Teori Kaunseling
dan Psikoterapi
Melati Sumari
Ida Hartina Ahmed Tharbe
Norfaezah Md Khalid
Azmawaty Mohamad Nor
PENERBIT
UNIVERSITI
MALAYA
50603 Kuala Lumpur http://umpress.um.edu.my http://www.umpress.com.my
Ahli Pengasas Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA) No. 196906 Ahli Pengasas Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) © Melati Sumari, Ida Hartina Ahmed Tharbe, Norfaezah Md Khalid,
Azmawaty Mohamad Nor 2014 Semua hak terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua
daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh semula
atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa cara sekali pun termasuk elektronik, mekanikal, fotokopi,
rakaman atau lain-lain tanpa mendapat izin daripada Penerbit.
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Dicetak oleh Penerbit Universiti Malaya
Senarai Rajah xv
Senarai Jadual xvii
Prakata xix
Bab 1: Perkhidmatan Kaunseling 1
Pengenalan 1
Definisi Nasihat, Bimbingan dan Kaunseling 2 Salah Anggap Terhadap Kaunseling di Malaysia 7
Sejarah Kaunseling 7
Pendaftaran Kaunselor 1998 12
Etika Dalam Kaunseling 12
Kesukarelaan 13
Borang persetujuan 13
Kerahsiaan 13
Pembuat keputusan 14
Sosiobudaya 14
Tempoh dan cara penyimpanan maklumat 14 Kajian Kes: Kisah Kehidupan Laila 15
Rumusan 19
Bab 2: Teori Psikoanalisis 21
Objektif 21
Pengenalan 21
Gambaran Keseluruhan Teori 22
Pengasas Teori 23
Pandangan Tentang Sifat Semula jadi Manusia 24
Ego 24
Superego 25
Tahap Perkembangan Psikoseksual 25 Andaian Asas dan Prinsip Teori 25 Pemikiran Sedar, Separa Sedar dan Luar Sedar 25
Instinct (Naluri) 27
Simbol Freudian 27
Mekanisme Bela Diri 28
Matlamat Terapi 28
Peranan Kaunselor 28
Proses Kaunseling 30
Fokus Utama 30
Proses Terapi 30
Teknik-Teknik 31
Aplikasi Teori dalam Seting Silang Budaya 33 Kelebihan dan Kelemahan Teori 34
Aplikasi Kes Laila 35
Rumusan 39
Glosari 39
Bab 3: Teori Pemusatan Klien 41
Objektif 41
Pengenalan 41
Gambaran Keseluruhan Teori 42
Pengasas Teori 43
Pandangan Tentang Sifat Semula Jadi Manusia 44 Andaian Asas dan Prinsip Teori 45
Matlamat Terapi 47
Peranan Kaunselor 48
Proses Kaunseling 48
Pengalaman Klien dalam Proses Kaunseling/Terapi 48 Hubungan antara Kaunselor dengan Klien 49
Teknik-teknik 49
Elemen Penting Penggerak Perubahan 50
Ketulenan atau Kongruen 50
Empati 50
Penerimaan Tanpa Syarat 51
Pemusatan Klien: PascaModen 52 Aplikasi Teori dalam Seting Silang Budaya 53 Kelebihan dan Kelemahan Teori 54
Glosari 57
Bab 4: Teori Terapi Individu Adler 59
Objektif 59
Pengenalan 59
Gambaran Keseluruhan Teori 60
Pengasas Teori 61
Pandangan Tentang Sifat Semula Jadi Manusia 62
Perkembangan awal 62
Konstelasi keluarga 62
Andaian Asas dan Prinsip Teori 64
Matlamat Terapi 65
Peranan Kaunselor 66
Proses Terapi 66
Peringkat pertama: Membina hubungan dan
mengekalkan hubungan terapeutik dengan ahli 67 Peringkat kedua: Analisis dan Penilaian 68 Peringkat ketiga: Kefahaman diri dan celik akal 70 Peringkat keempat: Membuat orientasi semula 70
Teknik-Teknik 71
Aplikasi Teori dalam Seting Silang Budaya 73 Kelebihan dan Kelemahan Teori 74
Aplikasi Kes Laila 75
Rumusan 79
Glosari 80
Bab 5: Teori Kewujudan 83
Objektif 83
Pengenalan 83
Gambaran Keseluruhan Teori 84
Pengasas Teori 85
Pandangan Tentang Sifat Semula jadi Manusia 86 Kebolehan untuk Mengenali Diri Sendiri 87 Kebebasan dan Tanggungjawab 87 Berjuang untuk mencapai identiti dan hubungan dengan
orang lain 88
Mencari Pengertian Hidup 88
Kesedaran Tentang Kematian dan Ketidakwujudan 90
Keaslian 91
Andaian Asas dan Prinsip Teori 91
Matlamat Terapi 91
Aplikasi Teori dalam Seting Silang Budaya 95 Kelebihan dan Kelemahan Teori 96
Aplikasi Kes Laila 97
Rumusan 99
Glosari 100
Bab 6: Teori Gestalt 101
Objektif 101
Pengenalan 101
Gambaran Keseluruhan Teori 102
Pengasas Teori 103
Pandangan Tentang Sifat Semula jadi Manusia 104
Kesempurnaan 105
Berhubungan dengan Alam Persekitaran (Field Theory) 105
Pembentukan figure 105
OrganismicdanSelf-Regulation 105
Kesedaran atau Arif Diri 106
Hubungan dengan Persekitaran Syarat untuk Berkembang 106
Batasan Contact 107
Gangguan Terhadap Boundaries 108 Tenaga dan Halangan-halangan kepada tenaga 108 Andaian Asas dan Prinsip Teori 109
Matlamat Terapi 109
Peranan Kaunselor 110
Proses Terapi 111
Teknik-teknik 112
Aplikasi Teori dalam Seting Silang Budaya 115 Kelebihan dan Kelemahan Teori 115
Aplikasi Kes Laila 116
Rumusan 118
Glosari 118
Bab 7: Teori Tingkah Laku 121
Objektif 121
Pengenalan 121
Gambaran Keseluruhan Teori 124
Pengasas Teori 125
Pandangan Tentang Sifat Semula jadi Manusia 126 Andaian Asas dan Prinsip Teori 126
Matlamat Terapi 128
Teknik-teknik 130 Aplikasi Teori dalam Seting Silang Budaya 134 Kelebihan dan Kelemahan Teori 135
Aplikasi Kes Laila 136
Rumusan 139
Glosari 139
Bab 8: Teori Tingkah Laku Kognitif 141
Objektif 141
Pengenalan 141
Gambaran Keseluruhan Teori 142 Teori Rasional Emotif Tingkah Laku 143
Pengasas Teori 143
Pengenalan 144
Pandangan Tentang Sifat Semula jadi Manusia 144
Punca Gangguan Emosi 145
Model ABC dalam REBT 146
Proses Terapi 148
Teknik-Teknik 149
Kelebihan dan Kelemahan Teori 150
Aplikasi Kes Laila 152
Teori Kognitif (Cognitive Therapy) Aaron Beck 154
Pengasas Teori 154
Pengenalan 155
Andaian Asas dan Prinsip Teori 156
Tahap Pemikiran 157
Hubungan Kaunselor dan Klien 158
Aplikasi Teori 159
Hubungan Kaunselor dengan Klien 159 Kelebihan dan Kelemahan Teori 160 Teori Modifikasi Tingkah Laku Kognitif 160
Pengasas Teori 160
Pengenalan 161
Andaian Asas Dan Prinsip Teori 161 Bagaimana Tingkah Laku Berubah 162
Teknik-Teknik 163
Aplikasi Kes Laila 164
Aplikasi mengikut pendekatan REBT 164 Aplikasi mengikut pendekatan CT 166 Aplikasi mengikut pendekatan CBM 168
Rumusan 169
Pengenalan 171 Gambaran Keseluruhan Teori 172
Pengasas Teori 173
Pandangan Tentang Sifat Semula jadi Manusia 174 Perkembangan Personaliti dan Identiti 174 Identiti kegagalan: Arah hidup yang kurang berkesan 174 Identiti kejayaan: Arah kehidupan lebih berkesan 175 Andaian Asas dan Prinsip Teori 176 Keperluan Manusia dan Tingkah laku Bermakna 177
Orientasi Fenomenologi 177
Kesepaduan Tingkah laku 177
Teori Pemilihan 177
Matlamat Terapi 178
Peranan Kaunselor 178
Proses Terapi 179
Teknik-Teknik 181
Aplikasi Teori dalam Seting Silang Budaya 185 Kelebihan dan Kelemahan Teori 186
Aplikasi Kes Laila 188
Rumusan 192
Glosari 193
Bab 10: Teori Berfokuskan Penyelesaian 195
Objektif 195
Pengenalan 195
Gambaran Keseluruhan Teori 196
Pengasas Teori 197
Pandangan Tentang Sifat Semula jadi Manusia 198 Andaian Asas dan Prinsip Teori 198
Matlamat Terapi 199
Peranan Kaunselor 200
Proses Terapi 200
Teknik-teknik 201
Penamatan 205
Aplikasi Teori dalam Seting Silang Budaya 206 Kekuatan dan Kelemahan Teori 206
Aplikasi Kes Laila 207
Rumusan 211
Objektif 213
Pengenalan 213
Gambaran Keseluruhan Teori 214
Pengasas Teori 215
Toward a New Psychology of Women 215
Sejarah Ringkas 216
Pandangan Tentang Sifat Semula jadi Manusia 218 Andaian Asas dan Prinsip Teori 218
Matlamat Terapi 219
Peranan Kaunselor 220
Teknik-Teknik 221
Aplikasi dalam Seting Silang Budaya 224 Kekuatan dan Kelemahan Teori 225
Aplikasi Kes Laila 226
Rumusan 229
Glosari 229
Bab 12: Pendekatan Naratif 231
Objektif 231
Pengenalan 231
Gambaran Keseluruhan Teori 232
Pengasas Teori 233
Pandangan Tentang Sifat Semula jadi Manusia 234 Andaian Asas dan Prinsip Teori 234
Matlamat Terapi 235
Peranan Kaunselor 235
Proses Terapi 236
Teknik-teknik 237
Aplikasi Teori dalam Seting Silang Budaya 242 Kekuatan dan Kelemahan Teori 242
Aplikasi Kes Laila 243
Rumusan 247
Glosari 248
Bab 13: Pendekatan Integratif 249
Objektif 249
Pengenalan 249
Pengenalan 253 Andaian Asas dan Prinsip Teori 253
Matlamat Terapi 254
Punca kepada Masalah Penyesuaian 254 Peranan Kaunselor dan Proses Kaunseling 256
Proses Terapi 256
Aplikasi Teori dalam Seting Silang Budaya 257 Kelebihan dan Kelemahan Teori 258
Aplikasi Kes Laila 258
Rumusan 259
Glosari 259
Transtheoritical Model (Ttm) 259
Objektif 259
Pengenalan 260
Pengasas Teori 260
Pandangan Tentang Sifat Semula jadi Manusia 261 Andaian Asas dan Prinsip Teori 261
Matlamat Terapi 261
Peranan Kaunselor 262
Tahap-tahap Perubahan 262
Tahap Masalah Psikologikal 263
Proses Terapi 263
Teknik-teknik 265
Kombinasi tahap perubahan, tahap masalah psikologikal
dan proses perubahan 266
Aplikasi Teori dalam Seting Silang Budaya 266 Kelebihan dan Kelemahan Teori 267
Aplikasi Kes Laila 268
Rumusan 270
Glosari 270
Terapi Multimodal 270
Objektif 270
Pengenalan 270
Pengasas Teori 271
Pandangan Tentang Sifat Semula jadi Manusia 272 Andaian Asas dan Prinsip Teori 272
Matlamat Terapi 273
Peranan Kaunselor 273
Proses Terapi 274
Teknik-teknik 275
Aplikasi Kes Laila 277
Rumusan 281
Glosari 281
Bab 14: Integrasi Agama dan Spiritual dalam Kaunseling 283
Objektif 283
Pengenalan 283
Definisi Spiritual dan Agama 285
Spiritual 285
Agama 285
Punca Ketiadaan Integrasi Antara Kaunseling dengan
Agama dan Spiritual 286
Kekurangan Kompetensi Kaunselor 286 Pengalaman Peribadi Kaunselor 286 Salah Anggap Terhadap Kedua-dua Bidang 287 Penilaian Agama, Kepercayaan dan Nilai Spiritual 287 Punca Masalah yang Berkaitan Agama dan Rohani 288 Strategi Pengintegrasian Agama dan Spiritual 290 Strategi Implisit Menangani Klien yang Mempunyai
Isu Agama dan Kerohanian 290
Isu-isu Sensitif 290
Integrasi Teori Konvensional dengan Agama dan Spiritual 291
Pendekatan Psikoanalitik 291
Pendekatan Humanistik-Kewujudan 291
Pendekatan Gestalt 292
Pendekatan Kognitif Tingkah Laku 292 Pendekatan Teori Tingkah Laku 293
Intervensi Rohani 293
Doa 293
Meditasi 293
Visualisasi dan Imejan spiritual 294
Tumpuan 294
Jurnal Kerohanian 294
Biblioterapi 295
Menggunakan Kitab Suci atau Kitab-Kitab Pakar Agama 296
Keampunan dan Taubat 296
Aplikasi Silang Budaya dalam Pengintegrasian Agama
dan Spiritual dengan Kaunseling 296
Aplikasi Kes Laila 297
Bibliografi 301
Rajah 2.1 Gambarajah Keseluruhan Teori Psikoanalisis 22 Rajah 2.2: Sigmund Freud (1856-1939) 23 Rajah 2.3: Struktur pemikiran dan personaliti manusia
menurut psikoanalisis 27
Rajah 3.1: Gambaran Keseluruhan Teori Pemusatan Klien 42 Rajah 3.2: Carl Rogers (1902-1987) 43 Rajah 4.1: Gambaran Keseluruhan 60 Rajah 4.2: Alfred Adler (1870-1937) 61 Rajah 4.3: Model of Wellness oleh Witmer, Sweeney and
Myers (1998) 66
Rajah 4.4: Proses Terapi Individu 67
Rajah 5.1: Gambaran Keseluruhan 84
Rajah 5.2: Victor Frankl (1902-1945) 85 Rajah 5.3: Rollo May (1909-1994) 86 Rajah 6.1: Gambaran Keseluruhan Teori Gestalt 102 Rajah 6.2: Gambar Fritz Perls (1893-1970) dan bekas isterinya
Laura Perls, yang juga merupakan salah seorang
penyumbang kepada teori Gestalt 103 Rajah 7.1: Gambaran Keseluruhan Teori Tingkah Laku 124 Rajah 7.2: B.F. Skinner (1904-1990) 125 Rajah 7.3: Albert Bandura (1925) 125 Rajah 8.1: Gambaran Keseluruhan 142 Rajah 8.2: Albert Ellis (1913-2007) 143 Rajah 8.3: Penstrukturan Kognitif 147
Rajah 8.4: Aaron Beck (1921-1993) 155 Rajah 8.5: Donald Mecheinbaum (1966-1998) 161 Rajah 9.1: Gambaran Keseluruhan Teori Realiti 172 Rajah 9.2: William Glasser (1925-2013) 173 Rajah 10.1: Gambaran Keseluruhan Teori Berfokuskan Penyelesaian 196 Rajah 10.2: Steve de Shazer (1940-2005) 197 Rajah 10.3: Insoo Kim Berg (1934-2007) 197 Rajah 11.1: Gambaran Keseluruhan Teori Feminis 214 Rajah 11.2: JeanBaker Miller (1928-2006) 215 Rajah 12.1: Gambaran Keseluruhan Terapi Naratif 232 Rajah 12.2: Michael White(1948-2008) 233 Rajah 12.3: David Epston (1944) 233 Rajah 13.1: Gambaran keseluruhan Teori Integratif 252 Rajah 13.2: James O. Prochaska (1943-2001) 260 Rajah 13.3: Arnold Lazarus (1932-2013) 271 Rajah 13.4: Hubung kait elemen modaliti translate labels 275 Rajah 14.1: Gambaran Keseluruhan Agama dan Spiritual
Senarai Jadual
Jadual 1.1: Definisi dan Perbezaan Nasihat, Bimbingan dan Kaunseling 2 Jadual 1.2: Mitos dan Realiti – Salah anggap mengenai kaunseling
di Malaysia 8
Jadual 2.1: Tahap-tahap Perkembangan Psikoseksual Sigmund Freud 26 Jadual 2.2: Jenis-jenis Mekanisme Bela Diri 29 Jadual 2.3: Teknik-teknik Psikoanalisis 31 Jadual 4.1: Teknik-teknik Terapi Individu Adler 71 Jadual 5.1: Teknik-teknik Teori Kewujudan 93 Jadual 6.1: Teknik-teknik Teori Gestalt 112 Jadual 7.1: Teknik-teknik Teori Tingkahlaku 131 Jadual 8.1: Teknik-teknik Tingkahlaku Kognitif 151
Jadual 8.2: Teknik-teknik 163
Jadual 9.1: Maksud Akronim WDEP 179 Jadual 9.2: Teknik-teknik Realiti 181
Jadual 9.3: Konsep AB-CDEFG 185
Jadual 10.1: Teknik-teknik Berfokuskan Penyelesaian 201 Jadual 11.1: Teknik-teknik Teori Feminis 221 Jadual 12.1: Teknik-teknik Pendekatan Naratif 238
Prakata
Teori kaunseling adalah aspek yang paling asas yang perlu difahami oleh para kaunselor. Tanpa pemahaman yang mendalam tentang teori kaunseling, proses menolong tidak mungkin dapat dijalankan dengan baik. Penggunaan teknik-teknik seperti yang terdapat dalam teori kaunseling dapat membantu proses penerokaan dan penyelesaian masalah atau sebarang isu dengan lebih berkesan. Buku Teori Kaunseling dan Psikoterapi ini diterbitkan bagi memudahkan dan membolehkan para pelajar, tidak kira sama ada pelajar-pelajar Ijazah Dasar atau Pascasiswazah untuk mendalami teori-teori kaunseling dan teknik-teknik yang berkaitan dengan lebih efektif. Penghasilan buku ini adalah bagi memudahkan para pelajar merujuk dan memahami teori-teori yang diaplikasikan melalui kajian kes yang disertakan secara terperinci. Melalui aplikasi kajian kes dan teori-teori yang dibentangkan di dalam setiap bab, para pelajar dapat memahami dan mendalami setiap aspek dan teknik-teknik sebelum memilih salah satu teori yang sesuai mengikut gaya kaunseling masing-masing. Penggunaan buku ini juga boleh membantu meneroka pengalaman peribadi dan pembelajaran akademik dalam menguasai teori-teori kaunseling.
Secara spesifiknya, buku ini diterbitkan berdasarkan matlamat berikut: • Memahami teori-teori dengan mengaplikasikan penggunaannya mengikut
kajian kes
• Memberi pendedahan kepada pelajar untuk memahami teori
• Menyediakan contoh-contoh yang berkesan bagi setiap pendekatan teori melalui kajian kes yang sama tetapi aplikasi yang berbeza mengikut kesesuaian kes
Terdapat empat belas bab di dalam buku ini. Bab pertama akan memperkenalkan tentang asas kaunseling termasuklah sejarah ringkas berkaitan perkhidmatan kaunseling. Di samping itu, satu contoh kajian kes yang akan menjadi rujukan pengaplikasian teori pada bab-bab seterusnya turut dibincangkan. Bab dua hingga bab tiga belas akan membincangkan tentang teori psikoanalisis, teori pemusatan klien, teori individu Adler, teori kewujudan, teori Gestalt, teori tingkah laku, teori tingkahlaku kognitif, teori realiti, terapi berfokuskan penyelesaian, teori feminis, pendekatan naratif, dan pendekatan integratif. Bab terakhir pula akan membincangkan tentang pengintegrasian aspek agama dan kerohanian dalam kaunseling.
Setiap bab di dalam buku ini memuatkan konsep-konsep yang penting dalam setiap teori. Ringkasan kandungan bagi setiap bab pula digambarkan seperti rajah berikut yang bertujuan untuk memberi gambaran awal tentang sesuatu teori yang akan dibincangkan. Walau bagaimanapun, gambaran tersebut hanyalah panduan umum kepada para pembaca dan boleh berubah-ubah mengikut kesesuaian teori.
Melati Sumari
Teori
Pengenalan Pengasas Teori
Andaian Asas dan Prinsip Teori
Matlamat Terapi Kaunseling Berdasarkan Teori
Peranan Kaunselor Terapi Individu
Proses Terapi Individu
Teknik-teknik Terapi Individu
Mewujudkan Hubungan Terapeutik
Memahami Klien
Kefahaman Kendiri dan Celik Akal
Membuat Keputusan Baru Sifat Semula jadi Manusia
Menurut Teori
Aplikasi Teori dalam Seting Silang Budaya
Kelebihan dan Kekurangan Teori
Bab 1
Perkhidmatan
Kaunseling
Pengenalan
Dunia kini sedang melalui era globalisasi dan Malaysia tidak terlepas daripada menghadapi arus pembangunan dan pemodenan yang pesat. Selari dengan kepesatan ekonomi yang dialami sekarang, setiap individu pasti berasa bahang untuk terus berada pada tahap atau tangga yang selesa. Bagi mencapai matlamat tersebut, individu di Malaysia terpaksa berdaya saing dan lebih kompetitif dalam apa jua yang dilaksanakan. Sikap daya saing dan kompetitif boleh dilihat dari satu aspek yang positif namun begitu, ia juga boleh mendatangkan tekanan, bebanan dan masalah terhadap individu. Sering kali apabila dibelenggu oleh perasaan yang terganggu, setiap individu akan berasakan bahawa bebanan yang ditanggung itu terlalu berat dan tidak mengetahui cara yang betul atau mendapat bantuan untuk menyalurkan masalah tersebut, lantas perasaan marah, sedih atau bingung itu dilepaskan kepada orang lain yang rapat dengan mereka seperti ahli keluarga. Bak letusan gunung berapi, perasaan marah yang boleh diibaratkan seperti aliran lava yang sangat panas boleh mengakibatkan tercetusnya salah faham antara individu tersebut dengan orang sekelilingnya. Sekiranya ia tidak dikawal dan berpanjangan, lambat-laun boleh mendatangkan kesan negatif di dalam diri individu seperti kesan pergaulan sosial yang semakin hambar, tekanan atau stres dan depresi.
kaedah-kaedah menangani masalah dengan berkesan boleh dipraktikkan melalui proses nasihat, program bimbingan dan kaunseling.
Satu kes yang membincangkan tentang permasalahan dihadapi oleh seorang klien yang dinamakan Laila turut disertakan. Kajian kes ini bertujuan membantu serta memudahkan pembaca memahami teori-teori, konsep dan teknik kaunseling yang akan dikaitkan dengan kes Laila. Sebelum pembaca memulakan pembacaan buku ini secara terperinci, adalah penting untuk membezakan dan memahami definisi dan konsep nasihat, bimbingan dan kaunseling.
Definisi Nasihat, Bimbingan dan Kaunseling
Jadual 1.1 berikut adalah definisi bagi nasihat, bimbingan dan kaunseling yang kerap disalahertikan penggunaannya serta perbezaan antara ketiga-tiganya.
Jadual 1.1: Definisi dan Perbezaan Nasihat, Bimbingan dan Kaunseling
Nasihat Bimbingan Kaunseling
Persamaan Tiada Kedua-dua kaedah bimbingan dan kaunseling
boleh diguna pakai untuk membantu pesakit yang mempunyai masalah.
Walaubagaimanapun, bimbingan boleh digunakan sebagai alat terapeutik yang membantu klien yang mempunyai masalah emosi, gangguan atau minor disorder.
Manakala, kaedah kaunseling yang dipraktikkan adalah lebih mendalam dan ekstensif.
Merancang masa hadapan mengikut kesesuaian kemampuan dan matlamat hidup.
Kedua-dua kaedah boleh digunakan di dalam organisasi dan individu.
Bimbingan menjurus kepada persekitaran pembelajaran di sekolah.
Kaunseling berkebolehan mencapai lebih banyak ruang lingkup dan membantu dalam pelbagai aspek berkaitan pembangunan kesihatan, kendiri, sosial dan profesional.
Salah Anggap Terhadap Kaunseling di Malaysia
Salah anggap, salah faham atau misconceptions mengenai kaunseling adalah satu perkara biasa dan sinonim dengan masyarakat di Malaysia. Umumnya, apabila individu disarankan untuk mengikuti program kaunseling, masyarakat sekeliling akan melabel individu tersebut sebagai seorang yang bermasalah atau penyebab masalah. Proses stereotaip oleh masyarakat umum turut menjejaskan imej selain memberi gambaran buruk mengenai program kaunseling itu. Akibatnya, perasaan malu menyelubungi klien dan melahirkan ketidakselesaan serta menjejaskan perhubungan dan kerjasama antara klien dengan kaunselor sepanjang proses kaunseling. Media juga tidak membantu malah sering menggambarkan imej individu yang menemui kaunselor sebagai orang yang mempunyai beban masalah berat, depresi, gila atau hilang akal. Profesion sebagai kaunselor sering kali dikaitkan dengan merawati pesakit mental dan orang yang bermasalah. Kerjaya dalam bidang kaunseling sering kali disalah tanggap sebagai profesion yang boleh membaca minda dan stereotaip berlaku di mana apabila seorang klien yang berjumpa secara sukarela ataupun dibawa berjumpa adalah tergolong di dalam kumpulan yang bermasalah. Kerjaya sebagai kaunselor sering kali ditakuti dan disalah anggap. Mitos dan realiti atau tanggapan yang lebih tepat terhadap kaunseling disenaraikan seperti Jadual 1.2.
Sejarah Kaunseling
Perkhidmatan dan program kaunseling pada asalnya bermula di Amerika Syarikat. Walaupun wujud pelbagai tanggapan bahawa budaya atau perkhidmatan kaunseling sudah bermula di dalam masyarakat masing-masing, tapi yang pastinya; pelaksanaan kaunseling dikembangkan di Amerika Syarikat. Proses perkembangan dalam bidang kaunseling yang pesat boleh dilihat telah wujud dalam budaya masyarakat itu sendiri yang memberikan perhatian khusus untuk memastikan penerapan nilai yang tinggi dan positif di dalam diri individu dan kelompok masyarakat. Masyarakat di sana mendukung semangat dan kepercayaan bahawa setiap individu itu mempunyai nilainya yang tersendiri. Masyarakat Amerika Syarikat percaya bahawa gaya hidup dan sikap individu adalah berdasarkan pilihan yang dibuat oleh individu itu.
masyarakat, politik, agama atau desakan hidup tidak akan membolehkan khidmat kaunseling berkembang.
Jadual 1.2: Mitos dan Realiti – Salah anggap mengenai kaunseling di Malaysia
Dalam kalangan masyarakat Malaysia, ramai individu yang menyertai program kaunseling terdiri daripada golongan yang berpendidikan, bijak, berpengalaman, mempunyai kerjaya yang baik dan stabil daripada sudut ekonomi. Walau bagaimanapun, individu yang menyertai program kaunseling ini sering kali mempunyai tekanan di tempat kerja, masalah-masalah kecil yang tidak dapat ditangani selain mencari jalan untuk mengembangkan potensi diri dan kerja. Adalah lumrah kehidupan bahawa manusia sering dibebani oleh tekanan dan stres di tempat kerja ataupun di rumah sekalipun. Ramai yang berpendapat bahawa kebolehan dan keupayaan mencari jalan penyelesaian dan memohon bantuan melalui program kaunseling membuka ruang untuk individu lebih berjaya dalam kehidupan seharian. Ia juga membantu individu menjalani kehidupan yang lebih teratur dan positif (clear headed).
2. Kaunseling
Kebanyakan individu mendapatkan bantuan kaunseling untuk menangani isu kehidupan seharian seperti masalah hubungan, stres dan simptom-simptom depresi. Memang benar, kaunseling boleh membantu individu yang memerlukan bantuan untuk menyelesaikan masalah berat yang ditanggung atau individu yang mengalami simptom depresi yang amat tinggi, namun begitu; kepercayaan ini harus ditolak dan diubah. Malahan kaunseling merupakan proses yang dapat membantu klien menyelesaikan masalah sewaktu masalah itu kecil sebelum merebak menjadi masalah yang lebih besar dan mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk diselesaikan.
3. Kaunselor tidak
Bil. Mitos Realiti
melibatkan satu hubungan unik antara kaunselor dengan klien di mana klien digalakkan untuk mencari jawapan dan jalan penyelesaian mereka sendiri – Celik akal.
4. Kaunselor
Media tidak membantu dalam memberikan gambaran sebenar kerjaya sebagai seorang kaunselor. Sering kali di dalam drama atau filem, kaunselor dilihat sebagai individu yang boleh membaca fikiran klien, tidak efektif, tidak empati atau simpati terhadap keadaan klien. Dewasa ini, kaunselor sangat aktif, melibatkan diri secara langsung dalam isu yang diutarakan oleh klien. Kaunselor sering mengaplikasikan teknik yang bersesuaian mengikut permasalahan yang dihadapi klien dan perlu menjadi pendengar yang baik agar proses rawatan atau terapi menjadi lebih berkesan. Di awal sesi kaunseling, kaunselor akan memberikan penjelasan bagaimana sesi kaunseling akan dilaksanakan dan memerlukan kerjasama yang baik daripada klien di dalam memastikan objektif kaunseling tercapai. Klien juga diberi peluang untuk bertanyakan mengenai sesi terapi dan kedua-dua pihak dapat memastikan kerjasama yang akan dijalankan dapat membantu klien mencari jalan penyelesaian terhadap permasalahan yang dihadapi. Klien juga diberi peluang untuk menamatkan sesi kaunseling sekiranya difikirkan tidak memberi manfaat kepada diri.
5. Proses kaunseling mengambil masa yang lama.
Proses kaunseling bergantung kepada matlamat, motivasi dan jenis masalah yang dihadapi oleh klien. Sesi kaunseling selalunya adalah satu proses atau mengambil masa yang pendek di antara lapan hingga lima belas sesi kaunseling sahaja. Seorang kaunselor yang beretika dan bagus akan dapat membantu klien mencapai matlamat kaunseling selain membolehkan klien mencapai keupayaan dan bebas daripada program kaunseling sepenuhnya.
Bil. Mitos Realiti
berpendapat bahawa klien berada dalam keadaan yang membahayakan ataupun Mahkamah memutuskan bahawa perlu untuk kaunselor melaporkan kes kepada mahkamah sebagai bahan bukti. Selain daripada itu, kaunselor perlu mendapatkan kebenaran secara bertulis daripada klien sekiranya maklumat perbincangan ingin dikongsikan. Kaunselor yang beretika akan menerangkan secara terperinci mengenai kerahsiaan sebelum proses kaunseling dimulakan.
Kaunselor perkahwinan yang merawat pasangan sering kali memfokuskan kepada perhubungan - antara pasangan dan bukannya mencari atau menuding jari kepada salah seorang daripada pasangan yang merosakkan perhubungan. Ia menjadi keperluan kaunselor untuk mendapatkan maklumat daripada pasangan dengan objektif untuk membantu perubahan positif terhadap perhubungan yang bergolak. Ini membolehkan pasangan memfokuskan kepada cara bagaimana masing-masing perlu memperkasakan diri untuk memperbaiki hubungan dan bukannya memperkecilkan pasangan masing-masing.
Kaunseling perkahwinan boleh memberikan manfaat yang positif kepada pasangan yang menghadapi masalah tidak kira sama ada ianya masalah kecil atau besar ataupun pasangan yang ingin mencari lebih kepuasan dan kebahagiaan dalam hubungan perkahwinan. Ramai pasangan yang mengambil mudah masalah kecil yang dihadapi dalam rumah tangga mereka dan hanya melalui program kaunseling apabila berada di ambang penceraian. Kaunseling tidak menjanjikan yang penceraian tidak akan terjadi tetapi ianya dapat membantu memberikan jalan penyelesaian yang lebih baik dalam hubungan sedia ada.
9. Pasangan yang
Bil. Mitos Realiti
individu dan klien juga mendapat manfaat daripada kaunseling secara individu. Walau apapun pendekatan yang digunakan, matlamat utama seorang kaunselor adalah untuk memperbaiki hubungan antara pasangan.
10. Kaunseling akan merubah siapa saya yang sebenarnya
Kaunseling tidak boleh merubah siapa individu itu sebenarnya sekiranya individu tersebut tidak membenarkan perubahan, tidak bersedia dan tidak mahukan perubahan yang melanggar nilai dan kepercayaan mereka. Tujuan kaunseling adalah untuk membantu klien menjalani perubahan positif dalam kehidupan. Klien perlu tahu bahawa mereka sebenarnya yang bertanggungjawab terhadap keputusan yang dibuat dan sekiranya keputusan yang dibuat itu melanggar nilai dan kepercayaan serta tidak membantu klien, kaunselor perlu dimaklumkan. Tujuan kaunseling adalah untuk membantu klien melalui perubahan positif dalam hidup bersesuaian dengan keupayaan klien itu
Seperti di Amerika, aktiviti perkhidmatan kaunseling di Malaysia juga berkembang dengan pesatnya. Penekanan terhadap pentingnya kaunseling semakin bertambah selepas negara mencapai kemerdekaan. Pembangunan di Malaysia telah mengakibatkan proses urbanisasi yang sentiasa berlaku sejajar dengan tuntutan negara dalam mencapai Wawasan 2020. Dalam mengejar kepesatan pembangunan ekonomi negara dan dunia, Malaysia juga dibelenggu oleh masalah perhubungan atau sosial, politik serta nilai murni dan budaya terutamanya dalam kalangan muda-mudi yang lebih ghairah mengikuti arus budaya dari negara Barat. Sehubungan itu, keperluan aktiviti bimbingan ini telah menjadi satu keperluan dan kemestian kepada negara.
Seperti yang telah diulas dalam jadual di atas mengenai perbezaan antara definisi bimbingan dengan kaunseling, istilah ini masih kerap digunakan dan diberikan gambaran yang seolah-olah membawa maksud yang sama. Pada hakikatnya kedua-duanya ada perbezaan walaupun terdapat pertindanan pada kedua-duanya. Jadi, apa bezanya antara bimbingan dengan kaunseling? Tujuannya adalah sama iaitu bagi melahirkan individu yang lebih memahami atau celik akal tentang kehidupannya walau bagaimanapun, proses bimbingan dan kaunseling adalah berbeza. Kaunseling memerlukan kepakaran dan berdaftar di Lembaga Kaunselor dan keahlian pendaftaran perlu diperbaharui dari semasa ke semasa. Seorang pembimbing tidak semestinya menjadi seorang kaunselor tetapi seorang kaunselor juga menggalas peranan sebagai pembimbing.
pengkhususan bidang Kaunseling dan mempunyai rekod amalan dengan jumlah jam tidak kurang daripada 500 jam. Tugas sebagai kaunselor kini diangkat sebagai salah satu daripada bidang profesional yang dilatih bukan sahaja darisudut teori tetapi amalan atau praktikal juga diterapkan bagi memastikan kaunselor tersebut layak untuk membantu klien selain mengikut etika profesional sebagai kaunselor. Universiti Malaya sebagai sebuah universiti perdana di Malaysia turut mengenal pasti keperluan menyediakan program-program Kaunseling dan merupakan universiti pertama yang memperkenalkan program kaunseling serta mewujudkan Ijazah Sarjana Muda Kaunseling. Akta Kaunselor 1998 telah menyebut bahawa sesiapa yang mendakwa dirinya kaunselor sedangkan mereka tidak layak dari segi profesional dan tidak memenuhi syarat-syarat seperti yang diperuntukkan di dalam Akta Kaunselor 1998 boleh dikenakan tindakan yang sewajarnya sekiranya mereka menggelarkan diri mereka kaunselor. Untuk merujuk lebih lanjut mengenai standard piawaian pendaftaran kaunselor, anda boleh membuat rujukan yang dikeluarkan oleh Lembaga Kaunselor iaitu Piawaian dan Kelayakan Latihan Kaunselor. Maklumat lebih lanjut mengenai tatacara pendaftaran juga boleh didapati di laman web Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu http://www.kpwkm.gov.my/web/lkm/home.
Pendaftaran Kaunselor 1998
Selaras dengan profesion kaunselor sebagai satu kerjaya profesional di Malaysia, profesion kaunseling memerlukan suatu pengawalan yang diiktiraf dengan akta yang tersendiri. Akta Kaunselor 1998 (Akta 580) telah pun diwartakan pada Mac 1998 dan Lembaga Kaunselor Malaysia tertubuh pada tarikh yang sama. Penubuhan Lembaga Kaunselor Malaysia mengikut peraturan undang-undang Malaysia adalah bertujuan untuk memastikan pelaksanaan Akta Kaunselor 1998 (Akta 580) dan bersesuaian untuk memberikan kuasa secara sah ke atas pengawal seliaan perkhidmatan kaunselor serta semua aktiviti kaunseling di Malaysia. Setiap individu dan mana-mana pertubuhan yang menjalankan khidmat kaunseling di Malaysia wajib berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia. Walau bagaimanapun, peraturan ini dikecualikan bagi perkhidmatan yang dijalankan oleh profesional kesihatan seperti ditakrifkan dalam Akta Kaunselor 1998.
Etika Dalam Kaunseling
keluarga serta masyarakat. Kaunseling adalah salah satu cabang psikologi yang membabitkan proses perhubungan atau interaksi secara profesional. Apabila diangkat sebagai satu kerjaya profesional, kaunselor adalah terikat dengan tatacara dan peraturan yang berkaitan dengan profesion tersebut yang juga dikenali sebagai etika. Di Malaysia, setiap kaunselor yang telah berdaftar di Lembaga Kaunselor Malaysia perlu mengikut Kod Etika Kaunselor yang digariskan. Dalam kata lain, kaunselor adalah terikat dengan etika dalam kaunseling.
Apa itu etika? Etika profesional merupakan garis panduan yang dipersetujui oleh badan yang mentadbir bagi memastikan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberikan penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai serta tingkah laku profesion. Kesimpulannya, etika kaunseling bermaksud satu set tingkah laku dan tanggungjawab kaunselor yang telah digariskan terhadap klien, rakan sejawat, masyarakat dan negara.
Mengapa etika itu penting? Etika itu amat penting bagi memastikan kaunselor mengamalkan dan mempraktikkan etika seperti yang telah digariskan bagi melindungi hak kedua-duapihak sama ada kaunselor serta klien. Antara ciri-ciri etika yang boleh dibincangkan dengan lebih lanjut adalah seperti berikut.
Kesukarelaan
Kaunselor perlu mengambil kira faktor sama ada klien dipaksa atau hadir secara sukarela ke program kaunseling. Aspek ini penting bagi mewujudkan satu hubungan yang efektif dan keterlibatan klien secara langsung dalam kaunseling terhasil. Klien yang hadir ke setiap sesi kaunseling dengan sikap yang terbuka akan menerima dan menghasilkan kesan positif dalam hubungan terapeutik bersama kaunselor.
Borang persetujuan
Kaunseling melibatkan permasalahan dan hubungan yang unik antara kaunselor dengan klien. Sehubungan itu, sebelum satu-satu hubungan terapeutik dimulakan, kaunselor akan memastikan klien bersetuju untuk mendapatkan kaunseling dengan matlamat yang boleh dicapai oleh klien itu sendiri. Tujuan menandatangani borang persetujuan itu adalah bermotifkan serampang dua mata iaitu selain melindungi (safeguard) hak-hak dan kepentingan klien, ia juga menjaga dan melindungi hak-hak dan profesion sebagai seorang kaunselor sewaktu menjalankan tugas.
Kerahsiaan
aspek kerahsiaan bagi melindungi hak peribadi klien itu. Di negara ini aspek kerahsiaan yang dibolehkan bagi kaunselor untuk melaporkan kepada pihak yang bertanggungjawab dan berwajib sekiranya ia melibatkan jenayah seksual kanak. Menurut Akta Perlindungan Kanak-kanak Malaysia 2001, kanak-kanak adalah terdiri daripada individu yang berumur 18 tahun ke bawah. Jenayah seksual yang melibatkan remaja 16 tahun ke bawah diklasifikasikan sebagai jenayah rogol dan kaunselor boleh melaporkannya kepada pihak yang berwajib untuk tindakan
Pembuat keputusan
Proses kaunseling melibatkan kedua-dua kaunselor dan klien untuk mencapai matlamat iaitu perkembangan positif dan hubungan yang lebih baik dengan diri serta masyarakat sekeliling. Mengenal pasti, perlu ditekankan tugas kaunselor adalah untuk membantu klien sedar bahawa mereka yang bertanggungjawab membuat keputusan dalam proses kaunseling dan kaunselor tidak meletakkan sebarang syarat mahupun membimbing serta memberi nasihat kepada klien. Tujuan utama ialah supaya klien mendapat celik akal dan memahami teknik-teknik serta mengenal pasti masalah dan bagaimana untuk menanganinya secara efektif dan berkesan. Segala keputusan yang diambil menjadi tanggungjawab klien itu sendiri untuk mengharungi masa depannya.
Sosiobudaya
Dalam konteks kaunseling, kaunselor dituntut agar sedar dan peka terhadap nilai, pegangan serta aspek sosial dan budaya klien tersebut. Kepekaan yang ada dalam diri kaunselor itu membolehkan kaunselor memahami klien itu secara dekat dan secara tidak langsung membolehkan klien berasa selesa dengan kaunselor walaupun mereka adalah daripada kaum, bangsa dan latar belakang agama yang berbeza. Klien mungkin mengalami pengalaman-pengalaman sosial dan budaya yang sangat berlainan dengan kaunselor. Dengan kata lain, kaunselor perlu mempelajari dan memahami karakteristik budaya dan nilai-nilai yang dipegang oleh klien mereka. Kaunselor perlu faham bahawa setiap individu itu berbeza dan unik. Proses kaunseling tanpa memahami latar belakang sosiobudaya klien menyebabkan kaunselor belum memenuhi kriteria etika profesion sebagai kaunselor
Tempoh dan cara penyimpanan maklumat
maklumat atau rekod klien juga perlu dititikberatkan bagi memastikan rujukan padamasa hadapan boleh dibuat. Pelupusan rekod yang lama juga perlu dilakukan mengikut kaedah pelupusan yang dibenarkan. Mengikut standard pelaksanaan yang dilakukan di Jabatan Kerajaan, pelupusan rekod hanya boleh dibuat selepas lima tahun penyimpanan walau bagaimanapun, penyimpanan dan pelupusan rekod boleh dilaksanakan mengikut prosedur standard bagi setiap agensi kaunseling. Ada antara jabatan atau agensi yang melupuskan rekod selepas lima tahun di atas faktor kos dan ruang penyimpanan yang terhad.
Bagi membantu anda memahami buku ini dengan lebih berkesan, satu kajian kes telah dirujuk iaitu Kajian Kes: Kisah Kehidupan Laila. Kajian kes ini adalah untuk memudahkan pemahaman anda apabila setiap contoh dikaitkan dengan perbandingan serta teori-teori yang ingin diaplikasikan. Secara ringkas, kajian kes ini telah diolah bagi memudahkan anda membuat perkaitan dengan teori dan tidak merujuk kepada mana-mana kes sebenar dan tidak mempunyai sebarang perkaitan dengan mana-mana pihak sama ada yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal dunia.
Kajian Kes: Kisah Kehidupan Laila
Laila dilahirkan dalam sebuah keluarga yang agak besar dan merupakan seorang anak sulung daripada tujuh beradik. Laila mempunyai lima orang adik lelaki dan seorang adik perempuan. Ayah Laila bertugas sebagai seorang askar sukarela dan ibunya bertugas sebagai housekeeper di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Memandangkan struktur kewangan keluarga Laila tidak kukuh padawaktu itu, ayahnya terpaksa berniaga sebagai penjual burger di sebelah malam untuk menyara keluarga manakala ibunya bekerja mengikut syif dan sering kali, Laila ditinggalkan di rumah pengasuh yang terletak bersebelahan dengan rumah sewa ibu bapanya. Anak-anak pengasuh, seorang lelaki dan perempuan turut membantu menjaga Laila sewaktu ibu mereka keluar ke kedai.
sembilan tahun kemudian. Kejadian tersebut tidak pernah diceritakan kepada sesiapa termasuk kedua ibu dan ayahnya kerana Laila tidak faham apa yang telah berlaku kepada dirinya sehinggalah dia berada di alam remaja.
Ibu dan ayah Laila sungguhpun sibuk tetapi amat menyayangi Laila yang amat petah dan manja apatah lagi sebagai anak sulung dalam keluarga tersebut. Apabila mereka melihat perubahan dalam diri Laila yang menjadi pendiam dan kadang kala menangis dan menjerit-jerit, mereka pun bersependapat untuk berpindah ke rumah nenek Laila di sebelah ibunya di Kuala Lumpur agar Laila dan adik lelakinya yang baru dilahirkan mendapat penjagaan sempurna. Namun begitu, kerana kesempitan wang, adiknya dijaga oleh ibu saudaranya untuk sementara waktu. Apabila ibu dan ayah Laila bekerja, Laila terpaksa mengikut nenek dan datuknya keluar berniaga dan apabila penat, Laila tidur di dalam kotak gerai makanan. Pada suatu hari, Laila telah keluar dari dalam kotak gerai makanan apabila tersedar dari tidur dan merayau-rayau di kawasan sekeliling. Seorang pakcik tua berkopiah telah menghampiri Laila dan mengajaknya ke tandas wanita. Tanpa mengetahui hasrat lelaki tua tersebut, Laila telah membenarkan dirinya dipimpin oleh lelaki tua itu ke tandas wanita dan sekali lagi beliau telah dicabuli. Laila, berumur di dalam lingkungan empat tahun masih tidak faham tindak tanduk lelaki tersebut dan hanya membiarkan dirinya diperlakukan sebegitu. Kehilangan Laila kemudiannya disedari oleh nenek dan datuk Laila yang kemudiannya menjumpainya merayau-rayau berhampiran tandas wanita tersebut. Sekali lagi, kejadian yang menimpa Laila telah dirahsiakan olehnya daripada pengetahuan ibu, bapa, nenek dan datuknya.
Kejadian tersebut masih segar dalam ingatan Laila dan beliau mengalami trauma dan sering kali melihat ulang tayang kejadian di dalam benak fikirannya terutamanya apabila bersendirian. Walau bagaimanapun, kasih sayang yang ditunjukkan oleh keluarganya menjadikan Laila semakin hari semakin bersemangat untuk mempunyai kehidupan yang lebih baik. Sepanjang pembelajarannya bermula dari sekolah tadika sehingga ke sekolah menengah, Laila merupakan seorang pelajar yang amat pintar, tegas, berkaliber, bersemangat kesukanan yang tinggi dan sering dilantik mengetuai pelbagai persatuan, unit beruniform dan sukan. Memandangkan Laila bersekolah di sekolah yang terdiri daripada pelajar perempuan sahaja, Laila tidak mempunyai masalah dalam perhubungan dan komunikasi sesama rakan sebaya. Sejarah silamnya ingin dilupakan dan Laila mencuba melalui hari-hari yang mendatang dengan menjadi seorang yang amat kompetitif dalam apa sahaja yang dilaksanakannya.
seniornya. Laila mula berjinak-jinak dengan seorang rakan sebaya dan mula belajar bercinta. Bait-bait cinta mula diungkapkan melalui surat yang dihantar melalui rakannya yang bertindak sebagai posmen untuk menghantar dan menerima surat daripada teman lelakinya yang berlainan kelas. Walau bagaimanapun, persahabatan mereka hanya terjalin melalui surat. Pada masa sama, Laila juga mempunyai seorang peminat iaitu lelaki yang berumur setahun lebih muda daripadanya dan merupakan jurulatih acara sampan yang dianggotainya. Kali ini Laila lebih serius dan telah pun terlanjur bersama jurulatihnya selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Kegiatan seks Laila tidak dapat dihidu oleh ibu bapanya yang terlalu mempercayai anak tunggal perempuan mereka. Terjebaknya Laila dengan seks telah mengakibatkan ketagihan yang tidak dapat dibendung. Walau bagaimanapun, Laila bernasib baik kerana tidak pernah hamil buat waktu itu
Apabila keputusan Sijil Pelajaran Malaysia diumumkan, Laila telah berjaya mendapat penempatan di sebuah universiti luar negara dan sebelum itu perlu mengambil matrikulasi di Pusat Persediaan Pelajar sebelum dihantar ke luar negara. Sekali gus, menjadikan Laila lebih mudah untuk melakukan kegiatan seksnya tanpa kawalan ibu bapa. Setahun kemudian, Laila menjejakkan kaki di bumi asing untuk terus menuntut ilmu. Di sana, Laila telah bertemu dengan teman lelakinya yang mempunyai rupa paras yang kacak dan mereka bersekedudukan sepanjang tempoh pengajian di luar negara. Kehidupan peribadi Laila tidak pernah mengganggu pembelajarannya dan akhirnya dia berjaya menggenggam segulung ijazah.
Laila menjadi kebanggaan kedua ibu bapanya dan telah mendapat pekerjaan yang baik di Kuala Lumpur. Berjauhan daria kekasih hati, membuatkan Laila mempunyai ramai teman lelaki yang menjadi penemannya di kala sunyi dan telah beberapa kali terlanjur lalu menggugurkan kandungannya. Laila dibesarkan dalam keluarga yang penyayang, dan walaupun Laila tahu mengenai hukum hakam, agama dan dosa, ketagihan seks yang dialaminya tidak dapat dibendung dan sering kali membelenggu dirinya. Namun begitu, selepas enam kali menggugurkan kandungan, Laila mula sedar sudah tiba masa untuknya berumah tangga dan seperti isteri lain, dia juga mengimpikan seorang suami yang boleh menjadi imam dan memimpinnya ke jalan yang benar. Laila telah berkenalan dengan seorang ahli perniagaan dan mereka kemudiannya melangsungkan perkahwinan tiga bulan selepas perkenalan pertama.
sekali, Laila telah membuat tuntutan fasakh di mahkamah dan berjaya mendapat keadilan daripada penganiayaan setahun kemudian. Tuntutan fasakh dibuat atas alasan suaminya sering kali meninggalkan Laila dan anak-anak tanpa khabar berita lebih daripada empat bulan tanpa sebarang nafkah zahir dan batin. Realitinya, suami Laila telah pergi ke luar negara atas alasan menjalankan perniagaan selama lebih sembilan bulan dan tidak pernah tahu bahawa sebelum ditinggalkan, Laila telah pun mengandungkan anak mereka yang bongsu. Selama ditinggalkan, Laila mengalami tekanan yang amat tinggi namun merahsiakan apa yang dialaminya daripada pengetahuan kedua ibu bapanya. Sifat penuh rahsia Laila telah mengakibatkan dia mengalami ‘post partum’ atau meroyan dan membuatkan Laila sering menangis, menjerit-jerit, marah, dan mengalami tekanan depresi yang tinggi. Selepas proses penceraian selesai, Laila menjadi lebih tenang dan rasional memikirkan apa yang perlu dilakukannya untuk masa depan anak-anaknya.
Laila mula bekerja semula kerana sepanjang perkahwinan, dia menjadi suri rumah sepenuh masa dan mempunyai motivasi diri yang amat tinggi. Dia bekerja keras untuk mendapat pengiktirafan (recognition) daripada semua orang di tempat kerjanya dan kerap mendapat kenaikan pangkat. Sewaktu Lili, anak perempuan bongsu Laila berusia tiga bulan, Laila berkenalan dengan seorang lelaki Cina yang amat menyayangi Laila dan anak-anaknya, dan kemudiannya mereka berkahwin tetapi tidak mempunyai cahaya mata bersama. Perkenalan mereka selama lapan tahun berjaya membuka hati Laila untuk berkahwin semula atas dasar cinta dan kepercayaan yang amat tinggi. Usia perkahwinan mereka yang masih muda bergolak akibat sikap Laila yang panas baran dan sering menyalahkan suami dan anak-anak walaupun kesilapan itu amat kecil. Suami Laila, Imran merupakan seorang yang amat penyayang dan penyabar. Beliau beberapa kali cuba membantu Laila untuk menghilangkan rasa marahnya terutamanya terhadap anak. Sikap baran Laila telah menyebabkan anak-anaknya lebih rapat dengan suaminya. Dia sedar bahawa semua masalah ini berpunca daripada dirinya sendiri tetapi dia juga tahu kisah silamnya yang menghantui dirinya sehingga kini dan menyebabkan dia menjadi seorang yang panas baran. Akan tetapi, sikap panas baran Laila ini mudah reda, sebenarnya dia merupakan seorang yang amat pemaaf dan penuh dengan kasih sayang, tetapi tidak tahu cara untuk menunjukkan kasihnya terhadap orang lain.
Walau bagaimanapun, hubungan Laila dengan adik-beradiknya yang lain agak baik. Mereka menghormati Laila kerana selain bijak, dia juga amat mudah menghulurkan bantuan apabila diperlukan. Namun, Laila amat tegas dengan adik-adiknya terutama adik perempuan bongsunya. Beliau terlalu protective
Rumusan
Bab 2
Teori Psikoanalisis
Objektif
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Memahami struktur personaliti menurut psikoanalisis
2. Memahami tahap-tahap perkembangan psikoseksual menurut psikoanalisis
3. Mengetahui jenis-jenis mekanisme bela diri yang biasa digunakan 4. Mengaplikasikan teknik-teknik psikoanalisis dengan baik
Pengenalan
Gambaran Keseluruhan Teori
Teori Psikoanalisis
Pengasas Teori
Pandangan Tentang Sifat Semulajadi Manusia
Andaian Asas dan PrinsipTeori
Matlamat Terapi
Peranan Kaunselor
Teknik-teknik
Perkaitan Bebas
Pentafsiran
Analisis Mimpi
Analisis Transferens Aplikasi Teori dalam
Seting Silang Budaya
Analisis Resistance Proses Kaunseling
Kelebihan dan Kelemahan Teori
Aplikasi Kes Laila
Pengasas Teori
Sigmund Freud dilahirkan pada 6 Mei 1856 di sebuah pekan kecil Freiberg di Moravia, Austria. Bapanya seorang peniaga bulu biri-biri yang memiliki sikap yang menyenangkan. Ibunya pula seorang suri rumah dan merupakan isteri kedua yang berusia 20 tahun lebih muda. Ibunya berusia 21 tahun ketika melahirkan Sigmund. Sigmund Freud memiliki dua orang abang tiri dan 7 orang lagi adik-beradik kandung.
Ibunya sangat menyayangi Freud dan meletakkan harapan yang tinggi pada Freud berbanding adik-beradiknya yang lain. Pada tahun 1860, keluarganya berpindah ke Vienna di mana Freud menghabiskan sebahagian besar hidupnya. Freud merupakan seorang pelajar yang bijak namun memiliki peluang pilihan kerjaya yang terhad akibat faktor kewangan keluarga dan latar belakangnya sebagai Yahudi. Beliau memasuki University of Vienna pada tahun 1873 dan memperoleh Ijazah Perubatan pada tahun 1881.
Pada tahun 1886 beliau mengahwini Martha Bernays dan memperoleh enam orang anak. Anak bongsu Freud iaitu Anna berjaya mencipta nama sebagai seorang ahli psikoanalisis kanak-kanak yang terkenal. Freud kemudiannya menjalankan amalan psikiatrinya sendiri dan lazimnya mengendalikan kes-kes histeria dengan bantuan Joseph Breuer. Beliau menggunakan kaedah hipnosis sebagai rawatan yang telah dipelajarinya dari Jean Charoot, seorang ahli neurologi semasa berada di Paris.
Kes ternama yang pernah dikendalikan oleh Joseph Breuer bersama Sigmund Freud ialah kes Anna O iaitu salah seorang pesakit Breuer dari 1880 hingga 1882. Breuer menamatkan rawatannya ke atas Anna setelah menyedari yang Anna mula jatuh cinta dengannya. Namun kes Anna O telah menjadi salah satu kes psikoterapi yang berpengaruh dalam bidang psikoanalisis.
Freud memulakan kaedah perkaitan bebas, analisis mimpi dan analisis transferens. Freud telah berjaya menarik perhatian ramai ahli komuniti perubatan melalui pendekatannya dan memiliki ramai pengikut. Namun ramai juga yang menentang pendapatnya berkaitan dorongan seksual dan peringkat-peringkat perkembangan psikoseksual manusia. Sikap Freud yang tidak boleh
menerima kritikan dari orang lain tentang teorinya telah menyebabkan dirinya dijauhi oleh rakan-rakan seperjuangannya.
Pada tahun 1902, beliau mengasaskan pertubuhan yang akhirnya dikenali sebagai Viennese Psychoanalytic Society (1908). Pertubuhan ini mendapat pengiktirafan sosial apabila Freud menerima jemputan syarahan di Clark University, Amerika Syarikat. Walaupun menerima pelbagai kritikan, psikoanalisis terus berkembang hingga kini. Freud berhijrah ke England sebelum Perang Dunia Kedua meletus dan Vienna menjadi tidak selamat untuk orang Yahudi sepertinya. Freud meninggal dunia pada tahun 1939 akibat kanser mulut dan rahang yang dihidapinya selama 20 tahun.
Pandangan Tentang Sifat Semula jadi Manusia
Struktur Personaliti
Menurut Freud, Manusia memiliki tiga struktur personaliti yang utama iaitu Id, Ego dan Superego.
Id
Id merupakan sistem personaliti yang asas dan bersifat neutral. Ia merupakan sumber tenaga psikik asas dan desakan atau naluri. Id dikatakan wujud sejak lahir dan ianya tak perlu dipelajari oleh individu. Id berfungsi berdasarkan prinsip keseronokan (pleasure principle) dan merupakan sumber asal libido. Matlamat id ialah memaksimumkan kepuasan atau keseronokan dan mengurangkan atau mengelakkan kesakitan kepada individu. Personaliti id boleh disifatkan sebagai tidak logik, tidak menghiraukan nilai-nilai moral dan hanya pentingkan kepuasan diri. Dalam kata lain, id menurut keinginan nafsu dan bertindak secara langsung untuk memuaskan keinginan tersebut.
Ego
Superego
Superego turut dikenali sebagai ‘hakim’ personaliti individu. Ianya mewakili kod moral seseorang iaitu panduan tentang perkara buruk atau baik, betul atau salah. Seperti ego, superego juga tidak dimiliki semenjak lahir. Sebaliknya dipelajari melalui asuhan ibu bapa atau bimbingan individu lain semenjak kecil. Superego mewakili keinginan ideal, bukannya keinginan sebenar. Ianya mementingkan kesempurnaan dan bercanggah dengan id atau egoserta berfungsi berdasarkan prinsip moral dan dengan itu, membendung sebarang desakan id.
Tahap Perkembangan Psikoseksual
Freud berpendapat bahawa setiap individu akan melalui lima tahap perkembangan psikoseksual pada awal kehidupan mereka. Menurut Freud, kegagalan individu untuk melaksanakan tugas perkembangan di peringkat ini akan mendatangkan masalah ‘lekatan’ yang bermaksud mereka akan terus bertingkah laku seolah-olah masih dalam peringkat tersebut walaupun sudah dewasa. Perkembangan yang ideal akan menghasilkan individu yang mampu menggunakan ego untuk mengawal id dan superego dengan berkesan.
Andaian Asas dan Prinsip Teori
Pemikiran Sedar, Separa Sedar dan Luar Sedar
Antara prinsip utama dalam psikoanalisis ialah prinsip sedar, separa sedar dan prinsip luar sedar (bawah sedar). Pemikiran sedar merujuk kepada apa yang anda sedari pada masa tertentu terutamanya persepsi masa kini, kenangan, pemikiran, fantasi dan perkara lain yang anda sedari. Pemikiran separa sedar meliputi apa-apa ingatan yang mudah diingati atau perkara yang mudah dibawa ke paras sedar. Contohnya, kenangan masa kecil yang anda tidak ingat dengan jelas sekarang tetapi anda masih boleh mengenangnya semula apabila disuruh.
Jadual 2.1: Tahap-tahap Perkembangan Psikoseksual Sigmund Freud
Tahap Umur Ciri-ciri
1. Oral Lahir hingga 1 tahun
Mendapat kepuasan melalui hisapan dan gigitan. Sumber kepuasan ialah melalui zon mulut kerana ia mendapat stimulasi yang lebih berbanding bahagian badan yang lain.
2. Anal 1 hingga 2 tahun
Kepuasan diperoleh melalui tindakan menahan dan menyingkirkan najis. Sumber kepuasan ialah melalui zon dubur. Freud mengaitkan perkembangan personaliti dengan amalan toilet training yang diperoleh kanak-kanak.
3. Falik 3 hingga 5 tahun
Kepuasan dicapai melalui rangsangan pada organ jantina dan melalui fantasi seksual. Peringkat berlakunya kompleks Oedipus bagi lelaki dan kompleks Elektra bagi perempuan. Kanak-kanak lelaki dikatakan memiliki castration anxiety
iaitu mereka takut kehilangan organ jantinanya. Sementara kanak-kanak perempuan mengalami
penis envy iaitu mereka merasa cemburu dengan lelaki yang memiliki organ seksual yang ‘lengkap’.
4. Pendaman 6 hingga 11 tahun
Fantasi dan keinginan yang kurang bersesuaian telah dapat dikawal, peringkat ini adalah lebih tenang dan teratur. Namun demikian, memori di tahap-tahap perkembangan terdahulu masih segar dan akan mempengaruhi perkembangan personaliti.
5. Akil baligh 12 tahun ke atas
Remaja mula tunjukkan minat pada individu berlainan jantina dengan cara yang bersesuaian dengan hasrat mencari pasangan. Pada peringkat ini sikap mementingkan diri adalah berkurangan. Remaja menumpukan perhatian kepada hubungan mesra, aktiviti bersosial dan berkumpulan, perkahwinan dan membentuk keluarga. Peringkat ini akan tamat apabila individu meninggal dunia atau menjadi nyanyuk, yang mana satu dahulu.
Rajah 2.3: Struktur pemikiran dan personaliti manusia menurut psikoanalisis
Instinct
(Naluri)
Perasaan naluri atau gerak hati merupakan daya motivasi atau dorongan kepada manusia. Menurut Freud, terdapat dua jenis naluri iaitu naluri untuk hidup (life instincts) atau dikenali sebagai libido dan naluri untuk mati (death instincts) atau thanatos. Libido memotivasikan manusia untuk mendapatkan makanan, minuman dan seks. Thanatos pula mewakili keinginan terpendam individu untuk mati terutamanya jika kehidupannya sering dirundung malang. Kematian dianggap jalan mudah untuk menghilangkan derita kehidupan. Kedua-dua naluri ini merupakan sebahagian daripada id manusia dan bertindak sebagai daya penggerak kepada proses psikologi dan motivasi seseorang.
Simbol Freudian
Mekanisme Bela Diri
Desakan id biasanya menyebabkan keresahan atau kebimbangan kepada individu. Oleh sebab itu ego berasa terancam dan ini menyebabkan kehadiran mekanisme bela diri untuk mengawal keadaan. Mekanisme bela diri akan mengawal dan mengurangkan kebimbangan dengan memutarbelitkan realiti melalui pelbagai cara. Terdapat beberapa jenis mekanisme bela diri yang utama seperti Jadual 2.2.
Matlamat Terapi
Untuk mengaplikasikan psikoanalisis dengan baik, anda perlulah memahami matlamat yang mesti dicapai melalui pendekatan ini. Berikut adalah beberapa matlamat terapeutik pendekatan psikoanalisis:
1. Matlamat utama terapi psikoanalisis ialah membentuk semula struktur personaliti individu iaitu id, ego dan superego agar beroperasi dengan seimbang. Menurut Freud, individu adalah hasil masa lampau, maka personaliti boleh diubah dengan memahami pengalaman tersebut. 2. Klien akan dibantu untuk menyedari semula pengalaman yang tak
disedari dan personalitinya yang berada di tahap luar sedar. Kaunselor akan membantu klien mencapai celik akal tentang diri sendiri.
3. Membantu klien menyelesaikan isu di mana-mana peringkat perkembangannya yang belum diselesaikan. Ini akan menolong klien menghuraikan masalah lekatan dan hidup dengan lebih bermakna. Biasanya proses ini akan mengambil masa yang lama dan terapi yang panjang. 4. Matlamat terakhir ialah membantu klien menangani tuntutan masyarakat
dengan sesuai. Segala tindakan perlu berlandaskan realiti bukan naluri semata-mata. Dalam hal ini kaunselor psikoanalisis akan memperkukuhkan ego agar persepsi dan perancangan hidup klien menjadi lebih realistik.
Peranan Kaunselor
Kaunselor psikoanalisis memainkan peranan sebagai pakar dalam sesi kaunseling. Sebagai kaunselor psikoanalisis, anda perlu menerima klien secara ikhlas dan reda dan tidak meletakkan nilai terhadap klien walaupun klien neurotik. Kaunselor psikoanalisis menggalakkan klien untuk bercerita tentang apa sahaja yang terlintas di ingatan terutamanya pengalaman semasa membesar. Anda perlu menyediakan suasana yang membenarkan klien berasa bebas untuk bercerita sementara anda banyak mendengar dan buat tafsiran.
menyelesaikan konflik dalam dirinya. Ini akan menimbulkan kesedaran perkara yang selama ini berada di bawah sedar. Anda perlu menggalakkan transferens agar klien dapat menghadapi segala yang terpendam di pemikiran bawah sedarnya dengan lebih realistik. Namun anda perlu memastikan bahawa tiada kaunter transferens yang berlaku.
Jadual 2.2: Jenis-jenis Mekanisme Bela Diri
Mekanisma bela diri Keterangan dan contoh
1. Pendaman Melupakan sesuatu peristiwa yang menyakitkan secara tidak sedar. Mekanisme ini bertujuan mengelak realiti dan boleh menyebabkan kecelaruan neurotik.
2. Penafian Tidak mahu menerima hakikat sebenar dan menyatakan sesuatu itu tidak benar atau tidak berlaku. Dengan sebab itu, tidak mengambil apa-apa tindakan untuk membaiki keadaan.
3. Rasionalisasi Memberikan alasan yang intelektual kepada sesuatu kejadian untuk mengesahkan tindakan atau mempertahankan ego yang tercabar atau mengubati hati yang terluka.
4. Projeksi Menyalahkan orang lain atas kegagalan atau kesilapan diri. Berlaku kerana tidak dapat menerima realiti.
5. Pindah gantian Melepaskan desakan kepada individu atau objek lain yang lebih selamat. Tingkahla ku seperti ini biasanya berlebihan apabila orang yang menjadi gantian menjadi tempat meluahkan perasaan berbanding orang yang berkait secara langsung dengan perasaan tersebut. Pindah gantian berbentuk positif dipanggil sublimasi, sementara pindah gantian berbentuk negatif dipanggil displaced aggression. 6. Pembentukan reaksi Menunjukkan tingkah laku yang bertentangan dengan
perasaan sebenar yang dipendam atau menggantikan desakan id yang boleh menimbulkan masalah dengan sesuatu yang bertentangan.
7. Regresi Menunjukkan tingkah laku yang telah dipelajari dan mungkin berkesan semasa zaman kanak-kanak tetapi kurang sesuai dan kurang matang berbanding usia sekarang.
8. Pampasan Menutup satu kelemahan diri dengan membina diri dalam bidang lain. Boleh bersifat positif atau negatif.
9. Introjeksi Mengambil atau menerima nilai orang lain sebagai usaha untuk menutup tingkah laku sendiri atau sebagai usaha untuk melindungi diri.
10. Pengenalpastian Meniru amalan orang lain untuk meningkatkan esteem
Proses Kaunseling
Fokus Utama
Dalam proses terapi psikoanalisis, tugas utama kaunselor ialah membawa perkara yang tidak disedari ke tahap sedar. Oleh itu dua fokus utama dalam terapi ini ialah penggunaan perkaitan bebas dan transferens. Untuk melaksanakan ini, klien akan disuruh berbaring di atas kerusi panjang sambil memandang ke arah yang bertentangan dari kaunselor dan menyatakan apa sahaja yang terlintas di fikiran. Klien disuruh memandang ke arah yang bertentangan dengan kaunselor supaya kewujudan dan bahasa badan kaunselor tidak mempengaruhi perkaitan bebas yang dilakukan oleh klien. Kaunselor akan memerhati, mendengar dan mentafsirkan perkaitan bebas tersebut dari semasa ke semasa. Klien pula akan membuat refleksi dan memberi maklum balas kepada pentafsiran tersebut.
Proses Terapi
Secara amnya, proses terapi psikoanalisis berlaku dalamempat fasa iaitu: 1. Fasa pembukaan
2. Mewujudkan transferens 3. Menghadapi transferens 4. Menyelesaikan transferens
Berikut adalah penerangan mengenai keempat-empat fasa tersebut.
1. Fasa pembukaan
Terdapat dua bahagian utama dalam fasa ini. Pertama, anda perlu menjalankan temu bual untuk menentukan masalah klien dan menentukan kesesuaian analisis. Kaunselor akan menerangkan tentang pelaksanaan sesi terutamanya tanggungjawab kaunselor dan klien. Kedua, klien akan mengambil tempat di atas kerusi panjang dan sebarang kata-kata dan tingkah laku klien akan diperhatikan dan direkodkan. Kaunselor akan mengumpulkan maklumat berdasarkan perkara-perkara sedar dan bawah sedar klien dan menggunakan mimpi, fantasi, perkaitan bebas dan mekanisme bela diri yang ditunjukkan oleh klien untuk membangkitkan celik akal.
2. Mewujudkan transferens
apabila anda sebagai kaunselor pula yang mengaitkan dan menganggap klien sebagai seorang yang signifikan dalam kehidupan anda akibat daripada isu yang belum selesai. Kaunselor perlu mengatasi kaunter transferens dengan baik agar ianya tidak mengganggu analisis transferens yang dijalankan ke atas klien. Proses analisis menjadi lebih teguh apabila kedua-dua kaunselor dan klien mendapat kesedaran terhadap kewujudan transferens dan kaunter transferens dalam hubungan terapeutik tersebut.
3. Menghadapi transferens
Fasa ini berkaitan dengan fasa terdahulu iaitu anda perlu terus menganalisis transferens klien agar mendapat penjelasan dan kefahaman yang lebih mendalam tentang situasi yang dihadapi klien. Adakalanya klien akan bersikap
resistant dan menggunakan mekanisme bela diri untuk mengelakkan pemikiran bawah sedarnya menjadi pemikiran sedar terutamanya jika ia melibatkan pengalaman dan perasaan yang kurang menyenangkan. Oleh itu anda perlu mahir menangani sebarang resistant yang dialami oleh klien.
4. Menyelesaikan transferens
Apabila anda dan klien mencapai persetujuan bahawa segala konflik telah selesai, maka anda boleh menetapkan pertemuan untuk menamatkan sesi. Peringkat ini perlu anda gunakan untuk menangani sebarang pergantungan neurotik klien terhadap anda. Kemungkinan klien anda sukar untuk melepaskan hubungan terapi kerana masih ada transferens yang belum selesai. Oleh itu anda perlu menyelesaikan sebarang transferens yang masih wujud dan seterusnya menamatkan sesi.
Teknik-Teknik
Jadual 2.3: Teknik-teknik Psikoanalisis
Teknik-teknik Penjelasan Free
association
(perkaitan bebas)
Melalui teknik ini klien diminta tenangkan diri dan cuba ingat semula kejadian masa lampau sama ada pengalaman semasa membesar atau pengalaman emosional. Klien bebas dan boleh luahkan apa sahaja walau di luar kebiasaan, kelihatan bodoh, tidak rasional atau menyakitkan hati. Dalam situasi ini id akan bersuara, ego diamkan diri (Freud 1936).
Teknik-teknik Penjelasan
isu yang timbul dengan membuat tafsiran. Jika klien menggunakan sebarang mekanismebela diri, kaunselor akan berusaha untuk membuang halangan ini.
Contoh: Sekiranya klien terus bertindak memendam perasan sebenarnya terhadap ibunya walaupun dia sebenarnya terluka, maka kaunselor akan menyedarkan bahawa dia perlu menghadapi perasaan tersebut dengan bercakap tentangnya.
Analisis mimpi Klien diminta menceritakan mimpinya kepada kaunselor. Freud mempercayai bahawa mimpi merupakan sumber untuk memahami pemikiran bawah sedar. Mimpi dianggap sebagai jambatan kepada realiti. Menurut mimpi merupakan cubaan untuk memenuhi
keinginan kanak-kanak dan keinginan seksual yang tidak diendahkan. Oleh itu, klien disuruh bermimpi dan mengingati mimpi mereka. Terdapat 2 jenis maksud yang dipentingkan apabila menganalisis mimpi iaitu maksud tersurat (manifest content) dan tersirat (latent content). Penggunaan atau kewujudan simbol-simbol yang perlu diterokai dan ditafsirkan oleh kaunselor. Ada simbol yang jelas dan ada yang kabur dan sukar ditafsirkan.
Contoh: Seorang klien bermimpi berada dalam sebuah rumah yang besar dan mewah tetapi klien tidak berasa seronok berada dalam rumah tersebut kerana hatinya lebih tertarik kepada keindahan di luar tingkap. Ini mungkin membawa maksud bahawa klien inginkan kebebasan walaupun kehidupannya dirasakan agak sempurna. Klien mungkin mencari sesuatu yang baru dalam kehidupannya selain daripada yang telah dimiliki.
Analisis transferens
Transferens merupakan respons klien kepada kaunselor seolah-olah
kaunselor merupakan seseorang yang signifikan dalam hidupnya
pada masa lampau. Lazimnya kaunselor dikaitkan dengan personaliti ibu bapa. Anda patut menggalakkan klien mengalami transferens seterusnya menganalisis transferens tersebut. Kejayaan klien
menghadapi transferens yang berlaku akan meningkatkan pemahaman diri klien dan membawanya ke peringkat perkembangan seterusnya.
Contoh transferens, apabila klien berkata: “Saya tak suka awak, awak macam ayah saya” Anda perlu teroka:
“Boleh anda cerita tentang ayah anda? Kenapa anda kata saya sepertinya?”
Analisis
Resistance
Adakalanya klien akan mengalami halangan untuk meneruskan terapi. Ada klien yang bersikap resistent apabila diminta melaksanakan perkaitan bebas, mengingati semula kisah lampau atau mimpi. Sikap