• Tidak ada hasil yang ditemukan

Laporan Reflektif sdp

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Laporan Reflektif sdp"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

19

Laporan Reflektif

Iberahim Hassan (2000) menjelaskan bahawa pendidikan seni adalah suatu

bidang ilmu yang boleh memberi pendidikan yang mana mencabar keupayaan

individu membuat pemerhatian, pengamatan, penaakulan, pemilihan, pentafsiran

dan penterjemahan idea kepada bahan atau media. Seni dalam Pendidikan

merupakan salah satu subjek yang perlu saya ambil bagi semester dua ini. Seni

dalam pendidikan juga dikenali sebagai SDP menumpukan 3 elemen dalam aspek

seni iaitu seni visual, seni muzik dan seni pergerakan. Ketiga-tiga seni ini boleh

diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) untuk

mempelbagaikan kaedah mengajar murid, menyeronokkan suasana dalam kelas dan

juga boleh memahami dan mengikut pertimbangan terhadap aspek psikologi setiap

murid. Oleh hal yang demikian, guru yang boleh menjalankan P&P dengan ilmu seni

dalam pendidikan sanggup menarik minat murid-murid untuk belajar dan mengawal

tingkah laku murid-murid. Kerja kursus yang saya terima mengandungi menulis

ulasan kritis, menghasilkan kit pembelajaran, menulis laporan reflektif dan juga

persembahan kit pembelajaran. Sepanjang saya menghasilkan tugasan-tugasan ini,

saya telah menerima dan mempelajari banyak ilmu pengetahuan yang baharu.

Sebagai contohnya, kurikulum hanyalah menentukan hasil pembelajaran tetapi

pembelajaran yang berkesan adalah kemampuan guru mengaplikasikan teknik

mengajar yang mempunyai elemen seni agar murid menjadi lebih jitu dan mampan

dalam menerima ilmu.

Pengetahuan baharu

Pengetahuan baharu yang saya peroleh adalah berkaitan dengan ilmu bidang

seni. Saya telah memahami pelbagai jenis seni dan juga unsur-unsur yang ada pada

setiap seni. Contohnya, seni visual yang mengandungi lukisan, bentuk, ruang dan

sebagainya. Manakala seni pergerakan pula mengandungi bergoyang, bersinar dan

bergegar iaitu penggunaan ruang dalam sesuatu aktiviti dan seni muzik pula adalah

lebih kepada interpretasi seseorang terhadap muzik yang didengar. Seni merupakan

satu bidang yang menarik dan penting. Oleh itu, subjek pendidikan seni visual telah

diajar di dalam sekolah sejak dulu. Warna merupakan elemen yang penting dalam

kehidupan juga ditentukan dalam subjek pendidikan seni visual. Warna boleh

(2)

20

menceriakan suasana keadaan dan juga perasaan seorang. Oleh hal yang demikian,

seni visual turut dipentingkan dalam seni dalam pendidikan untuk memanfaatkannya

terhadap murid-murid. Seni juga memainkan peranan yang penting dalam

menggambarkan sesebuah kebudayaan, emosi. dan maksud dalam karya seni

visual.

Pengetahuan baharu yang seterusnya adalah memahami kemahiran yang

berbentuk irama yang dapat merangsang minda kanak-kanak untuk memberikan

tumpuan apa yang sedang dilakukan seperti melompat, berlari dan sebagainya.

Dengan ini, teknik mengaplikasikan irama dalam P&P juga salah satu pengetahuan

baharu untuk membantu dalam mempelajari sesuatu. Contohnya, murid-murid boleh

menjalankan pelbagai aktiviti seperti pergerakan ataupun apa-apa aktiviti yang dapat

dijalankan. Gabungan elemen-elemen seni dalam proses pengajaran dan

pembelajaran sanggup menjadi satu hubung kait yang kukuh dalam menjadikan

pengajaran lebih efektif dan kreatif. Aplikasi elemen-elemen seni dapat mendorong

kanak-kanak memahami sesuatu perkara dengan lebih mudah, seronok dan

berkesan. Sebagai seorang guru pelatih, saya belajar untuk memanipulasikan

elemen seni dalam proses P&P supaya menjadikan pengajaran lebih berkesan dan

efektif. Selain itu, saya turut mengetahui bahawa irama yang menarik dalam sesuatu

muzik akan mempengaruhi seseorang untuk mendengar muzik tersebut berulang

kali. Dengan adanya irama, kanak-kanak akan merasa lebih seronok melakukan

aktiviti seperti melompat sambil mengikut irama. Pelbagai irama yang menarik akan

kita temui dalam kehidupan seharian iaitu bunyi tapak kaki, bunyi degupan jantung,

bunyi titisan air di sinki yang wujud di sekeliling kita tetapi kita kita sedari.

Bukan itu sahaja, saya juga belajar merancang pengajaran dan pembelajaran yang menarik dengan menggunakan elemen SDP untuk mempelbagaikan teknik dan strategi pengajaran dan pembelajaran saya. Saya perlu menggunakan teknik dan strategi mengajar untuk membantu murid memperoleh pengetahuan yang diajar. Perancangan P&P sentiasa diperbaiki untuk menggalakkan murid mencapai objektif kendiri dalam melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran dan juga mengumpul pengalaman saya sendiri. SDP membantu saya dalam perancangan P&P supaya murid dapat menerapkan ilmu dalam proses pengajaran. Sebagai contohnya, lagu disediakan dalam pada tahap permulaan boleh merangsang keinginan belajar dan juga alat bantu yang ada boleh membantu murid memperoleh ilmu. Murid-murid dapat menonjolkan mereka diri sendiri dan tidak mempunyai

(3)

21

perasaan malu untuk belajar kerana merasakan seronok semasa melakukan aktiviti di dalam kelas.

Proses Penghasilan Projek

Pada permulaannya, saya memilih tajuk berkaitan jisim sebagai tumpuan kit pembelajaran saya. Setelah saya menentukan tajuk, saya menentukan hasilan pembelajaran yang ingin dicapai dalam proses P&P supaya ia menjadi fokus kit pembelajaran saya. Walaupun saya sudah memilih tajuk, tetapi saya masih tiada idea ataupun cadangan untuk membuat kit pembelajaran. Saya menggunakan banyak cara untuk mendapatkan idea seperti bertanya kawan-kawan, mencari maklumat melalui talian tetapi masih tiada idea yang sesuai. Oleh hal yang demikian, saya berfikir daripada pelbagai aspek dan mendapati permainan ‘BINGO’ adalah permainan yang masih minat oleh murid-murid dan saya berfikir-fikir sehingga mendapat idea untuk membina satu mesin ‘BINGO’ supaya dapat dimain oleh murid-murid. Selain daripada membuat mesin ‘BINGO’, saya juga menghasilkan penimbang, Dancing dan juga kad ‘BINGO’ untuk memudahkan proses P&P kerana alat sebegini adalah diperlukan untuk mengajar topik ini.

Semasa menghasilkan kit pembelajaran saya, saya telah mengambil masa yang agak lama untuk menghasilkan kit tersebut kerana terdapat beberapa alat yang perlu membuat dan mengambil masa yang panjang. Semasa membuat, saya sangat letih kerana kadangkala perlu membuat sampai tengah malam atau sehingga pukul dua pagi. Dalam proses penghasilan kit ini, saya juga menghadapi masalah untuk mencari sumber yang diperlukan bagi membuat kit seperti saya perlu mencari penimbang yang murah kerana pensyarah ingin kami membuat dengan kos yang murah dan juga kayu yang murah dan sesuai terhadap alatan dacing. Masalahnya adalah saya perlu mencari barang-barang dekat kedai-kedai yang ada jual dan cari yang paling murah punya supaya mengurangkan kos pengeluaran. Bukan itu sahaja, banyak masalah yang dihadapi lagi semasa membuat hasil kit pembelajaran seperti ‘Mounting board’ tidak lekat antara satu sama lain, tiada penukul semasa memahat paku terhadap kayu, tiada ‘Hot Glue Gun’ dan lain-lain. Walaubagaimanapun, masalah-masalah ini tidak akan menjadi halangan terhadap saya kerana saya ingin menghasilkan kit pembelajaran yang sudah cuba dengan terbaik sekali.

Akhirnya, saya berjaya menghasilkan kit pembelajaran yang mengandungi mesin ‘BINGO’, penimbang, dacing, kad ‘BINGO’, CD dan juga soalan-soalan tertentu. Saya berasa gembira dan bangga kerana saya tidak percaya bahawa saya sanggup menghasilkan beberapa alat bantu mengajar iaitu dalam kit pembelajaran diri sendiri. Saya berasa bersyukur kerana penghasilan ini adalah kerajinan saya sendiri dan juga kekuatan yang

(4)

22

diberi dari Tuhan. Masalah yang didapati semasa semua dihasilkan adalah tiada kotak ataupun tempat untuk letak barang. Tetapi, saya mencari di kedai-kedai yang ada jual kotak yang tidak mahu dan beli untuk menyimpan kit pembelajaran saya.

Kekuatan Pelaksanaan Kit Pembelajaran

Kekuatan kit pembelajaran yang paling utama adalah kit pembelajaran berpotensi menarik perhatian murid-murid dalam proses P&P. Muzik berpotensi membawa murid ke dalam situasi untuk belajar dengan seronok. Setiap murid adalah sangat gembira apabila mereka berpeluang bergerak dan juga menyanyi. Set induksi yang menggunakan video lagu ‘The elephant mass song’ tentang jisim telah menarik perhatian murid-murid. Seterusnya, menyediakan murid-murid untuk mengikuti pelajaran hari tersebut. Oleh hal yang demikian, kit pembelajaran ini dapat menyeronokkan proses P&P sehingga mencapai hasilan pembelajaran. Pergerakan semasa menyanyi ‘The elephant mass song’ dan juga ‘Chicken Dance’ juga merupakan salah satu kaedah untuk mencapai hasilan pembelajaran tersebut. Kekuatan seterusnya sudah dinampak jelas adalah dapat mencapai hasilan pembelajaran. Contohnya, mereka dapat mengetahui gajah adalah haiwan yang paling berat, dengan inilah murid dapat berhubung kait dengan ilmu yang dulu seperti manusia adalah sangat ringan berbanding dengan gajah. Soalan-soalan yang disediakan juga memberi peluang kepada murid-murid untuk menjawab pelbagai jenis soalan sehingga mereka faham dan dapat menjawab soalan mengikut kehendak soalan supaya hasilan pembelajaran dapat dicapai. Pelbagai jenis soalan dan juga pelbagai jenis alat bantu mengajar dalam kit pembelajaran juga merupakan kekuatan pelaksanaannya. Guru dapat menggunakan pelbagai jenis alat dalam proses P&P untuk membantu murid memahami yang diberitahu. Contohnya, guru boleh menggunakan penimbang semasa beliau ingin mengenai kilogram dan gram kepada murid dan juga ingin mendapatkan keberatan sesebuah barang. Mesin ‘BINGO’ juga telah menunjukkan idea yang bagus dan juga kreatif dalam pengajaran. Ketika murid-murid seronok dalam bermain mesin ‘BINGO’, murid-murid juga mendapat teknik menjawab yang sepatutnya dan menjawab soalan dengan betul. Bukan itu sahaja, mesin ‘BINGO’ juga dapat membentuk sahsiah murid kerana murid-murid perlu beratur dengan bentuk ‘ular’. Hal ini dapat melatih murid-murid supaya mengikut peraturan dan sikap kesabaran.

Kelemahan Pelaksanaan Kit Pembelajaran

Kelemahan yang saya nampak dalam kit pembelajaran iaitu guru menggunakan video lagu dengan membuat pergerakan mengikut muzik tersebut. Sekiranya guru dapat merakam

(5)

23

sebuah video dengan merakam diri sendiri dan menggunakan muzik yang sama, murid-murid mesti akan berasa terkejut dan akan juga mengikut pergerakan guru seperti yang ditunjukkan dalam video. Hal ini kerana murid-murid mungkin menumpukan perhatian terhadap video tersebut tetapi mengabaikan guru-guru yang menunjukkan pergerakan di hadapan. Teladan guru yang ditunjukkan dalam video mesti akan dipelajari oleh murid-murid dan murid-murid juga akan menghargai apa yang guru telah mengorbankan. Seterusnya, mesin ‘BINGO’ yang tidak berfungsi dengan sempurna iaitu ia akan terhenti apabila menolak penolak mesin tersebut tetapi ia masih boleh berfungsi dengan baik cuma akan menjejaskan kelancaran yang sepatutnya ada. Ini salah satu kelemahannya kerana saya tidak memastikan kelancaran mesin tersebut. Oleh sebab itu, kelancaran semasa murid-murid mendapatkan jawapan akan menjadi lambat sedikit dan mungkin murid yang seterusnya tidak sabar untuk menjawab soalan. Di samping itu, penimbang yang mempunyai had juga merupakan salah satu kelemahan kit pembelajaran. Penimbang tersebut mempunyai had sehingga 3 kg, maka segala barang yang lebih berat daripada tersebut adalah tidak dapat menentukan keberatan mereka. Sebagai contohnya, murid-murid mungkin akan kecewa ketika tembikai yang lebih berat daripada 3.0 kg tidak dapat ditimbang. Selain daripada itu, kit pembelajaran saya yang banyak telah menjadikan saiz kotak yang menyimpannya besar. Kesukaran untuk mengambil kit pembelajaran menjadi satu kelemahan ini. Contohnya, guru susah mengambil kit pembelajaran ini dengan kemampuan diri sekiranya pergi ke kelas ataupun mana-mana walaupun senarai dalam kit pembelajaran adalah bagus dan boleh disesuaikan dalam banyak topik. Walaupun kit pembelajaran ini mempunyai banyak kekuatan, tetapi tidak dapat dinafikan bahawa ia juga mempunyai kelemahan ia sekiranya kami berfikir balik dan membuat refleksi.

Penambahbaikan Kit Pembelajaran

Terdapat beberapa cadangan yang diberikan adalah guru boleh mencari suatu tempat yang sesuai untuk menyimpan kit pembelajaran ini seperti dalam pejabat supaya menyenangkan guru sendiri semasa beliau memerlukan alat dalam kit pembelajaran ini. Hal ini dapat memudahkan guru supaya tidak perlu mengangkat kotak kit pembelajaran ke merata-rata tempat. Walaubagaimanapun, mesin ‘BINGO’ juga perlu ditambahbaikan pada penolaknya. Contonya, guru boleh menggunakan kertas ataupun bahan yang lebih licin dan lancar apabila ditolak. Guru juga boleh mencuba menolak penolak sebelum menggunakan dalam proses P&P ataupun semasa penghasilan mesin tersebut. Seterusnya, guru juga dicadang supaya dapat merakamkan video lagu dengan talian guru. Contohnya, guru boleh menyuruh sesiapa yang sanggup menari mengikut muzik berkaitan dan merakamkan sebagai video yang boleh digunakan dalam proses P&P. Video sebegini boleh pasti mendapat keberkesan daripada murid-murid dan murid-murid pasti akan menyukai video

(6)

24

tersebut dan juga cuba memahami apa yang dinyanyi oleh guru sehingga merasai situasi pengajaran. Penimbang yang mempunyai had juga boleh dicadang untuk menukar kepada penimbang yang lebih menahan berat seperti 10 kg ataupun 20 kg. Penimbang ini mesti banyak guna tidak sahaja dalam proses P&P tetapi juga dalam kehidupan keharian. Penghiasan juga dicadangkan untuk setiap alatan dalam kit pembelajaran saya. Hal ini kerana kit pembelajaran yang ada adalah kekurangan penghiasan dan juga warna-warni yang amat penting dalam SDP. Oleh hal yang demikian, guru perlu menggunakan pelbagai cara untuk menghiaskan kit pembelajaran. Penghasilan setiap barang mesti akan menarik perhatian murid -murid sekiranya kepuasan terhadap kit tersebut. Oleh hal yang demikian, bentuk luar dan hiasan luaran memberi imej kepada murid-murid.

Dengan adanya tugasan SDP, saya telah mengkombinasi seni visual, muzik dan pergerakan. Saya yakin bahawa kit pembelajaran ini dapat membatu dan memberi kesan yang positif ketika mendidik anak bangsa dengan cara yang menarik dan berkesan. Segala salah dan slip yang saya lakukan ingin mengucapkan ribuan kemaanfat dan berterima kasih.

Referensi

Dokumen terkait

Tingkah laku afiiiatif antar betina dalarn kelompok hasil in&oduksi menjadi menarik karena ketiadaan pertalian darah hi.. Penelitian ini bertujuan mempelajari pola

1. Memiliki bidang ilmu yang ditekuninya yaitu yang merupakan pedoman dalam melaksanakan keprofesiannya. Memiliki kode etik sebagai pedoman yang mengatur tingkah laku anggotanya

Murid mempamer dan menceritakan karya topi hari jadi corak pualaman sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual.

Psikologi adalah ilmu pengetahuan yang mempelajari semua tingkah laku dan perubahan individu, dalam mana individu tersebut tidak dapat dilepaskan dari

Sebab kata ta’lim sebatas pentranferan ilmu tanpa harus ada perubahan tingkah laku (akhlak), sedangkan tarbiyah bermakna pendidikan yang masih bersifat umum. Dalam artian

&.* eran etika adalah sebagai moralitas dan sebagai ilmu pengetahuan. Sebagai moralitas, etika membimbing tingkah laku manusia agar dapat mengelola kehidupan ini

e. Masalah tingkah laku yang menetap$nak kesulitan belajar umumnya mempunyai masalahperilaku. Masalah perilaku ini, seperti &epat mengambek dan marah.$nak yang mengalami

PENGERTIAN MENURUT PARA AHLI S inggih Dirgagunarsa Psikologi adalah ilmu yang mempelajari tingkah laku manusia P lato dan Aristoteles Psikologi adalah ilmu pengetahuan yang