• Tidak ada hasil yang ditemukan

TATAKELAKUAN Dasar & Kewajipan Bekerja di Hilton

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "TATAKELAKUAN Dasar & Kewajipan Bekerja di Hilton"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

PENGENALAN...1

Penyataan Dasar ...1

Kewajipan Di Bawah Undang-undang dan Dasar Hilton ...1

PIAWAI.KELAKUAN.AHLI.PASUKAN... 2

Kebertanggungjawapan Peribadi ...2

Menghormati dan Menghargai Kepelbagaian ...2

Mengekalkan Tempat Kerja yang Bebas Gangguan ...2

Mewujudkan Persekitaran Kerja yang Selamat dan Sihat ...2

Tempat Kerja yang Bebas Dadah dan Alkohol ...3

Mengekalkan Tempat Kerja yang Bebas Keganasan ...3

Tingkah Laku yang Tidak Diterima...3

ETIKA.PERNIAGAAN...4

Pengiklanan dan Pemasaran ...4

Privasi ...4

Percanggahan Kepentingan ...4

Peluang Korporat...4

Ahli Keluarga dan Hubungan Peribadi ...5

Kepentingan atau Hubungan Boleh Lapor ...5

Pelaburan Peribadi ...5

Aktiviti Perniagaan dan Pekerjaan Luar ...5

Kewajipan Kewangan ...5

Pegawai dan Pengarah Entiti-entiti Lain ...5

Urus Niaga Saksama ...5

Amalan Pembelian ...5

Ihsan Perniagaan (Hadiah, Pertolongan dan Hiburan) ...5

Apakah Ihsan Perniagaan? ...5

Garis Panduan untuk Dipertimbangkan ...6

Memberi Ihsan Perniagaan ... 7

Tip dan Ganjaran ... 7

Persaingan dan Antitrust ... 7

Maklumat Proprietari, Sulit dan Rahsia Perniagaan ... 7

Melindungi Maklumat Hilton ...8

Penghapusan Maklumat Sulit yang Terjamin...8

Maklumat Pihak Ketiga ...8

Media Sosial ...8

Melindungi Aset Hilton ...9

Mewujudkan dan Mengekalkan Rekod Perniagaan yang Tepat ...9

Penyimpanan Rekod ...9

KEWARGANEGARAAN.GLOBAL... 10

Hak Asasi Manusia ... 10

Larangan Terhadap Pemerdagangan Manusia ... 10

Komuniti Kami ... 10

Iltizam terhadap Alam Sekitar ... 10

Sogokan dan Amalan Rasuah Lain ...11

Siapakah “Pegawai Kerajaan”? ...11

Sogokan Perdagangan ...11

Layanan dan Hiburan Percuma Untuk Pegawai Kesatuan Sekerja ...12

Pemulauan...12

Sekatan Perdagangan dan Kawalan Eksport ...12

Anti Pelaburan Wang Haram (anti penyamaran wang) ...12

Penglibatan Politik Pilihan Raya Amerika Syarikat ...13

Pilihan Raya Bukan A.S ...13

Aktiviti Politik Perseorangan ...13

Hubungan Kerajaan dan Pematuhan terhadap Undang-undang Melobi Amerika Syarikat ...13

Ketepatan Maklumat ...13

MENANGANI.KEBIMBANGAN...14

Penolong Peguam Am, Pentadbiran dan Pematuhan atau Peguam Am...14

Talian Penting Etika ...14

Laluan ke Data Peribadi ...14

Melindungi Ketanpanamaan ...14

Bukan Tindakan Balas ...14

Disiplin ...14

Pengecualian ...14

Pelengkapan Pensijilan Tahunan ...14

(3)

PENGENALAN

Penyataan.Dasar

Reputasi Hilton dan setiap satu Hotel kami adalah penting untuk kejayaan kami pada masa lalu, sekarang dan pada masa hadapan. Setiap Ahli Pasukan bertanggungjawab secara peribadi untuk bertindak dengan integriti bagi meningkatkan reputasi Hilton serta mengekalkan persekitaran kerja yang diidamkan. Integriti bermaksud melakukan perkara yang betul pada setiap masa dan menggalakkan mereka yang berada di sekeliling kita untuk melakukan perkara yang sama. Dalam beberapa keadaan, Tatakelakuan mengandungi peraturan yang mesti dipatuhi sepenuhnya, dan manakala dalam beberapa keadaan lain, ia menyediakan garis panduan umum. Dalam semua keadaan, pematuhan terhadap Tatakelakuan adalah dituntut. Kami mengharapkan Ahli Pasukan untuk mendukung piawai kelakuan beretika paling tinggi dalam setiap tindakan yang dibuat bagi pihak Hilton. Ahli Pasukan bukan sahaja mesti mengelakkan aktiviti yang tidak elok, tetapi juga aktiviti yang boleh menunjukan ketidaksopanan.

Tatakelakuan ini menyediakan panduan mengenai cara Hilton dan Ahli Pasukan yang mesti berusaha bersama-sama bagi mencapai piawai etika tertinggi dalam perniagaan hospitaliti.

Tatakelakuan ini harus dipraktikkan kepada semua pekerja Hilton Worldwide, Inc, dan subsidiarinya (secara kolektif, “Hilton Worldwide”) dan kepada semua pekerja hotel yang dimiliki, dikendali atau diuruskan oleh Hilton Worldwide (secara kolektif, “Hotel”), sama ada mereka diambil bekerja oleh Hilton Worldwide atau tidak.

Para pekerja Hilton Worldwide dan Hotel, secara kolektif dirujuk dalam Tatakelakuan ini sebagai “Ahli-ahli Pasukan” dan secara individu sebagai “Ahli Pasukan”. Istilah “anda” dan “kamu” merujuk kepada Ahli Pasukan individu, manakala istilah “Hilton”, “kami”, “kita” and kita semua merujuk secara kolektif kepada Hilton Worldwide dan Hotel.

Kewajipan.Di.Bawah.Undang-undang.. Dan.Dasar.Hilton

Semua aktiviti Hilton hendaklah dijalankan secara sah dan beretika. Ahli-ahli Pasukan mesti mematuhi sepenuhnya undang-undang dan peraturan yang dikenakan di pelbagai negara, tempat dan komuniti di mana Hilton menjalankan perniagaan. Ahli-ahli Pasukan juga mesti menjalankan urusan perniagaan Hilton secara tersurat dan tersirat di bawah undang-undang dan Tatakelakuan ini. Ahli-ahli Pasukan yang melanggar Tatakelakuan ini boleh dikenakan tindakan disiplin, termasuk penamatan pekerjaan mereka. Jika mana-mana peruntukan Tatakelakuan ini melanggar undang-undang tempatan atau sebaliknya, ia tidak boleh dikuatkuasakan namun peruntukan lain bagi dasar ini akan terus dikuatkuasakan sehingga ke tahap yang paling tinggi. Seperti yang diterangkan dengan lebih terperinci dalam bahagian yang bertajuk “Menangani Keraguan”, Ahli-ahli Pasukan harus memaklumkan kepada penyelia terdekat mereka, Jabatan Sumber Manusia, Penolong Peguam Am, Pentadbiran dan Pematuhan, atau Peguam Am mengenai sebarang persoalan atau keraguan. Ahli-ahli Pasukan di Amerika Syarikat juga boleh melaporkan kebimbangan secara rahsia melalui Talian Hotline Etika Hilton di

www.hiltonhotline.com atau di (877) 662-5825.

Kadangkala anda mungkin perlu mendapatkan bimbingan untuk memahami selok-belok sebenar Tatakelakuan ini. Ahli-ahli Pasukan harus menghubungi mana-mana sumber di atas jika mereka ingin mengemukakan sebarang pertanyaan atau keraguan mengenai maksud Tatakelakuan ini.

(4)

PIAWAI KELAKUAN

AHLI PASUKAN

Berikut adalah senarai tingkah laku yang diharapkan daripada Ahli-ahli Pasukan, tanpa mengira kedudukan. Contoh-contoh di bawah tidak merangkumi kesemua perkara. Hilton berhak menentukan sama ada kelakuan tertentu itu sesuai atau sebaliknya.

Kebertanggungjawaban.Peribadi

Semua Ahli Pasukan diharap agar berkelakuan dengan cara yang konsisten terhadap “Nilai” Hospitaliti, Integriti, Kepimpinan, Kerjasama, Pemilikan dan Semasa Hilton. Setiap hari, dalam setiap tindakan yang mereka ambil, Ahli-ahli Pasukan boleh memberikan kesan langsung terhadap nama baik Hilton. Kejayaan kami yang berterusan bergantung pada penerimaan tanggungjawab peribadi oleh setiap Ahli Pasukan untuk melakukan perkara yang betul, setiap masa untuk bertanggungjawab terhadap tindakan yang mereka ambil dan terhadap akibat daripada tindakan tersebut. Ahli-ahli Pasukan mesti mengelakkan dan menghalang tindakan yang boleh mencederakan sesama sendiri, tetamu, rakan kongsi perniagaan, komuniti dan reputasi kita.

Sebagai peneraju Global dalam perniagaan hospitaliti, kami memahami kepentingan untuk melayan semua orang dengan baik dan bukan setakat tetamu sahaja.

Kebertanggungjawaban peribadi juga

bermaksud melaporkan masalah dan keraguan. Anda digalakkan untuk menghubungi atau berjumpa dengan penyelia anda, pengurus jabatan, atau Jabatan Sumber Manusia jika anda ingin mengemukakan sebarang pertanyaan, keraguan atau masalah. Sekiranya anda melaporkan keraguan anda dengan niat yang baik, maka tindak balas terhadap anda adalah dilarang dan tidak akan diterima. Kami menjangkakan semua orang di seluruh sistem ini akan dilayan dan juga melayan satu sama lain dengan rasa hormat dan bermaruah pada setiap masa.

Menghormati.dan.. Menghargai.Kepelbagaian.

Kami menggalakkan dan menghargai kepelbagaian dalam persekitaran kerja bagi mencapai kejayaan dengan menghargai dan memanfaatkan tenaga kerja, tetamu, pembekal dan rakan kongsi kami. Demi menghormati kepelbagaian budaya di seluruh organisasi global kami, sebagai warga korporat, kami akan mengutarakan keperluan setempat komuniti di tempat kami berkhidmat, tinggal dan bekerja di seluruh dunia. Oleh itu, kami tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang diskriminasi, gangguan atau tindak balas terhadap mana-mana individu atau kumpulan atas dasar etnik, jantina, bangsa, agama atau faktor budaya atau mana-mana ciri yang dilindungi oleh undang-undang yang dikenakan. Kami akan mencari dan mengambil Ahli-ahli Pasukan yang paling berkelayakan dan memberikan peluang yang adil dan saksama kepada semua Ahli Pasukan berdasarkan merit, kemahiran, kelayakan, pengalaman, usaha dan keupayaan melaksanakan tugas dan tanggungjawab.

Mengekalkan.Tempat.Kerja.yang.. Bebas.Gangguan

Hilton beriltizam untuk menyediakan persekitaran kerja yang tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang bentuk gangguan berdasarkan mana-mana ciri yang dilindungi oleh undang-undang yang dikenakan. Sebarang tingkah laku yang mewujudkan persekitaran kerja yang menakutkan, menyakitkan hati, mendera atau berunsur permusuhan, atau yang mengganggu keupayaan mana-mana Ahli Pasukan melaksanakan tugasnya tidak boleh diterima. Terdapat banyak bentuk gangguan tetapi tidak terhad kepada:

• Kata- kata kesat, ancaman, atau ugutan secara lisan atau bertulis.

• Kata-kata, jenaka, penghinaan yang tidak diingini atau cemuhan yang bersifat diskriminasi.

• Tindakan mempermainkan orang yang memalukan atau menghina seseorang;

• Tidak mempedulikan, memencilkan atau mengasingkan seseorang;

• Bahan yang bersifat diskriminasi yang dipaparkan secara terbuka, diedarkan di tempat kerja.

• Sentuhan fizikal yang tidak diingini. Jika mana-mana Ahli Pasukan merasakan yang mereka diganggu, mereka harus segera mengambil tindakan dengan memaklumkan kepada penyelia atau Jabatan Sumber Manusia tempatan mereka. Semua tuntutan gangguan akan ditanggani dengan cara yang sesuai. Hilton akan mengendalikan sebarang siasatan secara rahsia. Semua Ahli Pasukan dikehendaki untuk bekerjasama dalam sebarang siasatan. Hilton tidak akan menghalang mana-mana Ahli Pasukan melaporkan tuntutan gangguan dengan niat baik dan sanggup memberi kerjasama sepenuhnya semasa siasatan.

Mewujudkan.Persekitaran.Kerja.yang. Selamat.dan.Sihat

Hilton beriltizam terhadap kesihatan dan keselamatan para tetamu, Ahli-ahli Pasukan dan rakan sekerja perniagaan dan rekod kami yang mencerminkan iltizam ini. Keselamatan memerlukan komitmen daripada semua orang. Setiap Ahli Pasukan bertanggungjawab untuk memahami dan mematuhi semua undang-undang dan garis panduan keselamatan dan kesihatan yang ditentukan, serta perlu melaporkan dengan segera kemalangan, kecederaan atau amalan yang tidak selamat di tempat kerja dengan segera.

(5)

PIAWAI KELAKUAN

AHLI PASUKAN

Tempat.Kerja.yang.Bebas.Dadah.. dan.Alkohol

Ahli-ahli Pasukan tidak boleh memiliki, mengguna, membeli, menjual, mengagihkan menghasilkan, mengangkut atau berada di bawah pengaruh dadah terlarang semasa bekerja atau semasa berada di dalam premis Hilton. Ahli-ahli Pasukan tidak boleh berada di bawah pengaruh alkohol, mengambil alkohol semasa bekerja kecuali pada acara tajaan Hilton yang dibenarkan. Dalam apa jua keadaan sekali pun, mana-mana Ahli Pasukan tidak boleh mengendalikan kenderaan bermotor atau peralatan lain yang mungkin benar-benar membahayakan orang lain semasa di bawah pengaruh minuman beralkohol atau bahan- bahan terlarang yang akan mengganggu keupayaan Ahli Pasukan untuk mengendalikan kenderaan atau peralatan dengan selamat

Mengikut apa yang dibenarkan oleh undang-undang, kehendak pelesenan minuman keras dan norma budaya, Ahli-ahli Pasukan boleh mengambil, membeli, menjual, mengedar, memindah atau mengangkut minuman beralkohol semasa bekerja atau berada di tapak hartanah milik Hilton sebagai sebahagian daripada tanggungjawab tugas atau seperti yang dibenarkan oleh pengurusan Hilton. Ahli-ahli Pasukan mungkin akan dikenakan ujian dadah atau alkohol sebagai sebahagian daripada proses pra-pekerjaan dan/atau apabila menunjukkan tanda-tanda mabuk, seperti yang dibenarkan oleh undang-undang atau perjanjian yang dimeterai,

Mengekalkan.Tempat.Kerja.yang.. Bebas.Keganasan.

Hilton tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang tingkah laku yang mungkin akan mengganggu keselamatan dan jaminan kesejahteraan fizikal Ahli-ahli Pasukan. Bagi tujuan ini, keganasan tempat kerja ditakrifkan sebagai sebarang ancaman, percubaan atau kelakuan sebenar yang berkemungkinan akan menyebabkan kecederaan fizikal atau trauma emosi.

Contoh-contoh keganasan tempat kerja termasuk tetapi tidak terhad kepada:

• Tingkah laku yang berunsur ancaman seperti menunjukkan penumbuk, merosakkan harta benda, membaling objek, gerak isyarat menembak, dsb.;

• Ancaman lisan atau bertulis yang menyatakan niat untuk mengakibatkan kecederaan;

• Serangan atau penderaan fizikal;

• Mengintip;

• Sebarang tindakan yang akan menimbulkan ketakutan dalam diri seseorang.

Hilton akan menyiasat sebarang laporan ancaman atau tindakan ganas dengan sewajarnya. Semua Ahli Pasukan mestilah bekerjasama dalam sebarang siasatan keganasan di tempat kerja. Sebarang ancaman akan dianggap sebagai penyataan dan niat untuk melaksanakan ancaman tersebut.

Tingkah.Laku.Yang.Tidak.Diterima

Ahli-ahli Pasukan mesti membuat

pertimbangan yang wajar bagi memastikan mereka mendukung piawai yang paling tinggi. Hilton berhak untuk menentukan sama ada kelakuan tertentu sesuai atau sebaliknya. Walaupun senarai ini tidak menyeluruh, namun berikut adalah contoh-contoh tingkah laku yang tidak dibenarkan semasa bekerja untuk Hilton.

• Penggunaan bahasa yang menghina dan lucah;

• Menonton atau memuat turun pornografi;

• Mencuri atau menyalahgunakan harta Hilton atau harta orang lain;

• Pendedahan maklumat peribadi, rahsia atau maklumat peribadi pemilik.

• Gangguan bersifat tidak profesional di tempat kerja;

• Pemalsuan rekod termasuk maklumat pekerjaan, kad perakam waktu, laporan perbelanjaan, dsb.;

• Menggunakan kedudukan untuk

memperoleh faedah yang tidak wajar untuk diri sendiri, rakan-rakan atau ahli keluarga;

• Ketidakhadiran yang berlebihan;

• Berjudi di tempat kerja;

• Tidur semasa bertugas;

• Penggunaan atau perkongsian kata laluan atau akaun tanpa kebenaran; atau

• Bertindak dengan cara yang tidak wajar semasa mewakili Hilton dalam sebarang acara sosial atau di sebarang laman web sosial.

(6)

ETIKA PERNIAGAAN

Nama baik kami telah dibina atas amalan perniagaan saksama. Ini bermakna bahawa tidak seorang pun Ahli Pasukan tidak dibenarkan terlibat dalam penyembunyian, penyalahgunaan maklumat sulit atau maklumat peribadi pemilik, memberi gambaran yang salah tentang fakta yang penting, atau sebarang amalan yang tidak adil. Perkara ini dikenakan tanpa mengira dengan siapa kita berurusan atau bertanggungjawab kepada tetamu, pesaing rakan kongsi dan kepada sesiapa sahaja yang kita temui sepanjang menjalankan perniagaan.

Pengiklanan.dan.Pemasaran

Aktiviti pengiklanan dan pemasaran yang dijalankan adalan bertujuan untuk memberikan fakta yang benar, tepat, dan tidak mengelirukan mahupun memperdayakan, sama ada bercakap tentang premis kami atau mengenai pesaing kami. Ahli-ahli pasukan yang terlibat atau bertanggungjawab ke atas amalan pemasaran dan pengiklanan, mestilah tahu dan mematuhi semua undang-undang pada setiap masa.

Privasi

Kami akan melindungi sebarang maklumat peribadi yang diperolehi sepanjang perniagaan dengan berhati-hati. Undang-undang privasi amat berbeza dari satu negara ke negara yang lain dan anda harus segera mengemukakan sebarang persoalan yang anda hadapi dengan segera jika ia berkenaan dengan perlindungan, pengumpulan, penggunaan atau perkongsian maklumat peribadi dengan Penolong Peguam Am, Pentadbiran dan Pematuhan atau Peguam Am.

“Maklumat peribadi”.termasuk sebarang maklumat yang (i) boleh digunakan (secara bersendiri atau secara gabungan dengan maklumat lain di bawah kawalan Hilton) untuk mengenal pasti, mengesan atau menghubungi seseorang, atau (ii) dalam apa jua cara yang berkaitan dengan individu yang dikenal pasti atau boleh dikenal pasti. Contoh-contoh maklumat peribadi termasuk (tetapi tidak terhad kepada) unsur data ketara, seperti nama, alamat dan alamat e-mel, serta maklumat yang kurang ketara seperti cita rasa peribadi, maklumat berkaitan penginapan di hotel dan maklumat akaun tetamu. Maklumat peribadi yang terutamanya sensitif terutamanya nombor pengenalan yang dikeluarkan oleh kerajaan, nombor kad kredit dan maklumat mengenai keadaan kesihatan atau status kurang upaya, pegangan agama, pandangan politik, asal-usul bangsa atau etnik, atau kehidupan seksual individu tersebut. Maklumat peribadi boleh didapati dalam sebarang bentuk media atau format, termasuk rekod komputer atau elektronik dan juga fail yang berasaskan kertas.

Percanggahan.Kepentingan

“Percanggahan kepentingan” berlaku apabila kepentingan peribadi Ahli Pasukan sendiri terganggu atau kelihatan seperti mengganggu kepentingan Hilton. Hal ini menjadi satu dasar Hilton untuk menjalankan perniagaan kami yang bebas daripada pengaruh percanggahan seperti itu.

Keperluan dasar ini adalah untuk mengigatkan anda supaya jangan sekali-kali menggunakan atau cuba menggunakan kedudukan anda di Hilton untuk memperoleh sebarang faedah peribadi yang tidak wajar untuk diri sendiri, keluarga anda atau sesiapa sahaja. Di samping itu, anda mesti mengelakkan pelaburan atau penglibatan lain yang mungkin menjejaskan amalan pertimbangan bebas anda bagi pihak Hilton. Tidak boleh berurusan niaga. dengan organisasi perniagaan luar yang menyediakan membeli atau memajak harta (sebenar atau peribadi), hak, atau perkhidmatan kepada atau daripada Hilton yang boleh dipengaruhi, atau kelihatan dipengaruhi dengan sewajarnya, oleh kepentingan atau hubungan peribadi anda.

Oleh yang demikian, anda hendaklah tidak mempunyai kepentingan langsung atau tidak langsung dalam melibatkan hubungan dengan mana-mana organisasi yang dipercayai boleh: (a) menghalang objektiviti, kebebasan pertimbangan atau kelakuan anda dalam melaksanakan tanggungjawab bagi pihak Hilton, atau (b) memalukan Hilton disebabkan oleh seakan-akan wujudnya percanggahan kepentingan. Oleh itu, anda dilarang melibatkan diri anda dalam keadaan dimana percanggahan kepentingan mungkin timbul, atau mungkin disyaki dengan alasan yang kukuh. Percanggahan yang seakan-akan sedemikian boleh mendatangkan keburukan sama seperti percanggahan yang sebenar. Sekiranya anda menyedari akan bahawa sebarang percanggahan kepentingan, atau bimbang yang mungkin berlaku, kami berharap anda akan segera berbincang mengenai perkara tersebut dengan penyelia anda, Jabatan Sumber Manusia, Penolong Peguam Am, Pentadbiran dan Pematuhan atau Peguam Am dengan segera. Semua kemungkinan percanggahan kepentingan hendaklah diluluskan oleh Peguam Am, Pentadbiran dan Pematuhan atau Peguam Am. Panduan yang disediakan di bawah adalah menunjukkan beberapa keadaan yang boleh mewujudkan isu percanggahan kepentingan.

Peluang.Korporat

Anda dilarang menggunakan harta Hilton atau maklumat serta kedudukan anda di Hilton untuk kepentingan peribadi. Anda dilarang bersaing dengan Hilton. Ahli-ahli Pasukan juga bertanggungjawab untuk mengembangkan kepentingan perniagaan Hilton apabila peluang tersebut muncul. Oleh yang demikian, anda tidak dibenarkan mengambil kesempatan secara peribadi atau terus kepada pihak ketiga berkaitan peluang perniagaan yang diperoleh melalui kedudukan anda atau penggunaan harta dan juga maklumat Hilton, kecuali peluang tawaran tersebut ditolak oleh pihak Hilton.

(7)

ETIKA PERNIAGAAN

Ahli.Keluarga.dan.Hubungan.Peribadi

Menjalankan urusan perniagaan atau bersaing dengan syarikat sama ada membayar anda, atau dimiliki sepenuhnya atau sebahagiannya sahaja oleh ahli keluarga atau rakan peribadi rapat Ahli-ahli Pasukan, boleh menimbulkan kebimbangan mengenai kesaksamaan dan objektiviti, serta boleh mewujudkan tanggapan percanggahan kepentingan. Walaupun tidak terdapat percanggahan yang sebenar. Ahli-ahli Pasukan juga hendaklah mengelakkan daripada menggalakkan syarikat yang berurusan dengan Hilton untuk membeli produk atau perkhidmatan daripada ahli keluarga atau rakan peribadi rapat mereka. Walaupun berurus niaga dengan ahli keluarga atau rakan peribadi rapat Ahli-ahli Pasukan tidak dilarang secara automatik, anda hendaklah mendedahkan semua keadaan tersebut kepada Penolong Peguam Am, Pentadbiran dan Pematuhan atau Peguam Am. Anda tidak harus secara tidak langsung, melalui pasangan, ahli keluarga, rakan, rakan kongsi atau rakan sekutu, mempunyai sebarang kepentingan atau terlibat dalam sebarang aktiviti yang akan melanggar Tatakelakuan ini. Sebarang kepentingan sedemikian harus didedahkan kepada Penolong Peguam Am, Pentadbiran dan Pematuhan atau Peguam Am. Hilton tidak bermaksud atau berkeinginan untuk mengganggu atau mengawal hubungan peribadi antara Ahli-ahli Pasukan di luar tempat kerja. Bagaimanapun, Hilton beriltizam untuk memastikan bahawa hubungan peribadi antara Ahli-ahli Pasukan tidak menjejaskan persekitaran kerja dengan mewujudkan percanggahan kepentingan sebenar atau tanggapan, dengan mengganggu perkhidmatan kepada tetamu atau perniagaan Hilton. Antaranya dengan mewujudkan kemungkinan liabiliti untuk Hilton atau pekerjanya. Secara amnya, Hilton tidak membenarkan Ahli-ahli Pasukan yang mempunyai hubungan peribadi untuk berada dalam hubungan penyelia/orang bawahan secara langsung atau tidak langsung di tempat kerja. Hilton juga secara amnya tidak membenarkan Ahli-ahli Pasukan yang mempunyai hubungan peribadi berada dalam kedudukan yang mempengaruhi pekerjaan, pampasan atau keadaan bekerja pihak yang satu lagi, atau dalam keadaan yang mana kerahsiaan atau pertimbangan perniagaan utama yang lain adalah penting.

Kepentingan.atau.Hubungan.Boleh.Lapor

Semua Ahli-ahli Pasukan yang mempunyai kepentingan kewangan atau komersial dalam, berhubung dengan mana-mana pembekal, pemberi francais, rakan kongsi perniagaan lain, pesaing atau pelanggan utama, hendaklah mengemukakan laporan bertulis kepada Penolong Peguam Am, Pentadbiran dan Pematuhan atau Peguam Am mengenai sebarang “Kepentingan atau Hubungan Boleh Lapor” seperti itu. Laporan ini hendaklah menyertakan nama entiti yang ada hubungan dengan anda dan sifat serta saiz kepentingan atau hubungan tersebut.

Pelaburan.Peribadi

Anda harus mengelak daripada melabur dalam mana-mana syarikat yang bersaing dengan Hilton, atau dalam mana-mana syarikat yang berurus niaga atau ingin berurus niaga dengan kami.

Aktiviti.Perniagaan.dan.Pekerjaan.Luar

Anda seharusnya tidak menjalankan aktiviti perniagaan luar jika ia (a) bercanggah dengan tugas dan tanggungjawab anda kepada Hilton, (b) menghalang objektiviti, kebebasan pertimbangan atau kelakuan anda dalam menjalankan tanggungjawab anda kepada Hilton, atau (c) memalukan Hilton disebabkan tanggapan percanggahan kepentingan. Sebarang pekerjaan yang dibayar atau hubungan perundingan hendaklah diluluskan oleh penyelia terdekat anda.

Tanggungjawab.Kewangan

Anda tidak boleh meminjam wang atau berhutang dengan mana-mana syarikat atau orang yang berurus niaga atau ingin berurus niaga dengan Hilton kerana dengan berbuat demikian, anda boleh mewujudkan risiko, malah tanggapan, ketidakwajaran atau kurangnya objektiviti berhubung dengan urus niaga anda atau mereka dengan Hilton.

Pegawai.dan.Pengarah.Entiti.Lain

Anda tidak boleh berkhidmat sebagai pegawai atau pengarah mana-mana syarikat atau entiti perniagaan lain yang tidak bergabung dengan Hilton tanpa terlebih dahulu memaklumkan dan memperoleh kebenaran bertulis daripada Penolong Peguam Am, Pentadbiran dan Pematuhan atau Peguam Am.

Urus.Niaga.Saksama

Hilton memiliki sejarah panjang tentang kejayaan melalui persaingan perniagaan yang jujur. Kami bersaing untuk memperoleh perniagaan atas dasar harga, perkhidmatan dan kualiti, dan kami memberi ganjaran kepada perniagaan atas dasar yang sama.

Amalan.Pembelian

Kami berusaha menjadi adil dan tidak berat sebelah dalam urus niaga kami dengan pembekal dan kontraktor luar. Pembekal yang layak dan berminat hendaklah diberikan peluang untuk menyertai penyerahan sebut harga atau cadangan untuk barangan dan perkhidmatan. Kami menghormati terma dan syarat kontrak, dengan membayar tepat pada masanya dan melindungi rahsia maklumat pembekal dan kontraktor luar. Keputusan pembelian hendaklah berdasarkan kriteria sah yang ditakrifkan, termasuk kualiti, tahap perkhidmatan dan harga.

Ihsan.Perniagaan.(hadiah,.pertolongan.. dan.hiburan)

Salah satu masalah yang lebih mencabar dalam industri hospitaliti ialah memastikan hubungan beretika dengan rakan kongsi perniagaan berhubung dengan pengendalian hadiah, pertolongan dan hiburan (“ihsan perniagaan”).

Apakah.Ihsan.Perniagaan?

Apa sahaja yang bernilai yang berkemungkinan akan menyebabkan keputusan perniagaan dibuat atas dasar yang tidak berkaitan dengan merit mereka, boleh dianggap sebagai ihsan perniagaan. Contohnya mungkin termasuk hadiah, jamuan makan, minuman, hiburan (termasuk tiket dan pas), rekreasi (termasuk bayaran padang golf dan gelanggang tenis), pengangkutan, diskaun, item promosi atau penggunaan peribadi masa, bahan, kemudahan atau peralatan penderma. Ihsan perniagaan boleh membantu membina hubungan muhibah dan kerjasama. Tetapi ia tidak boleh digunakan untuk memperoleh kelebihan secara tidak adil atau mempengaruhi keputusan perniagaan secara tidak wajar. Walaupun ihsan perniagaan telah semakin berleluasa, ia juga boleh mewujudkan risiko etika yang serius dan dalam sesetengah keadaan, mungkin dilarang di bawah undang-undang tempatan. Walaupun jika ihsan perniagaan dibenarkan secara sah dan beretika, hadiah dan hiburan boleh mewujudkan tanggapan berlakunya salah laku.

(8)

ETIKA PERNIAGAAN

Garis.Panduan.untuk.Dipertimbangkan

Ahli-ahli Pasukan hendaklah bertindak adil dan tidak berat sebelah dalam semua urusan perniagaan bagi pihak Hilton – ini bermakna menggunakan akal fikiran mereka untuk mengelak walau tanggapan sekali pun, bahawa ihsan perniagaan telah mempengaruhi atau mungkin mempengaruhi pertimbangan perniagaan kita.

Anda boleh menyimpan ihsan perniagaan apabila penerimaan ihsan tersebut:

• Menggalakkan hubungan kerja yang berjaya dan perasan muhibah dengan orang atau firma yang mana dengannya Hilton mengekalkan atau mungkin membina hubungan perniagaan;

• Mematuhi undang-undang tempatan, di samping amalan wajar dan beretika pasaran, seperti bunga, bakul buah-buahan dan hadiah sederhana lain yang memperingati peristiwa istimewa, atau bayaran perbelanjaan yang wajar yang berkaitan secara terus dengan tujuan perniagaan (seperti menghadiri seminar atau persidangan yang berkaitan dengan tanggungjawab anda bagi pihak kami, dengan syarat anda terlebih dahulu memperoleh kelulusan daripada penyelia anda); dan

• Tidak mewujudkan sebarang percanggahan kepentingan sebenar atau kesetiaan yang berbelah bahagi.

Anda seharusnya tidak:

• Menerima wang tunai atau yang setara dengan wang tunai;

• Menerima ihsan perniagaan yang tidak sah

• Meminta ihsan perniagaan

• Menerima ihsan perniagaan sebagai syarat untuk mendapatkan sesuatu sebagai balasan. Oleh itu, jika ihsan tersebut sama ada akan mewajibkan atau kelihatan seperti mewajibkan anda untuk memberikan sesuatu sebagai balasan, ihsan tersebut adalah tidak wajar diterima

• Menerima ihsan perniagaan yang mungkin ditafsirkan sebagai sogokan atau rasuah

• Menerima ihsan perniagaan yang menjelikkan atau tidak wajar

• Menerima tawaran perjalanan yang ditanggung sepenuhnya untuk berseronok daripada orang atau firma yang mempunyai atau mungkin akan mewujudkan hubungan perniagaan dengan Hilton. atau

• Menerima sesuatu yang anda tahu atau sewajarnya harus menjangkakan akan menyebabkan pemberi tersebut melanggar piawai atau dasar syarikatnya sendiri. Jika garis panduan yang disenaraikan sebelum ini dipatuhi, Ahli-ahli Pasukan dibenarkan menerima hadiah atau hiburan (contohnya, tiket) yang bertujuan untuk kegunaan peribadi yang bukan perniagaan, tidak melebihi nilai $200, dalam mana-mana tahun kalendar (dari syarikat yang sama, tanpa mengira sama ada individu berlainan dari syarikat yang sama memberikan hadiah atau hiburan tersebut). Perniagaan berasingan atau unit geografi mungkin menetapkan had yang lebih rendah untuk Ahli-ahli Pasukan mereka, tetapi tidak boleh menetapkan had yang lebih tinggi. Perlu disedari bahawa had ini secara amnya tidak dikenakan terhadap makanan, minuman atau hiburan yang dinikmati berkaitan dengan perjumpaan perniagaan dan dengan rakan kongsi perniagaan kami, asalkan setiap garis panduan ini dipatuhi.

Di samping itu:

• Pengecualian memerlukan kelulusan daripada Peguam Am dan Ketua Pegawai Sumber Manusia;

• Jika tanggungjawab anda termasuk memilih kontraktor, mempengaruhi urusan perniagaan, mewujudkan spesifikasi yang menghasilkan urusan perniagaan atau penyertaan dalam rundingan kontrak, anda hendaklah amat berhati-hati bagi mengelakkan tindakan yang mewujudkan tanggapan pilih kasih atau pengaruh tidak

adil, atau yang mungkin boleh menjejaskan nama baik Hilton dalam urus niaga tidak berat sebelah dan saksama. Tindakan terbaik dalam keadaan seperti ini adalah dengan menolak ihsan daripada pembekal apabila Hilton terlibat di dalam pemilihan atau mengesahkan semula pembekal.

• Anda harus mengelakkan corak penerimaan ihsan yang kerap daripada orang atau syarikat yang sama

• anda harus menahan diri daripada

menerima ihsan yang anda tidak rasa selesa membincangkannya dengan pengurus atau rakan sekerja anda;

• Jika tidak wajar untuk diterima, anda harus menolak dengan sopan apabila ditawarkan dan atau mengembalikannya dengan surat yang menerangkan dasar Hilton. Apabila perlu menulis surat seperti itu, salinan harus dihantar kepada penyelia anda dan Penolong Peguam Am, Pentadbiran dan Pematuhan atau Peguam Am. Penolong Peguam Am, Pentadbiran dan Pematuhan boleh membantu anda menyediakan surat seperti itu

• Jika anda mempunyai apa jua keraguan mengenai penerimaan ihsan perniagaan, hubungi penyelia anda, Penolong Peguam Am, Pentadbiran dan Pematuhan atau Peguam Am.

(9)

ETIKA PERNIAGAAN

Memberi.Ihsan.Perniagaan

Anda tidak boleh memberi hadiah atau hiburan kepada sesiapa jika ihsan tersebut tidak boleh anda terima di bawah garis panduan dan pengecualian yang dibincangkan di atas. Sebarang pengecualian memerlukan kelulusan daripada Peguam Am. Anda juga tidak boleh memberi hadiah atau hiburan – tidak kira sama ada ia dibenarkan di bawah dasar kami – jika hadiah atau hiburan seperti itu akan melanggar undang-undang tempatan atau dasar majikan penerima. Anda sentiasa harus menggunakan pertimbangan yang wajar bagi mengelakkan sebarang tanggapan bahawa sebarang hadiah atau hiburan – walaupun hadiah atau hiburan yang mematuhi dasar ini – telah mempengaruhi atau

bertujuan untuk mempengaruhi pertimbangan perniagaan orang yang menerimanya. Jika anda mempunyai apa jua keraguan mengenai pemberian ihsan perniagaan, hubungi Penyelia anda, Penolong Peguam Am, Pentadbiran dan Pematuhan atau Peguam Am.

Tip.dan.Ganjaran

Anda boleh menerima tip dan ganjaran daripada tetamu dan pelanggan berhubung dengan prestasi kerja anda asalkan fungsi kerja anda lazimnya melibatkan penerimaan tip dan ganjaran seperti itu (seperti valet, ketua porter, pekerja restoran, atendan bilik tetamu dan juru kemas.) Tiada Ahli Pasukan yang mempunyai kawalan ke atas syarat menjalankan

perniagaan dengan penderma boleh menerima sebarang tip atau ganjaran.

Persaingan.dan.Antitrust

Kami percaya dengan bersaing secara agresif dalam pasaran, tetapi kami hendaklah bersaing dengan adil, beretika dan mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang dikenakan. Undang-undang dan peraturan ini, yang merangkumi undang-undang antitrust persekutuan dan negeri di A.S. dan juga undang-undang persaingan di negara lain di mana kami menjalankan perniagaan, adalah direka bagi menjamin persaingan yang adil dan terbuka dalam perniagaan.

Walaupun undang-undang seperti itu adalah panjang dan rumit, terdapat beberapa isu utama yang perlu kita semua fahami:

Undang-undang antitrust melarang syarikat, antara lainnya, daripada berkongsi maklumat atau memasuki perjanjian atau persetujuan formal atau tidak formal (lisan atau bertulis, tersirat atau tersurat) dengan pesaing atau bakal pesaing tentang isu yang berkaitan dengan harga, syarat penjualan, pengedaran atau peruntukan daerah, produk, pelanggan atau pembekal. Oleh yang demikian, dalam apa jua keadaan sekali pun, anda tidak harus memperoleh laluan atau menggunakan maklumat pesaing, atau sebarang maklumat lain, dengan cara yang akan membayangkan perjanjian antara Hilton dan mana-mana pesaing untuk: (a) menetapkan, menstabilkan atau mengawal harga (b) memperuntukkan produk, pasaran atau wilayah (c) memulaukan pelanggan atau pembekal tertentu; atau (d) menahan mana-mana produk daripada dijual. Anda jangan sekali-kali terlibat dalam perbincangan, perjanjian atau persetujuan (sama ada melalui telefon, surat-menyurat, semasa mesyuarat atau sebaliknya) dengan pesaing atau bakal pesaing berkenaan dengan kadar, tahap penginapan, harga atau peruntukan daerah, pelanggan atau jualan, melainkan dengan mematuhi sepenuhnya dasar bertulis yang diluluskan oleh Peguam Am. Maklumat persaingan berkenaan kadar, tahap penginapan dan data lain yang serupa, mungkin dikongsi dengan kumpulan perunding pihak ketiga jika perunding mengumpulkan semua maklumat seperti itu dengan maklumat dari rangkaian hotel lain dan tidak mengaitkan sebarang data khusus dengan Hilton.

Mengikut kebiasaannya anda tanya pada diri anda sendiri sama ada apa yang anda kongsi, bincangkan atau persetujui dengan pesaing bukanlah suatu perkara yang anda biasanya akan pertimbangkan untuk dibincangkan dengan seseorang yang matlamat dan objektifnya ialah untuk merampas perniagaan daripada anda. Jika jawapannya ialah tidak, elakkan perbincangan tersebut. Jika anda tidak pasti, tanyakan kepada Penolong Peguam Am, Pentadbiran dan Pematuhan atau Peguam Am. Kegagalan untuk mematuhi undang-undang antitrust boleh mengakibatkan Ahli-ahli Pasukan dikenakan tindakan disiplin, termasuk penamatan pekerjaan.

Maklumat.Proprietari,.. Sulit.dan.Rahsia.Perniagaan

Hilton mempunyai dasar toleransi sifar berkenaan dengan pemerolehan, pemilikan atau penggunaan maklumat proprietari, sulit atau rahsia perniagaan pesaing Hilton dan syarikat lain. Dasar ini dikenakan secara sama rata kepada Ahli-ahli Pasukan yang membawa maklumat proprietari, sulit atau rahsia perniagaan bersama dengan pekerjaan mereka dengan Hilton yang diperoleh semasa mereka bekerja dengan mana-mana majikan sebelumnya, tidak kira sama ada mereka pengarang atau pencipta maklumat seperti itu. Ia dikenakan kepada sebarang bentuk maklumat, tetapi tidak terhad kepada dokumen dalam bentuk kertas, e-mel, helaian hamparan, penyampaian PowerPoint dan sebarang jenis maklumat elektronik. Jika anda mengetahui atau ada alasan untuk mempercayai bahawa sesiapa di Hilton telah memperolehi atau menggunakan maklumat proprietari, sulit atau rahsia perniagaan syarikat lain, anda hendaklah melaporkan kebimbangan anda terus kepada Penolong Peguam Am, Pentadbiran dan Pematuhan atau Peguam Am. Jika anda ingin mengemukakan sebarang pertanyaan mengenai sama ada maklumat yang anda gunakan terdiri daripada maklumat proprietari, sulit atau rahsia perniagaan, anda perlu segera membincangkan perkara ini dengan Jabatan Undang-undang Hilton.

(10)

ÉTICA EMPRESARIAL

Melindungi.Maklumat.Hilton

Maklumat proprietari kami adalah berharga kerana ia tidak diketahui secara umum. Nilai maklumat proprietari boleh berkurangan atau hilang jika ia didedahkan kepada pesaing kami, pihak media atau pihak luar yang lain. Kami mesti mengekalkan kerahsiaan semua maklumat seperti itu, kecuali apabila pendedahan dibenarkan atau diperlukan oleh undang-undang, seperti yang ditentukan oleh Penolong Peguam Am, Pentadbiran dan Pematuhan atau Peguam Am. Tanggungjawab melindungi maklumat sulit dan proprietari seperti ini berterusan walaupun selepas anda tidak lagi menjadi Ahli Pasukan. Maklumat bukan rahsia hendaklah dikendalikan dengan cara yang memelihara nilainya sebagai aset korporat.

Maklumat sulit dan proprietari hendaklah dilindungi daripada pendedahan atau penggunaan yang tidak dibenarkan. Beberapa contoh maklumat proprietari termasuk:

• Maklumat tentang aktiviti pembangunan atau pemerolehan;

• Rancangan dan maklumat strategik;

• Terma dan struktur kontrak dan perjanjian kewangan Hilton;

• Maklumat berkaitan dengan perisian, pangkalan data dan sistem kita yang lain, termasuk struktur dan kandungannya;

• Maklumat peribadi mengenai tetamu, Ahli-ahli Pasukan atau individu lain;

• Maklumat yang diberikan oleh pelanggan, vendor atau pihak luar, yang mana kami telah bersetuju untuk merahsiakannya; atau

• Sebarang maklumat bukan umum lain yang akan mendatangkan keburukan kepada Hilton atau berguna kepada pesaing jika didedahkan.

Cara untuk melindungi maklumat sulit dan proprietari:

• Labelkan halaman pertama dokumen sebagai “Sulit”;

• Simpan maklumat di lokasi yang selamat;

• Kekalkan stesen kerja yang selamat;

• Berikan maklumat sulit kepada Ahli-ahli Pasukan lain atas dasar “perlu tahu” sahaja;

• Kongsi maklumat sulit dan proprietari dengan pihak luar jika perlu sahaja untuk mengembangkan perniagaan Hilton, hanya selepas keizinan Penolong Peguam Am, Pentadbiran dan Pematuhan atau Peguam Am telah diperoleh dan hanya jika langkah-langkah yang bersesuaian telah diambil untuk melindungi dan memelihara kerahsiaan maklumat tersebut, seperti memperoleh perjanjian kerahsiaan bertulis dan bertandatangan, sebelum berkongsi maklumat sulit dan proprietari seperti itu;

• Jangan sekali-kali mendedahkan maklumat yang dilabel sebagai “Hak Istimewa Peguam-Pelanggan” atau “Sulit Produk Kerja Peguam” kepada Ahli-ahli Pasukan atau pihak ketiga yang lain tanpa kelulusan daripada Penolong Peguam Am, Pentadbiran dan Pematuhan atau Peguam Am;

• Jangan bincangkan maklumat di tempat terbuka(lapangan terbang, lif dan lain-lain.);

• Jangan kendalikan dokumen di tempat yang mudah dilihat oleh orang;

• Elakkan daripada menghantar maklumat sulit melalui e-mel di luar rangkaian Hilton; dan

• Elakkan daripada menggunakan peranti milik peribadi untuk menyimpan atau menghantar dokumen sulit atau proprietari.

Jika anda mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa sebarang maklumat sulit, termasuk maklumat peribadi, telah hilang, salah letak atau diakses oleh orang yang tidak mempunyai kebenaran, anda hendaklah segera menghubungi Penolong Peguam Am. Pentadbiran dan Pematuhan, Peguam Am atau Keselamatan Maklumat di

informationsecurity@hilton.com.

Penghapusan.Selamat.Maklumat.Sulit

Anda hendaklah menghapuskan maklumat sulit dengan cara yang selamat. Dokumen kertas haruslah dihapus. Fail dan media elektronik harus dimusnahkan atau dipadam bersih secara kekal supaya maklumat tidak boleh dibaca atau dibina semula. Semua dokumen dan bahan seperti itu, harus dikendalikan menurut dasar penyimpanan rekod dan semua kehendak undang-undang yang berkenaan. Jika anda ingin mengemukakan sebarang pertanyaan mengenai penghapusan selamat maklumat sulit, anda harus menghubungi Penolong Peguam Am, Pentadbiran dan Pematuhan atau Peguam Am.

Maklumat.Pihak.Ketiga

Dalam pengendalian perniagaan yang biasa, kami mungkin memperoleh maklumat sulit mengenai syarikat lain atau pekerjanya, termasuk pembekal dan vendor semasa dan yang berpotensi. Kami memelihara maklumat sulit seperti itu menurut undang-undang, tanggungjawab berkontrak dan dasar kami yang berkaitan.

Media.Sosial

Penggunaan media sosial oleh Ahli-ahli Pasukan boleh menimbulkan risiko kepada maklumat sulit dan proprietari, nama baik dan jenama Hilton, serta boleh menjejaskan pematuhan Hilton terhadap peraturan dan undang-undang perniagaan. Untuk meminimumkan risiko perniagaan dan undang-undang ini, Hilton mengharapkan Ahli-Ahli Pasukan agar menyertai media ini dengan penuh tanggungjawab. Tiada maklumat sulit mengenai Hilton, tetamu kami atau Ahli-ahli Pasukan akan didedahkan pada mana-mana laman media. Ahli-ahli Pasukan tidak harus membincangkan isu berkaitan Hilton sebagai wakil Hilton pada laman media sosial kecuali tanggungjawab tersebut telah ditugaskan secara khusus kepada mereka.

(11)

ETIKA PERNIAGAAN

Melindungi.Aset.Hilton

Adalah penting untuk anda mengambil berat terhadap aset Hilton melalui penggunaan yang bertanggungjawab, cekap dan untuk tujuan perniagaan yang sah sahaja. Aset Hilton termasuk item ketara seperti wang tunai, peralatan, inventori dan bekalan. Komputer, perisian, telefon dan rangkaian yang disediakan oleh Hilton juga merupakan aset Hilton. Aset Hilton tidak sekali-kali harus digunakan untuk menghantar, menerima atau mengakses bahan yang menyalahi undang-undang. Perhatian harus diberikan bagi mengelak daripada menghantar, menerima atau mengakses bahan yang menyinggung orang lain. Aset Hilton tidak boleh digunakan untuk menyalin perisian, muzik, buku atau karya lain yang dilindungi oleh undang-undang secara tidak sah. Aset Hilton harus digunakan dengan cara yang sentiasa menjamin keselamatan dan integriti rangkaian pada setiap masa. Jika anda ingin mengemukakan sebarang pertanyaan mengenai melindungi keselamatan dan integriti komputer, perisian, telefon atau rangkaian kami, anda harus menghubungi Penolong Peguam Am, Pentadbiran dan Pematuhan atau Peguam Am. Walaubagaimanapun. kami berhak untuk menyemak semua carian Internet, komunikasi e-mel dan aktiviti lain yang Ahli-ahli Pasukan lakukan menggunakan aset Hilton. Anda diharapkan untuk mengamalkan pertimbangan yang bersesuaian dalam penggunaan aset Hilton oleh anda, tetapi tidak terhad kepada e-mel dan Internet. Sebarang kecurian, penipuan, penggelapan atau penyalahgunaan harta Hilton adalah dilarang dan menyalahi undang-undang, dan boleh mengakibatkan penamatan pekerjaan anda secara serta-merta, di samping kemungkinan tindakan undang-undang.

Mencipta.dan.Mengekalkan.. Rekod.Perniagaan.yang.Tepat

Pelbagai undang-undang dan peraturan menghendaki Hilton membuat dan menyimpan buku akaun dan rekod yang tepat, dan untuk menghuraikan dengan sepenuhnya sifat urus niaga yang digambarkan di dalamnya. Secara khususnya, keperluan penyimpanan rekod yang berikut dikenakan kepada Hilton dan hendaklah dipatuhi oleh Ahli-ahli Pasukan dengan tanggungjawab yang bersesuaian.

• Semua buku, rekod dan akaun hendaklah dibuat dan disimpan dengan butiran yang sewajarnya, menggambarkan secara tepat dan adil urus niaga dan pelupusan aset Hilton, dan tidak mengandungi masukan perakaunan yang palsu atau silap dinyatakan;

• Semua pembayaran wang dan semua resit hendaklah direkodkan dengan betul dan segera. Tiada pembayaran bagi pihak Hilton akan diluluskan tanpa dokumen sokongan yang mencukupi yang menghuraikan tujuan pembayaran yang dibuat tersebut;

• Tiada dana yang disembunyikan atau tidak direkodkan boleh diwujudkan untuk apa jua tujuan;

• Rekod haruslah jelas, padat, benar dan tepat apabila merekodkan sebarang maklumat;

• Menokok tambah, bahasa kesat, tekaan, kesimpulan undang-undang dan penyifatan negatif terhadap orang atau motif mereka harus dielakkan;

• Sistem kawalan audit perakaunan dalaman hendaklah dikekalkan dan mencukupi untuk memberikan jaminan sewajarnya bahawa maklumat berkenaan dengan urus niaga: - Direkodkan, diproses, diringkaskan dan dilaporkan tepat pada masanya yang membolehkan penyediaan penyata kewangan yang mematuhi prinsip perakaunan yang diterima umum dan kehendak lain yang ditetapkan oleh Hilton; dan

- Direkodkan untuk mengekalkan

kebertanggungjawapan untuk aset Hilton.

• Semua rekod Hilton hendaklah dilindungi dan diselenggarakan dengan lengkap dan tepat.

Ahli-ahli Pasukan perlu ingat bahawa di dalam dunia kita yang semakin hebat berhubung, tanpa wayar dan dipenuhi kepakaran peguam, sebarang rekod mungkin akan didedahkan kepada umum akibat litigasi, siasatan kerajaan atau dibocorkan tanpa kebenaran. Oleh itu, anda harus beroperasi dengan anggapan bahawa semua dokumen yang anda buat mungkin akan didedahkan kepada umum. Pertimbangkan bagaimana maklumat yang anda letak dalam format elektronik akan kelihatan kepada urang ramai jika maklumat tersebut disiarkan pada blog atau dicetak dalam akhbar tempatan atau kebangsaan,

Ahli-ahli Pasukan harus berhati-hati terutamanya dengan komunikasi elektronik mengenai Hilton. E-mel menggabungkan perbualan harian bersahaja dengan ketetapan memorandum formal. Ini adalah gabungan yang berbahaya. Oleh itu, anda harus mengamalkan timbang rasa dan ketelitian yang sama ketika mengarang dan menghantar e-mel seperti yang anda lakukan untuk mana-mana dokumen yang mungkin akan disiarkan kepada orang ramai. Pertimbangan yang sama dikenakan kepada penghantaran mesej segera, teks, menulis blog, “tweet”, dan penggunaan media sosial seperti Facebook, MySpace dan LinkedIn.

Penyimpanan.Rekod

Sesetengah kehendak undang-undang dan peraturan mengawal berapa lama Hilton dijangka atau dikehendaki menyimpan rekod perniagaan dalam bentuk kertas atau elektronik. Untuk memenuhi kehendak ini, Hilton telah membangunkan jadual penyimpanan rekod yang menyeluruh, yang merangkumi kesemua rekod Hilton. Kita semua diminta supaya memahami dan mematuhi jadual penyimpanan rekod tersebut. Bagaimanapun, anda hendaklah jangan sekali-kali memusnahkan sebarang dokumen kertas atau elektronik yang tertakluk kepada penahanan litigasi atau sebagai balasan atau menunggu siasatan, audit atau saman. Walaupun dokumen tersebut hanyalah salinan kepada yang asal. Isu mengenai penyimpanan dan penghapusan dokumen adalah penting, dan Hilton mahu pun Ahli-ahli Pasukan boleh menghadapi akibat undang-undang yang serius atas kegagalan memahami dan mematuhi dasar penyimpanan dokumen kami. Jika anda ingin mengemukakan sebarang soalan mengenai sama ada mana-mana dokumen atau rekod dalam sebarang bentuk patut dihapuskan, pastikan anda menghubungi Penolong Peguam Am, Pentadbiran dan Pematuhan dari Pejabat Peguam Am.

(12)

WARGA GLOBAL

Walaupun falsafah kerajaan, kelaziman dan piawai kelakuan mungkin berbeza-beza di seluruh negara di dunia, piawai kejujuran, integriti dan kesaksamaan Hilton hendaklah sentiasa digunakan sebagai asas urusan perniagaan kami di mana-mana sahaja. Anda harus menjalankan perniagaan Hilton dengan cara yang akan menggalakkan rasa hormat dan kagum terhadap Hilton dan cara kita menjalankan perniagaan sebagai warga global Di bawah, terdapat beberapa perkara utama yang dikenal pasti boleh meningkatkan kesedaran etika dan pematuhan untuk Hilton dalam urusan kita dengan kerajaan dan komuniti di seluruh dunia. Bahagia yang berikut bertujuan untuk membantu anda mengecam isu yang berkaitan sahaja, tetapi semua Ahli-Ahli Pasukan harus mendapatkan nasihat daripada Penolong Peguam Am, Pentadbiran dan Pematuhan atau Peguam Am apabila timbul persoalan.

Hak.Asasi.Manusia

Hilton mematuhi undang-undang pekerjaan dan buruh di semua negara dan kawasan tempat kami beroperasi. Kami menyokong hak asasi manusia asas untuk semua orang. Ini bermakna, antara lain, bahawa:

• Kami tidak akan megambil individu di bawah umur 15 tahun atau umur bekerja yang sah (mana- yang lebih tinggi) di mana-mana negara tempat kami beroperasi. Dan kami menjangkakan pembekal dan rakan kongsi perniagaan kami untuk beriltizam pada ambang yang sama;

• Kami mematuhi semua kehendak gaji dan pampasan seperti yang ditakrifkan di bawah undang-undang dan peraturan tempatan yang dikenakan, termasuk yang berkaitan dengan gaji minimum dan paling minimum, memberikan faedah yang diwartakan secara sah;

• Kami tidak akan melebihi masa bekerja maksimum yang ditakrifkan oleh undang-undang yang dikenakan dan akan membayar kerja lebih masa sewajarnya;

• Kami tidak akan menggunakan buruh paksa, termasuk, buruh penjara, terikat atau tebusan;

• Kami tidak akan membenarkan hukuman fizikal atau penderaan terhadap mana-mana Ahli Pasukan;

• Kami menghormati kebolehan Ahli-ahli Pasukan untuk mengamalkan hak persatuan bebas mereka yang sah; dan

• Kami menghormati hak Ahli-Ahli Pasukan kami yang sah untuk memilih (atau tidak memilih) perwakilan perundingan kolektif.

Sumber untuk melaporkan salah laku yang disyaki

• Penyelia anda, Pengurus besar atau mana-mana ahli pasukan kepimpinan anda;

• Mana-mana ahli Sumber Manusia termasuk Pengurus HR, Perunding HR atau NP, Hubungan Ahli Pasukan anda;

• NP Tanggungjawab Sosial Korporat;

• Penolong Peguam Am, Pentadbiran dan Pematuhan, atau Peguam Am; atau

• Talian Hotline Hilton (tersedia pada masa ini untuk Ahli-ahli Pasukan A.S.).

Larangan.Terhadap.. Pemerdagangan.Manusia

Hilton melarang semua bentuk pemerdagangan manusia dan eksploitasi perdagangan, termasuk eksploitasi seks lelaki, perempuan atau kanak-kanak. Kami beriltizam sepenuhnya, dalam setiap satu pasaran tempat kami beroperasi, untuk melindungi individu daripada semua bentuk penderaan dan eksploitasi. Kami mengharapkan Ahli-ahli Pasukan dan juga rakan kongsi perniagaan kami untuk membantu kami memenuhi iltizam ini. Pemerdagangan Seks dan pelancongan seks adalah masalah yang besar yang semakin berkembang di seluruh dunia, dan Hilton hendaklah tidak sekali-kali membenarkan mana-mana hartanah, produk atau perkhidmatan Hilton digunakan dalam apa jua cara yang menyokong atau membolehkan sebarang bentuk penderaan dan eksploitasi. Jika anda mempunyai alasan untuk percaya bahawa sebarang bentuk eksploitasi sedang berlaku di dalam hotel atau disokong oleh atau melibatkan Ahli Pasukan, tetamu atau rakan kongsi perniagaan, kami menggalakkan anda untuk memaklumkan penyelia terdekat anda dengan segera. Setiap penyelia yang menerima maklumat seperti itu daripada Ahli Pasukan beliau, bertanggungjawab untuk

menyampaikan maklumat seperti itu kepada Penolong Peguam Am, Pentadbiran dan Pematuhan atau Peguam Am.

Komuniti.Kami

Sebagai peneraju dunia dalam bidang hospitaliti, Hilton mengiktiraf tanggungjawab kami sebagai warga korporat di mana sahaja kami menjalankan perniagaan dan telah berterusan mempamerkan iltizam kami dalam bidang ini melalui sokongan aktif untuk pelbagai tujuan dan pertubuhan. Kami menggalakkan semua Ahli-ahli Pasukan kami untuk secara sukarela menyertai pembangunan ekonomi dan sosial komuniti tempatan mereka, tetapi kami juga menghormati hak setiap daripada mereka untuk menentukan cara melakukannya.

Iltizam.terhadap.Alam.Sekitar

Melindungi alam sekitar adalah keutamaan paling tinggi untuk Hilton. Aktiviti

tanggungjawab alam sekitar adalah baik untuk perniagaan dan juga komuniti. Hilton beriltizam untuk mematuhi semua undang-undang dan peraturan alam sekitar yang dikenakan di mana jua perniagaan kami dijalankan. Oleh itu, kami mengharapkan Ahli-ahli Pasukan untuk: (a) mengendali, menyimpan dan menghapuskan semua bahan dan bahan buangan berbahaya dengan betul; (b) mematuhi semua permit alam sekitar yang dikenakan kepada peralatan, operasi atau kemudahan Hilton; dan (c) melaporkan kepada Penolong Peguam Am, Pentadbiran dan Pematuhan atau Peguam Am sebarang pelanggaran undang-undang atau peraturan alam sekitar yang benar-benar berlaku atau disyaki sewajarnya akan berlaku.

(13)

WARGA GLOBAL

Sogokan.dan.Amalan.Rasuah.Lain

Akta Amalan Rasuah Luar Negara (“FCPA”) di Amerika Syarikat, Akta Rasuah di United Kingdom (“Akta Rasuah”) dan undang-undang serupa yang terdapat di banyak negara, betul-betul mengehadkan pembayaran kepada pegawai kerajaan. Secara khususnya, ia melanggar FCPA dan Akta Rasuah untuk Ahli Pasukan (atau ejen Ahli Pasukan atau Hilton) untuk menawarkan bayaran, janji, kebenaran atau menyebabkan pembayaran wang atau apa sahaja yang bernilai secara langsung atau tidak langsung kepada pegawai kerajaan atas tujuan mempengaruhi tindakan atau keputusan mereka dengan cara yang tidak wajar untuk memperoleh atau mengekalkan perniagaan atau memperoleh kelebihan perniagaan. Undang-undang ini mengandungi hukuman yang berat terhadap syarikat dan individu, termasuk kemungkinan denda jenayah dan penjara, untuk pelanggaran. Memandangkan betapa pentingnya FCPA dan Akta Rasuah, Hilton telah melaksanakan latihan berkenaan dengan pematuhan anti rasuah. Anda digalakkan untuk menyertai latihan tersebut jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai FCPA atau Akta Rasuah.

Siapakah.“Pegawai.Kerajaan”?

Di bawah FCPA dan Akta Rasuah, takrif “pegawai kerajaan” adalah luas dan merangkumi mana-mana orang yang bertindak dalam kapasiti pegawai untuk atau bagi pihak mana-mana agensi, jabatan kerajaan, atau perantaraan, ahli politik, pegawai parti politik dan calon untuk jawatan awam, badan kehakiman, dan pengarah atau pegawai perusahaan perdagangan milik negeri. Takrif ini juga mungkin merangkumi ahli keluarga atau rakan sekutu rapat pegawai kerajaan. Ia merangkumi mana-mana pekerja perusahaan milik negeri.

Dalam beberapa keadaan yang amat terhad, memberikan hadiah atau bayaran yang sederhana kepada pegawai kerajaan mungkin dibenarkan secara sah, asalkan bayaran tersebut hanya bertujuan untuk memudahkan atau mempercepatkan pelaksanaan tindakan kerajaan rutin yang bukan mengikut budi bicara, adalah sah di bawah undang-undang tempatan dan syarat tertentu yang lain dipenuhi. Bagaimanapun, pengecualian ini adalah amat kecil kepada FCPA dan tidak tersedia di bawah beberapa undang-undang seperti Akta Rasuah U.K.

Kegagalan untuk memahami undang-undang dalam negeri ini boleh mendatangkan akibat yang serius. Anda hendaklah menghubungi Penolong Peguam Am, Pentadbiran dan Pematuhan atau Peguam Am sebelum membuat apa-apa bayaran atau

menawarkan apa-apa yang bernilai kepada pegawai kerajaan. Sebarang bayaran seperti ini hendaklah direkodkan dengan tepat dan betul di dalam buku dan rekod Hilton.

Tidak kira apa jua keadaannya, anda hendaklah sentiasa mengelakkan keadaan yang boleh mewujudkan, walaupun hanya tanggapan sahaja, yang Hilton tidak mematuhi piawai kelakuan beretika tertinggi.

Situasi seperti itu mungkin termasuk:

• Hadiah atau bayaran kepada pegawai kerajaan;

• Bayaran tidak langsung (seperti melalui ejen atau perunding) kepada pegawai kerajaan;

• Hiburan untuk pegawai kerajaan;

• Melantik perunding yang mempunyai hubungan kekeluargaan atau kewangan dengan pegawai kerajaan untuk mengambil kesempatan atas hubungan tersebut;

• Memberikan penggunaan kemudahan percuma atau dengan potongan

harga(termasuk bilik percuma atau dengan potongan harga, atau apa sahaja jenis baucar hotel) kepada pegawai kerajaan;

• Bayaran pertimbangan yang lebih besar daripada biasa untuk perkhidmatan yang diberikan oleh pegawai kerajaan; dan

• Bayaran kepada pegawai kerajaan di luar skop urus niaga biasa.

Sogokan.Perdagangan

Memberi atau menerima “sogokan”, “rasuah” atau bayaran lain yang serupa dengan tujuan untuk mempengaruhi atau memberi ganjaran untuk keputusan atau tindakan oleh individu perseorangan (sogokan perdagangan) adalah dilarang dengan meluas termasuk di bawah undang-undang A.S. dan Akta Rasuah. Ahli Pasukan tidak akan menawarkan, menjanjikan, memberi, meminta atau menerima, secara terus atau tidak, sebarang rasuah atau sogokan apa-apa sahaja yang bernilai (termasuk wang tunai, diskaun, hiburan, hospitaliti, penginapan, hidangan atau barang lain yang bernilai) kepada sesiapa sahaja untuk tujuan mempengaruhi atau memberi ganjaran untuk tindakan yang menguntungkan, atau memujuk seseorang untuk melakukan tugas dengan cara yang salah. Melangkaui rasuah atau sogokan itu sendiri, aktiviti atau tingkah laku yang mungkin sama ada menyembunyikan atau menggalakkan rasuah atau sogokan atau sebarang pembayaran tidak sah atau salah, atau yang mungkin mewujudkan tanggapan salah laku, boleh benar-benar menjejaskan perniagaan dan nama baik Hilton. Tindakan seperti ini juga boleh mendedahkan Hilton dan Ahli-ahli Pasukan kepada risiko undang-undang dan kemungkinan dakwaan jenayah.

(14)

WARGA GLOBAL

Layanan.Percuma.dan.Hiburan.. Untuk.Pegawai.Kesatuan.Sekerja

Di Amerika Syarikat, undang-undang persekutuan melarang sebarang perniagaan (sama ada berada di A.S. atau tidak) daripada memberikan kesatuan buruh A.S., termasuk pegawai dan pekerjanya, wang atau perkara lain yang bernilai. Larangan ini dilanjutkan untuk sebarang hadiah atau bayaran yang dibuat kepada dana peribadi Ahli Pasukan. Contoh-contoh termasuk:

• Bilik percuma kepada mana-mana individu yang berkaitan atau bekerja dengan kesatuan;

• Bilik dengan harga diskaun kepada mana-mana individu yang berkaitan atau bekerja dengan kesatuan;

• Sijil hadiah;

• Hidangan perniagaan;

• Hiburan perniagaan (contohnya lawatan golf, acara sukan);

• Kemudahan bilik; atau

• Wang tunai.

Peraturan ini adalah rumit dan akibat daripada melanggar peraturan ini adalah serius. Oleh itu anda hendaklah menghubungi Naib Presiden Kanan Hubungan Tenaga Kerja sebelum membuat sebarang bayaran atau menawarkan apa-apa sahaja yang bernilai kepada kesatuan buruh A.S., pegawai atau pekerjanya.

Pemulauan

Undang-undang dan peraturan Amerika Syarikat melarang syarikat A.S. dan anggota gabungan bukan A.S-nya daripada, atau mengenakan cukai denda terhadap mereka kerana, menyertai atau bekerjasama dengan pemulauan luar negara yang tidak diluluskan oleh Kerajaan A.S. Undang-undang menghendaki kami melaporkan kepada Kerajaan A.S, akan sebarang permohonan berkaitan pemulauan yang kami terima Contohnya, permohonan seperti ini mungkin sesuatu yang nampaknya tidak merbahaya

seperti soalan sama ada kami berurus niaga dengan syarikat Israel. Ahli-ahli Pasukan hendaklah segera memaklumkan Penolong Peguam Am, Pentadbiran dan Pematuhan atau Peguam Am jika kita menerima sebarang permohonan atau pertanyaan jenis ini dan hendaklah tidak membalas permohonan seperti ini tanpa mendapat kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada Peguam Am.

Larangan.Perdagangan.dan.. Kawalan.Eksport

Banyak negara mengehadkan urus niaga dengan negara dan orang tertentu, dan juga eksport ke negara tertentu. Pengehadan ini mungkin sehala atau berdasarkan komitmen Bangsa-bangsa Bersatu atau wilayah lain, seperti sekatan Kesatuan Eropah. Contohnya, Amerika Syarikat telah menggubal jenis sekatan berikut:

• Larangan Perdagangan (sekatan) yang secara umum melarang syarikat A.S. dan pekerjanya daripada terlibat dalam sekatan kewangan, secara langsung atau tidak langsung, dengan negara tertentu. Senarai ini berubah dan sekatan A.S. berbeza-beza mengikut negara.

• Senarai program sekatan boleh didapati di:

http://www.treas.gov/resource-center/ sanctions/Pages/default.aspx.

• Larangan ke atas urus niaga dengan pihak yang dikenal pasti sebagai pengganas, pengedar narkotik dan pengembang senjata pemusnahan besar-besaran.

• Pengehadan ke atas eksport barangan tertentu, perisian dan teknologi yang sama ada berasal dari A.S. atau mengandungi komponen yang berasal dari A.S. Pelanggaran undang-undang ini boleh mengakibatkan hukuman yang besar, termasuk denda yang besar dan penjara. Kita hendaklah berhati-hati untuk tidak melakukan perkara yang mungkin boleh membentuk pelanggaran undang-undang dan peraturan larangan perdagangan dan kawalan eksport.

Anti.Pelaburan.Wang.Haram

Ahli-ahli Pasukan dilarang daripada terlibat atau membantu urus niaga di mana-mana di dunia yang melibatkan dana yang diperoleh daripada aktiviti tidak sah. Hilton hendaklah mematuhi semua undang-undang, syarat dan peraturan anti pelaburan wang haram yang dikenakan di A.S. dan semua negara lain di mana kami menjalankan perniagaan. Oleh itu, kita hendaklah meneliti semua pembayaran dan urus niaga dengan pelanggan, vendor, rakan kongsi perniagaan, ejen dan anggota gabungan. Kami tidak akan menerima sebarang dana atau membuat sebarang bayaran yang kelihatan seperti diperoleh daripada aktiviti yang tidak sah. Penglibatan dalam aktiviti pelaburan wang haram boleh merosakkan nama baik kita dengan teruk dan boleh mendedahkan Hilton dan Ahli-ahli Pasukan terhadap hukuman yang termasuk denda yang berat dan penjara.

(15)

WARGA GLOBAL

Penglibatan.Dalam.Politik Pilihan Raya Amerika Syarikat

Di bawah undang-undang A.S., syarikat tidak dibenarkan untuk membuat sumbangan politik secara langsung atau tidak langsung kepada mana-mana kempen pilihan raya Persekutuan A.S. Banyak undang-undang negeri dan tempatan di A.S mempunyai had yang serupa tentang sumbangan politik oleh syarikat, di samping peraturan yang ketan untuk melaporkan secara rasmi sumbangan seperti ini. Pelanggaran undang-undang ini mungkin mengakibatkan hukuman yang berat, denda yang besar dan penjara. Oleh itu, melainkan anda telah menerima kelulusan bertulis daripada Peguam Am, anda tidak boleh menyumbang atau menggunakan, secara langsung atau tidak langsung (lihat di bawah), oleh atau atas nama Hilton, mana-mana (a) dana Hilton; (b) masa dibayar Hilton; atau (c) kenderaan, harta, perkhidmatan Hilton atau aset Hilton yang lain, untuk menyokong mana-mana parti politik atau kempen mana-mana calon untuk jawatan A.S., negeri atau tempatan. Di samping itu, Hilton tidak akan membayar balik sebarang sumbangan seperti ini kepada anda.

Sumbangan tidak langsung termasuk sebarang perbelanjaan tidak langsung bagi pihak calon atau pegawai yang dipilih, seperti peruntukan telefon, komputer, mel suara, e-mel, rangkaian dalam talian, mesin fotostat, kenderaan Hilton atau peralatan lain milik Hilton. Ia juga merangkumi penggunaan mana-mana aset Hilton ini oleh Ahli Pasukan dalam menyokong calon atau pegawai yang dipilih.

Walaupun undang-undang persekutuan tidak membenarkan syarikat untuk membuat sumbangan kepada calon untuk jawatan persekutuan, Ahli-ahli Pasukan dibenarkan untuk membuat sumbangan peribadi kepada calon tersebut menggunakan dana peribadi mereka. Sumbangan ini mungkin tidak dibayar balik oleh Hilton. Di samping itu, eksekutif dan Ahli-ahli Pasukan pentadbiran tertentu (“Pekerja Kelas Terhad” Hilton seperti yang ditakrifkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Persekutuan) juga boleh menyokong calon persekutuan secara tidak langsung melalui penglibatan dalam Jawatan Kuasa Tindakan Politik Sedunia Hilton (“Hilton PAC”). Hilton PAC memberikan Pekerja Kelas Terhad

Cara yang sah dan bersesuaian untuk menyokong secara kolektif pemilihan calon Dewan dan Senat A.S. yang menggalakkan dasar yang akan memperluas peluang perniagaan Hilton. Pekerja Kelas Terhad yang berminat untuk menyertai Hilton PAC boleh membuat pertanyaan dengan menghubungi Naib Presiden Kanan, Hal Ehwal Kerajaan atau Peguam Am. Hilton PAC tidak dan tidak boleh meminta sumbangan daripada pekerja yang bukan Pekerja Kelas Terhad seperti yang ditakrifkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Persekutuan.

Pilihan Raya Bukan A.S.

Kedudukan Hilton tentang bayaran atau peruntukan apa sahaja yang bernilai kepada pegawai kerajaan atau calon politik di pasaran bukan A.S. dirangkumi dalam perbincangan FCPA dan Akta Rasuah, di atas.

Aktiviti.Politik.Individu

Kami menghormati hak setiap Ahli-ahli Pasukan kami untuk menyertai proses politik dan untuk terlibat dalam aktiviti politik pilihan beliau. Apabila berbuat demikian, anda hendaklah jelas pada setiap masa bahawa pandangan dan tindakan anda adalah milik anda dan bukan milik Hilton. Anda juga tidak boleh menggunakan sumber Hilton untuk menyokong pilihan parti politik, tujuan atau calon peribadi anda.

Hubungan.Kerajaan.dan.Pematuhan. Undang-undang.Melobi.Amerika.Syarikat.

Hilton dan Ahli-ahli Pasukan hendaklah mematuhi semua kehendak dan peraturan melobi atau perwakilan. Tiada aktiviti “melobi” boleh dijalankan tanpa pendaftaran yang betul seperti yang dikehendaki oleh undang-undang. Dan semua aktiviti seperti ini hendaklah dilaporkan sepenuhnya, secara tepat dan mematuhi kehendak undang-undang. Kegagalan untuk mendaftar Ahli-ahli Pasukan yang terlibat dalam aktiviti melobi dan untuk melaporkan aktiviti mereka menurut undang-undang yang dikenakan, mendedahkan individu tersebut dan Hilton kepada denda berat dan hukuman lain.

Mana-mana Ahli Pasukan yang tugasnya termasuk (a) berkomunikasi dengan kakitangan dan pegawai kerajaan pada sebarang peringkat dan dalam apa jua bidang kuasa berkenaan isu yang memberi kesan kepada Hilton atau (b) melantik pihak luar atau ejen untuk melobi bagi pihak Hilton hendaklah menghubungi Penolong Peguam Am, Pentadbiran dan Pematuhan atau Peguam Am bagi memastikan bahawa aktiviti seperti ini mematuhi sepenuhnya semua undang-undang yang dikenakan dan untuk memastikan lebih lanjut bahawa usaha melobi Hilton diselaraskan.

Ketepatan.Maklumat

Kita hendaklah sentiasa memberikan maklumat semasa, lengkap dan tepat kepada mana-mana dan semua agensi kerajaan. Perwakilan atau pensijilan yang palsu, tidak lengkap, tidak tepat atau mengelirukan boleh mengakibatkan risiko undang-undang yang serius untuk individu yang terlibat dan juga Hilton.

(16)

MENGEMUKAKAN KEBIMBANGAN

Kami beriltizam untuk membantu setiap daripada anda memenuhi jangkaan yang dihuraikan dalam Tatakelakuan ini. Jika anda mempunyai alasan untuk percaya bahawa sesiapa yang bertindak bagi pihak Hilton telah melanggar Tatakelakuan in, berkelakuan tanpa etika atau mendedahkan Hilton kepada risiko undang-undang atau nama baik, anda harus melaporkan kemungkinan pelanggaran seperti ini dengan segera melalui mana-mana saluran yang digariskan di bawah. Setiap penyelia yang menerima maklumat seperti ini daripada Ahli Pasukan beliau bertanggungjawab untuk menyampaikan maklumat seperti ini dengan segera kepada Penolong Peguam Am, Pentadbiran dan Pematuhan atau Peguam Am. Sumber untuk melaporkan pelanggaran yang disyaki:

• Penyelia anda, Pengurus Besar atau mana-mana ahli pasukan kepimpinan anda;

• Mana-mana ahli Sumber Manusia termasuk Pengurus HR anda, Perunding HR atau NP, Hubungan Ahli Pasukan;

• NP Tanggungjawab Sosial Korporat;

• Penolong Peguam Am, Pentadbiran dan Pematuhan atau Peguam Am; atau

• Talian Penting Etika Hilton seperti yang diterangkan di bawah.

Penolong.Peguam.Am,.Pentadbiran.. dan.Pematuhan.atau.Peguam.Am

Sebarang pertanyaan atau kebimbangan mengenai mana-mana topik dalam Tatakelakuan ini boleh dikemukakan kepada Penolong Peguam Am, Pentadbiran dan Pematuhan atau Peguam Am, sama ada secara lisan atau bertulis. Komunikasi bertulis harus dihantar kepada Assistant General Counsel, Governance and Compliance atau General Counsel, Hilton Worldwide, Inc., 7930 Jones Branch Drive, McLean, Virginia, 22102. Walaupun kami menggalakkan anda untuk memperkenalkan diri anda, kami faham bahawa ini mungkin tidak praktikal atau sesuai untuk anda melakukan begitu dalam sesetengah keadaan. Dalam kes tertentu ini, anda boleh berhubung tanpa menggunakan nama. Semua komunikasi seperti ini akan dirahsiakan sehingga ke tahap ia selaras dengan kehendak undang-undang dan etika.

Talian.Penting.Etika

Untuk menggalakkan Ahli-ahli Pasukan agar segera melaporkan pelanggaran Tatakelakuan

ini yang benar-benar atau disyaki berlaku, terutamanya kebimbangan berkenaan dengan perakaunan, kawalan perakaunan dalaman atau hal-hal audit atau kelakuan salah atau tidak sah yang lain, Hilton telah mendapatkan perkhidmatan pihak ketiga (“Talian Penting Etika”) bagi membantu Hilton mengumpulkan dan menyiasat laporan-laporan ini. Talian Penting Etika ini boleh diakses di Amerika Syarikat pada bila-bila masa dengan menghubungi 1 (877) 662-5825 atau dengan melayari www.hiltonhotline.com di Internet. Untuk Ahli-ahli Pasukan yang berada di luar Amerika Syarikat, dila hubungi wakil Sumber Manusia tempatan anda untuk mendapatkan bantuan.

Laluan.Ke.Data.Peribadi.

Jika anda membuat laporan mengenai seseorang melalui saluran di atas, atau jika seseorang membuat laporan mengenai anda melalui saluran di atas, anda mungkin diberikan laluan ke data peribadi anda selaras dengan undang-undang tempatan yang dikenakan dan jika data tersebut tidak tepat dan tidak lengkap, betulkan atau padamkan data ini. Untuk menuntut hak ini, anda hendaklah menghubungi Peguam Kanan, Privasi. Semua data yang dilaporkan melalui saluran di atas akan diproses, dipindahkan dan disimpan menurut undang-undang perlindungan data yang dikenakan.

Melindungi.Ketanpanamaan

Hilton akan mengambil langkah praktikal yang sewajarnya untuk melindungi identiti atau ketanpanamaan mana-mana Ahli Pasukan yang, dengan niat baik membuat laporan pelanggaran Tatakelakuan ini yang sebenar atau disyaki, atau kelakuan salah atau tidak sah yang lain. Bagaimanapun, kami akan mengambil tindakan yang bersesuaian untuk mendisiplinkan sesiapa yang secara sengaja membuat tuduhan palsu atau memberikan maklumat palsu berkenaan dengan dakwaan pelanggaran Tatakelakuan ini.

Bukan.Tindakan.Balas

Tiada Ahli Pasukan boleh bertindak balas, secara terus atau tidak, terhadap Ahli Pasukan lain yang dengan niat baik melaporkan pelanggaran Tatakelakuan ini yang benar-benar atau disyaki berlaku atau sebarang aktiviti salah atau tidak sah yang lain atau untuk membantu

siasatan laporan, tidak kira laporan tersebut mengenai siapa. Sesiapa yang bertindak balas akan dikenakan tindakan disiplin, sehingga dan termasuk pembuangan kerja.

Disiplin

Sebarang penyalahgunaan undang-undang yang dikenakan atau jangkaan yang

dinyatakan dalam Dasar ini atau kelakuan tidak elok atau tidak sah akan menyebabkan Ahli Pasukan dikenakan tindakan disiplin, sehingga dan termasuk penamatan dan kemungkinan tindakan undang-undang, bergantung kepada keadaan. Tindakan disiplin juga boleh dikenakan kepada mana-mana pengurus atau penyelia, yang mengarahkan, meluluskan atau membiarkan penyalahan, atau mengetahui akan kesalahan seperti itu dan tidak bertindak dengan segera untuk melaporkan dan

membetulkannya. Selanjutnya, tindakan disiplin boleh diambil terhadap orang atasan yang melakukan kesalahan tersebut, sehingga ke tahap yang mana keadaan kesalahan tersebut menggambarkan kekurangan penyeliaan atau ketekunan.

Pengecualian.

Dari semasa ke semasa, Hilton mungkin mengecualikan beberapa peruntukan Tatakelakuan ini. Mana-mana Ahli Pasukan yang percaya bahawa pengecualian mungkin perlu dilakukan, harus menghubungi Penolong Peguam Am, Pentadbiran dan Pematuhan atau Peguam Am, dan hendaklah tidak terlibat dalam mana-mana kelakuan yang tidak konsisten dengan Tatakelakuan ini tanpa menerima pengecualian seperti ini secara bertulis.

Pelengkapan.Pensijilan.Tahunan

Semua eksekutif Hilton, semua Pengurus Besar Hotel dan semua Ahli-ahli Pasukan “utama” seperti yang dinamakan oleh Penolong Peguam Am, Pentadbiran dan Pematuhan atau Peguam Am, akan mengesahkan setiap tahun bahawa mereka telah menerima dan membaca Tatakelakuan, bahawa mereka memahaminya dan bahawa mereka bersetuju untuk mematuhinya. Semua Ahli-ahli Pasukan diharap agar membaca, memahami dan mematuhi Tatakelakuan ini. Sebarang kegagalan mematuhi kehendak ini boleh mengakibatkan tindakan disiplin diambil sehingga membawa kepada penamatan kerja, mengikut kesesuaian.

Referensi

Dokumen terkait

Gambar di atas menjelaskan jenis-jenis usaha yang dilakukan oleh anak jalanan di Kota Pekanbaru dimana yang paling banyak adalah penjual koran, yaitu sebanyak 26,09

Hal yang sama juga dinyatakan oleh Swasti Dian Pratiwi (2013) dalam penelitiannya bahwa komponen gaya hidup yaitu aktivitas, minat, dan opini (AIO) mempengaruhi

5 Berlatar belakang dari uraian di atas, tergugah keinginan penulis memilih gamelan gender wayang sebagai objek penelitian, karena gender wayang merupakan salah satu

tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk

Soesilo dalam bukunya yang berjudul Kitab Undang-Undang Hukum Pidana (KUHP) Serta Komentar-Komentarnya Lengkap Pasal Demi Pasal, menjelaskan bahwa yang dinamakan

efektivitasnya sama sehingga jika dilakukan analisis menggunakan tabel alternatif pada tabel 6 hasilnya adalah efektivitas biaya terapi kombinasi Haloperidol lebih baik

Tindakan ini diberikan dalam bentuk penotokan langsung pada titik/area yang terkait dengan masalahnya, contoh: untuk serangan jantung (titik jantung), serangan stroke (2

Terkait dengan Satuan Kerja Perangkat Daerah ( SKPD ) dalam rangka penyelenggaraan Pemerintahan Daerah, bahwa sesuai dengan pasal 151 ayat (1) dinyatakan bahwa