IMPLIKASI MODEL PERSONAL DALAM PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN
Dalam mengaplikasikan model personal, persekitaran pembelajaran perlu
diwujudkan supaya individu membentuk kesedaran diri dan identiti sejak awal lagi. Model personal dalam pengajaran dan pembelajaran menekankan individu sebagai insan yang unik dan cabaran untuk membentuk personaliti yang berintegrasi, penuh keyakinan dan kompeten. Matlamat ini adalah untuk membantu setiap pelajar
bertanggungjawab terhadap perkembangan dan berjaya mencapai penghargaan diri serta keharmonian kendiri. Maka, adalah penting untuk guru membentuk serta menggabungkan aspek intelek dengan emosi demi melahirkan suatu personaliti yang seimbang.
Dalam penggunaan model personal, kandungan dan aktiviti tidak dipreskripsikan, tetapi ditentukan oleh pelajar apabila bertemu dan berinteraksi dengan guru. Maka model non-directive ini bergantung pada faktor semulajadi dan bukan ditentukan oleh kesan pengajaran. Kesan pengajaran amat bergantung pada kejayaan pemupukan perkembangan diri pelajar. Oleh itu, guru perlu menyediakan suatu iklim sosial yang mengizinkan pelajar meluahkan perasaan dan bebas untuk mengekspresi perasaan. Disinilah pelajar perlu diberikan peluang untuk meluahkan perasaan dalam perbincangan individu atau kumpulan.
Implikasi Model Sosial terhadap proses pengajaran
dan pembelajaran ( P&P)
Terdapat pelbagai implikasi model sosial yang dapat kita perolehi di dalam dunia pendidikan. Di antaranya ialah memberi peluang kepada murid untuk memerhati dan mencontohi pelbagai tingkah laku yang diingini. Oleh itu,guru hendaklah menunjukkan tingkah laku yang positif kepada murid. Melalui contohnya yang positif ini, murid-murid pasti akan mengikut apa yang mereka rasakan boleh membawa kebaikan kepada mereka. Bukan itu sahaja, bahkan pengaruh rakan sebaya juga mungkin akan menyebabkan murid-murid akan mencontohi tingkah laku yang diingini. Sebagai contohnya sekiranya rakan mereka mereka menunjukkan tingkah laku yang positif, mereka akan mencontohi tingkah laku itu dan sebaliknya. Namun begitu sudah menjadi lumrah alam manusia ini seringkali mencontohi perkara yang negatif sahaja. Jadi, sudah menjadi tanggungjawab guru untuk memerhati murid agar mereka mengikut landasan yang benar.
membesarkan anak-anak mereka dan bukan hanya memberikan 100% kepercayaan kepada guru sahaja.
Selain daripada itu, murid-murid juga dapat belajar dengan lebih mendalam lagi melalui kerja kumpulan yang bersifat koperatif ini. Murid-murid dapat belajar bersama-sama untuk menguasai maklumat, idea dan kemahiran yang penting di samping memikirkan cara-cara penyelesaian masalah yang timbul. Seperti yang kita ketahui, teknik perbincangan merupakan satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk perbualan dan ia dilakukan dikalangan pelajar dibawah penyeliaan dan kawalan seorang guru. Murid-murid dapat berbincang di antara satu sama lain bagi menjana idea untuk lebih memantapkan lagi perbincangan mereka. Sekiranya terdapat percanggahan idea atau maklumat yang tidak dikenalpasti mereka boleh merujuk kepada guru mereka bagi memastikan ketepatan sesuatu maklumat. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan amalan pembelajaran koperatif mereka.
Disamping itu juga, murid-murid akan bersaing antara satu sama lain dalam suasana yang kondusif dan dalam pada masa yang sama, setiap ahli mempunyai peluang yang sama untuk memperoleh pencapaian cemerlang. Sekiranya wujud semangat persaingan di antara murid-murid mereka akan lebih berusaha dengan gigih untuk membuktikan kebolehan masing-masing tanpa menimbulkan perasaan hasad dengki masing-masing. Setiap murid-murid akan berjaya memperolehi kecemerlangan dalam erti kata lain berjaya menjadi insan yang berguna.
IMPLIKASI MODEL TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
1. Mengutamakan ganjaran, insentif dan peneguhan sosial bagi memotivasikan pelajar
agar mengulangi tingkah laku yang diingini. Tanpa ganjaran, insentif dan peneguhan sosial maka tingkah laku tadi akan berhenti dan hilang dari diri pelajar.
2. Meningkatkan pengajaran sedia ada guru terhadap pengajaran yang hendak diajar
kepada pelajar.
3. Mengaitkan rangsangan dan gerak balas dalam pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar bagi memastikan pelajar dapat menerima apa yang diajar dengan berkesan.
4. Memberi pengukuhan dan pelaziman kepada pelajar. Dengan cara ini, akan lebih menarik pelajar untuk terus mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran di dalam kelas.
6. Pemulihan spontan kepada pelajar yang kurang aktif atau pasif di dalam kelas dan sekaligus dapat melatih mereka memberi gerak balas kepada guru dan kawan-kawan di dalam kelas.
IMPLIKASI MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT · Input tentang pembelajaran amat penting. Guru harus menggunakan kaedah ekspositori untuk menyampaikan konsep-konsep dalam sesuatu topik pelajaran. Sebelum mengajar topik “Perbandingan antara karnivor dengan hebivor”, pelajar perlu menguasai fakta dan konsep tentang kedua-dua jenis haiwan. · Bahan pembelajaran (input) harus disusun atur dengan baik. Guru perlu bermula dengan penyusun awal dalam pengajarannya untuk menggerakkan minda pelajar menerima bahan pembelajaran yang baharu. Contohnya, jika guru ingin mengajar topik “Haiwan Darat”, guru boleh menggunakan satu penyusun awal dalam bentuk gambar-gambar awal dan ciri-cirinya. · Idea dan konsep baharu harus bermakna kepada pelajar. Guru digalakkan untuk menyusun isi pelajaran secara berperingkat agar pelajar dapat menerima pembelajaran yang berkesan. Pelajar juga dilibatkan dalam proses pembelajaran seperti mengumpulkan maklumat, sintesis, analisis dan menyimpul pelajaran. Dengan yang demikian, pelajaran akan lebih bermakna. · Menambat konsep-konsep baharu ke dalam struktur kognitif sedia ada akan memudahkan ingatan kembali konsep-konsep tersebut. Guru perlu mengaitkan input baharu dengan pengetahuan sedia ada agar pelajar dapat menyimpan dalam skema secara tersusun. · Pembelajaran deduktif diamalkan di mana guru akan memberikan prinsip-prinsip am sebelum memberikan contoh-contoh spesifik. Contohnya, jika guru ingin mengajar tentang konsep tiga segi, guru perlu memberikan definisi dan ciri-ciri tiga segi sebelum memberikan pelbagai jenis tiga segi yang spesifik.
Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin