• Tidak ada hasil yang ditemukan

Keberkesanan penggunaan peta minda Sekolah

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Keberkesanan penggunaan peta minda Sekolah"

Copied!
17
0
0

Teks penuh

(1)

Apakah yang anda faham dengan sekolah berkesan dan penambahbaikan sekolah?

1.0 Pendahuluan

Sekolah berkesan perlu dikaji dan dilihat serta difahami konsep, ciri dan definisinya oleh semua warga pendidikan. Penulisan yang akan saya bentangkan ialah berkaitan dengan peranan seorang pengetua dan faktor-faktor lain yang menyumbang kepada sekolah berkesan atau keberkesanan sekolah . Walau bagaimanapun hanya empat aspek yang akan dihuraikan iaitu aspek kepemimpinan pengetua, iklim sekolah yang kondusif, keberkesanan pengajaran guru dan sikap pelajar-pelajarnya dan sebenarnya keempat-empat faktor ini adalah berkait rapat dengan peranan pengetua.

Apabila memperkatakan tentang keberkesanan sekolah, kita tidak boleh lari dari aspek kepemimpinan pengetuanya. Menurut Stoghill (1974), kepemimpinan yang cekap dan berkesan akan dapat meningkatkan kemajuan dan kejayaan sesuatu organisasi. Begitu juga di sekolah di mana pembentukan organisasi sekolah berkesan itu sangat bergantung kepada kepemimpinan pengetuanya. Ini adalah disebabkan oleh tingkahlaku dan gaya kepemimpinan yang diamalkan akan turut mempengaruhi suasana dan semangat subordinatnya.

Sekolah berkesan di Malaysia adalah dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Selain faktor yang timbul dari keberkesanan kepemimpinan pengetua, faktor efikasi guru dan demografi guru besar juga merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi keberkesanan sekolah. Ini adalah disebabkan oleh seseorang guru besar atau pengetua itu akan melibatkan hubungannya dengan guru dan pelajar sewaktu memimpin organisasi sekolah ke arah kecemerlangan.

(2)

sekolah serta pembangunan staf (Creemers 1997). Selain itu salah satu faktor yang tidak kurang pentingnya menyumbang kepada keberkesanan sekolah ialah keberkesanan pengajaran guru. Kajian yang dilakukan oleh Stringfield & Teddlie (1987) telah membuktikan hubungan ini.

Kajian berkaitan sekolah berkesan telah mendapat perhatian ramai kerana individu mahupun organisasi tertentu di dalam bidang pendidikan telah menyedari kepentingannya untuk mewujudkan sekolah berkesan dalam kriteria akauntabiliti pendidikan. Ia juga adalah bagi memenuhi matlamat pendidikan negara seperti yang ditekankan di dalam Falsafah Pendidikan Negara.

2.0 Definisi, konsep dan ciri sekolah berkesan

Keberkesanan sekolah bukan sahaja diukur dari segi kualiti hasil tetapi juga dari segi kesaksamaan (equity), itulah apa yang didefinisikan oleh Edmonds (1979), mengenai sekolah berkesan. Edmonds menyatakan, keberkesanan sesebuah sekolah itu boleh diukur berdasarkan kejayaannya meningkatkan penguasaan akademik kanak-kanak dari keluarga kurang berada sehinggakan kadar bilangan kanak-kanak yang kurang berada yang boleh menguasai akademik sama seperti bilangan anak-anak kelas menengah yang menguasainya. Sesebuah sekolah tidak layak diiktiraf sebagai berkesan jika tidak memberi peluang pendidikan yang sama. Berdasarkan kriteria ini, menurutnya, bilangan sekolah di Amerika Syarikat yang boleh dianggap berkesan amat sedikit. Untuk memenuhi kriteria seperti yang diharapkan tidak mustahil jika keseluruhan warga sekolah itu bekerjasama bergerak ke arah pencapaian matlamatnya.

Empat cara bagi mengenalpasti sekolah yang berkesan menurut Rowan (1983), ialah:

-(1) Menentukan kriteria yang khusus seperti peratus pelajar yang mencapai lebih

(3)

(2) Analisis tren yang menunjukkan skor dalam gred yang tertentu telah

meningkat dari semasa ke semasa

(3) Skor yang meningkat bagi sesuatu kohort

(4) Pencapaian sekolah berbanding dengan latar belakang pelajarnya.

Namun begitu definisi yang paling biasa digunakan dalam kajian-kajian tentang keberkesanan sekolah ialah :

Sekolah yang mana sebahagian besar daripada pelajar-pelajarnya mencapai tahap yang tinggi dalam prestasi akademik apabila dibandingkan dengan sekolah-sekolah yang lain.

( Cuttance 1985 ).

Mengikut Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan, Kementerian Pendidikan Malaysia, sekolah berkesan adalah berdasarkan pendapat Edmonds (1979), iaitu mempunyai fokus pengajaran yang dinyatakan dengan jelas dan menggunakan penilaian serta penaksiran yang sistematik. Harapan yang diletakkan kepada sekolah yang cemerlang ialah bahawa pelajar-pelajarnya akan belajar dengan baik. Sekolah berkesan juga mempunyai iklim yang teratur dan selamat bagi menggalakkan pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai pendidik yang kukuh sebagai pengetua.

Mortimore (1995), telah memberikan sebelas ciri sekolah

berkesan:-i. kepemimpin profesional.

ii. perkongsian wawasan dan tujuan.

iii. persekitaran pembelajaran dan iklim sekolah yang baik.

iv. tumpuan kepada proses pengajaran dan pembelajaran.

v. Pengajaran yang bertujuan.

vi. jangkaan kejayaan yang tinggi.

(4)

viii. pemantauan kemajuan.

ix. Menghormati hak dan tanggungjawab pelajar.

x. hubungan rumah dengan sekolah.

xi. organisasi pembelajaran.

Mortimore percaya berdasarkan ciri-ciri tersebut sekolah akan menunjukkan keberkesanannya sebagai sebuah organisasi yang outputnya diukur dari pencapaian dan keberhasilan pelajar meningkat lebih daripada apa yang diharapkan.

Shahril Marzuki ( 1997), menyatakan terdapat lima ciri sekolah untuk membina profil sekolah berkesan di Malaysia mendapati semua faktor tersebut adalah positif . Sekolah yang berkesan mempunyai kepimpinan dan iklim sekolah yang positif (selesa dan selamat), guru-guru menaruh harapan guru yang tinggi terhadap penguasaan kemahiran asas pelajar, kekerapan mengadakan penilaian, peranan persatuan ibu bapa dan guru, dan kemudahan fizikal (prasarana, kewangan) sekolah yang baik bagi mempertingkatkan pencapaian pelajar. Berbanding dengan sekolah tidak berkesan mempunyai faktor-faktor tersebut tetapi pada tahap atau darjah yang rendah dan kurang efektif untuk mempertingkatkan pencapaian murid.

Sementara itu Rahimah dan Zulkifli (1996), dalam meninjau sekolah berkesan dan tidak berkesan menggunakan proksi iklim sekolah yang dikaitkan dengan hubungan interpersonel, pengajaran dan pembelajaran, pentadbiran sekolah dan kemudahan fizikal.

3.0 Elemen- Elemen Mewujudkan Sekolah Berkesan

(5)

Kepemimpinan pengetua adalah antara faktor yang menyumbang kepada keberkesanan sekolah. Ini bersesuaian dengan pendapat Alma Haris (2002), yang menyatakan sekolah berkesan adalah hasil dari kepemimpinan pengetua yang bersifat ‘distributed leadership’ iaitu yang berkongsi peranan secara kolektif dengan guru-gurunya untuk kecemerlangan sekolah melalui pencapaian matlamat yang sama. Begitu juga dengan Tay (1984, di dalam Nordin Hj Yahya 2004), yang mendapati kecemerlangan sesebuah sekolah berpunca dari kepemimpinan pengetuanya. Tay juga berpendapat kejayaan sistem pentadbiran sesebuah sekolah adalah bergantung kepada kualiti kemudahan sekolah, kualiti kurikulum, sumber pengajaran, kualiti kepemimpinan pengetua dan kemahiran profesional guru-gurunya. Pembentukan organisasi sekolah yang berkesan sangat bergantung kepada kualiti kepemimpinan pengetuanya. Menurut Stoghill (1974) pula, kepemimpinan yang cekap dan berkesan akan dapat meningkatkan kemajuan dan kejayaan sesuatu organisasi. Ini adalah kerana tingkahlaku dan gaya kepemimpinan yang diamalkan oleh seorang pemimpin itu yang akan mempengaruhi suasana dan semangat kerja pekerja-pekerjanya.

Kajian yang dijalankan oleh Nordin (2004), ke atas lima buah sekolah menengah bantuan penuh kerajaan mendapati pada keseluruhannya keberkesanan organisasi adalah selari dengan dapatan kajian Ahmad Mohammad Shariff (1989) ke atas sekolah-sekolah vokasional seluruh negara. Nordin mendapati terdapatnya hubungan antara tingkahlaku kepemimpinan pengetua dengan sekolah berkesan. Beliau mendapati pada keseluruhannya di dalam aspek kepemimpinan pengetua, pengetua mengamalkan kepemimpinan yang seimbang dari tingkahlaku permulaan struktur tugas dan struktur konsiderasi. Keberkesanan organisasi sekolah pula pada keseluruhannya berada pada tahap sederhana. Dapatan ini turut disokong oleh hasil kajian terdahulu yang dilakukan.

(6)

( 2003), di dalam kajiannya mengenai ciri-ciri sekolah berkesan : Implikasinya ke atas pengurusan sekolah agama. Dapatan kajiannya mendapati kepemimpinan pengetua bukanlah merupakan faktor terpenting berbanding kajian sekolah sebelum ini. Hasil kajian Ahmad Zabidi ini menyerupai pandangan Abd. Hamid Othman (1992), yang mendapati kelemahan yang perlu diatasi segera di sekolah-sekolah agama ialah kecekapan dan kelicinan pentadbirannya. Ini sepatutnya menyedarkan pengetua-pengetua untuk meningkatkan kualiti kepemimpinannya dengan mendalami ilmu untuk meningkatkan lagi kebekesanan sekolah kerana peranan pengetua cukup penting seperti mana menurut Abdul Karim Mohd Nor (1989), yang mengatakan peranan pemimpin sekolah amat penting di dalam melahirkan sekolah berkesan.

Peranan pengetua di dalam memimpin guru-guru dan pelajar-pelajarnya ke arah melahirkan sebuah sekolah berkesan juga turut dinyatakan oleh Wu (1989), di dalam kajiannya di Taiwan berkaitan dengan sekolah berkesan. Beliau menyatakan di antara indikator sekolah berkesan itu ialah perancangan dan iklim sekolah, kualiti pengajaran guru, tingkahlaku pelajar, komunikasi pentadbiran, pencapaian akademik pelajar, kepuasan kerja guru, penyusunan kurikulum, hubungan ibu bapa dan sekolah, hubungan guru-pelajar dan kepemimpinan pengetua. Ini jelas menunjukkan bagi mewujudkan sekolah yang berkesan kepemimpinan pengetua itu adalah antara faktor yang diambil kira dan penting.

Hussein Mahmood (1993), pula melihat pengetua atau guru besar ialah orang yang terpenting di dalam memimpin sebuah sekolah bagi mencapai matlamat sekolah. Ini jelas menunjukkan yang sesebuah sekolah yang berkesan itu mempunyai stail atau gaya kepemimpinan yang turut berkesan.

(7)

sekolah yang kondusif, pengukuhan yang positif, kepemimpinan pengetua yang professional, pemantauan yang berterusan terhadap perkembangan pelajar, perkongsian visi dan matlamat yang jelas, program perkembangan staf, penumpuan terhadap kurikulum dan pengajaran, permuafakatan sekolah dan rumah serta akhirnya ialah sikap pelajar yang positif. Kesemua ciri yang dinyatakan menyamai ciri-ciri yang ditemui dalam kajian terdahulu yang dijalankan terhadap sekolah awam dan sekolah vokasional. Antara kelainannya ialah ciri sekolah menengah agama berkesan banyak bergantung kepada sikapp kerja guru berbanding peranan yang dimainkan oleh pengetua. Ini beliau nyatakan sebagai bukan sesuatu yang pelik kerana menurutnya sekolah-sekolah agama mempunyai kekurangan dari aspek kecekapan pentadbiran. Beliau turut mencadangkan agar program latihan kepengetuaan bagi pengetua-pengetua sekolah agama dan aspek yang perlu diberi penekanan ialah aspek pembangunan diri, budaya kualiti, profil pengetua berkesan, komunikasi dan pembinaan pasukan. Melalui latihan dan kursus sebegini dilihat akan mampu meningkatkan lagi kualiti kepemimpinan pengetua untuk menguruskan sekolah sehingga meningkatkan kuantiti sekolah menengah agama berkesan. Ia bersesuaian dengan pendapat Edmonds (1979), “Principals can make a difference”.

3.2 Iklim sekolah yang kondusif

(8)

Ini turut ditemui di dalam kajian yang dijalankan oleh Ahmad Zabidi (2003), di mana beliau telah mendapatkan purata nilai min yang kedua tertinggi bagi iklim sekolah yang kondusif di dalam ciri sekolah agama yang berkesan. Kajian beliau juga menunjukkan ciri iklim sekolah turut membantu ke arah keberkesanan sekolah. Dengan itu, warga sekolah perlulah membentuk budaya hidup beragama sebagai iklim sekolah agama berkesan kerana budaya hidup beragama ini bukan sahaja mengatasi masalah disiplin bahkan ia turut membantu meningkatkan prestasi akademik pelajar. Peranan utama perlu dimainkan oleh pengurusan sekolah agama terutamanya pengetua untuk membentuk iklim yang bersesuaian kerana pengetua mempunyai kemampuan untuk melaksanakannya.

Iklim sekolah yang berkesan ialah sekolah yang mampu mewujudkan integrasi dan keharmonian sesama pelajar-pelajarnya yang berbeza dan mengurangkan perbezaan sesama mereka. Pengurusan sekolah agama perlu mewujudkan iklim sekolah agama yang disepadukan di antara iklim yang bersifat luaran seperti persekitaran sekolah yang bersih dan cantik serta hubungan komunikasi yang baik dan juga pembentukan iklim dalaman seperti penerapan nilai keagamaan di dalam kehidupan seharian di sekolah. Melalui kesepaduan iklim-iklim ini pihak sekolah bukan sahaja mampu menghasilkan pelajar-pelajar yang cemerlang dari segi akademik bahkan cemerlang dari aspek akhlak dan keperibadian.

(9)

Kajian yang dijalankan oleh Wu (2005), di Taiwan turut menyatakan akan kepentingan iklim bilik darjah dan sekolah di dalam menyumbang kepada pembentukan sekolah berkesan. Beliau menyatakan yang iklim sekolah adalah di antara lima penentu utama sekolah berkesan di Taiwan. Menurutnya bagi meningkatkan lagi keberkesanan sesebuah sekolah maka penekanan perlu diberikan terhadap kelima-lima faktor penentu yang dinyatakan termasuklah iklim sekolah yang kondusif.

Rahimah dan Zulkifli (1996), juga telah melihat yang iklim dan kemudahan fizikal turut menyumbang kepada sekolah berkesan. Guru-guru dan pelajar-pelajar perlu berasa selesa apabila berada di sekolah. Persekitaran sekolah yang bersih dan berada di dalam keadaan yang teratur akan mengalakkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan bagi melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dan seterusnya ke arah sekolah yang berkesan.

(10)

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melihat sekolah-sekolah yang dipilih menunjukkan keberkesanan dalam pencapaian samada pelajar, guru dan sekolah itu sendiri. Jika diteliti dari kriteria yang digunakan keberkesanan sekolah itu mementingkan;

i. Outcome dari segi pencapaian akademik dalam peperiksaan umum.

ii. ‘Proses’ bagi mencapai kecemerlangan akademik

iii. Pengurusan dan pentadbiran sekolah

iv. Iklim sekolah

v. Penglibatan PIBG (ibu bapa)

Pelajar dan guru di sekolah yang berkesan merasa sangat selesa ketika berada di perkarangan sekolah. Persekitaran sekolah sentiasa berada dalam keadaan bersih dan teratur. Sekolah yang berkesan mempunyai ruang yang mencukupi untuk pengajaran dan pembelajaran. Pelajar dan guru berbangga dengan kemudahan fizikal yang mereka ada dan sentiasa menolong untuk mengekalkan keadaan kemudahan tersebut dalam keadaan yang sehabis baik.

Konsep mengenai iklim sekolah telah ditakrifkan dengan pelbagai cara, tetapi pada keseluruhannya adalah dipersetujui umum bahawa iklim sesebuah sekolah itu merupakan perasaan atau gambaran suasana yang seolah-olah dapat dirasakan ketika seseorang itu berada di sekolah tersebut. Menurut Halpin dan Croft (1966), di sekolah yang dapat memberikan rasa suasana yang selesa dari segi iklim sekolahnya, perkara berikut akan dapat diperhatikan

:-1. Guru merasa selesa, yakin dan puas.

2. Guru tidak merasa tertekan atau bercelaru.

3. Pengetua mempamirkan keyakinan diri, bijaksana dan berlaku adil.

(11)

5. Pengetua merupakan seorang pemimpin yang baik, mampu membimbing kakitangannya serta memperkembang potensi mereka.

6. Pelajar merasa bangga terhadap hasil kerja mereka dan terhadap sekolah mereka.

Iklim sekolah akan mewujudkan suasana pembelajaran yang bermotivasi dan seterusnya membantu pelajar-pelajar memperoleh pencapaian yang baik dan guru-guru lebih puas untuk bekerja. Iklim yang positif sangat perlu wujud di sesebuah sekolah. Ini dikuatkan lagi melalui dapatan kajian oleh Shahril (1997), yang mengatakan iklim sekolah yang berkesan terhasil apabila suasana sekolah itu aman, cantik, selamat dan cukup ruang untuk belajar. Banguanan sekolah turut dijaga dengan baik dan kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran. Ia penting untuk mempengaruhi psikologi dan emosi warga sekolah itu.

Faktor-faktor iklim sekolah di atas membantu mewujudkan sekolah berkesan. Namun begitu untuk mempastikan iklim yang bersesuaian adalah memerlukan gambaran yang lebih lengkap mengenai sekolah tersebut dan juga pemerhatian jangka panjang serta pemantauan yang kerap terhadap iklim sekolah. Ini adalah kerana faktor yang menentukan iklim yang sesuai adalah perkara yang tidak tetap dan berubah-ubah bergantung kepada keadaan semasa.

3.3 Keberkesanan Pengajaran Guru

(12)

Konsep dan pengertian keberkesanan sekolah boleh diukur berasaskan output atau hasil persekolahan (pencapaian akademik dan bukan akaemik) yang juga pencapaiannya lebih daripada apa yang diharapkan. Seterusnya proses juga dianggap satu kriteria pengukur keberkesanan sekolah misalnya aspek pentadbiran sekolah, kerjasama di kalangan warga sekolah, proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Keberkesanan pengajaran guru ini adalah penting kerana melalui teknik pengajaran yang berkesan akan melahirkan pelajar yang cemerlang. Ini disokong oleh kenyataan oleh Rotter (1996), di mana lokus kawalan adalah faktor yang dominan yang mana guru-guru mempengaruhi pencapaian pelajar-pelajar. Guru-guru yang boleh mengawal tindakan mereka untuk mencapai kejayaan akan mempunyai efikasi kendiri yang tinggi. Teori yang dinyatakan oleh Bandura (1977), yang mengenalpasti efikasi guru sebagai salah satu efikasi kendiri berdasarkan perspektif kongnitif sosialnya. Setiap manusia mampu membentuk kepercayaan untuk membuat yang terbaik. Kepercayaan inilah yang akan menghasilkan usaha untuk berjaya dan akan mendorong guru-guru untuk berusaha dengan lebih ke arah pengajaran yang berkesan bagi menghasilkan pelajar yang cemerlang dan akhirnya sekolah yang berkesan.

Kenyataan ini turut mempunyai persamaan dengan kajian Sazali Yusoff (2004 ), yang dapat mencungkil satu faktor dalaman sekolah yang boleh diubah demi kejayaan sesebuah sekolah. Kajian menunjukkan yang pencapaian akademik murid sangat kuat dipengaruhi oleh efikasi kolektif guru-guru. Efikasi kolektif guru ini merupakan peramal yang kuat kepada kejayaan akademik murid. Apabila efikasi kolektif guru-guru meningkat maka pengajaran guru akan lebih berkualiti dan pencapaian pelajar-pelajar akan meningkat di samping menyumbang kepada keberkesanan sekolah.

(13)

latarbelakang sekolah dan sejarah sekolah signifikan dengan keberkesanan sekolah manakala tahap pendidikan dan jawatan tidak mempunyai perhubungan dengan keberkesanan sekolah. Lebih tinggi keberkesanan pengajaran guru maka akan tinggilah keberkesanan sekolah. Penyelidik juga telah mendapati terdapat lima cara untuk mengesan keberkesanan sekolah iaitu jantina, jenis sekolah, efikasi guru, penggunaan bahan pengajaran yang sistematik dan iklim bilik darjah.

Sekolah yang berkesan sepatutnya memberikan penekanan yang lebih kepada keberkesanan pengajaran guru yang akhirnya akan membawa kepada keberkesanan dan kecemerlangan sesebuah organisasi sekolah. Nordin (2004), mendapati tekanan kerja yang dialami oleh guru tiada kaitan dengan keberkesanan sekolah. Ini adalah kerana beban yang diberikan tiada kaitan dengan produktiviti guru. Oleh itu beliau mencadangkan beban tugas yang tiada kaitan dengan peningkatan keberkesanan sekolah hendaklah dikurangkan. Sebaliknya tumpuan perlu diberi kepada peningkatan mutu pengajaran dan pembelajaran kerana peningkatan keberkesanan sekolah lebih kepada menghasilkan pelajar yang berkualiti. Pengetua sendiri perlu bertindak sebagai pemimpin pengajaran dengan membimbing dan memudah cara kepada guru bagi meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran mereka. Guru-guru perlu diberi peluang untuk meningkatkan perkembangan diri melalui penguasaan kemahiran terkini.

(14)

Menurut Rahimah Hj Ahmad (1998), guru merupakan faktor paling penting yang menjadi tunjang kepada sekolah berkesan kerana guru merupakan ‘technicians’ yang bertanggungjawab terhadap ‘core business of schools’ khususnya pembelajaran anak didiknya melalui pengajaran dan bimbingan. Pengajaran guru yang berkesan, sekolah berkesan dan pencapaian pendidikan yang gemilang dan cemerlang bukan suatu yang mustahil untuk dicapai. Yang perlu dititikberatkan ialah kesediaan dan kesanggupan guru-guru sendiri mengubah paradigma, mengubah stail berfikir dan bertindak secara orang-orang professional dan yang paling penting menjadi seorang guru yang tidak mudah patah semangat dan kreatif di dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajarannya untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dan sekolah yang berkesan.

3.4 Sikap pelajar-pelajar.

Menurut Hussein (1993), keberkesanan sekolah lazimnya diukur dan dinilai dari segi kejayaan atau pencapaian sekolah dalam peperiksaan di samping mewujudkan rasa kepuasan kerja dalam sesebuah sekolah itu. Bagaimanapun, sekolah yang berkesan bukan sahaja sekolah yang dapat menghasilkan pencapaian akademik yang tinggi tetapi juga sekolah yang kurang menghadapi masalah disiplin seperti kerosakan harta benda sekolah, ponteng dan keciciran, di samping mendapat kepercayaan di kalangan masyarakat setempat dan guru-gurunya pula mendapat kepuasan bekerja. Walaupun begitu penekanan lebih tertumpu kepada pencapaian akademik kerana secara relatifnya pencapaian akademiknya mudah diukur melalui ujian kognitif berbanding dengan aspek-aspek lain khususnya aspek afektif.

(15)

akademik, moral, personel dan jasmani), keadaannya (persekitaran teratur) dan prosesnya (pengajaran guru, penglibatan ibu bapa dan sistem pentadbiran).

Kajian oleh Ahmad Zabidi ( 2003 ), turut memperlihatkan yang sikap pelajar yang positif adalah perlu untuk membentuk sekolah menengah agama yang berkesan. Walaupun ia merupakan ciri terendah dari senarai ciri sekolah menengah agama berkesan kajian sebelum ini mennggambarkan sikap pelajar turut mempengaruhi pencapaian mereka. Untuk mewujudkan kecemerlangan dan sekolah berkesan, sikap pelajar yang baik juga ialah mereka yang bukan sahaja menumpukan sepenuh perhatian kepada akademik semata-mata sebaliknya juga perlu aktif di dalam kegiatan kokurikulum. Pencapaian akademik yang tinggi di dalam suatu mata pelajaran mempunyai hubungan yang signifikan dengan sikap terhadap mata pelajaran tersebut. Memandangkan keberkesanan sekolah dinilai antaranya berdasarkan pencapaian dan akhlak pelajar, maka pembentukan sikap pelajar perlu diutamakan oleh pengurusan sekolah. Sekiranya sekolah hanya mampu menghasilkan pelajar yang cemerlang dari aspek intelek, sudah tentu ia tidak berjaya memenuhi matlamat pendidikan negara untuk melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

(16)

Murid memainkan peranan yang penting berbanding guru diamalkan di sesebuah sekolah yang bekesan. Sekolah memberi keyakinan kepada murid mereka bertanggung jawab sepenuhnya terhadap pelajaran mereka. Dalam kajian yang telah dibuat oleh Zulkifli dan Rahimah (1998), mereka telah menjawab persoalan apakah yang telah digunakan sebagai ukuran kepada keberkesanan sekolah. Melalui dapatan kajian, mereka berpendapat bahawa keberkesanan sekolah selalunya diukur dari segi output atau hasil persekolahan yang lazimnya dikaitkan dengan pencapaian akademik pelajar.

Apabila memperkatakan tentang sikap pelajar , aspek disiplin tidak boleh dipandang ringan. Disiplin atau peraturan sekolah adalah penting untuk mewujudkan persekitaran sekolah yang selesa dan harmoni. Sesebuah sekolah yang berkesan mempunyai disiplin yang teratur tanpa perlu peraturan ketat, selesa dan tenang untuk suasana proses pembelajaran.

Pelajar-pelajar di sekolah berkesan perlu diterapkan dengan nilai-nilai murni. Nilai murni akan membentuk peribadi dan sahsiah pelajar yang cemerlang dan seterusnya masalah disiplin di sekolah dapat dikurangkan. Ada sesetengah pihak yang mengukur disiplin pelajar sebagai ukuran output sesuatu sekolah itu. Menurut kajian, sekolah yang berkesan adalah sekolah yang kurang mengalami masalah disiplin dan ponteng sekolah di samping mempunyai pencapaian akademik yang baik serta konsisten.

Seperti yang kita sedia maklum, selalunya jika sesebuah sekolah mengalami masalah disiplin, ini akan menjejaskan reputasi pengetua, guru-guru, pelajar dan sekolah itu sendiri. Masalah disiplin yang dialami disekolah disusuli dengan prestasi pencapaian pelajar yang kurang memuaskan terutamanya di dalam peperiksaan awam seperti SPM dan PMR. Keadaan ini akan menjejaskan imej dan kepercayaan masyarakat terhadap sekolah berkenaan.

(17)

Referensi

Dokumen terkait

f. Setoran Si Wadiah dapat dilakukan diseluruh kantor cabang BMT Al Hikmah dan dapat dilayani dengan sistem on line dan jemput ke tempat anggota. Dapat dilakukan

Hasil penelitian (Kun Ismawati, 2015) menjelaskan bahwa variabel LDR tidak berpengaruh signifikan terhadap profabilitas kebangkrutan dan pengaruhnya prositif,

Namun, beliau tidak dapat mencatat kata-kata yang menghina pemerintah dalam buku ,jadi beliau hanya menyampaikan secara tidak langsung dan mewariskan kepada anak

Rakyat semarang dan Gubernur Jawa Tengah menyambut dengan baik kedatangan Sekutu pada awalnya karena berharap dapat memberikan keuntungan bagi rakyat Semarang.. Bahkan,

Pada langkah ini dilakukan penelitian pendahuluan yang ada pada stasiun proses kerja yang berhubungan dengan terjadinya human error (kesalahan manusia).. Penelitian

Dari pelaksanaan program kerja PPL yang telah dilaksanakan dan hasil yang diperoleh, dapat dikatakan bahwa program PPL berjalan dengan baik. praktikan mendapat

Adanya mutan yang terjadi pada strain yang digunakan akan mempengaruhi proses perkawinan karena tingkah laku yang berbeda antara mutan-mutan tersebut

Penelitian ini bertujuan untuk: 1) Mengetahui perbedaan trust pasangan hubungan jarak jauh yang belum menikah (pacaran jarak jauh) dengan pasangan hubungan jarak jauh yang