• Tidak ada hasil yang ditemukan

Objektif Syariah Maqasid al Syariah Kons

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Objektif Syariah Maqasid al Syariah Kons"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

Objektif Syariah (

Maqasid al-Syariah

): Konsep Dan Kedudukannya

Sebagai Teori Seismograf Hukum Islam

Mohd Anuar Ramli

Pengenalan

Islam merupakan ad-din yang komprehensif lagi progresif di mana dalam menciptakan

syariat, Allah s.w.t. tidak melakukannya dengan sewenang-wenangnya melainkan telah

menggariskan beberapa objektif sama ada secara umum ataupun khusus agar manusia

dapat meneruskan kehidupan dengan harmonis.

Maqasid syariah merupakan ilmu yang mengalami perkembangan sebagaimana

ilmu yang lain. Ilmu ini adalah asas kepada segala perlakuan mukallaf dan menjadi dynamo yang menggerakkan aktiviti manusia dalam rangka merealisasikan kepentingan

umum iaitu memberikan kemanfaatan dan menghindarkan kerosakan bagi mencapai

keredhaan Allah.

Justeru, dalam merealisasikan tanggungjawab sebagai hamba, tidak dapat tidak

instrumen maqasid al-Syariah sebagai teori seismograf hukum Islam dijadikan piawaian yang digunakan dalam usaha untuk mencari kebaikan di samping menolak

segala keburukan dan mengangkat segala kesulitan yang mengganggu gugat agenda

(2)

Konsep Maqasid al-Syariah

Istilah maqasid syari’, maqasid al-syari’ah dan maqasid al-syar’iyyah merupakan istilah-istilah yang sinonim1. Istilah ini akan dihuraikan berasaskan dua konsep, iaitu,

berasaskan literal dan berasaskan satu disiplin ilmu.

Maqasid Syariah Berdasarkan Pengertian Literal

Konsep ini memerlukan huraian kepada dua perkataan utama yang menjadi asas kepada

konsep maqasid syariah, iaitu perkataan maqasid dan syariah.

Definisi Maqasid

Perkataan maqasid dari sudut bahasa merupakan jamak kepada perkataan maqsad, iaitu

masdar mimiy yang diambil dari kata kerja (

دصق

) yang membawa maksud pegangan,

punca, sasaran, kelurusan, keadilan dan kesederhanaan.2 Dengan lain perkataan, istilah

ini merujuk kepada maksud objektif yang membawa erti berasaskan kenyataan atau

fakta sebenar.3

Definisi Syariah

Syariah berasal daripada perkataan syara’a ( عرش ) yang bermaksud sumber air yang tidak pernah putus dan terus yang tidak pernah putus dan terus mengalir, memulai

1

Ahmad al-Raisuni, (1995), Nazariyyat al-Maqasid ‘Inda al-Imam al-Shatibi, Riyadh : Dar al-Alamiah Li al-Kitab al-Islami, cet. 4, hlm. 17.

2

Muhammad Ibn Manzur, (t.t), Lisan al-‘Arab, Beirut : Dar Sadir, jld. 3, hlm. 353.

3

(3)

sesuatu pekerjaan dan juga menjelaskan4, menerangkan serta menunjukkan jalan5. Dari

segi istilah, ia merangkumi keseluruhan apa yang diturunkan oleh Allah SWT kepada

umat manusia melalui Rasul-Nya nabi Muhammad SAW6.

Maqasid Syariah Sebagai Satu Istilah

Maqasid syariah merupakan istilah yang mempunyai sejarah perkembangannya yang

tersendiri. Sama seperti perkembangan ilmu-ilmu Islam yang lain, seperti ilmu fiqh dan

usul fiqh. Istilah ini mengalami perkembangan dari satu period ke satu period di mana

pada peringkat awalnya ia tidak menonjol sebagai satu bidang yang tersendiri

sehinggalah ke zaman kemuncaknya di zaman Shatibi, ilmu ini masih juga belum

dikonsepsikan dengan satu huraian yang lengkap. Namun, ulama mutakhir

memberanikan diri untuk memberikan konsep maqasid syariah serta huraiannya

dengan panjang lebar di samping menjadikannya sebagai satu disiplin ilmu yang

tersusun.

Sheikh Ibn ‘Asyur (1393 H)7 mendefinisikan maqasid ‘ammah sebagai

pengertian-pengertian dan hikmah-hikmah yang dititikberatkan dalam semua atau

sebahagian besar perundangan Islam. Ia tidak hanya dikhususkan kepada

hukum-hukum tertentu sahaja.

Mahmood Zuhdi Abdul Majid, (1992), Sejarah Pembinaan Hukum Islam, Jabatan Penerbitan Universiti Malaya : Kuala Lumpur, Edisi 2, hlm. 2.

7

(4)

Beliau menyebut dan menerangkan maqasid ‘ammah ini sebagai memelihara peraturan, menarik kebaikan, menolak keburukan, menyamaratakan semua manusia,

memartabatkan syariah, memperteguhkan umat dan sebagainya.

Beliau mendefinisikan maqasid khassah sebagai metod-metod yang digunakan

oleh syari’ untuk merealisasikan objektif manusia yang bermanfaat atau untuk

memelihara kepentingan umum mereka dalam urusan personal mereka.

Ini termasuklah setiap hikmah yang dipelihara dalam pertasyriatan hukum yang

berhubung dengan tindak tanduk manusia, contohnya, tujuan perjanjian dalam kontrak

al-rahn, mendirikan sistem rumahtangga dan kekeluargaan dalam akad perkahwinan dan menolak kemudharatan yang berterusan dalam pensyariatan talak.

Manakala ‘Ilal al-Fasi (1394 H) menghimpunkan objektif syariat am dan khas

dalam definisi beliau di mana ditakrifkan sebagai matlamat syariat dan rahsia-rahsia

pensyariatan setiap hukum yang ditentukan oleh Allah8. Konsep ini merangkumi

objektif umum dalam frasa yang pertama iaitu (matlamat syariat) dan objektif khusus

iaitu dalam frasa keduanya.

8

(5)

Dari segi pengertian Syarak, para ulama usul fiqh telah mentakrifkan bahawa

maqasid al-syariah adalah merupakan makna dan tujuan yang dikehendaki syara’

dalam mensyariatkan sesuatu hukum bagi kemaslahatan umat manusia.

Al-Raisuni mendefinisikan maqasid syariah sebagai matlamat-matlamat yang diletakkan syariat untuk merealisasikan kemaslahatan umat manusia9. Pada hakikatnya

definisi ini merujuk kepada takrif al-Fasi, melainkan beliau menghapuskan frasa

terakhir yang menunjukkan objektif khusus.

Dr. Wahbah al-Zuhaili mendefinisikan maqasid al-syariah sebagai makna-makna dan tujuan yang dititikberatkan dalam semua hukum atau sebahagian besarnya

atau ialah matlamat dari syariat dan rahsia-rahsia yang diletakkan oleh syari’ dalam

setiap hukum10.

Al-Yubi pula mendefinisikan maqasid syariah sebagai makna-makna dan

hikmat-hikmat dan seumpamanya yang syari’ memeliharanya dalam pentasyriatan

sama ada secara umum atau khusus untuk merealisasikan kemaslahatan umat manusia11.

Instrumen Maqasid al-Syariah Sebagai Teori Seismograf Hukum Islam

Menurut Izzuddin Ibn Abdul Salam, majoriti kemaslahatan dunia dan keburukannya

diketahui dengan akal, sepertimana juga kebanyakan syariat.12 Sebagai sebuah teori ilmu Islam, maqasid syariah mempunyai kepentingan yang tersendiri dalam mengukur

dan mempertimbangkan sesuatu perkara demi menjamin tertariknya kemaslahatan dan

Syar’iyyah,Riyadh : Dar al-Hijrah, hlm. 37.

12

(6)

tertolaknya keburukan. Pertimbangan yang menjadi kayu pengukur ini semestinya

berlandaskan nilai-nilai al-Quran dan al-Sunnah yang menjadi asas sebelum pendekatan

teori maslahah digunakan. Ini untuk memastikan piawaian yang dilakukan masih di

dalam kerangka syariat.

Teori maqasid ini berdasarkan urutan kekuatannya boleh dibahagi kepada tiga, iaitu al-daruriyat, al-hajiyat dan al-tahsiniyat di samping pelengkapnya (mukammilat).

1. al-Daruriyat

Teori al-daruriyat merupakan objektif yang mana kehidupan agama dan keduniaan manusia berdiri dengannya, jika sekiranya ia tidak ada nescaya berlakulah kepincangan

hidup manusia di dunia ini dan kehilangan nikmat yang abadi13 serta mengalami

kesiksaan di akhirat nanti.

Teori al-daruriyat yang asasi ini ada lima, iaitu agama, jiwa, akal, keturunan dan harta benda. Segala urusan agama dan kedudukan dibina atas maslahah-maslahah

ini dan hanya dengan memeliharanya segala urusan individu dan masyarakat berjalan

dengan baik.14

Para ulama’ perundangan Islam telah membuat ketetapan wujudnya tertib antara

lima jenis maslahah-maslahah asasi tersebut, iaitu kepentingan agama diletak pada

kelas pertama dan lebih utama dari kepentingan jiwa, sementara kepentingan jiwa

mestilah diutamakan dari kepentingan akal, kepentingan akal mestilah diutamakan dari

13

Muhammad Mustafa Shalabi, (1981), Ta’lil al-Ahkam, Beirut : Dar al-Nahdah al-Arabiah, cet.2, hlm. 282.

14

Hasan Haji Ahmad, ‘Maqasid Syari’yyah: Konsep Dan Pengaruhnya Dalam Pembentukan Hukum’,

(7)

kepentingan keturunan dan kepentingan keturunan pula diutamakan dari kepentingan

harta15.

Imam al-Ghazali menerangkan maqasid yang daruri berdasarkan urutannya :

Maslahah yang lima ini memeliharanya terletak di dalam tahap dharuri. Iaitu yang paling kuat dalam maslahah. Contohnya, syarak menetapkan orang kafir yang menyesatkan orang lain dibunuh, demikian juga penganut bid’ah yang mengajak orang lain kepada bid’ahnya kerana ia merosakkan agamanya kepada masyarakat. Selain itu, syarak menetapkan wajib qisas terhadap pembunuhan untuk memelihara nyawa, mewajibkan hukuman had kepada orang yang meminum arak bagi menjaga akal kerana akal itu sendi pentaklifan, mewajibkan hukuman zina bagi menjaga keturunan dan wajib mendera pembongkar kuburan dan pencuri kerana dengannya terpelihara harta yang menjadi hajat hidup manusia sedangkan mereka memerlukannya.16

Allah SWT telah menyatakan tentang kepentingan menjaga maslahah daruriyat

ini dalam firmanNya17 :

(8)

pohonkanlah kepada Allah mengampuni dosa mereka; Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Islam menjaga daruriyat ini di dalam dua segi, pertama mewujud dan melengkapkannya. Yang pertama merupakan dari segi positif yang berkaitan dengan

penjagaannya dari sudut wujud dan yang kedua merupakan negatif yang berkaitan

dengan penjagaannya dari sudut tidak ada.18

Untuk merealisasikan agama, Allah telah mewajibkan perlaksanaan segala

rukun Islam yang lima, dan untuk menjaga agama, Islam telah mewajibkan jihad dan

mengenakan siksa ke atas mereka yang murtad. Oleh yang demikian, terpeliharalah

konsep beragama dan umat Islam dari kerosakannya.

Bagi menenteramkan jiwa, Islam telah mensyariatkan perkahwinan demi

mengekalkan generasi manusia. Dan bagi memelihara jiwa, Allah telah mewajibkan

makan dan minum dan memakai pakaian, serta mengenakan hukuman ke atas

pembunuhan iaitu qisas atau diat dan kaffarat.

Untuk mewujudkan akal yang sihat Islam mengharuskan setiap perkara yang

menjamin keselamatan dan menyuburkannya dengan menimba ilmu pengetahuan.

Untuk menjaga akal, Islam mengharamkan setiap perkara yang merosakkan atau

melemahkan kekuatan, seperti minum minuman yang boleh memabukkan dan

mengambil sesuatu yang mengkhayalkan atau merosakkan akal fikiran seperti dadah

dan sebagainya serta mengenakan hukuman yang berat ke atas mereka yang

melakukannya.

18

(9)

Untuk menjaga keturunan, Islam telah mensyariatkan perkahwinan serta

mengharamkan zina dan qazaf, dan mengenakan hukuman ke atas orang yang berzina

dan membuat qazaf. Oleh itu terpeliharalah keturunan manusia dari perkara yang tidak

diingini.

Manakala untuk mewujudkan harta pula, Islam telah mewajibkan manusia

mencari rezeki yang halal dan mensyariatkan muamalat sesama mereka seperti

berjual-beli, sewa-menyewa, syarikat, memberi pinjam dan sebagainya. Untuk memeliharanya,

Islam mengharamkan mencuri, mewajibkan hukuman potong tangan, mengharamkan

penipuan, khianat, riba dan memakan harta orang lain secara tidak sah dan mewajibkan

ganti-rugi ke atas harta yang dimusnahkan.

2. al-Hajiyat

Teori al-hajiyat ialah kepentingan yang diperlukan oleh manusia bagi memberi kemudahan kepada mereka dan menghapuskan kesempitan yang membawa kepada

kesulitan dan kesukaran dengan ketiadaannya19. Manakala ketiadaannya pula tidaklah

sehingga membawa kepincangan dalam hidup manusia sebagaimana yang berlaku

dalam teori al-daruriyat, tetapi ia membawa kesukaran hidup mereka.

Dari segi kronologinya pula, ia berada selepas teori al-daruriyat. Maslahah-maslahah ini boleh didapati dalam ibadat, adat, muamalat dan keseksaan.

Di dalam ibadat, disyariatkan beberapa kemudahan (rukhsah) seperti

sembahyang qasar dan jama’ bagi orang yang musafir, diharuskan tidak berpuasa Ramadan bagai orang yang sakit atau musafir, menunaikan sembahyang dalam keadaan

19

(10)

duduk bagi orang yang tidak mampu berdiri, menyapu khuf sebagai ganti basuh kaki

ketika berwudhu’, bermusafir dan lain-lain lagi.

Di dalam adat pula, diharuskan berburu dan bergembira dengan rezeki yang

halal dalam bentuk makanan, pakaian dan tempat kediaman.

Di dalam muamalat, diharuskan berbagai-bagai kontrak atau akad yang

bermatlamat memenuhi keperluan manusia seperti jual-beli, sewa, bersyarikat, memberi

jaminan dan sebagainya sebagaimana disyariatkan jalan-jalan bagi melepaskan

tanggungjawab melalui sistem fasakh, menamatkan perkahwinan melalui perceraian

kerana hajat atau keadaan mendesak dan diberi kuasa kepada wali untuk

mengahwinkan anak perempuannya yang masih kecil kerana keperluan memilih

pasangan yang sekufu.

Di dalam keseksaan, Islam memberi kepada waris mangsa bunuh hak bunuh

balas (qisas) dan bantu membantu di antara keluarga pembunuh dengan menanggung diat dan disyariatkan penolakan hukum hudud dengan sebab syubhat.

Pentarjihan ke atas maslahah berlaku apabila pertembungan antara maslahah daruriyat dan maslahah hajiyat. Pada waktu ini para ulama’ wajib memilih atau

mentarjih yang mana satu untuk diperakui dan dilaksanakan. Para ulama’ perundangan

Islam telah membuat ketetapan bahawa maslahah al-daruriyat mestilah diutamakan dari maslahah hajiyat dengan alasan bahawa maslahah al-daruriyat, jika tidak dilaksanakan akan membawa kecacatan hidup di dunia serta hilang nikmat di akhirat.

Sedangkan membelakangi maslahah hajiyat tidak menyebabkan cacat sistem hidup. Ia

(11)

3. al-Tahsiniyat

Teori al-tahsiniyat merupakan kepentingan yang dituntut oleh maruah yang

menghendaki berpegang dengan adat-adat yang baik dan budi pekerti yang mulia20, jika

sekiranya ia tidak ada nescaya tidak membawa kepada kepincangan sistem hidup

manusia sebagaimana berlaku kepada maslahah al-daruriyat dan tidak pula membawa

kepada kesukaran hidup mereka sebagaimana yang berlaku kepada maslahah hajiyat, tetapi ia membawa kepada kehidupan yang tidak elok pada pandangan orang-orang

yang berakal.

Menurut Muhammad Said Ramadan al-Buti, tahsiniyat ialah mempergunakan segala perkara yang layak dan patut untuk kemuliaan akhlak, ketinggian maruah serta

keindahan adat. Jika tiada perkara-perkara itu tidaklah mencacatkan kehidupan manusia

sebagaimana berlaku pada maslahah daruriyat dan tidak juga seperti maslahah hajiyat.

Tetapi kehidupannya dibenci dan dicemuh oleh orang yang waras dan bertabiat

sejahtera. Semua ini diliputi oleh bahagian kemuliaan akhlak yang boleh memperbaiki

keadaan dan perjalanan hidup dengan cara yang lebih baik.

Al-Tahsiniyat menduduki tempat yang ketiga dalam dari segi hierarki keutamaan teori maslahah dan boleh didapati dalam ibadat, adat, muamalat dan

keseksaan.

Di dalam ibadat, Islam mensyariatkan bersuci dan menutup aurat di dalam

sembahyang, memakai bau-bauan semasa berada di dalam masjid dan tempat

perhimpunan orang ramai dan sebagainya. Di dalam muamalat, Islam melarang

berjual-beli barang-barang najis dan yang memudharatkan, jual-berjual-beli seorang ke atas jual-berjual-beli

20

(12)

orang lain, pinangan atas pinangan orang lain. Dalam adat pula, Islam mengajar

adab-adab makan dan minum, mengharamkan memakan makanan yang keji dan

memudharatkan, sebagaimana Islam melarang melampaui batas dalam makan minum

dan berpakaian dan sebagainya. Di dalam keseksaan Islam melarang membunuh

kanak-kanak, perempuan dan paderi ketika peperangan, mewajibkan menunaikan haji bagi

yang berkemampuan dan sebagainya.21

Objektif syariah memonitor teori-teori ini dalam rangka menilai ataupun

mengukur sejauhmana sesuatu perkara itu selaras dengan tuntutan syarak. Selain

daripada itu, dalam menilai sesuatu persoalan juga, beberapa aspek lain perlu

diambilkira untuk mencapai objektif syariah. Ini termasuklah maqasid al-‘ammah, maqasid al-khassah dan maqasid al-juz’iyyah.

1. Objektif Umum

Objektif umum merujuk kepada objektif yang diambilkira oleh syariat dalam

menentukan semua atau sebahagian besar hukum.22

Contohnya,

i. Menarik kemanfaatan dan menolak kerosakan.

ii. Memudahkan dan mengangkat kesempitan.

Kedua-dua objektif ini lebih umum daripada objektif yang lain.

21

Ibid.

22

(13)

2. Objektif Khusus

Objektif khusus adalah objektif yang diambilkira oleh syariat dalam menentukan

sesuatu atau beberapa kelompok hukum tertentu atau dalam bab-bab kecil yang

serupa23. Seperti objektif dalam ibadat, objektif muamalat dan jinayat.

Contohnya,

1. Objektif syari’ dalam hukum kekeluargaan. 2. Objektif syari’ dalam urusan kehartaan.

3. Objektif syari’ dalam urusan muamalah.

4. Objektif syari’ dalam hukuman dan persaksian dan sebagainya24.

3. Objektif Serpihan

Objektif serpihan adalah objektif yang diambilkira oleh syariat dalam menentukan

sesuatu hukum tertentu atau apa yang dimaksudkan oleh syari’ daripada setiap hukum syar’i, daripada wajib, haram, sunat, makruh, harus, syarat atau sebab.25

Contohnya, objektif masalah khusus di dalam wuduk, atau di dalam sembahyang,

jual-beli atau lainnya dalam masalah furu.

Kesimpulan

Dalam menilai sesuatu perkara, objektif syariah perlu ditekankan supaya kehidupan

manusia berjalan lancar di samping maslahah manusia terjamin. Oleh itu, teori

23

Ibid, hlm. 411.

24

Al-Raisuni, Op.cit, hlm. 20.

25

(14)

maslahah yang terdiri daripada al-daruriyat, al-hajiyat dan al-tahsiniyat perlu diambilkira berdasarkan urutan keutamaannya berserta dengan objektif umum, objektif

khusus serta objektif serpihan. Dengan proses ini, segala penilaian dan standard

piawaian yang dilakukan serta dijalankan akan menjadi lebih telus dan sahih.

Bibliografi

Abdul Karim Ali dan Raihanah Azahari (ed), (1999M), Hukum Islam Semasa Bagi Masyarakat Malaysia Yang Membangun, Kuala Lumpur : Akademi Pengajian Islam.

Al-Fasi, Ilal (1993M), Maqasid al-Syari’ah al-Islamiyyah Wa Makarimuha, (Cet. Kelima), Tunisia : Dar al-Gharb al-Islami.

Al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad Ibn Muhammad,(1997M), Al-Mustasfa Min ‘Ilm al-Usul, Beirut : Dar Ihya’ al-Turath al-Arabi.

Ibn Abdul Salam, Izzuddin, (1999M), Qawaid al-Ahkam Fi Masalih al-Anam, Beirut :

Dar al-Kutub al-Ilmiah.

Ibn ‘Asyur, Muhammad al-Tahir, (1998M), Maqasid al-Syari’ah al-Islamiyah, (t. tmp.): Al-Basyair Li al-Intaj al-‘Ilmi.

Ibn Manzur, Muhammad, (t.t), Lisan al-‘Arab, Beirut: Dar Sadir.

Al-Jurjani, Ali Ibn Muhammad, (1405H), Al-Ta’rifat, Beirut : Dar al-Kitab al-Arabi. Mahmood Zuhdi Abdul Majid, (1992M), Sejarah Pembinaan Hukum Islam, Jabatan

Penerbitan Universiti Malaya : Kuala Lumpur.

Al-Raisuni, Ahmad, (1995M), Nazariyyat al-Maqasid ‘Inda al-Imam al-Syatibi, Riyadh : al-Dar al-Alamiah Li al-Kitab al-Islami.

Al-Said, Muhammad, (1977M), Buhuth Fi al-Adillah al-Mukhtalaf fiha ‘Inda al -Usuliyyin, Kaherah.

(15)

Al-Shatibi, Abu Ishak, (1997M), Al-Muwafaqat Fi Usul Syariah, Beirut : Dar al-Makrifah.

Teuku Iskandar et.al, (2000M), Kamus Dewan, (edisi ketiga), Kuala Lumpur : Dewan

Bahasa Dan Pustaka.

Al-Yubi, Muhammad Said, (1998M), Maqasid al-Syari’ah al-Islamiyyah Wa ‘Alaqatuha Bi al-Adillah al-Syar’iyyah, Riyadh : Dar al-Hijrah.

Referensi

Dokumen terkait

Perbedaan penelitian ini dengan penelitian sebelumnya adalah dalam penelitian ini membahas tentang perilaku pihak penyedia jasa transportasi di Terminal Larangan Sidoarjo

posttest 5.352 4.782 Berdasarkan tabel di atas dapat diketahui derajat depresi lansia di PSTW Abiyoso sebelum diberikan perlakuan dengan nilai mean 11.000 setelah mendapatkan

Hasil observasi awal pada bulan Januari 2015 di Danau Lais Desa Tanjung Sangalang Kecamatan Kahayan Tengah Kabupaten Pulang Pisau Provinsi Kalimantan Tengah... Ragam jenis ikan

Hasil penelitian ini menunjukkan bahwa profil wajah yang harmonis pada mahasiswa Fakultas Kedokteran Gigi Universitas Airlangga adalah bila bibir atas dan bibir bawah tepat

Jadi dengan demikian bahwa aspek zahir merupakan amalan yang telah diwajibkan atau yang tekah ditetapkan oleh Allah melalui Nabi Mu ḥ ammad, sehingga para ulama fiqh

Cara untuk menghilangkan sumbatan tiga urat nadi utama dari hati psikologis kita adalah dengan membuat pengakuan dosa yang menyeluruh kepada Tuhan; kita perlu tinggal

Hasil penelitian ini menunjukkan : (1) Besarnya biaya produksi rata-rata yang dikeluarkan oleh perajin gula aren yang berada di Desa Sidamulih sebesar Rp 156.396 (2)

Kegiatan Inti:  Melakukan kegiatan eksplorasi dengan melibatkan mahasiswa dalam mencari informasi yang luas dan dalam tentang materi pokok yang dibahas;..  Melakukan