• Tidak ada hasil yang ditemukan

Baru-baru ini negara dikejutkan dengan fenomena banjir

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Baru-baru ini negara dikejutkan dengan fenomena banjir"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

B

aru-baru ini negara dikejutkan dengan fenomena banjir besar yang melanda beberapa negeri di selatan Semenanjung. Banjir besar telah melanda bermula 19 Disember 2006 akibat hujan lebat yang mencurah-curah. Selepas air mulai surut dan ketika orang ramai mula berpindah balik ke rumah dari pusat pemindahan, banjir kedua pula berlaku 12 Januari 2007.

Johor merupakan negeri yang paling teruk terjejas akibat banjir dengan mangsa yang dipindahkan sehingga 90,000 semasa banjir pertama dan melebihi 100,000 orang ketika banjir kedua.

Banjir yang melanda dalam jangka masa melebihi sebulan telah mengakibatkan kerosakan bukan sahaja ke atas harta benda dan infrastruktur malah sektor pertanian turut menghadapi kemusnahan. Anggaran kerugian yang dialami sektor pertanian termasuk ternakan dan industri asas tani akibat banjir besar yang melanda beberapa buah negeri terutama di Johor baru-baru ini mencecah hampir RM70 juta dan kebanyakannya infrastruktur sektor pertanian. Kerugian RM39 juta dialami oleh para petani di seluruh negara termasuk Johor akibat banjir pertama dan selebihnya kerugian banjir pusingan kedua.

Banjir yang mengakibatkan kemusnahan terhadap sektor pertanian ini turut dirasai oleh pengusaha daripada sektor swasta yang kebanyakannya mengusahakan ladang-ladang kelapa sawit. Walaupun pokok kelapa sawit matang mampu bertahan di dalam air bertakung berbanding pokok kecil tetapi kerosakan infrastruktur seperti jalan ladang menyukarkan pengeluaran hasil. Disebabkan ladang dilanda banjir, pekerja-pekerja tidak keluar bekerja dan turut dipindahkan kepenempatan sementara. Produktiviti

ladang terjejas akibat

hasil tidak boleh diambil dan dikeluarkan.

Bagi pengusaha industri asas tani, aktiviti mereka terjejas teruk kerana produk tidak dapat dihasilkan manakala kelengkapan peralatan mengalami kerosakan akibat ditenggelami air. Peralatan yang rosak perlu diperbaiki dan bagi yang tidak boleh diperbaiki peralatan baru terpaksa dibeli bagi memastikan produk dapat dihasilkan. Di samping itu mereka juga terpaksa menanggung bayaran balik pinjaman peralatan yang rosak.

Kerugian juga turut dialami oleh pesawah walaupun bilangan pesawah yang terlibat tidak seramai disebelah utara Semenanjung. Kebanyakan pesawah mengalami kerugian kerana sawah yang dimiliki ditenggelami air dikala anak pokok padi masih diperingkat semaian atau diperingkat penuaian. Anak pokok padi akan rosak jika ditenggelami air melebihi satu minggu manakala pada peringkat penuaian, pokok padi yang menunggu masa untuk dituai akan rebah dan tidak boleh diambil oleh jentuai.

Kesan banjir juga turut dirasai oleh pekebun-pekebun kecil yang mengusahakan tanaman buah-buahan seperti durian, nangka, tanaman kontan dan sebagainya kerana tanaman tersebut tidak mampu bertahan lama apabila

(3)

ditenggelami air. Sementara itu pengusaha-pengusaha kebun sayur turut mengalami bencana banjir kerana projek yang mereka usahakan kebanyakan terletak di kawasan tanah pamah dan mudah dinaiki air.

Di seluruh negeri Johor sahaja dianggarkan lebih 75 peratus daripada kebun sayur seluas 1,600 hektar yang dimiliki 100 petani ditenggelami air lebih satu meter. Ladang yang membekalkan sayur untuk pasaran tempatan dan eksport ini mengalami kerugian melebihi RM10 juta meliputi kemusnahan anak benih, pokok sayuran, mesin, jentera serta stok baja. Banjir besar luar biasa yang melanda negeri ini turut menyebabkan kenaikan harga sayur berikutan tiada bekalan dari ladang sayur di seluruh Johor. Banjir menyebabkan kesukaran pengusaha mengeluarkan hasil tanaman masing-masing berikutan jalan ladang tidak dapat dilalui kerana dinaiki air. Pengguna terpaksa bergantung kepada bekalan sayur dari Melaka, Kuala Lumpur, Ipoh dan Cameron Highlands. Bagi peladang yang mengusahakan ternakan pula turut mengalami kerugian disebabkan kematian ternakan atau kemusnahan infrastruktur dan peralatan ladang. Kebanyakan pengusaha tidak sempat menyelamatkan ternakan dan peralatan kerana banjir yang melanda terlalu pantas. Manakala bagi pengusaha kolam ternakan, kerugian yang dialami lebih tinggi kerana ternakan yang terdapat dalam kolam akan bebas mengikut arus air atau mati disebabkan air banjir yang tercemar.

Bagi mengurangkan tekanan kepada para peladang dan penternak, pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan,

p i h a k s w a s t a d a n b a d a n - b a d a n N G O d e n g a n menyalurkan bantuan dan kemudahan. Bantuan yang disalurkan ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban yang ditanggung oleh mereka.

Kerajaan melalui Jawatankuasa Bencana Negara meluluskan peruntukan kira-kira RM6 juta untuk semua petani di seluruh negara yang mengalami kerugian akibat banjir pusingan pertama Disember lalu. Kementerian Pertanian dan Industri asas Tani telah menyiapkan data taksiran kerugian yang dialami para petani dalam banjir. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani turut menyediakan wang ihsan berjumlah RM7.479 juta untuk 6,700 orang penternak dan petani yang terbabit dengan banjir besar di Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang. Pembayaran bergantung kepada jumlah kerugian yang ditanggung dan nilainya berbeza antara petani dan penternak.

Kerajaan juga meminta bank-bank komersial menimbang untuk memberikan semula pinjaman kepada petani dan penternak bagi memulakan projek baru menerusi Skim K e m u d a h a n J a m i n a n B a n t u a n I s t i m e w a ( K J B I ) berjumlah RM500 juta yang diumumkan Y.A.B. Perdana Menteri.

Peladang dan penternak yang terjejas dengan banjir perlu menggunakan bantuan dan kemudahan yang diberikan oleh kerajaan dan pihak swasta untuk memulih dan membangunkan semula aktiviti pertanian yang mereka usahakan agar kembali seperti sediakala.

(4)

P

erakaunan merupakan aktiviti yang melibatkan kerja-kerja merekod, mengkelas dan mengira data-data urusniaga ke dokumen-dokumen dan juga buku-buku yang sesuai. Manual Perakaunan Peladang ini disediakan bagi membantu peladang dan penternak sebagai:

· Panduan dan tatacara merekod maklumat kewangan yang berkaitan dengan aktiviti dan kegiatan berasaskan pertanian.

· Penyediaan maklumat kewangan bagi membantu Peladang-peladang membuat keputusan perniagaan supaya lebih kompetitif dari aspek perolehan dan kos setanding dengan pengeluar-pengeluar dari negara lain dalam bidang/sektor yang sama.

· Menilai keberkesanan pengawalan, pengurusan dan perbelanjaan yang terlibat termasuk kos-kos bantuan dan subsidi yang disumbangkan oleh kerajaan dan pihak swasta.

· Mengawasi perjalanan aktiviti dengan lebih cekap dan berkesan.

· Satu proses meningkatkan kefahaman, kemahiran merekod dan menyediakan laporan perakaunan yang dapat memberikan gambaran transaksi yang benar dan saksama.

Justeru itu, demi kemudahan peladang dan penternak, panduan ini telah disediakan khusus menjelaskan tatacara menyediakan simpankira dan merekod maklumat perakaunan berasaskan aktiviti pertanian seperti berikut:

· Tanaman · Ternakan · Ternakair

Asas Perakaunan

Amalan dan prinsip asas perakaunan merupakan kaedah-kaedah perakaunan yang digunakan untuk mengakaunkan nilai-nilai wang bagi setiap aktiviti ekonomi yang diperakaunkan dan menguntukkannya kepada suatu tempoh masa perakaunan. Bagi peringkat asas dan permulaan, manual ini berpegang kepada prinsip dan asas perakaunan berikut:

Asas Tunai

Prinsip ini mengiktiraf segala urusniaga dan keperluan ekonomi hanya apabila tunai diterima atau dibayar dan bukannya bila manafaat diterima atau disediakan. Tiga elemen penting di dalam menyediakan perakaunan asas tunai ini adalah terimaan tunai, pembayaran tunai dan baki/kelebihan tunai. Kelebihan utama asas tunai digunakan adalah kerana ianya lebih mudah difahami dan diselenggarakan serta memberi fokus ke atas aliran t u n a i s a h a j a . D i s a m p i n g i t u p e n y e d i a a n d a n pengrekodan dokumen perakaunan adalah lebih mudah.

Kos Sejarah

Asas-asas akaun ini disediakan berdasarkan kelaziman kos sejarah. Prinsip ini digunakan untuk merekod urusniaga mengikut nilai sebenar iaitu pada masa urusniaga itu berlaku kerana lebih objektif dan boleh dibuktikan.

Tempoh Perakaunan

Prinsip ini memegang kepada andaian bahawa urusniaga dan aktiviti yang dijalankan adalah bagi tempoh-tempoh perakaunan tertentu.

Pendapatan hasil

Jumlah wang yang diperolehi daripada sebarang aktiviti urusniaga dalam satu tempoh perakaunan seperti jualan

(5)

hasil pengeluaran tanaman, ternakan, ternakair, perkhidmatan, komisyen, dividen dan sewaan.

Perbelanjaan Hasil

Pembayaran tunai yang dikeluarkan bagi tujuan membiayai kos perkhidmatan atau barangan yang digunakan untuk mendapatkan hasil. Belanja tersebut diiktiraf apabila manafaatnya diperolehi dan dibayar dalam tempoh perakaunan seperti belian alatulis, bayaran gaji dan upah, bil air dan elektrik, belian benih, belian input pertanian, sewa dan ansuran pinjaman.

Pendapatan Modal

Terimaan tunai atau barangan daripada aktiviti selain daripada hasil kegiatan perniagaan seperti modal permulaan perniagaan, pinjaman bank, tunai daripada penjualan aset tetap dan bantuan-bantuan yang diterima daripada badan kerajaan atau swasta.

Perbelanjaan modal

Perbelanjaan ini melibatkan aktiviti membeli harta tetap yang digunakan dalam satu jangkamasa panjang seperti pembelian mesin, jentera, tanah, bangunan, kilang, kedai, perabot dan kenderaan.

Carta Aliran Perakaunan

Proses merekod boleh dibahagikan kepada tiga peringkat utama seperti carta Aliran di bawah:

Dokumen Asas Perakaunan

Dokumen berbentuk keterangan bertulis atau bercetak secara manual mahupun secara elektronik.

Dokumen boleh diwujudkan dalam pelbagai bentuk, saiz, rupa, kegunaan dan bahan yang digunakan. Dokumen perniagaan berfungsi sebagai satu jenis surat yang merekodkan butir-butir urusniaga yang berlaku dalam satu-satu masa. Setiap urusniaga perlu disokong dengan dokumen agar dapat digunakan sebagai bukti perniagaan. Setiap dokumen yang digunakan atau yang dikumpulkan perlulah diasingkan mengikut kategori dan juga mengikut urusniaga yang berlaku. Di antara dokumen-dokumen perniagaan yang biasa terlibat dalam proses urusniaga adalah seperti berikut:

Buku Tunai

Buku ini mengandungi dua Bahagian utama iaitu Lembaran Terimaan dan Lembaran Pembayaran. Tatacara merekod buku tunai adalah seperti berikut:

Lembaran Terimaan Tunai

a. Lembaran ini akan mencatatkan segala terimaan tunai atau cek yang berasaskan dokumen-dokumen punca seperti resit, slip bank atau keratan cek. b. Semua Keterangan catatan terimaan-terimaan

dibuat bermula daripada ruangan di sebelah kiri iaitu tarikh terimaan, nyatakan butir-butir daripada mana terimaan diterima, jumlah amaun tunai atau nilai cek yang diterima, nombor resit (sekiranya ada) dan isi amaun dalam ruangan “akaun” bagi catatan tujuan terimaan tunai tersebut.

c. Catat amaun dalam ruangan “Pelbagai” bagi sesuatu terimaan yang tiada dikhaskan ruangan.

d. Pada akhir bulan, jumlahkan terimaan ditiap-tiap satu ruangan khas diakaun masing-masing untuk dipindahkan di dalam Ringkasan Hasil dan Belanja mengikut tajuk akaun masing-masing.

2. Buku Tunai 1. Dokumen Punca

(6)

Lembaran Pembayaran Tunai

a. Ruangan ini akan mencatatkan semua pembayaran wang tunai atau cek berasaskan baucer pembayaran, bil, invois, keratan cek, atau slip mesin daftar semasa berlaku proses pembelian barang.

b. Semua Keterangan catatan bayaran-bayaran dibuat bermula daripada ruangan di sebelah kiri iaitu tarikh bayaran, nyatakan butir-butir kepada siapa pembayaran dibuat, jumlah amaun tunai atau nilai cek yang dibayar, nombor siri baucer bayaran/ keratan cek/slip mesin daftar (sekiranya ada) dan seterusnya, isi amaun dalam ruangan “akaun” bagi catatan tujuan bayaran tunai tersebut dibuat. c. Catat amaun dalam ruangan “Pelbagai” bagi sesuatu

bayaran am yang tiada dikhaskan ruangan.

d. Pada akhir bulan, jumlahkan bayaran ditiap-tiap satu ruangan khas diakaun masing-masing untuk di pindahkan ke dalam Ringkasan Hasil dan Belanja mengikut tajuk akaun masing-masing.

Pengkelasan Akaun Hasil Dan Belanja Pendapatan hasil Projek Tanaman

i. Jualan hasil tanaman. ii. Jualan benih semaian

iii. Sewaan – lori, jentera, peralatan projek iv. Hasil-hasil lain

Pendapatan Hasil Projek Ternakan i. Jualan hasil ternakan

ii. Jualan baka

iii. Jualan Makanan ternakan

iv. Jualan sisa ternakan

v. Sewaan – lori, kenderaan, reban, tapak vi. Hasil-hasil selain ternakan

Pendapatan Hasil Projek Ternakair i. Jualan hasil ternakair

ii. Jualan benih/baka ternakair iii. Sewaan – kolam, tapak kolam iv. Hasil-hasil lain

Perbelanjaan hasil Projek Tanaman i. Belian benih

ii. Belian input – baja, racun

iii. Pembajakan dan penyelengaraan ladang iv. Pengangkutan – traktor

v. Sewaan – alatan dan jentera vi. Pemasaran

vii. Upah dan gaji viii. Ansuran pinjaman

ix. Pentadbiran – alatulis, telefon, elektrik dan air x. Lain-lain

Perbelanjaan hasil Projek Ternakan i. Belian baka

ii. Belian makanan ternakan iii. Belian ubatan dan rawatan iv. Penyelengaraan kandang, reban

v. Sewaan – tapak, alatan, kandang, reban vi. Pengangkutan

vii. Pemasaran viii. Upah dan gaji ix. Ansuran pinjaman

x. Pentadbiran - alatulis, telefon, elektrik dan air xi. Lain-lain

Peringkat Dokumen Tujuan/Kegunaan

Resit/keratan cek/slip bank Baucer bayaran/bil/invois/keratan cek/slip mesin daftar

Merekod terimaan tunai/cek semasa jualan berlaku

Merekod pembayaran tunai/cek semasa proses belian berlaku

Buku Tunai Harian

Merekod semua terimaan atau pembayaran tunai/cek beserta butir-butir urusniaga yang berlaku setiap hari berasaskan resit dan dokumen baucer pembayaran

Penyata Pendapatan (Bulanan)

Setiap urusniaga harian akan dijumlahkan setiap bulan dan dipindahkan ke Penyata Untungrugi mengikut bulan bagi tujuan mengetahui kelebihan hasil

1

2

(7)

Perbelanjaan hasil Projek Ternakair i. Belian benih/baka

ii. Belian makanan iii. Belian ubatan/rawatan iv. Bahan bakar dan minyak v. Penyelengaraan kolam vi. Pengangkutan

vii. Pemasaran

viii. Sewaan- alatan, kolam ix. Ansuran pinjaman

x. Pentadbiran - alatulis, telefon, elektrik dan air xi. Lain-lain

Penyata Pendapatan

Penyata ini disediakan bagi mengetahui prestasi perniagaan samada berlaku kelebihan atau kekurangan pendapatan hasil daripada belanja bagi sesesuatu tempoh (setiap bulan). Tatacara merekod Penyata ini adalah seperti berikut:

i. Masukkan jumlah terimaan yang berlaku sepanjang bulan mengikut klasifikasi pendapatan yang telah ditentukan. Kenalpasti butir-butir terimaan lain dan asingkan terimaan modal (sekiranya ada) seperti untung atas jualan aset. Hanya terimaan hasil sahaja dimasukkan sebagai pendapatan operasi.

ii. Masukkan jumlah pembayaran yang berlaku sepanjang bulan mengikut klasifikasi perbelanjaan yang telah ditentukan. Kenalpasti butir-butir belanja am dan asingkan belanja modal (sekiranya ada) seperti belian

aset tetap. Hanya belanja hasil sahaja di masukkan sebagai perbelanjaan operasi.

iii. Jumlahkan semua pendapatan yang diperolehi dan jumlahkan perbelanjaan yang telah dikenakan. Catatkan kelebihan atau kekurangan yang berlaku dengan mengambilkira perbezaan diantara jumlah besar Pendapatan Hasil dan jumlah besar Perbelanjaan Hasil. iv. Pengiraan menunjukkan kelebihan bermakna jumlah Pendapatan melebihi jumlah Perbelanjaan dan sekiranya pengiraan menunjukkan Kekurangan bermaksud jumlah Perbelanjaan melebihi jumlah Pendapatan.

v. Bagi memberikan gambaran yang lebih tepat berkaitan kedudukan kewangan pada akhir setiap bulan, semua terimaan modal seperti pinjaman daripada bank atau agensi kerajaan serta bantuan-bantuan yang diterima secara geran/subsidi (sekiranya nilai diketahui) hendaklah dicatatkan di dalam ruangan Pendapatan Modal. Sementara itu item-item perbelanjaan seperti pembelian peralatan dan mesin yang dikenalpasti bolehlah dicatatkan di dalam ruangan perbelanjaan hasil. Maklumat ini perlu dicatatkan bagi tujuan pelarasan akhir tahun dibuat seperti pelarasan susutnilai bagi menentukan kedudukan sebenar harta dan kewangan perniagaan berkaitan.

Perakaunan peladang yang dinyatakan adalah asas bagi menjadikan projek yang diusahakan peladang bersistematik dalam pengurusan agar projek berdaya saing.

Dokumen Tujuan/Kegunaan

Invois Dokumen bagi tujuan urusniaga secara hutang. Berfungsi merekod amaun barangan yang dihantar, nilai barangan tersebut, syarat pembayaran dan maklumat perniagaan.

Resit Satu dokumen yang digunakan untuk menunjukkan satu urusniaga tunai telah berlaku. Kebiasaannya digunakan bagi jumlah nilai jualan yang besar atau diperlukan oleh pembeli. Keratan Cek Sebagai satu alat pembayaran yang boleh digunakan sebagai rujukan berguna bagi merekod

sesuatu pembayaran yang berlaku. Slip Mesin

DaftarTunai

Slip ini dikeluarkan melalui penggunaan mesin daftar bagi mempercepatkan proses merekod jualan tunai terutama secara runcit.

Baucer Pembayaran

Dokumen rasmi yang digunakan bagi tujuan pembayaran. Baucer kebiasaannya mengandungi maklumat lengkap berkaitan amaun dibayar, jenis belanja, bentuk pembayaran dan maklumat perniagaan.

(8)

P

ertanian merupakan tunggak asas kepada kehidupan manusia baik dari segi sumber makanan, kewangan dan ekonomi serta menjadi matlamat pengusaha pertanian bahawa setiap pelaburan yang dilakukan mampu memberi pulangan menguntungkan.

Tumpuan kerajaan kepada sektor pertanian bukan satu langkah ke belakang, sebaliknya usaha dipergiatkan bagi menjadikan sektor ini sebagai perniagaan untuk jangka panjang. Dalam memajukan sektor pertanian, kerajaan telah melakukan perubahan, tidak lagi mengikut cara lama sebaliknya menggunakan bioteknologi dan teknologi moden bagi menambah nilai hasil pertanian negara. Kerajaan tidak melihat pertanian sebagai sektor yang mundur akan tetapi sebagai sektor industri yang mampu menjana pertumbuhan ekonomi negara selain mengurangkan import makanan. Oleh yang demikian, kita perlu merubah tanggapan bahawa pertanian merupakan aktiviti ekonomi yang mempunyai sedikit nilai ditambah serta menjana pendapatan yang rendah kepada salah satu cabang perniagaan yang berpotensi untuk dimajukan. Sektor tani merupakan kegiatan utama ekonomi masyarakat luar bandar. Kaum bumiputera merupakan golongan tertinggi yang terlibat dalam pertanian. Dengan

itu, pembangunan sektor pertanian bukan setakat menjana sumber pertumbuhan baru, malah dapat membantu usaha merapatkan jurang sosioekonomi di dalam negara. Kerajaan akan memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan rantaian nilai serta meneroka aktiviti berasaskan pertanian yang mempunyai nilai ditambah yang tinggi, perladangan komersial berskala besar dan menggunakan ICT serta memanfaatkan sepenuhnya potensi dalam bioteknologi. Masyarakat tani pula perlu mengambil peluang yang tersedia ini bagi memajukan diri dan sektor pertanian keseluruhannya.

Bioteknologi merupakan satu industri baru dan penting, berpotensi menjana sumber kekayaan baru. Usaha a k a n d i p e r g i a t b a g i m e m b a n g u n k a n i n d u s t r i bioteknologi sebagai peneraju baru pertumbuhan ekonomi. Tumpuan akan diberi kepada penggunaan bioteknologi dalam pertanian.

Perjalanan untuk menjadikan sektor tersebut sebagai s a t u p e r n i a g a a n m e m e r l u k a n p e m b u d a y a a n k e u s a h a w a n a n d a l a m p e r t a n i a n s u p a y a d a p a t m e l a h i r k a n s a t u g e n e r a s i u s a h a w a n t a n i b a g i menerajui usaha merevolusikan sektor pengeluaran makanan.

(9)

role model petani-petani bejaya. Skala pertanian yang kecil masih menjadi masalah besar dan menghalang para petani meningkatkan pendapatan mereka. Petani harus bekerja pada skala ekonomi yang dapat meningkatkan pendapatan dengan mengkomersialkan usaha yang ada. Di sinilah letaknya peranan bank dan agensi berkaitan untuk membantu petani mengusahakan sektor pertanian secara komersial.

Masyarakat tani perlu mengubah mentaliti dan pendapat selama ini bahawa hasil pengeluaran mereka hanya cukup untuk keperluan sendiri dan akan dijual sekiranya ada lebihan. Aspek kualiti bukan keutamaan dalam pengeluaran mereka. Mereka perlu yakin bahawa aktiviti pertanian masa kini bukan sekadar memenuhi keperluan sara hidup sahaja malah ianya satu perniagaan yang boleh memberikan kekayaan. Berdasarkan perkembangan semasa iaitu dengan penggunaan jentera, pertanian secara tradisional yang menghasilkan produktiviti rendah boleh ditingkatkan melalui teknologi sedia ada.

Sektor pertanian yang sedang rancak dibangunkan oleh kerajaan meliputi industri asas tani yang ketika ini telah mencapai nilai ditambah dan berpotensi menyediakan 128,000 pekerjaan baru secara langsung dalam jangka masa lima tahun akan datang. Potensi sektor ini tiada batasannya jika diusahakan dengan teliti. Menjelang tahun 2020, sektor pertanian perlu berada di tahap kejayaan yang membantu membina imej sebuah negara maju.

Di negara seperti Amerika Syarikat, Australia dan beberapa negara maju lain, petani dipandang tinggi kerana mereka tergolong daripada orang-orang kaya. Ini disebabkan sektor pertanian yang diusahakan oleh mereka memberi pulangan menguntungkan. Menurut pakar ekonomi berkaitan pertanian, orang kaya dalam sektor pertanian sebenarnya bukan terdiri daripada golongan petani sejati tetapi adalah golongan pelabur dari sektor swasta atau individu yang mempunyai modal besar untuk mengusahakan industri pertanian secara komersial. Pertanian merupakan satu bidang yang memerlukan modal besar dan hanya mereka yang sanggup melabur akan memperolehi kejayaan. Untuk memastikan pertanian yang diusahakan menguntungkan, usahawan tani perlu sedia berubah terhadap cara berfikir, bertindak dan membuat keputusan sebagai seorang usahawan (businessman). Setiap perbelanjaan dan pendapatan direkod bagi mengetahui untung rugi sesuatu projek yang diusahakan. Trend pasaran, risiko dalam bidang pertanian, keadaan persekitaran, cuaca dan lain-lain yang berkaitan dengan faktor pengeluaran perlu sentiasa diberikan perhatian.

“Berdasarkan

perkembangan semasa iaitu dengan

penggunaan jentera, pertanian secara

tradisional yang menghasilkan

produktiviti rendah boleh ditingkatkan

(10)

Bagi memastikan bidang pertanian merupakan perniagaan yang menguntungkan dan mampu memberikan kekayaan, aspek kuantiti dan kualiti sentiasa dipertingkatkan. Kualiti produk yang dihasilkan akan menentukan harga pasaran hasil yang akan dijual. Bagi menambahkan lagi daya saing produk yang dihasilkan, proses nilai tambah seperti pemprosesan, penggredan, pembungkusan dan pemasaran perlu juga diberikan keutamaan.

Pertanian dalam negara mampu berdaya saing sekiranya semua pengusaha dalam bidang pertanian turut mengambilkira program pensijilan yang diperkenalkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Pengusaha-pengusaha pertanian boleh mendapatkan pengiktirafan melalui pensijilan Amalan Pertanian Baik (APB) seperti sijil Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM) daripada Jabatan Pertanian Malaysia, Sijil Amalan

Ladang Ternakan (SALT) daripada Jabatan Perkhidmatan Haiwan Malaysia dan Skim Pensijilan Ladang Akuakultur Malaysia (SPLAM) daripada Jabatan Perikanan Malaysia. Selain daripada produk yang dikeluarkan berkualiti dan selamat untuk dimakan, pensijilan diperolehi secara tidak langsung dapat menepati piawaian pengeluaran antarabangsa yang membolehkan hasil keluaran dipasarkan ke luar negara.

“Di negara seperti

Amerika Syarikat, Australia

dan beberapa negara maju

lain, petani dipandang tinggi

kerana tergolong orang

kaya.”

(11)

P

ada masa kini kebanyakan tanaman dibiakkan dengan berbagai kaedah menggunakan teknologi yang berbeza tetapi melalui asas pembiakan yang sama. Asas pembiakan tanaman yang betul perlu diketahui terlebih dahulu sebelum mengusahakan sesuatu projek pertanian bagi menjamin hasil dan mutu yang dikeluarkan.

Terdapat beberapa asas pembiakan tanaman yang boleh dijadikan panduan oleh umum dalam mengusahakan kultura kebunan. Di bawah ini diterangkan asas pembiakan tanaman yang sering dipraktikkan mengikut kesesuaian tanaman tersebut.

Pembiakan Biji Benih

Tanaman yang dibiakkan melalui biji benih adalah tanaman semusim seperti padi, jagung, sayur-sayuran dan juga tanaman hiasan. Biji benih biasanya mengalami pendebungaan kacuk dan faktor ini tidak menjamin tanaman yang dibiakkan akan menghasilkan anak yang mempunyai ciri-ciri yang sama seperti

induknya. Bagi tanaman yang

hendak dibiakkan dengan cara ini, pemilihan biji benlh perlu dilakukan untuk mendapatkan baka yang t u l e n . P e m i l i h a n boleh dibuat d e n g a n

mengambilkira beberapa faktor seperti berikut: * Pokok induk yang sihat.

* Buah yang cukup masak dan tiada serangan penyakit dan perosak. * Buah yang normal.

* Buah dipertengahan musim dan terletak di bahagian tengah ladang.

Pembiakan Vegetatif (Tampang)

Pembiakan vegetatif atau tampang adalah cara pembiakan dengan menggunakan

bahagian tertentu tanaman seperti keratan batang, pucuk, daun dan rizom. la dilakukan bagi tanaman yang tidak mengeluarkan biji benih atau sukar berbunga. Kaedah pembiakan ini kerap menjadi pilihan kerana caranya mudah dan dapat menghasilkan pokok dengan baka tulen. Kaedah ini juga dapat memendekkan tempoh matang di mana pokok mengambil masa lebih pendek untuk berbunga atau berbuah, tetapi tumbesaran tanaman dengan cara ini adalah terhad. Kaedah keratan, tut, cantuman, belahan

(12)

rumpun dan bebawang selalu dilakukan tetapi kejayaan pembiakan ini bergantung kepada pemilihan bahan tanaman, keadaan iklim, tanah, air dan juga kemahiran.

Keratan batang terbahagi kepada keratan batang keras , sederhana dan lembut. Bahagian tanaman yang sihat serta mempunyai beberapa mata tunas dipilih. Keratan tanaman sepanjang 15-20 cm digunakan. Keratan dipotong serong sedikit di bawah mata tunas atau pangkal ruas. Biasanya daun-daun tanaman dibuang untuk mengelakkan pokok yang disemai kekeringan. Keratan disemai menggunakan media semaian 2 : 1 : 1 (dua bahagian tanah, satu bahagian bahan organik dan satu bahagian pasir). Kaedah ini selalu digunakan bagi membiakkan tanaman hiasan.

Keratan pucuk berdaun digunakan bagi tanaman yang berbatang lembut jenis herba dan renek. Keratan rizom digunakan untuk tanaman seperti kunyit dan halia. Semaian yang dilakukan perlu disiram dan diletakkan di tempat redup sehingga tanaman mengeluarkan pucuk.

Kaedah tut merupakan cara pembiakan yang biasa digunakan bagi tanaman buah-buahan. Tut melalui proses pembuangan kulit kayu untuk tujuan pengakaran. Kulit ranting atau dahan pokok dengan saiz 1-2 cm garis pusat dipotong kira-kira 5 cm panjang dan dibuang kulitnya. Bahagian yang terdedah disapukan dengan hormon penggalak akar dan ditutupkan dengan tanah campuran. Bahagian tersebut dibalut dengan plastik untuk menghalang kemasukan air dari luar. Media yang digunakan adalah campuran

dua bahagian tanah atas dan satu bahagian bahan organik bersama sedikit air.

Manakala kaedah cantuman sering digunakan bagi mendapatkan klon pokok yang dikehendaki. Cara ini dapat menjamin baka tulen diperturunkan kepada anak oleh induk. Terdapat berbagai kaedah cantuman seperti mata tunas, cantuman baji dan sanding. Kaedah ini kerap digunakan bagi tanaman buah-buahan seperti durian, rambutan dan lain-Iain lagi.

Di samping itu, pembiakan dengan kaedah belahan rumpun boleh dilakukan bagi pokok yang hidup berumpun. la dapat menghasilkan tanaman yang banyak daripada satu induk. Pokok dibelah kepada beberapa belahan yang dikehendaki dan ditanam. Tanaman yang boleh dibiakkan dengan cara kebanyakkannya terdiri daripada tanaman hiasan.

Kaedah menanam dengan menggunakan bebawang boleh ditanam terus tanpa perlu disemai. Bahan tanaman dipilih daripada pokok yang sudah tua atau matang. Tanaman yang dibiakkan dengan cara ini antaranya mempunyai peratus hidup yang tinggi. Sayuran jenis bawang dan beberapa pokok hiasan dibiakkan melalui cara ini.

Berbekalkan pengetahuan tentang bahan tanaman, kemahiran dan pengalaman pembiakan pelbagai jenis tanaman boleh dilakukan sendiri yang mampu memberikan kepuasan kepada individu yang menceburi dalam bidang pertanian sama ada sebagai hobi atau komersial.

Penaung

Dato’ Haji Abd. Rahim bin Haji Ahmad Penasihat

Haji Arpan Shah bin Satu Ketua Pengarang

Haji Abd. Nasir bin Haji Ismail Penyunting

Azizan bin Othman Rohman bin Jasmani

Edisi Internet

Haninah bte Abd. Rahman Diterbitkan Oleh:

Lembaga Pertubuhan Peladang,

Blok C Utara, Pusat Bandar Damansara, Bukit Damansara, 50460 Kuala Lumpur.

Grafik/Illustrator Rohman bin Jasmani Kamaruzzan bin Hanif

Berita Transformasi Elektronik boleh dilayari di http://www.lpp.gov.my

Referensi

Dokumen terkait

(2000) menyatakan bahwa keasaman susu baik yang dihasilkan oleh biakan bakteri starter maupun dengan pengasaman langsung terbukti mempengaruhi aktivitas protease dalam

Kitab Allah pada muhkam Al-Qur'an yang agung, bahawa sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepada para alim-ulama kaum muslimin dan penguasa kerajaan yang memerintah mereka serta

Dengan adanya green route , keberadaan pesawat akan selalu dipantau, karena green route memberikan pilihan rute dengan jarak terpendek untuk menghemat konsumsi bahan bakar

dalam video “Takotak Miskumis” karya Cameo Project di Youtube. Memetakan dan mengungkap mitos yang dikonstruksikan di

Respon Bapak mualim dalil arah kiblat didalam Al qur‟an menjadi khilaf dikalangan ulama fiqih mengenai arti dari kata Syathrol Masjidil haram, ada yang

Dapat dilihat bahwa angka porositas terbesar terletak pada spesimen B yang merupakan hasil pengecoran dari almuniun yang menggunakan media pasir cetak dengan campuran pasir

digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id.. digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id

Kegiatan pengabdian kepada masyarakat dalam rangka Melakukan Pelatihan tenis meja pada tim Baporkorpri Kabupaten Sorong Papua Barat bertujuan untuk meningkatkan