap sosioekonomi di Tanah Melayu. Skop penulisan esei ini pula adalah bertumpu sebelum tahun 1969. Seperti yang diketahui, sistem pendidikan di Tanah Melayu mempunyai sejarah yang panjang untuk dilakar. Tambahan pula, perkembangan ilmu dan pendidikan Islam di Malaysia telah bertapak sejak zaman kemahsyuran kerajaan Melaka lagi. Sejarah pendidikan di Tanah Melayu pada waktu itu mempunyai kaitan dengan sosiobudaya penduduk daripada pelbagai kaum. Kewujudan sistem pendidikan itu pula menggambarkan pemikiran sesebuah masyarakat itu sendiri. Orang Melayu misalnya, telah mengalami sistem pendidikan yang berasaskan agama kemudian berubah kepada keperluan zaman dan akhirnya turut mengalami pendidikan sekular.

▸ Baca selengkapnya: kesan kesan jika generasi muda mendapat pendidikan yang sempurna full

(2)

2.0

EPISTEMOLOGI IMPERIALISME DAN EPISTEMOLOGI

KOLONIALISME

2.1 Epistemologi Imperialisme

Terdapat pelbagai teori dan penjelasan umum mengenai imperialisme barat, namun terdapat juga takrifan penting yang diberikan oleh George Nudel dan Perry Curtis. Mereka berpendapat bahawa imperialisme membawa maksud perkembangan kuasa ataupun kawalan samaada secara langsung ataupun secara tidak langsung dari segi politik, ekonomi dan sosial oleh sesuatu kerajaan, bangsa atau masyarakat keatas kerajaan, bangsa dan masyarakat yang lain.

Menurut Prof. D.K Fieldhouse pula, penjelasan dan kenyataan yang diberikan hampir sama; imperialisme secara amnya merupakan satu kecenderungan sesebuah masyarakat ataupun pemerintahan untuk mengawal masyarakat lain. Beliau turut menjelaskan bahawa sesebuah masyarakat itu sanggup melakukan pelbagai cara dan tindakan untuk mendapatkan sesuatu tujuan tersebut. Selain daripada itu, kegiatan imperialisme akan menonjolkan atau menyerlahkan sifat hegemoni (keunggulan) yang dimiliki oleh negara yang ingin meluaskan wilayah atau melaksanakan imperialisme tersebut. Empayar-empayar ini turut cuba untuk mengembangkan satu budaya dan membentuk satu rupa bangsa yang sama dalam kalangan penduduk yang berada dibawah kawalannya.

2.2 Epistemologi Kolonialisme

(3)

Namun begitu, perbincangan tentang imperialisme Barat setakat ini boleh juga dikaitkan dengan kolonialisme. Hal ini demikian kerana, dasar-dasar imperialisme Barat yang dilaksanakan di tanah-tanah jajahan. Oleh itu, istilah imperialisme dan kolonialisme kadang-kadang ditukar ganti seolah-olah kedua-duanya mempunyai maksud yang sama. Walau bagaimanapun, terdapat juga sarjana-sarjana Barat yang memberi pengtakrifan yang berlainan daripada kedua-dua istilah tersebut.

Nodel dan Curtis telah memberikan pengtakrifan dan juga maksud yang cukup jelas dan luas iaitu bagi sebahagian orang, kolonial bermaksud imperialisme seperti yang dilihat daripada kaca mata penting penjajah, malahan semua kolonialisme dimengertikan sebagai perkembangan imperialisme tetapi bukan semua perkembangan imperialisme bererti kolonialisme dan perkara ini jelas tidak mampu dinafikan. Namun demikian, kolonialisme kini secara amnya digunakan sebagai seerti dengan penindasan, penghinaan atau eksploitasi ke atas orang-orang peribumi.

Di samping itu, Prof. Fieldhouse pula memberikan takrifan dan juga maksud yang sangat terhad kepada imperialisme Barat sahaja iaitu kolonialisme kini hanya bererti keadaan orang-orang yang dijajah dan digunakan khususnya kepada masyarakat apabila berada di bawah kawalan politik sesebuah negara Eropah atau negara Amerika Syarikat.

(4)

3.0

PERUBAHAN EKONOMI DI TANAH MELAYU SEBELUM

TAHUN 1969

Semasa zaman penjajahan British, pihak kolonial telah melaksanakan pelbagai dasar dan perundangan dalam sistem pentadbiran yang mana ianya dilihat sebagai agenda tersendiri untuk melakukan penjajahan secara halus umumnya terhadap rakyat di Tanah Melayu dan khususnya terhadap kaum Melayu sendiri.

(5)

Antara dasar dan perundangan yang dilaksanakan oleh pihak kolonial dalam sistem pentadbiran ialah pelaksanaan Sistem Residen. Sistem Residen yang diperkenalkan oleh penjajah British di negeri-negeri Melayu menjelang akhir abad ke-19 bukan sahaja menandakan titik permulaan perubahan dari aspek politik, malah turut melibatkan bidang ekonomi dan sosial. Walau bagaimanapun, langkah yang dilaksanakan oleh pihak British dilihat telah berjaya memulihkan kekacauan yang tercetus akibat daripada perebutan kuasa yang berlaku dalam kalangan pembesar Melayu dan pergaduhan antara kongsi gelap Cina.

Perubahan tersebut juga telah mewujudkan suatu suasana yang membolehkan ekonomi Tanah Melayu terus berkembang dengan pesat sekaligus memberikan peluang kepada British untuk mengubah bentuk ekonomi dualisme Tanah Melayu iaitu daripada kegiatan pertanian sara diri kepada kegiatan ekonomi yang bercorak komersil secara beransur-ansur. Selain mendapat modal tempatan daripada golongan saudagar di Negeri-negeri Selat, pihak British juga membawa masuk pelaburan asing untuk dilaburkan dalam sektor ekonomi yang sedang berkembang seperti perlombongan dan perladangan bagi tujuan eksport (Zaid Ahmad 2010, 84). Di samping itu, perkembangan yang berlaku di peringkat antarabangsa seperti keperluan untuk memperoleh bahan mentah oleh negara perindustrian di Barat, penggunaan kapal wap yang dapat mengurangkan masa pelayaran serta pembukaan Terusan Suez (1869) yang dapat memendekkan jarak dan masa pelayaran turut dilihat mempengaruhi perubahan ekonomi di Tanah Melayu.

(6)

yang sama, berlaku kemasukan tenaga buruh secara besar-besaran, terutamanya dari negara China dan India sebagai imigran. Imigran ini masuk ke Tanah Melayu untuk bekerja dalam sektor perlombongan dan perladangan.

Walau bagaimanapun, kemajuan yang berlaku dalam sistem pengangkutan dan perhubungan seperti jalan raya, jalan kereta api, dan penggunaan kapal wap dilihat telah menggalakkan perkembangan dalam bidang ekonomi di Tanah Melayu. Lantaran itu, jalan raya dan jalan kereta api telah dibina untuk menghubungkan ladang getah dan lombong bijih timah dengan kawasan pelabuhan supaya bahan-bahan tersebut mudah diangkut keluar bagi tujuan eksport. Selain daripada itu, kemudahan bekalan air dan elektrik turut disediakan. Namun, kemudahan ini lebih tertumpu di kawasan yang berhampiran dengan pusat perusahaan tersebut. Justeru, pembangunan infrastruktur yang dibangunkan ternyata lebih terbatas di kawasan yang kaya dengan kedua-dua bahan komoditi berkenaan.

4.0

PENDIDIKAN VERNAKULAR

(7)

meliputi aspek membaca serta memahami kandungan kitab suci al-Quran dan bahasa Arab. Kemahiran membaca, menulis, dan mengira juga merupakan salah satu aspek yang diberi tumpuan dalam sukatan pelajaran sistem pengajian pondok.

Apabila Inggeris campur tangan dalam pemerintahan negeri-negeri Melayu, bidang pendidikan tidak diberi perhatian. Hal ini kerana pihak British hanya memberi tumpuan kepada kekayaan hasil bumi seperti bijih timah, getah, kelapa sawit, dan lain-lain yang terdapat di Tanah Melayu. Di samping itu, agenda dan matlamat British yang ingin menggunakan dasar pelajaran hanyalah semata-mata untuk kepentingan mereka sendiri. Pelaksanaan dasar pelajaran oleh pihak British juga dilihat untuk menjaga keseimbangan masyarakat Tanah Melayu. Melalui pelaksanaan dasar ini juga, kedudukan Inggeris di Tanah Melayu akan lebih terjamin dan bertambah kukuh.

(8)

Semasa penjajahan British, pihak Inggeris telah membangunkan sekolah vernakular Melayu, sekolah vernakular Cina, dan sekolah vernakular Tamil. (Shahril @ Charil Marzuki & Habib Mat Som 1993, 3-7). Dasar ‘pecah dan perintah’ yang dilaksanakan oleh pihak British dengan mewujudkan sekolah vernakular telah menyebabkan masyarakat Melayu, Cina, dan India dipisahkan mengikut sistem persekolahan yang berbeza. Hal ini secara tidak langsung telah menyebabkan hubungan antara kaum disempadani dengan dengan sistem pendidikan yang berlainan sehingga hubungan mereka semakin renggang. Di samping itu, sekolah vernakular Melayu, Cina, dan India mempunyai kepentingan dan peranan yang tersendiri, terutamanya bagi kaum tertentu, iaitu sekolah Melayu hanya untuk kepentingan orang Melayu, sekolah Cina untuk kepentingan orang Cina, dan sekolah Tamil untuk kepentingan orang India.

Kolonialisme Inggeris dilihat tidak menghiraukan soal pendidikan yang baik untuk diberikan kepada rakyat Tanah Melayu. Bagi mereka, pendidikan yang diberikan kepada rakyat jajahan, terutama orang Melayu, adalah untuk membina pengaruh politik Inggeris tanpa mengambil kira keperluan masyarakat tempatan yang kebanyakannya petani (Shamsul 1982, 339). Matlamat mereka adalah untuk menyediakan pendidikan asas kepada orang Melayu bagi melengkapkan tenaga kerja buruh, petani dan kemudiannya pulang ke kampung untuk menjadi guru dan petani atau menjadi lebih baik daripada ibu bapa mereka dalam aspek pertanian (Jamaie Hamil 2005, 81).

(9)

peraturan yang adalah sebahagian besar daripada usaha penjajah untuk melahirkan golongan petani yang lemah tetapi setia (Jomo 1991, 84). Sistem pendidikan berkenaan mengekalkan taat setia rakyat pendatang kepada negara asal mereka dan menyekat kebangkitan semangat untuk maju di kalangan orang Melayu (Yusof & Khayati 1993, 120). Sistem pendidikan penjajah seperti itu dilihat tidak bertujuan untuk membentuk sikap jati diri dan simbol nasional dalam diri rakyat Malaysia. Sekolah vernakular Melayu, Cina, dan India dibiarkan berkembang berasingan dengan bahasa pengantar yang berbeza-beza (Atory 1996, 242-43). Aliran persekolahan yang berdasarkan garis etnik ini dilaksanakan demi memenuhi keperluan sektor tertentu dalam ekonomi Malaya ketika itu, terutama untuk pentadbiran penjajah dan sektor ekonomi kapitalis yang dikuasai pemodal Inggeris (Jomo 1991, 84).

(10)

Sistem pendidikan yang dilaksanakan oleh pihak British ini seakan-akan ingin mewujudkan keadilan kepada semua kaum dan memberi keuntungan kepada orang Melayu. Pada hakikatnya, ia melemahkan status quo orang Melayu dari segi sosial dan ekonomi (Abu Zahari, 1980). Secara jelasnya, pihak British tidak bertindak untuk memberi kesaksamaan dalam pendidikan semua kaum yang mana terdapat bangsa yang mendapat taraf pendidikan yang lebih tinggi. Kesedaran terhadap ketidakadilan ini, maka Laporan Barnes1950 telah menjadi pencetus kepada perubahan pendidikan orang Melayu setelah kebangkitan semangat kesedaran nasionalisme selepas Perang Dunia II pada tahun 1946 (Shahril @ Charil Marzuki & Habib Mat Som, 1999, 9). Laporan Barnes 1950 telah mengusulkan pembentukan satu bangsa himpunan daripada pelbagai bangsa. Oleh itu, sekolah kebangsaan yang mana pada dasarnya dapat menyatukan semua kaum dapat diwujudkan. Sekolah ini menggunakan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dan bahasa kedua. Di samping itu, bahasa Tamil dan bahasa Cina dijadikan mata pelajaran di sekolah, manakala mata pelajaran prinsip-prinsip Islam dalam al-Quran dan tulisan Jawi diajar selama setengah jam pada setiap hari persekolahan kepada pelajar yang beragama Islam.

(11)

5.0

KESAN PENDIDIKAN KOLONIAL TERHADAP SOSIO

EKONOMI TANAH MELAYU SEBELUM 1969

Sememangnya, kesan daripada kolonialisme British telah meninggalkan pelbagai kesan dan perubahan ke atas struktur sosioekonomi masyarakat tradisional tempatan. Kedatangan British secara langsung atau tidak langsung dilihat telah melemahkan kekuasaan sultan dan pembesar. Dasar-dasar yang diperkenalkan oleh British seperti Sistem Residen dan Undang-undang Tanah turut memperlihatkan kerakusan pihak British dalam mengeksploitasi ekonomi dan menguasai politik Tanah Melayu sekaligus memberi kesan ke atas struktur masyarakat feudal.

Walau bagaimanapun, perkembangan infrastruktur seperti kemudahan komunikasi dan perhubungan dilihat telah mengubah landskap penduduk tradisional tempatan. Antara kesan lain yang berlaku akibat kolonialisme Barat ialah pembentukan masyarakat majmuk yang disebabkan oleh kegiatan perlombongan dan perladangan. Kewujudan masyarakat berbilang kaum juga adalah rentetan daripada kedatangan golongan imigran ke Tanah Melayu. Di samping itu, aspek pendidikan turut diambil berat oleh pihak British apabila mereka memperkenalkan sistem pendidikan vernakular yang menyebabkan masyarakat tradisional tempatan mengambil bahagian dalam tranformasi pendidikan yang dilaksanakan oleh British.

(12)

sebagainya yang kesemuanya bertujuan memperbaiki dan merapatkan jurang hubungan antara kaum di Malaysia dalam berbagai-bagai aspek kehidupan sosial, politik, dan kemasyarakatan (Zaid Ahmad 2010, 197).

Oleh yang demikian, jelaslah bahawa kolonialisme British dari segi pendidikan kolonial itu sendiri telah meninggalkan pelbagai kesan terutamanya dalam struktur sosiekonomi masyarakat tradisional tempatan sekaligus memperlihatkan perubahan drastik terhadap masyarakat Melayu di Tanah Melayu dan peribumi Sabah dan Sarawak. Kesan yang jelas juga dapat dilihat dalam aspek politik, ekonomi dan sosial yang telah diubah mengikut ramuan British demi kepentingan pihak kolonial tanpa memikirkan tentang nasib masyarakat tradisional tempatan.

5.1 Wujud Pekerjaan Kelas Bawahan dan Rendah

(13)

dipisahkan daripada rakyat jelata. Kemudian mereka dilantik sebagai Majistret Kelas III, Penolong Pegawai Kelas II dan III seperti Penolong Pegawai Daerah, Penolong Pemungut Hasil Tanah dan Galian serta Penolong Pesuruhanjaya Daerah (Ramlah 1998, 112 & 132).

It attempted to cultivate a hybrid which had no real social roots beyond an embryonic English educated, urban middle class based on the bureaucracy…

(Harper 1996, 239)

Rakyat biasa terus tinggal di kampung dan diberi pendidikan yang hanya bertujuan mengenal huruf melalui sistem vernakularnya (Cheeseman 1948). Kesedaran tentang penindasan ini juga datang terus daripada golongan bangsawan yang dimanjakan tetapi dari Timur Tengah pada awal abad ke-20 (Hambali 1981).

(14)

the Malays is often employed as a motor car driver, in which profession he proves more satisfactorythan most other races…

(Kamarul 1997,41)

5.2 Pekerjaan Mengikut Kaum

Antara kesan lain yang berlaku rentetan daripada pelbagai dasar kolonialisme dalam sistem pendidikan kolonial yang dilaksanakan oleh pihak penjajah British adalah wujudnya pekerjaan mengikut kaum. Dasar ‘pecah dan perintah’ yang dijalankan oleh pihak British dilihat tidak membantu orang Melayu secara langsung untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan ekonomi moden. Oleh itu, di sebalik perkembangan ekonomi moden yang pesat membangun, orang Melayu dilihat tidak banyak berubah dan mereka masih meneruskan kegiatan ekonomi secara tradisional yang berbentuk sara diri.

Kegiatan ekonomi moden seperti perdagangan, perlombongan, dan perladangan pula dilihat lebih bertumpu di kawasan pantai Barat Tanah Melayu. Hal ini kerana terdapat sistem pengangkutan yang lebih baik dan canggih. Akibatnya, jurang kemiskinan dalam kalangan masyarakat Tanah Melayu semakin meluas terutamanya masyarakat di luar bandar yang masih mengamalkan ekonomi tradisional yang bercorak sara diri. Walaupun sektor ekonomi di Tanah Melayu terus berkembang dengan pesat dan membangun, namun penjajah British terus membiarkan orang Melayu kekal dalam kegiatan pertanian yang bercorak tradisional tanpa memberi peluang kepada mereka untuk diserapkan dalam kegiatan ekonomi moden seperti sektor perlombongan atau perladangan.

(15)

dasar pihak kolonial, orang Melayu dilihat terus terpisah daripada arus kepesatan ekonomi yang sedang berlaku. Oleh hal yang demikian, pola perbezaan ekonomi mengikut kaum ini dilihat telah menimbulkan masalah ekonomi yang tidak seimbang antara kaum Melayu dengan kaum bukan Melayu selepas merdeka.

Dasar ‘pecah dan perintah’ yang dilaksanakan oleh pihak penjajah juga dilihat telah membentuk kawasan petempatan yang berasingan antara ketiga-tiga kaum utama, iaitu kaum Melayu, Cina, dan India. Kesan paling ketara yang dapat dilihat adalah apabila sebahagian besar orang Melayu terus kekal dengan kegiatan ekonomi di luar bandar sebagai petani dan nelayan. Orang Cina tertumpu di kawasan bandar yang mana mereka bekerja sebagai peniaga dan pelombong, manakala orang India pula menetap di ladang-ladang getah dan kawasan estet, dan kebanyakannya bekerja sebagai penoreh getah di kawasan ladang dan estet tersebut.

Walau bagaimanapun, dasar British yang memisahkan kaum Melayu dan bukan Melayu telah melahirkan satu masyarakat majmuk dan memperlihatkan kepelbagaian budaya dalam kalangan penduduk berbilang kaum di Tanah Melayu seiring dengan dasar British yang ingin melihat setiap kaum supaya terus kekal dengan identiti kaum dan etnik masing-masing.

5.3 Pekerjaan Mengikut Sektor

(16)

Melayu juga tidak diberikan peluang untuk menerima pelbagai jenis kemudahan dan informasi bagi tujuan memajukan aktiviti pertanian.

Di bandar pula, kaum Melayu dilihat lebih bertumpu dalam bidang-bidang perkhidmatan kerajaan, menjadi budak pejabat (peon), tukang kebun, polis, dan askar, malah terdapat juga yang bekerja sebagai buruh-buruh kilang. Walau bagaimanapun, orang Cina yang terlibat dalam sektor pertanian di kampung dan orang India yang bekerja sebagai penoreh di ladang getah tidak seramai orang Melayu. Dalam sektor perlombongan, pembinaan, dan perkilangan, jumlah buruh Cina dilihat mengatasi kaum-kaum lain. Orang-orang India pula merupakan buruh teramai sekali terlibat dalam ladang-ladang; dan ramai juga di antara mereka yang menjadi buruh dalam setengah-setengah jabatan kerajaan, seperti kerjaya dan keretapi (S. Husin Ali 1979, 134).

Rentetan daripada perkembangan sektor tradisional yang majoritinya diwakili oleh orang Melayu, sektor ini dilihat tidak berkembang maju, mengalami kelembapan produktiviti, dan kadar pendapatan orang Melayu adalah lebih rendah berbanding kadar pendapatan kaum lain terutamanya Cina dan India. Selain daripada itu, kelembapan ekonomi pertanian ini turut memberi implikasi terhadap perkembangan peluang-peluang pekerjaan., Peluang pekerjaan juga gagal diwujudkan berbanding dengan pertambahan penduduk di Tanah Melayu. Hal ini kerana pertambahan penduduk di Tanah Melayu dilihat lebih banyak berbanding dengan pertambahan peluang pekerjaan.

5.4 Orang Melayu Terus Terpinggir

(17)

Melayu yang lebih kaya dan tinggal di bandar. Setiap tahun keputusan-keputusan peperiksaan menunjukkan perbezaan yang ketara antara kedua-dua kaum. Walaupun pelbagai usaha telah dijalankan, kesan daripada pengalaman dan latar belakang beberapa generasi sama sekali tidak dapat dihapuskan untuk menghasilkan persamaan peluang bagi semua kaum. Menurut Mahathir dalam bukunya The Malay Dilemma, untuk beberapa tahun akan datang kelayakan pelajaran tinggi orang-orang Melayu secara puratanya adalah akan tertinggal di belakang kaum-kaum yang lain. Dengan keadaan sebegini, persaingan antara pemohon-pemohon untuk memasuki universiti dan kolej, sama ada dalam negeri ataupun luar negeri, sudah tentu tidak menguntungkan orang Melayu. Dalam setiap kursus pengajian, jika tempat kosong kurang daripada bilangan pemohon, maka orang Melayu tidak akan diterima masuk. Jika bernasib baik, hanya sebilangan kecil sahaja yang akan diterima. Jika perbezaan antara tempat-tempat kosong dan bilangan pemohon adalah besar, maka peluang orang Melayu menjadi semakin kecil untuk mendapat tempat di universiti. Apabila peluang untuk memperbaiki kedudukan mereka terhad, maka peluang mereka untuk mengalami proses urbanisasi juga terhad. Seperti yang telah dijelaskan tadi, jika terdapat sedikit orang Melayu tinggal di bandar, maka semakin besarlah perbezaan kaum.

(18)

yang baik akan dipilih untuk mengikuti latihan perubatan. Persaingan untuk mendapat latihan perubatan selalunya tidak mendatangkan keuntungan terhadap orang Melayu. Sekiranya tiada persaingan daripada orang bukan Melayu, sudah pasti semua pemohon adalah daripada kalangan orang Melayu itu sendiri.

Perkara yang sama turut berlaku dalam kursus profesional lain. Malah, jumlah orang bukan Melayu dalam Fakulti Sastera adalah lebih ramai berbanding dengan jumlah orang Melayu. Oleh itu, jelaslah bahawa pendidikan tidak boleh menjadi alat untuk mencapai persamaan kaum, sebaliknya memperlihatkan jurang dan perbezaan kaum. Selain itu, kemiskinan dan kekurangan pekerjaan di kawasan bandar telah menyebabkan orang Melayu tinggal di kampung sekaligus membawa kepada keterbelakangan dan ketinggalan orang Melayu dalam bidang pelajaran menengah dan rendah jika dibandingkan dengan orang bukan Melayu. Pelajaran pada peringkat sekolah menengah yang lemah juga telah menyekat orang Melayu untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik atau menjadi ahli-ahli profesional. Oleh itu, kekurangan pekerjaan dalam bidang profesional telah menyebabkan orang Melayu tersisih ke kawasan kampung dengan kemiskinan.

(19)

Desakan ekonomi menyebabkan ramai pula di kalangan mereka yang menjual tanah, bergadai, meminjam wang daripada tuan tanah, orang tengah atau ceti untuk keperluan asas dan persekolahan anak hingga suatu peringkat apabila hutang tidak boleh dibayar, hutang berkenaan akan diwarisi oleh anak-anak dan jika masih belum luput maka tanah orang Melayu akan dirampas oleh golongan pemodal berkenaan (Mahathir 1982).

Walau bagaimanapun, dasar ‘pecah dan perintah’ yang dilaksanakan oleh pihak British bukan sahaja memisahkan orang Melayu daripada orang Cina tetapi juga telah memecahbelahkan orang Melayu di bandar dengan mereka yang berada di luar bandar. Walaupun pemisahan ini memang telah sedia wujud, tetapi dasar Britishlah yang telah memisahkan hubungan sederhana antara orang Melayu bandar dengan orang Melayu luar bandar. Proses pemisahan ini juga dijalankan secara halus. Mereka juga telah menggunakan semua kesempatan yang ada dan menguatkan lagi keadaan melalui rancangan mereka sendiri. Pemisahan orang Melayu daripada orang-orang Cina dan pemisahan di antara orang Melayu bandar dengan orang Melayu luar bandar telah menyebabkan mereka semakin kurang kuasa ekonomi dan politik (Ibrahim Saad 1981, 31-32).

5.5 Bukan Melayu Kuasai Sektor Ekonomi Komersial

(20)

Pengenalan kaum yang berasaskan sektor ekonomi dan lokasi dilihat langsung tidak membantu integrasi, malah meluaskan jurang polarisasi. Hal ini dapat dilihat apabila orang-orang Melayu kebanyakannya hanya tinggal di luar bandar dan perkampungan tradisional serta bekerja sebagai petani atau nelayan kecil sahaja. Etnik Cina umpamanya, menetap di kawasan yang pesat membangun dan bandar-bandar serta menjalankan aktiviti perniagaan dan perusahaan. Mereka juga memiliki ekuiti yang besar dalam ekonomi, manakala kaum India pula kebanyakannya tinggal di ladang-ladang sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang. Secara umumnya, orang-orang Melayu dan India dilihat lebih banyak terlibat dalam sektor ekonomi yang bercorak sara diri sekaligus menyebabkan jurang sosioekonomi semakin melebar. Ketidakseimbangan ini secara langsung menyebabkan perhubungan antara kaum menjadi lebih terbatas.

Keadaan ekonomi dan demografi penduduk di Tanah Melayu juga telah memperlihatkan bahawa majoriti penduduk kaum Melayu kebanyakannya berpendapatan rendah dan miskin. Keadaan ini seterusnya membangkitkan rasa tidak puas hati dalam kalangan orang Melayu kerana mereka merasakan bahawa ekonomi Tanah Melayu telah dikuasai oleh imigran asing sekaligus ketinggalan di belakang sama ada dalam bidang ekonomi mahupun dalam proses pembangunan yang berlaku di tanah air sendiri.

(21)

anggapan yang menyatakan bahawa orang Melayu dilihat sebagai tenaga kerja yang tidak penting dalam sektor ekonomi.

Seperti yang diperhatikan oleh kebanyakan ahli ekonomi dan ahli sains politik yang memahami keadaan ekonomi di Malaysia, orang bukan Melayu yang terdiri daripada orang Cina dan orang Eropah yang mewakili kepentingan orang asing ialah golongan terbesar yang menguasai bidang ekonomi. Di samping sistem pembahagian tenaga buruh, satu lagi petunjuk yang membayangkan ketidaksamaan ekonomi antara kelompok ras etnik di Semenanjung Malaysia ialah pola pemilikan harta dalam sektor pertanian dan perindustrian. Menurut Purcal (1975), pemilikan harta orang Melayu dalam sektor pertanian berjumlah 14% daripada jumlah keseluruhan keluasan tanah dan kebanyakannya terdiri daripada pekebun kecil dalam sektor bukan korporat. Dalam sektor korporat pertanian yang mempunyai teknologi tinggi dan maju serta meliputi 70% jumlah keluasan tanah, pemilikan orang Melayu hanya berjumlah 0.3% berbanding dengan 71% bagi orang asing, 62% bagi orang Cina, dan 5% orang India.

Dalam sektor korporat perindustrian pula, berlaku ketidaksamaan dalam dalam pemilikan harta antara orang Melayu dengan orang bukan Melayu. Mengikut Purcal (1975),

(22)
(23)

KESIMPULAN

Konklusinya, kolonialisme di Tanah Melayu telah membentuk dasar diskriminasi terhadap peribumi, iaitu orang Melayu. Diskriminasi ini secara jelas bertujuan untuk memelihara kepentingan ekonomi penjajah agar tidak timbul persaingan modal antara Barat dengan penduduk tanah jajahannya. Diskriminasi pihak kolonial turut diteruskan dengan memperkenalkan pendekatan ekonomi dualisme yang memisahkan peranan kolonial terhadap pembangunan sosioekonomi penduduk peribumi. Oleh itu, pihak kolonial mengambil kesempatan dengan mengaut sebanyak mungkin semua potensi ekonomi yang terdapat di Tanah Melayu untuk dibawa pulang ke negara mereka. Potensi ekonomi yang ada dibangunkan untuk kepentingan kapitalis Barat dan orang Cina yang tinggal di Tanah Melayu sedangkan orang Melayu dibiarkan terus ketinggalan dengan galakan untuk terus bergiat dalam sektor ekonomi tradisi.

(24)

Sesungguhnya, peristiwa malang 13 Mei 1969 yang berlaku bukanlah secara kebetulan, namun peristiwa tersebut tercetus daripada sikap dan saling tidak mempercayai antara kaum berserta dengan polarisasi dan jurang sosial yang diwarisi sejak sebelum merdeka lagi. Dasar-dasar yang diperkenalkan oleh pihak penjajah juga dilihat telah banyak membawa kepada keadaan yang sedemikian. Pendekatan ‘pecah dan perintah’ yang dilaksanakan oleh pihak colonial juga telah memperlihatkan kewujudan jurang antara etnik dan ini menyebabkan polarisasi kaum di Malaysia semakin hari semakin melebar.

Referensi

Dokumen terkait

Pindahkan larutan vitamin C ke dalam labu takar 100 ml, tepatkan hingga tanda tera dengan larutan MPA 2%.. Larutan standar vitamin

Dari permasalahan diatas ini maka salah satu upaya yang dapat dilakukan untuk meningkatkan hasil belajar siswa dalam belajar kimia digunakan model pembelajaran kooperatif

Hasil observasi SOP pemeliharaan fasilitas kendaraan dan peralatan operasional yang dimiliki oleh Unit PKP- PK Bandar Udara Hang Nadim-Batam pada dasarnya telah dilaksanakan

Untuk membentuk keterampilan proses sains anak yang optimal, dibutuhkan benda nyata dalam pembelajaran yang jumlahnya memadai bagi murid, dibutuhkan waktu yang cukup untuk anak dapat

EE-3924 has been a regular Research Scholar in the department for a period of two years from the date of his admission.. Saxena Department

Berdasarkan pendapat diatas mengenai peranan panti asuhan dapat diaambil suatu kesimpulan bahwa peranan panti asuhan adalah memberikan pelayanan berdasarkan pada profesi

Untuk mewujudkan hal tersebut sistem informasi akuntansi terkomputerisasi yang baik saja tidak cukup, sistem tersebut harus sesuai dengan kebutuhan dan kegiatan

SUSU  SUMATERA  UTARA  MADINA MARKET III,  MM  JL. DALAN LIDANG  PANYABUNGAN  SUMATERA  UTARA  ANGKASA, TO  PASAR BARU PANYABUNGAN  PANYABUNGAN