• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sekilas tentang Pendidikan Islam docx

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Sekilas tentang Pendidikan Islam docx "

Copied!
25
0
0

Teks penuh

(1)

1

SEKILAS TENTANG:

PENDIDIKAN ISLAM

(2)

2 PENDIDIKAN ISLAM

3.1 PENGANTAR PENDIDIKAN ISLAM

Sebagaimana diketahui bahawa pendidikan dalam Islam mempunyai

martabat yang suci dan penting sekali dan ia menjadi bahagian yang tidak dapat

dipisahkan dari Islam kerana merupakan tuntutan dan kewajipan. Dalam

pandangan Islam mencari ilmu dan mengajarkannya adalah suatu kewajiban yang

sangat mulia, oleh itu mencari ilmu adalah suatu kewajipan bagi setiap muslim.

Lebih tegas lagi, Islam mewajibkan bagi setiap orang muslim dan muslimat untuk

menuntut ilmu, daripada Anas bin Malik r.a, sabda Rasulullah s.a.w:

لك هل رفغتسي ملعلا بلاط نإو ،ملسم لك ىلع ةضيرف ملعلا بلط

رحبلا في ناتيلحا تيح ءيش

Maksudnya :“Menuntut ilmu adalah fardhu atas setiap orang Islam, dan penuntut ilmu akan didoa keampunan oleh semua termasuk ikan-ikan di lautan.”1

Dengan kata lain, Islam mengajar bahawa Allah s.w.t tidak akan mengubah

nasib suatu kaum sampai kaum itu mengubahnya sendiri2, dan antara cara untuk

mengubahnya adalah dengan ilmu.

1

Hadith ini diriwayatkan oleh Ibn „Abd al-Bar dalam Jami‟ Bayan al-Ilm wa Fadhluh 1/7. Hadith ini hukumnya hasan dengan jumlah jalan dan syawahidnya. Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri (2007),

Himpunan Hadith Modal Insan, Kuala Lumpur : Telaga Biru Sdn. Bhd., hal. 55

2

Lihat al Quran, al-Ra„du : 11. Ayat ini ditafsirkan dalam dua keadaan. Tafsiran terhadap ayat ini

bahawa manusia perlu terlebih dahulu melakukan sesuatu yang baik agar Allah s.w.t. turut memberikan nasib yang baik kepadanya. Ibn Kathir (2007), Tafsir al-„Azim, al-Qaherah al-

(3)

3 Pendidikan Islam juga mempunyai prinsip yang lebih unggul iaitu

menghubungkan prinsip-prinsip mengenal Tuhan, alam semesta dan diri insan

secara serentak tanpa terpisah antara satu sama lain. Sebagaimana yang

terkandung dalam ayat al-Qur‟ȃn yang pertama diturunkan, bahawasanya ia

tidaklah dimulai dengan perintah yang berhubung dengan perkara lain seperti

ibadah khusus dan lain-lain, akan tetapi dimulakan dengan perintah yang

berhubung kait dengan suruhan menuntut ilmu. Sesuai dengan firman Allah s.w.t

yang bermaksud :

Maksudnya:“Bacalah dengan nama Tuhanmu yang

menciptakan, ia menciptakan manusia dari se-buku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena. Ia mengajarkan manusia apa yang tidak

diketahuinya”.4

Ayat diatas merupakan ayat yang pertama diturunkan di Makkah kepada

Baginda s.a.w untuk menjelaskan keutamaan Allah s.w.t menciptakan manusia

dari yang lemah sehingga menjadi kuat iaitu dengan menampakkan tuntutan atau

kewajipan untuk membaca dan menulis agar terlihat perbezaan antara manusia

dengan makhluk-makhluk yang lain.

Wahyu ini ialah perintah Allah kepada rasulNya s.a.w supaya mengisytihar

dan menyebarkan risalah kepada semua umat manusia. Wahyu yang pertama ini Mushaf al-Qur‟ȃn Departemen Agama Republik Indonesia (2007), al-Qur‟ȃn al-Karim Terjemah

(4)

4 mengandungi perintah yang menyuruh manusia agar belajar, mengenal Tuhan,

memahami fenomena alam, memahami diri sendiri serta menghayati bahawa cara

hidup yang baik adalah tergolong dalam prinsip aqidah, ilmu dan amal.5 Oleh

kerana itu, semua perkara ini adalah menjadi prinsip hidup manusia dalam

mencapai al-insan al-kamil.

Inilah ayat-ayat pertama yang diturunkan Allah s.w.t dan ia berupa rahmat

Allah s.w.t yang terbesar untuk umat manusia. Dalam ayat-ayat permulaan ini

Allah s.w.t menyuruh Nabi Muhammad s.a.w supaya membaca dan

memperhatikan bukti kebesaran Allah s.w.t di alam ini. Dan inilah merupakan

landasan terciptanya pendidikan Islam bagi sekalian umat manusia di dunia ini.

Islam tidaklah melihat pendidikan dari skop yang sempit. Ia tidak terbatas

pada pendidikan duniawi semata-mata, tetapi meliputi dua lapangan iaitu dunia

dan akhirat. Dalam hubungan ini Islam telah membahagikan ilmu kepada dua

kumpulan yang besar; Pertama ialah ilmu fardu „ain yang dituntut ke atas setiap

orang supaya mengetahui dan mempelajarinya dalam melaksanakan suruhan

agama, seperti ilmu agama, (tauhid, aqidah, akhlaq, fiqh dan lain-lain). Kedua,

ilmu fardu kifayah iaitu yang mesti ada pada sekumpulan orang dalam masyarakat

tanpa melihat kepada individu tertentu seperti ilmu pertukangan, kemahiran,

perniagaan, kedoktoran, ekonomi, kimia, fizik, pembuatan senjata dan sebagainya.

5

Ibn Kathir (2007), Tafsir al-Qur‟ȃn al-„azim, Jilid 4, al-Qaherah al-Manșûrah : Dar al-Ghad

al-Gadīd, hal. 682. Lihat: H.Salim Bahreisy H.Said Bahreisy (1981), Terjamah Mukhtasar Tafsir Ibn

Kathir ( terj. singkat Tafsir Ibn Kathir jilid 8 ), Surabaya : Pustaka Bina Ilmu, hal. 96. Lihat juga:

(5)

5 Walau bagaimanapun, ilmu yang kedua ini menjadi fardu „ain apabila tiada

seorang pun muslim dalam masyarakat itu yang mempelajarinya.6

Pendidikan Islam akan menyatukan semua pengetahuan di bawah

pengendalian al-Qur‟ȃn dan as-Sunnah yang merupakan teras di dalam

kesyumulan dan kesatuan ilmu-ilmu itu. Aqidah Islamlah yang akan menjadi kayu

ukur utama dalam mengembalikan semula zaman kegemilangan ilmu Islam

sekaligus memurnikan semula akhlaq Islamiah dalam kalangan muslim pada hari

ini.

3.2 DEFINISI PENDIDIKAN ISLAM

Pendidikan bermaksud perihal mendidik, ilmu mendidik, pengetahuan

mendidik, latihan, ajaran dan lain-lain.7 Pendidikan ialah "usaha sistematik yang

disengajakan, yang dibuat oleh sesuatu masyarakat untuk menyampaikan

pengetahuan, nilai, sikap dan kemahiran kepada ahlinya, usaha

memperkembangkan potensi individu dan perubahan yang berlaku dalam diri

manusia "8.

Menurut Frederick J.Mc Donald dan M.J. Langeveld, pendidikan adalah

suatu proses atau kegiatan yang diarahkan untuk mengubah kebiasaan (behavior)

manusia manakala menurut Edgar Delle pendidikan merupakan usaha yang

dilakukan oleh keluarga, masyarakat, dan pemerintah melalui kegiatan bimbingan,

6

Imam al-Ghazali (2009), Ihya‟ Ulum al-Din, j.1,Beirut Lebanon : Dar al-Fikr., j. 1, hal. 25-27. Lihat juga, Ahmad Mohd Salleh (1997), Pendidikan Islam Falsafah, Pedagogi dan Metodologi,

Shah Alam : Fajar Bakti, hal. 1

7

Dewan Bahasa Dan Pustaka (2010),Kamus Dewan Edisi Keempat, hal. 350

8

(6)

6 pengajaran, dan latihan yang berlangsung di sekolah dan di luar sekolah sepanjang

hayat untuk mempersiapkan anak didik agar dapat memainkan peranan dalam

berbagai lingkungan hidup secara tetap untuk masa akan datang.9

Bilamana pendidikan dikaitkan dengan Islam, maka sudah pasti

“Pendidikan Islam” memiliki pengertiannya yang tersendiri, berbeza daripada

pengertian-pengertian yang dinyatakan di atas.

Prof Dr. Yusuf Al-Qardhawi memberikan pengertian bahawa: “Pendidikan

Islam adalah pendidikan manusia seutuhnya; akal dan hatinya; rohani dan

jasmaninya; akhlaq dan keterampilanya. Oleh kerana itu, pendidikan Islam

menyiapkan manusia untuk hidup, baik dalam keadaan damai mahupun perang

dan menyiapkanya untuk masyarakat dengan segala kebaikan dan kejahatannya,

manis dan pahitnya”.10

Hasan Langgulung merumuskan pendidikan Islam sebagai suatu “proses

penyiapan generasi muda untuk mengisi peranan, memindahkan pengetahuan dan

nilai-nilai Islam yang diselaraskan dengan fungsi manusia untuk beramal di dunia

dan memetik hasilnya di akhirat”.11

Menurut Syeh Muhammad A. Naquib al-Attas, pendidikan Islam ialah

usaha yang dilakukan pendidik terhadap anak didik untuk pengenalan dan

9

AnneAhira untuk Indonesia, http://www.anneahira.com/definisi-pendidikan.htm, 30 Januari 2012.

10

Yusuf Al-Qardhawi (1980), Pendidikan Islam dan Madrasah Hasan Al-Banna, Prof. H. Bustami A. Gani dan Drs.Zainal Abidin Ahmad (terj.), Jakarta: Bulan Bintang, hal. 157

11

(7)

7 pengakuan tempat-tempat yang benar dari segala sesuatu di dalam susunan

penciptaan. Sehingga, membimbing ke arah pengenalan dan pengakuan akan

tempat Tuhan yang tepat di dalam susunan wujud dan keperibadian.12

Sedangkan menurut M. Arifin, pendidikan Islam adalah sistem pendidikan

yang dapat memberikan kemampuan seseorang untuk memimpin kehidupannya

sesuai dengan cita-cita Islam, kerana nilai-nilai Islam telah menjiwai dan

mewarnai corak keperibadiannya.13

Daripada pengertian-pengertian di atas, maka dapatlah kita simpulkan

pengertian pendidikan Islam. Pendidikan Islam adalah pendidikan manusia

seutuhnya yang dilakukan oleh seorang dewasa kepada anak didik untuk

mempersiapkan kehidupan yang lebih baik. Secara praktiknya, pendidikan Islam

bukan hanya pemindahan pengetahuan kepada anak didik, namun perlu

diintegrasikan antara tarbiyah, ta‟lim dan ta‟dib, sehingga dapatlah seseorang

yang telah mendapatkan pendidikan Islam memiliki keperibadian muslim yang

mengimplementasikan syari‟at Islam dalam kehidupan seharian, serta hidup

bahagia di dunia dan akhirat.

3.3 KONSEP PENDIDIKAN ISLAM

Seperti yang telah kita ketahui sebelum ini, Pendidikan Islam secara

asasnya bermaksud memberi pendidikan kepada anak-anak atau pelajar

berdasarkan ajaran Islam. Mendidik juga bermaksud mengasuh, menjaga dan

12

Drs. H. Hamdani Ihsan dan Drs. H. A. Fuad Hasan (1998), Filsafat Pendidikan Islam, Bandung: Pustaka Setia, hal. 16

13

(8)

8 membelai supaya seseorang anak itu menjadi baik. Baik di sini tentulah baik pada

pandangan Islam. Ilmu pengetahuan yang diberi itu ialah suatu wadah dalam

pendidikan. Justeru ilmu belum tentu mendidik, dan memberi ilmu juga belum

tentu lagi memberi pendidikan.

Dalam Falsafah Pendidikan Islam ada menyebut bahawa pendidikan Islam

adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan

penghayatan Islam berdasarkan al-Qur‟ȃn dan as-Sunnah bagi membentuk sikap,

kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang

mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan

negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.14

Mendidik ialah kata-kata nasihat supaya murid melakukan sesuatu yang

baik. Menasihati murid supaya melakukan suruhan Allah seperti solat, beradab

dengan ibu bapa dan guru adalah pendidikan. Menasihati murid supaya belajar

dengan baik dan tekun adalah pendidikan. Menjaga kebersihan diri, bilik darjah,

kawasan sekolah, kantin, padang adalah tuntutan Islam. Kekemasan diri, bilik

darjah, kawasan rumah, juga tuntutan Islam. Menasihati pelajar atau murid

melakukan semua ini ialah pendidikan Islam namanya.

Berdasarkan kepada ta‟rifan ini bermakna, tugas pendidikan Islam bukan

terletak kepada ibu bapa dan guru agama sahaja, malah kepada semua orang

Islam. Kalau di rumah, ibu bapa dan keluarga itu yang bertanggungjawab

memberi pendidikan Islam. Manakala di sekolah pula, semua guru yang

beragama Islam adalah bertanggungjawab memberi pendidikan Islam kepada

semua murid Islam. Guru agama atau istilah sekarang guru Pendidikan Islam,

14

(9)

9 lebih luas tanggungjawabnya; pertama menyampaikan pengetahuan Islam dan

kemudian mendidik dengan pendidikan Islam. Masyarakat pula

bertanggungjawab untuk menghidupkan budaya Islam di dalam masyarakat. Ini

termasuklah percakapan, pergaulan, permainan, urusan harian dalam hal ekonomi,

politik, sosial, teknikal dan sebagainya.

Hal ini bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih

memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi

dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini

adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu

pengetahuan, berketerampilan, berakhlaq mulia, bertanggungjawab dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap

keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.15

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) menjadi panduan bagi semua

aktiviti pendidikan di Malaysia. Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan

negara sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan

mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan

membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling rendah

hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti. FPK menjelaskan tujuan dan

matlamat pendidikan untuk individu dan negara. Kedua-dua tujuan selaras, iaitu

untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlaq mulia dan bertanggungjawab

yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik. Pendidikan merupakan

15

(10)

10 proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu

yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk

menjayakan hasrat dan cita-cita negara. Salah satu yang terkandung dalam FPK

adalah falsafah tentang manusia yang berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan

agama. Matlamat pendidikan adalah untuk membangunkan semua aspek diri

manusia secara harmonis dan seimbang supaya kesepaduan fitrah diri manusia

terpelihara. Berilmu dan berpendidikan harus menghasilkan budi pekerti yang

baik dan akhlaq yang mulia yang sekaligus menjadi ciri-ciri asasi seorang ahli

keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik. 16

Kalau di sekolah guru mengajar supaya pelajar melakukan sesuatu yang

baik atau sesuatu suruhan Tuhan, seperti solat, tutup aurat dan sebagainya,

manakala di rumah ibu bapa tidak menunaikan solat dan tidak menutup aurat

menurut kehendak Islam, bermakna ibu bapa tidak mendidik anaknya dengan

pendidikan Islam dalam aspek tersebut. Sama juga dengan sekolah. Jika guru

Pendidikan Islam mengajar dan mendidik pelajarnya dengan perkara-perkara yang

dituntut oleh Islam seperti di atas, tetapi guru lain tidak melakukannya, bermakna

guru Islam tidak mendidik pelajarnya yang beragama Islam supaya menghayati

ajaran Islam. Ini bermakna, guru tersebut tidak mendidik pelajarnya dengan

pendidikan Islam.

Demikian jugalah dengan masyarakat. Jika masyarakat tidak membanteras

segala perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam yang wujud dalam

masyarakat tersebut, sebaliknya menganjurkannya pula, bermakna masyarakat

16

(11)

11 tersebut tidak mendidik anak buahnya dengan pendidikan Islam, malah sebaliknya

meruntuhkan Islam. Kalau inilah yang berlaku, pendidikan Islam yang dilakukan

oleh guru agama dalam kelas itu tidak akan berkesan. Dengan demikian, jika

berlaku sesuatu yang tidak diingini dalam masyarakat, seperti keruntuhan akhlaq

dan sebagainya, maka jangan disalahkan orang lain. Hal ini kerana, itulah perkara

yang dikehendakai oleh ibu bapa, guru dan masyarakat. Setiap orang akan

menegakkan benang basahnya dengan mengatakan mereka betul dan orang lain

yang salah seperti cerita bangau oh bangau, tetapi kita lupa, bahawa setiap orang

akan menjawabnya di hadapan Allah s.w.t.

Malah, dalam pengajaran Pendidikan Islam itu sendiri, jika guru tidak

berhati-hati, guru hanya akan menyampaikan maklumat atau pengetahuan Islam

sahaja, guru berkenaan tidak mendidik dengan Pendidikan Islam. Misalnya, guru

Pendidikan Islam atau guru agama mengajar pelajarnya dengan tajuk “syarat

wajib Jumaat”. Di akhir pelajaran, pelajarnya dapat menyebut syarat-syarat

tersebut, maka ini baru tercapai objektif pelajaran. Guru tersebut, sebenarnya

belum lagi mendidik pelajarnya dengan Pendidikan Islam. Pendidikan itu ialah

kata-kata nasihat supaya pelajar menghayati ajaran Islam.

Kalau dalam tajuk ini, guru hendaklah menasihati pelajarnya terutamanya

pelajar lelaki supaya menunaikan solat Jumaat. Lebih baik lagi, guru mengiringi

pelajar untuk menunaikan solat Jumaat ke masjid. Dan sebelum ke masjid, guru

juga boleh mendidik pelajarnya iaitu dengan menasihati pelajarnya supaya jangan

bising di masjid. Duduk dengan tertib di dalam masjid dan membaca apa-apa

zikir yang baik, seperti membaca al-Qur‟ȃn atau selawat ke atas nabi. Jika ini

(12)

12 Islam. Demikianlah seterusnya dalam tajuk-tajuk yang lain, atau pun

pelajaran-pelajaran yang lain yang bukan mata pelajaran-pelajaran agama. Bagi guru yang kreatif, ia

boleh memasukkan Pendidikan Islam melalui pelajarannya.

Ini bermakna, bahawa Pendidikan Islam itu mempunyai dua maksud yang

utama. Pertamanya bermaksud Pendidikan Islam khusus iaitu yang merangkumi

pelajaran tradisional seperti „aqidah, „ibadah, tafsir, sejarah, hadis dan

sebagainya. Keduanya pula ialah Pendidikan Islam umum, yang mana

merangkumi semua kata-kata nasihat yang boleh membangunkan potensi yang

ada pada setiap pelajar melalui semua mata pelajaran sekolah serta melewati

segala aspek dalam hidup. Maka inilah yang dikatakan Pendidikan Islam.17

3.4 TUJUAN UMUM PENDIDIKAN ISLAM

Pendidikan Islam yang dimaksudkan dalam perbincangan ini ialah

Pendidikan Islam Terhad, iaitu berdasarkan kepada sub subjek yang ada dalam

mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah.18 Dalam mata pelajaran Pendidikan

Islam di sekolah rendah dan menengah terdapat sub subjek seperti berikut:

3.4.1 Sekolah Rendah :

a) Asuhan Tilawah al-Qur‟ȃn iaitu mengandungi perkara-perkaran

yang berkaitan dengan mengenal dan menyebut huruf hijaiyah,

membaca, menghafaz dan memahami maksud atau tema ayat yang

dibaca dan di hafaz.

17

Laman Pendidikan Islam, http://pendislami.tripod.com/new_page_2.htm, 29 Januari 2012.

18

(13)

13 b) Asas ŪlumSyariah iaitu mengandungi perkara-perkara asas seperti

„aqidah, „ibadah dan sirah.

c) Asas Akhlaq Islamiah iaitu mengandungi asas akhlaq dan adab

untuk di amalkan oleh orang Islam.

3.4.2 Sekolah Menengah :

a) Tilawah al-Qur‟ȃn yang merangkumi bacaan, hafazan dan

kefahaman.

b) ŪlumSyariah (Teras) yang merangkumi „aqidah, „ibadah, sirah,

institusi islam dan akhlaq.

c) Mata pelajaran (Elektif) yang mengandungi Pendidikan Al-Qur‟ȃn

dan Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah dan Tasawwur Islam.

Semua pelajaran ini diajar menuju ke satu matlamat sahaja, iaitu melahirkan

insan yang soleh dan bertamadun, yang beriman serta beramal dengan ilmunya,

yang mampu memikul tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah Allah, bagi

membangun diri, keluarga, masyarakat dan negaranya, merangkumi aspek

jasmani, rohani, emosi dan intelek berdasarkan prinsip Islam yang dipetik

daripada al-Qur‟ȃn dan as-Sunnah.

Secara ringkas, antara tujuannya berdasarkan sub mata pelajaran ialah seperti

berikut:

a) Bagi pengajaran tilawah al-Qur‟ȃn , antara tujuannya ialah supaya para

pelajar dapat mengenal dan menyebut huruf-huruf di dalam al-Qur‟ȃn

dengan tepat dan fasih. Selain daripada itu, mereka dapat memahami

(14)

14 Kemudiannya, mereka menghafaz ayat-ayat tertentu dengan

memahami ayat tersebut.

b) Dari sudut „ibadah, antara tujuannya ialah supaya para pelajar dapat

mengetahui apakah jenis-jenis „ibadah dan seterusnya membezakan

yang mana „ibadah khusus dan yang mana „ibadah umum. Selain itu,

supaya mereka dapat melakukan ibadat dengan betul, sah dan diterima

oleh Allah, seperti solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya.

c) Bagi sudut „aqidah, antara tujuannya ialah supaya menerapkan „aqidah

yang benar kepada para pelajar , mengukuhkan kepercayaan kepada

Allah yang Esa, menanamkan keyakinan terhadap rukun-rukun iman

yang enam, percaya kepada perkara ghaib seperti yang khabarkan oleh

al-Qur‟ȃn dan as-Sunnah, mencintai Rasulullah s.a.w dengan bersedia

mengikuti sunnahnya dan meninggalkan larangannya, dan mengetahui

sifat-sifat Allah dan rasul.

d) Dari sudut akhlaq, antara tujuannya ialah supaya para pelajar dapat

memahami Islam secara syumul, memahami konsep akhlaq dalam

Islam dan seterusnya mengamalkannya, menghayati cara hidup Islam

dengan sempurna, dan mengamalkan adab-adab yang terpuji di dalam

Islam sama ada kepada orang yang lebih tua, muda dan sebagainya.

e) Bagi sirah, antara tujuannya ialah supaya para pelajar lebih mengenali

Rasulullah s.a.w dan sahabat dengan lebih dekat, menginsafi terhadap

perjuangan Nabi s.a.w dan para sahabat dalam menegakkan agama

Islam, merasai betapa susahnya hendak menegakkan agama Islam

(15)

pejuang-15 pejuang Islam dan mengambil faedah daripada perjuangan orang-orang

terdahulu dalam menegakkan Islam.

f) Bagi Institusi Islam, antara tujuannya ialah mengenal Islam sebagai

agama yang mempunyai organisasi yang cukup lengkap, mengetahui

jenis institusi Islam dan peranannya; seperti institusi keluarga,

masyarakat, kehakiman, perundangan, pendidikan, kewangan,

pemerintahan, syura, ketenteraan, keselamatan, sosial dan sebagainya

dan yang terakhir, supaya mengetahui dengan lebih dekat peranan

setiap institusi dan kepentingannya terhadapat pembangunan

masyarakat Islam setempat dan masyarakat sesebuah negara.

Justeru, matlamat dan tujuan Pendidikan Islam sangat penting. Pemahaman

yang jelas perlu di titik beratkan oleh semua pihak terutamanya bagi para pendidik

supaya mesej yang hendak disampaikan tercapai.

3.5 PEMANTAPAN PENDIDIKAN ISLAM DAN KOMPONEN

AKHLAQ

Di Malaysia persoalan pendidikan akhlaq diberi perhatian terutamanya

dalam sistem pendidikan kebangsaan. Untuk merealisasikan hasrat ini, maka

pelajar Islam diwajibkan mengikuti Pendidikan Islam, manakala pelajar bukan

Islam pula dikehendaki mengikuti Pendidikan Moral.

Pelaksanaan kurikulum Pendidikan Islam boleh dilihat menerusi

perkembangan pendidikan Islam di negara ini. Amnya terdapat empat jenis sistem

pendidikan Islam. Setiap jenis tersebut boleh diringkaskan seperti berikut. Jenis

(16)

16 mana dilaporkan oleh Abdullah Ishak (1995), struktur dan kurikulum pendidikan

Islam di rumah guru pada zaman Kerajaan Melayu Melaka lebih menekankan

kepada pengajian membaca al-Qur‟ȃn, di samping ilmu lain yang berkaitan

dengan keagamaan seperti tauhid, fiqah, tasawwuf, sejarah Islam dan pengajaran

yang mendatangkan kebaikan.19

Selain pendidikan di rumah guru, jenis kedua ialah pengajian di institusi

pondok yang dikenali sebagai pendidikan tradisional dan merupakan satu legasi

pendidikan Islam yang tertua dan berpengaruh dalam melahirkan pelajar

berpengetahuan agama, berakhlaq tinggi serta dapat membimbing masyarakatnya

(Ghazali Basri, 1991). Sebenarnya istilah “pondok” berasal daripada perkataan

Arab, funduq yang bermaksud hotel,20 tetapi pondok lebih popular dalam

kalangan masyarakat Melayu khususnya sebagai rumah-rumah kecil tempat

tinggal, untuk empat hingga lima orang pelajar bagi setiap buah rumah, sebagai

madrasah dan asrama tempat mengaji.21 Pondok-pondok itu didirikan atas usaha

„alim ulama dan masyarakat tempatan. Matlamat utama penubuhan institusi

pondok ialah melahirkan masyarakat yang dapat menghayati dan mengamalkan

ajaran Islam dengan sempurna. Justeru, kurikulum pengajian pondok lebih

menumpukan kepada bidang keagamaan dan pengajarannya lebih bersifat

penghafalan dan pemahaman.

Jenis ketiga pula ialah sistem pendidikan berkonsepkan sistem madrasah

yang lebih sistematik dan formal. Ia merupakan satu alternatif yang menarik

19

Abdullah Ishak (1995). Pendidikan Islam dan Pengaruhnya di Malaysia, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

20

Abd. Rauf Dato‟ Haji Hassan et al. (2005),Kamus Bahasa Arab-Melayu, Selangor : Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd, hal. 285

21

(17)

17 perhatian masyarakat Melayu kerana taraf pelajaran di madrasah adalah tinggi dan

kurikulumnya bersifat lebih komprehensif kerana telah dimasukkan beberapa

mata pelajaran lain dalam Pendidikan Islam. Ini sesuai kerana Kaum Muda ketika

itu berpendapat bahawa umat Islam tidak seharusnya mementingkan akhirat

semata-mata, tetapi perlu maju dalam aspek sosioekonomi dan politik agar

menjadi umat yang berdaya saing dan progresif. Pertumbuhan madrasah ketika itu

bagai cendawan selepas hujan disebabkan anggapan bahawa sistem pondok tidak

mampu berkembang mengikut kehendak dan keperluan dalam kehidupan serba

moden, di samping alasan untuk menyaingi pendidikan sekular yang ditubuhkan

oleh pendakwah Kristian seperti Sekolah Convent.

Namun begitu, perlu ditegaskan bahawa kemunculan madrasah tidak

melupuskan atau melemahkan sistem pondok yang sedia ada, bersama-sama

kedua-duanya ingin mengukuhkan kedudukan pendidikan Islam di Tanah Melayu.

Bahkan, kedua-dua sistem pondok dan madrasah memainkan peranan penting

dalam memelihara identiti Islam pada orang Melayu, dan menyediakan orang

Melayu dengan teras pendidikan Islam. Sesetengah cendekiawan berpandangan

bahawa intipati institusi pondok untuk masyarakat Melayu boleh diterangkan

sebagai acuan bagi sudut budaya dalam pendidikan dalam masyarakat Melayu

Islam.22

Keutuhan pendidikan Islam pada akhir abad ke-19 mengalami cabaran

dengan kehadiran penjajah Inggeris di Tanah Melayu. Proses sekularisasi penjajah

telah memperkenalkan dasar pelajaran yang amat menghadkan kurikulum

22

(18)

18 pendidikan Islam dan mengawal ketat pengajaran al-Qur‟ȃn . Sekolah vernakular

Melayu telah ditubuhkan. Selain daripada itu, penubuhan MCKK telah

menggunakan kurikulum yang serupa dengan yang digunakan di England.

Kedatangan Inggeris sesungguhnya telah memperkenalkan pendidikan sekular

kepada orang Melayu. Tegasnya, pada zaman penjajahan ini menurut Rosnani

Hashim (2001)23, sistem pendidikan digunakan sepenuhnya oleh pihak penjajah

untuk mencapai agenda mereka yang tersendiri, termasuk menyebarluaskan

fahaman sekular dan meminggirkan agama.

Setelah negara mencapai kemerdekaan, institusi madrasah (dikenali juga

sebagai sekolah agama atau sekolah Arab) berterusan menghadapi cabaran. Ini

kerana Akta Pelajaran 1961 (yang berasaskan kepada Laporan Razak 1956 dan

Laporan Rahman Talib 1960)24, yang membawa perubahan besar dalam sistem

pendidikan kebangsaan, telah memasukkan Pendidikan Agama Islam sebagai satu

mata pelajaran ke dalam kurikulum sekolah kerajaan. Sekaligus keadaan ini

melemahkan kedudukan sistem madrasah, lebih-lebih lagi dasar pendidikan

kebangsaan memberikan gambaran bahawa prospek kerjaya atau jaminan

ekonomi adalah lebih baik bagi lulusan sekolah kerajaan berbanding dengan

lulusan madrasah.25

Kepentingan Pendidikan Agama Islam di sekolah-sekolah kerajaan diberi

penekanan lagi apabila ia diwajibkan ke atas semua murid Islam dan dimasukkan

23

Rosnani Hashim (2001), Kurikulum Pendidikan Daripada Perspektif Islam Dalam Konteks Pendidikan di Malaysia. Jurnal Pendidikan Islam, November, 9(4).

24

Nor Amiza Razali et al. ( Kertas Projek Hala Tuju Pendidikan Awal Kanak-kanak Di Malaysia, UPSI, http://www.scribd.com/doc/51141335/14/AKTA-PELAJARAN-1961, 30 Januari 2012. ), hal. 10

25

(19)

19 ke dalam jadual waktu rasmi sekolah pada tahun 1962, dengan masa yang

diperuntukkan ialah dua jam seminggu. Dari sudut kandungan kurikulumnya pula,

ia hampir serupa dengan apa yang diamalkan di kebanyakan negara Islam.

Kurikulum mengandungi pengajian al-Qur‟ȃn yang merupakan komponen asas,

di samping hadis dan mata pelajaran tauhid, fiqah, akhlaq, tulisan, tata bahasa

Arab, kesusasteraan dan sejarah. Sesungguhnya perlu ditegaskan bahawa

Pendidikan Agama Islam diadakan di sekolah kerajaan bagi menjamin hala tuju

pendidikan Islam bukan mengenepikan sistem pondok dan madrasah atau sekolah

agama. Demi pendidikan Islam, semua sistem pendidikan yang terlibat dengannya

ada kelebihan masing-masing dan patut dimanfaatkan oleh semua pihak.26

Kurikulum Pendidikan Islam telah dipertingkatkan lagi apabila Kurikulum

Baru Sekolah Rendah (KBSR) diikuti dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah

Menengah (KBSM) diperkenalkan. Peningkatannya boleh dilihat dari segi status

dan sukatan pelajaran berbanding Kurikulum Lama Sekolah Menengah. Dalam

KBSM, Pendidikan Islam terdiri daripada Pendidikan Islam Teras dan Pendidikan

Islam Elektif. Pendidikan Islam sebagai mata pelajaran teras terbahagi pula

kepada dua bidang iaitu bidang tilawah al-Qur‟ȃn yang menekankan aspek

bacaan, hafazan ayat-ayat, zikir dan doa serta kefahaman ayat-ayat tertentu, dan

bidang ŪlumSyariah pula menekankan „aqidah, „ibadah, sirah dan tamadun Islam

serta sifat dan cara hidup Islam. Dari segi masa pengajaran dan pembelajaran,

Pendidikan Islam KBSM juga memperlihatkan peningkatan iaitu bagi peringkat

menengah rendah ialah 240 minit atau enam kali seminggu. Bagi peringkat

menengah atas pula peruntukan masa ialah 160 minit atau empat kali seminggu.

26

Asmawati Bte Suhid (asmawati@educ.upm.edu.my),

(20)

20 Sistem dan kurikulum pendidikan sentiasa bersifat dinamik. Tiada

kurikulum yang berkekalan. Ia sentiasa disemak dan mengalami perubahan.

Begitu juga halnya dengan Pendidikan Islam kerana pada 1996 keputusan telah

dibuat untuk menyemak kurikulum mata pelajaran itu. Sekali lagi, pada tahun

1998 kurikulum Pendidikan Islam mengalami perubahan demi mencapai matlamat

yang diinginkan semaksimum mungkin. Ia dibahagikan kepada tiga komponen

iaitu pertama, tilawah al-Qur‟ȃn yang menumpukan kepada membaca dan

menghafal ayat-ayat al-Qur‟ȃn mengikut hukum tajwid, memahami pengertian,

pengajaran dan hikmat serta menghayatinya. Kedua, Ūlum Syariah yang

menumpukan kepada pemantapan „aqidah, „ibadah dan meneladani sirah

Rasulullah s.a.w serta tamadun Islam. Akhir sekali, Pendidikan Akhlaq Islamiah

yang berfokus kepada pembentukan peribadi pelajar ke arah tingkah laku muslim

mukmin melalui pengetahuan dan pemahaman tentang peraturan dan cara hidup

muslim dalam hubungannya dengan Allah s.w.t, diri, keluarga, masyarakat,

negara dan alam sekitar.

Setelah kurikulum Pendidikan Islam dilaksanakan selama tiga tahun, suatu

semakan semula telah dilakukan ke atas Pendidikan Akhlaq Islamiah. Beberapa

perubahan telah dilakukan yang melibatkan juga perubahan pada kandungan

kurikulum Pendidikan Akhlaq Islamiah dan kaedah penyampaiannya. Komponen

itu kini dinamakan sebagai Adab dan Akhlaq Islam (AAI) yang terdiri daripada

enam bidang pembelajaran yang mempunyai sub bidang masing-masing. Dari

sudut struktur, pembentukan kandungan dalam kurikulum AAI berteraskan

(21)

21 alam sekitar dan negara serta Rasul dan Pencipta (Allah). Manakala dari sudut

kaedah penyampaiannya, guru dikehendaki menerapkan nilai-nilai akhlaq Islam

ketika menerangkan adab dan amalannya dalam kehidupan pelajar. Guru-guru

dikehendaki menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan

teknologi maklumat dan komunikasi. Tegasnya, media elektronik dan komunikasi

massa telah digunakan untuk memajukan dan mengembangkan nilai dalam mata

pelajaran Pendidikan Islam. Ini bertujuan meluaskan lagi pengetahuan dan

kemahiran pelajar ketika alam persekolahan dan apabila kembali ke dalam

masyarakat bagi mendepani dan menangani arus globalisasi.27

Pengenalan komponen Adab dan Akhlaq Islam (AAI) dalam kurikulum

Pendidikan Islam pada 2003 adalah merupakan suatu usaha untuk mempertingkat

dan mengemaskini lagi pengajaran dan pembelajaran akhlaq di sekolah yang

antara lainnya bagi mencapai matlamat iaitu melahirkan pelajar yang mempunyai

ciri-ciri berikut iaitu mantap serta kukuh iman dan taqwa sebagai benteng

ketahanan diri, menguasai ilmu fardu „ain dan fardu kifayah, sebagai pedoman

dan amalan hidup, mengamalkan tuntutan fardu „ain dan fardu kifayah bagi

memenuhi tanggungjawab ibadah dan berakhlaq mulia sebagai pelengkap diri dan

tonggak budaya (Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam KBSM, 2002).

Berdasarkan ciri kandungan AAI dan matlamat Pendidikan Islam di atas,

adalah jelas bahawa selain mempelajari komponen lain dalam Pendidikan Islam

adalah diharapkan pengajaran AAI dapat membentuk pelajar yang mampu

mengharungi nilai-nilai luar menerusi iman dan taqwa yang mantap, sebagaimana

27

(22)

22 dijelaskan adab dan akhlaq juga akan dapat mengawal diri daripada gejala

negatif” (Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam KBSM, 2002). Ini

bermakna AAI mesti menjadi induk utama kepada nilai-nilai materialisme,

sekularisme, sainstisme dan sensateisme.28 Dengan penuh altruisme29 ia perlu

menggunakan nilai-nilai yang telah diislamisasikan untuk kesejahteraan

masyarakat dan persaudaraan atau manusia sejagat. Begitu juga diharapkan

pelajar yang berakhlaq dan beradab boleh bertindak dalam semua keadaan dengan

berkesan.

28

Ibid, hal. 101

29

Altruisme ialah amalan untuk mengutamakan orang-orang lain berbanding diri sendiri. Amalan

ini adalah sifat murni dalam banyak budaya, dan merupakan pokok kepada

(23)

23

BIBLIOGRAFI

A. BUKU- BUKU DAN KITAB- KITAB

1. Kitab Suci al-Qur‟ȃn

2. Lajnah Pentashih Mushaf al-Qur‟ȃn Departemen Agama Republik

Indonesia (2007), al-Qur‟ȃn al-Karim Terjemah Per Kata, Bandung :

Departemen Agama Republik Indonesia.

3. Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), Kuala Lumpur : Dewan Bahasa

Dan Pustaka.

4. Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri (2007), Himpunan Hadith Modal

Insan, Kuala Lumpur : Telaga Biru Sdn. Bhd.

5. Ibn Kathir (2007), Tafsir al-„Azim, al-Qaherah al-Manșûrah : Dar al

-Ghad al-Gadīd

6. Wahbah Zuhaily (1989), Tafsir al-Munir,Beirut Lebanon : Dar al-Fikr.

7. H.Salim Bahreisy H.Said Bahreisy (1981), Terjamah Mukhtasar Tafsir

Ibn Kathir ( terj. singkat Tafsir Ibn Kathir ), Surabaya : Pustaka Bina

Ilmu.

8. Ahmad Mohd. Salleh (1997), Pendidikan Islam Falsafah, Pedagogi

dan Metodologi, Shah Alam: Fajar Bakti.

9. Imam al-Ghazali (2009), Ihya‟ Ulum al-Din, Beirut Lubnan : Dar

(24)

24 10.Yusuf Al-Qardhawi (1980), Pendidikan Islam dan Madrasah Hasan

Al-Banna, Prof. H. Bustami A. Gani dan Drs.Zainal Abidin Ahmad

(terj.), Jakarta: Bulan Bintang.

11.Hasan Langgulung (1980), Beberapa pemikiran tentang pendidikan

Islam, Bandung: al-Ma‟arif.

12.Drs. H. Hamdani Ihsan dan Drs. H. A. Fuad Hasan (1998), Filsafat

Pendidikan Islam, Bandung: Pustaka Setia.

13.Abdullah Ishak (1995). Pendidikan Islam dan Pengaruhnya di

Malaysia, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

14.Abd. Rauf Dato‟ Haji Hassan et al. (2005),Kamus Bahasa

Arab-Melayu, Selangor : Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

B. LAMAN WEB

1. PN3311D1 PENGANTAR PENDIDIKAN,

http://tapjip.blogspot.com/2009/07/definisi-pendidikan.html.

2. AnneAhira untuk Indonesia,

http://www.anneahira.com/definisi-pendidikan.htm.

3. M. Arifin, Ilmu Pendidikan Islam, (

http://imtaq.com/definisi-pendidikan-islam-2/ )

4. Tadika Tahfiz al-Munir,

http://www.al-munir.edu.my/falsafah_pendidikan.html.

5. Portal Rasmi Kementerian Pengajian Tinggi,

http://upu.mohe.gov.my/portal/arkib/fpk.php.

(25)

25

7. Nor Amiza Razali et al. ( Kertas Projek Hala Tuju Pendidikan Awal

Kanak-kanak Di Malaysia, UPSI,

http://www.scribd.com/doc/51141335/14/AKTA-PELAJARAN-1961.

8. Asmawati Bte Suhid (asmawati@educ.upm.edu.my),

(http://eprints.utm.my/1407/4/AsmawatiSuhid2005_PemantapanKompone

nAkhlakDalamPendidik.pdf).

9. Altruisme (http://ms.wikipedia.org/wiki/Altruisme)

C. KERTAS KERJA, JURNAL DAN SEMINAR

1. Azmi Aziz and Shamsul A.B.(2004). The Religious, The Plural, The

Secular and The Modern: A Brief Critical Survey on Islam in Malaysia.

Inter-Asia Cultural Studies, 5(3).

2. Rosnani Hashim (2001), Kurikulum Pendidikan Daripada Perspektif Islam

Dalam Konteks Pendidikan di Malaysia. Jurnal Pendidikan Islam,

November, 9(4).

3. Mohd. Yunus Noor (1990), Seminar Kebangsaan Penilaian Pelaksanaan

Referensi

Dokumen terkait

Data-data yang dibutuhkan pada penelitian ini antara lain data spasial citra satelit optis Sentinel 2 Level 1C perekaman bulan Juli 2018 hingga Januari 2019, data lahan

Apabila Pertandingan terhenti sebelum berakhirnya durasi normal Pertandingan karena alasan force majeure atau alasan lain termasuk tetapi tidak terbatas pada

Berdasarkan hasil penelitian Pengaruh Lama Perendaman benih dan Jenis Tanaman Inang terhadap Pertumbuhan Semai cendana (Santalum album Linn), maka dapat disimpulkan bahwa

Pengunaan simbol merupakan cara yang relatif mudah untuk menyampaikan kesan atau pesan kepada orang yang melihatnya atau masyarakat luas, sehingga diharapkan dapat membentuk

Dalam UU Wakaf, pasal 62 yang menjelaskan tentang penyelesaian sengketa mengenai wakaf, disebutkan apabila penyelesian sengketa sebagaimana dimaksud pada ayat 1

Manfaat dari dilaksanakannya Ujian Nasional yaitu: (1) pemetaan mutu satuan dan/atau program pendidikan, (2) seleksi masuk jenjang pendidikan berikutnya, (3) penentuan

c. Mahasiswa dan Lulusan: 1) Secara kuantitatif, jumlah mahasiswa baru yang diterima Prodi PAI relatif stabil dan di atas rata-rata dibandingkan dengan jumlah

Adanya mekonium saja tidak mampu untuk menegakkan suatu diagnosis hipoksia janin. Mekonium adalah cairan berwarna hijau tua yang secara normal dikeluarkan oleh bayi