JABATAN PENGAJIAN TINGGI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PANDUAN PENGENDALIAN PERMOHONAN DANA PEMBUDAYAAN PENYELIDIKAN (RAGS)
BAHAGIAN PERANCANGAN KECEMERLANGAN IPT JABATAN PENGAJIAN TINGGI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ARAS 7, NO.2, MENARA 2
JALAN P5/6, PRESINT 5 62000 PUTRAJAYA.
No. Tel: 03-8870 6972 / 6974 No. Faks: 03-8870 6867
2 | P A N D U A N P E N G E N D A L I A N P E R M O H O N A N R A G S GARIS PANDUAN PENGENDALIAN BORANG PERMOHONAN RAGS
1. TUJUAN
Garis panduan adalah bertujuan untuk memberi panduan menyelaras pengendalian borang- borang permohonan Dana Pembudayaan Penyelidikan (RAGS) di peringkat pengurusan sesebuah Institusi sebelum dihantar kepada urus setia Bahagian Perancangan Kecemerlangan IPT, Jabatan Pengajian Tinggi.
2. PANDUAN PENGENDALIAN BORANG PERMOHONAN RAGS
2.1. Borang-borang permohonan RAGS-1 perlu dikendalikan mengikut tatacara berikut:
(i) Borang permohonan diasingkan mengikut Bidang-Bidang penyelidikan. Rujuk kod bidang yang disediakan (rujuk lampiran A)
(ii) Tuliskan kod rujukan bagi setiap borang permohonan RAGS pada bahagian kod rujukan di penjuru atas sebelah kanan borang permohonan.
(iii) Pastikan setiap borang tersebut diikat pada penjuru sebelah kiri borang.
(iv) Pastikan borang-borang tersebut dikumpulkan mengikut susunan nombor bilangan untuk bidang penyelidikan.
(v) Senaraikan semua permohonan dalam Borang Ringkasan Permohonan RAGS yang disediakan mengikut bidang penyelidikan (rujuk lampiran B). Borang tersebut boleh dimuat turun dari laman web JPT.
(vi) Borang-borang yang lengkap berserta senarai Borang Ringkasan Permohonan RAGS perlu dikemukakan kepada pihak urus setia sebelum atau pada tarikh yang telah ditetapkan.
(vii) Penghantaran borang-borang boleh dibuat melalui serahan kaunter atau pos.
(viii) Bagi penghantaran melalui serahan kaunter, seorang wakil pihak pengurusan Institusi hendaklah hadir semasa penghantaran borang tersebut.
(ix) Pengesahan penghantaran perlu dibuat bersama-sama wakil daripada pihak urus setia bagi mengesahkan bilangan borang yang diterima bersamaan dengan senarai yang dihantar oleh pihak Institusi.
3 | P A N D U A N P E N G E N D A L I A N P E R M O H O N A N R A G S
(x) Wakil Institusi perlu menandatangani borang penerimaan dan diserahkan kepada pihak urus setia setelah urusan pengesahan borang permohonan didapati teratur.
(xi) Bagi penghantaran melalui pos, pengesahan permohonan akan dikembalikan kepada Institusi yang terlibat.
(xii) Bagi Institusi di Malaysia Barat (Semenanjung Malaysia) digalakkan membuat penghantaran melalui serahan kaunter kepada;
URUS SETIA RAGS
Bahagian Perancangan Kecemerlangan IPT Jabatan Pengajian Tinggi
Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 7, No.2, Menara 2
Jalan P5/6, Presint 5 62000 PUTRAJAYA.
No. Tel: 03-8870 6972 / 6973 / 6974 No. Faks: 03-8870 6867
2.2. Penulisan Kod Rujukan Pada Borang Permohonan RAGS
Pihak Pusat Pengurusan Penyelidikan di Institusi masing-masing perlu menulis kod rujukan pada setiap borang permohonan yang telah diperakukan oleh Pusat Pengurusan Penyelidikan IPT atau Ketua Jabatan masing-masing. Penulisan kod rujukan bagi tiap-tiap borang permohonan adalah pada bahagian Kod Rujukan di penjuru atas sebelah kanan borang permohonan RAGS. Urutan nombor rujukan adalah seperti berikut:
RAGS/TAHUN/KOD IPT/KOD BIDANG DAN SUB BIDANG/NOMBOR BILANGAN.
sebagai contoh : RAGS/2012/UIAM/ST01/1
IPT : Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Bidang : Sains Tulen
Sub Bidang : Kimia
Nombor Bilangan : 1
4 | P A N D U A N P E N G E N D A L I A N P E R M O H O N A N R A G S Cara penulisannya adalah seperti berikut:
2.3. Borang Ringkasan Permohonan RAGS
Borang Ringkasan Permohonan RAGS adalah seperti di LAMPIRAN B. Borang Format Ringkasan Permohonan RAGS menggunakan perisian microsoft excel.
2.3.1. Cara Pengisian Ruangan Nama IPT / Bidang
Ruangan yang perlu diisi adalah seperti berikut:
(i) Nama IPT iaitu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ditulis UIAM.
Rujuk kod IPT yang disediakan. (rujuk lampiran C)
(ii) Nama bidang iaitu Sains Tulen ditulis ST. Rujuk kod IPT yang disediakan. (rujuk lampiran A)
(iii) Kod sub bidang iaitu Kimia ditulis 01. Rujuk kod Sub Bidang yang disediakan (rujuk lampiran D).
5 | P A N D U A N P E N G E N D A L I A N P E R M O H O N A N R A G S
3. PEKARA-PERKARA YANG MENYEBABKAN PENGHANTARAN BORANG-BORANG PERMOHONAN DARIPADA RMC DITOLAK
Antara perkara-perkara tersebut ialah:
(i) Permohonan yang tidak melalui RMC.
(ii) Penghantaran borang permohonan yang tidak lengkap, tidak tersusun dan gagal mengikuti garis panduan penghantaran yang telah ditetapkan.
(iii) Borang pemohonan yang tidak disertakan Resume, Gantt Chart, Flow Chart dan Milestone projek.
(iv) Permohonan-permohonan yang tidak diikat dengan kemas dan baik sehingga boleh menyebabkan borang-borang tersebut tercicir ketika pemprosesan.
(v) Bilangan borang permohonan yang tidak sama dengan jumlah permohonan yang ditulis di dalam Borang Ringkasan Permohonan RAGS yang disediakan.
(vi) Borang-borang permohonan yang tidak diberikan nombor rujukan.
(vii) Tidak menghantar Borang Ringkasan Permohonan RAGS yang dibekalkan ketika menghantar semua borang permohonan kepada pihak urus setia.
(viii) Mengubah keseluruhan format Borang Ringkasan Permohonan RAGS yang dibekalkan oleh pihak urusetia.
(ix) Borang yang sampai atau dihantar selepas tarikh tutup penghantaran borang yang ditetapkan KPT.
4. SENARAI SEMAK
Senarai semak penghantaran borang permohonan RAGS adalah seperti di Lampiran E sebagai panduan.
6 | P A N D U A N P E N G E N D A L I A N P E R M O H O N A N R A G S
Senarai Kod bidang dengan kod rujukan adalah seperti berikut:
BIL KOD BIDANG KOD RUJUKAN
1. Sains Tulen ST
2. Sains Gunaan SG
3. Teknologi dan Kejuruteraan TK
4. Sains Kesihatan Dan Klinikal SKK
5. Sains Sosial SS
6. Sastera Dan Sastera Ikhtisas SSI
7. Sains Tabii Dan Warisan Negara STWN
8. Teknologi Maklumat dan Komunikasi ICT
LAMPIRAN A
7 | P A N D U A N P E N G E N D A L I A N P E R M O H O N A N R A G S
MASTERLIST PERMOHONAN
SENARAI KESELURUHAN PERMOHONAN DANA PEMBUDAYAAN PENYELIDIKAN (RAGS) TAHUN 2012
NAMA INSTITUSI :
BIL KOD RUJUKAN KETUA PROJEK
NO. KAD PENGENALAN/
PASSPORT TAJUK PROJEK JUMLAH
PERUNTUKAN (RM)
TEMPOH PENYELIDIKAN
(bulan)
JANGKAAN HASIL PENYELIDIKAN
SUB
BIDANG BIDANG
1
*sila rujuk cara penulisan kod rujukan pada panduan pengendalian
borang CONTOH:
RAGS/2012/UIAM/ST01/1
Sains
Tulen
2 Sains
Tulen
LAMPIRAN B
8 | P A N D U A N P E N G E N D A L I A N P E R M O H O N A N R A G S
Senarai Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dengan kod rujukan adalah seperti berikut:
BIL INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA) KOD RUJUKAN
1 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia UIAM
2 Universiti Utara Malaysia UUM
3 Universiti Malaysia Sarawak UNIMAS
4 Universiti Malaysia Sabah UMS
5 Universiti Pendidikan Sultan Idris UPSI
6 Universiti Sains Islam Malaysia USIM
7 Universiti Teknologi MARA UITM
8 Universiti Malaysia Terengganu UMT
9 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia UTHM
10 Universiti Teknikal Malaysia Melaka UTEM
11 Universiti Malaysia Pahang UMP
12 Universiti Malaysia Perlis UNIMAP
13 Universiti Sultan Zainal Abidin UNISZA
14 Universiti Malaysia Kelantan UMK
15 Universiti Pertahanan Nasional Malaysia UPNM
LAMPIRAN C
9 | P A N D U A N P E N G E N D A L I A N P E R M O H O N A N R A G S
Senarai kod rujukan untuk sub bidang penyelidikan adalah seperti berikut:
Sains Tulen (ST)
01 Kimia 04 Biokimia
02 Fizik 05 Sains Bahan
03 Biologi 06 Matematik dan Statistik
Sains Gunaan (SG)
01 Kimia 04 Matematik dan Statistik
02 Fizik 05 Bioteknologi
03 Biologi 06 Sains Bahan
Teknologi dan Kejuruteraan
(TK)
01 Mekanikal dan Pembuatan 05 Kejuruteraan Kimia dan Proses 02 Elektrikal dan Elektronik 06 Pembinaan dan Bahan Binaan 03 Awam dan Struktur 07 Tenaga dan Teknologi Hijau 04 Bahan dan Polimer 08 Infrastruktur dan Pengangkutan 09 Aeroangkasa
Sains Kesihatan dan Klinikal
(SKK)
01 Sains Perubatan Asas 07 Perubatan Pencegahan Masyarakat
02 Farmasi 08 Klinikal Surgikal
03 Farmakologi 09 Klinikal Medikal
04 Mikrobiologi Perubatan 10 Sains Kesihatan Bersekutu 05 Parasitologi 11 Pergigian
06 Patologi 12 Sains Kejururawatan
LAMPIRAN D
10 | P A N D U A N P E N G E N D A L I A N P E R M O H O N A N R A G S Sains Sosial
(SS)
01 Antropologi 06 Geografi
02 Psikologi 07 Ekonomi
03 Sosiologi 08 Ekologi Manusia
04 Sains Politik 09 Komunikasi 05 Pengurusan & Perniagaan
Sastera dan Sastera Ikhtisas
(SSI)
01 Bahasa dan Linguistik 07 Seni 02 Kesusasteraan 08 Budaya
03 Agama 09 Pendidikan
04 Falsafah 10 Dasar dan Undang-undang
05 Tamadun 11 Alam bina aspek kemanusiaan 06 Sejarah 12 Alam sekitar aspek kemanusiaan
Sains Tabii dan Warisan Negara
(STWN)
01 Alam Sekitar 06 Geosains
02 Perhutanan 07 Etnografi
03 Pertanian 08 Alam bina aspek warisan
04 Marin 09 Budaya
05 Arkeologi 10 Kepelbagaian biologi
Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (ICT)
01 Perisian & Sistem Maklumat 05 Multimedia
02 Pengkomputeran Lembut 06 Kejuruteraan Komputer 03 Rangkaian Komputer 07 Sains Komputer
04 Keselamatan Maklumat
11 | P A N D U A N P E N G E N D A L I A N P E R M O H O N A N R A G S
SENARAI SEMAK PENGHANTARAN PERMOHONAN RAGS
BIL TINDAKAN PIHAK RMC RMC KPT
1
Satu (1) salinan borang permohonan RAGS-1 yang telah ditandatangani oleh Ketua Penyelidik, penyelidik bersama (bahagian c.iv) dan diperaku oleh Pengarah RMC.
2 Tulis kod rujukan pada bahagian rujukan fail di penjuru atas sebelah kanan borang permohonan.
3 Setiap borang telah diikat dengan kemas dan teratur pada penjuru atas sebelah kiri borang permohonan.
4 Disusun mengikut bidang dan sub bidang penyelidikan.
5 Disusun mengikut susunan nombor bilangan projek bagi bidang penyelidikan.
6 Senaraikan semua permohonan (lulus) dalam Borang Ringkasan Permohonan RAGS - Master List
7 Masterlist yang telah diperakukan oleh Panel RAGS – mempunyai tandatangan Panel RAGS
8
Sertakan bersama CD atau soft-copy yang mengandungi master list permohonan.
(Pihak RMC perlu memastikan semua soft-copy permohonan dari semua penyelidik perlu dikumpulkan dan dimasukkan ke dalam SATU CD sahaja, jika melebihi kapasiti satu CD, boleh disalinkan ke dalam CD kedua dan seterusnya)
9 Resume ringkas setiap ketua projek dan penyelidik bersama (maksimum 5 helai setiap resume)
10 Flow Chart, Gantt Chart & Milestone and Date
LAMPIRAN E
12 | P A N D U A N P E N G E N D A L I A N P E R M O H O N A N R A G S
Sebarang pertanyaan/maklumat tambahan boleh diajukan kepada:
URUS SETIA RAGS
BAHAGIAN PERANCANGAN KECEMERLANGAN IPT JABATAN PENGAJIAN TINGGI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ARAS 7, NO.2, MENARA 2
JALAN P5/6, PRESINT 5 62000 PUTRAJAYA.
NO. TEL: 03-8870 6972 / 6974 NO. FAKS: 03-8870 6867