PP 19570/07/2020 (035196)
PERCUMA
EDISI 30 DISEMBER 2021 - 5 JANUARI 2022www.selangorkini.my
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyerahkan Bantuan Selangor Bangkit (BSB) berjumlah RM1,000 kepada seorang daripada 29 mangsa banjir di Batu Caves, Gombak pada 30 Disember 2021.
Foto HAFIZ OTHMAN
Bantuan segera Bantuan segera mangsa banjir
mangsa banjir muka 3
S ELAMAT T AHUN B AHARU 2022
zakatselangor zakatTV@youtube
3. Buat bayaran zakat
UTAMA
selangorkini 30 Disember 2021 - 5 Januari 2022
2
Oleh MUSTAKIM RAMLI
SHAH ALAM - Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengajak seluruh penduduk untuk membina semula negeri ini termasuk menangani dampak tragedi banjir dengan segera.
Mengambil iktibar bencana terse- but, beliau melihat harapan itu besar selepas mendapati penduduk segenap lapisan merentasi kepercayaan bangkit serentak pada saat memerlukan.
Beliau juga yakin semua pihak mam- pu membina negeri yang lebih tangkas dalam menyesuaikan diri dengan lebih
baik untuk mendepani cabaran iklim semasa pada masa depan.
“Kita harus mempercepat usaha ini kerana tidak dapat diramalkan akibat- nya,” katanya dalam perutusan Hari Krismas pada 25 Disember.
Amirudin turut menjelaskan keutamaan Kerajaan Negeri pada masa ini adalah membawa orang ra- mai pulang ke rumah secepat mun- gkin manakala keperluan asas terus disalur.
“Keperluan asas selain makanan akan terus disalur selain beberapa langkah yang saya umumkan awal minggu ini,” katanya merujuk bantuan
RM100 juta menerusi Bantuan Sela- ngor Bangkit untuk berdepan isu pas- cabanjir.
Di sebalik kes kematian, perpinda- han penduduk dan kerosakan harta benda, beliau yakin masyarakat mam- pu pulih dari kesan bencana tersebut sekalipun terpaksa berdepan penderi- taan, gangguan emosi dan fizikal.
“Kami akui kehilangan dan keperi- tan ini, bukan untuk mengenang masa lalu dan bukan untuk bergelumang dalam kesedihan. Kami ingin men- gukuhkan keazaman dan harapan se- bagai pendorong untuk membina Se- langor yang lebih teguh,” katanya.
Ambil iktibar tragedi banjir
Bersama bangun semula negeri
SHAH ALAM - Kerajaan Negeri menyelaras kemasukan bantuan daripada luar supaya lebih tersusun, kata Dato’ Menteri Besar.
Menurut Dato’ Seri Amirudin Shari, EXCO Pembangunan Generasi Muda, Mohd Khairuddin Othman bersama pega- wai pejabat daerah ditugaskan menyelaras kemasukan bantuan.
“Pihak yang masuk diharap memaklum- kan kehadiran supaya memudahkan koor- dinasi bantuan bagi mengelak kesesakan dan ketidakselesaan. Bukan ingin meng- halang, tapi mengelak pembaziran tenaga dan kerja,” katanya pada 24 Disember.
Sementara itu, Amirudin mengucap- kan terima kasih kepada semua pihak dan seluruh rakyat Malaysia yang tidak putus memberi bantuan dan sokongan.
Selaras bantuan luar, elak sesak
SHAH ALAM - Sejumlah RM2.23 juta dikumpul menerusi Tabung Ikhtiar Se- langor Bangkit bagi membantu memu- lihkan kawasan terjejas akibat banjir se- takat 27 Disember.
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amiru- din Shari berkata sumbangan disalur individu, syarikat serta kerajaan negeri Kedah dan Kelantan.
“Selangor mengucapkan terima kasih kepada semua penyumbang yang bermurah hati menghulurkan sumbangan tersebut.
“Sumbangan ini kita akan kemba- likan kepada setiap keluarga dan indi- vidu memerlukan dalam negeri ini khu- susnya yang terjejas banjir. Insya-Allah setiap sen akan digunakan sebaiknya kepada mangsa,” katanya.
Terdahulu, beliau melancarkan Tabung Ikhtiar Selangor Bangkit di Ba- ngunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini pada 27 Disember.
Menurut Amirudin, sumbangan masih dialu-alukan dan dibuka se- hingga urusan pembersihan banjir di
negeri ini selesai.
Individu atau syarikat yang mahu menyumbang boleh melakukan pemba- yaran dalam talian menerusi akaun Bank CIMB 8604-747-531 (Bendahari Negeri Selangor, Ref : Tabung Ikhtiar).
Kerajaan Negeri melancarkan tabung itu untuk pemulihan kawasan terjejas akibat banjir pada 18 Disember lalu.
Sebagai permulaan, Dato’ Menteri Besar menyumbang sebulan gaji bagi membantu mereka yang terkesan de- ngan insiden terbabit.
Tabung khas kumpul RM2.23 juta
SHAH ALAM - Mangsa banjir yang me- merlukan bantuan sukarelawan untuk membersihkan rumah boleh membuat permohonan menerusi laman sesawang www.teguhbersama.com.
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata platform itu juga memboleh- kan orang ramai menyumbang derma.
“Mangsa boleh memohon bantuan menguruskan rumah atau mengutip sisa sampah kesan banjir, hasil inisiatif Ahli Dewan Negeri Subang Jaya Michelle Ng Mei Sze.
“Terima kasih kepada semua termasuk syarikat swasta dan kumpulan sukarela- wan yang datang dari seluruh negara un- tuk membantu Selangor,” katanya pada 27 Disember.
Hujan lebat luar biasa antara 17 hing- ga 19 Disember lalu, lebih dua kali ganda taburan tertinggi sebelum ini iaitu kira-ki- ra 180 milimeter, mengakibatkan banyak lokasi di Selangor ditenggelami air.
Khidmat bersih rumah dalam talian
SHAH ALAM - Kerajaan Negeri memban- tu memulihkan semula kerosakan masjid yang terjejas dalam insiden banjir dua minggu lalu.
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amiru- din Shari memaklumkan perkara itu ke- tika menunaikan solat Subuh berjemaah di Masjid Batu 14, Hulu Langat pada 29 Disember.
“Saya turut melihat kerosakan dialami akibat bencana banjir. Pihak pengurusan masjid memaklumkan mereka sedang mengumpul dana bagi penggantian kar- pet, Insya-Allah kita akan bantu.
“Saya turut difahamkan beberapa mas- jid di kawasan-kawasan banjir turut men- galami kerosakan, Kerajaan Negeri akan berusaha untuk bantu,” katanya.
Baiki masjid rosak terjejas bah
SHAH ALAM - Kerajaan Selangor tetap berwaspada berdepan gelombang kedua banjir walaupun tidak tergolong dalam negeri berisiko, kata Dato’ Menteri Besar.
Dato’ Seri Amirudin Shari berkata ge- lombang itu dijangka melanda negeri di
Pantai Timur dan Sabah serta Sarawak berdasarkan taklimat Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dengan wakil Kerajaan Negeri baru-baru ini.
Menurutnya, ramalan pakar meteorolo- gi juga menjurus kepada lokasi terbabit.
“Walaupun ia agak melegakan tetapi
kita harus tetap berwaspada sekiranya terkena tempias dan bersedia berdepan sebarang kemungkinan,” katanya pada 28 Disember.
Gelombang kedua banjir dijangka melanda beberapa negeri susulan ra- malan hujan lebat berterusan.
Waspada hadapi gelombang kedua
GOMBAK - Sejumlah RM46 juta diper- lukan untuk pemulihan kekal di lokasi tanah runtuh bagi seluruh kawasan Selayang dan Ampang Jaya, kata Dato’
Menteri Besar.
Dato’ Seri Amirudin Shari berkata 11 kawasan tanah runtuh kritikal di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Se- layang (MPS) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dikenal pasti me- merlukan baik pulih segera.
“Antara kerosakan di Apartment Te- ratai dan Kerajaan Negeri akan berbe- lanja kira-kira RM1.6 juta untuk betul-
kan tebing runtuh yang mengambil masa sekurang-kurangnya dua bulan.
“Secara asasnya kejadian yang berlaku di tanah kerajaan kita tiada masalah dan mungkin ada dua kes melibatkan tanah individu yang akan diselesaikan.
"Kita juga akan bincang dengan Ke- rajaan Pusat berkaitan jumlah bantuan yang boleh dibantu, namun Kerajaan Negeri laksana dahulu kawasan kriti- kal,”katanya selepas meninjau Apart- ment Teratai di sini pada 30 Disember.
Dalam pada itu, Amirudin berkata,
seramai 38 keluarga di perumahan itu menerima RM1,000 menerusi inisiatif Selangor Bangkit dan membantu men- gusahakan bantuan zakat.
“Walaupun penduduk tidak terkesan akibat banjir kita tetap masukkan me- reka dalam senarai penerima bantuan kerana harus berpindah lama ke pusat pemindahan sementara (PPS) yang disediakan.
“Selain PPS, mereka juga boleh ber- pindah ke rumah keluarga lain atau lo- kasi yang dirasakan bersesuaian sekira- nya tidak berasa selesa,” katanya.
RM46 juta baik pulih tanah runtuh
selangorkini 30 Disember 2021 - 5 Januari 2022
3 UTAMA
SHAH ALAM - Bantuan tunai RM1,000 oleh Kerajaan Selangor memberi se- mangat kepada mangsa banjir untuk membina semula kehidupan yang terjejas akibat bencana itu.
Penduduk Kampung Kubu Gajah di Sungai Buloh, Nuri Zati Adnan, 32, berkata Bantuan Se- langor Bangkit meringan- kan beban mereka membeli semula barang rosak.
“Mungkin tidak boleh bantu beli
semua tetapi dapat kurangkan beban. Ketika banjir, Kerajaan Negeri tolong beri makanan,
sekarang kami dapat pula RM1,000 dan dapur me-
masak,” katanya.
Dia ditemui selepas menerima bantuan yang disampaikan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari di Dewan MBSA Paya Jaras Tengah di sini pada 28 Disember.
Bantuan itu diagih sehari awal untuk membantu mangsa banjir membeli ba-
rang keperluan dengan segera.
Warga emas Mohd Zahar Bahaman, 67, pula men-
ganggap bantuan kewa- ngan itu amat bermakna buat dirinya yang tinggal sebatang kara dan menghi- dap penyakit kencing manis.
“Banjir menyebabkan barang di rumah rosak dan terpaksa ganti. Bila dapat bantuan ini dapatlah beli. Teri- ma kasih kepada Kerajaan Negeri yang prihatin dengan nasib mangsa banjir,”
katanya.
Bina kehidupan pascabanjir
Oleh AMIN RIDZUAN ISHAK
SHAH ALAM - Kerajaan Selangor mula mengagihkan bantuan RM1,000 me- nerusi Bantuan Selangor Bangkit (BSB) kepada mangsa banjir di negeri ini se- jak 28 Disember.
Dato’ Menteri Besar berkata inisiatif itu disalur sehari lebih awal bagi mem- bolehkan penduduk terjejas membeli barang keperluan dengan segera.
Dato’ Seri Amirudin Shari turut men- garahkan bantuan RM10,000 kepada waris mangsa terkorban dalam banjir negeri ini pada 18 Disember diagih mu- lai 29 Disember.
Beliau menganggar bantuan itu memberi manfaat kepada 30,000 orang dengan jumlahnya dimuktamad de-
ngan memadankan data kerajaan pu- sat dan agensi seperti Lembaga Zakat Selangor.
“Kalau ikut jumlah mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) diang- garkan seramai 9,000 keluarga layak.
Data Zakat Selangor pula 30,000, kita akan padankan semua data untuk pas- tikan semua yang layak menerima ban- tuan,” katanya.
Terdahulu, beliau menyerahkan ban- tuan RM1,000 kepada mangsa banjir di Dewan MBSA Paya Jaras Tengah di sini.
Seramai 67 orang menjadi kumpu- lan pertama penerima BSB. Seramai 55 penerima sebelum ini ditempatkan di PPS Dewan MBSA Paya Jaras manakala 12 lagi di PPS Sekolah Kebangsaan Mer- bau Sempak.
Turut diagih Bantuan Wang Ihsan
(BWI) sebanyak RM1,000 sumbangan kerajaan pusat.
Pada 21 Disember, Kerajaan Negeri mengumumkan dana RM100 juta bagi program Selangor Bangkit susulan ban- jir di beberapa daerah minggu lalu.
Selain pemulihan infrastruktur, peruntukan itu meliputi bantuan RM10,000 kepada keluarga mangsa banjir yang terkorban.
Sumbangan RM1,000 turut diagih- kan kepada ketua isi rumah bagi mem- baik pulih semula kediaman dan bara- ngan yang rosak.
Individu yang layak menerima ban- tuan melibatkan tiga kategori iaitu mangsa yang berpindah ke PPS ber- warta, swasta serta individu yang kekal di rumah.
INFOGRAFIK MUKA 4
Disalur sejak 28 Disember
30,000 isi rumah dapat sumbangan
DOA... Jemaah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam menunaikan solat hajat dan munajat pada 24 Disember bagi mengelak musibah banjir. Foto REMY ARIFIN
SHAH ALAM - Dapur dan tong gas antara alatan disumbang Kerajaan Selangor kepa- da mangsa banjir di seluruh negeri, umum Dato’ Menteri Besar.
Dato’ Seri Amirudin Shari berkata ban- tuan melalui inisiatif Selangor Bangkit itu adalah keperluan asas untuk mangsa me- neruskan kehidupan.
“Pemberian disekalikan dengan bantuan RM1,000 di samping beberapa sumbangan lain. Semalam, Malaysian Resources Corpo- ration Bhd menyumbang 1,000 dapur gas.
“Kita menerima apa sahaja sumba- ngan daripada pihak lain,” katanya pada 27 Disember.
Pada 21 Disember, Kerajaan Negeri mengumumkan dana RM100 juta bagi per- mulaan program Selangor Bangkit susulan insiden banjir.
Menerusinya, sumbangan RM1,000 akan disalurkan kepada 30,000 mangsa banjir, bantuan RM10,000 kepada keluarga mang- sa banjir yang terkorban selain turut digu- nakan untuk pemulihan prasarana.
Agih dapur masak, tong gas
SHAH ALAM - Permohonan bantuan RM1,000 dipermudah bagi menyegerakan mangsa banjir menerima sumbangan se- terusnya meringankan beban penduduk untuk membaik pulih rumah dan bara- ngan rosak.
Mereka yang layak terdiri dari tiga kat- egori iaitu mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS), telah keluar dari PPS dan kekal di rumah.
Berikut cara memohon bantuan mengi- kut kategori: -
Mangsa di PPS
■ Tidak perlu isi borang
■ Nama disahkan data Jabatan Kebajikan Masyarakat
■ Hadir ke pusat sehenti di PPS untuk pengesahan dan penerimaan
Mangsa keluar PPS atau kekal di rumah
■ Daftar di pusat sehenti ditetapkan pejabat daerah dan tanah
■ Daftar rumah ke rumah mulai 3 Januari
■ Pendaftaran dibantu sukarelawan
■ Kemuka MyKad atau lesen memandu atau pasport
■ Penggantian dokumen rosak di pusat sehenti
■ Pengesahan ketua kampung atau penghulu atau ahli majlis atau ketua persatuan penduduk
■ Tidak perlu gambar dan laporan polis
■ Daftar dalam talian (selepas proses selesai untuk elak pertindihan data)
Penyaluran Bantuan Selangor Bangkit itu dijalankan sejak 28 Disember kepada mangsa di PPS manakala kategori lain di- agih secara berperingkat.
Cara mohon
bantuan banjir
UTAMA
selangorkini 30 Disember 2021 - 5 Januari 2022
4
30 DISember 2021 - 5 Januari 2022
25 Jamadilawal - 2 JAMADILAKHIR 1443W AKTU SOLA T
30 Khamis 5:56 6:06 7:16 1:19 4:41 7:16 8:30 31 Jumaat 5:56 6:06 7:16 1:19 4:42 7:16 8:31 1 Sabtu 5:56 6:06 7:18 1:19 4:42 7:17 8:31 2 Ahad 5:57 6:07 7:19 1:20 4:42 7:17 8:32 3 Isnin 5:57 6:07 7:19 1:20 4:43 7:18 8:32 4 Selasa 5:58 6:08 7:20 1:21 4:43 7:18 8:33 5 Rabu 5:58 6:08 7:20 1:21 4:44 7:18 8:33
5:56 6:06 7:16 1:19 4:42 7:17 8:31 5:56 6:06 7:17 1:20 4:43 7:17 8:32 5:56 6:06 7:17 1:20 4:43 7:17 8:32 5:57 6:07 7:18 1:20 4:43 7:18 8:33 5:57 6:07 7:18 1:21 4:44 7:18 8:33 5:58 6:08 7:19 1:21 4:44 7:19 8:33 5:58 6:08 7:19 1:22 4:45 7:19 8:34
5:58 6:08 7:18 1:21 4:43 7:17 8:32 5:58 6:08 7:18 1:21 4:44 7:17 8:32 5:59 6:09 7:19 1:22 4:44 7:18 8:32 5:59 6:09 7:19 1:22 4:45 7:18 8:33 6:00 6:10 7:20 1:23 4:45 7:19 8:33 6:00 6:10 7:20 1:23 4:46 7:19 8:34 6:01 6:11 7:21 1:24 4:46 7:20 8:34
selangorkini 30 Disember 2021 - 5 Januari 2022
5 UTAMA
Oleh MUSTAKIM RAMLI
KLANG - Penduduk terjejas banjir mahu menggunakan bantuan RM1,000 Kerajaan Negeri untuk menggantikan barangan yang rosak.
Chua Thai Thiam, 51, berkata bara- ngan pertama akan dibelinya sele- pas menerima bantuan adalah mesin basuh kerana terlalu banyak pakaian perlu dicuci.
“Setakat sekarang basuh guna ta- ngan. Mahu hantar ke dobi duit habis kerana saya sudah tidak lagi bekerja
kerana sakit angin ahmar,” katanya ke- tika ditemui di Taman Sentosa, Klang pada 25 Disember.
Sementara itu, mangsa banjir ber- harap Kerajaan Negeri dapat memberi bantuan kelengkapan sekolah selain wang tunai RM1,000.
Hasnida Mat Drus, 45, berkata persia- pan persekolahan enam anaknya sudah dibeli tetapi musnah dilanda bah.
“Sedih tengok barang sekolah anak- anak semua penuh lumpur,” katanya ketika ditemui di pusat pemindahan sementara Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan pada 26 Disember.
Ringan beban mangsa banjir
Manfaat bantuan ganti barang rosak
SUBANG JAYA - Reaksi segera Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari membantu menyelesaikan masalah timbunan sampah banjir di Kampung Tengah dekat sini.
Isu terbabit dibangkitkan di Facebook seorang penduduk yang juga pasangan kembar yang pernah mencuri perhatian rakyat Malaysia pada 2001 iaitu Muhammad Rosli, 23.
“Saya dihubungi pegawai Dato’ Menteri Besar yang meminta maklumat lanjut, hari ini kerja pembersihan dilakukan. Gembira lihat persekitaran kampung bersih.
“Bimbang juga ada penyakit sekiranya sampah dibiarkan begitu sahaja,” katanya pada 28 Disember.
Muhammad dan abangnya, Ahmad adalah pasangan kembar yang dilahirkan bercantum di bahagian dada sehingga pangkal paha se- belum dipisahkan pada September 2002.
Mengimbau insiden banjir dua minggu lalu, Muhammad berkata rumahnya dinaiki air kira-kira jam 9 malam menyebabkan me- reka sekeluarga terpaksa berteduh di loteng bengkel keluarganya.
“Ayah (Rosli Abdul Rahim) dukung saya dan abang ke atas, memang menakutkan kerana melalui arus deras selain angin kuat.
Kira-kira jam 4 pagi kami dibawa keluar menggunakan bot orang kampung,” katanya.
Tindakan pantas bersih sisa dipuji
Muhammad (kiri) dan Ahmad ketika ditemu bual di rumahnya di Kampung Tengah Puchong, Subang Jaya pada 28 Disember. Foto HAFIZ OTHMAN
HULU LANGAT - Waris mangsa banjir yang terkorban mahu menggunakan bantuan RM10,000 yang diterima da- ripada Kerajaan Selangor untuk melak- sanakan badal haji bagi pihak abangnya.
Menjelaskan Allahyarham Hashim, 44, antara mangsa yang lemas kira-kira jam 2 pagi pada 19 Disember, Saadiah Samsudin, 42, berkata abangnya ting- gal bersama ahli keluarganya.
"Abang belum berkahwin dan ting- gal bersama anak saya. Anak amat ter- kesan dan fobia kerana melihat sendiri pemergian bapa saudaranya.
"Saya bercadang untuk menggu-
nakan bantuan ini untuk kegunaan ar- wah iaitu badal haji, fidyah dan pusara- nya. Terima kasih kepada semua pihak kerana memberi bantuan," katanya pada 29 Disember.
Suri rumah Norsila Zulkamal, 50, pula menggunakan wang bantuan diterimanya untuk membeli kelengka- pan membaiki rumah seperti atap dan siling.
"Rumah pusaka saya dan adik Nor- hamizah musnah sepenuhnya dan bantuan diterima sememangnya me- ringankan beban kami sekeluarga,"ka- tanya.
Tunai badal haji buat
arwah abang
UTAMA
selangorkini 30 Disember 2021 - 5 Januari 2022
6
SHAH ALAM - Wakil rakyat kawasan tidak terjejas banjir tidak ketinggalan mengam- bil inisiatif turun padang membantu pen- duduk yang terkesan.
Ahli Dewan Negeri (ADN) Bandar Utama
Turun padang, edar keperluan asas
mewujudkan pusat pengum- pulan barangan keperluan bagi menguruskan ban- tuan mangsa banjir hasil sumbangan penduduk kawasannya.
“Barangan-barangan yang telah kami sum- bangkan termasuklah tilam, kotak makanan kering, lampin bayi, roti, dan biskut,” kata Jamaliah Jamaluddin pada 27 Disember.
Beliau berkata selain mengedar ba- rangan keperluan, beliau bersama 15 sukarelawan turut terbabit dalam kerja pembersihan di beberapa kawasan se- jak 20 Disember lalu.
ADN Rawang pula bersama 300 sukarelawan terdiri daripada pusat
khidmatnya, pelajar institusi pengajian tinggi serta Ang- katan Muda KEADILAN
terlibat dengan kerja pembersihan.
“Kami bergotong-ro- yong membersihkan 50 rumah yang terjejas di sekitar Klang terutamanya di Kampung Sungai Pinang.
“Usaha ini walaupun tidak sebera- pa namun diharap dapat meringankan beban yang ditanggung mangsa banjir.
Kita berharap lebih ramai pihak tampil membantu mangsa,” kata Chua Wei Kiat.
Pada 23 Disember, beliau bersama 80 sukarelawan membersihkan 20 rumah di kawasan Kampung Orang Asli Pulau Indah, Klang.
SHAH ALAM - Mangsa banjir ber- syukur ramai individu sanggup datang membersihkan kediaman selepas teruk dilanda banjir sejak 18 Disember.
Maznah Mahamud, 37, berkata dia dan suami tidak mampu membersihkan rumah dalam tempoh yang singkat tanpa per- tolongan pelbagai pihak.
“Anak saya empat orang tetapi semua masih kecil, yang sulung 16 tahun dan bongsu tiga tahun. Apabila adanya bantuan daripada pihak luar lega sangat.
“Terima kasih sukarelawan Pekawanis (Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor), Team Selangor dan yang lain- lain sudi datang rumah kami hari ini,” ka- tanya pada 26 Disember.
Mengulas bantuan RM1,000 daripada
Kerajaan Selangor, Maznah berterima kasih dan berhasrat mahu membeli peti ais menggunakan wang tersebut.
Manakala, Siti Saidah M Sarvani, 43, turut menghargai dengan bantuan RM1,000 itu yang disifatkan dapat memban-
tu menampung perbelan- jaan pasca banjir.
“Terima kasih juga kepada pasukan yang datang bantu bersihkan rumah kami hari ini. Banyak bantuan tidak putus-putus kami terima selepas ditimpa musibah ini,”
katanya.
Terdahulu Pekawanis, Team Sela- ngor dan Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) Shah Alam turun padang membersihkan enam buah rumah di Kampung Lombong di sini.
Syukur ramai prihatin
OLEH AFEEQA AFEERA
SHAH ALAM - EXCO Pelabu- ran Dato’ Teng Chang Khim membatalkan misi pelaburan ke Dubai dan Turki pada 25 Disember bagi menjayakan misi bantuan banjir.
Beliau memaklumkan penang- guhan lawatan kerja sehingga 3 Ja- nuari dipersetujui Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.
“Memandangkan cua- ca tidak menentu dan
kerja bantuan banjir masih diperlukan,
Dato’ Menteri Besar bersetuju dengan permintaan saya untuk membatalkan misi pelaburan saya,”
katanya.
Chang Khim yang juga wakil rakyat Bandar Baru Klang turut berte- rima kasih kepada orang ramai dan
persatuan yang menyumbang wang tunai, makanan dan keperluan asas membantu mangsa bah.
Beliau juga mengalu-alukan orang ramai yang memerlukan alat pem- bersihan seperti berus dan baldi untuk mendapatkannya di Sekolah Rendah Agama Integrasi Tengku Ampuan Fati- mah, Batu Klang.
Hujan lebat luar biasa antara 17 hingga 19 Disember telah mengakibat banyak lokasi di negeri ini ditenggela- mi air.
Tangguh lawatan,
tumpu misi bantuan
Batal ke Dubai, Turki
SEPANG - Kerja membaik pulih jambatan menghubungkan Dengkil ke Banting di sini yang runtuh akibat banjir dijangka siap sekitar pertengahan Januari.
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari yakin kerja tersebut dapat disele- saikan segera meskipun ada hakisan teruk dalam bah sejak 17 Disember.
“Kita jangka paling maksimum (pem- baikan) siap pada 20 Januari 2022 kemudi- an dibuka kepada umum kira-kira dua atau tiga hari selepas disahkan selamat.
“Beberapa urusan pencegahan banjir, kerja tambak dan pemasangan ‘shift pi- ling’ akan dibuat segera,” katanya pada 28 Disember.
Kerja baik pulih yang menelan kos se- hingga RM800,000 dijalankan Jabatan Ker- ja Raya dengan kerjasama Jabatan Peng- airan dan Saliran Selangor (JPS).
Amirudin menambah proses pem- baikan itu mungkin melewatkan proses pembinaan tebatan banjir Sungai Langat yang bermula Julai dan dijadual siap pada 2023.
“Ini sebahagian usaha berterusan Kera- jaan Negeri melalui JPS untuk menangani masalah banjir di Sepang dan kawasan sekitar,” katanya lagi.
Baik pulih jambatan
Dengkil siap Januari
selangorkini 30 Disember 2021 - 5 Januari 2022
7 UTAMA
Pekerja KDEB Waste Management membantu penduduk membersihkan kawasan terjejas akibat banjir di Pekan Batu 14, Hulu Langat pada 23 Disember. Foto FIKRI YUSOF
SHAH ALAM - Sebanyak 11 stesen pe- mindahan sementara sampah pukal dibuka 26 Disember bagi mempercepat kerja pem- bersihan pascabanjir, kata EXCO kerajaan tempatan.
Ng Sze Han berkata semua stesen me- rangkumi empat pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Perbandaran Kajang, Majlis Perbandaran Sepang dan Majlis Bandaraya Subang Jaya.
“Semua stesen ini sedang digunakan secara optimum dengan lebih 50 mesin jentolak dan jengkaut beroperasi di stesen tersebut.
“Kerajaan Negeri mengucapkan terima kasih kepada badan bukan kerajaan (NGO) serta kontraktor persendirian yang turut membantu dalam melaksanakan operasi pembersihan sampah pascabanjir di Sela- ngor,” katanya menerusi kenyataan.
Bagaimanapun Sze Han berkata, pihak- nya dimaklumkan terdapat sampah dibuang di kawasan awam termasuk di tepi jalan raya atau lokasi tidak dizonkan sebagai stesen itu.
“Perkara ini menyukarkan kerja kerana KDEB Waste Management atau PBT terpak- sa membersihkan kawasan tersebut dan se- terusnya melewatkan operasi pembersihan sampah pascabanjir,” katanya.
Buka 11 stesen pemindahan sisa
Oleh NORRASYIDAH ARSHAD
SHAH ALAM - KDEB Waste Ma- nagement (KDEBWM) mengutip se- banyak 13,699.55 tan sampah susu- lan banjir teruk di beberapa daerah negeri ini setakat 27 Disember.
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pelaksanaan kerja anak syarikat Kerajaan Negeri melibatkan dampak kewangan ber- jumlah RM6.031 juta.
“Kita anggarkan pembersihan ini berterusan dan sampah bertambah banyak selain melaksanakan proses penutupan jalan untuk melancarkan kutipan sampah,” katanya pada 27 Disember.
KDEBWM membersihkan ka- wasan terjejas banjir di beberapa daerah sejak 19 Disember lalu se- cara berperingkat yang dijangka selesai sekitar Januari.
Bermula 27 Disember, opera- si pembersihan dilanjut sehingga
malam untuk mempercepatkan kutipan sampah pukal pascabanjir terutama di kawasan kritikal.
Sementara itu, Pengarah Urusan KDEBWM Ramli Mohd Tahir berkata lanjutan operasi itu dimulakan sele- pas lebih banyak kawasan mula me- nerima bekalan elektrik yang mem- bolehkan kerja kutipan dilanjutkan.
Menurutnya, sebelum ini ker- ja pada waktu malam tidak dapat dilakukan kerana keadaan gelap menyebabkan beberapa laluan ti- dak boleh dilalui.
“Ini strategi baharu kita lak- sanakan selepas menilai semula kerja dilakukan bagi memberi ke- selesaan dan kemudahan kepada mangsa banjir,” katanya pada 27 Disember.
Ramli menambah pihaknya ber- depan cabaran besar membersihkan sampah pukal daripada rumah, ke- dai dan kilang termasuk kekangan tenaga kerja yang memerlukan re- hat mencukupi.
Kerja pembersihan hingga malam
Kutip 13,000
tan sampah
UTAMA
selangorkini 30 Disember 2021 - 5 Januari 2022
8
SIDANG PENGARANG
Penasihat
Lembaga Penasihat Editorial Pengarang kumpulan:
Fathi Aris Omar
KETUA JABATAN Edisi Mandarin:
Seh Pei Sun
[email protected] Selangor Journal:
Ida Nadirah Ibrahim [email protected] Tamil Indru:
Pakiyanathan Anamaly
[email protected] SelangorTV:
Marniza Othman
[email protected] Ameen Azizul
[email protected] Pemasaran dan Pengiklanan:
Suziana Zulkifli
[email protected] Pengedaran:
Adzhar Maludin
Ketua pengarang:
Fazallah Pit
[email protected] Penolong pengarang akhbar:
Naeem Raffi
Faridzwan Abdul Ghafar Penolong pengarang portal:
Afeeqa Afeera Abdul Rasol Ketua wartawan:
Afix Redzuan Jurufoto kanan:
Hafiz Othman Artis grafik kanan:
Azwa Malek
Editorial: [email protected] Iklan: [email protected]
Pemasaran: [email protected]
Media Selangor Sdn Bhd, Aras 11 Menara Bank Rakyat, No 1 Jalan Indah 14/8, Seksyen 14,
40000 Shah Alam, Selangor Tel: 03-5523 4856 Fax: 03-5523 6856
SHAH ALAM - Persiapan sambutan Krismas seorang wanita yang hamil tujuh bulan musnah gara-ga- ra rumahnya di Taman Sri Muda dilanda banjir, ba- ru-baru ini.
Melina Gupie, 25, ber- kata bukan sahaja baju dihanyut arus bahkan barangan untuk me- nyambut kelahiran caha- ya mata kedua juga tidak dapat diselamatkan.
Bagaimanapun, anak jati Sarawak itu reda dengan ujian yang berlaku selain bersyukur kerana masih diberi peluang untuk meneruskan ke- hidupan.
“Baju raya, barang perhiasan rumah termasuk barangan bayi sudah banyak dibeli tetapi semuanya musnah dihanyut banjir. Kecewa san-
gat tetapi kami reda.
“Memang sedih di- tambah pula apabila tiga tahun tidak pulang ke Sibu…tidak dapat rai Krismas bersama keluar- ga,” katanya pada 25 Di- sember
Beliau antara mangsa bah yang ditempatkan di pusat peminda- han sementara (PPS) Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) di sini.
Mengulas sambutan perayaan di
PPS, Melina berkata beliau dan suami banyak menerima ucapan daripada mangsa banjir yang lain.
“Walaupun tiada keluarga untuk rai bersama tetapi kami tetap me- nerima ucapan (Krismas) daripada rakan-rakan di sini yang sama-sama terperangkap,” katanya.
Sementara itu, ditanya berhubung inisiatif Kerajaan Negeri menyum- bang RM1,000 kepada mangsa ban- jir, Melina menarik nafas lega dan berhasrat membelanjakan wang itu membeli keperluan bayi.
“Setakat ini hanya terfikir barang bayi. Terima kasih Kerajaan Selangor memberi bantuan yang sedikit seban- yak meringankan beban,” katanya.
Persiapan Krismas musnah
SHAH ALAM - Lima kereta Mercedes Benz klasik pelbagai model bernilai kira-kira RM230,000 hanyut ketika banjir melanda Kampung Dusun Nanding, Hulu Langat pada 18 Di- sember.
Pemilik kereta berkenaan, Moha- mad Zamri Idris, 54, berkata ia ter- masuk koleksi kesayangannya yang dipercayai satu-satunya terdapat di Malaysia, W124 limosin empat pintu dibelinya pada harga lebih RM130,000 daripada seorang usaha-
wan bergelar Datuk pada Disember tahun lalu.
“Anak saya perasan kereta itu tia- da di kawasan parkir pada jam 4 pagi Sabtu (18 Disember) kerana diha- nyutkan arus deras tetapi pada masa itu tidak dapat berbuat apa-apa lagi.
“Esoknya (19 Disember) saya dapati ia ditolak air dan jatuh gaung sedalam dua meter (m) sebelum ha- nyut hampir 50 m tetapi ketika itu saya lebih terkenang nasib mangsa banjir berbanding koleksi Mercedes
dimiliki yang hanya harta dunia,” ka- tanya pada 24 Disember.
Katanya, kesemua lima keretanya diletakkan di perkarangan Dewan Teratak Nanding Event and Wed- ding miliknya yang dijadikan pusat pemindahan sementara banjir bagi penduduk sekitar.
Mohamad Zamri berkata, kejadi- an banjir itu merupakan kali perta- ma melanda rumahnya yang terletak dalam kawasan sama dengan dewan terbabit.
Reda lima kereta mewah dibawa arus
Oleh MUSTAKIM RAMLI
SHAH ALAM - Sukarelawan Team Se- langor berdepan detik cemas beriku- tan tiga kenderaan yang dinaiki me- reka hampir dihanyut arus deras keti- ka menjalankan misi membantu orang ramai.
Ketua Sekretariatnya Syahaizel Ke- man menjelaskan kenderaan dilimpa- hi air dan hampir dihanyut arus ketika mahu membantu mangsa banjir di Taman Medan, Petaling Jaya pada 18 Disember.
Beliau bersama lima lagi rakan, se- tiap dua orang menaiki tiga pacuan empat roda, tidak menyangka limpa- han air setakat separuh tayar mening- kat deras ke paras tingkap kenderaan sekitar jam 9 malam.
"Mula-mula nampak banyak kere- ta berpatah balik. Kita yakin teruskan
juga sampai satu kawasan tengok ada sebuah bas dah terapung.
"Waktu itu mula rasa sejuk sebab air masuk ke dalam kenderaan.
Tumit terendam dalam air. Air di luar kenderaan sudah paras tingkap. Ka- lau buka tingkap, melimpah masuk," katanya.
Syahaizel berkata mereka meng- gunakan jalan berkenaan kerana ka- wasan itu tidak pernah dilanda banjir, apatah lagi laluan itu tidak dinaiki air sejam sebelum kejadian.
"Perasaan waktu itu hanya Allah sahaja yang tahu. Betul-betul cemas.
Masing-masing berdoa dan berzikir dengan harapan tidak berlaku keja- dian tidak diingini.
"Ketiga-tiga kenderaan sudah (ter- tolak) ke kanan jalan sebab arus kuat.
Kami bernasib baik kerana muatan belakang penuh dengan ratusan barangan
keperluan makanan un- tuk diedar kepada mang- sa," katanya.
Biarpun berdepan pengalaman sedemikian, Team Sukarelawan Selangor tidak patah semangat sebalik- nya menggiatkan usaha dengan menghuhur bantuan makanan dan membersihkan rumah mangsa banjir.
Sementara itu, lebih 400 individu menyertai sukarelawan Team Sela- ngor bagi melaksanakan aktiviti ber- gotong-royong di kawasan terjejas banjir setakat 26 Disember, katanya.
Individu yang berminat men- jadi sukarelawan Team Selangor boleh mendaftar di bit.ly/SkuadBen- canaTeamSelangor atau sebarang per- tanyaan boleh hubungi 013-530 3578.
Air paras tingkap kenderaan
Sukarelawan nyaris
dihanyut banjir
9 l selangorkini 30 Disember 2021 - 5 Januari 2022
A D V E R T O R I A L
S
elangor mencipta sejarah apabila menjadi negeri peneraju menggunakan dron untuk penyelenggaraan jalan raya.Selain itu, penderia (sensor) juga dipakai dalam Sistem Pengurusan Aset Jalan Pintar (SRAMS) dalam memastikan penyelenggaraan jalan mengikut tatacara operasi piawai (SOP).
Teknologi baharu kendalian Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) itu membolehkan pengecaman maklumat berkaitan kerosakan jalan dibuat dengan lebih cekap sekali gus menjadikan jalan raya di negeri ini sentiasa dalam keadaan baik.
Bercakap kepada media di Wisma Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor, Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Ir Izham Hashim pada 13 Disember menegaskan pengumpulan maklumat menggunakan dron dan penderia membabitkan jalan berlubang, tarikh pembaikan dan tarikh luput untuk tindakan lanjut.
Beliau merasmikan Program Pembangunan Kontraktor Bagi Kontraktor Jangka Panjang Penyelenggaraan Jalan-Jalan Negeri Selangor. Program itu turut disertai kira-kira 60 syarikat kontraktor dari seluruh negeri.
Hadir sama acara anjuran KSSB itu ialah Pegawai Bahagian Jalan, Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor Ir Zainuddin Hussain;
Ketua Pegawai Operasi KSSB Mohd Fariz Ghazali dan Pengarah Operasi Infrasel Sdn Bhd (Infrasel) Jafrikhairi Mhd Idris.
Mengulas lanjut, Izham berkata kos penyelenggaraan, naik taraf dan pembinaan jalan raya baharu di Selangor mencecah sehingga RM1 bilion setahun.
Sehubungan itu, katanya Kerajaan Negeri memerlukan data tepat bagi memastikan setiap kerja dilaksanakan menepati SOP serta jalan diselenggara tahan lebih lama.
“Kerajaan Negeri fokus kepada kontraktor jalan kerana kos penyelenggaraan jalan-jalan di Selangor sangat tinggi. Untuk penyelenggaraan jalan sahaja lebih RM500 juta disediakan setiap tahun.
“Jika termasuk kos pembinaan jalan-jalan baharu dan naik taraf jalan, peruntukan Kerajaan
Negeri melibatkan RM189 juta. Secara keseluruhan jika dicampurkan dengan kos JKR, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan persekutuan boleh mencecah RM1 bilion.
“Apabila melibatkan satu angka yang besar, kontraktor (penyelenggaraan jalan) memainkan peranan penting selain agensi dan jabatan di negeri Selangor,” katanya.
Selain penggunaan teknologi dron dan penderia menerusi SRAMS, kontraktor perlu memasukkan maklumat dalam perisian setiap kali menjalankan penyelenggaraan.
“Perkara ini diberi tumpuan supaya orang ramai boleh menggunakan lebuh raya yang baik apabila kerja penyelenggaraan jalan menjadi lebih cekap,”
katanya.
Izham berkata, setakat ini SRAMS hanya digunakan untuk memantau jalan negeri di bawah seliaan JKR Selangor dan akan diperluas ke laluan lain di seluruh negeri pada masa hadapan.
Katanya, apabila audit jalan negeri selesai dan sistemnya lebih stabil, pelaksanaan di jalan lain termasuk bawah PBT akan dilakukan.
Mengenai Program Pembangunan Kontraktor Bagi Kontraktor Jangka Panjang Penyelenggaraan Jalan-Jalan Negeri Selangor, ia julung kali diadakan dan dikendalikan oleh Infrasel.
Menurutnya, program khas membabitkan aspek pembangunan kontraktor-kontraktor jalan negeri itu diwujudkan sebagai program perintis kepada pembangunan lebih besar pada masa hadapan.
Selain menyediakan kursus secara berkala, aspek teknikal, pengurusan dan integriti berkaitan pengurusan masa dan kewangan turut didedahkan kepada peserta.
“Usaha ini dilaksanakan supaya kontraktor di Selangor menjadi kontraktor berprestasi terbaik dalam pengurusan jalan termasuk mendedahkan mereka kepada teknologi terkini seperti contohnya penggunaan SRAMS,” tegasnya.
KSSB guna dron dan penderia teknologi tinggi
Pintar selenggara jalan
Izham (tengah) bersama Mohd Fariz (dua dari kiri) dan Zainuddin (dua dari kanan) pada
Program Pembangunan Kontraktor bagi Kontraktor Jangka Panjang Penyelenggaraan Jalan Jalan Negeri Selangor yang diadakan di Shah Alam
Izham (tengah) dan pegawai agensi terbabit bergambar bersama peserta program
Mohd Fariz Ghazali
Bangkit bergandingan
EXCO Kebajikan Masyarakat Ganabatirau Veraman mengagihkan roti kepada
penduduk di Taman Sri Muda, Shah Alam pada 21 Disember ADN Kota Anggerik Najwan Halimi bertemu mangsa banjir di Pangsapuri Perdana Seksyen 13, Shah Alam pada 20 Disember
K
erajaan Negeri mengumum- kan pakej bantuan dan pemu- lihan pascabanjir berjumlah RM100 juta dengan tema Selangor Bangkit.Selain itu, wakil rakyat dan pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan so- kongan sukarelawan bertungkus-lumus sama-sama mengurang duka lara pu- luhan ribu penduduk yang terjejas.
Sebanyak 13,699.55 tan sampah dan barangan rosak akibat diteng- gelami air telah dikutip PBT, bersama pengendali sisa pepejal KDEB Waste Management (setakat 28 Disember), dengan dampak kewangan bernilai RM6.031 juta.
Prihatin dengan penduduk, Dato’
Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari segera menghulurkan bantuan tunai RM1,000 mulai 28 Disember bagi setiap lebih 30,000 isi rumah terkesan tanpa kerenah birokrasi.
Wartawan NADIAH ZAMLUS me- nyusun kerja pembersihan dan bantu- an yang melibatkan EXCO, Ahli Dewan Negeri, jentera kerajaan, anak syarikat dan sukarelawan. Foto disediakan oleh AHMAD ZAKKI JILAN, FIKRI YUSOF, REMY ARIFIN, HALIM ABDUL RAHMAN, NAZIR KHAIRI dan ihsan wakil rakyat serta organisasi berkenaan.
ALBUM 10
selangorkini 30 Disember 2021 - 5 Januari 2022
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (dua, kanan) bersama Ahli Dewan Negeri (ADN) Kampung Tunku Lim Yi Wei (tiga, kiri) dan EXCO Pembangunan Generasi Muda Mohd Khairuddin Othman (tiada dalam gambar) membersihkan lumpur rumah penduduk di Taman Sri Nanding, Hulu Langat pada 29 Disember.
Turut sama sukarelawan Team Selangor dan Sukarelawan Selangor (SERVE)
Kita Selangor bahu-membahu
EXCO Perumahan Rodziah Ismail menyiapkan makanan untuk mangsa banjir di Padang Jawa, Shah Alam pada 18 Disember
Anggota Sukarelawan Selangor (SERVE) membuang tilam rosak milik
penduduk Kampung Lombong, Shah Alam pada 22 Disember Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Selangor Rahilah Rahmat bersihkan dewan di Taman Suluh Bistari, Kuala Selangor pada 24 Disember
EXCO Pembangunan Luar Bandar Borhan Aman Shah serah barang keperluan di Kampung Sungai Lang Tengah, Kuala Langat pada 25 Disember
ADN Subang Jaya Michelle Ng Mei Sze melakukan pembersihan di Kampung Bukit Lanchong, Subang Jaya pada 23 Disember
11
selangorkini 30 Disember 2021 - 5 Januari 2022
ALBUM
ADN Banting Lau Weng San (tengah) bersama badan bukan kerajaan serah sumbangan di Kampung Baru Sungai Jarom, Kuala Langat pada 28 Disember
selangorkini 30 Disember 2021 - 5 Januari 2022
ALBUM 12
selangorkini 30 Disember 2021 - 5 Januari 2022
13 ALBUM
EXCO Pelaburan, Perdagangan, Perindustrian, Industri Kecil dan Sederhana Dato’
Teng Chang Khim menyerahkan tilam kepada mangsa banjir di Taman Klang Utama, Klang pada 26 Disember
EXCO Hal Ehwal Orang Asli Hee Loy Sian menarik bot membawa bekalan makanan untuk Kampung Orang Asli Bukit Serdang, Kuala Langat pada 22 Disember
Ahli Dewan Negeri (ADN) Meru Fakhrulrazi Mokhtar menyerahkan bantuan kepada penduduk di Taman Bayu Meru, Klang pada 26 Disember
Sukarelawan Team Selangor membersihkan kawasan dilanda banjir di Kampung Lombong, Shah Alam pada 26 Disember
Pemandangan udara Taman Sri Muda, Shah Alam yang
beransur pulih pada 26 Disember. Lokasi itu
ditenggelami air bah beberapa hari mulai
18 Disember
ADN Seri Setia, Halimey Abu Bakar mengalihkan perabot rumah penduduk Taman Mesra, Klang pada 27 Disember
ADN Dusun Tua Edry Faizal Eddy Yusof membersihkan lumpur di Kampung Dusun Tua, Hulu Langat pada 25 Disember
Kakitangan Majlis Perbandaran Klang
membersihkan longkang di Mutiara Bukit Raja, Klang pada 27 Disember
EXCO Hal Ehwal Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal Mohd Zawawi Ahmad Mughni mengalih peti ais di Taman Sri Muda pada 24 Disember
ADN Sentosa Gunarajah George menyusun bantuan kepada penduduk Taman Sri Muda pada 26 Disember
Sukarelawan SERVE dan Penggerak Belia Selangor DUN Sijangkang mengagihkan peralatan mencuci di Kampung Sijangkang, Kuala Langat pada 23 Disember EXCO Infrastruktur dan Pertanian Ir Izham
Hashim dan EXCO Kebajikan Masyarakat Ganabatirau Veraman meninjau pintu air Taman Sri Muda pada 29 Disember
Kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam membersihkan Kampung Baru Hicom, Shah Alam pada 28 Disember
Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS) Ng Suee Lim serah bantuan di Sekinchan, Sabak Bernam untuk mangsa banjir pada 23 Disember
Kakitangan Majlis Bandaraya Subang Jaya melaksanakan kerja pembersihan
di Kampung Kenangan, Subang Jaya pada 22 Disember Team Selangor dan Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) membersihkan kawasan Kampung Lombong, Shah Alam pada 26 Disember ADN Pelabuhan Klang Azmizam Zaman Huri dan ADN Bukit Lanjan Elizabeth Wong mengagih makanan di Pulau Indah, Klang pada 26 Disember
Ketua Pembangkang Datuk Rizam Ismail membersihkan sampah bawaan bah di Kampung Jawa, Hulu Langat pada 23 Disember
Timbalan Speaker DNS Hasnul Baharuddin membersihkan rumah penduduk sekitar Sijangkang, Kuala Langat pada 23 Disember
ALBUM 14
selangorkini 30 Disember 2021 - 5 Januari 2022
EXCO Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Awam Ng Sze Han menyerahkan tilam kepada penduduk Taman Kinrara, Subang Jaya pada 26 Disember
ADN Permatang Rozana Zainal Abidin bersama selebriti Mona Allen edar barang keperluan di Kampung Bestari Jaya, Kuala Selangor pada 23 Disember
Kakitangan Majlis Perbandaran Sepang membersihkan Surau Al-Jabbar, Taman Emas Dengkil, Sepang pada 22 Disember
Sukarelawan menyusun pakaian untuk penduduk terjejas banjir
di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 24 Disember
EXCO Pembangunan Generasi Muda Mohd Khairuddin Othman meninjau tanah mendap di Kampung Merbau Sempak, Shah Alam pada 22 Disember
ADN Bukit Melawati Juwairiya Zulkifli menyerahkan tuala kepada penduduk Ladang Selangor River, Kuala Selangor pada 23 Disember
15
selangorkini 30 Disember 2021 - 5 Januari 2022
ALBUM
SASTERA 16
selangorkini 30 Disember 2021 - 5 Januari 2022
HADIAH SASTERA SELANGOR 2021 Oleh LOKMAN HAKIM
Ilustrasi FAHMI MUSTAFFA
Menelusuri Netflix membawa saya kepada kisah kejayaan Blackpink. Sepanjang menonton dokumentari itu saya tertanya- tanya apakah faktor utama Blackpink begitu berjaya? Adakah suara mereka begitu sedap? Adakah tarian mereka begitu hebat? Adakah paras rupa yang cantik menjadi penentu? Dalam paparan dokumentari itu, saya tertarik dengan kaedah produser utama Blackpink bernama Teddy Park. Beliau meneliti trend muzik di seluruh dunia dan menebak gaya muzik segar yang berkeberangkalian boleh menembusi pasaran antarabangsa.
Pendek kata, beliau tidak sewenang-wenangnya menggubah lagu tanpa memahami landskap muzik dunia dan dinamiknya.
Itulah kekuatan Blackpink yang terletak pada individu bervisi ini.
Saya fikir sastera perlukan orang macam Teddy Park.
Sastera tidak perlukan gimik tarian aneh di TikTok. Tidak perlu pengarang melaram sekacak atau secantiknya di media sosial.
Tidak perlu juga pengarang menayangkan kehidupan peribadinya di media sosial demi secebis konten yang dipercayai dapat memperkenalkan dirinya kepada khalayak umum. Orang seperti Teddy Park akan mengkaji dinamik dunia buku dan membuat perbandingan di antara khalayak sastera di setiap negara sebelum menggariskan strategi khusus langkah-langkah untuk mempopularkan sastera itu. Adakah dunia sastera tempatan memiliki individu seperti ini? Saya meraguinya.
Saya baru sahaja selesai menulis cerpen yang akan saya kirimkan kepada majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Pulangannya agak lumayan jika cerpen disiarkan. Namun tiada jaminan sama ada cerpen yang saya hantar itu akan tersiar dalam waktu terdekat. Tidak mustahil juga cerpen itu akan ditolak tanpa sebarang makluman. Menulis karya kreatif setakat ini amat sukar untuk disinonimkan selaku suatu pekerjaan bermaruah yang memberikan pendapatan stabil kepada pengarang. Terlalu banyak yang harus diubah dalam ekosistem sastera tempatan. Sistemnya tidak mampu membantu pengarang. Seorang Teddy Park tidak mampu menyelamatkan sastera. Ia perlu reformasi menyeluruh.
Ketika menonton filem Snowpiercer (2013) arahan Bong
Joon-Ho, saya terlihat penglibatan Korean Cultural Centre dalam menjayakan pembikinan filem antarabangsa itu. Saya juga menerima naskhah percuma majalah Korean Literature yang dihantar terus dari Korea. Kerja-kerja mengangkat sastera itu sebenarnya sangat memerlukan iltizam politik yang tinggi. Penglibatan kerajaan secara agresif dalam usaha pengantarabangsaan sastera akan menentukan nasib penggiat sastera Malaysia sama ada berhasil menjadikan ia suatu kerjaya bermaruah.
Okay, adakah semua itu memadai?
Jujur cakap, di atas kertas semuanya kelihatan mudah. Teddy Park sendiri mungkin akan menyerah kalah apabila diberi tugasan mengangkat martabat sastera negara ini. Pendekatan yang lebih mesra masyarakat menjurus kepada penyediaan bahan bacaan yang berkualiti rendah. Hal ini juga berkait rapat dengan isu pendidikan yang tidak diladeni usaha bersungguh-sungguh untuk membudayakan kecintaan pada ilmu. Selagi pendidikan berorientasikan kehendak pasaran sehingga mengenepikan kepentingan ilmu, tiada apa sangat yang boleh dilakukan.
Jadi budaya
Saya mahu bina khalayak sastera. Asasnya tidak ada.
Barangkali memberikan definisi baharu terhadap sastera itu lebih mudah. Bilangan ciapan tentang sastera di Twitter. Ulasan buku di TikTok. Perbincangan tentang hal-ehwal sastera di Twitterspace. Lambakan audio siar diskusi sastera di Spotify.
Justeru, seorang sasterawan mungkin tidak lagi dilihat keaktifan berkarya melalui jumlah buku yang ditulisnya. Barangkali kejayaan seorang sasterawan boleh dinilai melalui penglibatannya di media sosial selaku pejuang bahasa. Namun kita harus berpijak di dunia nyata. Kelompok peminat sastera masih terbatas.
Meskipun kelihatannya rancak diskusi di Twitterspace atau Clubhouse atau perkongsian ulasan buku di laman YouTube kelolaan milik booktuber, kita faham bahawa tidak mudah untuk kelompok bukan-pembaca mengikuti pengisian konten sebegini.
Sastera harus jadi budaya. Membaca buku harus jadi gaya hidup masyarakat umum.
Di media sosial, kebenaran dan kebatilan berkongsi spektrum yang sama. Acapkali masyarakat diprovokasi dengan hal-hal sepele yang tidak sahih. Wajarkah buku dipromosi dengan cara ini? Saya boleh saja agaknya meletakkan ciapan tentang buku saya dengan naratif sebegini: Gambar longgokan buku (yang tidak terjual) dalam sampul penghantaran dengan kapsyen lebih kurang begini “Setiap hari sastera terjual sampai tak menang tangan”. Tetapi saya tidak selesa dengan pembohongan. Saya tidak menulis untuk membohongi masyarakat. Satu-satunya pembohongan yang saya sukai selaku pengarang hanyalah ketika menulis fiksyen.
Memperkenalkan sastera memerlukan komitmen setiap pihak. Malangnya tidak semua orang peduli kepentingan sastera dalam melembutkan nubari manusia yang sarat materialistik.
Saya enggan membina khalayak sastera dengan kudrat sendiri.
Selagi tiada sokongan kerajaan dan tiada sistem pendidikan yang berwawasan, rasanya elok saya tidak begitu menaruh harapan pada sastera selaku sumber pendapatan.
Okay adakah ia memadai untuk saya selaku pengarang?
Semestinya tidak. Setiap kali buku baharu terbit saya akan menghitung hari buku tersebut beredaran di pasaran sebelum dihentikan cetakan. Pada buku yang ke-24, saya tidak lagi teruja mendengar perihal buku saya diterbitkan. Namun saya tetap berpuas hati dengan apa yang dihasilkan meskipun khalayaknya samar-samar kewujudannya.
Suatu ketika dahulu, kugiran yang saya sertai diletakkan giliran persembahan di penghujung gig. Ketika itu, ramai pengunjung gig yang sudah pulang sehingga tiada siapapun bertenggek di depan pentas menonton persembahan kami. Saya terus mengingatkan rakan-rakan pemuzik ketika itu yang tengah merudum semangat untuk meneruskan persembahan supaya anggap sahaja ini sesi latihan studio. Begitulah juga mengarang karya sastera di Malaysia ini. Saya tidak mengharapkan khalayak untuk tegar menulis, tetapi saya beriman pada kepengarangan diri. Mungkin pada buku yang ke-34 ataupun ke-100 sekalipun, saya harus percaya pada daya kepengarangan saya selaku satu- satunya kekuatan saya untuk menulis. Khalayak sastera adalah bayangan diri dan ia akan kekal begitu.
Kicau
Aku adalah getaran yang datang waktu kau menjerit pada alam, merayu kebahagiaan.
Kau tinggalkan perhimpunan antikeganasan kerana makin banyak pula peperangan datang sebanyak plakad yang kau lukiskan.
Idea-idea perlawanan kelas yang kau tuliskan,
hanyalah lambakan perkataan yang dibaca oleh mereka yang sama pemikiran;
setelah itu mereka kembali ke kafe, menikmati kek dan kopi barista.
Semangat yang kau rasa dengan setiap ketikan suka dan lawan bicara, hilang tiba-tiba waktu malam datang,
meninggalkan kau dengan kecanggungan kerana dunia masih cacamarba - seperti laporan berita.
Malam itu,
kau kata dunia ini neraka, kau jerit pada semesta - aku mahu bahagia.
Mungkin itulah kali pertama kau betul-betul meminta menggunakan bahasa semesta rasa.
Aku datang dalam bentuk getaran fikiran, memeluk kau dengan perkataan.
Kau adalah kuasa. Kau adalah tenaga.
Kau boleh cipta dunia dengan getaran cinta dan percaya.
Waktu kau bangun pagi itu,
kau merasakan cinta dalam tarikan nafas, kau keluar dan menjejak kaki atas rumput basah.
Kau duduk, keluarkan telefon bimbit daripada poket.
Nyahaktif sumber berita semasa yang tak henti kicaunya.
Kali ini kau mendengar twit-twit alam, sebenar-benarnya.
Sara Ayuni
Membina
khalayak
sastera
17
selangorkini 30 Disember 2021 - 5 Januari 2022
KHAS
Oleh AMIN RIDZUAN ISHAK
M
ungkin Tan Sri Muhyiddin Ya s s i n b e r h a r a p pengisytiharan darurat awal 2021 memanjangkan kekuasaan politiknya. Berselindung di balik retorika kawalan Covid-19, perintah ketat itu yang bermula 11 Januari bagaimanapun mempercepatkan lagi kejatuhan pentadbirannya.Semua pergolakan ini berlarutan sejak Langkah Sheraton pada Februari 2020 yang menyaksikan keretakan semua gabungan dan, malah, dalam parti masing-masing.
Perdana menteri dan presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak pernah lekang dipersoal susulan permohonannya mengisytiharkan darurat.
Sembah permohonan pertama ke bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tidak diperkenan.
Ketika permohonan dibuat pada 23 Oktober, negara merekodkan 710 kes Covid-19. Namun ada suasana politik yang tidak memihak kepada Muhyiddin apabila gabungan Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) retak susulan persengketaan hebat menjelang dan selepas pilihan raya negeri Sabah sebulan sebelumnya. Tidak berpuas hati soal agihan kerusi dan jawatan ketua menteri, Umno mengugut menarik sokongan.
Setelah dimohon kali kedua, ketika jumlah kes sedikit meningkat mulai hujung tahun, darurat berjaya dikuat kuasa hingga 1 Ogos dengan alasan
membendung virus.
Muhyiddin kelihatan boleh menarik nafas lega tetapi Umno, khususnya kumpulan pemimpin di luar kabinet yang diketuai Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Razak, terus-menerus menggoncang takhta kuasa PN.
Sepanjang tempoh darurat, sidang Parlimen dan Dewan Undangan Negeri tidak boleh bersidang, sekali gus mengundang reaksi pelbagai pihak yang menyifatkannya cubaan untuk merencatkan demokrasi, menjejaskan proses semak dan imbang berhubung pelbagai perbelanjaan pandemik.
Pilihan raya kecil dan pilihan raya negeri Sarawak juga digantung.
Prasangka membiak
Sehubungan itu, prasangka awam sama ada Umno atau pembangkang terus membiak, seolah-olah darurat hanyalah helah Muhyiddin terus berkuasa lantaran hilang sokongan ahli- ahli parlimen gabungan PN-BN.
Suara prasangka ini terus bergema apabila darurat ternyata gagal membendung Covid-19. Malah, jumlah kes terus memuncak mulai April walau tanda menurun direkodkan pada Februari dan Mac tahun ini. Pada 29 Mei, 9,020 kes jangkitan dicatat, lebih kurang empat kali ganda daripada jumlah pada hari pertama darurat berkuat kuasa.
Kecaman terhadap ahli parlimen Pagoh semakin kuat. Sidang Dewan Rakyat tidak diadakan walau Seri Paduka Baginda sendiri menzahirkan titah agar persidangan Dewan Rakyat diadakan seawal 24 Februari.
Bersama Majlis Raja-Raja, Baginda mengulangi titah yang sama pada 16 dan 29 Jun, antaranya bagi memastikan proses demokrasi berlangsung dan menyemak pelan pemulihan termasuk vaksinasi yang lembab.
Mesyuarat khas Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja diadakan di Istana Negara pada 16 Jun. Seri Paduka Baginda bertitah tiada lagi keperluan melanjutkan tempoh darurat selepas ia berakhir pada 1 Ogos.
Raja-raja Pemerintah senada dengan Al-Sultan Abdullah yang menitahkan Dewan Rakyat harus bersidang secepat mungkin untuk membolehkan Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan.
Susulan desakan itu, kerajaan Muhyiddin mengumumkan Dewan Rakyat bersidang selama lima hari mulai 26 Julai. Namun apabila tiba tarikh persidangan, aturan mesyuarat hanya membabitkan taklimat khas beberapa menteri.
Tiada perbahasan, usul dan pengundian seperti lazimnya. Sidang itu tiba-tiba mencetus kontroversi apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Takiyuddin Hassan waktu itu memaklumkan Ordinan Darurat sudah dimansuhkan berkuat kuasa 21 Julai.
Kenyataannya bukan sahaja dipersoal pembangkang, malah Yang di-Pertuan Agong dalam titahnya pada 29 Julai amat dukacita pembatalan Ordinan Darurat dibuat tanpa perkenan Baginda.
Al-Sultan Abdullah mengulangi titah agar ordinan penting itu dibentang dan dibahaskan seperti hasrat Baginda.
Bagaimanapun isu darurat tidak sempat dibahaskan seperti dititahkan berikutan
penutupan bangunan Parlimen pada 2 Ogos. Dilaporkan berlaku jangkitan Covid-19 dalam kalangan kakitangannya.
Belum reda kontroversi itu, suhu politik negara terus panas apabila wakil rakyat Umno Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah meletak jawatan sebagai menteri tenaga dan sumber asli pada 3 Ogos.
Nasi jadi bubur
Parti itu kemudian menarik sokongan terhadap kerajaan PN dan mendakwa Muhyiddin hilang majoriti. Saat itu nasi mula menjadi bubur.
Meski mendakwa masih mempunyai sokongan, Muhyiddin terpaksa akur dan meletak jawatan pada 16 Ogos.
Pentadbirannya hanya bertahan 17 bulan, lebih pendek daripada tempoh 22 bulan kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) yang dikhianatinya.
Darurat membawa bencana kepada Muhyiddin, Umno mengkhianatinya seperti beliau belot daripada gabungan asal yang sama-sama didirikannya pada 2017; gabungan terhebat yang memecah rekod kekuasaan BN sepanjang 61 tahun.
Hasrat Umno untuk merampas tampuk kuasa Putrajaya akhirnya termakbul juga apabila Ahli Parlimen Bera Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik perdana menteri kesembilan, ketua kerajaan ketiga dalam tempoh tiga tahun akibat keretakan kuasa yang luar biasa sejak Langkah Sheraton.
Politik 2021 terus bergolak
Dari darurat ke bencana
BERSAMBUNG MUKA 18 Ismail Sabri (tengah)
bersama Anwar ketika majlis menandatangani MoU Transformasi dan Kestabilan Politik di Bangunan Parlimen pada 13 September.
Foto BERNAMA
KHAS 18
selangorkini 30 Disember 2021 - 5 Januari 2022
Cepat mengambil iktibar daripada kejatuhan pendahulunya, beliau segera menjalin kerjasama dengan HARAPAN melalui Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik pada 13 September, tiga minggu selepas berada di puncak kuasa.
K e r a j a a n B N - P N d i w a k i l i Ismail manakala HARAPAN pula membabitkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Seri Wilfred Madius Tangau. Meski memeterai perjanjian itu, khususnya bagi membendung wabak Covid-19, Anwar yang juga ketua pembangkang menegaskan HARAPAN
akan terus berperanan sebagai penyemak dan pengimbang Putrajaya.
Namun usaha murni Ismail itu tidak berpanjangan. Berdepan Umno yang tidak seia sekata, ketua Keluarga Malaysia berdepan pula dengan keretakan rumah tangga partinya sendiri di Melaka. Kerajaan gabungan BN-PN tumbang selepas empat wakil kerajaan diketuai bekas Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron menarik sokongan pada 4 Oktober. Tindakan politik mengejut itu dan keputusan membubarkan Dewan Undangan Negeri dikatakan tidak dimaklumkan kepada Ismail.
Walau Umno menang besar dalam pilihan raya negeri pada 20 November tetapi keretakan gabungan BN dengan PN begitu jelas apabila kedua-duanya
bersaing dengan HARAPAN. Malah PAS yang mahu bekerjasama dengan Umno dalam Muafakat Nasional sejak 2018 mengambil langkah tegas meninggalkan parti itu untuk bersama Bersatu. Gelagat menteri kabinet Ismail dalam pilihan raya negeri agak ganjil apabila mereka dilihat tidak sungguh- sungguh menentukan kemenangan calon Umno.
Ketika menyambut 100 hari pentadbirannya, kabinet Ismail dipertikai lagi apabila barisan menterinya diberikan markah 90 peratus. Malah program sambutan itu, 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia, berdepan denda apabila melanggar tatacara operasi piawai (SOP) Covid-19.
Namun bencana politik terbesar yang dihadapinya ketika berdepan banjir
baru-baru ini. Macam-macam gelagat menteri dipertikai dengan leluasa di media sosial, selain tiada penyelarasan antara beberapa badan utama seperti Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan Angkatan Tentera Malaysia.
Pendek kata, politik sepanjang tahun ini dipenuhi krisis demi krisis yang meresahkan orang ramai. Harapan pada pemimpin politik seperti tidak kesampaian. Sejak pembelotan 2020, ahli-ahli politik termasuk pembangkang terus disoroti dengan tajam. Rakyat, semuda golongan berusia 18 tahun, tentunya menunggu pilihan raya umum nanti untuk menyuarakan pertikaian dan kegelisahan mereka. Apakah hajat baharu rakyat jika pilihan raya umum diadakan pada 2022?
DARI MUKA 17
Saya menyeru supaya penjawat awam bangkit bersama rakyat untuk membina sebuah negara yang dihormati dan disegani dalam semua bidang
DATO’ HARIS KASIM Setiausaha Kerajaan Negeri
Semoga 2022 memberi lembaran makna, jalani liku baru dengan sejuta harapan dan aspirasi baharu. Teguh kita, menang bersama!
DATO’ SALIM SOIB@HAMID Penasihat Undang-Undang Negeri
Segala cabaran 2021 memberikan pengajaran dan hikmah untuk menempuh tahun baharu.
Teruskan usaha, perkukuhkan iltizam DR AHMAD FADZLI AHMAD TAJUDDIN Pegawai Kewangan Negeri
Semoga tahun baharu memberi sinar yang lebih cerah. Kita perlu penuh yakin untuk mengharungi cabaran sepanjang 2022
DATO’ TENG CHANG KHIM
EXCO Pelaburan, Perdagangan & Perindustrian dan Industri Kecil dan Sederhana
2021 penuh suka duka, namun kita dapat harunginya dengan kecekalan. Semoga Selangor bangkit jadi negeri maju dan diredai Allah SWT
RODZIAH ISMAIL
EXCO Perumahan & Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan
2021 penuh cabaran. Kita tabah tempuhi dan akhirnya vaksin memberi nafas baru kepada rakyat dan ekonomi. Ayuh bangkit semula untuk 2022 GANABATIRAU VERAMAN
EXCO Pembangunan Sosio Ekonomi, Kebajikan Masyarakat dan Pemberdayaan Pekerja
Moga 2022 yang menjelang tiba memberi sinar baharu untuk kita terus padu dan mantap untuk bangkit bersama
IR IZHAM HASHIM
EXCO Infrastruktur & Kemudahan Awam dan Pemodenan Pertanian & Industri Asas Tani
Mari kita harungi cabaran 2022 bersama- sama dengan tekad dan iltizam. Selangor mampu bangkit kembali
NG SZE HAN
EXCO Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam Dan Pembangunan Kampung Baru
2021 membuktikan kita mampu mempertahankan harapan rakyat dan membangunkan Selangor.
Semoga Allah melimpahkan rahmat dan kasihNya DR SITI MARIAH MAHMUD
EXCO Kesihatan Awam, Perpaduan dan Pembangunan Wanita & Keluarga
Segala pengalaman yang kita harungi sepanjang 2021 pastinya akan menjadi pemangkin semangat untuk menempuh tahun baharu.
HEE LOY SIAN
EXCO Pelancongan, Alam Sekitar & Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli
Selangor menutup 2021 dengan pelbagai dugaan dan cabaran. Namun berkat doa dan kerjasama rakyat membolehkan Selangor Bangkit semula.
MOHD KHAIRUDDIN OTHMAN
EXCO Pembangunan Generasi Muda, Sukan &
Pembangunan Modal Insan
Berdoa agar segala kesedihan dan ujian yang melanda kita, akan memberi sinar baharu pada 2022.
Selangor Bangkit!
BORHAN AMAN SHAH
EXCO Pembangunan Luar Bandar & Kampung Tradisi dan Adat Istiadat Melayu, Kebudayaan & Warisan
Semoga 2022 membawa harapan baru yang terang. Membawa sinar harapan baharu yang lebih cerah seluruh rakyat Selangor.
MOHD ZAWAWI AHMAD MUGHNI
EXCO Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal 2022 membuka tirai. Harapan tinggi seluruh anggota masyarakat mahu kesihatan dan rezeki berpanjangan.
Tekad dan harungi kehidupan dengan penuh iltizam untuk bangkit bersama. Selangor Bangkit!
S ELAMAT T AHUN B AHARU
19
selangorkini 30 Disember 2021 - 5 Januari 2022
NASIONAL
SHAH ALAM - Yang di-Pertuan Agong berkenan mencemar duli melawat mang- sa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Pusat Latihan Pengajar dan Kema- hiran Lanjutan (Ciast) di sini pada 25 Di- sember.
Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang memandu sendiri kenderaan pacuan empat roda ke PPS sekitar 9.50 pagi disambut Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Sela- ngor Tengku Amir Shah.
Turut menyambut ketibaan Al-Sultan Abdullah ialah Dato’ Menteri Besar Dato’
Seri Amirudin Shari, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Affendi Buang dan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zaf- rul Tengku Abdul Aziz.
Baginda kemudian berkenan men- dengar penerangan Pegawai Daerah Klang Mohd Faizal Abdul Raji berhubung keadaan banjir.
Yang di-Pertuan Agong turut meluang masa hampir sejam beramah mesra ber- sama mangsa banjir di PPS dan meng- hulur sumbangan bagi mengurangkan beban mereka.
Selepas lawatan di Ciast, Baginda berkenan melawat mangsa banjir di PPS Masjid Taman Sri Muda, Shah Alam.
Agong lawat mangsa serah sumbangan
ROSAK… Pekerja gudang buku menggunakan jengkaut untuk menolak kira-kira 2 juta buku yang rosak akibat banjir di gudang buku The Big Wolf Seksyen 33, Shah Alam pada 28 Disember. Bagaimanapun, semua 14 kedai buku Book- Xcess di seluruh negara dan khidmat tempahan buku dalam talian beroperasi seperti biasa dan menerima tempahan.
Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR - Sesi persekolahan peng- gal tiga 2021/2022 ditangguh selama se- minggu susulan bencana banjir, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin.
Beliau berkata persekolahan negeri Kum- pulan A iaitu Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu pada 9 Januari dan Kumpulan B iaitu Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pe- rak, Perlis Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Se- langor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan 10 Januari.
"Ia juga melibatkan sekolah sama ada se- bagai pusat pemindahan sementara (PPS) atau pun sekolah yang terjejas teruk,” kata- nya pada 24 Disember. – BERNAMA
Sesi persekolahan ditunda seminggu
KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Sim- panan Pekerja (KWSP) sentiasa melindungi keperluan serta kesejahteraan persaraan rakyat pada masa hadapan dan tidak meng- galakkan lagi pengeluaran dana itu bagi tu- juan lain.
KWSP menegaskan komitmennya untuk membantu ahli membina semula kecu- kupan pendapatan persaraan mereka dan menyokong pemberhentian pengeluaran simpanan di bawah skim i-Citra.
“Bagaimanapun, tiada peruntukan da- lam akta yang membenarkan pengeluaran untuk bencana alam,” tegasnya. – BERNAMA
KWSP: Tiada lagi pengeluaran
KUALA LUMPUR - Hujan lebat berte- rusan mengakibatkan Terengganu kem- bali dilanda banjir, manakala Kelantan menunjukkan pertambahan jumlah mangsa di pusat pemindahan sementa- ra (PPS) petang 30 Disember.
Jabatan Meteorologi Malaysia (Met- Malaysia) mengeluarkan amaran cuaca peringkat bahaya iaitu hujan sangat lebat berterusan yang dijangka dialami 11 kawasan di tiga negeri pantai timur termasuk Pahang hingga 31 Disember.
Di Terengganu, Sek retariat
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan Dungun men- jadi daerah pertama dilanda banjir ge- lombang ketiga apabila PPS Kampung Pasir Raja dibuka pada pukul 4 petang yang menempatkan 69 mangsa daripa- da 22 keluarga.
Banjir gelombang kedua yang melanda negeri itu pada 17 hingga 21 Disember menyaksikan seramai 423 mangsa daripada 122 keluarga dipin- dahkan ke PPS di Setiu, Dungun dan Kemaman.
Di Kelantan, jumlah mangsa banjir di negeri itu meningkat kepada 856 orang daripada 245 keluarga setakat 6 petang, berbanding 501 orang daripa- da 142 keluarga pada tengah hari.
Menurut aplikasi Info Bencana Ja- batan Kebajikan Malaysia (JKM), 11 PPS dibuka melibatkan dua jajahan iaitu tu- juh di Jeli dan empat di Kuala Krai.
Di Pahang, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 4,368 orang di 38 PPS di daerah Bentong, Temerloh, Ma- ran, Kuantan dan Maran. – BERNAMA
Amaran hujan peringkat bahaya
Pantai Timur banjir gelombang ketiga
PUTRAJAYA - Sebanyak 49 kes baharu jangkitan Covid-19 varian Omicron dike- san di Malaysia, menjadikan kumulatif kes varian berkenaan 62 kes setakat 24 Disember.
Menteri Kesihatan Khairy Jamalud- din memaklumkan ia termasuk satu kes Covid-19 varian Omicron yang berkemu- ngkinan jangkitan tempatan dilaporkan
di Sarawak.
Beliau menjelaskan Institut Penyeli- dikan Perubatan (IMR) menjalankan ujian PCR Genotyping Assay ke atas 145 sam- pel kes positif Covid-19 dalam kalangan pengembara dari 15 hingga 21 Disem- ber sebelum 60 sampel menunjukkan berkemungkinan (presumptive) varian Omicron.
“Pada 24 Dis, 45 daripada 60 sampel presumptive ini disahkan varian Omicron melalui jujukan genom yang dijalankan oleh IMR,” katanya.
Khairy berkata, KKM bersama lain- lain agensi mengambil tindakan mem- perkukuh kawalan di pintu masuk antara- bangsa serta saringan ke atas golongan berisiko tinggi. – BERNAMA