• Tidak ada hasil yang ditemukan

iktibar kes arahan perubahan kerja tahun 2020

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "iktibar kes arahan perubahan kerja tahun 2020"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

IKTIBAR KES ARAHAN PERUBAHAN KERJA TAHUN 2020 JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA

Latar Belakang Kes Perubahan Kerja

Kes Permohonan Untuk Kelulusan Perubahan Kerja (KPK) No.1 – Pertambahan Kerja – kerja di kawasan Pond 1

Syarat-syarat

kontrak PWD Form JKR 203A (Rev. 1/2010) Permohonan KPK No. 1

Punca – punca

Perubahan Kerja Sistem Stormtrap merupakan komponen utama bagi projek ini dan ianya dilaksanakan di kawasan Pond 1.

Semasa peringkat peringkat pembinaan, didapati beberapa item yang diperlukan bagi pelaksanaan kerja ini yang tidak disenaraikan dalam Bills of Quantities (BQ) walaupun telah dinyatakan di dalam Lukisan. Ketinggalan item ini melibatkan kerja – kerja berikut :

a) 300mm diameter RC pipe outlet with flap gate (8m) b) 600mm diameter RC pipe inlet (5 nos)

c) 225mm diameter RC overflow pipe (3 nos)

d) 4 nos round culvert size 800mm diameter to be closed Disamping itu, terdapat juga isu berbangkit berkenaan soil bearing capacity di kawasan Pond 1 yang mana keperluan minimum 125kPa tidak dapat dicapai sebagaimana yang dinyatakan di dalam lukisan pembinaan. Oleh yang demikian, pindaan ke atas rekabentuk asal Pond 1 telah dibuat dan melibatkan pertambahan kerja – kerja tambakan hardcore/ crusher run bagi menambahkan kekuatan tanah di kawasan Pond 1.

Pertambahan kerja – kerja ini melibatkan pertambahan kos sebanyak RM568,364.30 iaitu 24.41% daripada harga asal kontrak.

Had Kuasa Jawatankuasa Arahan Perubahan Kerja

Permohonan KPK ini telah dibawa ke Jawatankuasa Arahan Perubahan Kerja di Peringkat Ketua Pengarah berdasarkan had kuasa berikut :

1. Harga asal kontrak ini tidak melebihi RM20.0 juta; dan 2. Jumlah keseluruhan KPK tambahan tidak melebihi 30%

(Rujukan kepada Surat Pekeliling JPS Bil. 13/2015) Keputusan

Jawatankuasa Arahan Perubahan Kerja JPS

Setelah meneliti penjelasan daripada pembentang, Jawatankuasa Arahan Perubahan Kerja bersetuju untuk meluluskan permohonan KPK ini. Wakil Bahagian juga telah mengesahkan bahawa peruntukan adalah mencukupi bagi melaksanakan KPK ini.

Iktibar Kes Antara punca bagi KPK ini adalah disebabkan ketinggalan antara lukisan dan BQ di mana dalam lukisan sesuatu item ada ditunjukkan tetapi dalam BQ tiada dinyatakan.

(2)

Memandangkan P.P. telah memutuskan bahawa item ini perlu dibuat dan melibatkan pertambahan kos, maka permohonan kepada Jawatankuasa Perubahan Kerja perlu dibuat dan arahan untuk melaksanakan kerja tersebut perlu dikeluarkan.

Jawatankuasa memandang serius terhadap perkara ini kerana :

i) Item – item yang tertinggal merupakan item – item yang norma dalam kerja yang dilaksanakan oleh JPS

ii) Kegagalan dalam mengenalpasti item – item yang terlibat di peringkat penyediaan BQ menyebabkan pertambahan kos projek dikemudian hari.

Oleh yang demikian, bagi mengelakkan kes yang sama berulang di masa hadapan, semakan yang lebih teliti ke atas BQ dan lukisan semasa peringkat penyediaan dokumen tender perlulah dilakukan.

INFO TAMBAHAN:

Bagi setiap permohonan kelulusan perubahan kerja, rujukan hendaklah dibuat kepada PK 2.3 – Mekanisme Kawalan Pengurusan Projek Pembangunan Fizikal Kerajaan Persekutuan. Dalam Perkara 3, PK 2.3 tersebut telah dinyatakan bahawa pemakaian Arahan Perbendaharaan (AP) 202 dan mana – mana peraturan berkaitan VO oleh Agensi hendaklah ditangguhkan kecuali keperluan VO dalam keadaan seperti berikut :

(i) Keperluan statut, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Pembekal Utiliti (seperti Tenaga Nasional Berhad, Telekom Malaysia, Jabatan Bekalan Air dan Indah Water Konsortium)

(ii) Bertujuan mengelakkan ancaman nyawa, kerosakan harta benda awam atau kerugian wang dan implikasi perundangan kepada Kerajaan; dan

(iii) Keperluan teknikal diperlukan untuk menyiapkan skop projek asal tertakluk kepada had nilai maksimum RM1 juta.

Sehubungan dengan itu, setiap permohonan KPK hendaklah mematuhi syarat dan dikategorikan mengikut Perkara 3, PK 2.3 terlebih dahulu sebelum dibawa untuk kelulusan Jawatankuasa Arahan Perubahan Kerja.

Ini boleh dilakukan dengan menyatakan dengan jelas di dalam justifikasi perubahan kerja supaya tidak berlaku kesilapan dalam menentukan had nilai bagi kelulusan oleh Jawatankuasa Arahan Perubahan Kerja.

Adalah diingatkan iktibar Perubahan Kerja ini hanyalah untuk rujukan dan panduan yang terhad dan khusus untuk warga JPS Malaysia sahaja dan tidak boleh dicetak atau dipaparkan kepada pihak umum dalam industri binaan.

Disediakan oleh:

Urus Setia Jawatankuasa Arahan Perubahan Kerja/Tambahan Kuantiti Sementara JPS Bahagian Ukur Bahan & Pengurusan Kontrak Ibu Pejabat JPS Malaysia 30 Disember 2020

Referensi

Dokumen terkait

Perubahan Rencana Kerja (Renja) Dinas Koperasi Usaha Kecil dan Menengah Provinsi Kepulauan Bangka Belitung Tahun 2020 ini disusun dengan tujuan agar

Sehubungan dengan hal tersebut, maka perlu disusun Perubahan Rencana Kerja Kelurahan Wates Tahun 2017, dengan mendasarkan pada Peraturan Bupati Kulon Progo Nomor 102 Tahun

2) Penyesuaian Rencana Kerja Badan Kesatuan Bangsa Dan Politik Kabupaten Malang Tahun 2020 dengan terbitnya Peraturan Menteri dalam Negeri Nomor 86 Tahun 2017

Menimbang : bahwa untuk lebih meningkatkan pemberian perlindungan kepada tenaga kerja yang tertimpa kecelakaan kerja, dipandang perlu untuk menambah jaminan kecelakaan

Perubahan Rencana Kerja (RENJA) sebagai dokumen Perencanaan Satuan Kerja Perangkat Daerah yang memuat kebijakan dan program / kegiatan dalam satu tahun dan sebagai acuan

Maksud dari penyusunan Perubahan Rencana Kerja ini adalah sebagai panduan dalam mengevaluasi pelaksanaan program / kegiatan tahun 2020, dan perencanaan program / kegiatan

REKAPITULASI RENCANA KERJA ANGGARAN PERUBAHAN BELANJA LANGSUNG MENURUT PROGRAM DAN KEGIATAN SATUAN KERJA PERANGKAT DAERAH. URAIAN BERTAMBAH/(BERKURANG) KODE

Rencana Kerja Badan Pengelolaan Keuangan dan Aset Daerah Kota Batam sebagai bahan dalam penyusunan usulan rencana kegiatan fasilitasi pembangunan yang bersumber dari anggaran APBD