Perubahan Dalam Penjenamaan Semula Tingkatan Enam NurulHafiza Binti Barkhia
Dr. Mohamed Yusoff bin Mohd Nor
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
__________________________________________________________________________________ Abstrak
Kertas ini bertujuan membincangkan perubahan penjenamaan semula tingkatan enam terutama kepada guru-guru akademik dan pelajar tingkatan enam. Berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025), penjenamaan semula institusi tingkatan enam antara inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memantapkan pendidikan tingkatan enam melalui peningkatan imej, sistem dan kualiti pendidikan setanding dengan prauniversiti, kolej-kolej matrikulasi dan pusat-pusat asasi sains di Malaysia. Penubuhan pusat-pusat tingkatan enam mengikut mod membawa kepada pengurusan pentadbiran yang baharu. Guru penolong kanan tingkatan enam menjadi pentadbir yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam pengurusan pentadbiran, kurikulum, hal ehwal murid, dan kokurikulum bagi pusat tingkatan enam mod satu, manakala mod dua dan mod tiga guru penolong kanan tingkatan enam masih di bawah pentadbiran pengetua di sekolah yang mempunyai arus perdana. Model Hayes dijadikan panduan untuk melihat perubahan yang berlaku dalam struktur pentadbiran tingkatan enam berdasarkan penjenamaan semula namun begitu, konteks penjenamaan semula yang terbahagi kepada lima fokus utama iaitu perubahan dalam pengurusan dan pentadbiran, mod pengajaran dan pembelajaran, kurikulum, info dan infrastruktur serta imej dan anjakan minda menimbulkan pelbagai isu dan kekangan kepada guru-guru dan para pelajar. Implikasi kepada perubahan yang berlaku ini akan memberi kesan kepada guru sedangkan tumpuan sebenar mereka adalah untuk menghasilkan pelajar yang berkualiti dan mempunyai modal insan tinggi. Langkah-langkah mengatasi permasalahan yang timbul harus ditekankan terutama pihak yang terlibat agar entiti dalam penjenamaan semula tingkatan enam ini dapat merasai perubahan yang diharapkan seterusnya dapat meningkatkan prestasi institusi tingkatan enam sejajar dengan hasrat kerajaan. Kata kunci : Mod, Penjenamaan Semula, PPPM (2013-2025), STPM Modular, Tingkatan Enam __________________________________________________________________________________ 1.0 PENGENALAN
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) merupakan peringkat pembelajaran selepas murid tingkatan Lima tamat belajar di peringkat SPM. Kemasukan pelajar di tingkatan enam menjadi alternatif untuk mereka yang mempunyai cita-cita dalam bidang atau profesion kerjaya yang akan dipilih kelak (Abdul Hakim, 2006). Melalui penjenamaan semula struktur pentadbiran tingkatan enam yang dilaksanakan pada tahun 2012 secara berperingkat di semua sekolah yang mempunyai tingkatan enam mengikut sistem penggal iaitu penggal 1, penggal 2 dan penggal 3 (Azhar, 2012 ; Tang & Tham, 2014). Melalui penjenamaan semula ini, sistem peperiksaan STPM terminal juga berubah kepada sistem STPM modular iaitu komponen penilaian berasaskan kurikulum yang merangkumi amalan peperiksaan biasa, projek sekolah, kerja amali dan ujian berasaskan sistem peperiksaan open book (KPM, 2008). Transformasi pendidikan melalui pelaksanaan sistem pentaksiran baharu STPM dilaksanakan bertujuan untuk menarik lebih ramai pelajar kerana jumlahnya semakin berkurangan tahun demi tahun (Allimudin, 2012).
Penjenamaan semula institusi tingkatan enam antara inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menganjak persekitaran pembelajaran dan memantapkan pendidikan tingkatan enam melalui peningkatan imej, sistem dan kualiti pendidikan setanding dengan pra
yang menyatakan bahawa penjenamaan semula struktur pentadbiran tingkatan enam dapat mengurangkan jurang pelajar luar bandar dengan pelajar bandar dan perubahan dalam sistem STPM terminal yang dahulunya berasaskan satu sistem peperiksaan akhir kepada sistem Modular yang menguji pelajar dalam sistem peperiksaan penggal secara berterusan lebih berkesan (Mohd Noh, 2015). Penubuhan pusat-pusat tingkatan enam dibahagikan kepada tiga mod membawa kepada pengurusan pentadbiran yang baharu.
Guru penolong kanan tingkatan enam menjadi pentadbir yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam pengurusan pentadbiran, kurikulum, hal ehwal murid, dan kokurikulum bagi pusat tingkatan enam mod satu, manakala mod dua dan mod tiga guru penolong kanan tingkatan enam masih di bawah pentadbiran pengetua di sekolah yang mempunyai arus perdana. Namun, pelajar tingkatan enam diletakkan di bangunan berasingan dengan pelajar arus perdana (Hamidah, 2013). Bagi merealisasikan hasrat kerajaan untuk mempertingkatkan lagi sistem pendidikan tingkatan enam, guru-guru terlatih dan berkemahiran diperlukan kerana akan memberi impak jangka panjang kepada karier pelajar pada masa hadapan. Guru-guru tingkatan enam mampu membuat anjakan dengan berkeyakinan, memahami secara keseluruhan terhadap konsep pemerkasaan tingkatan enam, menghadiri kursus untuk meningkatkan kemahiran sedia ada, mempunyai komitmen yang tinggi dan dilantik menjadi guru tingkatan enam yang tetap.
1.1 Latar belakang perlaksanaan STPM Modular
Pada tahun 2006, perlaksanaan sistem pentaksiran baharu STPM Modular mula dirangka melalui penubuhan jawatankuasa antara Lembaga Pengelola Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) bersama dengan KPM dan menteri terlibat. Peringkat perlaksanaan ditunjukkan seperti rajah di bawah;
7 Mac 2006
Mesyuarat Lembaga Pengelola Majlis Peperiksaan Malaysia ke-105. (Bersetuju melaksanakan sistem
pentaksiran baharu)
23 Januari 2007
Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan KPM
(YB Menteri ketika itu, bersetuju STPM baharu dilaksanakan dan pelaksanaannya
bermula dengan ujian rintis di sekolah ‘cluster’)
7 Mac 2007 Perbincangan antara
YB Menteri dengan Ketua Eksekutif (YB Menteri bersetuju pelaksanaan tanpa ujian
rintis)
8 Mac 2011
(YAB Menteri secara rasmi telah bersetuju dengan rancangan
untuk melaksanakan sistem pentaksiran baharu STPM mulai
pengambilan sesi 2012/2013) 24 Mac 2011
(YAB memaklumkan Dewan Rakyat tentang sistem pentaksiran baharu STPM akan dilaksanakan pada tahun
2012 menggantikan sistem peperiksaan sedia ada) 4 Januari 2012
Mesyuarat Jemaah Menteri (MJM)
(Bersetujumeluluskan pelaksanaan sistem pentaksiran baharu STPM
mulai pengambilan sesi 2012/2013)
Mengekalkan Perubahan Sustain Change Melaksanakan dan Mengkaji
Semula
Implement and Review Perancangan
Plan Diagnosis
Mengenal pasti dan permulaan Recognition and start
Januari 2012: Taklimat pengenalan tentang pentaksiran baharu STPM kepada semua pihak telibat .
Februari 2012 : Muat naik pemberitahuan MPM, Sukatan mata pelajaran, peraturan pemarkahan, Panduan PBS.
Mac - Mei 2012 : Taklimat Sukatan Pelajaran di peringkat negeri & daerah
11 Jun 2012 : Perlaksanaan dan Pendaftaran pelajar tingkatan 6 (Sistem Semester)
1.2 Proses perlaksanaan sistem STPM Modular
Proses perlaksanaan sistem STPM Modular dilakukan di setiap peringkat dimulai dengan taklimat berkaitan bentuk pentaksiran baharu melalui sukatan mata pelajaran dan sistem semester bagi pelajar tingkatan enam seluruh Malaysia. Proses perlaksanaan sistem baharu ini seperti yang digambarkan oleh rajah di bawah;
Rajah 2: Proses perlaksanaan sistem STPM Modular 2.0 MODEL PERUBAHAN JOHN HAYES ( 2014 )
Sistem pendidikan yang diperbaharui melalui penjenamaan semula tingkatan enam melalui lima dimensi perubahan. Menurut Hayes (2014), dimensi perubahan di peringkat pertama untuk mengenal pasti sistem sedia ada dan permulaan kepada sistem tersebut. Dimensi kedua bertindak untuk membuat diagnosis kepada perubahan yang hendak dilaksanakan. Dimensi ketiga merupakan perancangan yang rapi untuk membentuk jawatankuasa, jenis perubahan dan bentuk perlaksanaan yang ingin dilakukan. Seterusnya, perlaksanaan serta kajian semula yang dilakukan dari semasa ke semasa serta di peringkat terakhir, perlaksanaan yang dilakukan sama ada perlu dikekalkan atau memerlukan penambah baikan. Penerangan berkaitan perubahan penjenamaan semula tingkatan enam digambarkan seperti dalam rajah 3;
Rajah 3 : Model Peringkat Perubahan Hayes, J ( 2014 )
Model perubahan yang telah ditulis oleh John Hayes (2014) dalam bukunya, The Theory and Practise of Change Management.
2.1 Mengenal pasti dan permulaan : Keperluan untuk berubah dan mulakan proses perubahan. 2.1.1 Berdasarkan PPPM 2013-2025, strategi yang dijalankan selama 13 tahun ini adalah bertujuan menaik taraf sistem pendidikan di Malaysia yang standing dengan negara maju. Sistem STPM modular ini juga menggantikan sistem Higher School Certificate ( HSC ) yang dilaksanakan sejak tahun 1982 bagi memastikan pelajar tingkatan enam yang lebih berdaya saing, cemerlang dalam akademik dan sahsiah (Sufean, 2004). Pihak kementerian juga mahu mengubah mentaliti masyarakat yang menganggap bahawa belajar di tingkatan enam tidak sehebat jika dibandingkan dengan melanjutkan pelajaran di matrikulasi, universiti awam dan universiti swasta di samping mewujudkan sistem pendidikan holistik. Keperluan untuk mengubah sistem STPM kepada bentuk baharu ini secara tidak langsung bertitik tolak berlakunya kemerosotan kemasukan ke tingkatan enam di sekolah sejak akhir-akhir ini. Langkah kementerian bertindak dalam penjenamaan semula tingkatan enam juga dipengaruhi oleh kehendak semasa dan persekitaran dengan mengikut sistem STPM berdasarkan sistem prauniversiti. Sebagai contoh, di Australia terdapat satu pusat pendidikan tingkatan enam yang dikenali sebagai South Australian Matriculation (SAM) yang menjalankan konsep yang sama seperti di peringkat universiti.
2.2 Diagnosis : Mengumpul dan menginterpretasi maklumat (Pembentukan visi yang dikehendaki)
2.2.1 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama semua pihak terbabit, termasuklah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Wakil Rakyat, Pengetua-pengetua, Sekolah-sekolah dan pelbagai pihak yang bertanggungjawab mengkaji semula STPM yang sedia ada (Terminal) dan membandingkan sistem STPM di negara lain seperti di India, Brunei dan Australia (KP:KP(BPSH-SPSM)303/01/(4),20-5-2009). Pengkajian dan penyelidikan melalui beberapa aspek seperti pengendalian, pengurusan, pentadbiran dan sistem penilaian peperiksaan. Selepas kajian dan penyelidikan dilakukan, mesyuarat dan perbincangan di peringkat lembaga MPM, KPM, Kementerian dan Dewan Rakyat (Rujuk Rajah 1).
2.3 Perancangan : Membentuk strategi implimentasi, kajian, tindakan, latihan & pembangunan, dan pengurusan prestasi.
2.3.1 Bagi membentuk dan mengimplimentasikan kajian, tindakan dan latihan pembangunan di peringkat perlaksanaan, perlu melalui proses berikut ;
Melantik
Guru-guru Akademik
Tingkatan Enam
Memberikan
taklimat/Latihan/Kursu
s kepada semua pihak
terlibat
(KPM,MPM,BPSH,PP
D,
Pengetua,Pentadbir,gur
u)
Mengasingkan
pentadbiran dan
bangunan tingkatan
enam daripada arus
Perdana
Penambahbaikan
Sukatan
Pelajaran
Menambahbaik
sistem Pentaksiran
STPM baharu
Rajah 4 : Proses implimentasi dan latihan pembangunan di peringkat perlaksanaan. 2.4 Perlaksanaan : Mengkaji dan melaksanakan dengan betul.
2.4.1 Melalui penjenamaan semula tingkatan enam, perlaksanaan sistem pentaksiran STPM yang baharu perlu dilihat daripada pelbagai aspek iaitu berkaitan dengan sukatan mata pelajaran yang perlu ditambah baik kerana perlaksanaan tempoh pembelajaran satu tahun setengah masih diteruskan, namun mengikut sistem penggal (penggal 1, penggal 2 dan penggal 3). Jadual pengajaran dan pembelajaran (pdp) untuk pelajar tingkatan enam mengikut jadual sistem pengkuliahan seperti di universiti-universiti awam dan peperiksaan serta penilaian yang akan dilaksanakan pada hujung setiap penggal (semester). Kerja kursus, penyelidikan, kokurikulum serta tugasan dalam perubahan penjenamaan semula ini juga dilaksanakan dan ditambah baik dari semasa ke semasa (KP (BS-MEN) 303/01/03(2).10-4-2009).
2.5 Mengekalkan perubahan : Menyebarkan perubahan yang dilakukan
2.5.1 Selepas perlaksanaan dijalankan, perubahan dalam penjenamaan semula dilakukan bagi sistem STPM modular ini dikekalkan, namun pada masa yang sama perubahan perlu dijalankan mengikut persekitaran dan situasi semasa. Untuk mengekalkan sistem ini dan sekaligus menambah baik, pemantauan dan penjaminan kualiti pada awalnya dikenali sebagai Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dilakukan. Namun begitu, PBS ini ditukar kepada tugasan kerja kursus bagi mengurangkan tekanan kepada pelajar tingkatan enam bagi membezakan tugasan yang dilaksanakan mereka berbeza dengan murid tingkatan tiga melalui PBS dalam penilaian Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3). Melalui penilaian kerja kursus ini, pegawai Nazir yang dialntik daripada kementerian atau pun JPN serta PPD sentiasa membuat pemantauan untuk memastikan proses penilaian berjalan lancar di sekolah-sekolah. Di samping itu juga, guru-guru akademik tingkatan enam dan pentadbir disuntik dengan latihan kemahiran, taklimat, bengkel dan kursus untuk menambah kecekapan mereka dalam pengurusan pdp dan pentadbiran di sekolah. Pihak atasan seperti KPM dan MPM juga menjalankan penambah baikan dari semasa ke semasa.
3.0 FOKUS PENJENAMAAN SEMULA SISTEM STPM BAHARU (MODULAR)
Bagi membentuk jenis perlaksanaan baharu dalam penjenamaan semula tingkatan enam, terdapat lima fokus utama yang ditekankan. Kelima-lima fokus ini berdasarkan perancangan dan kajian yang dilakukan pihak KPM dan MPM bagi memastikan pelajar dan guru-guru akademik tingkatan enam
FOKUS PENJENAMAA N SEMULA TINGKATAN ENAM Info & Infrastruktur
Kurikulum Mod PdP AnjakanImej &
Minda
Pengurusan & Pentadbiran
memahami serta menjadi ejen kepada perubahan. Penerangan berkaitan lima fokus perubahan tingkatan enam seperti berikut;
Rajah 5 : Fokus Penjenamaan Semula Tingkatan Enam 3.1 Perubahan dalam mod pdp
3.1.1 Dalam sistem STPM terminal yang terdahulu, pelajar tingkatan enam perlu menduduki peperiksaan akhir selepas setahun setengah berada di bangku tingkatan enam, iaitu enam bulan di tingkatan enam rendah dan setahun (pada tahun berikut) di tingkatan enam atas. Namun, melalui penjenamaan semula tingkatan enam, pelajar perlu melalui tiga semester atau dipanggil sistem penggal dan setiap penggal pelajar perlu menduduki peperiksaan STPM. Markah atau gred (CGPA) bagi setiap semester akan dikumpulkan dan dikira purata selepas pelajar selesai menduduki peperiksaan penggal tiga. Waktu pdp mengikut sistem di universiti iaitu secara jam kredit dan pendekatan pdp juga mengikut standard di universiti-universiti awam.
3.2 Perubahan dalam pengurusan dan pentadbiran
3.2.1 Melalui sistem STPM terminal, pengurusan dan pentadbiran tingkatan enam dijalankan di dalam pentadbiran sekolah yang sama. Ini bermakna, pelajar tingkatan enam berada di bawah satu bumbung dan berkongsi kemudahan dan infrastruktur bersama-sama dengan pelajar arus perdana iaitu dari tingkatan satu hingga lima. Guru yang mengajar tingkatan enam juga hanya dilantik sebagai guru akademik tingkatan enam yang bermula pada tahun 2009 tetapi masih mengajar di kelas-kelas arus perdana. Setelah sistem modular dilaksanakan, jawatan guru akademik tingkatan enam diasingkan dan hanya khusus mengajar di kelas-kelas tingkatan enam sahaja.
Pengenalan struktur baharu dalam pengurusan pentadbiran diperkenalkan dengan perlantikan Guru Penolong Kanan Tingkatan Enam yang menjadi pentadbir di peringkat tingkatan enam. Pihak kementerian juga berusaha untuk membina laluan kerjaya dan pergerakan gaji baharu kepada guru akademik dan menyediakan peralatan sekolah yang lengkap seperti projektor di dalam kelas bagi kemudahan dan keselesaan para guru dan pelajar. Di PPD pula, unit tingkatan enam ditubuhkan dan peranan unit ini adalah untuk mempromosikan tingkatan enam kepada ibu bapa dan pelajar melalui KPM di samping menjalankan tugas-tugas pengurusan berkaitan dengan tingkatan enam di peringkat daerah secara amnya.
3.3 Perubahan Info & Infrastruktur
3.3.1 Pusat pembelajaran, pentadbiran dan kemudahan yang sama terpaksa dikongsi bersama dengan pelajar arus perdana melalui sistem terminal. Namun, pendekatan dalam sistem modular
Rajah 6 : Modul sekolah tingkatan enam mengikut mod 3.4 Perubahan Imej dan Anjakan Minda
3.4.1 Sebelum penjenamaan semula dilaksanakan, pelajar tingkatan enam perlu memakai uniform sekolah mengikut peraturan dan ketetapan yang disediakan oleh KPM dan sekolah masing-masing. Bermula pada tahun 2015, pelajar tingkatan enam diberi kebebasan untuk berpakaian kasual dan tidak perlu memakai uniform lagi ke sekolah. Namun begitu, etika pakaian ke sekolah telah ditetapkan agar pelajar berpakaian sopan dan masih lagi terikat dengan peraturan dan undang-undang di sekolah. Bantuan biasiswa yayasan negeri berterusan untuk meringankan beban pelajar dan melalui penjenamaan semula tingkatan enam, KPM menambah baik bantuan kepada pelajar melalui bantuan in-kind atau elaun bulanan kepada pelajar yang layak dan pada masa yang sama bantuan biasiswa yayasan negeri juga diteruskan. Imej pelajar tingkatan enam juga mampu meningkat melalui sistem baharu ini dan keboleh pasaran pelajar di dalam dan luar negara.
3.5 Perubahan Kurikulum
3.5.1 Mata pelajaran yang ditawarkan dalam kurikulum sedia ada berjumlah 23 mata pelajaran yang merangkumi mata pelajaran bidang sains dan sastera. Bagi setiap mata pelajaran melalui sistem terminal mengandungi dua kertas soalan dan guru juga dibahagikan kepada dua. Contohnya, mata pelajaran Pengajian Am 1 dan Pengajian Am 2 diasingkan skop silibus dan guru yang berlainan. Berbeza dengan sistem STPM modular, guru setiap mata pelajaran merupakan guru yang sama dan kertas peperiksaan hanya satu kertas dan ditambah dengan tugasan kerja kursus yang dinilai secara kumulatif bersama dengan kertas peperiksaan STPM.
Merujuk kepada gelombang pertama (PPPM 2013-2025), semakan mata pelajaran yang sedia ada dan Malaysian Universiti English Test (MUET) dijadikan mata pelajaran wajib dan pengenalan subjek-subjek gunaan juga mula ditawarkan seperti di Institut Pengajian Tinggi Awam dan swasta mula ditawarkan kepada pelajar tingkatan enam. Contoh subjek gunaan seperti, perkhidmatan perniagaan, agro-pertanian, elektrik & elektronik, pendidikan, minyak,gas & tenaga, penjagaan kesihatan, pelancongan dan sebagainya. Melalui gelombang kedua (PPPM 2013-2025), pengenalan mata pelajaran baharu selaras dengan hasrat kerajaan yang menginginkan pelajar tingkatan enam yang lebih proaktif, progresif serta dapat bersaing dengan pelajar dari universiti tempatan dan luar negara.
4.0 SOROTAN LITERATUR
Dalam kajian kualitatif yang dijalankan oleh Tang & Tham (2014) memerihalkan tengtang perubahan dan kesan penjenamaan semula tingkatan enam di sebuah sekolah di Pulau Pinang. Penyelidik membuat kajian berdasarkan pandangan guru terhadap kepuasan kerja berkaitan bebanan kerja guru, ganjaran yang diterima, melalui penyelidikan, kolokium yang dilaksanakan oleh pelajar dan guru, kekurangan-kekurangan yang wujud, cabaran dan harapan guru, serta perhubungan sosial antara guru-guru terhadap penjenamaan semula tingkatan enam. Hasil kajian penyelidik mendapati perubahan pentadbiran tingkatan enam mendapat respon positif daripada guru-guru dan mereka berpuas hati dapat mengajar tingkatan enam sepenuhnya dan tidak perlu mengajar arus perdana. Guru-guru juga berpendapat perubahan yang berlaku lebih mantap dan sistematik serta memberi peluang kepada guru untuk naik pangkat dengan cepat.
Namun, sesetengah guru merasakan bahawa pertambahan waktu dalam pdp tidak memberi impak yang positif serta tidak produktif. Selain itu juga, kerja atau tugas guru dalam penyelidikan, kolokium dan dokumentasi memberi bebanan kepada guru serta persediaan melalui STPM Modular lebih berat dan banyak. Sebilangan guru menyatakan bahawa, insentif dan ganjaran yang diberikan tidak memadai dengan beban yang ditanggung oleh mereka.Penyelidikan dan kolokium yang dijalankan juga akan bertambah baik jika prasarana yang disediakan cukup untuk pelajar. Guru-guru menganggap berlaku redundansi apabila perlaksanaan penyelidikan dan kolokium dalam STPM modular dijalankan sedangkan pelajar boleh belajar dalam setiap mata pelajaran yang diajar.
Nurazimah & Yusri (2013) dalam kajian bertajuk Implikasi Penjenamaan Semula Sekolah Menengah Vokasional (SMV) kepada Kolej Vokasional (KV) menyatakan bahawa, perubahan berkaitan kurikulum, sistem semester dan sijil kelayakan di Kolej Vokasional bertepatan dengan kehendak pasaran kerja semasa di Malaysia. Melalui empat standard kurikulum yang baharu iaitu, kandungan kursus, jumlah jam kredit, standard pembelajaran dan prestasi pelajar sepanjang pembelajaran mereka. Sistem semester yang diguna pakai memberi suasana pembelajaran dan persekitaran yang baharu kepada pelajar yang menuntut di KV di samping penilaian mengikut semester membantu pelajar meningkatkan prestasi pelajar dari semasa ke semasa. Sijil kelayakan yang diperolehi juga memberi kelebihan kepada pelajar KV dalam pasaran kerja kerana berdasarkan kemahiran teknikal, kemahiran insaniah, kokurikulum, projek serta pengalaman bekerja semasa menjalankan praktikal dalam industri.
Walaupun sistem STPM baharu dengan perubahan dalam sistem pembelajaran dan pengajaran di KV mempunyai perbezaan, namun setiap pembaharuan yang dibuat melalui perlaksanaannya dapat memberi peluang kepada pelajar secara holistik untuk menunjukkan kemampuan mereka memperbaiki keputusan yang diperoleh pada setiap penggal pada masa yang sama bersaing secara sihat dalam keboleh pasaran bekerja. Kerja kursus atau pun projek yang dijalankan dapat meningkatkan kemahiran insaniah kepada pelajar tingkatan enam dan pelajar KV secara keseluruhannya.
5.0 ISU DAN MASALAH PENJENAMAAN SEMULA
Penjenamaan semula merupakan sistem pendidikan tingkatan enam yang ditambah baik daripada sistem pendidikan sedia ada. Namun begitu, terdapat isu dan masalah apabila terdapat guru-guru yang masih belum jelas dengan perubahan yang berlaku. Pihak pentadbiran sekolah kurang memainkan peranan memberi penjelasan serta taklimat berkaitan penjenamaan semula ini. Jawatan guru tingkatan enam yang dikatakan berlaku ketirisan. Guru yang baharu mengajar telah dilantik menjadi guru akademik tingkatan enam menimbulkan ketidak puashatian di kalangan guru yang sudah lama mengajar. Begitu juga dengan guru yang sudah lama mengajar tingkatan enam, tetapi tidak dilantik seterusnya menjadi kebimbangan dan kerisauan struktur jawatan guru akademik tingkatan enam yang
kurikulum serta pertambahan waktu dalam pengajaran dan pembelajaran membebankan para guru dan pelajar.
Ibu bapa dan pelajar tidak begitu memahami sistem STPM Modular ini secara khusus. Melalui sistem baharu ini juga pelajar tingkatan enam merasakan satu beban apabila setiap penggal mereka perlu melaksanakan kerja kursus, kajian lapangan, eksprimen makmal di samping menjalani proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Langkah kementerian untuk mengubah struktur dan infrastruktur di bangunan tingkatan enam juga tidak dapat dilaksanakan dengan jayanya apabila suasana pembelajaran yang tidak kondusif membantutkan motivasi para pelajar yang inginkan suasana pembelajaran seperti di universiti. Kebanyakan sekolah yang berada dalam mod dua dan mod tiga masih menjalankan pengajaran dan pembelajaran konvensional dengan menggunakan kaedah chalk and talk kerana tidak dibekalkan LCD dan projektor. Apabila kod etika pemakaian dilonggarkan bermula tahun 2015, masalah yang dihadapi pihak sekolah dan para guru adalah pelajar tingkatan enam yang mempunyai masalah disiplin. Para pelajar sering hadir lewat ke sekolah dan berpakaian tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan pihak kementerian dan pihak sekolah. Hal ini akan menimbulkan masalah di peringkat sekolah dan imej pelajar tingkatan enam itu sendiri.
6.0 IMPLIKASI SISTEM STPM MODULAR
Perlaksanaan penjenamaan semula telah memberi implikasi terhadap perubahan dalam jawatan guru tingkatan enam yang menyerupai jawatan yang disandang oleh pensyarah cemerlang di matrikulasi dan Instititut Pendidikan Guru (IPG). Guru-guru akademik tingkatan enam mendapat faedah kenaikan gaji dan red yang lebih baik berdasarkan tempoh perkhidmatan mereka. Peluang yang lebih besar kepada guru akademik tingkatan enam untuk mencapai gred yang lebih baik mengikut pencapaian semasa dan cemerlang. Melalui sistem ini juga, pihak kementerian pendidikan mengharapkan berdasarkan silibus yang dibahagikan mengikut penggal dapat mengurangkan beban pelajar. Di samping itu juga, implikasi terhadap kesukaran guru untuk melaksanakan pengajaran dan pelajaran dalam bentuk kuliah dan tutorial seperti di universiti kerana berlaku kekangan tempat dan penggunaan kos yang tinggi. Namun begitu, sistem ini juga menjadikan harapan untuk meningkatkan taraf pelajar lepasan STPM mengikut taraf A-Level, matrikulasi dan prauniversiti di IPTA tempatan serta meningkatkan kualiti dan kuantiti dalam keboleh pasaran kerja serta diiktiraf negara antarabangsa. 7.0 CADANGAN
Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia perlu bekerjasama dengan lebih erat dengan semua pihak termasuk badan-badan bukan kerajaan, ibu bapa dan PIBG di sekolah untuk menarik minat pelajar-pelajar selepas SPM untuk menyambung pelajar-pelajaran di tingkatan enam terutama di sekolah-sekolah yang menempatkan pelajar tingkatan enam. Isu pelantikan guru akademik tingkatan enam juga perlu diambil kira oleh KPM dan JPN untuk diselesaikan kerana dapat memberikan motivasi yang tinggi seterusnya dapat meningkatkan prestasi guru terbabit. Agihan tugas antara guru akademik tingkatan enam seharusnya dipisahkan terus daripada sistem sekolah arus perdana kerana dikhuatiri membebankan guru yang terlibat. Pihak sekolah melalui pelantikan penolong kanan tingkatan enam seharusnya memberi autoriti untuk mentadbir dan mengurus pentadbiran tingkatan enam supaya pengurusan yang dilaksanakan lebih sistematik dan tidak mengelirukan guru. Tugas guru yang semakin banyak kerana perlu menyediakan penyelidikan individu atau kumpulan, terlibat dalam aktiviti kokurikulum, kerja kursus dan kolokium dan pada masa yang sama perlu menghabiskan silibus sebelum peperiksaan penggal bermula perlu dikaji semula. Beban berat yang perlu dipikul akan menyebabkan guru sentiasa merungut dan tidak ikhlas menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik.
Guru baharu yang dilantik menjadi guru akademik tingkatan enam diberi latihan khusus, menghadiri bengkel dan kemahiran mengikut keperluan silibus untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran guru di samping menjalankan sistem pentaksiran di sekolah dengan baik dan tersusun. Buku panduan atau dokumen bertulis yang ditulis dengan terperinci berkaitan perubahan, skop tugas dan fokus utama dalam penjenamaan semula tingkatan enam perlu diedarkan dan diberikan kepada guru-guru sebagai panduan. Pentadbir di sekolah perlu memberi ruang untuk guru bebas
silibus seperti dalam pengajaran arus perdana. Masalah disiplin pelajar tingkatan enam melalui etika pakaian perlu ditingkatkan dan pihak sekolah memberi autoriti kepada barisan pemimpin pelajar dalam membantu guru-guru menangani masalah disiplin di sekolah. Guru disiplin dan pihak pentadbir mencari penyelesaian agar pelajar tidak lagi mengulangi kesalahan yang sama dengan menyediakan kad matrik atau kad pelajar supaya guru dapat membezakan pelajar tingkatan enam di sekolah tersebut dengan pelawat yang memasuki kawasan sekolah.
8.0 KESIMPULAN
Perubahan dalam penjenamaan semula Sistem STPM modular yang telah diperkenalkan dan dilaksanakan pada tahun 2012 merupakan satu transformasi dalam pendidikan negara bertepatan dengan hasrat negara dalam PPPM (2013-2025). Perubahan demi perubahan yang dilakukan dapat menghasilkan sistem pendidikan yang lebih berkualiti setanding negara maju. Masalah dan cabaran yang dihadapi dalam perubahan yang telah dibuat dan pihak kementerian pendidikan perlu bekerjasama dengan MPM menangani isu ini supaya tidak menghalang kepada proses pemacuan sistem pendidikan STPM di Malaysia sekaligus dapat menghasilkan pelajar tingkatan enam yang mempunyai modal insan yang tinggi, berkemahiran dan mampu menghadapi cabaran masa hadapan. RUJUKAN
Abdul Hakim Mustor. 2006. Pendidikan Selepas SPM ( Edisi Kedua ): Siri Kaunseling. Selangor: PTS
Proffesional .
Allimuddin Mohd. Dom. “STPM baharu- mampukah menarik minat pelajar?” dlm. Utusan Malaysia, 20 Mac 2012.
Hayes, J. 2014. The Theory and Practise of Change Management ( 4th Edition ). London : Palgrave MacMillan.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2008). Pembangunan Pendidikan 2001-2010. KPM: Pusat Bandar Damansara, Kuala Lumpur.
Luwita Hana Randhawa et.al. Prof Datuk Dr Mohd Noh Dalimin :“STPM performance continues to improve under new format.” dlm. The star, 3 Mac 2015
Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ( Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah ). Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Muhyiddin :“ STPM 2014: Jurang pelajar luar bandar dan pelajar bandar dapat dikurangkan.” dlm. Bernama, 2 Mac 2015.
Sufean Hussin. 2004. Pendidikan Malaysia: Sejarah, Sistem dan Falsafah ( Edisi Kedua ). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Surat Pekeliling KPM: KP (BS-MEN) 303/01/03(2).10-4-2009 ) Garis Panduan Pengurusan Tingkatan Enam.
Surat Pekeliling KPM: KP(BPSH-SPSM) 303/01/(4).20-5-2009). Bidang Tugas Guru Akademik,Guru Kokurikulum & Guru Amali Tingkatan 6.
Tang Keow Ngang & Tham Yoke Mei. 2014. Penjenamaan Semula Sistem Pentadbiran Tingkatan Enam: Satu Kajian Kes. Jurnal Kepimpinan Pendidikan. 1 (1), 52-60.