• Tidak ada hasil yang ditemukan

Krisis Makanan Dunia Peranan Dunia Ketig

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Krisis Makanan Dunia Peranan Dunia Ketig"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

Krisis Makanan Dunia: Peranan Dunia

Ketiga

SMAHADZIR

MAKANAN adalah salah satu keperluan asas manusia di samping tempat tinggal dan pakaian. Oleh yang demikian, isu krisis makanan bukanlah satu isu remeh yang boleh dibiarkan begitu sahaja. Apa yang membimbangkan, krisis makanan yang menimpa dunia sekarang ini melibatkan bekalan makanan ruji seperti beras, gandum, bijirin dan jagung yang menjadi keperluan asas setiap individu di atas dunia ini.

Menurut statistik Bank Dunia, harga pasaran makanan global secara purata telah meningkat sebanyak 75% sejak tahun 2000 manakala kadar simpanan bijirin dunia kini adalah pada tahap terendah sejak 30 tahun. Harga gandum di pasaran dunia sahaja telah mencatatkan kenaikan sebanyak 200% manakala harga makanan ruji yang lain seperti beras dan kacang soya telah mencatatkan paras tertinggi.

Kenaikan harga pasaran bijirin juga telah memaksa kenaikan harga pasaran makanan yang lain secara langsung atau tidak langsung seperti harga daging, ayam, telur dan makanan tenusu. Sehubungan dengan situasi ini, pelbagai krisis telah melanda merata tempat di dunia dan tidak lagi terbendung kepada negara-negara tertentu sahaja. Menurut Program Makanan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, lebih dari 73 juta orang di 78 negara yang bergantung kepada sumbangan makanan dari pertubuhan itu akan menghadapi pengurangan bekalan pada tahun 2008.

Pada masa yang sama, faktor kenaikan harga barang makanan juga dikatakan menggandakan lagi kesan yang berlaku. Ini kerana apabila harga barang makanan meningkat, maka semakin sukar bagi kebanyakan penduduk dunia secara amnya untuk mendapatkan makanan tersebut selari dengan teori mekanisma harga yang menjadi mekanisma asas pengagihan dalam sistem ekonomi kapitalis. Kenaikan harga barang dagangan ini pula dikatakan berpunca daripada kenaikan harga minyak dunia.

Secara langsung, kenaikan harga minyak telah memaksa kenaikan kos bagi mengeluar dan memasarkan makanan (kos untuk menjana tenaga bagi menggerakkan kilang, jentera, kos pengangkutan dan sebagainya). Peningkatan harga minyak juga dilihat menjadi penyebab kenaikan kos baja sekali gus melonjakkan harga bahan makanan di pasaran.

Di samping itu, ‘kegilaan’ terhadap penghasilan bahanapi bio bukan sahaja dikatakan telah melambungkan harga sumber makanan yang berkaitan, malah sekali gus mengurangkan jumlahnya dalam pasaran untuk keperluan pemakanan. Pada tahun 2007 sahaja, suku daripada jumlah tuaian jagung Amerika Syarikat telah digunakan untuk penghasilan etanol (antara bahan yang digunakan untuk menghasilkan bahanapi bio) yang mana jumlah ini pastinya memberikan impak yang besar kerana Amerika Syarikat menyumbang kepada 60% pasaran jagung dunia.

(2)

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah memberi amaran bahawa peningkatan harga makanan yang berterusan boleh mencetuskan kekacauan dan ketidakstabilan politik di seluruh dunia. Amaran PBB itu dinyatakan oleh John Holmes, Timbalan Setiausaha Penyelaras Hal Ehwal Kemanusiaan dan Bencana PBB di sidang bantuan kemanusiaan di Dubai. Harga purata makanan dunia telah meningkat sehingga 40% sejak pertengahan 2007 dan kesan krisis makanan ke atas keselamatan juga tidak boleh dipandang ringan kerana krisis ini telah memberikan kesan langsung yang mensengsarakan penduduk dunia di mana kita dapat saksikan ketidakpuasan hati terhadap apa yang sedang berlaku telah mula dizahirkan melalui aktiviti-aktiviti tunjuk perasaan dan bantahan.

‘Rusuhan Tortilla’ telah berlaku di Mexico pada 1 Febuari 2007 apabila rakyat Mexico tidak berpuas hati dengan kenaikan harga tortilla (antara makanan ruji rakyat Mexico) yang meningkat sebanyak 400%. ‘Mogok Tempe’ selama tiga hari oleh para peniaga pula telah berlaku di Indonesia apabila harga bahan asas pembuatan tempe iaitu kacang soya meningkat dari sekitar Rp3,000 pada tahun 2007 kepada Rp7,400 pada tahun 2008.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Ban Ki-moon telah mengatakan bahawa di banyak negara terutamanya di Afrika, pengguna terpaksa membayar lebih 2 ke 3 kali ganda untuk makanan akibat dari kemelut ini. Keadaan yang lebih dahsyat telah berlaku di India apabila dilaporkan lebih 25,000 petani telah membunuh diri mereka tahun 2007 akibat dari kemurungan yang berpunca daripada kekurangan hasil pertanian dan peningkatan hutang.

Jumlah kematian ini tidak lagi termasuk dengan korban nyawa yang berpunca daripada masalah kebuluran dan kekurangan makanan yang selama ini telah lama melanda negara-negara miskin dan juga rakyat yang miskin di negara-negara-negara-negara yang kaya. Jika kita soroti sepintas lalu statistik yang ada, pada ketika ini terdapat lebih 854 juta manusia yang hidup dalam kelaparan. Dari jumlah ini, hampir 16,000 kanak-kanak meninggal dunia setiap hari akibat dari masalah yang berkaitan dengan kekurangan makanan.

Masalah pertambahan jumlah penduduk dunia yang tidak seimbang dengan pengeluaran makanan adalah antara alasan yang sering dijadikan ‘punca’ mengapa berlakunya kekurangan makanan di dunia. Dianggarkan bahawa penduduk dunia akan bertambah melampaui tahap 9 bilion orang menjelang tahun 2050. Unjuran pertambahan ini dikatakan akan mendesak kepada keperluan bahan makanan yang mendadak yang tidak mampu ditampung oleh tahap pengeluaran makanan dunia kerana kelangkaan atau kekurangan sumber-sumber yang ada seperti air, tanah ladang dan sebagainya.

Kepesatan permintaan secara mendadak dari kawasan ekonomi yang sedang pesat membangun seperti di China dan India juga dikatakan menjadi penambah kepada ketidakseimbangan antara pengeluaran makanan dunia (supply) dan permintaan (demand) yang memerlukannya. Contohnya (sebagaimana dilaporkan), tabiat makan penduduk China telah berubah di mana secara perkapita, penduduk China menghabiskan 50kg daging pada tahun 2007 berbanding hanya 20kg pada tahun 1985.

(3)

Lantaran itu, kenaikan harga makanan yang menjadi makanan asasi rakyat seperti beras, gandum, kentang, sekoi, jagung juga daging, ayam, telur, makanan tenusu dan sebagainya kini amat membimbangkan masyarakat.Contohnya, kesan kenaikan harga beras serantau terutama di negara yang beras adalah makanan asasi, seperti Filipina, terpaksa mengimport banyak beras. Kekurangannya menyebabkan catuan terpaksa dibuat, malah tentera ditugaskan mengawal proses tersebut. Harga beras di Myanmar juga melonjak naik. Vietnam pula tidak mahu mengeksport beras. Thailand pun ada ura-ura bertindak serupa. Harga beras di Thailand naik hingga AS$1,000 satu tan atau RM3.20 sekilogram. Dulu beras dari Thailand diseludup ke Malaysia, sekarang keadaan menjadi sebaliknya kerana sekarang di negara itu, padi dijual dengan harga RM1,400 satu tan, manakala beras hancur 15% Malaysia dijual pada harga RM1,350.

Negara dunia ketiga yang sinonim dengan gelaran negara kurang maju atau lebih tepat lagi negara pertanian boleh memainkan peranannya kerana kebanyakan negara dunia ketiga mempunyai kawasan tanah kosong yang luas, subur dan amat sesuai untuk pertanian. Antara kaedah bagi mengatasi krisis ini ialah pertama, kawasan tanaman mestilah diperluaskan untuk menambah bekalan. Contohnya seperti yang dilaksanakan di Malaysia di mana negeri Sabah dan Sarawak telah dijadikan negeri pertanian bagi menambahkan sumber makanan kepada rakyat. Tanah kosong di dua buah negeri ini yang luas dan subur telah dijadikan kawasan pertanian bagi menampung keperluan makanan. Kawasan tanah bukit juga boleh digunakan untuk penanaman andainya mengikut teknologi yang sesuai seperti sistem pengairan moden, baja, teknik tanaman dan sebagainya.

Hakikatnya, negara-negara dunia ketiga mempunyai empat kekuatan iaitu tanah yang subur, sumber air yang melimpah-limpah, sumber manusia yang besar, dan kekayaan dari sumber alam semulajadi. Dengan tanah yang subur dan luas yang terdapat di dalam negara dunia ketiga, politik pertanian perlu difokuskan kepada meningkatkan pengeluaran pertanian berasaskan dua perkara iaitu penggunaan baja dan peralatan moden serta perluasan lahan pertanian melalui penerapan undang-undang yang bersangkutan dengan hukum tanah pertanian. Ini termasuk menggalakkan pembukaan tanah pertanian baru atau ihya’ al-ardh dan pemberian tanah secara percuma kepada rakyat terpilih yang mampu mengerjakannya. Subsidi pertanian juga perlu diberikan dengan meluas bagi menggalakkan aktiviti pertanian yang berkesan. Selain itu, sistem pengangkutan yang efisien juga perlu dibangunkan agar pengedaran makanan menjadi lebih teratur, berkesan, cepat dan mudah.

Dari aspek sumber air, Allah s.w.t telah mengurniakan jumlah air yang cukup besar kepada negara-negara dunia ketiga. Dianggarkan terdapat lebih dari 150 billion meter padu air permukaan seperti sungai, tasik, paya, kolam, rawa dan sebagainya dan ini tidak termasuk sumber air bawah tanah sebanyak lebih kurang 7734 billion meter padu yang cukup untuk seluruh penduduk dunia. Apa yang pasti, dengan jumlah air yang sebegini banyak, masalah pertanian pasti tidak akan cagun. Cuma kerajaan negara-negara dunia ketiga perlu memastikan, melalui penerapan undang-undang bahawa sumber ini diuruskan dengan sempurna melalui pembinaan empangan dan saliran pertanian yang meluas.

(4)

Kekuatan keempat, yakni kekayaan sumber alam semulajadi merupakan aspek yang paling menonjol di dalam negara-negara dunia ketiga. Negara-negara dunia ketiga memang kaya dengan pelbagai sumber alam seperti bahan api petroleum, galian dan juga mineral. Ini semua boleh digunakan sebagai modal dalam hasrat mengurus bidang pertanian secara berkesan.

Dalam memperkasakan bidang pertanian juga negara-negara dunia ketiga wajar mencontohi para khalifah negara Islam terdahulu yang mana telah memerintahkan agar kawasan-kawasan pertanian dibangunkan dan dimajukan dengan sistem pengairan dan sebagainya seperti yang dilakukan di wilayah Basra (Iraq) dan Sind (Pakistan). Dana yang berlebihan juga boleh dibelanjakan untuk tujuan pembangunan pertanian.

Selain itu, negara-negara dunia ketiga juga harus mencontohi Malaysia di mana telah mewujudkan beberapa projek mega pertanian seperti Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Zon Industi Akuakultur, Ladang Kontrak, Pembangunan Usahawan Industri Asas Tani dan Pusat Fidlot Nasional. Malaysia juga melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah mengenal pasti tujuh langkah perlaksanaan iaitu meningkatkan pengeluaran beras, pewujudan stok penimbal beras, pemberian insentif kepada pengusaha-pengusaha pertanian dan mewujudkan program peningkatan pengeluaran dan produktiviti bagi sektor tanaman, ternakan dan pertanian. Langkah lain termasuk mengukuhkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bagi memastikan pasaran dan pengagihan hasil-hasil pertanian, melaksanakan program Bumi Hijau dan mengurus kawasan terbiar untuk meningkatkan pengeluaran komoditi sekuriti.

Negara-negara dunia ketiga seperti juga Malaysia dianggap bertuah kerana memiliki sumber semula jadi komoditi dan mempunyai asas pertanian yang kukuh untuk dijana bagi menghasilkan makanan. Lantaran itu syarikat-syarikat bioteknologi yang ada dalam negara masing-masing sewajarnya mengambil peluang untuk memanfaatkan teknologi sedia ada bagi menghasilkan lebih banyak produk makanan. Sama ada menggunakan kepakaran tempatan sedia ada atau mendapatkan lesen teknologi luar, semuanya boleh dimanfaatkan untuk menghasilkan makanan.

Negara-negara dunia ketiga juga harus beralih kepada melaksanakan teknik kultur tisu. Teknik kultur tisu, Molecular Assisted Selection (MAS) dan penggunaan bioreactor bukan lagi baru dalam bidang bioteknologi sebaliknya boleh digunakan untuk meningkatkan produktiviti makanan. Bioteknologi sepatutnya dilihat sebagai alat yang boleh dimanfaatkan ketika dunia menghadapi krisis makanan kerana pemilihan baka atau benih yang dihasilkan menerusi bioteknologi mempunyai cirri-ciri lebih baik sama ada cepat matang, hasil lebih tinggi dan tahan penyakit. Teknologi kini dapat membantu pengeluaran makanan khususnya yang asas seperti padi, gandum dan jagung, meskipun wujud prejudis daripadanya. Isu-isu seperti organisme terubah suai secara genetik (GMO) menjadikan manusia ragu-ragu terhadap teknologi tersebut tetapi Molecular Assisted Selection boleh menjadi alternatif.

(5)

Kawasan penanaman semakin berkurang sedangkan penduduk semakin meningkat. Justeru, sebagai alternatif, bioteknologi boleh meningkatkan pengeluaran makanan secara berganda untuk keperluan manusia. Universiri dan agensi penyelidikan tempatan seperti Universiti Putra Malaysia dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), sebagai contoh boleh menggandakan usaha menghasilkan lebih banyak penyelidikan yang mampu melipatgandakan pengeluaran produk makanan.

Krisis makanan dunia ini sepatutnya dianggap sebagai wake up call kepada tiga pihak utama iaitu kerajaan yang merencanakan dasar, penyelidik yang menjalankan tugas dan pengguna yang perlu sedar bahawa sudah sampai masanya teknologi diberi tempat sewajarnya sebagai menjana kesejahteraan sosial. Memperkasakan teknologi pertanian merupakan tanggungjawab bersama, sama ada mereka yang menghasilkannya atau yang menerima manfaat daripadanya. Pengguna sebagai golongan yang menerima manfaat perlu yakin dengan teknologi tersebut supaya penciptanya akan terus berusaha memperbaiki untuk memastikan penduduk terus selamat.

Kesimpulannya, negara-negara dunia ketiga boleh memainkan peranan yang besar dalam mengatasi krisis makanan dunia. Walaupun negara-negara dunia ketiga sinonim dengan kemiskinan tetapi kekayaan tanah yang subur, sumber air yang melimpah-limpah, sumber manusia yang besar, dan kekayaan dari sumber alam semulajadi merupakan anugerah Allah s.w.t yang tidak ternilai harganya yang boleh dijadikan modal asas dalam usaha menggiatkan bidang pertanian.

Krisis Makanan Dunia dan Malaysia

(6)

Menurut pengarah Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Dr. Mazlin Mokhtar “terdapat 3 faktor utama berlakunya krisis makanan di peringkat global. Pertama– pertambahan bilangan penduduk dunia serta kekurangan tanah yang diperuntukkan bagi sektor pertanian. Kegiatan

perindustrian yang aktif sehingga menyumbang kepada pencemaran selain perubahan cuaca dunia. Menurutnya, krisis makanan khususnya di negara- negara membangun dapat ditangani sekiranya petani mempraktikkan amalan pertanian moden. Ini termasuk penggunaan teknologi terkini dan memaksimunkan penggunaan tanah bagi meningkatkan hasil pengeluaran.”

Menurut Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya Dr. Zarinah Yusof berkata, krisis yang melibatkan bahan makanan seperti beras dan tepung itu jika tidak dibendung akan memberi kesan terhadap ekonomi negara.

“keadaan cuaca juga memainkan peranan selain kenaikan harga minyak dunia. Tindakan Amerika memajukan biofuel menggunakan bahan makanan telah mewujudkan satu konflik. Selain satu pembaziran, ia juga antara penyebab krisis makanan dunia berterusan.

Ada pendapat yang mengatakan bahawa kenaikan harga barang makanan ini contohnya tepung berpunca sebenarnya juga daripada tindakan negara Amerika yang cuba memajukan teknologi biofuelnya, kerana di sini didapati untuk pengeluaran jagungnya dan gandumnya banyak digunakan untuk pengeluaran biofuel tadi. Contohnya, untuk pengeluaran ethanol memerlukan 240-kilogram jagung yang mana dapat mengeluarkan 100-liter ethanol yang cukup untuk keperluan sebuah S-U-V.”

Prof Dr. Ghizan Salleh dari Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia berkata:

Malaysia mampu menjadi pengeksport beras domestik seperti yang digariskan dalam Dasar Pertanian Ketiga sekiranya mengamalkan pengurusan sumber dan penggunaan teknologi secara efisien dalam pertanian. Menurutnya langkah itu sekaligus dapat mengatasi krisis kekurangan makanan global. Katanya pembaziran sumber seperti baja dan racun perosak perlu dielakkan sementara pengurusan kesesuaian tanah untuk pertanian dengan cara yang betul, perlu diamalkan. Faktor ini akan turut menyumbang kepada perubahan iklim sekaligus memberi kesan kepada pengeluaran pertanian negara.

“kita mempunyai teknologi di negara ini dan pastinya teknologi telah pun digunakan tetapi saya percaya banyak lagi yang perlu ditingkatkan. Kita cuba tingkatkan hasil padi menggunakan teknologi terkini dan juga

kemungkinan untuk menambah. Kawasan padi kita yang mana kita tahu sabah dan Sarawak masih ada lagi tanah untuk dipertingkatkan keluasan sedia ada.”

Sememangnya kita sudah ada variety disebut MR219 yang ditanam dikawasan 90 % kawasan penanaman padi dinegara kita dan hasilnya boleh melangkau 10 tan sehektar tetapi perlu didalam suasana pengeluaran dimana pengurusan pengeluaran itu dijaga dengan baik. Walaupun kita ada teknlogi ini tetapi amalan terhadap teknologi tidak benar-benar dibuat oleh keseluruhan petani. Itu dapat dimantapkan melalui program-program

pengembangan. Ada kalanya petani tidak melakukan sepenuhnya apa yang dinyatakan mungkin baja tidak digunakan pada tahap yang sepatutnya. Cara mengairkan kawasan padi tadi amat penting dimana kita hanya perlu air diberikan pada tahap saturation point. Kita ada juga baja padi yang dikeluarkan yang saya percaya jika digunakan pada peringkat yang optimum boleh menghasilkan pengeluaran yanggg baik.

Sumber:Radio RTM 27/4/08

Apa pun pendapat dan saranan,kekalkan dan tambahlah kawasan penanaman padi semaksima

(7)

Referensi

Dokumen terkait

Keempat formula ini menunjukan dengan basis yang sama, perbedaan jumlah senyawa peningkat penetrasi berpengaruh pada besarnya fluks penetrasi sediaan gel

Buya Hamka, misalnya, ketika akhirnya dibebaskan dari penjara tanpa proses pengadilan, teman-teman Buya Hamka heran kok beliau tetap tersenyum dan tidak merasa dendam atau

Penelitian mengenai pengaruh ion logam Mg 2+ terhadap aktivitas antioksidan antosianin dari ekstrak etanol kulit buah naga merah (Hylocereus polyrhizus) telah

Berdasarkan hasil penelitian ini dipahami bahwa pengaturan mengenai penegakan hukum pidana pemalsuan identitas profesi dokter gigi yang melakukan tindakan medik masih

Dalam hal Manajer Investasi menerima atau menyimpan permohonan penjualan kembali Unit Penyertaan dalam 1 (satu) Hari Bursa lebih dari 20% (dua puluh persen) dari total NAB

Penelitian ini dilakukan bertujuan untuk mengetahui : (1) Asal – usul upacara Larung Sesaji telaga Sarangan, (2) tujuan diadakannya upacara Larung Sesaji telaga Sarangan,

Desa Talango merupakan desa lahan perkebunan dan persawahan, sehingganya banyak masyarakat Desa Talango bercocok tanam, sehingganya dari itu kepala Desa Talango

Tabel 9 menunjukkan bahwa sumber dominan yang menyebabkan peningkatan produksi bawang merah, cabai merah, kentang, lobak, mentimun, petsai, tomat, dan wortel selama