• Tidak ada hasil yang ditemukan

WACANA PENDIDIKAN ISLAM SIRI KE 11

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "WACANA PENDIDIKAN ISLAM SIRI KE 11"

Copied!
63
0
0

Teks penuh

(1)

SIRI KE 11

“Pendidikan Islam Membangunkan Ummah Wasatiyyah"

TARIKH:

15 – 16 November 2016

TEMPAT:

Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)

Bangi, Selangor

ANJURAN BERSAMA:

Fakulti Pendidikan, UKM

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

(2)

2

KATA ALU-ALUAN Assalamualaikum w.b.t

Sebagai pembuka bicara saya ingin merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah S.W.T yang telah memberi taufiq dan hidayah-Nya kepada kita sehingga dapat mengadakan Wacana Pendidikan Islam Siri ke – 11. Wacana ini adalah kesinambungan daripada siri-siri wacana sebelum ini yang telah diadakan sejak tahun 2002. Kita berharap sumbangan ilmu ini akan menjadi satu tradisi keintelektualan minda, hati, jiwa dan nurani yang sihat sejahtera.

Tema wacana kali ini ialah ‘Pendidikan Islam Membangunkan Ummah Wasatyyah’. Pemilihan tema ini adalah bertepatan dengan keadaan semasa umat Islam khususnya di Malaysia. Kesedaran tentang kekuatan ummah perlu dibangunkan semula melalui keterampilan dan kecekapan modal insan dalam semua bidang keilmuan yang berteraskan Pendidikan Islam. Revolusi idea ini dilihat begitu penting dalam mencapai Wawasan 2020 yang berfokuskan generasi hadapan sebagai aset yang perlu dibangunkan. Masyarakat yang unggul, dicirikan oleh sifat-sifat terpuji, beretika, berbudi pekerti, bersopan santun, mempunyai nilai dan moral yang tinggi, kreatif, berintegriti dan berwibawa dalam membawa negara kita ke arah kecemerlangan dan kegemilangan. Semua ciri penting dalam membangunkan ummah Wasatiyyah. Mudah–mudahan kertas kerja yang dibentang dalam wacana ini akan memberi sumbangan keilmuan yang lebih bermakna kepada usaha kita untuk menjana masyarakat yang unggul dan insan kamil.

Akhir kata, diucapkan syabas dan tahniah kepada semua Ahli Jawatankuasa Pelaksana Wacana Pendidikan Islam Siri ke-11 yang telah berusaha untuk menjayakan wacana pada kali ini.

Sekian, wassalam.

Tan Sri Dato’ Haji Othman bin Mustapha Ketua Pengarah

(3)

3

KATA ALU-ALUAN Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Segala pujian bagi Allah S.W.T dan salam sejahtera ke atas Junjungan Nabi Muhammad SAW sebagai pembuka kata. Alhamdulillah ungkapan syukur kepada Allah yang telah memberi taufik dan inayah-Nya serta kekuatan kepada kita untuk menjayakan Wacana Pendidikan Islam Siri ke-11 Peringkat Kebangsaan ini. Wacana ini adalah kesinambungan daripada siri-siri wacana sebelumnya, bersesuaian dengan tradisi Islam untuk mewariskan ilmu peradaban Islam kepada generasi masa hadapan.

Tema wacana kali ini ialah ‘Pendidikan Islam Membangunkan Ummah Wasatiyyah’. Tema ini dipilih sebagai satu persediaan untuk menghadapi cabaran semasa yang sedikit sebanyak boleh menghakis nilai-nilai Pendidikan Islam dalam aliran sistem pendidikan negara. Di antara cabaran semasa berkenaan ialah gagasan nilai yang didakwa sebagai nilai universal. Gagasan nilai ini memberi impak kepada sistem Pendidikan Islam. Akibatnya, keutamaan nilai Pendidikan Islam dalam sistem pendidikan menjadi semakin luntur dan cuba diganti oleh nilai-nilai universal ini.

Justeru, sebagai menyahut tuntutan untuk membangun ummah melalui Pendidikan Islam, beberapa sub tema yang berkaitan dengan tema utama telah dikenal pasti untuk dijadikan wadah perbincangan semua pihak yang terlibat dalam sistem pendidikan negara. Sebahagian daripada sub tema berkenaan ialah falsafah dan pemikiran pendidikan, pembangunan institusi pendidikan, halatuju sistem dan kurikulum, pengajaran dan pembelajaran dan kemahiran insaniah.

Adalah diharapkan, kertas kerja yang dibentangkan dalam wacana ini akan memberi sumbangan kepada Pendidikan Islam dan ummah sejagat. Wacana ini juga diharapkan menjadi titik permulaan untuk memulakan usaha yang lebih besar dan berkesan, Insya Allah.

Akhir kata, sekalung penghargaan saya ucapkan kepada ahli Jawatankuasa Pelaksana Wacana Pendidikan Islam Siri ke-11, yang telah mengembelingkan tenaga dan berusaha bersungguh-sungguh dalam merealisasikan kejayaan Wacana Pendidikan Islam ini.

Selamat berwacana. Sekian, Wassalam. Prof. Dato’ Dr. Norazah Nordin Dekan

Fakulti Pendidikan

(4)

4

KATA ALU-ALUAN Assalamualaikum w.b.t

Sebagai pembuka bicara saya ingin merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT yang telah memberi taufiq dan hidayah-Nya kepada kita sehingga dapat mengadakan Wacana Pendidikan Islam Siri ke 11. Wacana ini adalah kesinambungan daripada siri-siri wacana sebelum ini yang telah diadakan sejak tahun 2002. Kita berharap sumbangan ilmu-ilmu ini akan menjadi satu tradisi keintelektualan minda, hati, jiwa dan nurani yang sihat sejahtera.

Tema wacana kali ini ialah ‘Pendidikan Islam Membangunkan Ummah Wasatiyyah’. Pemilihan tema ini adalah tepat dengan keadaan semasa umat Islam khususnya di Malaysia yang semakin menyedari tentang perlunya kekuatan ummah ini dibangunkan semula melalui ketrampilan dan kecekapan modal insannya dalam semua bidang keilmuan yang berteraskan Pendidikan Islam. Revolusi idea ini dilihat begitu penting dalam mencapai wawasan 2020 yang mempertaruhkan generasi hadapan sebagai aset yang perlu dibangunkan. Masyarakat yang unggul, dicirikan oleh sifat-sifat terpuji, beretika, berbudi pekerti, bersopan santun, mempunyai nilai dan moral yang tinggi, kreatif, berintegriti dan berwibawa dalam membawa negara kita ke arah kecemerlangan dan kegemilangan. Mudah –mudahan kertas kerja yang dibentang dalam wacana ini akan memberi sumbangan keilmuan yang lebih bermakna kepada usaha kita untuk sama-sama menjana masyarakat yang unggul dan insan kamil.

Akhir kata, diucapkan syabas dan tahniah kepada semua ahli jawatankuasa Pelaksana Wacana Pendidikan Islam Siri ke-11 yang telah berusaha untuk menjayakan wacana pada kali ini.

Sekian, wasalam

Prof. Madya Dr. Mohd Aderi Che Noh Pengerusi

(5)

5 KANDUNGAN

Halaman

Kata Alu-Aluan Pengarah JAKIM 2

Kata Alu-Aluan Dekan, Fakulti Pendidikan, UKM 3

Kata Alu-Aluan Pengerusi Wacana Pendidikan Islam Siri ke-11 4

Latar Belakang Wacana Pendidikan Islam Siri ke-11 6

Aturcara Wacana Pendidikan Islam Siri Ke-11 8

Aturcara Perasmian Wacana Pendidikan Islam Siri Ke-11 10

Sesi Pembentangan Selari 11

Abstrak 17

Jawatankuasa Pelaksana Wacana Pendidikan Islam Siri ke-11 60

(6)

6

LATAR BELAKANG

Pendidikan Islam dan bahasa Arab sudah lama bertapak dalam sejarah pendidikan Malaysia. Malah sejarah peradaban Tanah Melayu seiringan dengan dengan kemasukan Islam di Tanah Melayu yang membawa bersamanya Pendidikan Islam. Acuan masyarakat Melayu selepas kedatangan Islam sejak ratusan tahun lalu banyak dicorak oleh nilai-nilai Islam melalui sistem Pendidikan Islam. Peranan Pendidikan Islam dalam membentuk dan membina jati diri masyarakat Melayu terus berkembang sehingga dalam zaman penjajahan. Setelah merdeka Pendidikan Islam terus subur hingga ke hari ini.

Kini masyarakat makin menyedari kepentingan menerapkan nilai-nilai keislaman dalam segenap aspek kehidupan masyarakat. Pendidikan Islam bukan sekadar mata pelajaran malah ia suatu sistem yang perlu dihayati dalam semua entiti dan agen pembinaan masyarakat. Bertepatan dengan misi Islam adalah rahmat untuk seluruh Alam, sistem pendidikan yang berteraskan Islam adalah amat relevan kepada latar belakang masyarakat pelbagai agama dan kaum di Malaysia sebagaimana ia mula berkembang di Madinah sejak 1435 tahun yang lalu.

Oleh itu Pendidikan Islam dalam erti kata sistem yang menyeluruh perlu diwacanakan selaras dengan budaya dan sejarah pembinaan masyarakat di Malaysia. Walaupun Malaysia sudah merdeka selama 57 tahun, dengan agama Islam sebagai agama rasmi negara seharusnya mula mengorak langkah dalam membina masyarakat yang bertamadun berasaskan acuan yang seimbang dengan memahami sistem pendidikan Islam yang holistik. Sehubungan itu Wacana Pendidikan Islam Ke-11 ini memilih tema ”Pendidikan Islam Membangunkan Ummah Wasatiyyah " sebagai tema utama dengan harapan Pendidikan Islam dapat dilihat bukan sekadar satu mata pelajaran malah satu sistem yang menyeluruh dalam sistem pendidikan negara dalam usaha transformasi masyarakat menuju negara maju. Wacana ini merupakan salah satu dari Siri Wacana Pendidikan Islam (WPI) yang dirancang oleh Fakulti Pendidikan UKM. Ia pada awalnya telah dirancang untuk dilaksanakan di seluruh Malaysia.

Wacana Siri 1 yang bertemakan “Kurikulum Pendidikan Islam Menghadapi Arus Era Globalisasi” telah diadakan pada 23 Jun 2002 di KUIS Selangor. Wacana Ke-2 yang bertemakan “Pembudayaan Penyelidikan dalam Pendidikan Islam” telah diadakan pada 21 Januari 2003 di UKM. Wacana Siri Ke-3 telah diadakan pada 16 Oktober 2003 yang bertemakan “Perkaedahan Pengajaran Pendidikan Islam: Antara Tradisi dan Inovasi” di Negeri Sembilan. Wacana Siri Ke-4 pula bertemakan "Pendidikan Islam ke arah Kemanusiaan Sejagat" telah diadakan pada 25-26 Jun 2005 di negeri Melaka. Seterusnya Siri Wacana Ke-5 telah diadakan di Pulau Pinang pada 5-6 Ogos 2006 dimana tema utamanya ialah "Pendidikan Islam dan Bahasa Arab Pemangkin Pembangunan Ummah". Manakala Siri Wacana Ke-6 telah diadakan pada 25-26 Julai 2008 di Kuching Sarawak dengan tema ”Pendidikan Islam Teras Pembangunan Modal Insan”.

Penganjuran ini mula diperluaskan bukan sahaja dalam Malaysia malah ke luar Malaysia. Sehubungan itu Siri Wacana Ke-7 telah diadakan di Institut Studi Islam Darussalam Gontor Ponorogo pada 4-9 Disember 2009 yang bertemakan ”Hala Tuju Pendidikan Islam dan Bahasa Arab Nusantara”. Manakala Siri Wacana Ke-8 telah diadakan di University of Trinity Saint David Wales, Lampeter United Kingdom pada 19-21 Julai 2011. Tema wacana tersebut adalah ”Islamic Knowledge: Enhancing Unity and Understanding Across Nations”. Manakala Siri Wacana Ke-9 telah diadakan di Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Brunei pada 24 - 27 Julai 2012 dengan tema "Memartabat Pendidikan Islam dan Bahasa Arab Serantau". Seterusnya yang terakhir ialah Siri Wacana Ke-10 telah diadakan di Kota Kinabalu, Sabah pada 15 - 16 Desember 2014 dengan tema "Transformasi Masyarakat melalui Pendidikan Islam".

Melihat kepada isu-isu kontemporari dan cabaran mendatang dalam transformasi masyarakat Malaysia yang sangat memerlukan solusi dari konteks pendidikan, pihak urusetia berasa wacana perlu kembali membincangkan isu-isu tempatan di mana satu wacana yang lebih serius dalam membincangkan cara dan kaedah bagaimana penghayatan sistem pendidikan Islam dapat dilaksanakan dalam konteks Malasysia. Semoga hasil wacana ini dapat menubuhkan sebuah sekretariat Pendidikan Islam Malaysia yang menghimpunkan mereka yang terlibat dalam dunia pendidikan Islam. Justeru menjadi suara rasmi yang berwibawa dalam menyuarakan pandangan dan cadangan berkaitan pendidikan Islam di Malaysia.

(7)

7

TUJUAN WACANA

Secara umumnya, siri-siri WPI yang dianjurkan oleh Fakulti Pendidikan, UKM bertujuan menjadi forum perbincangan bagi semua pihak yang terlibat dengan Pendidikan Islam, Bahasa Arab dan bidang-bidang lain dalam konteks acuan Islam di institusi-institusi pendidikan termasuk Kementerian Pendidikan Malaysia, majlis-majlis agama negeri, jabatan-jabatan agama Islam negeri, institusi pendidikan kerajaan-kerajaan negeri, universiti-universiti, kolej-kolej, maktab-maktab, sekolah-sekolah dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan di Malaysia.

Antara objektif Siri Wacana Pendidikan Islam adalah untuk mewujudkan platform wacana kepada para pendidik yang berkaitan pendidikan Islam pada semua peringkat dalam Malaysia. Ini bagi membolehkan para cendikiawan dalam bidang pendidikan menyumbang idea dalam konteks acuan Islam serta menyebarkan dapatan-dapatan kajian ilmiah dalam berkaitan isu-isu pendidikan Islam yang memberi impak terhadap masyarakat. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mewujudkan pentas untuk melontarkan idea dan cadangan ke arah memantapkan gagasan transformasi sistem pendidikan acuan Islam di Malaysia yang memberi impak terhadap transformasi masyarakat. Siri Wacana Pendidikan Islam juga bertujuan untuk memperluas kerjasama dan jaringan antara institusi dan individu dalam aspek akademik dan khidmat masyarakat, selain membuka ruang kerjasama dalam menjalankan penyelidikan merentas kepakaran dan institusi dalam pembangunan pendidikan acuan Islam sekaligus memberi impak terhadap transformasi masyarakat.

OBJEKTIF WACANA

Objektif Khusus Wacana Pendidikan Islam Siri Ke-11 ini adalah untuk:

 Membincangkan kepentingan pendidikan Islam dan peranannya dalam memberi impak kepada pembentukan ummah wasatiah.

 Membincangkan isu-isu transformasi masyarakat Malaysia melalui impak sistem pendidikan dalam konteks acuan Islam.

 Mengangkat dan memartabatkan pembelajaran Pendidikan Islam sebagai teras yang memberi impak terhadap masyarakat pada semua peringkat pendidikan.

 Menyebarkan dapatan-dapatan kajian yang berkaitan pendidikan Islam dalam sistem Pendidikan yang memberi impak terhadap transformasi ummah.

 Mengemukakan idea dan pandangan dalam kualiti Pendidikan Islam dan sistem pendidikan berteraskan Islam yang memberi impak terhadap transformasi masyarakat.

 Mengetengahkan peranan bidang selain pendidikan Islam dalam sistem pendidikan acuan Islam yang memberi impak terhadap transformasi masyarakat.

(8)

8

ATURCARA WACANA PENDIDIKAN ISLAM SIRI KE-11

HARI PERTAMA : 15 NOVEMBER 2016 (SELASA) 8.30 pagi Pendaftaran Peserta

9.00 pagi Wacana Perdana 1 Ucaptama 1

YBhg Prof. Madya Dr. Mohd Aderi Che Noh Fakulti Pendidikan, UKM

Tajuk: Transformasi Pendidikan Islam ke arah Pembentukan Ummah Wasatiyyah Ucaptama 2

Encik Azizan bin Muhammad Ketua Penolong Pengarah JAKIM

Tajuk: Pengurusan Pendidikan Islam di Malaysia di bawah Penyelarasan JAKIM Ucaptama 3

YBhg. Profesor Dato' Dr. Ab. Halim Tamuri Rektor Kolej Universiti Islam Selangor

Tajuk: Pembentukan Tenaga Pengajar Profesional: Persediaan Guru-Guru Pelatih Pendidikan Islam

Moderator: Prof Madya Dr. Salleh Amat 10.30 pagi Kudapan

11.00 pagi Wacana Perdana 2 Ucaptama 4

Dr Nik Salida Suhaila Nik Saleh

Pengajarah Kolej Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia Tajuk: Program Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia Ucaptama 5

Dr Khodori Ahmad

Konsultan Pendidikan IKRAM-MUSLEH

Tajuk: IQRA Ukur Kemenjadian yang Menggambarkan Kebermaknaan Pendidikan Moderator: Dr. Mohd Isa Hamzah

12.30 tengahari Majlis Perasmian oleh YAB Menteri di Jabatan Perdana Menteri 1.00 tengahari Makan Tengahari/ Solat Zohor

2.15 petang Sesi Pembentangan Selari I 5.00 petang Minum Petang

(9)

9

ATURCARA WACANA P

ATURCARA WACANA PENDIDIKAN ISLAM SIRI KE-11

ENDIDIKAN ISLAM SIRI KE-10

HARI KEDUA : 16 NOVEMBER 2016 (RABU) 8.30 pagi Sesi Pembentangan Selari II

10.00 pagi Kudapan

10.30 pagi Sesi Pembentangan Selari III 12.30 tengahari Makan Tengahari/Solat Zohor 2.15 petang Sesi Pembentangan Selari IV 4.15 petang Pembentangan Resolusi Wacana

4.30 petang Majlis Penutup oleh Dekan, Fakulti Pendidikan, UKM 5.00 petang Minum Petang/Bersurai

(10)

10

ATURCARA MAJLIS PERASMIAN WACANA PENDIDIKAN ISLAM SIRI KE-11

15 NOVEMBER 2016 (SELASA) 12.00 tengahari

12.30 tengahari

1.00 tengahari

Ketibaan Tetamu Jemputan

Ketibaan YBhg Prof. Datuk Dr. Noor Azlan bin Ghazali Naib Canselor, Universiti Kebangsaan Malaysia

Ketibaan YBhg. Tan Sri Dato ' Haji Othman bin Mustapha Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Ketibaan YB Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir bin Hj Baharom (B) Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Lagu Negaraku Bacaan Doa:

Dr. Harun Baharudin Fakulti Pendidikan, UKM Ucapan oleh:

YBhg Prof. Datuk Dr. Noor Azlan bin Ghazali Naib Canselor, Universiti Kebangsaan Malaysia Ucapan Perasmian oleh:

YB Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir bin Hj. Baharom (B) Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Tayangan Montaj Perasmian Penyampaian Cenderahati Makan Tengahari

(11)

11

SESI PEMBENTANGAN SELARI 15 NOVEMBER 2016 - SELASA SESI SELARI I (2.15 PETANG – 5.00 PETANG) Pengerusi: Muhammad Talhah Ajmain @ Jima'ain

BILIK: Dewan

Dato’ Shahir

T7 005 Zabedah Ab.Razak Pola Kajian Tindakan dalam Kalangan Pelajar Pendidikan Islam JaPIM IPG Kampus Perempuan Melayu

T7 007 Muhammad

Talhah Ajmain Kefahaman Ilmu dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Mampu Melahirkan Murid Yang Mengajar T7 009 Mohd Tarmimi Mat

Hussin

Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) Sebagai Metodologi Pendidikan Islam dalam Pembelajaran Abad Ke-21

T7 010 Mohamad Hakim Hashim

Penerapan Visualisasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sirah Nabawiyah

T7 012 Sri Andayani Gaya Pembelajaran Kolaboratif dalam kalangan Pelajar Pendidikan Islam di Institusi Pengajian Tinggi

T7 013 Mohd Saniy Jusoh Elemen Ulul Albab dalam Pembentukan Sahsiah T7 014 Ahmad Amir Khan

Shah Ahmad

Amalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Pengajaran Pendidikan Islam

T7 015 Norma Jusof Pelaksanaan Kem Bestari Solat di Sekolah Rendah Daerah Sepang, Selangor

Pengerusi: Kamarulzaman Abdul Ghani

BILIK: al-Biruni

T7 065 Kamarulzaman

Abdul Ghani Tahap Penggunaan Ciri-ciri Linguistik dalam Buku Teks Berbahasa Arab T7 069 Nor Azzarahton Ab

Karim

Penerapan Elemen Lagu (Team Chant) Secara Pembelajaran Koloboratif Dapat Meningkatkan Kosa Kata Bahasa Arab : Satu Alternatif ?

T7 070 Badrun Nisah Mohamed Nasiruddin

Pendidikan al-Quran dan as-Sunnah Serta Peranannya Dalam Memperkasakan Sahsiah Muslim

T7 071 Munawar Mohamad Yusoff

Keberkesanan Konsep Quranik dalam Program Ulul Albab Maktab Rendah Sains Mara

T7 072 Rahimah

Mohamad Hubungan Antara Gaya Asuhan Ibu Bapa Terhadap Tingkah Laku Langsang Pelajar Universiti T1 015 Mohd Azam Mahat Konsep Tauhid dalam Pendidikan Islam

T1 017 Asmawati Suhid Perkembangan Akhlak Manusia Menurut Islam dan Implikasinya Kepada Pendidikan

Pengerusi: Mahfuzah Mohammed Zabidi

BILIK: Muslim

T5 002 Norafifah Ab Hamid

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Di Malaysia: Analisis dari Perspektif al-Quran

T2 002 Nurul Izati Abd Ghani

Hala Tuju Industri Makanan Halal Malaysia

T2 005 Azizi Umar Pendekatan Kumpulan Pengelola Sekolah Agama dan Pendidikan Cina dalam Menuntut Hak Pendidikan

T2 006 Aliza Alias Program Transisi Kerjaya Bagi Individu OKU Sebagai Guru Mengaji

T1 009 Mohd Mahzan

Awang Teori Modal Insan dari Perspektif Islam dan Barat T1 010 Nur Aflaha Abd

Aziz Pendekatan Pengajaran al-Ghazali dalam Pendidikan Islam T1 011 Absha Atiah Abu

Bakar

al-Quran sebagai Sumber Asas Pendidikan T1 012 Mahfuzah

Mohammed Zabidi Elemen Asas Kepercayaan Konsep Ilmu dalam Pendidikan Islam Pengerusi: Tuan Rahayu Tuan Lasan

T2 001 Tuan Rahayu Tuan

(12)

12 BILIK:

Baitar

T1 014 Mohd Saiful Izzat

Mohamad Noor Pendekatan Metodologi Pendidikan Rasulullah dalam Pengajaran Pendidikan Islam T1 016 Adibah Hasanah

Abd Halim Konsep Pendidikan Islam Menurut Ibnu Khaldun T7 035 Nurul Husna Mat

Saari

Kaedah Didik Hibur dalam Pengajaran Pendidikan Islam T7 036 Noridayu Yusof Penerapan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM)

dalam Kursus Amal Islami T7 037 Zunita Mohamad

Maskor

Pengetahuan Kosa Kata Produktif dalam Kemahiran Menulis

T7 073 Anisah Nasib Penetapan Kadar Upah Simpan Dalam Skim Ar-Rahnu Di Institusi Kewangan Terpilih Di Malaysia

T7 021 Norhafizah Mohd

Daud Kaedah Nyanyian dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah Pengerusi: Kyairaniah Abu Hassan

BILIK: Sibawaih

T7 060 Kyairaniah Abu Hassan

Tahap Kompetensi Metakognitif Murid dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam di Sekolah Menengah Kawasan Felda di Negeri Sembilan

T7 061 Muhd Shaharuddin Mat Salleh

Kaedah Bercerita dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam

T7 062 Mohd Romei Ngah Teknik Pembelajaran Mnemonik dalam Pendidikan Islam ting 4

T1 007 Rogayah Mohd Zain

Kesan Globalisasi ke atas Pendidikan Islam pada Hari Ini T7 064 Harizan Abdullah Kemahiran Visualisasi dalam Pengajaran dan

Pembelajaran Pendidikan Islam T7 066 Nur Mashitah

Mohd Kamal Pendekatan Nasihat melalui Al-Quran dan Nasihat dalam Pengajaran Pendidikan Islam T7 067 Khairiah Hashim Maw‘iẓah Ḥasanah dalam Kalangan Pelajar Menerusi

Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam T7 068 Ummu Aiman

‘Azyyati Md Taib Metode Pengajaran Pendidikan Islam terhadap Pelajar Muallaf di Sekolah Menengah

16 NOVEMBER 2016 - RABU SESI SELARI II (8.30 PAGI - 10.00 PAGI) Pengerusi: Salbiah Mohamed Salleh @ Salleh

BILIK: Dewan

Dato’ Shahir

T5 001 Nur Azri Azizah Sarmuji

Kepelbagaian Budaya dalam Mencorakkan Kesepaduan Ummah

T5 003 Salbiah

Mohamed Salleh @ Salleh

Instrumen Berorientasi Islam: Satu Pendekatan Tinjauan Literatur Sistematik

T5 004 Siti Yasmin

Yusoff Pengajian Tahfiz: Antara Kecemerlangan dan Kegagalan dalam Menghasilkan Insan Kamil T5 005 Zulika Ahamad Penerapan Nilai Murni dan Akhlak Berlandaskan al-Quran

dan as-Sunnah dan Cabarannya di Abad 21 T1 013 Normurni

Mohammad Memahami al-Quran dan Hubungannya dengan Ilmu Pengetahuan Pengerusi: Fahimah Ali Hassan

BILIK: al-Biruni

T7 039 Haszalawati @ Hazwani Hamzah

Penggunaan Kaedah “Mnemonik” Meningkatkan Kemahiran Menentukan Kedudukan Huruf “Alif” dalam Penulisan Jawi T7 040 Munirah Zulkifli Pelaksanaan Program Kerohanian dalam Pembentukan

Sahsiah Pelajar Kolej Kemahiran Tinggi Mara T7 042 Tengku Nurul

Hanis Tuan Yaacob

Pendekatan Kaedah Pemulihan dan Pengayaan dalam Pengajaran Pendidikan Islam

(13)

13

T7 059 Salleh Amat Persepsi Pelajar Terhadap Kemahiran Insaniah dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam

T7 074 Maimun Aqsha

Abdin Lubis Penggunaan Teknik Pembelajaran Aspek Kosa Kata Bahasa Arab dalam Kalangan Murid Pengerusi: Noraziah Mhd Yusop

BILIK: Muslim

T7 044 Norrizah Mohd Ayob

Kaedah Dengar Tutur dalam Pengajaran Pelajar Tahap Satu di Sekolah Rendah

T7 050 Noraziah Mhd

Yusop Penggunaan Peta Konsep dalam Pengajaran dan Pembelajaran Topik Khulafa’ Ar-Rasyidin T7 051 Wan Abu Bakar

Wan Ali Kaedah Demonstrasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Ibadah T7 045 Farah Hanan

Abu Bakar

Pendekatan Pembelajaran Berpusatkan Pelajar dalam Pelajaran Pendidikan Islam

T7 046 Aminuddeen

Mohammad Pendekatan Blended Learning dalam Pendidikan Islam di MRSM Pengerusi: Ahmad Khairudin Ab Azis

BILIK: Baitar

T7 030 Ahmad Khairudin Ab Azis

Kaedah Penyoalan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (PdP) Pendidikan Islam Abad Ke-21

T7 032 Awang Nurizal Awang Kenit

Pengajaran Tilawah al-Quran Secara Talaqi Musyafahah T7 034 Rahmah Ahmad Penggunaan Peta Pemikiran ( i-Think ) Untuk Meningkatkan

Kefahaman dan Minat dalam Ulum Hadis Bagi Tingkatan Satu

T7 053 Ahmad Farhan

Jusoh Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam melalui Kaedah Projek T7 054 Nurazizah

Maarup Pengajaran dan Pembelajaran Koperatif Abad Ke-21 Bahasa Arab di Sekolah Menengah Pengerusi:Nor Khayati Basir

BILIK: Sibawaih

T7 041 Nurul Husna Abdul Aziz

Kaedah Latih Tubi Kosa Kata Bahasa Arab Melalui Kemahiran Berbahasa

T7 055 Muhammad

Redhuan Ghazali Kaedah Penyoalan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam T7 028 Mariati M Ghani Penggunaan Kad Imbasan dalam Meningkatkan Pengajaran

Dan Pembelajaran Pemulihan Jawi T7 001 Nur Hazizi Amir

Hamzah Pengintegrasian Sains Tauhidik dalam Konsep Kitaran Air Semulajadi melalui Pendekatan “Lesson Study” T7 043 Mohd Syaubari

Othman Keberkesanan Permulaan Pengajaran Menerusi Amalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Di Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah Negeri Perak

16 NOVEMBER 2016 - RABU

SESI SELARI III (10.30 PAGI – 12.30 TENGAHARI) Pengerusi: Yusni Mohamad Yusak

BILIK: Dewan Dato’ Shahir T5 007 Yusni Mohamad Yusak

Hala Tuju Program Tahfiz di Politeknik Malaysia: Satu Tinjauan Awal

T5 008 Shahrizan Sarbini Kreativiti Dan Inovasi Dalam Pendidikan Islam T5 009 Mohamad Faizal

Ahmat Persepsi Pelajar terhadap Kurikulum Sains Teknologi dan Kejuruteraan Islam bagi Pelajar Kejuruteraan di Politeknik dalam Pembentukan Peribadi Muslim

T5 010 Norasmahani Hj

Nor De-Sekularisasi dalam Pendidikan T5 011 Wan Nurul

Syuhada’ Wan Hassan

Transformasi Pendidikan Untuk Membina Kemampanan Identiti Remaja Muslim

T5 012 Zarina Zakaria Pengajaran dan Pembelajaran Ibadat dalam Pendidikan Islam Melalui Kaedah Tunjuk Cara Menggunakan Youtube

(14)

14

Pengerusi: Mohammad Zulasyraf Zulkapli

BILIK: al-Biruni

T7 002 Wahainibi Mustafa

Kaedah Penceritaan Sebagai Metodologi Pengajaran dan Pembelajaran Sirah dalam Pendidikan Islam

T7 003 Mohammad Zulasyraf Zulkapli

Pembelajaran Koperatif dalam Pendidikan Islam

T7 004 Nor Saidah Shuib Aplikasi i-Think dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam

T7 006 Marlina Sahaddin Blended Learning dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Pendidikan Islam T7 011 Nurul Eeffah

Awang

Pembentukan Akhlak Menurut al-Ghazali dalam Sistem Pendidikan Hari Ini

Pengerusi: Farah Ilyani Zakaria

BILIK: Muslim

T7 023 Mohd Farhad

Abdul Muin Kaedah Pandang Sebut dalam Pendidikan Jawi T7 024 Saifulrizal

Taasim

Kaedah Demonstrasi Sebagai Metodologi Berkesan Pengajaran dan Pembelajaran Ibadah Abad Ke21

T7 047 Mohd Faizal

Rajab Pembelajaran Aktif dalam Pendidikan Islam T7 048 Kitikedizah

Hambali Kaedah Pembelajaran Pendidikan Islam Think-Pair-share dalam Pengajaran dan T7 049 Zawatil I’shqi

Mustapa

Penggunaan Peta Konsep dalam Pendidikan Islam T7 052 Salleh Huddin

Abdul Raub Pembelajaran Kemahiran Berfikir Aras tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran Subjek Pendidikan Islam Pengerusi : Nur Aflaha Abd Aziz

BILIK: Baitar

T7 056 Muhammad

Syukri Jamil Metode Pengajaran dan Pendidikan Islam Gaya Nabi Muhammad SAW T7 057 Nur Haniza Mohd

Tajudin

Aplikasi Metod Pembiasaan Bagi Mendidik Kanak-Kanak Mengekalkan Amalan Beragama dan Berakhlak Mulia dalam Kehidupan Seharian

T7 058 Mohd Salman Mokhtar

Aktiviti Khidmat Masyarakat: Satu Kaedah dalam Pengajaran Kursus Penghayatan Islam

T7 025 Mohd Aripen

Darahman Kaedah Simulasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam T7 026 Sitti Rafidah

Sahaddin

Kaedah Pembelajaran Kooperatif Dalam Pengajaran Ayat Hukum

T7 027 Hasmiza Harun Kaedah Pengajaran Sokratik dalam Pendidikan Islam Pengerusi : Shah Rulbani Zakaria

BILIK: Sibawaih

T4 007 Khairun Nisak Sombar@Abdul Hamid

Persepsi Pelajar terhadap Penggunaan ‘Youtube’ dalam Subjek Pendidikan Islam

T4 008 Siti Hasanah

Ahmad Shah Penggunaan Aplikasi Pembelajaran Secara Interaktif dalam Modul Ibadah Solat T4 009 Muniroh Bukhari Penggunaan Aplikasi Facebook dalam Pengajaran dan

Pembelajaran Pendidikan Islam T4 010 Shah Rulbani

Zakaria Aplikasi Teknologi ICT dalam PdP Pendidikan Islam ke arah Meningkatkan KBAT dalam Pengajaran Abad-21 T4 011 Rosnah Zakaria Penggunaan CD-Rom dalam Multimedia Pengajaran dan

Pembelajaran Tarannum Melalui Kelas Kemahiran al-Quran T4 013 Zanaton H Iksan Penerapan Nilai dalam Pengajaran melalui Mobile Classroom

(15)

15

16 NOVEMBER 2016 - RABU

SESI SELARI IV (2.15 PETANG – 4.15 PETANG) Pengerusi: Nor Khayati Basir

BILIK: Dewan Dato’ Shahir T1 001 Mohamad Faizal Ismail

Rotan Pendidikan Atau Penderaan; Islam Vs Barat T1 002 Maizatul Nazira

Mohd Nazir Metodologi Pendidikan Ibnu Khaldun T1 004 Muhamad

Syazwan

Rasulullah SAW Model Psikologi Pendidikan Islam T1 006 Nor Khayati

binti Basir Impak Sekularisme Terhadap Matlamat Falsafah Pendidikan Islam T7 063 Mohamad Faizal

Ismail

Hubungan Kekeluargaan terhadap Penghayatan Akhlak Pelajar Sek. Men. Di Daerah Gombak, Selangor

T1 008 Noakma Mohamad

Konsep Ta’dib sebagai Teras Falsafah Pendidikan Islam Pengerusi: Sri Andayani

BILIK: al-Biruni

T4 014

Muhammad Shahrul Abdul Rahman

Tahap Penerimaan dan Penggunaan Telegram dalam m-Pembelajaran dalam Kalangan Pelajar Universiti Melayu Islam

T4 015 Nurul Izzah binti

A Rahman Penggunaan Aplikasi Dubsmash Dalam Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Mendengar Bahasa Arab Melalui Teks

Al-Hiwar

T4 016 Mohd Fadzil bin

Jamal Aplikasi Media Sosial dalam Pembelajaran di IPT Malaysia ke Arah Pemerkasaan Metodologi Pengajaran Pendidikan Islam T4 017 Sabehah Hasan Penggunaan Multimedia dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Pendidikan Islam T4 018 Tuan

Nurulhilwani Tuan Hussin

Penggunaan Smart Education dalam Pendidikan Islam di MRSM: Satu Tinjauan

T4 019 Nik Abdul Rahman Nik Hassan

Penilaian Kebolehgunaan Aplikasi M-Pembelajaran (m-Nikah) dalam kalangan Guru Pendidikan Islam

Pengerusi: Engku Zarihan Engku Abdul Rahman

BILIK: Muslim

T8 001 Norrashidah Abd

Hadi Pengetahuan Guru Pendidikan Islam dalam Melaksanakan Pembelajaran Berasaskan Masalah T8 002 Farah Ilyani

Zakaria

Kepentingan Pengalaman Pembelajaran Terdahulu (PPT) Siswa Pendidik dalam Pengajaran Tilawah al-Quran

T8 003 Rozita Md.Noh Persepsi Guru Pendidikan Islam terhadap Amalan Pengajaran Tilawah al-Quran Sekolah Rendah

T8 004 Engku Zarihan Engku Abdul Rahman

Pengaruh Keilmuan Guru Pendidikan Islam dalam Pengajaran Pendidikan Islam

T8 005 Mohd Nasri Abdullah

Pengamalan Budaya Kompetensi Bimbingan Penyeliaan Praktikum oleh Pensyarah Pendidikan Islam Institut Pendidikan Guru di Malaysia

T8 006 Rosita Rejab Persepsi Pelajar Terhadap Pengurusan Masa Pengajaran Kemahiran Amal Islami (KAI): Satu Kajian di MRSM

Pengerusi: Ahmad Amir Khan Shah bin Ahmad

BILIK: Baitar

T4 001 Syuhada Md Samsudin

Pembudayaan Penggunaan Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam

T4 002 Syairah Etin Aplikasi e-Learning dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam

T4 003 Siti Khadizah Kaimin

Kaedah Media Audio Visual dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam

T4 004 Nur Amirah

(16)

16 T4 005 Wan Hanisah

Meor Abd Aziz Suhaimi

Penggunaan Kaedah Mnemonik Berbantukan Multimedia dalam Pengajaran dan Pembelajaran Tajwid

T4 006 Siti Nor Afeeqah

Md Azhar Penggunaan “YouTube” Sebagai Media Sosial untuk PdP dalam Kalangan Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia Pengerusi: Shah Rulbani Zakaria

BILIK: Sibawaih

T7 016 Nurul Solehah

Mohd Zubir Elemen Warna sebagai Mekanisme Pengajaran dan Pembelajaran Jawi Sekolah Rendah T7 017 Hezlen Suzne

Md. Noor

Penggunaan Peta Pemikiran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bab Sirah Pendidikan Islam

T7 018 Norhayati Mat

Arin Aplikasi Pembelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah Kaedah Bermain dalam Pengajaran dan T7 020 Mahani M Ghani Kaedah Tunjuk Cara dalam Pengajaran Pendidikan Islam T7 022 Wan Shaheda

(17)

17 ABSTRAK

TEMA 1: FALSAFAH DAN PEMIKIRAN PENDIDIKAN T1 001: ROTAN PENDIDIKAN ATAU PENDERAAN: ISLAM VS BARAT

Mohamad Faizal Ismail & Mohd Aderi Che Noh Fakulti Pendidikan,Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Asas kepada pendidikan dalam Islam ialah panduan yang jelas, diberi tunjuk ajar dengan berhikmah dan contoh tauladan (role model) yang baik. Namun pendidikan di dalam Islam membenarkan penggunaan rotan sebagai hukuman untuk mendidik akhlak anak-anak dengan syarat-syarat dan kaedah-kaedah yang tertentu. Berbeza pula pandangan barat berkaitan penggunaan rotan sebagai hukuman untuk mendidik akhlak anak-anak. Mereka berpendapat bahawa hukuman merotan adalah satu penderaan fizikal bagi anak-anak dan boleh disabitkan kesalahan jenayah kepada si pelaku.

T1 002: METODOLOGI PENDIDIKAN IBNU KHALDUN

Maizatul Nazira Mohd Nazir, Mohd Aderi bin Che Noh & Maimun Aqsha Lubis Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Perbincangan mengenai pendidikan sentiasa berterusan. Bahkan menjadi bahan perdebatan. Begitu juga dalam ajaran Islam di mana kepentingan ilmu pengetahuan telah menjadikan umatnya mampu menguasai pelbagai disiplin ilmu. Kepelbagaian disiplin ilmu telah dikembangkan dan banyak penemuan baru dicipta hasil daripada penyelidikan dan penerokaan yang dilaksanakan secara berterusan serta metodologi yang digunakan bagi menghasilkan input yang berkualiti. Situasi ini juga adalah pengaruh peranan tokoh-tokoh yang berkecimpung dalam dunia pendidikan. Antaranya termasuklah Ibnu Khaldun. Maka, artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti metodologi yang dicetuskan oleh Ibnu Khaldun dalam bidang pendidikan serta membincangkan biografi Ibnu Khaldun, konsep ilmu dan kesan sumbangan beliau dalam pendidikan. Artikel ini merupakan kajian kepustakaan yang bersumberkan daripada beberapa rujukan buku, artikel, jurnal serta rujukan internet yang berkaitan dengan tajuk. Hasil kajian mendapati bahawa metodologi yang telah dikemukakan oleh Ibnu Khaldun dan kesannya terhadap dunia pendidikan masih relevan. Idea beliau dalam bidang pendidikan telah berjaya menyebarkan pengaruh dan memberi impak hingga kini seperti penggunaan metode pentahapan dan pengulangan, pengaplikasian alat bantu mengajar, lawatan sambil belajar, kaedah penyampaian untuk murid baharu, dan metode penguasaan bahasa yang telah dicetuskan oleh Ibnu Khaldun. Cetusan idea Ibnu Khaldun dalam metodologi pendidikan sangat mengagumkan dunia dan telah meninggalkan warisan berharga kepada tamadun dan generasi kini. Hal ini menunjukkan metodologi adalah salah satu cabang yang penting dalam pendidikan dan memberi kesan kepada masyarakat. Oleh yang demikian, implikasi kajian ini adalah untuk memberi kesedaran akan tanggungjawab bahawa pandangan Ibnu Khaldun berhubung dengan pendidikan wajar diberikan perhatian dan lebih pendedahan kerana terdapat pelbagai metode dan idea yang dikemukakan Ibnu Khaldum masih bersesuaian dan diguna pakai hingga kini.

T1 004: RASULULLAH SAW MODEL PSIKOLOGI PENDIDIKAN ISLAM Muhamad Syazwan, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff & Mohd Aderi Che Noh

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

Artikel ini membincangkan mengenai Rasulullah S.A.W. boleh dijadikan sebagai model psikologi Pendidikan Islam. Perbincangan ini bermula dengan pengenalan, kemahiran berfikir Rasulullah S.A.W., gaya hukuman rotan Rasulullah S.A.W., pendekatan psikologi Rasulullah S.A.W. semasa berkomunikasi dan berdakwah, serta bagaimana Rasulullah s.a.w. melayan manusia. Artikel ini juga merupakan kajian kepustakaan yang bersumberkan daripada pelbagai buku rujukan, artikel, jurnal serta rujukan internet yang berkaitan dengan tajuk. Dapatan kajian mendapati bahawa Rasulullah

(18)

18

SAW telah menunjukkan bagaimana cara mendidik manusia dan anak-anak daripada aspek psikologi seperti cara memberi hukuman, berkomunikasi, dan melayan manusia. Oleh itu, umat Islam kini khususnya para pendidik harus mengetahui, mengambil iktibar dan menjadikan Rasulullah S.A.W. sebagai model psikologi Pendidikan Islam.

T1 006: IMPAK SEKULARISME TERHADAP MATLAMAT FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM Nor Khayati Basir, Khadijah Abdul Razak & Nur Afifah Saharudin)

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

Sekularisme adalah satu fahaman yang memisahkan antara kehidupan dunia dengan nilai keagamaan sama ada berkaitan dengan aspek pendidikan, politik, sosial, mahupun ekonomi. Fahaman sekularisme menolak keperluan semua agama dengan pendirian bahawa unsur agama tidak wujud dalam kehidupan manusia. Artikel membincangkan isu fahaman sekularisme dalam aspek pendidikan kini khususnya terhadap pencapaian matlamat Falsafah Pendidikan Islam di Malaysia. Fokus utama adalah impak sekularisme yang dikatakan sebagai penghalang matlamat Falsafah Pendidikan Islam direalisasikan dengan sempurna, mempengaruhi keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran, mewujudkan aliran dualisme dalam pendidikan, langkah-langkah menangani fahaman sekularisme dalam pendidikan ke arah pembangunan ummah wasatiah, iaitu memberikan penekanan terhadap kepentingan pembelajaran sepanjang hayat, memperkasakan integrasi Kurikulum Bersepadu Dini dalam Kurikulum Kebangsaan dan meningkatkan kualiti guru Muslim dalam kepelbagaian bidang kepakaran. Justeru, fahaman sekularisme harus ditangani dan dihapuskan dengan segera dalam usaha mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Islam yang dihasratkan.

T1 007: KESAN GLOBALISASI KE ATAS PENDIDIKAN ISLAM KINI Rogayah Mohd Zain & Mohd Aderi Che Noh

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

Artikel ini bertujuan untuk mengetengahkan kecanggihan teknologi yang digunakan dalam Pendidikan Islam kini dalam memudahkan pelajar dan orang awam mengakses ilmu pengetahuan. Kecanggihan teknologi itu sendiri memberi impak globalisasi dalam dunia pendidikan Islam dan juga kepada penganutnya. Malah, pelbagai cabaran yang perlu ditempuhi akibat tempias daripada kecanggihan teknologi dunia. Pengumpulan dapatan dijalankan melalui kaedah kepustakaan yang menjadikan buku, artikel, jurnal, kertas konsep dan laman web sebagai sumber rujukan. Dapatan mendapati bahawa ICT menjadi satu keperluan dalam pendidikan bagi menarik minat pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dan juga di luar bilik darjah. Penggunaan ICT secara meluas secara tidak langsung telah memunculkan istilah Islamofobia secara rancak, sebaran ini telah menjadikan orang bukan Islam takut dan menyimpan rasa benci terhadap orang Islam dan sekali gus dianggap sebagai pengganas akibat dakyah yang disebarkan oleh media tentang keburukan dan fitnah terhadap orang Islam. Namun, ICT juga telah membantu pendakwah telah membersihkan persepsi orang bukan Islam terhadap agama Islam dengan tidak menjadikan penganutnya sebagai kayu ukur kepada agama Islam, akan tetapi perlu dilihat pada ajaran Islam itu sendiri. Kesimpulannya, penganut Islam seharusnya menjadikan ajaran Islam sebagai amalan seharian tanpa meninggalkan dalam menjalani kehidupan seharian, dalam melahirkan seorang muslim yang disegani dan mampu bersaing pada peringkat global perlulah mempunyai pegangan agama yang kukuh dan mantap, maka pendidikan Islam adalah langkah awal dalam mempersiapkan individu yang mampu mendepani arus globalisasi.

T1 008: KONSEP TA’DIB SEBAGAI TERAS FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM Noakma Mohamad1 & Khadijah Abdul Razak2

1Majlis Amanah Rakyat, 2Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Falsafah Pendidikan Islam bermatlamat menghasilkan modal insan yang kamil. Penerapan konsep

ta’dib sebagai teras Falsafah Pendidikan Islam serta bagaimana proses ta’dib berlaku dan siapakah

yang memegang amanah dalam melaksanakannya sebagai fokus kajian. Kajian kepustakaan digunakan bagi meneliti bahan bertulis seperti buku, jurnal, dan kertas kerja daripada tokoh

(19)

19

ilmuwan Islam yang membicarakan persoalan ta’dib dalam pendidikan Islam secara khusus. Hasil penelitian menunjukkan bahawa pemikiran ta’dib menjurus kepada penyempurnaan akhlak manusia. Dalam proses pendidikan, guru sebagai muaddib memainkan peranan kepada penyempurnaan akhlak dalam tugas mendidik untuk menghubungkan antara spiritual dan fizikal melalui perkataan, perbuatan, kepercayaan, dan niat. Natijahnya, penguasaan ilmu pengetahuan, perubahan sahsiah, dan pencapaian akhlak yang mulia akan membawa oleh pelajar. Penelitian terhadap konsep ta’dib ini membantu pendidik memahami inti pati dan matlamat pendidikan secara holistik. Dasar pendidikan bukanlah semata-mata melihat kepada pencapaian akademik pelajar tetapi yang lebih penting dalam proses mencurahkan ilmu dan kemahiran perlulah disertakan dengan ketinggian adab dan menyemai budi pekerti.

T1 009: TEORI MODAL INSAN DARI PERSPEKTIF ISLAM DAN BARAT Mohd Mahzan Awang, Abdul Razaq Ahmad & Zahidah Muhd Zain

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

Kertas kerja ini membincangkan tentang teori modal insan daripada perspektif Barat dan Islam. Teori Modal Insan bukanlah teori yang asing, malahan menjadi panduan asas kepada negara maju untuk dijadikan sebagai pelaburan yang bermanfaat. Aset tenaga manusia yang dibekalkan dengan kemahiran, pendidikan, dan latihan mampu meningkatkan produktiviti dan pada masa yang sama dapat membantu memajukan pembangunan sesebuah negara. Idea dan konsep modal insan di Barat lebih menekan sumber manusia yang perlu dilabur melalui pendidikan dan latihan sama ada bagi sektor buruh mahupun industri. Justeru, di bawah Teori Modal Insan atau manusia, pelaburan terhadap pendidikan dan latihan sering kali ditekan. Ia dilihat sebagai penentu utama prestasi ekonomi dengan mengambil konsep pekerja sebagai modal manusia yang akan menyokong perubahan teknologi, penyelidikan, inovasi, peningkatan produktiviti, dan daya saing. Perspektif modal insan dalam Islam cukup berbeza kerana ajaran Islam mengenal pasti modal insan yang paling utama adalah nilai individu itu sendiri. Bagi Islam, pembentukan modal insan perlu seiring dengan falsafah Islam yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah serta modal insan tidak sepatutnya dilihat daripada sudut kepakaran, kemahiran, kebolehan mahupun profesional.

Kata Kunci: modal, insan, Islam, Barat, manusia, pendidikan

T1 010: PENDEKATAN PENGAJARAN AL-GHAZALI DALAM PENDIDIKAN ISLAM Nur Aflaha Abd Aziz & Mohd Aderi Che Noh

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

Dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam, guru Pendidikan Islam dilihat sebagai contoh terbaik yang membentuk insan yang berakhlak dan bertakwa. Justeru, artikel ini bertujuan untuk membincangkan pendekatan pengajaran guru Pendidikan Islam yang berkesan dan beberapa komponen teras kesediaan yang perlu ada pada setiap guru Pendidikan Islam. Perbincangan adalah berdasarkan kaedah-kaedah pengajaran yang disarankan Al-Ghazali dalam pendidikan Islam, iaitu kaedah perbandingan, kaedah halaqah, kaedah bimbingan, dan kaedah perbincangan.

T1 011: AL-QURAN SEBAGAI SUMBER ASAS PENDIDIKAN ISLAM Absha Atiah Abu Bakar

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

al-Quran merupakan sebuah kitab suci yang sempurna dan lengkap dengan segala petunjuk untuk seluruh umat manusia. Hal ini kerana kemukjizatannya yang tidak perlu disangkal lagi. Perkara ini boleh dirujuk berdasarkan variasi pengertian al-Quran itu sendiri. Sesungguhnya al-Quran dan perkaitannya dengan Islam sememangnya tidak dapat dipisahkan. Kesyumulan Islam itu sendiri adalah berasaskan al-Quran. Justeru, al-Quran menjadi sumber rujukan paling utama dalam segenap aspek termasuklah pendidikan. al-Quran telah diletakkan sebagai sumber asas pendidikan Islam kerana sifatnya yang universal. Manifestasi al-Quran sebagai sumber bukan sahaja boleh dilihat dalam aspek pendidikan formal di sekolah semata-mata, malah proses pendidikan terawal yang sebenarnya adalah bermula daripada terbinanya sebuah institusi kekeluargaan.

(20)

20

T1 012: ELEMEN ASAS KEPERCAYAAN KONSEP ILMU DALAM PENDIDIKAN ISLAM Mahfuzah Mohammed Zabidi & Ab. Halim Tamuri

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan ABSTRAK

Matlamat pendidikan Islam adalah untuk membangunkan insan yang mempunyai kesempurnaan akhlak sebagai hamba dan khalifah Allah. Akhlak terpuji terhasil daripada keimanan yang bertitik tolak daripada kepercayaan ilmu yang benar. Kekeliruan dalam melihat konsep ilmu mengikut pandangan alam Islam yakni mengikut kedudukan dan hierarki yang sebenar mengakibatkan aspek keimanan tidak dapat dihayati dengan sempurna dan seterusnya menghalang pembinaan peribadi berakhlak mulia. Oleh itu, artikel ini bertujuan mengembalikan fokus usaha menyelesaikan masalah akhlak dalam kalangan umat Islam kepada pembinaan kepercayaan konsep ilmu yang tepat mengikut acuan pandangan alam Islam. Usaha tersebut perlu digerakkan oleh Unit Pendidikan Islam kerana memandangkan pembinaan kepercayaan konsep ilmu tidak berlaku secara natural melainkan perlu kepada satu proses pembelajaran secara sistematik. Artikel ini menumpukan elemen asas yang membentuk kepercayaan konsep ilmu dalam pandangan alam Islam iaitu sifat, tujuan, sumber, kesepaduan, dan kaedah mendapatkan ilmu. Dengan penghuraian tersebut, diharapkan setiap individu yang berurusan dengan ilmu dapat menghayati ilmu dengan lebih baik sehingga memberi kesan yang positif kepada pengukuhan keimanan dan akhlak yang terpuji.

Kata Kunci: konsep ilmu, Pendidikan Islam, pandangan Islam

T1 013: MEMAHAMI AL-QURAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN ILMU PENGETAHUAN Normurni binti Mohamad

Politeknik Banting ABSTRAK

al-Quran merupakan kitab rujukan yang unggul bagi umat Islam. Isi kandungan al-Quran mengandungi pelbagai ilmu pengetahuan yang sangat bermanfaat untuk kesejahteraan hidup manusia. Umat Islam dituntut untuk membaca dan memahami isi kandungan al-Quran untuk memperoleh ilmu yang tersembunyi di dalamnya. Penelitian ini adalah bertujuan untuk mengetahui konsep al-Quran, keperluan memahami al-Quran, dan matlamatnya, meneliti konsep ilmu serta mencari hubungan antara memahami al-Quran dengan ilmu pengetahuan. Penelitian ini merupakan satu kajian kepustakaan yang mengkaji pandangan sarjana yang berkaitan bagi mencapai objektif. Hasil penelitian mendapati umat Islam dituntut untuk membaca dan memahami al-Quran dengan maknanya yang sebenar melalui kemahiran ilmu tafsir yang betul. Kaedah tadabbur al-Quran akan membolehkan umat Islam menjalankan fungsi hamba dan khalifah dengan sempurna. Penggunaan akal secara kritis dalam memahami al-Quran akan membawa manusia menyingkap pelbagai rahsia Allah SWT serta mengetahui ketinggian ilmu-Nya yang tersurat dan tersirat di dalam al-Quran. Namun, dalam artikel ini, penulis hanya memfokuskan ayat yang berkaitan dengan alam dan manusia sahaja daripada lautan ilmu yang ada di dalam Quran. Dapat disimpulkan, bahawa al-Quran merupakan sumber ilmu yang agung dan benar. Penerokaan ilmu melalui kefahaman yang benar daripada ayat al-Quran akan membawa kepada kemajuan dan ketamadunan manusia dalam pelbagai aspek kehidupan. Dicadangkan agar usaha untuk membumikan al-Quran dipergiatkan bagi melahirkan lebih ramai ilmuwan Islam yang boleh dijadikan pakar rujuk dalam setiap bidang kehidupan.

T1 014: PENDEKATAN METODOLOGI PENDIDIKAN RASULULLAH DALAM PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

Mohammad Saiful Izzat, Mohd Aderi Che Noh & Mohd Isa Hamzah Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Rasulullah S.A.W selaku Qudwah hasanah kepada umat manusia merupakan seorang tokoh guru yang banyak memperkenalkan metodologi dan teknik pendidikan. Metodologi dan teknik yang digunakan oleh Baginda S.A.W begitu istimewa untuk umat Islam. Kejayaan pendidikan Rasulullah S.A.W berkait rapat dengan dirinya sebagai utusan Allah S.W.T. Faktor ini menjadikan segala metodologi dan teknik yang digunakan oleh Baginda S.A.W mendapat sokongan wahyu seperti yang dijelaskan oleh Allah S.W.T, ini membawa maksud bahawa pendidikan Rasulullah S.A.W kepada para sahabatnya merupakan pendidikan yang dipimpin sendiri oleh Allah S.W.T. Pencipta manusia dan

(21)

21

sekalian makhluk. Allah S.W.T. mencipta sekalian alam termasuk manusia, sudah tentu Dia Maha Mengetahui metodologi terbaik untuk digunakan oleh Baginda S.A.W selaku utusan-Nya bagi mendidik umat manusia. Oleh itu, penelitian ini akan membincangkan tentang konsep metodologi pendidikan Rasulullah S.A.W berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai metodologi utama sebagai rujukan dan teknik yang diguna pakai dalam menyebarkan ilmu Islam kepada umat Islam.

T1 015: KONSEP TAUHID DALAM PENDIDIKAN ISLAM Mohd Azam Mahat & Mohd Aderi Che Noh Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Pendidikan Islam tidak boleh dilihat sebagai mata pelajaran semata-mata, ia merupakan proses mendekatkan diri insan kepada Allah melalui pembentukan rohani, intelek, emosi, dan jasmani dengan berpandukan al-Quran dan al-Hadis. Penelitian ini bertujuan untuk membincangkan kepentingan penerapan konsep tauhid dalam pendidikan Islam dengan memberi tumpuan kepada empat topik utama, iaitu hubungan antara tauhid dan pendidikan, implikasi tauhid kepada pembentukan modal insan, tauhid merentas kurikulum, dan ancaman sekularisme dalam pendidikan. Kaedah kepustakaan digunakan dalam mengenal pasti pandangan serta pendapat para sarjana mengenai konsep tauhid dalam pendidikan Islam. Selain itu, artikel ini turut membincangkan isu semasa, kesan pengabaian konsep tauhid dalam pendidikan serta peranan semua pihak bagi menangani permasalahan ini. Hasil penelitian menunjukkan hubungan antara penerapan konsep tauhid dalam pendidikan Islam adalah sangat penting kepada pembentukan generasi yang seimbang daripada semua aspek seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

T1 016: KONSEP PENDIDIKAN ISLAM MENURUT IBNU KHALDUN Adibah Hasanah Abd Halim1 & Mohd Aderi Che Noh2

1Politeknik Banting Selangor, 2Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Ibn Khaldun merupakan seorang tokoh pemikir Islam yang telah mengeluarkan banyak pandangan dalam pelbagai bidang. Beliau turut menghasilkan pelbagai karya yang telah menjadi rujukan sehingga hari ini. Pemikiran Ibnu Khaldun yang sangat relevan dengan konsep pendidikan masa sekarang turut menjadi rujukan cendekiawan masa kini. Kitab agungnya Mukadimah menjadi panduan segenap lapisan masyarakat terutamanya pelajar dan pendidik dalam melaksanakan proses pembelajaran. Justeru, artikel ini bertujuan untuk membincangkan tentang konsep Pendidikan Islam menurut Ibnu Khaldun. Perbincangan adalah berkisar tentang konsep pendidikan dari kaca mata Ibnu Khaldun dan tinjauan dari sudut pendidik sebagai agen perubahan. Terdapat empat elemen berkenaan pendidik menurut Ibnu Khaldun yang akan diperincikan dalam penulisan ini iaitu pendidik sebagai uswah hasanah, kompetensi pendidik dalam menjalankan proses pengajaran, kaedah pengajaran dan pembelajaran dan hukuman kekerasan kepada pelajar merupakan kaedah terakhir dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Artikel ini turut memuatkan beberapa cadangan bagi tujuan membantu menambah baik kualiti pendidik hari ini.

T1 017: PERKEMBANGAN AKHLAK MANUSIA MENURUT ISLAM DAN IMPLIKASINYA KEPADA PENDIDIKAN

Asmawati Suhid1, Mohd Aderi Che Noh2 & Zaharah Hussin3

1Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM, 2Fakulti Pendidikan, UKM, 3Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.

ABSTRAK

Al-Quran sebagai sumber utama dalam Islam (selain as-Sunnah dan Ijtihad) merupakan asas dan sumber pengkajian pelbagai ilmu. Ilmu yang terkandung di dalam al-Quran meliputi segala aspek keperluan dan kehidupan manusia serta menjangkau keluasan ilmunya sejak penurunan al-Quran sehingga ke akhir zaman. Malah, begitu banyak ilmu-ilmu yang telah dan baru ditemui oleh manusia telah dibuktikan oleh al-Quran akan kebenarannya. Hakikatnya, selagi manusia mengkaji ilmu Allah SWT, di dalam al-Quran, pasti akan mendapat kebenarannya dan ilmu Allah tidak akan berkurangan sedikitpun. Untuk tujuan kertas kerja ini, penulis akan mengetengahkan ilmu al-Quran berkaitan perkembangan akhlak manusia. Penulis turut mengutarakan kajian dan pendapat tokoh-tokoh

(22)

22

terbilang Islam yang bersandarkan kepada dalil-dalil al-Quran berkaitan dengan hal ini. Seterusnya, turut membincangkan implikasi pengetahuan ini dalam amalan pendidikan.

TEMA 2: MENANGANI ISU DAN CABARAN

T2 001: KEMAHIRAN ABAD KE-21: PERANAN DAN CABARAN GURU PENDIDIKAN ISLAM Tuan Rahayu Tuan Lasan & Mohd Aderi Che Noh

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

Artikel ini akan membincangkan tentang ciri-ciri kemahiran abad ke-21, peranan dan cabaran guru dalam melaksanakan kemahiran abad ke-21 dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini menggunakan metodologi kajian kepustakaan. Kemahiran abad ke-21 (21st Century Skill) merupakan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan transformasi pendidikan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Kemahiran abad ke-21 dapat dikaitkan dengan pelbagai kemahiran yang diperlukan pada zaman ini. Pengajaran Pendidikan Islam yang berkesan merupakan suatu isu yang diperbincangkan dan menjadi cabaran kepada guru Pendidikan Islam. Perkembangan teknologi maklumat dan telekomunikasi kini telah memberi cabaran baru dalam dunia pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru. Dalam Pendidikan Islam kemahiran pembelajaran abad ke-21 perlu diterapkan ke dalam diri murid melalui proses pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan mereka memahami ajaran Islam dengan sempurna. Justeru, diharapkan artikel ini dapat dijadikan panduan khususnya kepada guru Pendidikan Islam dalam usaha melaksanakan kemahiran abad ke-21 ke arah melahirkan modal insan yang kreatif, inovatif, dan berdaya saing.

T2 002: HALA TUJU SERTA CABARAN INDUSTRI MAKANAN HALAL MALAYSIA Nurul Izati Binti Abd Ghani, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff & Mohd Aderi Bin Che Noh

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

Industri makanan halal di Malaysia berkembang seiring dengan kepesatan dan permintaan pasaran dunia. Hal ini berikutan jumlah atau populasi penduduk dunia yang meningkat pada setiap tahun memerlukan satu pasaran luas yang mampu menampung dan memenuhi kehendak pengguna terutamanya pengguna Muslim. Lantaran itu, kerajaan melihat peluang dan potensi yang besar dalam membangunkan industri ini seterusnya menjadikan Malaysia sebagai hab makanan halal dunia menjelang tahun 2010. Kertas konsep ini membincangkan mengenai hala tuju industri makanan halal Malaysia serta isu dan cabaran yang perlu dihadapi bagi merealisasikan hasrat kerajaan dalam menjadikan Malaysia sebagai hab makanan halal dunia. Isu utama yang diketengahkan ialah mengenai isu gelatin di mana sebahagian besar atau majoriti gelatin yang digunakan dalam makanan berasal daripada sumber tidak halal. Hal ini sedikit sebanyak mempengaruhi industri makanan halal dunia. Selain daripada itu, aspek daya saing merupakan cabaran utama yang perlu diberi perhatian memandangkan industri makanan halal Malaysia masih kurang berdaya saing.

T2 005: PENDEKATAN KUMPULAN PENGELOLA SEKOLAH AGAMA DAN PENDIDIKAN CINA DALAM MENUNTUT HAK PENDIDIKAN

Azizi Umar, Mohd Syuja’ Saedin, Nazri Muslim, Wan Zulkifli Wan Hassan & Ahmad Rafizi Salleh Pusat Citra, Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan mengkaji sejarah perjuangan hak pendidikan daripada aspek perundangan dan melihat sejauh mana pengaruh kuasa dalam perundangan pendidikan memberikan kesan kepada matlamat serta tujuan penubuhan kedua-dua jenis sekolah. Bagaimanakah sejarah perjuangan hak pendidikan bagi kedua-dua kumpulan berlaku di awal kewujudannya? Sejauh manakah pengaruh kuasa dalam perundangan pendidikan memberikan cabaran kepada matlamat kumpulan pendidikan tersebut? Kajian ini menggunakan kaedah temu bual dan analisis dokumen bagi tujuan pengukuhan penyelidikan. Penulis telah menemu bual dua orang pemimpin dan aktivis pendidikan. Bagi aktivis kumpulan pengelola, temu bual dijalankan ke atas individu yang berpengalaman lebih daripada 20 tahun dalam memperjuangkan hak kumpulan pengelolaan pendidikan sekolah agama di Malaysia. Temu bual juga dilakukan ke atas aktivis sosial kumpulan pendidikan Cina dari Malaysian Chinese

(23)

23

Association (MCA). Analisis dokumen yang diambil bagi menjalankan kajian ini ialah seperti akta perundangan, enakmen negeri, laporan tahunan pertubuhan sosial dan resolusi-resolusi persidangan. Dapatan awal menunjukkan perjuangan tuntutan tersebut mengalami jatuh bangun sejak sebelum kemerdekaan dan selepasnya. Selain itu, perjuangan kumpulan pendidikan Cina telah berjaya mengurangkan kuasa menteri dalam penukaran sekolah Cina kepada sekolah kebangsaan dalam Akta Pendidikan 1996. Sebaliknya bagi kumpulan pendidikan sekolah agama, kuasa menteri semakin besar dan mempunyai kuasa autoriti ke atas sebahagian besar sekolah agama yang telah diusahakan oleh masyarakat dan negeri sebelum ini. Ia terbukti apabila sebahagian sekolah agama didaftarkan sebagai Sekolah Bantuan Kerajaan. Pada masa yang sama, sekolah Cina yang juga didaftarkan sebagai Sekolah Bantuan Kerajaan, masih mengekalkan pengaruh autoriti mereka melalui gabungan gerakan sosial kumpulan pendidikan tersebut. Justeru itu, penulis mencadangkan institusi sekolah agama khususnya perlu kepada keluwesan dalam mendapatkan hak demokrasi pendidikan secara bijaksana. Ia sesuai dengan proses pengupayaan sekolah dan jabatan pendidikan negeri yang terdapat dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

T2 006: PROGRAM TRANSISI KERJAYA BAGI INDIVIDU OKU SEBAGAI GURU MENGAJI Aliza Alias & Nuraisyah Adnie Abd Rahman

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

Program transisi merupakan satu program yang dirangka khusus dalam usaha membantu individu OKU untuk mendapatkan pengalaman bekerja. Pelatih OKU dalam kajian ini telah menganggur selama 3 tahun selepas tamat persekolahan menengah tetapi mempunyai pengalaman menyertai tilawah Al-Quran pendidikan khas. Aktiviti yang dirancang dalam program ini bertujuan untuk membantu pelatih menyesuaikan diri dengan persekitaran pekerjaan sebenar di sebuah Pusat Jagaan Anak Yatim. Walaupun pelatih mempunyai masalah sosial, emosi dan komunikasi tetapi beliau bersemangat untuk menjalankan tugasnya mengajar seorang anak murid sahaja di pusat tersebut. Program transisi ini turut menghadapi cabaran dari aspek kesediaan majikan, penerimaan rakan sekerja, masalah penyesuaian tingkah laku, sosial dan emosi pelatih. Walau bagaimanapun, pelatih berjaya menjalani program transisi ini selama 8 minggu. Kejayaan pelatih melaksanakan tanggungjawabnya sebagai guru mengaji bergantung kepada aktiviti transisi yang lebih fokus kepada pengukuhan personaliti yang kurang selesa berkomunikasi dengan orang lain dan juga meningkatkan keyakinan dalam menyesuaikan diri dengan orang dan persekitaran baru. Pelatih turut berkeyakinan melibatkan diri dengan aktiviti lain yang dijalankan di pusat tersebut dengan bimbingan guru transisi dan majikan serta rakan sekerja. Oleh itu, program transisi ke alam pekerjaan ini telah memberikan peluang kepada individu OKU mengalami suasana bekerja dan seterusnya meningkatkan keyakinan diri bahawa beliau juga boleh bekerja dengan baik.

TEMA 4: SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN

T4 001: PEMBUDAYAAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

Syuhada Md Samsudin & Mohd Aderi Che Noh Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Artikel ini bertujuan untuk mengupas tentang pembudayaan penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Metodologi kajian ini adalah berbentuk kepustakaan yang terdiri daripada rujukan tesis, jurnal, artikel dan buku yang berkaitan. Hasil kajian ini mendapati penggunaan teknologi seperti komputer, CD-ROM, dan perakam kaset mampu memberikan kesan positif semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan. Artikel ini akan menghuraikan dengan lebih lanjut tentang konsep teknologi dan Pendidikan Islam, peranan teknologi dalam proses pengajaran dan cabaran yang dihadapi dalam meningkatkan penggunaan teknologi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Walaupun Pendidikan Islam dianggap sebagai mata pelajaran yang agak mudah untuk dikuasai, namun masih terdapat isu yang mengganggu keberkesanan pengajaran seperti masalah penguasaan tulisan jawi, al-Quran, tajwid,

(24)

24

serta perkara asas fardu ain. Penggunaan teknologi dilihat mampu memberi impak yang besar kepada para guru terutamanya dalam mengatasi masalah yang timbul.

T4 002: APLIKASI E-LEARNING DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM Syairah Etin & Mohd Aderi Che Noh

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

Perkembangan pesat teknologi maklumat kini telah menggubah paradigma masyarakat dalam mencari dan mendapatkan maklumat atau informasi dengan lebih cepat melalui jaringan internet seperti informasi daripada surat khabar, audio visual elektronik, dan sebagainya. Pelbagai perubahan turut berlaku dalam bidang pendidikan terutamanya penggunaan internet dalam pembelajaran. Ini dapat dilihat melalui transformasi kaedah pembelajaran konvensional kepada kaedah pembelajaran berasaskan teknologi terkini yang bersifat lebih interaktif dan menarik.

E-Learning merupakan salah satu instrumen teknologi pembelajaran yang berkesan dalam bidang

pendidikan dan boleh dilaksanakan secara meluas tanpa dibatasi oleh ruang dan masa. Kertas konsep ini akan membincangkan berkaitan pembelajaran interaktif e-Learning dalam Pendidikan Islam serta pelaksanaan Learning dalam pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan aplikasi

e-learning dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam juga dilihat dapat meningkatkan

keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran bahkan bersifat lebih fleksibel dan mampu mendorong murid untuk mencari maklumat dengan daya usaha dan inisiatif sendiri. Implikasi daripada penggunaan pembelajaran interaktif e-Learning dapat merancakkan lagi perkembangan teknik serta pendekatan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam yang digabungkan dengan kemajuan teknologi terkini.

T4 003: KAEDAH MEDIA AUDIO VISUAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

Siti Khadizah Kaimin & Mohd Aderi Che Noh Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Artikel ini mengupas secara terperinci berkenaan kepentingan dan keberkesanan penggunaan kaedah media audio visual dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Metodologi kajian ini dibuat berdasarkan analisa yang terdapat dalam buku, jurnal, dan artikel. Dapatan kajian menunjukkan media audio visual atau lebih dikenali sebagai alat pandang dengar sangat efektif diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja dalam mata pelajaran yang lain, malah memberi impak yang positif kepada subjek Pendidikan Islam. Melalui media ini, ia dapat menarik perhatian dan menerapkan nilai-nilai Islam yang boleh dipelajari melalui pemerhatian murid. Maka sangat wajar kaedah pengajaran melalui media audio visual dijadikan suatu amalan pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru-guru Pendidikan Islam agar ilmu lebih mudah disampaikan dengan lebih berkesan dan mudah diterima oleh murid.

T4 004: PENGGUNAAN VLE-FROG DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM Nur Amirah Mohd Rashid & Mohd Aderi Che Noh

Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK

VLE-Frog merupakan satu aplikasi atas talian yang dibekalkan kepada guru untuk kegunaan pelajar

dalam proses pembelajaran. Penggunaan teknologi pendidikan aplikasi VLE-Frog ini dianggap sebagai satu inovasi dalam pendidikan. Dalam aplikasi VLE-Frog, bahan multimedia digunakan untuk menyokong pembelajaran dan keupayaan untuk menyesuaikan kandungan kursus untuk memenuhi pelbagai kepentingan, pelajar, dan kebolehan. Justeru, kertas kerja ini akan membincangkan persekitaran penggunaan VLE-Frog di sekolah dan perlaksanaannya dalam Pendidikan Islam serta cabarannya. Penelitian kajian ini berlandaskan kajian kepustakaan yang menjadikan jurnal, buku, dan laman sesawang sebagai bahan rujukan utama dengan membawa pandangan para sarjana dan analisis terhadap penulisan mereka. Hasil penelitian mendapati penggunaan VLE-Frog dalam proses pengajaran dan pembelajaran mampu meningkatkan pencapaian pelajar lemah serta meningkatkan kefahaman dalam topik yang sukar dan kompleks. Penggunaan VLE-Frog banyak memberi manfaat

(25)

25

kepada pelajar dan para guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Walau bagaimanapun, bagi menjayakan hasrat Kementerian Pembelajaran dalam menjadikan VLE-Frog sebagai satu transformasi dalam pendidikan alaf baru, kursus lanjutan yang berkaitan dengan teknologi VLE-Frog perlu untuk semua pendidik dalam meningkatkan lagi kefahaman dan kemahiran dalam pendidikan.

T4 005: PENGGUNAAN KAEDAH MNEMONIK BERBANTUKAN MULTIMEDIA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAJWID

Wan Hanisah Meor Abd Aziz Suhaimi & Mohd Aderi Che Noh Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Kertas kerja ini bertujuan untuk meninjau keberkesanan Kaedah Mnemonik berbantukan multimedia terhadap pengajaran tajwid. Kepelbagaian media dalam pengajaran berperanan sebagai wahana untuk mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran bidang tajwid Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Islam. Objektif yang disasarkan mampu dicapai sekiranya pelajar dapat mengenali hukum serta mengaplikasikan bacaan secara bertajwid dengan betul. Kajian ini menggunakan pendekatan induktif, Kaedah Mnemonik dianalisis secara kritikal. Hasil penelitian ini diharapkan dapat memberikan manfaat kepada para guru, pensyarah dan penggubal kurikulum agar menjadikannya kaedah pengajaran dan pembelajaran pengajaran yang berkesan.

T4 006: PENGGUNAAN YOUTUBE SEBAGAI MEDIA SOSIAL UNTUK P & P DALAM KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

Siti Nor Afeeqah Md Azhar & Mohd Jasmy Abd Rahman Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan membincangkan tentang tahap penggunaan “YouTube” terhadap pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan pelajar Universiti Sains Islam Malaysia. Selain itu, kajian ini turut mengkaji tahap penglibatan pelajar semasa menggunakan aplikasi “YouTube” dalam proses tersebut. Kajian ini berbentuk survey dengan menggunakan kaedah kuantitatif deskriptif dan borang soal selidik sebagai alat kajian. Kajian rintis dijalankan dengan menjadikan 30 orang responden yang diambil secara rawak dalam kalangan pelajar Universiti Sains Islam Malaysia. Dapatan kajian mendapati bahawa purata skor min bagi tahap penerimaan pelajar terhadap “YouTube” adalah 3.07 sehingga 3.93. Manakala, purata skor min bagi tahap penglibatan pelajar terhadap “YouTube” pula adalah 2.37 sehingga 3.57. Seterusnya, purata skor min bagi tahap perlaksanaan pelajar terhadap “YouTube” keseluruhannya adalah sebanyak 2.47 sehingga 3.73. Kesimpulannya, penggunaan “YouTube” masih perlu dipertingkatkan bagi membantu para pelajar meningkatkan kemahiran yang sedia ada menggunakan “YouTube” dalam pembelajaran. “YouTube” bukan sahaja dikategorikan sebagai penghubung komunikasi malahan menjadi penunjuk arah teknologi yang terkini kepada para pelajar yang melalui arus globalisasi teknologi dalam pendidikan. Kajian ini boleh dijadikan rujukan kepada pengkaji akan datang bagi mengenal pasti komponen media sosial yang lain dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

T4 007: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN YOUTUBE DALAM SUBJEK PENDIDIKAN ISLAM Khairun Nisak Sombar@ Abdul Hamid1, Maimun Aqsha Lubis2, Mohd Aderi Che Noh3,

Hezlen Suzne Md Noor4 & Zawatil I’shqi Mustapa5

1,4,5Majlis Amanah Rakyat, 2,3Fakulti Pendidikan,Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi pelajar terhadap penggunaan YouTube dalam subjek Pendidikan Islam. Kajian ini menggunakan borang soal selidik yang telah diadaptasi daripada kajian lepas. Kajian ini melibatkan 85 pelajar Tingkatan Dua di sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di negeri Johor. Data dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 22 untuk mendapatkan min, peratusan, dan sisihan piawai. Di samping itu, kajian ini juga menggunakan analisis inferensi, iaitu korelasi Pearson. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan YouTube memberi kesan positif terhadap pelajar, iaitu dapat meningkatkan minat, keseronokan, berfikir kreatif dan kritis serta meningkatkan penglibatan pelajar, sekali gus dapat

Referensi

Dokumen terkait

The subjects of this study were three Javanese sellers, owners of the store ( husband and wife ) wbo were Chinese, and four buyers who were a Madurese buyer, a Javanese man

Zona ini merupakan wadah dari aktivitas umum yang digunakan sebagai ruang interaksi antara anggota keluarga dengan tamu atau orang luar yang diundang masuk ke rumah kita.Yang

Model Jigsaw mempermudah siswa mendapatkan pembelajaran yang lebih karena Type Jigsaw menujukan kepada kelompok kecil atau tim khususl yang mempunyai tugas untuk menyampaikan

adalah daya yang terpakai sebagai energi pembangkitan !lu magnetik sehingga timbul magnetisasi dan daya ini dikembalikan ke sistem karena e!ek induksi elektromagnetik itu

43 Ketika wilayah ini sudah menjadi kawasan destinasi wisata budaya (culture tourism), terjadi pergeseran cara pandang masyarakat terhadap kebudayaannya. Suatu

Anggaran Pendapatan Belanja Daerah (APBD) Provinsi DKI Jakarta sampai dengan Triwulan III Tahun 2019 mengalami kenaikan realisasi Belanja sebesar 18,25% dari tahun sebelumnya

Pembahasan pengertian, jenis, dan kriteria pemilihan sumber belajar serta latihan penerapannya dalam kegiatan pembelajaran bahasa; berbagai cara pengaturan siswa,

Hubungan Satuan Batupasir dengan Satuan Batulanau-Batulempung yang berumur lebih muda adalah tidak selaras, karena kemiringan lapisan Satuan Batupasir pada penampang