KEPERLUAN AKIDAH DALAM KEHIDUPAN
Akidah dikira sebagai asas Islam. Tanpanya tidak tertegak Islam dan kehidupan individu. Akidah yang rosak mengakibatkan runtuh pegangan Islam seseorang. Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan wahyu-Nya memberi penumpuan yang serius terhadap persoalan akidah supaya setiap orang Islam selamat akidah dan kesejahteraan kehidupannya. Tiga belas tahun Nabi Muhammad semasa di Mekah, adalah zaman pembentukan akidah, Kesannya sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. memiliki akidah yang teguh sentiasa yakin dengan Islam dan sentiasa menunggu perintah dari Rasul-Nya untuk dilaksanakan.
Akidah memainkan peranan penting dalam menentukan perjalanan kehidupan seseorang. Akidah adalah penggerak dan mencorakkan kehidupan. Akidah yang lemah mampu mempengaruhi gaya hidup negatif seseorang. Biasanya mereka yang tidak memiliki akidah yang jelas dan betul akan menghadapi pelbagai masalah dalam kehidupan dan terdedah kepada berbagai-bagai kemungkaran, seperti melakukan jenayah, keruntuhan akhlak dan lain-lain.
Akidah boleh di seleweng dan rosak melalui beberapa bentuk di antaranya :
1. Melalui percakapan, ucapan seseorang yang mengeluarkan kata-kata yang bertentangan dengan konsep akidah Islam, seperti ucapan mengatakan Islam tidak sesuai untuk dilaksanakan di sepanjang zaman dan sebagainya.
2. Akidah boleh rosak melalui perbuatan seperti melakukan upacara-upacara ibadah sama dengan apa yang dilakukan oleh orang bukan Islam sama ada di tempat-tempat ibadah mereka atau di mana-mana sahaja yang menunjukkan amalan yang bertentangan dengan akidah Islam.
3. Melalui iktikad, di dalam hati. Hati tidak yakin dengan Islam atau ragu-ragu terhadap sebahagian ajaran Islam yang terdapat dalam al-Quran dan al-Sunnah.
Memahami konsep Islam yang sebenar dan memahami konsep akidah secara khusus
Membersihkan hati dengan cara meninggalkan dosa dan melakukan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah S.W.T.
Sentiasa berjihad melawan nafsu dan syaitan untuk beriltizam dengan Islam Bersama-sama dengan orang-orang yang soleh atau sentiasa mencari suasana
yang baik
Sentiasa berdoa memohon pimpinan Allah S.W.T. Bertawakal kepada Allah S.W.T.
Untuk membina iman dan takwa manusia perlu merujuk kepada panduan Allah S.W.T. melalui Rasul-Nya Muhammad S.A.W. Justeru itu menjadi kewajipan kepada setiap muslim untuk mempelajari dan memahami manhaj Islam. Untuk memperolehi iman dan takwa secara ringkasnya antara lain ulama Islam merumuskan seperti berikut :
i. Memahami dan menyedari bahawa menuntut ilmu adalah wajib, ilmu yang paling asas ialah tentang Allah, Rasul dan Islam
ii. Cuba hubungkan diri bersama orang-orang mukmin yang ikhlas iii. Mengelakkan diri dari suasana dosa dan jahiliyah
iv. Mujahadah Al-Nafs dan jihad Al-Syaitan perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan berterusan. Firman Allah bermaksud:
“Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).”
(Surah asy-Syams 91:9-10)
Rasulullah S.A.W. bersabda bermaksud :
“Orang yang berhijrah ialah sesiapa yang meninggalkan kejahatan dan orang yang berjihad ialah yang berjuang melawan hawa nafsunya.”
v.
Berusaha bersungguh-sungguh meninggalkan perkara-perkara haram. Orang yang melanggar larangan Allah, sebenarnya ia menzalimi diri sendiri.vi.
Bersungguh-sungguh dalam melakukan ibadah-ibadah asas seperti solat berjemaah, bertadabbur Al-Quran dan As-Sunnah dan melatih diri untuk sentiasa mengingati Allah.vii.
Sentiasa berfikir ke arah memperbaiki diri (muhasabah diri). Sayidina Omar pernahberkata:
“Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisabkan, dan timbanglah, sebelum amalan kamu ditimbangkan.”
viii. Sentiasa bertaubat dan beristighfar. Firman Allah bermaksud :
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak-anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak-anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”
(Surah An-Nur 24:31)
ix. Sentiasa berdoa. Rasulullah S.A.W. sendiri berdoa :
x. Bertawakkal. Firman Allah S.W.T. bermaksud :
“Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barang siapa bertawakal kepada Allah S.W.T., nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.”
(Surah At-Talaq 65:3)