• Tidak ada hasil yang ditemukan

Dilema US Dasar Pengimbangan Semula US

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Dilema US Dasar Pengimbangan Semula US "

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

1

DILEMA US: DASAR PENGIMBANGAN SEMULA US & KEBANGKITAN CHINA DI RANTAU ASIA PASIFIK

Ahmad Muziru Idham Bin Adnan Norsyafiq Bin Noordin

ABSTRAK

Kemunculan China sebagai sebuah kuasa yang sedang meningkat naik di rantau Asia Pasifik sedikit sebanyak memberi kebimbangan terhadap Amerika Syarikat yang telah lama dianggap sebagai sebuah kuasa unipolar sejak era pasca Perang Dingin (Cold War). Kebimbangan tersebut menyebabkan US mula mengambil langkah untuk melancarkan polisi pivot to Asia sebagai respon terhadap kebangkitan China tersebut. Dalam hal ini, artikel ini akan melihat dilema yang dihadapi oleh US sehingga melancarkan dasar pivot to Asia atau pengimbangan semula ke Asia. Artikel ini juga akan melihat respon negara serantau dan hubungannya terhadap US-China pasca polisi tersebut dilancarkan. Akhir sekali, artikel ini akan menganalisis cadangan penyelesaian yang boleh dibuat bagi menyelesaikan krisis yang berlaku agar tidak menimbulkan konflik serantau yang lebih parah.

1.0 PENDAHULUAN

Perang Dunia Kedua dan Perang Dingin merupakan antara konflik yang telah

mengubah struktur politik dunia secara keseluruhannya. Kewujudan Amerika Syarikat (AS)

dalam struktur geopolitik Asia Pasifik memperlihatkan peranannya untuk mewujudkan

kestabilan serantau melalui penyebaran hegemoni dalam kalangan negara-negara Asia Pasifik

(2)

2

China merupakan antara negara yang sedang meningkat naik dari aspek ekonomi,

politik, dan juga ketenteraan. Dari aspek ketenteraan. China merupakan negara ketiga terkuat

di dunia selepas AS dan Russia serta merupakan negara yang mempunyai kekuatan

ketenteraan yang paling berkuasa di Asia Pasifik. (Global Fire Power, n.d.). China bangkit

sebagai sebuah kuasa baru di rantau Asia Pasifik bertujuan untuk menjadi kuasa pengimbang

yang mengawal kestabilan dan keselamatan di rantau Asia Pasifik di samping mewujudkan

persaingan dalam mengukuhkan hegemoni di Asia Pasifik. Menurut Foot (2006: 77):

The rise of China, especially marked in the 1990s, has prompted a realist argument that the unipolar order is leading to the establishment of a Chinese-led anti-hegemonic coalition, and to China‟s building up its internal economic and military capabilities in order to become a „peer competitor‟ of the United States.1 Other analysts state that, while China (like some other states) generates „a paper Trail‟ indicating strong dislike of a US-dominated global order, its actual behaviour amounts to bandwagoning.

Kebangkitan China sebagai sebuah kuasa ketenteraan baru juga mengundang

ketidak-selesaan negara-negara jiran seperti Vietnam, Korea Selatan dan juga Jepun walaupun China

mengatakan bahawa kebangkitan China ini merupakan satu kebangkitan yang aman atau

lebih dikenali sebagai China Peaceful Rise. Kebanyakan negara yang berjiran dengan China

merupakan sekutu Amerika Syarikat dan menurut Mearshimer (2010: 382), beliau

menyatakan bahawa:

…most of China‟s neighbours, to include India, Japan, Singapore, South Korea, Russia, Vietnam—and Australia—will join with the United States to contain China‟s power. To put it bluntly: China cannot rise peacefully.

Ekonomi China telah berubah menjadi lebih baik secara berperingkat dalam jangka

masa 30 tahun iaitu bermula pada tahun 1978 apabila kerajaan Parti Komunis China (CCP) di

bawah pimpinan Deng Xiaoping melakukan revolusi ekonomi dengan mengadaptasi sistem

(3)

3

usahawan untuk membuka perniagaan dengan membenarkan syarikat swasta ditubuhkan,

memberi fokus kepada ekonomi berasaskan pertanian atau agrikultur, dan pambangunan

terhadap sektor bukan milik kerajaan atau negara (Chow, 2004: 129-134). Hasil daripada

reformasi ekonomi China ini telah membawa kepada pertumbuhan ekonomi jangka panjang

dalam sembilan peratus dan ini merupakan satu kejayaan bagi China kerana pertumbuhan

ekonomi China merupakan yang paling singkat dalam tempoh lebih daripada dua dekad

(Lardy, 2003: 1).

Kekuatan China kini juga berasal daripada pertumbuhan ekonomi negara tersebut.

Kadar pertumbuhan ekonominya yang konsisten sehingga mencapai purata kadar tahunan

melebihi 11 peratus pada tahun 2006 berbanding tahun-tahun yang sebelumnya merangsang

kepada kekuatan politiknya secara tidak langsung (Layne, 2008: 13). Keadaan tersebut dapat

dibuktikan lagi melalui pertikaian antara China bersama Jepun yang berlaku di Sparty dan

juga Laut China Selatan. Tindakan China yang agresif ini dilihat sebagai ancaman terhadap

keselamatan dan kestabilan di Asia Pasifik terutamanya di Asia Timur kerana konflik

perebutan sempadan antara China dan Jepun dalam kes perebutan Pulau Senakaku (Jepun)

atau Diayou (China). Selain daripada Senkaku/Daiyou, China juga dilihat agresif dalam

perebutan di Sparty antara China, Vietnam dan beberapa buah negara Asia Tenggara

termasuk Malaysia.

2.0 KEBIMBANGAN US TERHADAP KEBANGKITAN CHINA

Menurut majalah The Economist (2011), China bakal bangkit sebagai sebuah hab ekonomi terbesar di dunia menjelang tahun 2018. Ramalan sebegini merupakan sesuatu yang

(4)

4

ekonomi AS dan keadaan ini akan turut memberi kesan terhadap pelbagai sektor kenegaraan

dan menjejaskan kepentingan negara (national interest) AS.

AS dalam usaha untuk mengekang kebangkitan atau ancaman daripada China telah

menemukan satu strategi yang dinamakan sebagai Returning to Asia kemudiannya menjadi pivot to Asia. Pivot to Asia merupakan satu strategi AS untuk memastikan polisi-polisi AS di Asia berjalan lancar selain memastikan bahawa AS merupakan kuasa pengimbang di Asia

(Dong and Chengzhi, 2013: 2)

Pengukuhan kekuasan daripada kedua-dua sektor tersebut mampu melonjakkan China

sebagai sebuah kuasa besar dunia yang sukar untuk digugat. Strategi China menguatkan

pengaruhnya terhadap ASEAN melalui Perjanjian Perdagangan Bebas China-ASEAN

(CAFTA) sebagai sebuah kerjasama ekonomi komprehensif dilihat semakin memberi tekanan

hebat terhadap AS untuk mengukuhkan hegemoninya di rantau Asia dengan dasar

pengimbangan semula yang dibawanya (Universal Access to Competitiveness and Trade,

n.d.: 7)

2.1 Kebangkitan Ekonomi China Dan Kemerosotan Ekonomi AS Dalam Perdagangan

Kekuatan ekonomi China mula bertapak kukuh bermula daripada reformasi ekonomi

yang dilaksanakan oleh Dao Xiaoping, penggerak utama Chinese Communist Party (CCP)

pada tahun 1978 (Zhu, 2012: 110). Reformasi ekonomi tersebut melibatkan perubahan dasar

ekonomi China dengan membuka laluan kepada perdagangan terbuka terhadap negara luar

(5)

5

Dalam hal ini, perkembangan tersebut telah melonjakkan ekonomi China sehingga

China mampu menjadi pembekal utama dalam beberapa barangan komiditi seperti barangan

kejuruteraan dan eletrik, minyak dan bahan api, kapas dan tembakau. Manakala barangan lain

yang turut menjadi permintaan pasaran khususnya negara-negara ASEAN adalah seperti

tekstil dan pakaian, logam asas dan bahan-bahan logam, bahan kimia dan bahan api mineral

(Pyo, 2009: 47).

Perkembangan ekonomi China yang berlaku dengan begitu cepat tersebut

menyebabkan perhatian negara-negara di Asia Pasifik khususnya ASEAN mula mengalihkan

perhatiannya terhadap China. Hal ini demikian kerana dinamika ekonomi China tidak sekadar

memberi kesan positif kepada negara China, malah turut menyuntik pelaburan terhadap

pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) terhadap negara-negara rakan dalam

perdagangan. Perkara tersebut dinyatakan oleh Arora dan Vamvakidis (2010: 3-4) bahawa:

China‟s growth could influence other countries‟ growth through a number of channels. First, China‟s imports of commodities, processing inputs, and, increasingly, final products has a direct positive impact on partner countries‟ exports and GDP. In turn, China‟s exports of goods to other countries have a negative direct effect on those countries‟ net exports. The indirect effects on welfare and GDP could, however, be positive as the availability of relatively low-cost products from China raises consumption and production possibilities in partner countries. Second, China‟s demand for key inputs, such as commodities, can affect the world prices for these inputs and thus influence the terms of trade for other countries. Third, China‟s role in processing trade has implications for other Asian countries that constitute the “Asian supply chain,” where final goods are exported from China but use for their production substantial inputs from the rest of Asia

Perkembangan positif rantaian hubungan ekonomi antara China dan negara-negara

serantau secara tidak langsung memberi impak negatif terhadap pertumbuhan ekonomi AS

(6)

6

rantau Asia. Perkara tersebut diakui oleh Elwell, Labonte dan Morrison (2007: 24) apabila

kadar perdagangan AS dengan China mengalami defisit berbanding negara-negara yang lain.

Keadaan ini akan mewujudkan ketidakseimbangan terhadap suntikan ekonomi AS kerana

nilai import ke AS ditentukan dipadankan oleh defisit perdagangan. Kesannya, AS akan

mengalami kerugian dari sudut nilai import barangan kepada AS kerana nilai barangannya

jatuh dalam perdagangan import – eksport.

2.2 Kekuatan Militari PRC: Ancaman Terhadap Kuasa Militari AS

Kekuatan tentera China iaitu People‟s Liberation Army (PLA) terletak pada jumlah tenaga manusia yang dimiliki oleh China iaitu seramai lebih kurang 2,993,000 orang

berdasarkan rekod pada tahun 2009-2013 (The World Bank, n.d.). Jumlah tenaga manusia

yang ramai ditambah pula dengan keupayaan yang semakin meningkat naik telah

mengundang kebimbangan kepada negara- negara serantau terutamanya Jepun, Korea Selatan,

dan AS sendiri. Fokus utama China meningkatkan keupayaan ketenteraan mereka ialah untuk

mempertahankan kedaulatan China daripada sebarang ancaman luar di samping memberi

tekanan kepada Taiwan supaya tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh menggugat

kedaulatan China (Brown, Prueher dan Segal, 2003: 2)

Pemodenan teknologi dalam sektor militari China mengundang kebimbangan AS

terhadap negara tersebut kerana ianya dilihat sebagai ancaman terhadap sekuriti AS.

Kerisauan AS semakin bertambah apabila China membuat penambahan bajet ketenteraan

China secara berterusan iaitu sebanyak US$131 Billion pada tahun 2013 bertujuan untuk

menambah baik sistem pertahanan di samping meningkatkan jumlah asset ketenteraan China

(7)

7

kepada yang lebih moden serta memerlukan tenaga kerja yang minimum bagi tujuan

pertahanan seperti yang perkatakan oleh Mayama (2000)

It is an inevitable trend where construction of military forces converts from the quantitative scale to the quality functions, and from manpower concentration to science and technology integration

Pemodenan ketenteraan China juga bertujuan untuk meningkatkat keupayaan

ketenteraan China untuk menghadapi ancaman dan mengatasi konflik seperti yang dipetik

daripada Office of the Secretary of Defence (2013: i),

The People‟s Republic Of China (PRC) continues to pursue a long-term, comprehensive military modernization program designed to improve the capacity of its armed forces to fight and win short-duration, high-intensity regional military conflict.

Apa yang menjadi kebimbangan AS terhadap China ialah berkenaan dengan aset

tentera laut China iaitu sebuah kapal pengangkut pesawat dengan nama Liaoning. Liaoning

merupakan sebuah kapal pengangkut Soviet yang dikenali sebagai Varyag dibeli oleh China

dan dibawa ke China untuk melengkapkan pembinaan kapal tersebut serta diubahsuai semula

untuk menjadi satu kapal pengangkut yang berfungsi sepenuhnya. Secara simboliknya, kapal

pengangkut China ini merupakan simbol kepada peningkatan kekuatan ketenteraan laut

China dan dianggap setanding dengan kemampuan ketenteraan AS serta dapat mewujudkan

satu pengaruh ketenteraan yang besar pada masa yang akan datang (Stewart, 2014). Ianya

amatlah diperlukan bagi mempertahankan kedaulatan China dari aspek sempadan negara dan

juga kawasan sumber asli seperti petroleum terutamanya dalam lingkungan Laut China

Selatan. Kapal pengangkut ini telah dianggap sebagai ancaman kepada negara-negara jiran

terutamanya Jepun, Korea Selatan, Vietnam, dan Filipina sekaligus mengakibatkan

(8)

8

Dalam konteks Asia Timur, Jepun dan Korea akan berasa lebih terancam daripada

sebelumnya dan membuat keputusan untuk memperolehi lebih banyak aset ketenteraan dan

mengukuhkan lagi kekuatan dan keupayaan persenjataan mereka. Ini akan menyebabkan

berlakunya perlumbaan senjata di antara negara-negara di Asia Timur sekali gus

mewujudkan keadaan tidak stabil di Asia Timur. Keadaan ini dilihat berpotensi untuk

menjadi suatu konflik bersenjata yang akhirnya berakhir dengan perang yang akan

mengakibatkan kepada kecelakaan yang tinggi.

3.0 RESPON ASEAN TERHADAP PIVOT TO ASIA

Negara-negara ASEAN telah memberi tindak balas yang pelbagai mengenai niat AS

untuk mengimbangi Asia atau pivot to Asia. AS telah melakukan beberapa langkah untuk mengimbangi kuasa China di Asia di samping membantu negara Asia Tenggara dalam aspek

pertahanan. Menurut Mishra (2014)

[t]he US has clearly boosted up military funding and assistance to countries of the region—from the Philippines to Vietnam, there is an upward trend in military cooperation with the US.

AS ingin menjalin semula hubungan dengan negara-negara Asia Tenggara setelah

sekian lama menumpukan sepenuh perhatian terhadap isu-isu yang berkait dengan Global War on Terror (GWOT) dan urusan di Timur Tengah. Dasar pivot to Asia ini dicetuskan oleh Hillary R. Clinton yang ketika itu bertugas sebagai Setiausaha Negara AS di bawah

pentadbiran Barrack Obama.

AS melalui pivot to Asia banyak memfokuskan untuk membina semula hubungan antara AS dan negara-negara ASEAN setelah AS pada ketika itu di bawah pemerintahan

(9)

9

memberi tumpuan terhadap apa yang berlaku di Asia Tenggara sekali gus memberi peluang

untuk China bangkit sebagai sebuah kuasa serantau di Asia dari segi ekonomi, politik dan

ketenteraan. Kebanyakan negara ASEAN menyambut baik polisi AS ini disebabkan oleh

status sebahagian daripada mereka merupakan sekutu AS di Asia Tenggara di samping dapat

membantu negara mereka daripada menerima tekanan ketenteraan dan politik oleh China

terutamanya negara-negara yang terlibat dalam pertelingkahan pulau Spratly. Bagi negara-

negara ASEAN, polisi pivot to Asia ini merupakan satu keperluan untuk mewujudkan satu perkongsian keselamatan secara strategik dengan AS demi memastikan negara-negara

ASEAN ini selamat daripada sebarang ancaman terutamanya daripada China. Menurut

Mishra (2014)

In so far as responses from countries of the Southeast Asian region are concerned, a wide spectrum is emanating. For instance, while Singapore, the Philippines, Thailand and Vietnam have welcomed the US move, countries like Indonesia and Malaysia have demonstrated a cautious approach. Interestingly, countries such as Cambodia have given a measured response with a blend of apprehension, while Myanmar has been a direct beneficiary of America‟s renewed interest in Southeast Asia.

Usaha komprehensif dilakukan oleh AS dalam mengukuhkan perikatan dan

menghalang kebangkitan China masih belum dianggap berhasil kerana China merupakan

rakan perdagangan terbesar di Asia Tenggara terutamanya kepada Vietnam. Walaupun dari

sudut ekonomi China merupakan musuh yang berusaha untuk “menuntut haknya” terhadap

kawasan yang dipertikaikan di samping pernah berperang dengan China dalam perang

sempadan China-Vietnam 1979, namun daripada sudut pandangan ekonomi, China

merupakan rakan perdagangan terbesar kepada Vietnam melepasi Jepun.

Polisi pengimbangan semula AS adalah lebih ke arah mengukuhkan negara-negara

(10)

10

diri mereka ke arah kebangkitan China. Dasar ini juga merupakan strategi jangka panjang AS

melindungi kepentingan mereka di Asia Tenggara daripada terus diancam oleh China dalam

jangka pendek dan panjang.

4.0 KESIMPULAN

Struktur pembentukan China yang semakin memuncak dalam arena politikal

antarabangsa memperlihatkan pertumbuhan kekuatan China menghadapi arus globalisasi.

Dengan kadar peningkatan ekonomi yang semakin meningkat, China dilihat berupaya

menjadi pesaing utama AS dalam pelbagai aspek geopolitikal dan hal ini sudah tentulah

menjadi kebimbangan besar terhadap AS. Polisi pivot to Asia tersebut dilihat kurang berkesan

terhadap negara-negara ASEAN kerana kekuatan hegemoni China di rantau Asia Pasifik

cukup kuat sehingga negara-negara ASEAN mula mengalihkan perhatian terhadap China

untuk meningkatkan interaksi diplomatik dan perdagangan.

Persepakatan antara China dan ASEAN dalam CAFTA merupakan suatu langkah

positif untuk mewujudkan kestabilan serantau. Keadaan tersebut akan mewujudkan suatu

keseimbangan kuasa dan suatu aliran perdagangan yang baik dan secara tidak langsung dapat

meningkatkan sekuriti politikal dan ekonomi dan negara masing-masing. Dalam masa yang

sama, kekuatan yang dimiliki oleh AS perlu dimanfaatkan dengan mewujudkan kerjasama

secara trilateral antara US-China-ASEAN kerana ianya akan memberi suatu kelebihan

terhadap sekuriti serantau. Kerjasama trilateral tersebut akan tercapai dengan setiap

(11)

11

serantau. Ianya juga boleh tercapai melalui rundingan harmoni antara pemimpin-pemimpin

negara untuk mencapai kata sepakat dan mewujudkan sebuah lingkaran sekuriti serantau.

Keadaan ini secara tidak langsung akan mewujudkan penyeimbangan kuasa (balancing

power) dan mengurangkan monopoli kuasa negara terhadap negara-negara lain.

Dalam hal ini, ASEAN yang mempunyai hubungan antarabangsa antara China dan

AS dapat menjadi perantara untuk membentuk komunikasi yang baik antara China dan AS

(Egberink dan Putten, 2011: 33). ASEAN yang mempunyai kurang pertikaian antara

kedua-dua buah negara tersebut dapat memainkan peranannya dalam merundingkan soal

kepentingan serantau antara kedua-dua buah negara tersebut dan membawanya ke meja

rundingan bersama-sama. Dinamika pertumbuhan daripada kerjasama tersebut adalah sangat

penting untuk kepentingan AS, China dan ASEAN serta secara tidak langsung dapat

menghasilkan keuntungan komoditi terhadap negara-negara yang mempunyai hubungan

(12)

12 RUJUKAN

Arora, V., & Vamvakidis, A. (2010). „China‟s economic growth: International Spillovers‟,

IMF Working Paper, International Monetary Fund, pp. 1-23

Brown, H., Prueher, J., Segal, A. (2003) Chinese Military Power. New York, Foreign

Relations.

Chow, G. C.( 2004) „Economic Reform and Growth in China‟, Annals of Economics and Finance, vol. 5, pp. 129-134

detail.asp?country_id=china

Egberink, F., dan Putten F. P. (2011) „ASEAN, China‟s rise and geopolitical stability in

Asia‟, The Hague: Netherlands Institute on International Relations „Clingendael‟.

Elwell, C.K., Labonte, M., and Morrison, W. M. (2007) „Is China a threat to the US

economy? CRS Report for Conggress, Congressional Research Service, pp. 1-59.

Foot, R. (2006)‟ Chinese strategies in a US-hegemonic global order: accommodating and

Global Fire Power. (n.d.) „China Military Strength‟, Chinese Journal of International Politics, vol. 3, p. 382.

hedging‟, International Affairs, vol. 82, no. 1, pp. 77‒94. http://www.globalfirepower.com/country-military-strength-

Lardy, N.R. (2003), The Economic Rise of China: Threat or Opportunity?, Cleveland:

Federal Reserve Bank of Cleveland.

Layne, C. (2008) „China‟s Challenge to US Hegemony‟, Current History, p.13.

Mearshimer, J.J. (2010) „The Gathering Storm: China‟s Challenge to US Power in Asia‟,

(13)

13

Minnick, W.(2014) „China Mixing Military Modernization, 'Tailored Coercion', Defense

News, [Online], Diambil daripada

http://www.defensenews.com/article/20140413/DEFREG03/304140016/China-Mixing-Military-Modernization-Tailored-Coercion- [15 Mei 2014]

Mishra, R., (2014) „The US Rebalancing Strategy: Responses from Southeast Asia‟ In: S. D.

Muni & V. Chadha, (eds.) (2014) Asian Strategic Review 2014 US Pivot and Asian Security.

New Delhi: Pentagon Press, pp.149-169.

Office of the Secretary of Defence, (2013) Annual report to congress: Military and security

developments involving the People‟s Republic of China 2013, United States of

America: Department of Defence.

Pyo, M-C. (2009). China: Aiming for 8% Growth Despite the Financial Crisis. SERI

Quarterly, vol. 2, pp. 43-49.

Stewart, P., (2014) „U.S. defense chief, in first, visits China's aircraft carrier‟,Reuters, [Online], Diambil daripada:

http://www.reuters.com/article/2014/04/07/us-usa-china-hagel-idUSBREA350PR20140407 [17 May 2014].

The Economist. (2011) How to get a date, [Online], Diambil daripada:

http://www.economist.com/node/21542155 [1 Mei 2014].

The World Bank. (n.d) „Armed forces personnel, total‟, [Online], Diambil daripada:

http://data.worldbank.org/indicator/MS.MIL.TOTL.P1 [15 Mei 2014].

Universal Access to Competitiveness and Trade. (n.d). ASEAN-China free trade agreement:

A primer. Diambil daripada

http://www.philexport.ph/barterfli-philexport-file-portlet/download/policy_marketdev/FTA_regional_free_trade/aseanchinaprimer.pdf [15

(14)

14

Zhu, X. (2011) „Understanding China‟s growth: Past, present, and future‟, Journal of

Referensi

Dokumen terkait

Bab ini memuat analisis data yang telah dikumpulkan sebagai jawaban dari permasalahan yang diteliti yaitu implementasi rescheduling, reconditioning, dan

Daya hasil klon KW 30 dan KW 48 lebih tinggi dibandingkan dengan kedua klon pembanding (GC 7 dan ICS 60) dan melebihi r ata-rata klon yang diuji, sedangkan klon KW 23, KW

Data penelitian berupa penggalan kalimat dan dialog yang mengandung konsep bushido pada tokoh Momotaro, Kintaro, dan Urashimataro dalam cerita rakyat Jepang

mengandung pertanyaan atau tugas dimana jawaban soal tersebut dilakukan dengan cara mengekspresikan pikiran peserta tes.Jawaban soal tidak disediakan oleh pembuat tes.4.

Heru Harsono, M.Si.. Sugeng

Upaya untuk mengatasai kendala dan permasalahan tersebut telah dilakukan antara lain dengan menerapkan cara budidaya ikan yang baik dan pengelolaan kualitas lingkungan

Berdasarkan hasil analisis uji simultan (F) pengaruh antara Kredibilitas Merek, Kualitas Yang Dirasa, Risiko Yang Dirasa terhadap Niat Beli hal ini dapat dilihat dari

Namun dinamika tersebut tidak mengubah prosesi upacara Ngoa Ngi’i, hanya mengubah beberapa sarana dalam prosesi sebagai contoh, pada zaman dahulu ketika