• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pengaruh Kecerdasan Emosi dan Tekanan Te

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Pengaruh Kecerdasan Emosi dan Tekanan Te"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

PENGARUH HUBUNGAN KECERDASAN EMOSI DAN TEKANAN TERHADAP KOMITMEN DALAM KALANGAN PEGAWAI PENJARA PENGKALAN CHEPA

AZIZ BIN ABDULLAH azizabdullah9363@gmai.com Universisti Sultan Zainal Abidin

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk meneliti pengaruh kecerdasan emosi dan tekanan terhadap komitmen dalam kalangan pegawai penjara di Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan. Masalah komitmen berlaku apabila persekitaran organisasi yang tidak selesa, ruang kerja yang terhad dan keperluan persekitaran yang mengatasi sumber yang ada serta sentiasa berdepan dengan ancaman dan risiko semasa bertugas. Tekanan kerja terjadi apabila keperluan kerja tidak sepadan dengan keupayaan, kekaburan peranan, sumber dan kehendak pekerja. Gejala ini boleh memberi kesan ke atas psikologi dan fisiologi manusia. Seseorang individu yang berasa tertekan dengan kerja menyebabkan psikologi akan terganggu dan gagal membuat keputusan dengan baik. Ia akan menunjukkan kemurungan yang berpanjangan dan menjejaskan kesejahteraan emosi serta boleh menyebabkan penyakit berbahaya seperti tekanan darah tinggi, sakit jantung dan melemahkan sistem pertahanan badan situasi ini juga boleh menjejaskan prestasi kerja mereka dan menjejaskan komitmen organisasi. Kecerdasan emosi merupakan komponen yang penting dalam mempengaruhi dalam mengurangkan tekanan kerja dan meningkatkan komitmen. Objektif kajian ini ialah untuk mengukur pengaruh kecerdasan emosi dan tekanan terhadap komitmen organisasi dalam kalangan pegawai penjara. Seramai 175 orang pegawai penjara dipilih secara persampelan bertujuan sebagai sampel kajian. Instrumen soal selidik ialah Kecerdasan Emosi, Tekanan dan Komitmen Organisasi digunakan dalam kajian ini. Perisian komputer IBM Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) Statistics 20 dengan kaedah statistik deskriptif, korelasi Pearson dan pekali regresi digunakan untuk menganalisis data yang diperoleh. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara faktor kecerdasan emosi dan tekanan terhadap komitmen organisasi. Manakala analisis pekali regresi menunjukkan terdapat pengaruh yang signifikan kecerdasan emosi dan tekanan terhadap komitmen organisasi. Hasil kajian ini juga diharapkan dapat membantu mengatasi masalah tekanan kerja dan komitmen serta memperlihatkan betapa pentingnya kecerdasan emosi dalam kehidupan manusia khususnya penjawat awam. Di samping itu juga dapat menambahkan kefahaman konsep kecerdasan emosi diaplikasi terutamanya dalam kalangan pegawai penjara.

1. PENGENALAN

(2)

sepanjang tempoh penahanan mereka di dalam penjara. Menjalani dua tugas yang berbeza matlamat dan objektifnya dalam suatu masa sememangnya membuatkan Pegawai Penjara berhadapan dengan situasi kerja yang mendedahkan mereka kepada keadaan yang menjurus kepada pelbagai masalah. Sehubungan dengan itu, Pegawai Penjara mesti memiliki kecerdasan emosi dan komitmen yang tinggi untuk terus kekal dalam organisasi walaupun menghadapi masalah seperti gangguan emosi atau tekanan kerja. Perkara ini terjadi mungkin disebabkan pengharapan tinggi oleh masyarakat kepada Pegawai Penjara. Ini adalah kerana masyarakat berharap supaya setiap tahanan atau banduan yang telah dipenjarakan tidak akan kembali sebagai penjenayah selepas dibebaskan.

Setiap kali banduan yang kembali semula melakukan kesalahan atau jenayah, masyarakat mempersoalkan tentang peranan yang dimainkan oleh Pegawai Penjara sebagai Pegawai Pemulihan. Begitu juga, jika sekiranya berlaku perkara-perkara yang tidak diingini di dalam penjara seperti penyeludupan artikel barang larangan ke dalam penjara seperti wang, dadah, rokok dan senjata merbahaya (Akta Penjara 1995) ataupun berlakunya pergaduhan dan rusuhan di dalam penjara. Oleh yang demikian, dapat dilihat bahawa peranan sebagai Pegawai Penjara begitu mencabar sebagaimana kajian yang dilakukan oleh Lambert, Hogan & Tucker (2009) menyatakan bahawa bertugas sebagai Pegawai Penjara merupakan suatu pengalaman unik yang tidak terdapat dalam organisasi lain. Kenyataan itu berlandaskan kepada hasil kajian Delprino (2002) yang menyatakan bertugas dalam bidang pemulihan ini boleh menjadi sangat mencabar dan tertekan memandangkan pekerjaan ini berurusan dengan isu-isu yang jarang ditemui dalam pekerjaan lain.

Kajian mengenai hubungan pengaruh faktor kecerdasan emosi dan tekanan terhadap komitmen dalam kalangan Pegawai Penjara. Institusi Penjara adalah berbeza dari institusi atau organisasi yang ada dalam masyarakat moden Lambert et al.(2009). Perbezaan bukan sekadar dari penampilan fizikal, malahan ianya merupakan satu tempat di mana satu pasukan pekerja yang terlatih berkhidmat untuk mengurus dan menjaga satu kumpulan manusia yang bergelar "banduan/tahanan/juvana". Manakala kumpulan manusia ini datang secara paksa di bawah penguatkuasaan undang-undang dan dihalang dari meninggalkan kawasan penjara oleh pengawal, tembok dan pagar. Dalam erti kata lain, pihak pengurusan Jabatan Penjara tidak boleh memilih pelanggan dan membebaskan mereka mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Banduan/tahanan mesti mematuhi peraturan yang ditetapkan dan pergerakan mereka adalah amat terkawal. Dalam konsep kepenjaraan masakini, penjara merupakan tempat di mana banduan akan ditahan, dikawal dan menjalani pelbagai aktiviti pemulihan sehinggalah tarikh mereka dibebaskan.

1.2. Penyataan Masalah

(3)

manakala jumlah maksimum kapasiti 43 buah penjara ialah 50,700 orang banduan(Jabatan Penjara Malaysia).

Perkembangan semasa yang berlaku telah memberikan impak terhadap aspek pengurusan JPM. Peningkatan jumlah kes yang dijatuhkan hukuman oleh mahkamah secara langsung telah meningkatkan jumlah populasi penghuni penjara. Berdasarkan statistik tersebut telah menunjukan peningkatan dalam tempoh 3 tahun. Peningkatan jumlah populasi ini menimbulkan masalah kesesakan yang kritikal di beberapa institusi penjara. Secara langsung juga bebanan tugas dan risiko yang perlu dihadapi oleh kakitangan penjara khususnya dalam aspek kawalan keselamatan didapati semakin berat di mana nisbah kawalan seperti mana yang digariskan dalam “United Nations Standard Minimum Rules for the Treatment of Offenders" iaitu pada kadar 1 nisbah 3 telah meningkat kepada 1 nisbah 8 sejak kebelakangan ini.

Pegawai Penjara seumpama pakar psikologi dalam erti kata lain, berusaha mempengaruhi sosialistik tingkah laku seseorang yang terlibat dengan jenayah supaya berubah menjadi insan Aradilla et al.(2010). Penjara merupakan satu tempat di mana boleh berlakunya perselisihan, jenayah terancang dan keganasan yang boleh membawa kepada kematian. Pagawai Penjara merupakan salah satu kerjaya yang merbahaya di dunia kerana setiap masa mengawal dan melayan karenah manusia yang celik dalam bidang jenayah. Selain terkurung dalam zon larangan dan terpisah dari orang awam, dengan hanya berbekalkan cota kayu dan kemahiran seni pertahanan diri (tidak dibekalkan pistol atau baju kalis peluru), mereka berkorban nyawa setiap hari demi keamanan sejagat. Setiap saat di dalam penjara adalah tekanan yang ditempah sendiri demi sesuap nasi yang halal untuk menyara keluarga dan demi keselamatan negara. 1.3. Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan bagi mencapai objektif-objektif seperti berikut:

(1). Mengukur kecerdasan emosi, komitmen dan tekanan dalam kalangan Pegawai Penjara, di Penjara Pengkalan Chepa.

(2). Mengenal pasti hubungan dan pengaruh faktor kecerdasan emosi dan tekanan dalam kalangan Pegawai Penjara.

(3). Mengkaji hubungan dan pengaruh faktor tekanan terhadap komitmen dalam kalangan Pegawai Penjara.

1.4. Persoalan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengukur hubungan dan pengaruh faktor kecerdasan emosi, tekanan kerja terhadap komitmen kepada organisasi, antara persoalan yang dibangkitkan di sini ialah:

(1). Adakah terdapat hubungan dan pengaruh antara faktor kecerdasan emosi Pegawai Penjara terhadap komitmen kepada Jabatan Penjara.

(2). Adakah terdapat hubungan dan pengaruh antara faktor kecerdasan emosi dan tekanan dalam kalangan Pegawai Penjara.

(4)

2. METODOLOGI

Metodologi kajian adalah merujuk kepada kaedah yang paling sesuai untuk menjalankan penyelidikan dan menentukan tatacara yang efektif bagi menjawab permasalah kajian. Bagi melaksanakan kajian ini dengan efektif, metodologi yang dirangka adalah melibatkan pembentukan hipotesis, skop dan batas kajian, kaedah pengumpulan data, penentukan populasi dan pemilihan sampel dan kaedah penganalisisan data. Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah kuantitatif berdasarkan kepada teknik tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik. Kajian ini dijalankan di institusi penjara di Malaysia Zon Timur, iaitu Penjara Pengkalan Chepa Kelantan. 2.1. Persampelan

Persampelan adalah dari 180 orang Pegawai Penjara yang menjadi responden kepada kajian ini, mereka terdiri dari Pegawai Penjara kumpulan sokongan gred (17-38) dan gred professional (41-48). Kajian ini akan dilakukan di Penjara Pengkalan Chepa Kelantan. Maklumat diperolehi dengan mendapatkan maklumbalas dari responden tersebut dengan menggunakan borang soal selidik. Data yang didapati dengan mudah dan tidak memerlukan kos yang tinggi. Jumlah keseluruhan responden kajian ini adalah seramai 300 orang. Merujuk kepada Kredjie dan Morgan (1970), bilangan yang disyorkan bagi sampel kajian ini adalah seramai 175 orang, manakala bilangan sampel telah ditetapkan bagi kajian ini adalah seramai 180 orang.

2.2. Analisis Data

Data yang diperolehi melalui borang soal selidik telah dianalisis dengan menggunakan perisian komputer Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 20. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan kaedah statistik iaitu deskriptif, korelasi Pearson dan regresi. Statistik deskriptif digunakan kerana data yang dihasilkan dapat dianggap sebagai ringkasan daripada keseluruhan set data. Ia juga dapat memberi maklumat secara langsung dan mudah Walsh dan Fisher (2005). Dalam kajian ini, analisis data deskriptif digunakan bagi menghuraikan maklumat demografi responden dari segi jantina, umur, kategori jawatan, tahap pendidikan dan tempoh perkhidmatan dalam bentuk kekerapan, peratusan dan min. Data yang diperolehi akan dianalisis menggunakan korelasi Pearson dan regresi bagi mengukur kekuatan hubungan antara pembolehubah yang diuji. Selaras dengan tujuan dan objektif kajian, tumpuan analisis data adalah tentang kecerdasan emosi, analisis tentang tekanan dan analisis tentang komitmen terhadap organisasi.

3. DAPATAN KAJIAN

(5)

sebenar jumlah Pegawai Penjara yang berkhidmat di Penjara Pengkalan Chepa bahawa Pegawai Penjara Lelaki lebih ramai berbanding Pegawai Penjara Wanita.

Taraf pendidikan responden yang berkhidmat di Penjara Pengkalan Chepa. Bilangan responden yang berpendidikan tahap sijil berjumlah 142 orang (81.1% respon), manakala bilangan responden yang berpendidikan tahap diploma berjumlah 23 orang (13.7% respon) dan responden yang berpendidikan tahap ijazah berjumlah 10 orang (5.1% respon) daripada 175 orang responden yang diambil sebagai sampel. Ini memberi gambaran bahawa kebanyakan Pegawai Penjara yang berkhidmat di Penjara Pengkalan Chepa berpendidikan tahap sijil persekolahan.

Kumpulan umur responden pelbagai kategori, kumpulan umur yang paling ramai ialah antara 46 hingga 55 tahun berjumlah 58 orang (33.1% respon). Kumpulan umur yang kedua paling ramai ialah antara 25 hingga 35 tahun berjumlah 52 orang (29.1% respon) dan kumpulan umur antara 36 hingga 45 tahun berjumlah 49 orang (28.6% respon) yang merupakan golongan belia. Manakala kumpulan umur remaja iaitu kurang dari 25 tahun seramai 8 orang (4.6 % respon) dan selebihnya kumpulan umur melebihi 55 tahun dengan jumlah 8 orang (4.6% respon).

Hasil ujian kolerasi Pearson bagi menguji hubungan antara pengaruh kecerdasan emosi terhadap komitmen kepada organisasi. Ujian kolerasi Pearson digunakan untuk mengenalpasti hubungan yang wujud antara pembolehubah. Berikut adalah hasil ujian kolerasi Pearson bagi pengaruh kecerdasan emosi dengan komitmen kepada organisasi (r = .550*, p < 0.00). Dapatan ujian ini menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara faktor kecerdasan emosi terhadap komitmen pada tahap sederhana. Walau bagaimanapun berdasarkan kepada keputusan ujian korelasi Pearson hipotesis ini diterima.

Hasil ujian kolerasi Pearson bagi menguji hubungan antara pengaruh kecerdasan emosi terhadap tekanan. Ujian kolerasi Pearson digunakan untuk mengenalpasti hubungan yang wujud antara pembolehubah. Berikut adalah hasil ujian kolerasi Pearson bagi kecerdasan emosi dengan tekanan (r = .573**, p < 0.00). Hasil ujian ini menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara faktor kecerdasan emosi dengan tekanan pada tahap sederhana. Walau bagaimanapun berdasarkan kepada ujian korelasi Pearson menunjukkan hipotesis ini diterima.

Hasil ujian kolerasi Pearson bagi menguji hubungan antara pengaruh tekanan terhadap Komitmen. Ujian kolerasi Pearson digunakan untuk mengenalpasti hubungan yang wujud antara pembolehubah. Berikut adalah hasil ujian kolerasi Pearson bagi pengaruh tekanan dengan komitmen (r=.276**, p < 0.00). Keputusan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara pengaruh tekanan terhadap komitmen. Berdasarkan ujian korelasi Pearson menunjukkan hipotesis ini diterima. 4. PERBINCANGAN

Perbincangan berkaitan dengan dapatan kajian dalam aspek-aspek yang berkaitan dengan objektif kajian iaitu tahap kecerdasan emosi, tahap tekanan dan komitmen dalam kalangan Pegawai Penjara yang bertugas di Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan. 4.1. Faktor Demografi

(6)

berjumlah 22 orang responden. Status perkahwinan didapati mendatangkan implikasi yang besar terhadap kesemua pembolehubah organisasi yang dikaji. Lily Suriani et al. (2004) mereka yang telah berkahwin lebih bertanggungjawab dan peranan mereka dalam keluarga secara tidak langsung telah mematangkan mereka dalam menghadapi kehidupan. Beban tugas dan tanggungjawab yang mereka pikul dalam mengharungi alam rumahtangga menjadikan mereka lebih matang, tenang dan tabah berhadapan dengan pelbagai masalah. Ini secara tidak langsung mematangkan fikiran dan emosi.

Selain itu, terdapat sejumlah 39 orang responden yang baru bekerja dalam tempoh 1 hingga 9 tahun. Sementara 86 responden yang bekerja dalam tempoh 10 hingga 19 tahun merupakan tempoh sederhana. Sejumlah 97 responden yang sudah lama bekerja dalam tempoh 20 tahun ke atas. Ini menunjukkan bahawa Pegawai Penjara di Penjara Pengkalan Chepa adalah golongan yang berpengalaman dan pengetahuan luas dalam bidang kepenjaraan. Melihat kepada deskripsi tugas dan ganjaran yang diberikan oleh kerajaan adalah didapati jenis pekerjaan ini menjamin kehidupan dan mempunyai banyak kemudahan yang menyebabkan mereka bertahan sehingga berkhidmat melebihi 20 tahun. Oleh yang demikian, kebanyakan Pegawai Penjara dapat bertahan dan merasa selesa bekerja walaupun merasai tekanan kerja tetapi memberikan komitmen terhadap organisasi.

4.2. Hubungan dan pengaruh faktor Kecerdasan Emosi terhadap Komitmen Secara keseluruhannya, didapati responden mempunyai tahap kecerdasan emosi yang tinggi dalam semua dimensi kecerdasan emosi. Berdasarkan kepada skor min yang diperelehi adalah tinggi pada setiap dimensi kecerdasan emosi dalam kajian ini. Apabila kecerdasan emosi tinggi mereka dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan jayanya dan seterusnya melahirkan komitmen yang tinggi kepada jabatan.

Selain itu didapati kecerdasan emosi berada pada tahap tinggi dan ia berlandaskan kepada teori kecerdasan emosi yang menjadi panduan dalam kajian ini di mana individu yang mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi adalah mereka yang bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan serta mempunyai kesedaran kendiri Goleman (2001).

4.3. Hubungan dan pengaruh faktor Kecerdasan Emosi terhadap Tekanan Secara keseluruhannya, didapati responden mempunyai tahap tekanan yang sederhana ini. Tahap kecerdasan emosi yang tinggi dapat mempengaruhi tekanan yang mereka alami sewaktu ditempat kerja. Kecerdasan emosi telah didapati sebagai faktor yang menyumbang kejayaan keseluruhan dalam kehidupan, kesihatan fizikal yang baik, mental, membangunkan hubungan yang sihat, kemahiran penyelesaian konflik dan kepimpinan yang berkesan kepada Pegawai Penjara.

4.4. Hubungan dan pengaruh faktor Tekanan terhadap Komitmen

(7)

yang dirasai oleh Pegawai Penjara akan semakin rendah tahap komitmen mereka. Tekanan di sini mungkin merupakan tekanan yang membawa keburukan dan melemahkan motivasi kerja Pegawai Penjara.

5. PENUTUP

Penganalisisan data berbentuk deskriptif dan inferensi dijelaskan secara terperinci dalam bab ini bagi mencapai objektif kajian serta menjawab persoalan dan hipotesis kajian. Analisis deskriptif terhadap demografi juga telah dinyatakan dalam bab ini untuk melihat latar belakang responden dan tahap kecerdasan emosi, kecerdasan emosi dan tekanan. Selain itu, ujian inferensi seperti ujian kolerasi Pearson dan regresi digunakan bagi mengukur hubungan antara pengaruh faktor kecerdasan emosi terhadap komitmen. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara pengaruh faktor kecerdasan emosi dan tekanan terhadap komitmen.

Rujukan

Aradilla D., Estrany F., Azambuja D.S., María T. Casas M.T., Puiggali J., Ferreira C.A., Alemán C.,(2010). Conductingpoly (3, 4 ethylene dioxythiophene) Montmorillonite exfoliated nanocomposites, European Polymer Journal. 46,977-983.

Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Kaedah Pendidikan. Kuala Lumpur: McGraw Hill.

Delprino, R. P. (2002). Work and family support services for correctional officers and their family members: A national survey. National Institute of Justice, United States Department of Justice.

Goleman, D. (2001). Emotional intelligence: issues in paradigm building. In C. Cherniss & D. Goleman (Eds.), The Emotionally Intelligent Workplace, (pp.13-26), Jossey-Bass: San Francisco.

Iran Herman & Mohamed Fadzil A. Rahman (2010). Tekanan kerja dan strategi daya tindak dalam kalangan anggota polis diraja Malaysia di lembah kelang. Jurnal Psikologi Perkhidmatan Awam Malaysia, bil. 5 ISSN: 1985-8108.

Lambert, E.G, Hogan, N.L., and Tucker, K. A. (2009). Problem at Work: Exploring the Correlates of Role Stress among Correctional Staff, the Prison Journal, and Sage Publications.

Lily Suriani Mohd. Arif, Ungku Norulkamar Ungku Ahmad & Siti Aisyah Abdul Rahman. (2004). Hubungan kepuasan komunikasi dengan komitmen terhadap organisasi di kalangan pekerja teknikal: Kajian kes di Flextronics International, Senai, Johor. Vot penyelidikan, Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Teknologi Malaysia

(8)

Martin Loosemore & Tom Waters. (2004). Differences in occupational stress among professionalsin the construction industry. Journal of Management in Engineering 20: 126-132.

Marquart.(2005). The rope, the chair and the needle: Capital punishment in Texas, 1923-1990. Austin: University of Texas Press.

Maslach C., Leiter M., &Jackson S. (2012). Making asignificant difference withburnout interventions: Researcher and practitioner collaboration. Journal of Organizational Behavior, 33, 296-300.

Masilamani, R., Bulgiba, A., Chinna, K., Darus, A., Isahak, M., Kandiben, S., & Koh, D. (2013). Prevalence and associated factors of stress in the Malaysian Police Force. ScienceDirect - Preventive Medicine, 57, S57-S59.

Mayer, J.D., Salovey, P., & Caruso, D., & Sitarenios, G. (2003). Measuring emotional intelligence with the MSCEIT V2.0. Emotion, 3, 97-105.

Mayer, J. D., & Salovey, P. (1997).What is emotional intelligence? In P.Salovey &D.Sluyter (Eds.), Emotional development and emotional intelligence: Educational implications (pp. 3–31). New York: Basic Books.

Mayer, J., Salovey, P., & Caruso, D. (2004). Emotional intelligence: Theory, findings, and implications. Psychological In-quiry, 15, 197-215.

Meyer dan Maltin, J. (2010) Employee commitment and well-being: A Critical review, theoretical framework and research agenda. Journal of Vocational Behavior 77 (2010) 323–337.

Metcalf, B., Dan Dick, G. (2000) “Is the force still with you? Measuring police commitment”, Journal of Managerial Psychology, 15, 8, 812-813.

Mohd Yusri Ibrahim. (2010). Bimbingan cepat: Analisis data penyelidikan. Bandar Ilmu.

Mohd. Majid Konting. (1999).“Kaedah penyelidikan pendidikan.”Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mowday, R., Porter, L., &Steers, R. (1982). Employee organization link ages: The psychology of commitment, absenteeism, and turnover. NewYork: Academic Press.

Muhamad Hanapi Husin. (2004). Pengurusan tekanan kerja di kalangan guru-guru sekolah menengah di daerah Kuantan, Pahang.Tesis Sarjana. Universiti Malaya.

Munali, J. (2005). Stress and individual performance of workers in hotels At the Kenyan Coast. (Unpublished Doctoral Dissertation).Thesis.Andra PradeshOpen University, Hyderbad State. India.

Noe, R. etal. (2004). Fundamental of human resource management. New York: McGraw-Hill.

Noor Adila Adnan. (2010). Hubungan antara stres, konflik kerja-keluarga dan perilaku merokok dalam kalangan pekerja, Universiti Malaysia Terengganu.

(9)

Nor Hidayah. (2004). Pembinaan E-Modul mata pelajaran hidrologi: Kajian di Politeknik Shah Alam.Tesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn Noriah, M.Ishak.Zuria M& Siti Rahayah Ariffin. (2004). Kecerdasan emosi dikalangan

pekerja di Malaysia. Laporan teknikal, Prosiding IPRA 2004, UKM.

Noriah, I. & Siti Norbayah. (2006). Emotional intelligence of Malaysian teachers: Implications on workplace productivity. International Journal of Vocational Education and Training, 14, 8-24.

Norizan, I. (2012). Organizational commitment and job satisfaction among staff of higher learning education institutions in Kelantan Malaysia, Doctoral Dissertation, Universiti Utara Malaysia.

Noorbakhsh, S.N., Besharat, M.A., &Zarei, J. (2010).Emotional intelligence and coping styles withstress.Social and behavioral sciences, 5(0), 818-822.

O’Malley, M. N. (2000). Creating commitment. Canada: John Wiley & Sons, Inc. Palmer, B., & Stough, C. (2001). Workplace SUEIT: Swinburne University Emotional

Intelligence Test-Descriptive report. Melbourne: Swinburne University, Organisational Psy-chology Research Unit, Australia.

Palita, R.K. (2001). How IT project managers are leading change. Management Services, 45, 12, 8-1 1.

Patterson, G.T. (2001). Reconceptualizing traumatic incidents experienced by law enforcement personnel. The Australasian Journal of Disaster and Trauma Studies, Vol. 2001-2 ISSN: 1174-4707.

Patterson, G.T. (2009). Mental stress and workers compensation claims among police officers. Journal of Workplace Rights, 14(4), 441-455.

Pawar, A.A., & Rathod, J. (2007). Occupational stress in naval personnel. Military Journal of Armed Forces India, 63(2), 154-156.

Petrides, K.,& Furnham, A. (2001). Trait emotional intelligence: psychometric investigation with reference to established trait taxonomies. European Journal of Personality, 15, 425-448.

Petrides, K., Pita, R., & Kokkinaki, F. (2007). The location of trait emotional intelligence inpersonality factor space. British Journal of Psychology, 98, 273-289.

Pflanz, S. E., & Ogle, A. D. (2006). Job Stress, depression, work performance and perceptions of supervisors in military personnel. Military Medicine, 171(9): 861-865.

Pflanz S, Sonnek S. (2002).Work stress in the military: Prevalence, causes and relationship to emotional health. Military Medicine 167: 877-882.

Zimbardo, Philip G.; Sword, Richard M.; Sword, Rosemary K.M. (2012). The time cure: Overcoming PTSD with the new psychology of time Perspective therapy. San Francisco, CA: Jossey-Bass.

Pin Tan Lee. (2010). Hubungan kebiasaan berolahraga dengan tingkat stres pada mahasiswa fakultas kedokteran Universitas Sumatera Utara tahun masuk 2008, Tesis, Fakultas Kedokteran Universitas Sumatera Utara, Medan.

(10)

Pitt, M., Leyland, F., Foreman, S. K., & Bromfield, D. (1995). ‘Organisational commitment and service delivery: Evidence from an industrial setting in the UK’, International Journal of Human Resource Management, 6, 369-389. Porter, L.W., Steers, R.M., Mowday, R.T., &Boulian, V. (1974). Organizational

commitment, job satisfaction, and turnover among psychiatric technicians. Journal of Applied Psychology, October, pp.603-609.

Prakas Roa, (2001). Perkaitan di antara kecerdasan emosi dengan prestasi akademik mahasiswa dan mahasiswi di Universiti Teknologi Malaysia. UTM.

Price, J.L. & Mueller, C. (1986), Absenteeism and turnover of hospital employees, JAI Press, Greenwich, CT.

Pucak, T. (2006). Burning in personnel penal institutions. Thesis, University of Zagreb, Faculty of Education and Rehabilitation Sciences.

Raeda, F. A. & Ibtisam, M. A. Z. (2008). Job stress, recognition, job performance and intention to stay at work among Jordanian hospital nurses. Journal of Nursing Management 16: 227-336.

Raja Maria Diana Bt. Raja Ali. (2011). Faktor-faktor yang mendorong tekanan kerja (stres) Di kalangan guru-guru sekolah menengah di Daerah Pasir Puteh, Tesis, and OUM: Falkuti Pendidikan Dan Bahasa.

Reed, S.C., Bell, J.F, & Edwards, T.C. (2011). Adolescent well-being in Washington State military families. American Journal of Public Health, 101(9), 1676-1682. Riggio, Ronald E. (1999). Introduction to industrial/organizational psychology. New

Jersey: Prentice Hall.

Rohany Nasir & Fatimah Omar (2006). Kesejahteraan manusia: Perspektif psikologi.Kajian tekanan kerja dan kesihatan kekerja.Universiti Kebangsaan Malaysia., Bangi, Selangor.

Rorlinda Yusof (2009). Kecerdasan emosi, efikasi kendiri dan sumbangan terhadap komitmen tugas guru kaunseling sekolah menengah. Tesis Ph.D. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Md. Said & Rosalinda (2011). "Debaran tebusan 130 jam".Utusan Malaysia. Dicapai pada 8 Mei 2016.

Salmah Othman. (2009). Kecerdasan emosi dan tekanan kerja serta hubungannya dengan komitmen kerja dalam kalangan anggota Polis Diraja Malaysia. Tesis Sarjana, Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah, Malaysia

Salami, S. O. (2008). Demographic and psychological factors predicting organizational commitment amongindustrial workers. Anthropologist: 10(1): 31-38.

Sapora Sipon. (2010). Stres kerja guru punca, kesan dan strategi daya tindak. Prosiding seminar profesional perguruan.

Savicki, Victor, Eric J. Cooley & Jennifer Gjesvold. (2003). “Harassment as apredictor of job burnout in correctional officers.” Criminal Justice and Behavior30:602-619.

Sayeed, O.M. (2001). Organizational commitment and conflict. New Delhi: Sage Publication.

(11)

Schumaaher, B. & McMillan, S.H. (1993). Research in education-A conceptual introduction (3rd.ed). New York L Harper Collins College Pubisher.

Sebnem Aslam & Ehmet Erkus. (2008). Measurement of emotional intelligence: validity and reliability studies of two scales. World Applied Sciences Journal, 4(3), 430-438. http: //www. idosi. org/ wasj/ wasj 4 (3) / 15. Pdf (9 Januari 2011).

Sekaran, U. (2003).Research methods for business (4th Ed.). Hoboken, NJ: John Wiley & Sons.

Senol-Durak, E., Durak, M, & Gencoz, T. (2006). Development of work stress Scale for correctional officers, Journal of Occupational Rehabilitation, 16 (1), 157–168. Selokar D, Nimbarte S, Ahana S, Gaidhane A, Wagh V . (2011). “Occupational stress

among police personnel of Wardha City, India”, Australasian Medical Journal AMJ 2011, Vol 4 (3),Pp114-117.

Selvakumaran Ramasamy & Noor Hassim Ismail. (2009). Kajian prevalens tekanan kerja di kalangan pegawai penjara di sebuah penjara, Malaysia: satu perbandingan diantara hasil kajian tahun. Journal of Community Health 15(1). Shane, J.M. (2010). Organizational stressors and police performance. Journal of

Criminal Justice, Vol. 38, pp. 807-818.

Smith, A. (2001). Perception of stress at work. Human Resource Management Journal. 11(4), 74-86.

Stamper, C. L. & Johlke, M. C. (2003). The impact of perceived organizational support on the relationship between boundary spanner role stress and work outcomes. Journal of Management 29(4):569-588.

Sternberg, R. J. (1996). Successful Intelligence: How practical and creative intelligence determine success in life.New York: Simon and Shuster.

Stinchcomb, J. B. (2004). Searching for stress in all the wrong places: Combating chronic organizational stressors in policing. Police practice and research, 5: 259–277

Stock, B. (2001). Emotional intelligence and CEO succession. Corporate Board, 22, 128, 11.

Sugiyono. (2008). Metode penelitian kuantitatif kualitatif dan R&D. Bandung Alfabeta. Sunbul, A. M. (2003). An analysis of relations amonglocus of control, Burnout andjob satisfaction in Turkish high school teachers. Australian Journal ofEducation Vol.47No.1 April, 2003.

Suzyanty Mohd Shokory, Wan Salmuni Wan Mustaffa, & Norsamsinar Samsudin. (2005). Kepuasan kerja kakitangan akademik: Satu perbandingan jantina. Kertas kerja bagi pembentangan persidangan psikologi Malaysia 2005.

Thapisa, A. P. N. & Jain, P. (2000). Bio-factor analysis of library productivity. Librarymanagement, 21(2): 86-93.

(12)

Van Rooy, D., & Viswesvaran, C. (2004). Emotional intelligence: A meta-analytic investigation of predictive validity and nomological net. Journal of Vocational Behavior, 65, 71-95.

Violanti, J. M. (2010). Police suicide: A national comparison withfire-fighter and military ypersonnel. Policing: An International Journal of Police Istanbul: Examining the moderating role of emotional intelligence. Social and behavioral sciences, 75(0), 518-524.

Wan Shahrazad. (2012).examiningthepsychometric propeties ofthe Wong and Law emotional intelligence scale (WLEIS) special issue 2 (2015) 081-090, ISSN: 1823-884xInternational conference on social sciences &humanities (ICOSH-UKM2012).

Weinberger, L.A. (2003).An examination of the relationship between emotional intelligence, leadership style and perceived leadership effectiveness. Doctoral dissertation.The Graduate School of the University Of Minnesota.

Woo Siew Fun. (2008). Faktor-faktor yang mendorong tekanan kerja (stres) di kalangan guru-guru sjk(C): Satu kajian di tiga buah sekolah di Wilayah Persekutuan. Tesis Sarjana, UTM.

Wong, C. S., & Law, K. S. (2002). The effects of leader and follower emotional intelligence on ferformance and attitude: An exploratory study. Leadershipquarterly, 13,243-274.

Worrall, L, Cooper, C.L and Campbell-Jamison, F. (2000). The impact of organizational change on the public sector managers. Personnel Reviews, 29 (5): 613-636.

Yozgat, U.Yurtkoru, S., & Bilginoglu, E. (2013). Job stress and job performance among employees in public sector in Istanbul: Examining the moderating role of emotional intelligence. Social and behavioural sciences, 75(0), 518-524. Zakaria, S.S.A. & Yahya, A.S. (2006). Tinjauan tentang reaksi emosi di tempatkerja:

Satu aspek pengurusan pusat sumber manusia dalam organisasi.Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Akta Penjara 1995

Referensi

Dokumen terkait

[r]

ATBM ialah alat tenun bukan mesin yang disebut alat tenun tijak, mempunyai kerangka kayu, baik untuk tiang maupun alat lainnya yang berfungsi untuk menggerakkan naik turunnya

Tipe cengkeh ini lidak dianjurkan uutuk ditanam kaleina produksi da daya adaptasinya rendah kualitas hasil yang kurang baik, daun yang muda herwama ros muda

[r]

Namun, penelitian ini tidak sejalan dengan penelitian yang dilakukan oleh Nuzliati, Nurkila dan Karimah yang mengatakan bahwa tidak ada hubungan yang bermakna antara

Berdasarkan hasil observasi yang sudah dilakukan kepada Mawar, Melati, Anggrek dan Pangeran dapat diketahui bahwa siswa tersebut memiliki masalah self esteem yang rendah, hal

Intervensi theraband exercise yang diberikan untuk meningkatkan stabilitas pada kondisi ankle sprain kronik akibat dari adanya overstretch dari ligamen akibat menumpu

Berdasarkan penjelasan tersebut, dapat disimpulkan bahwa meliterasi diri dengan sastra lisan merupakan aktivitas mengedukasi diri dengan nilai-nilai luhur relasi