• Tidak ada hasil yang ditemukan

H A D IT H D A LA M K O N T E K S P E M A H A M AN D A N P E N G A M A LA N

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "H A D IT H D A LA M K O N T E K S P E M A H A M AN D A N P E N G A M A LA N"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

H A D I T H D A L A M K O N T E K S P E M A H A M AN D A N P E N G A M A L A N

Z U H A I R B I N A H M A N A H A B D U L S A L A M

MUQADDIMAH

Segala puji bagi Allah yang telah menurunkan kitab-Nya sebagai hidayat dan nur kepada manusia untuk menjaga mereka daripada kesesatan dan penyelewengan yang membinasakan dan menjadikannya mu’jizat kepada Rasulullah s.a.w. iaitu mu’jizat yang kekal sehingga hari Kiamat. Kemudiannya Allah s.w.t.

mengurniakan kepada Baginda al-Sunnah sebagai penerang dan penjelas al-Quran sebagaimana yang ditegaskan di dalam al-Quran:

اَنْلَزْنَأَو

ََكْيَلِإ

ََرْكِ ذلا

ََنِ يَبُتِل

َِساَّنلِل اَم

َل ِ زُن

َْمِهْيَلِإ

َْمُهَّلَعَلَو

ََنو ُرَّكَفَتَي

“Serta Kami pula turunkan kepadamu al-Qur’an yang memberi peringatan, supaya engkau menerangkan kepada umat manusia akan apa yang telah diturunkan kepada mereka, dan supaya mereka memikirkannya”. (Surah al-Nahl, Ayat 44)

اَمَو اَنْلَزْنَأ

ََكْيَلَع

ََباَتِكْلا

ََّلِّإ

ََنِ يَبُتِل

َُمُهَل يِذَّلا اوُفَلَت ْخا

ِهيِف

ُهَو

ًَةَمْحَرَوىًد

َ م ْوَقِل

ََنوُن ِمْؤُي

“Dan tiadalah Kami menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) melainkan supaya engkau menerangkan kepada mereka akan apa yang mereka berselisihan padanya; dan supaya menjadi petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman”. (Surah al-Nahl, Ayat 64)

Sejak dahulu lagi umat Islam telah memberi perhatian kepada hadith Rasulullah s.a.w dan mereka telah mencurahkan usaha yang paling besar untuknya, dengan itu ia memperolehi perlindungan dan penjagaan yang tidak pernah diperolehi oleh ucapan mana-mana Nabi dan manusia biasa. Hadith, di samping merupakan sumber kedua bagi perundangan, ia juga merupakan beberapa peringkat pelaksanaan amali bagi al-Quran dalam realiti semasa dan setempat bagi Rasulullah s.a.w. Begitu juga hadi th merupakan peringkat pernyataan secara amali bagi sistem Allah s.w.t. di muka bumi dalam bentuk yang paling luhur dan agung bagi sistem-Nya.

Ini kerana, al-Quran memimpin gerakan pelaksanaan dan pernyataan alam realiti untuk menjadikannya pernyataan yang paling sempurna tentang manhaj Allah s.w.t. supaya manusia sentiasa dan selama - lamanya merujuk kepadanya.

Berdasarkan kepada hakikat ini, sunnah diakui sebagai manhaj dan panduan yang sejahtera untuk memahami al-Quran. Bahkan dari sudut yang lebih luas, ia merupakan gambaran dan pernyataan yang ideal bagi al-Quran. Di sini timbul satu persoalan yang amat penting, bagaimana mungkin dapat kita mengambil faedah daripada pengalaman Nabi s.a.w. yang bersifat rabbani lagi ideal? Sama ada pada peringkat pemahaman dan fiqh atau pada peringkat pengamalan dan pelaksanaan.

Pada hakikatnya, pemahaman hadith diakui sebagai matlamat asas sejak dahulu lagi. Para ulama’ telah mencurahkan sehabis daya usaha. Mereka mempunyai aliran masing -masing dalam menggariskan kaedah-kaedah, kriteria-kriteria dan prinsip-prinsip bagi membolehkan pemahaman hadith telah berkembang menjadi bercabang-cabang. Kemudian usaha-usaha ini menjadi masyhur terutamanya usaha Imam al-Bukhari melalui “Tarjamatul Bab” (tajuk-tajuk bab) dalam Sahih al-Bukhari dan itulah yang telah membentuk manhaj yang lengkap dalam berinteraksi dengan sunnah kemudian diikuti oleh kitab syarah hadith keseluruhannya.

Penulis mendapat tahu bahawa Ibn Hazm menulis kitab yang membincangkan Fiqh al -Hadith melalui tulisan Ibn al-Qayyim yang menyebutkan tentang beliau. Kata Ibn al-Qayyim: “Ibn Hazm adalah seorang yang menguasai pelbagai cabang ilmu, mempunyai sifat wara’, beragama, zuhud dan sentiasa benar.

Bapanya adalah seorang menteri yang mempunyai kedudukan yang tinggi dan b eliau mempunyai karangan-karangan yang agung terutamanya kitab-kitab hadith dan fiqh, beliau telah mengarang satu kitab yang tentang fiqh al-Hadith yang dinamakannya sebagai:

لاصيلإا

َىلإ مهف باتك لاصخلا ةعماجلا لمجلا عئارش ملاسلإا للاحلاو مارحلاو

(2)

(Menyampaikan kepada Pemahaman Kitab Perkara-perkara Syariat Islam, Halal dan Haram).

Demikianlah semua ulama’ berusaha untuk memahami hadith maka dengan sebab itu, terdapat pelbagai aliran, manhaj dan alat-alat metodologi untuk tujuan tersebut.

Dengan kajian ini penulis mensasarkan untuk merealisasikan matlamat-matlamat berikut:

1. Menentukan konsep Fiqh al-Hadith 2. Menjelaskan kepentingan Fiqh al-Hadith

3. Menjelaskan peringkat (perkembangan) dan alat-alat metodologi dalam Fiqh al-Hadith

Untuk itu, kita mesti menjawab beberapa persoalan berikut: Apa yang dimaksudkan Fiqh al -Hadith, peringkat-peringkatnya dan peralatannya?

Penulis mengharapkan agar Allah s.w.t. menerima usaha ini dan menjadikannya pada neraca kebaikan penulis pada hari harta dan anak pinak tidak dapat memberi manfaat. Sekiranya penulis betul maka itu daripada Allah sahaja, jika penulis tersilap itu daripada diriku dan syaitan. Dan saya memohon keampunan daripada Allah akan kesilapan yang tidak disengajakan.

Pemahaman Hadith: Konsep Dan Kepentingan Pertama: Konsep Fiqh al-Hadith

“Fiqh al-Hadith” adalah َيفاضإبكرم gabungan dua kata nama iaitu al-Fiqh dan al-Hadith. Oleh kerana istilah hadith telah banyak dibincangkan dalam semua kitab ‘Ulum al-Hadith, maka penulis tidak akan menjelaskannya kerana memadai dengan huraian istilah fiqh sahaja. Setelah itu penulis akan merumuskan definisi fiqh al-hadith.

1- Konsep Fiqh Dan Kandungannya

1- Fiqh pada bahasa sebagaimana yang disebutkan dalam Lisan al-‘Arab ialah mengetahui sesuatu dan memahaminya. Ibn al-Qayyim berkata: al-Fiqh itu lebih umum khusus daripada al-Fahm kerana fiqh ialah memahami maksud kata-kata orang yang bercakap. Al-Raghib al-Isfahani pula mentakrifkan dengan mengatakan, al-Fiqh ialah sampai kepada ilmu ghaib dengan ilmu syahid, dan fiqh itu lebih khusus daripada ilmu.

2- Fiqh dalam istilah pula: Di zaman awal Islam, fiqh dimaksudkan kepada seluruh hukum agama dan itu sebelum ilmu-ilmu terpisah antara satu sama lain. Apabila munculnya fenomena pengkhususan, fiqh menjadi satu istilah ilmiah yang dinamakan kepada hukum syarak amali yang berkaitan dengan ibadat, muamalat sahaja tidak termasuk aqidah dan kerohanian. Fiqh kemudian diungkapkan bagi menunjukkan kepada pengetahuan hukum syara’ yang praktikal yang diperolehi daripada dalil -dalilnya yang terperinci.

Kedua : Fiqh Al-Hadith Dari Sudut Istilah

Daripada penjelasan dan analisis tadi, jelaslah bahawa fiqh al-Hadith ialah pemahaman yang mendalam terhadap hadith-hadith Rasulullah s.a.w. dengan melihat kepada tabiat tindak tanduk Rasulullah s.a.w.

dan keadaan orang yang menerimanya dari segi konteks masa dan lingkungan tempat.

Huraian Ta’rif:

Maksud pemahaman yang mendalam ialah mengawal daripada terburu-buru ketika melihat nas hadith Rasulullah s.a.w. dengan sebab mengabaikan syarat-syarat renungan yang diakui oleh ulama’

terutamanya ulama’ Usul al-Fiqh dan Maqasid al-Syari’ah.

(3)

Maksud dengan melihat kepada sifat tindak tanduk Rasululla h s.a.w. ialah dalam tindak tanduknya, Rasulullah s.a.w. tidak hanya dalam tabiat dan sifat yang sama, bahkan beliau bertindak sebagai mubaligh, penyampai risalah Islam atau tidak. Ini bererti Baginda mempunyai beberapa kedudukan yang berbeza, sama ada bertindak berdasarkan sifat manusia biasa atau sebagai ketua negara atau mufti atau qadhi.

Ringkasnya dapat disimpulkan sebagaimana berikut:- 1- Bertindak sebagai mubaligh (penyampai risalah).

2- Bertindak bukan dengan sifat mubaligh, di sini ada beberapa kea daan:

a) Bertindak sebagai Imam, ketua negara.

b) Bertindak dengan sifat manusia biasa, (jibillah/secara semula jadi).

c) Bertindak sebagai mufti.

d) Bertindak sebagai qadhi.

Maksud ungkapan keadaan orang yang menerimanya menurut konteks masa dan lingkungan tempat ialah mengaitkan kefahaman dengan melihat kepada keadaan orang yang menerima dalam konteks masa dan tempat iaitu dari segi:

1. Melihat kepada kedudukan orang yang menerima (hadith) dalam Islam. Adakah dia seorang baru memeluk Islam atau dari kalangan mereka yang telah lama memeluk Islam, sehingga Allah s.w.t. membezakan antara mereka yang memeluk Islam sebelum pembukaan kota Mekah dan selepasnya,

Allah s.w.t. berfirman:

يِوَتْسَي ََلّ

َْمُكْنِم

َْنَم

ََقَفْنَأ

َْنِم

َِلْبَق

َِحْتَفْلا

َلَتاَقَو

ََكِئَلوُأ

َُمَظْعَأ

ًَةَجَرَد

ََنِم

ََنيِذَّلا اوُقَفْنَأ

َْنِم

ُدْعَب اوُلَتاَقَو

ًَلاُكَو

َدَعَو

ََُّاللّ

َىَنْسُحْلا

ََُّاللَّو اَمِب

ََنوُلَمْعَت

َ ريِبَخ

“Tidaklah sama di antara kamu, orang-orang yang membelanjakan hartanya serta turut berperang sebelum kemenangan (Nabi menguasai Makkah). Mereka itu lebih besar darjatnya daripada orang -orang yang membelanjakan hartanya serta turut berperang sesudah itu. dan tiap-tiap satu puak dari keduanya, Allah janjikan (balasan) yang sebaik-baiknya. Dan (ingatlah), Allah Maha mendalam pengetahuannya akan apa yang kamu kerjakan”. (Surah al-Hadid, Ayat 10)

Allah s.w.t. berfirman :

ْدَقَل

ََي ِضَر

ََُّاللّ

َِنَع

ََنيِن ِمْؤُمْلا

َْذِإ

ََكَنوُعِياَبُي

ََتْحَت

ِةَرَجَّشلا

ََمِلَعَف اَم

َْمِهِبوُلُق َيِف

َل َزْنَأَف

ََةَنيِكَّسلا

َْمِهْيَلَع

َْمُهَباَثَأَو اًحْتَف اًبي ِرَق

“Demi sesungguhnya! Allah redha akan orang-orang yang beriman, ketika mereka memberikan pengakuan taat setia kepadamu (Wahai Muhammad) di bawah naungan pohon (yang termaklum di Hudaibiyah);

maka (dengan itu) ternyata apa yang sedia diketahui-Nya tentang (kebenaran iman dan taat setia) yang ada dalam hati mereka, lalu ia menurunkan semangat tenang tenteram kepada mereka, dan m embalas mereka dengan kemenangan yang dekat masa datangnya”. (Surah al-Fath, Ayat 18)

Rasulullah s.a.w. bersabda tentang kelebihan generasi pertama sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad daripada ‘Umar bin Maimun katanya:

َلاَق

َ يِبَن

ِ َّاللّ

َىَّلَص

ََُّاللّ

ِهْيَلَع

ََمَّلَسَو

ََرَمُعِل

ََني ِح

َلاَق

َْنَذْئا

َْب ِرْضَ ْلَْف َيِل

ُهَقُنُع

َلاَق

ََتْنُكَوَأ

ًَلاِعاَف اَمَو

ََكي ِرْدُي

َّلَعَل

َََّاللّ

ََعَلَّطاْدَق

َىَلِإ

َِلْهَأ

َ رْدَب

َلاَقَف اوُلَمْعا اَم

َْمُتْئِش

Rasulullah s.a.w. bersabda kepada ‘Umar ketika beliau berkata izinkan saya memanggal kepalanya.

Baginda menjawab: “Adakah kamu berbuat demikian? Tahukah kamu, boleh jadi, Allah telah memaafkan ahli Badar.” Baginda bersabda lagi: “Buatlah apa yang kamu mahu”.

Mengambil kira situasi masa dan tempat yang terbit padanya kata-kata atau perbuatan Rasulullah s.a.w kerana tidak dapat dibayangkan terbitnya sesuatu daripada Rasulullah s.a.w tanpa muqaddimah dan sebab yang terdahulu selain dari yang sememangnya disyariatkan daripada awal lagi.

(4)

Walaupun pandangan ini boleh dipertikaikan kerana bertentangan hadith Rasulullah s.a.w. sendiri yang diriwayatkan oleh Imam Muslim:

َْنَع

َِنْبا باَهِش

َْنَع

َِرِماَع

َِنْب دْعَس

َْنَع

ِهيِبَأ

َلاَق

َلاَق

ُلوُسَر

ِ َّاللّ

َىَّلَص

ََُّاللّ

ِهْيَلَع

ََمَّلَسَو

ََّنِإ

ََمَظْعَأ

ََني ِمِلْسُمْلا

ََني ِمِلْسُمْلا َيِف اًمْرُج

َْنَم

َلَأَس

َْنَع

َ ء ْيَش

َْمَل

َْمَّرَحُي

َىَلَع

ََني ِمِلْسُمْلا

ََم ِ رُحَف

َْمِهْيَلَع

َْنِم

َِل ْجَأ

ِهِتَلَأْسَم

Daripada al-Zuhri daripada ‘Amir bin Sa’ad daripada bapanya katanya Rasulullah s.a.w bersabda :

“Kesalahan terbesar yang dilakukan oleh seorang Islam kepada orang -orang Islam ialah orang yang bertanya tentang suatu perkara yang tidak diharamkan kepada mereka, lalu ia diharamkan kerana pertanyaannya”.

Tetapi apa yang menjadi perhatian ialah orang yang bertanya itu hampir menjadi sebab kepada difardhukan sesuatu perkara.

Kepentingan Fiqh Al-Hadith Dan Kaedah-kaedahnya Di Sisi Sebahagian Ulama’

Pertama: Kepentingan Fiqh al-Hadith

Pemahaman terhadap nas-nas hadith diakui sebagai peringkat pertama dalam interaksi yang sahih dengannya. Hadith merupakan sumber yang kedua bagi hukum -hukum syarak, sumber bagi memahami perbuatan yang mempunyai kaitan dengan hukum dan sumber kepada cara yang diakui dalam menerapkan kefahaman ini pada tempatnya.

Sebagaimana yang diketahui, ijtihad dalam memahami nas bergantung kepada interaksi akal dengan nas - nas – dengan cara pengumpulan, kajian dan analisis – bagi mengetahui maksud dan kehendak Allah s.w.t.

dan Rasul-Nya, menyelidikinya untuk kesahihannya dan menyimpulkan hukum-hukum daripada nas-nas untuk dipraktikkan dalam situasi-situasi yang berbeza. Ini bersandarkan kepada asas-asas yang kesemuanya itu merujuk kepada ciri-ciri keistimewaan wahyu. Ibn al-Qayyim berkata: “Kefahaman yang sahih dan matlamat yang baik merupakan sebesar-besar nikmat yang dikurniakan Allah s.w.t. kepada hamba-Nya. Bahkan tidak ada pemberian selepas nikmat Islam yang lebih utama dan lebih mulia daripadanya dan kedua-dua perkara ini merupakan sendi Islam dan di atasnya Islam tertegak. Dengan kedua perkara ini, seorang hamba terselamat daripada mengikut jalan orang -orang yang dimurkai Allah s.w.t. yang rosak niat mereka dan jejak langkah golongan sesat yang rosak fahaman mereka. Maka dia termasuk dalam kalangan orang-orang yang mendapat nikmat daripada Allah s.w.t. yang mempunyai kefahaman dan niat yang baik. Merekalah ahli jalan lurus yang Allah s.w.t. menyuruh kita meminta supaya diberi hidayat dan ditunjukkan jalan mereka dalam setiap sembahyang. Kefahaman yang sahih adalah nur yang dicampakkan Allah s.w.t. dalam hati hamba. Dengannya, seorang hamba dapat membezakan antara sahih dan fasid, hak dan batil, pe tunjuk dan kesesatan. Ia menolongnya memp erolehi niat yang baik, mencari-cari kebenaran dan ketaqwaan kepada Allah s.w.t. dalam keadaan terang dan tersembunyi serta memutuskan dirinya daripada mengikuti hawa nafsu, mengutamakan dunia, mencari pujian makhluk dan meninggalkan ketakwaan.

Kedua : Kaedah-kaedah Sebahagian Ulama’ Dalam Memahami Hadith

Ijtihad dalam memahami hadith tidak bertujuan untuk mengetahui hukum -hukum perbuatan tertentu yang berlaku, tetapi bertujuan untuk menyimpulkan hukum -hukum umum dan mutlak bagi jenis-jenis perbuatan. Ini berdasarkan kaedah-kaedah deduksi hukum yang diakui antaranya,

1. Menjaga kaedah bahasa Arab dalam pengungkapan kerana hadith datang dengan bahasa Arab yang jelas. Para ulama’ usul fiqh telah meletakkan beberapa kaedah bahasa Arab bagi menentukan perkar a ini.

2. Mengambil faedah daripada konteks sejarah bagi peristiwa yang mengiringi kepada sebab kedatangan hadith. Begitu juga situasi psikologi, sosial dan pemikiran serta semua realiti Arab yang melingkungi umat Islam pada ketika itu.

3. Mengambil kira kesepaduan dalam “khithab” (wacana) Nabi s.a.w. Ini kerana hadith-hadith Nabi s.a.w.

datang mengikut situasi dan kesesuaian yang berbeza yang dialami oleh Nabi s.a.w. Hadith -hadith tersebut dalam kitab-kitab hadith, pada kebiasaannya tidak tersusun kesemuanya pada satu tempat sahaja. Bahkan khithab Rasulullah s.a.w. meliputi satu masalah yang sama tetapi dalam banyak tempat dengan konteks yang berbeza-beza.

(5)

Oleh itu, sebab kedatangan hadith dalam sesuatu peristiwa tertentu tidak dapat difahami kecuali dengan mengaitkan antara sanad-sanad hadith dan berinteraksi dengannya sebagai satu keseluruhan yang bersepadu.

4. Memahami hadith selaras dengan makna-makna yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w. daripada hadith yang dinyatakan Baginda dengan lafaz yang mengandungi hukum tertentu, fatwa atau keputusan kehakiman atau sebagai menyampaikan syariat. Ini dengan menguasai pengetahuan tentang sebab -sebab kedatangan hadith dan bergantung kepada kaedah-kaedah “Maqasid Syariah”.

5. Mengambil faedah daripada penemuan sains pada zaman moden yang terdiri daripada ilmu-ilmu yang diyakini, hukum-hukum alam, sunnatullah, psikologi dan sosiologi bagi memahami hadith. Ada pun pengetahuan yang bersifat “zanni” (spekulatif), iaitu hanya boleh dijadikan sokongan luar da lam mentarjihkan pelbagai andaian yang timbul tetapi bukan sebagai sandaran dan pegangan.

Referensi

Dokumen terkait

Ketidakmampuan manusia dalam menjalankan kehidupan sehari- hari akan mendorong manusia untuk selalu mengadakan hubungan timbal balik dengan sesamanya serta bertujuan

Petani trampil meramu bahan pemikat dari tumbuhan aromatik sehingga komposisi bahan tersebut mempunyai efektivitas yang tinggi dalam memikat lalat buah,

Hal ini juga membuktikan bahwa potensi Pajak Reklame yang dapat diraih kota Bandung sebagai salah satu sumber Pendapatan Asli Daerah (PAD) masih belum optimal karena masih banyak

Mengahadapi tingginya persepsi konsumen terhadap risiko merek, maka pemasar dapat melakukan upaya- upaya untuk mengurangi bahkan memperbaiki citra toko atau merek karena

KUHP Pasal 286 KUHP Pasal 286 : Persetubuhan dengan : Persetubuhan dengan seorang perempuan dalam keadaan pingsan seorang perempuan dalam keadaan pingsan atau tak berdaya.. atau

Selama proses integrasi, assessor penilai harus menyampaikan informasi yang ia peroleh sehubungan dengan suatu Dimensi/kompetensi tertentu serta tidak menyampaikan informasi lain

Informasi terkait adanya penambahan informasi terbuka pada Daftar Informasi Publik (Kepala) Sub Bagian Umum dan Kepegawaian (Kepala) Sub Bagian Umum dan Kepegawaian Maret

Teknik pengumpulan data yang dilakukan dalam penelitian ini terdiri dari pemberian worksheet untuk mengukur kemampuan siswa dalam menerima dan mengolah informasi