• Tidak ada hasil yang ditemukan

Bagaimana memberi ceramah dalam bahasa Melayu dengan yakin Muhammad Ariff bin Ahmad. Copyright 1993 Muhammad Ariff bin Ahmad

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "Bagaimana memberi ceramah dalam bahasa Melayu dengan yakin Muhammad Ariff bin Ahmad. Copyright 1993 Muhammad Ariff bin Ahmad"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

Title Bagaimana memberi ceramah dalam bahasa Melayu dengan yakin Author Muhammad Ariff bin Ahmad

Copyright © 1993 Muhammad Ariff bin Ahmad

(2)

Seminar Untuk Sukarelawan & Pegawai Perpustakaan .di MENDAKI, Kee Sun Ave, Singapura 1545

pada'Sabtu: 20 November 1993 @ 14.30 - 17.30

[tajuk]

BAGAIMANA MEMBERI CERAMAH DALAM BAHASA MELA YU dengan yakin

Pendahuluan

01. Apabila saya diminta memberi ceramah dalam seminar ini dengan tajuk bagaimana memberi ceramah dalam bahasa Melayu dengan yakin, saya menghadapi dua masalah yang agak membingungkan, iaitu soal 'memberi ceramah' clan soal 'bahasa Melayu'. Sama ada saya dikehendaki membincangkan soal. bagaimana hendak memberi ceramah dengan yakin, ataukah soal bagaimana hendak menggunakan bahasa Melayu dengan yakin!

02. Memberi ceramah dan menggunakan bahasa Melayu adalah· dua hal yang berlainan. 'Memberi ceramah' adalah satu kemahiran yang dapat dilakukan seseorang berdasarkan ilmu pengetahuan serta teknik dan taktik yang berhubung dengan 'berceramah', manakala 'menggunakan bahasa Melayu' itu pula adalah satu kemahiran lain yang dapat dilakukan seseorang berdasarkan ilmu penge­

tahuannya tentang teori dan praktik bahasa itu serta mematuhi akan segala rukun dan syarat penggunaannya.

03. Melihat kepada kedua-dua masalah itu saya terfikir: sama· ada saya sedang dihadapkan dengan masalah penceramah-penceramah mahir yang mahu tahu bagaimana menggunakan bahasa Melayu, ataukah saya sedang dihadapkan dengan masalah ahli-ahli bahasa Melayu yang mahu tahu bagaimana hendak memberi ceramah?

04. Jika saya sedang dihadapkan dengan kumpulan pertama, iaitu dengan penceramah mahir yang cuma mahu. tahu bagaimana · menggunakan bahasa Melayu sebagai wahana penyampaian ceramahnya sahaja, maka penyelesaiannya akan saya lakukan dengan menasihati penceramah itu supaya\nempelajari selok­

belok bahasa Melayu sehingga dapat dia menguasai bahasa itu dengan cekap serta dapat pula dia, menggunaannya dengan fasih, betul dan bagus; setidak­

tidaknya dapat menggunakannya dengan baik.

(3)

[2]

05. Jika yang saya hadapi itu mereka dari kwnpulan kedua, yakni kwnpulan ahli bahasa Melayu yang mahu tahu bagaimana hendak jadi penceramah, maka penyelesaiannya akan saya lakukan sebaliknya, iaitu dengan menasihati mereka supaya mendapatkan ilmu pengetahuan bagaimana hendak memberi ceramah ke­

pada sekwnpulan khalayak. Lebih baik jika mereka rajin dan selalu mengikuti majlis-majlis ceramah, kerana pengetahuan, pengalaman dan pemerhatian ter­

hadap banyak dan anika ceramah dapat membijaksanakan calon penceramah.

06. Dalam pada tercari-cari akan arah ke mana ceramah

ini

hendak saya bawa, bertemulah saya dengan iklan penganjur menerusi media massa bahawa ceramah

ini

merupakan bengkel bimbingan bagi sukarelawan dan pustakawannya yang ingin hendak menggunakan bahasa Melayu dengan yakin untuk menyampaikan sesuatu 'ceramah'. Justeru kerana itu, barangkali baik jtiga sekiranya ceramah ini saya titiktolaki dari garis landas yang ditandakan penganjur itu.

Makna Ceramah

07. Berasal dari kekata dalam bahasa Jawa, ceramah ialah sifat penanda bagi orang yang suka membebel atau menggerutu. Seseorang yang baru pulang dari satu perjalanan, misalnya, menceritakan kisah perjalanannya itu kepada sese­

orang atau kepada beberapa orang lain dengan bertele-tele secara tidak formal, dikatakan: orang itu sedang ber'ceramah'. Seorang wanita yang sedang me­

ngomeli anak-anaknya berlarut-larut secara monolog itu pun dikatakan sedang ber'ceramah' juga.

08. Penggunaan cara sekarang, dengan fungsi dan kepentingan masa kini, makna 'ceramah' itu telah berubah. Kekata 'ceramah' itu sekarang dianggap sinonim kepada kata-kata pidato atau bersyarah, iaitu bercakap dalam suatu majlis berdisiplin tentang sesuatu hal tertentu yang mengenai ilmu pengetahuan, pengalaman atau penerokaan, dan didengar orang banyak atau khalayak, se­

kurang-kurangnya didengar sekwnpulan orang yang disebut 'kwnpulan sasaran'.

Majlis-majlis ceramah sekarang

ini,

biasanya, bersifat formal dan rasmi.

09. Majlis-majlis ta'lim (keilmuan) dan taklim (briefings) sekarang ini, ada juga yang disebut 'ceramah', misalnya: 'ceramah dakwah', 'ceramah tumahtangga', 'ceramah keluarga bahagia', 'ceramah sebutan baku', 'ceramah kesihatan wnwn'

clan

sebagainya.. dan sebagainya. Dan sekarang, kita sedang berada dalam 'ceramah bagaimana hendak berceramah dalam bahasa_ Melayu de�gan yak.in .. '

(4)

10. Walaupun majlis ta'lim itu majlis ceramah keilmuan, namun dalam peng­

hayatannya, ia terpakai bagi majlis ceramah keilmuan yang berhubung dengan hukum-hakam agama sahaja. Ceramah keilmuan yang berkenaan dengan hukum fikeh, tauhid dan tasauf sahaja yang biasa disebut 'majlis ta'lim' atau 'syarahan agama'. Yang lainnya disebut 'ceramah' - ceramah dakwah, ceramah kesihatan bayi, ceramah kanun kesiksaan dan sebagainya.

11. Majlis taklim biasa disebut 'majlis taklimat' iaitu suatu ceramah penerang­

an ringkas oleh ketua jabatan kepada pegawainya mengenai pertadbiran, atau pun oleh ketua sesuatu projek kepada anak buahnya tentang strategi pelaksanaan projeknya. Ceramah 'taklimat' dilakukan juga untuk para tamu oleh tuan rumah­

nya, atau untuk orang-orang baru oleh big brothemya.

Rukun Ceramah

12. Tidak akan berlaku sesuatu majlis atau peristiwa ceramah melainkan ada tiga perkara, iaitu:

• penceramah

• ceramahnya [ isi + wahana + teknik] dan

• penyambutnya (respondent).

13. Penceramah ialah seseorang yang dianggap mempunyai maklumat atau idea, atau yang diminta menyediakan maklumat atau idea, serta diminta menyam­

paikan maklumat atau ideanya itu kepada sekumpulan orang, yakni 'penyambut' atau respondennya di dalam sesuatu majlis.

14. Yang termasuk dalam ceramah ialah (1) 'isi' yakni maklumat atau idea yang hendak disampaikan penceramah kepada responden; (2) 'wahana' atau vehicle yakni 'kenderaan' yang akan membawa dan menyampaikan 'isi' ceramah kepada responden [wahana ceramah itu disebut 'bahasa']; dan (3) ialah 'teknik' iaitu kaedah pendekatan, strategi penyampaian dan langgam bahasa.

15. Akan penyambut atau responden itu pula ialah orang atau kl:nnpulan orang yang dimaksudkan supaya menyambut ceramah si penceramah, iaitu orang-orang yang ditentukan untuk mendengar ceramah dan akan mengambil manfaat daripada ceramah itu. Para penyambut atau responden ini disebut juga 'kumpulan sasaran' kerana kumpulan orang inilah yang disasar ceramah dan yang diharapkan akan beroleh manfaat daripada ceramah itu.

(5)

[4]

Syarat Jadi Penceramah

16. Pertama-tama, penceramah hams tahu benar-benar akan isi ceramah yang disampaikan. Ia hams yakin bahawa fakta dan faktor yang dikemukakan menerusi ceramahnya adalah benar - jangan pakai dengar-dengar orang kata;

jangan pakai 'saya kira' atau 'saya rasa' - supaya apabila ditanyai responden, penceramah akan dapat menjawab pertanyaan itu dengan yakin, lantang dan tepat; tidak teragak-agak. Paling penting penceramah tidak akan memberikan kenyataan yang mengelirukan.

17. Oleh sebab ceramah itu disampaikan dengan menggunakan bahasa sebagai wahana, maka penceramah hams faham benar-benar akan selok-belok dan dapat menguasai bahasa yang digunakan untuk menyampaikan ceramahnya itu.

Penceramah hams menguasai sebanyak mungkin kosa kata bahasa itu, terutama kosa kata yang ada hubung kaitnya dengan subjek ceramahnya. Pengetahuan penceramah tentang tesaurus bahasa itu sangat membantu.

18. Jika penceramah itu hendak berceramah dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai penghantarnya maka selain daripada cukup tahu akan kosa kata, tata bahasa, tata makna, struktur perkataan, morfologi dan fonologi bahasa Melayu, kenalah penceramah itu tahu juga menerapkan ragam bahasa, laras bahasa, langgam bahasa dan nilai-nilai serta memelihara sifat-sifat budaya bahasa Melayu di dalam ceramahnya.

19. Oleh sebab manfaat ceramah itu akan menjadi raihan responden maka segala yang disedia dan disajikan perceramah hamslah sesuai dengan kudrat ke­

mampuan keterimaan responden. Untuk mencapai syarat ini maka sebelum pen­

ceramah menyediakan 'ceramah'nya, sebaik-baiknya telah diketahuinya siapa bakal respondennya; betapa takat kemampuan pemikirannya; apa ragam dan laras bahasanya.

20. Ambil contoh ceramah ini. Akhirnya, saya beroleh maklumat bahawa kumpulan sasaran ceramah ini ialah p�a sukarelawan dan pustakawan MENDAKI. Maklumat yang saya terima itu memberi saya gambaran bahawa responden ceramah ini pasti terdiri daripada mereka yang berpendidikan baik setidak-tidaknya mencapai 'menengah atas', yang berpengalaman luas dan mudah menerima 'pendapat'. Dengan tanggapan latar yang demikian itulah saya sediakan ceramah yang sekira-kira sesuai dan dapat diterima. Hasilnya, inilah ceramah yang sedang saya sampaikan sekarang ini.

(6)

21. Tanpa persediaan dan persiapan demikian, majlis ini akan menjadi suatu majlis ceramah yang penuh dengan responden yang kehilangan minat; penuh dengan peserta yang tidak menyertai, yakni peserta yang badannya sahaja hadir sedangkan fikirannya mangkir, dan akan menjadikan penceramah syok sendiri.

Bahasa sebagai Wabana

22. Telah ditentukan bahawa bahasa yang digunakan dalam tiap acara formal dan rasmi haruslah bahasa baku atau yang disebut juga bahasa standard, yakni yang sekata digunakan [ sama ada ditulis atau dituturkan] tidak kira bila, di mana atau oleh siapa. Bahasa baku ialah bahasa yang baku tata bahasanya, baku kamusnya [termasuk kosa kata dan istilahnya], baku ejaannya [jika dituliskan]

dan baku sebutannya [jika dituturkan].

23. Oleh sebab 'ceramah' adalah salah satu daripada acara formal dan rasmi, maka kenalah penceramah menggunakan bahasa baku Melayu; dan justeru kenana 'ceramah' ini disampaikan menerusi pertuturan maka kenalah penceramah menggunakan bahasa baku Melayu dengan sebutan bakunya sekali.

24. Kita barn memulakan praktik 'sebutan baku Melayu' semenjak awal tahun 1993 ini, memanglah sebutan itu sekarang belum sempurna lagi, namun pada suatu masa yang tertentu kelak, insya Allah, akan sampai juga kita ke tahap sempurnanya. Dalam pada itu, pada hemat saya, tidaklah ada salahnya - malah baik pula - jika dalam ceramah-ceramah begini kita tuturkan sebutan baku itu semampu mungkin.

25. Saya tidak bermaksud hendak menghuraikan tata bahasa, tata makna, struktur perkataan, morfologi dan fonologi bahasa Melayu tadi dalam ceramah yang tiga jam ini, kerana menghuraikan hal-hal itu dalam waktu sesingkat ini tidaklah munasabah. Mempelajari tata bahasa, biasanya, dilakukan orang dalam masa berbulan-bulan, malah bertahun-tahun lamanya.

26. Tambahan pula, melihat kepada latar pendidikan para responden yang telah mengalami pemelajaran tata bahasa Melayu melalui sekolah-sekolah selama

· lebih sepuluh tahun itu maka tidaklah wajar saya ungkit-ungkit lagi hal-itu di sini.

Kalau pun ada mereka yang berasa kekok atau tidak yakin akan kebolehannya berbahasa Melayu, bukanlah kerana ketiadaan pengetahuan tetapi kerana kekura­

ngan latihan menggunakan bahasa Melayu itu.

(7)

[6]

27. Bagaimanapun, oleh sebab telah saya sebut dalam para 04 di atas tadi tentang penggunaan bahasa yang bend, bahasa yang bagus, dan bahasa yang baik, maka pada hemat saya, baiklah saya huraikan maksud frasa-frasa itu supaya jelas bagi responden yang mengikuti ceramah

ini.

28. Bahasa yang bend ialah bahasa yang betul menurut tata bahasa dan tata makna bahasa Melayu, yakni betul morfologinya, · betul frasiologinya, betul sin­

taksisnya. misalnya:

Mari/ah kita berkongsi [bukan mengongsi] pengalaman. -morfologi

Dia telah dijatuhkan [bukan dijatuh,1 hukuman mati. -morf ologi

Pada pagi esok [bukan esok pagi] Muthu akan datang. -frasiologi

Ceramah itu akan diadakan ma/am nanti [bukan nanti ma/am] -frasiologi

29. Kesalahan sintaksis biasanya disebabkan kekacauan linguistik.

Ini

berlaku dalam pergaulan sehari-hari. Bagi orang yang bertutur lebih dari satu bahasa, kerap juga terjebak ke dalam perangkap 'kesalahan sintaksis' yang demikian itu.

Percemaran bahasa selalunya disebabkan oleh kesalahan sintaksis ini. Maka bahasa yang baik ialah bahasa yang terselamat daripada kesalahan-kesalahan .morfologi, frasiologi dan sintaksis

ini.

30. Saya percaya sudah lama tidak kita dengar orang bertutur dalam bentuk sintaksis yang salah kerana kekacauan linguistik, misalnya seperti:

lni hudak ada ba11yak jahat.

Kita mesti panggil IXJlis kasi tangkap sama dia.

Dia punya a11ak ialah seorang doktor binatang.

Dia orang adalah samseng dekat tepi jalan.

Te/ah menangkap IXJlis akan samseng-samseng itu.

Te/ah ditangkap samseng itu o/eh IXJlis.

31. Dengan berkat pengajaran bahasa Melayu yang betul, wacana-wacana tersebut itu tidak lagi disebutkan secara terkacau oleh gaya bahasa Cina, Inggeris dan Arab lagi. Para penutur secara sedar telah membaiki sintaksis itu menjadi:

Budak itu sangat jahat

Mari kita beritahu polis supaya ditangkapnya.

Anaknya doktor binatang.

Mereka itu samseng di tepi jalan.

Polis telah menangkap samseng itu.

Samseng-samseng itu telah ditangkap polis.

32. Sintaksis baikan yang terbentuk mengikut susunan tata bahasa baku Melayu itulah yang saya maksudkan bahasa yang baik tadi. Inilah bentuk bahasa yang harus dituturkan semua pemceramah �an penutur formal.

(8)

33. Sesetengah orang berkata bahawa bahasa dianggap tercemar apabila ia dipakaikan kata-kata asing. Bagi saya kata-kata atau kosa kata itu sekadar merupakan bahan bahasa. Kata-kata itu milik semua pengguna bahasa, maka selagi sah keperluan dan kegunaannya dalam sesuatu bahasa kekata itu tidak mencemari bahasa tersebut. Demikian halnya dengan kata-kata asing yang terpakai dalam bahasa Melayu, selagi sah keperluannya dalam bahasa Melayu kekata itu tidaklah seyogia dituduh mencemari bahasa Melayu.

34. Adapun bahasa yang bagus pula ialah bahasa yang mumi, yang betul lagi baik, yang terpelihara nilai dan sifat budayanya; iaitu bahasa yang indah, yang terungkap dalam pantun pusaka:

Nang kuriek ialah kundi,

Nang merah ialah saga;

Yang cantik ialah budi,

Yang indah ialah bahasa.

35. Dalam bahasa Melayu, bahasa bukanlah semata-mata menerjemahkan 'bicara' sebagai alat komunikasi antara penutur dengan mitra tuturnya sahaja, tetapi ia merupakan juga manifestasi bagi menunjukkan keluhuran budi dan ke­

satriaan peribadi penuturnya. Menyatakan seseorang yang rendah peribadi dan buruk pekertinya, cukup dengan mengungkapnya sebagai tidak tahu bahasa sahaja. Maka itu, dalam masa seseorang menyampaikan ceramahnya, 'ragam bahasa', 'laras bahasa' dan 'langgam bahasa' harus pula diambil peduli.

36. Dalam satu bahasa baku ada beberapa ragam bahasa. Bahasa Baku Melayu menyekatakan bahasa-bahasa Melayu Indonesia, Melayu Brunei, Melayu Malaysia dan Melayu Singapura menjadi satu bahasa besar. Dalam masa yang sama, terdapat beberapa 'ragam bahasa' yang berlain-lainan di antara keempat­

empat bahasa itu. Kelainan itu tersebab oleh perbezaan wilayah dan politik negara tersebut. Ragam bahasa wilayah. tadi merupakan 'sub-bahasa' kepada 'bahasa baku Melayu' yang wnum.

37. Dalam 'ragam bahasa wilayah' at;;m 'sub-bahasa' tadi terdapat pula ragam bahasa daerah yang biasa disebut orang 'dialek'. Yang nyata bahawa sama ada yang pada sub-bahasa atau yang pada dialek, terdapat kelainan-kelainan yang aneh tetapi semulajadi di antara ragam-ragam bahasa itu. Terdapat kata-kata yang sama sebutannya pada ragam-ragam bahasa itu tetapi masing-masing memberikan makna yang berlainan. Ada setengah kata-kata yang dimuliakan di satu ragam bahasa padahal kekata itu dipantangkan di lain ragam bahasa.

(9)

[8]

38. Ketika membentangkan kertas kerja saya kepada Kongres ke-6, Bahasa Indonesia di Jakarta pada 1 November 1993, saya berkata bahawa saya datang dari Negara Republik Singapura yang seluas 625.6 kilometer padu dengan rakyat berbilang bangsa, berbilang bahasa dan berbilang agama. Para peserta dari Indonesia dalam sidang itu kebingungan sebentar mendengar kata berbilang itu.

Seorang peserta dari Brunei menyebut kekata 'berbagai' menggantikan kekata berbilang tadi baru mereka faham dan senyap.

39. Apabila saya katakankan: menurut banci 1990 penduduk Singapura sejumlah 2,690,000 orang; daripadanya 14% adalah orang Melayu, sekali lagi peserta Indonesia geger. Segera saya betulkan kekata 'banci 1990' itu menjadi 'cacah jiwa 1990' dan kata '2,690,000 orang' itu menjadi '2,690,000 jiwa', baru mereka kelihatan aman. Di Indonesia, kekata banci itu bermakna 'pondan'.

Peristiwa itu memberi iktibar bahawa penceramah harus sentiasa sedar dan peka akan 'ragam bahasa' walau sekecil mana sekali pun.

40. Sekarang penutur dialek tidak semata-mata tinggal bersama dalam daerah asalnya sahaja. Dalam lingkungan kita sekarang terhimpun penutur daripada pelbagai dialek. Persefahaman telah merapatkan jurang dialek yang membezakan 'ragam bahasa' itu. Namun, timbul pula apa yang dinamakan laras bahasa.

41. Laras bahasa merupakan pilahan dari 'ragam bahasa'. Namun, kelainan­

kelainan yang terjadi pada 'laras bahasa' bukanlah disebabkan oleh perbezaan wilayah atau daerah tetapi oleh perbezaan ranah profesi. Terdapat perbezaan antara 'laras bahasa' kaum wartawan dengan 'laras bahasa' kaum tani, nelayan, kaum tukang dan lain-lain.

42. Benda bemama ketam yang digunakan pesawah padi untuk menuai padi­

nya lain daripada 'ketam' yang digunakan tukang kayu untuk menghaluskan per­

mukaan papannya, lain pula dengan 'ketam' yang digunakan tukang gunting meratakan rambut. Jika kita minta 'ketam' d(lfi seorang tukang masak, nescaya lain pula 'ketam' yang dibawakan kepada kita.

43. �uatu lagi hal yang perlu diambil peduli ketika berceramah dalam bahasa Melayu ialah langgam bahasa. Yang dimaksudkan dengan 'langgam bahasa' ialah penggunaan kata panggilan yang sesuai dengan taraf dan mertabat res­

ponden. Mengalamati responden penceramah biasa menggunakan kata-kata 'yang mulia', 'yang dihormati',' 'yang berbahagia', 'tentuan dan pempuan', 'saudara saudari' dan yang sebagainya. Di Brunei ada orang gunakan kekata 'auda' [ singkatan dari kata Awang-awang dan Dayang-dayang].

(10)

44. Sesuai dengan ajaran kebudayaan dan peradaban Melayu, selain daripada menghonnati tamu, apalagi tetamu, dengan panggilan-panggilan yang menyuka­

kan, maka penutur dianjurkan supaya berbahasa yang bagus, yang menyenangkan dan yang tidak menyentuh sakhsiah mitra tuturnya. Dalam hal berceramah ini, penceramah adalah wakil penganjur menghadapi tetamu dan para tamunya.

45. Dalam pengembangan bahasa, kebudayaan dan peradaban Melayu telah melahirkan peribahasa yang bennutu. Dalam peribahasa itu tercantum pengajaran yang jitu, sindir cendekia yang tajam dan tutur bahasa yang halus. Jika pen­

ceramah dapat memahami banyak peribahasa itu dan dapat menerapkannya dalam ceramahnya, pasti penceramah akan dapat menggunakan bahasa Melayu dengan yakin dan menjadikan ceramahnya itu berkesan.

46. Demikianlah, panduan ringkas sekadarnya yang mampu saya sampaik�

pada petang ini. Mudah-mudahan sumbangan kecil ini akan memenuhi kehendak penganjurnya. Jika dapat ia dijadikan panduan, maka jadikanlah.. jika tidak terpulanglah pada budi bicara para responden sekalian. Terima kasih kerana memberi peluang saya berhadapan dengan tentuan dan pempuan.

Sekian. Wabillahil-Hidayah wat-Taufiq ..

Wassalamualaikum wR wB.

© Muhammad Ariff Ahmad (Mas)

Referensi

Dokumen terkait

Suatu hal lagi, yang narnpaknya, masih mengelirukan banyak orang ialah tentang penasalan yang berlaku apabila kata dasar diimbuhi de­. ngan awalan ' p e' atau

mudahan, berkat kesabaran para pendengar mengikuti bincang bicara kita dengan· minat yang penuh maka akan dapatlah pendengar memenfaatkan persembahan MESTIKA PUSAKA

Bagi rakyat yang berbangsa Melayu minggu ini ada-lah menjadikan kegembiraan yang payah hendak di-lupakan kerana ia me-mulai dengan hakikat yang sa-benar2-nya bahawa bahasa

atau dengan pola: siapa luka siapa menyiuk; siapa sakit siapa mengaduh tadi .• tetapi, peribahasa: siapa berkotek siapa bertelur itu membawa makna yang lain

Oleh kerana majalah-majalah dan suratkhabar yang menyiarkan tulisan kami adalah menggunakan tulisan Jawi, maka soal kebakuan ejaan tidak pernah timbul pada masa itu:

terungkap da lam perurnpamaan. i,,anaka la peribahasa: terlangsung perahu boleh dibalik; terdorong kata apakan daya ... sekata •• tanµa banya:, bicara •• tidak

Demikian juga halnya apabila mengeja atau menuliskan ku, kau, mu dan nya, singkatan-singkatan i tu hendaklah di tul is serangkai dengan kekata yang ·mendahului

Buku Melawat ke -Eropah tengah itu telah dipinjam seorang guru pelatih, Encik Arshad Mohd Amin (almarhum: beliau meninggal sebagai mangsa peluru meriam tentera Jepun 1942)