• Tidak ada hasil yang ditemukan

Krisis Ekonomi 1997 Merupakan Faktor Yan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Krisis Ekonomi 1997 Merupakan Faktor Yan"

Copied!
18
0
0

Teks penuh

(1)

PENGENALAN

Suharto atau nama sebenar beliau ialah Haji Muhammad Suharto dan beliau

merupakan Presiden Indonesia yang kedua menggantikan Sukarno, Suharto juga lebih

dikenali sebagai Pak Harto. Beliau lahir pada tanggal 8 Jun 1921 di Kampung

Kemusuk, Argomulyo, Yogyakarta.1 Dalam bidang pendidikan Suharto telah

mendapatkan pendidikan sejak berumur 8 tahun di Sekolah Desa Puluhan, Godean.

Kemudian, Suharto dan keluarganya telah berpindah ke Sekolah Desa Pedes,

disebabkan ibu dan ayah tirinya iaitu Pak Pramono berpindah rumah ke Kemusuk

Kidul. Namun, ayah kandung Suharto kemudiannya iaitu Pak Kertosudiro telah

membawa beliau ke Wuryantoro, Wonogiri, Jawa Tengah untuk tinggal secara tetap.

Malah, suharto juga telah dianggap sebagai bapa pembangunan bagi negara Indonesia.

selain itu, semasa Zaman Suharto juga dianggap sebagai zaman kemakmuran

ekonomi negara Indonesia sehingga Indonesia, Malaysia dan Thailand pada ketika itu

digelar sebagai “The Three Dragon” di wilayah Asia Tenggara. Suharto merupakan

pemimpin yang paling lama memerintah Indonesia iaitu selama 32 tahun, beliau telah

menjadi presiden Indonesia sejak tahun 1967 sehingga 1998. Di sebabkan

pemerintahan yang lama menyebabkan pelbagai peristiwa dan corak politik yang

diamalkan oleh Suharto yang boleh dilihat sehinggalah beliau dijatuhkan pada 1998

yang disebabkan oleh faktor ekonomi Indonesia pada ketika itu. Selain faktor

ekonomi terdapat faktor lain seperti faktor politik dan faktor sosial yang turut

membawa kepada penentangan dan kebangkinan rakyat Indonesia untuk menjatuhkan

pemerintahan Suharto dan kebinetnya kerana beliau sudah tidak lagi mendapat

sokongan rakyat atas beberapa tindakan yang dilakukan oleh beliau di tahap akhir

pemerintahannya.

(2)

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEJATUHAN SUHARTO

FAKTOR EKONOMI

PENGUASAAN EKONOMI OLEH KAUM KELUARGA SUHARTO

Semasa Suharto menjadi Presiden Indonesia, beliau banyak memberikan

projek kerajaan kepada kaum keluarga dan kroninya sahaja tanpa membuka peluang

yang lebih terbuka kepada rakyat Indonesia. Hal ini, menyebabkan kekayaan negara

Indonesia boleh dianggap sebagai milik kaum keluarga Suharto sahaja kerana

sebilangan besar kekayaan negara hanya dirasai oleh Suharto dan kroninya sahaja dan

kekayaan yang Suharto miliki tidak dirasai oleh rakyat kerana projek-projek yang ada

hanya di berikan kepada kroninya sahaja. Tujuan Suharto berbuat demikian kerana

beliau yakin projek-projek tersebut akan berjalan dengan baik kerana beliau

menggetahui setiap kemampuan yang dimiliki oleh kroninya. Namun, tindakan yang

beliau buat ini kemudiannya telah menimbulkan kemarahan rakyat kerana mereka

tidak dapat merawai kekayaan negara kerana dikuasai oleh keum keluarga Suharto

sahaja. Buktinya, Asiaweek dan Far Eastern Economy Review pernah melaporkan

Suharto merupakan individu keempat yang terkaya didunia sedangkan ramai rakyat

Indonesia yang hidup miskin dan kebajikan mereka turut diabaikan oleh kerajaan.

Secara logik dengan gaji yang diterima sebagai seorang Presiden tidak

mungkin membolehkan Suharto memiliki kekayaan yang begitu banyak sehingga

menjadi antara orang yang terkaya di dunia dibawah, Raja Arab Saudi, Sultan Brunei

dan Ratu England. Hal ini, secara tidak langsung menunjukkan berlakunya

penyelewengan dan rahsuah dalam pemerintahan Suharto.2 Walaupun, Suharto cuba

menafikan perkara ini akan tetapi Pusat Data Bisnes Indonesia (PDBI) berjaya

(3)

membuktikan kebenaran laporan tersebut. PDBI telah menaksirkan bahawasa

kekayaan Suharto adalah dianggarkan sekurang-kurangnya berjumlah 200 trillion, 2/3

harta kekayaan yang dimiliki oleh Suharto dan keluarganya jika digunakan untuk

membangunkan negara Indonesia dikatakan mampu mengatasi masalah kemiskinan

dikalangan rakyat Indonesia. Misalnya, anak beliau iaitu Sigit Hardjojundanto telah

terlibat dalam projek Perusahan Daerah Air Minuman (PDAM).3 Manakala, kroni

beliau seperti kroni-kroni Suharto yang lain terutamanya sahabat baik beliau seperti

Bob Hasan yang merupakan Menteri Perdagangan dan Perindustrian Indonesia.4

Selain itu, kaum keluarga dan kroni Suharto telah menguasai eksport kopi di kawasan

Timur Timor, pemilik syarikat penyiaran seperti RCTV dan SCTV, syarikat membina

jalan raya dan pelbagai lagi

Penguasaan ekonomi yang melampau oleh kaum keluarga Suharto dan

kroninya telah menyebabkan ekonomi Indonesia semakin teruk dan lumpuh semasa

serangan mata wang disebabkan banyak mata wang rupiah dan kekayaan yang

dimiliki oleh Suharto dan kroninya telah disimpang di bank luar negara seerti di

Singapura yang menyebabkan kecairan mata wang tidak dapat dilakukan dalam

negara. Kekayaan melampau yang dimiliki oleh Suharto dan kroninya juga telah

menimbulkan keamarahan rakyat kerana wang atau kekayaam tersebut sepanutnya

digunakan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat dan membangunkan ekonomi

negara.

3 Wong Siew Khim, ‘Perkembangan Politik dan Ekonomi di Indonesia di Bawah Pemerintahan Suharto’, Disertasi B.A., Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1999, hlm. 98.

(4)

KETIDAK SEIMBANGAN EKONOMI ANTARA KAUM

Semasa pemerintahan Suharto telah timbul konflik ekonomi yang berlaku

antara kaum di Indonesia akibat ketidak seimbangan ekonomi antara penduduk

tempatan dengan kaum Cina di Insonesia. Konflik yang berlaku disebabkan perasaan

cemburu dan rasa tidak kepuasan hati dengan masyarakat Cina kerana mereka

mempunyai kedudukan ekonomi yang kukuh kerana sejak zaman penjajahan Belanda

kaum Cina diberikan peluang yang lebih terbuka dalam ekonomi penjajah berbanding

masyarakat tempatan. Selain itu, dasar buka pintu yang dijalankan oleh Suharto

terhadap pelabur-pelabur asing khususnya dari Jepun dan Amerika Syarikat telah

banyak melabur di Indonesia. Kebanyakkan pelabur asing telah membuka

kilang-kilang di Jakarta serta menjalankan kerjasama dengan peniaga-peniaga Cina. Keadaan

ini, menyebabkan kedudukan ekonomi orang Cina bertambah kukuh berbanding

masyarakat tempatan.

Kelahiran orang Cina yang kaya raya seperti Liem Sioe Liong yang

mempunyai hubungan rapat dengan Suharto juga tidak disenangi oleh masyarakat

tempatan.5 Hal ini, disebabkan masyarakat tempatan merasakan hak mereka sebagai

masyarakat tempatan dalam bidang ekonomi telah diambil oleh orang Cina.

Kemuncak kepada ketidak puasan hati dalam ekonomi dapat dilihat ketika lahirnya

semangat anti-Cina dalam kalangan rakyat tempatan ataupun lebih dikenali sebagai

peristiwa Glodok pada 14 Mei 1998.6 Ketika peristiwa glodok ramai orang Cina di

Indonesia yang di bunuh, manakala anak perempuan dan isteri mereka di rogol dan

dibakar harta benda mereka. Selain itu, rumah ibadat kaum cina turut di bakar

sehingga ramai yang melarikan diri ke luar negara seperti ke Singapura, Hong Kong

5 Leo Suryadinata, Prominent Indonesia Chinese, Singapura: Institute of Southeast Asian Studies, 1995, hlm. 139.

(5)

dan Amerika. Bagi orang Cina yang tidak berkemampuan untuk melarikan diri keluar

negara mereka melarikan diri ke kawasan pedalaman dan ada yang masuk ke dalam

hutan kerana takut dibunuh oleh orang tempatan.7

Semasa peristiwa glodok, kerajaan Suharto dilihat cuba mengalihkan

kegagalan mereka dalam menguruskan ekonomi kepada orang Cina sehingga

sentimen anti Cina sanggat menebal dalam kalangan masyarakat tempatan pada ketika

itu. Walaupun, kaum cina mendominasi ekonomi negara Indonesia tetapi mereka

masih dianggap sebagai kelas ketiga dan tidak boleh menjawat jawatan dalam

kerajaan terutamanya dalam bidang ketenteraan. Selain itu, orang Cina juga tidak

dibenarkan bertutur dalam bahasa Cina, mereka juga tidak dibenarkan menggunakan

nama Cina dan passpord atau kad pengenalan diri untuk kaum Cina juga berbeza

berbanding dengan masyarakat tempatan.

(6)

PENINGKATAN HUTANG NEGARA INDONESIA

Akibat krisis ekonomi 1996 telah menyebabkan peningkatan hutang negara

Indonesia dalam sektor kerajaan dan swasta semakin meningkat. Pada tahun 1990-an

telah berlaku serangan mata wang terhadap ekonomi Asia oleh pihak barat, peristiwa

ini telah menyebabkan banyak negara Asia Tenggara yang mengalami krisis ekonomi

yang teruk apabila ramai pelabur yang telah lari sehingga menyebabkan banyak

kilang yang telah ditutup dan ramai yang diberhentikan kerja. Malah, banyak barang

dari wilayah Asia Tenggara yang tidak dapat dieksport ke Eropah sehingga

menyebabkan beban hutang yang tinggi. Pada tahun 1998 hutang kerajaan Indonesia

mencapai 63462 juta dollar Amerika manakala hutangsektor swasta pada 1998 pula

mencapai 73962 juta dollar Amerika.8 Hutang yang ditanggung oleh sektor kerajaan

dan swasta sememangnya memberi impak yang sangat tinggi kepada kerajaan kerana

jumlah hutang yang ditanggung melebihi jumlah pendapatan yang diperoleh oleh

kerajaan.

Keadaan, menjadi semakin rumit apabila kebanyakkan hutang tersebut

melibatkan kaum keluarga Suharto dan kroni Suharto sendiri kerana mereka

memegang sebahagian besar kekayaan negara Indonesia yang secara tidak langsung

membebankan kerajaan kerana Suharto pastika akan membantu kaum keluarga dan

kroninya untuk bebas dari beban hutang sehingga menyebabkan tanggungan kerajaan

dalam ekonomi semakin meningkat. Bagi menyelesaikan masalah yang berlaku dan

menggerakkan ekonomi negara Indonesia telah membuat keputusan dengan meminta

bantuan kewangan dari Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) yang menyebabkan

ekonomi semakin buruk kerana IMF membuat syarat penjaman yang sangat ketat

(7)

kepada Indonesia jika ingin meminjam wang. Akibat tindakan Indonesia meminjam

wang dari IMF telah menyebabkan Indonesia terpaksa membayar kadar bunga yang

tinggi dan IMF turut mengenakan kawalan kewangan kepada Indonesia.9

Kesannya, kegiatan ekonomi Indonesia menjadi semakin buruk setelah mereka

meminjan wang daripada IMF kerana menyaksikan campur tangan asing dalam

kewangan negara. Malah, Indonesia juga hilang gelaran sebagai antara kuasa besar

ekonomi di Asia Tenggara akibat masalah ekonomi yang berlaku. Hal ini, diburukkan

lagi akibat ketidak puasan hati rakyat kerana ramai yang kehilangan pekerjaan dan

ramai yang jatuh miskin disebabkan kerajaan tidak mampu membangunkan ekonomi

negara Indonesia ketika itu.

(8)

KEMEROSOTAN NILAI RUPIAH

Kemerosotan ekonomi yang berlaku ke atas Indonesia telah memberi kesan ke

atas nilai mata wangnya iaitu rupiah yang secara tidak langsung turut membawa

kepada faktor kepada kejatuhan Suharto. Kegawatan ekonomi yang berlaku telah

menyebabkan nilai rupiah jatuh ke terendah dalam sejarah Indonesia. Sebagai contoh,

1 USD bersamaan 22750 rupiah pada 1997 dan kemudian jatuh kepada 260300 per

dollar pada Ogos 1997.10 Kejatuhan nilai rupiah telah memberi kesan terhadap nilai

ekonomi import dan eksport Indonesia apabila harga barangan naik dengan mendadak

terutamanya barangan makanan seperti minyak, ikan, susu dan sebagainya. Kejatuhan

nilai rupiah kemudiannya menjadi semakin teruk pada Disember 1997 merosot nilai

rupiah telah merosot kepada Rp 500000 per dollar dan pada Mac 1998 merosot

kepada 1600000 per dollar Amerika. Keadaan, semasa yang berlaku ketika itu

menyebabkan taraf kemiskinan semakin tinggi akibat inflasi yang begitu tinggi dan

sehingga kini masih ramai rakyat Indonesia yang hidup mengemis, tidak mempunyai

pendidikan dan tidak mampu membeli barangan asas seperti beras.

Pada zaman pemerintahan Suharto menyaksikan kenaikkan barang asa

meningkat kepada 80% pada Mei 1998 serta banyak subsidi yang telah dihapuskan

oleh kerajaan ekoran syarat yang dikenakan oleh IMF jika inggin meminjam wang

dari bank dunia berkenaan. Misalnya, kerajaan Indonesia telah menghapuskan subsidi

beras, petroleum dan lain-lain lagi.11 Syarat lain yang dikenakan IMF termasuklah

tidak ada lagi syarikat yang boleh dilindungi oleh negara dan bank yang bermasalah

diminta supaya ditutup perkhidmatannya. Keadaan, yang berlaku menjadi lebih

kritikal apabila bank-bank terpilih mendapat bantuan dari IMF bagi memulihkan

10 Terjemahan, Barack Obama: Keberanian Menggapai Harapan, Kuala Lumpur: Institud Penterjemahan Negara Malaysia Berhad, 2009, hlm. 308.

(9)

ekonomi Indonesia telah melakukan penyelewenggan dengan menyimpan wang

bantuan yang diperoleh di luar negara.

Keadaan ini, menyebabkan ekonomi Indonesia gagal dipulihkan walaupun

setelah mendapatkan bantuan kewangan dari IMF. Selain itu, beberapa sekatan untuk

rakyat ke keluar negara juga diperkenalkan oleh kerajaan Indonesia bagi mengelakkan

mata wang rupiah mengalir keluar ke luar negara dengan tidak terkawal. Kejatuhan

nilai rupiah dan inflasi yang tinggi telah menimbulkan kemarahan rakyat Indonesia

apabila kuasa beli mereka semakin menurun akibat kenaikkan harga barang dan

(10)

FAKTOR POLITIK

PERGOLAKKAN DALAM KABINET KERAJAAN

Pergolakkan yang berlaku dalam kabinet kerajaan pimpinan Suharto sendiri

turut membawa kepada faktor kejatuhan beliau dalam bidang politik. Hal ini, kerana

ditahap akhir pemerintah beliau Suharta bukan sahaja tidak mendapat sokongan dari

kalangan rakyat tetapi beliau turut kehilangan sokongan dalam kalangan kabinet

pimpinan beliau sendiri. Sebagai contoh, ketua kabinet yang merupakan merangkap

Menteri Penerangan iaitu Haji Harmoko telah mendesak Suharto supaya meletakkan

jawatan walaupun beliau sebenarnya merupakan antara penyokong kuat Suharto pada

peringkat awal. Haji Harmoko membuat tindakan sedemikian disebabkan rahsuah

yang dilakukan Suharto keatas beberapa projek kerajaan. Buktinya, hampir semua

anak Suharto mendapat kontrak pengedaran dan projek Pertamina selama Suharto

menjadi presiden.12

Di samping itu, Suharto juga dituduh terlibat dengan rasuah iaitu kerana

kekayaan yang melampau dimilikinya dan didapati bahawa kekayaan yang beliau

miliki telah diletakkan di bawah banyak yayasan dengan tujuan untuk mengelakkan

cukai.13 Malah, Suharto juga sering memecat menteri yang tidak sehaluan dengan

pemikiran yang dibuat beliau kerana Suharto mahu menjamin kedudukan beliau

dalam arena politik Indonesia tidak terjejas. Buktinya, Suharto telah memecat seramai

14 orang menteri dalam kebinet beliau kerana dikatakan sudah lagi sependapat

dengan beliau dalam menjalankan pentadbiran kerajaan terhadap sesuatu isu dan dasar

yang diperkenalkan kerajaan.

12 George Junus Aditjondro, Korupsi Kepresidenan Reproduksi Oligarki Berkaki Tiga: Istana, Tangsi dan, Partai Penguasa, Yogyakarta: LkiS Yogyakarta, 2007, hlm. 5,

(11)

Sebagai ganti, Suharto telah melantik seramai 14 orang menteri yang baru

dalam kabinet. Malangnya, kesemua menteri baru yang dilantik telah menolak

jawatan yang diberikan kerana mereka dikatan tidak sanggup memegang amanah

yang diberikan oleh kerajaan dan mereka juga tidak lagi percaya dengan

pemerintahan yang dijalankan oleh Suharto kerana banyak penyelewengan dan

rahsuah yang dilakukan oleh beliau sebagai pemerintah demi kepentingan beliau dan

keluarganya. Kehilangan sokongan dari kalangan barisan kabinet Suharto sendiri telah

menyebabkan kedudukan beliau sebagai Presiden Indonesia semakin lemah dan

akhirnya beliau terpaksa meletakkan jawatan sebagai Presiden Indonesia pada 1998.14

(12)

FAKTOR SOSIAL

ISU TIMOR TIMUR

Timor Timur atau kini dikenali sebagai Timur Leste merupakan bekas tanah

jajahan milik Portugis sehingga tahun 1975. Kemudian, Indonesia telah menduduki

Timor Timur pada bulan Disember 1975 sehingga bulan Oktober 1999 dan

Timor-timur kemudiannya menjadi provinci atau wilayah ke 27 milik Indonesia. Semasa

Timor Timur menjadi sebahagian dari wilayah Indonesia pelbagai isu dan peristiwa

kekejaman yang telah dilakukan oleh tentera Indonesia terhadap rakyat Timor Timur

yang ingin memerdekakan Timor Timur dari Indonesia. Selama pendudukan

Indonesia di negara Timor Timur, dianggarkan serawai 100 000 nyawa manusia telah

terkorban dan banyak kemusnahan yang telah dilakukan oleh tentera Indonesia ke atas

wilayah berkenaan.15 Penentangan dibuat kerana rakyat Timor Timur didakwa tidak

mendapatkan hak yang sepatutnya dalam bidang ekonomi serta mereka ingin meminta

kuasa autonominya sendiri dari kerajaan Indonesia.

Sepanjang Timor Timur menjadi sebahagian dari Indonesia banyak rusuhan

kecil dan pembunuhan yang telah berlaku yang dilakukan oleh rakyat Timor Timur

dan ABRI (tentera Indonesia). Kemuncak, keteganggan yang berlaku antara kerajaan

Indonesia dan wilayah Timor Timur ialah semasa peristiwa peristiwa pembunuhan

yang dikenali sebagai “Pembunuhan Beramai-ramai Santa Cruz” atau ada juga

segelintir yang menyebutnya sebagai “Pembantaian Santa Cruz” pada 12 November

1991.16 Peristiwa yang berlaku ini telah mendapat kecaman dari masyarakat antara

bangsa kerana ramai rakyat Timor Timur yang telah terkorban semasa peristiwa ini.

15 Michael R. J. Vatikiotis, Indonesian Politics Under Suharto The Rise and Fall of the New Order, hlm. 183.

(13)

Peristiwa ini merupakan pertempuran yang berlaku antara tentera Indonesia dengan

mahasiswa di Timor Timur.

Peristiwa Santa Cruz dianggap sebagai tindakan yang melanggar hak asasi

manusia terhadap tindakan tentera yang berada dibawah kepimpinan Suharto terhadap

mahasiswa Timor Timur kerana mereka mati ditembak sedangkan mereka tidak

mempunyai senjata. Dalam peristiwa yang berlaku juga menyaksikan berlakunya

pembabitan pihak luar dalam peristiwa ini. Buktinya, IMF telah meletakkan syarat

supaya Indonesia menyelesaikan terlebih dahulu konflik yang berlaku di Timor Timur

sebelum mendapatkan bantuan kewangan daripada pihak IMF.17 Peristiwa ini telah

merosakkan imej Suharto yang dilihat sebagai pemimpin kejam yang telah melanggar

hak asasi manusia dan beliau dilihat sebagai pemimpin yang gagal mengawal

tindakkan tentera di bawahnya kerana sebelum tentera Indonesia meninggalkan Timor

Timur tentera Indonesia telah memusnahkan hampir keseluruhan infrastruktur di sana.

Secara tidak langsung, peristiwa ini telah menjadi salah satu faktor yang membawa

kepada kejatuhan Suharto.

(14)

PERANAN GOLONGAN SASTERAWAN

Golongan sasterawan di Indonesia juga dilihat memainkan peranan sehingga

membawa kepada kejatuhan pemerintahan Suharto. Walaupun, golongan sasterawan

tidak mempunyai kedudukan dalam politik Indonesia tetapi mereka sanggat

mempengaruhi rakyat Indonesia melalui penulisan yang dihasilkan sehingga mereka

dianggap sebagai penggerak utama serta pembakar semangat kepada rakyat Indonesia

bagi menentang pentadbiran yang dijalankan Suharto dan kabinetnya. Antara

sasterawan yang terkenal yang telah membawa semangat penentangan kepada rakyat

Indonesia ialah Widji Thukul. Widji Thukul atau nama sebenarnya ialah Widji

Widodo merupakan anak kelahiran Surakarta, Jawa Tengah.18 Beliau merupakan

seorang aktivis yang aktif memperjuangkan hak dan nasib rakyat Indonesia yang

ditindas semasa pemerintahan Suharto.

Widji Thukul telah berjaya membakar semangat rakyat Indonesia untuk

bangkit menentang kerajaan dan menuntut perubahan dilaksanakan melalui puisi yang

telah dihasilkan oleh beliau. Malah, puisi ciptaan beliau juga sering dibacakan ketika

demonstrasi dilakukan oleh golongan mahasiswa, pekerja dan petani dalam

mengangkat pelbagai isu yang berkaitan membela nasib rakyat. Sebagai contoh,

antara puisinya yang terkenal ialah “Peringatan” yang dicipta oleh beliau sejak tahun

1985 dan sering dibaca untuk menaikkan semangat dalam demonstrasi-demonstrasi

jalanan kerana penulisan beliau seiring dengan keadaan yang berlaku pada Indonesia

pada zaman tersebut.19 Kebanyakkan, puisi yang dihasilkan oleh Widji Thukul dilihat

membela masalah kemiskinan yang berlaku dalam kalangan rakyat bawahan. Selain

itu, beliau juga turut terlibat dalam melakukan penentangan secara langsung terhadap

18 Ainia Prihantini & S. Hum, Master Bahasa Indonesia, Yogyakarta: PT Bentang Pustaka, 2015, hlm. 257.

(15)

kerajaan dengan aktif berpolitik. Sebagai contoh, beliau telah mendatangi golongan

pekerja dikilang-kilang, berdebat / berbincang, berpuisi dan tinggal bersama mereka

untuk membangkitkan semangat berani dalam berjuang.

Malah, Widji Thukul turut berjaya memimpin demonstrasi yang melibatkan

seramai 15,000 orang pekerja kilang dari syarikat tekstil Sritek di Solo, pada bulan

Disember 1995 yang merupakan salah satu demonstrasi mogok kerja terbesar yang

pernah berlaku pada zaman Orde Baru.20 Ketika demonstrasi itu dijalankan sejumlah

pekerja dan aktivis telah ditangkap dan di siksa oleh pihak tentera. Wiji Thukul juga

telah mengalami kecederaan yang teruk sehingga menyebabkan salah satu matanya

buta kerana dipukul dengan senapang oleh tentera yang menangkapnya. Pada 1998,

Widji Thukul telah hilang diculik oleh pihak tentera bersama dengan puluhan aktivis

lain kerana pengaruh beliau dilihat mampu mengancam pemerintahan Suharto ketika

itu. Sememangnya, mata pena boleh menjadi lebih tajam dari mata pedang bagi

membangkitkan kesedaran dalam kalangan rakyat demi menentang kezaliman dan

ketidak adilan yang dilakukan oleh pemerintah.

(16)

PENUTUP

Sememangnya faktor ekonomi merupakan faktor utama yang mempercepatkan

kejatuhan Suharto sebagai Presiden Indonesia. Hal ini, kerana penguasaan ekonomi

oleh Suharto dan kroninya telah menimbulkan ketidakpuasan hati dikalangan rakyat

Indonesia kerana pada peringkat akhir pemerintahannya kehidupan rakyat semakin

susah akibat kegawatan ekonomi menyebabkan ramai yang hilang pekerjaan dan

berlakunya inflasi yang tinggi di Indonesia. Kesusahan hidup yang dialami rakyat

menyebabkan mereka bangkit menentang pemerintahan Suharto kerana masyarakat

akan bangkit sekirannya mereka dalam keadaan lapar (miskin) kerana pemerintah

dilihat gagal menjaga kebajikan rakyat. Isu rahsuah, hak asasi manusia dan

penyelewengan kuasa yang melanda Suharto secara tidak langsung menyebabkan

popularitinya dalam kalangan rakyat dan kabinetnya semakin merosot kerana sudah

Suharto dianggap sudah hilang mandat untuk memerintah Indonesia. Walaupun

begitu, pada peringkat awal pemerintahan, Suharto merupakan seorang yang

pemerintah bijak berpolitik dan menguruskan ekonomi negara sehingga zaman beliau

dianggap sebagai ekonomi yang paling stabil untuk untuk Indonesia kerana kadar

kemiskinan dapat dikurangkan berbanding paza zaman pemerintahan Soekarno dan

zaman pemerintahan selepas Suharto sendiri. Akibat daripada desakan dan

penentangan yang dilakukan oleh rakyat dan kabinetnya sendiri Suharto akhirnya

meletakkan jawatan sebagai Presiden pada 21 Mei 1998 dan digantikan dengan

Presiden Indonesia yang ketiga iaitu Bacharuddin Jusuf Habibie atau lebih dikenali

(17)

BILBIOGRAFI

Afred Suci, Top Secret Konspirasi, Jakarta: PT Sembilan Cahaya Abadi, 2015.

Ainia Prihantini & S. Hum, Master Bahasa Indonesia, Yogyakarta: PT Bentang

Pustaka, 2015.

Bilveer Singh, Succession Politics In Indonesia : The 1998 Presidential Elections And

The Fall Of Suharto, New York: St. Martin’s Press, 2000.

David Bouchier, Vedi R. Hadiz, Indonesian Politics and Society: A Reader, London:

Routledge Curzon, 2003.

Disain Sampul, Ganti Rezim Ganti Sistim: Pergulatan Menguasai Nusantara,

Indonesia: Sri-Bintang Pemungkas, 2014.

Frans H. Wirnata, Suara Rakyat Hukum Tertinggi, Indonesia: Pt Media Kompas

Nusantara, 2009.

George Junus Aditjondro, Korupsi Kepresidenan Reproduksi Oligarki Berkaki Tiga:

Istana, Tangsi dan, Partai Penguasa, Yogyakarta: LkiS Yogyakarta, 2007.

Ismantoro Dwi Yuwono, Mafia Migas VS Pertamina Membongkar Skenario Asing Di

Indonesia, Yogyakarta: Galang Pustaka, 2014.

Leo Suryadinata, Prominent Indonesia Chinese, Singapura: Institute of Southeast

Asian Studies, 1995.

Michael R. J. Vatikiotis, Indonesian Politics Under Suharto The Rise and Fall of the

New Order, London: Routledge, 1998.

O. G. Roeder, The Smiling General President Soeharto Of Indonesia, Djakarta:

(18)

Pandji Wisaksana, Mata Hati Sang Pioner Indonesia, Jakarta: PT Gramedia Pustaka

Utama, 2006.

Philipe Ries, Badai Asia Kisah Di Sebalik Krisis Ekonomi Asia, Kuala Lumpur:

Institud Penterjemahan Malaysia Berhad, 2009.

Philippe Ries, terjemahan Badariah Khalid, Badai Asia: Kisah Disebalik Krisis

Ekonomi Asia, Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara, 2007.

Terjemahan, Barack Obama: Keberanian Menggapai Harapan, Kuala Lumpur:

Institud Penterjemahan Negara Malaysia Berhad, 2009.

Wong Siew Khim, ‘Perkembangan Politik dan Ekonomi di Indonesia di Bawah

Pemerintahan Suharto’, Disertasi B.A., Universiti Malaya, Kuala Lumpur,

Referensi

Dokumen terkait

atau untuk melanjutkan pengisian data pasien TB.01 dengan periode pelaporan yang beda, anda klik tombol KEMBALI untuk kembali ke halaman DAFTAR PENDERITA TB - FORM TB.01..

Penelitian ini bertujuan untuk mendeskripsikan pola penggunaan antipsikotik dan berbagai kejadiaan efek samping yang terjadi selama terapi pengobatan antipsikotik pada pasien

Lampiran 4.Data Pengamatan Parameter Rataan N total tanah pada perlakuan TKKS dan jumlah lubang biopori.. Perlakuan Blok Total

Novan Ardy Wiyani (2013: 104-105) menyatakan bahwa pengembangan budaya sekolah dan pusat kegiatan belajar dapat dilakukan melalui kegiatan pengembangan diri.

T he marketing s trategy of D aes hfunc tions very well and reac hes thes e vulnerable youngs ters. Many are born and rais ed in our own s oc ieties and they might pos e

Faktor-Faktor Yang Berhubungan Dengan Terjadinya Luka Tusuk Jarum Atau Benda Tajam Lainnya Pada Perawat Di RSUD Cianjur Tahun 2006.. Thesis Program Studi Magister

Sistem tersebut digunakan untuk menangani masalah- masalah strategis dalam organisasi dan sangat bermanfaat untuk mendukung operasi dan proses-proses manajemen